Isnin, 10 November 2014

2. Menteri Di JPM Gulong Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

Keputusan kes transgender- satu penilaian

MOHAMED HANIPA MAIDIN

MAHKAMAH Rayuan pada 7/11/2014 mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 66 memperuntukkan “mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Antara alasan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan adalah Seksyen 66 dirangka untuk mencegah kesan negatif kepada masyarakat, yang antaranya membendung kegiatan homoseksual dan lesbian yang menyebabkan penyebaran HIV.

"Kes ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan homoseksual. Kes ini mengenai lelaki Islam dengan keadaan perubatan yang dikenali sebagai GID," katanya. GID merujuk kepada Gender Identity Disoder.

Hishamuddin berkata terdapat kesilapan di pihak hakim apabila tidak mengambil kira bukti perubatan yang tidak disangkal di hadapannya. Beliau berkata pihak berkuasa negeri gagal menolak laporan perubatan yang dikemukakan oleh pakar psikiatri Dr Ang Jin Kiat dan pendapat pakar perunding psikiatri Dr Deva Dass. Hishamuddin berkata mufti negeri memberikan pendapatnya apabila pertikaian ke mahkamah.

1. Menteri Di JPM Gulong Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

Wanita DAP turun padang pikat Melayu

Anida Osman 
IPOH - “Saya akan cuba sedaya upaya menarik lebih ramai wanita Melayu dengan melaksanakan konsep turun padang bagi mendekatkan diri dengan mereka supaya  menyertai parti ini,” kata Penolong Setiausaha Organisasi Wanita DAP Perak 2014, Anida Osman.
Beliau yang juga Ketua Wanita DAP Teluk Intan memberitahu perjuangan DAP yang menitikberatkan semua kaum membuatkannya tertarik untuk menyertai parti itu.
“Saya baru setahun menyertai DAP, namun sebelum ini sewaktu menjadi setiausaha kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, mendiang Seah Leong Peng, saya telah nampak perjuangan DAP bukan untuk satu kaum sahaja.
“Walau apa pun parti yang disertai, perjuangan saya hanya satu iaitu untuk membantu semua kaum terutamanya wanita yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen Biasa Wanita DAP Perak 2014, di sini, semalam.

Selesaikan kemelut di meja rundingan

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
PADA usia 63 tahun (2014), PAS berdepan dengan sebuah krisis yang asalnya hanya rekayasa media pro-Umno untuk melagalagakan antara kumpulan dalam parti berteraskan Islam ini.
Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat Johor bulan September lalu menjadi medan percakaran antara kelompok khasnya semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat dengan adegan ‘walk out’ semasa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap, dan sorak menyorak serta menghentam antara satu dengan yang lain.
Tidak dinafikan percakaran sedikit luntur semasa tamatnya muktamar, namun benih yang terjirus dek amarah dan prasangka antara satu sama lain semasa bermuktamar akhirnya mengembangkan pohon beracun di laman sesawang mahupun dalam ‘group’ ‘whatsapp’. Tidak cukup di medan muktamar, ahli di peringkat pertengahan dan bawah mula bercakap mengenai kelompok masing-masing.
Percambahan Pasma, permukiman kelompok tertentu dan tuduh menuduh seolah-olah menjadi biasa.
Majlis Syura Ulamak berulang kali mengeluarkan kenyataan, dan kemudiannya Presiden serta timbalannya menegur kepimpinan di peringkat yang lebih bawah agar menumpukan usaha menumbangkang Umno-BN dan bukannnya bercakaran sesama sendiri.
Mana silapnya?
Apakah tidak ada lagi kesatuan fikrah yang dicanangkan sebelum ini.Apakah tidak ada lagi rasa hormat menghormati antara satu sama lain.
Semasa almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Noor menerajui parti, terdapat beberapa insiden yang hampirhampir memangsakan perpaduan dalaman parti khasnya semasa usaha almarhum mahu membela Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Pemimpin paling awal menolak idea itu adalah Mohamad Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS. Namun selepas beberapa kali perbincangan dan percambahan minda diadakan, akhirnya pendekatan almarhum diterima.

PAS wadah sejagat perjuangan, umpama Ikhwan Muslimin

Oleh HAZAYANI ZAKARIA
NOVEMBER tahun 2014, genap usia PAS 63 tahun.Pelbagai onak dan duri telah ditempuhi, jatuh bangun, berpecah, bersatu, bertahaluf, bersendirian dan kemudiannya menjadi kerajaan di beberapa negeri, kalah, menang jatuh dan bangun.
Pada usia 63 tahun dan selepas melalui jatuh bangun sebagai parti siasah dan dakwah, PAS sudah membuktikan ia menjadi landasan kepada orang Islam untuk berjuang.
PAS menjadi platform bagi orang Islam menumpang kepimpinan ulama bukan sahaja dalam bidang politik tanah air malah sebagai sandaran di dunia dan akhirat. Sejak awal penubuhannya pada tahun 1951, ahli-ahli PAS dan juga pendokong parti ini menjadikan ia sebagai suatu wadah yang dapat memberikan suatu kepuasan dalam perjuangan kerana ia bukan sahaja untuk kejayaan dalam perjuangan politik tetapi juga untuk mencari reda Allah.
Menurut bekas speaker Dewan Udnangan Negeri Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, sepanjang 63 tahun PAS diterajui oleh pimpinan yang ikhlas dan umat Islam di Malaysia menjadikannya sebagai satu wadah sejagat seumpama Ikhwanul Muslimin di Asia Barat, Jemaah Islam di Pakistan dan Bangladesh dan lain-lain lagi.
“Ahli PAS di Malaysia merasakan satu kenikmatan dan berpuas hati kerana dapat terlibat dalam jemaah Islam yang merupakan senjata dua mata dunia dan akhirat.
“Saya sendiri merasa terhutang budi dengan seluruh kepimpinan yang telah berjaya mengharungi segala mehnah dan tribulasi sepanjang perjalanan PAS sejak daripada sebelum merdeka sehinggalah PAS mendapat kejayaan pertama pada pilihan raya umum 1959.
“Selepas itu PAS membentuk kerajaan di Terengganu dan juga Kelantan dan bergerak terus bersama aliran arus perdanasehingga terbentuk kerajaan campuran di peringkat persekutuan dan negeri sehinggga diwujudkan PAS sebagai founder member kepada Barisan Nasional yang memasuki pilihan raya umum 1974 dengan kejayaan yang cukup cemerlang,” katanya

Apabila rakyat masih tidur lena...

