Selasa, 11 November 2014

JPA ancam tarik biasiswa Fahmi

Aktivis Fahmi Zainol berdepan risiko hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

JPA juga tidak senang dengan kenyataan “negatif” dan “provokatif” terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan “Umbrella Revolution” Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

"Kegagalan saudara mematuhi surat ini menyebabkan penajaan saudara boleh ditamatkan serta merta dan tuntutan terhadap saudara dan penjamin akan dilakukan oleh jabatan ini," surat Ruziah itu dipetik.

Sementara itu, Fahmi ketika ditanya tindakannya jika diminta membayar balik biasiswa itu menjawab:

“Saya akan bagi alasan bahawa saya tidak menghina kerajaan. Tetapi saya keluarkan fakta dan sejarah.

“Kerajaan sepatutnya ambil (perhatian) untuk penambahbaikan, bukan berbuat demikian .”

Sikap Keras Hanya Menjauhkan Lagi Undi Golongan Muda Daripada Kerajaan

Berikutan tindakan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol menjemput Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyampaikan pidatonya  di universiti itu beberapa minggu lalu yang kemudian menimbulkan kontroversi dan ketegangan, beliau kini menerima satu demi satu tekanan dalam hidup dan pembelajarannya.

Rakan-rakan yang sependirian dengannya juga turut menerima tindakan yang sama. Pidato Anwar yang menyebabkan berlakunya rempuhan pagar di UM nyata telah mengundang rasa kurang senang pentadbiran universiti itu.

Beberapa hari selepas pidato itu, beliau dan lapan lagi rakannya telah dihadapkan sehingga sembilan pertuduhan disiplin yang memungkinkan kesemuanya digantung atau dibuang daripada universiti. Kes itu masih menunggu perbicaraan.

Tindakan menggantung dan membuang mereka, sekiranya diputuskan nanti, tentunya merupakan sesuatu yang keras dan tidak seharusnya berlaku demi masa depan mereka kerana sebahagian besarnya sudah berada di tahun akhir pengajian.

Kenapakah pihak UM tidak boleh berlembut dan bertolak-ansur dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan, sebaliknya terus mengutus surat untuk mengambil tindakan disiplin?

Pihak UM tidak seharusnya mengabaikan fakta bahawa kumpulan pelajar ini juga kemudian menjalankan tanggungjawab murni dengan membawa nenek Wahida dari Kampung Cubadak ke universiti itu dan mengadakan kutipan derma membantu nasib malangnya?

Beberapa hari lalu pula, ketika Fahmi dan beberapa rakannya berada di UMS di Sabah, mereka sekali lagi ditahan ketika ingin memberikan ucapan bersama sekumpulan pelajar universiti itu. Pihak polis juga kemudian menjalankan pemeriksaan ujian air kencing terhadap mereka. Ini jelas keterlaluan dan seperti ingin mengugut mereka.

Terbaru ini dilaporkan pula Fahmi telah menerima surat tunjuk sebab daripada JPA yang memintanya memberi penjelasan kerana menganjurkan pidato Anwar Ibrahim itu.

Risiko yang sedang menantinya bukan saja biasiswanya bakal ditarik balik tetapi juga berdepan tuntutan gantirugi.

1MDB gagal bayar hutang RM317 juta, bukti kewangan nazak


1mdb featKUALA LUMPUR, 11 NOV: Kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kini membayar pembeilan tanah bernilai RM317.3 juta meskipun beberapa kali diberi tempoh lanjutan, membuktikan syarikat itu menghadapi masalah kewangan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, 1MDB baru-baru ini sekali lagi terlepas tarikh akhir ketiga untuk membayar pembelian tanah kepada Tadmax Resources Bhd.
“Selepas membayar deposit 10 peratus pada Februari 2014, 1MDB tidak mampu membayar baki transaksi, walaupun lanjutan tarikh akhir dibuat dari 20 Ogos hingga 30 September kepada 10 Oktober dan terakhir 31 Oktober,” kata Pua dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian merujuk dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan bahawa 1MDB tidak pernah gagal memenuhi obligasi jadual pembiayaan kewangannnya.
Kata Ahmad Maslan, kedudukan kewangan 1MDB juga tetap kukuh.
“Apa yang gagal dinyatakan termasuk keengganan menjawab soalan saya adalah hakikat bahawa 1MDB terdesak hingga terpaksa melanjutkan, menyusun dan membiayai semula hutang RM6.17 bilion sebanyak dua kali tahun lalu,” ujarnya.

Bagaimana pula dgn Kerajaan Persekutuan BN & negeri2 jajahan BN yg lain ??? MAU SOROK KA !


Nik Nazmi: Isu-Isu Pendidikan Tinggi Di Selangor

Syukri Razab: Parti Politik Fikir Cara Yang Terbaik Membuat Engagement Dengan Gerakan Mahasiswa

Yeo Bee Yin: Change Is A Very Slow And Painful Process

MB: Selangor tolak paradigma lama ‘Secrecy is Security’

PKNS tandatangan Ikrar Integriti di SACC MB (7)SHAH ALAM, 11 NOV: Semua anggota perkhidmatan awam dan kakitangan anak syarikat Kerajaan Negeri dituntut membudayakan nilai integriti, kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik dalam pentadbiran.
Dato’ Meteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen itu penting dalam menterjemahkan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin melihat setiap penjawat awamnya memiliki jati diri merangkumi sikap amanah, keterbukaan dan ketelusan.
“Masyarakat yang demokratik menuntut sebuah pentadbiran yang bijak dan efektif. Oleh itu, pentadbiran kerajaan yang bijak dan efektif memerlukan muafakat kepimpinan.
PKNS tandatangan Ikrar Integriti di SACC MB (5)“Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri menolak pemikiran paradigma lama iaitu ‘Secrecy is Security’. Sebaliknya, Kerajaan Negeri akan menjunjung pentadbiran dan pengurusan berteraskan ‘Transparency is Security’,” katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SACC Convention Centre, di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata, ‘kerahsiaan’ dalam pentadbiran bukan lagi boleh dianggap sebagai ‘keistimewaan’ (Privilege) Kerajaan kerana ia banyak memberi keresahan dan menimbulkan prasangka di dalam masyarakat.
“Kerahsiaan akan hanya membenihkan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam sesuatu pengurusan. Kerajaan Negeri berpendirian bahawa, semua perjanjian syarikat konsesi yang membabitkan kepentingan rakyat umum perlu difahami oleh ‘stakeholders’ sebelum ia dimeterai.
“Saya percaya integriti bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sentiasa mendukung prinsip ini, kita tidak akan berhadapan masalah kemudian hari,” katanya.

