Sabtu, 15 November 2014

MP: Dedah kajian persempadanan semula oleh SPR

MP Lembah Pantai Nurul, Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan peta persempadanan semula pilihan raya dalam bentuk digital kepada umum.

Katanya, ia perlu didedahkan bagi membolehkan orang awam mengetahui kawasan yang terlibat dengan persempadanan semula.

"Jika anda mahu buat peta alternatif, seluruh rakyat Malaysia perlu melihatnya.

"Permintaan dan tekanan saya ini akan berterusan pada SPR supaya mereka lebih bertanggungjawab kepada rakyat," katanya.

Katanya, peta kajian persempadanan sepatutnya didedahkan kepada semua dan bukan hanya kepada parti dan kumpulan tertentu.

"Hanya sesetengah kumpulan dan parti yang dibenarkan untuk melihatnua. Ini tidak adil.

"Kita belum melihatnya (kajian persempadanan semula). Hanya ditunjukkan kepada beberapa kumpulan yang berbeza kerana mesyuarat dilakukan berasingan.

"Kita perlu dedahkan kepada orang awam (peta persempadanan pilihan raya dalam bentuk digital).

"Kita telah habiskan duit untuk teknologi kepada SPR dan sekarang kita tanyakan, di mana hasilnya?," katanya lagi.

If by now, Umno cannot give Malays sense of security, it should give up power - Pak Samad


National laureate A Samad Said had advised the Malay community not to be obsessed over claims by certain quarters that Malays were under threat.
Samad said despite claims of a growing threat against the community, the country's leadership has remained in the hands of Malays and is still led by a party which claims to represent the Malay community.
The well-respected writer, who is fondly known as Pak Samad, said it was peculiar that allegations of Malays being under threat are constantly played up.
"I hope the Malay community is not too obsessed about claims that Malays are under threat.
"How are Malays under threat? How can religion (Islam) and Malays be threatened when those in power have been Malay for over five decades?

"What have they (Malay leaders) been doing for five decades (if Malays can be under threat)?" he said.
In an apparent reference to Umno, Samad said if the country’s more than five-decade-old Malay leadership cannot put the Malay community at ease, then it should surrender power.
"Let other Malays (rule). They (Umno) have been there for five decades, not one decade," he told Malaysiakini in an interview.

DAP: Isu 'serang Cina' hanya pembuka tirai?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sekiranya kenyataan beberapa pemimpin Umno yang “menyerang orang Cina” sejak seminggu lalu merupakan pembuka tirai bagi perhimpunan agung parti itu yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lim berkata demikian dengan membangkitkan mengenai kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek dan juga kenyataan seorang anggota majlis tertinggi, Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

"Persoalan ramai pada masa ini adalah jika satu lagi serangan ganas ke atas orang Cina sedang dirancang – seperti siri serangan sebaik selepas pilihan raya umum ke-13,” kata Lim dalam ucapannya.

Shabery dilaporkan mendakwa orang Melayu kini berasa tidak dialu-alukan di sebuah negeri yang dipimpin sebuah parti pembangkang – membayangkan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Kenyataan Ibrahim pula berupa amaran bahawa orang Melayu tidak akan dapat memerintah lagi sekiranya BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Rusia beri bukti MH17 ditembak jet pejuang Ukraine

