Jumaat, 7 November 2014

Kes UM8: Jangan apa-apakan anak kita, kata Anwar



Anwar Ucap Terima Kasih Sokongan 8 Hari



Tony Pua: Najib Is Creating The Biggest Scandal Ever In The History Of Malaysia

Anwar Ibrahim: Najib, Hentikan Lah Ini Dakwa-Dakwa Orang, Sudah Lah!

Isu UM: Usah jadi kisah Singapura dilanggar todak

Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, pihak Universiti Malaya (UM) haruslah bertindak profesional dalam menghukum sembilan  pelajar universitinya.

Anwar berkata, beliau tidak kisah sekiranya dipenjarakan namun, tidak sanggup melihat masa depan sembilan pelajar UM yang menyokongnya hari itu menghadapi masa depan yang kelam.

"Saya hendak rayu, kamu hendak masukkan saya ke penjara saya tidak kisah tetapi jangan matikan harapan serta masa hadapan anak-anak muda kita.

"Jangan jadi seperti kisah Hang Nadim: Singapura dilanggar todak di mana kerana kebijaksanaan Nadim yang memberi cadangan agar lengan diganti dengan batang pisang bagi menangkis serangan todak Nadim,menjadi mangsa sikap tidak baik pemerintah.

"Nadim budak baik dan bijak hendak selamatkan Singapura, namun dek kerana sikap orang Istana yang tidak sukakan Nadim mereka hasut Raja sampai Raja termakan hasutan tersebut, jadi kita tidaklah mahu begitu," katanya kepada penyokongnya di hadapan pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama Anwar turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada para penyokongnya yang setia menyokong beliau sejak dari hari mula perbicaraan.

"Terima kasih semua," katanya.

Terdahulu Pelajar  (UM) yang terlibat secara langsung dalam himpunan sempena pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus itu mungkin berdepan hukuman dibuang universiti.

PR, BN, SPR perlu bincang persempadanan semula

SPR 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan parti-parti politik khususnya Barisan Nasional (BN) serta anggota parti pakatan perlu duduk semeja berbincang memperincikan isu-isu berbangkit dalam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya, demikian menurut Ahli Parlimen pembangkang.
  
Bagi parti pembangkang; khususnya gabungan pakatan Pas, PKR dan DAP, perbincangan bersama itu penting untuk membolehkan proses persempadanan semula yang dicadangkan mendapat sokongan majoriti dua pertiga anggota Dewan Rakyat.
  
Daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen, BN memegang 134 kerusi manakala gabungan pakatan - DAP, Pas, PKR dan PSM - memiliki 88 kerusi.
  
Beberapa pemimpin parti pakatan melahirkan harapan agar perbincangan dapat diadakan bagi mewujudkan keadilan dan keseimbangan representasi wakil rakyat dengan penduduk di semua bahagian.
 
Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw daripada DAP berkata, pihaknya menerima keperluan kajian untuk mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya memandangkan ia termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 113 (2) (ii).

Masa sulit dorong Media Prima kurangkan tenaga kerja

 Media Prima menawarkan skim perpisahan kepada kakitangannya ketika ia bergelut untuk terus bertahan ekoran kemerosotan keuntungan.

Kakitangan di Media Prima telah diberitahu bahawa mereka boleh memilih untuk menerima skim itu mulai hari ini yang akan menawarkan bayaran perpisahan berdasarkan gaji terakhir mereka dan senioriti.

Kumpulan media itu, dalam surat kepada kakitangannya yang dilihat KiniBiz hari ini, berkata ia sedang berusaha untuk mengurangkan tenaga kerjanya bagi mengukuhkan kecekapan operasi di tengah-tengah keadaan pasaran yang mencabar.

Media Prima berharap skim itu akan dapat memperbaiki tahap
produktiviti mereka secara keseluruhan dengan mengurangkan "kakitangan lebihan".

Kakitangan yang memilih untuk menerima tawaran itu akan dibayar pampasaan bersamaan dengan satu setengah kali tempoh tahun perkhidmatan mereka dikali dengan gaji pokok terakhir mereka.

Kakitangan yang hampir mencapai umur persaraan akan mendapat pampasan berdasarkan gaji pokok terakhir mereka dikalikan dengan jumlah bulan menjelang persaraan.

Tawaran itu dibuat sehingga 21 November.

NFC: 'Serangan berterusan' jejas untung.......

NFC kata syarikat untung hingga 'serangan ganas'

Syarikat National Feedlot Corporation (NFC) kecewa dengan “serangan” dari parti Pakatan Rakyat yang didakwa menyebabkan operasinya terganggu dan seterusnya menjejaskan keuntungan.

Satu kenyataan NFC hari ini mendakwa, “serangan” itu termasuk “penipuan, putar belit, gambaran salah” ke atas NFC, selain pendedahan maklumat sulit perbankannya.

"Melainkan jika dana dikembalikan, NFC kesal ia tidak dapat menjana pendapatan untuk membayar balik seterusnya ansuran pinjaman 2014," kata ketua perunding komunikasi NFC Ghazalie Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut NFC, tindakan Ketua Audit Negara membekukan sumber kewangan syarikat itu menyebabkan ia gagal untuk terus beroperasi.

"Keupayaan untuk membayar komitmen kami tidak akan goyah jika perniagaan itu tidak terganggu seperti yang dibuktikan oleh pembayaran balik kami pada 2012 dan 2013."

NFC mengulas laporan Malaysiakini pada 5 November Kerajaan Persekutuan akan membatalkan kontrak dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kerajaan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana ingkar dalam membuat pembayaran.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen berkata NFC gagal mememenuhi kemajuan pembayaran semula kepada kerajaan, pinjaman sebanyak RM250 juta bagi organisasi itu bagi 2014, dan juga telah gagal untuk mematuhi permintaan untuk membuat pembayaran.

Ini negara paling kartun – Fariz Musa

Zunar Lawak & Lawan 1PUTRAJAYA 7 NOV : Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Fariz Musa menyelar tindakan pihak polis yang menahan tiga individu yang menjual buku kartun politik karya kartunis Zunar.
“Memang negara ini negara kartun, punyalah takut dengan pembangkang, buku kartun milik Zunar itu pun mereka sekat. Memang lucu, ini memang negara kartun.
“Nampak sangat kebimbangan mereka itu pada kita sejak dari dulu sampai karya kartun pun mereka takutkan,” sindirnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman.
Katanya lagi, tindakan penahanan individu terbabit tidak akan mematahkan semangat penyokong-penyokong Ketua Pembangkang itu untuk terus bersama menuntut kebebasan bagi Anwar Ibrahim.
“Kita akan terus bersama walaupun hujan dan panas, kerana apa yang lebih utama adalah semangat kita untuk terus menentang kezaliman Umno Barisan Nasional,” katanya yang disambut laungan Reformasi penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.
Semalam polis menahan pembantu Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque yang dikenali sebagai Rizaldy Rafie, Raja Norita dan Norliza Mohd Kassim.
Kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.
Antara buku yang dijual ialah ‘Komplot Penjarakan Anwar’ dan ‘Pirate of the Carry-BN’.
Zunar pernah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana hasil karya beliau yang mengkritik pemimpin kerajaan, dan tujuh judul oleh beliau diharamkan kerajaan.
Beliau juga penerima anugerah “Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011″ oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis, Washington.

