Selasa, 28 Oktober 2014

Anwar Temui Penyokong Sebelum Tinggalkan Mahkamah

Prosiding DSAI dijangka hingga Jumaat

24 Jam Terakhir Anwar Hirup Udara Bebas - Tian Chua

Kes Liwat II : Kerajaan Menindas Rakyat Yang Mahu Perubahan

Kes Liwat II : Tegakkan Sistem Kehakiman dan Demokrasi

Kes Liwat II : Rakyat Akan Terus Bersuara Demi Anwar

Menanti keputusan daripada Istana Keadilan

MSO

Hari ini Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atasnya bersabit dakwaan liwat II. Seperti biasa perbicaraan bersabit kes apa sahaja terhadap Anwar ia akan mendapat perhatian umum. Begitu juga dengan perbicaraan hari ini, mendapat perhatian bukan sahaja dari dalam negara tetapi di luar negara juga.

Istana Keadilan: Sejauh mana merealisasikan keadilan.

Ratusan wartawan telah mengerumuni Istana Keadilan di Putrajaya untuk mengikuti perbicaraan maha penting tersebut bagi menentukan kerjaya politik Anwar. Wakil media luar negara juga turut sama hadir untuk membuat liputan. Terjahan begitu ramai petugas media menunjukkan kes membabitkan Anwar itu penting dan bermutu tinggi.

Anwar, suka atau tidak menjadi subjek dan objek untuk menarik perhatian dunia ke negara ini. Anwar telah menjadi objek wisata penting bagi Malaysia.
Bagaimana pun disebabkan ruang mahkamah sempit, menyebabkan tidak semua wakil media dibenarkan masuk untuk mengikuti perbicaraan. Ramai wartawan terpaksa "bersebak" di luar mahkamah, sementara menunggu apa-apa perkembangan dari dalam mahkamah. Setiap kali ada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat keluar dari mahkamah mereka akan menyerbu dan mahukan maklumat.

Anak muda bawa spanduk menyokong Anwar.
Wartawan berkerumu untuk mendapat maklumat.
Perbicaraan itu juga menarik minat orang ramai terutamanya para pendokong tegar Anwar dan ahli PKR dan Pakatan Rakyat. Mereka datang daripada pelbagai pelusuk negara untuk memberi sokongan moral kepada pemimpin kesayangan mereka. Mereka yang selama ini berharap Anwar akan menjadi perdana menteri sanggup turun ke ibu kota semata-mata untuk memberi sokongan dan semangat kepada Anwar dan sanggup meninggalkan urusan kehidupan lain. Bagi saya mereka yang berada di perkarangan mahkamah adalah pejuang rakyat sejati yang dibakar tidak hangus diselam tidak lemas.

Banyak pemimpin tertinggi, para wakil rakyat PKR hadir memberi sokongan. Begitu juga rakan-rakan pimpinan dan wakil rakyat daripada Pas dan DAP. Antara pemimpin atau wakil rakyat Pakatan Rakyat yang terserempak dengan saya termasuk, Idris Jauzi, ahli parlimen Batu Pahat, Dr Mujahidi Yusuf Rawa ahli parlimen Parit Buntar, Tian Chua ahli parlimen Batu, Abdul Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.

Dua pemimpin muda Pas turut hadir ke mahkamah.
Dua wakil rakyat Selangor daripada Pas yang digantung keahlian kerana menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diangkat menjadi MB Selangor, Hasnul Badaruddin (Morib) dan Saari Sungip (Hulu Kelang) juga hadir. Begitu juga Phahroralrazi Mohd Zawawi Adun Pengkalan Kundur, Kedah yang menjadi presiden PasMa juga turut sama hadir memberi sokongan moral kepada Anwar.

Mereka ini yang merupakan wakil rakyat Pas yang kontroveri kerana tindakan dan prinsip mereka menjadi tumpuan orang ramai. Anak-anak muda khasnya yang menghormati pemimpin berprinsip, tegas dengan tindakan datang bersalaman dan berselfis bersama mereka.

Isu Royalti: MP PAS Shah Alam tegur BN Machang Bahas Bajet 2015

MP PAS Shah Alam tegur BN Machang Bahas Bajet 2015

Akta Hasutan diguna kerana takut rakyat berani bersuara


lgeeeeee


PETALING JAYA, 28 OKT: Siri tangkapan, siasatan dan pendakwaan dengan menggunakan Akta Hasutan terhadap kira-kira 20 aktivis dan ahli politik Pakatan Rakyat adalah bukti kerajaan takut berdepan dengan rakyat yang berani bersuara.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis kutipan dana Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) malam tadi mengimbau kembali peristiwa yang menimpanya sehingga dipenjarakan selepas disabit bersalah di bawah Akta Hasutan.
“Saya didapati bersalah di bawah Akta Hasutan. Saya ingat, saya boleh (menang) kerana saya bercakap benar. Tetapi saya terus ditahan.
“Di bawah Akta Hasutan, sesiapa pun boleh didapati bersalah,” kata Guan Eng menegaskan, kezaliman akan terus berlaku sekiranya rakyat berjaya didiamkan.
Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dikatakan menyebabkan ‘perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan keadilan di Malaysia’.
Perbicaraan tersebut berkaitan pendedahannya mengenai kes rogol gadis bawah umur melibatkan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Lim ketika itu merupakan ahli parlimen Kota Melaka.
Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan ke atasnya kerana ‘mencetak dengan niat jahat’ risalah mengandungi perkataan ‘mangsa terpenjara’ bagi menggambarkan murid sekolah itu.
Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim disabit bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000.

Pidato Anwar: Saya tak gentar disiasat - Aktivis Pelajar

Post Pic
PETALING JAYA: Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mengakui tidak gentar sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan dalaman kes melibatkan pelajar universiti itu yang terlibat dalam perhimpunan haram yang diadakan pada Isnin malam. 
 
