Sabtu, 1 November 2014

UM jangan ikut perangai BN, jadikan universiti tempat ‘cuci otak’ mahasiswa

KULAI, 1 NOV: Ketika penilaian pendidikan Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah tercicir berbanding Korea Selatan dan Singapura, BN cuba menghalang mahasiswa di negara ini daripada berfikiran kritikal.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, tindakan tatatertib dan surat tunjuk sebab kepada Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan lapan pelajar lain sangat dikesali.
“Pentadbiran Universiti Malaya perlu menggugurkan dakwaan ke atas pelajar ini jika tidak mahu dilihat sebagai cerminan kepada sikap Barisan Nasional yang hanya mahu mengawal dan ‘mencuci otak’ mahasiswa.
“Sedangkan sebagai mahasiswa dan generasi baru, mereka seharusnya dipupuk dan dibimbing untuk berfikiran kritikal agar berdiri sama tinggi seiring negara maju dalam usaha pencarian ilmu pengetahuan,” kata Kit Siang pada sebuah forum di Kulai, hari ini.
Semalam, Presiden PMUM Fahmi Zainol dan lapan yang lain menerima surat jawatankuasa disiplin dan berdepan sembilan pertuduhan berhubung himpunan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan Dewan Tunku Canselor.
Antara pertuduhan dikenakan keatas Fahmi ialah menganjurkan perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor dan menjalankan urusan yang ‘merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti’ di kampus.
Perhimpunan ‘Dari UM ke penjara’ yang dianjurkan PMUM 27 Oktober lalu disertai lebih 2,000 mahasiswa dan aktivis, selepas berjaya memasuki pintu pagar utama arah Kuala Lumpur yang dihalang pihak pentadbiran.

Hutang PTPTN RM80,000: Ibu bapa marah 86 pelajar kejururawatan gagal

Laporan muka depan akhbar Thinakural mengenai perang mulut antara pengurusan kolej dan ibu bapa ekoran pengumuman kegagalan 86 pelajar tahun akhir kejururawatan di sebuah kolej swasta.
Laporan muka depan akhbar Thinakural mengenai perang mulut antara pengurusan kolej dan ibu bapa ekoran pengumuman kegagalan 86 pelajar tahun akhir kejururawatan di sebuah kolej swasta.
Tindakan sebuah kolej swasta di ibu negara yang mengumumkan kegagalan 86 pelajar kursus kejururawatan tahun akhir baru-baru ini mengundang kemarahan ibu bapa pelajar terbabit.
Berikutan itu satu perjumpan khas antara pengurusan kolej serta ibu bapa telah telah berlangsung.
Malangnya kolej itu menjelaskan ia tidak boleh bertanggungjawab ke atas kegagalan pelajar berkenaan dengan mendakwa mereka gagal menepati peraturan standard dan syarat kelayakan yang ditetapkan Lembaga Kejururawatan Malaysia.
Kesemua 86 pelajar berkenaan telah mengikuti program pengajian kejururawatan selama empat tahun dan lulus dalam semua peperiksaan pada setiap semester atau penggal, lapor akhbar Thinakural.
Namun, keputusan peperiksaan akhir itu mengejutkan pelbagai pihak khususnya ibu bapa pelajar yang kini mula mempersoalkan kredibiliti kolej tersebut.
Ibu bapa berkata, anak-anak mereka pada awalnya telah mengikuti kursus asas dengan yuran sebanyak RM10,400 pada tahun 2009 sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana pada 2009 menerusi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM80,000 seorang.

It’s time for new student activism, says Kit Siang

The DAP leader decries brainwashing and calls for encouragement of critical thinking.

demo mahasiswa
GELANG PATAH: DAP today called for a return to student activism in national affairs, saying this would encourage critical thinking among students.
Speaking at a DAP forum here, party adviser Lim Kit Siang accused the government and university administrators of “controlling and brainwashing” students instead of grooming them into citizens who could think and be critical.
He called on university administrators to encourage and not “cripple the development of critical faculties” in students. He said they should do this in a non-partisan way, without taking the side of either BN or Pakatan Rakyat.
Commenting on Universiti Malaya’s intention to discipline students who rallied for Opposition Leader Anwar Ibrahim last Monday, he said such actions “must be deplored” because they manifested an approach to controlling the minds of students.
“Malaysian education, whether primary, secondary or university, is facing a prolonged crisis, which is translated into lesser competitiveness for Malaysia,” he said.
“It is a real shame that Malaysia is behind South Korea by 19 years and Singapore by 35 years in productivity, when Malaysia started off on almost equal footing five decades ago.
“International educational assessments for primary and secondary students showed that Malaysian students are among the lowest one-third of international benchmarks while our universities have lost out in international comparisons, omitted from the most prestigious world top university rankings.
“This is because our educational system has failed to produce students with critical and higher-order thinking faculties.”