Fitnah Liwat II: Peguam hebat, tak lupa bukti penting, sindir Johari Abdul

johari_abdul_jpp_pemilihan2014PUTRAJAYA 7 NOV : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyelar kenyataan Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Shafee Abdullah yang memberikan alasan terlupa untuk membawa bukti baru ketika sesi penghujahan terakhir bagi kes pendengaran rayuan Fitnah II di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Ketika perbicaraan berlangsung, Shafee memaklumkan beliau mempunyai bukti baru bagi menyabitkan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit pertuduhan Fitnah II.
Namun, beliau tidak memberikan bukti tersebut sekaligus dilihat cuba mengheret perbicaraan itu lebih panjang.
Mengulas lanjut, Johari menyifatkan tindakan Shafee itu tidak profesional sedangkan beliau merupakan pendakwa raya bagi kes berprofil tinggi itu.
“Beliau kata ada bukti baru, tapi langsung tak diberikan kepada mahkamah. Adakah ini sebagai cubaan Shafee untuk berbohong kepada mahkamah?
“Sedangkan Hakim sendiri kesal dengan kenyataan beliau. Apa boleh peguam hebat boleh terlupa perkara penting macam itu sahaja?” soalnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan keputusan pertuduhan kes Fitnah II itu akan berpihak kepada Ketua Pembangkang itu bedasarkan hujah-hujah yang diberikan peguam-peguam Anwar yang diketuai, Tan Sri Gopal Sri Ram.
“Walaupun mahkamah tidak berikan keputusan hari ini, tapi sepanjang 8 hari saya mengikuti perbicaraan ini, kita pasti Anwar Ibrahim tidak bersalah,” tegasnya yang disambut laungan reformasi penyokong-penyokong.

Fitnah Liwat II: ‘Shafee patut profesional bukan jadi musuh politik saya’

wawiPUTRAJAYA 7 NOV : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap peguam Umno Datuk Sri Muhammad Shafee Abdullah yang disifatkannya tidak bertindak secara profesional dalam mengendalikan kes fitnah 2.
Shafee jelasnya seharusnya menegakkan keadilan dan bukannya menjadi musuh politik kepadanya sepanjang perbicaraan tersebut.
“Dia mesti ingat yang dia bukannya disini sebagai musuh politik mewakili Umno.
“Dia disini adalah sebagai pendakwa raya yang sepatutnya mempertahankan kebenaran dan tahap profesional.
“Semalam saya duka cita kerana Shafee bercakap dengan angkuh dan sombong dengan mengatakan akan meletakkan paku yang terakhir di keranda Anwar,” jelas Anwar di hadapan 700 penyokongnya.
Anwar sementara itu menyatakan tidak merasa bimbang terhadap sebarang keputusan yang bakal diumumkan.
Jelasnya pasukan pembelaan yang diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan telah memberikan hujah kukuh bagi mematikan konspirasi politik jahat terhadapnya.
“Saya sikit pun tidak bimbang dengan apa yang berlaku, hakim dengar dengan teliti segala hujah yang dibentangkan. Semua hujah mereka telah dipatahkan,”tegasnya disambut tepukan penyokong.

Fitnah Liwat II: Anwar ucap terima kasih sokongan 8 hari

PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan pengikut dan pimpinan PR sepanjang lapan hari berlangsungnya prosiding rayuan akhir kes liwat II di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.

Berucap selepas mahkamah menangguhkan kes tersebut, Anwar turut melahirkan rasa syukur ekoran masih diberi semangat dan kekuatan berdepan segala dugaan.

"Hari ini saya beritahu pada Azizah (Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebelum solat Jumaat, keputusan pada hari ini, sama ada bebas atau masuk penjara.

"Saya syukur Alhamdulillah masih diberi semangat dan kekuatan. Azizah ada, begitu juga teman-teman yang setia.

"Semalam saya dah beritahu perasaan saya dari mana kekuatan saya datang daripada doa kawan-kawan," katanya kepada semua penyokong-penyokong yang menanti sejak jam 2 petang tadi.

Dalam ucapan sama, Anwar turut menyentuh soal sokongan tanpa henti dari pimpinan DAP dan Pas.

"Rakan-rakan DAP, semua ada. Setiap hari, tak pernah putus. Pas, hampir semua (datang) tapi kadang-kadang yang nampak yang tak datang, yang ramai datang itu tak nampak.

"Jadi, saya ucap terima kasih kepada semua," katanya.

Fitnah Liwat II: Anwar puas hati prosiding berjalan lancar

Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI 
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan perjalanan prosiding rayuan terakhir berhubung sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Menurutnya, lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan kes ini telah mendengar dengan teliti setiap hujahan yang dikemukan oleh barisan peguamnya.

"Saya tidak sedikit pun berasa bimbang kerana barisan peguam yang dahulunya diketuai oleh mendiang Karpal Singh dan kini Datuk Seri Gopal Sri Ram telah melakukan tugasan dengan baik," katanya ketika ditemui di luar kamar mahkamah petang tadi.

Beliau berkata, segala dakwaan yang dikemukakan oleh pendakwa berjaya dipatahkan oleh barisan peguam bela.

Peguam bela, Ram Karpal Sigh berkata, perbicaraan yang memakan masa lapan hari ini mungkin rayuan paling lama dalam sejarah Mahkamah Persekutuan

Sementara itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di luar mahkamah menyifatkan kes liwat II sangat rumit apabila terdapat banyak isu sampingan yang diketengahkan oleh pihak pembelaan.

Menurutnya, adalah perkara biasa apabila hakim mengambil masa untuk membuat keputusan.

"Terpulang kepada panel hakim untuk menentukan tarikhnya dan Ia ( keputusan) boleh jadi minggu depan atau dua minggu lagi, " katanya.

Fitnah Liwat II - kes rayuan paling lama dalam sejarah, kata peguam

Fitnah Liwat II: Anwar bidas Shafee, tak bimbang keputusan


Selepas PRK Kajang: Normal bagi mahkamah tangguh keputusan, kata Shafee

Sebelum ini macai2 UMNgOK & penyokong tegar Lubang Taik Saiful bagai nak gila menyalahkan DSAI dok tangguhkan perbicaraan mahkamah, SEKARANG INI MACAI2 TAK NAK BISING KA PADA MAHKAMAH !!!

