Sabtu, 8 November 2014

"Kuman Di Seberang Lautan Tampak, Gajah Di Pelupuk Mata Tiada Tampak" !!!


Gerakan Islam, liberalisme dan pasca-Islamisme

Oleh MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN

Sungguh mengejutkan pendedahan Mustafa Akyol mengenai hasil kajian Liberal Turkish pada 2006 yang mendapati bahawa tuntutan masyarakat Turki agar kembali kepada syariah menurun dari 21 peratus kepada sembilan peratus dalam tempoh tujuh tahun sejak Islamic Calvinism diperkenalkan.

Islamic Calvinists adalah golongan yang menumpukan nilai dan kesufian tetapi mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Golongan ini ditubuhkan untuk mengambil alih kekuasaan Parti Refah sehinggalah Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP, menaiki tangga politik pada 2006.

Kajian tahun 2006 ini jugalah, kehendak masyarakat Turki kepada undang-undang rejam menurun kepada satu peratus sahaja. Malah, idea jihad medan perang sudah bertukar kepada jihad ekonomi, selera tulisan-tulisan pembaca novel pun telah beralih arah dari citra Islam kepada kebejatan moral sekular.

Lebih teruk dari itu lagi, kem Islamis turut mengkritik budaya Islam dan beralih kepada bentuk hidup Muslim yang individualistik, serta mengubah arah dari citra ketaatan kepada agama kepada citra kebebasan. Inilah suasana yang golongan liberal Turki rancang bagi menyediakan AKP sebagai Islamis mengambil pentadbiran kerajaan.

Gerakan liberal memang sah perancangan antarabangsa. Kini, gerakan liberal ini pula mengemukakan satu gerakan baharu sebagai langkah antarabangsa. Satu tesis berjaya dihasilkan bagi mengetengahkan neoliberal antarabangsa, pascamodenisme dan kepelbagaian budaya kepada AKP yang ditulis oleh Burak Ozcetin bagi mendapatkan doktor falsafah di Middle East Technical University pada 2011.

Tidak hairanlah, Akyol menyebut golongan pembangkang menjadi rakan sekular-liberal kerana sekular-liberal gagal dipertahankan oleh pemerintah. Beliau mencadangkan mengubah wajah Islamisme kepada pasca-Islamisme.

Mufti Negeri Sembilan pertahan undang-undang Mahkamah Syariah Negeri


Post Pic

KUALA LUMPUR: Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad mempertahankan undang-undang yang digunakan Mahkamah Syariah Negeri yang disifatkannya berlandaskan al-Quran dan hadis.
 
Mohd Yusof mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan tiga lelaki transgender untuk berpakaian dan berkelakuan seperti wanita.
 
Beliau dilaporkan menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tiga golongan transgender itu sebagai tidak berasaskan ajaran agama Islam.
 
"Saya berdiri di atas Mahkamah Syariah Negeri. Undang-undang yang digubal menjunjung tinggi agama Islam melebihi segala-galanya.
 
"Jadi undang-undang di negeri ini digubal berasaskan agama Islam, al-Quran dan hadis.
 
"Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan itu kerana tidak mahu menghina mahkamah," katanya yang dipetik sebuah akhbar.
 
Semalam, Mahkamah Rayuan memutuskan, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Fitnah Liwat II: Satu Tinjauan Semula

Tiada kecederaan pada dubur Mohd Saiful

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.

"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.

Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.

Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal. -SH

BERITA 2

Peguam: Doktor sahkan tiada tembusan di dubur Saiful, mana datang air mani?

PUTRAJAYA 30 OKT: Ram Karpal mempersoal mana datangnya air mani yang dikatakan ditemui dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan sedangkan doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mendapati dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku.

“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” kata peguambela itu. Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Ram juga berkata, doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menemui sebarang tanda koyakan atau luka daripada Saiful akibat mempertahankan diri.

Kata Ram, ini menunjukkan terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

Ram selanjutnya berhujah, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

“Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

“Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan,” kata Ram.

Ram sebelum itu berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude Pireira dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

“Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

“Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful,” katanya. -KD

BERITA 3

Gopoh laksana hudud: Pemuda Pas mahu penjelasan

SHAH ALAM –  Pemuda Pas hari ini menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan dekan Institut Peradaban dan Pemikiran Islam Antabangsa (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berhubung kenyataannya mengenai kegopohan Kelantan dan Terengganu melaksanakan hukum hudud .
 
 Suhaizan Kaiat Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, pertemuan tersebut diadakan bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan pandangan Mahmood Zuhdi yang juga merupakan ahli akademik pengajian Islam mengenai hukum hudud.
 
“Saya sebagai orang muda dalam Pas sangat berminat untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada beliau.
 
“Kami ingin berjumpa dengannya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pelaksanaan hukum tersebut,” jelasnya.
 
Baru-baru ini, Mahmood Zuhdi menggesa Selangor agar menjauhi sikap terburu-buru dan tidak cermat kerajaan Kelantan dan kerajaan Pas Terengganu suatu masa dahulu yang dianggapnya 'gelojoh' dalam melaksanakan hudud.
 
Dalam kenyataan beliau yang dipetik melalui sebuah portal pada 6 November lalu, beliau turut mendakwa  pelaksanaan undang-undang Kanun Jenayah Syariah itu tetap akan gagal walaupun jika Pas dan Umno bersepakat untuk melaksanakannya.
 

Abim: Iktiraf transgender cemar institusi Islam

NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berharap rayuan akan dikemukakan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengiktiraf hak golongan transgender.

Ketua biro undang-undangnya, Khairul Anwar Ismail berkata, keputusan tersebut mencemarkan institusi Islam dan dianggapnya sebagai “virus” yang akan memusnahkan agama tersebut.

Menurutnya, keputusan itu secara langsung membatalkan peruntukan undang-undang Syariah di seluruh negara yang menetapkan kesalahan bagi orang lelaki berpakaian wanita.

“Keputusan (ini) benar-benar mencemar, menghina dan menjatuhkan martabat institusi agama seperti Mahkamah Syariah, jabatan agama negeri (dan) institusi fatwa,” katanya.

Namun, yang lebih membimbangkannya, keputusan berkenaan akan membolehkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) mengemukakan tuntutan lain.

Prof. Aziz Bari di Jelajah Mahasiswa UIAM 2014


Henti Teroka Tanah, Cameron Highlands Berdepan Banjir Lebih Teruk - Pakar Geologi


KUALA LUMPUR: Penerokaan tanah yang berterusan di Cameron Highlands akan mengakibatkan kemungkinan ia berdepan tanah runtuh dan banjir lumpur lebih teruk pada masa akan datang, kata pakar geologi.

Pensyarah Geologi Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kerakusan peneroka menarah bukit untuk membangunkan ladang sayuran baharu hanya akan menyebabkan berlaku mendapan tanah yang berisiko menyebabkan tanah runtuh.

"Sekiranya hujan lebat berlaku, cerun bukit yang ditarah akan mula terhakis dan dengan empangan sedia ada yang tidak mampu lagi menampung kuantiti air yang banyak akan menyebabkan banjir lebih besar," katanya kepada Bernama bagi mengulas kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands Rabu lepas.

Jelasnya, tanah di Cameron Highlands tidak lagi sesuai untuk aktiviti pertanian selepas kawasan tanah tinggi itu diteroka secara berleluasa tanpa sebarang kawalan.

