Khamis, 6 November 2014

Anwar Ibrahim: Di Manakan Ku Cari Ganti?


Isteri Zunar ditahan polis kerana jual komik...!!

PUTRAJAYA - Isteri kartunis politik, Zunar, Fazlina Rosley bersama beberapa individu lain ditahan ketika ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, di sini, hari ini.

Menurut Naib Presiden PKR,  Shamsul Iskandar Md Akin, pihaknya masih tidak mendapat maklumat lanjut berkenaan penahanan itu.

"Kita pun tak tahu. Katanya ada barang dalam motor kemungkinan dokumen ataupun buku. Jadi barang itu dirampas dan orang yang bawa ditahan.

"Saya yakin mungkin itu kartun Zunar. Mungkin dia jadi sasaran sebab pakaian hakim tadi petang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui sebentar tadi.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar pagi tadi dilihat tampil dengan kostum hakim lengkap dan membawa tulisan 'Hakim Negara Kartun'.

Tindakannya itu menarik perhatian penyokong Anwar dan pihak media.

Sementara itu, Shamsul berkata, pihak polis dinasihatkan memaklumkan kepada pihaknya sebelum membuat sebarang tangkapan.

"Saya nasihatkan pada polis jangan lakukan provokasi. Macam tadi saya tanya pegawai apa kesalahannya, dia pun tak tahu. Jadi tak bolehlah buat begitu kerana kita kawal keadaan, jangan mulakan tangkapan.

"Dalam pertemuan dengan OCPD (Ketua Polis Daerah Putrajaya) kita dah janji bahawa perhimpunan ini akan berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi dan kita nasihatkan juga pada OCPD supaya kalau nak buat sebarang tangkapan, beri maklumat kepada kita. Bukan minta izin tapi maklum," katanya.

Di mana akan aku cari ganti, kata Anwar kepada penyokong


ADAKAH LUBANG TAIK SAIFUL DARI SPESIS DINASOUR ???.


SAIFUL'S NO VICTIM! He 'seduced ex-DPP Farah for illicit info' & hated 'hypocrite' Anwar - Gopal tells cour

PUTRAJAYA - Sodomy II complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan never idolised his former boss Datuk Seri Anwar Ibrahim and hated him instead, defence lawyer Datuk Seri Gopal Sri Ram said today, citing evidence presented by the youth’s friend during trial in 2011.
Sri Ram noted that in his testimony, PKR member Mohd Najwan Ali had said that before Saiful joined Anwar’s staff, the latter had always shown hatred for the Opposition Leader.
“Witness (Najwan) said Saiful had campaigned for BN (Barisan Nasional) and once uploaded a picture of Anwar and called him munafik (hypocrite),” the lawyer reminded the court.
Despite this, the prosecution had argued against accepting Najwan’s testimony, claiming that the witness was jealous of Saiful, Sri Ram said.
Back during the trial for Sodomy II in October 2011, Najwan, who was Saiful’s ex-university mate, had testified that the latter had always been pro-BN during his university days and even found Anwar to be an “untrustworthy” person.
The testimony raised eyebrows at the time as Saiful himself had previously testified that he viewed Anwar as a role model and an idol.
Najwan told the court then that he had known the complainant since 2003 when they were both in Universiti Tenaga Nasional (Uniten). He said they even stayed in dormitories across from one another.
According to Najwan, it was a shock to him when he discovered that Saiful had joined Anwar’s staff in 2008 and he even went as far as to warn the Opposition Leader about the matter in an email.
“I warned Anwar because I thought Saiful was not fit to work for him,” Najwan was reported saying in 2011 during cross-examination by then lead prosecutor Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
After recalling Najwan’s 2011 testimony, Sri Ram then pointed out that Saiful had also reportedly “seduced” a member of the prosecution team, Farah Azlina Latiff.
Farah Azlina was a deputy public prosecutor who was part of the prosecution team in the trial for Sodomy II. Following reports of her alleged relationship with Saiful, the DPP was removed from the team to avoid further allegations of impropriety.
“This was never denied in the affidavit. He seduced the girl to illicit information,” Sri Ram told the Federal Court.

Court told to reject circumstantial evidence

Gobind Singh and Sangeet Kaur make their final submissions in Anwar's appeal.


h_51648272PUTRAJAYA: The Federal Court was told today to reject circumstantial evidence in deciding on Anwar Ibrahim’s appeal against conviction on the charge of sodomy.
After lunch, counsel Sangeet Kaur Deo continued the defence’s closing submissions, which were mainly on the unidentified DNA found in Saiful Bukhari’s rectum and on the items used by Anwar in the lock-up.
The rebuttals concluded that there was nowhere in the cell that Anwar could have brushed his teeth despite the prosecution’s assertion that there were sounds of brushing. Deputy Public Prosecutor Shafee Abdullah then told the court, “Maybe he used a pipe to brush his teeth” but since it was a ”maybe”, Sangeet reiterated that there was no factual evidence to prove the assertion.
She told the court the prosecution was relying on circumstantial evidence to say that Anwar was Male Y. “This court must reject accepting circumstantial evidence when there is direct evidence,” she said.
She also said that it could have been the DNA of the person who packed the toothbrush and towel into a bag before giving it to Anwar.
Sangeet told the court that the manner in which the samples from the cell were obtained was unfair, and that the Investigating Officer had acted wrongly in arresting Anwar. Along with a lack of consent from Anwar for the gathering of samples, Sangeet said that Anwar was not told of the reason for his arrest, which is against Article 5 (3) of the Federal Constitution.

EGM MAS: "Rugi dan tidak adil tetapi saya tidak ada pilihan"

"Saya terpaksa mengundi juga kerana keputusan telah dibuat oleh pemegang saham yang lebih besar," demikian menurut Sidek Miko, pemegang saham minoriti Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) ketika ditanya mengenai harga yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.
Pemegang saham terbesar MAS, Khazanah Nasional Bhd. menawarkan 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti bagi membolehkan syarikat tersebut distruktur semula dan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia.
Tambah Sidek, beliau tidak tahu bagaimana Khazanah Nasional memberi pernilaian kepada tawaran tersebut namun bagi pemegang saham yang sudah lama melabur di dalam syarikat itu, beliau merasakan harga 27 sen sesaham adalah tidak berbaloi.
Isu ini merupakan antara topik yang menjadi perdebatan hangat di antara para pemegang saham minoriti dan pihak pengurusan MAS serta Khazanah Nasional semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa ( EGM) syariat penerbangan nasional itu di Kelana Jaya, hari ini.