Shafee nafi sebut 'paku, keranda', tolak konspirasi

Nurul Izzah: Masa kami bersama ayah

Shafee jelaskan mengapa dia yakin Anwar bersalah

Anwar berang dengan kenyataan 'paku terakhir di keranda' Shafee

Saya yakin berpihak pada Anwar - Hanifa


Ratusan protes tuntut harga petrol diturunkan

KENAPA menjelang nak PRK Kajang 'MEREKA' bagai nak GILA & GELOJOH TERGESA-GESA menjatuhkan hukuman terhadap DS Anwar Ibrahim ???


Fahmi: “Jika dibuang UM, Terima Kasih Selangor beri peluang”

SHAH ALAM, 7 NOV: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mengalu-alukan peluang untuk beliau dan rakan-rakan meneruskan pengajian di IPT Negeri Selangor sekiranya mereka dikenakan hukuman berat.
Beliau mewakili kumpulan mahasiswa berkenaan memuji tindakan murni yang dibuat oleh Kerajaan Selangor ini dan berharap akan menjadi ‘cermin’ kepada pihak lain termasuk Kerajaan Persekutuan.
“Saya berbesar hati dan gembira apabila Kerajaan Selangor sudi tawarkan pengajian di Unisel atau KUIS.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana memberi ruang dan bantu sekiranya dibuang.
“Saya menwakili semua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Exco Pendidikan, Nik Nazmi kerana cakna berkenaan mahasiswa dan berharap tinbdakan mereka ini memberikan cermin kepada pihak lain seperti Kerajaan Malaysia sendiri,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
Sementara itu beliau memaklumkan prosiding pendengaran oleh lembaga disiplin universiti ditangguhkan pada 18 November.

Rafizi akan dedah perjanjian hutang 1MDB, buktikan Menteri Umno@Bn bohong

RAFIZI_HQKUALA LUMPUR 7 NOV: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mendedahkan perjanjian hutang 1Malaysia Development (1MDB) di Parlimen Isnin ini bagi membuktikan Menteri sebenarnya berbohong.
Beliau merujuk penafian Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.
“Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan.
“Hakikatnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat,” kata Rafizi dalam kenyataan.
Semalam, Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai kedudukan kewangan 1MDB menyatakan, dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.
“(Itupun) setelah didesak oleh rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.

Mesyuarat PR: Mustafa sedia bincang 'direct' dengan DAP


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan balas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, berhubung isu ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, lari dari premis asal.

Menurut beliau, Loke bukan sahaja mengubah premis asal, tetapi juga telah membuka kepada satu dimensi baharu yang menjurus kepada soal dalaman parti dan antara parti.

"Malah beliau (Loke) telah membuat olahan tentang PAS secara tidak berhemat dan tidak tepat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semalam, yang kesal dengan pendirian beliau kerana menganggap ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sebagai perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, Pakatan Rakyat yang bermula sejak 2008 sehingga sekarang, sudah berpuluh kali mengadakan mesyuarat yang kadang kala tidak dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan telah membuat pelbagai keputusan.

Sepanjang tempoh itu juga katanya, segala keputusan yang dibuat, berjalan dengan baik tanpa menjejaskan perjalanan Pakatan Rakyat.

BERSIH: Fokus tempoh bantahan dulu, protes kemudian

Kumpulan reformasi pilihan raya bersih dan adil, BERSIH berkata keutamaan segera menjelang rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewartakan persempadanan semula kawasan pilihan raya ialah untuk memanfaatkan kesempatan semasa tempoh bantahan.

Ketua BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata sementara rancangan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran turut dipertimbangkan, tetapi ia hanya akan diadakan selepas itu.

Maria (kiri) berkata kerajaan juga telah menjadi lebih "canggih" dengan membenarkan bantahan diadakan tetapi tidak mengendahkan tuntutan yang dibuat.

Oleh itu, ini memerlukan cara yang lebih "kreatif", katanya.

"Kami mahu mendapatkan seberapa ramai mungkin untuk membuat bantahan sekiranya kita mendapati bahawa persempadanan semula itu benar-benar tidak adil.

"Jika ramai orang membantah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memikirkannya semula," kata Maria dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas cadangan supaya gerakan reformasi pilihan raya menekankan tuntutannya terhadap persempadanan semula, melalui protes jalanan.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan tempoh bantahan selama 30 hari selepas persempadan semula diumumkan, di mana pihak berkuasa tempatan yang terlibat, kerajaan negeri dan kumpulan sekurang-kurangnya 100 pemilih, boleh mengemukakan bantahan.

Lembaga disiplin UM tidak profesional, kata Fahmi Zainol

Prosiding disiplin terhadap 8 pelajar Universiti Malaya ditangguhkan ke 18 November, kata Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader.
Beliau memberitahu media, panel yang terdiri daripada 3 anggota, diketuai Professor Dr Zanariah Abdullah, mendengar testimoni dari semua 8 pelajar di antara jam 9 hingga 12 tengahari ini.
"Panel mendengar penjelasan 8 yang tertuduh berdasarkan kertas dakwaan yang dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar," katanya membaca satu kenyataan ringkas.
Sebaik 8 orang ini memberi penjelasan masing-masing, panel kemudiannya bersetuju menangguhkan pendengaran dan menyambung semula Selasa minggu depan," katanya.
Bagaimanapun, 8 pelajar itu termasuk presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol naik marah dengan tindakan panel yang dianggap tidak profesional. "Prosedur apa yang panel disiplin UM ini amalkan? Pentadbiran universiti mahu dihormati tetapi tidak membuat yang sama terhadap pelajar."

Nik Nazmi mahu saman Peguam Negara kerana dakwaan berulang

Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dibebaskan oleh mahkamah – buat kali keempat – dari dakwaan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012, dan akan menyaman Peguam Negara kerana "dakwaan berniat jahat". Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini menolak rayuan yang dibuat oleh pendakwaraya terhadap pembebasan Nik Nazmi sebelum ini.
Adun Seri Setia dan juga Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, peguamnya akan memfailkan saman sivil terhadap Peguam Negara kerana mengulangi pendakwaan dengan berkata tindakan pendakwaan semula kesalahan yang sama perlu dihentikan.
Undang-undang digunakan mendakwa Nik Nazmi juga diisytiharkan Mahkamah Rayuan tidak mengikut perlembagaan pada 25 April. Nik Nazmi, 32, pertama kali didakwa pada 17 Mei, 2013, kerana melanggar akta itu dengan tidak memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum menganjurkan perhimpunan "Blackout 505" pada 8 Mei tahun lepas.
 Perhimpunan itu diadakan bagi membantah keputusan pilihan raya umum 2013. Dia gagal dalam usahanya memohon Mahkamah Tinggi membatalkan pertuduhan terhadapnya atas alasan yang Seksyen 9(1) dan 9(5) tidak berperlembagaan.
Pada April, Mahkamah Rayuan memutuskan menjadi satu kesalahan mengisytiharkan satu perhimpunan yang memang sah sebagai menyalahi undang-undang, dan adalah melanggar perlembagaan menyekat hak bagi kebebasan berhimpun dan berpersatuan.

