Isnin, 3 November 2014

Tiada Yang Meyakinkan Pada Aksi Hari Kedua Shafee, Harapan Anwar Bebas Kekal Cerah

Peguam terkenal, Shafee Abdullah yang dilantik sebagai timbalan pendakwaraya kes rayuan liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan meneruskan lagi hujahnya pagi tadi.

Sebaik mahkamah berhenti rehat pada tengahari untuk disambung semula esok pagi, Shafee kemudian memberitahu beliau telah melengkapkan kira-kira 70 peratus daripada hujah-hujahnya dan hanya memerlukan kira-kira satu setengah jam saja lagi untuk menamatkan pembentangannya.

Tetapi meneliti hujah dan aksinya pada hari ini, terlihat masih banyak keraguan yang tidak terungkai dan gagal diperjelaskan dengan penuh meyakinkan.

Walaupun sebelum ini mendakwa perlakuan seks luar tabii Anwar dengan Saiful dilakukan secara ganas, Shafee mengakui tiada kecederaan yang dialami mangsa adalah mungkin disebabkan pelincir yang digunakannya serta kejadian serupa pernah berlaku sebelum ini.

Tambahnya, ia juga mungkin disebabkan perlakuan seks itu berlaku tanpa paksaan serta disebabkan kelewatan Saiful mendapatkan pemeriksaan doktor.

Hujah ini nyata tidak meyakinkan untuk menangkis hujah pembela bahawa kejadian liwat itu tidak mungkin berlaku kerana tiada kecederaan atau koyakan ditemui pada dubur Saiful. Lagi pula, jika kejadian liwat itu sudah kerap berlaku, pastilah berlaku kecederaan yang lebih teruk lagi.

Fakta yang dibentangkan Shafee bahawa kemungkinan tiada paksaan juga bertentangan dengan pengakuan Saiful sebelum ini bahawa beliau diliwat tanpa kerelaannya.

Mengenai penemuan doktor Pusrawi yang mula-mula memeriksa Saiful dan tidak menemui sebarang penembusan pada bahagian duburnya, Shafee hanya berkata, doktor berkenaan iaitu Dr Osman Abdul Hamid tidak boleh dipercayai serta menulis laporan berdasarkan imaginasi atau kepentingan sesuatu yang lain.

Tetapi apabila ditanya oleh hakim Ariffin Zakaria sama ada Dr Osman pernah dicabar semasa perbicaraan, Shafee menjawabnya, tiada ada. Beliau turut gagal mengemukakan kenyataan beramaran Dr Osman apabila diminta oleh hakim Ariffin.

Tentang bahan seperti berus gigi, tuala "good morning" dan botol air mineral yang didakwa oleh pihak pembela telah diambil secara tidak sah ketika Anwar berada di dalam lokap polis, Shafee berkata, ia masih boleh diterima berdasarkan kepentingannya kepada keseluruhan kes.

Parti Islam perlu inklusif untuk survival

Dr Maszlee Malik
PETALING JAYA - Tidak ada masa depan bagi sesebuah parti politik Islam yang bersifat ekslusif dan tidak bersama orang lain.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, golongan Muslim demokrat perlu bersifat inklusif dan bersama dengan pihak lain dalam membina masa depan negara.

"Saya bukan hanya maksudkan parti dalam negara kita tetapi saya bercakap atas dasar global.

"Bukan sahaja di Malaysia tapi negara lain," katanya.

Beliau dalam pada itu menyifatkan parti Pas sebuah parti yang bersifat inklusif.

"Pas sebuah parti yang inklusif, buktinya dia (Pas) bergabung dengan PR, dia bersama dengan orang lain.

"Pas telah menunjukkan kebersamaan parti dalam memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, menjawab kepada respons Dr Maszlee, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan mereka  parti yang inklusif dan memegang kepada konsep tahaluf yang dibawa serta diperjuangkan parti.

Kapitalis Kotaraya: Siswa jemput Opah Wahidah masuk UM

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya mahu menjemput seorang mangsa perobohan rumah di Kampung Chubadak Tambahan untuk memberi penjelasan sekaligus berkongsi nasib yang menimpa golongan sepertinya.

Dengan sokongan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), pro-M akan mengadakan majlis bersama Wahidah Salleh di Medan Selera Kolej Kediaman ke-7 kampus itu pada Rabu ini, jam 9 malam.

Presiden PMUM Fahmi Zainol berkata kehadiran wanita yang mesra dipanggil 'Opah' Wahidah untuk memberi penjelasan mengenai insiden yang menimpanya selain mengumpul dana bagi meringankan beban yang ditanggungnya.

“Kami mahu minta Opah Wahidah memberikan penjelasan berkenaan tentang nasib yang dilalui oleh golongan seperti beliau supaya golongan cerdik pandai boleh fikir dan bantu beliau.

“Selain itu, mungkin kita nak kutip duit, mana-mana orang awam yang hadir, kami mahu kutip duit bagi meringankan beban Opah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Wahidah, 70 terpaksa menghuni satu pondok sementara selepas rumah mereka dirobohkan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa lalu.

Wahidah berkata beliau antara peneroka asal di kampung yang dibuka sejak 45 tahun lalu dan kecewa rumahnya dirobohkan rumah itu walaupun surat kebenaran mahkamah membenarkan dia menetap di situ pada 1998.

Dia kini terpaksa menghuni satu pondok sementara menunggu pampasan dari pihak pemaju.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pihak tidak mahu mahasiswa hanya mahu berpolitik dan menepis menjadi "macai Anwar Ibrahim' sebaliknya mahu membantu masyarakat dengan menjemput Opah Wahidah berkongsi nasib yang dialaminya.

Hanya Di 1Malaysia.....









(7) Menteri JPM Gulong Perbahasan Bajet 2015


Ulama Malaysia Seolah Olah 'Membisu'....

Oleh Abu Hassan Adam
Mungkin aku yang ‘pekak’ atau tidak membaca komen-komen yang telah diberikan oleh para cerdik pandai Islam di negara ini mengenai perbicaraan DSAI. Tetapi setakat pembacaan aku yang cetek ini amat kurang kedengaran komen dari golonagn ini berbanding dengan komen-komen mereka yang berkaitan dengan isu lain seperti isu memeluk anjing ataupun isu yang berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah ataupun mengenai tentangan pihak tertentu terhadap usaha mendirikan gereja di Petaling Jaya.