Anwar akui mahkamah beri ruang, yakin bebas kes liwat

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku mahkamah memberi ruang seluas-luasnya menjawab tuduhan dan bukti pasukan pendakwaraya dalam kes liwatnya kali ini.
Ketua Umum PKR itu yakin dengan hujah dan bukti pendakwa yang dijawab oleh pasukan peguambelanya, peluangnya untuk dibebaskan cerah.
Anwar berucap dihadapan para penyokongnya selepas selesai prosiding mahkamah di Putrajaya pada 6 November 2014.Foto: RADZUAN HASSAN."Bole pujilah yang mahkamah beri ruang kepada peguam untuk jawab tuduhan pendakwaraya, keyakinan untuk menang itu besar. Hari ini kita jawab pasal permaidani..ada dibilik lain.apa ini permaidani terbang ka?
"Dulu kata saya buat kat kondominium tapi tahun itu kondominium belum siap lagi, apa saya buat kerja atas batu bata atepi jalan ka?," katanya mengundang gelak kira-kira1,000 penyokongnya di perkarangan Istana Kehakiman di sini malam tadi.
Kesnya disambung petang esok dan dijangka selesai menjelang pukul 4 petang, kata Anwar.
Menurutnya, mahkamah kali ini efisien termasuk menyediakan lori dari penjara di mahkamah untuk membawanya ke penjara jika bersalah.
Menjawab persoalan ramai kenapa beliau tidak rungsing atas tuduhan dan kes yang dihadapinya, Anwar berkata, dia tidak rungsing kerana mendapat sokongan ramai termasuk ulama dan tokoh agama.
Sokongan keluarga dan rakyataa, katanya,:-)menjadikan dirinya kuata mengharungi segala yang berlaku termasuk penyokongnya di Putrajaya yang berhimpun tidak kira panas dan hujan.

Gopal takes court on a magic carpet ride

Anwar's lead counsel talks about 'moving carpets' and 'seduction'.

sri ram300PUTRAJAYA: As Day 7 of Sodomy 2 came to a close, Gopal Sri Ram, head of Anwar Ibrahim’s defense team, took the court back to the crime scene, describing how investigators went into Unit 11-5-2 of the condominium where the alleged act took place and removed a carpet from the room, but the act supposedly took place in the unit next to it, 11-5-1.
Citing that from all accounts only Saiful Bukhari had testified to there being a carpet in unit 11-5-1, Gopal proclaimed, “My learned friend said the carpet moved from 11-5-1 to 11-5-2. My Lords, I do not believe in flying carpets. There is a gap, no evidence to show that there was a carpet in 11-5-1.”
Gopal told the court that no forensic material could be lifted from the carpet and thus “We go further to say that the act of sodomy never happened,” noting that Units 11-5-1 and 11-5-2 are not neighbouring units. When asked by a judge if there was evidence, Gopal replied that if there was no evidence of the carpet being moved, there was no carpet in 11-5-1, contrary to Saiful’s account.
When the judge asked what would be the forensic team’s reason for going to 11-5-2, Gopal replied, “No reason.”
Gopal went on to attack Saiful’s character, noting that the complainant’s friend Najwan described him as contradictory and showing a picture of Anwar that Saiful had posted to the social network Friendster, describing the opposition leader as ‘munafik’ (hypocrite). Additionally, the social network pictures showed Saiful campaigning for Barisan Nasional.

Hina mahkamah: Anwar, peguam akan bincang

PUTRAJAYA - Menyentuh isu dakwaan menghina mahkamah yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwa, Tan Sri Shafee Abdullah semasa prosiding pagi tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan akan dibuat bersama barisan peguamnya selepas perbicaraan liwat ini selesai.

"Satu-satulah. Takkan semua nak charge ( tuduh) sekali gus," katanya ringkas kepada wartawan ketika prosiding ditangguhkan.

Sementara itu, Shafee di luar kamar mahkamah memberitahu isu tersebut adalah arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang mahukan pihak pendakwaan memaklumkan perkara tersebut kepada mahkamah.

"Adalah menjadi tugas jabatan untuk melindungi mahkamah daripada dicemari," katanya.

Menurutnya, mahkamah bagaimana pun mahkamah bersetuju dengan cadangan pendakwaan agar kes rayuan liwat terakhir yang difailkan Anwar diselesaikan terlebih dahulu.

"Prosiding ini berjalan dengan lancar dan kita tidak mahu sebarang gangguan," katanya.

Penyokong Anwar terkena semburan pemedih mata

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menuju ke khemah untuk bersolat bersama penyokongnya, orang ramai yang berada berhampiran ketua pembangkang itu dikejutkan dengan semburan pemedih mata.

Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu mengakibatkan beberapa orang penyokong dan petugas media batuk serta pedih mata.

Bagaimanapun, orang ramai serta petugas media yang terkena semburan itu tidak tahu individu yang melakukannya.

Sementara itu, polis menahan tiga penjual buku kartun Zunar  mengenai Anwar.

Mereka ditahan sekitar jam 7 malam, kata Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque.

Zunar memberitahu Malaysiakini beliau menerima panggilan dari salah
seorang penjual buku itu yang mereka ditangkap dan dibawa ke balai polis Putrajaya.

Buku kartun yang bertajuk "Komplot Penjara Anwar" juga dirampas oleh pihak polis.

"Mereka memberitahu saya bahawa mereka ditangkap di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak," kata Zunar, ketika dalam perjalanan ke balai polis.

Mereka yang ditangkap telah dikenal pasti sebagai Norliza Mohd Kasim, Ridzaldy Rafie dan Raja Norita.

Zunar berkata menangkap penjual buku dan merampas buku-buku itu bercanggah dengan keputusan mahkamah baru-baru ini.

Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan sebulat suara membatalkan pengharaman dua buku Zunar "1 Funny Malaysia" dan "Perak Darul Kartun".

Fitnah Liwat II: Peguambela Anwar gulung hujah jam 3 petang esok

PUTRAJAYA: Prosiding perbicaraan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung jam 3 petang esok, dengan peguambela kepada Ketua Umum PKR, Ramkarpal Singh dijangka meneruskan hujah penggulungan.
 
Prosiding yang selesai sekitar jam 7 malam tadi menyaksikan pendakwaraya Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau diarah supaya mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kerana menghina, selepas keputusan rayuan Liwat II.
 
Shafee memberitahu panel lima anggota yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria, beliau menerima arahan daripada Peguam Negara Abdul Gani Patail untuk melakukan ini apabila prosiding bermula hari ini.
 
Beliau merujuk dua artikel, satu dikeluarkan oleh Malaysiakini dan satu lagi oleh The Malay Mail Online di mana Anwar telah berkata bahawa mahkamah tidak akan menghukumnya jika Shafee bersara.
 
Peguam kanan itu memetik dua perenggan terakhir laporan Malaysiakini yang bertajuk ‘Masuk balik sekolah undang-undang' (‘Go back to law school’).
 
Namun, beliau tidak membacakan laporan Malay Mail Online.
 
Shafee mendakwa Anwar sebelum ini pernah menghina Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan kenyataannya dan kini beliau menghina Mahkamah Persekutuan dengan mengeluarkan kata-kata begitu.
 
Berikutan itu, beliau memohon kepada mahkamah supaya mendakwa Anwar kerana menghina.
 
Ini menyebabkan peguambela Anwar, Gopal Sri Ram bertanya jika mahkamah mahu menangani perkara itu sekarang.
 
Bagaimanapun, Hakim Arifin mengarahkan prosiding rayuan diteruskan.

