Ahad, 2 November 2014

Ku Nan tuduh sesat, PAS rujuk undang-undang

KUALA LUMPUR: PAS akan‎ mengambil tindakan undang-undang terhadap Setiasaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menuduh PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi memberitahu akan merujuk kepada Lajnah Undang-Undang PAS bagi tindakan susulan

"Kita mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menuduh‎ PAS sebagai sebuah parti politik yang membawa jaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

"Kita akan mendapatkan nasihat daripada Lajnah Undang-Undang bagi mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada Setiausaha Agung Umno itu," jelasnya kepada Harakahdaily.

‎Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara.

Beliau turut mendakwa Umno merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.

Apa dia kes Anwar Ibrahim

Oleh Hishamuddin Rais
Biar saya terangkan di sini sejelas mungkin. Perkara ini telah berkali-kali saya nyatakan. Di sini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis. Lima belas tahun dahulu – 1998 – saya telah menulis perkara yang sama. Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru – terutama anak anak muda – yang kabur tentang kes Anwar Ibrahim.
 

Tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim ini tidak– baca tidak – sepenuhnya ada sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini bukan tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. Tuduhan ini dikatakan bertujuan untuk memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan memburukkan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara.

Nama yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar Ibrahim. Kes ini akan menghalang Anwar daripada dapat mempengaruhi orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Inilah sebenarnya kes liwat Azizan 1998. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara bertindak pada tahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan agenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014.

Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang amat besar. United Malays National Organisation sebuah parti politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur terperanjat besar apabila Anwar membelot. Kepimpinan parti yang mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan melanun harta negara untuk mengayakan anak isteri bini dan kroni. Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui ramai. Tapi tidak ada orang dalam yang berani pecah lubang'. Si Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lubang.

Rayuan Sodomi II dan pertembungan prinsip

Oleh Aziz bari
Melainkan ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng (DAP), pihak yang menimbulkan isu tentang penyertaan bekas hakim persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua peguambela bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim semuanya terdiri daripada pihak Umno dan Barisan Nasional.
Mereka termasuk ketua pemuda Gerakan Tan Keng Liang, bekas naib presiden Perkasa Zulkifli Noordin dan penyokong kempen pro Akta Hasutan Khairul Azam Abdul Aziz.

 Kesemua mereka membuat bantahan berasaskan resolusi Majlis Peguam yang mahu larangan bagi bekas hakim mahkamah tinggi muncul di mahkamah dikuatkuasa. Resolusi berdasarkan amalan undang-undang komenwel (common law). Pada 31 Okt, majlis peguam berdiam diri terhadap dakwaan berpendiriannya tidak konsisten.
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menerima bekas hakim itu sebagai ketua peguambela. Menariknya, peguam yang dilantik Peguam Negara sebagai ketua pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah kehadiran Gopal Sri Ram.
Beberapa perkara yang bertentangan dengan kehadiran Gopal telah dijelaskan pada 18 Sept 2013. Saya menyimpulkan, bahawa walau apapun dakwaan yang dibuat, segalanya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Di dalam Perkara 5(3), hak mendapatkan pembelaan di peringkat tertinggi. Mahkamah memutuskan bahawa satu-satunya had bagi perkara ini ialah kesanggupan peguam yang terlibat.
Maka, peruntukan tersebut serta keputusan mahkamah persekutun membenarkan kehadiran Gopal amat tepat. Anwar berhak memilih siapa yang akan membelanya. Resolusi majlis peguam bukannya undang-undang. Maka tidak salah Gopal mewakili mantan TPM itu.
Bagi kes Anwar, isu utama ialah kedudukan Gopal. Kebanyakan isu ini memberi tanggapan serong terhadap kebebasan hakim yang membuat keputusan tentang kes ini. Ini juga termasuk kedudukan Shafee yang mewakili Peguam Negara.

Ali Abdul Jalil: Agen perubahan atau watak tanpa tujuan?

Oleh Mike Tan
Siapa Ali Abdul Jalil? Sebagai seorang rakyat Malaysia yang terlalu asyik dengan masalah sendiri, saya cuma ketahui kewujudannya dua minggu lalu.
Segala yang saya ketahui tentang Ali Abdul Jalil datangnya dari laporan berita. Dia digelar aktivis yang menjadi terkemuka kerana memuatnaik beberapa coretan di Facebook tentang Sultan di Johor dan Selangor. Dia kemudian dihumban ke penjara.

Selepas itu, dia mendapat perhatian Amnesty International yang melihatnya sebagai ‘tahanan dengan kesedaran’. Langkah diambil bagi mengelakkannya daripada menerima hukuman dan pendakwaan terpilih.
Ali dikatakan berada di Sweden dan telah mendapat permit bekerja yang diberi kerajaan di sana.
Dia telah memberi kenyataan tentang segala-galanya. Kenyataan seperti itu sering diberi pemohon suaka politik. Ali berkata kerajaan Malaysia dan sultan melayannya seperti sampah.
“Saya diugut gengster dan kumpulan rasis Melayu di Malaysia. Malaysia tidak selamat bagi saya. Polis dan gengster mengekori saya setiap masa,” ujar Ali.
Ali memang perlu bimbang tentang keselamatannya dan amat mustahak baginya memohon suaka politik di Sweden. Namun wajarkah dia digelar “tahanan dengan kesedaran”?
Melalui coretannya di Facebook, Ali mendapat gelaran itu oleh Amnesty International dan kini menyertai senarai individu-individu berprinsip.
Antaranya ialah pemenang anugerah Nobel 20101 Liu Xiaobo dari China. (http://www.amnestyusa.org/our-work/cases)
Liu ditahan 11 tahun bermula 25 Dis 2009 kerana menjadi pengarang bersama cadangan reformasi di China.
Turut termasuk dalam senarai ialah wartawan Shi Tao yang menulis dan mengirim emel ke laman sesawang pro-demokrasi AS; Jabbar Savalan yang menggunakan Facebook bagi menganjur protes di Baku Azerbaijin dan blogger Tural Abbasli yang terlibat menganjur protes anti kerajaan di negara yang sama.
Seorang yang agak menyerlah ialah Majid Tavakkoli yang juga aktivis pelajar yang menghentam kerajaan Iran.

