Dr Mansor Mohd Noor
SHAH ALAM – Masa depan PR tidak perlu dibimbangkan kerana PR sentiasa mempunyai pengganti berkredibiliti untuk mengganti pemimpin mereka.

Ketua Kluster Perpaduan Nasional Majlis Profesor Negara (MPN, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, perselisihan dan konflik dalaman melibatkan PR kebiasaannya hanya bersifat sementara kerana ketiga komponen parti disatukan dengan matlamat yang sama.

“Cakaran antara Pas dan DAP lebih bersifat ombak dalam cawan. PKR, Pas dan DAP diikat oleh  satu matlamat iaitu tawan Putrajaya dan tambah penguasaan mereka ke atas negeri-negeri yang ada di negara ini.

“Musuh mereka bukan sesama sendiri tetapi Umno,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas mengenai masa hadapan PR jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, beliau berkata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilihat sebagai calon paling layak mengambil tempat pemimpin itu.

“Anwar tidak ada, Azmin ada. Jika Hadi tidak ada, Husam ada.

“Jangan salah ‘baca’ Anwar dipenjara dan perselisihan DAP-Pas  menjadikan PR lemah. Mereka masih diikat oleh satu matlamat yang sama,” tegasnya.