HEP dan AUKU: Candu pembodohan mahasiswa


m_uuca-tmi


Mahasiswa merupakan satu entiti dalam sebuah masyarakat sivil yang tidak sepatutnya dikekang suaranya, dirantai pemikirannya dan dilumpuhkan aksinya. Sebaliknya mahasiswa harus dibiarkan bebas beridea, mengkritik malah menyuarakan pendapat mereka secara bebas.
Hari ini kita dapat menyaksikan bahawa AUKU 1974 atau nama penuhnya Akta Universiti Kolej Universiti merupakan satu akta yang sekian lamanya membelenggu mahasiswa dari menjadi seorang yang kritis dan kritikal. Kewujudan HEP yang lahir sejak akta ini diluluskan sedikit sebanyak menghalang aktivisme mahasiswa yang kritis dan kritikal.
Dahulu sebelum tahun 1974 mahasiswa sering berada di jalanan. Mereka bersuara demi kebajikan masyarakat. Sejarah membuktikan bagaimana Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) memperjuangkan nasib penduduk Baling yang dihimpit kemiskinan, mahasiswa memperjuangkan nasib penduduk Teluk Gong yang dirampas tanah mereka oleh pihak yang tidak berhati perut. Mahasiswa turun ke jalan raya, berdemostrasi menuntut kerajaan supaya berfikir dengan waras dan berhati perut.
Rentetan dari peristiwa demonstrasi mahasiswa ini, kerajaan telah menubuhkan satu akta yang menyekat aksi dan idea mahasiswa dan akta itu ialah AUKU 1974. Penubuhan akta ini mengakibatkan perubahan struktur pentadbiran universiti. Dahulunya kebajikan hal  ehwal pelajar diuruskan oleh persatuan mahasiswa yang dipilih oleh mahasiswa digantikan oleh badan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Tak ada check and balance bila PM juga jadi Menteri Kewangan - Tun Daim

Seorang perdana menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan kerana akan menjadi sukar dan tidak wujud wujud 'check and balance'.
Tun Daim Zainuddin berkata, seorang perdana menteri sepatutnya hanya mengetuai Unit Perancang Ekonomi bagi menentukan hala tuju pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Pelan perancangan yang dirancang itu kemudian perlu diserahkan kepada Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mencari kewangan negara.
"Kerja seorang menteri kewangan mencari wang tetapi kalau perdana menteri pegang kedua-dua jawatan itu - merancang dan mencari wang memang payahlah. Ia jadi konflik. Itu yang jadi tidak ada 'check and balance'.
"Sebab itu dari dulu lagi saya kata perdana menteri dan menteri kewangan mestilah personaliti berbeza," katanya pada majlis An Exclusive Afternoon With Tun Daim anjuran Kumpulan MIDF.
Sambil memberi contoh, Tun Daim berkata, di Amerika Syarikat seorang Presiden tidak menjadi Menteri Kewangan, begitu juga di England dan ia juga tidak berlaku di mana-mana negara dunia ketiga.
Tetapi di Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menjawat jawatan Menteri Kewangan di penghujung pentadbirannya. Ia kemudiannya diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memegang jawatan Menteri Kewangan.
Pada masa sama Daim berharap kerajaan mampu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dalam tempoh kira-kira lima tahun lagi tanpa mewujudkan jurang yang besar dalam kalangan rakyat di negara ini.

Anwar imamkan solat di depan mahkamah

PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran  bangunan Mahkamah Persekutuan.

Beliau dilapor mengimamkan solat jemaah tersebut sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam sebentar tadi.

Beliau kelihatan tenang dan tersenyum senang ketika menemui penyokongnya yang setia menanti keputusan prosidingnya sejak pagi.

Sebelum itu, anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat keluar meninggalkan pekarangan Kompleks Istana Kehakiman jam 7.07 malam sebelum menemui penyokong bapanya.

Himpunan hari ini adalah himpunan yang ketujuh diadakan sejak minggu lalu.

Anwar menemui penyokongnya hari ini dengan diiringi Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK ), Dr Afif Bahardin.

Tiga penjual buku Zunar ditahan polis

zunarr bukuPUTRAJAYA 6 NOVEMBER: Tiga individu yang menjadi pembantu menjual buku kartunis Zunar ditahan polis diperkarangan Istana Keadilan di disini.
Mereka yang dikenali sebagai Rizal Rafie, Raja Norita dan Norliza Mohd Kasim kini ditahan di Balai Polis Putrajaya.
Antara buku yang dijual ialah ‘Komplot Penjarakan Anwar’ dan ‘Pirate of the Carry-BN’.
Zunar pernah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana hasil karya beliau yang mengkritik pemimpin kerajaan, dan tujuh judul oleh beliau diharamkan kerajaan.
Beliau juga penerima anugerah “Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011″ oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis, Washington.

Fitnah Liwat II: 3 ditangkap tutup prosiding hari ke-7

Selepas mengimamkan solat Maghrib, Anwar kemudiannya berucap di hadapan kira-kira 300 orang penyokong di bawah khemah bertentangan dengan Kompleks Perbandaran Putrajaya.

Ketika berucap, Anwar mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya yang sanggup berpanas dan berhujan deminya.

"Mana nak cari (penyokong) macam ini. Mana nak cari yang sanggup berhujan panas. Saya teruk juga tapi saya duduk dalam bilik berhawa dingin. Ini hujan atau panas tetap bertahan.

"Di manakan ku cari ganti," kata Anwar sambil mendapat sorakan daripada penyokongnya.

Selepas itu, Anwar meminta kepada penyokongnya supaya berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman pada jam 3 petang esok dan solat Jumaat terlebih dahulu di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selepas itu, Anwar melaungkan "Lawan tetap lawan", "Hidup rakyat", "Reformasi" dan takbir.

Sementara itu, ketika ditemui Malaysiakini bagi mengulas berhubung kejadian tangkapan kepada tiga orang penyokongnya, Anwar berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenainya kejadian itu terlebih dahulu.

"Saya kena periksa dulu. Saya kena dapatkan maklumat dulu," katanya ringkas.


Walaupun keadaan di Putrajaya hujan lebat, namun penyokong Anwar masih bersemangat melaungkan "reformasi" ketika Anwar berjalan menghampiri mereka.

Selepas keluar daripada Istana Kehakiman, Anwar solat maghrib bersama penyokongnya.

Bicara Harakah : Matangkah PAS di usia 63 tahun?

