Jumaat, 14 November 2014

Fahmi Zainol: UIA ambil tindakan setelah didesak Kerajaan

Tindakan kerajaan itu 'double standard', mereka sepatutnya terima pandangan mahasiswa

Fahmi Zainol_2PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berkata tindakan lembaga tatatertib Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memanggil ketua kumpulan Pro Mahasiswa UIA (Pro-M), Mujahid Sulaiman hanya dilakukan setelah mendapat tekanan daripada kerajaan.
Beliau yang percaya pihak UIA tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak didesak pihak kerajaan berkata baginya (Fahmi) pihak Universiti tidak mempunyai masalah sekiranya mahasiswa ingin bersuara.
“Ia merupakan tindakan yang ‘double standard’, sepatutnya mereka menerima pandangan daripada mahasiswa dan perbincangan adalah cara yang paling sesuai. Tidak sepatutnya tindakan terus diambil atas kesalahan yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Tambah Fahmi, pihak universiti seharusnya membuat keputusan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada desakan kerajaan semata-mata dengan menghalang kebebasan mahasiswa.
UIA mendakwa Mujahid atas kesalahan menyertai dan memberi ucapan di majlis pidato umum “Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara” di kampus Universiti Malaya (UM), Lembah Pantai baru-baru ini.
Mujahid juga merupakan pelajar tunggal UIA yang didakwa UIA atas kesalahan tersebut, manakala di UM, lapan pelajar didakwa, termasuk Fahmi.

KENAPA TAKUT SANGAT BN KALAH ??? Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah... Dalam PR tiada pemimpin Melayu kah ???


Bantah lesen minuman keras: AJK masjid Bangi perkenal dua jenis Melayu

Bantah lesen minuman keras: AJK masjid Bangi perkenal dua jenis Melayu
Sebuah pertubuhan bergelar Sekretariat Badan Bertindak Bantah Arak hari ini mengemukakan bantahan terhadap cadangan sebuah pasaraya besar menjual arak secara borong.
Dalam usaha membantah penjualan arak itu, salah satu organisasi yang bernaung di bawah sekretariat itu membahagikan Melayu kepada dua golongan besar.
"Ada dua jenis Melayu di sini, satu ialah Melayu Islam, kedua Islam Melayu," kata Dr Tajul Ariffin Noordin  pada satu sidang media di Bandar Baru Bangi hari ini.
Katanya, bagi mereka yang dalam golongan Melayu Islam, belum tentu mereka melaksanakan Islam.
"Mereka ramai di Kuala Lumpur. Ada yang minum minuman keras.
"Kalau Melayu Islam, dia bangsa saja Melayu tetapi tak ikut Islam. Tetapi kami yang tinggal di Bangi, tidak minum minuman keras. Kita pilih tinggal di Bangi.

"Yang tinggal di Bangi ini memang tak pernah minum arak. Kami ini ialah Islam Melayu. Kami hidup cara Al-Quran dan sunnah," katanya yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm.
Sekretariat itu terdiri daripada 42 organisasi di sekitar Bangi.

'Tak masuk akal 30,000 warga asing di Cameron' kata Imigresen

Jabatan Imigresen akan melakukan operasi besar-besaran bagi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata operasi itu akan melibatkan agensi penguatkuasa antaranya Pejabat Daerah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan beberapa agensi penguatkuasa lain.

Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan risikan dan memantau perkembangan di kawasan tanah tinggi itu.

"Sejak Ops Gempak Ahad lepas yang menahan seramai 181 PATI, keadaan di sana menjadi lengang dan tidak ramai pekerja asing kelihatan di premis perniagaan dan kawasan pertanian yang diteroka secara haram oleh majikan yang menggunakan tenaga kerja warga asing," katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, beliau menyifatkan laporan media mengenai kebanjiran kira-kira 30,000 warga asing di Cameron Highlands sebagai tidak masuk akal.

"Laporan itu sukar dipercayai tanpa sumber maklumat tepat. Bilangan pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan setakat ini berjumlah 11,016 orang.

Malang jika BN kalah PRU14 kata Tan Sri Ibrahim

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah menyeru ahli menyelesaikan masalah dalaman dengan segera bagi memastikan Umno menang pilihan raya umum itu dan kekal relevan.

Laporan Umno Online menyebut bekas naib canselor UiTM itu berkata beliau bimbang orang Melayu terus gagal mentadbir Malaysia.

"Kegagalan UMNO dalam menangani masalah itu dibimbangi menjadikan orang Melayu tidak dapat memerintah negara ini buat selama-lamanya sekiranya parti itu dan BN kalah pada pilihan raya akan datang," laporan itu dipetik.

“Masalah dalaman khususnya perpaduan dalam kalangan anggota perlu diselesaikan segera dengan bermuhasabah dan bersatu padu demi parti tanpa mengambil kira kepentingan peribadi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan itu.

Sehubungan itu Ibrahim berkata konvensyen Umno merupakan landasan terbaik supaya Umno menyedari cabaran politik dan isyarat untuk anggota parti bekerja bersungguh-sungguh demi survival parti.

Kewujudan Gerakan lebih bermasalah - Pemuda PAS

Kewujudan Gerakan lebih bermasalah - Pemuda PASKUALA LUMPUR: Pemuda PAS menyifatkan kewujudan parti Gerakan dalam lanskap politik Malaysia lebih banyak memberi masalah berbanding PAS.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyifatkan, kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang sebagai tidak bertanggungjawab dan satu cubaan menghasut supaya masyarakat bukan Islam membenci agama Islam.

Katanya, apa yang diperkatakan oleh Tan itu merupakan contoh sikap pemimpin Gerakan yang tidak memahami kehendak orang Islam.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Tan kerana apa yng kita lihat, mereka (Gerakan) sering membuat kenyataan yang menghasut orang bukan Islam untuk membenci agama Islam.

"Kerana itu, kewujudan Gerakan sebenarnya lebih banyak memberi masalah kepada rakyat Malaysia berbanding PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Suhaizan juga berkata, sebagai pemimpin politik, Tan sepatutnya lebih bersikap matang dan memahami situasi dalam negara ini.

Katanya, kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Tan itu sepatutnya tidak dikeluarkan kerana negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

RM 1.8 juta untuk tutup mulut nelayan Johor?

Nelayan mengharapkan 'pancing' tetapi ikan yang diberikan

JOHOR BAHRU: Tindakan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin mengumumkan peruntukan RM1.8 juta kepada 1,800 nelayan kini menjadi persoalan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok (DAP), Lim Eng Guan dalam satu kenyataan berkata sekiranya peruntukan tersebut bertujuan menutup mulut golongan nelayan yang terjejas akibat pembangunan projek mega, ia merupakan satu keputusan yang tidak munasabah.
khaled-nordinSelain meminta justifikasi kerajaan negeri mengenai pemberian itu, beliau juga bertanya jika ianya merupakan insentif khas atau pemberian ihsan kepada golongan nelayan selatan Johor yang terjejas teruk itu.
“Apapun istilah digunakan, langkah ini jelas sekali tidak memadai. Malah menunjukkan kerajaan negeri mengambil mudah dengan langkah simplistik yang hanya memberi kesan jangka pendek,” Roketkini memetik kenyataan Eng Guan.
Selain melaporkan bahawa setiap nelayan menerima insentif RM,1000, kenyataan tersebut juga menyebut, “Nelayan mengharapkan ‘pancing’ tetapi yang diberikan adalah ikan.”
Eng Guan mempersoalkan perkara tersebut ketika mengulas pengumuman Khaled ketika pembentangan belanjawan 2015 di Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini.
Sebelum ini, DAP Johor pernah menuntut pemaju Forest City dan Kumpulan Rakyat Johor (KPRJ) menjelaskan pelan pampasan kepada kumpulan nelayan yang terjejas akibat projek tambakan tanah seluas 4,000 ekar.