Tak guna jadi negara pendapatan tinggi kalau rakyat tak mampu beli rumah, kata Daim

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat. Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri. "Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa," katanya hari ini.
 Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul “The Colour of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini. Lebih membimbangkan Daim adalah hartanah kini sukar untuk dimiliki khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi. "Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini. "Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal," katanya.
Daim menegaskan rakyat Malaysia masih tidak mencapai tahap pendapatan yang baik dan ramai yang masih berpendapatan di bawah tahap kemiskinan. "Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan," katanya.

Ahli Parlimen Pakatan bantah 1MDB, Dewan Rakyat adakan pengundian

Dewan ‎Rakyat hari ini menyaksikan Timbalan Yang Di-Pertua Datuk Ismail Mohamed Said mengadakan undian berbelah bagi selepas ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangkit membantah kelulusan bacaan Rang Undang-Undang Perbekalan (2015) peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan.
 Ia berlaku selepas ketegangan yang tercetus apabila Ismail tidak mengendahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya‎ Utara (DAP) Tony Pua untuk meneruskan soalan kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sejurus selepas Ismail membaca aturan urusan mesyuarat, ahli Parlimen PR bangun bagi membantah bacaan kali kedua diteruskan.
"Mengikut undang-undang Dewan, loceng akan dibunyikan ‎dan semua ahli Parlimen perlu kembali dalam dewan untuk kiraan dimulakan," kata Ismail di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara menunggu keputusan undi belah ahli Parlimen pembangkang mengkritik Chua yang tidak mahu menjawab soalan mereka berkenaan "kontroversi" 1MDB.

Boleh membangun tanpa TPP, 1MDB tak perlu ada - Tun M


Dr. Mahathir asyik mendengar salah seorang peserta membahaskan ucaptamanya selepas merasmikan KL Summit 2014 di Kuala Lumpur pada 11 November 2014.Foto: FAZRY ISMAIL.
Dr. Mahathir asyik mendengar salah seorang peserta membahaskan ucaptamanya selepas merasmikan KL Summit 2014 di Kuala Lumpur pada 11 November 2014.
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih berpendapat Malaysia tidak memerlukan Perjanjian Perkongsian Tran Pasifik (TPP) untuk membangun.
"TPP tak perlu. Kita tidak ada TPP pun kita dapat membangunkan negara kita.
"Apa perlu TPP? Itu pendapat saya," ujarnya pada sidang media selepas ucaptama perasmian KL Summit di sini hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika ditanya adakah beliau masih konsisten dengan pendirian menolak TPP atau tidak.
Menurut Dr. Mahathir, jika kerajaan tidak terima pandangannya, maka kini terpulang kepada orang ramai sama ada mereka mahu atau tidak.
TPP merupakan adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas dalam kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$27.5 trilion.
Mengenai tegurannya kepada Datuk Seri Noh Omar berhubung kelemahan UMNO Selangor, Dr. Mahathir berkata, jika sudah lama tetapi gagal merampasnya daripada pembangkang, pimpinan mesti berubah.

Shahidan: Tony Pua, ‘You shut up!’

Berikutan 'ketegangan' yang tercetus apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak mempedulikan Tony Pua untuk meneruskan soalan kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong mengenai 1MDB.
shahidan-kassim2KUALA LUMPUR: Sidang Dewan ‎Rakyat hari ini kecoh sehingga menyaksikan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said mengadakan undian berbelah bahagi setelah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangkit untuk membantah kelulusan bacaan Rang Undang-Undang Perbekalan (2015) peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan.
Undian berbelah bagi itu dilakukan berikutan ‘ketegangan’ yang tercetus apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak mempedulikan Ahli Parlimen Petaling Jaya‎ Utara Tony Pua untuk meneruskan soalan kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Usul tersebut adalalah Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 (Akta 406) membuat ketetapan suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari RM50,499,994,000 dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015.
Sejurus selepas Timbalan Speaker Dewan Rakyat membaca aturan urusan mesyuarat, ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun bagi membantah bacaan kali kedua diteruskan.

Bung: Kenapa 'raba' badan penumpang?

MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempersoalkan kaedah pemeriksaan ke atas badan penumpang ke atas penumpang di pintu pelepasan penerbangan.

Katanya, pemeriksaan di pintu keluar itu sepatutnya menggunakan seperti di negara maju.

Namun, Malaysia masih lagi melakukan pemeriksaan dengan tangan memeriksa badan penumpang.

"Apa ini raba-raba? Kalau orang Sabah kita panggil meramas.

"Saya gelilah kena raba-raba ini. Kalau perempuan yang raba lain sikit," kata Bung sewaktu berucap di Dewan Rakyat.

Menurutnya, polis yang melakukan pemeriksaan badan itu juga tidak mempunyai cara yang seragam apabila memeriksa penumpang.

"Berapa kos kita melatih polis ini untuk meraba-raba. Lain polis lain cara merabanya.

KIDEX: MB Selangor ambil pendekatan pro-rakyat

kidex1SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Negeri tidak akan menentang pembangunan jaringan jalan raya yang memberi manfaat kepada rakyat selagi dilakukan secara terbuka dan telus.
Demikian reaksi, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika ditanya pemberita berhubung kontroversi pembinaan lebuh raya Kinrara Damansara Expressway (KIDEX).
“Ia tidak bermakna KIDEX sahaja. Semua pembinaan jalan raya di negeri ini harus membuktikan ia memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SACC Convention Centre, di sini, hari ini.
azminMohamed Azmin berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan berbeza dalam menangani kontroversi KIDEX berbanding mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, sebelum ini, tiada perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dengan Kerajaan Selangor berkenaan pembinaan jalan raya.
“Ketika Khalid, tidak ada mesyuarat dengan penduduk atau pihak berkepentingan. Sebelum ini juga tidak ada perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan negeri.

MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan Bajet Kem. Pengangkutan 2015

MP PKR Kuala Langat Bahas Peruntukan Bajet Kementerian Pengangkutan 2015

MP DAP Kota Kinabalu Bahas Peruntukan Bajet Kementerian Pengangkutan 2015

MP PAS Bachok Bahas Peruntukan Bajet Kementerian Pengangkutan 2015

MP PKR Batu Bahas Peruntukan Bajet Kementerian Pengangkutan 2015

MP DAP PJ Utara Bahas Peruntukan Bajet Kementerian Pengangkutan 2015

Hak Kesatuan Pekerja KTMB - MP PAS Tumpat Bahas Peruntukan Bajet Kementerian Pengangkutan 2015

Undi Belah Bahagi untuk luluskan/ Tolak Peruntukan Bajet 2015 Kem. Kewangan

PAS mahu audit belanja RM93 juta Hari Belia didedah

Mahathir: 1MDB tak ada pun tak apa

PAC: Kontraktor pembinaan incenerator tidak layak

MP BN: Kenapa masih 'raba' badan penumpang?

No more appeal, former relief teacher urges gov't

Daim: Take action against dishonest officials

'Malaysia needs revenue base from GST'

'Meaningless to be high income nation with income disparity'

Saya perlu banyak berehat - Hadi

Saya perlu banyak berehat - HadiKUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui keadaan kesihatannya agak kurang baik dan perlu banyak berehat, lapor Harakahdaily.

