Khamis, 20 November 2014

Wanita Pakatan kecam cubaan bunuh Shukria Barakzai, pejuang wanita Afghanistan


Shukria Barakzai

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Sayap Wanita DAP, PKR dan Pas hari ini sebulat suara mengecam cubaan membunuh Ahli Parlimen dan pejuang hak wanita Afghanistan Shukria Barakzai Ahad lalu.
Cubaan bunuh itu dibuat melalui serangan bom berani mati ketika beliau dalam perjalanan menuju bangunan Parlimen.
Serangan tersebut meragut tiga nyawa, namun Shukria dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
“Dengan sebulat suara kami mengecam sekeras-kerasnya percubaan membunuh Ahli Parlimen dan pejuang hak wanita terkemuka Afghanistan Shukria Barakzai,” kata Wanita Pakatan dalam satu kenyataan.
“Barakzai dan ramai lagi pegawai wanita di Afghanistan telah menjadi sasaran pemberontak hanya kerana mereka berjuang memastikan hak rakyat, terutama wanita dan kanak-kanak tidak dicabuli,” tegas kenyataan itu lagi.
Kenyataan tersebut turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tiga mangsa yang terbunuh dalam serangan yang disyaki sebahagian daripada penentangan terhadap kerajaan negara itu.
Wanita Pakatan turut melahirkan rasa bimbang terhadap keadaan di negara itu, terutamanya keselamatan pemimpin wanita yang diancam kumpulan ekstremis hanya kerana memiliki fahaman politik yang berbeza.
“Kerajaan Afghanistan perlu mengambil langkah melindungi rakyat, pemimpin serta penguatkuasa undang-undang di sana,” tambah kenyataan tersebut.
Golongan wanita dilaporkan antara kumpulan yang sering didiskriminasi di Afghanistan.
Malah, seorang Ahli Parlimen di negara itu melobi agar kuota 25 peratus calon wanita dalam pilihanraya diturunkan kepada 20 peratus.

Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya Naik Harga 2015 Untuk Rakyat atau Bayaran Pampasan RM558.69 Juta. Taikun Konsesi Tol Tunggu Habuan!

kenaikan tol naik
Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya Naik Harga 2015 Untuk Rakyat atau Bayaran Pampasan RM558.69 Juta. Taikun Konsesi Tol Tunggu Habuan : Nampaknya, ketika rakyat Malaysia mula mengikat perut bagi meneruskan kelangsungan dengan kos sara hidup di Malaysia, kalangan kapitalis & taikun konsesi tol sedang menunggu giliran dan ternanti-nanti habuan yang bakal diterima mereka atas nama perjanjian yang cukup memihak kepada mereka.
Ratusan juta bakal terhidang untuk mereka tidak lama sahaja lagi.
Ada 2 pilihan sahaja samada mereka menerima habuan terus daripada kerajaan Malaysia melalui bayaran pampasan yang bakal diberikan kepada mereka ataupun konsesi tol ini akan mengutip terus daripada rakyat melibatkan harga baru apabila kenaikan tol naik harga “diizinkan” oleh kerajaan Malaysia. Kedua-dua mekanisme ini tetap melibatkan daripada hasil rakyat Malaysia juga. Pusing macam mana sekalipun, yang untungnya tetap taikun konsesi tol di Malaysia.
  • kenaikan tol naikBayaran pampasan tol kepada konsesi tol daripada kerajaan Malaysia. Kerajaan terus kehilangan dana, akhirnya bagaimana mahu menampung kekurangan tersebut?
  • Kutipan terus daripada rakyat Malaysia selepas kenaikan tol naik harga, bakal mengurangkan lagi perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia setiap bulan
  • Yang untung? Konsesi tol terus tersenyum lebar berniaga “skim cepat kaya versi taikun kaya” di atas bumi Malaysia

Senarai Kenaikan Tol Naik Harga 2015 atau Terima Pampasan Kerajaan?

Antara tol yang terbabit dengan bayaran pampasan bernilai jutaan dan puluhan jutaan ringgit Malaysia ini atau bakal mendapat lesen besar daripada kerajaan Malaysia untuk mengumumkan kenaikan tol naik harga 2015 kelak ialah :
  1. Tol Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
  2. Tol Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)
  3. Tol Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  4. Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk)
  5. Tol Storm Water Management and Road Tunnel (Smart)
  6. Tol Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  7. Tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
  8. Tol Lebuhraya Senai Desaru (SDE)
  9. Tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
  10. Tol Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  11. Tol Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)
  12. Tol Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke)
  13. Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  14. Tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  15. Tol Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
  16. Tol Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1)
  17. Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
  18. Tol Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga)
  19. Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar)
  20. Tol Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Kos Majlis Perkahwinan Selepas Gelombang GST 6%. Pelamin, Katering, Fotografi, Pakaian, Khemah Naik Harga?

kahwin gst
Majlis Perkahwinan Selepas Gelombang GST 6%. Pelamin, Katering, Fotografi, Pakaian, Khemah Naik Harga?  : Sekarang ini sudah menjadi trend apabila satu demi satu proses asimilasi telah masuk dalam upacara perkahwinan orang Islam. Jikalau dahulu, cukup salam cium tangan suami selepas mas kahwin diserahkan, sekarang ini tidak lagi. Lebih “advance”, apabila mesti ada adegan suami cium dahi isteri walaupun di dalam masjid dan surau sekali pun.
Yang memandang pun meleleh air liur. Kemudian ada pula upacara baling bouquet kepada kalangan yang dibelakangnya. Siapa yang dapat tangkap, besar kemungkinan giliran si dia selepas itu. Tepuk dahi Berita Semasa melihat situasi ini. Selepas itu, ada pula pintu gerbang.
Realitinya hari ini dilihat ramai yang berlumba-lumba untuk membuat majlis pernikahan dan majlis perkahwinan yang paling susah dan paling sukar atas nama mahu glamour ataupun bahasa halusnya, atas nama kepuasan diri. Katanya majlis kahwin mereka hanyalah sekali seumur hidup.
Tetapi adakah trend ini akan sedikit terencat apabila tibanya gelombang GST bermula April 2015 kelak? Kita boleh perhatikan yang mana semakin ramai hari ini yang “berlumba-lumba” melangsungkan perkahwinan sebelum daripada tempoh pelaksanaan GST bagi mengelakkan kos perbelanjaan mereka semakin bertambah selepas ini. Berdasarkan tinjauan dan semakan yang Berita Semasa lakukan, dijangka kumpulan yang sentiasa bersama-sama menjayakan setiapa kali diadakan majlis perkahiwnan sudah bersiap sedia untuk menaikkan kos dan caj yang dikenakan kepada keluarga pengantin selepas pelaksanaan GST kelak. Antaranya ialah

Kenaikan Kos Majlis Kahwin di Malaysia Selepas GST 6%?

NYT: Firma China dakwa bayar untuk ahli politik BN dapat Datuk


Sebuah syarikat perlombongan China mendakwa telah membayar untuk ahli politik BN mendapatkan anugerah gelaran Datuk bagi memudahkan operasi lombongnya di Bukit Besi, Terengganu.
 
Li Yang, ketua eksekutif CAA Resources, memberitahu New York Times, mendakwa dia telah membayar kira-kira AS$100,000 (RM336,501.90) bagi setiap ahli politik, yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam lombong itu.
 
Menurut laporan itu, Li, 27, yang merupakan anak lelaki hartawan besi di China, didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk "membina hubungan" dengan ahli politik dan pihak istana.
 