Mungkin agaknya isu yang berkaitan dengan perbicaraan DSAI tidak perlu diambil perhatian oleh golongan ini kerana bagi mereka itu merupakan perkara ‘kecil’ dan remeh. Namun yang menghairankan aku juga ialah isu perbicaraan DSAI ini mendapat perhatian dunia. Antara tokoh Islam dunia yang begitu mengambil berat tentang kes perbicaraan DSAI ialah Dr. Yusufal-Qardawi, Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam pada 26 Oktober 2014. Beliau menyatakan, ‘Adalah tidak patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran’
“Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini.
Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas…..Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.

Bersih 2.0 anjur forum kenang kembali kegagalan PRU13

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menganjurkan sebuah forum menyingkap kembali kegagalan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi mengelak kesilapan sama berulang pada masa depan.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah (gambar) berkata menerusi forum berkenaan, orang ramai akan mendapat lebih maklumat mengenai cadangan Tribunal Rakyat bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.
“Kita tidak boleh menunggu sehingga pilihan raya semakin hampir untuk bertindak. Kita perlu berwaspada terhadap manipulasi institusi yang diamanahkan untuk menyempurnakan hak kita bagi menentukan pilihan sendiri.
 “Ini memerlukan penglibatan berterusan rakyat bagi memastikan mereka bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, rakyat perlu konsisten dalam menuntut pembaharuan pilihan raya kerana laporan Tribunal Rakyat mendapati tiada pihak bertanggungjawab dalam kegagalan PRU13.
“Kita tidak harus hilang fokus. Kita harus ingat dan menjadikan Tribunal Rakyat sebagai peringatan yang PRU13 tidak bersih dan adil. “Kita mesti terus berjuang untuk pilihan raya yang bebas dan adil untuk generasi akan datang.

Fitnah Liwat II: Peguam yakin Anwar tak bersalah

IMG_4675PUTRAJAYA 3 NOV: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II yakin Ketua Umum KEADILAN itu tidak bersalah sekaligus keputusan Mahkamah Persekutuan akan memihak kepada anak guamnya itu.
Ram Karpal Singh berkata, mengikut kepada hujah dan undang-undang tiada sebab Anwar dijatuhkan hukuman.
“Kalau kita lihat kepada hujah-hujah dan undang-undang, kes ini memang memihak kepada pihak pembelaan.‎
“Itu pendirian saya yang masih memegang kepada sistem perundangan yang ada‎,” ujarnya.
Ram menjelaskan, tidak ada bukti baru yang didedah pihak pendakwa sebaliknya mereka membangkitkan bukti lama tetapi dihujah dengan cara baru.
“Perkara lama dan sudah dibangkitkan sebelum ini, esok pihak pendakwa akan menghabiskan hujah mereka dan selepas itu kita (pembela) akan memulakan hujah.
“Keputusan akan dibuat pada hari lain dan mungkin mahkamah akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik, mereka akan meneliti keseluruhan hujah-hujah yang dikemukakan,” jelas beliau seperti dilapor Harakah Daily.

Dr Maszlee: Islam dalam politik lahirkan lebih ramai musuh

PETALING JAYA, 3 NOV: Penganalisis Politik Tempatan dan Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berpandangan masa depan berada dalam tangan keterbukaan masyarakat dan bukannya berada parti politik Islamis.
Hal ini kerana kebanyakan parti politik berteraskan Islam lebih berbentuk esklusif atau dianggotai orang tertentu.
“Apabila kita meletakan Islam dalam politik, kita melahirkan ramai musuh daripada kawan,” katanya dalam World Forum For Muslim Democrats.
Malah katanya, pergerakan Islam seharusnya mengelakkan mencipta imej Islam yang esklusif.
Hal ini kerana Rasulullah SAW sendiri bukan seorang pemimpin yang cuba mencipta identiti negera Islam yang esklusif.
Dalam pada itu Maszlee berkata, parti politik Islam berdepan dengan dilema sama ada untuk memisahkan bahagian organisasi mereka yang menumpukan kepada kerja dakwah dan kerja politik.
Keadaan ini dihadapi sendiri seperti parti politik Ennahda Tunisia.
Sebelum itu, bekas Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Pitsuwan berkata, toleransi dan rendah diri merupakan dua ciri penting yang perlu ada di dalam seorang Demokrat Muslim.
Katanya, Islam merupakan agama yang menitikberatkan soal keamanan.

Kurup: Buka semula siasatan pada Ibrahim Ali

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup hari ini menggesa kes terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya berkaitan membakar Bible dibuka semula.

Sambil menggesa Pejabat Peguam Negara, Kurup berkata hal ini kerana siasatan terhadap perkara tersebut perlu untuk memastikan "kesatuan dalam negara ini."

"Saya mahu kes itu dibuka semula dan disemak untuk memastikan kesatuan dan memerangi sikap tidak bertoleransi terhadap agama," katanya di Dewan Rakyat semasa menggulung bajet bagi portfolionya hari ini.

"Saya juga mahu kes ini disemak untuk meredakan kemarahan rakyat," katanya lagi.

Fitnah Liwat II: Ramkarpal yakin keputusan berpihak kepada Anwar

Ramkarpal berkata mengikut kepada hujah dan undang-undang tiada sebab Ketua Pembangkang itu dijatuhkan hukuman.
ramkarpalPUTRAJAYA : Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Liwat II, Ramkarpal Singh yakin keputusan Mahkamah Persekutuan akan memihak kepada Anwar.
Memetik daripada laporan Harakahdaily, beliau yang ditemui sejurus selesai perbicaraan hari ini memberitahu mengikut kepada hujah dan undang-undang tiada sebab Ketua Pembangkang itu dijatuhkan hukuman.
“Kalau kita melihat kepada hujah-hujah dan undang-undang, kes ini memang memihak kepada pihak pembelaan.
“Itu pendirian saya yang masih memegang kepada sistem perundangan yang ada,” katanya.
Ketika ditanya mengenai bukti baru yang dibangkitkan oleh pihak pendakwa, Ramkarpal menjelaskan tidak ada bukti baru yang didedahkan sebaliknya bukti lama tetapi dihujah dengan cara baru.
“Perkara lama dan sudah dibangkitkan sebelum ini, esok pihak pendakwa akan menghabiskan hujah mereka dan selepas itu kita (pembela) akan memulakan hujah.
“Keputusan akan dibuat pada hari lain dan mungkin mahkamah akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik, mereka akan meneliti keseluruhan hujah-hujah yang dikemukakan,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan turut berpendapat hujah yang diberikan pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak kukuh.
“Dengan mengikuti hujah Shafee, saya tak yakin bahawa Anwar boleh dijatuhkan hukuman sebab hujah terlalu terbuka dan belum dijawab sepenuhnya,” katanya.