Bagaimanapun Fahmi berkata, setakat ini dia belum menerima sebarang panggilan mahupun surat daripada pihak pentadbiran universiti bagi memaklumkan perkara tersebut. 
 
Bagaimanapun, anak muda yang berasal dari Permatang Pauh, yakin pihak universiti tidak akan mengambil tindakan drastik terhadapnya atau mana-mana pelajar yang terlibat dengan perhimpunan itu. 
 
"Saya yakin UM sebuah universiti yang mendukung aspirasi kebangsaan dan membenarkan kebebasan bersuara, sekiranya siasatan dijalankan ia akan dilaksanakan secara adil. 
 
"Saya sedia untuk memberikan keterangan jika dipanggil. Berani kerana benar,” katanya dipetik mStar Online pada Selasa. 
 
Ditanya sekiranya pihak universiti mengambil tindakan tegas termasuk menggantung pengajian atau membuangnya daripada UM, Fahmi berkata: "Saya yakin pihak pentadbiran UM tidak akan mengambil tindakan kejam seperti itu."
 

Saya tahu Anwar muslim yang baik dan taat – Joseph Estrada

Joseph EstradaKUALA LUMPUR 28 OKT – Datuk Bandar Manila, Filipina, Joseph E. Estrada menganggap perbicaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu jenaka.
“Ini adalah satu jenaka bagi sebuah negara progresif seperti Malaysia yang melakukan ketidakadilan dengan pendakwaan politik,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, hakikat bahawa Anwar berhadapan hukuman lima tahun penjara menunjukan  ia tidak lebih sekadar rancangan untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang komited berjuang untuk demokrasi.
“Saya tahu Anwar seorang yang baik, seorang muslim yang taat dan pemimpin Malaysia yang ikhlas, ini akan menjadi kemuncak ketidakadilan baginya jika dipenjarakan sekali lagi,” kata bekas Presiden Filipina itu.
Dalam satu kenyataan berasingan, Presiden Majlis Kehakiman Muslim (SA)- MJC, Shaykh Ihsaan Hendicks merayu kerajaan Malaysia dan sistem kehakiman berlaku adil dalam memutuskan penghakiman ke atas Anwar.

Anwar: Saya boleh jadi ‘Tun Anwar’

AnwarSUBANG JAYA, 28 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau dibebaskan serta merta dalam pertuduhan fitnah liwat 2 sekiranya berpaling tadah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Anwar dengan nada berseluroh juga yakin akan dianugerahkan gelaran Tun selepas mengumumkan meninggalkan PR.
“Kalaulah saya cakap saya menyesal berjuang dengan Pakatan Rakyat dan saya tak suka Azmin ini Menteri Besar, PKR, DAP dan PAS ini semua kacau.
“Saya fikir-fikir masuk Umno sahajalah dan fikir-fikir lagi, Datuk Seri Najib Perdana Menteri terbaik dan fikir-fikir lagi first lady…
“Saya ingat dia tarik kes itu. Seminggu selepas itu saya jadi Tun. Jangan main-main, Tun Anwar Ibrahim dan kemudian mana-mana syarikat saya boleh jadi lembaga pengarah,” kata Anwar dalam Perhimpunan Rakyat Hakim Negara di Stadium 3K di sini malam tadi.
Bagaimanapun, jelas Anwar beliau tetap istiqamah berjuang bersama rakyat walaupun beliau terpaksa menghadapi risiko dipenjarakan.

Kapitalis Kotaraya: Rumah terakhir Kampung Chubadak diroboh dan dibakar hari ini

Ketika penyokong Pakatan Rakyat (PR) sibuk dengan kes mahkamah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, satu-satunya rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang masih bertahan dirobohkan hari ini dan puingnya dibakar hangus.
Dua penuntut universiti yang cuba mempertahankan rumah itu daripada dirobohkan, ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sentul. Mereka ialah Abdul Muqit Mohamad, mahasiswa Universiti Malaya, dan Ahmad Fahmi Mokhtar, mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Darul Quran.
Sehingga kini, mereka yang ditahan ketika bergelut dengan pekerja pihak pemaju yang cuba merobohkan rumah itu, masih dalam tahanan polis.
 Menurut Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis) Abdul Malek Abdul Razak, kira-kira 30 pelajar yang aktif dalam Gamis dikerah ke kawasan itu apabila mendapat tahu pihak pemaju mahu merobohkan satu-satunya rumah penduduk yang masih bertahan di atas tanah itu. "Kami diberitahu pengerusi Persatuan Penduduk di situ,
dikenali sebagai Pak Ramli, yang rumah Makcik Wahidah mahu dirobohkan hari ini. "Kami cuba mempertahankan rumah beliau, namun pekerja pihak pemaju memukul kami dan polis yang campur tangan akhirnya menangkap dua rakan kami," kata Malek kepada The Malaysian Insider.
Awal pagi tadi, pihak pemaju tiba bagi merobohkan rumah Wahidah Mat Salleh, 73, yang dibina semula oleh aktivis pelajar dan masyarakat dengan bantuan derma orang ramai selepas semua rumah di kampung itu dirobohkan pada Jun lalu.
Ketika itu, Wahidah bertegas tidak akan meninggalkan kampung dan rumahnya itu. Turut serta membantu pekerja pemaju dalam operasi hari ini ialah pihak polis Light Strike Force (LSF), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Situasi menyedihkan berlaku apabila warga emas itu yang sudah 45 tahun tinggal di situ berusaha cuba mempertahankan rumahnya. Antaranya, beliau melaungkan azan dan berdoa di depan rumahnya.
Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir. Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.
Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pihak pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun. Menurut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1998, pihak yang ingin memajukan kampung itu perlu membayar pampasan sewajarnya kerana mereka bukan setinggan tetapi peneroka bandar.

Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.
Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka. Yang menjadi persoalan ialah, bilakah tanah mereka dijual kepada pemaju oleh DBKL? Sebahagian mereka diberikan pampasan RM7,000 oleh pemaju dan satu unit rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Kuliah Maghrib (Royalti) oleh MP PAS Kubang Kerian Bahas Bajet 2015

Rakyat Hakim Negara: “Jangan sentuh Anwar, dia tak bersalah”

Rakyat Hakim Negara: Kukuhkan Pakatan, tumbangkan BN

Fahmi Zainol: Kalau Cinta Kepada Kebenaran, Kebenaran Akan Lawan Kezaliman

MP DAP Rasah Bahas Bajet 2015

MP PAS Hulu Langat Bahas Bajet 2015

MP DAP Kota Melaka Bahas Bajet 2015

MP PAS Bukit Gantang Bahas Bajet 2015

MP PKR Kuala Langat Bahas Bajet 2015

MP DAP Jelutong Bahas Bajet 2015

MP PAS Bachok Bahas Bajet 2015

MP PSM Sg Siput Bahas Bajet 2015

Kaum Kapitalis berpuas hati bila semuanya diranapkan....mahasiswa ditahan..!!




Anwar tolak tawaran tinggal di Istanbul demi perjuangan rakyat

Anwar
SUBANG JAYA, 28 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan supaya terus menetap di Istanbul, Turki bagi mengelakkan beliau dipenjarakan.
Tawaran itu dibuat ekoran apabila pihak terbabit yang tidak dinamakan itu percaya tindakan berani menghadapi perbicaraan peringkat Mahkamah Persekutuan ini umpama menyerah diri.
“Kata dia, Anwar… sudahlah. Duduk sahaja di Istanbul, tak payah balik sebab beliau yakin badan kehakiman tidak bebas.
“Dia kata buat apa you nak jadi hero. You tahu tak Mandela ditangkap tatkala hendak melarikan diri sebab dia tahu tidak bebas.
“Kalau dia ditangkap pasti hukuman mati atau penjara seumur hidup, jadi dia lari tetapi dia ditangkap, yang kamu nak serah diri buat apa?,” kata Anwar di hadapan hampir 2,000 hadirin yang membanjir Stadium 3K di sini malam tadi.
Tegas beliau tindakan lari dari dipenjara hanya akan melunturkan semangat perjuangan anak muda negara ini.
Tambah Anwar, tindakan itu juga mensia-siakan harapan dan sokongan yang diberikan rakyat.

Anwar: Kukuhkan Pakatan, tumbangkan BN

DSC_6342SUBANG JAYA, 28 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) diperkukuhkan walaupun beliau kemungkinan dipenjarakan.
Jelas beliau mengakhiri ucapannya malam tadi, kesepakatan PR penting bagi menjayakan misi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kalaulah ini kebetulan ucapan terakhir saya, lawan tetap lawan. Teman-teman, perkuatkanlah PKR, perkuatkan DAP, perkuatkan PAS.
“Kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) sangat penting dan kedua pastikan setiap orang dapat disampaikan. Ini amanah saya kepada saudara semua,” kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Stadium 3K malam tadi.
Ucapan Anwar di Stadium 3K bakal menjadi ucapan terakhir beliau sekiranya Mahkamah Persekutuan mensabitkan beliau bersalah bagi perbicaraan kes fitnah liwat 2 yang melibatkan bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan.
Terdahulu, pada perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar didapati tidak bersalah bagi pertuduhan sama.

Anwar ada alibi, tetapi tidak diendahkan, peguam beritahu mahkamah

Pihak pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup pusingan pertama hujah mereka kepada Mahkamah Persekutuan hari ini dengan memberitahu panel lima hakim supaya campur tangan dan memperbetulkan penemuan yang salah di mahkamah ketika peringkat awal perbicaraan.
Anwar membuat rayuan kepada mahkamah tertinggi itu bagi mengetepikan keputusan mahkamah terdahulu yang mensabitkan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam utama Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, terdapat "kesilapan mahkamah" kerana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak memberi "penelitian paling rapi" terhadap bukti yang dikemukakan.
Dalam hujahnya mempertikaikan kredibiliti Saiful, Sri Ram berkata testimoni beliau tidak konsisten dengan bukti dan mahkamah gagal menilai percanggahan tersebut pada perbicaraan terdahulu.
Sri Ram juga berkata apabila Mahkamah Rayuan mendengar permohonan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan terburu-buru, membuatkan sabitan diputuskan dengan cara yang "tidak selamat."
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan itu pada mulanya dijadualkan untuk perbicaraan pada April tahun ini, tetapi dibawa ke Mac tahun depan. Sri Ram berkata pihak pembelaan meminta diberi masa membuat penghujahan kepada Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak.
 Terdahulu, pesara hakim persekutuan itu menggariskan beberapa kesilapan yang didapati semasa peringkat awal perbicaraan kes itu. Sri Ram berkata, dakwaan itu sejak awal merupakan satu kesalahan kerana Saiful semasa perbicaraan berkata, kejadian liwat itu bukan atas dasar suka sama suka.

Pakai baju sokong Saiful dapat RM50 seorang


Dua pelajar remaja ini mendakwa mendapat RM50 seorang dan memakai baju bertulis Justice For Saiful di Putrajaya pada 28 Oktober 2014.Foto: RADZUAN HASSAN.
Dua pelajar remaja ini mendakwa mendapat RM50 seorang dan memakai baju bertulis Justice For Saiful di Putrajaya pada 28 Oktober 2014.Foto: RADZUAN HASSAN.
 
