Ahad, 16 November 2014

SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA ???


Ahmad Maslan Akui GST Akan Sebabkan Harga Rumah Meningkat

"Pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015".

Menurut ketua penerangan Umno itu lagi, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,”

“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

“Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” katanya..

Itu kata Ahmad Maslan tentang GST hujung tahun 2013 yang lalu, dalam usahanya untuk terus memperbodohkan rakyat mengenai GST..

Tapi.. lain pula hari ini.. dia akui harga rumah akan naik kerana GST..

Terpulang Kepada Saya Untuk Hadir Mesyuarat Pakatan - Hadi


PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan sama ada mahu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dibuat olehnya.

Katanya, beliau 'tidak perlu diminta' untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Terpulang kepada saya untuk menghadirinya atau tidak, Hadi dipetik sebagai berkata oleh portal berita ketika sidang akhbar pada Ahad apabila ditanya sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Guan Eng berkata kehadiran Hadi pada mesyuarat itu perlu kerana beliau merupakan satu-satunya orang yang mempunyai kuasa dalam PAS yang boleh membuat keputusan.

Ketiadaan Hadi ketika mesyuarat telah mencetuskan keraguan sama ada perkara-perkara yang dipersetujui oleh wakil PAS sememangnya adalah keputusan akhir, atau masih belum muktamad kerana kuasa veto dipegang oleh Presiden PAS itu.

Guan Eng, pada Isnin berkata ini adalah berdasarkan kes krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Mohd Amar nafi laporan berita gilotin jadi pilihan laksana Hudud di Kelantan

Mohd Amar nafi laporan berita gilotin jadi pilihan laksana Hudud di KelantanKUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah hari ini melahirkan rasa kesal dengan laporan sebuah portal berita yang bertajuk ‘Hukum Hudud: Gilotin Jadi Pilihan Di Kelantan’.

Mohd Amar berkata laporan itu tidak tepat dan menimbulkan salah faham masyarakat berhubung kaedah penggunaan 'gilotin' berkenaan.

“Apa yang berlaku dalam perbualan telefon tersebut adalah wartawan berkenaan yang telah mencadangkan kaedah 'gilotin' berkenaan berdasarkan 'pandangan awam'.

“Saya memaklumkan bahawa cadangan berkenaan boleh dipertimbang dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud, selepas kajian dilakukan,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Amar menerangkan bahawa mengaitkan beliau dengan cadangan berkenaan adalah kesilapan wartawan berkenaan yang seterusnya akan menjejaskan kefahaman  masyarakat dan menimbulkan kegusaran seterusnya merosakkan imej kerajaan negeri yang dalam rangka mendidik orang awam bagi memahami dan menerima hukum hudud.

Menurut laporan itu, Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memenggal kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 ‘dijangka akan digunakan di Kelantan.’

Baru 5 tahun dah 'belasah' RM350 bilion duit Petronas.

Walaupun Najib paling banyak guna dana PETRONAS.. 
yang anehnya Najib juga 'PENYEBAB' Malaysia tanggung 
HUTANG NEGARA TERBESAR dlm sejarah... 
RM729 bilion 
(LEBIH SETENGAH TRILION RINGGIT) !!!

BN memang HERO jual tanah2 Melayu kpd orang asing. Inilah yg penyokong2 UMNO/BN banggakan..



Orang asal Sarawak rayu henti bina empangan mega

Tarian ngajat bagi 'Selamatkan Baram' di Kuala Lumpur

Lim Kit Siang: Nurul Izzah Is A Repository Of Our Hope And Aspiration

Prestasi murid Malaysia makin merosot

KOTA BHARU: Indeks pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid di negara ini merosot berbeza dengan pencapaian pelajar di negara-negara lain.

Indeks itu berdasar kepada Programme For International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematic and Science Study (TIMSS).

Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dari Institut Pemikiran Islam dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC) berkata prestasi murid di Malaysia meningkat beberapa dekad lalu, namun sekarang pencapaian itu menghadapi risiko secara relatif dan mutlak.

“Sedangkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan cepat dan mampu mengekalkan momentum itu secara berterusan.

“Sebaliknya pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot,” katanya pada Himpunan Pendidik Islam 2014 di Balai Islam semalam.

Beliau membentang kertas kerja “Beberapa isu dan cabaran umat Islam masa kini” pada program tersebut yang dianjur kerajaan negeri dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik).

Dr Mohd Kamal berkata, prestasi murid Malaysia menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa bagi subjek Matematik dan Sains.

Menurutnya lebih kritikal lagi murid di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam kedua-dua subjek tersebut.

“Berlaku penurunan berkali ganda iaitu daripada 35 peratus kepada 7 peratus bagi matematik, manakala sains merosot kepada 13 peratus berbanding 38 peratus,” ujarnya.

Perkampungan nelayan, harga barangan dan GST

Oleh Lokman Mustafa
Sekitar jam 10 pagi Selasa beberapa minggu lepas, saya memulakan perjalanan ke kampung Sungai Ular di Kuantan. “Mengapa Sungai Ular?” soal seorang rakan.
“Saja terjah, dah lama tak ke sana,” jawab saya ringkas, sambil menggunakan ungkapan yang kini sinonim dengan MB Azmin Ali.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan menyusuri Lebuh Raya Pantai Timur mengambil masa kira-kira empat jam. Selepas terowong di kilometer 30 Lebuhraya Karak, saya berhenti seketika buat membasahkan tekak di kawasan Rehat & Rawat Genting Sempah.

Saya meneruskan perjalanan setengah jam kemudian dan tiba di Tol Jabor kira-kira jam 2.30 petang. Lambat ke? Mungkin saya memandu agak perlahan. Saya memang gemarkan suasana pesisir Pantai Timur Semenanjung. Panoramanya memberi ketenangan yang tak mungkin ditemui di ibukota.
Kali pertama saya ke perkampungan nelayan Sungai Ular di Cherating kira-kira lapan tahun lalu. Saya rindukan suasananya dan bertekad ingin kembali jika ada kelapangan.
Setibanya di kampung tradisional itu, saya disambut pemandangan Laut China Selatan yang mengujakan. Bot-bot nelayan berbaris di gigi air dan para nelayan kelihatan sibuk memunggah hasil tangkapan.
Saya menapak ke sebuah gerai kecil yang terletak berhampiran jeti Sungai Ular. Selepas memilih ikan-ikan segar yang baru dinaikkan, saya menunggu pemilik gerai menyediakan lauk kari dan masak kicap buat makan tengahari.
Sambil menjamah nasi panas, saya memulakan perbualan dengan seorang nelayan. Dia hanya mahu dikenali dengan nama panggilannya, Mamat.