Bekas bos SPR kini penasihat pilihan raya Umno, kata PKR

ABIM: Pendekatan Azmin selesai isu Bible umpama ‘good gorvenance’ Rasulullah SAW

IMG-20141114-WA0029SHAH ALAM, 15 NOV: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong penuh keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang secara secara rasmi memulangkan semula bible versi bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata, pandangan dan inisiatif terbaik DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyelesaikan isu itu amat bijak serta nasihat dan halangan bagi memastikan kitab Bible itu tidak disebarkan di Selangor satu keputusan yang tepat.
“ABIM berharap semua pihak menghormati keputusan itu kerana kita percaya peranan istana cukup penting dalam melindungi kesucian Islam dan bangsa melayu termasuk menjamin keadilan sewajarnya kepada agama dan bangsa lain di Selangor.
“Istana dari dahulu lagi sudah membuktikan peranannya mendahulukan kesejahteraan rakyat berbandingsuara pelampau agama yang penuh dengan api kebencian,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.
Pada Januari lalu, JAIS mengambil lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.
Tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dengan menghalang orang bukan Islam di Selangor menggunakan perkataan kalimah Allah.
Bagaimanapun, semua Bible itu dipulangkan semula kepada Pesatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat Pengerusi ACS, Most Reved Archbishop, Datuk Bolly Lapok.
Majlis yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang itu disaksikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Idris Shah dan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Pihak keselamatan USM halang forum pelajar bersama Fahmi Zainol

Pengawal keselamatan kampus dan sekumpulan tukang sorak mengganggu forum pelajar menampilkan pemimpin pelajar Fahmi Zainol di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.
Penganjur program, presiden Barisan Pelajar Progresif USM Lee Chung Lun baru mula berucap di hadapan Kompleks Cahaya Siswa di kampus itu jam 2.30 petang tadi apabila pengarah keselamatan universiti Prof Madya Dr P Sundramoorthy menahannya daripada meneruskan ucapan.
Sundramoorthy memberitahunya forum itu tidak dapat dibenarkan kerana kumpulan mahasiswa itu tidak mendapat keizinan universiti.  "Saya nasihatkan kamu bersurai.
Bagi mengadakan perhimpunan seperti ini dalam kawasan kampus, kamu perlukan kebenaran. Kami mesti menjaga keselamatan semua orang, termasuk kamu," katanya kepada Lee. Pelajar berusia 21 tahun itu cuba membantah, mengatakan mereka berhak mengadakan forum itu yang bertajuk: "Kebangkutan Mahasiswa: Satu Ancaman atau Harapan", walaupun terpaksa mengadakannya di bawah pokok.
Bagaimanapun, Sundramoorthy bertegas mengarahkan mereka bersurai. Situasi bertambah tegang apabila sekumpulan individu yang bukan pelajar USM mula mengejek dan bersorak mengganggu kumpulan pelajar itu dan Fahmi yang pada waktu itu hanya sedang berdiam diri.

Malaysia belanja besar untuk pendidikan, tapi mutu pelajar masih ketinggalan, kata Ku Li

Walaupun berbelanja besar bagi sektor pendidikan, Malaysia menghasilkan pelajar kurang bermutu jika dibandingkan pencapaian pelajar negara yang setaraf dengannya dari segi pendapatan dan kuasa beli, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perbelanjaan per kapita Malaysia dalam sektor pendidikan begitu tinggi, lebih dari negara jiran dalam Asean, malah lebih banyak dari Korea Selatan dan Jepun.
"Mutu pencapaian negara kita mengikut ujian Program Pencapaian Pelajar Antarabangsa (Pisa), satu ukuran antarabangsa, pada puratanya lebih rendah dari apa yang kita harapkan dalam menuju kepada ekonomi yang berasaskan ilmu.
"Keputusan ini menunjukkan pelajar kita yang berumur 15 tahun menampakkan mereka ini berkedudukan 3 tahun lebih ke belakang jika dibandingkan dengan mereka pada umur sama daripada Singapura, Korea Selatan, China, Jepun dan termasuk daripada Vietnam yang dahulunya di belakang kita," kata bekas menteri kewangan itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah Kolej Yayasan Saad di Melaka hari ini. Katanya, sistem pendidikan Malaysia, sama ada di peringkat rendah, menengah atau tinggi, bergantung kuat kepada sistem berasaskan peperiksaan, bukan berasaskan pembelajaran, “discovery” dan pemikiran kritikal.
"Sebagai perbandingan, dalam ujian TIMMS (Trends in International Mathematics and Science Study) bagi pencapaian matematik, Malaysia jatuh dari 520 dalam tahun 1999 kepada 440 bagi tahun 2011. "Dan dalam TIMMS bidang sains, kedudukan kita menurun dari 510 dalam tahun 2003 kepada 426 tahun 2011 – menurun, bukan naik!" katanya. Putrajaya memperuntukkan sejumlah lebih RM56.7 bilion bagi perbelanjaan pendidikan dalam Bajet 2015, jumlah terbesar antara semua bidang belanjawan lain.

