Isnin, 17 November 2014

Nurul Izzah: We Celebrate Multilingualism As Part Of Our Heritage

Najib perlu bentang semakan semula Belanjawan 2015


minyak_naik


KUALA LUMPUR, 17 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membentangkan semakan semula Belanjawan 2015 dengan mengambil penurunan harga minyak mentah yang dijangka menjejaskan pendapatan kerajaan.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, Najib perlu menerangkan langkah dilakukan kerajaan berdepan tiga situasi penurunan harga minyak mentah dunia
“Apa pelan luar jangka kerajaan, misalnya harga minyak pada kadar USD80 (RM267.40), USD70 (RM233.90) atau pun USD60 (RM200.50) setong.
“Sesiapa saja yang mengikuti berita kewangan antarabangsa pasti bersetuju bahawa kita akan bergelut dengan senario ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Chin Tong merujuk The Edge Weekly yang melaporkan, bagi setiap USD1 penurunan harga setong minyak mentah, kerajaan bakal kehilangan pendapatan kira-kira RM650 juta.
“Dalam kata lain, penurunan harga minyak mentah sebanyak USD25 (dari USD105 anggaran 2015) kepada USD80 setong akan mengakibatkan pengurangan hasil sebanyak RM16.25 bilion.
“Pada USD70 setong, bermakna kerugian adalah RM22.75 bilion (8.3 peratus), untuk USD60 pula kerugiannya sebanyak RM29.25 bilion (10.6 peratus).
Kerajaan sebelum ini telah menganggarkan pendapatan 2014 dengan harga minyak mentah pada USD110 (RM367.60) dan USD105 (RM351) setong untuk tahun 2015.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong di Parlimen minggu lalu mendakwa trend penurunan harga minyak mentah hanya memberi kesan minima pada defisit 2014, dan puratanya tidak jauh daripada anggaran asal serta ‘boleh dikurangkan dengan subsidi bahan api rendah’.
“Chua menyatakan kerajaan tidak dapat memberi anggaran harga minyak mentah bagi tempoh beberapa minggu dan bulan akan datang kerana tidak tahu sama ada ia menurun atau kekal.
“Dia salah. Kerajaan dan Najib harus memiliki pelan kemungkinan serta semakan semula belanjawan kerana harga minyak mentah sudah di bawah USD80 setong pada USD79.41 Jumaat lalu,” tegasnya.

Revolusi mental: Beri Jokowi tempoh setahun

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno. 
SHAH ALAM - “Beri tempoh setahun buat Presiden Joko Widodo untuk melakukan revolusi mental buat rakyatnya,” kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.

Herman berkata, tempoh itu berdasarkan pembentukan Kabinet baharu yang  dikenali sebagai Kabinet kerja.

“ Bagi merealisasikan revolusi mental, janji pertama beliau ialah untuk memberikan kemudahan kesihatan secara percuma kepada golongan yang tidak berkemampuan kerana selama ini golongan itu tidak mampu untuk ke hospital kerana dikenakan bayaran yang tinggi,” katanya ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Menurutnya, perkara tersebut sudah dimasukan kedalam bajet yang akan dibentangkan pada Januari tahun hadapan.

“Revolusi mental turut dilakukan terhadap barisan Kabinet baharu supaya mereka sentiasa bekerja sekaligus bertanggungjawab terhadap janji-janji mereka.

“Revolusi mental turut dibentangkan di mesyuarat Apec bagi memberi gambaran positif terhadap Kabinet baharu Jokowi di mana soal tanggungjawab portfolio Kabinet diberi keutamaan,” jelasnya.

“Rakyat Malaysia yang patriotik tidak ingin Melayu,Islam diancam”

Ini kerana kita semua adalah rakyat Malaysia, inginkan negara makmur yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama
Lim-Kit-SiangPETALING JAYA: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bersetuju dengan Sasterawan Negara A. Samad Said, disebalik dakwaan meningkatnya ancaman terhadap masyarakat Melayu, kepimpinan negara masih kekal di tangan orang Melayu dan masih dipimpin parti yang mendakwa mewakili masyarakat Melayu.
Menurut Kit Siang, amat pelik melihat tuduhan Melayu sedang diancam sentiasa dimainkan, yang menyebabkan beliau menasihati masyarakat Melayu agar tidak terlalu obses dengan dakwaan tersebut.
Sebelum ini Pak Samad telah melontarkan soalan yang paling relevan iaitu “Bagaimana orang Melayu boleh terancam? Bagaimana agama (Islam) dan Melayu diancam, apabila untuk lebih lima dekad mereka yang memegang kuasa adalah orang Melayu?
“Apa yang mereka pemimpin Melayu lalukan selama lima dekad ini jika benar Melayu di bawah ancaman?”
Tambah Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, tepat sekali kata-kata Pak Samad, dan beliau tidak fikir ia boleh disangkal oleh sesiapa.
“Jika kepimpinan Melayu UMNO yang memimpin negara lebih lima dekad tidak dapat menjadikan masyarakat Melayu merasa selamat, maka ia patut menyerahkan kuasa kepada orang Melayu yang lain.

Buku dikenakan GST bebankan pelajar

GST Grafik BaruSHAH ALAM, 17 NOV : Pengecualian cukai barangan dan perhidmatan (GST) yang terhad ke atas beberapa buah buku sahaja jelas mengelirukan orang ramai dan akan menjejaskan golongan pelajar sekiranya ia dilaksanakan kelak.
Tinjauan Selangor Kini di sekitar Shah Alam mendapati kebanyakan pelajar ditemui melahirkan rasa kurang senang dan tidak bersetuju sekiranya pengecualian terpilih itu dilakukan terhadap pembelian buku akademik.
GSTSeorang pelajar, Izzul Ikram Anwar, 23, berkata golongan sepertinya pasti paling terjejas teruk sekiranya GST dikuatkuasakan terhadap pembelian buku mulai tahun depan.
Beliau yang akan menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun depan merasakan langkah itu tidak wajar.
Katanya ia akan membebankan golongan pelajar termasuk ibu bapa yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk membiayai pembelian buku anak-anak.
“Sepatutnya kesemua jenis buku harus dikecualikan daripada pengenaan GST kerana ia pasti lebih membebankan golongan pelajar yang memerlukan perbelanjaan besar untuk melanjutkan pengajian.
GST1“Buku akademik juga dijual pada harga yang tinggi di pasaran, jadi apabila ditambah dengan GST maka nilai buku itu akan meningkat dan menjejaskan perbelanjaan kami sebagai pelajar,” katanya.
Seorang pelajar kolej swasta, Sharifah Munirah Tuan Syed Karami, 22, pula berpendapat amat tidak wajar sekiranya Kerajaan Pusat tetap berdegil untuk mengenakan GST ke atas penjualan buku di pasaran.
Katanya kos sara hidup yang semakin tinggi ditambah dengan kenaikan harga barangan memberi kesan kepada perbelanjaan hariannya yang terhad sebagai seorang pelajar.
“Wang saku bulanan yang saya perolehi dari ibu bapa agak terhad dan hanya cukup untuk menampung perbelanjaan makan dan minum harian saya.

Dekati SIS elak keliru peraturan agama - Khairiah

KOTA BHARU: Senator Khairiah Mohamad mahu golongan agamawan mendekati Sisters In Islam (SIS) bagi menjelaskan peraturan sebenar menutup aurat dalam Islam.

“Perlu dijelaskan aurat menurut agama Islam. Jangan tinggalkan mereka. Jika tidak kita seolah-olah mundur semula ke belakang semula tanpa mengambil sebarang inisiatif  mendekati mereka.

“Dari sudut aurat mereka difahamkan masih berpegang tidak wajib wanita menutup aurat kerana mendakwa tidak ada nas yang mewajibkannya sedangkan ia adalah peraturan dalam Islam. Perkara-perkara sebegini perlu dijelaskan kepada mereka.