AMARAN FAEKAH KEPADA PKR JANGAN GANGGU KHALID IBRAHIM

Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (BTR) dan ADUN Pelabuhan Klang.
Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR.
Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI.
Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?
Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa.
Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan.
Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.
Akhirnya, hari ini Menteri Besar baharu Selangor tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan kerajaan Persekutuaan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses.
Beliau turut mengumumkan projek KIDEX akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalulintas.
Bukankah pemegang konsesi KIDEX masih peguam UMNO? Atau sudah bertukar dalam dua bulan ini? Atau mungkinkah peguam Umno tersebut telah isytihar menyokong PKR mahupun DAP?
Sudahkah pihak berkepentingan dan mendapat ganjaran hasil penstrukturan air dikenalpasti sebagaimana arahan pimpinan tertinggi PKR?
Berapa ratus juta yang berjaya dipunggah oleh kroni TSKI melalui proses penstrukturan tersebut? Rakyat kini terpinga-pinga bagaimana dalam sekelip mata isu besar yang digembar-gemburkan tersebut berkubur dan semua keputusan yang diambil TSKI semasa menjadi MB diakui secara senyap dan tanpa rasa malu oleh PKR.

Bila si jahil agama ingin berbicara tentang agama..



Mungkinkah Mahathir, Ku Li bersatu menentang Najib?

Oleh Shahbudin Husin
Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil tindakan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini apabila mengkritik Bajet 2015 dengan cara menulis surat kepada semua Ahli Parlimen mengenai banyak kebimbangan yang ingin dikongsinya. Selama ini, beliau hanya meluahkan perasaan, pendapat dan buah fikirannya sama ada kepada media atau pun melalui ucapan di majlis-majlis yang dihadirinya.

Dengan menulis surat itu yang antaranya meminta kerajaan menangguhkan perlaksanaan cukai GST dan  menegur perbelanjaan mengurus kerajaan yang terlalu tinggi, apakah ini bermakna Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sudah tidak dapat menahan lagi kebimbangannya mengenai masa depan negara ini?
Ramai juga yang bertanya, apakah kesudahannya teguran yang dibuatnya melalui surat itu? Apakah selepas ini lebih banyak teguran dan kritikan secara rasmi akan dibuatnya lagi?
Atau mungkinkah ia akan disusuli dengan langkah-langkah lain yang lebih drastik lagi?
Secara umumnya, tindakan terbaru Ku Li ini mendapat perhatian yang mendalam daripada dalam UMNO sendiri. Sebagai pemimpin veteran, bekas Menteri Kewangan serta masih berpengaruh walaupun agak berusia, langkah dan tindakan beliau tidak pernah tersasar daripada menjadi perhatian ramai kerana dalam kedudukan negara yang ditakrif tenat ketika ini, ilmu dan pengalamannya adalah antara ubat yang dirasakan amat berguna sekali.
Dalam pemilihan UMNO 2013 lalu, beliau hampir-hampir menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Datuk Seri Najib Razak. Ku Li difahamkan sudah pun mengisi borang pencalonannya, cuma tidak menghantarnya ke Ibu Pejabat UMNO sehinggalah tarikh turut berakhir berikutan merasakan ahli UMNO tidak sedia mahukan perubahan.
Ketika ini beliau adalah Ahli Parlimen paling lama iaitu sejak 1969 dan pernah hanya kekurangan 43 undi ketika menentang Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987. Dalam memberi pandangan dan pendapat, Ku Li sentiasa kritikal dan mengutamakan kepentingan rakyat. Walaupun berdarah raja, sesiapa yang mengenalinya pastilah tahu beliau begitu merendah diri dan tidak pernah membezakan status dirinya dengan sesiapa saja.
Soal sama ada surat Ku Li itu mendapat perhatian atau sambutan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan adakah Perdana Menteri tergugat dengannya, barangkali bukanlah persoalan yang harus terlalu difikirkan tetapi yang lebih penting lagi ialah ini mungkin permulaan langkahnya untuk bergerak lebih jauh lagi dalam menentukan kebaikan bagi rakyat dan negara ini.

Kerajaan Umno@Bn luluskan tapak gereja pada 2001, kata exco MBPJ

"NGO Macai UMNO@BN Bantah Apa Yang Telah Diluluskan Sejak 2001"
Tapak gereja yang dirancang dibina di Petaling Jaya, yang menjadi tumpuan satu demonstrasi hari ini, diberi milik dan diwartakan pada 2001 sebagai tempat ibadah, semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.
Ahli majlis (exco), Cynthia Gabriel berkata, tidak ada masalah dengan pembinaan gereja empat tingkat Praise Emmanuel Assembly itu kerana semua keperluan undang-undang sudah dipenuhi. "Tanah ini diwartakan pada 2001 di bawah BN. Oleh itu, jika semua keperluan undang-undang dan prosedur diikuti, MBPJ tidak mendapati sebarang masalah dengan pembinaan gereja itu," Cynthia memberitahu The Malaysian Insider.
Beliau mengulas demonstrasi pagi ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan Islam bergelar Pertubuhan Sahabat membantah pembinaan gereja baru. NGO itu mengatakan sudah terdapat 3 gereja di sekitar kawasan itu, dan menambah, sebuah gereja baru tidak wajar dibina dalam kejiranan yang 70% daripada penduduknya beragama Islam.

