Khamis, 30 Oktober 2014

Fitnah Liwat II: Hujah peguam buktikan wujud keraguan

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menyifatkan hujah yang dikemukakan Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal cukup kuat untuk membuktikan wujudnya keraguan dalam pendakwaan tersebut.

Beliau yang hadir mendengar rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini berkata, hujah peguam secara jelas menunjukkan ada gangguan terhadap bukti yang dikemukakan.

"Peguam telah memberikan hujah-hujan yang kononnya bahan bukti membolehkan Anwar disabitkan bersalah diragui tentang penjagaan bahan-bahan tersebut.

"Peguam berhujah tadi bahawa berdasarkan prinsip kehakiman, jika bahan bukti tersebut diragui tentang ianya telah diganggu atau tidak, maka prinsipnya tidak boleh mensabitkan bersalah terhadap tertuduh," katanya kepada Harakahdaily.

Tahniah peguam

Sementara itu, Anwar ketika bercakap kepada pemberita, yakin dengan hujah yang diberikan oleh peguamnya untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

"Penghargaan kepada peguam dari hari pertama sehingga keterangan terakhir. Kita mengharapkan keputusan yang sebaik mungkin.

"Melihat kepada hujah, tidak munasabah untuk mendapat keputusan sebaliknya," jelas beliau.

Fitnah Liwat II: Seluar dalam Saiful peningkan pendakwa?

Mohamed Hanipa Maidin

 Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu.
Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata "nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!" Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar.
Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.
Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan (penetration) ke dalam anus Saiful.
Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan.
Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.
Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan, tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau. Semua tahu 4 orang doktor, satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.
Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar
Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit, mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful. Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar.
Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah, menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat!
Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apakah lagi sehari selepas kejadian.

“Biarlah aku susah, janji UMNO menang”


apa ada umno bn pix

oleh MAHDZIR IBRAHIM

Kata-kata itu diluncurkan seorang warga ketika saya giat berkempen dalam PRU 13 yang lalu. Ia hanyalah adegan kecil dan terpencil yang masih saya ingat. Ketika itu, saya hanya tersengih-sengih mendengar ungkapannya. Yang benar, ungkapan itu bukan dibuat-buat, bukan direka-reka, sebaliknya ia ungkapan jujur seorang Melayu.
Jika boleh disimpulkan, ini adalah manifestasi kejayaan indoktrinasi politik UMNO ke atas kaum Melayu sejak berdekad yang lalu. Kita yakin, insan seperti ini ada ramai dalam negara ini.
Ungkapan tersebut telah menjadi bentuk pemikiran dan hujah yang dianggap rasional oleh mereka. Mereka ini tidak berdosa, mereka ini tidak menipu, penutur kata ini tidak mencuri apatah lagi memberi atau menerima rasuah. Sebaliknya mereka jujur, sejujur-jujurnya.
Mana saya tahu mereka ini tak rasuah? Kerana hidup mereka susah, mereka tidak pandai meminta-minta, mereka ini tak suka dikasihani, sanggup derita dengan titik peluh sendiri. Ini Melayu tulen, beb!
Ungkapan ideal ini adalah sama jika diungkapkan “Biarlah aku menderita, asal kekasihku bahagia.”
Bagi mereka, dunia mereka berpusing kerana kerja UMNO, Islam syumul kerana perjuangan UMNO dan mereka hidup adalah atas jasa UMNO. UMNO bagi mereka bukanlah suatu parti politik sebaliknya ‘kekasih atau pasangan hidup’ – tanpa UMNO binasalah mimpi indah mereka.
Begitu berakarnya UMNO dalam jiwa mereka. Akal? Dalam hal ini, akal jatuh ke tahap kedua, tak releven bercakap tentang akal dan rasional dengan kelompok Melayu sebegini. Tak perlu memaksa mereka menerima hujah rasional kita, sebaliknya kitalah yang perlu memahaminya untuk manfaat kita sendiri.
Saya tidak mahu mempertikaikan hujah dan pemikiran mereka sebaliknya saya ingin sekali memahami apa yang mereka rasa sebagai insan yang sanggup menderita kerana kepercayaan yang ditanam dalam benaknya.
Ini boleh berlaku ke atas sesiapa pun, parti apa pun, kerajaan apa pun dan kumpulan apa pun.
Kes ini membuatkan saya tertarik untuk memahami dan mengkaji bagaimana doktrin hebat ini berjaya. Mungkin dapatan saya ini tak releven, tetapi ia amat penting dalam memahami naratif Melayu dan politiknya.

Pengurusan 1MDB kurang cerdik, pecat kesemuanya!


pix tony pua kementerian kesihatan 1


KUALA LUMPUR, 30 OKT – Pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin sahaja sekumpulan individu yang begitu pendek akal sehingga membayar komisyen yang begitu tinggi kepada Goldman Sachs.
Untuk dua pinjaman berjumlah US$4.75 bilion (RM15.2 bilion), 1MDB membayar komisyen mencecah 10% kepada institusi perbankan tersebut. Sedangkan dalam banyak keadaan lain, komisyen bagi tujuan pendanaan sedemikian tidak pernah melebihi 2% daripada jumlah dana.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam kenyataannya awal minggu ini telah pun mempersoalkan perbuatan pelik 1MDB itu sambil mempersoalkan sama ada 1MDB begitu ‘bodoh’ untuk menyanggupi komisyen ‘cekik darah’ tersebut.
The Edge Financial Daily dalam laporan muka depannya semalam memberitakan bahawa pihak Goldman Sachs telah menafikan sebarang pembayaran dibuat kepada pihak ketiga, malah menegaskan bahawa bayaran yang termaktub dalam dokumen tawaran pinjaman 1MDB adalah bayaran standard untuk khidmat pihaknya.
Bagaimanapun GOldman Sachs enggan menerangkan kenapa kadar komisyennya begitu tinggi berbanding biasa.

KDN dan Polis digesa giat usaha banteras perjudian


LIEW-CHIN-TONG


KLUANG, 30 OKT: Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) menggiatkan usaha membanteras kegiatan perjudian di Johor, khususnya di daerah Kluang.
Kata Chin Tong, peningkatan jumlah premis judi terutamanya di daerah ini dibimbangi menyumbang kepada pertambahan pelbagai kes-kes jenayah.
“Semasa membuat tinjauan di kawasan Kluang dan berjumpa dengan pengundi, mereka mengadu bahawa salah satu penyumbang kepada kes-kes jenayah adalah pusat judi atau pusat hiburan,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan.
Terdahulu, polis Johor dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan bahawa seramai 1,673 individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian ditahan menerusi 3,611 serbuan dan pemeriksaan.
Operasi dan serbuan yang dibuat sejak Januari hingga 30 September membabitkan rampasan 3,832 mesin judi dan wang tunai berjumlah RM144,087.
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan pada 27 Oktober lalu menyatakan bahawa pihak berkuasa memerlukan ‘alat yang berkesan’ untuk membanteras kegiatan perjudian menerusi internet yang menular sejak kebelakangan ini.
Kata Khalid, pindaan undang-undang yang berkesan diperlukan sebagai satu proses pembanterasan jangka masa panjang.untuk membanteras kegiatan itu.