Lidah rasmi PAS itu juga melaporkan Abdul Hadi sejak kebelakangan ini tidak lagi aktif memenuhi undangan ceramah parti.

"Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," Abdul Hadi dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Abdul Hadi juga dilaporkan hanya membahaskan Bajet 2015 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin dalam tempoh tidak lebih dari 10 minit.

Mei lalu, Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Istanbul, Turki setelah mengalami masalah pernafasan ketika menghadiri program di negara tersebut.

Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau aktif seperti biasa.

PAC ‘hidu’ unsur rasuah dalam projek loji insinerator

PAC juga mendapati KPKT gagal untuk meneliti cadangan pemilihan teknologi oleh Syarikat XCN Technology Sdn Bhd (XCNT).

RasuahKUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan bahawa pihaknya ‘menghidu’ unsur rasuah dalam projek loji insinerator yang bernilai RM187.74 juta.
Ekoran prestasi fizikal projek yang kurang memuaskan, PAC telah memanggil Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) beserta penjawat awam yang lain.
Isu loji insinerator ini timbul apabila projek ini mendapat liputan daripada media massa. Oleh yang demikian, kajian audit terhadap projek ini telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun 2012, siri 2 yang telah dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober 2013.
“Sama ada timbul atau tidak isu rasuah itu adalah tidak jelas. Ia terpulang kepada pihak kerajaan untuk memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.
Bukan itu sahaja, PAC juga mendapati KPKT gagal untuk meneliti cadangan pemilihan teknologi oleh Syarikat XCN Technology Sdn Bhd (XCNT).
“Jawatankuasa Penilaian Teknologi Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan hanya menilai teknologi ini berdasarkan kertas cadangan sahaja. Jawatankuasa Penilaian tidak membuat ‘due dilligence’ dengan lawatan tapak ke projek rintis di Majlis Perbandaran Kuala Terengganu dan Perwaja Steel serta protaip di UiTM Shah Alam,” katanya.

Mufti Pahang : Jangan halalkan sesuatu yang haram

"Kalau lelaki menyerupai perempuan kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.
DATUK SERI ADNAN YAAKOBKUANTAN : Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman berkata lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya, perempuan menyerupai lelaki, merupakan perbuatan dilaknat Allah yang jelas haram dalam Islam.
“Kalau lelaki menyerupai perempuan kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.
“Hukum orang yang bercakap begitu, kalau dia sedar, boleh dikira syirik kepada Allah. Dia boleh terkeluar daripada Islam kerana mengubah hukum Allah, ertinya tidak memperakui peraturan Allah,” katanya memetik daripada laporan Bernama.
Tambahnya, melainkan, golongan ‘khunsa muskhil’ yang dilahirkan dalam keadaan dua sifat (lelaki dan wanita) yang boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.
Abd Rahman turut menyokong agar semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama bagi mencelah dalam rayuan kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, telah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Dipecat Kerana Mengandung: Guru gesa k'jaan tak rayu ganti rugi RM300,000

Noorfadilla Ahmad Saikin, bekas guru gantian yang ditamatkan perkhidmatan kerana mengandung, menggesa kerajaan agar tidak memfailkan satu lagi rayuan terhadap perintah ganti rugi RM300,000 kerana memecatnya.

Noorfadilla, 31 tahun, hadir di Parlimen untuk menggesa semua MP agar meminda Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan tiada diskriminasi jantina di sektor swasta dan awam.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini merayu kes itu yang dimenanginya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2011 sebelum menarik balik rayuan itu.

Noorfadilla menggesa kerajaan agar tidak mengulangi proses rayuan itu yang menyebabkan ganti rugi kepada beliau tertangguh selama 23 bulan.

"Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak 5 tahun 10 bulan yang lepas," katanya.

Sarawak luluskan pertambahan kerusi DUN daripada 71 ke 82

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan pertambahan bilangan kerusi daripada 71 kepada 82, kata Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Abang Johari Openg.
Semasa membentangkan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2014 pada sidang DUN di Kuching hari ini Abang Johari berkata, pertambahan itu pada prinsipnya disebabkan peningkatan populasi yang boleh mengundi, berikutan kepesatan pembangunan dan aktiviti ekonomi di negeri ini sejak semakan semula kawasan pilihan raya pada 2005. "Dari segi Perlembagaan, kawasan pilihan raya disemak selang tidak kurang lapan tahun," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Beliau berkata, sebaik sahaja rang undang-undang itu diluluskan, ordinan baharu akan dikuatkuasakan pada tarikh yang akan ditetapkan Yang Dipertua Negeri, sebelum pilihan raya negeri akan datang.

Siapa dilupus hutang RM400 juta,- MP PKR Pandan Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

MP PAS Shah Alam - Kuala Terengganu Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

MP PAS Kuala Terengganu Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

MP PKR Lembah Pantai Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

MP DAP Beruas Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

Mahathir: 1MDB tak ada pun tak apa

MP: EDL most expensive highway in M’sia

Dr M: Hard to differentiate men and women, they all wear pants

Some fatwas need to be reviewed, says Mahathir

Dr M: Politicians can't stay in power until they die

Rakyat Merempat: Sardin bukan lagi lauk orang miskin

Sardin KUALA LUMPUR - "Kalau susah-susah masak saja ikan sardin".   Ramai yang mungkin tidak asing dengan ungkapan ini apatah lagi untuk orang bujang atau mereka yang kesuntukan masa untuk memasak.

Malah ada juga yang menyimpan stok ikan sardin tin ini untuk tujuan 'kecemasan', manalah tahu ada tetamu datang tanpa dirancang.
  
Memasak ikan sardin ini sama ada yang di dalam tin atau segar sememangnya mudah. Tidak memerlukan banyak bahan. Sama ada dijadikan sambal, dimasak kari atau digoreng bersama bawang dan halia, hidangan ini sudah cukup untuk mengalas perut yang lapar.
  
Ada juga yang menjadikan ikan sardin ini sebagai inti sandwic atau karipap.
  
Rakan Facebook (FB), Rosie Hashim memberitahu penulis, untuk menjadikan masakan sardin lebih sedap beliau akan menambah air asam jawa dan hirisan cili merah.
  
"Masak lemak pun sedap", tambahnya.
  

Kenangan silam

Penulis sendiri berasa nostalgik dengan ikan sardin, ikan yang sering dikaitkan dengan rakyat marhaen.
  
Membesar dalam keluarga yang ramai dengan gaji ayah yang tidak seberapa, ikan sardin adalah sajian lumrah buat kami adik-beradik.
  
Untuk menjadikannya banyak, emak akan menambah ubi kentang. Cukuplah makanan pada hari itu.
  
Ikan sardin segar pun pada masa itu harganya mungkin kira-kira RM1.00 sekati (kira-kira 600 gram) dan itu pun boleh berkongsi dengan kucing!
 