UM patut gugur pertuduhan pada aktivis mahasiswa serta merta

Mahasiswa UMSHAH ALAM 2 NOV: Pentadbiran Universiti Malaya (UM) perlu menggugurkan semua dakwaan ke atas Fahmi Zainol serta merta berhubung himpunan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan Dewan Tunku Canselor pada 27 Oktober lalu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata pentadbiran UM tidak patut dilihat sebagai cerminan kepada sikap Barisan Nasional yang mahu mengawal dan ‘mencuci otak’ mahasiswa.
Katanya, sebagai mahasiswa dan generasi baru, mereka seharusnya dipupuk dan dibimbing untuk berfikiran kritikal agar berdiri sama tinggi seiring negara maju dalam usaha pencarian ilmu pengetahuan.
“Sistem pendidikan kita telah gagal untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kritis. Maka, sudah tiba masanya untuk kita menggalakkan aktivisme mahasiswa yang cakna hal ehwal negara,” kata Kit Siang dalam kenyataan medianya.
Katanya beliau kesal dengan pihak universiti yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Fahmi Zainol selaku Presiden Persatuan Mahasiswa UM dan lapan pelajar lain, kelmarin.

Tindakan disipilin UM rosakkan demokrasi kampus- Khai Loon

Khai LoonPULAU PINANG 2 NOV:  Tindakan tatatertib yang dilakukan Universiti Malaya (UM) terhadap sembilan pemimpin pelajar termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol, adalah usaha merosakkan demokrasi kampus.
Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon berkata, tindakan  universiti berkenaan telah menghalang mahasiswa daripada terus berfikiran kritis dan merdeka.
“Malahan tindakan represif universiti telah mewujudkan mahasiswa yang lesu dan tidak prihatin terhadap isu-isu semasa,” katanya Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang itu,.
Menurutnya, tindakan Fahmi Zainol dan aktivis lain mengadakan pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu, adalah bagi melaksanakan hak mahasiswa untuk menganjurkan program bersifat ilmiah.
“Walaupun Fahmi Zainol dan pemimpin mahasiswa UM mungkin dikenakan tindakan tatatertib, pada hakikatnya, pidato tersebut  mendapat sokongan padu daripada 2,000 mahasiswa dan orang ramai,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, Fahmi mengambil tindakan berani menganjurkan program berkenaan walaupun UM seringkali mengenakan tindakan tatatertib termasuk membuang pelajar dari universiti berkenaan bagi menakutkan mahasiswa.
Justeru katanya, tindakan dispilin termasuk penggunaan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) terhadap aktivis mahasiswa terbabit adalah tidak munasabah sama sekali.
“Pihak UM perlu menghormati semua peserta yang telah membuat keputusan yang bijaksana untuk mempertahankan kebebasan mereka,” tegasnya.

Tiada bukti DNA, mahkamah jadi alat Umno- Profesor Undang2 Filipina

FILIPINA 2 NOV: Seorang pengamal undang-undang dari Filipina, Professor Harry L. Roque berkata tiada bukti DNA untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perlakuan liwat.
“DNA diterima dalam Sains, apa yang membuatkan bukti DNA dalam kes Anwar Ibrahim meragukan adalah fakta bahawa sementara DNA diekstrak daripada tuala, sikat dan berus gigi yang didakwa digunakan Anwar berasal dari individu yang sama, ada bukti secara langsung bahawa ia bukan DNA Anwar.
“DNA dalam Sains sendiri mengesahkan DNA yang ditemui dari sesuatu objek adalah milik orang tertentu. Tetapi dalam kes Anwar, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan atas keterangan mengikut keadaan semata-mata bahawa ia hanya datang dari Anwar, meskipun tiada kehadiran bukti saintifik,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kesimpulan mahkamah itu tidak akan berlaku di Filipina atau negara yang mengamalkan sistem kehakiman bebas.
“Hakikat bahawa Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman bersalah dalam keadaan meragukan hanya bermaksud bahawa ia tidak bebas dan menjadi alat parti pemerintah, Umno dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dalam usaha mengalahkan Anwar dan pembangkang,” ujarnya yang menjadi pemerhati dalam kes berkenaan sejak 1999

Pakatan pecah jika tak tunai komitmen, janji

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menasihatkan rakan dalam Pakatan Rakyat bahawa gabungan pembangkang itu boleh berpecah jika ada parti komponen yang tidak menunaikan janji dan komitmen yang ditetapkan.

Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu lagi, tiada beza sama ada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat atau dipenjarakan, jika ketiga-tiga parti tidak mampu  menunaikan komitmen dan janji.

Lim menegaskan sama ada Pakatan hidup atau mati bergantung kepada ketiga-tiga parti berpegang kepada perkara itu sekaligus menepis dakwaan bahawa Pakatan akan "habis" tanpa ketokohan Anwar.

"Apa gunanya Anwar bebas dan bersama kita, kalau ada parti komponen Pakatan Rakyat cakap tak serupa bikin, tak tunaikan, tak pegang kepada komitmen.

"Saya nak tegaskan selagi kita tak boleh pastikan komitmen-komitmen dibuat, saya rasa tak ada guna," kata Lim dipetik oleh KiniTV di Konvensyen DAP Kuala Lumpur hari ini.

"Dan itulah sebabnya di peringkat nasional, sungguhpun kita ada mesyuarat untuk Pakatan Rakyat, tapi saya rasa dia kurang berkesan selagi perkara ini tidak diputuskan," katanya lagi.

Dalam ucapannya juga, tanpa menyebut parti yang dimaksudkan, Lim berkata partinya tidak tahu bagaimana berurusan dengan parti yang berubah-ubah dalam keputusan yang dibuat.

"Kita hendak lihat komitmen bahawa perjanjian yang dicapai akan dilaksakankan. Jangan hari ini buat keputusan, esok hari cakap, ini ditolak oleh presiden.

"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak urus dengan parti macam ini," katanya sambil menegaskan DAP berpegang pada prinsip sejak ditubuhkan dan sanggup bergerak sendirian demi menjaga prinsip parti.

Lim berkata perjuangan Pakatan Rakyat tidak bergantung kerana Anwar semata-mata, malah perjuangan mereka membela pemimpin PKR itu disebabkan kezaliman yang menimpanya.