Taib Mahmud cuba halang buku pembalakan haram di Sarawak

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud menggunakan tindakan undang-undang menghalang pelancaran buku Moneg Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia di peringkat antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2014.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud melancarkan prosiding undang-undang untuk menghentikan pelancaran buku "Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia" di peringkat antarabangsa. Pengarang buku itu, Lukas Straumann berkata, Taib mengarahkan peguamnya di London dalam sebuah firma undang-undang, Mishcon de Reya, untuk menghentikan pelancarannya.
Katanya, dalam surat yang dihantar kepada penerbit Swiss beliau, Bergli Books, firma undang-undang itu menyatakan "sekiranya buku ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh penerbit terkemuka, ia akan menyebabkan kerugian dan kemudaratan yang tidak boleh dipulihkan kepada reputasi pelanggan kami".
Mischon de Reya menyatakan buku itu "menuduh pelanggan kami untuk menjadi 'zalim'; melakukan kejahatan; pendapatan berbilion dolar secara haram daripada perdagangan kayu; menyembunyikan kekayaan tersebut di luar negeri melalui syarikat palsu; melakukan salah satu kejahatan alam sekitar terbesar dalam sejarah; seorang 'diktator korup'; melanggar undang-undang dan peraturan antarabangsa; dan menggunakan keuntungan balak untuk memberi rasuah.
"Peguam Taib meminta Bergli Books tidak akan menerbitkan buku itu," katanya. Strausmann, pengarah NGO alam sekitar Switzerland, Bruno Manser Fund, berkata surat yang sama dihantar kepada syarikat berasaskan internet Amazon UK, menuntut Amazon tidak mengedarkan buku itu. Para pencinta alam sekitar Switzerland berkata, beliau menyangkal tuntutan Mishcon de Reya dan menyatakan "beliau tidak akan menarik balik walaupun satu perkataan kerana buku itu berdasarkan kajian yang diteliti dan dibuat berasaskan fakta".

Sokongan Najib jatuh 48%, akibat potong subsidi bahan api

Sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot 6% kepada 48% bulan ini hasil kaji selidik yang terakhir dilakukan pada Ogos, lapor Merdeka Center hari ini, memetik rasa tidak puas hati akibat pemotongan subsidi bahan api.
Najib mendapat 54% rating persetujuan pada Ogos, selepas ia mengambil alih operasi memulihkan penerbangan MH17, kotak hitam dan mangsa ketika pesawat Malaysia Airlines itu ditembak jatuh di Ukraine pada Julai. "Pada pandangan kami, penurunan dalam angka kedudukan itu mungkin akibat daripada langkah pengurangan subsidi bahan api pada 2 Oktober 2014," kata pengumpul suara itu dalam satu kenyataan hari ini.
 Kajian itu dilakukan pada 11 Oktober dan 26 Oktober lalu. Badan itu menemubual 1,005 pengundi berdaftar melalui telefon. Penarafan kelulusan terbaru dipercayai yang paling rendah pernah dicatatkan perdana menteri. Sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasi bahan api, Putrajaya mengurangkan subsidi bahan api pada awal bulan ini, yang menyaksikan kenaikan 20 sen seliter bagi RON 95 petrol dan diesel.
RON 95 kini berharga RM2.30 seliter, meningkat daripada RM2.10, manakala diesel RM2.20, meningkat daripada RM2 sebelum ini.
Sehubungan itu, kaji selidik itu mendapati penilaian kelulusan bagi Putrajaya menyaksikan penurunan 3%, dengan 38% responden mengatakan mereka gembira dengan kerajaan berbanding 41% yang dicatatkan pada Ogos lepas.

Tinjauan: Rakyat tak yakin sistem kehakiman Malaysia

Satu tinjauan oleh Merdeka Centre menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia hilang keyakinan ke atas badan kehakiman negara.

Menurut Merdeka Center, tinjauan ke atas 1,500 responden itu dijalankan di antara 11 Oktober hingga 26 Oktober.

"Tinjauan mendapai hanya 38 peratus daripada rakyat Malaysia berasa yakin dengan sistem kehakiman, berbanding 48 peratus yang menjawab sebaliknya,” kenyataan badan pengkaji itu dipetik.

Sistem kehakiman Malaysia sering didakwa berat sebelah dalam perkara melibatkan ahli politik pembangkang.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mendakwa tuduhan ke atas Anwar direka-reka dan sabitannya selari dengan cerita yang direka oleh seteru politiknya.

Kerajaan bagaimanapun berulang kali menafikan campur tangan dalam kes mahkamah tersebut, dan mendakwa hakim tidak menerima tekanan politik.

Tangguh GST, dengar suara rakyat, kata Ku Li kepada Putrajaya

Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara. Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dikenali sebagai Ku Li berkata, kerajaan memekakkan telinga dan enggan mendengar rintihan rakyat.
"Hampir setiap tahun bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.
 "Terlalu banyak kritikan di Parlimen dan orang awam, juga di sosial media tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli," katanya dalam surat yang diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini.
 Ku Li berkata demikian dalam surat setebal 6 mukasurat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diedarkan kepada semua ahli Parlimen di Parlimen hari ini.
Surat itu berkata, kerajaan perlu bersikap sensitif terhadap faktor lain yang boleh membawa kepada kejatuhan ekonomi termasuk undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku).
Ku Li berkata, kerajaan perlu memikirkan untuk menangguhkan GST ke masa di mana ekonomi negara lebih stabil dan kukuh. "Dan jika ia perlu dilaksanakan, kadarnya juga harus dilihat semula," katanya. Putrajaya sebelum ini mengumumkan cukai GST sebanyak 6% dan akan berkuatkuasa pada 1 April tahun depan dan langkah itu dikatakan perlu untuk mengurangkan defisit negara.
Bagaimanapun, ia mendapat kecaman orang ramai dan pemimpin pembangkang yang mengatakan cukai ini membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ku Li juga mencadangkan supaya setiap agensi kementerian dan kerajaan dilengkapi dengan pegawai daripada Ketua Audit Negara untuk mengekang pembaziran, ketirisan dan salah urus yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Dr Mahathir juga kurang yakin Anwar meliwat, kata bekas rakan kolej

Datuk Fauzi Bersama Pak Jabit
Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej. "Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat. Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali. Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.
Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.
"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat. "Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.
Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008. Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.

TAK SABAR NAK RASA BAHANA GST 6% TAHUN DEPAN..



Alahai Muhyiddin Yassin...penyokong kamu yang ceroboh masuk DUN Pulau Pinang tu tak salah ker ???..


Betul la Dato Seri Shahidan Kassim Perairan Sabah lebih selamat dari Kuala Lumpur...