Itu kisah puluhan tahun dulu. Sekarang kalau disebut ikan sardin, ia lebih disebut 'macam ikan sardin', membayangkan keadaan bas atau tren yang sesak dan padat dengan penumpang.
   
Anak zaman sekarang pun mungkin lebih mengenali ikan tuna daripada ikan sardin.
  

Semahal ayam

  
Hari ini, kalau nak makan ikan sardin tin mungkin lebih elok beli ayam!
  
Baru-baru ini penulis membeli setin ikan sardin berjenama. Tin leper yang paling besar dan bila terima resit belian, harganya RM9.30. Balik rumah, buka tin, ada tiga tongkol sahaja.
  
Congak di kepala tidak memerlukan kalkulator, setongkol RM3.10. Bukankah mahalnya?
  
Di sebuah pasar raya lain, harga sardin tin yang sama RM9.99! Teringat minggu sebelumnya beli ayam, sederhana saiz, harganya kira-kira RM10.00 sahaja.
  
Nampaknya, ikan sardin bukan lagi semurah semasa saya kecil dahulu!

Apalah agaknya yg terlintas di fikiran pak2 Arab ketika itu..!!



Nurul Izzah: Kecualikan semua buku daripada GST

SHAH ALAM 11 NOV: Kerajaan Pusat patut mengecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas semua buku dan tidak mengehadkannya kepada buku teks, buku latihan, kamus dan buku kanak-kanak sahaja.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata pengecualian terpilih itu mengelirukan orang ramai dan terdedah kepada salah guna akibat kekeliruan pengkelasan buku.
“Kenapa kerajaan mencukai usaha belajar dan menuntut ilmu?” Kata Naib Presiden PKR itu dalam satu kenyataan media.
Katanya, ribuan buku-buku lain terdiri daripada fiksyen dan bukan fiksyen, meliputi pelbagai subjek meluas termasuklah sains, matematik, ekonomi, sejarah, sastera dan politik.
“Rakyat akan berbelanja lebih apabila April 2015 tiba dan ia akan menghindarkan tabiat membaca yang baik.
“Kerajaan perlu mengkelaskan semua buku tanpa mengira kategori, sebagai barangan tanpa cukai GST,” kata Nurul Izzah.

Selepas ditahan, akaun Facebook Fahmi pula digodam

KUALA LUMPUR: Selain berhadapan dengan pelbagai sekatan dalam siri jelajahnya di ke kampus-kampus, akaun Facebook Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol juga turut digodam.

Terbaharu, akaun Facebook peribadi beliau yang didaftarkan sejak 2008 tidak dapat diakses.

"Akuan peribadi Facebook saya yang dibuat pada tahun 2008 sudah tiada, akaun peribadi bertukar kepada "page". Akaun lama saya tidak mampu diakseskan," tulis belaiu dalam page baharunya.

Menurut Fahmi, cubaan mengganggu akaun Facebook beliau berlaku sejak beberapa hari lalu ketika beliau dan rakan aktivis mahasiswa mahu mengadakan program di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketika itu, wujud satu akaun palsu atas nama beliau yang membuat posting 'menghina' rakyat Sabah.

Fahmi dalam pada itu beberapa kali membuat penafian di Facebook beliau berhubung kewujudan akaun palsu tersebut.

Berikutan itu juga, beliau telah membuat satu laporan polis terhadap kewujudan akaun palsu tersebut.

"Saya menerima pelbagai ancaman dan ugutan dari pelbagai pihak di Sabah berkenaan akaun palsu tersebut," katanya dalam laporan polis itu.

Ahad lalu, Fahmi bersama tujuh lagi aktivis mahasiswa lain ditahan pihak polis ketika merancang untuk berucap di UMS.

Pakatan rugi tidak terima PSM, kata penganalisis

Pakatan Rakyat (PR) silap apabila tidak menghiraukan permintaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyertainya kerana parti itu boleh membantunya meningkatkan sokongan pengundi, terutama daripada kalangan golongan pekerja, kata penganalisis.
Mereka berkata, PSM juga boleh menyumbang kepada usaha PR mengambil alih Putrajaya terutamanya daripada segi pembahagian kerusi dan mengelak pecah undi dalam menentang Barisan Nasional (BN), mengambil kira keputusan parti itu baru-baru ini bertanding secara solo selepas tidak diterima PR sepanjang dua tahun lepas.
 "Dengan adanya PSM, sudah tentu akan mengurangkan kemungkinan pergeseran dari segi pembahagian kerusi," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.
“Sebelum pilihan raya umum tahun lepas (PRU13) kami sudah nampak, ada beberapa isu di Semenyih dan Kota Damansara, dan ia menyebabkan PR hilang dua kerusi itu,” katanya.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PKR dan PSM pada PRU13 sementara Kota Damansara menyaksikan pertandingan antara enam calon terdiri daripada Umno, PAS, PKR dan Bebas. BN menang di kedua-dua kerusi kerana undi kepada pembangkang terbahagi kepada beberapa bahagian.
Penganalisis bebas Khoo Kay Peng berkata PSM boleh menawarkan PR akses kepada golongan pekerja dan memberi maklum balas kepada pakatan pembangkang mengenai apa yang mereka perlukan dan isu yang menjadi kebimbangan mereka.

Saya hanya mahu selamatkan kerajaan Pakatan Selangor - Saari

Berulang kali saya cuba cari dan fahami apakan kesalahan saya yang dimaksudkan bersalah, kata Adun Hulu Klang Saari Sungib. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2014.Berulang kali saya cuba cari dan fahami apakan kesalahan saya yang dimaksudkan bersalah, kata Adun Hulu Klang Saari Sungib. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2014.Saya menerima surat yang menyatakan pada 12 Oktober 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah dan membuat keputusan menggantung keahlian saya sebagai ahli PAS selama setahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan.
Berulang kali saya cuba mencari dan memahami apakah kesalahan saya yang dimaksudkan sebagai bersalah.
Bagi tujuan pembelaan diri seperti yang saya jelaskan dalam siasatan awal pada 29 September, 2014 kepada Pejabat Setiausaha Agung, bolehlah saya letakkan bersalahnya saya ada kaitan dengan tindakan menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 14 Ogos 2014.