Fitnah Liwat II: Tiada keputusan hari ini, Mahkamah Persekutuan perlu masa timbang kes

Selepas tidak sampai satu jam ucapan penutup dibuat pihak pembelaan dan pendakwaan dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan mengumumkan ia akan membuat keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Setelah 7 hari mendengar hujah kedua-dua pihak, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata panel 5 hakim perlu mempertimbangkan isu dan fakta yang dikemukakan. "Memandangkan fakta yang dikemukakan, kami akan memerlukan sedikit waktu. Kami akan tangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian," kata Arifin, yang mengetuai panel.

Fitnah Liwat II: Mahkamah tangguh, tunggu tarikh keputusan


PUTRAJAYA - Keputusan rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim terhadap sabitan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya ditangguhkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan itu selepas selesai mendengar hujahan akhir Peguam Utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram selepas lapan hari mendengar perbicaraan rayuan.

Anwar Ibrahim mencabar keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan lapan tahun lalu.

Anwar, 67, diwakili 14 orang barisan peguam dengan empat daripada berhujah mengambil masa tiga hari.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pihak pendakwa raya juga mengambil masa tiga hari untuk menghabiskan hujahan.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan berkenaan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, selepas ia meminda
keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar.

Fitnah Liwat II: Perbicaraan tamat dan keputusan pada tarikh ditetapkan kemudian


3.48pm: Shafee memetik satu kes mahkamah berhubung ikatan bahan bukti yang hilang

Gopal berkata pasukan pembelaan tidak akan membalas.

Hakim Ariffin berkata, mahkamah akan mendedahkan keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Ini memandangkan proses penghujahan mengambil masa lama.

Mahkamah turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar.

3.45pm: Shafee mempersoalkan takrif "tanpa kerelaan".

Katanya, pendakwaan memberikan 14 ikatan dokumen kepada para hakim namun Hakim Suriyadi berkata mereka hanya menerima 13 ikatan.


3.38pm: Gopal berkata Shafee mengkritik Anwar kerana menyifatkan kes tersebut sebagai satu konspirasi.

Katanya, perkara itu sepatutnya dimaafkan kerana Anwar didakwa dengan tuduhan sama bersama seorang individu yang mengemukakan keterangan meragukan pada 1998.

Anwar hanya dibebaskan di Mahkamah Persekutuan pada 2004 dengan penghakiman majoriti 2-1.

Namun, Anwar kemudiannya didakwa sekali lagi dengan kesalahan sama, dengan individu berbeza.

Katanya, Anwar diserang oleh pendakwaan berdasarkan keterangan seorang saksi yang tidak dapat dipertahankan.

Gopal mengucap terima kasih kepada anggota panel dan menamatkan penghujahannya.

3.30pm : Turut hadir di mahkamah ialah bekas presiden ABIM yang pertama, Dr Razali Nawawi yang juga rakan karib Anwar.

Gopal berkata, hakim perbicaraan tidak perlu membuat pentahkikan kerana hakim itu sendiri terpesong kerana tidak menilai keterangan Saiful.

Sri Ram berkata, gambar menunjukkan Saiful menghidangkan teh perlu diterima kerana fotograf dalam teknologi masa kini boleh dirakam tanpa menggunakan negatif.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengecam dirinya dalam gambar tersebut, keterangan berkenaan perlu diterima.

"Tidak perlu dipanggil pembuat ,” kata Gopal.

Katanya, kehadiran Saiful untuk menghidang teh di situ juga menimbulkan persoalan ke atas keterangan (tanpa kerelaan).

3.23pm: Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata Saiful perlu dianggap sebagai individu yang bersubahat.

Katanya, melihat kepada bahasa yang digunakan ke atas Anwar, serta keadaan kes tersebut, elemen motif dan tuduhan berkenaan boleh dipatahkan dengan mudah.

"Saiful sememangnya seorang saksi yang mana keterangannya perlu ditahkik.

"Sekiranya ada keraguan serius jika kesalahan itu berlaku, beliau adalah individu dengan kewibawaan yang disangsikan.

“Sekiranya tiada kewibawaan, pentahkikan tidak lagi relevan,” katanya.

3.20pm: Gopal mempertahankan keterangan Dr Osman yang konsisten dengan kenyataan kepada polis dan tidak perlu dicabar.

Ini menunjukkan Dr Osman jujur dan berwibawa, katanya.

3.14pm: Persidangan mahkamah bermula.

Gopal mengemukakan hujahan mengenai kewibawaan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid kerana memberi keterangan tidak konsisten.

Bersih: Seat increase a guaranteed landslide victory for BN

Pelajar: Mengapa kami sertai 'Occupy UM'?

Pakatan tak akan tumbang, kata Anwar sebelum bicara

Fitnah Liwat II: Keputusan pada hari ini?

Rayuan kes sabitan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan yang masuk hari kelapan hari ini menjadi pendengaran rayuan paling lama di Malaysia.

Peguam Ram Karpal, yang merupakan salah seorang anggota barisan pembelaan Anwar berkata beliau merasakan bahawa kes ini, yang pada awalnya ditetapkan untuk pendengaran pada 28 dan 29 Oktober merupakan salah satu kes rayuan paling lama.

“Saya pernah menangani banyak kes tetapi tidak boleh ingat kes yang lebih lama daripada ini,” katanya.

Ini merupakan usaha terakhir Anwar untuk mengenepikan sabitan kes meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas sabitan kes tersebut.

Peguam kanan, yang juga bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Gopal Sri Ram dijangka akan mengambil masa 15 minit untuk menamatkan penghujahannya dan juga rayuan pihak pembelaan.

Peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah pula memaklumkan panel hakim semalam bahawa beliau memerlukan masa 10 minit untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Gopal.

Persoalan utama hari ini: Adakah panel Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes tersebut hari ini selepas mendengar penghujahan.

Difahamkan, Hakim Ariffin akan berada di luar negara pada minggu depan manakala anggota panel lain juga akan bercuti.

Prosiding Fitnah Liwat II hari ke 8, Anwar tenang

tenangPUTRAJAYA 7 NOV : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri solat Jumaat di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya.
Beliau yang tiba seawal jam 1.00 petang diiringi kira-kira 50 penyokongnya yang menanti di perkarangan masjid.
Selesai solat kira-kira jam 2.00 petang, Anwar bersama-sama penyokongnya berarak menuju ke Istana Kehakiman bagi meneruskan proses perbicaraan Fitnah II yang ditangguhkan semalam.
Anwar sempat bertemu kira-kira 100 orang penyokong beliau yang berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman dan melaungkan semangat Reformasi, Hidup Anwar, dan Hancur BN.
Beliau kelihatan tenang bagi meneruskan prosiding kes Fitnah II yang masuk hari ke lapan hari ini.
Ketua Pembangkang itu akan meneruskan perbicaraan prosiding kes Fitnah II di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini di sini.
Seawal jam 2.40 petang, Anwar tiba di perkarangan Istana Kehakiman ditemani beberapa pimpinan KEADILAN antaranya, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong, Biro Antarabangsa KEADILAN, Gooi Hsiao Leung.
Keputusan bagi pertuduhan kes Fitnah II dijangka akan diumumkan hari ini namun masih belum dapat dipastikan.

Anwar berarak bersama penyokong ke Istana Kehakiman


Tindak to EC: We don’t need more seats

Stop gerrymandering or voters would retaliate, says NGO

UM8 case postponed amid solidarity protest


Akta PAA: Mahkamah tolak rayuan pendakwaraya, Nik Nazmi kekal bebas

NikKUALA LUMPUR 7 NOV: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan pendakwaraya terhadap pembebasan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad daripada pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA).
Hakim Datuk Abdul Halim Aman semasa membacakan keputusan itu berkata, beliau terikat dengan keputusan mahkamah yang lebih tinggi sebelum ini yang telah membebaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan tersebut.
“Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk menyemak, mengkaji semula atau mengubah perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini,” katanya.
Pada 25 April lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dan mengisytiharkan hukuman bawah Seksyen 9(5) akta tersebut tidak berperlembagaan.
Bagaimanapun Peguam Negara pada 5 Mei lalu memfailkan rayuan terhadap bembebasan tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Peguam Nik Nazmi, N Surendran berkata, anak guamnya itu mungkin mencatat rekod individu paling banyak kali dibebaskan di bawah tuduhan yang sama dalam sejarah perundangan Malaysia.
“Ini bermakna beliau telah dibebaskan buat kali keempat. Saya harap tidak ada lagi untuk kali kelima atau keenam dan berharap ianya telah berakhir,” ujar Surendran kepada pemberita di luar mahkamah.
Menurut Nik Nazmi, beliau kini dalam perancangan untuk mempercepatkan proses menyaman Peguam Negara atas pendakwaan berniat jahat.

Pak Samad boikot khutbah pro-kerajaan

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata beliau tidak menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara kerana mendakwa khutbah di masjid itu menyebabkan "hatinya sakit".

Sebaliknya, katanya, beliau beralih mendengar khutbah di Masjid India walaupun dalam bahasa Tamil yang tidak difahaminya, berbandingkan khutbah di Masjid Negara yang didakwanya selalu memihak kepada kerajaan.

“Saya tidak suka dengar situ (Masjid Negara). Jadi saya pergi Masjid India. Dia (imam) bercakap dalam Bahasa Tamil dan saya tidak faham, tapi saya suka.

"Tak faham oklah, sedapkan? Tapi kalau dalam Bahasa Malaysia, dia cakap kamu faham, hati sakit," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas sidang media bagi majlis makan malam dan mengutip derma bagi memperingati Teoh Beng Hock di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad sebelum ini biasa menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara tetapi beliau telah berpindah ke Masjid India sejak empat bulan lalu.

Walaupun khutbah di Masjid India menggunakan bahasa Tamil, Pak Samad berkata ramai orang Melayu menunaikan solat itu dan beliau sudah mulai rasa mesra kerana menemui rakan baik di masjid itu.

Sokong Anwar

Sementara itu Pak Samad berpendapat tidak mustahil berlaku himpunan besar-besaran jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan berhubung kes liwat II.

Nik Nazmi bebas kali ke 3, akan saman AG

Anggota exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa sebanyak tiga kali oleh Pejabat Peguam Negara atas kesalahan sama, dibebaskan lagi hari ini, kali ini oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Datuk Abdul Halim Aman berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan 25 April, yang membebaskan Nik Nazmi atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa mengemukakan notis.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu juga mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang memperuntukkan kesalahan Nik Nazmi itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Seksyen berkenaan mentakrifkan perhimpunan spontan sebagai jenayah, dan menyediakan hukuman denda sehingga RM10,000.

Peguam Nik Nazmi, N Surendran berkata beliau berharap tiada lagi tuduhan baru dikenakan ke atas anak guamnya itu yang “mungkin mencipta sejarah sebagai orang yang paling kerap dibebaskan atas tuduhan sama”.

Dalam satu tulisan di Twitter selepas keputusan Mahkamah Tinggi itu, Nik Nazmi berkata beliau akan mengemukakan sama ke atas peguam negara kerana mendakwa beliau berulang kali “dengan niat jahat”.

“Saya telah meminta peguam mempercepatkan proses menyaman peguam negara kerana pendakwaan jahat ini,” katanya.

Zunar: “Wanita yang ditahan bukan isteri saya”

Tindakan pihak kerajaan yang merampas buku-bukunya semalam menunjukkan bahawa pihak kerajaan tidak menghormati arahan mahkamah.
zunar2PETALING JAYA: Kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menafikan laporan yang dibuat oleh media-media yang mendakwa isterinya ditahan oleh pihak berkuasa semalam.
Menurutnya, wanita yang ditahan itu bukan isterinya sebaliknya hanyalah pembantu jualan yang hanya menjual buku-buku kartun lakaran Zunar.
“Isteri saya kini sedang menghadiri kursus seminar di Port Dickson. Saya pun tidak tahu bagaimana mereka boleh dapat cerita itu,” katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today.
Semalam, Bernama melaporkan bahawa seorang lelaki dan dua wanita ditahan di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini, dipercayai kerana menjual buku yang mengandungi sindiran kepada institusi kehakiman dan pemimpin negara.
Zunar turut memberitahu, bahawa pembantu jualannya kini sudah dibebaskan dan setakat ini, masih belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadapnya.
“Tidak perlu tangkap orang yang menjual. Mereka tidak mempunyai apa-apa kesalahan. Adakah hanya menjual buku kartun boleh menjadi kes jenayah?” soalnya.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan kerajaan yang mengharamkan buku kartun karyanya yang berjudul “1 Funny Malaysia & Perak Darul Kartun”.

#Save UM8: Fahmi mohon tangguh prosiding

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada lapan mahasiswa Universiti Malaya yang dihadap ke lembaga tatatertib kerana menganjurkan himpunan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu memohon prosiding ke atas mereka ditangguhkan.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol antara yang memohon kes beliau ditangguhkan ke satu satu tempoh masa yang lain.

"Saya mohon ditangguhkan sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk lebih masa buat persediaan. Beberapa lagi kawan saya yang lain juga mahu ditangguh.

"Namun sebahagian lagi mahu dihabiskan kes mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Fahmi berdepan sembilan pertuduhan ekoran terlibat dalam penganjuran pidato Anwar yang diadakan di Dataran Tunku Canselor 27 Oktober lalu.

Dalam prosiding tatatertib yang bermula pagi tadi, beliau diwakili Presiden Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) Prof Madya Azmi Shahrom selaku peguam.

Menurut Fahmi, sekarang ini sedang berlangsung prosiding di mana setiap pelajar yang dituduh dipangil seorang demi seorang menghadap jawatankuasa tatatertib universiti.

Ekoran terdapat permohonan untuk ditangguhkan, kemungkinan keputusan terhadap permohonan itu diumum selepas ini.

"Untuk keputusan semasa, kes saya ditangguhkan pada tarikh yang akan dinyatakan sebentar nanti," katanya.

#Save UM8: 100 siswa mula berhimpun di UM

Sekumpulan lebih 50 orang pelajar Universiti Malaya mula berhimpun seawal jam 9 pagi ini bagi menyatakan solidariti bersama lapan rakan mereka yang dihadapkan ke lembaga tatatertib universiti.

Kumpulan siswa berkenaan sebelum itu berarak dari perhentian bas utama, UM Sentral ke Kompleks Perdanasiswa dengan memakai riben berwarna biru.

Lapan orang rakan mereka, termasuk aktivis siswa Fahmi Zainol, berdepan dengan tindakan disingkir daripada universiti kerana menyertai perhimpunan yang dianggap haram bersama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, 27 Oktober lalu.
                                  
Tujuh individu – empat orang ahli akademik dan tiga orang siswa – mewakili tujuh daripada siswa berkenaan, manakala seorang lagi, Abraham Au, mewakili dirinya sendiri hari ini.

Lapan siswa terbabit, digelar "UM8", menerima sokongan kuat dari kalangan anggota akademik dan alumni UM.

Kumpulan 210 orang alumni, ahli akademik dan individu prihatin menggesa UM menggugurkan kesemua tuduhan ke atas siswa berkenaan dan menghormati kebebasan asasi dan akademik.

Perhimpunan hari ini, yang dipromosi sebagai "Occupy University" dijangka akan diteruskan sehingga jam 5 petang.

Himpunan bersama Anwar: 8 dihadapkan ke panel tatatertib


Mahasiswa: “Kampung Chubadak, kita lawan sampai menang”

Sodomy Trial 2 - Art of the Matter

Yakinlah, Anwar Bebas Petang Ini

PETANG ini (Jumaat 07/11/14) jam 03.00 petang, kemungkinan besar nasib Anwar Ibrahim akan diketahui. Mahkamah Kehakiman Putrajaya akan menjadi saksi bahawa rakyat akan menolak fitnah jahat terhadap tokoh reformasi ini dan satu tamparan buat Saiful di mana rakyat akan memberi isyarat bahawa tidak cukup dengan fitnah kamu boleh menyelamatkan rejim yang zalim. Petang semalam ramai yang menjangkakan keputusan akan dibacakan oleh Hakim, maka ramai yang sangup berhujan menanti hingga ke Maghrib. Malangnya, keputusan belum dapat diumumkan dan Anwar keluar dari mahkamah terus mengimami Solat Maghrib bersama para penyokongnya yang setia di situ.

Aku yakin, mereka yang hadir petang semalam akan terus setia menunggu petang ini manakala yang datang dari jauh akan terus hadir petang ini walaupun terpaksa berulang alik selama beberapa hari. Bukan sedikit belanja yang mereka perlu keluarkan demi untuk melihat keadilan buat Anwar tertegak. Sehubungan itu, marilah kita beramai-ramai ke Putrajaya esok untuk Solat bersama Anwar di Masjid Besi, Putrajaya seterusnya berarak ke Mahkamah Kehakiman. Di sana kita akan berkumpul dan bersedia untuk menjulang tokoh reformasi ini sebaik sahaja beliau dibebaskan.

Lembaga Pengarah Felcra beri bonus tidak diluluskan untuk diri sendiri

Apa harga yang perlu dibayar jika kerja dilakukan dengan baik? Bagi ahli lembaga pengarah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Bhd, mereka dibayar kira-kira RM700,000 dalam bentuk bonus tunai dan barangan, iaitu beberapa ekor lembu.
Lembaga pengarah agensi tanah Putrajaya itu mengabaikan perintah Perbendaharaan selama tiga tahun apabila memberikan diri mereka bonus, walaupun pegawai Kementerian Kewangan
berada dalam lembaga itu dan memimpin jawatankuasa audit.
Tadbir urus yang lemah dan sengaja tidak mematuhi arahan Perbendaharaan disedari minggu ini melalui pendengaran di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), yang mendorong kepada gesaan agar siasatan lanjut dibuat atas kemungkinan pecah amanah.

Terdapat juga cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat masalah ini, dan melihat ke dalam agensi kerajaan yang lain yang menyediakan bonus untuk ahli lembaga pengarah mereka. "Felcra Bhd adalah sebuah syarikat dan mereka hanya boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri jika mendapatkan kelulusan daripada para pemegang saham di mesyuarat agung tahunan. Perbendaharaan sebagai pemegang saham tidak pernah memberi kelulusan, tetapi mereka teruskan juga.
"Yang lebih teruk lagi, seorang pegawai Kementerian Kewangan berada dalam Lembaga Pengarah dan ketua jawatankuasa audit. Dia sepatutnya tahu perkara ini," kata satu sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider.
Difahamkan ahli lembaga pengarah Felcra Bhd menerima ganjaran RM20,000 bagi setiap pengarah dan RM30,000 untuk pengerusi pada tahun 2010, yang ketika itu Datuk Tajuddin Abdul Rahman, timbalan menteri luar bandar dan industri asas tani sekarang.
Jumlah itu kemudiannya dinaikkan ke RM30,000 bagi setiap pengarah dan RM50,000  bagi pengerusi untuk dua tahun akan datang. Lembu pula diberikan sebagai pembayaran dalam bentuk benda untuk dijadikan korban pada Hari Raya Haji sekali antara tahun 2010 dan 2012.

Kawalan UIA diketatkan menjelang program ‘Jelajah Mahasiswa’ malam ini

Ketika lapan rakan mereka dari Universiti Malaya (UM) dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib universiti pagi ini, pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga berdepan dengan pentadbiran mereka apabila program yang mereka anjurkan disekat.
Mulai semalam, pihak pentadbiran UIA mula membuat kawalan ketat di pintu masuknya untuk menyekat program 'Jelajah Mahasiswa' yang dianjurkan oleh kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M). Ia menyebabkan kesesakan teruk di pintu masuk universiti itu.
 Sebagaimana UM menghadapi program Datuk Seri Anwar Ibrahim di universiti itu sebelum ini, semua program di kampus UIA malam tadi juga diarahkan pihak pentadbiran agar dibatalkan bagi menghadapi program Jelajah Mahasiswa ini. Sekatan itu dibuat tanpa mengetahui program jelajah itu akan bermula malam ini selepas ia ditangguhkan. D
i sekitar kampus, pelbagai sepanduk dan papan tanda dinaikkan bagi melarang pelajar dari menyertai apa yang dinamakan sebagai 'haram' ini.
 "Kami akan tetap meneruskan program ini," kata seorang jurucakap Pro-M kepada The Malaysian Insider. Program Jelajah Mahasiswa akan bermula di tangga besar Rektori UIA mulai jam 8.30 malam ini. Beberapa pemimpin pelajar dijangka akan memberikan ucapan sebelum mereka membacakan deklarasi pelajar.
Baru-baru ini, cermin kereta Pengerusi Pro-M dipecahkan. Ia disifatkan sebagai tindakan menakut-nakutkan dia yang banyak menguruskan program Jelajah Mahasiswa ini. Kereta milik Muhammad Mujahid Sulaiman, 22, pelajar tahun 3 Kuliah Bahasa Arab, diserang dua lelaki tengah malam Rabu lepas, dipercayai bermotifkan ugutan.
Kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang memandu berseorangan di kawasan selekoh antara Kuliah Undang-Undang dan Stadium Universiti sekitar jam 12.30 tengah malam (awal pagi Khamis).

