Isnin, 27 Oktober 2014

Pakatan Rakyat tanpa Anwar

Oleh LIM HONG SIANG
SAAT-SAAT penentu semakin hampir. Semua perbincangan mengenai kes liwat II, yang membabitkan Anwar Ibrahim tiada kena-mengena dengan persoalan apakah benar beliau melakukannya. Sudah 16 tahun isu yang sama diperbincangkan.
Anwar dituduh, dibicara dan dibela - namun ia bukan proses pengadilan kerana keputusannya seolah-olah ditentukan suhu politik.

Maka rakyat mula menghitung hari-hari terakhir Ketua Pembangkang Parlimen ini disumbat semula ke dalam penjara. Kenyataan rasmi ditulis dalam nada sarkastik, dengan tujuan untuk memprovok agar masyarakat massa turun ke jalan raya. Penganalis politik pula meramalkan sejauh manakah gelombang Reformasi 2.0 yang mampu dicetuskan oleh susuk tubuh berusia 67 tahun ini. Hujah lapuk diulangi - “Kita tidak memperjuangkan nasib seseorang individu” - bergantunglah bagaimana kenyataan ini ditafsirkan. Namun kita semua sedar bahawa ia bukan perjuangan untuk seseorang individu bernama Anwar Ibrahim.
Persoalannya sama ada kita menerima politik dubur yang busuk lagi membusukkan ini? Persoalannya sama ada kita reda apabila kebangkitan rakyat untuk memperjuangkan  keadilan, hak asasi, demokrasi dan kebebasan, dipatahkan hanya menggunakan politik dubur? Persoalannya sekiranya rejim yang korup ini berjaya menyelamatkan diri dengan satu dubur untuk 16 tahun lalu dan kini, apakah ia tidak berulang untuk 16 tahun akan datang?
Sememangnya kita tidak mahu perjuangan demokrasi Malaysia ditumpukan pada susuk tubuh seseorang individu semata-mata. Risikonya tinggi apabila kita bergantung kepada personaliti pemimpin. Perlu kita sedar bahawa politik adalah permainan kuasa. Betapa suci dan murni sekalipun seseorang pemimpin tidak terdaya untuk menahan serangan fitnah.
Persoalannya siapa yang menguasai jentera negara untuk mengulangi pembohongan sebanyak 1,000 kali sebelum ia dijadikan kebenaran? Dan apakah tertuduh mempunyai peluang yang setimpal untuk membela diri dalam permainan ini?

Pidato Anwar: 4,000 masuk UM setelah pintu pagar terbuka


KUALA LUMPUR: Hampir 4,000 orang yang hadir ke program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini berjaya masuk ke dalam Universiti Malaya bagi menuju ke dataran Dewan Tunku Canselor (DTC).

Mereka yang tersekat di luar pintu masuk utama dari arah Kuala Lumpur selepas dihalang dengan pagar ditutup oleh pihak keselamatan universiti, berjaya masuk ke dalam kawasan universiti kira-kira jam 9.15 malam setelah pintu pagar terbuka selepas ditolak.

Pihak keselamatan yang pada awalnya membuat benteng di belakang pagar, hanya membiarkan sahaja peserta berarak masuk menuju ke DTC.

Tidak beberapa lama kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di pintu pagar masuk UM bersama isteri dan anak-anak beliau.

Ketua Pembangkang itu kemudian dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda menuju ke DTC.

Anwar dijangka menyampaikan pidato terakhir beliau malam ini sebelum ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi esok bagi mendengar rayuan kes Fitnah ll terhadap beliau.

Biarpun hujan pada awal tadi, masyarakat awam serta sebahagian besar bekas pelajar UM tetap datang bagi mendengar pidato Anwar.

 






Di sebalik sekatan, Anwar berjaya pidato di UM

Ribuan pelajar dan orang ramai memasuki Universiti Malaya (UM) awal petang ini yang ditutup daripada dimasuki semua kenderaan setelah mereka berjaya memaksa laluan di sebelah pintu masuk Kuala Lumpur/Bangsar dibuka dan berarak ke kawasan kampus. Mereka menuju lokasi di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara." Pada awalnya, terdapat kira-kira 50 orang berkumpul di pintu masuk utama UM di Jalan Universiti itu.
Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang mengatakan tetap akan datang ke universiti alma mater beliau dan menemui pelajar pada program itu walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah. Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu dijadualkan bermula jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus. Presiden PMUM Fahmi Zainol memberitahu media UM tidak mahu memberi persetujuannya kepada program itu walaupun selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini.