Perkara ini saya jelaskan sebagai berikut: 1. Kemelut pertukaran menteri besar Selangor meresahkan kami di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) kerana ada ura-ura akan berlakunya perpecahan sokongan di kalangan Adun daripada PKR dan DAP yang setia kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan mereka yang akan patuh dengan keputusan parti menolak TSKI.
2. Setakat itu tiada apa-apa isu timbul atau dibangkitkan berkenaan Adun PAS. Pada masa itu saya merasakan pendirian Adun dan parti PAS adalah jelas, iaitu menolak TSKI.
3. Namun keadaan ini berubah secara yang amat menggusarkan saya setelah TSKI dipecat daripada PKR. Perubahan yang jelas itu adalah DAP menjadi padu dengan semua 15 Adun dan 13 daripada PKR (tidak termasuk TSKI kerana dipecat daripada PKR) menolak TSKI. Namun tiada sebarang arahan mahupun pendirian daripada PAS, sama ada pimpinan Selangor mahupun pimpinan Pusat.
4. Saya bertanya pimpinan PAS Negeri Selangor dan juga beberapa pimpinan PAS Pusat tentang perkara ini. Namun tidak mendapat jawapan daripada kedua-dua pimpinan negeri mahupun Pusat.
5. Keadaan menjadi bertambah gawat apabila TSKI mengumumkan pada 11 Ogos, 2014 beliau mendapat sokongan majoriti Adun di Dewan Negeri Selangor.

Audit: Ejen kastam laku 500 kesalahan, tiada tindakan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerima teguran kerana tidak mengambil tindakan ke atas ejennya yang berulang kali melakukan kesalahan.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 menyebut, salah satu daripada ejen berkenaan didapat melakukan 500 kesalahan dalam tempoh tiga tahun.

Laporan itu juga menyebut, Jabatan Kastam tidak mengambil tindakan ke atas 17 ejen kastam yang tidak aktif selama lebih daripada setahun.

Kenapa kerajaan Umno@BN perlu 'sembunyi' audit RM93 juta Hari Belia?

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan membentangkan Laporan Ketua Audit Negara berhubung program Hari Belia Negara.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pada sidang media di lobi Parlimen hari ini memberitahu walaupun audit telahpun dilakukan, namun kerajaan mengatakan ia tidak perlu didedahkan.

"Saya telah bangkitkan isu audit di peringkat Jawatankuasa berhubung laporan audit membabitkan hari belia negara sejak 2011 hingga 2013 yang tidak dibentangkan.

"‎Dulu diberitahu akan memasukkannya dalam laporan audit siri dua, namun dalam siri tiga pun tidak ada laporan tersebut," katanya.

Menurut beliau, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim‎ yang mengakui audit telah dilakukan, namun ia tidak perlu didedahkan kerana kementerian akan mengambil tindakan pembaikan, telah menimbulkan persoalan.
‎‎
"Kalau audit telah dilakukan kenapa ia tidak mahu dibentangkan, perkara ini perlu dimaklumkan kepada umum dan juga parlimen untuk kita ketahui secara mendalam apa yang telah dibelanjakan.

"‎Kita sedia maklum bahawa bagi program tersebut kementerian telah berbelanja melebihi peruntukan yang telah ditetapkan.

1BestariNet, projek ‘separuh jalan’ kerajaan Umno@BN

Sehingga Jun tahun ini, tidak sampai 90 peratus dari keseluruhan pemasangan berjaya disiapkan, dengan kira-kira 1,082 sekolah masih dalam proses menunggu.

bestariKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata projek 1BestariNet yang berjumlah RM4.1 bilion merupakan satu lagi projek gajah putih yang dimiliki kerajaan Barisan Nasional (BN).
Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru menunjukkan keraguan pelaksanaan 1BestariNet oleh kontraktornya YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) sehingga kini hanya menyelesaikan separuh pemasangan internet jalur lebar daripada 10,000 sekolah pada bermula Mac 2013.
“Sehingga Jun tahun ini, tidak sampai 90 peratus dari keseluruhan pemasangan berjaya disiapkan, dengan kira-kira 1,082 sekolah masih dalam proses menunggu.
“Akibatnya, YTLC telah didenda RM2.4 juta oleh Kementerian Pendidikan,” katanya seperti yang dilaporkan Roketkini.
Tambah Zairil, syarikat YTLC sepatutnya digantung serta merta kerana gagal menyelesaikan projek tersebut bagi mengelakan berlakunya pembaziran wang yang berterusan.
“Sekiranya 1BestariNet dibenarkan berterusan dalam keadaannya sekarang, tidak syak lagi bahawa RM4.1 bilion wang pembayar cukai dibazirkan untuk satu lagi projek gajah putih,” jelas Zairil.
Syarikat 1Bestari Net ialah syarikat yang menjalankan projek pemasangan internet jalur lebar berkelajuan tinggi di 10,000 sekolah seluruh negara dan perlaksanaan sistem pembelajaran atas talian VLE untuk kegunaan 5.5 juta murid dan 500,000 guru.

Hutang RM250 juta: Kesal kerajaan dengar dakwaan pembangkang kata NFC

SHAH ALAM - National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) gagal membayar pinjaman berjumlah RM250 juta kepada kerajaan kerana wang yang sepatutnya milik syarikat itu telah dihantar kepada Jabatan Akauntan Negara sehingga hari ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail berkata, ia merupakan kesan daripada dakwaan pembangkang kononnya NFCorp telah menggunakan pinjaman kerajaan berjumlah RM71.5 juta untuk mendapat pinjaman dari sebuah bank bagi pembelian pejabat di Kuala Lumpur.

“Berikutan itu, kerajaan melalui Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) telah merampas semua pinjaman dan wang keuntungan perniagaan syarikat pada Mac 2012. Selepas setahun AMLA membuat kajian mengenai tuduhan pembangkang, wang simpanan dan juga kenderaan syarikat, AMLA membebaskan barang rampasan itu pada Mac 2013.

“Malangnya wang pinjaman itu telah dihantar kepada Jabatan Akauntan Negara sehinggalah ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru berkata, kerajaan akan membatalkan kontrak dengan NFCorp berikutan kegagalan syarikat itu menjelaskan pembayaran balik bagi pinjaman berjumlah RM250 juta.

1MDB makin terbeban dengan hutang

MP DAP, Tony Pua berkata beliau melihat kedudukan kewangan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad kini dalam keadaan sukar.

Hinggakan, firma berkenaan kini terpaksa membuat penjadualan semula pembayaran balik hutang berjumlah RM6.17 bilion, katanya dalam sidang media di bangunan parlimen.

Firma berkenaan melanjutkan tempoh pembayaran hutang tersebut selama enam bulan dengan pembiayaan semula sebanyak RM5.5 bilion, kata MP Petaling Jaya Utara itu.

Beliau membuat dakwaan itu dengan memetik kenyataan kewangan yang diserahkan 1MDB kepada Suruhanjaya Syarikat bagi tahun kewangan 2014.

"Kesukaran 1MDB membayar semula pinjamannya dan harga yang dipersetujui syarikat itu untuk pembiayaan semula hutangnya memberikan bukti jelas bahawa syarikat itu berdepan kesukaran untuk mengimbangkan aliran tunainya," kata Pua.

DAP: Anak syarikat 1MDB tak serah penyata tahunan

MP DAP, Tony Pua mempersoalkan tanggungjawab syarikat pelaburan negara, 1MDB yang menurutnya gagal mengemukakan penyata kewangan tahun 2013 untuk empat anak syarikatnya.