Tambahnya, Cameron Highlands mempunyai tanah jenis granit yang bersifat gembur dan mudah terhakis sekiranya terdapat sebarang pemotongan mahupun penggunaan bahan kimia yang tinggi.

Gerak mundur ke tahun 2020


ww2020

oleh CLARISSA AI LING LEE

Dalam lebih lima tahun dari sekarang, kita akan masuk 2020 – tahun yang menjadi gagasan wawasan negara Malaysia untuk capai taraf negara membangun. Namun kini, tenaga nampaknya lebih dialirkan kepada perkara-perkara yang tidak menyumbang kepada asas pembangunan pemikiran, ilmu, dan kekreatifan.
Daripada hebohan di media sosial, kita dapat saksikan pertunjukan politik bersentimenkan populis dan ad hominem – serangan pelbagai pihak terhadap dasar kerajaan (termasuk belanjawan 2015); pertempuran antara hak kemanusiaan dan pandangan dogmatik terhadap keagamaan; pengunaan akta hasutan sembarangan ke atas sesiapa saja lantaran kritikan akademik sampai kepada rakaman video di Youtube; dan pertengkaran yang tidak pernah surut antara pembangkang dan kerajaan.
Pada masa sama, kos hidup melambung, disertai dengan tabiat berbelanja yang semakin rakus kerana godaan butik-butik pusat membeli-belah yang kian menawan, lalu diikuti dengan peningkatan bilangan individu yang mengalami insolvensi. Tambahan pula, kita lebih terpukau dengan kursus mahupun ceramah berjenis ‘makanan segera’ yang menjanjikan kejayaan, kebahagian, kekayaan mahupun kesejahteraan tanpa mengambil kira kesannya ke atas gaya hidup mahupun sistem penilaian diri. Kita turut serta dalam aksi kritik-mengkritik dan mentertawakan kedunguan dan kedaifan orang lain tanpa memikirkan apakah yang mendasari kemoralan dan etika masing-masing.
Dalam keasyikan mengkritik kedurjanaan, pernahkan terlintas di benak apakah alternatif yang hendak kita hulurkan kepada kebebalan yang kita kerap keluhkan? Adakah juadah alternatif yang ditawarkan sehambar dan sehampa yang sedia terhidang?

Kidex: Pusat digesa henti sembunyi fakta


no-kidex


PETALING JAYA, 8 NOV: DAP Selangor mengecam tindakan tidak bertanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar yang cuba mengelirukan orang ramai dengan fakta tidak jelas berhubung projek Lebuhraya Ekspress Kinrara-Damansara (Kidex).
Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran, Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, Adun Kinrara Ng Sze Han dan Adun Kampung Tunku Lau Weng San dalam kenyataan bersama menyatakan, kenyataan Wahid bahawa Kidex boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di empat kawasan Petaling Jaya dibuat secara terpilih kerana tidak mengambil beberapa bahagian lainnya.
“Wahid tidak seharusnya mengikuti langkah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dengan hanya melihat bahagian tertentu, dan kemudian mendakwa Kidex akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
“Sedangkan kajian sama turut menunjukkan peningkatan kesesakan ketara sehingga hampir 20 peratus di Jalan Utara berhampiran Hotel Armada dan Lebuhraya Bukit Jalil.

FELDA Bakal Muflis Dikerjakan Isa Samad Laki Bini.!!

Bila Tony Pua mendedahkan tentang operasi FELDA dan pengapungan saham FGVH yang sebenarnya tidak menguntungkan para peneroka, malah merugikan kaum peneroka FELDA, kelam-kabut pun mulai berlaku di FELDA. Golongan perompak harta rakyat itu serta-merta cuba menipu dengan menyatakan, Tony Pua tidak bercakap benar dan hanya bercakap dengan kulit, bukan dengan isi.

Felda sekarang ini sudah menjadi syarikat SDN BHD Isa Samad laki bini. Bini yang dikahwini pada 2010 sudah mula menunjukkan kuasa. Perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang mendapat ratusan ribu jumlah saham, turut melantik sama bininya untuk menunjukkan kuasa di Felda.

Sedangkan pada masa yang sama, peneroka Felda berhadapan dengan masalah yang lebih besar apabila saham-saham FGVH tidak meningkat sebagaimana yang dikatakan oleh para pengampu dan perompak bertali leher. Yang untung besar dalam perkara ini adalah konsultan luar negara yang dilantik untuk memberikan nasihat bagi mengkayakan Isa Samad, bininya dan kroni-kroninya yang lain.

Omak Kau telah membuat pendedahan. Dia mungkin tersilap tentang bilik pejabat Bibi tetapi dia tidak tersilap tentang pengagihan kuasa di kalangan kroni-kroni Bibi dan Isa Samad. Malahan Pengarah Urusan pun berperangai seperti penyamun, yang kerjanya buat claim tetapi lebih banyak bercuti di luar negara berbanding menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

RM138.5 Juta hilang dari DBKL.. Siapakah syaitan yang dikenali itu?

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis hari ini susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai ketirisan yang berlaku dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sentul, Lim mendakwa wujud unsur jenayah pecah amanah dan penipuan yang menyebabkan DBKL kehilangan RM138.5 juta dalam tempoh 10 tahun.

"Saya minta polis menyiasat skandal DBKL itu di bawah Seksyen 409 (pecah amanah oleh penjawat awam) dan Seksyen 420 (penipuan) Kanun Keseksaan atau akta-akta jenayah yang lain," kata Lim dalam laporan polis yang dibuatnya pagi ini.

Lim juga menggesa supaya pihak polis menyerahkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya.

"Selepas siasatan tersebut dibuat, saya berharap pihak polis akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya selepas selesai membuat laporan polis.

PR masih belum matang?

SHAH ALAM – PR dianggap sebagai gabungan yang masih mentah dalam berpolitik apabila wujudnya pelbagai ketidaksefahaman antara rakan pakatan terutama Pas dan DAP.
Penganalisis politik, Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata, penubuhan PR yang baru berusia tujuh tahun itu (bermula 2008) dilihat salah satu sebab terjadinya konflik dalaman.
PR masih belum matang?Menurutnya, perkara itu biasa berlaku apabila sesuatu parti masih belum matang di mana masing-masing inginkan perhatian dan sokongan.
“Justeru jika alasan krisis tersebut menjadi penyebab Pas angkat kaki, bermaksud, itu bukan satu keputusan bijak.
“Jika Pas mengambil keputusan keluar parti gabungan ini, ia hanya melemahkan mereka dan parti itu pastinya akan banyak kerugian daripada untung," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi yang berlaku antara pemimpin DAP dan Pas yang kelihatan semakin meruncing apabila berlaku ketidaksefahaman walaupun sudah mengaku sebagai adik-beradik dalam PR.
Nizamuddin berkata, isu berbangkit antara pemimpin parti tidak seharusnya digembar-gemburkan.
“Sepatutnya, kedua-dua parti ini duduk semeja membincangkan masalah dan dapatkan kesepakatan agar segala keputusan dibuat bersama dan tidak bercanggah.
“Bincangkan semula tahaluf siyasi (persefahaman politik), agar matlamat dipegang tidak tergugat,” katanya.
Beliau berkata, antara PKR, DAP dan Pas, masing-masing memerlukan satu sama lain demi kepentingan politik.
“DAP dengan Pas misalnya, masing-masing bantu-membantu dalam pilihan raya untuk memastikan kemenangan menyebelahi mereka.
“Itulah yang berlaku apabila bermulanya 2008, beberapa negeri mereka tawan daripada BN iaitu Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang,” katanya.