Oleh SELENA TAY
PELAKSANAAN GST 6% (Goods & Services Tax/Cukai Barangan Dan Perkhidmatan) pada 1 April tahun hadapan masih belum dapat menyedarkan sebahagian rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar.
Buat masa ini, mereka belum sedar mengenai kesan GST dan oleh itu mereka belum lagi dapat memahaminya dengan penuh dan bagaimana GST akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan mereka. Justeru, mereka tidak mempedulikan isu GST seolaholah isu ini adalah berkenaan dengan hal-ehwal angkasa lepas.
Untuk golongan yang alpa ini, hanya apabila GST bermula, barulah mereka akan sedar. Sementara itu, penulis ini ingin mencadangkan supaya pencerahan maklumat diberikan kepada penduduk luar bandar mengenai bagaimana kenaikan harga minyak berserta dengan GST akan memberi kesan berantai kepada harga barang yang lain.
Ada juga rakyat Malaysia yang telah berkata bahawa harga minyak RON95 tidak naik kerana dulu mereka membeli RM10 minyak dan sekarang pun RM10 juga dan bukannya RM10.20.
Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai minda yang kurang berfikir dan mereka ini tidak tahu bahawa kandungan liternya sudah kurang.
Mulai 1 Januari tahun hadapan juga, sesiapa yang menggunakan lebih daripada 300 unit elektrik akan perlu membayar GST 6% ke atas bil tersebut. Ini bererti pengguna akan merasai kesannya apabila pengeluar menaikkan harga barang kerana kos pembuatan oleh kilang akan naik akibat daripada kenaikan tarif elektrik.
Sesiapa yang alpa mengenai isu GST tentu akan menerima kejutan mulai bulan April 2015. Inilah rakyat Malaysia yang kurang bijak yang tidak berfikir apabila sesuatu polisi dilaksanakan tetapi hanya asyik menyokong polisi tersebut sahaja.

MP DAP cadang tempoh berbahas dipanjangkan lebih 80 hari

Saya juga menyeru BNBBC untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya bersetuju agar tempoh berbahas bagi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dipanjangkan.
Liew Chin TongKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menggesa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya menyemak semula tempoh berbahas bagi Ahli Dewan Rakyat di Dewan Rakyat.
Katanya lagi, ia tempoh untuk Ahli Parlimen berbahas harus dipanjangkan daripada 61 hari kepada sekurang-kurangnya 80 hari.
“Saya juga menyeru Barisan Nasional Backbenchers (BNBBC) untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya bersetuju agar tempoh berbahas bagi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dipanjangkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, Parlimen Malaysia juga tidak mempunyai satu komiti sistem untuk melihat prestasi menteri dan meneliti bajet menteri dengan cara yang terperinci.
“Ruang berbahas untuk Ahli Parlimen di Dewan Rakyat merupakan satu-satunya ruang untuk berbahas, dan tempoh tersebut telah menurun secara mendadak sepanjang tahun
“Pada tahun 2008, Dewan Rakyat bersidang selama 79 hari, 2009 pula bersidang selama 72 hari, dan meningkat pada tahun 2010 iaitu selama 83 hari. Namun pada tahun 2011, Dewan Rakyat hanya bersidang selama 63 hari, 2012 pula selama 70 hari, dan tahun 2013 pula sebanyak 51 hari, dan pada tahun 2014 hanya bersidang selama 57 hari,” ujarnya lagi.

Putrajaya denda YTL RM2.4 juta gagal capai sasaran 1BestariNet

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan YTL Communications Sdn Bhd didenda RM2.4 juta pada bulan lalu kerana gagal melengkapkan sekolah seluruh negara dengan perkhidmatan 1BestariNet. KPM berkata, berdasarkan kontrak yang diberikan selama dua tahun setengah bermula 13 Disember 2011, YTL gagal merangkaikan 1,003 sekolah dengan perkhidmatan internet tersebut.
"KPM ingin menjelaskan bahawa sehingga tamat tempoh kontrak pada 12 Jun 2014, pihak syarikat berjaya merangkaikan sebanyak 8,886 daripada 9,889 buah sekolah di seluruh negara dengan perkhidmatan 1BestariNet.
  "Manakala sebanyak 1,003 sekolah tidak dapat dirangkaikan dengan 1BestariNet kerana syarikat gagal untuk mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan bagi membina menara telekomunikasi di beberapa negeri, khususnya di Sarawak, Pulau Pinang dan Kelantan.
"Bagaimanapun, bagi 1,003 sekolah yang belum dirangkaikan, KPM sudah menyediakan perkhidmatan internet melalui talian internet interim yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan internet yang lain bagi membolehkan sekolah melaksanakan aktiviti pembelajaran murid secara dalam talian," kata KPM dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara hari ini mendedahkan Projek 1BestariNet KPM tidak memenuhi sasaran tempoh dua setengah tahun selain gagal menyediakan Platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) kepada 10,000 sekolah di seluruh negara.

Kerajaan jangan diktator terhadap mahasiswa

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak perlu menggunakan sistem diktator bagi mengekang kebebasan bersuara mahasiswa dan juga pensyarah universiti kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Jelasnya, perkara ini merupakan satu perkara yang amat menyedihkan memandangkan negara kita bakal mencapai status negara maju, tetapi amalan seperti ini masih diamalkan oleh pihak  pemerintah.

"Insiden ini awalnya bermula dengan Adam Adli dan Safwan Anang. Mereka dihukum 12 bulan dan 10 bulan dan kini mereka sedang merayu. Pihak universiti bukannya nak mendengar, tapi mereka nak memanjangkan pula dan menambah hukuman ini. Di manakah masa depan
mereka?," soalnya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Jelasnya lagi, tindakan kerajaan yang menyekat 'suara' dan pendapat para pensyarah juga menunjukkan ia sebagai satu langkah yang primitif.

Laporan Audit: Prestasi kewangan Selangor baik, rizab RM2.91 bilion

LKAN2013 3KUALA LUMPUT, 10 NOV: Laporan Ketua Audit Negara memuji kedudukan kewangan Kerajaan Selangor yang disifatkan baik apabila mencatatkan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM2.91 bilion pada 31 Disember 2013.
Jumlah ini merupakan hasil peningkatan sebanyak 11 peratus dengan jumlah RM287.66 juta berbanding RM2.62 billion pada tahun 2012.
Selain itu, Selangor turut mencatatkan peningkatan pelaburan berjumlah RM343.88 juta (15.4 peratus) dan kutipan hasil berjumlah RM195.16 juta (10 peratus).
“Kerajaan Negeri disyorkan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat secara berterusan dan hanya berbelanja mengikut keperluan,” katanya.
LKAN 3 1Kerajaan Selangor turut mencatatkan peningkatan dalam baki Pinjaman Boleh Dituntut dengan pencapaian 67.9 peratus berbandin tahun 2012.
Namun, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menegur penurunan tunggakan bayaran Pinjaman Boleh Dituntut sebanyak 9.6 peratus.
Turut mencatatkan penurunan adalah hutang awam sebanyak 1.6 peratus dan tunggakan bayaran balik hutang dengan 14 peratus pada tahun 2013 berbanding tahun 2012.
“Usaha perlu ditingkatkan untuk mengutip Pinjaman Boleh Dituntut dan tunggakan hasil/bayaran balik pinjaman/hutang lain daripada jabatan dan agensi kerajaan supaya kedudukan kewangan Kerajaan Negeri sentiasa berada dalam keadaan kukuh,” katanya lagi.
Secara keseluruhan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2013 dengan defisit berjumlah RM90.45 juta namun lebihan terkumpul Akaun Hasil Disatukan Kerjaan Negeri masih ditahap tinggi iaitu RM1.09 billion pada akhir 2013.