Dua pelajar remaja dari Unisel mendakwa menerima RM50 setiap seorang supaya memakai baju Justice For Saiful.
Remaja lelaki dan perempuan yang enggan memberikan namanya itu kemudiannya hadir ke kawasan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman.
Baju itu kemudiannya menjadi bahan pijakan penyokong-penyokong Anwar yang hadir menyokong Ketua Umum PKR itu dalam kes liwatnya.
Salah seorang daripada remaja itu berkata, dia datang berjalan kaki ke mahkamah sebelum dipanggil oleh seorang lelaki di dalam bas berhampiran jambatan di Putrajaya.
"Dia panggil kami dan bagi baju suruh pakai dan berkumpul di kawasan penyokong Saiful. Dia juga bagi RM50 seorang sebagai upah dan kami ambillah," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Malangnya baju itu tidak dipakai oleh mereka kerana kedua-dua remaja itu penyokong Anwar dan hadir di kawasan penyokong Ketua Umum PKR itu berkumpul. Mereka sendiri pun memijak baju tersebut sebagai tanda bantahan kepada Saiful yang kes dakwaannya diliwat Anwar dibicarakan.
Penyokong-penyokong Anwar memijak baju gambar Saiful dan sesetengahnya agresif sambil mencerca dan memaki Saiful.

Azmin: “Jangan sentuh Anwar, dia tak bersalah”

AnwarSUBANG JAYA, 28 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali malam tadi menyampaikan mesej kepada pentadbiran Kerajaan Umno-BN supaya jangan sesekali menyentuh manusia bernama Anwar Ibrahim.
Ini berikutan, beliau yakin Ketua Umum PKR itu tidak melakukan kesalahan seperti yang difitnah, sebaliknya pendakwaan itu dijalankan disebabkan pendirian Anwar yang kuat menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).
Kata Mohamed Azmin, oleh sebab itu juga, BN perlu ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang.
“Kita kena mulakan esok dengan sampaikan mesej kepada Putrajaya, jangan kamu sentuh manusia bernama Anwar Ibrahim.
“Cukuplah, ‘enough is enough’. Baru-baru ini Datuk Seri Anwar dicalonkan di Kajang terus hukuman dijatuhkan. Kerana apa? Kerana takut Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Besar.
“Sekarang nak takut apa? Lihat fakta, lihat hujah. Saya yakin Datuk Seri Anwar tidak bersalah,” kata Mohamed Azmin di hadapan hampir 2,000 orang yang membanjiri Stadium 3K di sini, malam tadi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen pula mengingatkan orang ramai supaya peka dengan perkembangan politik negara.

Fitnah Liwat II: Peguam bangkitkan dakwaan konspirasi terhadap Anwar

5.30pm: Sidang mahkamah akan disambung jam 9.30 pagi esok.

5.10pm: Surendran berkata ada penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Rayuan.

Kepada soalan Hakim Abdull Hamid, beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak menilai kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

Oleh itu, Surendran berkata, ada kesilapan yang serius dalam keputusan Mahkamah Rayuan, dalam menggambarkan kenyataan Anwar sebagai penafian semata-mata.

5.00pm: Melihat kepada penghakiman Mahkamah Rayuan, Surendran berhujah bahawa terdapat komen-komen yang dibuat yang membawa kepada penemuan yang salah.

"Anwar telah menjelaskan mengapa dia memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh. Terdapat jaringan kebohongan digambarkan. Anwar berkata, beliau tidak boleh mendapat keadilan dalam kes ini," tambahnya.

Hakim Suriyadi bertanya sama ada Anwar menyatakan bahawa dia tidak mempunyai keyakinan dengan mahkamah.

Surendran menjawab terdapat satu siri keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman yang tidak memihak kepada Anwar.

4.55pm: Surendran seterusnya berhujah bahawa kenyataan Anwar dari kandang tertuduh hanya menguatkan dakwaannya mengenai konspirasi terhadapnya.

Apa Dah Jadi Di Malaysia !!!..








Generasi muda cetus gelombang ketiga kebangkitan

PETALING JAYA, 28 OKT: Keberanian generasi muda dan mahasiswa mempertahankan hak kebebasan bersuara bakal mencetus gelombang kebangkitan baru di kalangan rakyat Malaysia, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Menurut beliau, kejayaan mahasiswa membuka pintu pagar Universiti Malaya bagi membolehkan mereka memasuki kampus malam tadi untuk mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan negara ini masih punya harapan untuk perubahan dan keadilan.
“Kita memerlukan geombang ketiga, dan rakyat akan kembali bangkit berjuang,” kata Kit Siang di hadapan kira-kira 1,000 hadirin majlis kutipan dana Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan, ‘gelombang pertama kebangkitan’ berlaku pada tahun 1998 selepas pemecatan Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta tuduhan liwat pertama oleh kerajaan yang kemudiannya membentuk gerakan Reformasi.
Manakala ‘gelombang kedua’ berlaku pada 2008 ketika Pakatan Rakyat dibentuk, yang didahului kejayaan parti-parti pembangkang menafikan tradisi kemenangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen Barisan Nasional di Dewan Rakyat.

Peguam persoal pertuduhan ke atas Anwar, bukti gel pelincir

PUTRAJAYA 28 OKT: Perbicaraan kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan bersambung petang ini, dengan peguam bela memberitahu mahkamah terdapat beberapa lagi kesalahan pada perbicaraan terdahulu.
Peguam utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram memulakan hujah dengan merujuk kembali bahan bukti iaitu pelincir K-Y Jelly yang didakwa digunakan Anwar pada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menurut Gopal,  permaidani itu dirampas pada oleh pegawai penyiasat DSP Jude Pereira pada 30 Jun 2008 selepas pergi ke tempat kejadian bersama unit forensik dan pengadu.
Mereka kemudian menemui sehelai rambut dan merampas permaidani berkenaan. Bagaimanapun, katanya, bahan bukti itu tidak dikendalikan dengan cara betul oleh pegawai penyiasat dan hakim mahkamah sebelum ini.
Saiful mendakwa dalam testimoni perbicaraannya, dia tertumpah sedikit K-Y Jelly di atas permaidani ketika diliwat.
Sri Ram, bagaimanapun, berkata, siasatan polis tidak menemui sebarang kesan pelincir itu di atas permaidani. Katanya, ahli kimia juga tidak menemui sebarang kesan air mani di permaidani berkenaan.
Seterusnya beliau berhujah mengenai pendakwaan ke atas Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Umat Islam perlu beri perhatian kenyataan Qaradawi

Oleh Amidi Abdul Manan
Merujuk kepada kenyataan yang ditulis Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi, Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia berkaitan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan itu bertarikh 26 Oktober 2014, bersamaan 2 Muharam 1436.
Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa pertuduhan tanpa disertai 4 orang saksi adalah satu kebohongan di sisi Allah s.w.t. Beliau juga menyeru agar kita semua beriman dengan firman Allah dalam kisah Hadith Al-Ifk pada Surah An-Nur ayat 12-13.

