Ahad, 23 November 2014

'Subsidi kepada rakyat tidak bebankan negara' - Prof Agus

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff 
SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, beliau menolak sama sekali hujahan bahawa pemberian subsidi kepada rakyat sebagai faktor yang membebani ekonomi negara.

Jelasnya, pemberian subsidi tidak membawa masalah sebaliknya faktor hutang, pemborosan serta amalan yang tidak bertanggungjawab yang lain menjadi punca ekonomi negara berada dalam keadaan teruk.

“Pada tahun 1970-an, memberi subsidi adalah tanggungjawab kerajaan untuk menjaga keselesaan hidup rakyat. Dan kerajaan juga tidak mengungkit subsidi yang ditanggungnya.

Sekarang ini keadaannya sudah jauh berubah. Memberi subsidi kepada rakyat adalah satu beban kepada negara,” katanya sepertimana yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.

Mengulas lanjut Agus berkata, apabila beliau menjelaskan perkara tersebut, akan ada ‘suara’ yang menafikannya.
“Tetapi apabila faktor ini yang saya hujahkan, maka akan ada yang muncul untuk menafikannya. Tidak cukup dengan itu, hujah saya pula dituduh sebagai suara pembangkang.

“Saya juga akan dituduh sebagai tidak faham rasionalisasi, apungan terkawal dan pelbagai lagi istilah ekonomi. Saya juga akan dituduh tidak faham keburukan subsidi seperti mengalakkan penyeludupan, penyelewengan dan lainnya. Biarlah.,” katanya.

Jelasnya lagi, apa yang dilihatnya sekarang adalah nasib rakyat yang semakin terbeban dari hari ke hari.

Buat Muhyiddin: Umno parah menanti rebah?

Oleh Anuar Mohd Nor

Buat Muhyiddin: Umno parah menanti rebah?
Umno kritikal dan sekiranya tidak berubah akan di ubah. Umno hanya menang majoriti kecil dan hilang undi popular – ibarat telur di hujung tanduk – Umno gagal berbahasa dengan anak muda dan mungkin akan kalah PRU 14. Kenyataan yang ditulis di atas adalah pengukuhan gambaran kedudukan Umno di mata timbalan presiden Umno dan juga timbalan perdana menteri. Pandangan beliau dalam Utusan Malaysia boleh di baca di sini.
http://www.utusan.com.my/rencana/bangkit-atau-terima-padah-muhyiddin-1.27648
Benar, Tan Sri – sejak keputusan PRU12 lagi, Umno sudah tahu Umno akan memasuki zaman edan. Setelah PRU12 dan keputusan PRU13, Umno/Barisan Nasional tidak menampakkan sebarang peningkatan malah kemelesetan dalam sokongan rakyat terhadap Umno/BN.
Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno mengulangi apa yang diketahui – kedudukan Umno di mata rakyat dan arah perjalanan Umno yang semakin berdepan dengan erosi sokongan. Banyak alasan ketewasan relatif Umno/BN dalam PRU12 dan PRU13 di utarakan.
Antara lain yang disebut adalah kegagalan mengurus persepsi dan membentuk persepsi. Media alternatif adalah punca kekalahan maka langkah drastik seterusnya untuk mendominasi kehadiran dalam media sosial dan alternatif.
Maka Umno menggalakkan lebih ramai partisipasi kalangan ahli untuk menubuhkan laman web dan terjun dalam media alternatif dan sosial untuk menangani dominasi pembangkang dalam sektor ini. Kita tidak perlu berkias – semua ada peruntukkan – kalau bukan Umno yang membayar, wang poket politikus dalam Umno – kepimpinan tertinggi dan separa tinggi akan menyempurnakan peruntukkan. Berpuluh konvensyen di adakah bagi tujuan ini – media sosial dan peruntukkan berterbangan dalam memastikan dominasi ini berjaya.
Namun mereka bergerak dengan haluan masing-masing, cara masing-masing, semua timbul – menghentam pembangkang – masuk dalam alam maya untuk diiktiraf sebagai pejuang Umno.
Hentam sana – hentam sini – pendedahan – skandal kepimpinan – usaha membantai giat dengan berbagai-bagai laman wujud dengan harapan menjadi laman No 1 dengan peruntukkan tahap VVIP dikeluarkan. Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini, Muhyiddin masih gusar melihat perkembangan Umno dan beliau sendiri mengakui kejayaan masih amat jauh lagi.
Umno masih dalam keadaan kritikal dan Umno secara jujur menunggu rebah. Ini semua kerana kepimpinan Umno dan ahli Umno masih tidak lagi faham kedudukan sebenarnya dan masih lagi tidak mengerti cara mana untuk meningkatkan kembali sokongan terhadap Umno.
Kita terjun dalam media alternatif – tanpa haluan – tanpa tahu bagaimana memanfaatkan segala yang diperuntukkan dan lebih-lebih lagi peneraju laman – laman sosial tidak berjiwa dalam melakukan kerja-kerja tersebut.
Bila Umno menggalakkan penyertaan dalam media sosial, ahli Umno dan penyokong Umno merempuh masuk dalam media alternatif, mereka terjun – tetapi akhirnya lemas dalam apa yang mereka lakukan. Umno tidak ada perencanaan tepat – tidak ada yang memastikan gerak kerja media sosial sepadan dengan gerakan pembangkang yang akhirnya nampak berjaya.
Umno – masih tersepit dalam gerakan membentuk persepsi dan menangani persepsi. Mereka yang dilantik menerajui perencanaan media sosial tidak faham dan masih alpa dalam apa yang mahu dilakukan.
Cuba Muhyiddin fikirkan keadaan dan hipotesis berikut :