Lebih 1,000 sertai kempen boikot TV esok

Kempen boikot tv ‘rancangan tergendala’ anjuran Gabungan 11 persatuan artis dan industri kreatif, akan berlangsung di Dataran Zoo Negara, malam esok yang bakal dihadiri lebih 1,000 orang.

Penganjur kempen itu yang juga dikenali Switch Off ’14 itu turut memaklumkan kehadiran itu berdasarkan maklum balas yang mereka terima melalui promosi di laman sosial Facebook dan Twitter.

Program itu sepanjang tiga jam bermula jam 8 malam itu akan diserikan pelbagai acara termasuk deklamasi sajak, sketsa kisah hidup penggiat industri kreatif, persembahan nyanyian selain ucapan presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysian (Gafim).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi gabungan Gafim, Jurey Latiff berkata kempen tersebut tiada kaitan dengan demonstari haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Kita tiada melakukan apa-apa yang salah, kita hanya berkumpul beramai-ramai bersama penggiat industri yang lain pada malam itu sebagai sokongan kepada kempen ini.

“Kita tidak mahu menentang sesiapa tapi hanya mahu mengadakan satu perjumpaan secara santai tetapi ada juga pihak yang bermain dengan isu negatif terhadap kempen ini,” katanya.

Sepanjang kempen itu juga, Jurey menyeru orang ramai yang berada rumah diminta menutup televisyen selama tiga jam di samping menjimatkan eletrik dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Kecualikan ubat dari GST, kata Persatuan Farmaseutikal

Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) merayu kepada kerajaan supaya kesemua ubat-ubatan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presiden MPS Nancy Ho berkata, kerajaan tidak patut mengenakan cukai terhadap seseorang kerana “sakit dan perlu mengambil ubat”.

MPS juga sedang mengutip tandatangan untuk petisyen rayuan supaya kesemua ubat dikecualikan daripada cukai kontroversi itu.

Ho berkata terdapat penyakit-penyakit tertentu yang memerlukan pesakit membelanjakan ribuan ringgit setiap bulan untuk rawatan dan perubatan.

“Jika mereka terpaksa membayar GST pada kadar standard, mereka perlu membayar lebih RM600 cukai untuk setiap RM10,000 yang diperlukan untuk perubatan.

“Ia menyedihkan apabila seseorang yang jatuh sakit teruk sehingga hilang mata pencarian.

"Dan sekarang mereka dikenakan cukai dan tambahan enam peratus kerana mengambil ubat,” katanya.

Tunjukkan sokongan awam

Kempen kutipan tandangan itu itu akan dijalankan sehingga 31 Disember.

Balu Sarbaini: Sampai hari ini SPRM tak minta maaf

Masiah @ Maziah Manap, balu kepada penolong pengarah kastam Sarbaini Mohamed, berkata sejak April 2011, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memohon maaf ekoran kematian suaminya di pejabat suruhanjaya itu.

Memberikan testimoni di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Maziah berkata, beliau memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan untuk suami, diri sendiri dan keluarganya.

Katanya, beliau ingin tahu bagaimana suaminya, yang sihat ketika keluar rumah pada 6 April 2011, pulang ke pangkuan mereka dengan tidak bernyawa.

Justeru, kata Masiah, SPRM harus bertanggungjawab terhadap kematian allahyarham di bangunan mereka.

Dalam tangisan di kandang saksi, beliau menyatakan rasa kecewanya kerana sejak insiden itu berlaku, tiada pegawai SPRM yang datang kepada mereka untuk meminta maaf.

Beliau berkata, suaminya (kiri) seorang yang takutkan tuhan dan sering ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Allahyarham juga sepatutnya mengerjakan haji pada tahun itu.

Justeru, kata Masiah, suaminya tidak akan menerima sebarang pemberian atau terlibat dalam kegiatan rasuah.

Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan yang dibuat terhadap Jabatan Kastam.

Azmin: Isu Bible akan diselesaikan tanpa ketegangan agama

Ini merupakan asas pertimbangan dalam menyelesaikan masalah Bible di Selangor

Azmin bible 300SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata isu pemulangan Bible yang berbahasa Melayu dan Iban itu akan diselesaikan secara harmoni dan baik tanpa menimbulkan ketegangan agama di Selangor.
“Setiap minggu saya menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ini merupakan pertemuan biasa.
“Pertemuan itu tentu ada banyak perkara yang berbangkit. Isu bible, kita akan dengan selesaikan dengan cukup harmoni tanpa timbulkan ketegangan agama di dalam Selangor,” katanya selepas Majlis Mesyuarat Bulanan Kerajaan Negeri di SUK.
Jelasnya, ini merupakan asas pertimbangan dalam menyelesaikan masalah Bible.
Sebelum ini lapor media, kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah itu akan dipulangkan dalam tempoh seminggu, 10 bulan selepas Jais merampasnya dari pejabat Persatuan Bible Malaysia.
Isnin lalu, Azmin memberitahu, Bible itu milik Kristian dan perlu dipulangkan kepada mereka dan umat Islam perlu menghormatinya.

PAC panggil Kem. Kesihatan Hospital Shah Alam tak siap

Parlimen MalaysiaKUALA LUMPUR, 10 NOV: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan keterangan berhubung perkembangan pembinaan Hospital Besar Shah Alam yang masih belum disiapkan sehingga kini.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, antara perkara disentuh termasuk soal kelewatan penyiapan projek dan masalah peralatan hospital yang sudah tamat tempoh.
“Ada masalah projek terbengkalai ditinggalkan kontraktor asal. Kontraktor yang ambil alih juga bermasalah.
“Masalah berkaitan peralatan di dalam hospital luput kerana jangka masa pembinaan terlalu panjang menyebabkan alat itu luput,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PAC.
Beliau menjangkakan kesemua agensi dan kementerian bermasalah dipanggil memberikan keterangan bermula Januari 2015 sebelum laporan penuh dapat dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat Mac 2015.
Secara keseluruhan, sebanyak 14 Kementerian dan agensi Badan Berkanun bakal dipanggil berikutan masalah dan pembaziran yang berlaku seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara Siri Ke-3.
Berikut adalah senarai kementerian dan agensi yang bakal dipanggil PAC:
A) Dibawah kategori program Audit Prestasi, PAC akan memanggil:
1- Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berhubung  Program 1Azam
2- Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan – Pengurusan dan pengendalian acara.
3- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (pengurusan subsidi biji benih padi sah).
4- Kementerian Dalam Negeri – PDRM pengurusan kenderaan MPV dan Motosikal URB serta pengurusan saman trafik
5- Kementerian Komoditi dan Perladangan – pengurusan program penanaman kenaf
B) Dibawah Audit Pembinaan PAC akan memanggil:
6- Kementerian Pengangkutan – projek pengalihan operasi KTMB dari tanjung Pagar ke Woodland, Singapura dan Kempas Baru, Johor

Orang Mati: OPERASI SAMAN no plat kenderaan penting dan mengaitkan pula dengan kemalangan. Apa kaitannya?