Bayaran sagu hati Felcra sebanyak RM723,000 tiada kelulusan MOF

Felcra
KUALA LUMPUR - Bayaran sagu hati sebanyak RM723,000 kepada ahli lembaga pengarah Felcra sejak 2010 didapati tidak pendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Kementerian Kewangan telah menolak cadangan pemberian sagu hati itu walaupun bayaran telah dibuat dan diluluskan sendiri Lembaga Pengarah Felcra.

"Kementerian Kewangan selaku pemegang saham, dalam satu surat bertarikh 23 Oktober lepas telah meminta pembayaran sagu hati itu dihentikan serta merta.

"Dalam maklum balas Felcra, mereka mendakwa bayaran itu dibuat kerana Felcra telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan dan oleh itu mereka (Lembaga Pengarah) layak mendapat sagu hati.

"Tapi kami maklumkan kepada mereka, walaupun Lembaga Pengarah sudah meluluskan, tapi ia mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan di peringkat mesyuarat agung tahunan yang mereka tidak buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen di sini hari ini.

(6) Menteri JPM Gulong Perbahasan Bajet 2015

(5) Menteri JPM Gulong Perbahasan Bajet 2015

Fatwa haram SIS: Izzah saran berikan ruang dengar keluhan

Dr Maszlee: Muslims youths torn between two extremes

Selangor fokus tangani denggi, sampah, banjir, jalan rosak

(4) Menteri JPM Gulong Perbahasan Bajet 2015

(3) Menteri JPM Gulong Perbahasan Bajet 2015

(2) Menteri JPM Gulong Perbahasan Bajet 2015

Anwar Persoal Kredibiliti Shafee Sebagai Ketua Pendakwaraya

'Langkah Kajang boleh akibatkan saya ke penjara Kajang'

Gov't passes buck on interfaith child custody

Minister: Re-open probe on Ibrahim Ali's Bible remark

Apa salah terima RM20 untuk rokok? kata geng Saiful



Dituduh parti ajaran sesat, Pas saman pemimpin UMNO

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bakal berdepan dengan tindakan saman oleh Pas Pusat berikutan kenyataannya melabelkan parti itu membawa ajaran sesat.
Menteri Wilayah Persekutuan itu yang mengulangi dakwaan sama sebelum ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah membangkitkan kemarahan beberapa pemimpin Pas.
Serentak itu juga, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau akan berbincang dengan Lajnah Undang-Undang parti itu untuk mendapatkan pandangan dan nasihat bagi menghadapkan Tengku Adnan ke muka pengadilan.
Katanya, beliau kecewa dengan sikap pemimpin UMNO tersebut dan mengecamnya kerana kenyataan bersifat fitnah itu telah mengguris hati keseluruhan kepimpinan serta ahli Pas.
"Sudah tentu kita akan ambil tindakan (saman). Sebab ini bukan kenyataan pertama dari (pemimpin) UMNO. Sebelum ini pun ada juga yang melabelkan Pas sebagai parti ajaran sesat,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Semalam, Tengku Adnan ketika berucap merasmikan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama UMNO mendakwa, Pas sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.
Dalam ucapan itu, beliau turut mempersoalkan berapa jumlah masjid telah dibina Pas sepanjang memerintah Kelantan dan Selangor, melainkan apa yang dilakukan hanya memecah belahkan orang Islam.
Turut mendakwa Pas parti ajaran sesat ialah bekas Ketua Dewan Pemuda Besut, Terengganu, Wan Muhammad Wan Ahmad yang menyifatkan ramai ahli parti itu sesat kerana terlalu taksub kepada pemimpinnya.

Ridhuan Tee – Arak, dedah aurat penyebab bencana MAS

Ridhuan Tee mengajak MAS untuk mengikuti cara Islami Brunei Royal.
Ridhuan Tee AbdullahPETALING JAYA: Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Ridhuan Tee, mengatakan bahawa bencana dan tragedi yang menimpa MH370 dan MH17 tahun ini adalah disebabkan oleh keengganan rakyat Malaysia untuk bersikap Islami.
Beliau berkata demikian di kolum ‘Buka Minda” penulisan beliau di Sinar Harian hari ini.
Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika terbang baru-baru ini bersama Royal Brunei Airlines dimana cara-cara Islam diamalkan dipesawat.
“Penerbangan bermula dengan pembacaan doa-doa dan ini mendekatkan kita dengan Allah,” katanya.
“Apakah pelajaran yang kita dapat dari MH17 dan MH370 belum mencukupi?,” tanya beliau sambil menambah bahawa bencana dan tragedi ini disebabkan oleh cara pramugari berpakaian yang mendedahkan aurat dan juga penyajian arak yang jelas haram dalam Islam.
Menurut Ridhuan, pelancong dari negara asing terlalu biasa meminum arak di negara mereka sendiri dan mungkin ini penyebab kenapa MAS menyajikan arak di penerbangan mereka; kerana MAS takut kehilangan penumpang.

Siswa UM rancang 'Occupy University' Jumaat ini


Sekumpulan gabungan mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan mengajurkan "Occupy University" sebagai solidariti kepada lapan mahasiswanya termasuk presiden persatuan mahasiswanya (PMUM) Fahmi Zainol yang bakal mengadap Lembaga Tatatertib Jumaat ini.

Acara itu bakal berlangsung pada hari yang sama ekoran penganjuran acara pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Dewan Tunku Canselor pada 27 Oktober lalu.

Program itu akan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di Gazebo di Kompleks Perdana Siswa turut disokong Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan Pro–Mahahsiswa UM (pro-M UM).

“Tujuan kami menganjurkan program ini adalah bagi menunjukkan solidariti kepada lapan orang mahasiswa (itu),” kata Setiausaha Agung Progressif Universiti Malaya Vince Tan ketika dihubungi Malaysiakini.

Vince berkata antara acara di sebelah pagi yang diatur ialah sudut pidato, teater senyap dan persembahan musik dari Accino & Gang, manakala ceramah pula akan diadakan di sebelah petang.
 

Najib enggan jawab mengapa lantik firma asing urus dana 1MDB

Rafizi PC ParlimenKUALA LUMPUR 3 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa kerajaan melantik sebuah firma asing untuk menguruskan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM7.4 bilion.
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Najib dalam jawapan di parlimen pada 30 Oktober mengelak untuk menjawab pelantikan firma berkenaan, Bridge Partners yang berpengkalan di Hong Kong.
“Bridge Partners bukanlah satu agensi pelaburan yang besar. Saya telah ajukan soalan kepada perdana menteri tentang kriteria yang membolehkan kerajaan memilih syarikat ini untuk menguruskan sejumlah besar wang rakyat.
“Saya dapat jawapan (parlimen) pagi ini, jawapannya adalah kerajaan tak nak jawab,” jelasnya ketika sidang media di parlimen hari ini.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menegaskan tindakan kerajaan melaburkan wwang rakyat melalui 1MDB sebagai ancaman besar terhadap kestabilan ekonomi negara.
“Kalau kita tengok dana-dana yang diuruskan seperti KWSP, Khazanah dan Wang Simpanan Pekerja (EPF) tidak melantik agensi lain untuk menguruskan dana itu.
“Sepatutnya 1MDB melabur dengan undang-undang yang boleh diaudit dan telus kepada rakyat, tapi tak terjadi.
Katanya, rakyat Malaysia perlu tahu mengapa dana RM 7.4 bilion itu diuruskan sebuah syarikat yang tidak diketahui latar belakang dan kerajaan menyembunyikan sebab mengapa syarikat itu dilantik.
Rafizi dalam sidang media tersebut turut mendesak kerajaan memdedahkan jumlah bayaran komisyen bagi perkhidmatan oleh syarikat berkenaan.
“Kalau 2 peratus sebanyak RM140 juta diberikan kepada satu syarikat yang kita tak tahu kenapa syarikat ini dilantik,” tegasnya.

(1) Menteri JPM Gulong Perbahasan Bajet 2015

(1) TPM Gulong Perbahasan Bajet Kementerian Pendidikan 2015

MP: Who’s lying, 1MDB or Goldman Sachs?

MP fumes over SPM model paper's racial conflict posers

Pakatan sokong hapus AUKU, kembalikan kesatuan

PAC: Felcra paid directors without MOF consent

UNDANG2 MALAYSIA MEMANG BEST lagi ADIL !!!!



DUIT SIAPA LAGI YG AKAN HANGUS!!! Adakah guna duit dr poket2 pemimpin UMNO atau KRONI2 !!!


Pelajar Ikat Perut: Pembiayaan PTPTN untuk pelajar IPTA dikurangkan 5%, IPTS 15%

Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikurangkan sebanyak 5% dan 15% untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mulai 1 November.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata bagaimanapun, jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.
Katanya penyelarasan itu dibuat berikutan kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November ini.

"Satu daripada punca kekangan dana PTPTN adalah peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian. "Bagaimanapun, pelaksanaan penyelarasan ini dinyatakan dalam pekeliling PTPTN Bilangan 1 tahun 2014 yang  dimaklumkan kepada semua IPTA dan IPTS di seluruh negara pada 29 Oktober lalu," katanya, hari ini.
Mastura juga berkata, pihaknya juga  melaksanakan kaedah penggunaan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kaedah tapisan bagi menentukan kelayakan jumlah pembiayaan bagi semua peminjam baharu.

Jawapan bertentangan 1MDB dan Goldman Sachs, siapa yang berbohong?


Tony Pua


KUALA LUMPUR, 3 NOV: Jawapan berbeza yang diberikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Goldman Sachs berhubung komisen setinggi RM1.54 bilion dalam usaha pengumpulan dana sekali lagi menimbulkan persoalan berhubung tindakan meragukan badan pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.
Ia berhubung pemotongan sebanyak RM630 juta dan RM906 juta untuk ‘komisen dan perbelanjaan’ daripada dana yang diraih, iaitu RM5.6 bilion pada tahun 2012 dan RM9.6 bilion pada tahun 2013.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, jawapan yang saling bertentangan itu ternyata sama menggerunkan seperti jumlah wang yang terlibat.
“Goldman menyatakan tiada komisen dibayar kepada pihak ketiga, dan semua caj dibayar kepada mereka, termasuk penasihat undang-undang dan akaun yang terlibat.
“1MDB sebaliknya mendakwa sejumlah besar daripada RM1.54 bilion adalah sebagai diskaun kepada pemegang bon (bond-subscriber), dan tidak dibayar kepada Goldman.
“Jadi siapakah yang berkata benar? Atau kedua-duanya ada menyembunyikan sesuatu?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam laporan The Edge Financial Daily 29 Oktober lalu, Ketua Komunikasi Korporat Goldman Sachs Asia Pasifik Edward Naylor berkata ‘komisen, bayaran dan perbelanjaan’ adalah untuk Goldman Sachs atas risiko yang diambil melalui pengeluaran bon itu, dan tidak dibayar kepada pihak luar.
Namun dua hari kemudian, 1MDB menyatakan perkara berbeza, bahawa RM1.54 bilion itu adalah diskaun kepada pemegang bon yang terlibat dalam pengumpulan dana itu.
Jumlah tersebut, iaitu 10 peratus daripada jumlah dana yang dikumpul ternyata amat meragukan, memandangkan bayaran biasa kepada bank pelaburan yang menguruskan proses itu adalah pada kadar 0.1 hingga 2 peratus sahaja.