MB Selangor: PR mampu selesai percanggahan pandangan secara bijak

konvensyen pakatan (18)GOMBAK, 16 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali percaya percanggahan pandangan dalam konsensus Pakatan Rakyat (PR) mampu diselesaikan secara bijak.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, PR juga semakin kukuh dalam politk tanah air walaupun terdapat keraian pandangan di antara parti komponen.
Katanya, setiap pandangan yang berbeza sentiasa dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PR.
“Saya tidak lihat ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat sebagai satu isu besar dan percaya perkara ini boleh diselesaikan secara baik.
“Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS juga sudah beri komitmen sangat baik dalam PR sehingga kita dapat kejayaan dalam pilihan raya umum lalu,” katanya ketika ditanya berkenaan desakan DAP supaya Abdul Hadi dapat menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PR.
MB Azmin AliSetiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini menegaskan kehadiran Abdul Hadi penting kerana hanya beliau boleh membuat keputusan penting untuk parti Islam itu.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Guan Eng bahawa DAP tidak boleh terlalu mendesak Abdul Hadi memandangkan ketidakhadirannya mempunyai alasan kukuh.
Katanya, Abdul Hadi ada alasan kesihatan yang tidak membenarkannya untuk menyertai mesyuarat PR.
Selain itu, Mahfuz menegaskan pimpinan PAS juga tidak pernah mencampuri urusan DAP termasuk memaksa Guan Eng untuk hadir ke Parlimen.

Isu dana RM2.5 juta dibincang dalam mesyuarat MBI 20 November

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 02KUALA LUMPUR, 16 NOV: Isu pemulangan dana bernilai RM2.5 juta kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) akan dibincangkan semula dalam mesyuarat pemerbadanan itu sebelum tindakan selanjutnya akan diputuskan, pada 20 November ini.
Perkara itu dimaklumkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali selepas merasmikan program Bantuan Anak Masuk Sekolah di sini, hari ini.
Beliau berkata, laporan berhubung perkara itu sudah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 12 November lalu, namun ia akan dibincangkan semula.
“Audit sudah keluarkan laporan penuh berkenaan bayaran itu kepada bekas kakitangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Laporan itu sudah dibentangkan dalam MMKN, pada 12 November lalu tetapi kita akan bawa balik perkara ini dalam mesyuarat bersama MBIdan putuskan apa tindakan seterusnya,” katanya.

Siasatan pampasan k’tangan Khalid diserah kepada MBI


KUALA LUMPUR: Hasil siasatan audit pampasan membabitkan kakitangan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diserahkan kepada Lembaga Pengarah Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk tindakan lanjut.

Selangor Kini melaporkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihak audit terlebih dahulu membentangkan laporan audit berkenaan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan di luar bidang kuasa MMKN dan akan diserahkan kembali kepada pihak MBI.

Menurutnya, MMKN sudah dimaklumkan berkenaan hasil siasatan pihak audit dan akan dibentangkan dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil jika ada sebarang keputusan melanggar peraturan.

Beliau menambah, sama ada ganjaran atau pampasan itu akan ditarik juga akan dibincangkan.

“Hasil siasatan memang ada perkara tidak dipatuhi dalam pemberian itu dengan jumlah begitu besar dan luar biasa yang perlu disemak semula,” katanya selepas majlis perasmian program Gerak Gempur Aedes dengan tema ‘MB Terjah, Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah, Gombak, hari ini.

Kalau Khalid Ibrahim Terkejut Dengan Pampasan RM2.5 Juta, Rakyat Selangor Lagilah Terkejut!!

Cabaran baru ini menanti Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Setelah berjaya dengan beberapa program terjah untuk menjadikan kepimpinannya lebih dekat dengan rakyat dan penyelesaian secara harmoni isu kitab Bible yang dirampas Jais, rakyat Selangor kini menanti ketegasan serta kebijaksanaannya menyelesaikan isu pampasan RM2.5 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar Selangor atau MBI.

Mengikut laporan pampasan itu dibayar kepada lapan kakitangan kerajaan negeri yang berhenti secara sukarela berikutan pertukaran Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Terdapat laporan yang mengatakan ada di antaranya menerima sehingga RM700 ribu dan ada pula laporan lain mengatakan antara penerima pampasan itu termasuk bekas Menteri Besar, Khalid Khalid Ibrahim sendiri, bekas CEO MBI yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya, Faekah Husin serta bekas Setiausaha Akhbarnya, Arfa'ezaa Abdul Aziz.

Azmin dalam reaksi awalnya menyatakan, siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan dalam pemberian pampasan sejumlah RM2.5 juta itu kerana beberapa perkara telah tidak dipatuhi.

Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentu jumlah ganjaran begitu besar jumlahnya perlu disemak semula, demikian kata Azmin lagi.

Walaupun beliau belum memutuskan bentuk tindakan yang bakal diambilnya selaku ketua kerajaan negeri, rakyat Selangor amat mengharap tindakan paling tegas, termasuk pemulangan wang tersebut ke dalam akuan MBI serta membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat jika benar terdapat unsur salah guna dalam proses meluluskannya.

PEMBOHONGAN BN BERTERUSAN !!!



SELAMA 5 TAHUN, 'minyak orang miskin RON95' SUDAH 5 KALI KENAIKAN HARGA MINYAK BERTURUT2.. TAK PERNAHNYA TURUN..


Pati di Sabah: Laporan RCI perlu dibentang di parlimen

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa agar membentangkan di parlimen laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah bagi membolehkan perkara itu dibahas oleh ahli-ahli parlimen.

Ahli  Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memberitahu, Najib tidak sepatutnya takut untuk membentangkan laporan tersebut.

"Kenapa Najib perlu membentangkan laporan tersebut pada bulan hadapan dan kenapa ia dibentangkan kepada umum.

"Sepatutnya ia terlebih dahulu dibentangkan di parlimen untuk ahli-ahli parlimen membahaskan perkara tersebut dan mungkin ada pendapat untuk kita suarakan.

"Najib perlu berani mendedahkannya, ia juga dilihat sebagai menghormati intitusi parlimen yang kita ada," katanya kepada Harakahdaily.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga turut berpendapat, jika Najib tetap mencadangkan untuk memdedahkan pada awal bulan hadapan ia perlu mengadakan sidang khas parlimen.

"Jika beliau tetap mahu mendedahkan pada bulan hadapan, Najib boleh memanggil sidang khas selama dua hari.

"Seperti mana yang dilakukan ketika tragedi pesawat MAS MH17 tempoh hari," sambung beliau.

ADAKAH dalang tersebut WUJUD atau sengaja direka2 demi nak menakutkan pengundi2 di Sabah menjelang PRU13 yg lalu ???


Hudud: Gilotin Jadi Pilihan Di Kelantan

Antara contoh gilotin yang diguna ketika zaman Revolusi Perancis 1793.

KOTA BHARU: Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 dijangka akan digunakan di Kelantan.

Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Amar berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin  yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

"Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju untuk menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar 'Hippocratic Oath' (sumpahan untuk menegakkan piawaian profesional dan mengamal perubatan secara etika).