Najib has made the word 'moderate' MEANINGLESS - Dyana

by Dyana Sofya

Najib has made the word 'moderate' MEANINGLESS - Dyana
The newly-minted Menteri Besar of Selangor’s call for moderation and upholding justice is timely advice, and certainly something the majority of Malaysians would agree to.
However, it must be said that the word “moderation” has been overused ― and in many ways misused as well ― in recent times. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, for example, has adopted the term as something of a tagline, culminating in the establishment of the Global Movement of Moderates, an initiative attempting to apply “perspectives and frameworks of moderation to realise world peace and harmony.” In fact, Najib goes so far as to declare that global conflict is not between religions or between socio-economic classes, but between moderates and extremists.
His effort would actually be commendable, if it weren’t for the ironic fact that all his rhetoric on moderation is actually a fa├žade that conceals his government’s less-than-moderate preoccupation with fanning ethno-religious divisions.
I wonder, Mr Prime Minister, if you would consider it an act of moderation to publicly threaten to burn religious holy books? No moderate in their right mind would condone such an inflammatory act, yet your government has not only declined to charge the perpetrator and worse, actually defended him by stating that his threat was merely done to protect the sanctity of Islam.
If that’s moderation, I cannot imagine what extremism is.
Having said that, I would also like to implore the real moderates of Malaysia to stand up and be accounted for. To paraphrase Edmund Burke, the triumph of evil men is only possible when the good ones do nothing. Thus, we, the peace-loving majority of Malaysians, cannot ignore this cancer of bigotry and extremism. If we don’t stand up for what’s right, who will? Certainly not our prime minister.
Why is it important to speak up, again and again?

The last few weeks have certainly been rough. Not just for me personally, but also for our country, as the nation watched Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim being dragged through the mud during his sodomy conviction appeal at the Federal Court. Lurid accusations of sexual debauchery were once again hurled about in court in a clear attempt at character assassination.
Turning as I often do to music when times appear bleak, I had David Cook’s rendition of Billie Jean in the background when I suddenly recalled what my mentor, Lim Kit Siang, once said to me.

Pluralisme agama: Mencari pencerahan?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
Polemik ‘pluralisme agama’ kembali mengambil ruang utama diskusi awam. Kali ini pasti lebih sengit dan ganas. Sebabnya? Kali ini sebuah NGO, Sisters-in-Islam, Malaysia (SIS) mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Lebih menarik kerana sekumpulan ahli Parlimen dari Parti Islam Islam SeMalaysia (PAS) memasuki gelanggang wacana ini seawal mulanya. Ahli-ahli PAS ini tegasnya mengingatkan Mais supaya jangan drastik membuat ‘fatwa’, khasnya yang menghukum orang atau melabel organisasi sebagai ‘sesat dan menyeleweng’ dari agama Islam.

Umum tidak memahami dan masih kebingungan apa itu pluralisme agama.

Justeru kerana istilah dan konsep pluralisme agama ini rumit, ilmiah dan tidak mudah untuk ditanggapi golongan awam, maka ia sangat memerlukan penelitian dan pencerahan. (Sengaja tidak saya tambah perbahasan fahaman liberalisme dalam penulisan kali ini). Sangat malang jika ia disalah faham. Lebih malang lagi jika ia mudah-mudah digunakan sebagai senjata atau ‘bogeyman’ untuk menjatuhkan lawan dengan menghukum pengamal mereka atau memiliki unsur-unsur fahaman pluralisme agama.
Tidak perlu penulis bariskan mereka yang turut jadi mangsa serangan ini. Penulis juga salah seorang mangsa kegiatan ini. Amat pelik kerana serangan datang dari dalam partinya sendiri.
Untuk ingatan umum, bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam kerana dikatakan menyebarkan fahaman ‘pluralisme agama’, malah Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak terlepas daripada kritikan kerana menghadiri acara rasmi di kuil Buddha di Kelantan.
Melengkapkan contoh, sebuah forum ilmuan Islam sedikit waktu dahulu mengingatkan semua pemimpin Muslim, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya tidak menghadiri majlis perayaan agama lain, dengan alasan ia menjejaskan aqidah.
Jom cuba kita fahami ‘fundamental’nya dahulu. Saya akan cuba memudahkan wacana ini.
Benar, pluralisme agama bukanlah satu istilah yang hanya bermaksud ‘kepelbagaian agama’ atau disebut sebagai ‘religious pluralism’.
Konsep ini bukan hanya sekadar meraikan wujudnya pelbagai agama dalam laluan sejarah pengalaman tamadun manusia. Pertikaian bukan hanya bersifat semantik.
Meneliti perkembangan fahaman ini, kita akan menemui hakikat ‘Pluralisme Agama’ adalah sebuah ‘isme’, sebuah ‘‘ideologi’ dan sebuah falsafah yang mendalam dan mempunyai pelbagai doktrin, epistemologi dan ‘naratif’  tersendiri, serta implikasi kefahaman ke atas ‘penganutnya’.
Sesuai dengan kedudukannya sebagai  sebuah ‘isme’ atau ideologi yang punya asas falsafahnya, pluralisme agama tampil dalam sejarah persis satu ‘agama baru’ dan mempunyai ‘prophets’ atau ‘ahli-ahli falsafah’ mereka seperti Ernst Troeltsch (1865-19230), Arnold Toynbee (1889-1975), Wilfred Carnwell Smith  (1916-2000). Antara ahli falsafah kontemporarinya ialah Professor John Harwood Hick yang baru meninggal (1922-2012).

GST vs Hudud

Oleh IRFAN ES
UNDANG-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini… jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.”

- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tanjung Tualang, 24 September 2011 -
“Kita akan teruskan pelaksanaan GST.” 

- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2014 anjuran Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur, 4 November 2014 -

Nada ucapan daripada wakil-wakil kerajaan persekutuan dewasa ini seolah memberi petunjuk bahawa GST tetap akan dilaksanakan, bahawa ia tidak boleh dihalang lagi, bahawa ia umpama maut – pasti akan tiba sama ada kita rela atau tidak.

Hal ini tidak menghairankan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan telah sedaya-upaya menggunakan segala ruang propaganda bagi mengolah persetujuan rakyat terhadap pelaksanaan GST.

Jika anda menaiki kereta, anda pasti akan terdengar iklan penerangan GST hampir di setiap stesen radio. Sambil memandu, anda akan menyedari lukisan-lukisan kartun berkaitan GST di badan-badan bas atau teksi yang membanjiri jalan raya. Ketika anda mencari papan tanda pula, tiba-tiba anda akan ternampak salah satu papan tanda di tepi jalan mempromosikan GST. Dan setelah sampai ke rumah dan membuka televisyen, anda juga akan terlihat iklan-iklan berkenaan GST disiarkan berulang kali.

Tidak cukup dengan itu, diadakan pula program-program masuk kampung (menggunakan jentera kerajaan) untuk memberi penerangan berkaitan GST, diiringi kenduri-kenduri kampung dan ceramah agama bagi menarik khalayak ramai.