"Jika kedua-duanya menyokong anda, maka anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, kerana sumber asli semuanya dikawal oleh mereka," Li dipetik sebagai berkata.
 
Menurut akhbar itu lagi, Li juga dipetik sebagai berkata bahawa dia "hanya mengikuti amalan biasa di Malaysia".
 
Dalam reaksinya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang hal itu.
 

Tony Pua: Najib Must Answer For The Government Crime In This Tens Of Billions Of Ringgits Scam


Zunar, peguam persoal siasatan polis ke atas buku kartun

KUALA LUMPUR 20 NOV: Peguam Latheefa Koya menyifatkan tindakan polis menyiasat kartunis Zunar berhubung penerbitan dua buah buku kartun beliau sebagai membuang masa.
Menurut Latheefa, siasatan itu berdasarkan dua laporan polis yang dibuat pihak berkuasa itu sendiri dan bukannya orang awam.
“Siasatan ini sebenarnya merugikan masa sahaja dan mereka salah guna kuasa sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bila kita tanya adakah buku ini haram, mereka cakap tak haram tetapi mereka nak siasat.
“Kalau tak haram kenapa nak siasat, ini menunjukkan pihak polis tak ada kerja lain nak dibuat,” katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang tadi.
Kartunis itu hari ini disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan kerana menghasilkan buku ‘Komplot Penjarakan Anwar’ dan ‘Pirates-Of-Carry-BN.
Pada 6 November lalu, polis menahan tiga pembantunya iaitu Rizaldy Rafie, Raja Norita dan Norliza Mohd Kasim di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya kerana menjual buku berkenaan.
Latheefa berkata, polis menanyakan 27 soalan berdasarkan buku kartun itu dengan mempersoalkan karakter-karakter yang terdapat di dalamnya.
Sementara itu, Zunar mempersoalkan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan sedangkan beliau hanya melukis kartun dan tidak melanggar undang-undang.
“Buku ini tak haram, saya sebagai kartunis menjalankan aktiviti yang sah,
“Sebelum ini saya pernah ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tetapi kali ini ditambah Kanun Keseksaan pula,
“Yang saya tahu kanun tersebut dikenakan terhadap penjenayah seperti merogol, membunuh dan sebagainya. Tetapi kali ini orang yang menerbitkan buku pula dikenakan kanun yang sedemikian,” jelasnya.

57 hari berlalu, mana laporan siasatan hasutan Zahid Hamidi?


dap_perak


IPOH, 20 NOV: DAP Perak kesal dengan sikap pilih kasih polis yang sehingga kini masih tidak mengemukakan sebarang hasil siasatan terhadap laporan mengenai kenyataan menghasut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Setiausaha DAP Negeri Wong Kah Woh berkata, ia menunjukkan bahawa ada pihak atau individu yang terlepas dari dikenakan sebarang tindakan meskipun turut sama mengeluarkan kenyataan menghasut atau mengancam.
“Apabila siasatan dan tuduhan dikenakan terhadap wakil-wakil Pakatan Rakyat dan ahli akademik, polis dan Peguam Negara bertindak dengan pantas. malangnya gagal menerapkan kecekapan sama dalam kes melibat Zahid.
“Sudah 57 hari sejak laporan dibuat. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri menyatakan pada 15 Oktober (36 hari lalu) bahawa kenyataan Zahid sudah dirakam termasuk video juga telah diperolehi.
“Tapi tidak ada sebarang perkembangan sehingga hari ini. Sebaliknya apabila melibatkan pemimpin Pakatan, Peguam Negara dengan pantas membawa kes ke mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan penekanan kepada kesaksamaan undang-undang dan tidak ada individu yang kebal darinya termasuk Zahid.
Zahid dilaporkan berkata pada 20 September lalu, bahawa polis akan menyiasat sebarang laporan berkaitan hasutan ‘dalam masa 24 jam’

FOMCA: Kerajaan patut turunkan harga RON95 bukan hanya RON97

ron95SHAH ALAM, 20 NOV: Gabungan Persatuan-Persatuan Penggguna Malaysia (Fomca) berharap Kerajaan Pusat menurunkan harga semasa minyak RON95 pada harga yang lebih rendah.
Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Bin Abdul Rahman berkata, meskipun perbezaan harga RON95 dan RON97 kecil namun secara umum majoriti rakyat negara ini menggunakan RON95.
Ini kerana RON95 masih menerima subsidi daripada kerajaan sementara RON97 dijual mengikut harga pasaran.
“Wajar bagi kerajaan mengkaji semula harga (RON95) kerana ia digunakan setiap hari dan memberikan kesan kepada pengguna berbanding dengan RON97,” katanya kepada Selangor Kini.
Sebelum ini, PKR merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 31 Disember jika Kerajaan Pusat enggan menurunkan harga bahan api sebelum 1 Disember.
Dua hari lalu, Putrajaya mengumumkan penurunan harga RON97 sebanyak 20sen menjadikan harga baru bahan bakar berkenaan RM2.55 seliter berbanding sebelum ini Rm2.77sen seliter.
Manakala RON95 masih kekal pada harga RM2.30 seliter.

Palanivel jawab Sultan Pahang

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menangkis dakwaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bahawa beliau tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menangani kes banjir lumpur di Cameron Highlands.

Dalam kenyataannya, Palanivel berkata masalah yang timbul itu perlu mendapat perhatian serius dan bukannya dengan mencari salah mana-mana pihak.

"Banyak perkara berlaku malah sebelum saya menjadi MP (Cameron Highlands)

"Namun saya yakin kami boleh memulihkan semula Cameron Highlands dan menghentikan kemusnahan besar alam sekitar yang berlaku,” kata Palanivel dalam satu kenyataan.

Beliau juga mendakwa beliau mempunyai hubungan baik dengan sultan Pahang.

"Saya akan jelaskan semuanya kepada baginda, yang baik dan yang buruk. Saya yakin kebimbangan baginda ke atas tanah ini dan rakyatnya sangat tulus dan baginda prihatin pada kebajikan mereka.

MP tersebut berkata beliau juga sudah banyak kali melawat kawasan yang diwakilinya itu.

"Bencana banjir adalah isu berbangkit yang serius sejak bertahun-tahun lalu. Kes kematian terbaru hanya menambahkan lagi kebimbangan mereka.

'Pampasan pembantu Khalid salah guna kuasa' - Azmin

Menteri Besar Azmin Ali berkata jelas wujud salah guna kuasa terhadap pemberian pampasan RM2.6 juta daripada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) kepada bekas pembantu pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Ya, terlalu jelas wujud salah guna kuasa bukan sahaja dari segi jumlah malah proses pemberian pampasan.

"Penyaluran ganti rugi kepada lapan orang ahli lembaga MBI itu dilakukan serta merta dan ia jelas meragukan," Azmin dipetik sebagai berkata selepas Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Shah Alam, hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan, “penyelewengan” pengurusan terdahulu MBI “sangat ketara” dan bukan sahaja membabitkan nilai pampasan malah proses pembayaran juga.

Sementara itu, harian itu juga melaporkan Azmin sebagai menegaskan, jika siasatan jelas mendapati perkara itu melanggar peraturan dan salah guna kuasa pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

"Kita tidak akan sembunyikan fakta malah tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa.

“Semua perkara harus diselesaikan mengikut proses. Beri saya masa untuk selesaikan semua kemelut," beliau dipetik sebagai berkata.