Dewan kecoh kisah Rosmah penaung PERMATA berhati mulia

Kilang al-Quran di Shah Alam, ahli parlimen bertikam lidah

Sarawak redelineation to 'appease BN parties'

MP PAS Tumpat Bahas Bajet 2015

MP PKR Lumut Bahas Bajet 2015

MP DAP Batu Kawan Bahas Bajet 2015

Anwar Tegas Rayuan Pendakwaraya Tambah Hukuman Perkara "Jijik"

Sidang Media Kes Fitnah Liwat II - 30-10-2014

Fitnah Liwat II: Tiada bukti serangan seksual dan kecederaan pada dubur Mohd Saiful

Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh ketika membuat penggulungan berkata, seorang doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam keterangannya memberitahu mahkamah tidak ada sebarang penatrasi berlaku ke atas dubur pihak yang menuduh, Mohamad Saiful Bukhari Azlan. Dr Osman ketika memeriksa Saiful tidak menemui sebarang kesan kecederaan walaupun Saiful mengadu sakit. "Ketika dia memeriksa Saiful, beliau mendapati dubur Saiful normal," katanya.
Namun, kata Ramkarpal, keterangan Dr Osman yang merupakan saksi pembelaan, tidak dipertimbangkan "sama sekali" oleh mahkamah. Menurut Ramkarpal, terdapat banyak keraguan daripada dakwaan awal Saiful bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya.
Katanya, pihak pendakwaan seharusnya mencabar Dr Osman jika mereka tidak bersetuju dengan laporan dan keterangannya. Keterangan Dr Osman berbeza dengan tiga lagi doktor yang memeriksa Saiful selepas itu. Ketika pemeriksaannya, Dr Osman mendapati tidak ada kesan darah atau koyak pada dubur Saiful.
Ramkarpal berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah menganggap tiga doktor kerajaan yang memberikan keterangan sebagai benar belaka. Ketiga-tiga mereka - Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Khairul Nizam - ketika disoal sebagai saksi, mendakwa berlaku penetrasi terhadap dubur Saiful. Namun, Ramkarpal menganggap ia andaian semata-mata.
Beliau menekankan bahawa doktor menyiapkan laporan mereka dua hari selepas menerima laporan ahli kimia itu dan berkata mereka "tidak boleh mengulas lebih awal sama ada penetrasi berlaku tanpa mengetahui dari mana tapak sampel telah diambil". Walau bagaimanapun, mereka mengubah fikiran mereka - iaitu mungkin ada berlaku penembusan - di mahkamah apabila ditunjukkan sampel dilabelkan oleh pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Fitnah Liwat II: Anwar yakin hujah peguam buktikan beliau tidak bersalah

peguamPUTRAJAYA 30 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin hujah yang dikemukakan pasukan peguamnya sepanjang tiga hari perbicaraan dapat membuktikan beliau tidak bersalah.
“Penghargaan kepada peguam dari hari pertama oleh (Datuk Seri) Gopal (Sri Ram) sehingga keterangan terakhir oleh Ram Karpal. Kita mengharapkan keputusan yang sebaik mungkin.
“Melihat kepada hujah yang terperinci, tidak munasabah untuk mendapat keputusan sebaliknya, (iaitu) melepaskan saya dari tuduhan fitnah jahat ini,” kata Anwar kepada pemberita selepas prosiding ditangguhkan.
Anwar dalam pada itu menyifatkan cadangan Peguam Negara untuk menambah hukuman ke atasnya sebagai tindakan politik semata-mata.
“Tindakan jijik untuk menambah hukuman itu semua pengaruh politik, keterangan yang dibawa ke mahkamah terlalu kukuh.
“Saya cukup yakin mana-mana mahkamah yang mengikuti prinsip undang-undang serta patuh pada prinsip keadilan tidak mungkin membuat keputusan sebaliknya,” katanya.
Mahkamah Persekutuan yang bersidang untuk hari ketiga hari ini membenarkan penghujahan disambung esok pagi oleh pasukan pendakwa.

Anwar bidas permohonan pendakwa tambah hukuman ‘menjijikkan’

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata adalah "menjijikkan" bagi pihak pendakwa untuk mendapatkan tambahan kepada hukuman penjara bagi kes liwat beliau ketika fakta-fakta kes itu telah membuktikan kes itu patut dibuang.
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini di Istana Keadilan, Ketua Pembangkang itu berkata selepas mendengar hujah-hujah daripada pasukan pembelanya dalam tempoh tiga hari lepas, mahkamah sepatutnya membebaskan beliau.
 "Mereka mendakwa mereka mahu menambah lagi hukuman itu, yang bagi saya adalah menjijikkan kerana selepas mendengar fakta dan jika anda bertindak secara profesional, tidak ada soalan, tetapi mengakui saja," katanya.
 "Ia belum pernah terjadi sebelumnya. Ia sudah dijangkakan, tetapi saya sangat berharap dan begitu teruja ekoran cara pasukan saya menangani kes ini." Pihak pendakwaan sebelum ini telah memfailkan rayuan balas untuk meningkatkan hukuman penjara Anwar yang boleh pergi sehingga 20 tahun di bawah undang-undang.
"Ini semua politik yang menjijikkan kerana penghujahan kita yang sangat kuat. Dan saya cukup yakin bahawa mana-mana mahkamah yang mengikuti undang-undang dan berpegang teguh kepada prinsip keadilan tidak dapat membuat keputusan lain." Anwar memuji pasukan pembelaan dianggotai 14 peguam dan diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, serta Ramkarpal Singh, N. Surendran dan Sangeet Kaur Deo yang membuat penghujahan sejak prosiding bermula pada Selasa. "Penghujahan yang sangat terperinci.
Dari hari pertama dengan Sri Ram sehingga hari ini oleh Ramkarpal, ini adalah yang terbaik yang dapat kita harapkan. Ia adalah kerja yang hebat dan cemerlang dari mereka. "Hujah undang-undang dan fakta yang dinyatakan dengan jelas sehingga tidak ada pilihan lain selain membebaskan saya dari pada semua tuduhan sembrono ini," katanya.

Solat Hajat dan Munajat di kediaman Anwar malam ini (30 Okt)

Solat HajatKUALA LUMPUR 30 OKT: Solat hajat dan munajat bagi memohon supaya kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipermudahkan akan diadakan di kediaman Ketua Umum KEADILAN itu pada malam ini.
Program yang dijadual bermula jam 6.30 petang ini akan dimulai dengan zikir munajat, sehingga ke solat maghrib.
Kemudian program diteruskan dengan solat hajat dan tazkirah oleh Anwar sendiri sebelum menunaikan solat Isyak.
Esok pula, Anwar dijadualkan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya.
Perbicaraan Fitnah II yang ditangguhkan tengahari tadi akan bersambung semula esok di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.
Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Shafee Abdullah akan memulakan penghujahannya pada esok pagi.
Manakala pasukan pembelaan pula akan menjawabnya pada Isnin, 3 Oktober, di mana keputusan rayuan terakhir Anwar dijangka diperolehi pada hari tersebut.

Ketua Hakim Arifin Melanjutkan Perbicaraan Kes Fitnah Liwat II Sehingga Hari Isnin ..Ada Orang Batal Balik Ke M'sia...!!!



