Isnin, 20 Oktober 2014

Analisis Awani: Jokowi, Presiden Indonesia ke-7

SPRM mahu bahagian 'bergigi' dalam PDRM

Polis patut meneliti semula cadangannya sendiri untuk membentuk Suruhanjaya Integriti Bebas Polis (IPIC), kata Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (CCPP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Panel itu juga berkata, bahagian disiplin dan jabatan integriti polis patut dikembangkan sebagai Bahagian Hal Ehwal Dalaman yang “lebih bergigi”.

Pengerusi CCPA Datuk Johar Jaafar (kanan) berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan polis berhubung usaha memerangi rasuah.

Katanya lagi, CCPP juga merasakan pihak berkuasa itu mengambil pelbagai langkah bagi menangani isu salah saku.

Bagaimanapun, kata Johan dalam sidang media hari ini, masih terdapat masalah berhubung tanggapan terhadap pihak polis.

Mahkamah arah polis tak ganggu kes Zahida

Polis diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tidak mengganggu pendengaran kes sivil melibatkan seorang bekas pemandu dengan pelakon Zahida Mohamed Rafik, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal.

Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Keng selepas peguam bekas pemandu Noor Azman Azemi, Latheefa Koya memberitahu hakim kemungkinan ugutan atau penangkapan ke atas anak guamnya.

Hakim Hue selepas itu bertemu dengan kedua pihak di kamarnya, dan kemudiannya memanggil seorang polis berpakaian preman.

Beliau kemudian mendapati polis akan menangkap Noor Azman (atas) hari ini, selepas mendapat arahan sejak Julai lalu atas tuduhan pecah amanah.

Anwar ke UM sebelum rayuan terakhir kes fitnah liwat 2

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat Universiti Malaya (UM) tempat beliau pernah menuntut ilmu, sehari sebelum sabitan kes pertuduhan liwat terhadapnya dibuat.

Anwar, pemimpin pelajar lantang sekitar 1970-an, dijadual hadir ke program persatuan mahasiswa bagi bercakap berhubung perjalanannya daripada UM ke penjara – yang mungkin berlaku buat kali kedua.

Program pada 27 Oktober itu dinamakan “Anwar Ibrahim: 40 tahun, dari UM ke penjara” dijadual diadakan pada jam 9 malam di dataran Dewan Tunku Canselor.

Bagaimanapun majlis pelajar itu belum memaklumkan kepada pihak universiti.

“Kami tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada universiti kerana dataran Dewan Tunku Canselor adalah tempat awam.

“Anwar juga bekas pelajar, jadi beliau ada hak masuk ke kampus UM,” kata timbalan presiden majlis pelajar Lee Jin Yang kepada Malaysiakini.

Lee berkata, pertubuhan liwat terhadap Anwar menjadi kes penanda aras dan banyak pihak masih tidak dimaklumkan sepenuhnya berhubung perkara itu.

Program itu juga dirancang terbuka untuk orang awam.

UM kata 'tidak'

Sentuh anjing: Jakim khuatir budaya baru hina Islam

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

"Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi," ujar Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan.

Justeru, jelasnya peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya di kalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia.

Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja.

Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Kempen sentuh anjing agenda meliberalkan umat Islam – Ustaz Kazim


Kazim Elias
"Inilah jarum halus yang dicucuk kedalam jiwa umat Islam agar berubah menjadi seorang yang berfahaman liberal.
 
"Ia dimulakan dengan gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah haram dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya,".
 
Itu tegas penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ketika mengulas penganjuran kempen 'Saya mahu sentuh anjing' dalam laman Facebook miliknya.
 
Katanya, membela anjing untuk jaga kebun dan keselamatn rumah atau mengesan barang jenayah tidaklah dilarang dalam Islam malah hukumnya harus.
 
"Untuk menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan seperti kucing memang tidak boleh dipandang ringan kerana anjing adalah najis berat atau mughalazah seperti babi.
 