PasMa tak ganggu pemilihan PAS, kata Phahrolrazi selepas mesyuarat pertamanya

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS.
Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan, sebagaimana diputuskan semasa 'retreat' PAS baru-baru ini.
"Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa malam tadi di Petaling Jaya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR.
Phahrolrazi berkata cadangan pertemuan PAS dengan pemimpin PasMa membayangkan pengiktirafan parti Islam itu terhadap mereka dan mengubah kenyataan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta ahli PAS menjauhkan diri dari program PasMa. Hampir 100 orang pemimpin PasMa dari semua negeri di Semenanjung Malaysia menyertai mesyuarat pertama itu selepas ia ditubuhkan 10 Ogos lalu.

Di Malaysia, logik bukan jadi satu hujah

Di Malaysia, logik bukan jadi satu hujahSaya membaca berita-berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara hampir setiap tahun sejak tsunami politik berlaku pada 2008, dan setiap kali saya membaca laporan-laporan tersebut, ada sahaja perbelanjaan tahap tidak munasabah berlaku.
Laporan Ketua Audit Negara tahun ini melaporkan projek 1Bestarinet yang bernilai ‎RM663 juta mempunyai tahap penggunaan sangat rendah.
Laporan itu men‎yatakan penyambungan Internet ke 4,176 tapak pengguna lewat disiapkan, antara 12 ke 439 hari daripada tempoh pelaksanaan ditetapkan. Tambahan, tiada lanjutan masa dilakukan dan kontraktor tidak dikenakan denda lewat sejumlah RM2.4 juta.
Dan menurut satu lagi laporan berita, akibat kelewatan itu, kegagalan YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) menyediakan perkhidmatan 1BestariNet kepada 10,000 sekolah hanya dikenakan denda RM2.4 juta tetapi syarikat berkenaan menjana hampir RM50 juta setahun akibat kecuaian kontrak.
Laporan Ketua Audit Negara juga melaporkan banyak lagi kejanggalan yang saya rasa ramai sudah tahu.
Tetapi seperti tahun-tahun yang sudah, laporan yang tebal setebal-tebalnya ini akhirnya dilupakan dan diabaikan oleh rakyat, dan berkata, "ah, dah biasa".
Begitu juga dengan kenyataan Hishamuddin Hussein yang berkata "kalau Umno tak teruk, kenapa Malaysia dilantik sebagai kerusi [tidak] tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)".
Apa kaitannya Umno dengan Malaysia menjawat kerusi tidak tetap PBB?
Barangkali Hishamuddin tidak tahu negara seperti Burundi, Burkina Faso atau El Salvador juga pernah menjawat kerusi "barua Amerika" ini?
Atau apakah sebenarnya di negara ini, kita berhujah dengan tidak menggunakan logik?
Hujah-hujah ahli politik sejak akhir-akhir ini untuk menegakkan sesuatu atau menyalahkan sesuatu tidak masuk akal langsung.
Tetapi ia tidak berakhir sekadar ke ahli politik.

Kenapa lah Tun Mahathir beriya2 benar nak bubarkan UMNO S'ngor ???..


KERAjaan BN itu, kerajaan rakyat atau kerajaan UMNO ???



Akhirnya JPJ menemui 'solution' utk mendisplinkan pengguna agar mengguna no. plat kenderaan yg ikut spesifikasi..!!