Menteri naik gaji, rakyat naik apa?

HAMBALI AKRAM

BERITA mengenai Dun Sabah meluluskan kenaikan gaji menteri kabinet dan adun sedikit sebanyak membuatkan saya tertanya-tanya, ke manakah slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Apatah lagi jumlah kenaikan itu ialah 50 peratus.

Pada saat rakyat berdepan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, tindakan itu bukanlah baik untuk rakyat. Apatah lagi, segala gaji, elaun dan lain-lain adalah hasil cukai yang dikutip daripada rakyat.

Belum pun cukai barangan perkhidmatan (CBP/GST) dilaksanakan sepenuhnya, rakyat telahpun merasai keperitan kenaikan harga barang keperluan dan lain-lain berikutan kenaikan harga minyak.

Kenaikan kos sara hidup pula tidak seimbang dengan kenaikan gaji. Itu bagi yang menerima gaji. Bagaimana pula rakyat yang bekerja sendiri penoreh getah, penanam padi, nelayan, pekebun sawit dan lain-lain yang tidak menerima imbuhan tetap setiap bulan.

Sudahlah harga kebanyakan komoditi tidak stabil dan rendah, ditambah dengan musim tengkujuh yang melanda. Usahkan untuk membeli barang-barang keperluan sekolah, mungkin untuk membeli makanan asas pun tidak mencukupi.

Sepatutnya, dalam suasana ini, sebarang kenaikan gaji dan menteri ditangguh dahulu. Utamakan wang cukai tersebut untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Apa lagi yang wakil rakyat mahu, mereka boleh membuat pelbagai tuntutan seperti tuntutan perjalanan yang merangkumi minyak, tol, tiket kapal terbang dan sebagainya. Jika membeli kenderaan pun mereka mendapat keistimewaan dan harga yang lebih murah berbanding rakyat.

MB Azmin terima pujian pelbagai pihak kerana pulangkan Bible

Rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa memuji Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berhubung tindakannya memastikan lebih 300 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban dipulangkan kepada masyarakat Kristian hari ini.
Menggunakan media sosial Twitter, ramai umat Islam mengucapkan tahniah kepada timbalan presiden PKR itu kerana melakukan perkara yang betul, walaupun hakikatnya keseluruhan episod itu dicetuskan pihak berkuasa agama yang membuat serbuan terhadap Pertubuhan Bible Malaysia awal tahun ini.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menulis: “YAB Dato MentriBesar @AzminAli Wise Move Not too late but also not rushing We are brothers under one roof MALAYSIA!” (Tindakan Bijak Tidak terlalu lambat tidak juga terburu-buru. Kita bersaudara di bawah satu bumbung Malaysia!) 
 Seorang lagi pengguna Twitter @MohdZuhairi menulis: “@AzminAli hormat agama lain. Inilah Islam. Tahniah @AzminAli!” “Tahniah kepada Azmin Ali MB Selangor kerana memulangkan Bible.
Tetapi, isu rampasan Bible ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku," kata pengguna lain menggunakan nama @MohdAmeerulAmde pula. Mohamed Afiq Tam, menggunakan Twitter dengan nama @1957tammal, menulis: “well done (syabas) YAB Azmin” sementara @zahidmnaser menulis: “good job (bagus) azmin ali”. Morithi Govindas (@CikguMoorthy), menulis: Syabas Dato Azmin Ali, semoga Allah mencucuri rahmat anda. Tq”.

PasMa mesyuarat pertama malam ini di sebalik ejekan ‘jebon’ oleh pro-ulama

Logo profil Facebook El Haraki, laman pro-ulama PAS yang kerap menghentam pemimpin PasMa. – 14 November, 2014. 
Logo profil Facebook El Haraki, laman pro-ulama PAS yang kerap menghentam pemimpin PasMa. – 14 November, 2014.

Menjelang mesyuarat penuh pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) malam ini, hubungan kumpulan ini dengan parti induk mereka, PAS, terus mendapat perhatian menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti Islam itu pertengahan tahun depan.
Pihak paling tidak senang dengan mereka adalah para penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, khasnya golongan pro-ulama dalam parti itu.
Walaupun Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi (gambar, kanan) berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan pemilihan PAS, namun cakap-cakap di bawah semakin terang bahawa kumpulan ini bakal menjadi kumpulan pendesak ke arah perubahan pucuk pimpinan parti itu agar lebih pro-Pakatan Rakyat (PR).

"Kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak akan terlibat dengan pemilihan parti. Tugas kami ialah memperkukuhkan PR. Pemilihan dalam PAS terserahlah kepada perwakilan," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider. PasMa yang ditubuhkan secara rasmi 10 Ogos lalu meraikan sambutan 100 hari pertamanya 20 November ini.
Pertemuan pertama diadakan pada 31 Ogos lalu di Perpustakaan Az Zahra, Kota Bharu.
Selepas hampir 100 hari bergerak dan menubuhkan cawangan di seluruh negara, PasMa akan mengadakan mesyuarat penuh perwakilan pertamanya di sebuah hotel dekat Petaling Jaya malam ini.
Ini merupakan mesyuarat pertama yang lengkap selepas jawatankuasa peringkat negeri ditubuhkan.
"Kita jangka antara 120 hingga 150 perwakilan dan pemimpin dari seluruh negara akan menyertai mesyuarat ini," kata Setiausaha Agung PasMa, Mohd Taib Ahmad.
PasMa ditubuhkan ketika krisis PR ekoran usaha PKR mahu menukar bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Melalui krisis ini, pemimpin PAS dilihat berpecah dua antara yang pro-PR dan pro-ulama dan lebih senang bersendiri.
Walaupun ia reda pada 23 September lalu selepas Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Selangor yang baru, PAS terus bergolak sehingga kini.
Sebahagian pemimpinnya menunding jari kepada PasMa sebagai pihak yang bersalah, namun PasMa bertegas mereka hanya sebuah NGO yang mahu memperkukuhkan Pakatan.
Pemimpin PasMa dan PAS yang dilihat menyokong mereka dilabelkan sebagai "Jebon", nama yang digunakan untuk memburukkan seseorang atau sesebuah kumpulan perosak.
Kempen dibuat oleh kumpulan pro-ulama termasuk di dinding laman sosial Facebook El-Haraki dan mengajak ahli PAS menghalau para pemimpin ini dari PAS.

Gazans turn to graffiti to fight for freedom

Hamas warns Israel over Jerusalem violence

Must See: Waterfall in reverse

Lawyer: AG's promise to review sedition charges just PR move?

Datum Jelatek : Penduduk Mahu Bersua Muka Dengan Pihak PKNS

Cabar Hadi Ikut Demokrasi, Bukan Hentam - Nik Abduh

Operasi JPJ: Apa Kata Orang Ramai?