Walaupun pertuduhan ini menjangkau bertahun-tahun, nampaknya ulama yang berkepentingan yang membawa pandangan-pandangan picisan masih lagi gagal menyakinkan beliau. Sudah tentu Yusof Al-Qaradawi mempunyai hujah yang berasaskan ilmu yang mendalam dalam mengekalkan pandangannya.
Beliau juga dengan tegas tanpa ragu-ragu mempersoalkan kredibiliti sistem kehakiman negara yang sedang digunakan untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu. Keyakinan beliau terhadap Anwar juga tidak tergugat apabila memperihalkan tentang kegigihan, kesabaran dan ketabahan beliau dalam perjuangan Islam dari zaman mudanya lagi. Marilah semua umat Islam di Malaysia, memberi perhatian kepada peringatan dan pandangan seorang ulama yang diakui keilmuannya dan diiktiraf di seluruh dunia termasuk di Malaysia yang menganugerahkannya Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2009.
Abim juga secara khusus menyeru kepada Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan bertaubat jika benar apa yang dikatakan Yusof Al-Qaradawi dalam surat peringatannya itu.

Gelombang kebangkitan anak muda

Oleh Abd Shukur Harun
Sedar atau tidak, setuju atau tidak, generasi muda, khususnya mahasiswa/siswi berada di barisan depan dalam kebangkitan menuntut keadilan, menentang pelbagai kemungkaran - rasuah, penyelewengan, pembaziran dan pelbagai lagi dalam masyarakat.
Generasi muda melihat segala kemungkaran ini mendatangkan kesan yang amat buruk kepada negara dan rakyat yang mahu meneruskan kehidupan dengan penuh harmoni, tanpa perkauman dengan dinaungi keadilan serta kesaksamaan.
Kebangkitan mahasiswa/siswi menentang pelbagai akta yang tidak munasabah seperti Akta Hasutan dan sebagainya, menentang kenaikan harga minyak dan pelbagai cukai yang sangat membebankan rakyat semakin bersemarak.
Keberanian menegakkan kebenaran dan keadilan oleh generasi muda ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat, sementara pihak berkuasa terus membisukan diri. Sesetengah generasi lama merasa sangat aneh apabila melihat kebangkitan anak muda ini. Ada di antara mereka bertanya mengapa mereka ini sampai hendak berhimpun dan berarak hingga jalan raya, memprotes itu dan ini, pada hal mereka perlu menekuni pelajaran mereka di universiti.
Ada pula sesetengah dari generasi lama resah dan jengkel apabila menyaksikan keadaan ini.
Tetapi ada jawapan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol mengenai kebangkitan generasi muda ini, khususnya di kalangan mahasiswa/siswi:
"Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil. Sebagai pelajar kita perlu membuat pengorbanan ini, sama ada kita suka atau tidak, kerana Malaysia perlukan perubahan. Kerajaan tidak patut memperlekeh pengaruh mahasiswa,” katanya.
Dalam hal ini kebangkitan generasi muda, khususnya mahasiswa/siswi, sudah dilihat jelas dalam pelbagai perhimpunan dan demonstrasi rakyat sejak beberapa tahun lalu di mana saya masih ingat bagaimana anak-anak muda mengelilingi Sasterawan Negara, A. Samad Said membaca puisinya "Unggun Bersih" dan "Peludah Warna" dalam perhimpunan rakyat beberapa tahun lalu di Kuala Lumpur.

Fitnah Liwat II: Polis soal siasat pemilik kondo selama 30 jam - Peguam

4.00pm: Bebannya, kata Gopal, adalah di pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya.

Peguam kanan itu berkata sabitan dari segi keadaan rayuan itu dibuat, menjadikannya tidak selamat.

Menurutnya, ia ditetap pada 12 dan 13 April di Mahkamah Rayuan, di mana ia telah ditetapkan di hadapan Hakim Aziah Ali semasa pengurusan kes.

Rayuan itu, katanya, didengar pada 6 dan 7 Mac dan Karpal meminta masa untuk penghujahan tetapi ia ditolak.

Menurutnya, ia adalah satu perbicaraan yang lama tetapi dalam keadaan ini, ia dijalankan, sabitan itu adalah tidak selamat.

Gopal selesai menyampaikan hujahnya.

3.45pm: Gopal berkata dalam membatalkan pembebasan atau penegasan pembebasan, mahkamah tertinggi itu harus campur tangan jika temuan itu adalah salah.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menyatakan Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai tetapi keterangannya terhadap orang lain, berbeza.

Menurut Gopal, ia tidak melalui pemeriksaan yang ketat dan telah berlaku salah laksana keadilan.

3.25pm: Menyentuh mengenai alibi Anwar, Gopal berkata anak guamnya telah memberikan notis alibi tetapi ditinggalkan pada perbicaraan itu, dan telah menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh.

"Apabila pihak pendakwa membuat rayuan, petisyen mereka tidak mengandungi alibi saksi," tambahnya.

Peguambela itu berkata rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar terutamanya berkaitan dengan DNA.

Beliau berhujah bahawa mahkamah rayuan melampaui tanggapan (notion) alibi ini di mana DPP berhujah mengenai kegagalan Anwar untuk memanggil seorang saksi alibi.