Ancaman Melayu

Malaysian
Apakah Melayu terancam sebab orang Cina? Macam mana pula orang Cina boleh mengancam Melayu?

Fariq Islam

Selaku anak Melayu, kenyataan “Melayu Terancam” seringnya menarik perhatian kita. Ini memangnya tindak-balas yang normal, biar mana-mana kaumpun.
Namun, apakah Melayu terancam sebab orang Cina? Macam mana pula orang Cina boleh mengancam Melayu? Kajilah fenomena. Apakah MCA lebih berkuasa daripada UMNO dalam BN? Apakah DAP lebih berkuasa daripada PKR atau PAS dalam PR? Jawapannya amat ketara – TIDAK – langsungnya tidak.
Kalau tidak, apa pula ancaman Melayu? Sesungguhnya ancaman Melayu adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang mempermainkan isu perkauman demi mempahlawankan diri! Golongan yang perbodohkan Melayulah ancaman yang paling besar kepada kaum Melayu.
Tanyalah pada diri kita. Apakah sekolah Cina satu ancaman kepada Melayu? Apakah Melayu lebih maju tanpa sekolah Cina? Apakah kerajaan Pulau Pinang begitu bodoh, tidak menitikberatkan undi Melayu?
Cukuplah. Tumpulah perhatian ke atas masalah-masalah bangsa Melayu dan bagaimana nak memajukan bangsa Melayu. Perangilah gejala bohsia, mat rempit dan segala-galanya yang kurang sihat di kalangan pemuda-pemudi Melayu. Galakkanlah generasi muda mengecapi kejayaan atau kegemilangan akademik.
 
Perkuatkanlah bangsa Melayu secara betul. Berhentikanlah tindak-tanduk yang bukan-bukan!

Gerak Gempur Aedes: Baju batik tak halang Azmin ‘terjun’ longkang

IMG-20141116-WA0001GOMBAK, 16 NOV: Penampilan segak Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan baju batik jawa ala Jokowi sama sekali tidak menghalang beliau untuk turun ke dalam longkang bagi program Gerak Gempur Aedes, di sini, hari ini.
Sebelum itu, beliau terlebih dahulu membuat terjahan dari rumah ke rumah di Kampung Tengah, di sini, bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Selangor.
Beliau yang mesra menyapa penduduk kampung itu sempat ke kereta rasminya bagi menyarung kasut ‘phua chu kang’ berwarna kuning sebelum terjun ke longkang.
Mengulas operasi pagi ini, Mohamed Azmin menegur sikap masyarakat yang masih memandang ringan aspek penjagaan kebersihan kawasan persekitaran kediaman tempat tinggal.
“Kalau ada program sebegini, terutama di kawasan kediaman berstrata, kebanyakan yang buat kerja hanya pengawai sahaja.
“Penduduk sekadar duduk tersenyum sahaja dari tingkat atas, tengok pegawai buat kerja. Sikap sebegini perlu diubah kerana kesannya pada penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.
IMG-20141116-WA0003Terdahulu, Mohamed Azmin merasmikan dan menyertai program sama di Kampung Klang Gate dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Tegasnya, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama masyarakat dalam memerangi Aedes dan demam denggi yang semakin berleluasa.
“Sehingga kini terdapat 59 kes kematian berbanding hanya 24 kematian dilaporkan sepanjang tahun lalu. Ini bermakna walaupun tahun 2014 masih belum sampai penghujung, kes kematian mendadak sehingga lebih dua kali ganda.
“Kes demam denggi juga meningkat tinggi dengan 1,000 kes dilaporkan pada setiap minggu berbanding 800 kes sebelum ini,” katanya.

Pak Samad: Jangan taksub, bagaimana Melayu boleh terancam?

A.SAMADSAID_141113_TMIAFIF_002_360_240_100SHAH ALAM, 16 NOV: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menasihatkan masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mereka kini semakin terancam.
Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad turut hairan kerana masih timbul dakwaan kedudukan orang Melayu kini terancam.
“Saya harap masyarakat Melayu jangan terlalu taksub dengan hebahan bahawa mereka sedang terancam. Macam mana orang Melayu terancam?
“Macam mana Melayu terancam apabila orang yang berkuasa di atas adalah orang Melayu selama lima dekad. Apa yang dia buat duduk atas selama lima dekad itu?
“Kalau kedudukannya itu tidak mampu membuat orang Melayu berfikir secara waras, keluar (turun) sahaja.
“Biar orang Melayu lain yang tadbir. Dia tadbir lima dekad bukan satu dekad,” katanya yang dipetik Malaysia Kini.

MCA jangan main api isu mahkamah syariah

Jangan menghina semata-mata mahu raih sokongan!

Itu amaran Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berhubung kenyataan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.
Lian Ker semalam bimbang kuasa mahkamah syariah akan melebihi mahkamah sivil sekiranya penubuhan Mahkamah Persekutuan Syariah seperti dicadangkan oleh kerajaan.
Menurutnya, penubuhan mahkamah itu akan melanggar peruntukan Perkara 4(1) dan Perkara 74(3) Perlembagaan Persekutuan
Irfan Fahmi seterusnya mengangap kenyataan pemimpin MCA itu keterlaluan.
"Ia seolah mencabar umat Islam dan mencampuri urusan undang undang islam yang termaktub di mahkamah syariah. Perlu diingatkan bahawa dia tidak berhak mempertikaikan tentang perihal yang melibatkan perundangan islam.
Kenyataan itu seolah-olah cubaan MCA untuk meraih simpati oleh kerana kegagalan mereka meraih undi serta sokongan dari bangsa mereka sendiri," ujarnya.
Menurut Irwan Fahmi, pihak MCA cuba membangkitkan kemarahan umat islam dengan mencabar institusi perundangan islam di negara ini.
"Jangan "menghina" semata mata mahu meraih sokongan sahaja. Saya pernah memberi amaran kepada presiden MCA agar tidak mencampuri urusan yang melibatkan hal ehwal Islam," katanya.

G20: Amerika Syarikat, Australia, Jepun bidas Rusia dalam isu MH17

G20: Amerika Syarikat, Australia, Jepun bidas Rusia dalam isu MH17BRISBANE: Amerika Syarikat, Australia dan Jepun membidas Rusia serta menggesanya agar menghentikan campur tangan dalam isu Ukraine.

Ketiga-tiga negara itu juga turut menuntut keadilan terhadap mangsa tragedi pesawat MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia.

Pemimpin ketiga-tiga negara itu berkata mereka bersatu di dalam "menentang penaklukan Crimea dan tindakan yang menjejaskan kestabilan timur Ukraine.

Mereka juga menuntut dalang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada MH17 dibawa ke muka pengadilan.

Seruan itu dibuat di dalam satu kenyataan selepas perbincangan tiga penjuru antara Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Perdana Menteri Australia, Tony Abbott; dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ketika sidang kemuncak G20 di Australia.

Sidang kemuncak itu dihujani pertikaian antara pemimpin Barat termasuk Obama dan Abbott dengan Presiden Rusia Vladimir Putin berhubung isu Ukraine dan tragedi MH17 pada Julai.

Hadi: 'Masa tak sihat saja saya tak hadir'


Hadi Awang 

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya memberitahu bahawa tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekali gus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat dalam PR.

“Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan,” katanya ringkas ketika ditemui selepas selesai menyampaikan kuliah pagi di Masjid Rusila di sini, kelmarin.

Terdahulu, Abdul Hadi dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat dengan rakan-rakan PR termasuk Pas sejak berlaku krisis Menteri Besar Selangor yang telah membawa kepada penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ogos lalu.

Malah, hubungan Pas dengan parti gabungan, DAP dan PKR turut dikatakan menjadi agak tegang rentetan isu berkenaan apabila beliau dikatakan menunjukkan sikap dingin terhadap aktiviti gabungan parti tersebut.

Beliau bagaimanapun memberi gambaran bahawa perkara itu tidak seperti yang diperkatakan, sebaliknya mengulangi alasan bahawa faktor kesihatan dirinya menjadi sebab utama mengapa beliau dilihat bersikap sedemikian.

Melayu digesa contohi perjuangan NGO Beng Hock - Pak Samad

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata, kurang kesedaran berhubung isu-isu hak asasi antara sebab kes seperti kematian dalam tahanan tidak dibela khususnya oleh NGO Melayu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad membangkitkan bagaimana kes kematian bekas pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamed dan pembantu ahli politik Teoh Beng Hock yang mendapat reaksi berbeza daripada masyarakat Melayu dan Cina.

"Saya tidak tahu mengapa NGO Melayu barangkali tidak menghala ke situ, saya fikir ada banyak NGO Melayu barangkali mengarah ke tempat lain.

"Nasib yang tertimpa terhadap Teoh seperti yang telah terbukti tertimpa juga kepada orang Melayu. Jadi saya fikir orang Melayu tidak beri perhatian. Mungkin kerana kurang diperjelaskan sebab nasib yang tertimpa terhadap Teoh ini sudah pun tertimpa kepada orang Melayu sendiri.

"Cuma orang Tiong Hua lebih sedar bahawa ini satu masalah yang perlu dijernihkan, diselesaikan sebab kalau tidak, perkara ini akan berulang dan tidak baik bagi demokrasi," katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

Ditanya bagaimana untuk menyedarkan orang Melayu supaya peka, Samad berkata, perkara itu sukar untuk diterangkan memandangkan kebanyakan orang Melayu lebih gemar tentang isu lain.

"Saya sendiri pun agak tidak faham, barangkali (NGO seperti) Teoh Beng Hock Trust For Democracy boleh menjadi contoh baik kepada NGO Melayu untuk mencontohinya,” katanya yang juga pengerusi NGO itu.

'Menyedar, bukan menghasut'

Beliau juga menyindir golongan berusia yang masih kurang sedar dengan kepentingan memperjuangkan isu kematian dalam tahanan.

Mampukah Umno dapat sokongan baru apabila penyokong tradisi makin mengecil?

Tanpa sebarang perubahan, Umno dilihat tidak akan kekal lama selepas pilihan raya akan datang sekiranya masih mengharapkan sokongan pengundi tradisi di kawasan kampung.
Kenyataan itu bukan dikeluarkan penganilisis politik mahupun pemimpin Pakatan Rakyat (PR), tetapi oleh pemimpin sayap Pemuda Umno itu sendiri. Terma Matematik digunakan Exco Pemuda Umno Shahril Hamdan untuk menggambarkan perubahan pengundian rakyat Malaysia, yang kini lebih bersikap lebih urban dan muda.
Shahril menyokong pendapat ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata semalam, penyokong tetap Umno adalah pengundi luar bandar, dan ia merupakan "pasaran yang semakin mengecil". Pasaran yang sedang berkembang adalah jutaan belia yang berpindah ke kawasan bandar untuk mencari rezeki, kata Khairy.
Dianggarkan, sekitar 70% daripada 5 juta pengundi muda akan mengundi dalam pilihan raya akan datang. Merdeka Center juga melaporkan pada 13 Ogos 2013, lebih 64% daripada pengundi masa depan adalah pengundi Melayu.
Menggunakan statistik kerajaan, Biro Profesional Muda Pemuda Umno menganggarkan pada 2016, 75% populasi akan menetap di bandar. Biro itu berpandangan trend berikut selari dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) di kerusi bandar. Mereka menganggarkan faktor lain trend itu adalah perkembangan bilangan profesional muda daripada sejumlah 450,000 pada 1970 kepada 2.3 juta pada 2010.
Biro itu sendiri dibentuk kerana pergerakan itu menyedari blok pengundi muda amat penting dan akan berterusan. "Mereka mungkin mendaftar di kawasan (luar bandar) Pokok Sena, Rembau atau Setiu, tetapi mereka menetap dan bekerja di Seputeh," kata Khairy, merujuk kerusi Parlimen di kawasan Kuala Lumpur yang dimenangi DAP lebih sedekad lalu.
"Jadi kita tidak boleh melupakan Seputeh," katanya, merujuk kepada fakta apa yang dilalui kumpulan berkenaan di kawasan kediaman mereka akan dibawa kembali ke perkampungan mereka di mana mereka akan mengundi.
Biro itu adalah sebahagian daripada penyelesaian politik yang diharapkan untuk menawan hati pengundi berusia 20 hingga 30-an. "Kita tidak lagi boleh menggunakan retorik politik dengan mereka," kata Shahril, yang mengetuai biro berkenaan ketika ditemui semalam.

Karya saya bukan fitnah, kata kartunis Zunar

Karya satira politik menentang kerajaan bukan sekadar menjadi bahan tawa tetapi untuk menyampaikan mesej, kata kartunis Zunar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 16 November, 2014.Karya satira politik menentang kerajaan bukan sekadar menjadi bahan tawa tetapi untuk menyampaikan mesej, kata kartunis Zunar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 16 November, 2014.Bagi kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, karya satira politik menentang kerajaan dilukiskannya itu bukan sekadar untuk menjadi bahan tawa tetapi menyampaikan mesej berdasarkan fakta daripada hasil kajian yang mendalam.
Zunar yang terkenal dengan mengkritik kerajaan melalui kartunnya berkata, karyanya tidak harus dilabel sebagai fitnah kerana peranannya sebagai kartunis politik adalah untuk menafsir kesilapan ahli politik dan kerajaan melalui karyanya.
"Malaysia ini keadaannya berbeza sedikit. Orang bersalah tidak semestinya diheret ke mahkamah kerana sistem politiknya begitu meskipun di atas kertas ada tertulis mereka juga tertakluk kepada undang- undang tetapi tidak pada praktiknya.

"Orang yang jelas terlibat dengan rasuah tidak dikenakan tindakan undang- undang seperti kes bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kes kapal selam scorpene yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terbaru isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun ada dokumen membuktikan mereka bersalah," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider. Walaupun kini disiasat mengikut Akta Hasutan, Zunar merupakan penerima Anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial daripada Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).
Beliau ditahan polis selama dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan pada 2010 dan kini mungkin didakwa mengikut akta sama.
Sekatan dan kekangan terhadap kebebasan dan karyanya menjadikan kartunis ini lebih yakin karyanya menyampaikan kebenaran.
"Kalau mereka hendak kata lukisan saya fitnah mereka boleh nafikan tapi setakat ini mereka tidak pernah tampil untuk nafikan. Beritahulah bahagian mana yang kata saya fitnah dalam muka surat berapa," katanya.

Nurul Izzah: Multiracialism Must The The Defining Future & Strength Of This Country

Sajak: Melayu terancam

Oleh Mohamed Fudzail 
 
Sajak: Melayu terancam
Sudah lama kami mendengar
ucapan retorik berdegar-degar
pemimpin berkokok meracau-racau
memberi amaran berkalau-kalau
walau sudah lama memerintah
harta bertimbun sebagai upah
Melayu terancam, Melayu kemunduran
bersatulah menentang pihak lawan!
Politikus yang senang lenang
nampak sakan hidup berjuang
terus menerus menang pilihanraya
berbangga dengan pembangunan negara
mendakwa semuanya kerana mereka
yang terpilih minoriti dan dipuja-puja
tetapi masih menyalak Melayu terancam
orang lain yang jahat mengancam
politik, ekonomi, agama, budaya apa sahaja
kasihannya Melayu yang mengundi mereka!

Umno perlu kehilangan Putrajaya sekali, sebelum dapat diubah....

Menjelang Perhimpunan Agung Umno tidak lama lagi, terdengar kembali seruan agar parti Melayu yang memerintah negara sejak Merdeka itu perlu berubah supaya tidak terus kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
Mampukah Umno berubah? Kita sudah mendengar begitu banyak retorik sebegini akan tetapi Umno masih tidak berubah dan berada semakin jauh daripada masyarakat terutamanya di bandar.
Umno perlu kehilangan Putrajaya sekali, sebelum dapat diubahTerbaru gesaan ini datang daripada Pengerusi Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin baru-baru ini yang mengatakan parti itu perlu melakukan transformasi segera supaya terus kekal relevan.
Berucap di Konvensyen Umno Johor 2014 Khaled berkata, orang Melayu kini sedang melakukan penolakan terhadap parti itu secara terbuka dan dapat dilihat dalam dua pilihan raya umum lalu.
“Benar kita punyai tiga juta ahli tetapi adalah juga benar yang kebanyakan ahli kita adalah hanya pada keahlian.
“Dan ramai yang menyertai Umno bukan lagi kerana perjuangan tetapi sebagai instrumen politik untuk pengaruh, kuasa, prestij dan kekayaan,” katanya seperti dilaporkan portal Suara TV.
Menurut menteri besar Johor itu, ahli-ahli Umno perlu bersama secara kolektif untuk merancang dan mengurus perubahan parti itu.
“Jika ini pilihan kita, maka jalannya ialah pengislahan dan memodenkan Umno.
“Kita mesti akur Umno termasuk Umno Johor memerlukan suatu transformasi dan bukannya perubahan kosmetik yang bersifat luaran semata-mata,” katanya dalam konvensyen yang bertemakan “Di Sini Lahirnya Umno” yang dihadiri 850 perwakilan dari seluruh Johor.
Apa yang dikatakan Khaled itu mungkin lahir daripada kesedarannya melihat bagaimana parti pembangkang mula mendapat tempat di seluruh negara dan negeri Johor itu sendiri.
Siapa sangka tempat lahirnya Umno di Batu Pahat kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR)?
Siapa sangka musuh ketat Umno seperti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kini merupakan seorang ahli Parlimen Gelang Patah selepas mengalahkan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman?
Siapa sangka sekutu rapat Umno seperti MCA hilang kerusi Parlimen Kluang, Kulai dan Bakri di tangan DAP?
Ketika suara menuntut Umno berubah daripada pimpinan dan bekas pemimpinnya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, parti Melayu itu terus menerus bergerak ke belakang.

MB Terengganu nafi abang campur tangan..Jeng..Jeng..!!!

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman
KUALA TERENGGANU - Tindakan pihak tertentu mendakwa Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dikawal oleh abangnya sendiri, Che Azmi Abd Rahman dianggap dakwaan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh menyelar tindakan sedemikian dan memberitahu, keputusan yang dibuat Ahmad Razif dari sudut pengurusan di negeri ini langsung tidak melibatkan campur tangan daripada Che Azmi yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Bagaimanapun beliau berkata, Ahmad Razif berkemungkinan pernah mendapatkan pandangan daripada abangnya itu berhubung perkara tertentu berdasarkan pengalaman yang ada pada Che Azmi dan tidak menolak perkara itu cuba dipolitikkan orang tertentu.

“Kita kena faham, abang dia bekas Ahli Parlimen dan sebelum ini pernah bekerja sebagai pegawai kanan di Yayasan Terengganu dan abang dia memang pakar terutama dalam aspek pelaburan, perniagaan.

"Mungkin dia ada guna khidmat nasihat abang dia untuk membantu tetapi tidak melibatkan semua perkara. Apa yang dibuat menteri besar adalah keputusan beliau sendiri. Bukan diputuskan oleh abang dia,” katanya.

Pasma bukan ancaman Pas

Imran
Imran Mamat, Ketua PasMa Pasir Puteh
PASIR PUTEH - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akan tetap menyokong perjuangan Pas serta parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ketua PasMa Pasir Puteh, Imran Mamat menjelaskan, PasMa bukan sebuah parti politik dan tidak sama sekali mengancam perjuangan PR, khususnya Pas sepertimana tanggapan sesetengah pihak.

Katanya, PasMa ditubuhkan pada Ogos lalu selepas khuatir dengan krisis Menteri Besar Selangor kerana ia dilihat boleh merosakkan perpaduan dalam PR yang dipupuk sejak sekian lama.

"Ada pihak memberi pandangan sinis dengan mengatakan PasMa adalah parti serpihan Pas seperti Hamim, Berjasa dan Akim, sedangkan senarionya berbeza kerana pada asasnya kita lahir sebagai NGO yang tetap menyokong perjuangan PR.

"Pasma yang dianggotai masyarakat daripada pelbagai latar belakang akan menjadi tonggak kepada perpaduan rakyat," katanya ketka ditemui pada program Suro Mahabah PR Bersama NGO PasMa dan Royalti (R) di perkarangan pejabat PKR Cabang Pasir Puteh, di sini semalam.

Membawa slogan 'Terus Istiqamah Teguhkan Pakatan', program berkenaan membabitkan aktiviti gotong-royong memasak lapan kawah bubur asyura dan dua daripadanya disumbangkan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamed.

