Minyak sawit - Foto hiasan
KUALA LUMPUR - PR mendakwa cukai jualan yang dikenakan ke atas minyak sawit mentah di Sabah dan Sarawak tidak adil buat pengusaha di kedua-dua negeri itu.
 
Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu berkata, cukai tersebut hanya dikenakan ke atas Sabah dan Sarawak sahaja.
 
"Pekebun perlu membayar cukai kepada kerajaan Pusat melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) RM13 per tan mengikut harga sekarang.
 
"Tapi di Sawarak (dan Sabah), kita kena bayar cukai jualan negeri yang bukan sedikit iaitu peratus (%)," katanya  pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
 
Malah beliau mendakwa, hasil yang diterima di Sabah dan Sarawak lebih rendah berbanding di Semenanjung.
 
"Hasil mereka lebih rendah berbanding Semenanjung. Infrastruktur di sana tidak bagus. Tidak seperti di Semenanjung.
 
"Malah pengusaha terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi sebab isu infrastruktur. Kata konsep 1Malaysia tapi kenapa beza-bezakan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak?," katanya.
 
Sehubungan itu, beliau menggesa agar cukai itu dimansuhkan kerana tidak adil untuk pekebun kecil dan sederhana di Sabah dan Sarawak.