Jangan jadikan buli sebagai budaya asrama

Oleh MUHAMMAD AZLAN AHMAD NAZRI
KENA buli? adat la tu... tinggal di asrama.” Itulah jawapan yang selalu keluar daripada seorang pelajar yang sudah keluar dari kepompong asrama, merasakan buli itu adalah budaya ataupun adat ketika di asrama. Semalam ,lima daripada enam pelajar berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah tersebut selepas kes buli ini menjadi viral di laman sosial.

Buli adalah bersifat mencederakan fizikal seseorang dan memberi tekanan kepada mental seseorang. Selain jenayah meragut dan merompak, buli dianggap satu  jenayah yang lebih berat kerana bukan sahaja  memberi kecederaan kepada fizikal, malah memberi tekanan emosi kepada seseorang. Dengan tempoh yang lama,buli ini banyak berlaku di sekolah yang berasrama,yang kuat akan membuli yang lemah, yang besar akan membuli yang kecil dan kumpulan yang besar akan membuli kumpulan yang kecil.

Buli ini terjadi apabila terbentuk satu kumpulan yang ramai merasakan seseorang akan berasa selamat apabila keselematannya terjaga oleh kumpulannya. Jadi,dengan sebab itu, seseorang akan berasa bebas untuk melakukan perkara-perkara ganas seperti membuli pelajar-pelajar lain. Kebiasaannya, pelajar yang lebih tua umurnya sekitar tingkatan 3 hingga 5 akan membuli pelajar tingkatan 1 atau 2. Dengan umurnya yang lebih tua dan berbadan besar, mereka berasa seronok untuk membuli pelajar lain dan menjadikannya satu hobi ketika waktu terluang bersama kumpulannya.

Pembuli ini akan cuba mencari kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh seseorang untuk dijadikan punca pergaduhan. Buli ini adalah satu kesalahan jenayah yang perlu dititik berat oleh masyarakat  pada masa ini kerana buli ini memberi tekanan emosi  kepada seseorang dalam tempoh yang panjang. Cuba kita bayangkan, pelajar  mula dibuli sejak tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5, tekanan emosi dan psikologi yang  tinggi oleh pelajar yang dibuli ini  akan membuatkan pelajarannya terganggu. Jadi, isu ini bukan isu yang kecil, isu ini adalah isu yang boleh menghancurkan masa depan negara yang mengharapkan pertumbuhan akademik yang baik dari anak muda untuk mewarisi kepimpinan negara.

Isu buli: Bilakah akan berakhir?

Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan isu buli di asrama yang tersebar melalui internet beberapa hari ini. Nilai akhlak sebagai Muslim dan jati diri rakyat Malaysia yang terkenal dengan lemah lembut dan ramah, makin menghilang.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Seorang Muslim itu adalah sesiapa yang Muslim lain selamat dari kejahatan lidah dan tangannya.

Penghormatan antara yang kecil kepada yang besar, yang muda kepada yang tua dan sifat penyayang antara yang besar kepada yang kecil dan yang tua kepada yang muda juga makin terhakis.

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang tidak mengasihi kepada yang kecil (lebih muda) dan tidak menghormati kepada yang besar (lebih tua), maka dia bukan di kalangan kami.

Justeru itu, AKR menyeru semua pihak baik kerajaan, pentadbiran sekolah dan guru-guru, organisasi masyarakat, ibu bapa dan pelajar agar berperanan secara lebih proaktif bagi mengenal pasti punca dan penyelesaian terbaik bagi menghadapi krisis akhlak ini.

Bagi AKR, kami berusaha membantu semaksima mungkin melalui kekuatan yang ada dalam menggerakkan pelbagai aktiviti dan program ke arah membangunkan pelajar atau remaja yang bermanfaat untuk kebaikan negara ini termasuk aksi-aksi lasak yang diminati remaja.

Tindakan disiplin halang siswa fikir kritis

ADUN Machang Bubuk merangkap Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Lee Khai Loon berpendapat bahawa tindakan tatatertib Universiti Malaya (UM) mendakwa lapan pemimpin pelajar termasuk Fahmi Zainol telah merosakkan semangat demokrasi kampus. Universiti adalah tempat untuk belajar dan memupuk semangat demokrasi.

Tindakan aktivis siswa Fahmi Zainol yang mengadakan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu hanya melaksanakan hak mahasiswa untuk menganjur program ilmiah dan tidak patut dihukum.

Tindakan tatatertib universiti seperti denda, gantung semester atau buang universiti sentiasa dipakai oleh pihak universiti untuk menakutkan mahasiswa.

Sebelum ini, Fahmi Zainol pernah diberi amaran oleh pihak UM agar tidak menganjurkan pidato tersebut. Namun, tindakan berani beliau untuk mempertahankan kebebasan mahasiswa untuk mengadakannya.

Walaupun Fahmi Zainol dan pemimpin mahasiswa UM mungkin dikenakan tindakan tatatertib. Hakikatnya, dalam pidato tersebut telah mendapat sokongan padu daripada dua ribu orang mahasiswa dan orang ramai.

Umno bakal terima padah jika terus abai pemikiran bandar mahasiswa

Oleh Nur Jazlan
Akhirnya, perbicaraan kes rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya berakhir semalam, dan sama ada ahli politik veteran itu akan ‘kembali’ semula ke Penjara Sungai Buloh, masih lagi belum dapat ditentukan.
Ketika Anwar sedang menunggu keputusannya, sekumpulan 8 mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga terpaksa menunggu sehingga 18 November ini, sama ada mereka dijatuhkan hukuman atau tidak kerana membawa ketua pembangkang itu berceramah di universiti berkenaan minggu lalu.
Apa yang pasti persepsi penghakiman politik dan pelbagai tuduhan lagi terus dilemparkan pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sering dilabelkan mempengaruhi keputusan cabang kehakiman.
Hakikatnya, tiga cabang utama yang membentuk pentadbiran dan perundangan negara iaitu Parlimen, eksekutif (kerajaan) dan kehakiman tidak boleh bercampur atau mempengaruhi antara satu sama lain. Itulah yang diajar secara teori dalam subjek Sejarah sistem pendidikan negara, walaupun ramai yang sering memberi tafsiran sememangnya berlaku campur tangan antara ketiga-tiga cabang berkenaan dan kononnya banyak contoh boleh diberikan.
Ada yang membuat tanggapan apabila Anwar masuk ke penjara nanti (masih belum diputuskan), yang paling beruntung adalah BN dan Umno serta pimpinan parti terutama sekali Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana bagi mereka yang yakin dengan teori ini, Umno tidak lagi mempunyai sebarang masalah menumpaskan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 memandangkan ‘gel’ pelekat gabungan parti pembangkang ini, iaitu Anwar sudah berada dalam penjara.
Dengan populariti perdana menteri yang menjunam kepada 48% berdasarkan tinjauan Merdeka Center, sudah pasti keputusan kes Anwar juga akan terus mempengaruhi populariti Najib.
Pendekatan tidak popular yang diambil kerajaan BN dengan rasionalisasi subsidi minyak tetapi terus memberikan subsidi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat, jelas mengundang kemarahan kepada rakyat golongan pertengahan sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.
Golongan ini, yang majoritinya tinggal di kawasan bandar dan separuh bandar jelas bersuara dalam PRU13 lalu, dengan menghukum BN dan Umno kerana dilihat gagal memperjuangkan nasib mereka.
Kegagalan menawan kembali Selangor selain kalah beberapa lagi kerusi DUN dan Parlimen di Johor yang majoritinya kawasan bandar dan separuh bandar menunjukkan aliran penolakan berterusan golongan ini kepada BN serta Umno.

