Ramai
yang tidak sabar menunggu keputusan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan
yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 28 dan 29 Oktober ini.
Sementara ada kelompok tertentu yang mengharapkan agar beliau dipenjara, ramai pula yang berjuang, berusaha dan berdoa untuk pembebasannya.
Sementara ada kelompok tertentu yang mengharapkan agar beliau dipenjara, ramai pula yang berjuang, berusaha dan berdoa untuk pembebasannya.
Anwar
sendiri tidak duduk diam atau pasrah begitu saja. Selain berdoa, beliau
juga ligat menemui penyokongnya di pelbagai tempat yang sudah diatur.
Ada pula penyokongnya yang lain mengadakan sembahyang hajat di seluruh
negara memohon pertolongan daripada Tuhan demi keadilan dan
pembebasannya.
Di
hari perbicaraan pula, dijangka ribuan rakyat akan berhimpun di sekitar
Istana Kehakiman untuk menyatakan sokongan dan solidariti kepadanya.
Walaupun
mungkin sambutan dan gelombang reformasi kali ini tidak sama seperti
tahun 1998 dahulu, namun kurangnya sambutan terhadap perbicaraan ini
bukan bermakna ramai tidak lagi menyokong Anwar atau tidak kisah sama
ada beliau dipenjara atau dibebaskan, tetapi kerana sebahagian besarnya
sudah menetapkan pendirian dalam hati masing-masing.
Anwar
juga berbelah bagi dalam hal ini. Di suatu ketika beliau yakin akan
dibebaskan kerana tiada fakta yang boleh menyabitkannya dengan kesalahan
meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan itu serta isu
pilihanraya Kajang yang menyebabkan Mahkamah Rayuan sebelum ini
menjatuhkan hukuman kepadanya juga sudah pun berakhir.
Tetapi
di ketika yang lain, sementara merasakan pemenjaraannya akan menghantar
mesej perubahan yang betul kepada anak-anak muda, Anwar juga bimbang
nasibnya dalam penjara nanti. Lantaran itu, beliau merayu jika
dipenjarakan sekali lagi agar dirinya tidak dipukul seperti dulu.
Sebenarnya
sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, arus perubahan akan terus
mengalir lebih kencang. Memenjarakan Anwar tidak mencerahkan masa depan
politik Najib dan membebaskannya pula tidak banyak memberi kelebihan
kepadanya.