Ahad, 26 Oktober 2014

Nurul Izzah: Sacrifice



Tanah rizab Melayu dijual demi keuntungan segera

KUALA LUMPUR - Sikap masyarakat Melayu yang menganggap tanah sebagai komoditi jual beli merupakan antara faktor utama penyusutan bilangan tanah rizab Melayu.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak berkata, hasil kajian yang dijalankan pada 2009 hingga 2011 menunjukkan hampir 75 peratus responden menjual tanah bagi mendapatkan keuntungan serta-merta.

"Kebanyakan masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah hanya mempunyai tanah untuk dijual atau dicagar. Masalah berlaku apabila mereka jual atau cagar tanah kepada orang bukan Melayu.

"Ramai yang anggap tanah sebagai komoditi dan cukup beberapa tahun mereka jual. Mereka tidak terfikir tanah tersebut boleh menjana lebih banyak pendapatan tetapi cuma perlu bersabar sikit," katanya di Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu berjudul Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera, di sini, hari ini.

Menurutnya, sehingga kini jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung Malaysia tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang hanya mencecah 11.99 peratus berbanding jumlah yang diperuntukkan sebanyak 50 peratus.

Dalam pada itu, katanya, faktor lain penyusutan tanah rizab Melayu ialah pengambilan tanah oleh kerajaan untuk kepentingan awam tanpa diganti semula.

Hijrah: Wanita, isteri, ibu pencetus perubahan


Perutusan Ulang Tahun Hijratur-Rasul 1436H Dewan Muslimat PAS Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul 1436Hijrah kepada semua khususnya umat islam di Malaysia.

Sama-sama kita syukuri kehidupan yang sudah berlalu dan meletakkan azam perubahan menjadi insan yang lebih dekat kepada Allah S.W.T, berakhlak mulia, rendah hati, tenang dan bahagia.

Firman Allah SWT
Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..”  (Surah An-Nahl 16: 41-42)

DMPM melihat antara perubahan besar akhlak seorang insan bermula di rumah melalui seorang wanita yang berperanan sebagai individu, isteri, ibu, kakak, jiran dan komuniti. Pepatah Arab ada menyebut bahawa seorang ibu itulah madrasah anak-anaknya. Ibu berperanan mendidik anak-anak mengaplikasikan ilmu kehidupan yang sebenar iaitu islam sebagai satu cara hidup.

Sama-sama kita lihat kembali bentuk kehidupan keluarga yang perlu diperbaiki sempena tahun baru kali ini.

Minyak naik: Rakyat tidak bangkit jika tiada maklumat


SEREMBAN: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata mendekati rakyat secara bersemuka dan kempen secara berterusan akan memberi kefahaman kepada rakyat mengenai isu kenaikan harga minyak dan barangan.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik Jelajah Penerangan‎ Rakyat Protes anjuran Pemuda PAS Malaysia di Negeri Sembilan hari ini sebagai satu usaha menyampaikan maklumat yang berkesan kepada rakyat.

"Bagi saya rakyat tidak akan bangkit selagi mereka tidak ada maklumat atau difahamkan dengan isu yang sebenar terutamanya soal kenaikan harga minyak dan barang.

"Mendekati dan kempen secara berterusan merupakan kaedah terbaik untuk pemahaman yang lebih kepada rakyat," katanya ketika ditemui di Terminal One di sini tengah hari tadi.

Kata beliau, rakyat di negara-negara luar seperti Indonesia dan Thailand amat berbeza berbanding Malaysia apabila mereka bangkit dan mendesak kerajaan.‎

"Berbeza dengan Malaysia bila kenaikan harga minyak dan barang ini seolah-olh tidak memberi kesan kepada rakyak.

"Saya merasakan keadaan ini disebabkan kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat dari media arus perdana, yang cuba memutar belit dan mengelirukan isu ini.

DAP kecam tindakan UM larang program pelajar bersama Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR, 26 OKT: Tindakan Universiti Malaya (UM) melarang pelajarnya mengadakan program bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan ‘mencemar imej universiti’ tidak masuk akal sama sekali.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim berkata, keputusan UM untuk menghalang program anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang dijadualkan pada 27 Oktober ini akan menjadi satu lagi lawak jenaka dunia.
“Anwar adalah seorang wakil rakyat dan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Dia bebas untuk berucap di mana-mana ceramah dan dialog di seluruh negara.
“Beliau telah dijemput untuk berucap di pelbagai universiti di luar negara. Jadi apa alasan kukuh dan dapat diterima oleh pentadbiran UM untuk melarang Anwar dari berucap bersama pelajar?
“Apakah Anwar boleh mengugat ketenteraman awam? Perkara ini tidak pernah timbul kerana beliau telah menjelajah dan berucap di seluruh negara tanpa sebarang masalah menggugat atau mengganggu ketenteraman awam,” tegas Teresa dalam satu kenyataan.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh menegaskan, alasan bahawa Anwar merupakan penceramah politik kontroversi juga tidak boleh diterima pakai kerana universiti sepatutnya menjadi tempat di mana semua pandangan harus didengar, dibahas dan dicabar.
“Apakah Anwar akan memberikan pandangan berat sebelah terhadap kerajaan? Alasan ini tidak masuk akal sebab kelab lain di UM boleh menjemput pemimpin kerajaan untuk memberikan ucapan balas jika mereka mahu,” katanya.

Adakah kita sudah merdeka di bawah pemerintahan UMNO-APCO dgn ajaran Islam Wasatiyyahnya yg dibawa khas oleh Haji Najib ???...