Ex-UM student leader: M'sia more repressive now than in the 60s

Anyone could debate in UM in the 60s

Dana NGO: Saya berhak tahu, rakyat bakal dicukai, kata Izzah

MB Selangor: Bukan tugas mudah pulangkan Bible

Tindakan Fahmi ikut perlembagaan negara, dakwa LENSA


Post Pic

SHAH ALAM: Penglibatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol dalam beberapa siri aktiviti "Jelajah Reformasi" di beberapa institut pengajian tinggi di negara ini tertakluk dalam Perlembagaan negara.  
 
Malah, Pengarah Komunikasi LENSA, Syukri Razab berkata adalah menjadi hak kepada setiap rakyat untuk membicarakan serta membincangkan soal isu-isu utama dalam negara termasuk isu perundangan dan sebagainya. 
 
"Sebagai pemimpin mahasiswa apa yang dibuat oleh Fahmi Zainol tak lari daripada hak-hak yang tertakluk dalam Perlembagaan negara.
 
"Dia hanya seorang mahasiswa yang ingin mempromosikan kebebasan akademik tentang setiap rakyat Malaysia termasuk mahasiswa bebas untuk membincangkan apa sahaja isu-isu yang berkaitan dengan kenegaraan dan soal dia terlalu fokus terhadap politik itu tidak timbul," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Mengulas lanjut, Syukri berkata tidak timbul soal Fahmi Zainol terlalu bebas bersuara serta begitu agresif dalam perjuanganya apatah lagi kehadiran beliau pada setiap acara yang dianjurkan di universiti-universiti terbabit dibuat atas undangan.
 
Namun yang menjadi persoalannya kini adalah mengapa ruang ilmiah yang menjadi hak setiap individu di negara ini seolah-olah disekat pihak terlibat. 
 
"Fahmi Zainol bukan datang sebagai entiti luar, beliau datang bersama dengan mahasiswa dari kampus-kampus yang  dia pergi. Dia pergi UIA ada mahasiswa yang undang dan bersama dia di UIA, dia pergi ke UKM ada mahasiswa yang undang dan bersama dia di UKM.

PASMA-PAS atur pertemuan untuk redakan salah faham

Post Pic
 PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera (PASMA) dan PAS akan mengadakan perjumpaan bersama dalam masa terdekat bagi memperbetulkan salah faham yang timbul semenjak pertubuhan itu diwujudkan.
 
Presiden PASMA Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam pada itu 'berjanji' pertubuhan itu tidak akan mencampuri urusan pentadbiran PAS, selain berpendapat kepincangan yang berlaku di dalam parti Islam itu harus diselesaikan di peringkat kepimpinan.
 
"PASMA tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Dan kita mengambil satu pendirian bahawa PASMA akan menjadi gerakan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.
 
"PASMA tidak ada campur tangan di dalam mana-mana parti politik. Urusan parti politik dan pimpinan mereka adalah urusan dalaman mereka dan PASMA tidak ada sebarang peranan dan hak untuk menentukan kepimpinan mana-mana parti politik," ujarnya yang ditemui di Hotel Sri Sutra, Petaling Jaya, selepas mempengerusikan mesyuarat PASMA selama dua jam, malam tadi.
 
Phahrolrazi berkata demikian sebagai reaksi kononnya PASMA akan merubah struktur kepimpinan PAS, sebagaimana yang didakwa oleh puak konservatif parti berkenaan.
 
Sesetengah pihak di dalam PAS sebelum ini menyifatkan penubuhan PASMA tidak lebih sebagai mendedahkan hal ehwal 'dalam kain' parti berkenaan.
 

Syahdu dan boleh mengalir air mata dengar ucapan Najib

Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen Umno Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam Umno.

Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi Umno.

"Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi.

Memang nampak cantik, syahdu dan boleh mengalir air mata mendengar apa yang diucapkan oleh Najib ini, tetapi persoalannya adakah beliau sendiri mengamalkannya?

Dalam kabinetnya sendiri, berapa ramai golongan muda berbanding mereka yang sudah berpenggal-penggal berada dalam kerajaan?

Lebih buruk lagi, di ketika menyedari pentingnya sokongan golongan muda itu, dalam pelantikan Senator yang dibuatnya baru-baru ini, semunya bukan saja terdiri daripada warga tua tetapi lebih merupakan kenalan rapatnya saja.