Tony Pua: 1MDB an idiot for RM1.54bil commissions

KLIA2's flooded apron an 'international joke'

RM11bil needed to fix outdated water pipes

MP PKR Batu Pahat Bahas Bajet 2015

MP PAS Sepang usik MP BN Baling Bahas Bajet 2015

MP DAP Cheras Bahas Bajet 2015

MP PAS Kuala Krai Bahas Bajet 2015

Dewan Rakyat 30 Okt 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Hujah peguam bukti Anwar tak bersalah

Saya yakin tidak bersalah - Anwar

Sodomy II: Defence ends submissions, case continues Friday

Anwar appreciative of Federal Court, confident he'll be acquitted

Fitnah Liwat II: Barisan pendakwaan berhujah esok

“Saya akan terus sokong Anwar”- Pak Jabit

Mereka (kerajaan) takut kepada Anwar kerana Anwar anti rasuah.

PUTRAJAYA : Walaupun jumlah kehadiran penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkurangan hari ini berbanding dua hari yang lepas, tetapi ia tidak mematahkan semangat salah seorang penyokong kuatnya yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Jabit.
pak jabitBeliau yang popular dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang berkata akan terus menyokong Anwar walaupun beliau dimasukkan ke penjara atau dibebaskan.
“Saya akan terus menyokong Datuk Seri Anwar bukan sahaja tubuh badannya sahaja tetapi perjuangannya.
“Ini bukan kes jenayah tetapi kes politik. Mereka (kerajaan) takut kepada Anwar kerana Anwar anti rasuah. Malaysia kaya dengan rasuah. Kalau Anwar bebas, Anwar dapat perintah Malaysia, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya kepada FMT di luar Istana Kehakiman disini hari ini.
Beliau berkata, rakyat yang turun menyokong beramai-ramai adalah demi untuk perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
“Ini tugas manusia sebagai khalifah didunia,” katanya.
Hari ini merupakan hari ketiga perbicaraan yang melibatkan Anwar yang juga merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
Perbicaraan ini merupakan rayuan terakhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mendengar hujah daripada pasukan pembelaan yang diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Fitnah Liwat II: MP persoal kelemahan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA 29 OKT: Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan menimbulkan kelemahan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan berhubung kes fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Mahkamah Rayuan mendengar perbicaraan kes tersebut dalam masa singkat sedangkan Mahkamah Persekutuan mengambil masa yang panjang untuk mendengar hujah dari peguam dan pendakwaraya.
“Mahkamah rayuan ambil masa dua hari sahaja, mahkamah persekutuan dah masuk hari ketiga belum habis lagi, masih lagi dalam hujahan awal belum masuk peringkat akhir. Bayangkan dah masuk hari ketiga belum selesai.
“Sekiranya Mahkamah Rayuan buat seperti mana Mahkamah Persekutuan, saya rasa mungkin keputusannya berbeza. Ini ada kelemahan dalam mahkamah rayuan pada hari itu, “jelasnya kepada Suara keadilan di lobi Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini.
Mahkamah Rayuan sebelum ini secara tergesa-gesa menetapkan tarikh 6 dan 7 Mac 2014 bagi pendengaran rayuan berhubung pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.
Malah, hakim Dato Aziah Ali memaksa peguambela pada masa itu, Karpal Singh melapangkan tarikh berkenaan iaitu beberapa hari sahaja sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Kajang.
Pada hari kedua perbicaraan iaitu 7 Mac, ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan akan dibuat pada hari itu juga, selepas selesai mendengar hujah peguambela dan pendakwa kira-kira jam 4 petang.

Fitnah Liwat II : Mengapa peguam luar ketuai pendakwaan?

KUALA LUMPUR 29 OKT: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara menggunakan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pendakwaan kes Fitnah 2.
Katanya, Jabatan Peguam Negara mempunyai lebih 1,800 kakitangan berkelayakan sebagai pendakwa dalam kes tersebut. Malah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail lebih layak berbanding Shafee Abdullah.
“Ramai pihak mempersoalkan mengapa walaupun Jabatan Peguam Negara mempunyai lebih 1874 kakitangan yang berkelayakan dari segi undang-undang, tetapi mereka mengambil khidmat pendakwa dari luar iaitu penasihat undang-undang Umno, Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebenarnya Tan Sri Abdul Ghani Patail lebih berkelayakan untuk mengendalikan sebarang kes jenayah. Kes liwat ini adalah kes yang tidak terlalu rumit yang memerlukan khidmat luar,” katanya dalam sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Fitnah Liwat II: Hari ke-3 sorot isu DNA, seluar dalam

1.00pm Ketua hakim Arifin membenarkannya dan pasukan pembelaan akan menjawabnya pada Isnin.

Mahkamah ditangguhkan.

12.55pm: Shafee minta penghujahan dilakukan esok pagi dan beliau mahu menyelesaikannya sendiri esok.

12.40pm: Sangeet menunjukkan sel didiami Anwar kotor sebelum dia memasukinya.

Dia juga tunjukkan tandas dalam sel itu dan ketiadaan sinki.

Katanya, sinki terletak di luar sel.

Hakim Abdull Hamid sebelum itu bertanya berhubung testimoni polis yang saling bertentangan bahawa Anwar didengar memberus gigi, yang berbeza dengan penghakiman di Mahkamah Tinggi bahawa Anwar dilihat memberus gigi.

“Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak boleh memberus gigi di luar kerana sinki berada di luar sel,” kata Sangeet.

12.25pm: ‎Ram berkata, sel sperma tidak dipisahkan dengan betul oleh Jabatan Kimia.

Katanya, bukti DNA dan bukti saintifik tidak boleh dipercayai dan dengan itu tiada pentahkikan terhadap dakwaan Saiful diliwat.

Ram tamatkan penghujahan. Sangget pula sekarang membangkitkan berkaitan diari lokap ang menunjukkan keadaan sel Anwar.


12.10pm: Ram berkata, tiada kesan air mani pada seluar Saiful selepas insiden itu.

Hakim Suriyadi bertanya jika terdapat bukti bahawa seluar dalam Saiful dibasuh.

Fitnah Liwat II: Anwar yakin bebas, Shafee perlu masa untuk hujah balas...


Ekoran penghujahan bersemangat peguam belanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhujah bahawa pembebasannya adalah “terjamin”.

Bercakap kepada pemberita di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini, ketua pembangkang berkata beliau berasa jengkel dengan rayuan pendakwaan untuk memanjangkan tempoh penjara terhadapnya.

Sementara itu, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata, beliau meminta mahkamah untuk membenarkan penghujahannya dilakukan esok kerana memerlukan lebih masa.

Ini kerana, katanya, 15 peratus daripada penghujahannya adalah baru.

Shafee akan memulakan penghujahannya esok pagi.

Fitnah Liwat II: Doktor sahkan tiada tembusan di dubur Saiful, mana datang air mani?