Melayu jadi Red Indian jika PAS - Umno tidak kerjasama, kata bekas ketua hakim

Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran hari ini.
Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan". "Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.
"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini .
Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersedia membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara. Hamid berkata, PAS perlu kenang semula perjuangan asalnya, iaitu bagi melindungi orang Melayu dan Islam, sambil berkata, bekerjasama dengan DAP dan PKR hanya menafikan tujuan asal penubuhannya.
"DAP tak boleh diharap... mereka lebih chauvinistik daripada MCA dan Gerakan. PAS dan PKR tak boleh kawal cita-cita DAP seperti mana Umno mengawal cita-cita MCA dan Gerakan. Jadi, PAS mesti bekerja dengan Umno,” katanya. Katanya, PKR juga tidak boleh diharap memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana ia memperjuangkan nasib "hanya seorang Melayu," jelas merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hamid berkata sekiranya PAS dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat boleh diselamatkan walaupun terdapat sokongan kuat komuniti Cina terhadap DAP. Bagaimanapun, katanya, penyokong DAP daripada kalangan kaum Cina mungkin juga menukar fikiran mereka setelah mengambil kira untung ruginya sekiranya mereka terlibat dengan BN.

MH17 merupakan 'pembunuhan beramai-ramai yang dirancang' - CEO Emirates

MH17 merupakan 'pembunuhan beramai-ramai yang dirancang' - CEO Emirates
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Airline Sir Timothy Charles Clark menyifatkan tragedi Malaysia Airlines (MAS ) MH17 yang mengorbankan 289 penumpang dan kru sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai yang dirancang’ dan mahu dalang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.

“Kapal terbang tersebut ditembak jatuh. Ada yang menyatakan ia satu kemalangan, tapi saya tidak mempercayainya. Kapal terbang itu ditembak dengan pengetahuan sepenuhnya apa yang dilakukan,” kata Clark dalam satu temu bual bersama wartawan Andreas Spaeth yang diterbitkan di Sydney Morning Herald.

“Pihak Belanda menyatakan bahawa insiden ini adalah satu tindakan jenayah dan pelakunya perlu dibicarakan di mahkamah antarabangsa.

"Ia memang jenayah. Saya menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang dirancang dan dalang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan.”

Tambahnya, kejadian MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai lalu menjadi satu ‘game changer’ kepada industri penerbangan di mana perlu ada perkongsian maklumat yang lebih baik supaya syarikat penerbangan boleh memilih laluan penerbangan yang selamat.

“Komuniti syarikat penerbangan kadang-kadang perlu melalui zon-zon konflik dan ada yang terus mengelakkan kawasan tersebut. Setakat ini, kami telah hentikan penerbangan ke Erbil, Damsyik dan Tripoli.

"Terbaru kami hentikan penerbangan ke Sana’a dan kami masih menimbangkan kemungkinan penghentian penerbangan ke atas Peshawar, Pakistan juga.

PAS dan UMNO tiada bezanya, maka bergabunglah kata Tun Hamid

Jika PAS dan UMNO bergabung, Kerajaan Persekutuan akan selamat walaupun orang Cina bersatu di belakang DAP

Pas Umno Umat IslamKUALA LUMPUR: Sekiranya PAS tidak mahu hak Melayu dan kedudukan agama Islam digugat, parti tersebut haruslah berkerjasama dengan UMNO, kata Mantan Ketua Hakim Negara.
Menurut Tun Abdul Hamid Mohamad, PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam.
Beliau berpendapat, jika Pakatan Rakyat berkuasa, DAP akan menjadi parti dominan dan bukannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.
“PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam. DAP pula lebih ‘chauvinistic’ daripada MCA atau Gerakan,” katanya dalam ucapan khas di Konvensyen Perpaduan Nasional.
Tegasnya, PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti UMNO mengawal MCA atau Gerakan.
Tambahnya beliau tidak mahu menyebut Parti Keadilan sebab parti tersebut tidak pernah berkata berjuang untuk orang Melayu.
“Parti tersebut hanya berjuang untuk orang Melayu, itu pun jika orang itu masih menganggap dirinya Melayu,” jelasnya.
Kata Tun Hamid, sebenarnya di antara PAS dan UMNO sudah tidak ada apa-apa perbezaan lagi.
Soalnya juga, apa bezanya Kelantan yang diperintah oleh PAS selama lebih kurang 40 tahun dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia selain daripada pengasingan lelaki dan perempuan di kaunter bayaran dan semasa menaiki bas dan beberapa sepanduk ‘Allahu Akbar’, ‘Subhanallah’, dan ‘Alhamdulillah’ di tepi jalan.