Menurut MP Petaling Jaya Utara itu empat anak syarikat itu adalah 1MDB Real Estate Sdn Bhd, 1MDB Energy (Langat) Sdn Bhd, Powertek Investment Holdings Bhd, dan Farlim Properties Sdn Bhd.

Pua berkata perkembangan itu secara tidak langsung memberi imej buruk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga pengarah 1MDB.

"Kekurangan tatakelola, ketelusan dan kebertanggungjawaban dari syarikat milikan penuh kerajaan yang perdana menteri sendiri adalah pengerusi lembaga pengarah adalah mengejutkan dan memalukan," kata Pua.

Beliau membangkitkan perkara itu dalam sidang media di bangunan parlimen pagi ini.

JUDI haram, ANAK haram, HARAMjadah.. Terbaru.. Ejen haram PATI..!!





Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

MP PAS Temerloh Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

Ucapan Dato' Menteri Besar Selangor Perhimpunan Bulanan

1MDB's rescheduling of RM 5.5 bil loans proof of financial strain

Kerajaan Jangan Diktator Terhadap Mahasiswa

MP: 'Financially stretched' 1MDB misses three deadlines

MP DAP PJ Utara Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

MP DAP Kluang Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

PM Najib perlu dengar teguran Tun Dr M dan Ku Li

Dewan Rakyat 11 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Usah layan Ku Nan yang merepek

SUBKY LATIF 

TENGKU Adnan Mansor, ketua bagi semua setiausaha Umno, tidaklah tua sangat tetapi sudah boleh dikira merepek.
   
Menjelang bulan puasa lalu, atas sifatnya Menteri Wilayah Persekutuan, dia membuat keputusan untuk menangkap golongan yang menyediakan makanan kepada orang gelandangan di Kuala Lumpur jika beroperasi sekitar jarak beberapa kilometer dari Bukit Bintang. Setelah semua orang maki dia atas keputusan bodohnya itu, dia tidak jadi bertindak.
   
Seminggu dulu dia diberi penghormatan oleh Umno berucap di hadapan golonan ulama Umno. Begitu ramai ulama dalam Umno, bukan ahli agama ditunjuk untuk memberi amanat kepada mereka.
    
Dia pun berkata, PAS adalah parti ajaran sesat. Tidak diketahui apa penerimaan golongan ulama parti sekular itu? Antara mereka beberapa kerat ahli ilmu yang keluar dari PAS.
    
Antara yang digeruni sangat oleh Tengku Adnan ialah institusi pra sekolah PASTI, yang ditaja PAS terdapat di seluruh negara. Dikiranya PAS telah meracun otak orang Melayu untuk membenci Umno sejak dari kanak-kanak lagi.
    
Nasihat saya pada PAS, usah layan sangat buruh  VIP Umno itu kecuali ada ruang dia boleh disaman.
   
Cakapnya itu merepek. Dulu dia hina orang gelandangan. Sekarang difatwakannya pula PAS parti ajaran sesat.
   
Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS tidak perlu layan dia. Jika orang merepek dilayani nanti orang kita pun merepek macam dia juga. Kalau hendak repot polis, suruh ahli-ahli cawangan saja.
   
Tiada siapa yang hendak mendengar pencerahan tentang agama daripadanya. Jika konsep Wasatiyah yang Najib perkenalkan pun belum begitu diterima orang, dan konsep Islam Hadhari PM Tun Abdullah Badawi pun sudah hanyut entah ke mana, siapa yang hendak dengar khutbah agama Tengku Adnan yang orang tidak tahu di mana dia mengaji, siapa guru dan apa sijil agama yang dia ada.

Balu Ahmad Sarbaini fail saman RM8 juta terhadap SPRM

KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, hari ini memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.

Isterinya Masiah@Maziah Manap (gambar), 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.

Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.

Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.

Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.

Palak Agong

oleh NURUL HASFIFI
palakZaman sekarang semua pentingkan’ kepala agong’. Semua perlu ‘kepala agong’. Tak ada ‘kepala agong’ bukan tak jadi kerja tapi lambat sikitlah kerja nak siap. Eh apa cerita ‘kepala agong’ ni? Cuba seluk poket seluar atau poket baju. Ada tak kertas warna biru, merah dan jingga?
Kalau nak tahu, muka orang atas kertas berwarna itu ialah Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang pertama; Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad. Kalau kalian nak tahu, dulu Sarawak masa masih bergelar sebuah negara pun ada matawang tersendiri – Sarawak Dollar. Dari tahun 1858 sampai tahun 1953 matawang itu guna di Sarawak. Dulu bapa saya ada koleksi duit-duit kertas dan syilling yang lama. Tapi masa rumah kena pecah masuk dulu, hilang semua. Sayangnya..
Cerita pasal duit ni,siapa bekerja atau belajar memang hari-hari perlu pakai duit. Untuk beli minyak kereta atau motor, untuk tambang bas atau LRT,untuk beli makanan dan paling penting untuk masa sesak. Yang mana yang sudah berkeluarga tu,banyak lagi nak difikir dari orang bujang. Mana lagi nak bayar rumah,bayar kereta,bayar bil,membeli barang dapur, yang mana sudah beranak-pinak itu fikirkan bekal anak,duit bas sekolah. Yang ada anak kecil fikir pasal susu dengan lampinnya lagi. Semua perlu duit. Tapi duit ni selalu lambat sangat masuk, tapi cepat sangat keluar. Betul tidak? Lebih lagi yang bekerja sendiri. Yang makan gaji adalah benda nak ditunggu hujung atau awal bulan.
Rata-rata kita dan kawan di sekeliling boleh melabel diri sebagai kelas pertengahan. Marhaen kata kita.. Nak kata susah sangat tak juga, insya-Allah masih dapat makan dua kali sehari. Nak kata senang sangat tidak juga. Sesak-sesak juga rasa bila dah masuk tengah bulan..Sedang-sedang lah. Tapi cuba tanya diri atau dengan kawan-kawan, bebas hutangkah kita? Ada berhutang dengan PTPTN, ada berhutang dengan bank (dari segi loan kereta,rumah dan yang sewaktu dengannya), dan bila masa sesak sangat terpaksa berhutang dengan kawan.
Dimana silapnya? Adakah pengurusan kewangan kita? Atau silap kita tidak mencari kerja sampingan, kerja lebih kuat dan lebih masa? Dalam keadaan ekonomi kita yang seperti ini, apa pun yang kita buat mesti tetap tidak mencukupi. Minyak naik,tambang bas naik, harga rumah naik, harga barang keperluan naik. Mana tidak rakyat naik angin dengan keadaan sebegini? Kemudian keluar ayat – ‘rakyat mesti berjimat’, ‘jangan beli rumah kalau harga naik’, ‘jangan makan ayam kalau harga naik – makan ikan atau daging’.
‘Jangan beli sayur kalau harga naik – tanam sayur sendiri’, ‘naik harga gula – elak diabetes’, dan dalam banyak-banyak kata ‘hikmat’ yang keluar, paling tidak dapat dilupakan ialah ‘harga barang ketentuan Allah’.
Kata-kata ‘nikmat’ ini sudah seperti memerah limau ke tangan yang luka, seperti mencurah minyak ke api. Manalah tidak orang makin sakit hati. Lebih lagi bila kita tahu fasal pembaziran yang dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan dari Laporan Audit Negara. Ini cerita benar. Silalah merajinkan diri baca Laporan Audit setiap tahun.