“Selagi dibiarkan mereka berfahaman sedemikian ia tidak menyelesai masalah. Pertemuan perlu dibuat untuk menjelaskan kepada mereka,” katanya di sini.

SIS sebelum ini mempertikai tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menjalankan operasi gempur aurat di premis-premis perniagaan.

NGO berkenaan mendakwa wanita Muslim bebas membuat keputusan sendiri sama ada mahu bertudung atau tidak. Mereka membawa maksud surah al-Baqarah: 2:256 yang bererti “tidak harus ada paksaan dalam agama”.

MPKB BRI menjalankan 'Operasi Gempur Aurat' bagi memastikan peniaga di Kota Bharu mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi orang Islam.

Apa kerajaan buat, harga komoditi peneroka menjunam

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meneruskan jelajah ke tanah-tanah rancangan di seluruh negara bagi berdialog bersama peneroka berhubung isu berkaitan mereka.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata melalui siri jelajah dan dialog tersebut, para peneroka berpeluang mendengar informasi terkini berkaitan bidang mereka, selain menjadi platform untuk mereka mengemukakan aduan kepada Anak.

Menurutnya, semalam pihaknya mengadakan dialog dengan para peneroka di Felda Mempaga, Bentong yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan berhubung harga komoditi yang semakin menurun sehingga menjejaskan kehidupan mereka.

Tambah beliau, mereka juga tertanya-tanya mekanisme yang akan dilaksanakan kerajaan dalam memastikan harga komoditi tidak terus menjunam bagi menjamin kelangsungan hidup mereka.

"Perlu diingatkan, para peneroka ini bergantung hidup semata-mata dengan tanaman mereka. Jika harga komoditi semakin membimbangkan, sudah tentu ia memberi kesan kepada pendapatan mereka.

"Mereka mahukan jaminan kerajaan, mekanisme apa yang akan digunakan kerajaan bagi memastikan mereka dapat keluar dari kesukaran tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Mazlan, ekoran kemuruduman harga komoditi ini, para peneroka terpaksa pula menanggung pengurusan kebun yang bermasalah yang menyebabkan sasaran untuk mendapatkan hasil terjejas.

Katanya, apabila satu masalah besar timbul, ia akan memberi kesan kepada isu-isu berkaitan peneroka yang saling kait-mengait.

Malah, dengan keadaan itu, kata Mazlan menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan mempersoalkan beberapa insentif Felda yang dahulunya mudah, kini semakin sukar diterima.

"Sebagai contoh, beberapa insentif seperti bantuan anak melanjutkan pelajaran, bantuan pinjaman perumahan yang kini semakin sukar diterima ekoran masalah-masalah yang timbul akibat kemuruduman harga sawit," tegasnya.

Piket: Hampir 70 pekerja KTM dipecat setakat ini

 
Sudah 69 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat setakat ini setelah terlibat dengan piket 9 Mei lalu yang mendesak presiden syarikat itu berundur kerana didakwa kurang cemerlang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan kepada Malaysiakini semalam.

“Pembuangan seramai 69 orang ini adalah sejarah negara kerana menjadi pemecatan besar-besaran di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan pemecatan terkini itu, tetapi tidak menyatakan angka sebenar.

“Ya, ada pekerja yang dipecat tapi saya tidak ada data tentang mereka,” katanya yang juga ahli parlimen Langkawi ketika dihubungi hari ini.

“Hal ini pihak pengurusan yang tentukan dan akan mengambil tindakan tata tertib, jadi tindakan tata tertib tu berjalanlah.”

Piket sebelum ini disertai ratusan anggota RUM bagi mendesak Presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2 Mei 2012.

PAS berbeza dengan kumpulan lain di Malaysia


KUALA LUMPUR: PAS berbeza dengan kumpulan lain yang berada di Malaysia, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, jelasnya PAS merupakan salah satu gerakan islah dan tajdid yang menghadapi cabaran semasa di tanah air ini, lapor Buletin Online.

Katanya, PAS adaah gerakan Islam yang tersendiri mengikut waqi’ di negara Malaysia dan ia berbeza dengan Ikhwan al-Muslimin atau mana-mana gerakan Islam yang lain.

“PAS adalah PAS. Ikhwan adalah Ikhwan. PAS adalah gerakan yang tersendiri mengikut waqi’ di tempat kita dan kita berhubung dengan semua gerakan Islam seluruh dunia," ujarnya ketika berucap pada Majlis Hari Keluarga Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di pantai Kelult, Marang kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, antara ciri gerakan Islam adalah berdakwah kepada perkara yang baik, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Tajuknya addakwatul ilal khair, objektifnya ialah al-amru bil makruf wannahyu anilmunkar.

"Para ulamak menafsirkan addakwatul ilal khair adalah seluruh ajaran Islam yang berkait dengan aqidah, syariat, akhlak dan segala sistem untuk melaksanakan ajaran itu, yang wajib direalisasikan melalui amal makruf dan nahi mungkar, sehingga kemuncaknya mendirikan negara yang mendaulatkan syariat Allah,” tegasnya.

1MDB: Rafizi serah dokumen, rujuk Ahmad Maslan ke JK Hak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen-dokumen sokongan seperti yang diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung usul yang beliau failkan untuk merujuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Rakyat kerana memberi kenyataan yang salah berhubung tanggungan kewangan Kerajaan Persekutuan terhadap hutang-hutang 1MDB.

Katanya, dokumen itu disertakan bersama untuk makluman pihak media.

"Saya tidak dapat hadir di Dewan Rakyat pada hari ini kerana masih lagi uzur akibat viral fever sejak beberapa hari yang lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pun begitu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan kejujuran yang dipertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memutuskan perkara itu dengan seadilnya.

Beliau sedia maklum kenyataan media Ahmad Maslan yang berpendapat perkara itu sepatutnya tidak dipanjangkan.

Namun, katanya soal hutang 1MDB adalah soal negara dan rakyat yang terbesar yang perlu terus diberikan perhatian, bukannya ditutup dengan mudah.

Walau apapun keputusan yang dipertua mengenai usul itu, Rafizi dan rakan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain akan terus memberi perhatian membongkarkan masalah hutang 1MDB.

‘Bail out’ 1MDB terbesar dalam sejarah


tony pua


KUALA LUMPUR, 17 NOV: Rakyat kini sedang menyaksikan ‘bail out’ terbesar dalam sejarah negara, apabila kerajaan terdesak menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), badan pelaburan milik Kementerian Kewangan yang kini sedang ‘nazak’.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata antaranya melalui kontrak ‘runding terus’ beberapa projek janakuasa elektrik serta pembelian tanah strategik dengan harga yang terlampau murah.
“Penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman RM6.17 bilion (daripada Maybank Investment Bank pada 2012) yang patut dibayar November 2013, serta kegagalan membayar RM317 juta pembelian tanah daripada Tadmax Resources Berhad selepas tiga kali tertangguh, menunjukkan 1MDB memang bermasalah.
“Malah dengan hutang RM42 bilion, serta risiko besarnya kepada sistem kewangan negara ia menjelaskan (tindakan ini) untuk memastikan penyenaraiannya ke bursa saham, seterusnya meraih berbilion ringgit selepas itu.
“Rakyat kini menyaksikan ‘bail out’ terbesar dalam sejarah negara,” katanya dalam satu kenyataan.
1MDB dilaporkan dianugerah projek pembinaan beberapa janakuasa di seluruh negara, antaranya loji janakuasa gas turbin 2,000MW di Melaka dan 50mW photovoltaic solar kemudahan tenaga di Kedah.
Dana bon untuk bayar hutang
Terbaru anak syarikatnya, 1MDB Global Investments Limited menggunakan dana yang diraih melalui penjualan bon untuk membayar sebahagian hutang 1MDB, yang menyalahi ‘surat penawaran’ bagi bon tersebut.
“Pada 19 Mac lalu, 1MDB Global Investment mengeluarkan bon untuk meraih dana RM9.6 bilion.
“Menurut surat penawarannya, ia akan digunakan ‘sama ada untuk meminjamkannya kepada Abu Dhabi Malaysia Investment Company Limited (ADMIC) atau untuk mendanai pelaburannya dalam syarikat yang sama.
“Tidak disebut dalam dokumen 104 halaman itu bahawa ia boleh digunakan untuk tujuan lain,” katanya lagi.