Mahasiswa penyatu ketumbukan rakyat

Oleh Safwan Anang
Seminggu dua ini kedengaran semula laungan keramat "student power" di mulut-mulut rakyat kebanyakan. Ini adalah suatu mesej yang jelas menandakan isyarat kebangkitan mahasiswa. Saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam LENSA menganggap kebangkitan mahasiswa ini bukan lagi yang biasa-biasa. Kelantangan mereka dalam isu-isu yang diperjuangkan sememang layak mereka digelar pejuang tegar dan berani.

Ya, saya melihat perkembangan yang cukup positif ini apabila mereka memulakan kempen "Langgar Universiti Malaya" dengan membawa masuk ketua pembangkang ke dalam kampus. Tujuannya saya kira cukup jelas kerana mahasiswa adalah antara kelompok yang sememangnya sering dicop "anti-establishment". Oh tidak, mereka bukan sekadar itu. Bahkan setahu saya, yang namanya mahasiswa ini adalah pemberani yang membela golongan tertindas dan teranaiya. Tindakan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah berani mati!

Bahkan walaupun terus menerus menerima amaran daripada "regim universiti" sebelum berlangsungnya program pidato malam itu, mereka tetap nekad meneruskannya tanpa mengendur atau kecut perut. Malam itu juga membuktikan mahasiswa berjaya menyatukan kelompok rakyat yang pelbagai tanpa mengira latar belakang bahkan ada di antara mereka adalah kakitangan universiti sendiri yang hadir tanda solidariti lawan kezaliman!
Saya andaikan itu sudah cukup membanggakan, rupanya masih belum lagi. Satu kenyataan yang saudara Fahmi Zainol, selaku Presiden PMUM lontarkan selepas daripada malam solidariti itu cukup mengejutkan.
Beliau sanggup berdepan dengan apa jua tindakan daripada pihak universiti termasuk dipecat asalkan dapat membela mereka yang teraniaya. Dan saya yakin apa yang mereka lakukan ini bukanlah suatu kerja mudah yang boleh dilakukan sesiapa melainkan dengan keberanian yang tinggi.

UM: Kera di hutan disusukan

Oleh Mohd Sufri Yakup
Penganjuran Pidato dari Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya baru-baru ini mengundang pentadbiran universiti berkenaan mengambil tindakan terhadap mahasiswanya.
Pidato bertajuk 40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara itu tidak mendapat kelulusan daripada pentadbiran universiti berkenaan. Pagar dikunci, staf diarah meninggalkan pejabat seawal jam 4 petang dengan alasan ketiadaan bekalan elektrik. Kemudiannya pasukan Polis pula diminta mengawal lokasi di mana bakal berlangsungnya pidato berkenaan.
Universiti Malaya sebagai sebuah universiti ulung dan tertua di negara ini masih lagi dibayangi bayang-bayang kerajaan yang angkuh. Malah tindakan UM ini tidak menghormati kebebasan bersuara dan budaya ilmu dalam kalangan mahasiswanya.
Jika Presiden Obama dari Amerika Syarikat diberi sambutan meriah, liputan dari semua agensi berita TV, radio dan media massa semasa lawatannya ke UM, mengapa tidak peluang yang sama diberikan kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia?

Mengapa Pentadbir Universiti Takut Mendepani Pelajar

Oleh Abu Hassan Adam

Aku merasakan bahawa rakyat Malaysia mula hairan tentang gelagat pihak pentadbir University di Malaysia yang seolah-olah begitu takut berhadapan dengan pelajar-pelajar untuk membincangkan sesuatu isu. Aku amat hairan. Semacam sudah muncul sindrom ‘takut’ dikalangan pihak-pihak tertentu di Malaysia untuk berhadapan dan seterusnya menyelesaikan sesuatu isu.

Isu ‘Sister in Islam’ yang membabitkan Majlis Agama Islam Selangor masih belum selesai. YAB Menteri Besar, Saudara Azmin Ali mencadangkan diadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkenaan. Dan tentunya itu merupakan pandangan yang amat terkehadapan bagi pemimpin yang memimpin sebuah negeri dalam Kurun ke 21. Itulah cara yang sebaik-baiknya. Dan disokong pula oleh YB Khalid Samad dan beberapa orang pemimpin progresif lain yang merasakan bahawa meja rundingan dan perbincangan adalah cara yang terbaik, walaupun telah ada rundingan dibuat sebelum ini. Tentu tidak salah diadakan rundingan sekali lagi demi untuk merungkaikan isu yang agak rumit itu.
Begitu jugalah dengan keadaan yang wujud di kampus-kampus kini. Keengganan pihak-pihak tertentu untuk tidak membenarkan kebebasan bersuara diamalkan di kampaus-kampus telah menyebabkan pelajar-pelajar telah mula menunjukkan ‘taring’ mereka bahawa mereka memerlukan pandangan-pandangan luar mengenai isu-isu yang berlegar disekeliling mereka.
Dan kehadiran para penceramah jemputan yang terdiri dari golongan politik atau profesional yang berkaliber adalah cara dan tindakan yang amat sesuai.Pihak pentadbir University tidak harus bimbang dengan isi ucapan yang akan disampaikan oleh mereka kerana berbagai akta telah sedia ada di negara kita sekiranya apa yang disuarakan oleh pihak-pihak berkenaan boleh digunakan akta-akta berkenaan untuk memebawa mereka ke muka pengadilan. Oleh hal yang demikian, apakah yang menyebabkan pihak-pihak tertentu di University yang begitu takut berdepan dengan pelajar-pelajar berkenaan.
Fenomena yang berlaku di kampus-kampus univeristy, khususnya di University Malaya kini aku rasa amat berbeza sekali dengan keadaan University Malaya empat puluh tahun yang lalu. Pada ketika itu para pelajar yang mengambil daya usaha untuk menjemput penceramah-penceramah luar untuk datang ke kampus dan menyampaikan pendapat dan pandangan mereka. Namun ramai penceramah ( khususnya pemimpin kerajaan pada ketika itu) enggan datang, walaupun ada juga yang agak ‘berani’ untuk berdepan dengan pelajar-pelajar pada ketika itu. Dan seingat aku, Tun Musa Hitam dan Tun Ghazali Shafie telah mendapat tepukan gemuruh dari pelajar-pelajar ketika mereka menyampaikan pandangn mereka mengenai sesuatu isu. Itu bermakna bahawa pelajar-pelajar pada ketika itu (dan kini juga) adalah ‘manusia’ yang rasional dan boleh berfikir.

Ir Bushro dedah amalan tidak sihat Umno Selangor

SHAH ALAM - Setelah 33 tahun bersama Umno, bekas Adun Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor meluahkan rasa kurang senangnya terhadap corak dan amalan politik yang dimainkan Umno Selangor.

Beliau menegaskan, praktis taburan duit yang berlebihan menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh.

“Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak.

“Mereka berebut nak duit dan bernafsu besar dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Bushro berkata, teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan.

“Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden Umno perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua.