"Mula-mula penganjur buat kempen sentuh anjing, lepas ni kempen pegang babi dengan melawat pasar babi dan kemudian melarat ke makan babi pula.
 
“Ini semua tak betul. Semuanya ada agenda tersembunyi yang sangat halus untuk meliberal dan mempluralkan agama Islam,” katanya.
 

Penganjur majlis pegang anjing dikenal pasti ...



Bagus. Al habsi keturunan. Aku cadangkan ko buat pula mari menyentuh babi.

Lagi elok ko cari babi hutan.

Ustaz tidak berakal halalkan sentuh anjing – Azhar Idrus


Azhar Idrus
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan umat Islam yang sengaja memegang anjing sebagai tidak berakal walaupun mengaku mempunyai pelajaran agama yang tinggi.
 
"Ini semua adalah agenda Yahudi yang sengaja hendak memecahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
 
"Tidak kiralah orang itu kata di belajar agama setinggi mana pun, kalau hukum fekah sebegini pun dia tak tahu, jangan cuba hendak bercakap tentang halal haram pegang anjing,” katanya dalam satu ceramah yang dianjurkan di Terengganu petang tadi.
 
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas mengenai penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai, terutama masyarakat Islam, untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
 
Program itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
 
Azhar berkata, najisnya anjing bagi agama Islam termasuklah membersihkan bekas air yang diketahui menjadi tempat minuman anjing walaupun sekali jilat.
 

Unlike Malaysia's Rosmah, Indonesia's new First Lady won't be parading a string of Birkin bags

Like the children of other leaders in the region, including Malaysian PM Najib Razak and his wife Rosmah Mansor, the children of President Susilo Bambang Yudhoyono have had no reservations about showing off their luxurious lifestyles.
But the children of Joko "Jokowi" Widodo, who will be sworn in as President on Monday, are on the other side of the fence.
Although they are far younger than the Yudhoyonos or the Najibs, there is no indication that they are fond of the latest Apple iPhone, Land Rover SUVs or high-end fashion, despite the fact that their parents can certainly afford such things.

Rosmah Mansor, wife of Malaysia's Prime Minister Najib Razak, is famed for her legendary shopping sprees and exclusive Birkin bags collection

Rosmah's son, Riz Aziz, who funded Hollywood movie The Wolf of Wall Street lives it up in New York
As a businessman, Gibran Rakabuming, Jokowi's eldest child, could afford to take the path of luxurious living if he chose to.
But he opts to remain humble, driving a Mazda hatchback bought from the proceeds of his catering and wedding-planning business in the family hometown of Surakarta, Central Java.
Instead of worrying about what to wear for his father's presidential inauguration ceremony on Monday, Gibran chose to stay in Surakarta until the last moment to deal with clients who had ordered his catering services for the weekend.

While his mother and two siblings have been in Jakarta since last week to prepare for the ceremony, Gibran said a mounting workload at weekends had made it impossible for him to leave the city earlier than Sunday evening.
"I have a company to take care of. I will be able to leave the city only once my catering jobs are done," Gibran, who recently turned 27, told The Jakarta Post on Friday.
Gibran, who, at first glance, shares all his father's traits, will have to adapt to a set of strict state protocols as a member of the First Family, which is subject to around-the-clock security provided by the Presidential Security Detail (Paspampres).
He will surely be approached by a horde of business brokers and politicians vying to use him to secure state projects and business licenses.

Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur nafi keluar UMNO

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah keluar daripada Umno.
 
Ketua Umno Bahagian Kalabakan itu berkata, khabar angin itu adalah tidak benar dan percaya ia disebarkan oleh individu yang mahu mengambil kesempatan terhadap kelantangan beliau bersuara di Dewan Rakyat.
 
"Saya memang agak lantang ketika menyuarakan hak-hak rakyat Sabah di Dewan Rakyat kerana itu adalah tanggungjawab saya selaku wakil rakyat. Saya mahu setiap permasalahan rakyat terutama yang tinggal di kawasan Parlimen Kalabakan, diberikan perhatian yang sewajarnya.
 