Malaysia di ambang defisit moral

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius terhadap gaya hidup umat Islam kini terutama dalam kalangan generasi muda yang sedang kuat dipengaruhi oleh unsur luar yang bercanggah dengan Islam. Gejala ini perlu dipulih segera. Kepincangan akhlak kini memberi tanda bahawa Malaysia khususnya masyarakat Islam  menuju ke arah bukan sahaja defisit kewangan malah juga "defisit moral".

Malah "defisit moral" inilah yang menjadi punca kepada defisit kewangan. Amalan rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan pelbagai aktor seperti ahli perbankan, ahli professional, ahli politik, pembuat dasar, penguatkuasa undang-undang, anggota kehakiman serta ahli media terlibat dengan pelbagai skandal yang menyebabkan berbilion ringgit dalam perbendaharaan negara tiris dan disonglap.

Dengan "defisit moral" kami maksudkan ialah keadaan masyarakat yang melihat yang baik sebagai buruk dan sebaliknya yang buruk dilihat baik. Ia juga ditandai dengan keburukan moral (kemungkaran) lebih banyak diterjemahkan berbanding nilai kebaikan. Dengan itu penerimaan atau bersikap pasif terhadap sebarang keburukan moral dilihat sebagai suatu yang biasa. Masyarakat Islam juga kini dijangkiti sindrom "defisit moral".

Oleh sebab modal moral sangat lemah berbanding dengan mementingkan diri dan nilai kepada modal wang, maka kepincangan dalam  pengurusan dan urustadbir negara menjadi lumrah.

Lalu, kini, sikap tidak peduli menjadi sikap yang dominan dalam masyarakat. Akibatnya berlakulah kerosakan akhlaq yang berleluasa, rasuah menjadi kebiasaan, jenayah dianggap sebagai suatu yang tidak dapat dielakkan, buang anak menjadi berita yang lazim, penceraian suami isteri dianggap normal, semua amalan yang korup boleh diselindungi dengan sogokan wang, pembohongan dan pemalsuan berita dianggap kebiasaan, merampas hak dan meminggir yang lemah diperkira sebagai nasib yang telah ditaqdirkan.

Audit: PAC terkejut masih banyak ketirisan

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara ( PAC ) terkejut apabila lebih banyak ketirisan berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri ke-3 2013 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya sedikit kecewa apabila masih ada kementerian dan agensi kerajaan yang tidak ada rasa takut diaudit.

Menurutnya, selepas setahun PAC menjalankan prosiding bersama kementerian dan agensi kerajaan yang bermasalah pihaknya berharap isu berbangkit berkurangan tetapi sebaliknya berlaku.

"Kita harap berkurangan (masalah) tetapi tidak. Maknanya PAC perlu kerja lebih keras.

"Selepas kita kerja kuat kita ingatkan budaya takut diaudit makin menyeluruh dalam kementerian. Kita terperanjat dengan laporan (audit) kali ini berbanding siri satu dan dua apabila jumlah kementerian dan jabatan yang perlu dipanggil semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Laporan Ketua Audit Negara semalam.

Audit: Sembilan pejabat perwakilan negara ada ‘masalah’

Audit
KUALA LUMPUR - Sembilan pejabat perwakilan Malaysia di luar negeri didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan pengurusan aset danstor yang ditetapkan Kementerian Luar.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, pengauditan dijalankan di 10 pejabat perwakilan Malaysia, namun hanya satu pejabat yang mematuhi peraturan itu iaitu Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania.

Sembilan pejabat yang gagal mematuhi peraturan itu ialah Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria; Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Ottawa, Kanada; Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea dan Kedutaan Besar Malaysia di Algires, Algeria.

Pejabat yang lain ialah Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia, Brazil; Kedutaan Besar Malaysia di Caracas, Venezuela; Kedutaan Besar Malaysia di Dili,Timor Leste; Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo, Bosnia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Vancouver, Kanada.

"Kesemua sembilan pejabat perwakilan itu belum mematuhi sepenuhnya peraturan berkaitan urusan pendaftaran aset, pelabelan aset, penyimpanan aset, pemeriksaan aset, penyelenggaraan buku log kenderaan rasmi dan pelupusan," menurut laporan itu.

Jelajah Mahasiswa: Fahmi Zainol Tak Serik

PETALING JAYA: Walaupun didakwa membabitkan sembilan pertuduhan oleh Lembaga Tatatertib Universiti Malaya, Fahmi Zainol mengakui masih tidak serik untuk terus lantang bersuara.

Malah, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu berkata, penahanannya bersama beberapa mahasiswa lain di Sabah pada Ahad tidak mematahkan semangatnya untuk terus mempertahankan hak kebebasan bersuara.

"Kita akan terus memperjuangkan hak ini. Tindakan yang dikenakan Lembaga Tatatertib UM dan penahanan polis di Kota Kinabalu tidak membuatkan saya serik untuk bersuara dan memberi penerangan kepada rakyat," katanya.

Jelas Fahmi, dia akan kembali mengadakan pidato di Universiti Utara Malaysia di Kedah pada Jumaat ini dan masing-masing Universiti Sains Malaysia pada Sabtu diikuti Universiti Teknologi Mara di Pulau Pinang.

Fahmi berlepas kembali ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 10.15 pagi Isnin.

Mengulas mengenai penahanan di Sabah, Fahmi berkata dia dan beberapa mahasiswa lain ditahan sebanyak dua kali iaitu pada pukul 11.30 pagi selepas selesai pidato di Lebuh Gaya dan seterusnya pukul 10.15 malam sebelum ‘Pidato Mahasiswa’ di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Audit: Prestasi Kewangan Kelantan Kurang Memuaskan



KOTA BAHARU: Kedudukan dan prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan pada akhir tahun lepas secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan berbanding pada 2012, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut laporan itu, keadaan berkenaan disebabkan kedudukan Kumpulan Wang Disatukan telah mengalami penurunan sejumlah RM46.88 juta atau 36.7 peratus iaitu daripada RM127.59 juta pada 2012 kepada RM80.71 juta pada 2013.

Akaun Hasil Disatukan menurun sebanyak RM77.78 juta menjadi defisit RM585.90 juta pada 2013 daripada defisit RM508.13 juta pada 2012.