MB Selangor: Jadikan Unisel institusi pendidikan dukung kebebasan & keadilan

Majlis Konvokesyen UNISEL ke-9 MB (3)KUALA SELANGOR, 8 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tekad untuk menjadikan Univesiti Selangor (UNISEL) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mendukung tinggi prinsip kebebasan.
Beliau berkata, dengan amalan prinsip kebebasan dan keadilan mampu mengangkat UNISEL setaraf dengan universiti terkemuka dunia.
Katanya, dunia mahasiswa seharusnya digandingkan dengan realiti sekeliling dan bukan dipisahkan sepertimana yang berlaku sekarang.
“Prinsip kebebasan yang digarap David Starr Jordan, pengasas Universiti Stanford membuktikan komitmen untuk menjadikan kebebasan sebagai teras pembangunan universiti berjaya menjadikan Stanford sebagai salah sebuah universiti terulung di dunia.
“Saya yakin UNISEL perlu menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembentukan masyarakat yang adil ke arah pembentukan negara yang adil.
“Pensyarah dan mahasiswa seharusnya merancakkan wacana serta perbincangan demi mengungkapkan kebenaran kerana perkembangan komuniti intelektual hanya dapat dicapai apabila universiti mengamalkan kebebasan akademik,” katanya.

Kes Mat Sabu: Saksi tak tahu siapa Agong pada tahun 1950

BUTTERWORTH: Saksi pendakwa yang kelapan iaitu Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara, ASP Jafri Md Zain mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa laporan polis pihak pengadu berhubung kes Mat Indera tetap mempunyai nilai walaupun laporan polis mengandungi fakta-fakta yang tidak betul dan tidak masuk akal.

Pada perbicaraan kelmarin, saksi pendakwa itu disoal bertalu-talu oleh peguambela Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin berhubung siasatan beliau berkenaan laporan polis yang dibuat oleh pengadu iaitu mantan pesara polis iaitu Visvanathan.

Di dalam laporan polis itu beliau menyatakan Mat Sabu menyokong komunis dan menderhaka Yang di-Pertuan Agong.

Hanipa menyoal pegawai penyiasat itu bagaimanakah laporan polis pengadu boleh dikatakan mempunyai nilai dalam keadaan dakwaan pengadu menderhaka kepada Agong adalah tidak masuk akal kerana pada tahun 1950 iaitu kejadian tragedi Bukit Kepong institusi Yang di-Pertuan Agong belum wujud lagi.

Begitu juga Hanipa membangkitkan dakwaan pengadu kononnya menyokong komunis adalah suatu yang secara jelas tidak betul kerana Mat Sabu tidak pernah sama sekali menyebut perkara tersebut di dalam mana-mana ucapannya.

ASP Jafri yang berkhidmat selama 19 tahun dengan PDRM adalah saksi kelapan pendakwa.

Beliau dan beberapa petugas PDRM telah pergi ke Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Fahmi Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 untuk merakam tujuh keping gambar. Mat Sabu didakwa di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Seksyen Butterworth di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Selepas keterangan pegawai penyiasat itu perbicaraan tersebut kini ditangguhkan kepada 14 Disember 2014 depan di Mahkamah Kuala Terengganu ekoran waris kepada salah seorang polis pada kejadian Bukit Kepong, Jaafar Hasan dalam keadaan uzur dan tinggal di Terengganu.

Berikut adalah antara lain soalan Hanipa ke atas saksi pendakwa tersebut.

Soalan: Adakah kamu ada ambil statement daripada pengadu kes ini iaitu encik Visvanathan?

Jawapan: Tiada

Soalan: Berapa pegawai penyiasat dalam kes ini?

Jawapan: Saya seorang.

Soalan: Jika kamu seorang siapa pula yang ambil keterangan pengadu di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah?

Jawapan: Ada pegawai penyiasat lain.

Soalan: Maknanya bukan seoranglah..ada pegawai penyiasat lainlah?

Jawapan: Saya tak setuju.

Tanya Dr Mahathir siapa Noh Omar, kata Azmin


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan mengulas dakwaan Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwanya 'cuba tunjuk pandai' mencari jalan pendamaian berhubung kemelut fatwa Sisters in Islam (SIS).

Beliau sebaliknya berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dirujuk untuk mengenali siapakah sebenarnya Noh, lapor Selangor Kini.

“Siapa? Noh Omar? Dia ada lagi?Saya ingat tanya Dr Mahathir siapa Noh Omar ni?” katanya  ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya.

Noh semalam mendakwa Azmin cuba berlagak pandai apabila mencadangkan satu pertemuan diadakan di antara Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan SIS berhubung fatwa sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu.

Sebelum ini, Azmin berharap pertemuan dapat diadakan antara Mufti, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Sisters In Islam (SIS) dalam masa terdekat.

Hutang 1MDB: Surat tunjuk k'jaan akan campur tangan

Akhbar The Edge Malaysia menyiarkan satu dokumen yang menangkis dakwaan Kementerian Kewangan bahawa Putrajaya hanya menjamin sejumlah RM5.8 bilion daripada keseluruhan RM38 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Surat berkenaan menunjukkan bahawa kerajaan memberi jaminan untuk campur tangan sekiranya 1MDB tidak mampu menanggung hutang USD3 bilion oleh anak syarikat milik penuhnya, 1MDB Global Investment Limited (penerbit).

"Sekiranya 1MDB, sebagai pemegang saham penerbit, gagal menyediakan dana yang diperlukan... Malaysia akan campur tangan untuk menyuntik modal yang diperlukan kepada penerbit, atau membuat bayaran bagi memastikan tanggungjawab penerbit ke atas hutang itu dipenuhi,” surat itu dipetik.

Ketika surat sokongan itu dikeluarkan pada 14 Mac tahun lalu, hutang USD3 bilion itu mempunyai nilai pertukaran hutang RM9.6 bilion. Jumlah itu berada pada tahap RM10 bilion pada kadar semasa.

Kedua-dua jumlah tersebut – ketika surat sokongan dikeluarkan – jauh lebih besar daripada jumlah RM5.8 bilion yang didakwa kerajaan, seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pada hari Khamis lalu.

Jelajah Mahasiswa: UIA dikunci, bergelap untuk halang himpunan

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bertindak memadamkan lampu dan mengunci pintu pagar utamanya untuk menghentikan satu perhimpunan mahasiswa di kampus berkenaan pada malam tadi.

Akibatnya, beratus-ratus pelajar terpaksa berhimpun di luar kampus di bawah pengawasan pihak keselamatan kampus dan polis.

Menurut presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol, UIA memaklumkan bahawa tindakan itu dibuat bagi menghalang Fahmi dan profesor undang-undang Abdul Aziz Bari daripada berucap.

Menurut Fahmi, arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA, Datuk Dr Mizan Hitam kerana perhimpunan tersebut menampikan beliau dan juga Aziz Bari.

Sementara itu, dalam satu kiriman emel kepada Malaysiakini, Aziz memberitahu bahawa beliau dihalang masuk ke kampus di Gombak, Selangor itu atas alasan "keselamatan".

"Mizan Hitam beritahu kami, Fahmi Zainol dan Abdul Aziz Bari tidak dibenarkan masuk kampus,” kata Fahmi yang merupakan penganjur bersama program itu ketika dihubungi.

"Saya tiba di kampus sekitar jam 9.30 malam dan tidak dibenar masuk oleh pihak keselamatan yang memetik alasan keselamatan.

"Saya dikelilingi pihak keselamatan, termasuklah polis dan terpaksa beredar," katanya.

Hutang pelajar kamu KEJAR... Hutang kerajaan & kroni kamu buat2 BODO aja...


1MDB: Rugi RM665 Juta, Hutang RM41 Bilion..Tahniah Najib..!!!