Anwar tetap ke UM walaupun pihak universiti isytihar haram, kata pembantu

Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan memberi pidato di program '40 tahun: Dari UM ke Penjara' di Universiti Malaya, walaupun diharamkan universiti tersebut, selari dengan Presiden PMUM yang tidak kisah dibuang universiti kerana menjalankan program tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014.  
Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan memberi pidato di program '40 tahun: Dari UM ke Penjara' di Universiti Malaya, walaupun diharamkan universiti tersebut, selari dengan Presiden PMUM yang tidak kisah dibuang universiti kerana menjalankan program tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke Universiti Malaya (UM),  tempat di mana beliau pernah belajar, pada malam esok untuk berucap di acara pelajar walaupun dilarang oleh pentadbiran universiti itu.
Program bertajuk "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu menjemput Anwar selaku alumni sebagai penceramah.
Namun, Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Profesor Datuk Dr Rohana Yusof mengumumkan program itu haram dan "merosakkan imej" universiti serta mengatakan polis akan mengambil alih keselamatan universiti esok.

Bagaimanapun, perkara itu tidak akan menghalang Anwar meneruskan lawatannya ke universiti yang banyak berjasa kepadanya, daripada seorang pelajar hingga menjadi timbalan perdana menteri sebelum dipecat pada 1998. "Program di UM akan tetap dihadiri oleh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," kata pembantu Anwar, Dr Fahmi Ngah kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam pada itu, program anjuran mahasiswa itu dijangka tegang malah pihak polis dan pihak keselamatan universiti sendiri akan memantau kawasan sekitar universiti bermula jam 7 pagi esok. Semua pintu masuk dan keluar utama akan ditutup kepada orang awam bermula jam 4 pagi.
Satu salinan gambar pesanan mesej yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp hari ini juga didakwa wujud rancangan menggunakan kekerasan jika Anwar dihalang masuk.
Dalam perbualan kumpulan itu, seseorang bernama "Fahmi" dalam perbualan itu berkata mahasiwa akan "rempuh" jika Anwar dihalang.
Kumpulan dalam perbualan tersebut tertera "PMUM".
Sementara itu, awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan Presiden PMUM Fahmi Zainol, yang juga penganjur program mencabar pihak univesiti memecatnya jika tidak berpuas hati dengan program tersebut serta menegaskan rancangan asal tetap akan diteruskan.

PAS belum nampak matlamat jelas PasMa, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014.  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014.

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.
"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu PasMa ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
Beliau turut membidas PasMa yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.

Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli PAS supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan. Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU PAS dengan PasMa yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi  majlis tersebut tidak berhak melarang ahli PAS menghadiri program PasMa.
Semalam, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. – Bernama

Polis nafi tutup UM, sedia bantu kawal keselamatan jika diminta

Polis Kuala Lumpur menafikan laporan pihaknya akan menutup Universiti Malaya (UM), institusi akademik tertua negara esok kerana tiada cadangan untuk berbuat demikian. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, laporan itu tidak tepat. "UM ada bahagian keselamatannya sendiri, dan mereka juga ada polis bantuan. Mereka tidak ada minta apa-apa bantuan daripada kita.
 "Polis sentiasa bersedia untuk membantu dalam hal memastikan keselamatan awam," katanya kepada The Malaysian Insider dan menegaskan tidak menerima sebarang permintaan daripada UM. Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) petang tadi mengemukakan satu kenyataan bersama salinan surat pekeliling yang dikatakan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Naib Cancelor HEP UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof dalam surat itu berkata, polis akan mengambil alih kawalan keselamatan kampus.
Katanya, polis akan mengawal keselamatan UM bermula jam 7 pagi esok ekoran program yang melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, Rohana dilaporkan Malaysiakini menafikan kewujudan notis berkenaan walaupun larangan program Anwar itu masih berkuatkuasa. Pentadbiran UM itu juga menafikan polis mengawal ketat UM bagi menghalang penganjuran program itu esok. "Tidak ada perkara polis akan mengambil alih. UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini," katanya dipetik Malaysiakini.

PDRM ambil alih keselamatan UM esok..??

PDRM ambil alih keselamatan UM esok
KUALA LUMPUR: Keselamatan kampus Univesiti Malaya (UM) akan diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok, lapor portal berita The Malaysian Insider.

Menurut Naib Canselor Hal Ehwal pelajar (HEP) Prof Datuk Dr Rohana Yusof, ia dipercayai bertujuan bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk untuk menyampaikan pidato di situ.

“Kesemua pintu agar universiti (kecuali pintu pagar utama) akan ditutup pada 27 Oktober 2014 bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar memasuki kawasan kampus.

“Pihak polis akan mula mengawal kawasan kampus bermula jam 7 pagi.

“Pihak PDRM akan mengambil alih keselamatan universiti sepanjang tarikh 27 Oktober,” katanya.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu tambah, pelajar juga tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekita bermula jam 4 petang.

UM nafi polis berkawal, halang pidato Anwar

Universiti Malaya (UM) menafikan telah mengeluarkan notis amaran kepada mahasiswa melarang mereka menghadiri pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus perdana itu esok.

Pentadbiran UM turut menafikan bahawa polis akan mengambil alih menjaga keselamatan kampus itu esok bagi menghalang majlis itu.

"Tiada ada perkara bahawa polis akan mengambil alih. UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?" kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Datuk Rohana Yusof.

Beliau juga menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang ancaman untuk mengambil tindakan displin terhadap pelajar yang terlibat dalam majlis itu.

"Tidak ada notis. UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu wakil majlis perwakilan pelajar Timbalan Setiausaha Leong Yu Sheng mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa pihak universiti akan menutup kawasan kampus bagi menghentikan acara pada malam esok.