Akaun Pinjaman Disatukan mencatat baki RM27.70 juta pada 2013 berbanding RM1.87 juta pada 2012, manakala Akaun Amanah Disatukan meningkat RM5.08 juta menjadi RM638.92 juta pada 2013 berbanding RM633.84 juta pada 2012.

Laporan Ketua Audit Negara itu menyebut secara umumnya baki defisit Akaun Hasil Disatukan untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun iaitu dari 2009 hingga 2013, telah ditampung oleh baki Akaun Amanah Disatukan.

Audit: Lima Kelemahan Urus Tanah Rizab Melayu Di Johor Dikesan



JOHOR BAHARU: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3, mendapati sebanyak lima kelemahan yang dapat memberi kesan terhadap pengurusan Tanah Rizab Melayu di Johor, ditemui semasa mengaudit Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri berkenaan antara Januari hingga April tahun ini.

Laporan itu menyebut, kelemahan pertama ialah keluasan sebenar Tanah Rizab Melayu di negeri ini tidak dapat ditentukan disebabkan Daftar Kawasan Tanah Rizab Melayu tidak dikemas kini serta 767 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu yang telah selesai diwartakan tidak didaftarkan.

Selain itu, maklumat pewartaan pembatalan dan penggantian kawasan Tanah Rizab Melayu tidak dapat disahkan serta proses pewartaan bagi 518 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu lewat diselesaikan antara dua dan 17 tahun.

Sebanyak 108 dokumen hak milik Tanah Rizab Melayu juga tidak diendors mengakibatkan empat bidang tanah di Kluang dan Kulaijaya seluas 4.47 hektar telah dipindah milik kepada bukan Melayu.

Terdapat juga pecahan plot bagi pembangunan kawasan Rizab Melayu milik bukan Melayu tidak didaftarkan atas nama pengarah Melayu.

Kawasan Tanah Rizab Melayu milik kerajaan Johor, juga ada yang telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran.

Rumah sembelih ayam di Pusing tidak patuh syarat sijil halal, kata laporan audit

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati pengusaha rumah sembelihan ayam di Pusing, Tronoh tidak mematuhi beberapa syarat pensijilan halal yang ditetapkan.
Pemeriksaan Audit bersama-sama pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 15 Mei 2014 mendapati pengusaha tidak menyediakan bekas mengasingkan sembelihan rosak atau tidak halal, keadaan rumah sembelihan yang kotor dan tidak dijaga walaupun mempunyai sijil halal bagi tempoh 22 Jun 2012 hingga 21 Jun 2014, serta pekerja di tempat pemprosesan tidak memakai sarung tangan.
"Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua) mensyaratkan rumah sembelihan hendaklah bersih dan haiwan yang tidak sempurna sembelihan mengikut syarak mesti diasingkan serta dilabel sebagai tidak halal selain pertukaran penyembelih hendaklah dilakukan setelah sembelihan mencapai maksimum 2,000 ekor ayam," menurut laporan tersebut. );
Hanya seorang daripada sembilan penyembelih yang terdiri daripada warganegara Malaysia, Nepal, Bangladesh dan Indonesia, bertugas pada Isnin, Selasa dan Rabu manakala pada Ahad, Khamis dan Jumaat, dua penyembelih bertugas, katanya. Berdasarkan jadual penggiliran dan temu bual dengan penyembelih, tidak ada bukti yang menunjukkan penyembelih ditukar selepas setiap jam selain pemiliknya mengatakan pada masa tertentu, bergantung kepada permintaan, syarikatnya pernah menyembelih sehingga 60,000 ekor ayam sehari, menurut laporan itu.
"Semakan Audit selanjutnya mendapati dua orang penyembelih tamat tempoh sijil penyembelihan masing-masing pada 24 Feb dan 3 Mei tahun ini," katanya. Selain itu, 22 sijil halal daripada 120 fail permohonan lewat dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melebihi lima hari selepas kelulusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal.

Audit: Pengurusan projek tebatan banjir, jalan luar bandar, pengairan Sarawak lemah


Pengauditan yang dijalankan antara Februari dan Mei 2014 mendapati pelaksanaan dan pengurusan projek-projek di Sarawak yang berkaitan dengan Rancangan Tebatan Banjir (RTB), Jalan Luar Bandar (JALB) dan Rancangan Pengairan Sarawak (RPS), adalah lemah.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, projek-projek RTB dan JALB didapati belum mencapai objektifnya manakala dua projek JALB didapati mengalami peningkatan kos sejumlah RM4.42 juta atau 57.8% daripada kos kontrak asal kerana ditender semula.
Laporan itu berkata kajian terperinci peringkat awal bagi projek tebatan banjir didapati tidak dilaksanakan secara menyeluruh walaupun masalah paling kritikal berkaitan keadaan tanah sudahpun dikenal pasti, dan ia menyebabkan kaedah-kaedah yang digunakan bagi dua projek RTB kurang sesuai.

"Objektif asal kerja-kerja mengorek dengan perbelanjaan sejumlah RM10.25 juta di Batang Rajang berhadapan dengan Pulau Kerto, Bahagian Sibu untuk menangani masalah banjir tidak tercapai kerana kerja mengorek tidak berkesan," menurut laporan itu.
"Objektif asal Skim Pengairan Padi Sungai Sebalak, Bahagian Betong sebagai jelapang padi yang menelan belanja RM70.76 juta pula belum tercapai kerana kawasan ini belum diwartakan oleh Kerajaan Negeri." Projek-projek RTB dibiayai oleh Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar manakala projek JALB oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), dan RPS oleh Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak (KPLB).

Audit: Belanja RM663j, Internet masih perlahan

Selepas RM663 juta wang pembayar cukai digunakan untuk memperkenal jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi, pelajar akhirnya masih terbelenggu dengan sambungan Internet perlahan.

Malah, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, projek 1Bestari Net, yang termasuk persekitaran pembelajaran maya (VLE), juga jarang digunakan pelajar dan guru.

Mengikut kontrak, sebanyak 9,191 sekolah akan dibekalkan dengan jaringan jalur lebar antara 4Mbps sehingga 20Mbps.

Sebilangan kecil sekolah, sebanyak 698 buah, dirancang dilengkapkan dengan jalur lebar berkelajuan minimum 2Mbps sehingga 4Mbps.

Bagaimanapun, audit di 46 sekolah mendapati 41 buah (89.1 peratus), hanya mendapat kemudahan jalur lebar berkelajuan antara 0.2Mbps hingga 3.62Mbps.

Laporan menyebut, kelajuannya terlalu perlahan untuk menyokong VLE jika melibatkan penggunaan 30 hingga 40 pengguna pada satu-satu masa.

APEC fireworks show displays technology and design at its finest

The world according to China

Tiga Mengaku Salah Kes Ajaran Sesat Millah Abraham

Kenyataan JPJ Nak Orang Ramai Mati 5,358 Orang Saja