"Notis alibi tidak diteruskan tetapi ia tidak boleh digunakan terhadap perayu. Mahkamah tertinggi ini harus campur tangan apabila terdapat penyalaharahan (misdirection) yang jelas," kata Gopal dalam hujahnya.

Gopal berkata pemilik kondominium, Hasanuddin, telah disoal siasat oleh polis selama 30 jam.

Hasanuddin mempunyai dua unit bersebelahan satu sama lain di kondominium Desa Damansara, dan alibi Anwar adalah beliau tidak berada dalam unit yang lain, di mana kejadian liwat dikatakan berlaku.

UM buat laporan polis perhimpunan haram ceramah Anwar

Universiti Malaya (UM) hari ini membuat laporan polis berhubung pencerobohan kawasan tanpa kebenaran berikutan perhimpunan haram di kampusnya di Kuala Lumpur malam tadi.
Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader hadir bersama Pengarah Keselamatan UM, Yusof Harun dan pegawai keselamatan Khairul Anuar Abu Shari di Balai Polis Pantai, di Kuala Lumpur, jam11 pagi tadi.
Selepas selesai membuat laporan polis selama dua jam, Izzad Zalman berkata kepada pemberita akibat perhimpunan haram itu yang diadakan di Dataran Dewan Tunku Canselor, para peserta perhimpunan merempuh masuk ke dalam UM dan menyebabkan pagar utama UM rosak.
 "Perhimpunan itu diadakan secara haram di dataran tersebut. Tiada siapa boleh menceroboh masuk atau mengadakan majlis tanpa mendapat kebenaran UM terlebih dulu," katanya. Beliau juga berkata satu siasatan dalaman akan dijalankan UM terhadap pelajar universiti itu yang terlibat dalam perhimpunan malam tadi mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti itu.
"Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam kenyataan media dalam masa terdekat," katanya. Dalam insiden itu, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk menghadiri acara pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya dijadualkan di dewan itu. Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti. – Bernama,

Fobia UMNO@BN terhadap Anwar boleh cetuskan penentangan pelajar seperti di HK

Oleh Hazlan Zakaria
Dalam melarang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bercakap dalam sebuah acara yang dianjurkan pelajar Universiti Malaya dan menghukum penganjurnya, pentadbiran yang diterajui BN mungkin akan memarakkan lagi sentimen anti-kerajaan dan gagal menyekat sokongan popular terhadapnya.
Anwar telah dilarang daripada menghadiri dan berucap pada majlis yang dijadualkan pada jam 9 malam ini dan penganjurnya telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak berkuasa universiti.

Dan seperti apa yang dilakukan pihak berkuasa apabila profesor undang-undang, Azmi Sharom menghadiri acara di UKM beberapa minggu yang lalu yang telah turut diharamkan, laporan berita menyatakan bahawa UM juga akan ditutup melalui sekatan jalan raya oleh pihak polis dan pihak keselamatan kampus.
Laporan juga menyatakan bahawa kakitangan diarahkan untuk pulang awal dan kelas dibatalkan, didakwa disebabkan oleh pencawang elektrik yang rosak di universiti tersebut.
Penganjur bagaimanapun telah berikrar untuk meneruskan acara tersebut, mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan, dan menyifatkan apa sahaja yang bakal berlaku sebagai pengorbanan yang diperlukan bagi perubahan dan reformasi yang mereka percaya merupakan paradigma gerakan pelajar.
Tetapi apa-apa sekatan bukanlah sesuatu yang baru kerana kerajaan telah melakukannya selama bertahun-tahun melalui kawalannya ke atas universiti-universiti tempatan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. 
AUKU merupakan sebuah akta yang menurut pendapat pengkritik, telah melemahkan kebebasan akademik dan kebebasan mahasiswa.
Sebelum ini, ahli-ahli politik pembangkang yang lain, seorang ahli politik Umno yang liberal dan beberapa pensyarah yang tidak memiliki pandangan yang sama dengan kerajaan, telah diharamkan dari beberapa institusi pengajian tinggi.

Hakim zalim, dihumban ke neraka

Sekiranya hakim itu korup dan boleh dibeli oleh mana-mana pihak ia jelas menunjukkan pihak kehakiman tidak mempunyai keupayaan untuk berlaku adil dalam masyarakat.

rafizi300PUTRAJAYA: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terus mendesak pihak hakim Mahkamah Tinggi supaya membuat keputusan secara adil dalam tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata lima panel hakim yang bersidang perlu bertindak secara adil agar tidak menjadi hakim yang zalim dan bodoh kerana tindakannya itu menyebabkan mereka akan dihumban ke dalam neraka.
Rafizi mengingati kelima-lima hakim supaya sentiasa mengingati pesanan Rasulullah S.A.W dalam riwayat Abu Daud yang menyebut tentang tiga golongan hakim iaitu, golongan yang masuk syurga, dan dua lagi ialah golongan yang akan masuk neraka.
Mengikut tafsiran hakim dalam Islam, hakim mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat, kerana merekalah yang akan menjunjung prinsip keadilan dan undang-undang negara.
“Di bahu mereka ada tanggungjawab yang tinggi dan dijunjung asas keadilan,” katanya.

Fitnah II: KEADILAN sedia hadapi segala kemungkinan

Rafizi PutrajayaPUTRAJAYA 28 OKT: KEADILAN sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku berhubung keputusan rayuan terakhir kes Fitnah II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
“KEADILAN sudah bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku ke atas keputusan kes Fitnah II yang melibatkan Anwar Ibrahim.
“Pada peringkat KEADILAN dan seterusnya Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas keputusan diperolehi mungkin pada hari ini atau esok,” kata Rafizi ketika ditemui di perkarangan Mahkamah.
Menurut Rafizi,  Anwar menghadapi hari-hari sebelum ini dengan begitu cekal sehingga difitnah dengan sedemikian rupa sepertimana kes pada 1998.
Katanya, Anwar sudah 40 tahun dalam kerjayanya, bermula sebagai seorang aktivis pelajar  hingga ahli politik, dan sedikit pun tiada erti kekalahan dalam dirinya.
Tambahnya lagi,  cabaran yang dihadapi pada 1998 sehingga mencetuskan gelombang reformasi adalah lebih hebat berbanding sekarang.
“Saya lihat Anwar Ibrahim dalam tempoh masa dua tiga bulan lepas secara mentalnya sudah bersedia menghadapi kes fitnah yang menimpa dirinya” ujar Rafizi.