SPRM, PUSPAKOM ambil 7 langkah kukuh integriti, perangi rasuah

Pertemuan berkala antara dua organisasi ini akan mengukuhkan platform yang boleh menghapuskan ruang dan peluang rasuah.

sprm bribePETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) akan mengadakan kerjasama dalam bidang Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) bagi mewujudkan persekitaran bebas rasuah dan mengukuhkan integriti.
“Kami telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dalam bidang CRM,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam kenyataan bersama, hari ini.
Sehubungan itu, Mustafar berkata, Lembaga Pengarah PUSPAKOM juga telah menyatakan komitmen untuk menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan memastikan prinsip-prinsip pencegahan rasuah dilaksanakan.
Pendekatan itu merupakan antara tujuh keputusan utama dicapai dalam pertemuan pengurusan tertinggi SPRM dan Lembaga Pengarah PUSPAKOM baru-baru ini.
Kata beliau, SPRM dan PUSPAKOM akan terus mengadakan siri pertemuan bagi meneliti dan menilai pelaksanaan berkesan hubungan kerjasama kedua-dua entiti untuk mewujudkan persekitaran bebas rasuah dan pengukuhan integriti.
“Kami juga mencapai keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam aspek penerapan nilai-nilai murni dan pencegahan rasuah kepada semua pegawai dan warga kerja PUSPAKOM, khususnya di hot spot,” katanya.
Menurut Mustafar lagi, pihaknya juga bersetuju untuk menggiatkan pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai antara kedua-dua pihak pada 2011.
“Kerjasama dalam aspek operasi bagi menentukan pematuhan sistem dan prosedur pelaksanaan pemeriksaan kenderaan berkomputer yang bebas dari gejala rasuah juga akan diberi penekanan oleh SPRM dan PUSPAKOM,” katanya.

Majlis Syura selesai bincang rayuan 2 Adun, keputusan diumum kemudian

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang digantung keahliannya selama setahun akan dimaklumkan keputusan rayuan mereka menjelang esok, kata Majlis Syura Ulama PAS.
Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, semua ahli majlis sebulat suara bersetuju dengan keputusan yang dibuat namun enggan mendedahkan butiran lanjut. "Kita akan hantar surat kepada mereka dulu untuk penghormatan.
Lepas tu baru saya akan (umumkan). Surat tu seboleh-bolehnya (dihantar) hari ini atau pun esok.  "Kita bersetuju dengan keputusan yang diambil. Seorang pun tak bercanggah.
Semua sebulat suara bersetuju. Keputusannya, kita tengok selepas ini," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PAS hari ini.
ajlis Syura mengadakan mesyuarat petang ini bagi menentukan keputusan rayuan Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin yang digantung keahlian bulan lepas kerana menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
Kedua-dua Saari dan Hasnul menghantar surat rayuan masing-masing pada Isnin, sehari sebelum tarikh tamat yang dibenarkan bagi mengemukakan rayuan. Pada 11 Oktober lalu, jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.
Saari sebelum ini dilaporkan berkata surat penggantungan itu diterima melalui pos pada 13 Oktober, namun beliau menerima salinannya melalui emel pada 11 Oktober. Kedua-dua mereka diberi peluang mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama mengikut perlembagaan parti.

Noh datang satu jam lambat, tapi nak jadi hero - Azmin


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membidas Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar yang dilihat cuba menjadi hero di hadapan mangsa ribut di Pandamaran, Pelabuhan Klang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang supaya tidak memutarbelitkan fakta yang mendakwa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak turun membantu mangsa ribut, lapor Selangor Kini.

Azmin menyanggah dakwaan berkenaan dengan menyatakan beliau sendiri melihat PKNS turun awal bagi membantu membaiki bumbung pada hari kejadian.

“Ini adalah kali kedua, saya dapat maklumat dua hari lalu ada seorang pemimpin Umno turun ke sini, Noh Omar, datang pun satu jam lambat, tapi nak jadi hero konon nak bela masyarakat.

“Saya nak beritahu sementara politik dalam demokrasi ini dibenarkan, tetapi jangan putar belit dan jangan bawa fitnah serta pembohongan untuk propaganda mereka di kawasan ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana Ribut di Pandamaran Jaya, Klang.

KAPITALIS KOTARAYA: CUKONG DITATANG..MELAYU DIHAMBAT BAGAI PENDATANG..!!!



TALIAN HAYAT persempadanan semula kawasan pilihan raya demi melangsungkan legasi & gila kuasa mereka utk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat..


Terima kasihlah kpd pendokong & pengundi BN, kerana TANPA ANDA PEMIMPIN BN TAK DAPAT MEMENUHKAN KANTONG MEREKA!!!




TIADA UMNO HILANGLAH MELAYU & ISLAM DI BUMI M'SIA..!!


Rakyat perlu pertahan kebebasan akademik mahasiswa UM

Mahasiswa UMSHAH ALAM 2 NOV: Rakyat patut mempertahankan mahasiswa Universiti Malaya (UM) daripada tindakan yang didakwa “serangan” ke atas kebebasan mahasiswanya.
Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada tindakan UM mengenakan sembilan dakwaan terhadap aktivis Fahmi Zainol.
“Jika UM menghormati hak-hak mahasiswa untuk mengadakan acara itu dan tidak mengada-adakan sekatan untuk menghalangnya, reputasi universiti pasti tidak akan tercalar,” kata Maria.
Mahasiswa itu pada hujung minggu lalu mengetuai perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus berkenaan.
Susulan itu, lapan lagi mahasiswa lain yang didakwa terlibat dalam himpunan itu turut dipanggil untuk mempertahankan diri mereka.
“Pada 27 Oktober, anak muda ini membuktikan bahawa lebih ramai Fahmi akan muncul.
“Saya percaya semua rakyat Malaysia perlu bersama untuk mengakhiri serangan terhadap mahasiswa dan bersatu, mempertahankan dan melindungi kebebasan akademik kita,” katanya dalam kenyataan media.
Fahmi diarahkan menghadap lembaga disiplin UM pada 7 November akan datang untuk menjawab tuduhan-tuduhan ke atasnya.
Beliau perlu menjelaskan kepada pihak universiti akan tindakannya menganjurkan dan menghadiri satu perhimpunan tanpa kelulusan naib canselor, merosakkan reputasi universiti dan menggunakan pembesar suara tanpa kelulusan.
Maria berkata tuduhan itu ganjil dan mencabuli asas kebebasan bersuara dan berhimpun.