Dyana sindir Puteri Umno cuma penganjur acara

Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkata, golongan wanita dalam Pakatan Rakyat sedang meningkat naik berbanding dengan Umno yang menurutnya hanya berperanan sebagai penganjur acara.

Penolong Setiausaha Wanita Umno Rosni Sohar semalam dilapor menggelar Dyana dan golongan wanita Melayu dalam DAP sebagai “pemimpin mi segera”.

“Saya tidak terkejut dengan kenyataan Rosni kerana saya tahu tanggapan bahawa pengupayaan anak muda sebagai konsep asing, ada dalam parti yang tiada had umur ketua Pemuda.

“Bagaimanapun, amat malang bagi orang muda yang dinamik dan berkemampuan seperti Puteri Umno hanya dihadkan untuk program lawatan masyarakat, mengajak orang ramai ke acara parti dan menganjurkan acara kebajikan.

“Walaupun kerja ini penting, saya percaya wanita muda juga harus diberdaya dan diberi peluang memimpin,” kata setiausaha politik kepada anggota parlimen Gelang Patang Lim Kit Siang.

SAMPAI BILA MAU KELENTONG !!! Masih mau percaya lagi ka pada puok2 sebegini..


PRN11: Hasrat tawan Sarawak, 1 lawan 1 dengan BN


BINTULU: Bendahari PAS Sarawak, Mohd Azwani Abdul Rani berkata, semua jentera PAS negeri bersiap siaga menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke-11 yang akan diadakan tahun depan atau selewat-lewatnya awal 2016.
Menurutnya, bagi PAS zon utara, sasaran sekurang-kurangnya akan bertanding 3 kerusi Dun di bahagian Utara Sarawak meliputi Senadin, Lambir dan Jepak.
Dengan menggunakan formula, setiap Parlimen atau Dun akan diwakili oleh Pakatan Rakyat (PR), sekiranya dalam Parlimen itu terdapat 3 Dun, maka salah satu daripadanya mesti diwakili oleh setiap parti komponen kecuali dalam kawasan itu tidak ada ahli parti atau cawangan parti dalam PR.
"Ini menujukkan kesepakatan dalam PR untuk pertandingan satu lawan satu dengan parti BN," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Bintulu.
Tambahnya, walaupun pembahagian kerusi belum selesai sepenuhnya tetapi kesepakatan dalam melawan BN adalah matlamat utama PR untuk menawan Sarawak dalam PRN11 nanti.
Beliau juga memberitahu lebih daripada 60 orang peserta dari Miri, Sibuti, Limbang, Bintulu, Mukah dan Sibu telah menghadiri Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS untuk Zon Utara Sarawak.
Pada munaqasyah itu, ucapan dasar Presiden PAS diulas oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.
Selain munaqasyah, program kebajikan juga turut dianjurkan oleh PAS Bintulu di Dun Jepak.
Seramai 20 orang warga emas dan OKU menerima sumbangan yang disampaikan oleh Dr Hatta dan Haji Kiprawi, Ketua Penerangan PAS Bintulu.

Di mana silap kita, soal Najib..??

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini membangkitkan persoalan berhubung pemberian bantuan kepada penyokong parti sendiri dan bukannya masyarakat.

Memberi contoh, Najib berkata, walaupun kerajaan diterajui parti itu membina masjid, membentuk persatuan ibu bapa dan guru serta memberikan rumah, tindakan itu tidak diterjemah kepada sokongan politik.

“Di mana silap kita?” soalnya.

Beliau kemudian membangkitkan persoalan sama ada Umno terlalu sibuk dengan urusan dalaman sehingga mempertahan ketua bahagian lebih penting daripada mencari sokongan terhadap Umno.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di konvensyen Umno Wilayah Persekutuan hari ini.

Najib Razak mengatakan RUGI bagi petani SUBSIDI minyak sebab hanya pakai ‘kapchai’


Menteri besar Pahang saman Utusan RM15 juta kes pendatang di Cameron

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.
Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta. Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.
"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu. Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.
Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan. "Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri. "Ulat pun disangka ular.

Kerjasama Umno - PAS tidak boleh dibincang secara terbuka, kata Najib

Meskipun tidak menolak kemungkinan Umno yang akan terlebih dulu menyuarakan tawaran    bekerjasama dengan PAS, Datuk Seri Najib Razak menegaskan perkara itu tidak boleh dibicangkan secara terbuka, lapor Mingguan Malaysia hari ini.
Presiden Umno itu berkata, perlu wujud kesedaran yang kerjasama antara parti itu dengan PAS penting dalam usaha mengelak ancaman kepada orang Islam dan Melayu menjadi semakin getir.
"Apa pun, kita tidak boleh berbicara secara terbuka. Apa-apa pun nak jadi, akan jadi satu hari nanti," katanya kepada akhbar milik Umno itu dalam satu wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2014 minggu depan.

Perdana menteri mendakwa, terdapat pihak yang tidak suka Islam dan Melayu berkuasa di negara ini sehingga mereka cuba melaga-lagakan antara sesama mereka termasuk dengan bertindak mengurangkan pengaruh Umno yang dilihat sebagai ancaman. "Senjata mereka ialah menggunakan orang Islam menyerang kita dan mengurangkan pengaruh Umno," katanya.
Memandangkan situasi tersebut, beliau berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin Islam melaksanakan penyatuan ummah di negara ini.

Oh Malaysiaku: Empat beranak hidup serba daif

Zurina terpaksa mengangkut air dari kawasan berdekatan untuk kegunaan harian. 
IPOH - Dicelah-celah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Kuala Kangsar dekat Kampung Perak Thong, di sini terdapat sebuah rumah uzur yang didiami empat beranak.

Sukar dipercayai namun, itulah realiti hidup Zurina Kamal, 36, dan dua adik serta seorang adik ipar perempuannya yang tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu.

Lebih menyedihkan, rumah usang berkenaan tidak dilengkapi kemudahan bekalan air dan elektrik.

Zurina  berkata, mereka sekeluarga tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, seorang daripada adiknya telah berpindah ke tempat lain dan sejak itu mereka tidak pernah berjumpa.

“Dulu saya dengan adik-adik duduk sini. Seorang dah pindah, tak jumpa dah,” katanya ketika dikunjungi Yayasan Bina Upaya (YBU) yang diketuai Ketua Pegawai Operasinya, Hairul Anwar Mohammed Noor semalam.

Zurina berkata, dia tidak memiliki pekerjaan tetap untuk menyara keluarganya dan hanya bergantung kepada upah diterima daripada kerja sambilan dilakukannya.

“Kadang-kadang saya tolong cuci lantai, menyapu di kedai sebelah, ada masa saya tolong angkat barang orang yang jual kat pasar.

Pampasan RM2.6 juta: Keputusan dibuat lembaga pengarah MBI, exco hanya dimaklumkan sahaja - bekas exco PAS

Post Pic
SHAH ALAM: Pemberian pampasan bernilai RM 2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah diputuskan oleh empat Exco PAS yang masih kekal bersama Khalid ketika itu. 
 
Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi sebaliknya berkata,  perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI, manakala barisan Exco hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan berkenaan.
 
"Kami Exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka.
 
"Tidak boleh salahkan Exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malahan tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
 
Ujar Adun Sabak itu lagi, pembayaran pampasan juga dilakukan pada tarikh sama makluman dibuat, iaitu ketika mesyuarat Exco terakhir sebelum pengunduran Khalid.
 
"Difahamkan bayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu Abdul Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman.
 
"Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan,” katanya.

Balak bukan sebesar mancis, tak tahu pembalakan haram?

MOHD AZMI ABDUL HAMID

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan amalan rasuah menjadi punca segala kerosakan alam sekitar dan gejala sosial dalam negara ini. Ketamakan mereka yang berkedudukan dan yang berkuasa yang mahu membolot kekayaan melalui rasuah tidak mempedulikan kesan yang akan dihadapi oleh rakyat sekarang dan generasi akan datang. (Foto hiasan)
Dari kerosakan bukit Cameron Highlands sehingga penyeludupan barangan dan manusia ke dalam negara serta semaraknya penyakit sosial adalah musibah yang berpunca dari rasuah yang tidak dibanteras dengan berkesan dan ketamakan yang menjadi nilai yang menguasai sebahagian peneraju kuasa negara.
Akibat persekongkolan antara tauke dan segelintir pihak berkuasa serta ahli politik yang berkepentingan, rasuah nampaknya menjadi sebahagian dari urusan pentadbiran dan pengurusan negara. Khazanah negara menjadi komoditi paling direbut oleh mereka yang mencari peluang meraih keuntungan lumayan.
Pendedahan terbuka mengenai kepincangan pengawasan Cameron Highlands yang mengakibatkan bencana alam terbaru dan meragut nyawa tidak boleh dipisahkan dari gejala rasuah yang berleluasa.
Kerosakan Cameron Highlands bukan baru. Malah ia bukan tidak boleh dikesan dengan mata kepala para pegawai yang mengawasi kawasan tersebut. Sudah berapa kali tanah runtuh dapat dilihat di merata Cameron Highlands. Akan tetapi pihak berkuasa masih menganggap perlu mengumpul data untuk membuktikan kerosakan bukit tersebut sudah parah dan tidak mungkin boleh dipulih.
Malangnya sementara proses mengumpul data dilakukan, kawasan bukit yang menjadi khazanah negara itu sudah musnah dirosakkan oleh kegiatan penerokaan tanpa izin. Natijahnya bencana alam berulang lagi dan pihak berkuasa dan ahli politik mula saling menuding jari.
Demikian juga jika dilihat isu pembalakan. Ia kononnya digelar 'pembalakan haram' yang juga berleluasa. Tidak masuk akal pihak berkuasa tidak tahu, pada hal balak bukannya sebesar mancis api yang tidak boleh dikesan. Namun kerana ada pihak yang dibayar untuk menutup mata, maka hutan yang terbaki akhirnya dijadi sasaran untuk dieskploitasi dengan rakus.
Kini menteri yang berkenaan dan pihak media heboh mendedahkan satu kepincangan demi satu kepincangan dalam pengurusan Cameron Highlands. Kewujudan ratusan pekerja luar dan lereng bukit yang ditukar kepada kawasan pertanian yang sensitif telah mengakibatkan penggondolan bukit tersebut secara meluas dan berleluasa sehingga akhirnya berlaku tanah runtuh yang berterusan.
Bagaimana pekerja asing boleh berada di Cameron Highlands dengan seramai itu? Tidak munasabah pihak berkuasa tidak tahu. Kegiatan pertanian dilereng bukit itu boleh dilihat dengan jelas dan pekerja asing memenuhi kawasan itu. Kenapa kegiatan yang bertahun-tahun lamanya itu terlepas pandang oleh pihak yang bertanggungjawab?

Suara penoreh getah tidak didengar, keadaan makin teruk sejak Baling 2.0

Penoreh getah di negara ini desak Putrajaya menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014.Penoreh getah di negara ini desak Putrajaya menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014.Pada April, beribu rakyat Malaysia berkumpul di Kedah menuntut campur tangan Putrajaya dalam isu kejatuhan harga getah. Tetapi, 7 bulan kemudian, suara 'reformasi' pada perhimpunan Baling 2.0 itu nampaknya tidak banyak meninggalkan kesan.
Walaupun menggesa Putrajaya menetapkan harga lantai bagi getah kepada RM4 sekilogram, keadaan menjadi semakin teruk buat penoreh getah dan pekebun kecil yang berjumlah hampir 500,000 orang di negara ini.
Ramai sekarang ini bergelut dengan harga komoditi itu yang paling rendah dalam bertahun-tahun, pada kira-kira RM1.60 sekilo dibandingkan RM2.30 pada April, apabila perhimpunan itu diadakan, bertema: "Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0" diadakan di Kupang.

Pemimpin pembangkang Kedah Datuk Amiruddin Hamzah yang menganjurkan perhimpunan itu memberitahu The Malaysian Insider, sekarang ini ramai yang sampai ke tahap tidak mampu hendak membeli beras.“Pada harga RM1.60 sekilo, mereka hanya dapat 80 sen apabila diambil kira bayaran upah kepada pekerja. Dengan tibanya musim hujan sekarang, penoreh getah pun kadang-kadang tidak boleh keluar menoreh.
"Di Kedah kita dengar kes di mana rakyat terpaksa beli beras mengikut kilogram, bukan beli dalam paket. Paket paling kecil dijual pada saiz 5kg - itu pun mereka tidak mampu," kata Amiruddin.
Amiruddin berkata, tuntutan mereka tidak dihiraukan Putrajaya walaupun mereka menyerahkan satu memorandum kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) cuba menghujahkan kes mereka di Parlimen.

Najib didesak jawab skandal 1MDB di parlimen esok


KUALALUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa membuktikan kewibawaannya dengan membuat kenyataan menteri di Parlimen, esok berhubung skandal 1MDB.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam isu terbabit jelas bertujuan untuk mengelakkan diri, sekaligus menunjukkan kepada umum sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, Najib tidak harus memberikan contoh yang buruk kepada menteri lain dengan melarikan diri dari melaksanakan tanggungjawabnya.
"Beliau harus membuat kenyataan menteri di Parlimen bagi persoalan mengenai skandal 1MDB.
“Beliau wajar menjawab 11 persoalan yang masih kekal menjadi misteri dalam skandal berbilion ringgit ini,” katanya dipetik Roketkini.
Kit Siang membangkitkan 11 persoalan, antaranya merangkumi persoalan mengapa kerajaan mengeluarkan ‘surat sokongan’ bagi bon 1MDB bernilai USD3.0 bilion yang dikeluarkan pada Mac 2013, pembayaran purata lebih 10 peratus sebagai ‘komisen tertentu, bayaran dan perbelanjaan’ untuk mendapatkan pinjaman berjumlah USD3 bilion dan USD1.75 bilion pada Mei 2012.
Beliau juga menggesa Najib mengatur perdebatan penuh di Parlimen dalam isu terbabit.
“Walaupun sidang belanjawan parlimen berakhir 27 November ini, ia menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi dan Lembaga Penasihat 1MDB apabila lari dan mengelak dari menjawab soalan yang begitu banyak,” ujarnya.

Pampasan RM2.6 juta: Selcat akan putuskan selepas teliti audit dalaman


Post Pic

SHAH ALAM: Walaupun terdapat desakan agar Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) membuka siasatan berhubung isu pampasan bernila RM 2.6 juta melibatkan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun ianya hanya dilakukan selepas siasatan audit dalaman selesai.
 
Salah seorang panel Selcat, Ng Suee Lim berkata, perkara tersebut perlu ditangani mengikut prosedur dan memerlukan penelitian sebelum dibawa untuk pendengaran dalam jawatankuasa berkenaan.
 
Katanya, beliau yakin setakat ini audit dalaman sudah dijalankan dan berkemungkinan hasil laporannya sempat dibentangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula Isnin ini.
 
"Kita (Selcat) akan menunggu audit dalaman selesai, dan kemudiannya kita akan minta hasilnya didedahkan di dalam sidang DUN yang akan bermula Isnin ini.
 
"Ia memerlukan penelitian. Berdasarkan hasil laporan audit itu nanti, kita akan putuskan untuk bawa kepada Selcat," katanya kepada Antarapos.
 

Beza Jokowi dan Najib umum penghapusan subsidi minyak


Sebaik saja mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta Isnin lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) baru saja mengumumkan pengurangan subsidi minyak di Istana Merdeka yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Dalam perjalanan ke hotel penginapan di Cikini, Jakarta Pusat, jalan mulai sesak akibat demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak dan kenderaan beratur untuk memenuhkan tangki mereka sebelum harga baru dikuatkuasakan.
Berkuatkuasa 12 tengah malam pada 18 November, 2014, harga minyak Premium (RON88) naik Rp 2.000 (55 sen) menjadi Rp 8.500 (RM2.35) seliter.

Harga minyak solar (diesel) turut naik menjadi Rp 7.500 (RM2.07) seliter dari sebelumnya Rp 5.500 (RM1.52) seliter. Demonstrasi yang diadakan tidak begitu besar (mengikut standard Indonesia) dan masih terkawal walaupun terdapat peserta membakar tayar.
Selain Jakarta, terdapat juga bantahan di beberapa daerah lain tetapi belum mencapai tahap membimbangkan.
Televisyen seperti TV One, Kompas TV dan lain-lain menyiarkan reaksi langsung masyarakat terhadap tindakan pemerintah Indonesia mengurangkan subsidi minyak serta menunjukkan bagaimana stesen minyak sesak akibat pengguna yang mahu memenuhkan tangki mereka dengan harga minyak lama.
Stesen televisyen turut mewawancara pengguna yang marah-marah dengan tindakan pemerintah Indonesia mengurangkan subsidi bahan api.
Tempo Online melaporkan, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai berkata, pada mulanya, pengumuman pengurangan subsidi minyak itu seharusnya dilakukan menteri berkaitan.
Tetapi pada minit-minit terakhir diputuskan biar Jokowi sendiri yang mengumumkan keputusan tidak popular itu.

Harga getah jatuh ni Najib.. kami nak makan apa?

Kejatuhan harga pasaran getah dunia bukan saja menyebabkan pendapatan penoreh dan pemilik kebun getah terjejas, malah hampir setengah juta penoreh getah dan pekebun kecil terpaksa bergelut untuk hidup seharian ekoran kesan kenaikan kos sara hidup.

Jika dulu mereka menikmati hasil menoreh getah sehingga RM1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM600, hilang kira-kira 66% daripada pendapatan asal sejak awal tahun ini.


Zulkifli Husin, 61, pemilik kebun getah di Kampung Peradong, Jelebu di Negeri Sembilan berkata, hidupnya kini bagaikan 'kais pagi makan pagi, kais malam makan malam'.

Mewarisi kebun seluas 3 ekar daripada ayahnya, menoreh getah merupakan pendapatan utama Zulkifli bagi menyara lima isi rumah, dua daripadanya masih bersekolah.

"Kalau dulu boleh menyimpan duit untuk belanja keperluan anak, sekarang dalam buku bank RM1 pun tidak ada.

"Kami tidak ada pilihan selain terpaksa ikat perut lebih-lebih lagi harga barang dan makanan sekarang semuanya mahal," katanya ketika ditemui.

Sebagai pekebun kecil, beliau terpaksa akur dengan harga getah yang merudum teruk sehingga RM1.60 sekilogram berbanding sebelum ini RM3.

Lebih menakutkan, beliau tidak dapat membayangkan keadaan dirinya sekeluarga menghadapi musim 'daun luruh' tahun depan, iaitu tempoh getah tidak dapat mengeluarkan hasil sepanjang Februari dan Mac.

DBKL bazir RM565 juta bayar sistem trafik ITIS


ITIS


KUALA LUMPUR, 22 NOV: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan Integrated Transport Information System (ITIS), sebuah sistem maklumat trafik yang menggunakan papan tanda elektronik.
Menurut Lip Eng sehingga 2013, DBKL membazirkan sejumlah RM565.74 juta kepada pengendali ITIS, sedangkan paparan maklumat tersebut hanya menyiarkan ucapan-ucapan perayaan.
Katanya, sistem tersebut tidak berjaya menyuraikan kesesakan lalulintas di ibu kota, kerana penguna jalan raya hanya dimaklumkan bahawa sesuatu kawasan itu sesak hanya sesudah berada di jalan tersebut.
Papan tanda elektronik ITIS tidak pernah berfungsi di Batu 5 Jalan Ipoh
Papan tanda elektronik ITIS tidak pernah berfungsi di Batu 5 Jalan Ipoh
Dalam pada itu Lip Eng memaklumkan, maklumat berhubung peruntukan kepada pengendali ITIS bagi tahun 2015 ditakrifkan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Saya telah melihat draf belanjawan DBKL 2015. Saya boleh menyatakan bahawa jumlah wang yang terlibat adalah tidak masuk akal dan melampau,” kata Lip Eng dalam kenyataan.

Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian

Seorang pemilik BMW yang berpendapatan tinggi menikmati 4 kali lebih subsidi petrol daripada seorang penunggang motosikal berpendapatan rendah.
Menurut kajian Institut Kajian Khazanah baru-baru ini, golongan kaya menikmati sejumlah 80% subsidi minyak yang diperuntukkan untuk isi rumah Malaysia pada 2013.
Angka tersebut menunjukkan betapa terpesongnya sistem subsidi minyak di Malaysia sementara rakyat sedang cuba menyesuaikan diri dengan pengumuman yang skim tersebut akan dihentikan pada 1 Disember.

Bagaimanapun, seorang penganalisis dasar Institut Rakyat berkata, walaupun menstruktur semula sistem subsidi itu langkah yang betul, kerajaan patut terlebih dulu memperkenalkan langkah mengurangkan impak keputusan tersebut terhadap orang ramai. Kajian tersebut yang digelar "Keadaan Isi Rumah di Malaysia" mendedahkan seorang pemilik BMW yang menggunakan minyak RON95 menikmati subsidi RM22.50 setiap 1,000km.
Manakala seorang pemilik motosikal Honda EX5 pula yang menggunakan RON95, hanya mendapat subsidi RM5 setiap 1,000km.
"Sementara kenderaan motor menjadi lebih mahal, daripada motosikal sehinggalah kereta buatan Jerman, subsidi yang diterima pemilik kenderaan itu bagi setiap 1,000km meningkat dengan drastik," kajian tersebut.
Angka itu dikira menggunakan harga RON95 pada RM2.30 seliter di mana kadar subsidinya ialah 27 sen seliter.
"Subsidi bersifat regresif. Kebanyakan subsidi hanya manfaatkan perniagaan daripada isi rumah.
"Daripada apa yang sampai ke isi rumah pula, golongan berpendapatan tinggi yang paling untung  manakala isi rumah yang hanya memiliki motosikal dan kipas siling mendapat kurang subsidi dibandingkan isi rumah dengan beberapa biji kereta dan penghawa dingin di Damansara Heights," kata kajian tersebut.

UMNO: Tepuk dada tanyalah selera ....

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui yang UMNO dalam keadaan kritikal dan mempunyai peluang untuk ditolak rakyat jika tidak melakukan pembetulan dan perubahan. Pandangan ini merupakan pandangan yang jujur dan saya menyertai pihak ramai yang menyambut pandangan TS Muhyiddin ini secara terbuka itu.
Muhyiddin menyebut tentang perbezaan dahulu dan sekarang dalam UMNO, terutamanya perbezaan dipihak Pergerakan Pemuda parti. Pemuda dilihat begitu senyap seolah-olah UMNO tidak mempunyai masalah dan keadaan ini sudah berlaku sejak beberapa lama dahulu. Muhyiddin sedar yang Pemuda UMNO dulu-dulu nya sangat berani dan sensitif terhadap isu yang berada di depan mereka yang mereka tidak akan teragak-agak untuk menyuarakannya secara terbuka.
Malahan Pemuda telah berani menukar pimpinan yang mereka anggap sebagai tidak bermaya pada tahun 1976 dahulu dalam mana mereka telah menonjolkan Jaafar Albar sebagai Ketua Pemuda nya walaupun Syed Jaafar Albar telah berusia 62 tahun semasa itu. Pemuda berani bertindak dan maju ke depan apabila mereka tidak berapa setuju dengan Hussein Onn dalam beberapa isu penting termasuk isu Dato Harun Idris. Pemuda menganggap tindakan Hussein terhadap Harun Idris semasa itu sebagai satu tindakan penganiayaan politik terhadap Ketua Pemuda semasa itu..
Pemuda mempunyai suaranya sendiri dan apa yang disebut oleh Muhyiddin itu ada kebenarannya. Pemuda sekarang tidak boleh dibandingkan dengan pemuda zaman Harun Idris atau zaman Suhaimi Kamarudin dan Jaafar Albar yang dianggap sebagai singa UMNO itu. Saya kira Pemuda sekarang bukan tidak pandai tetapi mereka telah terperangkap dengan budaya menjadi jurucakap UMNO induk. Pemuda sekarang lebih mempertahankan pucuk pimpinan dari mempertahankan orang Melayu dan ahli-ahli UMNO dibawahan.

Polis, askar akan gempur Cameron Highlands pada waktu malam..!!

PDRM & ATM akan gerakkan anggota untuk menggempur kegiatan pembukaan tanah secara haram pada waktu malam

PETALING JAYA: Masalah pembukaan tanah secara haram di Cameron Highlands bukan saja merosakkan alam sekitar malah menyebab banjir dan tanah runtuh sehingga meragut nyawa.
Banyak pihak menyuarakan pelbagai cadangan, tidak kurang juga yang menuding jari yang lain. Antara yang dikritik teruk ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk G Palanivel dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut dikritik.
PolisTerkini, Perdana Menteri hari ini mengumumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggerakkan anggota ke Cameron Highlands untuk menggempur kegiatan pembukaan tanah secara haram di situ.
BERNAMA melaporkan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan tersebut akan dilaksanakan pada waktu malam.
Menurut laporan itu, langkah menggempur akan diambil berikutan perbincangannya dengan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, berdasarkan laporan bahawa kegiatan itu sering dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) pada waktu malam.
“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain) untuk menghantar anggota masing-masing supaya pada waktu malam kita akan membuat rondaan yang lebih menyeluruh dan kalau ada kegiatan yang menyalahi undang-undang kita akan ambil tindakan,” beliau dilaporkan berkata selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang.

KPDNKK jangka harga bahan api lebih rendah Dis ini


KOTA BHARU -  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) menjangka harga bahan api akan lebih rendah Disember ini berdasarkan analisis pasaran minyak semasa melalui kaedah pengapungan terkawal.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, jangkaan penurunan itu dibuat berdasarkan rekod bermula 1 hingga 17 November lalu di mana harga semasa bahan berkenaan ialah RM2.27.

“Harga minyak ada naik turun dan penentuan harga berdasarkan mekanisme harga automatik (MHA) yang akan memantau harga minyak dunia setiap hari.

“Harga pasaran mengikut MHA ialah RM2.27 dan kalau trend ini kekal, harganya dijangka lebih murah berbanding sekarang iaitu RM2.30,” katanya kepada  pemberita selepas Program As Syura dan kunjungan Pasaraya Giant di sini, hari ini.   

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, penetapan harga runcit untuk bahan bakar tersebut mulai 1 Disember akan ditentukan melalui kaedah pengapungan terkawal.   

Alias berkata, rakyat negara ini tidak perlu bimbang kerana bahan api itu dijangka turun sehingga tahun depan memandangkan harga minyak dunia kini sekitar 80 US dolar setong.

RON95 mungkin 3 sen lebih murah mulai Disember..???

Datuk Seri Abdul Wahid Omar PETALING JAYA - Harga petrol RON95 mungkin tiga sen lebih murah pada RM2.27 seliter bermula 1 Dis, sekiranya harga purata minyak mentah dunia berada sekitar US$80 setong sepanjang November (US$1=RM3.35).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pengguna boleh mengharapkan harga bahan api yang lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi.

"Tetapi sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, sistem pengapungan terkawal akan turut mengikut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan 50 pelajar animasi di bawah program 'Peneraju Skil Iltizam' di sini, hari ini.

Kerajaan, pada 1 Disember, akan menghapuskan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dan menggantikannya dengan sistem pengapungan terkawal.

Ini berikutan harga bahan api global yang lebih rendah daripada harga pam bagi RON95 dan diesel. Harga RON97 ditentukan oleh sistem pengapungan terkawal sejak Julai 2010. - Bernama