Polis jejak senarai pembeli buku Zunar

Polis didakwa meminta sebuah portal pembayaran atas talian menyerahkan maklumat transaksi mereka bagi mengenal pasti pelanggan yang membeli buku kartunis terkenal Zunar.

Tindakan itu dipercayai sebahagian siasatan bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapi oleh Zunar, atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque.

Sebuah e-mel daripada MOLPay Sdn Bhd kepada kartunis itu memaklumkan, mereka menerima surat rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendedahkan senarai pelanggan.

“PDRM menghantar permohonan rasmi untuk MOLPay Sdn Bhd bagi membekalkan resit bayaran atas talian pelanggan yang membeli buku tersebut melalui laman web anda www.zunar.my, yang mana MOLPay tiada pilihan kecuali membekalkan mereka dengan maklumat yang dikehendaki,” e-mel daripada MOLPay dipetik.

Buku dipersoalkan itu berjudul "Komplot Penjarakan Anwar".

YB Tony Pua: 1MDB & Its Rm42 Billion Monster Debt


1MDB: Jika Fakta Salah, Sudah Tentu Kami Dipenjara - Rafizi


1MDB: Jawaban Najib hanya 'copy and paste' - Rafizi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah mengajukan 4 soalan rasmi bagi sidang Dewan Rakyat kali ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pelaburan 1MDB dari Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hari ini, beliau mendapat jawaban daripada Najib bagi soalan no. 38 yang saya ajukan.

Malangnya, kata beliau Najib tidak memberi sebarang jawapan malah menyalin bulat-bulat (copy and paste) perenggan yang sama dalam soalan-soalan lain berhubung 1MDB setakat ini.

Jawapan Najib mengenai perkara itu adalah seperti di bawah yang diulang dalam soalan-soalan lain: “1MDB memastikan fi dan perbelanjaan adalah dinyatakan dengan betul di dalam penyata kewangan yang telah diaudit. Apa-apa maklumat lain yang telah dinyatakan di dalam penyata kewangan adalah milik persendirian (proprietry) syarikat”.

Menurut Rafizi, keengganan Najib memberi maklumat mengenai pelaburan 1MDB adalah satu penghinaan kepada Dewan Rakyat.

Namun, perkara yang lebih membimbangkan beliau ialah keengganan itu memberi gambaran ada sesuatu yang perlu disembunyikan.

Katanya, oleh kerana skandal 1MDB membawa risiko besar kepada kedudukan kewangan negara dan Najib menyembunyikan maklumat dari rakyat, beliau percaya masanya telah tiba supaya institusi-institusi utama negara mengambil tindakan untuk campur tangan dalam menentukan di mana dan ke mana dana rakyat yang diambil 1MDB ini.

Sudah tabur janji, UMNO 2014 perlu nilai manifesto PRU13, kata Salleh

Sudah tabur janji, UMNO 2014 perlu nilai manifesto PRU13, kata Salleh
Perhimpunan Agung UMNO perlu memberi tumpuan pada manifesto pilihanraya Barisan Nasional yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 6 April 2013 yang lalu.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Salleh Said Keruak berkata melalui tulisan beliau di blog sskeruak.blogspot.com, UMNO seharusnya melakukan post mortem mengenai  janji-janji yang telah ditunaikan dan berapa banyak lagi yang perlu dilakukan serta cara untuk memastikan kesemua janji itu dilunaskan.

“Semua parti politik adalah sama. Dalam menuju pilihanraya umum, masing-masing akan membentangkan manifesto pilihanraya mereka yang paling meyakinkan dan menabur janji untuk pengundi.

“Kemudian, selepas pilihanraya berakhir, kandungan manifesto tersebut akan dilupakan sehinggalah pilihanraya yang seterusnya. Lazimnya, manifesto tersebut akan diulang guna atau dijadikan versi baharu untuk dipersembahkan lagi kepada rakyat,” ujar Mohd Salleh.

Tambah beliau, kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bersalah kerana tidak menunaikan janji-janji semasa pilihanraya, atau sebahagian daripadan janji-janji tersebut.

Tiada jaminan rakyat akan sokong UMNO selama-lamanya

Sokongan orang Melayu boleh berubah sekiranya, UMNO tidak mendekati rakyat
SelamatTinggal UMNO
PETALING JAYA: UMNO perlu lebih berperanan menyelami masalah rakyat terutama orang Melayu bagi memastikan parti itu terus mendominasi keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan, tidak ada jaminan mutlak memastikan orang Melayu selama-lamanya menyokong perjuangan UMNO.
“Kita kena ingat UMNO kekal relevan sehingga sekarang kerana mendapat sokongan sebilangan besar orang Melayu. Walaupun peratusan orang Melayu memihak kepada UMNO pada PRU ke-13 tetapi sokongan itu boleh berubah,” katanya dalam entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Beliau menjelaskan bahawa sokongan itu tidak akan bertahan jika pendekatan parti tidak berubah sejajar dengan senario politik masa kini.
“Orang Melayu amat mengharapkan UMNO mampu bertahan kerana kekuatan tersebut akan memberi jaminan kepada masa depan mereka. Orang Melayu sebenarnya amat bimbang jika UMNO hilang kuasa politik, mereka khuatir terhadap nasib generasi Melayu akan datang,” jelasnya.
Katanya, UMNO perlu membuktikan bahawa parti itu berperanan besar untuk melindungi kepentingan orang Melayu.
Secara jujur beliau memberitahu penguasaan orang Melayu dalam sektor ekonomi masih jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain di negara ini.

Exco Selangor: Semak minit mesyuarat pampasan RM2.5 juta

Dr Yunus HairiSHAH ALAM, 20 NOV: Dr Ahmad Yunus Hairi berkata beliau perlu menyemak semula minit Mesyuarat Exco pada 27 September lalu berhubung pemberian pampasan bekas kakitangan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjumlah RM2.5 juta.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi itu berkata, beliau tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu.
Secara peribadi beliau mengakui baru menyertai dua Mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji seminggu yang lalu.
Jelasnya, sudah menjadi amalan sekiranya sesuatu perkara dibincang dalam Mesyuarat Exco minggu ini ia akan disahkan pada mesyuarat seterusnya.
Katanya, jika soal pampasan itu sudah dimaklumkan ia bererti telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah agensi terlibat.
“Seingat saya kertas itu ada dibawa ke Mesyuarat Exco cuma tidak ada perincian dan pecahan.
“Menjadi amalan dalam Mesyuarat Exco kalau kita bawa minggu ini, ia akan disahkan dalam Mesyuarat Exco akan datang dan saya melihat kepada kertas itu,” katanya kepada media.
Menyentuh soal pembahagian pampasan itu Dr Yunus berkata pihaknya tidak tahu soal berkenaan dan hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan sahaja.

3,000 hantar rayuan mansuh Akta Hasutan pada Parlimen

Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan 3,005 nama yang menuntut agar Akta Hasutan 1948 dihapuskan segera dan semua pendakwaan serta pemenjaraan akibat akta itu digugurkan serta merta.

Nama-nama itu menuntut agar satu usul untuk menghapuskan akta itu dengan serta-merta dibentangkan di Parlimen, kata MP Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau sendiri menyerahkan nama-nama itu kepada Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

Beliau juga akan membentangkan usul bagi memansuhkan akta itu pada Isnin depan.

Menurut Khalid, ia selaras dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta itu yang dibuat pada 11 Julai 2012 dan 3 Julai 2013.

"Perayu-perayu yang menandatangani rayuan ini akan hadir di dewan pada tarikh 24 November 2014.

"Seramai 3,005 orang telah menandatangani petisyen ini," kata Khalid.