Umno salah guna kuasa, jadikan Parlimen Belia tempat kempen parti


BwlKrFWCEAAlypL


KUALA LUMPUR, 3 NOV: DAPSY mengecam keras tindakan Umno menyalahguna platform Parlimen Belia sebagai kempen politik parti mereka.
Naib Pengerusi Pemuda DAP (DAPSY) Wilayah Persekutuan Janice Choo berkata, berikutan tindakan keji itu, beliau yang menyertai program terbabit sebelumnya sebagai calon Parlimen Belia telah menarik diri serta-merta.
“Saya telah menarik diri sebagai calon kerana kecewa dan tidak puas hati dengan penglibatan parti politik Umno dalam Sesi Pengenalan Calon Ahli Parlimen Belia Wilayah Persekutuan di Kompleks Belia dan Sukan WPKL.
“Perkara ini jelas melanggar jaminan dalam Dewan Rakyat pada 11 November dan 25 November tahun lalu bahawa Parlimen Belia adalah bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurut Janice, pada majlis sesi pengenalan calon tersebut, Ketua Pemuda Umno Kuala Lumpur telah dijemput sebagai tetamu khas dan dihadiri oleh sekumpulan besar ahli-ahli pemuda Umno dengan pakaian parti mereka.
“Majlis itu telah bertukar menjadi kempen calon-calon Pemuda Umno, bukan lagi sesi memperkenalkan diri Parlimen Belia.
“Ini jelas adalah satu lagi taktik Umno untuk melindungi kuasa politik parti mereka di kalangan belia,” tegasnya.

Pemantau: Penyokong Saiful terdiri daripada remaja

Mark Trowell, seorang pemerhati antarabangsa dalam rayuan kes liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terdiri daripada remaja.

"Berdasarkan pemerhatian saya, saya percaya kain rentang dibuat secara profesional," katanya yang juga seorang Queen Council selaku pengerusi bersama jawatankuasa tetap Lawasia bagi undang-undang jenayah.

Petang ini, kira-kira 100 penyokong Saiful berada di perkarangan Istana Kehakiman bersama membawa plakad dan kain rentang.

Selepas prosiding ditangguhkan terus  melaungkan "Hidup Saiful" dan "Tangkap Anwar" dan  meminta penyokong Anwar "balik rumah" walaupun mereka telah bersurai kira-kira jam 1.30 petang.

Malah, seorang penyokong Saiful memberitahu bahawa kehadiran kesemua penyokong pada hari ini bukan dibayar tetapi atas kesedaran mereka berhubung kes itu.

Kira-kira jam 12.25 tengahari, kira-kira 150 penyokong Anwar berhimpun di luar mahkamah bagi mendengar ucapan dari pemimpin PKR seperti Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

Mahasiswa Keadilan mengutuk pendakwaan terhadap 9 mahasiswa UM

Oleh Haziq Farhan
Pada Jumaat lepas, pihak pentadbiran Universiti Malaya mengeluarkan surat pertuduhan di bawah Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar 1999) terhadap 9 orang mahasiswa UM yang mengambil bahagian dalam program “Pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim : 40 tahun dari UM ke Penjara” pada 27 Oktober 2014 di Dataran Dewan Tunku Canselor UM.

Mahasiswa-mahasiswa yang dikenal pasti yang akan didakwa ialah :
1. Fahmi Zainol
2. Adam Fistival Wilfrid
3. Safwan Shamsuddin
4. Nur Syamimi Munirah
5. Haw Yu Hong
6. Abraham Au
7. Khairol Najib Hashim
8. Khairul Anwar
9. (seorang lagi masih belum dikenal pasti)
Mahasiswa Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya pendakwaan yang dilakukan pihak pentadbiran UM kepada 9 orang mahasiswa tersebut. Pendakwaan ini jelas biadab dan tidak menghormati hak kebebasan akademik dan kebebasan bersuara mahasiswa.

Undang-undang universiti diguna dengan niat jahat untuk menghukum mahasiswa yang tidak sealiran dengan fahaman politik pihak pentadbiran universiti.

Penyokong dakwa dibayar keluarga Saiful

pyokong saiful1PUTRAJAYA 3 NOV : Sekumpulan penyokong Saiful Bukhari Azlan yang berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya  mendakwa mereka dibayar keluarga Saiful untuk hadir ke mahkamah.
Menurut Mohammad Rashid Mokhtar yang mengetuai kumpulan berkenaan, keluarga Saiful memberikan mereka T shirt, poster, makanan dan sedikit wang saguhati.
“Keluarga Saiful dan ada satu lagi NGO lain telah bagi barang seperti baju, makanan dan poster.
“Kalau ada pun lagi, mungkin setakat RM20 untuk duit rokok, apalah salahnya sebagai duit cenderahati kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita.
pyokong saiful2Dilihat seramai 30 orang penyokong yang memakai baju t shirt berwarna merah dan kuning itu kebanyakannya terdiri daripada golongan  muda lingkungan 15 hingga 19 tahun, berdiri di tengah panas sambil mengangkat sepanduk dan poster yang dibekalkan keluarga Saiful.
Namun apabila ditanya untuk mendapatkan maklumat, mereka kebanyakannya diam dan ada pula yang melarikan diri.
Sementara itu, salah seorang daripada mereka yang ditemui Suara Keadilan, Zaiton Abdullah, berkata beliau datang bagi menyatakan sokongan kepada Saiful, namun  mengakui tidak tahu perkara sebenar yang berlaku.
“Saya tahu ramai yang kata Saiful diliwat, tapi tak tahu perkara sebenar apa yang terjadi,” katanya ringkas.

Shafee guna kes liwat saya untuk jadi bakal peguam negara, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempolitikkan rayuan kes liwatnya dengan matlamat untuk menjadi bakal peguam negara.
“Ada banyak gimik politik (digunakan) ketika prosiding oleh peguam Umno ini yang mahu menjadi peguam negara,” kata ketua pembangkang itu kepada wartawan selepas prosiding rayuan kesnya yang ditangguhkan hari ini.
Ketika menyampaikan hujahan penggulungan bagi pihak pendakwaan hari ini, Shafee di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata hubungan seksual di antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Anwar berlangsung sebelum 26 Jun, 2008, tarikh di mana Anwar didakwa meliwat Saiful.
Ketika perbicaraan, Mahkamah Tinggi memerintahkan semua bukti dibuang kecuali yang berkaitan dengan pertuduhan. Tetapi hari ini, Shafee mohon penemuan sebelum ini diterima oleh Mahkamah Persekutuan.

Saya tidak gentar – Fahmi Zainol

Fahmi Zainol2
KUALA LUMPUR 3 NOV – Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol memberitahu beliau tidak gentar dengan tindakan tatatertib yang bakal diambil Universiti Malaya (UM).
Ia berikutan tindakan beliau menganjurkan program pidato yang dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu di UM.
“Saya terkejut juga mereka (lembaga disiplin UM) tidak terus membuang saya sebaliknya membuat prosiding dahulu. Saya tidak akan berundur walau apapun. Saya juga tidak gentar, tunggu sahaja di Mahkamah Universiti 7 November,” ujarnya yang kini berdepan tindakan tatatertib daripada UM.
Fahmi juga berkata, beliau tidak kesal berdepan tindakan dispilin walaupun tempoh tamat pengajiannya hanya tinggal satu semester lagi.
Tegasnya, sebagai pemimpin pelajar, adalah menjadi tanggungjawabnya mewakili suara mahasiswa yang menuntut hak bersuara dan kebebasan akademik.
“Saya rasa sudah tiba masa untuk saya lakukan sebegini, kalau bukan hari ini bila lagi mahu buat?  Saya tidak mahu generasi muda akan datang nanti akan salahkan saya sebagai presiden PMUM.
“Kami mahukan kebebasan akademik, kebebasan bersuara tetapi kenapa kami dikongkong? Kami bukan budak kecil malah ada di antara mahasiswa ini sudah pun berkahwin. Kami mahu bebas untuk memberi pendapat dan berdiskusi,” katanya ketika dihubungi.
Selain Fahmi terdapat lagi lapan mahasiswa dikenal pasti akan diambil tindakan tatatertib oleh UM kerana menyertai perhimpunan pada malam tersebut.
Fahmi menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap mereka sebagai tidak adil dan bercanggah perlembagaan persekutuan.

Malu & Letih: Ahli UMNO Sebenarnya Lebih Letih Dengan Najib

Pada hari Sabtu lalu, ketika merasmikan Konvensyen UMNO Selangor, Perdana Menteri, Najib Razak meluahkan rasa letih dan malunya dengan kedudukan UMNO di negeri itu yang disifatkannya masih tidak berubah.

Sehubungan itu, sambil mengingatkan BN sudah kalah dalam dua kali pilihanraya, beliau juga mahu mereka segera berubah dan bertindak aktif bagi memastikan kemenangan dapat diraih semula.

Dalam konteks UMNO Selangor, walaupun kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya lalu adalah tanggungjawab yang seharusnya lebih merupakan kesalahan beliau, tetapi  ada benarnya juga teguran Najib itu kerana mereka bukan saja tidak berubah, tiada gerak kerja yang konkrit sehingga ini, malah terus  mengamalkan sikap berpuak-puak.

Lebih malang, ketika PR berkrisis berhubung kemelut pertukaran Menteri Besar, UMNO Selangor terus kaku dan bisu serta tidak berbuat apa-apa untuk mengaut keuntungan politik atau mengekploitasi isu tersebut.

Tetapi, sementara Najib menyalahkan UMNO Selangor yang didakwanya tidak berubah dan menyebabkan beliau letih serta malu, adakah beliau sendiri sudah menunjukkan teladan perubahan yang boleh dicontohi oleh ahli-ahli UMNO semua peringkat?

Adakah Najib sendiri sudah berubah sebagaimana kerapnya beliau meminta pihak lain agar berubah?

Selain sudah banyak dibuktikan sebelum ini bagaimana Najib telah menunjukkan kelemahan dan melakukan kesilapan, semalam heboh di laman sosial mengenai Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Ghazali Ibrahim didapati menampalkan logo rasmi kerajaan dan jawatannya di kereta peribadi Porsche Cayenne miliknya.

Perbuatan itu bukan saja bertentangan dengan peraturan kerajaan, tetapi menunjuk-nunjuk logo dan jawatan rasmi di kereta mewah yang berwarna merah garang seakan-akan seorang "playboy", bukan saja memalukan malah meletihkan ahli-ahli UMNO di seluruh negara.

Kenapakah seorang Setiausaha Politik tergamak melakukan perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan naluri dan selera rakyat bawahan?

Kenapakah juga Ghazali tidak mahu menggunakan Proton Perdana yang diberikan oleh kerajaan sebagai kenderaan rasminya?

Atas tindakan Ghazali ini, sekali lagi tentulah Najib harus memikul beban kesalahannya. Apakah beliau tidak pernah menasihati atau menegur kakitangan bawahannya agar sentiasa berhemah dan tidak menunjuk-nunjuk sebagaimana kerapnya beliau memberi nasihat kepada rakyat dan ahli UMNO melalui ucapannya?

Selepas Anwar, PMUM bawa mangsa kampung Chubadak ke kampus


Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang mencetus kontroversi menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini akan menganjurkan satu program bersama mangsa yang dihalau daripada Kampung Chu Badak bagi berkongsi pengalaman mereka ditindas. Program tersebut bakal diadakan Rabu ini bertempat di dalam kampus UM menjelang tindakan disiplin terhadap Presiden PMUM Fahmi Zainol yang kerana menjemput Anwar.‎ "Mahasiswa Universiti Malaya akan mengambil peluang untuk membawa Opah Wahida dari Kampung Chu Badak untuk memberi ucapan dan perkongsian nasib beliau yang ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam kampus Universiti Malaya," kata Fahmi dalam satu kenyataan hari ini.
 Fahmi berkata, program tersebut diadakan bagi mengutip derma disamping mendorong mahasiswa untuk memainkan peranan mereka dalam masyarakat. "Tujuan ia diadakkan bagi mengutip derma buat Opah Wahida untuk membina sebuah rumah baru untuk beliau. "Ia juga bagi mengangkat nilai dan fungsi sebenar universiti dan mahasiswa di mana mereka perlu menyumbang kepada masyarakat," katanya. Minggu lepas, Fahmi mencetuskan kontroversi apabila meneruskan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" dengan menjemput Anwar untuk memberi ucapan.
Lebih 2,000 mahasiswa merempuh pintu pagar UM pada Isnin lalu bagi membolehkan Ketua Umum PKR itu menyampaikan ucapannya. Akibat daripada tindakan tersebut, pelajar tahun akhir UM itu kini berdepan dengan tindakan tatatertib daripada pentadbiran universiti kerana melanggar arahan walaupun program bersama Anwar itu diisytiharkan haram.

Anwar: DNA is not a political gimmick for AG hopefuls

Kegagalan bayar, punca k'jaan Umno@Bn kurangkan pinjaman PTPTN

Shafee: Pusrawi doctor who examined Saiful not credible

Anwar's DNA admissible even if obtained 'illegally' - Shafee Abdullah,

Fitnah Liwat II: Saya yakin Anwar tak bersalah - Peguam

PAS: PM letak jawatan menteri kewangan...

HK firm managing RM7 bilion of 1MDB funds, says Rafizi

MPs urged to protest charges against UM9

Dewan Rakyat 3 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Penang mulls subsidising PTPTN loans

Apa Kata Rakyat: Diusir kerajaan berkali kali, Melayu Chubadak tetap cekal


Apa Kata Rakyat: Dengan iringan janji kosong, Melayu Chubadak dihalau tanpa pampasan


Bawa pulang bangkai pesawat MH17 untuk pameran kata Menteri BN

KOTA BHARU: Kerajaan Malaysia akan berusaha membawa pulang bangkai pesawat MH17 ke negara ini untuk dijadikan pameran dan juga tanda peringatan.

Bagaimanapun kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, buat masa ini kerajaan perlu menunggu pihak berkuasa Belanda dan pasukan penyiasatan lain menyelesaikan siasatan mamsing-masing terlebih dahulu.

"Kami akan dapatkan kembali bangkai pesawat itu kerana ia milik Malaysia.

"Kalau boleh kami akan cuba memasangnya kembali dan mempamerkan di kawasan awam sebagai tanda ingatan atau peristiwa yang mengorbankan ramai nyawa rakyat Malaysia," katanya dipetik mStar Online.

Beliau dilaporkan berkata demikian selepas melancarkan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Jalanraya Kelantan semalam.

Tambah beliau, selepas mengenal pasti 44 orang mangsa tragedi MH17, pihak kerajaan kini memberi fokus dalam membawa pihak terlibat ke muka pengadilan.

"Kami berharap akan meneruskan komitmen kepada keluarga pemumpang dan anak kapal, dan keadilan perlu dilakukan terhadap penjenayah," jelasnya seperti dilapor portal itu.

Rakyat Ditipu Lagi: Bukan alasan naik harga minyak, harga dunia jatuh

KUALA LUMPUR: Alasan kerajaan bahawa harga minyak perlu dinaikkan kerana bebanan subsidi yang tinggi tidak lagi benar akibat kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Justeru, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerajaan wajar menyemak semula harga petrol dan diesel yang ditetapkan sejajar dengan harga minyak mentah di pasaran dunia yang terus jatuh.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Harga minyak mentah di pasaran dunia yang terus jatuh mewajarkan semakan semula harga petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan.

Di samping itu, fenomena harga minyak mentah dunia yang dijangka kekal pada paras yang lebih rendah memerlukan penilaian semula kepada beberapa dasar menaikkan harga petrol dan diesel yang selama ini dijalankan secara agresif oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Harga minyak mentah dunia yang berlegar sekitar USD$105 ke USD$108 setong di antara Mei hingga Ogos tahun ini (rujukan harga piawai Brent) tiba-tiba mula jatuh bermula Ogos. Ia jatuh dari paras USD$105 setong ke USD$85 setong pada awal Oktober dan kekal pada paras itu sehingga kini.

Penganalisa pasaran minyak mentah dunia turut meramalkan bahawa harga minyak mentah akan kekal sekitar paras itu bagi tempoh yang lebih lama sehingga ke tahun 2015.

Dalam sidang Parlimen minggu lepas, saya telah menanyakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong apakah kerajaan bersedia untuk menurunkan harga petrol dan diesel mengambil kira tekanan inflasi yang membebankan rakyat serta harga minyak mentah yang semakin susut di pasaran antarabangsa. Beliau tidak memberi komitmen sekadar menyebut kerajaan sedang memantau keadaan.

Saya telah membuat analisa jumlah subsidi petrol dan diesel yang akan ditanggung kerajaan sekiranya harga minyak mentah kekal pada harga sekitar USD$85 setong sehingga ke tahun 2015.

PAS sesat: Majlis Fatwa tak kata, Ku Nan yang lebih

KUALA LUMPUR: Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melabelkan PAS Parti sesat dilihat tidak menghormati peranan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata Adnan bukan sahaja telah bertindak mengambil tugas majlis fatwa, namun pada masa yang sama menunjukkan betapa beliau tidak lagi percaya kepada satu-satunya badan yang mempunyai autoriti dalam mengeluarkan fatwa.

"Adnan juga seperti tidak lagi percaya pada peranan Majlis Fatwa dan sekaligus beliau telah menempelak raja-raja Melayu dalam menjaga kesucian agama Islam," jelasnya ketika dihubungi Harakhdaily.

Selain itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena tidak menolak kemungkinan Adnan itu juga sudah hilang keyakinan kepada ulamak dalam Umno.

"Sehinggakan beliau sendiri terpaksa membuat kenyataan mengelirukan apabila melihat ulamak Umno gagal menyaingi PAS dalam membawa perjuangan Islam," katanya.

Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan semalam mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

Beliau dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, semalam.

Katanya Umno merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.

Kena penjara seumur hidup atas kesalahan niat sahaja..hebat Malaysia, MP tak ambik kisah ka?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Ini kes lebih teruk daripada ISA. ISA ditahan tanpa bicara. Tapi yang Ini dihukum penjara seumur hidup, hanya kerana niat mahu berkahwin. Hanya kerana menyokong.
2) Ini kes undang-undang menjilat Amerika dan Imperialis. Ini kes tunduk kepada desakan Salibiyyah.
3) Apa hukuman kepada orang yang berninat mahu berkahwin dengan perasuah tegar? Apa hukuman kepada orang yg berniat mahu berkahwin dengan pembunuh bersiri? Apa hukuman kepada orang yang niatnya mahu berkahwin dengan tauke judi? Yang mahu berkahwin dengan anak Mafia yang diburu pihak antarabangsa?
4) Dipenjara pula seumur hidup. Nampak sangatlah hangpa menggamit serangan IS ke Malaysia. Ikut sangatlah telunjuk Amerika. Jenayah sosial yang berlambak dan bertambah parah, hangpa tak risau pulak. Bunuh kejam, rogol bunuh, bakar hidup-hidup, simbah asid, dan mcm2 lagi jenayah berat, hangpa tak fokus pun.
5) Sebab, semua jenayah tu, Amerika dan Zionis tak kesah pun... kan?
Sekian

PAS: Letak jawatan menteri kewangan, Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya meletakkan jawatan menteri kewangan dan menyerahkan portfolio itu kepada tokoh yang berpengalaman menguruskan tugas itu secara sepenuh masa, gesa MP Kuala Terengganu hari ini.

Merujuk surat bekas memteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah kepada Parlimen minggu lalu yang mengkritik cara kerajaan mengurus ekonomi, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata Najib mesti menyerahkannya kepada individu yang boleh "menumpu perhatian sepenuhnya" bagi jawatan itu.

"Pada masa ini, penumpuan kuasa seolah-olah berada di tangan PM," katanya dalam sidang media di lobi parlimen.

Fitnah Liwat II: Dr Osman (Pusrawi) saksi yang berbohong dakwa Shafee yang gagal tunjukkan kenyataan beramaran

1.00pm: Shafee kini berhujah mengenai Anwar tidak memanggil saksi alibi.

"Tidak seorang pun saksi tersebut dipanggil untuk membuktikan alibi itu," katanya.


Hakim Arifin berkata pendengaran akan disambung esok untuk Shafee menyambung hujahnya.

Shafee berkata beliau akan berhujah selama satu setengah jam lagi dan ianya selesai.

 
12.45pm: Shafee berkata Yusof membuat keputusan yang tepat untuk tidak memanggil Dr Osman.

Hakim Arifin meminta Shafee mengemukakan kenyataan beramaran Dr Osman, tetapi beliau tidak dapat menunjukkannya.

Ram sebelum ini berkata polis mencatatkan tiga kenyataan tetapi ketika Shafee meminta bantuannya untuk menunjukkannya kepada mereka, Ram menjawab, "Saya tidak akan berbuat demikian."


 12.25pm: Shafee berkata, ketika disoal balas oleh (Peguamcara II ketika itu) Yusof, Dr Osman berkata laporan bertaip itu disediakan pada 30 Jun, dua hari selepas memeriksa Saiful.

Shafee seterusnya membaca soal balas terhadap Osman, berhubung akuan berkanun yang dibuatnya.

"Pihak pembelaan mahu kita (pihak pendakwa) memanggilnya. Ini jelas merupakan saksi yang berbohong," katanya.

Hakim Arifin bertanya sama ada Osman telah dicabar (impeached), dan Shafee berkata tidak ada.

Ram Karpal mencelah dan berkata terdapat tiga kenyataan yang diambil dari Dr Osman.

Shafee berkata kenyataan Dr Osman tidak ditambah, dan berkata ia jelas menunjukkan doktor itu menambahnya (tentang objek plastik) selepas pertemuan itu dan menambahnya untuk kepentingan seseorang.

12.25pm: Terdapat kira-kira 150 penyokong Anwar di luar mahkamah, yang mendengar ucapan dari pemimpin PKR seperti Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

Mereka juga membaca Surah Yassin dan berdoa agar Anwar akan dibebaskan.

12.20pm: Shafee seterusnya membaca lagi laporan perubatan Dr Osman terhadap Saiful.

Dalam laporan bertaip itu, beliau berkata, doktor itu menyebut bahawa Saiful diliwat oleh seorang VIP.

Ini, katanya, dengan jelas menunjukkan jenis Dr Osman ini.

"Ianya imaginasinya atau dia menciptakannya untuk kepentingan sesuatu yang lain," tambahnya.

(Semasa disoal balas oleh Peguamcara Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman mengakui dia telah menulis laporan itu selepas memeriksa Saiful).

12.05pm: Shafee seterusnya berhujah tentang kredibiliti Saiful berkaitan dengan testimoni Dr Mohd Osman dari Hospital Pusrawi.

Shafee berkata Saiful mendakwa Dr Osman telah berbohong apabila beliau menulis bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam dubur pengadu.

UMNO Selangor perangi pengundi hantu kata Noh Omar

UMNO Selangor mengambil beberapa langkah bersepadu di seluruh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha membersihkan kawasan berkenaan dari kewujudan pengundi hantu.
Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jawatankuasa yang bertanggungjawab menyelia perkara itu telah diberi taklimat lengkap mengenai tugasan mereka untuk mengenal pasti antara pengundi sah dengan mereka yang mendaftar tetapi bertujuan memberi sokongan kepada calon pembangkang.
"Kita dapat tahu pengundi jenis ini hanya berada di kawasan Parlimen dan DUN di negeri ini untuk mengundi calon pembangkang, selepas membuang undi mereka balik ke negeri masing-masing.
"Selalunya pengundi hantu ini diambil dari kawasan yang calon pembangkang menang dengan majoriti besar. Bab kata, setakat 'mencuri' dua atau tiga ratus orang untuk diletakkan di kawasan pembangkang yang kalah tipis, tidak memberi kesan," katanya kepada MalaysiaGazette di sini.
Noh berkata, jika pengundi itu dikenal pasti bukan penduduk tempatan atau menukar alamat tempat mengundi mengikut prosedur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan.
Katanya, jika status pengundi itu meragukan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dan membersihkan kawasan berkenaan daripada mainan kotor pembangkang.
Sementara itu, menurutnya, serentak dengan Agenda Tindakan Pasca Retreat UMNO Selangor, beliau turut menubuhkan satu jawatankuasa bertindak yang tugasannya menarik anak muda mendaftar sebagai pengundi baharu.
"Tumpuan ini bukan sahaja kepada anak muda Melayu, malah yang bukan Melayu juga akan ditarik supaya mendaftar sebagai pengundi, sekali gus menyarankan mereka menyokong serta mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.