Tingkat akses pengundi untuk peta persempadanan semula - Tindak Malaysia

Tingkat akses pengundi untuk peta persempadanan semula - Tindak Malaysia
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk mengkaji semula kaedah peta persempadanan semula untuk meningkatkan akses dan penyertaan pengundi.

Masyarakat perlu mempunyai akses yang lebih mudah untuk melihat peta kawasan pilihan raya agar maklum balas dan bantahan boleh dilakukan pada tempoh ‘bantahan’ dalam masa 30 hari, di bawah undang-undang sedia ada, kata kumpulan masyarakat sivil.

Pada masa ini, SPR akan mengumumkan peta yang dicadangkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar bagi kawasan-kawasan yang terjejas oleh kajian semula itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peta-peta baharu itu akan disiarkan di pejabat kerajaan negeri atau parlimen kawasan itu.

Dalam tempoh 30 hari, orang ramai boleh membantah sempadan yang dicadangkan oleh SPR, disusuli dengan siasatan apabila ia menerima bantahan daripada 100 atau lebih pengundi daripada kawasan parlimen itu.

"Pada masa lalu, cadangan kawasan oleh SPR  menerima sedikit atau tiada langsung perhatian orang ramai selain bantahan daripada parti-parti pembangkang," kata Penganalisis persempadanan Tindak Malaysia Ng Chak Ngoon pada sidang akhbar yang bertujuan untuk membincangkan panggilan kumpulan itu untuk mendesak SPR menunaikan janji bagi memastikan proses pilihan raya yang telus dan adil.

"SPR boleh menolak permohonan ini sebagai tidak sah atas alasan bahawa ia dilakukan tanpa peta - untuk menunjukkan bagaimana kawasan pilihan raya boleh ditakrifkan secara berbeza," kata beliau.

Kumpulan masyarakat sivil seperti Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) dan Bersih 2.0 juga mempunyai sentimen sama dengan Tindak Malaysia.

"Kami tidak percaya pada SPR untuk menjadi telus dalam proses persempadanan semula itu. Kami tidak tahu apabila amalan itu bermula, "kata Ketua Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah.

Sekretariat Proham Rama Ramanathan mengambil isu dakwat kekal pada pilihan raya 2008 sebagai contoh dan mempersoalkan jika tindakan telah diambil berkaitan perkara itu. (Pada tahun 2008, SPR telah merancang untuk menggunakan dakwat kekal tetapi membatalkannya tiga hari sebelum hari mengundi atas masalah keselamatan dan ketenteraman awam.)

"SPR seolah-olah hanya menolak isu itu seperti tidak penting," kata Ramanathan.

Apa PAS boleh pelajari dari fatwa ke atas SIS?

 
  "PAS sudah tersasar dan sesat!"

Itulah antara tanggapan mudah bagi sesetengah orang PAS dan rakyat Malaysia berstatus Melayu-Islam khususnya apabila tiga ahli Parlimen merangkap AJK PAS Pusat menyuarakan pertikaian berhubung warta ke atas pertubuhan berfahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng.

Tulisan ini dikarang untuk mengajak ahli PAS dan rakyat Malaysia umumnya menerjah akal yang kadangkala masih tidak mahu berganjak dari kerangka pemikiran Malaysia di era 70 dan 80-an.

Sedangkan, hakikatnya rakyat kita sedang berhadapan dengan realiti politik yang lebih mencabar dibawah langit informasi yang jauh lebih luas terbuka berbanding dahulu.

Ini bukan kerja mudah. Jika tidak, masakan generasi baru dalam Umno sendiri pun sudah memperlihatkan usaha gigih untuk keluar dari kerangka pemikiran sempit parti mereka sendiri?

Lihat sahaja Datuk Saifuddin Abdullah yang menjadi salah seorang penggerak utama kepada Gerakan Anti Perkauman (GAP) - sebuah inisiatif Global Movement for Moderate Foundation.

Khairy Jamaludin pula dengan inisiatif Akademi Kapten Hussein (AKHI). Adakah ini kebetulan?

Pada pandangan saya, tidak. Ini adalah usaha teliti yang mereka ambil untuk memastikan interaksi mereka dengan iklim politik Malaysia yang lebih terbuka dan rasional kekal releven. Idea serta pendekatan baru mereka ternyata sangat kontra dari tradisi Umno.

Kita akan tertanya-tanya, sejak bila Umno antiperkauman? Dan sejak bila juga Umno gemar berwacana secara terbuka membincangkan isu yang agak sensitif?

Sebab itu tidak hairanlah apabila ramai rakan-rakan berseloroh, "Si Khairy dan Saifuddin ini tersalah parti agaknya..." apabila mereka sering dilihat membawa pendekatan dan idea lebih sederhana dan muda yang tidak senada dengan budaya Umno yang bersifat ultra Malay dan ultra Islam kononnya!

Bincang, bukan hukum

Dalam hal tiga ahli Parlimen PAS - Dr Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin - dan Sisters in Islam (SIS) ini, saya cuba meneliti kenyataan media yang dikeluarkan.

Dari kefahaman saya, ia bukanlah tentang persetujuan atau penolakan terhadap fatwa terhadap SIS. Ia lebih berkait rapat dengan soal pendekatan dan proses demokratik yang sewajarnya diambil sebelum satu-satu fatwa dikeluarkan.

Ia berbeza dengan usaha menutup pintu perbincangan dan interaksi sehingga menghukum dengan sewenangnya bahawa yang berbeza itu semestinya mengancam negara dan dunia.

UM8: S'gor sedia tawar tempat sambung belajar

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia menyediakan tempat bagi lapan pelajar Universiti Malaya (UM8), jika mereka dikenakan hukuman berat.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata , kerajaan negeri akan memastikan kesemua mereka diberi peluang menyambung pelajaran mereka sama ada di Universiti Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan tujuh lagi rakannya menghadapi tindakan tatatertib kerana menganjurkan Pidato untuk  Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam universiti itu dua minggu lalu.

Mengulas lanjut, nik Nazmi berkata, Universiti Malaya selaku salah satu institusi pengajian tinggi dihormati perlu melihat teliti  kesan jika universiti membuat keputusan menggantung atau membuang pelajar itu.

“Ini bukan sahaja memburukkan pentadbiran universiti tetapi imej universiti secara keseluruhan akan terjejas.

Mangsa Kapitalis: Pondok terakhir di Kg Chubadak Tambahan

Tempat tinggal Wahidah Salleh, 72, kini hanyalah sebuah pondok beratap kanvas dengan dinding papan lapis dan berlantaikan kayu reja.

Ketika ditemui Malaysiakini, nenek kepada lapan orang cucu yang lebih mesra disapa dengan panggilan Opah sedang memasak sendirian di sudut pondok yang dijadikan dapur.

Lauk yang dimasaknya cukup sederhana – ikan goreng dan sayur tumis. Di luar, raungan jentolak yang meratakan tanah di belakang pondoknya memecah keheningan.

Jentera berkenaan pada 28 Oktober lalu meranapkan rumahnya yang didiami sejak 45 tahun lalu, serta lapan lagi rumah lain di Kampung Chubadak Tambahan.

Musim hujan yang melanda ceruk Kuala Lumpur itu membawa kebimbangan baru bagi Opah.

“Tanah makin rata, khemah ini banyak barang dan Opah takut ular masuk,” katanya memulakan bicara.