Najib akui sangat malu BN digelar pembangkang di Selangor

najib sakit kepalaKUALA LUMPUR 1 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengakui beliau sangat malu apabila Barisan Nasional (BN) dipanggil sebagai pembangkang di Selangor.
“Saya rasa letih dan sangat memalukan apabila kita (BN) dipanggil pembangkang.
“Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga,” katanya dalam ucapan di konvensyen Umno Selangor dipetik media hari ini.
Ekoran itu, beliau mahu anggota BN supaya berani membuat perubahan bagi merampas semula negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
BN sehingga PRU ke-13 lalu masih kempunan untuk menawan kembali Selangor yang merupakan negeri termaju.
Walaupun Pakatan Selangor diasak dengan pelbagai tohmah, BN tetap terus tewas sejak Selangor diambil alih Pakatan pada PRU 2008.

Tolak persempadanan semula kawasan DUN Sarawak

persempadanan semulaKUALA LUMPUR 1 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak digesa menolak cadangan persempadanan semula Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di negeri itu yang dijangka dibahaskan di DUN Sarawak mulai 11 hingga 19 November ini.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, DUN Sarawak telah menerima Draf Rang Undang-Undang persempadanan semula KADUN negeri Sarawak yang mencadangkan penambahannya dari 71 ke 82 kerusi.
Katanya, penambahan kerusi DUN tersebut akan menyebabkan suara, kuasa dan pengaruh Adun semakin berkurang.
“Saya ingin menyeru Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak baik dari Pakatan Rakyat atau BN (Barisan Nasional) untuk menolak sebarang penambahan kerusi DUN.
“Semakin ramai Adun, semakin hebat persaingan untuk meminta peruntukan kawasan masing-masing khususnya dari kawasan luar bandar dan pendalaman.
“Akibatnya, peruntukan untuk memenuhi permintaan Adun pun akan berkurangan kerana peruntukan tidak akan mencukupi untuk Adun yang semakin bertambah,” katanya dalam kenyataan.
Tze Tzin yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, penambahan 11 kerusi itu sangat drastik kerana pihaknya sebelum ini menjangkakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan menambah paling banyak enam kerusi DUN Sarawak sahaja.

" Pembohongan Besar PM Najib Berkenaan TNB Terdedah "

"TNB Mencatatkan Keuntungan Bersih Tertinggi Dalam Sejarah"

"Alasan Naik Tarif Elektrik Oleh PM Pembohong Pada Mei Lepas"
Memang sahlah terbukti Najib Razak seorang yang pembohong besar. Pada tahun ini dalam satu artikel berita harian dia pernah menyatakan tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi TNB dari kerugian tetapi artikel ini telah pun dipadamkan dari BH Online.

Hakikatnya TNB untung lagi malah meningkat pada tahun ini kerana kenaikan tarif elektrik yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Korang bacalah berita bawah ni ;

Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2014, meningkat kepada RM6.4 bilion daripada RM5.4 bilion dalam tahun kewangan lepas.

Hasil meningkat kepada RM42.79 bilion daripada RM37.13 bilion sebelumnya, kata syarikat utiliti nasional itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

 
TNB berkata kenaikan keuntungan bersih itu adalah hasil daripada pengurangan kadar cukai korporat dan peruntukan masuk kira semula bagi sebuah anak syarikat yang merupakan perkara tidak berulang, yang dimasuk kira ke dalam Tahun Kewangan 2014.

   
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata TNB melabur perbelanjaan modal yang besar sebanyak RM10 bilion berbanding RM8.5 bilion tahun lepas.

    

"Daripada RM10 bilion perbelanjaan modal itu, RM4.9 bilion adalah bagi penyenggaraan dan penambahbaikan sistem bagi memastikan sistem yang cekap, selamat dan terjamin," katanya pada taklimat bagi mengumumkan keputusan kewangan syarikat itu di ibunegara semalam.



Harga minyak dunia turun, Kerajaan patut turunkan harga RON95

SHAH ALAM 1 NOV: Kerajaan Pusat patut menurunkan harga minyak RON95 ekoran harga minyak global mencatatkan penurunan.
harga-minyak-naik-20-senAhli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, Kerajaan Pusat perlu menyatakan pendirian memandangkan tindakan mereka bercanggah dengan trend harga minyak mentah di peringkat global.
Katanya, Kerajaan Pusat juga tidak patut mengenakan cukai jualan petroleum bagi mendapatkan keuntungan disebabkan keuntungan kecil dari Petronas.
“Bajet 2014 menjangkakan harga minyak mentah berada pada paras AS$110 setong sementara Bajet 2015 menjangkakan AS$105 setong. Namun harga semasa berada pada paras AS$80 hingga AS$85 setong.
“Kejatuhan harga minyak dan pengurangan subsidi menyebabkan pendapatan kerajaan jatuh sekurang-kurangnya 30%, yang datangnya dari keuntungan berkaitan petroleum Petronas,” katanya dalam kenyataan media.
Liew berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menolak cadangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan untuk mengenakan cukai jualan petroleum jika harga minyak global terus turun.
Katanya, tidak adil kepada rakyat jika cukai jualan dikenakan apabila harga minyak mentah jatuh di bawah harga jualan semasa.
“Najib mesti menolak pilihan itu,” katanya.