1Malaysia story. ....1MDB




PAC terperanjat dengan peningkatan bilangan kes audit

Apa Kata Rakyat: Apa jaminan kerajaan Cameron Highlands selamat?

Isu Bible: Mencari penyelesaian harmoni

Kenyataan KP JPJ Nak Orang Ramai Mati Menjadi Bahan Lawak

MP PAS Bukit Gantang Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

MP PAS Sepang - MP BN Jasin Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

MP PKR Nibong Tebal Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

MP PAS Kota Raja Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

MP PSM Sg Siput Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

MP PKR Kuala Langat Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

“Saya bukan pro PR, tetapi tindakan UMNO buat saya benci” - Fahmi Zainol

Fahmi sungguh pelik dengan tindakan polis yang menangkapnya sebanyak dua kali dalam masa sehari di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan tujuh mahasiswa yang lain berikutan kedatangannya didakwa tidak disenangi oleh UMS dan UMNO.

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol menegaskan beliau bukanlah pro Pakatan Rakyat (PR) namun tindakan UMNO menyekat kebebasan suara mahasiswa menyebabkan beliau benci dengan parti tersebut.
Fahmi Zainol_UM_300Menurutnya, beliau hadir ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas jemputan Pro Mahasiswa UMS yang menjemputnya bagi mendedahkan terdapat dakwaan penyaluran dana RM10,000 dari UMNO kepada jentera pro-Aspirasi ketika pilihan raya kampus lalu.
“Kami ditangkap semasa baru hendak memulakan pidato pada jam 8.15 malam, Namun belum sempat memulakan pidato di kafe UMS, baru nak bagi salam, polis datang minta dan meminta kami beredar.
“Alasan polis menangkap kami kerana program ini tidak mendapat pengesahan UMS. Ini tempat awam, kenapa perlu pengesahan?. Lagipun jika kami membuat program yang tidak dipersetujui oleh UMS, mereka mesti tak nak,” jelasnya ketika dihubungi oleh FMT.
Sebelum itu, Fahmi dan sembilan mahasiswa bersamanya ditangkap oleh pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada sebelah pagi semalam. Bukan sahaja disoal siasat malah dipaksa untuk melakukan ujian kencing.
“Saya bukan apa takut ujian air kencing itu akan dimanipulasikan oleh pelbagai pihak. Nanti kami pula yang kena.
“Namun polis mengugut kami membuat ujian air kecing tersebut dan jika tidak dia (polis) akan tangkap kami. Kami pun mengalah dan dilepaskan jam 4 petang,” kata Fahmi.
Tambah beliau, apa yang menghairankan, mengapa perlu adanya samseng UMNO dan Federal Reserve Unit (FRU) dalam majlis tersebut.

Rafizi: Sekiranya 1MDB muflis, kesan akan ditanggung rakyat

Penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 pula mengesahkan bahawa hutang terkini 1MDB telah mencecah RM42 billion.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, menyatakan sekiranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mencatatkan kerugian, tidak mustahil entiti yang ditanggung oleh pihak kerajaan itu bakal muflis.
Hari ini, Rafizi mendedahkan bahawa kerugian sebenar 1MDB telah cuba disembunyikan oleh perkiraan nilai semula aset entiti itu.
“Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, 1MDB mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM665 juta. Ia satu jumlah kerugian yang begitu besar memandangkan keadaan ekonomi yang kian sukar dan menekan rakyat,” ujarnya dalam satu sidang media, hari ini.
Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan turut menjelaskan bahawa angka tersebut adalah berdasarkan daripada penyata untung rugi dan penyata kedudukan kewangan bagi 1MDB yang diaudit dan difailkan dengan‎ Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Beliau yang juga naib presiden PKR turut mendedahkan angka penilaian aset semula 1MDB ‎pada tahun 2013 dan 2014.
“Bagi tahun 2013, harta-harta dinilai semula mencatatkan peningkatan sebanyak RM2.74 bilion dicatatkan sebagai keuntungan. Dan bagi tahun 2014 nilaian semula harta dan aset 1MDB berjumlah RM897 juta,” katanya lagi.

Audit: PAC 'terkejut' dengan peningkatan kes

Jabatan Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan peningkatan kes diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang dikeluarkan hari ini, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Nur Jazlan berkata, terdapat pengurangan kes diketengahkan dalam dua laporannya yang dibentangkan pada tahun lalu, tetapi meningkat semula dalam dalam laporan terbaru.

Justeru, katanya, jabatan itu harus bekerja lebih keras.

Beliau bagaimanapun berkata, peningkatan kes kemungkinan hanya sementara ekoran kesemua agensi kerajaan dan badan berkanun memfailkan penyata kewangan mereka menjelang hujung tahun ini.

Perjanjian Hutang 1MDB Jelas Membuktikan Kerajaan Malaysia Bertanggungjawab Menanggung Hutang 1MDB

Saya difahamkan bahawa akhbar kewangan The Edge telah pun menyiarkan surat sokongan Kerajaan Malaysia kepada pemegang-pemegang bon hutang 1MDB. Bersama-sama ini saya edarkan mukasurat penting dari perjanjian hutang 1MDB itu seperti berikut:
1. Muka depan perjanjian yang mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia terbabit memberi Surat Sokongan dalam penerbitan hutang berjumlah USD$3 bilion oleh 1MDB yang diatur oleh Goldman Sachs International
GSI-page1
2. Mukasurat 2 – mengesahkan bahawa terma Surat Sokongan turut dimuatkan di dalam perjanjian
GSI-page2
3. Mukasurat 19 dan 20 – menjelaskan apa tanggungjawab Kerajaan Malaysia mengikut terma Surat Sokongan dan bagaimana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Kerajaan Malaysia
GSI-page19
4. Mukasurat 70 – mengesahkan status Surat Sokongan dan kedudukannya berbanding hutang-hutang Kerajaan Malaysia yang lain

MP DAP Taiping Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

MP PKR Lembah Pantai Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

Dewan kecuh: Lim soal Noh, Kamu moderat atau ekstrimis?

'RM12mil pension paid to dead army veterans'

Ucapan Dato' Menteri Besar sempena acara persahabatan Permodalan Negeri Selangor Berhad

Tiada toleransi terhadap ketirisan, kerakusan dan penyelewengan

Oleh Lee Boon Heng
"kami akan jaga duit rakyat dengan baik.” Ini adalah antara ayat yang selalu diungkapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berceramah di serata negara. Beliau suka membandingkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang secara terbuka memang banyak korupsi, ketirisan dan penyelewengan yang berlaku.

Kehilangan kerajaan Perak PR kepada BN pada 2009 adalah kerana keengganan PR untuk bertoleransi dengan ugutan Adun Jelapang ketika itu Hee Yit Foong (DAP). PKR juga dilihat enggan bertolak-ansur dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyeleweng hasil kerajaan negeri. Pada April 2009, Anwar mengarahkan Fairus meletakkan jawatan dan PKR sanggup menanggung risiko kehilangan DUN Penanti. Ini adalah beberapa contoh “zero tolerance” PR terhadap pemimpin yang korup.