PUTRAJAYA 30 OKT: Ram Karpal mempersoal mana datangnya air mani yang dikatakan ditemui dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan sedangkan doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mendapati dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku.
“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” kata peguambela itu.
Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.
Ram juga berkata, doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menemui sebarang tanda koyakan atau luka daripada Saiful akibat mempertahankan diri.
Kata Ram, ini menunjukkan terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.
Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.
Ram selanjutnya berhujah, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.
“Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.
“Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan,” kata Ram, dipetik Malaysiakini.
Ram sebelum itu berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude Pireira dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.
“Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.
“Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful,” katanya.

Fitnah Liwat II: “Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” - Peguam

Ram berkata, doktor HKL tidak menemui sebarang tanda koyakan atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful.

Justeru, kata Ram, terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Peguam bela juga berkata, Dr Mohd Osman (kanan) mendapat duburnya dalam keadaan normal.

“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” katanya.

Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

Ram berkata terdapat penyalaharahan yang menyebabkan kesilapan mahkamah ketika Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira perkara itu.

Beliau kemudian berhujah, doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul Hamid patut dipertimbangkan, dan jika dia tidak bercakap benar dalam kes pembelaan, pendakwaan boleh mengetahui dan mencabarnya.

“Bagaimanapun, keterangan Dr Osman tidak dibantah, walaupun dia menyatakan Saiful mengadu sakit di dubur selama seminggu dan plastik dimasukkan dalam dubur Saiful.”

Fitnah Liwat II: Peguam bangkitkan isu seluar dalam Saiful

12.10pm: Ram berkata, tiada kesan air mani pada seluar Saiful selepas insiden itu.

Hakim Suriyadi bertanya jika terdapat bukti bahawa seluar dalam Saiful dibasuh.

Ram berkata, seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.

“Jika kesan mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden,” tambahnya.

Ram berkata, ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela.

12.05pm: Terdapat sedikit kekecohan apabila Ronnie Liu daripada DAP ditahan daripada memasuki mahkamah kerana tidak mempunyai pas masuk.

Katanya, beliau sudah dua minggu memasuki mahkamah tanpa pas dan justeru tidak harus ditahan.

Sementara itu, dalam mahkamah, Ram bertanya, bagaimana air mani boleh ditemui dalam rektum sedangkan tiada tembusan.

Katanya, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, ia bukan sampel yang sama.

12.00pm: Ram berkata, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

“Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

"Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasal, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan.”

11.50am: Ram berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

“Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

"Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful,” katanya.

11.40am: Ram berkata, doktor HKL tidak menemui sebarang tanda koyakan atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful.

Justeru, kata Ram, terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Peguam bela juga berkata, Dr Mohd Osman (kanan) mendapat duburnya dalam keadaan normal.

“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” katanya.

Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

10.50am: Ram berkata terdapat penyalaharahan yang menyebabkan kesilapan mahkamah ketika Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira perkara itu.

Beliau kemudian berhujah, doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul Hamid patut dipertimbangkan, dan jika dia tidak bercakap benar dalam kes pembelaan, pendakwaan boleh mengetahui dan mencabarnya.

Pemuda Pas bantah kezaliman terhadap Anwar


Kapitalis Kotaraya: Roboh Kg Chubadak, DBKL tak bertanggungjawab - Tian Chua

Interview penduduk Kg. Chubadak (6)SHAH ALAM, 30 OKT: Isu Kampung Chubadak perlu diselesaikan segera pihak berkuasa supaya tidak mendatang masalah kepada penduduk kampung berkenaan, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Beliau berkata, perkara itu tidak sewajarnya berlarutan begitu lama dan satu keputusan perlu dicapai berhubung tuntutan penduduk bagi penyelesaian isu berkenaan.
“Memang penduduk sudah menuntut supaya satu ganti rugi yang munasabah dirunding tetapi sehingga kini mereka tidak dapat selesaikan.
“Adalah sangat tidak bertanggungjawab bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak berkuasa lain untuk membenarkan perobohan ini berlaku,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.
Tian Chua berkata demikian ekoran tindakan merobohkan beberapa rumah di Kampung Chubadak yang dikatakan bagi memberi laluan pembangunan dijalankan di kawasan berkenaan.
Beliau mendakwa tindakan pihak berkuasa juga tidak kena pada masanya apabila mengambil kesempatan ketika rayuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dijalankan di Istana Kehakiman, Putrajaya.
“Ia juga memilih satu masa, yang mana tumpuan kita tertumpu kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berjalan.
“Mereka mengalihkan pandangan serta mengambil tindakan untuk merobohkan beberapa rumah di Kampung Chubadak. Ini satu tindakan yang amat dikesali,” katanya.

Fitnah Liwat II: Penemuan 18 alel tak disiasat, sampel Saiful mungkin dikompromi

PUTRAJAYA 30 OKT: Peguambela Ram Karpal hari ini meneruskan hujahnya yang tertangguh semalam berkaitan analisis yang dibuat oleh ahli kimia kerajaan terhadap sampel yang diambil dari dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan oleh ahli kimia.
“Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan kita tidak tahu siapa.
“(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong gagal ikut garis panduan,” kata Ram, lapor Malaysiakini.
Katanya, 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.
“Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.
“Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu,” hujahnya.
Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.
“Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit,” ujar Ram.
Menurutnya lagi, saksi pakar pasukan pembelaan dalam perbicaraan setuju bahawa 18 alel itu patut dilaporkan.
“18 alel itu bukan milik ‘Lelaki Y’.”
Katanya, sampel-sampel itu mungkin dicemari DNA pihak ketiga yang diuruskan oleh pegawai penyiasat Jude Periera.

All eyes on how Shafee will rebut defence points

The nation is eargerly waiting for high profile prosecution lawyer Muhammad Shafee Abdullah to counter the defence team.

shafee abdullah AnwarPUTRAJAYA: After two days of defence submissions in PKR adviser Anwar Ibrahim’s final appeal, the nation is eagerly waiting for how the prosecution will rebut the findings of the defence team this afternoon.
A senior lawyer, Muhammad Shafee Abdullah, is leading the prosecution team in the appeal. He is assisted by deputy public prosecutor Mohamad Hanafiah Zakaria.
Muhammad Shafee is expected to continue with his submission tomorrow and this will be followed with the defence team replying to the prosecution’s argument.
The appeal, which was initially fixed for two days from Oct 28 to Oct 29, has dragged for three days and is expected to end tomorrow.
Chief Justice Arifin Zakaria is leading a five-member panel comprising Court of Appeal president Md Raus Sharif and Federal Court judges Abdul Hamid Embong, Suriyadi Halim Omar and Ramly Ali.

CJ: Illegally-obtained evidence acceptable in Malaysia

  This is dangerous! Soon, authorities can use all dirty tricks to get any person in Msia, it is setting a dangerous precedence.
 
Malaysias-Anwar-Ibrahim-a-007The Anwar Ibrahim Sodomy II appeal continued today with defence lawyer Sangeet saying that three items had been illegally obtained through trickery and deception and hence the arrest of the Opposition leader was unlawful.
She said that the arrest had been made without a warrant.

However, Justice Arifin said that illegally-obtained evidence is also admissible in Malaysia.
Sangeet said that Anwar had declined to give his DNA at the hospital and he was exercising his constitutional right not to do so.
The police, Sangeet said, had detained Anwar overnight after learning that they were there only to record his statement.

PDRM tubuh pasukan penyiasatan khas untuk kes Teoh Beng Hock

Sekiranya keterangan mengikut keadaan dipatuhi kukuh dan mencukupi untuk mewajarkan pendakwaan, maka pendakwaan akan dimulakan.

Teoh Beng HockKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jabatan Peguam Negara akan mengkaji semula dan membuat keputusan selepas siasatan oleh pihak polis dilakukan terhadap kes kematian Teoh Beng Hock.
Menurut Najib dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini menjelaskan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan suatu pasukan penyiasatan khas bagi membuka semula siasatan terhadap kes kematian Teoh Beng Hock.
“Sekiranya keterangan mengikut keadaan dipatuhi kukuh dan mencukupi untuk mewajarkan pendakwaan, maka pendakwaan akan dimulakan,” katanya.
Tambah beliau, Pendakwa Raya akan membuat keputusan untuk mendakwa mereka yang terlibat sama ada di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang lain yang bersesuaian sekiranya didapati ada keterangan dan bukti kukuh untuk mengaitkan mana-mana pihak semasa siasatan polis pada masa kejadian.
“Walaubagaimanapun, siasatan yang dijalankan oleh pihak polis sebelum ini telah dibuat secara menyeluruh dan siasatan tersebut mendapati bahawa tidak ada orang yang bertanggungjawab secara jenayah berdasarkan bukti yang boleh diterima pakai mengikut undang-undang.
“Berdasarkan dapatan siasatan yang demikian, Pendakwa Raya telah mengarahkan siasatan kematian tersebut dijalankan,” jelasnya.
Sebelum ini pada 5 September 2014, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan terbuka oleh koroner berhubung kematian Teoh Beng Hock.

BR1M 3X Setahun: BN tidak perlu lagi sogok rakyat bila PRU tiba?

DR SITI MARIAH MAHMUD 
SAYA ingat belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriah dan salam Hijratul Rasul. Saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana keadaan negara kita yang Alhamdulillah setakat ini kita kira semua kaum dan bangsa boleh hidup bersama walaupun kita masih ada perkara-perkara yang kita ingin perbaiki dan sempurnakan. 
Apabila pihak pembangkang menegur pihak kerajaan dan menyebut perkara-perkara tertentu, tidaklah bermakna kita mengatakan tidak ada satu benda pun yang tidak bagus yang kerajaan lakukan. Biasalah sebagai check and balance, ya sebagai menyemak imbang ini, tentulah kita akan menyebut perkara-perkara yang masih perlu diperbaiki dan perlu disempurnakan. Itu harap kena fahamlah, itu peranannya negara demokrasi yang ada pembangkang. 

Saya ingin menyebut sebelum saya menghurai beberapa perkara. Beberapa perkara yang tidak ada dalam bajet ini yang Perdana Menteri tidak sentuh dan saya rasa perkara-perkara ini penting. Mungkin saya tidak sempat untuk membahaskan kesemuanya tetapi saya ingin ia dicatit kerana perkara ini adalah penting. 

Pertama ialah mengenai tidak ada langsung peruntukan untuk tebatan banjir di Sungai Golok. Saban tahun, tiap-tiap kali – dua atau tiga kali kawasan Rantau Panjang dan sekelilingnya akan ditimpa banjir. Sebelah sana, Kerajaan Thailand sudah membina benteng yang tinggi dan air sungai yang melimpah tidak ke belah Thailand tetapi sebelah kita. 

Kedua ialah tidak ada langsung Perdana Menteri menyebut tentang pembangunan insentif kepada pembangunan elektrik dan hybrid, insentif penjimatan tenaga elektrik melalui tenaga solar, penjimatan air melalui harvest, penuaian air hujan. Semua ini adalah terangkum di dalam kita panggil teknologi hijau. Juga isu jurang upah dan gaji antara pengurusan atas dan bawah dan antara gender dan antara kaum di sektor swasta tidak langsung ditempuh. Bagaimana kerajaan hendak membetulkan keadaan ini? 

Penting saya rasa yang saya mungkin sempat sentuh sekejap lagi ialah mengenai keperluan negara kita kepada buruh asing dan bagaimana negara kita akan mentransformasikan ekonomi kita ke arah berpendapatan tinggi. Ini saya rasa penting kerana kita dibanjiri oleh pekerja asing dan rakyat sendiri merasakan bahawa kehadiran pekerja asing ini sangat membawa impak negatif kepada sosioekonomi mereka. 

Tanggapan pertama – first impression bajet yang peduli rakyat ini banyak habuan untuk rakyat. Itulah yang sekali lalu kalau kita tengok, inilah tanggapan pertama kita. Akan tetapi, apabila diteliti ia tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat dalam jangka masa panjang. Dalam jangka masa pendek, memanglah mendatangkan kegembiraan euphoria ataupun keseronokan sementara. Namun, akhirnya rakyat masih di tahap tokok yang lama. 

Kerajaan telah cuba untuk compensate, dengan izin ya dengan berbagai-bagai program kesejahteraan rakyat tetapi isunya ialah penyebab kepada perkara-perkara ini tidak disentuh dalam bajet ini. Kos sara hidup yang terus naik, saya kira semua orang terima hakikat ini. Tambahan dengan pelaksanaan GST tahun hadapan, maka juga telah diterima bahawa kos hidup ini akan meningkat yang dalam negara kita, kita tahu kos sara hidup ini kalau dah naik, tidak akan turun. Kalau ia mendatar pun, kira pun tak akan mendatar. Maknanya akan terus naik.

Ada sahabat-sahabat kita daripada Barisan Nasional mengatakan, “Katakan di mana di dalam dunia ini kos sara hidup tidak meningkat?” Saya rasa agak terkilan. Saya hendak ceritakan bahawa saya biasa belajar di United Kingdom dan saya biasa pergi ke Ireland beberapa kali.

Saya terkejut kerana di sana, setelah 10-15 tahun saya pergi balik, harga barang-barang asasnya tidak meningkat dan mereka tidak ada subsidi. Saya balik dan melihat barang-barang kegemaran yang saya selalu minum dan makan sebagainya masih lagi pada harga yang sama.

Di Ireland, ada masanya harga rumah turun. Harga beras tinggal separuh kerana adanya free market di sana. Real free market, dengan izin.  Jadi jawapan yang lazim kita dapat adalah kerana negara kita permintaan lebih tinggi berbanding dengan bekalan. Kos barangan mentah meningkat, sebagainya. Kita semua tahu dalam menyelesaikan hampir semua masalah kehidupan ini, prinsipnya sepatutnya kita kembali kepada penyebabnya. Apa penyebabnya? Kita betulkan atau dalam kata lain kita cari ubatnya walaupun ia susah, sukar dan pahit. 

Kalau sumber makanan kurang, maka kita perlu memperbanyakkan penghasilannya. Kita perlu ada jaminan makanan sendiri. Jika makanan tertentu tidak ekonomik untuk dihasilkan dan lebih murah diimport, maka Malaysia perlu membuka pasaran bebas untuk pengimport bersaing, memberi harga terbaik kepada pengguna dan tidak membenarkan monopoli pengimportannya dan lesen perniagaannya. 

Fahmi: Bukan pelajar rempuh, tapi kalau rosak, saya ganti


Fitnah Liwat II: Pendakwa pohon hukuman penjara ditambah

Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenepikan sabitan liwat di Mahkamah Persekutuan memasuki hari ketiga hari ini dan akan diteruskan esok, berbanding hanya dua hari yang ditetapkan sebelum ini.
Salah seorang peguam beliau, Ramkarpal Singh akan menggulung penghujahan hari ini berhubung pencemaran sampel DNA, sebelum pihak pendakwaan diketuai peguam dilantik kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membuat permohonan mereka.
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan balas supaya hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun di bawah undang-undang ditambah.
Mac lalu, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Beliau bebas dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan, yang mula bersidang Selasa lalu.
Berbeza dengan semalam, kompleks Istana Keadilan di Putrajaya pagi ini tidak seperti hari pertama dan kedua perbicaraan. Semalam, lebih 3,000 orang berkumpul di perkarangan kompleks mahkamah itu menunjukkan solidariti bersama Anwar. Setakat 8:35 pagi ini, bilangan yang hadir dari awal pagi pada dua hari lepas tidak kelihatan.
Ada yang menjangkakan prosiding berakhir semalam seperti dijadualkan, dan ramai yang datang dari seluruh negara menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar. Pemimpin PKR, Wong Chen memberitahu orang ramai pada hari Selasa bahawa perbicaraan akan dilanjutkan dan menggesa mereka bersedia satu hari lagi bagi meneruskan perhimpunan di hadapan mahkamah.
Semalam memperlihatkan Ramkarpal memberi penghujahan terperinci mengenai teknik mengumpul dan memelihara sampel DNA daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dikatakan mempunyai kelemahan dan boleh menyebabkan sampel tercemar.

'Saya bukan pro-Anwar, tapi peminat Mahathir' - Fahmi

Walaupun dijulang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “harapan anak bangsa”, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata beliau bukan penyokong pembangkang.

Sebaliknya, kata mahasiswa 22 tahun itu, beliau menjadikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai inspirasi.

“Saya suka dengan pemikiran atau pun pandangan Tun Mahathir,” kata Fahmi.

Beliau mengakui menggemari pemikiran pandang ke hadapan dan cara Mahathir menjatuhkan Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri.

“Saya suka bagaimana beliau buat pandangan hadapan, pembacaan beliau yang mendalam, strategik beliau bagaimana beliau menjatuhkan Anwar,” ujar Fahmi.

Beliau juga berkata strategi Mahathir menjatuhkan Anwar itu boleh digunakan dan dipelajari.

“Mungkin strategi itu boleh digunakan. Bagaimana liciknya (Mahathir), mungkin kemahirannya kita perlu belajar, perlu diambil, jadi saya meminatinya,” kata Fahmi sambil tersenyum.

Menurut mahasiswa semester akhir Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya itu, meskipun ramai tidak bersetuju dengan Mahathir, beliau mengagumi cara mantan perdana menteri itu berfikir dan mencorak Malaysia.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam, Fahmi mengakui beliau meminati biografi Mahathir Doktor Umum.

Buku itu, katanya merakamnya kenapa Mahathir lebih bijak daripada Anwar dalam percaturan politik, yang menyebabkan beliau lebih tertarik dengan pemikiran Mahathir.

“Bukan saya nak kata saya bukan pro-Anwar Ibrahim, tetapi saya lebih minat dengan teknik atau kemahiran Tun Mahathir,” katanya.

Fitnah Liwat II: Ahli kimia tak ikut garis panduan - Peguam

9.51am: Peguam bela Ram Karpal berkata 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.

“Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.

“Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu.”

Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.

“Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit.”

9.38am: Ram Karpal berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan.

“Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan dan kita tidak tahu siapa.

"(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong gagal ikut garis panduan (dia sepatunya melaporkan).”

9.36am: Prosiding mahkamah bermula selepas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan empat lagi panel hakim kes itu mengambil tempat.

Ram teruskan penghujahannya yang tertangguh semalam.

Fitnah Liwat II: Hari ketiga bicara Anwar bersambung selepas peguam serang bukti DNA

Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas para peguamnya semalam menghala senapang mereka kepada bukti DNA yang digunakan dalam perbicaraan Liwat II, dengan memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sampel diambil dari anakguam mereka tidak mengikut undang-undang manakala sampel dari pembuat tuduhan pula boleh dipertikaikan.
Perbicaraan hari kedua itu menyaksikan usaha peguam Anwar mempertahankan keputusan hakim bicara sebelum ini yang membebaskan beliau dari tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana keraguan terhadap sampel DNA itu.
Peguam Anwar, Ramkarpal Singh semalam cuba menghancurkan bukti saintifik menyokong kes pendakwa sehingga Anwar diputuskan bersalah oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu. "Kami menyokong kesimpulan hakim bicara walaupun Anwar sepatutnya dibebaskan lebih awal kerana Saiful bukan seorang saksi yang berwibawa," katanya.
 Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang dijangka mengakhiri perbicaraan hari ini. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Saiful saksi berwibawa dan mengarahkan Anwar membela diri. Zabidin kemudiannya membebaskan Anwar kerana mahkamah tidak "100% yakin" kewibawaan sampel diambil dari Saiful untuk ujian DNA, atas alasan bukti itu boleh jadi sudah tercemar sebelum diserahkan kepada ahli kimia untuk diuji.

Fitnah Liwat II: Sampel DNA Saiful mengalami degradasi, kata peguam Anwar

Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya.
Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran. Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan.
Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008. Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu. Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat.
"Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya. Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku. Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun. Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal. Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku. Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar".

PasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura

Ketika rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu. The Malaysian Insider diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan perkembangannya.
Di Terengganu, negeri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.
 "Kita bukan pertikai Majlis Syura. Apa yang berlaku ada kenyataan bercanggah antara kenyataan Setiausaha Agung PAS dengan Syura. "Setiausaha Agung kata tak salah sertai PasMa kerana hanya sebuah NGO, MSU pula nasihatkan jangan," kata Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, merujuk kepada kenyataan Datuk Mustapha Ali yang berkata PasMa hanya sebuah NGO.
Phahrolrazi berkata, terserah kepada pemimpin PAS menguruskan percanggahan arahan ini, sambil menambah pihak yang berhak mentafsirkan perlembagaan parti adalah Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS.
Sementara itu, AJK PAS Pusat, Khalid Samad akan menyertai program PasMa di Ipoh 8 November ini manakala rakannya, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyertai program di Temerloh 15 November ini bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.

Hari berkabung negara tepati Majlis Fatwa Kebangsaan?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Dungun, Wan Hasan Mohd Ramli meminta Perdana Menteri menyatakan adakah program perkabungan negara dan bertafakur pada 22 Ogos 2014 bertepatan dengan fatwa majlis fatwa kebangsaan.

Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Kerajaan mengisytiharkan 22 Ogos lalu sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Soalan ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kesihatan menyatakan bagaimana serta apakah pendekatan yang diguna oleh Kementerian bagi mengawal pengamal perubatan tradisional dan perubatan alternatif yang kelihatan begitu meluas pengamalannya dalam masyarakat di Malaysia. Apakah usaha Kerajaan untuk membendung penipuan dalam kaedah pengubatan ini.   

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah-langkah di ambil bagi mengawal pergerakan nelayan warga-warga asing yang menggunakan kemudahan pelabuhan Chendering di Kuala Terengganu supaya aktiviti-aktiviti mereka tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai dan rakyat tempatan Malaysia.  

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kriteria pengesahan dan kenaikan pangkat seseorang Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim di Malaysia.    

Fitnah Liwat II: (2008) Anwar Ibrahim Di Hospital Kuala Lumpur (KLGH)


Azmin Ali: Hari Ini Kena Anwar Ibrahim, Esok Mungkin Kena Kita, Anak Kita Keluarga Kita


Dulu Anwar Dikata Takut Dengan Shafee, Kenapa Sekarang Takut Juga Dengan Gopal Sri Ram?

Masuk hari kedua perbicaraan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, pertikaian terhadap kedudukan peguam Gopal Sri Ram tiba-tiba saja mulai kedengaran. 

Isunya cumalah kerana Gopal Sri Ram yang menjadi peguam Anwar ini pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan keadaan itu dikatakan boleh mempengaruhi lima hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu daripada membuat keputusan yang bebas dan adil.

Tambahan pula, Majlis Peguam pada mesyuarat 15 Mac lalu juga pernah mengemukakan usul agar hakim kanan atau hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang mewakili anak guam mereka di mahkamah atas alasan yang sama.

Dengan kedudukan Gopal Sri Ram mewakili Anwar dalam kes rayuan terakhirnya ini dan barangkali melihat kepada isu-isu kredebiliti Saiful Bukhari yang berjaya dibangkitkannya dengan kemas, teratur dan meyakinkan, mungkinlah kerana itu pertikaian terhadap peranannya sebagai peguam mula dipertikaikan.

Bukan saja Gerakan melalui Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang yang bersuara meminta Majlis Peguam menyatakan pendirian terhadap perkara ini, bahkan sekumpulan peguam pro UMNO turut juga bersuara.

Kumpulan peguam yang diketuai oleh Zulkifli Noordin, bekas calon BN Shah Alam, dalam satu kenyataan turut menuntut Majlis Peguam menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini untuk mengelakkan dianggap mengamalkan sikap "double standard".

Adalah dipercayai juga menjelang detik-detik berakhirnya kes rayuan Anwar ini, lebih ramai lagi pihak berkepentingan seperti pemimpin politik dan NGO, akan tampil bukan saja untuk menyatakan bantahan terhadap sikap Majlis Peguam itu tetapi juga tentang kedudukan Gopal Sri Ram yang dianggap boleh mempengaruhi para hakim yang mendengar kesnya

Bantahan terhadap kedudukan Gopal Sri Ram ini sebenarnya agak pelik kerana walaupun Majlis Peguam ada membuat usul berkenaan perkara itu tetapi Mahkamah Persekutuan sebagai responnya kemudiannya memutuskan bahawa hakim-hakim bersara boleh muncul sebagai peguam dalam kes-kes sivil di mahkamah dengan hujah   Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk meraih pendapatan bagi dirinya.

Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria sendiri pada 2013 pula pernah berkata, hakim yang bersara bebas bertindak sebagai peguam kerana mahkamah bertindak berasaskan merit.

Pengadilan Anwar dan implikasi terhadap masyarakat antarabangsa

Oleh Muhammad Nazreen
Tanggal 28 Oktober 2014, masyarakat antarabangsa sedang memerhatikan Malaysia kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh politik yang dianggap paling kontroversial di Malaysia. Penghakiman kali ini penting kerana ia menyingkap kesungguhan Malaysia untuk menempatkan dirinya dalam peralihan sistem demokrasi di rantau Asia Tenggara.

Masyarakat antarabangsa sedang melihat sejauh mana Malaysia, komited untuk melaksanakan agenda reformasi sistem politik di Malaysia. Pertama, pengadilan terhadap Anwar memainkan peranan penting untuk melihat kesungguhan kerajaan menerusi agenda reformasi politik seperti yang dicanangkan Datuk Seri Najib Razak.

Kedua, kes ini juga simbolik terhadap usaha memulihkan imej sistem kehakiman negara yang calar berikutan skandal membabitkan campur tangan ‘orang atasan’ di dalam institusi kehakiman tertinggi negara. Ketiga, ia menzahirkan kesungguhan Malaysia memperbaiki rekod hak asasi manusia. Keempat, kes ini bakal memberikan kesan diplomatik Malaysia dan dunia Islam. Kelima, ia menzahirkan masa depan politik pembangkang di Malaysia menerusi gabungan politik Pakatan Rakyat.
Tekanan masyarakat antarabangsa
Kes perbicaraan kali ini mendapat perhatian gerakan sivil dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia. Wakil pemerhati daripada Inter-ParlimentaryUnion (IPU), International Court of Justice (ICJ), Human Right Watch (HRW), Amnesty International mengikut rapat perbicaraan kali ini.
Amnesty International, misalnya, memohon supaya kerajaan Malaysia menghentikan pendakwaan politik terhadap Anwar. HRW menggesa Malaysia memberikan keadilan kepada Anwar.
Pendakwaan kali ini jelas bermotif politik. Justeru, ia menggambarkan kesungguhan Malaysia memperbaiki mutu demokrasi di Malaysia. Portal Bloomberg melaporkan pendakwaan Anwar sebagai ‘satu langkah mundur buat demokrasi’ buat Malaysia, manakala menggambarkan Indonesia, di bawah pentadbiran Jokowi merupakan berita baik ke arah proses pendemokrasian di rantau Asia Tenggara.
Pentadbiran Najib menjanjikan perubahan politik di Malaysia sebelum ini. Langkah beliau benar-benar teruji menerusi kes pendakwaan membabitkan Anwar, ketua pembangkang. Masyarakat antarabangsa menilai kes ini sebagai batu loncatan ke arah proses demokrasi di Malaysia.
Kes ini dianggap sebagai pendakwaan bersifat politik. Sekiranya Malaysia mahu dilihat penting oleh masyarakat antarabangsa, maka, Malaysia perlu berhati-hati dengan perbicaraan kes ini.
Usaha memulihkan sistem kehakiman negara
Tatkala ini, kes perbicaraan Anwar menduga usaha memulihkan imej sistem perundangan yang calar teruk. Kemasukan peguam yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pendakwaan ke atas Anwar membawa persepsi buruk terhadap kebebasan institusi kehakiman di Malaysia.