#SaveUM8: Pelajar UM tak menyesal walaupun dikenakan tindakan tatatertib

Ini adalah harinya untuk lapan pelajar Universiti Malaya (UM) menghadap lembaga tatatertib kerana menganjurkan himpunan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu.
Di sebalik prospek dibuang daripada institusi pengajian itu, mereka berkata tidak menyesal dengan tindakan mereka. Dakwaan terhadap lapan pelajar itu digambarkan sebagai “mengarut”, daripada menghadiri himpunan haram hingga menggunakan pembesar suara.
 “Saya tahu akibat tindakan saya walaupun sebelum himpunan itu dan saya bersedia menghadapinya,” kata Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Haw Yu Hong kepada The Malaysian Insider.
“Saya tidak menyesal. Mental saya bersedia untuk berdepan dengan apa yang datang,” katanya. Pada penghujung prosiding yang akan berlangsung selama 9 jam hari ini, pelajar akan tahu nasib mereka – sama ada hukuman kecil (denda RM200 atau surat amaran) atau penggantungan atau lebih teruk – dibuang daripada universiti. Himpunan “Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara” pada 27 Oktober dilarang pihak berkuasa universiti yang turut mengarahkan kampus ditutup sebelum program itu bermula untuk menghalang Anwar memasuki kawasan UM.
Khalayak merempuh pagar utama universiti hingga terbuka di pintu masuk Kuala Lumpur/Bangsar dan mara ke kawasan kampus. Anwar kemudian dapat masuk ke kampus dan menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 2,000 pelajar. Empat hari kemudian, Haw dan tujuh lagi pelajar, termasuk Presiden PMUM Fahmi Zainol, diberikan notis tindakan tatatertib dan diarah menghadiri perbicaraan yang bakal bermula pagi ini.
Fahmi dikenakan sembilan pertuduhan, sementara Presiden Pro-Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin berdepan tiga tuduhan dan yang lain, dua tuduhan setiap seorang. Haw berkata pertuduhan itu mengarut dan tidak ada kaitan dan tugasnya hanya sedikit dalam menganjurkan himpunan berkenaan dan hanya menghubungi media. “Saya bukan dalam jawatankuasa kerja.

#SaveUM8: Pelajar berkumpul tanda sokong 8 rakan hadapi tindakan tatatertib

Kira-kira 50 pelajar berkumpul di Universiti Malaya pagi ini bagi menunjukkan sokongan kepada lapan rakan mereka yang sedang menghadapi lembaga tatatertib universiti hari ini.
Lapan pelajar UM itu menghadapi kemungkinan dipecat kerana menganjurkan perhimpunan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas. Setiausaha Agung kumpulan Progresif Universiti Malaya, Vince Ooi berkata mereka berkumpul kerana kebebasan akademik dikekang pentadbiran UM.
  "Anwar adalah bekas alumni Universiti Malaya, tapi dia tidak disambut terbuka malah dia diperlakukan seperti warga kelas kedua oleh UM," kata Ooi.
"Sedangkan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi layanan kelas pertama ketika dia mengunjungi UM," kata Ooi kepada The Malaysia Insider. "Dr Mahathir bukan pun alumni Universiti Malaya, jadi mengapa double standard oleh pentadbiran universiti itu?" tanya beliau.
Pagi ini di perhentian bas utama kampus itu, pelajar mula berkumpul memakai pelekat "#SaveUM8". Mereka kemudian berarak ke arah Kompleks Perdanasiswa di mana 8 rakan mereka sedang dibicarakan.
Mereka termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol, Naib Presiden Haw Yu Hong dan Presiden UM Pro-Mahasiswa, Safwan Shamsuddin. Lain-lain adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Khairol Najib Hashim, Exco PR PMUM, Abraham Au, Exco hal ehwal antarabangsa dan korporat PMUM Adam Fistival Wilfrid, Setiausaha Agung PMUM Syamimi Munirah dan exco kebajikan PMUM, Khairul Anwar. Lapan pelajar, disertai oleh peguam masing-masing, masuk ke mesyuarat lembaga tatatertib itu jam 9 pagi tadi.
Saksi diminta menunggu di gazebo sehingga mereka dipanggil memberi keterangan. Pada akhir proses yang bakal berlangsung selama 9 jam hari ini, pelajar akan mengetahui nasib mereka - sama ada diberi amaran (denda RM200 atau surat peringatan), digantung atau dipecat dari universiti - iaitu hukuman maksima boleh dikenakan.

Mahfuz: Pastikan PAS releven kepada rakyat

bicaraKUALA LUMPUR, 7 NOV: Jalan penyelesaian yang diambil PAS dalam menghadapi krisis dalaman sejak 63 tahun lalu merupakan salah satu bentuk ujian yang dilalui dalam menuju kematangan parti berkenaan.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata soal kematangan merupakan perkara subjektif namun apa yang penting adalah PAS perlu bergerak kehadapan seiring dengan perkembangan semasa untuk terus relevan kepada rakyat.
Bercakap dalam Wacana Harakah bertajuk ‘Matangkah PAS di usia 63 tahun’ beliau berkata, sekarang bukan masanya untuk PAS menoleh ke belakang.
“Ujian untuk PAS dalam pengurusan krisis. Ini suatu peralihan dimensi dan corak pemikiran masyarakat yg ada.
“Untuk capai 63 tahun adalah satu proses ujian. Kita juga perlu melihat kepada 63 tahun PAS untuk fasa kedua,” katanya yang merujuk kepada tempoh sama untuk masa hadapan.
Jelasnya, masyarakat hari ini mempunyai aliran pemikiran berbeza dan PAS sendiri perlu menilai soal kematangan itu dari segi cara pengendalian parti yang kini berada dalam sistem peralihan berbeza seperti zaman PAS mula ditubuhkan pada 24 November 1951.

63 tahun: Masalah dalaman mematangkan PAS


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan masalah yang timbul di dalam PAS merupakan ujian kepada parti untuk menyelesaikannya yang mematangkan PAS.

Beliau yang merupakan panel pada program Bicara Harakah 'Matangkan PAS Di Usia 63 Tahun' petang semalam turut memberitahu apa yang berlaku adalah satu peralihan dimensi dalam mencorakkan pemikiran matang.

"Ujian kepada PAS dalam memastikan parti itu terus matang dengan cara menguruskan krisis yang berlaku terutama krisis dalaman.

"Untuk mencapai pada usia 63 tahun, PAS telah melalui pelbagai proses ujian yang lebih mencabar jika dibandingkan sekarang," katanya.

‎Namun beliau yang turut berpendapat, walaupun kematangan terhadap PAS itu dilihat subjektif tetapi ia harus dilihat bagaimana parti itu diuruskan.

"Proses 63 tahun pertama telah kita lalui dengan bijaksana dan kita telah matang dengan setiap selok belok politik.

"Namun untuk menghadapi 63 tahun akan datang merupakan satu proses berterusan dan perlu diurus dengan baik agak kematangan PAS ini terus releven selama-lamanya.‎

Lamanweb lapor buku dakwa rasuah terhadap Taib digodam

Bruno Manser Fund (BMF) mendakwa bahawa kerajaan Malaysia dikesan menggodam laman web yang memuatkan laporan mengenai buku ‘Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia’ tulisan Lukas Straumann.

Buku tersebut mndakwa berlaku amalan rasuah di pihak bekas ketua menteri Sarawak itu yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya berhubung dengan industri pembalakan di negeri itu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BMF semalam mendakwa
Environment News Service (ENS) yang berpangkalan di di Amerika Syarikat melaporkan bahawa laman webnya diserang kerana menyiarkan laporan mengenai buku tersebut.

"Sejurus selepas siaran akhbar anda mengumumkan buku itu dihantar, server ENS dan World-Wire teruk diserang. Pasukan keselamatan kami mengesan laluan kembali kepada kerajaan Malaysia. Mereka berjaya menutup server kami selama kira-kira dua jam, "kata kenyataan itu.

Penulis buku itu, Straumann, yang yang pengarah eksekutif BMF, berkata serangan terhadap laman web ini mengejutkan kerana ia adalah haram untuk berbuat demikian.

Pihaknya menuntut penjelasan daripada kerajaan Malaysia dan jaminan bahawa pegawai-pegawai Malaysia tidak akan melakukan apa-apa langkah-langkah lanjut untuk menghalang pengedaran dan laporan mengenai buku itu.

Solidariti bersama #UM8 desak gugurkan pertuduhan


KUALA LUMPUR: Tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dengan mengenakan beberapa pertuduhan terhadap lapan mahasiswa secara terpilih susulan Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, 27 Oktober lalu dilihat sebagai bercanggah dengan hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Zarin Maszalan berkata demikian ketika mengulas tindakan tatatertib mengikut akta drakonian tersebut termasuk ke atas Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol dan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Khairol Najib Hashim.

"Kami diperingkat PMIUM mendesak UM menggugurkan semua tuduhan ke atas lapan mahasiswa ini serta-merta dan mengajak orang ramai untuk hadir bersolidariti bersama-sama pada hari Jumaat ini," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Exco Politik dan Hal Ehwal Semasa PMIUM, Anis Syafiqah berkata, nilai kebebasan akademik tidak seharusnya terbelenggu dalam ruang lingkup teori sebaliknya mengasak idealisme mahasiswa kepada pengamalan ilmu melalui aktivisme.

"Mahasiswa semakin sedar akan hak mereka sebagai 'stakeholder' utama universiti dan terus giat memberi penerangan kepada masyarakat terutamanya warga kampus dalam usaha membumikan nilai kebebasan akademik di universiti.

"Tidak kira yang ditindas itu seorang tokoh mahupun rakyat bawahan di ceruk kampung, di mana ada kezaliman, di situ mahasiswa bangkit," tegas Anis lagi.

Lim Guan Eng: We Will Stand By Anwar Ibrahim, He Is A Victim Of A Scandalous Frame-Up

Azmin Ali: Kita Mahu Membina 1 Masyarakat Yang Benar-Benar Aman & Harmoni, Kita Semua 1 Keluarga

Tian Chua: Jiwa Perjuangan Tetap Bersama Kita, Anwar Ibrahim Adalah Pemimpin Gelombang Reformasi

Akta Hasutan: Hitam gagak tiada siapa mencelupnya

Nampaknya, cerekarama menuntut Akta Hasutan 1948 dihapuskan ini masih belum sampai lagi ke episod yang terakhir. Pelbagai fakta dan pelbagai alasan dikemukakan oleh mereka yang mahukan akta ini dihapuskan agar hak kebebasan bersuara terpelihara.

Oleh Edwin Michael
Peningnya, mereka yang menuntut akta ini dihapuskan juga pada masa yang sama mahukan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali diheret dan didakwa dibawah akta ini.
Mansuh atau Kekal?
akta-hasutan-1948Perdebatan untuk memansuhkan akta ini sememangnya dijadikan sebagai alat propaganda pembangkang dalam usaha untuk meraih simpati dan sokongan daripada penyokong mereka yang mahukan ruang untuk berbicara apa sahaja tanpa apa-apa limitasi. Apabila pembangkang menyedari bahawa mereka terpalit dengan dakwaan dibawah akta ini dan sedar tiada ruang untuk menyelamatkan diri maka digembleng segenap tenaga daripada muda ke tua untuk menuntut kerajaan menghapuskan akta ini.
Ini termasuklah perarakan ‘Solidarity Walk for Dr. Azmi Sharom’ di kampus Universiti Malaya yang turut dihadiri oleh ramai politikus pembangkang yang kononnya menuntut untuk memansuhkan dengan segera Akta Hasutan 1948 yang merupakan peninggalan pemerintahan kolonial yang zalim, kerana dikatakan mengekang kebebasan asasi bersuara secara mutlak. Motif Pakatan Rakyat (PR) mudah untuk difahami kerana sesungguhnya menyokong pensyarah Fakulti Undang-Undang UM ini yang didakwa dibawah Seksyen 4 (1) (b) dan 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan bakal mencabar kesalahan tuduhan hasutan di Mahkamah Persekutuan ini adalah untuk memanipulasikan sokongan mahasiswa.
Kenapa tiada ‘Solidarity Walk for Abdullah Zaik’? Kenapa pihak pembangkang tidak menawarkan khidmat peguam mereka kepada Presiden Isma ini yang turut didakwa dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948?
PR bertindak kejam dan drakonian apabila enggan memberikan sokongan moral kepada beliau. Malah, pengamalan kasta politik oleh PR ini sampai kemuncaknya apabila memberikan tekanan demi tekanan di media sosial terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang menuntut agar Ibrahim Ali didakwa dibawah akta hasutan.
Bakar atau Buang