Mereka juga akan berarak dari Padang Merbok ke pintu masuk Parlimen pada hari yang sama untuk menyatakan sokongan bagi memansuhkan akta itu, kata Khalid.

Zunar ditanya siapa Najib, siapa Rosmoh oleh Polis


Kartunis politik Zunar antaranya disoal berhubung watak-watak yang dimaksudkannya dalam buku satiranya, yang dikaitkan dengan kes pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguamnya Latheefa Koya (bawah) berkata, perkara itu antara soalan diajukan polis ketika soal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara hari ini, selain tujuan dan niatnya melukis dan menerbitkan karya itu.

"Saya ingin memberitahu beberapa soalan menarik yang ditanya oleh polis, antaranya ialah apakah tujuan kamu melukis dan menerbitkan buku ini?

"Siapakah Anwar yang kamu maksudkan ini dan siapakah yang kamu maksudkan dalam karakter kartun seperti Fernando, Azizan, Tun M, Najib, Rosmoh, AG, Hakim Zabidin dan Doktor Rosman," katanya kepada media di depan IPD itu.

Menurut Latheefa, Anwar disiasat bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu, katanya, dilakukan berdasarkan dua laporan polis yang dibuat di Putrajaya dan di balai polis Tun HS Lee.

Tak jawab semua soalan

Kartunis atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque hari ini dipanggil buat kali kedua berhubung siasatan sekitar penerbitan buku Konspirasi Memenjarakan Anwar dan Pirate of the Carry-BN.

Rakyat berhak tahu laporan RCI projek IC di Sabah – Izzah

KUALA LUMPUR 20 NOV: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah perlu didedahkan kerana turut melibatkan dua tokoh penting negara, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata, beberapa perkara perlu diketahui hasil laporan tersebut yang mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, laporan RCI mengenai projek IC yang diberikan kepada pendatang asing itu bukan sahaja penting untuk dibentangkan di Parlimen, bahkan diketahui rakyat Malaysia.
“Rakyat mempunyai hak untuk tahu kandungan laporan RCI tentang apa yang telah dibincangkan sehingga melibatkan Anwar Ibrahim dan Mahathir sepanjang prosiding dilakukan sebelum ini.
“Segala pembuktian dan kesimpulan daripada laporan RCI itu bakal menunjukkan betapa kukuhnya dakwaan bahawa adanya kolusi daripada pelbagai jabatan dan kementerian untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya,” kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan laporan RCI berkenaan di parlimen.
“Semua orang mempunyai hak untuk tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan sepertimana dalam laporan RCI dan Najib perlu dedahkannya segera” ujarnya.
Selain itu, katanya kes berkaitan pilihan raya umum lalu akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan dengan mengheret kesemua pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke muka pengadilan kerana kegagalan melaksanakan penggunaan dakwat kekal.

Bersih: Sabah RCI Report must be debated

PKR: Sabah, S'wak food subsidies cut by 60% in budget

Anti-Sedition petition submitted to parliament

Usaha selamatkan NFC 'bodoh macam lembu', kata MP

Bincang 1MDB di mesyuarat Umno: Dr M, Khairy tersenyum


'1MDB does good too, RM382 mil spent on CSR'



DAH 57 TAHUN MEMERINTAH MASIH TAK RETI2 LAGI NAK SELAMATKAN MELAYU...


Minyak: Bukan kerajaan bagi subsidi, rakyat terpaksa bayar lebih

Demo Bantah Minyak Naik Depan Parlimen (11)SHAH ALAM, 20 NOV: Pemberian subsidi bukan satu jenayah dan menerima subsidi jugak bukan suatu dosa, kata Pengarah Pendidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad.
Kenyataan itu merujuk kepada sikap kerajaan yang teragak-agak menurunkan harga minyak walaupun harga minyak mentah pasaran dunia jatuh 20 peratus, sejak dua bulan lalu.
“Malangnya di negara ini, tanggapan kepada (memberi) subsidi itu tidak ubah seperti jenayah dan (rakyat) terima pula seperti satu dosa.
“Untuk menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat pemberian subsidi itu perlu. Lihat sahaja di negara maju, kerajaan salurkan subsidi yang begitu besar untuk pertanian bagi menjadikan sektor itu mampu bersaing,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
Sebelum ini, Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggesa rakyat terus memberikan tekanan dan mendesak Kerajaan Pusat menurunkan harga petrol.
Pada 18 November lalu, kerajaan menurunan RON97 kepada RM2.55 seliter berbanding RM2.75 seliter sebelum ini.
harga-minyak-naik-20-senDalam satu kenyataan, Rafizi berkata, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel Kerajaan Persekutuan hanya RM2 bilion bagi tahun 2015 apabila unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar USD70 hingga USD80 setong bagi tahun 2015.
Katanya, jumlah subsidi itu adalah penjimatan RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.
Pada Oktober lalu, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter dalam usaha kerajaan merasionalisasikan subsidi.
Justeru, pihaknya berpandangan kerajaan wajar menurunkan harga petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi hasil penjimatan ekoran harga minyak pasaran dunia yang semakin turun.
Sehubungan itu, Rafizi akan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember ini jika harga petrol RON95 dan diesel tidak diturunkan, yang mana PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember ini.

GST bercanggah Dasar Ubat Nasional, kata MP

MP Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata kerajaan sepatutnya mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar ke atas semua ubat berjadual.

Menurutnya, pada masa kini kerajaan mengenakan kadar cukai sifar ke atas Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML) namun ia hanya meliputi kira-kira 13 peratus daripada jumlah keseluruhan ubat.

Sebanyak 87 peratus ubat lain dikenakan GST, kata Ling.

Katanya, penguatkuasaan kadar cukai itu bercanggah dengan Dasar Ubat Nasional yang menekankan "ubat berkualiti dan mampu diperolehi oleh semua".

"Saya berharap agar kerajaan mengkelaskan semula semula ubat berjadual di bawah kadar GST sifar demi rakyat miskin, bagi menterjemahkan dasar kerajaan prihatin menjadi realiti," katanya.

Ling yang juga seorang ahli farmasi berkata demikian dalam sidang media di bangunan Parlimen pagi ini.

PKR minta k'jaan asing jejak dana 1MDB

MP PKR, Rafizi Ramli mengumumkan bahawa parti itu akan mendapatkan bantuan kerajaan asing bagi menjejak dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib presiden PKR itu mendakwa, ia bagi menjejak pergerakan dana berjumlah RM7 bilion yang disimpan di bank luar pesisir Kepulauan Cayman.

Beliau mendakwa dana terseebut sudahpun dipindahkan ke Singapura, Hong Kong dan juga Switzerland.

Menurutnya, langkah itu akan diambil memandangkan kerajaan kini masih mengunci mulut tentang perjalanan kewangan 1MDB apabila soalan mengenai perkara itu diajukan di Parlimen.

Rafizi berkata, beliau kesal kerana kerajaan terus mengulangi jawapan, bahawa butiran kewangan 1MDB adalah hak milik 1MDB, setiap kali beliau meminta penjelasan.

Untuk langkah pertama, Rafizi berkata beliau akan membawa perkara tersebut kepada perhatian Bank Negara Malaysia terlebih dahulu.

"Kalau kita berterusan dapat jawapan "copy and paste" begini, kita akan kejar ke mana perginya wang ini.

"Peraturan anti pengubahan wang yang ada di negara-negara ini hampir sama semuanya," kata Rafizi pada sidang media di bangunan Parlimen.