SIS Haram: Keputusan MAIS harus dihormati – Azmin

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas pengharaman SIS oleh Majlis Agama Islam Selangor.
azmin300SERDANG : Menteri Besar Selangor , Mohamed Azmin Ali menyatakan keputusan pengharaman badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) harus dihormati oleh semua pihak.
“Majlis fatwa telah membuat keputusan dan saya ingatkan agaar asas keputusan itu harus dihormati,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengharaman Sisters In Islam oleh MAIS selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-38 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan SIS telah memfailkan semakan kehakiman ke atas satu fatwa dikeluarkan oleh MAIS yang mengharamkan kumpulan wanita Islam itu.
SIS menyatakan bahawa pihaknya hanya mengetahui perkara itu melalui carian e-fatwa MAIS pada 20 Oktober lepas.
Fatwa tersebut memutuskan SIS sebagai sebuah pertubuhan haram kerana didakwa menyebarkan fahaman agama “liberal dan pluralisme”.
Pertubuhan wanita tersebut juga mendakwa bahawa mereka langsung tidak dimaklumkan atau dipanggil berbincang sebelum fatwa tersebut disiarkan pada 31 Julai lepas.

Zahid salahkan Kastam rampas bahan Kristian bagi Sabah, Sarawak

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyalahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana merampas bahan Kristian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Sabtu lalu. Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri itu mahu penyelarasan yang lebih baik antara penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan insiden tersebut tidak berulang. "Rampasan itu tidak dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ia tindakan Jabatan Kastam semasa urusan masuk dan keluar di klia2.
"Pada pendapat kementerian ini, bahan itu hendaklah dikembalikan kerana ia dimaksudkan untuk pengedaran di Sabah dan Sarawak," kata Zahid. Kastam merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Kewangan. Berikutan bantahan yang dibuat ekoran rampasan itu, KDN semalam berkata buku-buku dan cakera padat (CD) Kristian yang mengandungi perkataan Allah itu akan dikembalikan kepada paderi dari Sabah yang berkenaan kerana ia bagi kegunaan di Sabah.
Ketua Bahagian Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar memberitahu The Malaysian Insider, pemiliknya Maklin Masiau, sudah dihubungi dan barangan itu akan dikembalikan kepadanya.
Beliau berkata semalam, barangan itu dirampas Kastam kerana suspek yang membawa buku itu tidak mempunyai permit sah bagi penerbitan import, di mana ia merupakan prosedur biasa bagi mana-mana terbitan buku luar di bawa masuk dalam negara. Katanya, jika seseorang individu hanya membawa satu atau dua buku, Kastam tidak akan membuat penahanan.

PM Umno kata "letih, malu" BN digelar pembangkang S'gor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau “letih” dan “malu” setiap kali BN digelar sebagai pembangkang di Selangor.

"Saya rasa letih dan sangat memalukan apabila kita (BN) dipanggil pembangkang.

"Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga,” katanya dalam ucapan di konvensyen Umno Selangor hari ini.

Oleh itu, anggota parti berkenaan perlu berani membuat perubahan bagi merampas semula negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.


Halal & Haram...Only in 1Malaysia


KERAJAAN UMNO@BN TAKUT KPD SENARAI ORG YG TERKAYA DI BERI GERAN TNH MILIKI ORG TERSUSAH KG.CHUBADAK .....



Hujah Hari Pertama Shafee Tidak Gugat Keyakinan Anwar, Hanya Fantasi Seks..!!

Mengikuti hujah yang dibentangkan oleh pihak pendakwa kes rayuan liwat melibatkan Anwar Ibrahim pada hari pertama semalam, tentunya ramai yang bersetuju bahawa persembahan Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan agak mengecewakan.

Hujah-hujahnya menepis kredebiliti Saiful Bukhari yang ditimbulkan Gopal Sri Ram, isu konspirasi politik  yang dibangkitkan Surendran dan pencemaran sampel DNA yang tidak disimpan dalam peti sejuk sebagaimana yang dipertikaikan oleh Ramkarpal, tidak ada yang di luar jangkaan dan hanyalah bersifat biasa-biasa saja.