Macai Umno@Bn Terdiam: " ADUN Sabah Dan Johor Naik Gaji Akibat Bebanan Sara Hidup"

Suatu ketika dahulu ketika Selangor mencadangkan untuk menaikkan gaji Adun nya maka ributlah 1 Malaysia, bermula dengan TV3 nya, akhbar UMNO nya sehinggalah NGO-NGO dan orang perseorangan.
Tapi apa yang berlaku hari ini. Negeri-negeri kawalan UMNO BN Sabah dan Johor bakal menaikkan gaji Adun nya bermula tahun hadapan.

Mana suara macai-macai BN yang kononnya berjuang untuk rakyat. Rakyat di bawah terpaksa menanggung beban sara hidup yang semakin meruncing. Para Adun kita pula menikmati kenaikan gaji sehingga 50%.

Rakyat yang merasa kenaikan harga minyak, Adun pula yang dinaikkan gaji. Kalau takat 10% ke 20% boleh gagah lagi, ini sampai 50%. Minyak pun pakai duit rakyat. Sepatutnya gaji kakitangan kerajaanlah yang patut dinaikkan duhulu.

Rasuah penjawat awam cecah 5,000 kes

Lebih 1,000 disiasat, 847 ditangkap
Tan Sri Mohamad Zabidi ZainalPETALING JAYA: Sebanyak 4,693 laporan salah laku rasuah melibatkan penjawab awam diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh lima tahun.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 1,077 telah disiasat manakala 847 tangkapan dibuat.
Katanya, pelbagai kes salah laku rasuah dilaporkan media membabitkan penjawat awam terutamanya anggota penguatkuasa dalam tempoh dua bulan lalu.
“Sejumlah 30 pegawai kanan dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ditahan sejak 2 September lalu dalam operasi khas SPRM berhubung aktiviti rasuah yang juga membabitkan Pengarah Kastam negeri,” katanya seperti yang dilaporkan BNBBC hari ini.
Tags: Bahasa, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengarah Perkhidmatan Awam.
2014-11-14 12:30 GMT+08:00 Shahrom Shahrudin <shahrom@freemalaysiatoday.com>:
please hold this story, some revisions are being made
2014-11-14 12:25 GMT+08:00 Shahrom Shahrudin <shahrom@freemalaysiatoday.com>:
Rasuah melibatkan penjawat awam mencecah 5,000 kes
Faiz Zainudin
sf: Kes rasuah melibatkan penjawat awam mencecah hampir 5,000 dalam tempoh lima tahun.
PETALING JAYA: Sebanyak 4,693 laporan salah laku rasuah melibatkan penjawab awam diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh lima tahun.

Tuduh sesat: Pemuda PAS tolak muzakarah, mahu debat dengan Pemuda Umno WP


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menolak cadangan untuk mengadakan muzakarah sepertimana yang dicadangkan oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan berhubung isu tuduhan PAS parti sesat.

Sebaliknya kata ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin, mereka tetap mahukan isu itu diselesaikan melalui debat dengan masing-masing perlu membawa hujah.

Menurut Khairil Nizam, pelawaan muzakarah oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Mohd Razlan Muhammad Rafli disifatkannya sebagai cubaan menyelesaikan tuduhan ke atas PAS itu secara gelap.

Jelasnya, cadangan muzakarah boleh dilakukan hanya melibatkan isu-isu kepentingan rakyat bukannya isu parti.

"Sekarang ini isu melibatkan parti, jadi kita hendak ianya dijawab secara ilmiah kepada rakyat.

"Isunya, Umno telah memfitnah PAS mengatakan PAS parti sesat, kemudian hendak selesai secara gelap?" soalnya kepada Harakahdaily.
Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dilaporkan mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.
Ekoran itu, PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Wilayah itu.
Beberapa laporna polis juga telah dibuat terhadap Tengku Adnan berhubung kenyataannya itu.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebelum ini juga telah menerima cabaran debat Ketua Pemuda Umno WP bagi menjawab segala tomahan terutama kepada PAS yang dituduh sesat.

Malah Pemuda PAS telah menghantar surat jemputan secara rasmi ke pejabat Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan pada 11 November  baru-baru ini.

"PAS Sesat": Pemuda UMNO WP tolak debat dengan PAS

Terima muzakarah atau perbincangan yang diadakan secara tertutup bagi bincang isu UMNO kafir atau PAS sesat.

Mohd Razlan Muhammad RafliPETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafli menegaskan, UMNO tidak akan terima pelawaan debat dari PAS, sebaliknya bersedia mengadakan muzakarah antara dua parti tersebut.
Menurutnya, beliau lebih selesa sekiranya debat itu digantikan dengan muzakarah atau perbincangan yang diadakan secara tertutup selepas berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2014 pada hujung bulan ini.
“Kami akan jemput muzakarah secara tertutup antara Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) dengan AJK Pemuda UMNO WP. Muzakarah tersebut akan membincangkan adakah UMNO itu kafir atau PAS itu sesat.
“Perkara ini kita akan bincang secara tertutup dan bukan mahu cari populariti semata-mata,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam berkata beliau menerima cabaran debat Presiden oleh Ketua Pemuda UMNO WP bagi menjawab segala tomahan terutama kepada PAS yang dituduh sesat.
Menurut beliau, PAS tidak bacul dan akan berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO WP secara baik dan berhemah.
“Kami telah menghantar surat jemputan rasmi untuk berdebat ke Pejabat Perhubungan UMNO WP pada 11 November 2014,” katanya.

Kalau TAK RASUAH.. Bagaimana Melayu nak MAJU.. Kalau TAK RASUAH.. Bagaimana KRONI nak hidup.. Kalau TAK RASUAH.. Bagaimana penjilat UMNO/BN nak 'survive' !!!


Forum ’1MDB: Negara Berhutang? Rafizi – Mahathir berkongsi pentas

IMG_6587KUALA LUMPUR 14 NOV : Isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) bakal menyaksikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal berkongsi pentas dengan Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli.
Forum anjuran National Oversight and Whistleblowers (NOW) akan diadakan pada 19 November ini.
Menurut Pengarah NOW, Akmal Nasir satu surat jemputan rasmi telah dihantar kepada kesemua ahli-ahli panel untuk mendapatkan maklum balas segera.
Katanya, forum ini terbuka kepada orang ramai yang akan diadakan di The Club@Bukit Utama, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam.
Ini rentetan pendedahan dokumen-dokumen berkaitan dan percanggahan kenyataan daripada pihak Pakatan Rakyat dan kerajaan mengenai isu 1MDB.
“NOW telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu forum untuk mendapatkan penjelasan secara terbuka bagi rakyat memahami isu-isu sebenar yang membelenggu 1MDB.
“Forum yang bertajuk ’1MDB: Negara Berhutang?’ ini akan dihadiri oleh panel-panel yang telah banyak mempersoalkan atau membincangkan isu 1MDB secara terbuka sebelum ini,” kata Akmal.
Sebelum ini, satu rencana yang diterbitkan oleh akhbar kewangan The Edge telah melaporkan bahawa hutang 1MDB berjumlah RM36 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013 bakal meningkat kepada RM40 bilion bagi tahun 2014.
Antara ahli-ahli panel yang dijemput ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Rahman dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
“Jika boleh saya mengharapkan ahli panel dapat hadir ataupun paling tidak untuk menghantar wakil ke forum ini,” ujarnya.

Laporan kait pegawai istana, kes tanah haram Cameron Highlands

Satu laporan akhbar The New Straits Times mendakwa kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands berpunca daripada arahan pegawai kanan Istana Pahang ke atas kelulusan projek tertentu.

Laporan eksklusif muka hadapan itu menyebut, dakwaan berkenaan berdasarkan dokumen digelar “surat kuning”, didakwa dikeluarkan oleh pegawai kanan yang juga waris anggota kerabat diraja.

Surat berkenaan didakwa mengandungi cadangan agar permohonan tertentu diluluskan untuk tujuan “pembangunan”.

Menurut laporan itu, dokumen seperti itu menjadi masalah kepada penguatkuasa yang terpaksa meluluskan permohonan.

"Surat demikian yang biasanya tanpa kepala surat akan dialamatkan kepada pegawai daerah (DO).

"Salinan yang diberikan kepada NST menunjukkan pengirimnya, seorang pegawai kanan istana meminta pegawai daerah Cameron Highlands agar meluluskan sebidang tanah kerajaan di Kampung Raja untuk pembangunan," laporan NST dipetik.

Namun, surat yang dipetik itu tidak pula menyebut tarikh ia ditulis kepada pegawai daerah berkenaan.

Kampung Raja adalah sebahagian daripada tiga kawasan utama di Cameron yang dilanda banjir lumpur pada 5 November yang mengorbankan lima nyawa.

Uthayakumar dibenar mula prosiding hina mahkamah ke atas pengarah penjara

P Uthayakumar (berbaju oren) bersama peguam M Manoharan ketika dibebaskan dari Penjara Kajang, 3 Oktober tahun ini. – Gambar The Malaysian Insider, 14 November, 2014. 
P Uthayakumar (berbaju oren) bersama peguam M Manoharan ketika dibebaskan dari Penjara Kajang, 3 Oktober tahun ini. – Gambar The Malaysian Insider, 14 November, 2014.

Mahkamah Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada peguam P. Uthayakumar memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Pengarah Penjara Kajang kerana gagal mematuhi perintah mahkamah mengasingkannya daripada banduan tegar.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan 13 Januari bagi Abdul Wahab Abdul Kassim hadir di hadapan beliau dan menjelaskan kenapa dia tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Bagaimanapun, beliau menolak permohonan serupa terhadap dua lagi inspektor penjara, menghadapi tindakan sama.

Azman mengesahkan perintah yang dikeluarkannya pada 9 Sept tahun lepas, antara lain, memerintahkan Uthayakumar ditempatkan bersama-sama tahanan politik lain dan bukannya banduan tegar. Ini berikutan aduan Uthayakumar dia dipaksa berkongsi sel bersama-sama lima lagi banduan yang disabitkan atas kes rompakan dan merogol.

Bible bahasa Melayu kembali ke pemilik

Mohamed Azmin Ali

Bible berbahasa Melayu yang dirampas awal tahun ini dipulangkan semula pagi ini kepada Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS). – Gambar kerajaan Selangor, 14 November, 2014.  
Bible berbahasa Melayu yang dirampas awal tahun ini dipulangkan semula pagi ini kepada Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS). – Gambar kerajaan Selangor, 14 November, 2014. 

Kesemua 351 Bible yang mengandungi perkataan 'Allah' yang dirampas awal tahun ini dipulangkan kepada Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat Pengerusi ACS, Most Reved Archbishop Datuk Bolly Lapok kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.
Archbishop Datuk Bolly Lapok ditemani Setiausaha Agung ACS Elder Ambrose Linang dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Rev Dr Herman Shastri.
Acara turut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Datuk Seri Utama Di Raja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Haji Mohammad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Pertama, saya mahu mengucapkan penghargaan tertinggi dan kesyukuran kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas pandangan jauh dan  insiatif Baginda dalam mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama. Semua pihak yang terlibat, terutamanya Mais dan ACS sudahpun mencapai satu penyelesaian yang baik dalam isu Bible ini menerusi usaha ikhlas dan keyakinan untuk menghormati sensitiviti agama dan masyarakat.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Mais, Datuk Setia Haji Mohammad Adzib Mohd Isa dan Most Revd Archbishop Datuk Bolly Lapok kerana melakukan yang terbaik demi memastikan hal ini diselesaikan dengan cara paling baik sekali.

Pemulangan Bible: MB jamin pentadbiran sokong kesederhanaan & keadilan

IMG-20141114-WA0029SHAH ALAM, 14 NOV: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini secara rasmi memulangkan semula Bible versi bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Majlis itu disaksikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Idris Shah dan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
Kesemua 351 Bible yang mengandungi perkataan ‘Allah’ yang diambil awal tahun ini dipulangkan kepada Pesatuan Gereja – gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat Pengerusi ACS, Most Reved Archbishop Datuk Bolly Lapok di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.
Mohamed Azmin dalam kenyataannya memberi jaminan corak pentadbirannya akan terus menyebarkan ajaran Islam memandangkan Islam adalah rahmat untuk semua manusia selain menjadi teladan dalam menyokong kesederhanaan dan keadilan.
“Pentadbiran ini akan mengusahakan pelbagai cara untuk menambaik dan memupuk persefahaman kaum dan agama di Selangor.
“Sebagai salah satu perkara utama dalam usul ini, saya telah berikrar untuk memulangkan Bible tersebut kepada pihak Kristian kerana ia milik mereka.
“Kini, terima kasih kerana kebijaksanaan dan pandangan jauh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, ia telah menjadi realiti,” katanya.
Turut hadir sama Setiausaha Agung ACS Elder Ambrose Linang dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Rev Dr. Herman Shastri.
Acara itu turut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohammad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Henti operasi ‘remeh’, tangani masalah kemalangan maut


liewct


KUALA LUMPUR, 14 NOV: Sudah tiba masanya Kementerian Pengangkutan mengakui hakikat bahawa Malaysia memiliki kadar kematian jalanraya per-kapita tertinggi di dunia, dan menumpukan usaha menanganinya.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mengulas langkah Kementerian Pengangkutan dan agensi dibawahnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang seperti hilang punca dan cuba menutup masalah sebenar yang serius.
“Saya menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui hakikat itu,dan berhenti dari terus memanipulasi data untuk mengatakan sebaliknya,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan.
Dalam satu temubual bersama Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad yang tersebar luas baru-baru ini, langkah memburu kereta bercermin gelap dan plat nombor yang tidak mengikut piawaian bertujuan menurunkan kadar kematian kepada 5,358 orang menjelang tahun 2020.
“(Kenyataan) Ismail menjadi bahan lawak rakyat. Kenyataan itu keutamaan mengarut (misplaced priority), untuk memburu nombor plat yang tidak mengikut piawaian, bukannya hal lebih penting untuk mengurangkan kemalangan,” kata Chin Tong lagi.
Beliau turut membidas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang berbangga apabila kematian jalanraya menurun kepada 3.05 peratus bagi setiap 10,000 pada 2012, berbanding 4.88 peratus sepuluh tahun lalu.
Kata Chin Tong, penurunan itu tidak menunjukkan situasi sebenar, kerana Abdul Aziz tidak menyebut peningkatan dua kali ganda kenderaan berdaftar dalam tempoh itu.
“Sejumlah 12.06 juta kenderaan berdaftar pada tahun 2012, meningkat sehingga 23.71 juta setakat 31 Disember 2013.

Menanggapi semula SIS dan sikapnya

Kali pertama saya berwacana atau berdebat secara langsung dengan SIS ialah dalam satu forum pada awal tahun 2000 semasa saya masih bergiat dalam kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program tersebut dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) diadakan di Shah Hotel, Petaling Jaya.

Khalid Jaafar yang menerajui IKD ketika itu memang mengenali saya sebagai rakan seperjuangan di Melaka di bawah wadah Barisan Alternatif (BA).

Selepas itu saya banyak berwacana dengan SIS secara tidak langsung melalui tajuk-tajuk wacana yang tidak khusus sama ada wakil SIS juga sebagai panel atau mereka bertanyakan soalan kepada saya ketika saya menjadi salah seorang panel dalam forum-forum yang diadakan.

Kenapa SIS ‘panas’

Isu SIS atau Sisters in Islam memang ‘panas’ waktu itu memandangkan isu liberalisme dan pluralisme mula kedengaran dalam lingkungan kepimpinan Pemuda PAS ketika itu. Saya salah seorang yang menerajui Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS memang mencari ruang untuk berwacana bersama.

Di bawah pimpinan Salahuddin Ayub sebagai ketua Pemuda PAS, beliau menggagaskan “duta penyelamat” dengan mengambil pilihan untuk melakukan “engagement”.

Saya adalah penyokong kuat pendekatan ini dan mengalu-alukan sebarang wacana dengan SIS. Begitu juga rakan-rakan Pemuda yang lain ketika itu seperti Hanipa Maidin dan lain-lain.

Ketika saya berdebat dengan SIS di Petaling Jaya itu, kami membincangkan tentang Islam dan isu moral. Saya menegaskan bahawa Islam perlu dilihat dalam bentuk “substance” dan bukan “form” semata-mata manakala perundangan dalam Islam adalah bertujuan untuk memelihara kepentingan umum.

Salah guna penguatkuasa agama bukan mewakili sikap Islam kerana itu adalah kesalahan manusia. Saya menegaskan konsep 'omnipresence Islam' dan kelemahan manusia memahami tuntutannya.

Tidak banyak yang dicanggahi oleh Zainah Anwar yang mengetuai SIS dalam debat itu malah beliau lebih banyak mempertikaikan pihak autoriti agama dan menyatakan kalau semua orang mempunyai kefahaman seperti hujahan saya maka keadaan menjadi lebih mudah.

Beberapa minggu kemudian Pak Shukor Harun, pengarang Harakah, ketika itu menulis satu artikel tentang usaha murni dan keterbukaan pimpinan Pemuda PAS dan beliau menyebut contoh seperti Mujahid yang walaupun berbeza sikap dengan SIS tetapi bersedia untuk dialog. Itu beberapa tahun yang lampau.

Saya juga bahkan banyak mengkritik SIS melalui penulisan-penulisan saya apabila timbul beberapa isu seperti isu kelab malam Zouq, isu Kartika dan isu polis moral yang menjadi tajuk utama pertikaian SIS.

Pertemuan 2014
 

Parti berhak putuskan siapa Presiden Pas - Ketua Pemuda

KUALA TERENGGANU – Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat menyifatkan keputusan berhubung kedudukan presiden adalah hak parti.

Sehubungan itu, beliau meminta perkara tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Pas tanpa campur tangan pihak lain, kerana pihaknya mempunyai mekanisme tersendiri dalam menentukan hala tuju dan kepimpinan parti pada masa depan.

“Dari segi keputusan itu, parti yang menentukan. Biar serah kepada partilah. Walaupun pihak lain boleh beri pandangan, tetapi hak itu hak parti yang menentukan. Terserah kepada pemimpin parti dan ahli-ahli parti,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena lawatan ke rumah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas, Salleh Embong, di sini, semalam.

Sebelum ini, kedengaran desas-desus mengatakan Abdul Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya untuk berundur sebagai Presiden Pas bagi memastikan kelangsungan Pas dalam PR, selain masalah kesihatan yang dihidapinya.

Pas dikatakan boleh memperbaiki hubungan dengan rakan-rakan pakatannya jika Abdul Hadi rela berundur memandangkan hubungan dalam PR tegang ekoran sikap Abdul Hadi yang dikatakan dingin terhadap PKR dan DAP.

Dr M : BR1M umpama rasuah dan mengelirukan

Pendapatan per kapita tidak boleh dijadikan ukuran pencapaian status negara maju

mahathir 300KUALA LUMPUR : BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif. Ia meningkatkan kecederungan kebergantungan terhadap Kerajaan, sehinggakan kepada sumber pendapatan seseorang, tanpa sebarang usaha. Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan kemampuan daya saing mereka.
Mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyuarakan kebimbangan beliau mengenai BR1M melalui blognya semalam seterusnya mengimbas kembali masa-masa lalu di mana sebagai Perdana Menteri, sejak awal lagi beliau menentang pemberian bantuan kewangan sebagai salah satu usaha untuk mempertingkatkan pendapatan rakyat. Seandainya bantuan kewangan diberikan, ia adalah untuk golongan yang miskin tegar yang tidak berdaya bekerja demi mendapatkan pendapatan.
Menurut Dr M, beliau agak keberatan berbuat demikian kerana pemberian seumpama itu kelihatan seumpama rasuah. Dan, apabila ianya dberikan pada waktu menjelang pilihanraya atau dijanjikan di dalam manifesto, ia memberi tanggapan seumpama usaha membeli undi dan keadaan tersebut memang sukar disangkal. Sekiranya mahu mempertingkat pendapatan, ia hendaklah dengan cara membuka peluang pekerjaan atau perniagaan.
Dengan nada rendah diri, Dr M mengakui tidak pernah dilatih sebagai pakar ekonomi atau ahli kewangan. Bagaimanapun, beliau merasakan adalah tidak adil jika ada yang berpendapat beliau tidak memahami BR1M dan kebaikannya. Beliau juga pernah membuat keputusan berkaitan ekonomi dan kewangan yang mana telah memberi manfaat kepada negara.

DUN P Pinang mahu k'jaan pusat tangguh GST

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini mahu kerajaan pusat menangguhkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April 2015, sehingga negara dapat mencapai
status negara maju, dan berpendapatan tinggi.
  
Usul tergempar mengenainya dibentangkan oleh Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) yang mendakwa GST akan membebankan golongan berpendapatan sederhana dan miskin.
  
Beliau menyarankan kerajaan pusat agar beri tumpuan kepada urus tadbir yang cekap untuk mencegah berlakunya penyelewengan daripada melaksanakan GST yang katanya akan menimbulkan kesulitan dan menambah beban kos sara hidup rakyat serta menjejaskan banyak sektor.
  
Terdahulu itu Mohamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul tergempar itu, menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerana meletakkan kepentingan rakyat pada masa kini dan masa depan.
    

Macai Umno@Bn Terdiam: Elaun ADUN Sarawak tertinggi di Malaysia...kalau negeri PR 26 jam sehari kena kutuk...!!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kini menikmati elaun kira-kira RM20,000 sebulan dan pencen RM7,500 selepas bersara.
China Press melaporkan keadaan itu meletakkan ADUN Sarawak menikmati elaun tertinggi dalam kalangan semua negeri.
Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, ADUN pembangkang turut menikmati gaji tinggi tetapi tidak benar-benar berkhidmat kepada rakyat melainkan asyik mengkritik dasar kerajaan.
Soon Koh berkata, beliau sendiri telah mendengar rungutan rakyat yang mengadu mengenai perkhidmatan ADUN pembangkang.
Tambahnya, keadaan itu mungkin berlaku kerana ADUN pembangkang mahu menikmati pencen RM7,500 sebulan lebih awal.
Semua ADUN Sarawak yang bersara layak menikmati pencen tersebut walaupun hanya terpilih sebagai wakil rakyat selama satu penggal.

Penjarakan Anwar rosakkan Najib lebih teruk dari Dr M, kata The Edge Review

Hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan jika masih tetap berpegang kepada sabitan kes liwat hanya akan menjejaskan Barisan Nasional (BN), bahkan mungkin lebih teruk daripada ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadikan ketua pembangkang itu sebagai musuh, lapor The Edge Review hari ini.
Memenjarakan Anwar hanya akan menyebabkan BN kehilangan undi kerana rakyat Malaysia dilihat sudah penat dengan permainan kerajaan terhadap ketua pembangkang dalam tempoh 16 tahun ini, di mana kes liwat terbarunya juga berlaku ketika penentangan ahli politik pembangkang dan badan lain terhadap penggunaan Akta Hasutan.
"Dalam suasana ini, keputusan bersalah Anwar hanya akan menyebabkan ketua pembangkang itu dilihat sebagai syahid politik di peringkat antarabangsa dan seterusnya menjejaskan imej Malaysia di luar negara di mana ia sudah terkesan sejak kebelakangan ini kerana pendakwaan besar- besaran kerajaan melumpuhkan ahli politik pembangkang dengan menggunakan akta drakonian itu," memetik dari artikel The Edge Review bertajuk, "Hounding Of Anwar Ibrahim takes a toll on Malaysia."

Anwar sedang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan bagi rayuan membatalkan sabitan liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes ini melepaskan beliau, namun Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.
Dalam rayuannya kepada mahkamah tertinggi, pihak pendakwa juga memfailkan rayuan balas untuk memanjangkan lagi hukuman penjara.
Majalah digital mingguan itu berkata sekiranya Anwar dipenjarakan, ia akan menyaksikan peningkatan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kalangan ahli Umno.
Ia juga akan menyebabkan Pakatan Rakyat berdepan masalah, di mana The Edge Review mendakwa perikatan parti sedang bergelut untuk mengekalkan penyatuan masyarakat  dalam isu agama dan kaum.
Bagaimanapun, dengan memetik penganalisis ia berkata, dengan memenjarakan Anwar, ia umpama pemimpin itu sanggup berbuat apa sahaja demi memperbaiki imej politiknya yang tercalar di kalangan rakyat Malaysia dan tidak mustahil menjadi lebih teruk daripada apa yang dilakukan Dr Mahathir.
Ini kerana Najib juga berdepan dengan penolakan sokongan dari dalam Umno, tambahan pula parti itu bakal mengadakan perhimpunan agung tahunan hujung bulan ini.

Amah Indonesia mangsa ‘tamparan buaya’ Raja Bomoh

Pembantu rumah dari Indonesia terpaksa menerima jahitan 30 sentimeter setelah didera 'Raja Bomoh'.

PETALING JAYA: Raja Bomoh 1Malaysia Mat Zin dikatakan telah memukul dan membelasah pembantu rumahnya Menik Fitriyanti, 47 tahun sehingga menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.
Menurut portal rri.co.id, Menik bertindak bertindak melarikan diri dan pulang ke kampung halaman di Kota Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia pada 4 November lalu selepas dipercayai tidak tahan didera sejak setahun lalu.
raja bomohSementara itu, anak perempuan mangsa, Alfa Nurismayanti berkata ibunya sering dipukul Mat Zain atau nama sebenar Datuk Ibrahim Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.
Jelas Alfa, setahun lalu ibunya memberitau bahawa dia tidak mahu lagi bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke kampung halaman namun dihalang majikannya.
“Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.
“Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.
Pada masa yang sama Alfa berkata, kesan luka di leher, perut serta kaki ibunya juga turut kelihatan, ekoran daripada didera ‘Raja Bomoh’ itu dan sehingga kini ibunya masih lagi berada dalam keadaan trauma .

Ceroboh Lahad Datu: Tian Chua dibebaskan dari tuduhan hasutan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan naib presiden PKR, Tian Chua dari tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

MAIS pulangkan semula Bible versi Melayu kepada PBM

B2XquP4CMAEbWNB
Dymm Sultan Selangor Dan Dato' Menteri Besar Turut Hadir
SHAH ALAM 14 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini memulangkan semula Bible versi bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Serahan itu turut disaksikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Mufti Selangor , Datuk Mohd Tamyez Abdul Wahid dan Pengarah JAIS, Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Sebelum ini, Mohamed Azmin memaklumkan akan merujuk kepada Sultan Selangor, bagi memohon perkenan usaha untuk menyelesaikan isu pengambilan Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah.
Malah katanya, beliau turut mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan daripada Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya ia dapat ditangani secara harmoni dan baik.
Terdahulu, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menggunakan pendekatan sama dalam menyelesaikan isu ini tetapi belum mencapai sebarang kata putus.
Pada Januari lalu, JAIS mengambil lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.
JAIS berkata, tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dengan menghalang orang bukan Islam di Selangor menggunakan perkataan kalimah Allah.

PV-ATM: Kes bayar pencen RM17j masalah dalaman JHEV

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) mengesyaki bahawa kes pembayaran pencen kepada anggota yang sudah meninggal dunia berpunca daripada masalah dalaman yang berlaku di dalam Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Setiausaha Agungnya Tajul Ariffin Chu Johari berkata, kes melibatkan kerugian berjumlah RM17 juta itu tidak sepatutnya timbul kerana JHEV tahu apabila anggotanya sudah meninggal dunia.

Jelasnya, JHEV, sebuah jabatan bawah Kementerian Pertahanan, akan mengeluarkan bantuan sumbangan pengebumian kepada waris apabila seseorang anggota veteran meninggal dunia.

Oleh itu, PV-ATM mengesyaki bahawa bahagian yang mengendalikan wang pencen tidak bekerjasama dengan bahagian yang bertanggungjawab memberi bantuan sumbangan pengebumian di JHEV.

"Setiap veteran yang meninggal dunia, keluarga mereka akan mendapat bantuan pengebumian sebanyak RM3000 daripada JHEV iaitu wang yang diberi kerajaan.

SUARAM: Ketawalah, bukan siasat Zunar

Pengarah eksekutif NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Yap Swee Seng mengutuk tindakan pihak berkuasa yang menyiasat kartunis politik Zunar bawah Akta Hasutan 1948.

Menurut Yap, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque, dituduh menghasilkan karya kartun yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Katanya lagi tindakan ke atas Zunar melanggar hak kebebasan dalam perlembagaan.

“Kami menuntut pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk menegakkan hak Zunar seperti yang dijamin dalam perlembagaan.

“Hentikan semua gangguan terhadap Zunar, pembantunya, para pencetak, dan semua pemilik kedai buku (menjual buku tersebut),” katanya dalam sidang media di pejabatnya di ibu negara hari ini.

Semalam peguamnya Latheefa Koya berkata, polis memulakan siasatan terhadap Zunar disiasat bawah Seksyen 4 Akta Hasutan, yang sebab siasatannya didakwa masih belum jelas.

Seorang pengendali laman web Zunar, yang enggan namanya disebut, juga dilapor dipanggil ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk memberikan keterangan.

Siasatan itu dibuat selepas tiga orang ditahan tiga minggu lalu kerana menjual buku Zunar di Istana Kehakiman Putrajaya, tempat rayuan akhir kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung.

Islam Kita diancam

Ketiadaan kepimpinan menyebabkan huru hara.

Ada banyak pola atau trend dalam masyarakat kita yang memerlukan intervensi tegas dari pemimpin negara. Sekali lagi Najib gagal menunjukkan kepimpinan yang berani. Iaitu mengambil tindakan keatas mereka yang, oleh kerana pengaruh mereka, boleh menyebabkan huru hara dalam masyarakat. 
Siapa 'mereka' ini? Mereka yang seperti bekas hakim, pemimpin NGO, pertubuhan bawahtanah atau organisasi berperwatakan bawahtanah yang menggugat kestabilan.

Oleh kerana Najib tidak ada ketegasan pimpinan, trend2 ini berjaya menggugat kestabilan negara. Najib yang terkenal sebagai the PM who does nothing- melakukan apa yang menepati deskripsi tentang nya- tak buat apa apa. Inilah sifat yang diagung agungkan oleh pengikut UMNO.

Sebagai contoh- jeritan cemas bahawa Islam digugat dan diancam jika tidak dibendung segera akan menyebabkan huru hara dalam masyarakat. Siapa dalam Malaysia ini yang mengancam Islam?

Harga minyak dunia terus menjunam, Harga minyak Malaysia meningkat..!!

Minyak mentah hadapan global terus menjunam selepas pengeluaran minyak Amerika Syarikat merekodkan pengeluaran baru dan Arab Saudi masih tidak mengakui melakukan perang harga terhadap bahan api itu.
Penanda aras West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Disember jatuh kepada AS$2.97 kepada AS$74.21, paras terendah sejak 17 September 2010.
Minyak mentah brent bagi penghantaran Disember juga menyusut sebanyak AS$2.46 kepada AS$77.92 setong di London. Ia adalah kali pertama sejak September 2010 brent ditutup menghampiri AS$80.
Berita yang mendakwa pengeluaran minyak Amerika Syarikat melepasi sembilan juta tong sehari secara psikologi menjejaskan pasaran, kata Andy Lipow dari Lipow Oil Associates.
Amerika Syarikat mengeluarkan 9.063 juta tong minyak sehari sepanjang minggu yang berakhir pada 7 November lalu, menurut laporan Jabatan Tenaga.
Ia adalah pengeluaran tertinggi sejak Januari 1983 apabila jabatan itu mula mengeluarkan statistik.
Rizab minyak mentah Amerika Syarikat di Cushing, Oklahoma dipantau secara dekat oleh para pedagang kerana ia merupakan rujukan bagi dagangan WTI di New York, naik sebanyak 1.7 juta tong sehari minggu lalu kepada 22.5 juta tong.

UMNO Selangor makin caca marba kata 'Otai'

KUALA LUMPUR: Selepas kritikan daripada beberapa tokoh politik negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa bekas pemimpin Selangor menyifatkan politik Selangor hari ini sudah semakin tidak tentu arah.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu, senario politik Selangor akhir-akhir ini juga dilihat semakin kalut dan caca marba.

Jelasnya, dia semakin tidak faham mengenai perkembangan politik negeri itu dan berharap pemimpin berkenaan mengembalikan kegemilangan UMNO semula.

"Saya kurang ariflah politik Selangor sekarang. Sudah caca marba," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc sebelum ini menegur UMNO Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada Generasi Y dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu.

Rentetan kritikan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan nasihat memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.

Najib pada Konvensyen UMNO Selangor pada awal November turut meminta UMNO negeri berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri ini.

Menjelang penamaan calon PRK UIA esok, ketua Pro-M hadap lembaga tatatertib

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memanggil ketua kumpulan Pro-M Mujahid Sulaiman untuk menghadap lembaga tatatertib pagi ini kerana menyertai pidato umum 'Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara'. – Gambar The Malaysian Insider, 14 November, 2014.  
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memanggil ketua kumpulan Pro-M Mujahid Sulaiman untuk menghadap lembaga tatatertib pagi ini kerana menyertai pidato umum 'Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara'. – Gambar The Malaysian Insider, 14 November, 2014.

Menjelang hari penamaan calon pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok, ketua kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) kampus itu, Mujahid Sulaiman dipanggil menghadapi lembaga tatatertib universiti itu pagi ini.
Dakwaan ke atasnya adalah kerana menyertai dan memberi ucapan di majlis pidato umum "Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara" di kampus Universiti Malaya (UM), Lembah Pantai tempoh hari.
Mujahid satu-satunya pelajar UIA yang didakwa universiti itu atas kesalahan tersebut, manakala di UM, lapan pelajar didakwa, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.

Perbicaraan mereka yang bermula 7 November lepas ditangguh ke 18 November ini. Kesemua mereka berhadapan kemungkinan digugurkan sebagai pelajar.
Penamaan calon pilihan raya kampus UIA esok akan dijalankan di Dewan Banquet, Tingkat 5 Rektori, kampus UIA Gombak.
Sebanyak 14 kerusi kuliah dipertandingkan di Kampus Gombak, sementara 13 kerusi lagi di Kampus Kuantan.
Sementara itu, kumpulan pelajar Pro-M UIA membantah tindakan pentadbiran universiti yang mengheret campur tangan parti politik dalam PRK tahun ini.
Ini berikutan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membuat satu pertemuan tertutup dengan calon tajaan Umno di Hotel Sri Pacific  malam tadi.
Pertemuan tertutup tersebut turut dihadiri Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Datuk Mizan Hitam bersama-sama dengan bekas pimpinan SRC dan calon SRC yang akan bertanding.

Demokrat Islam boleh selesaikan fahaman pelampau dunia

Demokrat Islam boleh menjadi penyelesaian kepada membendung fahaman pelampau di seluruh dunia kerana mereka membawa pendekatan sederhana dalam dunia masa kini menerusi peti undi, kata ahli akademik dan ahli politik.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik (gambar) berkata Demokrat Islam, yang menjadi terkenal selepas peristiwa 'Arab Spring', membenarkan umat Islam untuk mengawal nasib mereka melalui peti undi dan bukannya perang atau di tangan pemimpin diktator, sekali gus menamatkan rasa tidak puas hati mereka.
"Idea mengenai Demokrat Islam wujud sejak sekian lama. Kumpulan radikal muncul kerana mereka mendapati tiadanya harapan bagi umat Islam untuk menikmati keadilan, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik," katanya pada perbincangan meja bulat mengenai Demokrat Islam anjuran Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) bersama-sama dengan Jabatan Fiqh UIAM, hari ini.

Pengerusi saluran TV Al-Hiwar yang berpejabat di London, Dr Azzam Tamimi, pula berkata 'Arab Spring' merupakan peristiwa yang membenarkan demokrasi dilaksanakan di Timur Tengah, dan pada masa sama menjadikan kumpulan militan Al Qaeda sebagai pergerakan yang tidak relevan. "Kejayaan 'Arab Spring' seperti yang kita lihat di Tunisia dan Mesir adalah amat menyakinkan, menunjukkan  ini adalah jalan ke hadapan.
Beberapa pemimpin Al Qaeda sebenarnya bimbang, jika model ini berjaya, ia membuktikan mereka sebenarnya salah,"katanya.

PAS dakwa pemimpin Umno di sebalik rampasan tanah Kg Chubadak

Pemuda PAS mendakwa para pemimpin Umno yang mengkhianati penduduk Kampung Chubadak, Sentul, sehingga tanah mereka diserahkan kepada pemaju. Sehubungan itu, ketuanya Suhaizan Kaiat mendesak pemimpin Umno memberi penjelasan mengapa mereka bertindak begitu. "Saya hendak satu jawapan daripada pemimpin Umno, kenapa mereka khianat jual tanah Kampung Chubadak kepada pemaju?
"Bukankah mereka kononnya pejuang Melayu tulen?" kata Suhaizan melalui Facebooknya yang kemudiannya dihantar kepada The Malaysian Insider.
Suhaizan mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang memutuskan penduduk Kampung Chubadak bukannya setinggan tetapi pemegang lesen dan ekuiti tanah yang mereka duduki dan berhak diberikan pampasan sewajarnya.
Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Mahkamah Tinggi membicarakan tuntutan pampasan mereka semula berdasarkan akuan yang dibuatnya.
Keputusan dibuat Datuk Abdul Aziz Rahim bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini. Kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini. 31 penduduk Kampung Chubadak membuat rayuan semalam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai lalu.

Imej PKR, PAS terjejas teruk, DAP kekal ekoran kemelut MB Selangor, kata kajian

Imej PKR, PAS terjejas teruk, DAP kekal ekoran kemelut MB Selangor, kata kajian
Imej PKR dan PAS paling teruk terjejas ekoran kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini, berbanding DAP yang boleh dikira tidak terkesan dengannya, kata kajian oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Penemuan itu didedahkan Pengarah UMcedel, Dr Amir Saifude Ghazali berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat selepas menteri besar baru Selangor Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah bagi jawatan itu September lalu.
Kajian itu mendapati pengundi dari semua kaum di negeri paling maju di Malaysia itu bersetuju PKR dan PAS paling teruk terjejas dengan data yang menunjukkan PKR lebih teruk berbanding parti Islam itu.
Dalam kaji selidik itu, 52% pengundi Melayu di Selangor bersetuju kemelut MB Selangor itu menghakis sokongan PKR, dan hanya 25% di kalangan mereka mengatakan tidak terjejas.
Di kalangan pengundi Cina pula, 46% menyatakan PKR terjejas ekoran kemelut itu, manakala 45% pengundi India mengatakan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu paling terhakis sokongan.
Walaupun terjejas teruk, pertelingkahan dalam PKR mula reda dengan selesainya pelantikan Azmin sebagai menteri besar.
Parti kedua terjejas adalah PAS apabila 42% pengundi Melayu berkata 'ya' kepada kenyataan itu, manakala hanya 33% mengatakan PAS tidak terjejas. 43% pengundi Cina berkata PAS terjejas dan 41% India juga berpendapat sedemikian.
Walaupun tidak seteruk PKR, kemelut dalam PAS masih berterusan hingga kini. Namun ia dikatakan mula reda apabila pihak-pihak yang berbeza pendapat bertemu dalam retreat yang diadakan hujung minggu lalu di Kuala Selangor.
DAP pula adalah pihak yang paling sedikit terjejas dengan kemelut itu walaupun turut bersama dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.
Hanya 34% orang Melayu sahaja menyatakan DAP terjejas, manakala 32% mengatakan DAP tidak terjejas. Begitu juga di kalangan pengundi Cina apabila 28% sahaja mengatakan DAP terjejas, sedangkan 38% mengatakan tidak.
Majoriti masyarakat India juga mengatakan DAP tidak terjejas dengan kemelut itu, dengan hanya 26% mengatakan terjejas manakala 38% mengatakan tidak.

Apa yang didedah berasas, jelas dan bersuluh - Suee Lim



KUALA LUMPUR: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim bertekad terus mendedahkan salah laku dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung pelbagai isu, lapor Selangor Kini.

Beliau berkata, ia bagi memastikan rakyat tahu berkenaan kepincangan yang berlaku di kalangan ahli politik terutama daripada BN.

“Saya akan terus pantau dan dedahkan kepincangan Umno serta komited sebarkan salah laku atau salah guna kuasa yang timbul di kalangan mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menarik balik saman fitnah ke atasnya, Suee Lim menganggap ia kemenangan moral penting.

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan apa yang didedahkan beliau adalah berasas, jelas serta bersuluh dan bukan sekadar fitnah.

“Rakyat berhak tahu bagaimana beliau dapat kewangan untuk membina banglo atas dua lot tanah.

Kewujudan PAS bukan satu masalah - Saifuddin Abdullah

Kewujudan PAS bukan satu masalah - Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Datuk Saifuddin Abdullah menolak kenyataan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang menyifatkan PAS suatu 'masalah'.

Katanya, kewujudan parti Islam tersebut bukan lah satu isu kerana mereka selama ini telah berjuang mengikut proses demokrasi.

"Dalam politik kita lawan, tetapi tidak boleh anggap kewujudan PAS sebagai suatu masalah," kata bekas ahli Parlimen Temerloh (BN-Umno) itu ketika dihubungi Astro AWANI.

Saifuddin dalam Twitternya telah membidas kenyataan Tan sambil mengatakan beliau tidak bersetuju bahawa PAS merupakan suatu masalah.

Meskipun begitu, beliau berkata terus menentang parti tersebut kerana perbezaan dasar yang diterapkan parti masing-masing.

Beliau juga tidak menolak bahawa terdapat antara ahli PAS yang menerapkan nilai moderat serta terbuka kepada perbincangan.

"Sebab kita dua parti yang berbeza dan kita ada dasar yang berbeza. Bila tiba pilihan raya kita perlu teruskan proses saingan itu.

"Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berjumpa atau tidak boleh berbincang," tegas Saifuddin.

Kenyataan tersebut bagaimanapun telah mendapat tentangan dari Tan. Beliau telah menyifatkan kenyataan tersebut sebagai 'bercanggah'.

Apa hak JPA tarik biasiswa saya? – Fahmi

"Saya bercakap berdasarkan fakta yang menyentuh soal rasuah di mana negara kita berada pada kedudukan paling tinggi. Saya tak pernah hina Kerajaan dan apa hak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) nak tarik balik biasiswa saya?"
 
Itu penjelasan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol yang mempersoalkan cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menarik balik biasiswanya. 
 
Menurut Fahmi, biasisiwa yang diterimanya merupakan wang rakyat dan bukan milik mana-mana jabatan kerajaan mahupun parti politik seperti UMNO. 
 
"Duit ini daripada rakyat bukan tajaan daripada kerajaan. Hak biasiswa ini kepada rakyat, jadi rakyat yang ada kuasa dan pihak JPA tidak boleh sewenang- wenangnya menarik balik biasiswa tersebut," katanya dalam satu kenyataan. 
 
Fahmi diancam oleh JPA untuk menarik balik biasiswanya selepas menganjurkan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) pada 30 Oktober lalu. 
 
JPA dalam kenyataannya juga menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan 'negatif' dan 'provokatif' terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan 'Umbrella Revolution' Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia. 
 
"Saya dilantik sebagai Ketua Mahasiswa dan antara peranan saya adalah mengkritik perbuatan salah kerajaan," jelasnya.

JEMBALANG TANAH MELAYU YANG SEBENAR...