Bagaimana harta wakaf jatuh ke tangan bukan Islam - MAPIM

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan  Islam Malaysia (Mapim) mengambil perhatian bahawa Majlis Agama Islam diamanahkan menjaga tanah wakaf.

Oleh itu, kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid adalah wajar harta wakaf yang telah jatuh ke tangan orang bukan Islam perlu diambil balik oleh Majlis Agama Islam.

"Kecuaian dan penyelewengan menguruskan hartanah wakaf mestilah diperbetulkan dan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan sewajar," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan  Islam Malaysia (Mapim) menggesa selain isu Tanah Rizab Melayu yang semakin mengecil, pihak kerajaan juga perlu  segera atasi isu pembangunan harta wakaf demi memastikan aset ummah tidak terbiar dalam keadaan tidak produktif.

Status pendafataran  tanah wakaf yang tidak jelas dan berlaku penyelewengan yang menyalahguna tanah wakaf menyebabkan aset umat Islam banyak yang tidak produktif, terbiar dan ada yang berpindah tangan kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Kerajaan belum nampak bersungguh menjaga aset tanah wakaf sehingga pelbagai saranan yang dikeluarkan dalam seminar dan persidangan belum lagi memperbaiki status pengurusan tanah wakaf sebagaimana yang diharapkan.

Kami mendapati masih lagi terdapat pemegang-pemegang  hartanah wakaf yang tidak terurus dan terbiar.

Badan yang bertanggungjawab  mendaftar dan semua tanah wakaf belum mengemaskini data dan kondisi tanah wakaf yang ada sekarang. Hartanah wakaf yang dipegang oleh berbagai pemegang menyebabkan harta tanah tersebut ditadbir secara berasingan tanpa keseragaman pengurusan dan pembangunannya.

Pertahan keutuhan parti, Presiden dan Majlis Syura - Pas Wilayah


KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan berikrar serta bertekad mempertahankan keutuhan parti dari sebarang usaha untuk mengikis keyakinan ahli terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Demikian antara resolusi Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan hari ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM.
Munaqasyah itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS WIlayah Persekutuan, Mohd Noor Mohamad diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa membentangkan kerja kerja kedua sementara Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at Takiri menyampaikan ulasan selepas Pelancaran Tabung Kebajikan DPPWP.
Resolusi penuh sebagaimana di bawah.

Kumpulan siswa UM gesa pelajar sokong Fahmi

Sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) hari ini meminta semua mahasiswa kampus itu berhimpun menyokong aktivis siswa Fahmi Zainol yang berdepan tindakan tatatertib oleh universiti kerana terlibat dalam pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.

Dalam kenyataannya, Setiausaha Progresif UM Vince Tan berkata pihaknya meminta semua mahasiswa menunjukkan solidariti terhadap Fahmi yang akan dibicarakan pada 7 November ini.

Beliau turut meminta siswa Fakulti Undang-undang bersolidariti kepada Abraham Au Tian Hui yang turut menghadapi pendakwaan kerana menghadiri acara itu dan melanggar arahan pentadbiran universiti yang mengharamkan himpunan itu.

"Kami menggesa rakan-rakan pelajar, akademik dan orang ramai untuk datang menyertai kami untuk bersolidariti di Gazebo yang terletak berhampiran prosiding itu akan diadakan," katanya.

Selain itu, Vince juga menggesa supaya pihak universiti menggugurkan kesemua tuduhan yang dikenakan terhadap pelajar yang merempuh pagar UM  pada hari tersebut.
 

PAS parti ajaran sesat, pesongkan akidah umat Islam, kata Ku Nan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.
Sebaliknya, Umno ialah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara, kata setiausaha agung Umno itu. "Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat.
Parti yang akan memesongkan akidah. "Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita.
"Dia yang mulakan sembahyang dua imam, mengatakan sembelihan orang Umno tidak boleh makan, (mengatakan) imam yang digaji Umno tidak sah menikahkan anak kita," katanya. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di Kuala Lumpur.

Notis Kajian Semula Persempadanan Diwarta Bulan Depan - SPR


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) penghujung tahun ini, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sebelum mewartakan notis tersebut, SPR perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan, mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Bila notis itu diumumkan, maka bermulalah tempoh persempadanan semula dan notis itu akan dipamer selama sebulan (untuk menerima bantahan dan cadangan) daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan pengundi berdaftar, sekurang-kurangnya 100 orang dalam bahagian pilihan raya terbabit," katanya.

Beliau berkata laporan akhir mengenai syor kajian semua persempadanan kawasan pilihan raya itu perlu diserahkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh tidak lebih dua tahun daripada tarikh notis diumumkan, untuk dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat untuk kelulusan selaras dengan Seksyen 8, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Laporan yang diluluskan oleh sidang Dewan Rakyat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Aging untuk ditandatangan sebelum diwartakan dan diguna pakai.

Abdul Aziz berkata persempadanan semula merupakan satu daripada tanggungjawab utama SPR di bawah Perlembagaan bagi memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing apabila sesebuah kawasan pilihan raya yang luas dikecilkan atau dipecah dua, seperti kawasan yang mempunyai pengundi lebih daripada 100,000 orang.

"Kawasan mengundi yang luas perlu dikecilkan supaya jumlah pengundi yang terdapat di satu-satu kawasan pilihan raya adalah munasabah," jelasnya.

Katanya, sebagai contoh di Kuala Lumpur, keluasan kawasan Parlimen adalah kecil sahaja seperti kawasan Batu dan Segambut namun jumlah pengundinya besar, dan tanpa persempadanan semula, rakyat sukar untuk mendapat perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat.

"Persempadanan semula bukan untuk menentukan satu-satu parti memenangi pilihan raya," tegasnya dan menambah, prinsip yang digunakan SPR dalam membuat persempadanan semula ialah untuk menyenangkan pengundi.