Tiga orang yang dilantiknya itu ialah Nallakaruppan, 68 tahun yang mulutnya hanya tahu memainkan isu mengenai peribadi Anwar Ibrahim semata-mata, Ibrahim Abu Shah, 64 tahun bekas Naib Canselor Uitm yang sebelumnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno serta bekas Setiausaha Sulitnya suatu ketika dahulu, Abdul Halim Samad yang sudah pun berusia 74 tahun.

Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada di tangannya sendiri?

Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?

"KITA PERLU BUANG PERANGAI BODOH INI. KALAU TERPAKSA BERI LALUAN, BERUNDURLAH DAN BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN."

Siapa yang bodoh? Dan siapa yang tak beri peluang?

Najib sepatutnya menujukan kata-katanya ini kepada dirinya sendiri, bukan orang lain.

Isu dana RM2.5j: Azmin tunggu butiran

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali enggan mengulas mengenai desas-desus bahawa kerajaan negeri akan mendapatkan semula wang berjumlah RM2.5 juta yang didakwa disalurkan kepada para pembantu menteri besar sebelum ini.

“Biar saya dapatkan butirannya terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita yang meminta beliau menjelaskan perkara itu hari ini.

Cakap-cakap mengenai perkara itu timbul susulan satu coretan ADUN Seri Andalas, Xavier Jayakumar yang membangkitkan perkara itu dalam satu coretan di Twitter semalam.

Dalam tulisannya, Xavier mempersoalkan sekiranya benar kerajaan negeri mengarahkan Menteri Besar Incorporated mendapatkan semula wang terbabit daripada pembantu kepada bebaks menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ambiga diraikan di luar negara, tetapi dilarang memasuki Sabah

Hanya sehari selepas menerima anugerah antarabangsa di Hong Kong, peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan diharamkan daripada memasuki Sabah menjelang lawatan yang beliau rancang ke negeri di timur Malaysia itu.
Satu surat memaklumkan bekas Presiden Majlis Peguam itu mengenai larangan tersebut menyambut beliau setibanya di Malaysia semalam, selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group ke-4 di Hong Kong pada Khamis. Surat daripada Jabatan Imigresen Sabah itu ialah respons kepada surat Ambiga sendiri kepada mereka pada Selasa, memaklumkan mengenai hasratnya melawat Sabah pada 25 November bagi program bersama gerakan rakyat baru, Negara-Ku.
 “Saya menulis surat kepada mereka kerana tidak mahu terbang jauh ke sana hanya untuk diberitahu saya tidak dibenarkan masuk. Ia hanya satu formaliti, bagi memastikan tiada sekatan. "Tetapi kemudian, mereka menulis balik dan mengatakan mereka menolak permohonan saya – walaupun saya sebenarnya bukan memohon kebenaran memasuki Sabah," kata penaung Negara-Ku itu kepada The Malaysian Insider.
Lawatan ke Sabah itu sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara Negara-Ku bagi "memulih semula Malaysia" dan mengembalikan rasional, perbincangan terbuka dan sivil, kesederhanaan dan keharmonian kepada negara ini.
Ia bermula pada Rabu malam di Melaka dan akan meliputi 6 negeri lain: Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur. Disokong lebih 60 kumpulan masyarakat sivil, penaung gerakan itu ialah Ambiga, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Simon Sipaun. Ambiga dan Samad dahulunya pengerusi bersama kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0.

Gambar Pesawat Pejuang Didakwa Tembak MH17 Didedahkan

(Ubah saiz teks)
MEDIA Rusia mendedahkan gambar sebuah pesawat pejuang yang didakwa milik Ukraine telah melepaskan tembakan ke arah pesawat awam Penerbangan Malaysia MAS), MH17 pada Julai.
Gambar itu dipercayai dirakamkan oleh satelit British atau Amerika Syarikat yang kemudian didedahkan bagi menyokong dakwaan sebelum ini tentang kewujudan sebuah lagi pesawat berhampiran penerbangan MH17.



Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, kejadian tersebut mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.
Pakar di Rusia berpendapat, penerbangan awam itu dipercayai  telah ditembak oleh pesawat pejuang jenis MIG 29 milik tentera Ukraine.



Bagaimanapun, barat pula menyifatkan pesawat pejuang itu merupakan milik puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.
Gambar itu dilapor didedahkan selepas berlaku ketegangan antara Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin di Australia baru-baru ini.
MEDIA Rusia mendedahkan gambar sebuah pesawat pejuang yang didakwa milik Ukraine telah melepaskan tembakan ke arah pesawat awam Penerbangan Malaysia MAS), MH17 pada Julai. Gambar itu dipercayai dirakamkan oleh satelit British atau Amerika Syarikat yang kemudian didedahkan bagi menyokong dakwaan sebelum ini tentang kewujudan sebuah lagi pesawat berhampiran penerbangan MH17. Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, kejadian tersebut mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia. Pakar di Rusia berpendapat, penerbangan awam itu dipercayai telah ditembak oleh pesawat pejuang jenis MIG 29 milik tentera Ukraine. Bagaimanapun, barat pula menyifatkan pesawat pejuang itu merupakan milik puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk. Gambar itu dilapor didedahkan selepas berlaku ketegangan antara Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin di Australia baru-baru ini.

Make Money at : http://bit.ly/adflywin

'THIS IS HOW MH17 WAS SHOT DOWN' - Russia releases satellite images ahead of G20 summit

HOURS before the G20 summit is due to start in Brisbane, Russia’s official media has released satellite images which it claims shows the Malaysia Airline’s flight MH17 was shot down by a Ukrainian fighter jet, not a surface-to-air missile.
The flight from Amsterdam to Kuala Lumpur was brought down over the war zone in eastern Ukraine on July 17, killing all 298 people on board including 38 Australian residents and citizens.

Russian media picture ... the image appears to show a fighter jet shooting a missile in t
Russian media picture ... the image appears to show a fighter jet shooting a missile in the direction of a passenger jet. Picture: LiveLeak Source: Supplied
Russian President Vladimir Putin has been under increasing pressure to apologise for the tragedy after initial investigations indicated it was a Russian made BUK missile system used by pro-Moscow rebels that was responsible.
In what only could be described as an extraordinary coincidence after Mr Putin was confronted by Australian Prime Minister Tony Abbott in Beijing this week, Russia’s state broadcaster aired the images supplied by unnamed sources.
The presenter said they showed how a Mig-29 fighter plane destroyed the Boeing 777 passenger plane.
A Dutch Safety Board preliminary report on the MH17 disaster found the aircraft crashed after being punctured by “high energy objects ... that originated from outside the fuselage”.
The report made no finding on whether the “high energy objects” originated from a surface-to-air missile or some other weapon.

In the spotlight ... Russian President Vladimir Putin arrives in Brisbane to take part in
In the spotlight ... Russian President Vladimir Putin arrives in Brisbane to take part in the G20 summit. Picture: AFP PHOTO / Peter Parks Source: AFP
Mr Abbott’s hard line on the suspected Russian involvement in the tragedy has not gone down well with grieving families.
Paul Guard, who lost his parents Roger and Jill Guard when the aircraft was brought down, told the ABC yesterday he would prefer the Prime Minister worked with Mr Putin in order to ensure complete transparency in the investigation process.
Member countries of the joint investigation team announced this week an extension to the official investigation for another nine months until August 15.
Investigators have had difficulty accessing the crash site because of ongoing fighting between the Ukrainians, and pro-Russian separatists. -News.com.au

Pak Samad: Jangan taksub dakwaan 'Melayu terancam'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menasihatkan agar masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangsa itu kini semakin terancam.

Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.

Oleh itu, beliau hairan kerana masih timbul dakwaan dakwaan masih timbul bahawa kedudukan orang Melayu kini terancam, katanya  yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Saya harapkan masyarakat Melayu janganlah terlalu taksub dengan hebahan bahawa orang Melayu sedang terancam.