Sebaliknya yang ditimbulkan Shafee dengan ghairah ialah mengenai aksi seks antara Anwar dengan Saiful yang didakwanya berlaku dengan kasar dan diikuti dengan tindakan Ketua Pembangkang itu menyemburkan air maninya ke dalam dubur bekas pembantunya itu.

Juga disensasikan ialah mengenai suit mahal jenama Brioni yang dihadiahkan Anwar kepada Saiful serta pemberian elaun ketika bertugas di luar negara sebagau asas yang didakwa wujudnya hubungan kemesraan antara mereka.

Dan sebagaimana yang diduga oleh Anwar bahawa fantasi seks yang ditimbulkan itu adalah semata-mata untuk menjadi mainan Utusan dan TV3, semua media konservatif dan media baru kemudiannya menyambut isu itu dengan meriah sekali. Ia juga diulang-ulang dengan pelbagai analisa, persepsi dan tokoh-tambah.

Meskipun Shafee juga menyatakan pembentangannya pada hari pertama hanya meliputi antara 25 hingga 30 peratus daripada keseluruhan fakta yang bakal dibentangkannya, beliau sama sekali tidak cuba menyanggah mengenai penemuan doktor bahawa tiada penembusan pada dubur Saiful itu.

Rayuan dua Adun, Majlis Syura PAS putus esok

KUALA LUMPUR: Rayuan terhadap penggantungan keahlian Adun PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) akan diputuskan Majlis Syura Ulamak PAS yang akan bermesyuarat esok.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, beliau telah menerima surat rayuan yang dikemukakan kedua-dua adun tersebut Isnin lalu.

"Mesyuarat Majlis Syura pada 2 November ini (esok) akan menentukan sama ada rayuan yang dikemukakan oleh mereka akan diterima atau sebaliknya," katanya dipetik sebuah portal.

Beliau memaklumkan mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut esok dijadual dipengerusikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jawatankuasa PAS pusat pada 11 Oktober lalu membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.

Ianya ekoran tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang dilihat bertentangan dengan pendirian Majlis Syura Ulamak dan Presiden PAS.

Fahmi jadi 'ketakutan' baharu pentadbiran kampus

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato di dalam kampus Universiti Malaya (UM), Presiden Persatuan mahasiswa UM, Fahmi Zainol mula mendapat perhatian.

Beliau yang kini berhadapan sembilan pertuduhan oleh pentadbiran UM ekoran penganjuran pidato Anwar itu, juga mula 'digeruni' pihak pentadbiran universiti-universiti lain.

Sejak awal minggu lalu, beberapa universiti utama di Lembah Klang mula mengeluarkan arahan tidak membenarkan Fahmi masuk ke kampus mereka, dan melarang pelajar mereka menghadiri program bersamanya.

Menurut Fahmi, antara kampus terbabit termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Selepas tidak dibenarkan masuk di UIA, UKM dan UPM, kini tiba giliran UPSI pula menerima arahan perintah "terkurung".

"InsyaAllah dalam esok malam ke USIM dan hari seterusnya ke UITM Shah Alam," katanya di Facebook.

Semalam Jawatankuasa Disiplin Pelajar UM mengeluarkan surat tindakan tatatertib terhadap Fahmi ekoran perhimpunan bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini.

Surat itu juga memaklumkan bahawa Fahmi berdepan sembilan pertuduhan dan diminta hadir ke perbicaraan kes itu pada 7 November.

Berikut adalah pertuduhan yang dikenakan kepada beliau:

1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di kampus.

5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di kampus.

6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.

7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober.

Kapitalis Kotaraya: Rumah diroboh, penduduk terpaksa huni pondok

Satu keluarga di Kampung Chubadak Tambahan terpaksa menghuni satu pondok sementara selepas rumah mereka dirobohkan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu lalu.

Seorang daripadanya, Wahidah Saleh, 70 atau lebih mesra dipanggil Opah Wahidah berkata mereka merupakan peneroka asal di kampung yang dibuka sejak 45 tahun lalu.

Beliau kecewa kerana penguatkuasa tetap merobohkan rumah tersebut walaupun selepas mereka menunjukkan satu surat kebenaran mahkamah pada 1998

Dalam dokumen berkenaan, hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur dalam penghakiman bertarikh 31 Julai 1998 memutuskan bahawa warga berkenaan dibenarkan menetap di tanah tersebut.

Mahkamah juga memutuskan mereka sebagai pemegang lesen sah dan dibenarkan untuk terus menetap di tanah berkenaan dengan persetujuan kerajaan negeri.

“Saya tinggal di kampung ini dah 45 tahun bukan baru-baru ni, selepas bernikah saya terus tinggal sini.