Presiden Indonesia Jokowi umum 'Kabinet Kerja 2014-2019'

Presiden Indonesia, Joko Widodo, telah mengumumkan barisan kabinet beliau hari ini di Istana Negara, Jakarta.

Kabinet yang diberi nama ‘Kabinet Kerja’ menyenaraikan 34 kementerian dan empat kementerian koordinator.

Pengumuman ini telah dibuat lapan hari lebih awal daripada 14 hari yang ditetapkan oleh undang-undang republik itu.

Jokowi, yang ditemani oleh Naib Presiden, Jusuf Kalla (JK), turut berkata, penyusunan kabinet telah dilakukan dengan berhati-hati dan cermat kerana calon yang dipilih akan berkhidmat selamat lima tahun.

“Kami ingin mendapatkan calon yang sesuai dan bersih. Pemilihan dilakukan bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Indonesia (KPK) dan Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan (PPATK).

“Mereka yang dipilih mempunyai kepakaran di dalam bidang yang dipertanggungjawabkan,” kata beliau.

Pembentukan Kabinet Kerja Jokowi-JK menyaksikan kaum wanita dipilih memegang lapan daripada 34 portfolio kementerian (23%) di Indonesia.

Antaranya Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan dipegang oleh Puan Maharani, yang juga merupakan anak kepada mantan Presiden Megawati Soekarnoputri.

Rini M Seomarno juga telah dipilih untuk menjadi Menteri Badan Usaha Milik Negara. Menteri Luar pula dipegang oleh Retno Lestari Priansari Marsudi.

Pemilihan Rini sebagai menteri di dalam cabinet Jokowi mungkin akan menimbulkan tanda tanya kerana beliau pernah disoal siasat oleh KPK dalam sebuah kes rasuah yang melibatkan Bank Indonesia tahun lalu.

Berikut adalah senarai penuh Kabinet Kerja Jokowi-JK 2014-2019:

1. Menteri Sekretariat Negara: Pratikno
2. Ketua Perancangan Perbadanan Nasional: Andrinof Chaniago
3. Menteri Koordinator Maritim: Indroyono Soesilo
4. Menteri Pengangkitan: Ignasius Jonan
5. Menteri Kelautan dan Perikanan: Susi Pudjiastuti
6. Menteri Pelancongan: Arief Yahya
7. Menteri Tenaga dan Hasil Bumi: Sudirman Said
8. Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keamanan: Tedjo Edy Purdjianto
9. Menteri Dalam Negeri: Tjahjo Kumolo
10. Menteri Luar Negeri: Retno Lestari Priansari Marsudi
11. Menteri Pertahanan: Ryamizard Ryacudu
12. Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia: Yasonna H Laoly
13. Menteri Komunikasi dan Maklumat: Rudiantara
14. Menteri Kerjaraya: Yuddy Chrisnandi
15. Menteri Ekonomi: Sofyan Djalil
16. Menteri Kewangan: Bambang Brodjonegoro
17. Menteri Badan Usaha Milik Negara: Rini M Soemarno
18. Menteri Koperasi dan Industri Kecil Sederhana: Anak Agung Gede Ngurah Puspayoga
19. Menteri Perindustrian: Saleh Husin
20. Menteri Perdagangan: Rahmat Gobel
21. Menteri Pertanian: Amran Sulaiman
22. Menteri Sumber Manusia: Hanif Dhakiri
23. Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat: Basuki Hadimuljono
24. Menteri Perhutanan dan Alam Sekitar: Siti Nurbaya
25. Menteri Pertanian dan Agrikultur: Ferry Mursyidan Baldan
26. Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan: Puan Maharani
27. Menteri Agama: Lukman Hakim Saifuddin
28. Menteri Kesihatan: Nila F Moeloek
29. Menteri Sosial: Khofifah Indar Parawansa
30. Menteri Pembangunan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak: Yohana Yambise
31. Menteri Kebudayaan dan Pelajaran: Anies Baswedan
32. Menteri Penyelidikan, Teknologi dan Pendidikan Tinggi: M Nasir
33. Menteri Belia dan Sukan: Imam Nahrawi
34. Menteri Pembanguna Luar Bandar dan Perpindahan: Marwan Jafar

Tanah Rizab Melayu kini semakin 'nazak'

Keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) ketika ini berada dalam keadaan amat membimbangkan, kata Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Kata beliau, jumlah 50 peratus yang diperuntukan di setiap negeri kini hanya tinggal kurang daripada 12 peratus dengan kebanyakan TRM telah dipindah milik kepada bukan bumiputera.
“Perangkaan ini sangat mengejutkan dan usaha untuk menyelamatkan Tanah Rizab Melayu ini harus diperhebatkan bagi memastikan bakinya tidak jatuh kepada pihak lain yang berkepentingan.
“Selain itu, kerajaan negeri juga harus peka dan sensitif dengan masalah ini seperti menggantikan serta merta bagi keluasan TRM yang sudah hilang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu – Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera di Dewan Utama ISTAC di Kuala Lumpur petang ini.
Menurut Ahmad Fairuz, walaupun perangkaan dari segi bilangan penduduk Melayu semakin bertambah dari tahun 1957 hingga tahun 2010 namun kebanyakan daripadanya dinafikan hak untuk memiliki tanah sendiri.
Sehubungan itu, beliau meminda kerajaan mahupun pihak tertentu yang mengambil berat masalah itu mencari jalan terbaik untuk menyelamat TRM, sekali gus memastikan generasi baharu dan akan datang orang Melayu tidak tersisih.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pemantauan dan Integriti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Osman Mansor berkata, pertubuhan NGO itu akan mengambil inisiatif untuk membongkar apakah punca TRM di setiap negeri di negara ini semakin susut.
Jelas beliau, Perkasa akan mencari punca masalah ini berlaku iaitu dari siapa, kenapa dan pihak mana yang terlibat sehingga keluasan TRM semakin berkurangan serta mengecil.
“Hasil daripada siasatan pembongkaran ini termasuk beberapa cadangan dari Perkasa akan dibukukan. Buku ini kita akan serah kepada kerajaan untuk tindakan,” katanya.

SIAPA PENGKHIANAT SEBENARNYA SELEPAS KITA MERDEKA 57 TAHUN !!!



SAUDARA ANWAR ‘……..THE LAST STRAW….”

Peribahasa Inggeris ada menyebut, ‘ it is the last straw that breaks the camel’s back’. Lebih kurang maknanya adalah sesuatu keadaan yang pada mulanya dianggap kecil akan bertukar menjadi sesuatu yang besar disebabkan sesuatu peristiwa yang dianggap remeh atau tidak mendatangkan kesan yang mendalam.
Perbicaraan mengenai rayuan Saudara Anwar Ibrahim yang akan datang bukan merupakan peristiwa ‘ditelan mati emak dan diluah mati bapak”. Bagi aku tidak ada ‘dilemma’nya dalam menentukan keputusan perbicaraan itu. Namun demikian segala keputusan terletak di atas kebijaksanaan para hakim yang mengendalikan kes berkenaan. Bagi ‘orang luar’ seperti aku sekiranya Saudara Anwar ‘dihumban’ ke penjara bermakna akan lahir seorang lagi ‘Nelson Mandela’ di negara kita Malaysia.
Itulah senario yang dapat aku bayangkan yang akan terjadi di Malaysia dan tentang bagaimana reaksi rakyat Malaysia secara keseluruhannya terhadap pemenjaraan Saudara Anwar adalah diluar kemampuan aku untuk menggambarkannya. Berbagai spekulasi telah diutarakan oleh penganalisis politik tanah air. Sekiranya Saudara Anwar dipenjarakan begini jadinya dan sekiranya ‘dilepaskan’ begitu pula jadinya.
Bagi aku tidak ada ‘kalau’nya. Minat aku terhadap perjuangan Nelson Mandela dan Martin Luther King tidak ada batasnya. Dan mengikut pengamatan aku perjuangan Saudara Anwar Ibrahim juga adalah lebih kurang sama dengan perjuangan kedua-dua tokoh ini. Mungkin agak keterlaluan bagi setengah pihak apabila aku membuat perbandingan sedemikian. Namun setelah mengikuti sekian lama perjuangan Saudara Anwar Ibrahim tidak syak lagi bahawa ‘langkah’ Anwar adalah lebih kurang sama dengan ‘langkah’ Mandela dan Martin Luther Kings.
Ada pihak yang merasakan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi masalah sekiranya ketiadaan Saudara Anwar. Apakah ‘padam’ api perjuangan rakyat Afrika menentang Apartheid setelah Mandela dipenjarakan selama 27 tahun? Apakah malap perjuangan rakyat kulit hitam di Amerika Syarikat setelah Martin Luther King di tembak. “I have a dream’nya terus menjadi mimpi dan igauan rakyat kulit hitam sehingga akhirnya berjaya juga meletakkan Obama (kulit hitam) ditakhta Presiden Amerika. Dan sekiranya kita beranjak ke belakang lagi melihat sejarah perjuangan Jose Rizal menentang Sepanyol, akan dapat lihat bahawa obor perjuangan tokoh-tokoh ini tidak akan padam. Berbagai tindakan dilakukan oleh Sepanyl namun gagal juga akhirnya.
Begitu jugalah dengan perjuangan yang telah dilancarkan oleh Saudara Anwar Ibrahim. Sebagaimana yang pernah aku katakan dalam blog terawal bahawa ‘Anwar’ sudah berada di mana-mana dalam hati sanubari rakyat Malaysia, samada di bandar, di kampung, golongan elit, pemuda,wanita dan yang paling menakjubkan lagi ialah beliau telah menjadi ikon rakyat Malaysia dari semua bangsa dan keturunan. Lebih jauh dari itu perjuangan beliau telah diketahui oleh kebanyakan penduduk dunia yang mengikuti siaran CNN, BBC, Aljazeera, dan puluhan akhbar dunia yang menyiarkan ucapan dan temuramahnya.
Beliau akan terus ‘hidup’ walaupun dipenjarakan. Sekiranya ada pihak yang merasakan bahawa dengan memenjarakan beliau akan melemahkan Pakatan Rakyat, bagi aku tanggapan sedemikian merupakan satu kesilapan yang amat besar.

Kerakusan projek penambakan laut di Selat Johor teruskan korbankan mangsa


Kerakusan projek penambakan laut di Selat Johor terus mengancam kehidupan nelayan tempatan dengan pengusaha ikan dalam sangkar pula menjadi mangsa terbarunya kali ini.
 
Akibat kegilaan projek penambakan laut di Danga Bay, ratusan ribu ikan "Bandang Susu" yang diternak dalam sangkar di Sungai Temon, Teluk Danga mati dipercayai akibat kekurangan oksigen selepas kawasan penternakan itu ditimbus dengan pasir projek penambakan laut itu. 
 
"Saya anggarkan  di antara 60 hingga 70 tan ikan Bandang Susu yang diternak mati dalam kejadian baru-baru ini. Macam mana ikan saya tak mati, sangkar-sangkar ikan semuanya sudah ditimbus oleh pasir. Tidak akan ikan yang boleh hidup kalau macam ini," kata pengusaha terbabit, Tang Yang Peng, 47, kepada MalaysiaGazette.
 
Menurut beliau, kejadian tersebutmerupakan kali kedua selepas insiden pertama bulan lepas yang menyebabkan ribuan ikannya yang dianggarkan seberat 20 tan juga mati dipercayai di atas sebab yang sama.
 
Ikan Bandang Susu peliharaannya itu adalah untuk pasaran seluruh negara dan bimbang kejadian terbaru itu bakal menyebabkan kekurangan ikan jenis itu di negara ini sekaligus meningkatkan harganya.
 
Sekilogram ikan Bandang Susu itu berharga RM8.00 di pasaran.

Anwar: Saya mungkin dipenjara atas hasutan juga

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bukan saja beliau bakal berdepan hukuman penjara kerana kes liwat kedua, bahkan terdapat kemungkinan berdepan hukuman penjara tambahan atas dakwaan kes hasutan.

Katanya, meskipun beliau dipenjarakan kerana kes liwat yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan, kemungkinan pihak berkuasa mahu beliau mendiami penjara lebih lama dengan kes hasutan.

Dalam wawancara di kediamannya di Segambut itu, Anwar nampak mesra dan tersenyum walaupun berdepan kemungkinan karier politik beliau akan sekali lagi dijejaskan dalam masa beberapa hari lagi.

Malah ada yang mengatakan karier politik Anwar bakal berakhir sekiranya dijatuhkan hukuman lebih lima tahun penjara.

"Kes (hasutan) ini diluar siasatan polis kerana mereka telah menutup kes ini. Tetapi ada arahan dari Putrajaya kepada Pejabat Peguam Negara (AG).

"Saya ada masalah dengan AG, (Tan Sri) Abdul Gani (Patail) kerana beliau menganggap ia peribadi, walaupun saya amat berhati-hati.

"Saya hanya bercakap menentang sistem, kemungkinan penglibatan perdana menteri (dalam kes Altantuya Shaariibuu) dan langsung tidak menyentuh AG.

"Saya diberitahu mereka (polis) perlu mengambil keterangan saya kerana mereka (kerajaan) mahu membuat pendakwaan (hasutan), dan sepatutnya ia disediakan minggu depan (selepas kes liwat)," katanya dalam wawancara itu kepada Malaysiakini.

Anwar yang juga ketua umum PKR antara beberapa ahli politik terbaru yang disiasat bawah akta hasutan sejak Ogos lalu.

Polis mengambil kenyataan Anwar bulan lalu kerana isi ceramahnya pada 2011 di Gombak di mana beliau melancarkan kempen 'Datuk Najib Altantuya' (DNA).

Tiada Perjanjian 2004

Anwar turut menafikan bahawa beliau mempunyai perjanjian dengan kerajaan bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004, untuk membebaskan dari kes liwat sebelum ini yang dianggap "tidak dapat dipertahankan sebabnya."

"Ini tidak benar. Tiada sebarang jawapan diberi, kecuali ketika mula-mula berlaku (pendakwaan kes liwat pertama).

Ugutan PERKASA, Umno punca aktivis pelajar lari ke Sweeden

Ali bangga jadi rakyat Malaysia, ikrar mahu kembali nanti

Siapa pendatang? Semua rakyat sama, kata orang ramai.....

Perkukuhkan sistem dwiparti, kata presiden Ikram

Ketika sesetengah pemimpin PAS sedang berusaha membawa parti menjauhi Pakatan Rakyat, sebuah NGO Islam Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan sistem dwiparti di Malaysia dengan cara memperkasakan semak imbang (check and balance) yang berkesan.
"Langkah ini untuk mewujudkan dua gabungan parti yang sama kuat, sama mampu bersaing secara sihat, bersih dan adil serta saling mampu memerintah dan berupaya menjadi pemerintah,” kata Presidennya Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ketika berucap dalam Perhimpunan Tahunan Ikram yang diadakan semalam. “Pimpinan Ikram merasa bertanggungjawab untuk mewujudkan perubahan dalam situasi politik negara bagi mencorak situasi politik yang lebih baik dan lebih adil.
 "Kita patut berusaha mewujudkan ruang yang luas dan berkekalan bagi pembaikan perjalanan negara rahmah untuk manusia dan alam semesta,” ulas Dr Mohd Parid. “Atas sebab ini, Ikram beriltizam untuk memanfaatkan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia dengan cara memperkasakan semak imbang menerusi sistem dua parti yang utuh.” Bagi Ikram, persaingan dalam sistem dwiparti ini akan mematangkan penguasaan rakyat terhadap proses demokrasi dan menyerlahkan yang terbaik daripada sistem tersebut. “Kita perlu kepada sistem dua parti yang memberi ruang kepada semua pihak untuk mencabar penyalahgunaan kuasa dan monopoli kuasa oleh mana-mana pihak," sambung Dr Mohd Parid lagi. Beliau berucap di hadapan hampir 2,500 aktivis dan ahli Ikram yang datang dari seluruh negara sempena perhimpunan tahunan tersebut. Para tetamu daripada kalangan ahli politik, pimpinan badan bukan kerajaan yang ternama serta beberapa tetamu luar negara turut kelihatan hadir selain wartawan tempatan.

NGO mengaku Islam tetapi perkauman

 Rafizi Ramli 
SUBANG JAYA - Banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini mengaku membawa semangat Melayu dan Islam tetapi hakikatnya lebih bersifat perkauman.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang membuat dakwaan itu berkata, sikap NGO seumpama itu akan merendahkan martabat Islam khususnya di mata bukan Islam.

“Negara perlukan NGO yang berusaha membawa rakyat bersama-sama dalam kemajuan, bukannya yang bersikap perkauman,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Tahunan Ikram 2014, semalam.

Beliau berkata, sepatutnya lebih banyak NGO mencontohi Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) yang berani membawa suara lantang dalam memastikan negara di landasan yang betul.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad agar dasar politik dwiparti diamalkan di Malaysia.

“Negara yang ada sistem dua parti terbukti lebih aman dan maju. Mana-mana NGO dan rakyat yang berazam untuk mengerakkan sistem dua parti perlu bersifat patriotik.

Pasma: Setuju diskusi dengan Pas

Phahrolrazi Zawawi 
KOTA BHARU - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) menyambut baik cadangan supaya ruang diskusi antara Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dibuka bagi mewujudkan persefahaman antara gerak kerja yang dijalankan.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya mengalu-alukan perbincangan bagi menjelaskan lagi matlamat dan gerak kerja Pasma yang disalah erti sesetengah pihak.

“Pasma sebuah NGO yang diwujudkan khas kepada penyokong PR, PKR dan DAP menyambut baik gerak kerja kita, namun Pas, hanya sebahagian dan sesetengah tempat sahaja menerima kewujudan kami.

“Apabila ada perbincangan nanti, kita harap akan ada satu hasil yang positif mengenai gerak kerja Pasma dan insya-ALLAH akan memberi manfaat kepada PR,” katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Dialog Bersama Presiden Pasma anjuran NGO Pakatan Setia di sini, semalam.

Bangkitlah menuntut hak anda wahai Penoreh Getah



Perhimpunan Protes harga getah terhadap kelemahan kerajaan malaysia dalam menangani krisis penurunan harga getah yg menjunam begitu teruk.
walaupon krisis harga dunia meruncing,tetapi sikap kerajaan malaysia bersama ITRC begitu lemah untuk perluaskan pasaran getah negara malaysia.
penoreh menjadi mangsa akibat ketirisan dan kelemahan.
mereka yg datang berhimpun harini ialah terdiri dari rakyat miskin yg inginkan pembelaan. harga getah sekarang RM1.40 sekilo.
Penoreh getah kawasan selama,perak mula bangkit bersuara.. Akan datang, lenggong,gerik...before 7 nov.. dalam penyusunan..

Bangkitlah penoreh getah, suarakan hak anda !!!

Azmin perlu jadi diri sendiri

Azmin Ali 
SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu membuktikan mampu membela rakyat dengan menjadi diri sendiri tanpa perlu dibayangi pemimpin lain.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, Azmin perlu membuktikan kewibawaannya menyelesaikan masalah rakyat, bukan jadi menteri besar alat kawalan jauh.

"Tidak perlulah sampai dibayangi orang lain bila sudah menjadi menteri besar, kerana kita sudah tahu sejarah Azmin macam mana. Lebih elok kalau beliau jadi diri sendiri.

"Asalkan beliau boleh bawa perubahan positif kepada rakyat, itu lebih baik.

"Jokowi kita sudah sedia maklum, sebelum dia jadi presiden pun memang sifatnya lebih kepada marhaen. Saya maksudkan dia rendah diri dan lebih suka bersama rakyat, bukan bila dilantik menjadi menteri besar baru mahu tiru Jokowi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Azmin menyatakan keinginannya menjadikan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebagai contoh dalam pentadbirannya kerana merasakan beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat.

Menurut Azmin, dalam tempoh sebulan menjadi menteri besar, beliau dan pimpinan kerajaan negeri sudah menerjah empat daerah sehingga digelar 'Jokowi Malaysia'.

Dalam pada itu, Penganalisis Politik, Prof Dr Azmi Hassan pula berkata, usaha Azmin yang mahu mencontohi pentadbiran Jokowi perlu dipuji kerana hasrat menteri besar itu yang mengutamakan rakyat.

Pecatlah saya kalau berani, kata pemimpin pelajar UM

Dalam usaha memulakan fasa baru "reformasi" di kalangan belia di negara ini, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol kini menghadapi ancaman penggantungan dan dalam jangka masa panjang, menurut jejak langkah aktivis belia Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim yang disabitkan hukuman penjara.
 Tetapi pelajar berusia 23 tahun dan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak terpengaruh dengan ancaman universiti dan kemungkinan penjara, jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya. "Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia," kata Fahmi kepada The Malaysia Insider.
"Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil. "Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik." Fahmi merupakan generasi pelajar yang dibimbing secara langsung oleh ahli akademik yang terbaik di negara ini yang tidak berpuas hati dengan sikap masyarakat dan kerajaan yang memerintah.

Bila rakyat Malaysia terpaksa lari untuk mendapatkan keadilan....


Pada minggu yang sama ketika Malaysia memenangi kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, pendedahan seorang rakyat Malaysia yang terpaksa ke luar negara bagi mendapatkan suaka kerana tekanan daripada pihak berkuasa dan gangster mengejutkan negara. Aktivis Ali Abd Jalil merupakan rakyat Malaysia kedua yang dilaporkan melarikan diri kerana tekanan undang-undang dan kurangnya kepercayaan terhadap sistem untuk melindungi haknya. ‎Melalui entrinya di laman Facebook Ali berkata "Sekarang saya berada di Sweden, memohon perlindungan suaka... kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah‎.
"Saya diugut gangster dan golongan Melayu yang rasis di Malaysia. Negara ini sudah tidak selamat buat saya, polis dan gangster mengekori saya setiap masa," katanya. Ali berdepan dengan tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana menghina kerabat Johor dan Sultan Selangor dalam laman Facebooknya.
Beliau dituduh memuat naik entri berunsur fitnah dalam Facebooknya yang bertajuk 'Kapital Bangsat'. Seorang lagi rakyat Malaysia, Alvin Tan juga berdepan dengan dakwaan jenayah di bawah Akta Hasutan dan Akta Lembaga Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi termasuk gambar menghina Islam dalam Facebook‎ turut memohon perlindungan suaka di Amerika Syarikat.

Hentikan gelaran pendatang dan penceroboh, kata Presiden Ikram

Presiden sebuah NGO Islam Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyeru masyarakat Malaysia supaya menghentikan tabiat gelar-menggelar seperti memanggil 'pendatang' dan 'penceroboh' kepada rakyat Malaysia yang bukan Melayu atau bukan Islam. Sebaliknya, beliau mengajak orang ramai memberi fokus kepada usaha mencetuskan suasana saling hormat-menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum dan agama di negara ini.
 “Apakah mungkin kaum bukan Melayu dan bukan Islam yang membangunkan negara ini dengan jiwa raga mereka terus digelar pendatang dan penceroboh sedangkan negara ini adalah tanah tumpah darah mereka?
"Gelar-menggelar seperti ini meliarkan golongan bukan Islam daripada orang Melayu dengan mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara dan menyudutkan mereka dengan stigma kaum pendatang dan penceroboh,” tegas Presiden Ikram itu.
Mohd Parid menyampaikan ucapan dasar kepada hampir 2,500 orang ahli Ikram dari seluruh Malaysia dalam Perhimpunan Tahunan Ikram (PTI) yang berlangsung di Kompleks Tan Sri Jeffrey Cheah, Subang Jaya semalam.
PTI adalah forum bagi menghimpunkan aktivis dan ahli Ikram bagi mendengar amanat presiden serta medan untuk ahli memberi maklumbalas dan muhasabah kepada pimpinan Ikram. Sebelum ini, isu mengenai pendatang dan penceroboh hangat diperkatakan oleh sebuah lagi NGO Islam, Ikatan Islam Malaysia (Isma) yang mendakwa Cina dan India adalah pendatang.
Semasa Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, seorang perwakilannya mendakwa Melayu juga pendatang di negara ini. Isma menjawab kembali dengan berkata, Melayu adalah perantau bukannya pendatang ke negara ini.
Naib Presiden I Isma Muhammad Fauzi Asmuni berkata, ahli parti politik Gerakan yang membicarakan isu pendatang di Tanah Melayu, Tan Lai Soon sebenarnya tersilap berhubung perkara itu ketika mengatakan Melayu juga pendatang di negara ini seperti kaum Cina dan India.

Rizalman malukan Malaysia, lapor media New Zealand


Pegawai pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang didakwa atas cubaan merogol membawa malu kepada pasukan dan negaranya, lapor New Zealand Herald hari ini. Memetik kenyataan pembangkang Malaysia, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, edisi Ahad akhbar itu berkata kes Muhammad Rizalman Ismail (gambar) adalah yang pertama seumpamanya dan memalukan negara.
 "Ini kes pertama di Malaysia di mana seseorang berpakaian seragam dibebankan dengan tindakan tersebut. Ini memberi gambaran buruk kepada integriti negara," kata Zuraida kepada Herald.
Rizalman ditahan reman semalam berikutan penampilan ringkas di Mahkamah Daerah Wellington.
Rizalman, seorang pegawai Waran Kedua di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dituduh menyerang Tania Billingsley di rumahnya dan menyerangnya dengan niat merogol pada 9 Mei. Beliau yang pulang ke Malaysia selepas menggunakan kekebalan diplomatik mencetuskan kemarahan di negara ini, dan pihak berkuasa menyiasat bagaimana pegawainya membenarkan Rizalman pergi.
Beliau akhirnya diterbangkan dari Kuala Lumpur ke New Zealand dengan polis pengiring pada Jumaat melalui proses ekstradisi yang lama tertangguh untuk membolehkan beliau didakwa di New Zealand. Menurut Herald, isteri dan tiga anak-anaknya tidak menemaninya ke New Zealand dan masih di Kuala Lumpur, di mana lokasi mereka dijaga ketat oleh kerajaan. "Saya rasa ia kerana ia sesuatu yang cukup memalukan bagi keluarga (yang beliau sudah) didakwa," Zuraida dipetik sebagai berkata.

Abdullah Zaik: Politik Islam adalah Islam melawan kafir

PENIPUAN ! SUMPAH LAKNAT SAIFUL BUKAN DI BUAT DI HADAPAN KAABAH



Golongan liberal, pluralisme bersifat fasis, ekstrimisme - ISMA

Has Sisi's Egypt failed on security?

Egypt blames 'foreign hands' in Sinai attacks

Egypt's president says deadly attack was 'foreign funded'

Gugurkan ‘pendakwaan politik’ ke atas Anwar – NGO antarabangsa

HakimHuman Rights Watch (HRW) menggesa Kerajaan Malaysia menggugurkan “pendakwaan bermotifkan politik” terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Desakan NGO hak asasi antarabangsa itu disiar dalam  portal berita antarabangsa Time.
Kini, hanya tinggal kira-kira empat hari lagi sebelum keputusan kes Fitnah II dimuktamatkan oleh Mahkamah Persekutuan, yang dijadual pada 28 dan 29 Oktober ini.
Timbalan Pengarah HRW bagi Asia, Phil Robertson dipetik berkata, pemenjaraan Anwar melalui kes Fitnah II kali ini sebagai usaha terdesak bagi menamatkan karier tokoh politik berpengaruh berusia 67 tahun itu.
Tegas Robertson, pihak berkuasa Malaysia perlu menggugurkan kes tersebut atau berdepan risiko mempersendakan sistem keadilan jenayah di negara ini.
Sementara itu, Anwar dipetik bercakap kepada portal itu berkata, peluangnya ‘tidak kelihatan baik’.
“Kebanyakan rakyat Malaysia tidak percaya saya akan mendapat perbicaraan yang adil atau keputusan berdasarkan fakta undang-undang.
“Tetapi saya ingin menunjukkan kepada generasi muda bahawa keyakinan saya adalah satu pengorbanan yang perlu dibayar dalam memperjuangkan kebebasan dan keadilan,” tegasnya.
Terdahulu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebas dan melepaskan Anwar dari tuduhan tersebut.

Jangan hanya salahkan Cina bila sokongan merosot, penganalisis beritahu Umno


Para penganalisis politik menolak tindakan Umno Selangor menyalahkan pengundi Cina ekoran kemerosotan undi mereka kepada Barisan Nasional, dan meminta mereka melihat kelemahan mereka sendiri sebelum mengambil pendekatan mudah itu.
 Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, sokongan rendah bagi BN bukan dari satu kaum sahaja, tetapi juga kerana pemotongan subsidi bahan api yang membawa kepada peningkatan 20 sen harga, satu faktor yang sangat penting.
"Pemotongan subsidi minyak mempunyai kesan yang mendalam dan kekal pada pengundi. Kajian dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13 menunjukkan langkah-langkah tersebut membuatkan sokongan politik untuk parti itu berubah," kata Ibrahim kepada The Malaysia Insider.
"Setiap kali kerajaan meningkatkan harga petrol, terdapat pengurangan dalam populariti perdana menteri." Ibrahim berkata demikian bagi mengulas kenyataan pemimpin Umno Selangor bahawa orang Cina di sebalik gerakan menyebarkan kebencian terhadap BN yang mengakibatkan pengurangan sokongan bagi gabungan itu. Menjawab penemuan terbaru kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Abdul Shukor Idrus berkata orang Cina adalah "ekstrem" dalam sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat (PR). "Saya dapat melihat mereka berada di belakang gerakan untuk membenci BN. Saya dapat melihat orang Cina benar-benar benci BN," kata Shukor.
Kajian UMcedel yang dijalankan tiga hari selepas Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru mendedahkan, sokongan untuk PR di Selangor meningkat kepada 43%. Bagaimanapun, sokongan kepada BN merosot kepada 20%, manakala 28% responden berkata mereka tidak menyokong mana-mana pakatan dan 9% lagi enggan memberi jawapan.

Malaysia banyak pelanduk dua serupa mirip orang kenamaan kata ZAM

“Umpamanya ada lelaki yang menyerupai pemimpin besar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ada pula yang serupa dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, ada pula yang saling tak tumpah macam Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
tan-sri-zainuddin-maidinPETALING JAYA : Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mengandaikan hanya Malaysia mempunyai paling ramai orang Melayu dan Islam yang berwajah sama atau pelanduk dua serupa mirip orang popular dan kenamaan.
“Umpamanya ada lelaki yang menyerupai pemimpin besar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ada pula yang serupa dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, ada pula yang saling tak tumpah macam Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
“Dan terakhir pula ada mirip wajah pendakwah politik popular PAS tidak bertauliah Ustaz Azhar Idrus,” sindirnya dalam entri terbarunya di http://zamkata.blogspot.com/.
Baru-baru ini, media melaporkan mengenai klip video pendek yang menunjukkan seorang lelaki mirip Ustaz terkenal di katil dengan seorang wanita muda mula tersebar di laman sosial di Facebook dan YouTube.
Ustaz ini juga mempunyai pengaruh yang sangat besar dan tidak pernah gagal untuk menarik ramai peminat apabila memberi ceramah-ceramah agama di masjid atau majlis-majlis agama.
Zainuddin mendakwa pelanduk dua serupa seperti ini sungguh bernasib baik kerana ramai yang mempunyai muka seperti mereka.
“Jika tidak, mungkin karier politik mereka itu sudah lama berakhir,” ujarnya.

Anwar Sekali Lagi Mahu Direputkan Dalam Penjara Oleh Musuh Politik...

Keinginan pihak pendakwa kes rayuan Anwar Ibrahim mahu menambah tempoh penjara keatasnya dengan alasan hukuman lima tahun yang dijatuhkan sebelum ini tidak memadai, tidak lain menunjukkan hasrat mahu "membunuh"  terus karier politik Ketua Pembangkang itu.

Melalui dokumen pihak pendakwa yang disaksikan sendiri oleh sebuah portal berita, alasan memohon tambahan hukuman itu ialah kerana berpendapat penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan itu tidak memadai dari segi kepentingan awam dan memberi teladan kepada orangramai.

Memandangkan Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan rotan, maka pihak pendakwa yang diketuai oleh Shafee Abdullah dilaporkan akan memohon hukuman lebih berat dalam perbicaraan pada 28 dan 29 Oktober ini.

Jika hukuman penjara lima tahun sebelum ini dikekalkan pun sudah menyebabkan Anwar kehilangan hak  bertanding dalam pilihanraya sekurang-kurangnya selama 10 tahun, memohon hukuman penjara lebih lama tentulah maksudnya untuk memanjangkan lagi tempoh beliau tidak boleh aktif dalam politik.

Dengan Anwar berusia 67 tahun ketika ini, jika hukuman penjara lima tahun dikekalkan, bermakna beliau hanya boleh bertanding semula dalam pilihanraya ketika usianya  nanti 77 tahun.  Ini kerana peraturan menetapkan hanya selepas lima tahun keluar penjara barulah seseorang itu dibolehkan bertanding semula.

KILANG KONDOM TERBESAR DUNIA BERADA DI PONTIAN !!!.. HIDUP MELAYU !!!