Dan umum juga mengetahui, kewujudan Reformasi pada 1998 akibat daripada pemecatan Anwar yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana Anwar enggan bertolak-ansur terhadap hutang syarikat anak Mahathir dan tidak lulus memperuntukkan kewangan negara untuk menyelamat syarikat kroni. Justeru itu, kelestarian semangat Reformasi ini perlu diteruskan walaupun PR menjadi kerajaan di beberapa buah negeri.
Tan Sri Khalid Ibrahim yang sememangnya mashyur dengan integriti yang tinggi juga diarah letak jawatan kerana ketidak transparansi beliau dalam rundingan ambil-alih konsesi air di Selangor dengan kerajaan pusat.

Falsafah barat mengatakan, untuk menjatuhkan musuh politik adalah dengan memberi kuasa kepada dia. Kenyataan ini dilihat betul, kerana kuasa akan menjadikan seseorang itu lupa akan asal-usul dan juga keimanan yang perlu ditunjukkan beliau.
Walaupun mungkin beliau tidak melakukan penyelewengan, tetapi beliau tetap tidak akan mengeksploitasikan korupsi yang beliau ketahui kerana untuk mempertahankan kuasa yang dipegang beliau (imej). Inilah yang akan terjadi kepada sesuatu kerajaan apabila “kuasa” dianggap segala-galanya dan rakyat dilupakan.

PR berjaya mendapat hati pengundi dengan memenangi undi popular sebanyak 52% kerana laungan pembaharuan dan menolak segala ketirisan dan kerakusan pentadbiran BN. Disebabkan itu, PR perlu mempraktikkan segala janji ke dalam pentadbiran negeri pimpinan ia.

Pelajar Di Tahan, Apa Salah Mereka ?

Oleh Abu Hassan Adam
Disebabkan terdapat peristiwa-peristiwa ‘pelik’ yang berlaku kini di university-university di Malaysia telah menyebabkan aku terpanggil untuk meninjau pandangan bijak pandai luar tentang peranan dan tugas university. Paling menakutkan ialah keghairahan pihak berkusa menahan pelajar-pelajar yang pada pengamatan ramai tidak melakukan kesalahan. Namun mereka telah ditahan dengan dakwaan yang akan dikemukakan kepada mereka pada suatu waktu yang tekemudian.

Kebimbangan aku ialah takut-takut semakin ramai rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan pandangan dan pendapat setengah pihak yang mengatakan bahawa univeristy hanya sebagai tempat menuntut ilmu semata-mata. University hanya untuk mendapatkan ijazah semata-mata dengan tidak mengambil tahu hal-hal lain yang berlaku di persekitaran. Ringkasnya supaya anak-anak pelajar di pusat pengajian tinggi di Malaysia tidak mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan sosial dan politik tanah ahir. Hal demikian harus diserahkan saja kepada para pemimpin politik dan pelajar hanya dikehendaki supaya belajar dan belajar. Itu saja. Apakah relevan pandangan sedemikian dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini?
Philip G Altbach, research professor and director of the Center for International Higher Education at Boston College in the United States, kata, “universities in low- and middle-income countries have crucial roles to play in developing differentiated and effective academic systems, and in making it possible for their countries to join the global knowledge society and compete in sophisticated knowledge economies” dalam artikelnya berjodol, article titled “Advancing the National and Global Knowledge Economy: The role of research universities in developing countries”. published in a special issue of the journalStudies in Higher Education .

Umno ‘out of the box’

Oleh Anuar Mohd Nor
Baru-baru ini semua tertumpu pada kritikan Datuk Seri Najib Razak mengenai Umno Selangor. Umno Selangor perlu berfikiran "out of the box", perlu mekanisme dan cara baru untuk mengembalikan Selangor kepada Barisan Nasional/Umno.
Kenyataan dan kritikan Najib disambut dengan reaksi yang berbeza-beza dari kepimpinan sedia ada Umno Selangor, mereka yang pernah menerajui Umno Selangor, suara intelektual penganalisis politik Selangor serta mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan keperluan menukar kepimpinan Umno Selangor yang disaran Mahathir menimbulkan polemik yang agak besar dalam Umno. Namun persoalannya, adakah penukaran kepimpinan akan dapat menyegerakan langkah untuk menawan Selangor? Adakah dengan gerakan memasukkan orang muda sahaja akan dapat mengubah posisi Umno Selangor.
Apa pula yang dimaksudkan dengan pemikiran "out of the box"  Najib dan adakah pemikiran "out of the box" itu khusus dituju kepada Umno Selangor atau Umno keseluruhan. Ramai yang menceritakan mengenai "out of the box" – tetapi akhirnya terma itu hanya retorik dalam memberi ceramah dan menganjurkan perubahan. Kepimpinan Umno sering menuruti terma "out of the box", mahukan ahli untuk berfikiran "out of the box" tetapi gagal memahami apa dia "out of the box" serta makna dan pelaksanaan "out of the box" itu sendiri.
Mungkin terminologi itu tidak pernah wujud pada pembangkang tetapi perlaksanaan perubahan dalam strategi – cara baru dan langkah baru – tidak terkongkong dengan adat dan budaya adalah cara dan langkah "out of the box" yang dilaksanakan pembangkang.
Langkah mereka yang menyemarakkan sesuatu isu dan kemudian menyelesaikannya adalah tepat dengan apa yang didefinisikan sebagai kuasa pegangan mereka dan tindakan mereka yang kalanya tidak bertepatan dengan norma biasa – memberi mereka ruang pendekatan baru untuk terus maju dalam perjuangan mereka.

PAU: Hentikan Omong Kosong

Oleh A Kadir Jasin
DALAM dunia “spinning” atau mengolah maklumat menjadi propaganda, perkataan kalah tidak wujud.
Misalnya, walaupun Mohd Najib Abdul Razak gagal mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum (PRU) pertama beliau sebagai Perdana Menteri tahun lalu namun sampai hari ini pun beliau tidak mengaku kesilapan strateginya.

Sehinggalah giliran Mohd Najib, semua Presiden Umno dan Perdana Menteri menang besar pada PRU pertama mereka. Dengan itu mereka mendapat mandat mutakhir dan tulen yang mengesahkan kedudukan mereka sebagai ketua politik nombor satu negara.
Mohd Najib marah dan enggan terima hakikat bahawa strategi beliau silap dan para penasihat pilihan raya beliau perlu disingkirkan.
Sebaliknya beliau menyalahkan pengundi Cina kerana menyebabkan Tsunami Cina dan mencanangkan hakikat Umno menang lebih banyak kerusi dalam Dewan Rakyat berbanding PRU 2008.
Sahabat baik Mohd Najib, Barrack Obama pun lebih kurang sama. Apabila Parti Demokrat kalah dalam pilihan raya separuh penggal pada 4 Nov lalu, beliau tidak berkata partinya kalah.
Sebaliknya beliau menyifatkan keputusan yang buruk itu sebagai  “shellacking”. Dalam slanga Amerika ia bererti kekalahan teruk. Katanya rakyat menolak Parti Demokrat kerana mereka tidak puas hati dengan ekonomi.