Nasib melayu tahun 2017


PARTI MEMERINTAH : UMNO

KADAR HUTANG NEGARA SEMASA : 2 TRILION

HARGA MINYAK RON95 : RM6.80 SELITER


MELAYU PENDATANG 

KISAH MELAYU SATU MASA DAHULU

SATU MASA DAHULU.....

MELAYU MEMILIKI TANAH SENDIRI....

RUMAHNYA BESAR....

SEKITAR TANAHNYA LUAS....

DIWARISKAN TURUN TEMURUN....

MELAYU DAHULU MAMPU BERKEBUN HASIL TANAMAN....

MELAYU DAHULU MAMPU MENTERNAK HAIWAN BELAAN.....

MELAYU DULU BANGSA MERDEKA.....

MELAYU DULU BUKAN BERHUTANG....

MELAYU DULU BERSATU PADU.....

DATANG NYA PENJAJAH..... SEMUA KEISTIMEWAAN MELAYU HILANG.....

KINI PENJAJAH SUDAH TIADA....

TETAPI NASIB MELAYU MASIH TIADA BERUBAH....

PENGGANTI PENJAJAH SAMA WALAU TIADA SERUPA....
SUDAH MAHU MASUK 60 TAHUN.... NASIB MELAYU BELUM TERBELA....

KINI APA YANG ADA SEMAKIN TERGADAI.....

PULAU UTARA SUDAH LAMA HILANG.....

TANAH DI TENGAH IBUNDA PERTIWI SUDAH SEMAKIN MENGHILANG....

KINI TANAH DISELATAN JUGA DALAM PROSES YANG SAMA....

MUNGKIN SATU HARI MELAYU SENASIB PALESTIN BARU MAHU TERGADAH KESAL AGAKNYA......

OH MELAYU KU.........


Mampukah Najib menangguhkan GST?


Kritikan Tengku Razaleigh Hamzah pada saat-saat ini sangat menggugat kedudukan kerajaan Persekutuan.
Selaku mantan menteri kewangan, beliau masih punya pengaruh politik yang luas dan pandangannya masih berbisa dalam urus tadbir kewangan negara.
Belanjawan 2015 merupakan ikhtiar Datuk Seri Najib Razak bagi mengimbang tuntutan fiskal dan keperluan rakyat. Dewan Rakyat sedang sengit membahaskan belanjawaan ini.

Cukai barangan dan perkhidmatan atau GST, antara peruntukan penting dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Sebagai sebuah sistem percukaian yang berasas-meluas (broad-based) yang kononnya lebih adil, pentadbiran Najib berkempen agresif bagi rakyat terima propaganda mereka. Betul, ia sedikit membebankan rakyat, dakwa mereka, tetapi slogan dan tagline kempen BN adalah ‘GST baik untuk anda dan akan membantu rakyat’. Lebih berani lagi, ada tagline yang berbunyi ‘GST menurunkan harga barangan dan perkhidmatan’.
Peliknya, Najib tahu mereka berbohong lalu bagi mengurangkan beban yang bakal ditanggung rakyat, kerajaan prihatin Najib dan Barisan Nasional meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pelbagai pengurangan cukai pendapatan peribadi dan korporat.
Dalam surat setebal 16 mukasurat yang diedarkannya, Ku Li (panggilan mesranya) memohon semua ahli Parlimen menyokong usulnya untuk GST ditangguhkan. Ku Li lantas mengecam Najib sebagai tidak peduli rakyat atau ‘uncaring’!
Bagai dek kata, kalau Najib punya kawan seperti Ku Li dalam BN, maka dia tidak lagi memerlukan seteru dan musuh seperti Pakatan Rakyat.
Penulisan ringkas ini bertujuan mengukuhkan saranan dan usul Ku Li.
Gesaan Ahli Parlimen Gua Musang supaya GST ditangguh selari dengan Bajet 2015 Pakatan Rakyat. Kedua-dua Pakatan Rakyat dan Ku Li tidak menolak GST sebagai sistem cukai yang punya kebaikan tersendiri berbanding sistem cukai lama Jualan dan Perkhidmatan atau SST.
Namun perlaksanaan secara gelojoh bakal membeban rakyat. Juga, beberapa syarat ketat mengikut perspektif Pakatan Rakyat wajar dan wajib dipenuhi dahulu.

Banyak Tanah Rizab Melayu terlepas kepada pihak lain

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras)  menegaskan Tanah Rizab Melayu (TRM)  pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu.

Namun, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid penghakisan TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali.

"Malah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu," ujar beliau dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengambil perhatian berat isu Tanah Rizab Melayu (TRM) yang baru-baru ini dibangkitkan semula.