Rumah mampu milik pula kecohkan Dewan Rakyat

Cendekiawan gesa jauhi 'gelojoh' K'tan laksana hudud

Ramkarpal: Old DNA can be retrieved from fossils, not the anus

1MDB's RM7.18bil Caymans fund pulled back

Sodomy II: Hearing postponed to Friday

Saiful's credibility hammered, but Shafee says it's 'old news'

Timbalan Menteri Kewangan Gulong Perbahasan Bajet 2015

Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Gulong Perbahasan Bajet 2015

Tiada sebab turunkan harga petrol dan diesel – Ahmad Maslan

Namun Ahmad Maslan mengakui kerajaan akan mengkaji dan menyediakan langkah terbaik sekiranya harga minyak terus menurun.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan masih belum membincangkan untuk menurunkan harga minyak walaupun harga minyak mentah dunia terus menunjukkan trend penurunan.
Menurut beliau buat masa ini kerajaan masih memberi subsidi minyak iaitu RM0.12 sen seliter bagi RON95.
“Sekiranya harga minyak mentah turun di pasaran hingga Disember 2014, secara relatifnya purata harga minyak mentah 2014 tidak jauh dari anggaran asal tahun ini,” katanya di Parlimen hari ini.
Namun beliau mengakui kerajaan akan mengkaji dan menyediakan langkah terbaik sekiranya harga minyak terus menurun.
“Kerajaan mempunyai dua pilihan jika sampai pada tahap harga RM2.30sen seliter. Pilihan pertama menurunkan harga minyak, itu satu perkara popular.
“Kedua kerajaan boleh mengenakan cukai jualan. Ini kerana cukai jualan ialah RM0.58 sen 1 liter bagi RON95 yang kita tidak kutip. Sepatutnya harga minyak itu RM2.30 sen campur RM0.58 sen seliter menjadi RM2.88 sen bagi RON95.
“Namun kerajaan tidak mengenakan cukai jualan tersebut dan bukan itu sahaja, kerajaan juga memberi subsidi. Ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) baik kepada rakyat,” jelasnya.
Tegasnya, jika kerajaan ingin mengenakan cukai RM0.58 sen seliter pun hanyalah sehingga 1 April 2015.

Anak muda nak tengok PAS menerajui isu rakyat

bicaraKUALA LUMPUR, 6 NOV: PAS perlu mengubah pendekatan dalam mendekati anak muda dengan memperbanyakkan wacana dialog terbuka.
Hal ini kerana anak muda kini lebih berminat kepada komunikasi dua hala untuk mereka turut serta melontarkan pandangan bukannya program seperti ceramah umum semata-mata.
Koordinator Lensa Anak Muda (Lensa), Safwan Anang, berkata PAS kini menuju kematangan dan pendekatan baru ini bakal mendekatkan anak muda kepada mereka.
Katanya, meskipun dasar utama PAS adalah politik namun mereka perlu mengetuai dan menjuarai isu rakyat.
“Anak muda nak tengok PAS menerajui isu rakyat.
“Anak muda tak suka ceramah umum tetapi suka dialog. Pimpinan pas mesti anjurkan lebih banyak dialog.
“Sebagai contoh PKR ada ‘Meet Anwar Ibrahim’, PAS perlu ambil contoh,” katanya dalam Wacana Harakah bertajuk ‘Matangkah PAS di usia 63 tahun’.
Menyentuh sama ada PAS sudah mencapai kematangan mahupun tidak beliau berpandangan ia tidak mempunyai titik akhir.
Menurutnya, kematangan PAS ini turut dinilai melalui pencapaian dalam Pilihan Raya terutama pasca PRU-13.

S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud kata Prof Dr Mahmood Zuhdi

Seorang ahli akademik pengajian Islam menggesa Selangor agar menjauhi sikap terburu-buru dan tidak cermat kerajaan Kelantan dan kerajaan PAS Terengganu suatu masa dahulu yang dianggapnya "gelojoh" dalam melaksanakan hudud.

Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata Undang-undang Kanun Jenayah Syariah itu tetap akan gagal dilaksanakan sekalipun jika PAS dan Umno bersepakat untuk melaksanakannya.

"Kalau kita laksana hudud di Kelantan dan Terengganu, sekiranya kerajaan Umno dan PAS laksana hudud berasaskan draf di Kelantan dan Terengganu, insya-Allah gagal.

"Saya nak kata kalau nak laksanakan hudud, mulakan satu-satu.

"Jangan gelojoh macam Kelantan dan Terengganu," kata dekan Institut Peradaban dan Pemikiran Islam Antabangsa (ISTAC) UIA itu.

Beliau bercakap pada forum Kanun Jenayah Syariah dari Perspektif Perlembagaan dan Masyarakat Majmuk di Malaysia anjuran kerajaan Selangor di Shah Alam petang ini.

Menjelaskan kenyatannya itu, Mahmood Zuhdi berkata undang-undang hudud perlu diasaskan kepada kefahaman tentang hukum Islam (fiqh) yang bersifat semasa.

"Kitab yang digunakan di Kelantan adalah berdasarkan kitab lama.

"Yang ada (hudud) di Kelantan dan Terengganu berdasarkan fiqh beratus tahun dahulu.

Bukan hudud 'bengis'

Pakatan tidak akan maju jika ‘ponteng’, ingkar keputusan mesyuarat dianggap ‘remeh’, kata DAP

Pakatan Rakyat tidak akan maju jika partinya anggap tidak hadir mesyuarat adalah perkara remeh, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014.Pakatan Rakyat tidak akan maju jika partinya anggap tidak hadir mesyuarat adalah perkara remeh, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014.Pakatan Rakyat (PR) tidak akan maju sekiranya menganggap "ponteng" dan gagal mematuhi keputusan yang dicapai melalui mesyuarat sebagai perkara "remeh", kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.
Loke berkata, kepimpinan pusat DAP amat kecewa dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang berkata, ketidakhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai remeh dan tidak perlu diberikan perhatian.
"Pimpinan pusat DAP amat kecewa dengan sikap dan pandangan tersebut kerana ia bukannya isu remeh tetapi melibatkan soal kesinambungan dan 'survival' politik Pakatan Rakyat," kata Loke, dalam kenyataan balas terhadap PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, isu yang dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat PR bukan saja isu beliau tidak hadir secara fizikal dalam mesyuarat tetapi yang lebih serius ialah ketidakpatuhan terhadap keputusan dicapai dalam mesyuarat. "Bagaimanakah PR dapat berfungsi dengan efektif dan melangkah ke depan sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam mesyuarat boleh dinafikan oleh presiden salah satu parti komponen secara 'unilateral' yang tidak hadir dalam mesyuarat," kata Loke.

Fitnah Liwat II: Saiful penyokong BN yang bencikan Anwar, Sri Ram beritahu mahkamah

Karpet di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat bekas pembantunya, digunakan peguam bela dalam kenyataan penutupnya, bagi menyerlahkan lebih banyak jurang dalam hujah pihak pendakwaan dalam kes rayuan Anwar terhadap sabitan liwatnya di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Peguam utama Datuk Seri Gopal Sri Ram mula menggulung kenyataan penutup pembelaan dengan menggunakan karpet itu bagi menunjukkan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bukan seorang saksi yang boleh dipercayai. Karpet itu disita pihak polis dari satu unit kondominium - nombor 11-5-2 - bukan di tempat di mana kejadian jenayah itu didakwa berlaku.
Karpet itu juga tidak menghasilkan sebarang keterangan forensik membuktikan jenayah yang dikatakan. 
Dakwaan Saiful terhadap Anwar ialah ketua pembangkang itu meliwatnya di sebuah unit - nombor 11-5-1 - di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008. Sri Ram berkata karpet itu mungkin dipindahkan dari satu unit ke unit yang lain, tetapi tidak ada bukti menunjukkan perkara ini. Kedua-dua unit juga tidak bersambung dari dalam.
Bagi membuktikan kejadian liwat yang dituduh itu benar berlaku, Sri Ram berkata, karpet itu mesti dijumpai dalam unit kondominium yang betul atau sekurang-kurangnya terdapat bukti ia dipindahkan. Beliau memberitahu panel lima hakim mahkamah tertinggi itu yang karpet itu mungkin digerakkan oleh "lembu terbang," dan menambah, "Saya tidak percaya pada lembu terbang".
Sri Ram berkata tanpa karpet itu, pihak pendakwaan tidak mempunyai kes terhadap Anwar kerana ia penting dalam dakwaan yang dibuat Saiful. Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata, Saiful menambah "garam dan lada" kepada dakwaannya - yang akhirnya menimbulkan pertentangan dengan dirinya sendiri - dengan mengatakan pintu unit itu terkunci dari dalam semasa kejadian liwat didakwa berlaku.
Namun, beliau juga memberi keterangan mengatakan mereka menikmati teh dan karipap selepas kejadian yang dikatakan itu berlaku. Sri Ram mempersoalkan bagaimana makanan dan minuman dibawa ke unit itu jika pintunya terkunci dari dalam.
Beliau juga menyangkal dakwaan pihak pendakwa yang mengatakan Anwar menggunakan teknik "Machiavelli" mengawal Saiful dan Saiful menganggap Anwar idolanya. Hakikatnya, Sri Ram berhujah, Saiful "membenci" Anwar, berdasarkan bukti daripada posting beliau di akaun media sosial Friendster.
 Saiful menulis posting menunjukkan beliau seorang yang pro-Barisan Nasional, Sri Ram memberitahu mahkamah. Rakan Saiful, bernama Najwan, juga dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan dan dia berkata Saiful tidak boleh dipercayai.
"Najwan malah menghantar emel kepada Anwar, memberi amaran tentang Saiful," kata Sri Ram. Pihak pendakwaan bagaimanapun menolak bukti ini, dan berkata Najwan "cemburukan" Saiful kerana dia bekerja dengan pemimpin pembangkang itu. Sri Ram menggesa mahkamah mengambil keterangan Najwan secara serius, kerana ia mendedahkan kepalsuan dakwaan pihak pendakwa yang Anwar dan Saiful ada "hubungan".
Berhubung dakwaan mengenai sut mahal, faedah dan elaun yang diberikan kepada Saiful menjadi bukti hubungan mereka, Sri Ram berkata semasa perbicaraan Saiful membawa ke mahkamah seluar yang dikatakannya berjenama Brioni, tetapi ia tidak mempunyai label. Jaket bagi sut itu juga tidak pernah ditunjukkan.
"Bukti yang dia diberi sut mahal tidak lagi boleh dipakai," kata Sri Ram, sambil menambah semua dakwaan mengenai faedah dan elaun hanya datang daripada Saiful, yang kredibilitinya menjadi persoalan.
Ketua peguam itu juga berhujah, Saiful bukanlah seorang yang baik seperti yang cuba ditonjolkannya dan merujuk mahkamah kepada satu tuduhan yang dia didakwa mempunyai hubungan dengan seorang pendakwa raya wanita semasa perbicaraan. "Dia (Saiful) menggodanya bagi mendapatkan maklumat sulit," kata Sri Ram.

Fitnah Liwat II: Dr Osman tiada motif sebelahi Anwar, mahkamah tangguh sambung jam 3 petang esok

7.00pm Mahkamah ditangguhkan dan akan bersambung pada jam 3 petang esok.

6.40pm: ‎Gopal mempertahankan tindakan Karpal Singh yang mahukan dokumen berkaitan.

Menyentuh soal Dr Osman, Gopal berkata, beliau tidak ada di situ untuk mempertahankan diri jadi tugas itu akan diambil olehnya.

“Negara ini mengundangnya menjadi doktor, kerana dia warganegara asing. Dia pulang ke tempat asal selepas tamat berkhidmat.

“Dia tidak motif untuk menyebelahi perayu (Anwar).”

“Nota-notanya menunjukkan alat plastik diguna untuk memasukkan,” katanya.

6.25pm: Gopal berkata, peruntukan dalam kes 'Tandoor' di India yang dipetik Shafee berbeza dan tidak boleh digunakan di sini.

6.20pm: Gopal berkata, Hasanuddin, pemilik kondominium tidak boleh dipanggil kerana ia telah diganggu.

Katanya, Anwar menafikan bahawa insiden liwat itu berlaku.

“Saksi pembelaan tidak boleh tampil ke depan kerana mereka diganggu,” tambahnya.

Anwar sebelum ini menyerahkan senarai 13 saksi alibi tetapi tiada yang dipanggil.

6.15pm: Peguam bela berkata, prinsip itu hanya terpakai dalam kes dadah.

Gopal merujuk kepada testimoni Saiful berhubung "tanpa kerelaan".

“Tidak betul untuk memberikan konotasi berbeza."

6:10pm Gopal berhujah berhubung adverse inference yang boleh mengaitkan Anwar, jika saksi alibi tidak dipanggil.

6.03pm: Gopal membaca keterangan Saiful berhubung KY jelly.

Saiful, katanya, menawarkan KY jelly sebagai ekshibit pada 28 Jun tetapi Jude enggan menerimanya dan hanya merampasnya di pejabatnya pada hari kemudiannya.

Sodomy II: Court to continue until 7.30PM

Fitnah Liwat II: 'Yang arif, sut Brioni itu RM16,000'

"Brioni - James Bond 007"
5.29pm: Gopal berkata Saiful mempunyai keberanian bertemu dengan timbalan perdana menteri, bukan hanya di pejabat tetapi juga di rumahnya.

Shafee meminta rehat sebentar sebelum menjawab hujah-hujah Gopal.

Hakim membenarkan rehat 20 minit untuk berhenti solat.


5.26pm: Gopal berkata, seluar dalam yang dirampas berjenama Levi's.

Beliau juga bertanya sama ada sut itu berjenama “Brioni atau brownie".

Shafee bangun dan berkata selepas pihak pendakwaan mendengar kembali transkrip, ia sebenarnya Brioni dan “kedengaran seperti briyani”.

“Ya,” Gopal berseloroh, “tetapi sut Brioni lebih mahal daripada briyani”.

Gopal berkata, malah seluar dalam Saiful mempunyai label tetapi tidak seluarnya, yang didakwa Brioni.


 5:20pm: Gopal menyentuh berhubung dakwaan layanan istimewa dengan pemberian sut Brioni.

“Saya fikir yang arif pun tidak mampu. Ia sut 16,000 dolar,” guraunya.

Katanya, Saiful memberikan seluar pada mahkamah tetapi tiada label.

“Sudah pasti jika ia dihantar ke tukang jahit sudah tentu ada label,” katanya sambil menambah tiada bukti sut Brioni diserahkan.

4.57pm: Gopal berkata keterangan Saiful berhubung insiden sebelumnya tidak boleh diterima.

Fitnah Liwat II: "Saiful bukan lelaki biasa kerana dia cuba mendapatkan maklumat secara tidak sah dgn mengoda DPP"

4.53pm Gopal mempersoal Saiful menghidangkan kopi dan karipap selepas insiden didakwa berlaku.

Katanya, Saiful berkata pintunya berkunci dan tetapi bagaimana dia dapat menghidangkan karipap itu.

Gopal kini membaca keterangan Anwar daripada kandang (dok).

4.47pm: Gopal berkata, Saiful bukan lelaki biasa kerana dia cuba mendapatkan maklumat secara tidak sah daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) ketika itu Farah Azlina Abdul Latif.

4.40pm: Gopal berkata, Saiful malah menggoda anggota pasukan pendakwaan.

4.30pm: Perkara itu, kata Gopal, merosakkan kes pendakwaan.

“Tanpa permaidani, pendakwaan tidak dapat membuktikan.”

Gopal kemudian mempersoal kewibawaan Saiful dengan berkata dia mengagumi Anwar tetapi sebaliknya membenci Anwar.

Gopal, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata terdapat keterangan daripada Najwan Halimi.

Gopal membawa testimoni Najwan yang menyebut Saiful biasanya memuat naik gambarnya bersama pemimpin-pemimpin dan logo BN di samping gambar Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “pemimpin munafik”.

Gopal berkata, Najwan juga terkejut melihat Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu.

Fitnah Liwat II: Kedudukan karpet buktikan liwat tak berlaku - Gopal

4.24pm: Ram berkata, hakim telah melawat tapak itu tetapi hakim Arifin berkata lawatan itu tidak direkodkan.

Gopal berkata, tiada bukti direkodkan bahawa permaidani itu dipindahkan, ketika ditanya berterusan oleh hakim-hakim.

Shafee dalam penghujahannya berkata permaidani itu dipindahkan ke unit lain.

4.21pm: Gopal berkata pelakuan liwat tidak berlaku kerana insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain.

“Berdasarkan ini, pelakuan meliwat tidak pernah berlaku,” katanya.

Fitnah Liwat II: Saya tak percaya 'karpet terbang' - Gopal

4.13pm: Gopal berkata, permaidani sutera China dirampas daripada unit 11-5-2 oleh pegawai forensik polis Supt Amidon Anan.

Gopal berkata, polis juga merampas sehelai rambut dirampas di 11-5-1 tetapi permaidani dirampas di unit 11-5-2.

Menyentuh dakwaan pihak pendakwaan bahawa permaidani itu dipindahkan, Gopal berkata, “Tetapi saya tidak percaya dengan permaidani terbang.”

“Tiada bukti bahawa permaidani itu dipindahkan. Pemilik kondominium Hasanuddin tidak dipanggil,” tambahnya.

Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Saiful ditunjukkan dengan permaidani itu. Gopal menjawap dia mengenal pastinya.

4.06pm: Peguam bela utama Gopal Sri berkata, kes pihak pendakwaan dalam insiden sebelum ini berdasarkan kemungkinan.

Beliau kemudian merujuk kepada laporan polis Saiful yang menyebut insiden berlaku pada jam 3.30 petang di unit 11-1-5, Kondominium Desa Damansara.

Kata Gopal, dalam kes pendakwaan, perincian kesalahan itu daripada keterangan Saiful menyebut dia dipaksa mengambil posisi di atas permaidani.

“Pelakuan itu dilakukan atas permaidani dan itu kes pendakwaan,” katanya.

Fitnah Liwat II: “Terdapat keterangan bahawa ia 18 alel (pihak lain) dan Anwar patut dibebaskan” - Gobind Singh

3.55pm: Gobind kini merujuk pada testimoni palsu DSP Jude di Suhakam dan juga kes Teoh Beng Hock berhubung sampel DNA yang tidak dapat dikenal pasti pada tali pinggang si mati.

Pegawai penyiasat dalam kes Teoh, kata Gobind, bertindak proaktif dalam memangil anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan sampel, bagi mengecualikan diri mereka.

“IO (pegawai penyiasat) dalam kes Anwar tidak melakukan perkara itu,” katanya.


 3.43pm: Gobind berkata, terdapat ada yang tidak kena dalam kes itu apabila dia diliwat oleh seorang, sedangkan keterangan mencadangkan terdapat dua orang meliwatnya.

Ini kerana, katanya, terdapat alel 18 dan dengan hakikat itu sahaja pun Anwar patut dibebaskan.

Gobind berkata, Shafee menyebut bahawa alel 18 mungkin daripada Dr Osman dan ia seperti Shafee menyokong hujah pasukan pembelaan.

3.32pm: Gobind membangkitkan kes Hanif Basree, yang mana hakim Abdull Hamid Embong menjadi hakim perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.

Katanya, kes itu serupa apabila terdapat keterangan berhubung DNA tertuduh dan terdapat juga DNA pihak lain dalamnya.

“Terdapat keterangan bahawa ia 18 alel (pihak lain).”

Hanif, seorang jurutera di Shah Alam, dibebaskan daripada kes pembunuhan Norita Samsuddin kerana terdapat kehadiran air mani atau DNA orang lain.

Gobind menggesa mahkamah menolak keterangan daripada lokap dan persoalan bagaimana Lelaki Y sampai kepada ekshibit.

“Pendakwaan gagal membuktikan bahawa Lelaki Y adalah perayu.”

3.25pm: Gobind berkata, anak guamnya cuba dikaitkan dengan “Lelaki Y”.

Katanya, Mahkamah Tinggi menyebut, oleh kerana Anwar satu-satunya yang berada dalam sel, Lelaki Y haruslah dia.

Bagaimanapun, kata Gobind, orang lain juga mungkin mempunyai akses kepada sel yang digunakan Anwar.

“Penemuan ini berdasarkan penghunian tunggal, tetapi jika terdapat orang lain yang mempunyai akses langsung kepada sel, bagaimana pula,” soalnya.

3.22pm: Gobind Singh Deo pula memulakan penghujahannya.

Fitnah Liwat II: Trak FRU dan trak penjara berkampung di Putrajaya

1907889_10152803716524281_9000593272740106981_nPUTRAJAYA 6 NOVEMBER : Beberapa trak unit simpanan persekutuan (FRU ) kelihatan berada di sekeliling Istana Kehakiman sejak jam 7 pagi tadi.
Manakala bas penjara tiba di perkarangan hadapan mahkamah yang sama sebelum jam 12 tengahari.
Dilihat beberapa anggota polis bersedia menjaga setiap sudut dimana terletaknya trak FrU dan juga bas tersebut.
Sementara itu, suasana menjadi meriah apabila para pemimpin. KEADILAN menganjurkan pertandingan kuiz bersama kira-kira 200 orang para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1450909_10152803635019281_4202603905092361284_nPeserta perhimpunan berjaya menjawab soalan yang berkisar mengenai fakta kes perbicaraan terbabit turut membawa pulang hadiah berbentuk hamper daripada penganjur.
Pertandingan kuiz tersebut diadili oleh kartunis popular Zunar, yang turut memakai jubah hitam dan juga rambut palsu putih seperti seorang hakim.
Para peserta berkenaan antara lainnya ditanya mengenai jenama dan saiz seluar dalam Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah II.
Rata-rata para penyokong Anwar yang berada di perkarangan Istana Kehakiman terhibur dengan acara tersebut.
Kuiz berkenaan berlangsung selama kira-kira 15 minit dan akan bersambung petang ini apabila persidangan mahkamah diteruskan semula.

Fitnah Liwat II: Jude Pereira ganggu bukti bukan saksi wibawa

PUTRAJAYA 6 NOVEMBER: Ram Karpal kembali menyentuh soal gangguan terhadap bahan bukti, berhubung tindakan DSP Jude Pereira membuka beg plastik mengandungi sampel daripada HKL.
“Dia tidak patut membuka plastik itu kerana perkara ini mencetuskan keraguan,”tegasnya.
Membuktikan bahawa Jude bukan seorang saksi yang berwibawa, Ram kemudian membaca testimoni Jude semasa pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penangkapan lima peguam, yang mana Shafee(Abdullah) ketika itu mempengerusikan panelnya, mendapati bahawa pegawai polis bukan saksi berwibawa.
Ram berkata Mahkamah Persekutuan patut berhati-hati menerima keterangan daripada pegawai polis.
Ram berkata apa yang dilabelkan oleh doktor HKL pada sampel itu adalah berbeza.
Ini kerana, katanya, DSP Jude telah melabelnya apabila membuka plastik besar mengandungi sampel HKL di pejabatnya.
Hakim Abdull Hamid bertanya, berdasar analisis Seah dan keterangan doktor HKL bahawa kemungkinan ada tembusan boleh jadi keterangan dengar cakap.
Dan Ram bersetuju dengan hakim Abdull Hamid.

Fitnah Liwat II: : Siapa sebenarnya 'Lelaki Y'? - Peguam Bela

3.15pm: Sangget berkata, pihak yang memiliki alel 18 mungkin seorang pelaku.

Katanya, hakim perbicaraan benar apabila ia pada mulanya tidak mengakui bahawa tiga barangan yang diambil daripada sel – iaitu botol air mineral, berus gigi dan tuala.

“Tanpa barang-barang ini, ia tiada sebarang kaitan dengan Anwar dan ini membawa kepada persoalan siapa sebenarnya 'Lelaki Y',” katanya.

Sementara itu, bekas pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH Datuk S Ambiga turut hadir mengikuti perjalanan prosiding.

3.00pm: Sangeet berkata, polis terdesak apabila Anwar tidak membenarkan spesimennya diambil dan ia mendorong mereka menggunakan cara yang boleh dipertikai.

2.45pm: Sangget berkata, keterangan menyebut terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel tetapi tidak berfungsi.

Katanya, mahkamah oleh itu harus menolak keterangan mengikut keadaan dan menerima keterangan langsung.

Sangeet berkata, terdapat dua orang anggota polis menjaga sel itu tetapi tidak dipanggil sebagai saksi dan mencadangkan sampel itu mungkin datang daripada mereka.

Katanya, sampel itu diperoleh melalui cara tidak adil jika mahkamah memutuskan menerimanya.

2.30pm: Sangeet Kaur (kanan) pula memulakan penghujahannya.

Beliau berkata, bukan DNA Anwar yang berada dalam dubur Saiful, tetapi “Lelaki Y'.

Sangeet membangkitkan perkara sama, iaitu polis tidak melihat Anwar memberus gigi menggunakan berus gigi yang diberikan.

Peguam bela berkata demikian ketika pihak pendakwaan merujuk kepada testimoni polis bahawa Anwar membawa botol air mineral ke dalam sel.

2.26pm: Mahkamah bersambung semula.

Jumpa SIS?: Tunggulah dulu, nanti prejudis, kata mufti S'gor

Sultan Selangor: Jangan gopoh kritik fatwa tanpa fahami sepenuhnya

Anwar may be charged for contempt of court - Shafee

Ramkarpal: Old DNA can be retrieved from fossils, not the anus

Jenama, saiz seluar dalam Saiful jadi soalan kuiz luar mahkamah

Fitnah Liwat II: Tiada tembusan, bagaimana DNA ada pada Saiful - Peguam

PUTRAJAYA 6 NOVEMBER: Ram Karpal pada sesi tengahari tadi membangkitkan bagaimana DNA ditemui pada Saiful Bukhari Azlan sedangkan laporan daripada Doktor Hospital Pusrawi dan Hospital Besar Kuala Lumpur melaporkan tidak ada tembusan pada dubur Saiful.
“Tembusan tidak berlaku dalam kes ini, bagaimana sampel ditemui di dubur?” soalnya.
Sebelum itu Ram berkata, tiada bukti perubatan mencadangkan penemuan sebelumnya, kerana tiada bukti perubatan untuk menyokong andaian itu.
“Penemuan sebelumnya tidak patut dipertimbang, bahawa berlakunya tembusan,” kata Ram.
Apa yang penting, katanya, empat orang doktor – seorang daripada Pusrawi dan tiga daripada HKL – berkata tiada tembusan berlaku.
Dalam masa yang sama Ram mempersoalkan kelayakan Seah yang dalam testimoninya mengaku menjalankan ujian DNA sejak 1994 tetapi kelayakan doktor falsafah beliau hanya diperoleh pada tahun 2000.

Tak perlu bimbang, tahap hutang negara tak ancam ekonomi, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menepis kebimbangan berhubung tahap hutang Malaysia yang tinggi, mengatakan ia tidak akan membawa kepada krisis ekonomi. Beliau yang juga menteri kewangan berkata hutang kerajaan yang pada masa ini berada pada hampir 53%, dan hutang isi rumah sekitar lebih 80%, tidak menimbulkan bahaya kepada ekonomi negara.
Malaysia merupakan salah satu negara dengan nisbah hutang/KDNK yang paling tinggi pada 52.8%, bawah sedikit daripada had yang ditetapkannya sendiri iaitu 55%, manakala hutang isi rumahnya pada 86.8% daripada KDNK, merupakan kedua tertinggi di Asia.
 Ahli ekonomi memberi amaran yang Malaysia terdedah kepada kejutan dari luar kerana pelabur asing memegang 47% daripada bon kerajaan.
Negara ini juga mudah terjejas jika Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah tahun depan, satu langkah yang boleh menambah tekanan ke atas ekonomi negara. "Jika kita bandingkan dengan negara lain, hutang kerajaan kita masih rendah dan saya tidak melihatnya sebagai satu ancaman kepada ekonomi negara.
"Bukan seperti hutang isi rumah di Amerika yang membawa kepada krisis subprima, hutang isi rumah kita ialah kerana rakyat membeli rumah, tetapi ini merupakan aset yang nilainya akan meningkat dari masa ke semasa," Najib memberitahu Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) semasa sesi soal jawab di Parliamen.
Katanya, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte yang ditemuinya semalam mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana pertumbuhan ekonominya. "Katanya, ekonomi Malaysia jauh lebih baik dari negaranya.
Dia berkata 'Saya cemburu dengan prestasi anda'," kata Najib. Namun, beliau faham dengan kebimbangan terhadap hutang isi rumah, dan memastikan yang kerajaan akan memantaunya bagi memastikan ia tidak meningkat terlalu tinggi. Bercakap tentang kebolehupayaan ekonomi Malaysia, Najib berkata Indeks Koefisien Gini negara, yang mengukur agihan pendapatan negara, berkurangan daripada 0.441 pada 2009 ke 0.421 tahun ini.