Selain dapur, ruang seluas kira-kira 30 meter persegi itu memuatkan televisyen, tempat tidur serta barangan yang sempat diselamatkan dari rumah asalnya.

Opah berkata, beliau akan terus mendiami tempat itu sehingga tamat tempoh 15 hari sementara menunggu keputusan permohonan bagi mendapatkan pampasan yang lebih setimpal.

Sambil tangannya menumbuk sambal, Opah menceritakan semula saat beliau memulakan hidup baru bersama suaminya, Halim Hamid di Kampung Chubadak Tambahan.

Dalam keadaan pondok serba daif itu, dua orang cucunya, Natasha Norman dan Atikah Azmi yang masing-masing berusia 13 tahun setia menemani dan mendengar cerita neneknya.

Kawasan kampung yang terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar itu baru saja dibuka selepas tragedi 13 Mei baru saja berakhir di Kuala Lumpur pada waktu itu.

Katanya, rumah itu dibeli oleh suaminya yang menyara keluarga dengan memandu teksi di ibu kota.

Tunggu pampasan setimpal

Untuk menampung kos perbelanjaan, Opah turut mengajar anak-anak kampung itu membaca al-Quran.

'Kalau rasuah, tangkap semua orang Umno'

Umno Selangor berpandangan tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang imej rasuah yang dikaitkan dengan Umno memburukkan parti itu.

Setiausaha perhubungan negeri, Datuk Johan Abdul Aziz berkata kenyataan tanpa bukti sedemikian tidak elok kerana datang dari orang parti sendiri.

"Jangan terus lekatkan imej rasuah pada Umno. Kalau betul (Umno) rasuah, tangkaplah semua orang Umno.

"Bagi saya tak kena apabila Tun bercakap tentang rasuah.

"Kalau dia ada buktinya - dia pun bekas perdana menteri - hantarlah kepada pihak berkuasa.

"Saya rasa ini tak beri imej baik pada parti sebab dia (Mahathir) pun orang Umno," kata ADUN Semenyih itu.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas tulisan Mahathir semalam yang menggariskan tiga perkara yang perlu dilakukan Umno Selangor untuk mengembalikan sokongan rakyat.

Mahathir turut mencadangkan agar lebih ramai pemuda ditarik menyertai parti dan agar pemimpin Umno yang kalah dalam pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 berundur.

Pemimpin tertinggi PAS bertemu, bincang masa depan dalam Pakatan

Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di Kuala Selangor untuk membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2014.  
Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di Kuala Selangor untuk membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2014.

Pemimpin tertinggi PAS akan bertemu pagi ini untuk membincangkan masa depan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan menilai kekuatan dan kelemahan selepas komitmen mereka dalam gabungan itu dipersoalkan semenjak kemelut menteri besar Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di sebuah hotel di Kuala Selangor dan akan membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya.
"Retreat ini akan menentukan masa depan PAS sendiri dan juga kedudukan PAS dalam Pakatan," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dan mendedahkan retreat itu bermula pagi ini dan berakhir pada Ahad.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengetuai perbincangan mengenai topik pertama dan Naib Presiden Salahuddin Ayub akan mengetuai perbincangan mengenai hubungan PAS bersama PR. Jalur pemikiran dalam PAS kini terbelah dua ekoran kemelut menteri besar Selangor.
Golongan profesional yang dinamakan Erdogan (mengambil nama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan) dilihat sebagai pro-PR manakala golongan konservatif yang dipimpin ulama dilihat kritikal terhadap rakan-rakan PR dan mahu memastikan kemurnian perjuangan Islam yang dibawa PAS.
Sementara itu DAP dan PKR sudah menyerang parti itu, terutamanya Hadi berhubung pendirian PAS dalam kemelut menteri besar Selangor.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap dalam konvensyen partinya menyerang PAS kerana dianggap tidak “berpegang kepada janjinya” dan juga isu ketidakhadiran Hadi ke mesyuarat PR.
Lim berkata PR tidak akan berpecah walaupun jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dalam rayuan kes liwatnya kali ini.
Namun DAP memberi amaran, gabungan itu akan berpecah jika PAS membentangkan undang-undang persendirian untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Jelajah Mahasiswa: "Bebaskan Universiti."



Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti Perak

Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti Perak
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.

Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.

Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

“Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita.

“Saya amat sedih, undang-undang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan.

“Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.

Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.

“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.

'Sisters In Islam' dan 'Islam Liberal' dalam Muktamar PAS

DR KAMARUL YUSUF

BERDASARKAN kepada rekod parti, istilah-istilah “Sisters In Islam” dan “Islam Liberal” pernah muncul sebagai bahan perbincangan di dalam Muktamar-Muktamar Tahunan PAS pada tahun-tahun 2005, 2006, 2007 dan 2009.

1. Kali pertama istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 di Dewan Besar Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 3, 4 dan 5 Jun 2005.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

Menyedari bahawa Islam Hadhari yang dikemukakan oleh UMNO adalah satu bentuk agama baru yang mementingkan pembangunan keduniaan semata-mata dan menolak kesyumulan Islam;

Menyedari wujudnya anasir-anasir baru kesan daripada Islam Hadhari seperti pemikiran Islam liberal, penolakan terhadap sistem akhlak Islam, kemunculan gerakan-gerakan anti-Islam seperti Sisters In Islam, Inter-Faith Commission (IFC) dan anti-hadith;

Menyedari tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan NGO yang mencadangkan supaya ditubuhkan IFC yang bertujuan mengubah beberapa perkara yang terkandung dalam syariat Islam;

Menyedari berlakunya campur-tangan oleh pemimpin BN terhadap penguatkuasaan agama sehingga menyebabkan beberapa serbuan oleh Jabatan Agama Islam mendapat reaksi negatif daripada media dan rakyat;

Menyedari bahawa gerakan anti-Islam ini mendapat sokongan daripada keluarga terdekat Perdana Menteri, termasuk penglibatan beberapa orang Menteri UMNO dalam kumpulan 50 NGO dan 236 individu yang menolak penguatkuasaan undang-undang akhlak (moral policing) bagi menangani gejala sosial; dan

Menyedari bahawa umat Islam sedang menghadapi krisis makanan halal ekoran pelbagai pendedahan tentang penyalahgunaan logo halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kenapa puting beliung hanya di Kedah..?????

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Pertama sekali, secara saintifiknya, saya pun tak tahu. Malah Pakar Meteorologi pun tak tahu nak explain. Jika ia fenomena alam akibat perubahan cuaca, kenapa hanya di Kedah? Adakah hanya Kedah mengalami perubahan cuaca?
2) Kerosakan akibat 3 puting beliung yang melanda Kedah tidak sedikit. Namun jika dibanding dengan taufan yang melanda negara luar, ia lebih mengerikan.
3) Jika Pakar Meterologi pun tak tahu nak jawab, malah tanya kita balik, maka satu-satu jalan untuk mengetahuinya puncanya adalah dengan cara mengkaji asal usul puting beliung, yakni siapakah yang menjadikan puting-beliung.
4) Dengan itu tahulah kita, Tuhan yang mencipta alam semesta inilah, yang menjadikan puting beliung tersebut, dan menghantarnya ke negeri jelapang padi itu.

5) Persoalan yg timbul lagi, kenapa Tuhan menghantarnya ke Kedah? Pelbagai spekulasi boleh diandai. Ada yang mengatakan ia adalah bala peringatan daripada Tuhan kepada penduduk Kedah dan Malaysia amnya.