Schultz Pengerusi Parti Demokrat
Tetapi tidak seperti Mohd Najib yang mengetuai Umno dan Barisan Nasional, Obama tidak mengetuai partinya. Dalam sistem Amerika, jawatan Presiden dan ketua parti diasingkan. Ketua Parti Demokrat sekarang adalah wanita bernama Debbie Wasseman Schultz. Dalam Dewan Perwakilan (The House) pula, Demokrat diketuai oleh seorang wanita juga bernama Nancy Pelosi.

Dewan Rakyat kecoh, Noh gelar 'MP burung kakak tua'

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini gamat seketika apabila Datuk Seri Noh Omar membuat beberapa kategori terhadap ahli parlimen yang ada.

Kekecohan bermula apabila Noh mempersoal kenyataan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) selaku Menteri Besar Selangor yang didakwanya cuba menggambarkan 'semua agama bebas apa nak buat'.

Sedangkan kata beliau, negeri Selangor ada enakmen jenayah kepada bukan Islam.

Kenyataan itu kemudian dibantah Tian Chua (PKR- Batu) yang meminta Noh berhenti dari membangkitkan soal dalaman negeri, sebaliknya mahu hanya perkara berkait persekutuan dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Menyifatkan Tian Chua tidak faham apa yang dibangkitkannya, Noh terus menempelak beliau.

"Ada ahli parlimen cakap macam burung kakak tua, dia tak tahu apa yang tak tahu dia cakap, contohnya macam (Ahli Parlimen) Batu. Ini kategori pertama," katanya Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Noh kemudia menggunakan ruang perbahasannya untuk menghuraikan kategori kedua yang menurutnya "bercakap tak pandai tapi nak memandai-mandai".

Kali ini beliau memberi contoh Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof rawa, yang disifatkannya berada dalam kategori kedua itu.

Beliau merujuk kepada kenyataan ketiga-tiga ahli parlimen PAS itu berhubung isu Sisters In Islam (SIS).

Skandal kutipan dana 1MDB: Surat sokongan kerajaan dipalsukan?


1mdb feat


KUALA LUMPUR, 10 NOV – Goldman Sachs bukan sahaja dikhuatiri mengenakan caj melampau kepada syarikat pelaburan milik penuh kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) malah barangkali mengedarkan surat sokongan palsu daripada kerajaan Malaysia bagi penjualan sukuk bernilai USD3 bilion.
Sukuk USD3 bilion tersebut berjaya dijual di kalangan pelabur antarabangsa dengan caj komisyen hampir 10 peratus dikenakan oleh syarikat perbankan tersebut, dengan bermodalkan surat sokongan daripada kerajaan Malaysia.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua ketika mencelah ucapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat menyatakan jaminan kerajaan terhadap hutang 1MDB berjumlah RM36 bilion, bukan sekadar RM5.8 bilion.
Sebaliknya, kewujudan surat sokongan tersebut dinafikan oleh Datuk Ahmad Maslan dalam jawapannya di Parlimen.
Menurut Pua, nilai jaminan lebih tinggi berdasarkan surat sokongan dikeluarkan kerajaan untuk membantu 1MDB mengumpul dana USD3 bilion dalam bentuk sukuk.
Surat tersebut turut disiar dalam kenyataan tawaran oleh Goldman Sachs International (GSI) untuk memasarkan tawaran sukuk USD3 bilion oleh anak syarikat 1MDB, iaitu 1MDB Global Investments Limited.
“Dengan penafian rasmi oleh Kerajaan Malaysia tentang kewujudan surat tersebut di Parlimen, surat disiar oleh Goldman Sachs International ini tentulah palsu, manakala usaha mengumpul dana adalah penipuan,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Tol EDL: RM11 juta sebulan kepada MRCB, projek Umno kayakan kroni


ciq


KUALA LUMPUR, 10 NOV: Pampasan RM11 juta kepada pemegang konsesi Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) merupakan bukti kerajaan menyalahguna kuasa untuk mengayakan kroni, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.
Beliau merujuk jawapan bertulis Menteri Kerja Raya Datuk Fadhillah Yusof bertarikh 4 November bahawa jumlah terkumpul kutipan tol pada Ogos 2014 berdasarkan trafik keluar masuk dari Singapura ke Johor mencecah RM11 juta.
Kata Nie Ching, MRCB sebelum ini telah pun menerima pampasan bulanan RM11 juta membolehkan syarikat dikaitkan kroni Umno itu mengumpul RM4.3 bilion sepanjang 34 tahun konsesi.
“Walaupun MRCB ditugaskan untuk menyediakan penyenggaraan bagi kemudahan di Kompleks CIQ, keuntungan diperolehi dari kutipan tol masih terlalu tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menamatkan perjanjian konsesi tersebut yang dilihat hanya mengambil kesempatan, dalam keadaan rakyat yang berdepan kos sara hidup yang meningkat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Mac 2012 mengumumkan untuk tidak menaikkan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru.

SPRM perlu dedah status siasatan kes rasuah Zoo Negara


zoo_negara


KUALA LUMPUR, 10 NOV: DAP menggesa kerajaan mendedahkan status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan rasuah dan salah tadbir pengurusan Zoo Negara.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, pendedahan perlu dibuat berikutan kualiti perkhidmatan zoo tersebut yang semakin merosot biarpun mendapat peruntukan berjuta ringgit dari kerajaan.
Menurutnya, beliau telah memperoleh laporan terhadap pengurusan sejak tahun lalu dan SPRM telah tiga kali mengunjungi zoo berkenaan, tapi sehingga kini pendedahan mengenai status siasatan masih kekal tinggal tanda tanya.
“Di sebalik sokongan berterusan kerajaan dan tiket masuk tinggi, mengapakah Zoo Negara masih tidak dapat meningkatkan kualiti?
“Saya telah mengajukan pertanyaan mengenai perkara ini di Parlimen, tetapi menerima jawapan yang tidak jelas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low yang menyatakan maklumat mengenainya ‘masih dalam peringkat pengesahan’,” kata Zairil dalam satu kenyataan.
Menurutnya, bagi tahun  2013, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada Zoo Negara, selain RM25 juta bagi pembangunan pameran panda.