Jika tidak ada penyelesaian, tiada siapa yang akan bercakap tentang UMNO

Oleh Aspan Alias
Untuk memenangi pilihanraya yang akan datang merupakan isu terbesar dikalangan pimpinan UMNO di semua peringkat. Berbagai-bagai kenyataan didengari yang datang dari pemimpin setiap peringkat bagi memberikan pandangan dan cadangan bagaimana UMNO boleh mempertahankan kuasa dalam pilihanraya yang akan datang, terutamanya di negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan pihak pembangkang.

Yang terbaru ialah penekanan Tajudin Abd Rahman, Ahli Majlis Terrtinggi UMNO yang meminta Najib menukar pimpinan peringkat negeri yang tidak berfungsi dengan baik, yang tidak mampu mempertahankan kekuatan UMNO atau untuk mengambil alih kerajaan-kerajaan negeri yang telah berada di tangan pembangkang itu.
Ini merupakan cadangan yang amat merumitkan kerana jika ditukar pimpinan UMNO negeri-negeri itu satu persoalannya ialah, siapa yang hendak menggantikan pimpinan yang ada sedangkan semuanya adalah dalam kategori yang sama. Menggantikan dengan pimpinan yang lain dalam sesebuah negeri itu tidak akan merubah apa-apa kerana mereka mempunyai budaya yang sama.
Malahan ia bukan sahaja bermasalah diperingkat negeri-negeri, masalah ini juga adalah masalah yang besar diperingkat persekutuan dan tidak ada siapa yang boleh mengganti sesiapa jika dilihat dan dicari dikalangan pimpinan dalam Majlis Tertinggi parti itu. Apa yang disuarakan oleh Tajuddin itu betul, sebetul-betulnya tetapi apa yang Tajudin tidak boleh menjawabnya ialah siapa di kalangan mereka yang boleh menggantikan pimpinan negeri-negeri dan persekutuan itu.
Jika di Perak itu UMNO lemah dibawah pimpinan yang ada Tajudin sendiri tentunya tidak mampu untuk membetulkan keadaannya kerana Tajudin juga merupakan pemimpin yang berbudaya yang sama seperti yang ada. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Perak tetapi juga di negeri-negeri lain dan persekutuan.
Sesungguhnya UMNO sudah kosong dalam hal kepimpinannya dan tidak mungkin boleh melakukan perubahan keatas parti itu lagi. Yang ada kepada UMNO hanyalah pemimpin yang mempunyai kuasa kerajaan yang telah menghilangkan roh dan dan perjuangan serta tidak lagi mempunyai jiwa perjuangan seperti yang telah digariskan oleh parti itu.

Ahli parlimen BN terlepas dengan alasan ‘tanpa niat…’

Oleh Ng Kee Seng
Pernah anda dengan kisah pembuat penkek dengan tiga dapur tetapi hanya ada 2 penutup periuk. Lambat laun dia gagal menyiapkan penkek yang diminta.Makanya, lambat laun kelemahan terdedah juga.
Itulah yang berlaku di parlimen ketika membahaskan 1MDB yang menjadi projek dambaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tempuh hari.

Di negara yang dianggap serba boleh ini, peraturan dicampak keluar tingkap. Ahli politik bermaharajalela.
So, Timbalana Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan telah digesa menghantar dokumen ke parlimen berikutan kenyataan bercanggah tentang bon bernilai USD3 bilion milik 1MDB.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memohon dokumen itu bagi menentukan samada Maslan telah menyebabkan kekeliruan di parlimen seperti dakwaan Rafizi Ramli (PKR Pandan).
Adakah kita rakyat Malaysia percaya Maslan akan dihukum dengan setimpal?
Beginilah keadaannnya, sepertimana yang dilaporkan akhbar Bahasa Inggeris The Star; “Saya boleh memutuskannya sekarang, tetapi ia tidak baik buat sesetengah pihak. Saya mampu memutuskan isu ini dengan berkata tiada niat bagi mengelirukan parlimen,” kata Pandikar kepada Rafizi.
Mana mungkin speaker dari BN memutuskan komradnya bersalah!
Tempoh yang diberi kepada Ahmad Maslan hanya helah bagi melengahkan keadaan dan menunjukkan kononnya terdapat keadilan di dalam membuat keputusan.
Malaysia telah menyaksikan pelbagai permainan BN ketika diasak pelbagai isu, dengan alasan “tiada niat…”

Keluarga Taib galak pamer kemewahan, di serata tempat

Oleh Hazlan Zakaria
Laman sesawang anti-Tun Abdul Taib Mahmud Sarawak Report mendakwa terdapat bukti salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan bekas ketua menteri yang kini gabenor Sarawak itu. Ini berikutan sikap ahli keluarganya yang tanpa segan silu mempamer kekayaan di majlis eksklusif seperti Tattler Malaysia Ball di Kuala Lumpur tempoh hari.
Di dalam satu rencana yang dimuatnaik, laman sesawang itu menampilkan adik Taib Datuk Raziah Mahmud-Geneid yang melaram dengan berlian permata.

Majlis tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan majalah bagi golongan bangsawan “Tattler Malaysia”. Golongan kaya-raya menjadi bahan ceritanya.
Menurut Sarawak Report, anak perempuan Raziah, Esha Geneid dan sepupunya Yakup turut hadir ke majlis tersebut.
Majlis didakwa meyaksikan mereka menampilkan kekayaan yang tentunya menjolok mata.
Laman sesawang Sarawak Report mendakwa Raziah dan anak perempuannya Elia Geneid mendapat kekayaan hasil tanah yang dirampas dari orang asal Sarawak bagi diusahakan mereka.
Suaminya Robert Gened pula dikatakan turut sama meraih kekayaan hasil bumi negeri tersebut. 
Dengan melaram sebegitu, rencana tersebut berkata keluarga Taib tidak langsung malu menunjukkan kekayaan mereka yang datangnya entah dari mana.
Taib sendiri sering kelihatan dengan Rolls Roycenya yang dihiasi permata. Isterinya yang jelita juga sering mempamer intan berlian.
Menurut Sarawak Report lagi, semasa mula menceburi bidang politik, Taib Mahmud tidaklah sekaya mana.

Pelan tindakan hak asasi satu sandiwara?

Oleh Siti Kasim dan Yogeswaran Subramaniam
Ini adalah komen berkenaan Kajian Dasar Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) yang dirasmi Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajah Nancy Shukri baru - baru ini.
Semasa perasmian tersebut, YB Menteri mengingatkan pihak NGO dan rakyat untuk mengambil sikap yang sivil dan sentiasa mengikut 'acuan Malaysia' apabila membuat komen tentang isu Hak Asasi Manusia.