Abdul Aziz berkata kajian semula Persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003, dan mengikut peraturan, persempadanan semula sepatutnya dilaksanakan pada 2011.

Letih Dan Malu Jadi Pembangkang, Ehhh...Najib Mengata Siapa Ni?

Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Selangor semalam, Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan berkata, beliau letih dan malu setiap kali BN digelar sebagai pembangkang di negeri itu.

"Saya rasa sangat letih dan memalukan apabila kita dipanggil sebagai pembangkang," katanya lagi.

Tambahnya lagi, UMNO Selangor perlu menerima hakikat bahawa mereka telah kalah dua kali dalam pilihanraya umum dan perlu berani membuat perubahan bagi merampas kembali negeri itu.

Ada yang bertanya, kenapa hanya letih dan malu dengan Selangor saja sedangkan BN juga jadi pembangkang di Pulau Pinang sejak 2008 dan di Kelantan pula sejak 1990 lagi?

Berdasarkan perkembangan semasa, gerak kerja dan struktur kepimpinan UMNO Selangor sekarang ini, memang Najib berhak untuk berasa malu dan letih. Walaupun PR di Selangor pernah bergolak dengan kemelut pertukaran Menteri Besar, pimpinan parti itu dilihat beku dan kaku untuk mengambil peluang dah kesempatan.

Sebab itu, walaupun berdepan krisis dan kemelut, sebaik isu Menteri Besar berakhir, hasil kajian mendapati sokongan rakyat terus meningkat kepada PR. Berdasarkan kajian Umcedel, berbanding Mei lalu di mana sokongan rakyat didapati menjunam kepada 35 peratus, tetapi terakhir ini ia meningkat semula ke paras 43 peratus.

Atas kegagalan merebut peluang dan mengeksploitasi isu, ramai yang beranggapan bahawa selagi Noh Omar menjadi Pengerusi UMNO Selangor, selagi itulah tiada kemajuan dan lompong harapan untuk merampas kembali negeri itu daripada PR. Beliau bukan lagi pemimpin harapan masa depan, tetapi pemimpin yang sudah berlalu.

Rakyat pun “letih” dan “malu” dapat PM macam Najib

SHAH ALAM, 2 NOV : Kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau “letih” dan “malu” setiap kali Barisan Nasional (BN) digelar sebagai pembangkang di Selangor mengundang pelbagai reaksi rakyat terutama di laman sosial.
Tinjauan Selangor Kini di Facebook mendapati rata-rata pengguna membalas kenyataan Perdana Menteri itu dengan sindiran mereka juga letih dan malu dengan kepimpinan Najib.
Seorang pengguna yang dikenali sebagai Al Khair, berkata sekiranya pemimpin tertinggi negara itu letih terhadap senario politik yang berlaku di tanah air, maka seeloknya beliau melepaskan jawatan yang disandang sekarang.
Beliau berkata BN juga sudah hilang taring untuk meraih sokongan pengundi terutama di negeri yang ditadbir pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu.
“Jika letih letak jawatan. Umno Selangor pun sudah tiada taring,”sindirnya di Facebook.
Bersetuju dengan pendapat pengguna laman sosial yang lain, Mohd Radzi berkata jika Najib tidak mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, maka jalan terakhir bagi beliau adalah meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin lain.
Katanya masa untuk ‘bersandiwara’ juga sudah tamat kerana rakyat kini lebih bijak memilih siapa pemimpin yang mereka mahukan untuk mentadbir negara.
“Kalau sudah tahu tak dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat, sila letak jawatan.
“Jawatan yang diperolehi itu adalah daripada undi pilihan rakyat, kalau nampak tak ‘perform’ letak jawatan ganti orang lain.
“Tiada masa sekarang nak bersandiwara,” katanya.
Bagi Nudin Dino, beliau berpendapat Najib seharusnya lebih malu dengan rakyat, lebih-lebih lagi corak pemerintahan BN yang jauh lebih lemah berbanding pakatan pembangkang.

8 tahun berlalu, seorang ayah masih harap keadilan buat anak yang dibunuh

Sejak kejadian malang pada 2006 apabila anak perempuannya dibunuh, Chee Ah Sau akan menuju ke balai polis setiap hari Ahad bagi mendapatkan maklumat terkini tentang siasatan kesnya.
Perjalanan dari rumahnya di Sungai Petani ke Balai Polis Daerah Kuala Muda tidak pernah dirasa terlalu jauh bagi pekerja binaan berusia 58 tahun itu, hingga akhirnya menjadi salah seorang muka biasa di balai itu. Tanpa jemu, setiap hujung minggu, satu-satunya hari dia tidak bekerja, Chee akan ke sana saban tahun mencari jawapan dan petunjuk dalam siasatan kes rogol dan bunuh melibatkan anaknya Gaik Yap.
Kadang-kadang dia juga akan menunggang motosikal ke Alor Star, hampir 70km lagi, untuk bercakap dengan ketua polis Kedah di ibu pejabat polis negeri mengenai kes anaknya. "Tidak, ia tidak terlalu jauh (perjalanan dengan motosikal)... demi anak perempuan saya, tiada jarak yang jauh," Chee memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini.
 Chee juga pergi ke Kelab Cinta Sayang, di mana Gaik Yap berjoging sebelum dia diculik dan dibunuh, dengan harapan menemui petunjuk. "Saya hanya berjumpa polis 3 atau 4 kali sebulan. Kebanyakannya saya pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, di Sungai Petani. "Saya buat begitu sehingga polis menangkap suspek dua tahun lalu," katanya. Gaik Yap, 25, seorang eksekutif pemasaran, pergi berjoging pada petang 14 Januari, 2006 bersama salah seorang saudara perempuannya di Kelab Cinta Sayang, ketika beliau hilang.
Tubuhnya yang separuh bogel dengan beberapa kesan tikaman ditemui pada awal pagi berikutnya di Taman Ria Jaya berhampiran kelab itu. Ketika kes masih dalam siasatan, seorang suspek kes itu meninggalkan Malaysia dan terbang ke Perth, Australia. Polis kemudiannya dilaporkan mengawasi semua pintu masuk ke negara ini, cuba menjejak individu yang dikehendaki itu, yang merupakan anak seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk.