Pengambilalihan TRM dengan begitu banyak namun tidak diganti sebagaimana sepatutnya mengikut Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan, tidak sepatutnya berlaku.

Pihak berkuasa negeri nampaknya tidak sensitif mengenai implikasi jangka panjang yang bakal dihadapi apabila aset tanah orang Melayu terhakis. Kesannya akan juga melibatkan masa depan aset umat Islam di negara ini akan terjejas.

Kami menegaskan TRM pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu. Namun penghakisan TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali. Salah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu.

Kalau Anwar ke penjara, Azmin dan geng boleh ambil alih, kata Economist

Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke penjara selepas kes rayuan Liwat II beliau selesai minggu depan, hukuman itu bukan hanya akan menjadikan beliau seorang syahid, tetapi juga memberi peluang pemimpin muda PKR lain untuk menyinar, kata The Economist hari ini.
Menurut lidah pengarang akhbar itu, Barisan Nasional menggagalkan cita-cita politik Anwar selama 16 tahun – sejak kejatuhannya semasa bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 – dan kes beliau di Mahkamah Persekutuan minggu ini "kelihatan seperti penghujung jalan" bagi pemimpin berusia 67 tahun itu.
Tetapi, hikmah di sebaliknya, kata akhbar itu, ialah ruang bagi pemimpin muda dalam PKR seperti Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar, mengambil alih tampuk kepimpinan dan membuktikan kemampuan mereka.  Daripada ketiga-tiga mereka, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR Azmin dilihat sebagai yang paling cerah masa depan.
 "Dia bermula sebagai setiausaha peribadi Anwar selama berada dalam kerajaan dan terbukti seorang timbalan yang setia. Tetapi pemimpin berusia 50 tahun ini sudah bersedia untuk keluar dari bayang-bayang mentornya," kata akhbar itu.
Azmin bukan hanya lebih berpengalaman daripada Nurul Izzah, anak Anwar dan naib presiden PKR, beliau juga “pemenang” dalam episod “langkah Kajang”, yang diilhamkan Rafizi, yang berakhir dengan Azmin memegang jawatan menteri besar Selangor.
Jika Azmin dapat membuktikan kepada pengundi dia boleh mentadbir Selangor dengan cekap, maka dia mungkin boleh memperolehi apa yang mentornya tidak berjaya lakukan: mengambil alih kepimpinan negara sebagai perdana menteri.

Aktivis pelajar Malaysia mahu tebus peranan kuasa ketiga

Mereka dari keluarga, agama dan kumpulan etnik berbeza, tetapi memiliki kepercayaan yang sama – iaitu pelajar Malaysia perlu memainkan kembali peranan mereka sebagai kuasa ketiga dalam masyarakat awam.
 Inilah yang menyatukan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya kini dan membuatkan mereka bertegas mempertahankan pegangan mereka ketika hadir ke program kontroversi bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini. Tidak seperti pemimpin dua dekad yang lalu, mereka tidak didorong menjadi proksi atau ejen pengambilan ahli parti politik.
Mereka juga tidak berminat hanya berkempen tentang isu "orang muda." Mereka bosan diperlakukan oleh pentadbir universiti bagaikan kanak-kanak sekolah apabila universiti merupakan tempat di mana mereka harus belajar menjadi matang sebagai orang dewasa.

OIC: Tutup Masjid Al-Aqsa tindakan provokasi, langgar undang-undang antarabangsa

Masjid Al-AqsaKUALA LUMPUR 31 OKT: Penutupan Masjid al-Aqsa oleh pihak berkuasa Israel adalah tindakan duluan dan provokasi secara terang-terangan terhadap umat Islam, kata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Setiausaha Agungnya, Iyad Ameen Madani, berkata OIC mengutuk tindakan yang mencabuli hak beragama umat Islam di salah sebuah masjid paling suci.
“Ini adalah satu pelanggaran semua perjanjian antarabangsa, konvensyen Geneva dan prinsip undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.
Madani berkata Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas akibat daripada perbuatan itu dan mengingatkan peningkatan amalan perkauman seumpama itu akan memburukkan lagi keadaan di rantau berkenaan.
Beliau menuntut supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bertindak segera untuk mencegah pencerobohan berulang Israel di tapak suci umat Islam dan Kristian, di kawasan penempatan Baitulmaqdis.

Pemuda Pas kritik Sis cabar Majlis Fatwa


Muhammad Khalil Abdul Hadi 

SHAH ALAM - Pemuda Pas mengkritik tindakan Sister In Islam (Sis) yang mencabar fatwa pengharamannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga cuba mengheret badan itu ke mahkamah.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kebiadaban Sis yang mencabar pengharamannya kerana berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama adalah bahawa kumpulan tersebut menggerakkan agenda pemesongan ke atas ajaran Islam di negara ini.