Selepas kejayaan program Anwar di UM, Fahmi harap tamatkan pengajian

Selepas memimpin rakan-rakannya merempuh pintu masuk Universiti Malaya malam tadi, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol masih tenang dan berharap dapat menamatkan pengajiannya Jun tahun depan walaupun sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Saya masih okay, dan yakin dapat habiskan pelajaran saya yang tinggal satu semester lagi, iaitu sehingga pertengahan tahun depan," kata Fahmi kepada The Malaysian Insider pagi ini.
Semalam, beliau bersama rakan mahasiswa dan ratusan aktivis muda memaksa pagar universiti yang ditutup pengawal keselamatan dibuka bagi membolehkan mereka memasuki kampus dan menjayakan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" di Dataran Dewan Tunku Canselor.
 Ketua Pembangkang yang juga pemimpin pelajar UM kira-kira 40 tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudiannya menyertai mereka dan memberi ucapan terakhir menjelang perbicaraan beliau hari ini.
Anwar sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi membuat rayuan agar hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan ke atas beliau oleh Mahkamah Rayuan diketepikan.
 Ketika dihubungi, Fahmi dan rakan-rakannya sedang dalam perjalanan ke Putrajaya bagi menyertai perhimpunan di perkarangan Istana Keadilan dan mengikuti perbicaraan Anwar. "Saya mahu membawa anak muda memimpin pula, kerana masa orang tua dah nak habis.

Mahkamah lanjutkan bicara rayuan Anwar hingga Khamis ini

Mahkamah Persekutuan melanjutkan pendengaran kes rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tiga hari disebabkan jumlah penghujahan yang dikemukakan barisan peguam bela.
Pendengaran yang bermula hari ini akan bersambung sehingga Khamis, kata Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria sebelum menangguhkan sesi rehat tengahari.
Peguam utama Anwar yang juga bekas hakim mahkamah persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sepanjang pagi tadi mengemukakan hujah bagi membuktikan pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan saksi yang boleh dipercayai.

Selain Sri Ram, peguam lain yang akan mengemukakan hujah kes adalah Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan N Surendran. Pihak pendakwa yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mengemukakan hujah selepas pihak pembelaan, kemudian diikuti hujah akhir oleh kedua-dua pihak sebelum pendengaran berakhir.
Shafee ketika ditemui pemberita semasa sesi rehat berkata, beliau menjangkakan lanjutan itu kerana hujah panjang lebar dan jumlah kertas kerja yang perlu diteliti.
"Kami mendengar hujah mereka. Seperti dijangka, kami perlu mengemukakan jawapan balas.
"Mahkamah akan dilanjutkan sehari lagi sehingga Khamis, dan kemungkinan sehingga Jumaat," katanya di luar mahkamah.
Lima panel hakim mendengar rayuan Anwar, diketuai Ariffin, serta Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Barisan peguam bela Anwar diketuai Sri Ram, serta 14 peguam lain.

Rafizi: Jangan halang penyokong Anwar

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa tidak perlu meletak penghadang besi bagi menghadapi sebarang situasi di kompleks Istana Kehakiman," demikian ujar Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Katanya kepada Sinar Harian Online, tindakan pihak berkuasa meletakkan penghadang seolah memberi gambaran pihak polis mahu konfrontasi dengan rakyat.

"Halangan ini tidak diperlukan. Keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa mempunyai kerahan tenaga untuk mengawal selia situasi semasa di sekitar kompleks mahkamah.

"Kita tidak perlu dihalang dari memasuki pekarangan kompleks Istana Kehakiman. Pihak berkuasa seolah mahu bertegang urat dengan kami," katanya.

Sementara itu beliau turut menjamin tiada sebarang tindakan agresif oleh penyokong Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya penghadang dihapuskan.

"Soal itu tidak timbul langsung.

Jika dipenjara, ini lah pengorbanan saya lawan rasuah – Anwar

SUBANG JAYA 28 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau boleh mengambil jalan selamat untuk berdiam diri terhadap rasuah yang dilakukan Umno BN.
Namun katanya, atas dasar prinsip dan perjuangan, beliau akan terus konsisten melawan kezaliman dan akan terus memperjuangkan nasib rakyat, meskipun berdepan hukuman penjara.
“Mereka hendak ugut saya? Hendak beli saya? Maaf.
“Hendak masuk penjara? Saya memang tidak mahu, tapi kalau terpaksa, inilah pengorbanan yang saya perlu buat dan saya akan melawan sistem korupsi di negara kita,” ujarnya ketika berucap di Stadium Mini 3K di Subang Jaya malam yadi.
Anwar dalam pada itu turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin yang sewenang-wenangnya membuat tindakan yang membelakangi nasib rakyat.

UM lancar siasatan, siswa kata masih selamat

Aktivis siswa Universiti Malaysia, Fahmi Zainol yang mengetuai sekumpulan 2,000 pelajar dan penyokong di kampus berkenaan berkata beliau kini masih selamat dari sebarang tindakan disiplin.

“Saya masih selamat buat masa ini,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, laporan Bernama menyebut bahawa UM telahpun memulakan satu siasatan dalam ke atas siswa yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan.

Agensi berita nasional itu juga hari ini melaporkan bahawa UM membuat aduan di balai polis Pantai semalam.

Kumpulan siswa berkenaan merempuh satu pintu pagar di Universiti Malaya pada malam tadi untuk mendengar ucapan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyampaikan pidato di program dengan tema '40 Tahun: Dari UM ke Penjara' pada sekitar jam 10 malam.