Pingat "Datuk Naning" tak setaraf anugerah negeri

Antara yang hadir menyaksikan majlis penganugerahan pingat kebesaran Datuk Naning ke-21.  
Antara yang hadir menyaksikan majlis penganugerahan pingat kebesaran Datuk Naning ke-21.
AYER KEROH - Mana-mana individu yang menerima penganugerahan pingat Datuk Naning berkemungkinan tidak layak menerima sebarang pengiktirafan atau anugerah daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, ini kerana kerajaan negeri sudah mengisytiharkan majlis penganugerahan pingat kebesaran dari Raja-raja Nusantara dan Datuk Naning ke-21 di sebuah hotel terkemuka di Banda Hilir sebagai tidak diiktiraf.

Menurutnya, kerajaan negeri ada memberi kelonggaran kepada penganugerahan pingat berkenaan di mana ia dianugerahkan dalam ruang lingkup adat resam Naning dan tidak boleh disamatarafkan dengan anugerah negeri.

“Undang-undang tubuh negeri pun tidak meletakkan anugerah ini sebagai suatu yang mesti kita iktiraf dan secara jelas, ia bukan anugerah istiadat negeri,” katanya di sini, semalam.

Menurut Idris, pengiktirafan daripada pihak berkenaan (Datuk Naning) tidak boleh dianggap sebagai bertaraf anugerah kerajaan negeri.

Pak Samad: Bagaimana Melayu terancam jika mereka sedang berkuasa?

Bung Mokhar ibarat ketam......

Oleh Hazlan Zakaria
Dalam menasihati pelajar-pelajar sebuah sekolah supaya mempunyai sikap dan personaliti yang baik dan menentang pembuli, Ahli Parlimen Kinabatangan kontroversi, Datuk Bung Mokhtar Radin kelihatan seperti seekor ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus.
Dilahirkan pada 15 September 1959, ahli parlimen Sabah itu tidak dilahirkan di bawah bintang zodiak barat Cancer (ketam), tetapi seperti yang ditunjukkan kejadian baru-baru ini, dia mungkin seekor ketam jadian.
Teliti ucapannya kepada sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di kawasan yang diwakilinya, di mana beliau telah memberikan mereka nasihat mengenai perilaku peribadi.
"Sikap dan personaliti yang baik juga perlu dipupuk supaya mereka menjadi proaktif, demi pembangunan masyarakat dan negara," harian berbahasa Inggeris Sabah Daily Express memetik beliau sebagai berkata.
Saya pasti beliau merupakan seorang ahli parlimen yang berketerampilan segak, terutamanya selepas berkahwin dengan isteri keduanya, dia dilihat muncul berpakaian 'lebih bergaya' dengan rambut yang bergel dan diwarnakan.
Pastinya beliau telah berperibadi mempesona untuk memenangi hati pelakon itu. 
Tetapi mungkin beliau bukan ahli parlimen yang wajar bagi bercakap tentang sikap dan personaliti yang baik, secara umumnya. Sekurang-kurangnya tidak jika kita mengambil perhatian ke atas kualiti sumbangannya kepada dialog kebangsaan dan perbahasan parlimen mengenai isu-isu utama.
Namun begitu, saya mesti menyatakan bahawa kita tidak boleh menolak kemungkinan niat baik beliau. Cuma nasihat itu agak sukar untuk diterima, kerana datang dari seorang ahli parlimen yang begitu kontroversi.
Jika ditanya secara rawak, ramai orang akan berwajah kelat apabila ditanyakan mengenai kaitan nama Bung Mokhtar dengan "sikap dan keperibadian yang baik".
Dan nasihatnya yang seterusnya mungkin akan mencetuskan rasa radang kaum wanita yang pernah mendengar beliau berucap di Parlimen, kerana beliau sendiri sering dituduh membuli wanita dengan ucapan-ucapan liarnya. 

SIS revisit

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Kali pertama saya berwacana atau berdebat secara langsung dengan SIS ialah ketika satu forum pada awal 2000 semasa saya masih bergiat dalam kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat. Program tersebut dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) diadakan di Shah Hotel, Petaling Jaya.

Pak Khalid Jaafar yang menerajui IKD ketika itu memang mengenali saya sebagai rakan seperjuangan di Melaka di bawah wadah Barisan Alternatif (BA). Selepas itu saya banyak berwacana dengan SIS secara tidak langsung melalui tajuk-tajuk wacana yang tidak khusus sama ada wakil SIS juga sebagai panel atau mereka bertanyakan soalan kepada saya ketika saya menjadi salah seorang panel dalam forum-forum yang diadakan. Kenapa SIS ‘panas’?

Isu SIS atau Sisters in Islam memang ‘panas’ waktu itu memandangkan isu liberalisme dan pluralisme mula kedengaran dalam lingkungan kepimpinan Pemuda PAS ketika itu. Saya salah seorang yang menerajui Lujnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS memang mencari ruang untuk berwacana bersama. Di bawah pimpinan Saudara Salahuddin Ayub sebagai ketua Pemuda PAS, beliau menggagaskan “Duta Penyelamat” dengan mengambil pilihan melakukan “engagement”. Saya adalah penyokong kuat pendekatan ini dan mengalu-alukan sebarang wacana dengan SIS. Begitu juga rakan-rakan pemuda yang lain ketika itu seperti Saudara Hanipa Maidin dan lain-lain.
Ketika saya berdebat dengan SIS di Petaling Jaya itu, kami membincangkan tentang Islam dan isu moral. Saya menegaskan Islam perlu dilihat dalam bentuk “substance” dan bukan “form” semata-mata manakala perundangan dalam Islam adalah bertujuan memelihara kepentingan umum.
Salah guna penguatkuasa agama bukan mewakili sikap Islam kerana itu adalah kesalahan manusia. Saya menegaskan konsep omnipresence Islam dan kelemahan manusia memahami tuntutannya.
Tidak banyak yang dicanggahi oleh Zainah Anwar yang mengetuai SIS dalam debat itu malah beliau lebih banyak mempertikaikan pihak autoriti agama dan menyatakan kalau semua orang mempunyai kefahaman seperti hujahan saya maka keadaan menjadi lebih mudah.
Beberapa minggu kemudian Pak Shukor Harun pengarang Harakah ketika itu menulis satu artikel tentang usaha murni dan keterbukaan pimpinan Pemuda PAS dan beliau menyebut contoh seperti Mujahid yang walaupun berbeza sikap dengan SIS tetapi bersedia untuk dialog. Itu beberapa tahun yang lampau.
Saya juga bahkan banyak mengkritik SIS melalui penulisan-penulisan saya apabila timbul beberapa isu seperti isu kelab malam Zouq, isu Kartika dan isu polis moral yang menjadi tajuk utama pertikaian SIS.
Pertemuan pada 2014
Pertemuan saya kali ini pada 2014 dengan mengambil bentuknya yang berbeza, saya sebagai seorang ahli Parlimen yang bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang di Dewan Rakyat yang cuba memahami konteks prosedur dan pentadbiran serta pengurusan perundangan.
Ini mengheret saya kepada satu kontroversi kerana terpaksa melihat fatwa tentang SIS oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam kerangka perundangan. Tuduhan untuk mengharamkan SIS amatlah berat kerana SIS dianggap sesat dan mewajibkan pengharamannya setelah fatwa pluralisme dan liberalisme digazetkan.
Membuka ruang
Adalah menjadi hak dan tanggungjawab saya untuk membuka ruang kepada yang tertuduh setelah SIS mendakwa fatwa yang digazetkan dikenakan kepada mereka tidak dimaklumkan dan diadakan perbincangan terlebih dahulu. Tetapi Mais mendakwa pada 2012 mereka sudah berbincang dengan SIS.

Rasuah dan tragedi Cameron

Oleh ABD JALIL ALI
CAMERON Highlands – khasnya Lembah Bertam dan Ringlet – adalah kes gajah di hadapan mata yang tidak kelihatan. Atau, sengaja hendak disembunyikan. Tetapi mana mungkin bangkai gajah hendak ditutup dengan nyiru!
Hakikatnya ialah kawasan sekitar pusat peranginan tersebut sudah diperkosa pihak tidak bertanggungjawab. Hutan hijau lagi teduh telah diranapkan oleh tangan-tangan rakus manusia tidak berhati perut.

Seperti yang didedahkan media juga NGO-NGO yang prihatin alam, lebih 6,000 hektar kawasan berkenaan telah diteroka secara haram. Tanpa mengendahkan peraturan ekologi, hutan ditebang sesuka hati untuk dijadikan kawasan pertanian.

Lebih 11,000 warga asing, termasuk yang datang secara haram, telah menjadi penghuni tetap di kawasan tersebut sebagai pekerja di ladang-ladang sayur. Mereka mengotorkan persekitaran dengan sampah-sarap yang menyempit dan menyekat aliran air.

Akibatnya banjir kilat dan banjir lumpur kerap terjadi. Terkini lima orang maut apabila banjir lumpur yang dahsyat melanda kawasan berkenaan, beberapa hari lalu. Ini bukan kejadian pertama. Baru setahun lalu – 23 Oktober, 2013 – empat maut apabila lumpur dan arus deras meranapkan kawasan sama.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup lagi, baunya yang meloyakan sudah merebak ke seluruh negara. Kalau tidak didedahkan pun semua orang boleh melihat dengan jelas betapa hari demi hari tanah dan hutan kita diteroka dan dirampas secara haram.

Antara tuntutan agama, adat dan status

Trend perkahwinan mewah tidak kira di rumah mahupun dewan atau hotel pastinya akan meriah, lebih-lebih lagi bagi anak pertama dalam keluarga kerana pada masa inilah ibu bapa akan menjemput seramai mungkin kenalan.
Perbelanjaan untuk pelamin, ruang makan, menu, dekorasi sehinggalah baju, artis jemputan dan paling utama jumlah hantaran membuatkan nilai sebuah perkahwinan bukan lagi sekadar yang mampu tetapi lebih daripada itu.

Setiap orang dikurniakan dengan rezeki masing-masing dan sebuah perkahwinan tidak boleh diukur dengan jumlah perbelanjaan mahupun hantaran yang dikeluarkan kerana kehidupan selepas perkahwinan adalah lebih penting.
Akibat daripada trend meminjam dalam kalangan generasi muda sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak syarikat swasta, koperasi dan bank mula mengambil kesempatan menawarkan pinjaman peribadi kepada bakal mempelai untuk membiayai majlis perkahwinan mereka.
Di corong radio, iklan di Facebook dan sebagainya tanpa berselindung menawarkan pinjaman kepada bakal mempelai membuatkan mereka sudah tidak kisah untuk melakukan pinjaman untuk berkahwin.
Carian di Google mendapati sebanyak 408,000 keputusan berkaitan pinjaman perkahwinan dan 546,000 untuk mereka yang mencari pinjaman peribadi membuatkan urusan ini sangat mudah.
Mengikut agama Islam, pinjaman untuk perkahwinan adalah diharuskan tetapi sebaik-baiknya tidak melakukan sebarang pinjaman dengan mengadakan majlis tersebut mengikut kemampuan sendiri.
Namun ikutan adat yang memerlukan pihak lelaki menghantar wang belanja, hantaran serba satu, selain ada juga yang menetapkan hantaran serba berdiri mahupun duduk membuatkan ramai lelaki yang sudah sampai seru terduduk mendengar jumlah yang perlu disediakan.
Inikan pula perbelanjaan lain yang perlu dikeluarkan bagi majlis di tempat sendiri yang memaksa mereka membuat pinjaman bagi mengadakan majlis perkahwinan.
Ruangan Fokus kali ini membincangkan isu berhutang untuk berkahwin bagi membolehkan bakal pengantin di luar sana berfikir dengan lebih mendalam sebelum mengambil satu-satu keputusan. – AMIRUL
Utamakan wajib daripada adat
Mas kahwin, hantaran, perbelanjaan hotel, dewan pelamin dan sebagainya bukanlah satu yang dituntut oleh agama kerana bagi sebuah perkahwinan, mahar adalah yang paling penting yang perlu disediakan lelaki untuk wanita yang ingin dikahwininya.

Halal haram dalam perniagaan

DALAM konteks semasa, perniagaan merupakan salah satu aktiviti penting dalam kehidupan manusia dengan melakukan urus niaga seperti berjual beli dan sewaan. Islam turut menggalakkan umatnya menceburi bidang perniagaan.

Al-Quran menjelaskan tentang keharusan berniaga:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu antara kamu dengan jalan yang salah (tipu dan judi), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu.”
Dalil tentang keistimewaan kedudukan perniagaan boleh dilihat dalam hadis yang bermaksud: “Sembilan daripada sepuluh sumber rezeki diperoleh melalui perniagaan” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis urus niaga dengan matlamat utama mencapai keuntungan. Bagaimanapun, ramai tidak sedar adakah hasil perniagaan itu halal atau sebaliknya. Bagi mengenal pasti status perniagaan tersebut mematuhi syariah atau tidak, terdapat beberapa aspek yang perlu dihalusi. Antaranya:
1. Perniagaan mestilah tidak mengan­dungi unsur riba.
Riba adalah perkara yang dilarang dalam Islam. Ia wujud dalam urus niaga, hutang-piutang atau jual beli barang-barang ribawi.
Dalil pengharaman riba disebutkan secara jelas dalam al-Quran dan hadis. Ini dapat dilihat menerusi firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 275 yang menyebut:
“Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”
2. Perniagaan mestilah tidak berasaskan sebarang penipuan.
Sesetengah peniaga menggunakan pelbagai cara dan strategi bagi mempromosi dan mela­riskan barang jualan. Perbuatan ini dibo­lehkan, namun peniaga perlu mengikut lunas-lunas syarak dan dilarang daripada melakukan penipuan.
Antara bentuk penipuan dalam perniagaan ialah memalsukan maklumat produk, menjual barang tiruan dan memberi janji palsu. Bahkan, Islam juga melarang para peniaga bersumpah semata-mata untuk melariskan jualan.
Abi Qatadah al-Anshari meriwayatkan, beliau mendengar Rasulullah SAW ber­sabda, “Awas kamu daripada banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadangkala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan, namun ia akan menghilangkan barakahnya.”
3. Perniagaan berasaskan keadilan.

Hormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan - Jakim

Othman 
KUANTAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu semua pihak menghormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat.

"Peruntukan mengenai perkara ini sudah jelas.... sudah ada dan mahkamah lain tidak boleh membincang atau membicarakan hal berkaitan hukum syarak. Namun, oleh kerana ia sudah dimohon, kita tunggulah rayuan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

"Seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dari negeri lain akan mencelah dalam prosiding rayuan itu nanti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ihtifal Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan. - Bernama

Najib’s career hangs in the balance if Anwar not jailed

Zainuddin Maidin hits back at pro-Chinese media who think Najib’s days are over if Anwar is jailed.

PETALING JAYA: Former chief editor of Malay-daily Utusan Melayu has said that if opposition leader Anwar Ibrahim is not jailed for sodomy, it could very well spell the last days of prime minister Najib Razak’s career.
anwar najib new2In his latest blog posting, Zainuddin Maidin said that contrary to what some pro-Chinese media thought, jailing Anwar was the only right thing to do if Najib wanted to fix the “crisis in confidence” he was suffering from among Umno members and the Malays.
He also cautioned that if Anwar walked free, Najib’s days would be numbered as he would be forced to step down before his term was up.
Without mentioning names, Zainuddin hinted at “another candidate” already waiting on the sidelines and ready to pounce on Najib should the unacceptable happen.
He wrote, “If Anwar is not jailed, the president of Umno and the Prime Minister Datuk Seri Najib will be challenged before his term is up by a candidate that is waiting on the sidelines”.
Saying Najib had lost the confidence of Umno and the Malays, he listed the premier’s weaknesses as being too soft on opposition parties, and giving too much leeway to the Chinese and ultra-liberals to do as they pleased.
Attacking The Edge for a commentary saying that jailing Anwar would hurt Najib more than it did former premier Mahathir Mohamad, Zainuddin said their arguments were baseless, did not reflect reality and were pro-Chinese and DAP.

Media baru: Anggap saluran terbaik tapi ancam PAS


TEMERLOH: Teknologi komunikasi melalui media baru yang sebelum ini dianggap menjadi saluran terbaik untuk menyampaikan maklumat yang benar kepada rakyat, mulai menjadi ancaman berat kepada PAS.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Saleh berkata, ini kerana bukan media arus perdana sahaja yang menyerang PAS malahan ahli-ahli PAS turut menggunakan media baru untuk berbuat demikian.

“Sepatutnya media baru dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan tarbiyah bagi mendidik manusia ke jalan yang benar. Tetapi kemudahan dunia langit terbuka dengan pelbagai aplikasi media sosial ini diambil kesempatan sebaliknya,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini.

Selain beliau, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menyampaikan kertas kerja kedua.

Di bawah tajuk ‘Istiqamah Untuk Membawa Kebaikan Menerusi Media Baru’ Nik Zawawi berkata, PAS terus istiqamah untuk menggunakan media baru sebagai saluran rasmi parti bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat.

Justeru, ujarnya pimpinan di segenap peringkat diseru memanfaatkan ICT dan media baru bagi tujuan menyampaikan maklumat parti. PAS negeri-negeri juga disaran menjadikannya sebagai alat rasmi parti bagi menyampaikan maklumat yang betul kepada ahli dan rakyat.

Saya tidak terlibat dengan Pasma - Husam



TEMERLOH: “Saya tidak terlibat dengan Pasma, tuduhan dalam media sosial hanya fitnah semata-mata,” tegas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau menyatakan demikian ketika sesi soal jawab dalam program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini.

Sebelum itu beliau ditanya sama ada terlibat menubuhkan NGO berkenaan kerana ia mula ditubuhkan di sebuah perpustakaan didakwa milik beliau dan ada rakan-rakannya yang terlibat.

“Sebelum ini saya dituduh syiah kerana menamakannya Nur Zahrah iaitu nama kepada Saidatina Fatimah iaitu isteri kepada Ali.

“Perpustakaan tersebut milik orang lain dan perjumpaan menubuhkan Pasma adalah dengan izin pemilik berkenaan dan saya tidak terlibat,” katanya.

Menurut Husam, fitnah tersebut samalah dengan apa yang dihadapinya berkaitan tuduhan mengupah seorang penulis membuat artikel memburukkan pemimpin.

“Semua itu tidak benar. Walhal penulis berkenaan selama empat tahun menyerang saya, sehinggalah dalam satu majlis alumni penulis berkenaan duduk dekat saya. Dan hanya kerana itu saya dituduh mengupah penulis berkenaan memburukkan pemimpin,” tegasnya.

Husam sebelum itu menyampaikan kertas kerja kedua yang memperincikan tajuk ‘Terus Beristiqamah’ ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-60.
 

Ku Li bimbang pengangguran anak muda, graduan IPT


MELAKA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah melahirkan kebimbangan dengan kedudukan pengangguran di kalangan anak muda dan graduan institusi pengajian tinggi di negara kita dewasa ini.

Menurutnya, di kalangan anak muda berumur antara 15 sehingga 19 tahun, kadar pengangguran ialah 15% dalam tahun 2011, atau 78,000 jumlahnya; dan di kalangan mereka yang berumur 20 ke 24 tahun, kadar penganggurannya 8.5% atau jumlahnya 157,000.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ke-19 Kolej Yayasan Saad Melaka di Ayer Keroh, hari ini.

Berikut ialah petikan ucapan beliau.

Seperkara lagi yang membimbangkan saya, demi masa depan anak bangsa dan ekonomi negara kita, ialah kedudukan pengangguran di kalangan anak muda dan graduan institusi pengajian tinggi di negara kita dewasa ini.

Di kalangan anak muda berumur antara 15 sehingga 19 tahun, kadar pengangguran ialah 15% dalam tahun 2011, atau 78,000 jumlahnya; dan di kalangan mereka yang berumur 20 ke 24 tahun, kadar penganggurannya 8.5% atau jumlahnya 157,000.  Di kalangan graduan pula, keadaan lebih teruk.

Clashes after lifting of Al-Aqsa age limit

Egypt militant group posts video of purported attack on army checkpoint

G20 summit: Is Putin being frozen out?

Adakah NEGERI FIXED DEPOST BN SABAH hak MUTLAK UNTUK PEMIMPIN2 YANG MENYOKONG BN SEMATA2..