Mengapa pagar tidak harus makan padi?

“Harapkan pagar, pagar makan padi” adalah salah sebab utama nasionalisme etnik gagal mengangkat kaum yang diperjuangkannya.
Tiba masanya jangan bertanya lagi secara terkilan “mengapa pagar sanggup makan padi?” dan mula soal dengan realistik “mengapa pagar tidak harus makan padi?”
Apa yang diungkapkan dalam pepatah Melayu “harapkan pagar, pagar yang makan padi” adalah sejenis kasus “hasil yang tidak dihasratkan” (unintended consequence).

Dalam ilmu pengurusan, ia dibincangkan sebagai “masalah prinsipal-agen” (principal-agent problem).  Prinsipal merujuk kepada pihak yang memberikan amanah manakala agen adalah pihak yang diberikan amanah. Masalah berlaku apabila si agen mengejar kepentingan diri dan mengorbankan kepentingan si prinsipal. Kalau menggunakan kata-kata yang kuat, si agen mengkhianati si prinsipal.
Contoh lazim digunakan ialah pengurusan syarikat (agen) tidak memaksimakan keuntungan yang akan memanfaatkan pemegang saham (prinsipal), sebaliknya membayar gaji besar kepada diri mereka ataupun melakukan pelaburan yang kurang menguntungkan.
Ini berlaku kerana dua sebab: kepentingan agen dan prinsipal itu berbeza, dan informasi yang tidak simetri (si prinsipal tidak mempunyai pengetahuan seluas si agen).
“Harapan” terhadap “pagar” itu berasaskan andaian pagar (si agen) dan padi (si prinsipal) mempunyai kepentingan yang sama, maka terlahirlah hasrat (intention) padi untuk dijaga dan dibela oleh pagar, langsung tidak terfikirkan “insentif” pada pihak pagar yang mungkin lapar atau tamakkan padi.
Sebenarnya, kalau bukan pagar, siapa lagi yang paling senang makan padi? Kan pagar yang paling dekat dengan padi dan paling dipercayai padi?
Ramai yang mengecam rasisme atau sentimen assabiyah kerana ia menolak atau menganiaya kaum yang lain. Mereka tidak melihat bahawa ia sering memakan kaumnya sendiri dahulu.
Samseng etnik
Di London, peniaga-peniaga kecil keturunan Turki dan Kurd sering menjadi mangsa kepada samseng kaum sendiri, dan bukan samseng etnik lain, yang datang memeras wang perlindungan.
Pada tahun 2002, dianggarkan seramai 30,000 orang wanita Albania dipaksa menjadi pelacur di Eropah Barat. Siapa yang menculik dan menyeludup mereka dari kampung halaman ke kota raya asing? Tidak lain tidak bukan samseng dari Albania.
Ini bukan sesuatu yang ganjil. Sebaliknya, ini kelaziman hampir di seluruh dunia, kalau terdapat geng samseng yang berasaskan etnik, mereka sering akan memangsakan “orang sendiri” dahulu, dan kurang mengganggu “orang asing”.

Lawak Ahad: Obama sokong pentadbiran Najib, kata Tengku Adnan..ha..ha..ha..ha..!!!

Tindakan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang berdiam diri dalam isu Akta Hasutan negara ini, walaupun dikritik akhbar berpengaruh di negara itu, membuktikan beliau menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian mengulas lidah pengarang akhbar The Washington Post semalam yang menggesa Obama berpegang pada janjinya mempertahankan demokrasi dengan mengalihkan pandangan kepada apa yang berlaku di Malaysia.
 "Sekarang kita tahu hakikatnya – yang Obama menyokong apa saja tindakan Najib. Semua cerita ini kerja pembangkang. Memang tujuan mereka membuatkan negara kita nampak buruk di mata dunia," kata Tengku Adnan. 
Setiausaha agung Umno itu juga berterimakasih kepada Obama kerana menyokong tindakan Najib sebagai seorang pemimpin negara berbilang bangsa dan agama. "Apa saja yang dilakukan Najib, ia untuk kebaikan negara ini," katanya selepas merasmikan program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Merujuk ucapan beliau di PBB pada September, Washington Post memetik Obama yang menjanjikan "satu kempen yang lebih kuat mempertahankan demokrasi," dan meningkatkan pembelaan terhadap aktivis yang dianiaya dan "menentang usaha kerajaan asing menyekat kebebasan berhimpun secara aman, menubuhkan persatuan dan berucap."

Ku Li: Surat terbuka kepada ahli Parlimen

Tengku Razaleigh Hamzah


Dengan penuh takzim kepada Yang Berhormat sebagai ahli Parlimen yang bertanggung jawab ke atas kepentingan rakyat yang kita sayangi, saya mengutus surat ini mengenai beberapa isu ekonomi yang kritikal dan sedang melanda negara kita sekarang.
Isu-isu ini meninggalkan kesan dan padahnya terhadap rakyat masakini serta generasi akan datang. Saya sengaja mengelak cara yang lazim digunakan dalam memperkata perkara sebegini rupa melalui debat Belanjawan 2015 yang dikemukakan Kerajaan di Dewan Rakyat. Di sebaliknya, saya memilih cara ini demi menekankan betapa tenatnya masalah yang kita hadapi. Saya percaya kesan buruk akibat cadangan Belanjawan ini akan dirasai kelas menengah, para graduan dan pekerja baru serta kumpulan berpendapatan daif. Walaupun Belanjawan 2015 menyokong “ekonomi rakyat”, ia seolah-olah tidak diberi keutamaan berbanding dengan “ekonomi kapital”.
Perspektif ekonomi kini menunjukkan negara kita menuju ke arah yang salah. Hala pergerakan ekonomi masakini mungkin tidak dapat dipertahankan. Sekiranya ia tidak dibendung dan diatasi, kita mungkin terjerumus ke kancah krisis yang kita tidak perlu dan amat susah diatasi. Ia juga akan membebankan rakyat jelata serta mengancam keamanan, kemakmuran dan keselamatan negara kita.