“Malah, tindakan Sis itu mencabar institusi Raja-raja Melayu yang menjadi payung naungan Islam di negara ini serta Perlembagaan negara yang telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Ia sekaligus membuktikan Sis mengetuai gerakan untuk menyebarkan ajaran atas nama Islam secara terpesong tanpa menjejak kepada sumber hukum yang nyata yakni al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas ulama,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Pemuda Pas turut menyatakan sokongan terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut dan melahirkan kekesalan atas keengganan Sis untuk akur dengan keputusan berkenaan seterusnya bertaubat serta bermuzakarah dengan pihak berwajib bagi membetulkan kesilapannya.

Pastikan semua premis judi lumpuh - Polis Melaka

PDRM
MELAKA - Polis Melaka akan memastikan semua premis yang menjalankan aktiviti mesin judi Internet di negeri ini ditumpaskan melalui serbuan dan tindakan 'Op Dadu' yang giat dilaksanakan pasukan itu sehingga Ahad ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, selaras dengan usaha itu polis bersama pihak berkuasa tempatan dan agensi terlibat termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memeriksa 40 lagi premis yang dikesan menjalankan aktiviti mesin judi Internet di sekitar negeri.

Beliau berkata, operasi menggempur pusat mesin judi Internet di sekitar Melaka dijalankan secara bersepadu dan berterusan selaras dengan arahan yang dikeluarkan ketua polis negara pada 26 Oktober lepas.

"Kami percaya melalui operasi berterusan ini akan dapat melumpuhkan aktiviti mesin judi haram di Melaka dalam masa terdekat.

"Melalui operasi yang dilaksanakan sepanjang tahun ini didapati beberapa premis yang sebelum ini pernah diserbu telah menghentikan kegiatan tersebut," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Bandar Hilir di sini hari ini.

Keuntungan bersih TNB 2013 cecah RM6.4b..!!

Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2014, meningkat kepada RM6.4 bilion daripada RM5.4 bilion dalam tahun kewangan lepas.

Hasil meningkat kepada RM42.79 bilion daripada RM37.13 bilion sebelumnya, kata syarikat utiliti nasional itu kepada Bursa Malaysia hari ini.
  
TNB berkata kenaikan keuntungan bersih itu adalah hasil daripada pengurangan kadar cukai korporat dan peruntukan masuk kira semula bagi sebuah anak syarikat yang merupakan perkara tidak berulang, yang dimasuk kira ke dalam Tahun Kewangan 2014.
  
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata TNB melabur perbelanjaan modal yang besar sebanyak RM10 bilion berbanding RM8.5 bilion tahun lepas.
  
"Daripada RM10 bilion perbelanjaan modal itu, RM4.9 bilion adalah bagi penyenggaraan dan penambahbaikan sistem bagi memastikan sistem yang cekap, selamat dan terjamin," katanya pada taklimat bagi mengumumkan keputusan kewangan syarikat itu di ibunegara semalam.

Bajet 2015: Belanja pengurusan tinggi ketika rasuah kerajaan melebar, kata Ku Li

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengkritik Bajet 2015 yang memperuntukkan belanja pengurusan hampir 80% ketika rasuah dan ketirisan kerajaan melebar.
Bekas menteri kewangan itu berkata, sedekad lalu peruntukan pembangunan adalah  sekitar 30% tidak lagi dinikmati sekarang dan ianya semakin merosot.
"Bahagian peruntukan kemudahan asas ini kian merosot degan bertambahnya belanjawan pengendalian (pengurusan).

"Peruntukan pembangunan yang melebihi 30% sedekad dulu sekarang merosot menjadi hanya  lebih kurang 15% daripada jumlah cadangan belanjawan 2015," katanya dalam sepucuk surat kepada ahli Parlimen yang dikeluarkan semalam. Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet keenamnya bertemakan Ekonomi Keperluan  Rakyat, memperuntukkan sejumlah RM273.9 bilion.
Jumlah itu meningkat RM9.8 bilion berbanding peruntukan 2014.
Daripada jumlah itu, RM223.4 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus  manakala  RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Tengku Razaleigh yang juga dikenali  sebagai Ku Li mempertikaikan langkah tersebut,  membangkitkan isu rasuah dan ketirisan dalam kerajaan seperti yang dilaporkan Laporan  Ketua Audit Negara setiap tahun.
"Dengan pendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai pembaziran, perbelanjaan boros, kerugian tidak bertanggungjawab, ketidakcekapan mutlak serta amalan rasuah tegar kecilan dan besar-besaran, kita sebagai rakyat biasa dan pembayar cukai seharusnya dimaafkan sekiranya menunjukkan kemarahan tanpa had terhadap keadaan ini," katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, kerajaan sepatutnya menangani isu rasuah dan ketirisan yang menjadi punca kepada peningkatan belanja pengurusan.
"Kita seharusnya sudah berjaya meningkatkan kecekapan selama ini dan mengurangkan belanjawan pengendalian yang tinggi mendadak selama ini," katanya.

UM dakwa pemimpin pelajar‎ anjur program Anwar dengan 9 tuduhan


Universiti Malaya (UM) memulakan prosiding tatatertib terhadap pemimpin pelajar Fahmi Zainol kerana mengadakan perhimpunan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
 Fahmi berkata, beliau dimaklumkan oleh UM hari ini untuk menghadiri perbicaraan tatatertib di universiti pada 7 November. Katanya, surat berkenaan menyatakan universiti mengenakan 9 pertuduhan terhadapnya kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan itu.
 Pada Isnin, walaupun dihalang UM, ratusan peserta menyerbu pintu utama universiti berkenaan, membenarkan Anwar memasuki universiti yang pernah menjadi medan untuknya menuntut ilmu sebelum ini dan menyampaikan ucapan di depan kira-kira 2,000 khalayak.
Program itu, “40 tahun: Dari UM ke penjara” diisytiharkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, kerana ia akan mencemar imej universiti.
“Saya terima 9 pertuduhan manakala 8 pelajar lain yang bersama saya turut menerima surat daripada pengurusan UM tetapi dakwaan mereka tidak sebanyak saya,” katanya. Fahmi berkata, beliau dan 8 yang lain diarahkan menghadiri perbicaraan lembaga siasatan pada Jumaat.
Katanya, lembaga itu akan memutuskan sama ada mereka melanggar akta universiti atau tidak dan tindakan tatatertib akan diambil jika mereka didapati bersalah. Fahmi berkata, beliau berdepan kemungkinan dibuang daripada universiti.
PUTRAJAYA 31 Okt. - Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pernah menerima gangguan seksual daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkhidmat sebagai pembantu peribadinya selama empat bulan.
Sehubungan itu, beliau berhujah, kejadian liwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, bukan kali pertama berlaku ekoran gangguan seksual yang juga pernah dialami­nya di pejabat dalam tempoh tersebut.
Hujah Muhammad Shafee, perbuatan liwat lebih daripada sekali itu digambarkan melalui ketera­ngan Mohd. Saiful Bukhari bahawa Anwar memancutkan air mani ke dalam duburnya ‘seperti biasa’ apabila diminta membuat demonstrasi kejadian liwat itu.
Pendakwaan menghujahkan, perkataan ‘seperti biasa’ itu seolah-olah menggambarkan kejadian liwat itu pernah berlaku sebelumnya.
Selain itu, beliau menghujahkan, Penasihat Parti Keadilan Rak­yat (PKR) itu malah menyatakan hasratnya untuk meliwat mangsa pada hari kejadian dengan berkata “Can i f...k u today” sebelum mengarahkan mangsa memasuki bilik tidur.
Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan seorang peguam terkemuka menghujahkan, tidak mungkin Mohd. Saiful Bukhari mereka-reka cerita kerana Anwar merupakan idolanya serta mempunyai reputasi tinggi, berkarisma, dominan dan dihormati.
Selain itu, hujah Muhammad Shafee, tugas Mohd. Saiful Bukhari sebagai pembantu peribadi menjadikannya rapat dengan Anwar sehingga diberi kepercayaan me­nguruskan dokumen sulit serta berpeluang mengakses telefon peribadi bekas majikannya.
Hujah pendakwaan, mangsa tu­rut mendapat layanan istimewa sehingga berpeluang bercuti ke luar negara, diberi elaun dan sut yang mahal serta mendiami sebuah bilik khas di pejabat.
Hujah beliau, Anwar malah selalu menasihatinya berkaitan hal agama, berhubung dosa pahala serta mengingatkannya agar mengerjakan solat.
Sehubungan itu, hujahnya, bersandarkan kepada fakta mengenai hubungan rapatnya dengan Anwar, mustahil Mohd. Saiful Bukhari berbohong dan mengada-adakan cerita bahawa dia diliwat oleh Anwar pada tarikh yang menjadi intipati pertuduhan.
Muhammad Shafee menyata­kan, sudah pasti timbul tanda ta­nya mengapa Mohd. Saiful Bukhari bertindak meletak jawatan walau­pun mendapat semua keistimewaan yang boleh dicemburui oleh rakan sepejabatnya.
Mahkamah sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya itu, enam tahun lalu.
Panel tersebut juga akan mende­ngar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.
Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Penghujahan di hadapan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bersambung Isnin.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kejadian-liwat-bukan-kali-pertama-berlaku-8211-shafee-1.19340#sthash.li88h9uP.dpuf