Rafizi Ramli: Najib May Go Down With 1MDB


Rafizi to get foreign gov'ts to trail 1MDB RM7bil


Jika PR mampu yakinkan orang Melayu, UMNO hadapi masalah besar

Orang Melayu, terutamanya yang menyokong parti Barisan Nasional (BN) sangat takut kehilangan hak keistimewaan Bumiputera dan bimbang orang Cina akan mendominasi kerajaan selain sektor ekonomi yang sudah dimiliki oleh mereka
Datuk Abdul Kadir JasinPETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) mampu mengekalkan kerajaan perintahannya di negeri Selangor dan Pulau Pinang sekiranya dapat meyakinkan orang Melayu dan bersikap adil terhadap mereka,” kata Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times.
Menurut, Datuk Dr. A. Kadir Jasin, sekiranya PR mampu melaksanakannya, ini mampu memberi masalah besar kepada UMNO untuk mempertahankan kerajaan.
“Orang Melayu, terutamanya yang menyokong parti Barisan Nasional (BN) sangat takut kehilangan hak keistimewaan Bumiputera dan bimbang orang Cina akan mendominasi kerajaan selain sektor ekonomi yang sudah dimiki oleh mereka.
“Faktor ketakutan ini yang menjadi senjata terakhir UMNO dalam memastikan orang Melayu terus berpihak kepada UMNO,” katanya di dalam entri terbarunya kadirjasin.blogspot.com.
Tambah beliau, salah satu faktor kembalinya sokongan orang Melayu terhadap UMNO adalah kerana takut dengan orang Cina.
“Gambaran mengenai berpuluh ribu orang Cina dan India menyokong pembangkang dalam mengambil alih bandar-bandar di Johor telah menimbulkan perasaan takut dalam kalangan orang Melayu dan menyebabkan mereka kembali bersatu berdiri di belakang UMNO,” jelasnya.
Kata Kadir Jasin lagi, pemerintahan PR di Selangor dan Pulau Pinang sejak memegang tampuk pemerintahan sejak 2008 juga boleh dijadikan pertunjuk bahawa mereka bersikap adil.
“Adakah wujud pemberontakan orang Melayu di Selangor dan Pulau Pinang sejak PR memperoleh kuasa pada 2008?
“Kecuali dalam kalangan komuniti peniaga Melayu yang ada kaitan dengan BN, yang lain menerima PR. Di Pulau Pinang yang mengetuai negeri tersebut adalah DAP, bukan orang Melayu yang tidak menyokong DAP tetapi warga India Muslim,” ujarnya.
Jelasnya, warga India Muslim tersebut lantang kerana sebahagian besar merupakan peniaga dan kedudukan mereka terjejas dengan dasar dan program kerajaan negeri tersebut.

Politik murni mendepani politik anak muda

Young Syefura Othman


Kelompongan yang di tinggalkan generasi dahulu dan sekarang amatlah berbeza bila dilihat daripada kaca mata anak muda sekarang dan akan datang terhadap politik.
Hampir semua kita bersetuju, politik akan datang adalah sebuah dimensi baru. Anak muda pada hari ini melihat cara politik dahulu hanyalah sekadar entengan.
Politik yang penuh seteru dan kacau-bilau, porno, penipuan dan segala jenis yang merosakkan.

Ini berlaku untuk sebuah kuasa. Bagaimana kepentingan dan hak dinafikan secara sembrono.
Ia dijadikan batu loncatan untuk mendapat kemewahan yang tak terjangkau kuasa minda.
Saya suka menamakan politik akan datang dengan politik murni.
Bagaimana politik murni ini?
Politik murni ialah politik yang hanya  lahir dari jiwa yang murni.
Jiwa yang melihat tanggungjawab yang diberikan dipikul dengan penuh dedikasi.
Persoalan-persoalan remeh dan melibatkan kepentingan rakyat terbanyak di selesaikan dengan kolektif tanpa mengira aliran dan warna parti.
Kita hanya berjaya memenangi pilihan raya hanya kerana kerja baik kita, tanggungjawab yang berterusan serta menganggap semua pihak termasuk musuh politik kita sebagai sama.
Kita tidak memenangi pilihan raya kerana kejahatan, kerana politik wang, kerana kelucahan yang melampau.
Anak muda juga sangat berharap, usaha mencapai negara maju dengan elemen-elemen yang amat perlu seperti kebersihan, jurang pendapatan yang tidak jauh,perwatakan budiman serta tidak dilupakan pengekalan hijau alam amat dititik beratkan.
Media antara perkara pokok yang sangat besar dalam mencapai target ini.
Media haruslah dilihat lebih terbuka dan melaporkan kebenaran.
Tiada lagi kelebihan kepada pemerintah dan di masa yang sama pembangkang di pinggirkan.
Perang terhadap rasuah hendaklah menjadi perkara utama.
Sebagaimana perang terhadap najis dadah. Mungkin denda yang perlu ialah sampai ke tahap hukuman mati.

Tambah kerusi: Umpan beracun untuk PAS Terengganu?

 
Jika pertambahan kerusi di Parlimen boleh menguntungkan parti pembangkang, mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) begitu susah-payah lakukannya? Sejak bila SPR jadi sekutu pembangkang?
Sehingga beberapa tahun yang lepas, pertambahan kerusi di Parlimen atau DUN tidak pernah dipersoalkan oleh badan bukan pemerintah (NGO) atau parti pembangkang.
Kita dicuci otak oleh SPR dan Barisan Nasional (BN) sehingga percaya kerusi badan perundangan mesti ditambah apabila kawasan pilihan raya disempadankan semula.

Dan ini sememangnya berlaku sejak latihan persempadanan semula yang pertama pada tahun 1973.Alasan pertama: Pertambahan penduduk
Alasan “piawaian” pertama untuk menjustifikasikan pertambahan kerusi ialah pertambahan penduduk dan pengundi. Jika tidak tambah, maka purata bilangan pengundi untuk setiap kawasan pilihan raya ini menjadi sangat besar dan mutu perkhidmatan dan perwakilan wakil rakyat akan terjejas.
Alasan ini nampaknya munasabah, sebenarnya tidak masuk akal kalau kita ingat fungsi pertama ahli parlimen ialah mendebat dan meluluskan rang undang-undang dan polisi pemerintah. Apabila populasi berganda, tidak bererti rang undang-undang dan polisi akan berganda.
Dan jika perkara yang didebatkan tidak berganda, tetapi bilangan wakil rakyat berganda, apakah masa bersidang harus berganda supaya hujah-hujah yang serupa boleh diulang atau dipanjangkan oleh wakil rakyat yang berlainan? Ataupun masa bersidang tetap sama, dan setiap wakil rakyat mempunyai masa yang kurang untuk berhujah?
Alasan kedua: Ketidakseimbangan perwakilan antara negeri
Alasan “piawaian” kedua ialah pertambahan kerusi boleh mengurangkan ketidakseimbangan perwakilan antara negeri.
Sebagai contoh, purata bilangan pengundi sebuah kawasan Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ialah 93,129. Ini hampir dua kali ganda kepada bilangan pengundi purata kawasan Parlimen di Pahang, yang serendah 52,579.
Mengikut hujah ini, kalau tidak tambah kerusi Parlimen, Selangor akan rugi.

KALAU SUBSIDI RAKYAT BOLEH DIKURANGKAN & DIHAPUSKAN.. Kami mahu gaji & elaun pemimpin pun dikurangkan !!!.. Turunkan minyak kami, BUKAN MINYAK 'ORANG KAYA'..


Meraikan kepelbagaian dalam politik kampus

oleh TARMIZI ANUWAR
Perbezaan adalah perkataan yang sinonim dengan manusia. Retorik sejak lama dahulu dilaungkan agar sesuatu golongan itu bersatu untuk tujuan yang dianggap murni. Bagaimanapun sejak hari pertama manusia diciptakan, Adam adalah makhluk yang berbeza sifatnya dengan malaikat, iblis mahupun makhluk ciptaan yang lain. Hawa dijadikan berlainan sifat fizikalnya daripada Adam. Tuhan bersabda dalam kitabnya bahawa dia menjadikan manusia ini berbeza-beza agar saling kenal-mengenali.
mansuhkan-ptptnPokoknya kewujudan manusia ini adalah kesan daripada wujudnya perkataan “beza” itu sendiri. Ini adalah kerana dirinya sendiri dicipta atas falsafah “beza”. Tanpa menidakkan kesan negatif tentang perbezaan, sebaiknya kita membuka ruang wacana yang lebih luas dalam memahami dan meneliti konsep perbezaan dari sudut yang positif. Ini termasuk membincangkan perbezaan fikiran, fahaman, dan pegangan samada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan agama. Bagaimanapun artikel ini akan dihadkan dalam kerangka daerah universiti.
Kepelbagaian membuka peluang kepada pilihan yang lebih baik
People must learn to hate, and if they can learn to hate, they can be taught to love, for love comes more naturally to the human heart than its opposite – Nelson Mandela.
Saban tahun universiti di negara ini akan menjalankan pilihan raya kampus bagi tujuan memilih barisan kepimpinan mahasiswa universiti. Lewat 10 tahun ini menunjukkan pelbagai kumpulan yang telah wujud bagi membawa agenda perubahan kepada mahasiswa dimana berbeza tempat berbeza namanya. Walaupun terdapat kumpulan yang berkongsi secara aspirasi-nya, mereka lebih selesa menggunakan nama mengikut kesesuaian setempat.
Sesebuah negara boleh dianggap mengamalkan demokrasi sekiranya negara tersebut mengamalkan proses pilihan raya bagi memilih tampuk pemerintah. Begitu juga jika diterjemahkan kepada universiti yang sesetengah orang menganggapnya sebagai sebuah “negara kecil”. Demokrasi tidaklah semata-mata pilihan raya tetapi mempunyai intipati dan tujuan yang lebih daripada itu dimana setiap daripadanya mampu untuk dinilai dan ditambahbaik.
Apabila membaca pandangan yang menyatakan bahawa pelajar perlu bersatu, saya secara peribadi mempunyai dua pandangan iaitu bersetuju dan tidak bersetuju. Saya bersetuju sekiranya perkara yang memerlukan sokongan mahasiswa secara majoriti besar untuk menghadapi dan memberi tekanan kepada pihak universiti bagi memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga. Tetapi tidak mustahil kesatuan ini akan membawa kepada kemandulan gerakan mahasiswa.
Apabila hanya mempunyai satu pihak sahaja, lama kelamaan rasa selesa itu akan timbul dan akhirnya melemahkan pemikiran mahasiswa. Di sini peranan pihak lawan menjadi penting dalam usaha mewujudkan ide-ide bernas dan agen semak imbang kepada gerakan mahasiswa itu sesama sendiri. Mereka akan berusaha menjadi yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan dan menjadi tanggungjawab mereka untuk melunaskan manifesto yang telah dijanjikan. Sekiranya tidak dipenuhi ianya akan dipersoalkan dan kemungkinan untuk kalah pada masa akan datang adalah tinggi.
Politik Adalah Strategi
Politik adalah strategi bagi mendapatkan kuasa. Sekiranya kata-kata berpolitik adalah berjuang kerana Allah, bukan untuk kemenangan dunia tetapi akhirat digunapakai secara literal maka tujuan sebenar politik itu tidaklah tercapai. Bahkan disebabkan ketidakmampuan mendalami tujuan politik secara mendalam ianya akan memberikan kesan kepada agenda dan nama kumpulan yang diwakilinya. Ini selalu terjadi kepada kumpulan yang membawa agenda agama di kampus.

PKR dakwa Putrajaya potong 60% subsidi makanan asas di Sabah, Sarawak

PKR hari ini mendakwa program 1Malaysia 1Harga menyaksikan pemotongan 60% subsidi bagi makanan asas seperti minyak masak, tepung, dan gula di Malaysia Timur dalam Belanjawan 2015.
Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking berkata, berbanding peruntukan RM85 juta pada 2014 bagi Sabah dan Sarawak, jumlah itu diturunkan secara dramatik kepada RM33 juta dalam Belanjawan 2015.
"Ini menyaksikan pemotongan RM52 juta dan penurunan 60% daripada peruntukan tahun sebelumnya," kata Darell, ketika sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. 
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan memaklumkan kepadanya penurunan itu disebabkan penurunan permintaan minyak masak di Sabah dan Sarawak.
 "Jawapan ini tidak masuk akal kerana jumlah subsidi minyak masak di Sabah dan Sarawak sangat tinggi pada 2014, sekitar RM60 juta," kata Darell. "Penurunan ini menunjukkan betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan rakyat Sabah dan Sarawak," katanya.

Laporan eksklusif Al Jazeera kisah pelarian didera di pusat tahanan Malaysia


Layanan Malaysia terhadap pelarian menjadi perhatian sekali lagi susulan laporan berita Al Jazeera yang memaparkan keadaan mereka dizalimi dan dieksploitasi di dalam penjara, serta kegiatan rasuah kakitangan Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR).
Dalam satu program yang masih belum disiarkan di saluran 101 East, penyampai kanan dan wartawan Steve Chao menyamar sebagai seorang paderi bagi mendapatkan akses ke dalam pusat tahanan yang "terkenal" itu di mana ditempatkan pelarian yang ditangkap.
Menurut UNHCR, terdapat 150,000 pelarian yang melarikan diri dari negara asal mereka ke Malaysia, dengan harapan dipindahkan ke negara ketiga. Bagaimanapun, Malaysia, yang baru-baru ini dipilih sebagai salah satu ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, menolak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 bagi mengiktiraf status pelarian.
Oleh itu, mereka tidak dibenarkan bekerja atau pergi ke sekolah, mendorong mereka menubuhkan pusat komuniti mereka sendiri bagi pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga boleh ditahan bila-bila masa dan akan ditempatkan di dalam pusat tahanan yang penuh sesak di mana Chao mendapati keadaannya sangat daif.
Laporan itu menunjukkan pertemuan Chao dengan berpuluh-puluh pelarian di pusat itu, ramai daripada mereka dirantai dan digari sementara yang lain ada yang tidak makan beberapa hari.
Beliau juga menemui di sana wanita yang ditahan hanya beberapa jam selepas melahirkan dan juga kanak-kanak, yang merupakan satu pelanggaran Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-kanak.
 Pelarian ditahan dalam sel yang sempit sepanjang hari dan beberapa orang mengadu kepada Chao mereka dipaksa bogel di hadapan orang lain dan kemudiannya dipukul, ditampar dan ditendang manakala seorang bekas tahanan memberitahu wartawan Al-Jazeera itu, dia didera menggunakan batang besi.

Zam cabar MB Pahang banteras perompak balak

Beliau mencabar Adnan Yaacob supaya mencontohi Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem
adnan yaakobPETALING JAYA: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob didesak supaya bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab dalam kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highland.
Tan Sri Zainuddin Maidin dalam entri terbarunya mengemukakan desakan itu dengan menyatakan: ”Tanpa prejudis dan tanpa mempersoalkan integriti Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaacob, saya ingin bertanya bolehkah beliau ikut langkah berani Ketua Menteri Sarawak?”
Bekas Ketua Pengarang Utusan itu mempersoalkan apakah Adnan berani berdepan dan bertindak ke atas tauke-tauke balak di Pahang yang telibat dalam pembalakan haram.
Beliau membandingkan Menteri Besar Pahang itu dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang memberi amaran keras kepada tauke-tauke balak serta pihak-pihak penguatkuasaan agar lebih berintegriti, berani dan tegas.
”Mampukah beliau (Adnan) untuk tidak mempedulikan sesiapa bagi menghapuskan ‘gangster balak’ atau pembalak haram untuk menegakkan sebuah kerajaan bersih di hati rakyat?,” tulis Zainuddin dalam blognya zamkata.blogspot.com.

SETPOL MB: Awas penyebaran notis palsu bantuan pendidikan

IMG-20141119-WA0035 notisSHAH ALAM, 20 NOV: Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, Pejabat Dato’ Menteri Besar menafikan membuat pengumuman menawarkan Bantuan Kewangan Pelajaran Anak-Anak Selangor di beberapa institusi pendidikan tinggi di negeri itu.
Shuhaimi berkata, penyebaran itu sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kekecohan terhadap pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang baru.
Katanya, walaupun Kerajaan Negeri mengambil perhatian berat dalam isu pendidikan, namun sebarang pengumuman akan dibuat melalui saluran betul dan dihebahkan dalam saluran media massa dan jabatan terbabit.
“Kerajaan Negeri bakal mengumumkan senarai bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam ucapan Belanjawan 2015 minggu hadapan,” kata Shuhaimi dalam kenyataan media.
Suhaimi berkata, beliau berharap semua rakyat dapat mengambil maklum perkara berkenaan dan menunggu pembentangan belanjawan negeri, pada 24 November ini.

Majoriti simpanan ahli KWSP adalah kecil kata Timb Menteri

Dewan Rakyat 20 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Vell Paari kata Palanivel perlu segera berundur..!!

Pengarah strategi MIC, Datuk Seri Vell Paari berkata presidennya Datuk Seri G Palanivel perlu segera berundur kerana tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai menteri alam sekitar.

Vell Paari berkata, menteri tersebut yang juga MP Cameron Highlands juga tidak hadir semasa kunjungan Sultan Pahang ke kawasan bencana banjir lumpur.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar hari ini menyatakan kemurkaan ke atas Palanivel yang menurutnya tidak berbuat apa-apa selepas tragedi yang sama berulang di kawasan itu.

Vell, yang juga anak kepada presiden MIC, S Samy Vellu, turut membangkitkan beberapa tuduhan berhubung kegagalan Palanivel sebagai ketua parti.

“Kami di dalam MIC sudah lama mengesyaki bahawa Palanivel mengalami satu masalah perubatan yang menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan.

‘Kebiadapan kapitalis’ bakal ulangi tragedi Cameron Highlands

Oleh MOHD ARIF JUHANI
TANGGAL 5 November 2014, Cameron Highlands sekali lagi ditimpa musibah tanah runtuh dan banjir kilat sehingga mengakibatkan lima nyawa terkorban.Apakah ada iktibar yang sudah diambil oleh kerajaan dan masyarakat seluruh negara?
Jawapannya walaupun banyak dan pelbagai tetapi semuanya dijangka lebih bersifat pesimis. Pada masa yang sama, pakar-pakar dari pelbagai institut dalam bidang berkaitan seperti keselamatan, alam sekitar, pembangunan dan sebagainya turut dijemput media untuk membuat ulasan yang lebih teknikal sifatnya.

Ketika kerajaan, kementerian serta agensi tertentu berhempas- pulas mencari alasan untuk menenangkan para penduduk terlibat, pembangkang pula menjadikan isu itu sebagai peluru untuk terus menyerang dasar kerajaan yang menyebabkan tragedi  berkenaan berlaku. Selepas keadaan kembali reda manakala mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, apa yang pasti, semuanya akan kembali hidup seperti tiada apaapa bencana yang menimpa sebelum ini.
Hal ini tentulah sesuatu yang sinis seperti sindiran pengamal media, Sayed Munawar dalam laman sosial Facebooknya pada 12 November lalu yang berkata: “Jika jadi lagi banjir Cameron, sila rujuk youtube Bual Bicara semalam. Soalan dan jawapan sama. Tak perlu bual bicara baru.”
Apa yang perlu difahami, tragedi seumpama ini bukanlah sesuatu yang baharu. Apa yang berlaku bukanlah eksklusif di Cameron Highlands semata-mata, malah di banyak kawasan dalam negara pernah berdepan tragedi berkenaan.
Cameron Highlands juga menyaksikan kejadian yang sama berlaku pada 23 Oktober tahun lalu yang mengakibatkan tiga warganegara asing maut selain kemusnahan harta benda dan kediaman.
Jika dilanjut tragedi yang sama ke seluruh negara, ternyata Malaysia bukan negara yang asing daripada kejadian tanah runtuh dan banjir kilat.
Bermula dengan tragedi tanah runtuh di Highland Towers pada 1993, dianggarkan lebih sepuluh kejadian yang sama berulang termasuklah di Sandakan pada 29 Januari 2011.
Dalam kejadian itu, hujan berterusan menyebabkan perumahan di lereng bukit Kampung Gelam Runtuh, Bandar Ramai-Ramai serta Kampung Sundang Darat ditenggelami banjir dan tanah runtuh sehingga dua nyawa dilaporkan terkorban.
Namun selepas semua kejadian itu dibentangkan dalam media, ternyata kerajaan dan syarikat pemaju masih buta hati dan terus degil untuk membawa projek pembangunan mewah di kawasan bukit.
Gagal ambil iktibar
Contohnya, di sekitar kawasan Highland Towers iaitu Ampang. Jika melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), kita boleh melihat pelbagai projek perumahan elit ditawarkan melalui papan- papan iklan di kawasan berkenaan.

Kuala Lumpur ‘Bandar 7 juta tikus’

Kita kena cari punca pembiakan tikus di bandaraya Kuala Lumpur dan tidak hanya menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau kerajaan semata-mata.
tikusKUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen semalam dikejutkan dengan berita kehadiran 7 juta tikus di bandaraya Kuala Lumpur.
Berita tersebut disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semasa berucap di dewan rakyat malam tadi.
Ketika diminta mengulas sumber angka 7 juta tikus oleh Ahli Perlimen Segambut Lim Lip Eng, Tengku Adnan menjawab jumlah tersebut diperolehi selepas bancian dibuat berdasarkan laporan Jakarta Post yang melabelkan Kuala Lumpur sebagai bandar 7 juta tikus.
Jumlah tikus yang banyak itu berpunca sikap sesetengah warga kota sama ada peniaga atau pembeli yang pengotor, kata Tengku Adnan semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.
“Kita kena cari punca, tidak boleh salahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau kerajaan,” katanya lapor BNBBC.
Menurutnya lagi, warga kota perlu dididik jadi rakyat yang bersih sekaligus dapat menghindar peningkatan jumlah tikus yang boleh jadi punca penyakit berbahaya.

GST: Harga telefon pintar dijangka naik

Peringkat awal pelaksanaan GST akan menyebabkan kenaikan sebanyak 6% bagi harga peranti mudah alih.
PETALING JAYA: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April tahun depan akan memberi kesan kepada kenaikan harga telefon pintar.
smartphones_rectLapor Sinar Harian, Ketua Komputer Riba Mudah Alih dan Pengendalian Pintar, Acer Sales and Services Sdn Bhd, Johnson Seet berkata bagi peringkat awal pelaksanaan GST akan dapat dilihat kenaikan harga peranti mudah alih sebanyak enam peratus.
Bagaimanapun, kenaikan itu bergantung kepada harga pesaing peranti dan telefon mudah alih dalam pasaran.
“Setakat ini, kami masih menawarkan harga telefon pintar yang berpatutan dengan pengenalan tiga lagi model baharu hari ini (semalam),” katanya selepas pelancaran tiga model telefon pintar Acer.
Acer Malaysia memperkenalkan Acer Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500 yang disasarkan kepada golongan pelajar, warga asing dan generasi muda.
Menurutnya, ketiga-tiga model itu didatangkan dengan penambahbaikan terkini dan menggunakan pemprosesan Android KitKat 4.4.
Katanya, ketiga-tiga model itu telah diperkenalkan di Taiwan pada awal tahun ini dan menerima maklum balas yang positif berhubung ciri-ciri baharu dan reka bentuk yang menarik.
Menerusi pengenalan tiga model baharu itu, Acer Malaysia turut menyasarkan peningkatan 10 peratus jualan daripada penguasaan pasaran Acer menjelang 2015.

Kalau fitnah 1MDB, kami sudah ke penjara – Rafizi

PETALING JAYA 19 NOV : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tidak berganjak daripada dakwaannya bahawa kerajaan Persekutuan menanggung hutang Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM19.5 bilion.
“Daripada RM42 bilion hutang 1MDB yang telah kita ketahui, RM20 bilion itu telah disahkan secara fakta dan sahih bahawa ia membawa tanggungan terus kepada kerajaan.
“RM5.8 bilion dijamin secara terus oleh kerajaan itupun selepas kerajaan sendiri membuat pengakuan untuk tanggung pinjaman berkenaan,” katanya di hadapan kira-kira 400 hadirin dalam Forum ’1MDB Negara Berhutang’ di  Petaling Jaya, malam tadi.
Menurut Rafizi, terdapat dua lagi pinjaman lain yang disembunyikan kerajaan dan telah didedahkan Pakatan Rakyat di parlimen.
“Kedua-dua pinjaman itu adalah, RM9.7 bilion yang datang dengan surat sokongan yang mana kerajaan perlu membayar pinjaman berkenaan sekiranya 1MDB tidak mampu bayar dan juga RM4 bilion daripada Wang Amanah Pencen (KWAP) yang telah dibelanjakan,” jelasnya.
Justeru katanya, melalui ketiga-tiga tanggungan itu, kerajaan dianggarkan berdepan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion tidak termasuk hutang-hutang sedia ada syarikat itu yang berjumlah RM42 bilion.
Rafizi turut membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sengaja membawa isu 1MDB untuk memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.

My Trials and Tribulations | Anwar Ibrahim | TEDxGeorgetown

Sultan terkilan ahli Parlimen ‘lepas tangan’ isu banjir Cameron Highlands

Sejak kejadian banjir pertama yang berlaku tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.

palanivel 1CAMERON HIGHLANDS: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa terkilan terhadap Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri G. Palanivel yang dilihat seolah-olah bersikap ‘lepas tangan’ berhubung kejadian banjir yang melanda daerah itu, lapor Utusan Malaysia.
Baginda bertitah, sejak kejadian banjir pertama yang berlaku tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.
“Apa yang telah beliau lakukan? Tiada apa. Rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.
“Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikannya kepada rakyat?
“Beritahu beliau supaya buat sesuatu dengan segera. Saya serius mengenai perkara ini,” titah baginda seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli melawat Lembah Bertam yang terjejas ekoran kejadian banjir kilat pada 5 November lalu.

Mahasiswa jangan ikut telunjuk UMNO

Mahasiswa bukan lagi budak hingusan yang perlu mengikut semua telunjuk pihak kerajaan dan segala kebebasan bersuara perlu diberikan kepada mahasiswa.

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol hari ini semakin lantang bersuara menentang kerajaan dengan menggesa pelajar Universiti Malaya supaya tidak tunduk kepada kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
msiswa langgar umno 1Katanya, mahasiswa bukan lagi budak hingusan yang perlu mengikut semua telunjuk pihak kerajaan.
Menurul lapor KeadilanDaily, Fahmi berkata demikian ekoran pendengaran tatatertib yang bakal dihadapinya dan lapan pelajar UM atas dakwaan menganjurkan pidato Anwar ’40 tahun dari UM ke penjara’ secara haram di dalam Universiti pada 28 Oktober lalu.
Pada masa yang sama, Fahmi berharap pihak pengurusan UM akan membicarakan kes beliau dan rakannya yang lain dengan adil tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuklah pihak kerajaan.
“Saya nak ingatkan UM dalam hal ini jangan jadi orang suruhan UMNO, adili dengan telus dan berlaku adil. Apa yang yang kami lakukan sebelum ini adalah menyampaikan fakta yang sahih dan benar kepada umum,” katanya.
Sebelum ini, pihak UM sekali lagi menangguhkan kes pelanggaran disiplin melibatkan lapan pelajarnya.
Fahmi dikehendaki menghadiri pendengaran tatatertib pada 9 Disember ini atas dakwaan mengadakan perhimpunan haram di dalam kampus UM.
Notis itu juga mengemukakan lapan pertuduhan yang dipinda terhadap Fahmi, berbanding dengan sembilan pertuduhan sebelum ini.

Fahmi Zainol nafi laporan akan berdebat dengan Menteri UMNO

Namun sekiranya menteri berkenaan bersedia untuk berdebat, maka saya juga bersedia untuk berdebat,” jelasnya lagi.

debat1PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menafikan laporan sebuah portal bahawa beliau akan berdebat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dalam satu program debat pada 26 November depan.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal itu, debat yang bertajuk “Kebebasan Memilih” itu merupakan anjuran Pro Mahasiswa UM dan PMUM. Bahkan turut dilaporkan, bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM dilaporkan sudah memberi kelulusan kepada Razali untuk hadir ke program berkenaan.
“Bukan, berita ini palsu. Hingga ke saat ini, tidak ada sebarang jemputan yang diberikan,” katanya dalam satu kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Portal tersebut turut menyatakan bahawa program ‘palsu’ itu akan diadakan pada pukul 8.30 malam di UM Foodcourt Village di Universiti Malaya (UM).
“Sekiranya menteri berkenaan bersedia untuk berdebat, maka saya juga bersedia untuk berdebat,” jelasnya lagi.
Beliau turut menyatakan bahawa ia merupakan satu propaganda UMNO untuk menunjukkan imej buruk terhadap dirinya.
Fahmi sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menjemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpidato di UM bertajuk “40 Tahun : Dari UM Ke Penjara” yang mendapat tentang pengurusan UM.
Beliau yang menganjurkan pidato itu tetap berdegil dan bertindak merempuh pintu pagar masuk ke kampus UM untuk mendengar Anwar berpidato.
Ekoran itu, Fahmi Zainol dikehendaki menghadiri pendengaran tatatertib pada 9 Disember ini terhadap tuduhan mengadakan perhimpunan haram di kampus Universiti Malaya.