Belanjawan 2015 mengunjurkan kadar pertumbuhan KDNK tahun depan sebanyak lebih kurang lima hingga enam peratus, seperti yang dijangkakan Program Transformasi Ekonomi. Ini dianggap mencukupi demi melonjakkan kita ke tahap negara maju pada tahun 2020. Bagaimanapun ramalan ini mungkin terlalu optimistik memandangkan terdapatnya ancaman terhadap ekonomi dunia, dan pertumbuhan ekonomi kita yang bergantung kepada pasaran luaran dan keyakinan serta minat asing terhadap ekonomi kita. Seperti tercatat dalam Laporan Ekonomi 2015, ada wujudnya downside risk yang mungkin berlaku yang boleh mendorongkan kejutan ekonomi terhadap sistem politik kita. Lebih daripada itu, angka-angka ini melindungi beberapa peringatan tersembunyi. Saya rasa selama ini Kerajaan mengenepikan isyarat mengenai perubahan ekonomi dunia yang bermula dengan krisis subprime 2008 mengenai pinjaman rumahan di Amerika Syarikat dan masalah hutang negara di Eurozone yang kemudiannya beralih ke Asia disebabkan kelembapan ekonomi China dan pengukuhan semula ekonomi India Kerajaan Modi. Krisis yang dijangka ini akan menyentuh semua pihak kecuali negara yang bersedia daripada segi ekonomi untuk mempertahankan diri.
Berkenaan dengan pengurusan fiskal negara kerajaan, kemungkinan saat genting dicetuskan kejatuhan ekonomi luaran seperti jatuhnya nilai Dolar AS atau kemungkiran pembayaran hutang badan-badan peminjam yang dijamin kerajaan akan mengakibatkan ketahanan kewangan kita terjejas. Secara kasarnya, ketahanan untuk sesuatu tahun (samada ia boleh dibiayai keluaran semasa serta dengan aliran masuk kewangan asing bersih) ialah jumlah hutang kerajaan (pada 2014 lebih kurang RM41 bilion) serta pinjaman perniagaan dan pinjaman isirumah tertunggak (sekarang berjumlah RM1,273 bilion) – yang berjumlah RM1,314 bilion – hendaklah tidak melebihi lima kali ganda jumlah hasil kerajaan (iaitu 5 X RM225 bilion = RM1,125 bilion). Jelas di sini garis panduan ini dilanggar!
Sebahagian besar defisit kerajaan dan jumlah hutang negara terlalu banyak yang menyusahkan pinjaman seterusnya (debt overhang) timbul melalui belanjawan pengendalian serta perbelanjaan cukai untuk menyokong penggunaan bagi mencapai pertumbuhan; umpamanya melalui pemberian BR1M dan juga untuk membiayai gaji sektor awam, subsidi dan pencen. Peruntukan berdasarkan penggunaan ini bersama dengan subsidi makanan dan tenaga tinggi kepada industri dan kepada umum demi menanggung permintaan terkumpul dengan sendirinya tidak dapat dipertahankan. Perbelanjaan sebegini rupa untuk menggalakkan ekonomi tidak menambah peningkatan kapasiti melalui pelaburan yang perlu untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi masa depan. Tetapi dalam masa lima tahun lepas Kerajaan masih lagi menyuntik wang untuk memacu ekonomi pump priming bagi menampung pertumbuhan hasil yang lemah yang merangkumi eksport. Saya rasa adalah lebih baik peruntukan ditujukan untuk mengembang sektor pertanian untuk tujuan menampung keselamatan makanan (food security) dan membendung pengaliran keluar tukaran asing melalui import makanan. Ini lebih bermanfaat bagi mendokong sarahidup rakyat sewaktu kecemasan ekonomi.

Nafas baru kebangkitan mahasiswa di Malaysia

Amin Iskandar

Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah atas keberanian mahasiswa Universiti Malaya (UM) merempuh pintu pagar universiti yang dikunci pentadbir untuk menghalang program dianjurkan Isnin lalu. Itu sahaja cara untuk “mengajar” pihak pentadbir universiti yang melayan mahasiswa seperti kanak-kanak sekolah rendah belum "akil baligh". Jika pemimpin kerajaan dibenarkan bercakap di universiti, tidak salah sekiranya mahasiswa mahu menjemput pemimpin pembangkang untuk melakukan perkara sama.
Di negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, kehadiran pemimpin pembangkang ke universiti bukanlah satu masalah besar seperti di Malaysia. Di United Kingdom, tempat “kegilaan” menteri-menteri Malaysia menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran sama juga keadaannya. Tidak ada halangan untuk mahasiswa menganjurkan program-program melibatkan pemimpin pembangkang.
Cuma di Malaysia ianya dianggap satu jenayah besar dan perlu dihalang. Mungkin juga inilah sebab mengapa menteri-menteri Malaysia tidak percaya dengan universiti tempatan dan menghantar anak mereka belajar di luar negara.
Di Malaysia juga, parti memerintah negara menganggap universiti hanya seperti “kilang” untuk melahirkan graduan-graduan bagi memenuhi sektor pekerjaan.
Marah dengan kejayaan mahasiswa “mengambil alih” universiti untuk meneruskan program bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, UM bakal mendakwa Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dengan sembilan pertuduhan pada 7 November ini. Selain itu, lapan rakan-rakannya yang terlibat menganjurkan program tersebut akan turut didakwa di hadapan Lembaga Disiplin universiti pada hari sama. UM yang ditertawakan orang ramai kerana sikap “keanak-anakan” pentadbir universiti Isnin lalu dalam berdepan dengan kedatangan ketua pembangkang nampaknya masih belum belajar daripada kesilapan, malahan bertindak dengan “kuku besi.”

Yang ada otak & akal bolehlah menilai watak sebenar Saiful dlm kes Fitnah Liwat II.