Ambiga puji keberanian mahasiswa UM, perubahan sebenar sedang berlaku

Datuk Ambiga Sreenevasan memuji keberanian yang ditunjukkan mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dalam menentang pentadbiran autokratik universiti itu yang menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpidato di kampus. Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku itu berkata, keberanian yang ditunjukkan anak muda sekarang membuktikan akan berlaku perubahan sebenar dalam negara. "Apa yang kita lihat sekarang adalah perubahan, sekarang kita lihat anak muda bangun penindasan.
 "Saya puji Fahmi yang bangkit melawan sikap autokratik pentadbiran UM dan kita puji mereka," kata Ambiga semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bantah Akta Hasutan malam ini di Dewan Sivik, Petaling Jaya, Selangor malam ini. Ambiga berkata kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi menipu rakyat lagi dan mereka perlu menyedari perkara tersebut. "Ia menunjukkan kamu tidak boleh tipu semua orang setiap masa," katanya.

Anak Muda Bangkit Bersama Anwar Di UM...!!!











Ribuan Bersama Anwar Di UM, Kebangkitan Mahasiswa!
















Ketibaan DSAI di Universiti Melaya! Bebaskan Universiti!





RHN: Hidup Mahasiswa!!! Akhirnya pintu pagar UM berjaya dibuka!








Buatlah apa pun, Anwar tak akan mengalah

Anwar Ibrahim
Buatlah apa pun namun, selagi hayat masih ada, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sekali-kali mengalah untuk berundur demi memperjuangkan hak yang ditujukan khusus buat rakyat di negara ini. 
 
"Saya dah lama dianiaya dan seluruh keluarga saya telah dimalukan hingga di tahap yang melampaui ciri-ciri kemanusiaan. 
 
"Apa yang saya perjuangkan hari ini bukan lagi untuk diri saya sendiri tetapi untuk generasi akan datang yang perlu diberi keadilan dalam undang-undang negara," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen petang tadi.
 
Dalam keadaan tenang, Anwar berkata, ada beberapa nasihat yang diberikan oleh orang-orang terdekatnya agar melupakan semuanya dan hidup seperti biasa. 
 
"Boleh memang boleh tetapi apa kesudahannya dengan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah? 
 
"Siapa yang akan memperjuangkan nasib rakyat kalau bukan saya yang telah menjadi mangsa keadaan yang dirancang ini?
 

KE MANA ‘HANYUT’NYA UNIVERSITY MALAYA

Bagi aku pandangan yang mengatakan bahawa university itu sebagai tempat belajar dan menimba ilmu semata-mata (dengan tidak mempedulikan hal lain) adalah pandangan yang sudah lapuk dan amat terkebelakang. Setahu aku tidak banyak university di dunia ini yang ‘bermazhab’ sedemikian. Mugkinlah agaknya university di Malaysia sahaja yang bersikap begitu. Mungkin pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi di Malaysia sahaja yang mendapat ‘pesanan’ daripada pemerintah agar tumpukan  sepenuhnya perhatian kepada pelajaran dan ajaran guru dan jangan terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik. Belajar dulu dan kemudian baru berpolitik.
Begitulah bunyi pesanan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu, terutama pihak ‘peminjam wang’ yang membiayai pengajaran pelajar di university. Dan pelajar-pelajar ( dari kampung biasanya yang terdiri dari orang Melayu miskin) akan terus patuh kepada ‘pesanan’ demikian walaupun ada diantara mereka yang sedar bahawa satu masa nanti mereka akan mendapat segolong ijazah yang ‘isi’nya seakan-akan ‘kosong’. Mereka ‘belajar’ di university hanya semata-mata untuk mendapatkan segolong ijazah dan bukan bertujuan untuk ‘menimba’ berbagai ilmu dan pengalaman.
Sekiranya kita melihat tentang apakah yang dimaksudkan dengan sebuah university tentulah aku merujuk kepada artikel John Henry Newman, ‘ The idea of a University’ yang mengatakan bahawa University adalah ‘ Studium Generale’ or “School of Universal Learning”…..a place for the communication and circulation of thought, by means of personal intercourse, through a wide extent of country”.
Sepanjang yang aku ketahui tidak ada pun sebuah university samada di Amerika Syarikat atau pun di United Kingdom yang melarang pihak tertentu untuk memberi ceramah di kampus-kampus mereka seperti yang diamalkan oleh university di negara kita. Malah sememangnya digalakkan para ilmuan untuk datang dan menyampaikan buah fikiran mereka (samada yang menyokong atau menentang) untuk dikongsikan bersama dengan para pelajar.
Kini pentadbiran University Malaya melakukan perkara-perkara yang jarang dilakukan oleh university-university lain di dunia,

Benarkah Semuanya Bergantung Pada Najib?

Bermula esok, 28 Oktober, bermulalah rayuan kes liwat kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim selama dua hari di Mahkamah Persekutuan. Pada lewat petang 29 Oktober pula, dijangka akan diketahui keputusannya.

Di mana-mana ketika ini orangramai membicarakan apakah nasib Anwar nanti. Apakah beliau akan dikekalkan bersalah sepertimana keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkannya hukuman lima tahun penjara atau akan didapati tidak bersalah dan dibebaskan?

Walaupun yang akan menentukan bersalah atau tidaknya Anwar adalah lima hakim yang arif lagi bijaksana setelah mendengar hujah-hujah pendakwa yang diketuai oleh Shafee Abdullah serta peguambela Sulaiman Abdullah, tetapi rata-rata orangramai mulai meneropong keputusan yang bakal diambil ini dari sudut kemahuan Putrajaya dan Seri Perdana.

Baik orangramai, pemimpin UMNO, pembangkang, ahli perniagaan, anak-anak muda dan sebagainya tetap melihat semuanya bergantung kepada kemahuan serta kata putus daripada Najib Razak selaku Perdana Menteri.

Maknanya,  dari segi keputusannya ia lebih dilihat dan ditanggapi dari sudut politik semata-mata berbanding undang-undang. Dalam ertikata lain, kalau kering hati Najib, ke penjaralah Anwar tetapi jika lembut hatinya, bebaslah Anwar.

Malah ada surirumah sepenuh masa yang tidak memiliki telefon pintar turut mengeluh, "Kalau bersalah, sampainya hati Najib memenjarakan Anwar sedangkan mereka pernah bersabahat baik suatu ketika dahulu."

Bagi kalangan kebanyakan pimpinan UMNO, ramai yang yakin Anwar akan didapati bersalah dan menghuni penjara sekali lagi kerana itulah satu-satunya jalan yang mereka lihat boleh menentukan survival Najib dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Dengan Anwar berada di dalam penjara, walaupun simpati rakyat mungkin meningkat kepada pembangkang,  tetapi mereka percaya ketiadaan pengganti karismatik memimpin PR akan membolehkan Najib mengatur strategi baru melemahkan gabungan itu dengan taktik adu-domba atau "membeli" sebahagian yang lain untuk melompat parti.

Apapun nasib Anwar, kelebihan di pihak PR

BN mungkin akan menderita beban tuduhan dan kebencian manakala Anwar akan terus “menerajui” PR dari “suite”nya di penjara.

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Datuk Dr. A. Kadir Jasin menyatakan sebahagian kekuatan Pakatan Rakyat (PR) berpunca daripada kelemahan Barisan Nasional melainkan parti itu sudah pulih sepenuhnya daripada bencana ‘Tsunami Cina PRU 2013′.
Bahkan, BN juga tidak mungkin boleh meraih apa-apa faedah daripada memenjarakan Anwar.
Datuk Abdul Kadir Jasin“BN mungkin akan menderita beban tuduhan dan kebencian manakala Anwar akan terus “menerajui” PR dari “suite”nya di penjara. Seandainya kes tersebut digugurkan pula,  maka jadilah beliau “makhluk suci” yang kalis fitnah,” katanya di dalam blog www.kadirjasin.blogspot.com/
Tambah Kadir lagi, terdapat beberapa senario yang akan terjadi antaranya jika Anwar masuk penjara, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR akan kehilangan ketua yang karismatik, tetapi memperoleh simpati.
“Setelah bercakaran dan kacau-bilau akibat krisis Menteri Besar Selangor, PR memerlukan simpati dan persefahaman penyokongnya,” jelas beliau lagi.
Manakala, jika Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa Anwar tidak bersalah, Anwar akan muncul sebagai makhluk suci yang cuba difitnah oleh musuh-musuhnya.
“Kedudukan beliau di mata kepemimpinan dan penyokong PR akan bertambah kukuh,” katanya.
Jelas Kadir lagi, ramalan PR akan hancur musnah kalau Anwar dipenjarakan hanyalah premature. Sebaliknya simpati yang tercetus daripada pemenjaraan Anwar akan memberi peluang baru kepada PR untuk memperkukuh dan memperluaskan sokongan.
Kadir menjelaskan terdapat dua pemangkin yang membuatkan PR berjaya sejak PRU 2008. Pertama, kemampuan Anwar mencari titik pertemuan di kalangan parti-parti yang berbeza ideologi, khususnya antara DAP dan PAS. Kedua, ia berjaya mengeksploitasi keterdedahan (vulnerability) BN.
“Daripada aspek psikologi pula, PR berjaya menjitukan semangat penyokongnya dengan memberikan isyarat yang kuat bahawa mereka boleh mengalahkan BN dan pada masa yang sama mengambil kesempatan daripada kekecewaan penyokong BN terhadap parti mereka sendiri,” katanya lagi.
Kadir turut memberitahu bahawa antara faktor lain yang memihak kepada PR adalah barisan kepemimpinan yang muda.