Fahmi yang turut mengetuai majlis perwakilan mahasiswa UM pada 23 Oktober lalu dikenakan surat tunjuk sebab kerana enggan membatalkan acara tersebut.

Himpunan simbolik tuntut roh kebebasan akademik – Presiden PPUM

UM studentKUALA LUMPUR 28 OKT: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PPUM),  Fahmi Zainol menyifatkan kejayaan mereka membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dataran Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya seperti mengembalikan semula roh kebebasan berakademik di negara ini.
Jelasnya, himpunan tersebut juga adalah simbolik bahawa golongan pelajar mahukan kebebasan akademik setelah disekat melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
“Saya yakin di peringkat mahasiswa kita dah cipta sejarah, kita bukan nak lihat ahli politik berucap di depan ini.
Student Um“Tetapi bagi saya, kita telah membawa kembali roh semangat kebebasan berakademik, kebebasan bersuara dan kebebasan untuk mahasiswa dalam menjalankan aktiviti setelah AUKU diperkenalkan oleh Umno BN,” katanya ketika menyampaikan ucapan di perkarangan Dewan Tengku Censelor, malam tadi.
Beliau dalam pada itu turut menggesa seluruh mahasiswa agar berani menuntut hak dan keadilan serta menegaskan hanya keadilan mampu melawan kezaliman pemerintah.
“Ayuh cipta sejarah buat semua mahasiswa dan malam ini, kalau cinta kepada kebenaran, kebenaran akan lawan kezaliman,” katanya lagi.

Anwar : “Apa ditakut sangat dengan budak kurus ini?”

KUALA LUMPUR, 28 OKT : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menganjurkan pidato bagi memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan mengenai pertuduhan yang sedang dihadapinya.
Menyambut baik inisiatif itu, beliau turut memaklumkan kepada Presiden PMUM, Fahmi Zainol supaya membatalkan program terbabit sekiranya mereka berdepan tekanan digantung atau dibuang dari universiti.
“Apa dilakukan saudara itu cukup baik, saya kata kalau saudara ambil keputusan untuk batalkan program saya, saya masih hormat saudara.
“Saudara ambil inisiatif awal, kalau universiti tekan atau buang, saya tak nak saudara berdepan risiko.
“Tetapi saya sudah bincang dengan pimpinan mahasiswa, anak muda bersama ambil keputusan sekali maju terus maju untuk kebebasan negara,” katanya pada program pidato ’40 Tahun Dari UM Ke Penjara, Signal Kebangkitan Mahasiswa’ di luar pintu pagar utama UM, malam tadi.

Rumah Kampung Chubadak dirobohkan, Makcik Wahidah sempat azan

Kampung ChubadakKUALA LUMPUR 28 OKT: Ketika perhatian negara menumpukan kes fitnah liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, di Kampung Chubadak beberapa rumah dirobohkan hari ini.
Menurut aktivis masyarakat, Nashita Md Noor, berkata Makcik Wahidah menjadi peneroka Kampong Chubadak sejak lebih 40 tahun namun pemaju merampas tanpa sebarang pampasan.
“Gergaji dan hammer ini antara peralatan yang kami beli. Aiman Athirah Al Jundi dan saya keluar mencari bahan-bahan bagi membina bangsal yang diubahsuai menjadi rumah buat Makcik Wahidah tinggal setelah rumahnya dirobohkan oleh DBKL.
“Hasil kutipan derma dan usaha aktivis dapatlah makcik Wahidah rumah yang lebih selesa.
Makcik WahidahHari ini rumah kecil usaha rakyat juga mahu mereka robohkan,” tulis Nashita laman Facebooknya.
Tulisnya, belum sempat barang dikeluarkan dari kawasan rumah, beberapa orang warga asing mula untuk robohkan rumah dari belakang.
“Penduduk naik berang dan memarahi mereka kerana langgar perjanjian untuk tidak robohkan rumah dengan segera,” tulisnya.
Nashita juga sempat memuat naik gambar suasana kejadian perobohan itu dan terdapat aksi beberapa penduduk ditangkap.
Tulisnya, Makcik Wahidah juga sempat melaungkan Azan sebelum rumahnya itu dirobohkan.
Dalam pada itu, dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang.
Dua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis, Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Abdul Muqit Muhammad.

Bagaimana Felda Global boleh rugi RM1 bilion, soal DAP

DAP hari ini mempersoalkan kerugian yang dialami Felda Global Ventures Holding (FGVH) sebanyak kira-kira RM1 bilion, menyifatkannya sesuatu yang sangat mengejutkan. Setiausaha publisitinya, Tony Pua berkata, FGVH sejak 6 bulan lalu mencatatkan penurunan paling buruk di antara kesemua saham perladangan yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
"Sejak September, harga saham FGVH jatuh pada kadar RM3.24. Ia satu pendedahan mengejutkan kerana menyaksikan penurunan 40% di pasaran dalam tempoh hanya 2 tahun," katanya pada sidang media di Parlimen.
 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga berkata, jawapan lisan Parlimen yang diberikan kepadanya tidak memuaskan apabila menyatakan penurunan tersebut disebabkan kejatuhan permintaan dan harga pasaran dunia bagi minyak sawit mentah.

Polis mohon Interpol tangkap Ali, Alvin

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pasukannya memohon kerjasama polis antarabangsa untuk mengesan dan menangkap Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil.

Permohonan itu yang dikenali dengan kod 'notis merah' dipohon PDRM melalui Interpol, katanya.

"Kita telah memohon notis merah melalui Interpol dan kita tunggulah," katanya ringkas pada sidang media di Cheras hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang tindakan polis terhadap dua individu berkenaan yang menyusup ke luar negara untuk mengelak daripada dibicarakan di mahkamah.

Sebelum ini Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee dituduh bawah Akta Hasutan dan Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet.