Selasa, 4 November 2014

Sembilan pelajar UM mungkin dibuang universiti..!!!

KUALA LUMPUR – Pelajar Universiti Malaya (UM) yang terlibat secara langsung dalam himpunan sempena pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus Isnin lepas mungkin berdepan hukuman dibuang universiti.

Memetik laporan akhbar berbahasa Inggeris, Ketua Unit Korporat dan Media UM, Izzad Zalman Abd Kader berkata, sembilan pelajar tersebut diminta untuk menghadiri perbicaraan disiplin di kampus hari Jumaat ini.

“Pendengaran perbicaraan disiplin adalah merupakan langkah pertama bagi universiti. Ini adalah platform bagi mereka untuk membela diri. Tindakan diambil bergantung pada hasil perbicaraan,” katanya.

Mengulas lanjut, hukuman paling ringan yang diputuskan mungkin berupa surat amaran.

Bagaimanapun jelasnya, pihak pengurusan masih mengenal pasti pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam himpunan terbabit.

“Jika lembaga disiplin mendapati kesalahan mereka begitu serius, hukuman maksimum adalah mengusir pelajar tersebut dari universiti,” tegasnya.

Along Mahasiswa: Langkah rasionalisasi terhadap PTPTN adalah wajar

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan melakukan rasionalisasi terhadap pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah wajar bagi memberi peluang kepada peminjam baharu menikmati kemudahan tersebut.
  
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Malaysia Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata ia adalah pendekatan munasabah yang dilakukan kerajaan berikutan kedegilan 552,638 peminjam yang masih gagal menjelaskan pinjaman mereka melibatkan amaun sebanyak RM4.21 bilion.
  
"Alasan yang dikemukakan oleh kerajaan adalah munasabah dan ia sekali gus dapat memberi ingatan kepada peminjam yang masih liat untuk melunaskan hutang mereka, akan memberi kesan kepada peminjam baharu.
  
"Bagaimanapun, kerajaan juga disaran untuk mengkaji jumlah peratusan pinjaman baharu yang akan dipotong kelak tidak membebankan pelajar baharu ketika kos hidup yang semakin meningkat sekarang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan pengurangan pembiayaan PTPTN sebanyak lima peratus kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan 15 peratus bagi pelajar di institusi pengajian tingi swasta berkuat kuasa Sabtu lepas.

Pakatan Rakyat perlu kekal demi rakyat Malaysia - Kamaruddin Jaafar

Pakatan Rakyat perlu kekal demi rakyat Malaysia - Kamaruddin Jaafar
KUALA LUMPUR: Semua parti yang berada dalam Pakatan Rakyat perlu terus kekal dalam gabungan tersebut kerana ia adalah alternatif terbaik kepada rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), kata Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Kamaruddin berkata dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, rakyat memerlukan sebuah gabungan parti alternatif kepada BN untuk mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, jika ada antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat memutuskan untuk berjuang secara bersendirian, ia bukan hanya merugikan parti tersebut tetapi juga kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

"Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik untuk menggantikan Barisan Nasional dalam keadaan ekonomi negara yang agak lemah.

"Rakyat Malaysia tentunya mahukan sebuah kerajaan yang cekap dan ditadbir oleh parti yang lebih baik berbanding BN.

"Jika Pakatan Rakyat berpecah, harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan pemerintah yang lebih baik daripada BN akan terkubur," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, segala permasalahan yang melanda Pakatan Rakyat harus diselesaikan dengan segera sebelum PRU14 kerana jika dibiarkan berlarutan ia boleh menghakis keyakinan rakyat.

Beliau menjelaskan, pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat tidak seharusnya membuat kenyataan yang boleh menguris hati parti-parti lain dalam gabungan tersebut.

"Pemimpin utama Pakatan Rakyat perlu segera mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam Pakatan Rakyat.

Anwar: Kes ini patut dibuang awal lagi

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa beliau tidak akan dipenjarakan berhubung kes Liwat II.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada penyokongnya di luar Istana Kehakiman hari ini.

Anwar berkata, kalau mendengar hujah peguamnya dan hujah pihak pendakwa, "kita boleh menang".

"Dan hari Khamis ini kita perjuangkan hujah kita lagi. Kalau ikut undang-undang dan fakta, kes ini patut dibuang awal lagi," katanya disambut dengan sorakan.

Berlaku sedikit kekecohan sebelum ini apabila penyokong dan jurugambar berasakan untuk mengambil gambar ketua pembangkang itu.

Mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 700 penyokongnya, Anwar juga mengajak mereka ke rumahnya di Bukit Segambut malam ini untuk majlis bacaan Yasin dan solat hajat.

Dalam ucapan kira-kira setengah jam itu, Anwar turut melahirkan keinginan untuk masuk ke Universiti Malaya (UM) lagi sekiranya beliau bebas.

"Saya nak masuk UM lagi. Nak masuk U (universiti) pun tak boleh. Ini negara tok (atok) kamu ke?

Anwar: Shafee hanya buat ucapan politik

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kewibawaan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya harus belajar undang-undang semula.

Beliau mendakwa, peguam berkenaaan yang dilantik kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan itu membuat ucapan politik di mahkamah dan bukannya menjawab hujah pembelaan.

Dengan itu, Shafee menjadikan persidangan mahkamah tersebut sebagai “perbicaraan politik dan kepura-puraan media”.

Pendakwa yang dikaitkan dengan Umno itu menamatkan penghujahannya hari ini dan pasukan pembelaan Anwar dijangka akan mengemukakan jawapan pada hari Khamis.

Anwar berkata, Shafee gagal menjelaskan kehadiran DNA pihak ketiga dan mengandaikan bahawa ia mungkin milik doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

"Tiba-tiba, fokusnya pada doktor pertama yang memeriksa (Saiful) dan pendakwaan mahu mencabar reputasinya?

"Jika DNA pihak ketiga itu daripada Dr Osman, ambillah DNA beliau,” katanya.

"Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.

Saya mangsa konspirasi jijik – Anwar

PUTRAJAYA 4 NOV: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kewibawaan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya harus belajar undang-undang semula.
Beliau mendakwa, peguam berkenaaan yang dilantik kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan itu membuat ucapan politik di mahkamah dan bukannya menjawab hujah pembelaan.
Anwar berkata, Shafee gagal menjelaskan kehadiran DNA pihak ketiga dan mengandaikan bahawa ia mungkin milik doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.
“Tiba-tiba, fokusnya pada doktor pertama yang memeriksa (Saiful) dan pendakwaan mahu mencabar reputasinya?
“Jika DNA pihak ketiga itu daripada Dr Osman, ambillah DNA beliau,” katanya, lapor Malaysiakini.
Menurut Anwar, beban pembuktian sepatutnya terletak di bahu pendakwa, dan bukan peguam bela.
“Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.
“Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan ‘Lelaki Y’.
“Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).
“Saya bukan pendakwa dan seluruh kepura-puraan ini diketahui seluruh dunia. Saya adalah mangsa konspirasi yang jijk dan sekarang anda kata Anwar tiada bukti (DNA), maka Anwar bersalah?,” katanya.

Timbalan Menteri Pertahanan Gulong Perbahasan Bajet 2015

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Gulong Perbahasan Bajet 2015

Anwar :Perlu ada wacana umat Islam membincangkan fatwa

Shafee Tak Jawab, Hujah Pidato Politik - Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim: Kalau Dengar Hujah Peguam Saya & Hujah Peguam Umno, Kita Menang


Pentingnya badan kehakiman bebas

Oleh SYAHREDZAN JOHAN
BAYANGKAN senario ini. Parlimen meluluskan undang-undang yang membolehkan kerajaan untuk mengambil hartanah yang dimiliki oleh orang persendirian bagi membangunkan tanah tersebut bagi tujuan komersial.

Menurut undang-undang tersebut, orang persendirian yang diambil hartanahnya tidak boleh menolak atau mempertikaikan pengambilan tanah tersebut. Kerajaan hanya perlu memberi pampasan kepada pemilik dalam jumlah yang minimum


Selepas undang-undang ini dikuatkuasakan, begitu ramai pemilik hartanah yang hartanya diambil oleh kerajaan. Kerajaan sering kali menggunakan alasan ia adalah untuk membangunkan hartanah tersebut mengikut undang-undang sedia ada.

Pampasan yang diberikan juga begitu sedikit, jauh daripada nilai sebenar hartanah tersebut.

Namun, dalam senario ini kerajaan bertindak mengikut undang-undang yang diluluskan Parlimen, maka pada zahirnya, tindakan yang diambil adalah sah di sisi undang-undang.

Dalam senario fiksyen ini, kepada siapa pemilik hartanah boleh mendapat relief? Siapa yang boleh menegakkan hak mereka yang dinafikan oleh kerajaan?

Sudah tentu melalui mahkamah. Jika hak seseorang itu dicabul oleh kerajaan, badan kehakiman bertanggungjawab untuk memastikan hak mereka ditegakkan.

Pengorbanan tidak sia-sia

Oleh NURUL IZZAH
SEJARAH menyaksikan bagaimana pejuang rakyat dipenjarakan daripada Nabi Yusuf a.s, rakyat-rakyat Makkah di bawah pemerintahan zalim Quraisy, Ibn Taymiyah, Hassan Al-Banna, Sayyid Quttub, Muhammad Abduh, Jamaluddin Al-Afghani, Hamka, Nelson Mandela, Aung San Suu Kyi, Kim Dae-Jung, Antonio Gramsci, Mahatma Gandhi, Liu Xiabo, Benazir Bhutto sehinggalah ke ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bapa saya dahulu pernah dipenjarakan dan sekarang berhadapan dengan kes mahkamah sekali lagi. Apakah kesalahan sebenar beliau? Beliau memperjuangkan kesamarataan, kebebasan dan keadilan buat semua, beliau menentang rasuah, menentang penindasan dan kerajaan zalim, selaras dengan tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat. Itulah kesalahan sebenar beliau.

Mungkin ada dalam kalangan kita sebenarnya sudah melupakan matlamat kerajaan dan pembangkang. Jadi haruslah kita cuba mengingatkan kembali apakah tempat dan fungsi sebuah kerajaan yang berteraskan demokrasi.

Amanat utama sebuah kerajaan berteraskan demokrasi adalah “Memerintah secara adil demi kepentingan rakyat mengikut Perlembagaan”.

Amanat utama pihak pembangkang pula adalah “Mempertahankan hak kepentingan rakyat - melalui bersuara membangkitkan dan membantah dalam proses demokrasi mengikut Perlembagaan”.

Pendek kata, kerajaan memerintah dan pembangkang mempertahankan hak rakyat mengikut Perlembagaan.

Oleh demikian, kedua-dua pihak ini memainkan peranan demi mengimbangi antara kuasa dan hak.

Jika bebas saya akan ke UM sekali lagi, kata Anwar

 Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan akan ke Universiti Malaya (UM) sekali lagi jika beliau berjaya dalam rayuan kes Liwat II. Ketua pembangkang itu berkata, amat menghairanka apabila universiti terkemuka dunia menjemputnya hadir ke luar negara namun tidak dibenarkan masuk ke universiti di Malaysia. "Saya lepas ni kalau selamat semua, saya nak masuk UM sekali lagi. Di Malaysia nak masuk universiti pun tak boleh. Ini negeri ‘pak’ kamu ke?
"Saya sekarang pengerusi pasukan khas universiti dunia Islam. Universiti Stamford, Harvard, Cambridge. Di Dubai, di China semua jemput. Tak larat terima. Tapi di negeri kita, tak bagi masuk," katanya ketika berucap di hadapan ribuan penyokongnya yang setia menunggu di perkarangan Istana Kehakiman sejak pagi tadi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Gulong Perbahasan Bajet 2015

Menteri Pengangkutan Gulong Perbahasan Bajet 2015

Dewan Rakyat 4 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

'Sanggup Kurup letak jawatan jika kabinet tak setuju?'

'No moles, just morons in police force'

Nyanyian, Ceramah Warnai Hari Keenam Perbicaraan Fitnah Liwat II

PAS sesat: Pemuda PAS WP buat laporan polis

MP: Gov't overpaying to lease Proton Perdana

PAS confirms legal action against Ku Nan

Pua: Will 1MDB change accountants, again?

Bung Moktar 'ashamed' of Proton's imitations

'Massive jump in airport, passenger taxes on way'

PAS MPs: Liberalism fatwa drastic

Sodomy II: Hearing resumes on Thursday

Shafee: Doctor may have probed Saiful without gloves

Anwar questions why Pusrawi doctor's DNA not tested

I'll be acquitted if I retire, jokes Anwar

Guan Eng: DAP tetap bersama Anwar

Anwar menjadi mangsa fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab bagi melihat masa depan politiknya hancur.

Lim_Guan_Eng3PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu akan terus berdiri teguh bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau terpaksa berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung fitnah liwat II.
Menurut laporan Roketkini, Anwar merupakan mangsa fitnah jahat yang bertujuan mencemarkan peribadinya dalam siri usaha membunuh kerjaya politik beliau.
“Abad lalu pun sudah ada kes liwat, masuk abad ini pun sekali lagi kes liwat. Jika Anwar masih hidup dua puluh tahun lagi, mungkin akan ada Liwat III,” beliau berkata ketika berucap di majlis makan malam DAP Petaling Jaya semalam.
Jelas Guan Eng, Anwar harus dipertahan kerana beliau mangsa ketidakadilan, sama seperti yang berlaku sebelum ini ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam masuk hari kelima pendengaran kes fitnah Liwat II Anwar, peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata ‘kebenaran adalah tidak releven’ dalam prosiding rayuan terbabit.
Dalam ucapannya juga, beliau meminta PAS melalui Presidenya supaya sentiasa berpegang pada janji rakyat dan gabungan parti sekiranya mahu melihat Pakatan Rakyat terus maju.

Negara Defisit: Putrajaya tetap laksana GST, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi kata putus pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan tetap diteruskan walaupun dikritik dan dikatakan bakal membebankan rakyat Malaysia.
Najib, yang juga menteri kewangan berkata, Putrajaya tidak akan berpatah balik dalam keputusan mereka untuk melaksanakan cukai GST. "Tidak ada jalan patah balik, kami akan terus melaksanakan GST," kata Najib selepas merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa MIA di Kuala Lumpur hari ini.
 GST yang bakal dilaksanakan pada April tahun depan tidak disambut baik orang ramai khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. Peningkatan kos sara hidup yang disebabkan rasionalisasi subsidi dijangka bertambah buruk dengan pelaksanaan cukai itu.
Cukai GST berkadar 6% itu diperkenalkan untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan dikatakan akan membantu menjana pendapatan negara disamping mengurangkan defisit negara.
Putrajaya menjangkakan akan mengutip hasil sebanyak RM23.2 bilion daripada pelaksanaan cukai GST tersebut.
Najib juga menggariskan dua komponen bagi memastikan pelaksanaan cukai tersebut berkesan dan berjaya sebaik ia dilaksanakan. "Salah satunya adalah penjelasan mengenai GST dan keduanya adalah pelaksanaan GST," katanya. "Kita perlu pastikan kedua-dua ini dilaksanakan dengan telus."
Najib berkata, jumlah kos yang terlibat untuk melaksanakan GST ialah sebanyak RM137 juta. Najib menjangkakan menjelang penghujung tahun sebanyak 200 ribu perniagaan akan berdaftar dengan GST tersebut.

K'jaan Umno@Bn beku akaun, rampas aset PPS

Kerajaan mengarahkan Jabatan Insolvensi membekukan kesemua akaun dan aseti milik Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram semalam.

Ketua setiausaha Kementerian Dalan Negeri, Datuk Mohd Khalid Sharif, berkata keputusan itu dibuat selepas menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, menteri itu mengisytiharkan PPS haram kerana "menjalankan aktiviti yang mengancam ketenteraman awam”.

Jelasnya, menteri berkuasa membuat perisytiharan itu bagi “mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlak”.

Fitnah Liwat II: Himpunan mega jika Anwar dipenjara

Naib presiden PKR, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan Liwat II.

Dalam ucapannnya kepada 500 orang penyokong di luar Istana Kehakiman hari ini, Tian Chua berkata para peserta berkenaan akan digembleng untuk hadir di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

"Kita akan berhimpun di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar dikenakan hukuman.

"Ia akan menjadi kebangkitan rakyat dan gelombang baru untuk mempertahankan ketua pembangkang,” katanya.

Ucapannya itu disambut dengan laungan slogan “reformasi” oleh para penyokong.

Fitnah Liwat II: Shafee tiada hujah kuat, jatuhkan reputasi doktor – Rafizi

KUALA LUMPUR 4 NOV: Pendakwaraya yang dilantik kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menjawab langsung fakta penting kes yang perlu dibidas bagi membuktikan Datuk Seri Anwar bersalah dalam kes Fitnah 2.
Sebaliknya Setiausaha Agong KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, peguam Umno itu membangkitkan hujah bagi menimbulkan keraguan rakyat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.
Menurutnya, antara perkara yang tidak dijawab adalah mengenai bukti tusukan di bahagian sulit Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tiada bukti bahawa pengadu  itu berada dalam unit kondominum di mana kejadian liwat didakwa berlaku.
“Dia tak jelaskan mengapa tiada kesan koyakkan pada dubur saiful.. Dia tak buktikan Saiful berada dalam unit kondominium sama dengan Anwar,” ujarnya..
Rafizi turut menyelar sikap Shafee yang jelasnya sering mengeluarkan hujah-hujah tidak konsisten sepanjang prosiding berlangsung.
Shafee semalam mengemukakan hujah bahawa DNA tidak dikenali yang dijumpai dalam rektum Saiful berpunca daripada penggunaan mangkuk tandas.
Bagaimanapun, ketua pendakwaraya itu berhujah hari ini dengan mengatakan DNA itu berkemungkinan milik Doktor dari Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman  Abdul Hamid semasa memeriksa Saiful.
Dalam hujahnya, Shafee berkata tiada bukti sama ada Dr Osman memakai sarung tangan ketika memeriksa dubur Saiful.

Fitnah Liwat II: Bekalan air dan api diputuskan, penyokong dakwa sabotaj

SABOTAJPUTRAJAYA 4 NOV: Bekalan air dan elektrik di tandas awam berhadapan Istana Kehakiman di Putrajaya  didakwa sengaja diputuskan.
Lokasi berkenaan menjadi kawasan rakyat berhimpun untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Umum KEADILAN,  Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kejadian yang didakwa sabotaj itu menyebabkan orang ramai yang mahu bersolat terpaksa mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral.
Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Badrul Amin Baharom ketika ditemui menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Ini kemudahan awam yang merupakan hak rakyat, apakah kita tidak berhak menggunakan kemudahan awam yang dibangunkan menggunakan wang rakyat.
“Kalau benar memang sengaja ditutup, ini salahguna kuasa yang sengaja mahu tunjuk sifat kuku besi,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa berkata, kejadian tersebut merupakan yang pertama terjadi sepanjang rakyat berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Anwar.
“Mereka cuba beri tekanan kepada rakyat, saya hairan mengapa mereka bersikap zalim,” tegasnya.
Jelasnya lagi, rakyat yang berhimpun di kawasan  tersebut sejak minggu lalu tidak melakukan sebarang kerosakan kepada kemudahan tersebut.
“Ini sesuatu yang menyedihkan, kalau konsert yang melalaikan kerajaan sanggup sediakan semua kemudahan, tapi bila rakyat tuntut keadilan mereka ambil tindakan susahkan rakyat,” tegas Ahmad Akhir Pakwan Chik, seorang penyokong yang hadir ke kompleks Mahkamah Putrajaya.

Ada Dua YB Di Setiawangsa, Apakah Najib Tak Mahu BN Menang Di Kawasan Lain?

Perlantikan tiga orang Senator semalam ternyata menimbulkan keributan yang bukan sedikit di kalangan ahli-ahli UMNO yang merasakan ianya tidak menggambarkan hasrat parti untuk menang lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.

Nallakaruppan, 68 tahun, yang disambung untuk penggal kedua dilihat tidak mempunyai keistimewaan atau kelebihan kepada BN, selain hanya kekerapannya muncul di beberapa media arus perdana menceritakan keburukan Anwar Ibrahim sehingga akhir-akhir ini mula menimbulkan rasa meluat kepada ahli UMNO sendiri seolah-olah kemenangan dalam pilihanraya hanya ingin dicapai melalui cara itu saja.

Perlantikan dua yang lain iaitu Abdul Halim Samad, 74 tahun dan Ibrahim Abu Shah, 66 tahun turut mengecewakan ramai ahli UMNO kerana perlantikan keduanya yang dikategorikan "warga emas"  itu untuk mengisi kerusi Dewan Negara tidak menggambarkan hasrat UMNO untuk menggamit sokongan generasi muda mendekati parti.

Sementera Najib Razak dan UMNO selalu melaungkan pentingnya sokongan anak muda, temasuk kira-kira 5 juta pengundi baru dalam PRU 14 nanti yang dikatakan bakal menentukan hidup matinya dalam pilihanraya nanti, perlantikan golongan tua yang secara umumnya sudah mendapat diskaun tambang daripada MAS dan KTM itu, pastinya akan menyebabkan majoriti golongan muda terus menjauhkan diri daripada UMNO dan BN.

Ibrahim Abu Shah, bekas Naib Canselor UiTM yang mungkin perlantikannya atas kapasiti sebagai Ahli MT UMNO yang dilantik, Abdul Halim pula dipercayai tidak lain kerana hubungannya yang lama sebagai pekerja yang pernah berkhidmat dengan Najib sebelum ini. Dalam UMNO Setiawangsa, beliau tidak lagi memegang jawatan penting sejak 2013 yang lalu dan sudah dikategorikan sebagai veteran parti.

Sanggupkah Joseph Kurup letak jawatan demi Ibrahim Ali?

Saya mahu kes itu dibuka semula dan disemak untuk memastikan kesatuan dan memerangi sikap tidak bertoleransi terhadap agama.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menggesa supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup menyatakan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak cadangan supaya pihak kerajaan membuka semula kes terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Ibrahim sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa untuk membakar bible bahasa Melayu.
tan sri joseph kurupHanipa dalam pada masa yang sama turut mempersoalkan adakah Joseph sanggup untuk meletakkan jawatannya sekiranya pandangan yang diutarakan oleh beliau itu bertentangan dengan pendirian ahli kabinet yang lain.
“Dalam sistem kabinet, kita tidak boleh ada pendirian yang berbeza. Seperti Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah sebulat suara untuk tidak bersetuju perlaksanaan Akta Hasutan 1948,” katanya sewaktu sidang media di Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Joseph telah menggesa menggesa kes terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya berkaitan membakar Bible dibuka semula.
Pejabat Peguam Negara, Joseph Kurup berkata hal ini kerana siasatan terhadap perkara tersebut perlu untuk memastikan “kesatuan dalam negara ini.”
“Saya mahu kes itu dibuka semula dan disemak untuk memastikan kesatuan dan memerangi sikap tidak bertoleransi terhadap agama,” katanya di Dewan Rakyat sebelum ini.

Solat hajat di kediaman Anwar malam ini (4 Nov)

KUALA LUMPUR 4 NOV: Orang ramai dijemput hadir pada majlis solat hajat di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut Dalam yang akan diadakan malam ini.
Ia bagi memohon dipermudahkan segala urusan dan keputusan rayuan kes Fitnah II yang masih berjalan sehingga hari ini.
Majlis yang akan bermula jam 6.30 petang dimulai dengan zikir munajat dan diikuti solat maghrib.
Kemudian program diteruskan dengan solat hajat dan tazkirah oleh Anwar sendiri sebelum menunaikan solat Isyak.
Hari ini masuk hari keenam perbicaraan kes Fitnah II yang berlangsung di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dan dijangka keputusan rayuan beliau akan diketahui khamis.
Peguam yang mewakili Anwar yakin anak guamnya itu tidak bersalah dan percaya keputusan Mahkamah Persekutuan akan memihak kepada Anwar.

KFC gaffe leaves court in giggles

A little levity breaks the heavy atmosphere in court as Justice Suriyadi pokes fun at Shafee.

KFC judge 300PUTRAJAYA: Perhaps, Justice Suriyadi Halim Omar was looking for a little levity to break the oppressive atmosphere after five days of hearing the defence and prosecution go back and forth and all around the world in their submissions to the court.
He took the opportunity when prosecutor Shafee Abdullah attempted to submit an article written in Thai, except for it’s conclusion, which was in English. Ram Karpal immediately objected on the grounds that it was written in Thai.
The defence lawyer told the court, “This article has been pointed out in the High Court and the Court of Appeal. We cannot allow an article which is in Thai in court. If not, we might as well take an article in Spanish.” The judge noted the objection.
Shafee stubbornly attempted to submit the Thai article, but the judge cut him off, saying he could not tell what was in the article, though he gathered that it was about a sexual offence. “For all we know, it could be against a chicken,” he remarked.
Shafee attempted to clarify, but the damage had been done, with Justice Suriyadi quipping “It could be about KFC for all we know” to an appreciative courtroom crowd.
Shafee had been on a roll earlier, questioning the claims of conspiracy made by the defence. He questioned how Anwar’s sperm could have been planted in a degraded state since some of the sperm were missing tails.
“If it is planted, where could we get the accused’s sample and aged it a little?” he asked.

Fitnah Liwat II: Shafee Selesai Berhujah, Mahkamah Bersidang Semula Pada Khamis

3.00pm: Shafee berkata Saiful tidak bersubahat kerana pemuda itu adalah mangsa jenayah seks.

“DNA Anwar ditemui di beberapa bahan bukti, maka terdapat sokongan,” katanya.

Shafee menamatkan penghujahannya dan berkata rayuan balas akan dijalankan kemudian jika mendapati Anwar bersalah.

Gopal memohon agar persidangan mahkamah ditangguhkan ke hari lain, dan mencadangkan hari Khamis.

2.50pm: Shafee berkata Karpal mahu mendapatkan salinan kenyataan beramaran Saiful permohonan itu tidak bermakna Anwar memohon untuk mencabar saksi utama tersebut.

"Gerak hati sahaja tidak memadai. Jelas sekali permohonan Karpal bukan untuk mencabar Saiful tetapi untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful,” katanya.

2.40pm: Shafee seterusnya berkata, seluar dalam Saiful berwarna kelabu menyokong hujah tersebut.

Katanya, tiada siapa yang peduli tentang Saiful ketika bekas pembantu Anwar itu bertemu dengan pegawai kanan polis, Mohd Rodwan Mohd Yusof sehinggalah selepas kejadian itu berlaku.

"Ini boleh menjelaskan mengapa Saiful ahanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu kerana tiada siapa yang mengambil berat tentang masalah Saiful,” katanya.

2.35pm: Shafee merujuk kepada gambar yang menunjukkan Saiful berada di majlis jamuan teh Anwar.

Ketua pembelaan, Gopal Sri Ram dalam hujah sebelum ini mengemukakan bahawa kamera tidak menipu, dan ia menujukkan perilaku Saiful.

Shafee berkata gambar tersebut tidak boleh dikemuka sebagai bukti dan jurugambar tersebut perlu dipanggil.

"Ini bukan bukti dokumentari dan peraturan terguna pakai. Ini bukan dokumentari dengar cakap,” katanya.

Shafee berkata Gopal mendakwa Saiful kelihatan normal, namun beliau berpendapat pengadu kelihatan susah hati.

“Maka perkara ini sangat subjektif,” katanya.

Syefura: Golongan pelampau perlu dihapuskan

Kerajaan seharusnya memerangi kumpulan pelampau yang bertindak secara ekstrem seperti PERKASA kerana tindakan mereka boleh mengancam keharmonian negara.

rara4PETALING JAYA: Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menjadi wira dunia sedangkan di Malaysia sendiri wujud kumpulan pelampau seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).
Young Syefura Othman menyeru pihak kerajaan supaya menunjukkan iltizam politiknya bagi memerangi ideologi pelampau ini yang bertindak membuat ugutan untuk membakar kitab agama lain.
“Apakah pelampau PERKASA ingin menunjukkan bahawa Islam ini sebuah agama yang ekstrem?” tanya Syefura.
“Pemerintah perlu segera mengklasifikasikan (mengelaskan) kumpulan pelampau PERKASA ini sebagai satu pertubuhan haram dan kemudiannya mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang terhadap kumpulan ini.
“Malaysia tidak boleh berlembut terhadap mana-mana kumpulan pelampau yang seringkali cuba untuk mencipta ruang permusuhan dan pergeseran sesama masyarakat,” katanya.
Tambah Syefura, PERKASA sering mempergunakan Perlembagaan Persekutuan untuk tidak mematuhi semangat Rukun Negara sebagai satu falsafah ideologi kebangsaan.

Ku Nan disaran teliti perjuangan Umno - Pemuda Pas

PAS bukan ajaran sesat. PAS tidak pernah mengajar masyarakat mensyirikkan Allah. PAS tidak pernah mendidik ahli dan rakyat agar melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan Syari’ah Islam. Malah, PAS berjuang dengan membawa dimensi Islam yang lebih luas. Merentasi makna sebenar ibadah kepada Tuhan. Inilah yang diperjuangkan PAS sejak daripada ia ditubuhkan hingga ke saat ini.

Kenyataan Ku Nan dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama Umno di Kuala Lumpur jelas berbaur kecaman yang menghanyirkan. Baru semalam Umno mengadakan multaqa untuk mengumpul idea untuk memposisikan Islam dalam hala tuju parti kebangsaan tersebut walhal PAS sepanjang masa berjuang untuk memartabatkan Islam dan menjadikannya sendi dalam berpolitik.

Ku Nan mendakwa Umno sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan secebis ayat untuk mendapatkan kuasa. Apalah nasib Umno jika berjuang tidak berpandu al-Qur’an dan al-Hadith. Adakah ini bermakna Umno tidak menjadikan neraca pahala dan dosa dalam berjuang dan memimpin negara? Janganlah meminggirkan agama dalam kehidupan walau dalam apa jua bentuk.

Umno mendabik dada kononnya mempertahankan kesucian Islam. Namun, mengapa Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional semakin merancakkan lagi aktiviti perjudian di negara ini dengan membenarkan 22 permit cabutan khas 4D kepada setiap syarikat nombor ramalan? Malaysia merupakan antara 10 negara terbesar pengambilan arak di dunia dan purata rakyat Malaysia dikatakan berbelanja sebanyak RM 1.75 bilion untuk minuman keras. Malah, penjualan arak berkembang antara 5 peratus hingga 7 peratus setahun.

PAS sahkan akan saman Tengku Adnan

PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.

Keputusan tersebut disahkan oleh Pengerusi Biro Undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga anggota parlimen Sepang hari ini.

Beliau berkata satu surat tuntutan akan dihantar kepada Tengku Adnan minggu ini atau minggu depan, menuntut menteri Wilayah persekutuan itu memohon maaf atas kenyataan yang dibuat.

"Kami akan memberi masa selama 48 jam kepada beliau untuk menarik balik (kenyataan itu) dan memeohon maaf. Saya lihat ucapannya secara terperinci dan beliau sememangnya telah melemparkan tuduhan terhadap kamu," katanya.

Tengku Adnan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, kelmarin dan mendakwa Umno merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.

Pemuda PAS WP lapor polis isu kenyataan Ku Nan

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai parti yang membawa ajaran sesat, dalam satu ucapannya.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur kira-kira jam 1.20 petang ini.

Dalam laporan polis itu, beliau menyifatkan kenyataan Tengku Adnan dalam Multaqa Biro Agama Umno kelmarin "bersifat fitnah" dan "boleh mencemarkan nama baik PAS di kalangan ahli dan masyarakat".

"Justeru, kami memohon supaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dapat disiasat motif ucapannya kerana ia begitu sensitif apatah lagi ia bersifat fitnah," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Khairil Nizam turut memetik Tengku Adnan yang dilapor sebagai mendakwa PAS sebagai parti yang menyebarkan fitnah dan menyalahgunakan ayat alQuran untuk kepentingan politik.

Keratan kenyataan menteri wilayah persekutuan itu turut dilampirkan ketika laporan polis itu dibuat, kata Khairil dalam laporan polis itu.

Ku Nan dicabar debat, tuduh PAS bawa ajaran sesat


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan memandang serius tuduhan yang sangat tidak berasas yang dilemparkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat.

"Kami amat berharap agar laporan seumpama itu tidak benar memandangkan ianya satu tuduhan yang sangat serius dari sudut agama dan perundangan negara," tegas ketuanya, Ustaz Azhar Yahya kepada Harakahdaily.

Beliau memetik sabda Rasulullah s.a.w:
ومن دعا رجُلًا بالكفرِ أو قالَ :عدو اللَّهِ ، وليسَ كذلِك . إلَّا حارَ عليه
الراوي: أبو ذر الغفاري المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 61
خلاصة حكم المحدث: صحيح
"Barangsiapa yang memanggil (menuduh) seseorang dengan kufur atau dengan gelaran musuh Allah, sedangkan ianya bukanlah seperti yang dituduh maka tuduhan itu akan kembali kepadanya." – Hadis Riwayat Muslim

Fitnah Liwat II: 'Mungkin DNA Dr Osman tertinggal pada Saiful' dakwa Shafee

1.09pm: Hakim Ariffin mengumumkan mahkamah berhenti rehat dan persidangan akan diteruskan semula pada jam 2.20pm.

12.50pm: Shafee menekankan bahawa kenyataan Anwar daripada kandang tertuduh tidak bernilai kerana tertuduh mengemukakan alasan yang tidak boleh dipertahankan.

Beliau berkata data yang disediakan oleh pendakwaan adalah berdasarkan data daripada analisis ahli kimia.

Peguam yang dilantik kerajaan itu berkata, ia disalin bulat-bulat daripada sumber.

12.40pm: Shafee seterusnya berhenti daripada mengemukakan hujah berdasarkan artikel bahasa Thai.

12.30pm: Shafee mengemukakan hujah bahawa sampel daripada dubur akan tahan lebih lama daripada kawasan peri-anal.

Katanya, ada rekod menunjukkan sampel boleh tahan sehingga 65 jam di kawasan dubur.

"Dalam kes Anwar, sampel berkenaan diambil selepas 56 jam," katanya.

Shafee seterusnya mengemukakan satu tulisan dalam bahasan Thai, dengan rumusan dalam bahasa Inggeris, yang dibantah oleh Ram Karpal.

"Artikel ini sudahpun diteliti oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kita tidak boleh membenarkan satu tulisan dalam bahasa Thai di mahkamah.

"Jika tidak, kita boleh sahaja mengambil satu tulisan dalam bahasa Sepanyol, kata peguam itu.

Hakim Arifin merekodkan bantahan berkenaan.

Shafee seterusnya mengemukakan hujah berdasarkan atikel Thai itu namun disekat oleh Hakim Suriyadi kerana beliau tidak dapat menafsir kandungan artikel berkenaan, walau ia berkaitan dengan kesalahan seksual.

"Kita tidak tahu sekiranya ia dilakukan ke atas seekor ayam," kata hakim tersebut.

Shafee bagaimanapun menegaskan bahawa ia bukan ke atas seekor ayam.

Hakim Suriyadi seterusnya berkata: "Kita tidak tahu sekiranya ia mengenai KFC", yang menyebabkan galeri mahkamah gamat seketika dengan gelak ketawa.

12.07pm: Dalam hujahan mengenai seluar dalam Saiful, yang digunakan semasa pengadu pergi ke HKL, Shafee berkenaan bukti berkenaan bukanlah perkara yang mustahil.

Kesan mani didakwa milik Anwar ditemui di seluar dalam terbabit.

Katanya, perkara itu dipersoalkan oleh pembelaan, dan seterusnya menjelaskan bahawa ia mungkin berlaku kesan daripada Dr Osman yang memasukkan protoskop untuk memeriksa dubur Saiful.

Katanya, ia mungkin cairan yang diambil daripada Saiful oleh doktor HKL, kata pendakwa itu lagi.

11.50am: Beliau seterusnya membincangkan mengenai gambar yang diambil daripada lokap Anwar, yang menunjukkan ubat gigi, berus gigi dan juga tuala yang sudah digunakan.

Katanya, rumusan boleh dibuat bahawa Anwar membuka bungkusan barangan berkenaan, yang diserahkan kepada polis.

Shafee berkata allele 18 yang ditemui di kawasan peri-anal mungkin berasal daripada Dr Osman.

"Allele 18 hanya muncul sekali dan apa yang PW6 katanya bahawa ia adalah permulaan. Permulaan adalah bacaan yang salah,” katanya.

11.40am: ‎Dalam hujahnya mengenai allele 18, Shafee berkata Saiful periksa oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan tiada bukti bahawa protoskop yang digunuakan itu telah disteril.

"Tiada bukti sama ada Dr Osman memakai sarung tangan memandangkan beliau memeriksa keseluruhan dubur Saiful.

“Ada kemungkinan bahawa DNA Osman tertinggal pada Saiful,” katanya.

Shafee berkata ini mungkin menjelaskan menenai pencemaran sampel.

Anwar: Bukti DNA dalam kategori sains, tidak boleh dipolitikkan

anwar mahkamahPUTRAJAYA, 4 NOV: Bukti DNA yang dihujahkan dalam Mahkamah Persekutuan bagi kes Fitnah II adalah dalam kategori sains dan tidak boleh dipolitikkan oleh sebarang pihak, tegas Ketua Umum Parti Keadilan rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar membidas ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mempolitikkan fakta berkenaan keputusan DNA pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan kes berkenaan.
Anwar berkata, DNA itu yang menentukan kesahihan fakta dalam kes berkenaan dan bukannya boleh dibuat perkara mainan oleh Shafee.
“DNA itu sains bukannya politik, jadi ada fakta, boleh jadi ada yang sahih dan ada yang tidak. Politik itu tidak akan membantu melainkan pihak hakim tertinggi terkeliru,” katanya yang dipetik dari Keadilan Daily.
Ditanya pandangan beliau berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendengar perbicaraan kes itu dalam masa singkat sedangkan Mahkamah Persekutuan mengambil masa yang panjang untuk mendengar hujah dari peguam dan pendakwa raya, Anwar berkata,
“Hakim Mahkamah Persekutuan memberikan perhatian teliti terhadap hujah yang dikemukakan, berbeza dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini,” katanya selepas selesai perbicaraan yang ditangguhkan semalam.

Harap Anwar tabah, saya akan terus bersama – Kak Wan

IMG-20141104-WA0002PUTRAJAYA 4 NOVEMBER : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui Suara Keadilan hari ini mengharapkan Anwar agar kekal tabah dengan ujian yang diberikan Allah keatasnya.
Beliau yang menemani suaminya ke Mahkamah Persekutuan bagi menghadap pertuduhan kes finah II itu berkata sebagai seorang pemimpin ia adalah ‘rencah’ yang perlu dilalui dalam dunia politik.
Namun katanya, beliau bagaimanapun akan terus kuat dan tabah bersama suami dalam menghadapi perjuangan bersama rakyat untuk menentang tindakan prejudis kerajaan yang sering menyalahkanguna kuasa dan menzalimi rakyat.
“Sebagai isteri, pasti kita harapkan yang terbaik, sebab ini adalah ujian daripada Allah.
“Kita bermohon agar Allah memberi kemudahan berterusan untuk dunia dan akhirat sebab apapun kita kena ingat hidup ini kita akan dipersoalkan nanti,” katanya ketika ditemui Suara Keadilan di hadapan Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan.
Berdasarkan hujah yang kukuh daripada pihak peguambela, Wan Azizah menjelaskan beliau begitu yakin yang Anwar akan terlepas daripada pertuduhan tersebut.
“Kalau mengikut perundangan yang tidak dipengaruhi kuasa eksekutif dan politik, sepatutnya Anwar dibebaskan.
“Sebab itu saya mengharapkan agar hakim memberi keputusan yang terbaik kerana melihat peguambela telah memberi hujah yang begitu kukuh,
“Dan tidak ada sebab mengapa mahu memenjarakan Anwar seperti yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya lagi.

Hukum Anwar dan lihat kebanjiran rakyat di Dataran Merdeka

Tian Chua berkata, Pakatan Rakyat akan tunjukkan kekuatannya dengan berhimpun di Dataran Mereka.

Tian ChuaPUTRAJAYA : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara pada petang ini, pihak pembangkang akan mengadakan perhimpunan pada Sabtu dan Ahad ini di Dataran Merdeka.
Beliau berkata, pihak pembangkang akan menunjukkan kekuatannya dengan berhimpun jika Anwar dihukum dipenjara.
“Lautan manusia akan membanjiri Dataran Merdeka nanti.
“Kita akan tunjukkan gelombang kedua, gelombang reformasi untuk jatuhkan rejim ini,” katanya kepada kira-kira 200 orang penyokong Pakatan Rakyat di luar Istana Kehakiman di sini hari ini.
Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu berkata, Anwar adalah merupakan simbol perjuangan Pakatan Rakyat.
“Tidak habis-habis Anwar menjadi sasaran dan rancangan jahat mereka. Kenapa mereka lakukan segala-galanya ini?
“Kenapa mereka takut? Mereka takut kroni-kroni akan didedahkan. Mereka lebih takut satu hari nanti fail-fail ini akan terdedah sekiranya kita (pembangkang) berjaya menawan Putrajaya nanti,” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya FMT mengenai fail-fail itu, Tian Chua berkata tidak mengetahui keberadaaan fail itu buat masa ini.

Fitnah Liwat II: Hakim tegur Shafee Abdullah kerana rujuk internet

PUTRAJAYA 4 NOV: Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ariffin Zakaria menegur pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengemukakan hujah berpandu artikel internet.
Dalam perbicaraan rayuan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk hari ke lima hari ini, Shafee memetik satu kes pembunuhan di Australia di mana sampel DNA diambil dari tuala yang ditanam selama 13 tahun.
“DNA ditemui di tuala di mana mani ditemui. Bacaannya dianggap sepadan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan membunuh,” katanya.
Shafee yang dilantik oleh kerajaan seterusnya memetik sumber artikel di Internet, namun Hakim Arifin mempersoalkan bagaimana mahkamah dapat menilai artikel di Internet.
Tindakan ketua pendakwaraya itu turut mendapat perhatian Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli yang mempersendakan hujahnya di twitter.
“Kah3 Ketua Hakim Negara tegur Shafee sebab bagi bukti dr google search konon DNA boleh tahan 30thn, yg kat internet x tentu betul. Kah3″ tulisnya.
Tulisnya lagi di twitter, Shafee tidak menjawab hujah-hujah peguam bela, antaranya kewujudan DNA yang ditemui pada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

DNA dalam kategori Sains bukan politik – Anwar

IMG_4065PUTRAJAYA 4 NOV: Bukti DNA yang dihujahkan dalam Mahkamah Persekutuan bagi kes Fitnah II adalah dalam kategori Sains dan bukannya boleh dipolitikkan oleh mana-mana pihak, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau membidas ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mempolitikkan fakta mengenai keputusan DNA pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan kes tersebut.
Anwar berkata, DNA itu yang menentukan kesahihan fakta dalam kes berkenaan dan bukannya boleh dibuat perkara mainan oleh Shafee.
“DNA itu Sains bukannya politik…jadi ada fakta, boleh jadi ada yang sahih dan ada yang tidak. Politik itu tidak akan membantu melainkan pihak-pihak hakim tertinggi terkeliru,” kata Anwar kepada pemberita selepas selesai perbicaraan yang ditangguhkan semalam.
Ditanya pandangan beliau berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendengar perbicaraan kes tersebut dalam masa singkat sedangkan Mahkamah Persekutuan mengambil masa yang panjang untuk mendengar hujah dari peguam dan pendakwaraya, Anwar berkata:
“Hakim-hakim (Mahkamah Persekutuan) memberikan perhatian yang teliti terhadap hujah yang dikemukakan, berbeza dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini,” katanya.
Perbicaraan rayuan kes Fitnah II yang memasuki hari ke-6 bersambung hari ini selepas bermula pada Selasa minggu lalu.
Shafee akan meneruskan hujah pada pagi ini dan dijangka tamat pada jam 11 pagi.

Anwar Ibrahim: Warkah Akhir Untuk Saudaraku

Warkah Akhir Untuk Saudaraku.

Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi.Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untukkembali menghumban saya ke penjara.

Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita.

Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini.Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.

Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia ditangan kamu semua.Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa.Kamu penentu masa depan negara.

Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua.

Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini.Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Reformasi! Allahuakbar!

Sekian,
Anwar Ibrahim.
Bukit Segambut,
3 Nov 2014 

Semoga DSAI sekeluarga tabah hadapi ujian dari Allah.




Anwar Ibrahim: World Forum For Muslim Democrats

Anwar Ibrahim: Alhamdulilah, I Am Psychologically Prepared For The Decision