Sejak bila orang cop Umno parti rasuah, Noh Omar soal Dr Mahathir

Menjawab kritikan bekas perdana menteri yang berpengaruh terhadap Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan sejak zaman bila orang ramai mula mengaitkan parti Melayu itu dengan rasuah?
Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Umno itu turut menggesa agar Dr Mahathir memberi komen secara spesifik berhubung desakannya agar Umno Selangor dibubarkan semalam. “Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Semalam, Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata Umno perlu mengikis imejnya sebagai parti rasuah dengan menasihatkan pemimpinnya supaya hidup dengan lebih bersederhana. Bekas presiden parti Melayu itu berkata, banyak perubahan yang perlu dibuat Umno Selangor, tetapi jika mereka mengambil panduan nasihatnya, beliau percaya sokongan rakyat akan bertambah.
"Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli Umno. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung,” kata Dr Mahathir.
Noh berkata, pada dasarnya Umno Selangor menerima segala pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir namun saranan yang diberikan perlu lebih spesifik. Katanya, pemimpin Umno di Selangor adalah pilihan ahli parti sendiri dan gesaan untuk berundur adalah satu pandangan yang subjektif. “Kita Umno Selangor terima pandangannya. Kita akan buat pembaharuan.
 “Dia suruh siapa berundur? Umno Selangor tu siapa? Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa? Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan. “Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah.

Billions spent in Perak, but little to show

Menteri Kerja Raya Gulong Perbahasan Bajet 2015

Dewan Rakyat 6 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Opah masuk UM, dedah kesengsaraan warga Kg Chubadak


Ambiga jelaskan mengapa M'sia perlukan Tribunal Rakyat

Fitnah Liwat II: Penghujahan Pembelaan Selewat-Lewat Pagi Esok

Sodomy II: Defence begins reply, but case may drag on till Friday

Fitnah Liwat II: Pelik apabila pendakwa minta Anwar uji DNA sendiri - Ram Karpal

Ram Karpal
PUTRAJAYA 6 NOVEMBER :Tindakan pihak pendakwaan yang meminta Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil DNA-nya sendiri untuk membuktikan pembelaannya disifatkan sebagai satu tindakan yang mengejutkan.
Peguam Ram Karpal Singh yang mewakili Anwar berhujah pendakwaan seharusnya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah dan bebannya tidak terletak di bahu pihak pembelaan.
“Ini asas undang-undang, kerana penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes itu,” katanya dalam sesi penghujahan balas pada hari ke 7 pendengaran rayuan fitnah 2.
Ram berkata, tindakan pihak pendakwaan meminta Awar mengambil DNA-nya sendiri untuk membuktikan pembelaannya sesuatu yang mengejutkan.
“Ini asas undang-undang, kerana penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes itu,” katanya.
Shafee pada Selasa mencadangkan Anwar mengambil sampel DNA-nya untuk membuktikan dia tidak bersalah.
Sementara itu, penyokong yang hadir membaca surah Yassin dan mendengar ceramah daripada pemimpin KEADILAN di kawasan bersebelahan kompleks mahkamah.
Risalah yang mengandungi gambar mata Anwar yang lebam pada 1998 dan bertulis “Jangan biarkan ini berlaku lagi” turut disebarkan kepada orang ramai

Fitnah Liwat II: Tiada bukti DNA ketiga dari Dr Osman, 18 alel juga datang dari lokap – peguam

PUTRAJAYA 6 NOV: Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan rayuan terakhir fitnah 2 di Mahkamah Persekutuan membangkitkan isu berkaitan sampel yang diambil daripada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menurut Ram Karpal, 18 alel muncul pada tuala ‘good morning’, berus gigi dan botol air mineral dan perincian semula patut dilakukan bagi menjelaskan kehadirannya.
Keadaan itu sama seperti dalam kes Teoh Beng Hock apabila alel asing ditemui daripada tali pinggang si mati. Ram menegaskan bahawa pihak pendakwa harus menjelaskan kenapa terdapat kehadiran 18 alel itu.
“Ia juga muncul dalam calitan rektal tinggi B9 dan lokap daripada tuala ‘good morning’,” hujahnya seperti dilapor Malaysiakini.
Menurutnya, pihak pendakwaan menjelaskan, DNA yang tercemar mungkin berpunca daripada cara pengendalian oleh Doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.
Bagaimanapun Ram yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan berhujah tiada bukti terhadap dakwaan itu.
Katanya, 18 alel juga terdapat dalam lokap dan ia menunjukkan sampel itu datang daripada pihak ketiga tetapi tidak boleh dan berbahaya untuk dikaitkan  dengan Doktor Osman.
“Tiada bukti untuk menyokong hujah pihak pendakwaan. Beban pembuktian terletak di bawah pihak pendakwaan untuk membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah,” hujahnya.
Ram sebelum ini berkata kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya dan menyatakan pegawai penyiasat (IO) Jude Pereira mungkin telah mencemarkannya.
Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.

Fitnah Liwat II: Saiful jumpa Najib bukan kebetulan - Peguam

1.05pm: Ram berkata, terdapat keraguan serius dan perkara itu memberikan hak untuk anwar dibebas dan dilepas daripada kes itu.

Mahkamah berhenti sebentar untuk makan tengah hari.

1.00pm: Ram berkata, terdapat kemungkinan yang nyata bahawa sampel itu diusik dan ia mungkin sampel berbeza.

Satu sampel diambil daripada Saiful menunjukkan kemerosotan tetapi tidak yang lain; dan perkara itu mencetuskan keraguan, kata Ram.

“Tembusan tidak berlaku dalam kes ini, bagaimana sampel ditemui di dubur?” soalnya.

Saiful juga, katanya, bukan saksi meyakinkan seperti dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan.

12.55pm: Ram berkata, terdapat alasan untuk meragui atau tidak percaya pada testimoni Jude kerana dia didapati menipu dalam prosiding yang lain.

Beliau merujuk tindakan Jude (kiri) membuka beg plastik P27.

Ram kemudian merujuk keterangan Dr Thomas Hoogland yang mana terdapat bukti untuk mengatakan Anwar tidak melakukan tindakan seks seperti didakwa Saiful.

Anwar selepas pembebasannya pada 2004 menjalankan pembedahan belakang.

“Bukan kebetulan untuk Saiful bertemu Najib, dan ini bertentangan dengan 'Kes Tandoori' yang mana ahli politik disyaki tidak bertemu dengan perdana menteri India.”

12.35pm: ‎Ram mempersoalkan kelayakan Seah yang dalam testimoninya mengaku meajalankan ujian DNA sejak 1994 tetapi kelayakan doktor falsafah beliau hanya diperoleh pada tahun 2000.

Ram kembali menyentuh soal gangguan terhadap bahan bukti, berhubung tindakan Jude membuka beg plastik mengandungi sampel daripada HKL.

“Dia tidak patut membuka plastik itu kerana perkara ini mencetuskan keraguan.”

Ram kemudian membaca testimoni Jude semasa pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penangkapan lima peguam, yang mana Shafee ketika itu mempengerusikan panelnya, mendapati bahawa pegawai polis bukan saksi berwibawa.

Ram kemudian membawa testimoni Jude di mahkamah ketika soal balas oleh peguam bela sebelum ini, mendiang Karpal Singh, yang berkata Mahkamah Persekutuan patut berhati-hati menerima keterangan daripada pegawai polis.

1Malaysia story. ...Only in 1Malaysia