Kami adalah antara peserta di acara perjumpaan yang melibatkan kumpulan NGO semalam berkenaan NHRAP di Bangi. 
Adakah NHRAP tersebut semata-mata satu helah untuk menunjukkan kepada dunia Malaysia melakukan sesuatu untuk menutup prestasi kita yang lemah dalam sesi Universal Periodic Review (UPR) pada tahun lepas? Buatlah keputusan sendiri tetapi berikut adalah persolan-persoalan  kami mengenai NHRAP tersebut dan prosesnya sehingga kini: Harapan kami untuk satu pelan hak asasi yang holistik terputus apabila mendengar pembentangan dari wakil BAYU  yang menerangkan proses dan bagaimana mereka melihat NHRAP tersebut.  NHRAP ini adalah berdasarkan kepada cadangan-cadangan yang Malaysia terima semasa sesi UPR tahun lepas.  Malaysia menerima 232 cadangan, di mana cadangan yang diterima sepenuhnya adalah 113, sementara yang diterima secara prinsip adalah 22, diterima sebahagiannya adalah 15, dan cadangan yang ditolak adalah 83.
Apakah yang Malaysia tolak? Terlampau banyak sekiranya hendak di huraikan di sini tetapi kami akan mengambil isu-isu berikut sebagai misalan.  Kebanyakan cadangan mengenai hak pribumi (orang asli/asal) ditolak Kerajaan Malaysia pada 2013 UPR termasuk SIASATAN SUHAKAM ke atas hak tanah Orang Asli. Sebab itu, hak pribumi tidak akan menjadi keutamaan dalam NHRAP walaupun orang asal (menurut definisi antarabangsa) terdiri dari sekurang-kurangnya 11-12 peratus daripada penduduk di Malaysia.
Walaupun isu Orang Asal/Asli adalah salah satu teras utama yang diwarwarkan semasa pembentangan semalam, bagaimana kerajaan akan melaksanakan hak Orang Asal/sli jika mereka sendiri menolak banyak cadangan yang dikemukakan semasa UPR?

Kerajaan akan buka tender projek lebuh raya Pan Borneo..??

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka tender bagi pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo agar projek tersebut dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana sekiranya projek tersebut dilaksanakan secara konvensional menerusi peruntukan rancangan lima tahun kerajaan, projek tersebut hanya akan dapat disiapkan pada tahun 2025.

"Ini membolehkan masyarakat dapat menikmati kemudahan jauh lebih awal daripada yang dijangkakan dan mencetuskan pembangunan dalam bidang sosioekonomi di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wong Sze Phin (DAP-Kota Kinabalu) di persidangan Dewan Rakyat hari ini yang ingin tahu kenapa rakyat Sabah tidak diberi tender dalam pembinaan projek tersebut.

Beliau berkata pada masa ini rundingan awal dengan pihak swasta yang berminat untuk melakasanakan projek itu telah dibuat namun maklumat mengenai pembida terlibat dan kaedah pelaksanaannya tidak dapat diumumkan kerana proses rundingan masih berada pada peringkat awal.

Sementara itu, menjawab soalan asal Wong yang ingin tahu status terkini pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo, beliau berkata setakat ini kerajaan telah meluluskan empat projek baru yang sedang dilaksanakan secara konvensional mulai tahun 2013 melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM647 juta.

Adalah Terpuji Jika Penerima Ganjaran RM2.6 Juta Memulangkan Wang Tersebut Secara Sukarela

Amatlah menyedihkan apabila mengetahui bahawa antara "sumbangan"  terakhir Khalid Ibrahim dan empat Exco daripada Pas dalam kerajaan negeri  Selangor ialah meluluskan pampasan kepada kakitangannya sendiri dan tidak sama-sekali berkaitan dengan rakyat terbanyak.

Pampasan sejumlah RM2.6 juta itu dibayar kepada lapan kakitangan Khalid Ibrahim yang berundur berikutan pertukaran Menteri Besar Selangor.

Setelah pembayaran pampasan itu diluluskan oleh Perbadanan Menteri Besar atau MBI yang mana Khalid Ibrahim adalah salah seorang ahli lembaga pengarahnya, ia kemudian dipersetujui pula oleh Exco Kerajaan Negeri di mana ketika itu hanya dianggotai oleh Khalid bersama empat wakil daripada Pas.

Sebagaimana yang dilaporkan media, dalam ganjaran RM2.6 juta itu, penerima terbesarnya ialah Faekah Husin, bekas CEO MBI yang menerima RM581,400 sebagai pampasan manakala sebanyak RM114,00 lagi sebagai ganti kepada notis tiga bulan gaji.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz pula dilaporkan menerima RM358,000 sebagai pampasan manakala RM55,000 lagi sebagai ganti notis tiga bulan gaji.

Setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Taib dilaporkan menerima RM265,000 manakala kakitangan yang selebihnya dibayar antara RM97,000 hingga RM230,000 sebagai pampasan dan antara RM18,000 hingga RM69,000 pula sebagai ganti notis tiga bulan gaji.

Walaupun Khalid mempertahankan tindakan pembayaran itu sebagai mengikut prosedur dan hanya sekitar 2% peratus daripada tabungan RM112 juta yang dimiliki oleh MBI, rata-rata orangramai mempersoalkannya kerana bukan saja sesuatu yang luar biasa, bahkan jumlahnya juga terlalu tinggi.

Lebih malang, Khalid yang selama ini  dilihat begitu kedekut tiba-tiba boleh bertukar menjadi pemurah demi kepentingan mereka yang pernah mempunyai hubungan rapat dengannya.

Tetapi yang lebih dikesalkan ialah empat Exco Pas yang setia bersama Khalid ketika kemelut pertukaran Menteri Besar baru-baru ini dengan alasan untuk mengelakkan kerajaan PR daripada tumbang dan seorang Exco yang lain pula mengatakan untuk menjaga rizab RM3 bilion milik kerajaan negeri, rupa-rupanya tidaklah seperti yang diharapkan.

1MDB: Najib mangsa pertamanya?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
Secara tegas saya ramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tumbang akibat 1MDB! Namun sukar hendak diramal waktunya secara persis. Lebih selamat kalau saya katakan selewat-lewatnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan seawal-awalnya pada Perhimpunan Agung Umno akan datang.
Sengaja saya ambil 'liberty' atau 'kebebasan' untuk membuat congakan ini secara 'intuitif'. Ianya pendekatan 'shock therapy' bagi rakyat yang masih lena. Tetapi ia punya jalan pikiran atau hujahnya, bukan intuitif begitu saja.
1MDB: Najib mangsa pertamanya? Saudara boleh saja tidak bersetuju. Bagi kelompok penentang, beban bukti adalah atas saya. Namun bagi yang mempercayai 'nujum' saya ini, rumit buat saya. Saya bakal dituntut untuk 'tunaikan' semacam 'janji' ini, walaupun saya tidak pernah berjanji. Sekadar ramalan.
Saya lebih senangi kelompok ketiga yang tunggu dan lihat. Mungkin saja kelompok ini akan berubah sikap setelah membaca penghujahan nanti. Najib sendiri mungkin terkesan. Nah dengan itu beliau mungkin saja menyelamat dirinya daripada kesudahan ini. Maka ramalan Najib akan tumbang ini, adalah penyebab yang tidak menumbangkan dirinya. Satu paradoks juga. Mari kita mulakan. Penulisan ini hanya mampu meringkas cerita yang terlalu panjang dan berliku-liku.
Serangan ahli Parlimen pembangkang mutakhir ini atas isu 1MDB nyata dilipatgandakan. Di samping ketua pembangkang, terkemuka dalam pelbagai pendedahan tentang 1MDB ialah YB Petaling Jaya Utara dan kini dibantu YB Pandan, ahli Parlimen penggal pertama. Penulis sendiri tidak lagi dapat bersuara menyokong kawan-kawannya, sekadar menulis dalam media cetak dan portal.

Mungkin Najib boleh persetankan pelbagai kritikan tajam blogger terkemuka pro-Umno. Tetapi, ketika dua tokoh Tun, juga mantan menteri kewangan, turut bersuara perihal 1MDB, dengan nada pembangkang, maka ia bakal mengundang amarah rakyat yang bukan kepalang dan 'malapetaka' buat Najib.
Tambahan, setelah bertalu-talu dipaparkan dalam beberapa siri sebuah majalah mingguan 'Bisnes dan Pelaburan' yang terkemuka di tanah air iaitu 'The Edge', maka Najib bakal sengkak dan terjerut juga sudahnya.
Dengan rentetan ini meramalkan 'karier politik' bakal berakhir, tidak memerlukan seorang 'pundit politik'. Pun begitu akan ada yang kata saya keterlaluan.
1MDB adalah sebuah 'dana kekayaan negara' atau 'sovereign wealth fund' kedua selepas Khazanah Nasional Berhad. Kedua-dua dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan. Kedua-duanya mempunyai misi korporatnya sebagai 'rakan strategik kerajaan bagi membantu menjana ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan inklusif'. Persamaan dua dana ini hanya terhenti di situ.