Macam mana orang Melayu terancam? Macam mana agama, Melayu terancam apabila orang yang berkuasa di atas adalah orang Melayu selama lima dekad. Apa yang dia buat duduk di atas selama lima dekad itu?

"Kalau kedudukannya itu tidak mampu membuat orang Melayu berfikir secara waras, keluar (turun) sahaja.

“Biar orang Melayu lain (yang tadbir). Dia tadbir lima dekad. Bukan satu dekad," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

MCA bimbang mahkamah syariah atasi sivil

Pengerusi biro keharmonian agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker bimbang sekiranya penubuhan Mahkamah Persekutuan Syariah, seperti dicadangkan oleh kerajaan, akan mengatasi Mahkamah Rayuan Sivil.

Katanya, penubuhan mahkamah itu akan melanggar peruntukan Perkara 4(1) dan Perkara 74(3) Perlembagaan Persekutuan

Ti berkata, peruntukan Perkara 4(1) menetapkan bahawa undang-undang paling intggi adalah Perlembagaan Persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa undang-undang syariah hanya termaktub ke atas orang Islam dan tidak boleh dikuatkuasa ke atas orang bukan Islam.

"Maka, apa juga penguatkuasaan mahkamah syariah perlu tertakluk kepada perkara ini dengan kesedaran bahawa ia tidak diperluas untuk melipu8ti orang bukan Islam atau mengabaikan peruntukan undang-undang sivil.

Peguam: Tak perlu tubuh mahkamah perlembagaan

Peguam Syahredzan Johan berpendapat buat masa ini tiada keperluan untuk menubuhkan satu mahkamah perlembagaan seperti diutarakan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Pengamal undang-undang itu berkata mahkamah sivil sememangnya tidak boleh mencampuri urusan mahkamah syariah seperti digariskan dengan jelas dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya lagi, buat masa ini sebarang pertikaian antara muslim dan bukan Muslim akan dirujuk ke mahkamah sivil memandangkan Mahkamah Syariah tiada kuasa ke atas bukan Muslim.

"Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan sudah menyatakan bahawa mahkamah sivil tiada bidang kuasa ke atas mahkamah syariah," kata Syahredzan kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas cadangan Abdul Aziz supaya mahkamah perlembagaan – yang mengatasi kuasa mahkamah sivil dan syariah – ditubuhkan untuk menyelesaikan apa sahaja pertikaian yang berpanjangan.

Abdul Aziz yang merupakan pensyarah undang-undang di Universiti Selangor (Unisel) membuat cadangan itu susulan cadangan seorang menteri di jabatan perdana menteri untuk mewujudkan Mahkamah Persekutuan Syariah.

Menteri hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada hari Khamis lalu mencadangkan agar satu Mahkamah Persekutuan Syariah yang selari kuasanya dengan Mahkamah Persekutuan Sivil diwujudkan.