DAP gesa Putrajaya ambil tindakan jika ditipu dalam pelaburan 1MDB

DAP menggesa Putrajaya mengambil tindakan ke atas syarikat pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs International jika terdapat unsur penipuan dalam terbitan bon bernilai US$3 bilion oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata tindakan perlu diambil selepas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan kewujudan surat jaminan dan mengatakan kerajaan hanya akan menanggung hutang sebanyak RM5.8 bilion.
"Saya memiliki salinan 'Surat Pekeliling' dikeluarkan Goldman Sachs International kepada pelabur untuk tujuan menerbitkan US$3 bilion (RM9.6 bilion) 4.4% untuk 1MDB Global Investments Limite, subsidiari penuh 1MDB," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini. 
Surat sama didedahkan dalam edisi mingguan akhbar perniagaan, The Edge baru-baru ini. Putrajaya menafikan surat tersebut, namun Pua menggesa supaya tindakan tegas diambil Putrajaya.
"Kami gesa kerajaan Malaysia untuk segera melaporkan kepada polis dan Interpol terhadap penipuan tersebut; dan peguam negara mesti segera memulakan siasatan untuk mendakwa pihak yang menerbitkannya, Goldman Sachs International kerana mengedarkan 'surat sokongan' palsu oleh kerajaan Malaysia," kata Pua.

Suara mahasiswa disekat, peminjam PTPTN dikejar, peminjam NFC terus ‘bebas’

Mereka meminjam wang yang lebih banyak dan mereka mampu untuk membayarnya. Tetapi peminjam PTPTN pula yang dikenakan tuntutan untuk membayarnya.
mahasiswa-berdemontrasiKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menuntut pihak kerajaan supaya tidak lagi menggunakan sistem ‘kuku besi’ bagi mengekang kebebasan mahasiswa dan juga para pensyarah universiti bersuara.
Jelasnya, perkara ini merupakan satu perkara yang amat menyedihkan. Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak sihat, kebebasan universiti kini dikekang dengan begitu dahsyat.
“Insiden ini awalnya dimulakan pada Adam Adli dan Safwan Anang. Mereka dihukum 12 dan 10 bulan dan kini mereka sedang proses merayu. Pihak universiti bukannya nak mendengar, tapi mereka nak memanjangkan pula dan menambah hukuman ini. Di manakah masa depan mereka?,” soalnya dalam satu sidang media di Parlimen.
Jelasnya lagi, tindakan kerajaan yang menyekat ‘suara’ dan pendapat para pensyarah juga menunjukkan ia sebagai satu langkah-langkah yang primitif.
“Mereka hanya menyatakan pendapat mereka, tetapi kenapa mereka telah dikenakan Akta Hasutan 1948? Bagaimana perkembangan ilmu hendak berlaku?” katanya.
Bukan itu sahaja, kata Ahli Parlimen dari PAS itu lagi, kini, graduan dikejar supaya mereka menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka. Namun, peminjam wang daripada MAS, NFC tidak pula dikenakan tindakan yang sama.
“Mereka meminjam wang yang lebih banyak dan mereka mampu untuk membayarnya. Tetapi peminjam PTPTN pula yang dikenakan tuntutan untuk membayarnya.
“Dapat dilihat, graduan yang baru sahaja bergraduasi terus diberikan tekanan. Kenapa graduan diberikan pendakwaan terpilih?” soalnya.

Walau Anwar dipenjara, Pas tetap dalam PR - Mahfuz

Mahfuz Omar 
KUALA LUMPUR - Pas terus akan kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya hukuman penjara terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan kes Liwat II dikekalkan Mahkamah Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, itu adalah komitmen daripada semua pihak (Pas, DAP, PKR) dan telah pun diperakui melalui konvensyen yang telah PR jalankan.

“Apa pun yang berlaku, kami akan terus kekal kerana PR akan memperjuangkan berkaitan soal keadilan, kestabilan negara dan apa sahaja yang berlaku.

“Pimpinan PR sebagai satu badan yang menggabungkan tiga parti ini akan tetap bergerak.

"Dulu pun Anwar dalam penjara, Barisan Alternatif (BA) tetap wujud, jadi tiada masalah...jadi isu untuk membubarkan PR tidak berbangkit kerana tanpa Anwar," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Mahfuz berkata demikian bagi mengulas mengenai nasib PR jika Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

1MDB: PKR mahu rujuk Ahmad Maslan ke jawatankuasa Parlimen

PKR hari ini memaklumkan akan merujuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran kenyataan beliau yang mengelirukan Dewan Rakyat berkenaan fakta surat sokongan yang dikeluarkan kerajaan.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Ahmad cuba menutup fakta sebenar yang kerajaan Malaysia mengeluarkan surat sokongan kerajaan kepada pemegang bon hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Saya meneliti kenyataan dibuat Ahmad yang cuba bersembunyi di sebalik perkara teknikal selepas saya mengancam untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana boleh dikira berbohong kepada Dewan.
"Kenyataan ringkas itu mengaku yang kerajaan Malaysia ada mengeluarkan surat sokongan tetapi beliau menafikan yang ia merupakan satu jaminan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Lim soal Noh: Kamu moderat atau ekstrimis?

Sidang Dewan Rakyat sekali lagi kecoh apabila Datuk Seri Noh Omar mendakwa DAP merupakan sebuah parti yang chauvenis dan perkauman.

Kekecohan itu timbul apabila Noh (BN-Tanjung Karang) mencelah ketika Lim Kit Siang sedang membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2015.

Ketika perbahasan, Lim (DAP-Gelang Patah) mendakwa wujud konteks tertentu apabila Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak dikenakan sebarang tindakan berhubung kenyataannya yang ingin membakar Bible berbahasa Melayu.

"Peguam negara berkata, setelah dikaji, kenyataan Ibrahim Ali tidak dikategori sebagai menghasut.

"Adakah ini bermakna wujud konteks tertentu yang membolehkan seseorang mengugut mahu bakar Bible? Adakah wujud konteks mengugut membakar kitab suci agama lain dibolehkan?

“Sepertimana kita ada zero tolerance dalam rasuah, kita juga perlu ada zero tolerance dalam sebarang ugutan untuk bakar mana-mana kitab suci di Malaysia.

"Adakah perdana menteri bersedia dengan dasar toleransi terhadap ugutan membakar kitab suci mana-mana agama sebagai contoh negara Islam yang mengamalkan kesederhanaan?" kata Kit Siang.

MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

Dewan gamat, Noh selar ahli parlimen PAS bela Sisters In Islam

Gelapkan wang hampir RM1 juta tapi terlepas

Teo Nie Ching: MRCB to reap billions from CIQ toll hike

'RM9.6bil support letter' for 1MDB exposed

Rafizi rues 1MDB's colossal RM42bil debt

Transgender: Kekalkan status quo Enakmen Jenayah Syariah

MAHISAN ASWADI AHAMED

Sebagai rakyat yang menjunjung prinsip Demokrasi Raja Berperlembagaan, kami menghormati keputusan Mahkamah Rayuan menerima deklarasi hak golongan transgender sebagai hak minoriti di negara ini. Sungguhpun begitu agak mengejutkan, jika Mahkamah Rayuan membuat keputusan membatalkan Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan kesalahan seorang lelaki Islam berpakaian atau berlagak seperti wanita di tempat awam mengikut undang-undang Islam, dianggap bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan terhadap hak asasi.

Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah kelangsungan punca kuasa Syariah yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebagaimana negeri-negeri yang lain di Malaysia sama ada negeri bersekutu atau tidak bersekutu, mendapat punca kuasa Agama Islam melalui peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam sebagai Agama Persekutuan di Malaysia. Bagi Undang-Undang diri orang Islam di Malaysia diperuntukkan dengan jelas di dalam Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan manakala Undang-Undang Jenayah Syariah dilaksanakan dengan kawalan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah Syariah) 1965 (Pindaan 1984).

Punca kuasa bagi gubalan, pengwujudan dan pemakaian Undang-Undang Islam di Malaysia diperkukuhkan dengan memartabatkan kedaulatan Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai penaung dan pelindung kepada Agama Islam keseluruhannya. Kedaulatan (sovereignity) ini yang disebut sebagai Raja Berpelembagaan (constitutional monarchy) telah diperuntukkan dengan jelas melalui Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu “hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati oleh Raja sebagai Ketua Agama Islam tidak tersentuh dan tercacat…” begitu juga sebagai menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 181(1) “….hak kedaulatan, kuasa, bidangkuasa pembesar-pembesar Negeri dan Wilayah mereka masing-masing sebagaimana telah ada dinikmati hingga sekarang adalah tetap tidak tersentuh…”.
Sudah semestinya kelulusan suatu undang-undang di negeri-negeri adalah diluluskan dan diperkenankan oleh Raja atau Sultan sebagai penaung Agama Islam di negeri berkenaan. Oleh itu dengan anggapan Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 telah menafikan hak minority (private morality) dan terbatal menurut Perlembagaan Persekutuan, adalah satu keputusan yang tidak masak jika dibandingkan dengan Undang-Undang Syariah Islam dalam hal ini.

Atas kebijaksanaan pemimpin negara, intelek undang-undang dan agamawan di negara kita, mereka telah mengharmonikan Undang-Undang Islam dan Sivil yang bertujuan mengelakkan sebarang percanggahan bidangkuasa yang boleh mengelirukan rakyat. Justeru, Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda (tahun 1988) bagi memberi ruang yang lebih selesa kepada pelaksanaan Undang-Undang Syariah di negara ini, dan pada masa yang sama mengekalkan kredibiliti Undang-Undang Sivil di negara ini dengan mewujudkan peruntukan 121(1) bagi punca kuasa ekslusif Mahkamah Sivil manakala Perkara 121(1)(A) sebagai punca kuasa ekslusif Mahkamah Syariah. Ini berdasarkan pengalaman bidang kehakiman di Malaysia berhubung konflik (conflict interest) di antara Sivil dan Syariah. Di antara contoh yang biasa dinyatakan oleh Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim iaitu kes Mariam lawan Mohd Arif (1971) 1 MLJ 265 iaitu berhubung konflik hak jagaan anak, kes Ainan lawan Syed Abu Bakar (1939) MLJ 201 berhubung kesahtarafan anak yang lahir empat bulan selepas berkahwin di mana Mahkamah Tinggi mengiktirafnya menurut Seksyen 112 Ordinan Keterangan (Akta Keterangan) dan kes Tg. Mariam lawan Commissioner For Religious Affairs Terengganu (1970) 1 MLJ 222 yang mana tanah wakaf oleh Tg. Chik adalah tidak sah oleh Mahkamah Tinggi mengikut keputusan Majlis Privy dan banyak lagi kes-kes seumpamanya.

Tanah rizab Melayu susut 12%, MTN gagal laksana tugas

ParlimenKUALA LUMPUR, 10 NOV: Penyusutan Tanah Rizab Melayu hanya kepada 12 peratus pada 2009 seluas 1.6 juta hektar daripada 12.9 juta hektar menunjukkan kegagalan Majlis Tanah Negara (MTN) di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib selaku Pengerusi Majlis Tanah Negara sepatutnya menyelaras dan menasihat supaya penguatkuasaan perundangan penggantian Tanah Rezab Melayu dilaksanakan.
Katanya, penyusutan ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak sensitif selain merugikan orang Melayu di masa hadapan.
“Saya membangkitkan isu Tanah Rezab Melayu ini nak menggambarkan bahawa kegagalan Majlis Tanah Negara dalam memastikan jumlah tanah yang ada itu tidak berkurangan.
“Mereka (MTN) menjadi penyelaras dan penasihat gagal menjalankan tanggungjawab seperti diperuntukkan Perlembagaan dalam memastikan penguatkuasaan dalam Perkara 89 apabila tanah diambil hendaklah diganti dengan jumlah sama,” katanya di Lobi Parlimen.
Mahfuz sebelum ini mengemukakan usul isu penyusutan Tanah Rezab Melayu dibincangkan di Dewan Rakyat namun ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia.
Beliau mencadangkan supaya Lembaga Amanah Tanah Rezab Melayu diberikan kuasa menurut undang-undang Persekutuan ditubuhkan untuk mentadbir, mengurus dan membangunkan Tanah Rezab Melayu.
“Penubuhan lembaga amanah ini bertepatan Perkara 98(5) Perlembagaan Persekutuan yang ia perlu menjamin pengekalan saiz dan keluasan Tanah Rezab Melayu,” katanya lagi.

PAS persoal speaker tolak usul bahas penyusutan tanah rezab Melayu

Usul tanah rezab Melayu penting dan tidak sepatutnya speaker menolaknya, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.Usul tanah rezab Melayu penting dan tidak sepatutnya speaker menolaknya, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul membahaskan penyusutan tanah rezab Melayu yang semakin membimbangkan di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS yang membawa usul itu berkata, beliau tidak faham mengapa speaker menolak usul tersebut walhal  ia amat penting untuk dibahaskan memandangkan penyusutan tanah rezab Melayu semakin kritikal.
"Isu ini adalah perkara tertentu kerana penyusunan tanah rezab Melayu yang semakin mengecil keluasan sangatlah membimbangkan.

"Kerana itu kami berasa amat penting isu ini dibahaskan dan kita tidak faham kenapa speaker menolak pembentangan perkara tersebut," katanya pada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Ketua penerangan PAS itu menyertakan hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati jumlah keluasan tanah rezab Melayu direkodkan setakat 2009 menyusut kepada hanya kira-kira 12% iaitu seluas 1.6 juta hektar saja daripada keseluruhan 12.9 juta hektar keluasan tanah di Semanjung Malaysia (tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang).

Audit: Pencen dibayar untuk askar meninggal, rugi RM12 juta

Kementerian Kewangan terus membayar pencen kepada veteran tentera walaupun sudah meninggal dunia, menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hampir RM12 juta.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2013, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) membayar RM11.94 juta pencen untuk 3,786 orang veteran yang meninggal dunia antara 2011 dan 2013.

Menyedari perkara itu, jabatan itu cuba mendapatkannya kembali tetapi hanya berjaya mengumpulkan RM1.69 juta atau 14.2 peratus.

Laporan siri ketiga itu, terakhir untuk tahun ini, dibentangkan di parlimen pagi ini.

Laporan itu berkata, JHEV patut sentiasa menyemak status terkini penerima pencen dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengelakkan perkara itu berlaku.