Pua: '3.8b bon 1MDB diguna bayar hutang'


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggunakan RM3.8 bilion daripada RM9.6 bilion perolehan daripada tawaran bon pada 2013 untuk membayar balik hutangnya, yang menurutnya merupakan satu "pelanggaran jelas" terhadap pekeliling yang dikeluarkan kepada pelaburnya berhubung tawaran bon itu.
  
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini beliau berkata menurut penyata kewangan 1MDB yang terbaru, 1MDB Global Investments telah menggunakan RM3.8 bilion daripada jumlah bon keseluruhannya untuk disalurkan kepada syarikat induk, 1MDB, untuk membayar "hutang dan perbelanjaan operasi."
  
Dalam pekeliling berhubung tawaran itu, ia menyatakan bahawa semua perolehan bersih daripada tawaran bon akan digunakan untuk Abu Dhabi Malaysia Investment Company Ltd (ADMIC), yang masih belum ditubuhkan.
  
Persoalannya, tegas Pua, adakah para pelabur bon 1MDB telah dimaklumkan mengenai perubahan dalam penggunaan hasil perolehan daripada tawaran bon itu.
  
Tawaran bon tersebut telah pun dilanda kontroversi, berikutan surat sokongan kerajaan Malaysia untuk mereka, dan juga bayaran oleh 1MDB yang melebihi kadar pasaran kepada Goldman Sachs International berhubung tawaran bon itu.

Pembalakan "Korup": Jangan main-main dengan saya, kata Adenan


Dalam perhimpunan yang jarang-jarang berlaku melibatkan hartawan-hartawan balak Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengejutkan hadirin dengan menggelar industri itu sebagai “korup”.

Beliau malah memberi amaran kepada majikan-majikan pembalakan bahawa beliau akan “tanamkan rasa takut pada tuhan di hati mereka yang tidak jujur”, lapor The Star Online.

Adenan pada Isnin dilapor mengumpulkan bos-bos firma pembalakan “big six” untuk menandatangani “ikrar integriti” mengambil peluang itu memberi amaran tegas terhadap kegiatan pembalakan haram.

Beliau malah menamakan enam syarikat itu sebagai KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK dan memberitahu mereka supaya “jangan main-main dengan saya”.

Najib,kau duduk kat putrajaya tu percuma la rakyat yg bayar!


TIADA YANG PELIK DI MALAYSIA.. HANYA BENAR2 BELAKA...

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mengetuai siasatan yang menyaksikan kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, dinaikkan pangkat.

Menurut jawapan parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, Mohd Anuar Ismail, pegawai penyiasat gred 44 semasa insiden 2009, kini menjawat jawatan gred 48.

Bagaimanapun, dua lagi pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan itu – Hishammuddin Hashim dan Mohd Ashraf Mohd Yunus – masing-masing kekal dengan gred 54 dan 29.

Tarikh kenaikan pangkat Mohd Anuar tidak dinyatakan.

Jawapan itu dikeluarkan ekoran soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang ingin tahu berhubung status tiga pegawai itu.

Don't prolong 1MDB issue, Ahmad tells Rafizi


'RM3.8bil of 1MDB bonds used to repay debts'

'Release cost benefit reports on TPPA now'

'Forced labour' a threat to electronics sector

MP DAP Kota Melaka Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Pelancongan

MP PKR Kuala Langat Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Pelancongan

MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Pelancongan

MP DAP Seremban Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Pelancongan

"Kuman Di Seberang Lautan Tampak, 'GAJAH' atau Badak Di Pelupuk Mata Tiada Tampak"


MANA SATU NAK PERCAYA ???.. Inilah yg ada pada pemimpin2 melayu UMNO-APCO bila berbicara tentang agama...


CAKAP TAK SERUPA BIKIN.. Adakah kemudahan & kemewahan yg Rosmah & Najib dapat selama ini dibayar oleh duit poket pemimpin2 UMNO & PERMATA !!!


Parlimen catat sejarah, sesi jawab lisan sehingga soalan 23

KUALA LUMPUR: Sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir sehingga soalan nombor 23.

Ini kerana, sebanyak 10 soalan tidak dapat dijawab disebabkan Ahli Parlimen, Menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir ke dewan sewaktu sesi tersebut.

Sebaik tiba soalan ke-13, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohd Said memanggil satu persatu Ahli Parlimen bagi mengajukan soalan hingga ke soalan 22, bagaimanapun mereka tiada dalam dewan.

Manakala dua soalan daripada Ahli Parlimen Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) dan Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) tidak dapat dijawab kerana Menteri Pengangkutan dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta timbalan mereka tidak ada di dalam dewan untuk menjawab soalan.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandika Amin Mulia meminta dewan agar mencontohi negara New Zealand yang berjaya menghabiskan 30 soalan.

Rafizi, jangan panjangkan isu 1MDB, kata Ahmad Maslan

Datuk Ahmad Maslan menggesa MP Pandan Rafizi Ramli supaya tidak memanjangkan usahanya untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana timbalan menteri kewangan itu mengganggap perkara itu "telah selesai."

Rafizi, tidak hadir ke parlimen hari ini sekalipun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersedia untuk membut keputusan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin turut berkata bahawa Rafizi tidak menyerahkan dokumen yang diminta oleh beliau.

Ahmad berkata beliau telah menyerahkan kepada speaker semua dokumen yang relevan untuk menjawab segala tuduhan Rafizi yang mendakwa MP Pontian itu mengelirukan berhubung kontrversi surat sokongan untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya menganggap kes ini telah selesai dan menganggap pembangkang tidak berupaya untuk mempertahankan dakwaan (yang dibuat)," kata Ahmad kepada pemberita di lobi parlimen.

"Jika Rafizi sakit, saya berharap beliau segera sembuh supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini," katanya lagi.

YANG TURUN hanyalah 'minyak orang kaya RON97' saja.. SIAPA BERBOHONG SEBENARNYA !!!.. APA LAGI AHMAD MASLAN & KERAjaan UMNO-APCO MAHU SOROK !!!..




MP DAP Seputeh Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Perdagangan Antarabangsa & Industri

MP Sg Siput/ Lembah Pantai/ Kampar Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Perdagangan Antarabangsa & Industri

MP PKR Bayan Baru Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Perdagangan Antarabangsa & Industri

Dewan Rakyat 17 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Golongan kaya tidak akan tinggalkan Malaysia biarpun dikenakan cukai tinggi

Ramon Navaratnam
Golongan kaya-raya tidak mungkin meninggalkan Malaysia hanya kerana kerajaan mengenakan cukai yang lebih kepada mereka.
Alasannya golongan kaya-raya sama ada yang bergelar jutawan atau bilionaire sudah menikmati pelbagai insentif dan inisiatif dalam perniagaan yang disediakan oleh kerajaan sehingga mereka boleh mencapai status tersebut.
"Jarang-jarang sekali golongan jutawan dan bilionaire berniaga tanpa menggunakan kemudahan kerajaan, itu mustahil. Kalau tidak banyak (minta pertolongan kerajaan) tetapi mesti ada. Jadi apa salahnya kalau kerajaan mengenakan cukai lebih tinggi kepada mereka.
"Saya tidak rasa mereka akan merungut kerana golongan kaya raya memang suka menderma sebab itu mereka membuat yayasan atau menjalankan kerja-kerja kebajikan kerana harta yang mereka miliki boleh diwarisi kepada beberapa generasi," kata tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam.
Beliau mempertahankan pendirian bahawa kerajaan perlu menimbangkan untuk memperkenalkan cukai-cukai baru kepada golongan kaya memandangkan jumlah mereka semakin bertambah.
Malah, tambahnya, jurang antara kelompok kaya dengan golongan sederhana dan miskin semakin membesar.
Katanya, jumlah pembayar cukai di Malaysia masih kecil iaitu dalam lingkungan 2 juta daripada jumlah tenaga pekerja seramai 14 juta.
Dalam situasi ketidaktentuan dalam ekonomi, Malaysia memang memerlukan lebih ramai pembayar cukai dan usaha untuk meningkatkan jumlah itu perlu membabitkan golongan kaya raya.
"Saya sebenarnya tidak faham mengapa cukai kepada golongan korporat dikurangkan sedangkan Malaysia telah menawarkan pelbagai kemudahan baik kepada pelabur asing dan pelabur domestik.
"Kalau Malaysia sudah ada lebihan wang, mungkin pengurangan itu boleh dipertimbangkan tetapi dalam situasi semasa tidak perlu," tambahnya sambil menyifatkan pengurangan cukai korporat bukan faktor kukuh yang mendorong pelabur asing untuk kekal di negara ini," katanya.

Parasit menghisap darah nelayan miskin

Pendapatan 10 tahun dahulu di tahap RM400 sebulan, hari ini pendapatan mereka hanya meningkat kepada RM414.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS) berkata, kerajaan sepatutnya membantu nelayan mencari rezeki sendiri di laut tanpa gangguan dari orang asing dan juga VVIP tempatan.
“Pada Oktober 2014, dalam Sesi Bahas Bajet Parlimen, saya telah menyatakan selain dari bantuan perumahan dan kewangan yang di beri kepada nelayan, kerajaan patut prihatin tentang masalah penangkapan ikan di laut.
nelayanRaja Bahrin menyatakan bahawa pukat dan bot biasa diguna nelayan Melayu tak dapat bersaing dengan pukat tunda haram diguna nelayan asing dari Vietnam dan Thailand, terutamanya apabila nelyang warga asing menggunakan bot yang lebih besar. Ini ditambah pula dengan yang mempunyai ‘towkay’ VVIP tempatan Malaysia, dibantu pula dengan bot lesen kargo yang tak sepatutnya terlibat dengan industri perikanan.
“Kenyataan saya telah dicabar oleh bekas Menteri Pertanian, Dato Seri Noh Omar, untuk saya dedahkan nama VVIP tersebut, katanya lagi sambil menambah bahawa sama seperti masalah banjir di Cameron Highlands, VVIP ini terlalu berpengaruh hingga orang ramai takut hendak mendedah namanya kepada beliau.
Beliau menghimbau agar kerajaan membantu pihak nelayan mencari sendiri rezeki di laut tanpa ganguan orang asing dan VVIP tempatan dan bukan dengan memberi “bantuan” yang diseleweng pihak ketiga kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Parlimen BN atau Penyelaras DUN BN.
“Peruntukan pembaikan rumah nelayan telah diselewengkan. Kontraktor yang dilantik oleh pihak kerajaan meninggalkan rumah dibaiki dalam keadaan mutu kerja amat rendah dan ada juga yang tidak siap. Mereka inilah menjadi parasit menghisap darah nelayan miskin,” katanya.
Raja Bahrin berkata, PAS telah membawa 200 orang rombongan nelayan Pantai Timur ke Parlimen pada sesi awal tahun 2014 untuk bertemu Menteri berkenaan.
“Walaupun berjanji untuk menyelesaikan masalah nelayan, nampaknya mereka terus diexploitasi oleh orang berkuasa dan nasib mereka masih tidak terbela. Kajian terkini Badan Kerajaan tentang pendapatan nelayan Terengganu khususnya menunjukkan; berbanding pendapatan 10 tahun dahulu di tahap RM400 sebulan, hari ini pendapatan mereka hanya meningkat kepada RM414,” katanya.

Orang luar sebar cerita Hadi undur - Salahuddin Ayub

Salahuddin Ayub  
SHAH ALAM – Cakap-cakap mengenai pengunduran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya ditimbulkan oleh pihak luar parti.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ada pihak luar yang sengaja mewujudkan saranan supaya Abdul Hadi berundur daripada politik dengan alasan tidak hadir mesyuarat dalaman parti dan PR.

"Ini hanya di luar. Dalam parti, semua pemimpin dan ahli Pas tidak pernah mempersoalkan ketidakhadiran presiden dalam mesyuarat kerana mengetahui tahap kesihatan beliau yang tidak menentu pada masa ini," katanya.

Salahuddin berkata, ketidakhadiran mesyuarat  bagi seseorang pemimpin adalah perkara biasa terutama apabila menghadapi masalah kesihatan.

"Mengapa perlu sampai nak kena undur hanya kerana tak hadir beberapa mesyuarat?" katanya lagi.

Mengenai keperluan untuk menukar presiden berikutan keadaan kesihatan Abdul Hadi sekarang, Salahuddin berkata, Pas mempunyai saluran tersendiri untuk menyelesaikannya.

Kegagalan projek insinerator bukti Putrajaya perlu sistem tender terbuka - PAC

Putrajaya harus membuka bidaan kepada teknologi lain, bukan terus bersetuju dengan teknologi disediakan XCNT, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014.Putrajaya harus membuka bidaan kepada teknologi lain, bukan terus bersetuju dengan teknologi disediakan XCNT, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014.Pendekatan tender terbuka dalam memilih teknologi bagi projek loji insinerator boleh menghalang pembaziran jutaan ringgit wang rakyat yang dihabiskan bagi teknologi bermasalah dibekalkan XCN Technology (XCNT).
Pengkritik projek itu juga merasakan terdapat unsur yang diragukan dalam cara pegawai kerajaan menilai dan meluluskan insinerator tersebut memandangkan betapa cuainya mereka.
Mereka berkata, Putrajaya tidak perlu menggunakan pendekatan rundingan terus kerana terdapat pelbagai teknologi bagi loji insinerator di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Putrajaya sebelum ini harus membuka bidaan kepada teknologi lain, bukan terus bersetuju dengan teknologi disediakan XCNT.“Sepatutnya, bidaan terbuka dibuat bagi memilih teknologi dan buka tender kepada syarikat yang berminat melakukan kerja pembinaan dan operasi.
“Insinerator mempunyai impak daripada segi kewangan, alam sekitar dan sosial terhadap kerajaan dan penduduk tempatan.

Rakyat Miskin Terhimpit: Ke mana ST15 menghilang?

Rak kosong yang menempatkan beras ST15 di pasar mini tempat Mus bekerja.
SEREMBAN - Nampaknya kekurangan bekalan beras subsidi Super Tempatan (ST)15 peratus hancur atau lebih dikenali sebagai ST15 bukan sahaja berlaku di Kedah.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, masalah tersebut turut berlaku di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, keadaannya tidaklah serius sepertimana dialami negeri Jelapang Padi itu.

Sebaliknya, ST15 hanya sukar ditemui di Seremban, namun bekalannya masih banyak di daerah lain.

Pengurus Mydin Mall Seremban 2, Arshah @ Asrul Arala berkata, sejak beroperasi pada 13 Disember tahun lalu, pihaknya memang tidak pernah menjual beras ST15.

“Kualiti setiap produk diketengahkan sentiasa menjadi keutamaan kami. Tambahan pula, kaji selidik dijalankan terhadap pesaing yang menjual beras itu menunjukkan ST15 kurang permintaan.

“Bagi kami, ini satu keputusan yang tepat. Lagipun, Mydin menawarkan pelbagai jenis beras pada kualiti lebih baik dengan harga berpatutan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, wakil Tesco Seremban 2 yang enggan dikenali memberitahu, sebelum ini pihaknya pernah menjual ST15 kepada pelanggan.

Ahmad Maslan, CEO 1MDB tidak hadir forum anjuran NOW

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tidak akan menghadiri forum berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan Rabu depan kerana beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada penganjur.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan. "Forum ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) NOW, yang dipercayai rapat dengan Rafizi," kata Ahmad pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
 Ahmad berkata, forum berkenaan mula tersebar di laman media sosial dengan tertera gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dirinya, Hazem dan ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mewakili Pakatan Rakyat (PR).
 "Saya tidak menerima surat jemputan dan tidak menyatakan akan hadir. 1MDB juga tidak akan hadir. "Ini salah satu lagi usaha, bila tidak datang kata saya penakut. Cukuplah bagi saya menjawab di Parlimen," kata Ahmad kepada pemberita. Forum berkenaan dijangka diadakan di The Club, Kuala Lumpur pada Rabu, bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Setiap harga tiket MAS termasuk bayar arak


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat minggu lalu dikejutkan dengan pemakluman bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam peswat MAS termasuk arak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebagai menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang bertanyakan sama ada minuman keras diberi secara percuma atau sebaliknya.

"Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang," katanya.

Jawapan itu mengundang satu lagi kekhuatiran daripada Khalid yang mendakwa ia bermakna setiap orang yang membeli tiket MAS adalah bersubahat menyumbang kepada kos hidangan arak, sekalipun tidak meminumnya.

"Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini yang tidak betul ini.

"Saya rasa kebanyakan daripada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini pun kena bayar. Kalau tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak, kita bersubahat," katanya.
Kuasa menteri
Dalam pada itu Mohamed Hanipa bin Maidin (PAS-Sepang) mendakwa isu hidangan arak ini adalah lebih kepada kuasa menteri.

Menurutnya, jika menteri boleh memberi arahan dan kata putus, ia boleh diselesaikan dengan mudah.

"Saya rasa dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri. Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada masalah.

Hak mahasiswa: Kerana mahasiswa itu mampu menggugat!

Kebebasan akademik mahasiswa merupakan sebahagian daripada perjuangan demokrasi

Oleh Wan Salman Wan Sallam
mahasiswa_demonstrasiTanggal 17 November 1939 telah menyaksikan 1,200 mahasiswa Universiti Prague di Jerman disumbat ke Kem Tahanan Nazi manakala sembilan pensyarah dan mahasiswa antara mereka telah dihukum bunuh tanpa bicara. Tahanan 1,200 individu ini merupakan rentetan demonstrasi mereka pada pengebumian John Opletal yang ditembak pada 28 Oktober sebelumnya ketika di sebuah demonstrasi memperingati kemerdekaan Republik Czechoslovakia.
Sehingga kini, mahasiswa-mahasiswa seluruh dunia terus-menerus dinafikan hak kebebasan bersuara dalam ruang akademik dan demokrasi. Kejadian yang terjadi pada mahasiswa di Hong Kong dalam Revolusi Payung (“Umbrella Revolution”) dan pembunuhan, pembantaian dan pemecatan ratusan mahasiswa beramai-ramai di Mesir setelah kejatuhan Morsi di Mesir menyaksikan perjuangan mahasiswa yang hakikatnya memberi kesan dan menggugat golongan pentadbir.
Di Malaysia sendiri, 8 orang mahasiswa Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah didakwa kerana menganjurkan sebuah program ucapan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alasan yang diberikan oleh HEP UM sangatlah tidak memuaskan iaitu kerisauan berlakunya pemberontakan yang akan dicetuskan oleh sosok yang dijemput itu.
Apakah yang sebenarnya yang kita takutkan dengan ucapan tersebut? Adakah kerana sosok yang dijemput tersebut merupakan Ketua Pembangkang (yang juga seorang alumni UM sendiri) maka dia tiada ruang di IPTA? Apakah buktinya kata-kata beliau akan menyebabkan jatuhnya pemerintahan negara serta-merta? Adakah kita terlalu takut sehinggakan perlu menekup mulut orang lain? Jika kita berada bersama pihak yang benar, mengapa kita takut berhujah?
Keperluan kualiti mahasiswa yang mampu memimpin
Kita sentiasa mengharapkan agar mahasiswa ini bukanlah sekadar mahasiswa biasa-biasa; kita mahukan mahasiswa ini mempunyai daya fikir yang kritis, berkepimpinan dan mampu mencetus perubahan. Namun banyak suara-suara pada pihak atasan yang tertentu sering sahaja menghalang proses mematangkan pemikiran dalam dunia realiti ini berlaku dengan hujah “pelajar tugasnya belajar, mahu berpolitik masa kerja nanti!”, mahupun dengan cara mengumpan mahasiswa untuk mengikuti sebanyak mungkin program anjuran pentadbiran univeristi supaya dapat mengumpul merit semata-mata.
Hasilnya, mahasiswa kita mula lesu. Hal ini jelas setelah pengenalan Perkara 15 AUKU yang telah melumpuhkan aktivisme dan idealism mahasiswa yang menjadikan mahasiswa selesa dalam ruang lingkup hidupnya sendiri; dengan DOTA 5 jam sehari, hiburan yang membawa entah ke mana dan banyak lagi perkara lain yang mahu dinikmati mereka atas nama usia muda.
Hakikat peranan pemuda dalam perubahan
Dalam risalah Wahai Pemuda coretan Hasan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir, beliau telah menggariskan bahawa pemuda sepatutnya “berfikir panjang , bekerja keras dan menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna”.

Hamas gesa intifada ketiga

Polis Israel menahan seorang lelaki Palestin ketika membantah pencerobohan Yahudi di Masjid al-Aqsa.  
Polis Israel menahan seorang lelaki Palestin ketika membantah pencerobohan Yahudi di Masjid al-Aqsa.
DOHA - QATAR. Hamas menggesa agar diadakan intifada ketiga bagi menentang pencerobohan Israel.

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal berkata, penduduk Palestin perlu bangkit bagi membantah pembinaan penempatan baharu dan percubaan rejim Zionis merampas Baitulmaqdis.

Penduduk Palestin sebelum ini bertegas untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota, sebaik sahaja menjadi negara bebas pada masa hadapan.

"Kami akan menggagalkan rancangan Israel menerusi pemberontakan. Penjajahan ini mesti berakhir," katanya kepada akhbar al-Sharq yang berpangkalan di Qatar.

Pada masa sama, Meshaal menegaskan tanggungjawab melindungi dan mempertahankan Masjid al-Aqsa, yang merupakan rumah ibadat ketiga suci bagi umat Islam selepas Masjidilharam dan Masjidil Nabawi adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.

TG Nik Aziz: Jangan hentam Hadi

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pimpinan PR tidak menghentam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menghadiri mesyuarat gabungan itu beberapa kali.

Dalam mempertahankan Abdul Hadi, beliau berkata, kesihatan Presiden Pas itu yang masih belum pulih sepenuhnya menyebabkan beliau terpaksa membatasi aktiviti politiknya, termasuk menghadiri mesyuarat di peringkat pusat.

Menurutnya, Abdul Hadi mempunyai sebab tertentu berkaitan ketidakhadirannya, bukannya sengaja mahupun kerana malas.

“Tidak ada orang yang (sentiasa) sihat, tidak ada orang yang (sentiasa) tidak sihat.

“Jadi berilah peluang kepada Hadi. Mengarut semua (desakan supaya Hadi berundur) ini. Ini semua disebabkan (ada pihak) dengki terhadap Pas,” katanya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau mengulas dakwaan laporan adanya usaha untuk menyingkirkan Abdul Hadi kerana faktor kesihatan.
Pihak DAP juga mahu Abdul Hadi hadir mesyuarat -mesyuarat diadakan di antara pemimpin-pemimpin PR.

Pas sokong tindakan Selangor serah Bible

Khalid Abdul Samad 
IPOH - Pas menyokong tindakan kerajaan Selangor memulangkan 321 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejak Januari lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan itu bukan sahaja baik bahkan memulihkan kembali imej Islam yang agak terjejas pada pandangan penganut agama Kristian khususnya.

“Pemulangan semua Bible itu kepada pihak Persatuan Bible Malaysia (BSM) menjernihkan kembali imej agama Islam yang dilihat sebelum ini seakan tidak menghormati hak agama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Wacana Semasa Cabaran Pas Mendepani Anak Muda, di sini,  kelmarin.

Menurutnya, Pas menghargai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang memainkan peranan utama dalam pemulangan semua kitab Bible itu.

“Pas merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Selangor dan Azmin selaku Menteri Besar Selangor kerana telah membuat keputusan yang bijak terhadap polemik yang berlaku.

Khalid berkata, pihaknya berharap polemik berkaitan kitab Bible itu akan mengukuhkan kembali hubungan baik yang terjalin antara kerajaan negeri dan pihak BSM.

Pasma: Larangan Majlis Syura merugikan

Khalid Abdul Samad 
IPOH- “Tanpa penjelasan konkrit, saya fikir pendekatan melarang ahli Pas daripada menyertai program anjuran Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) adalah satu tindakan yang merugikan,” kata, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya, larangan tanpa huraian jelas yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas itu dikhuatiri akan mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap sikap dan prinsip keterbukaan dalam Pas.

“Ia akan memberi satu gambaran kepada masyarakat seolah-olah Pas ini tertutup dan setiap ahli Pas perlu taat  terhadap sesuatu larangan tanpa banyak soal,” katanya dalam Wacana Semasa Pas Mendepani Anak Muda, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, tindakan Majlis Syura Ulama Pas yang melarang ahli parti daripada terlibat dengan Pasma juga dilihat kurang bijak memandangkan badan bukan kerajaan (NGO) itu diwujudkan bagi memperkukuhkan PR khususnya bagi menghadapi PRU14 nanti.

“Jika mengikut perlembagaan Pas, tidak menjadi kesalahan sekiranya ahli parti menjadi ahli mana-mana NGO malah bekerjasama dengan mereka adalah di antara kegiatan yang dinyatakan dalam perlembagaan parti,” katanya.  

Khalid berkata, Pas sewajarnya meneliti semua cadangan dan pandangan setiap pihak dalam parti sebelum sesuatu arahan itu dikeluarkan secara rasmi.

Ahli PAS yang putuskan Hadi kekal atau tidak, PasMa tiada kaitan - Phahrolrazi

Post Pic
SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) sekali lagi bertegas untuk tidak mahu dikaitkan dengan sebarang gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pemilihan pucuk kepimpinan parti Islam itu terletak di tangan perwakilannya sendiri, sama ada mahu memilih untuk mengekalkan Hadi atau menggantikannya dengan pemimpin.  
 
"Itu terpulang kepada ahli perwakilan PAS.. mereka saya fikir ikuti perkembangan yang berlaku itu. Mereka perlu buat pertimbangan pimpinan bagaimana yang boleh kukuhkan Pakatan Rakyat," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap isu teguran pimpinan PR terhadap Hadi yang didakwa sering tidak hadir dalam mesyuarat kepimpinan gabungan pembangkang berkenaan.
 
DAP pada Rabu lalu melalui jawatankuasa eksekutif pusatnya yang meluluskan resolusi untuk mendesak Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
 
Tambah ADUN Pengkalan Kundor itu lagi, peranan PASMA tidak lebih daripada sekadar mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat di kala gagasan pembangkang itu pernah berantakan akibat krisis Menteri Besar Selangor yang berlaku beberapa bulan lalu.
 
"Kita ini letakkan satu harapan daripada PASMA, supaya pimpinan PR adakan kerjasama yang erat di antara satu sama lain. Supaya apa-apa mesyuarat yang dibuat itu dapat diputuskan dan diterima, supaya PR bergerak atas persetujuan. Kalau tak ada persetujuan, ada kerumitan untuk hadapi BN dalam PRU akan datang kerana perlu diselaraskan dasar yang dipersetujui," katanya.

Tajuddin: Tukar pemimpin negeri yang tak mampu..??

Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno meminta kepimpinan Umno membuat perubahan drastik dengan menukar semua kepimpinan di peringkat negeri yang dilantik tetapi tidak membuktikan kemampuan mereka dalam usaha menjamin kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentu mengetahui ada pemimpin Umno di setengah negeri yang masih seperti "berbulan madu" selepas pilihan raya umum lalu tanpa memberi tumpuan dan perhatian menabur khidmat bakti kepada rakyat.
  
"Kalau begini caranya, rakyat ditinggalkan, bagaimana boleh kita memastikankemenangan dalam pilihan raya umum nanti, lebih-lebih lagi di negeri-negeri yang sudah jatuh ke tangan pembangkang," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Umno Negeri Perlis 2014 di Dewan Warisan semalam.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
  
"Saya berharap (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) buat perubahan yang mana perlu untuk memperkasakan Umno di semua peringkat.

1MDB: Antara Ahmad Maslan dan Husam Musa

Oleh Timmy Say
1MDB: Antara Ahmad Maslan dan Husam Musa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus membisu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun dikritik hebat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga para ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).
Sejauh manakah Najib boleh terus membisu? Tidak cukupkah damage yang dilakukan timbalan beliau di Kementerian Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab pertanyaan mengenai 1MDB?
Isu 1MDB ini kompleks untuk difahami rakyat biasa. Ia bukan isu lembu NFC yang lebih mudah dihadam dan dijadikan isu oleh pembangkang.
1MDB ini satu badan yang ditubuhkan di zaman Najib. Kalau sudah ada nama 1Malaysia, sudah tentulah ditubuhkan di zaman Najib – masa Pak Lah tidak ada, masa Dr Mahathir pun tidak wujud.
1MDB sekarang ini berusia hampir 4 tahun. Walaupun belum mencapai umur akil baligh, badan ini dikatakan mempunyai hutang sebanyak RM40, 000, 000, 000 atau RM40 bilion secara mudahnya. Ya, 10 angka kosong di belakang menyebabkan susah rakyat biasa untuk membayangkan betapa besarnya hutang itu.
Persoalan teka-teki terbesar pada 1MDB ialah apakah hutang badan ini dijamin kerajaan?
Kerajaan berkata 1MDB berhutang sendiri. Kerajaan tidak jamin hutang ini. Tapi tiba-tiba pemimpin PR mengeluarkan satu surat sokongan kerajaan kepada hutang 1MDB pada ASD$3 billion, terlintang-pukang Ahmad menjawabnya.
Ahmad menjelaskan surat sokongan bukan surat jaminan. Surat sokongan itu membawa maksud sekiranya 1MDB tidak mampu membayar pinjaman berjumlah AS$3 billion itu, maka 1MDB perlu menstruktur semula asetnya berjumlah RM51 bilion bagi membayar hutang berkenaan, kata beliau.
"Dalam hal ini, 1MDB akan menggunakan semua asetnya sehingga habis yang berjumlah RM51 billion itu untuk membayar hutang bernilai AS$3 billion," tambah Ahmad.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak perlu bimbang kerana jumlah aset 1MDB RM51 bilion melebihi jumlah hutangnya RM42 bilion. Jadi kalau 1MDB tidak mampu membayar hutang pun, juallah saja aset 1MDB untuk cover, dalam kata ringkasnya.
Kalau dengar penjelasan Ahmad nampaknya rakyat memang tidak perlu risau mengenai 1MDB.
Tapi, menurut Datuk Husam Musa, Dr Mahathir kalau menembak, beliau tidak cakap kosong.