Ustaz Ahmad Jailani: Transgender & Penghakiman Mahkamah Rayuan

Phahrolrazi nafi PasMa lebih mesra PKR, DAP berbanding PAS

‘Melayu benar-benar Islam akan lawan ketidak-adilan’ - Pak Samad

Sepatutnya Umno Betulkan SIS Sejak Tahun 1980an

PasMa akan bertapak di semua negeri, kata Phahrolrazi

MRSM berbayar akan wujudkan kasta, kata kesatuan guru

Cadangan Putrajaya menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar khusus bagi pemohon daripada kalangan keluarga berkemampuan akan mewujudkan 'kasta' di kalangan pelajar, kata Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, lapor Sinar Harian hari ini.
Presidennya Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, ia berkemungkinan mengakibatkan pengasingan antara pelajar dari keluarga miskin dan kaya mengikut sekolah.
 “Sekarang ini di negara kita sudah ada sekolah swasta yang menempatkan pelajar daripada golongan elit.
Kita tidak mahu MRSM turut melakukan perkara yang sama, seolah-olah mengkastakan pelajar mengikut kekayaan. 
“Apa salahnya kerajaan menambah lagi MRSM di setiap negeri dan pelajar dari kalangan anak orang kaya dan miskin dapat bergaul bersama di asrama serta bilik darjah,” beliau dipetik berkata kepada akhbar itu.
Pada Khamis, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata di Dewan Rakyat, Majlis Amanah Rakyat (Mara) sedang mempertimbangkan perkara itu berikutan permintaan tinggi kalangan ibu bapa berkemampuan.
Katanya, Mara juga sedang membuat kajian terperinci mempertimbangkan pembinaan MRSM baru di beberapa kawasan Parlimen terpilih seluruh negara.
Sabri berkata kepada Sinar Harian, kewujudan MRSM berbayar juga akan memberi kesan kepada status MRSM sebagai pusat pendidikan terpilih bagi pelajar cemerlang.
“Kita takut satu hari nanti, kemasukan pelajar ke sekolah ini tidak menepati kriteria yang ditetapkan dan hanya mengikut kemampuan kewangan semata-mata,” katanya kepada akhbar itu.

Masa Untuk UMNO Bersikap Jujur - Masih Relevankah Najib Hadapi PRU 14 Nanti?

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sekali lagi menghalakan kritikannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak dengan menyifatkan pemberian BR1M adalah suatu bentuk rasuah dan mengelirukan dari segi menambah pendapatan per kapita rakyat.

Menulis di blognya sebagai  suatu lagi kecaman terhadap Najib, beliau berkata, pendapatan rakyat seharusnya ditingkatkan dengan cara menambah peluang pekerjaan atau perniagaan serta dengan meningkatnya produktiviti, bukannya dengan cara pemberian tunai.

Selain itu, jelas Mahathir lagi, pemberian BR1M juga menyebabkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan serta melemahkan karektor dan mengurangkan daya saing rakyat dalam pasaran.

Kritikan terbaru ini, bukan saja menjadikan semakin banyak kritikan beliau terhadap kepimpinan Najib, malah dalam waktu yang terdekat ini saja serangannya bagaikan bertali arus dengan sebelum ini hutang 1MDB dan kegagalan UMNO Selangor dalam PRU 13 yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, menjadi sasarannya.

Melihat keagresifan Mahathir menyerang Najib sejak kebelakangan ini, dapat dirasakan pasti banyak lagi serangan akan menyusul selepas ini. Mahathir tidak akan berhenti walaupun ketika ini Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO seakan tidak memperdulikan teguran beliau itu. Satu demi satu peluru yang dilepaskannya kepada Najib hampir menyamai dengan apa yang dilakukan kepada Abdullah Badawi dulu.

Meskipun ramai pemimpin UMNO, termasuk yang berjawatan menteri mengatakan Mahathir sudah tidak bertaring lagi sekarang, namun semakin banyak Mahathir menegur dan bersuara, semakin nipis keyakinan rakyat terhadap Najib dan kerajaan.

Apa pun persepsi dan penilaian sesetengah rakyat terhadap teguran beliau, yang tidak dapat dinafikan ialah Mahathir berbuat demikian kerana sayangnya kepada negara ini. Selagi bernyawa dan mampu berbuat sesuatu, beliau seperti tidak rela melihat negara ini musnah dengan hutang yang kian meningkat, ekonomi tidak terjamin dan kehidupan rakyat semakin sukar.

Jika Mahathir seorang yang mementingkan diri sendiri, dalam usia dan kedudukannya sekarang, beliau boleh saja memilih untuk berehat dan berdiam diri tentang apa saja yang berlaku dalam negara tanpa berbuat apa-apa sebagaimana yang sedang dilakukan oleh seorang lagi bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

Penolakkan Terbuka Terhadap UMNO Semakin Ketara


SIAPAKAH SEBENARNYA YANG TERGILA2 nak jadi 'barua AMERIKA' ???