"Bagaimanapun, apabila saya bersuara tentang permasalahan atau isu masyarakat, itu bukanlah bermaksud yang saya mahu keluar daripada parti ... saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat tidak mempercayai khabar angin berkenaan dan menyifatkan ia disebarkan oleh pihak tertentu yang memiliki kepentingan tersendiri.
 

PKR Shah Alam gesa henti provokasi, fitnah

- Foto Sinar Harian Online oleh Raziatul Hanum A.Rajak 
SHAH ALAM - PKR Shah Alam meminta pihak yang terlibat dengan kegiatan menaikkan sepanduk yang disifatkan berbaur provokasi di sekitar kawasan ini segera menghentikan perbuatan tersebut.

Ketua Penerangannya, Teoh Kong Seng berkata budaya fitnah dan provokasi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Tegasnya, perlakuan ini menjadi ancaman kepada kesepaduan dan memecahbelahkan bukan sahaja hubungan antara parti malah tempiasnya turut diterima masyarakat.

“PKR Shah Alam menerima beberapa laporan bahawa terdapat satu kain rentang yang bertujuan jahat yang dipasang sekitar bandaraya ini.

“Antara kawasan yang terlibat adalah berhampiran Ibu Pejabat Polis daerah Shah Alam Seksyen 9 dan Seksyen 15.

“PKR Shah Alam telah bertindak menurunkan beberapa kain rentang dan dalam sedang meneliti mana-mana kawasan yang terlibat bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa provokasi seumpama itu tidak mampu menggoyangkan perpaduan dalam PR.

Memansuhkan Akta Hasutan adalah tanggungjawab generasi kini


RALLY STUDENT-WIRA5646 (3)

oleh Yeo Bee Yin

Pada 16 Oktober 2014, sementara ratusan peguam lengkap memakai suit turun ke jalanraya di bawah terik mentari demi membantah Akta Hasutan 1948, ketua-ketua pemuda Umno dan Gerakan memperkecilkan perarakan tersebut dengan jemari mereka di Twitter. Komen mereka terhadap perarakan itu diselubungi bayang-bayang politik lapuk, sedangkan sebagai ketua pemuda mereka sebenarnya diharapkan bersuara untuk masa depan. Ini sangat mengecewakan.
Kedua-dua mereka percaya bahawa Akta Hasutan diperlukan untuk melindungi negara daripada ucapan yang menghasut dan mengekalkan keharmonian nasional. Mungkin mereka sudah lupa bahawa walaupun sudah bertahun-tahun menggunakan undang-undang tersebut, keharmonian negara semakin digasir sehingga ke tahap paling buruk dalam sejarah.
Keharmonian yang berkekalan menuntut kesefahaman yang tulus antara kelompok yang pelbagai melalui pendidikan dan wacana, bukannya dengan mengekang pemikiran serta hak bersuara mahupun dengan menindas mereka yang membantah atau mengkritik. Anak muda Malaysia mestilah berani untuk mendakap kepelbagaian di kalangan kita, bukannya menjauh dan tidak mahu berbincang mengenainya.
Khairy juga mengatakan bahawa pendakwaan terpilih adalah punca persepsi buruk orang ramai terhadap Akta Hasutan, bukan akta itu sendiri. Memorandum Majlis Peguam menyebut, ‘pengajaran yang kita dapat ialah keadilan dalam melaksanakan undang-undang sedemikian tidak boleh bergantung pada niat baik pihak berkuasa. Undang-undang haruslah dengan sendirinya bersifat baik dan adil. Akta Hasutan 1948 bukanlah undang-undang sedemikian’.

Najib ‘moderat’ celaru, bakal jadi bahan jenaka antarabangsa


lks (3)


KUALA LUMPUR, 20 OKT: Datuk Seri Najib Razak ‘berisiko’ menjadi bahan jenaka antarabangsa sebagai sebagai Perdana Menteri ‘talam dua muka’ apabila sibuk melaungkan seruan kesederhanaan di peringkat antarabangsa, namun tunduk kepada golongan ekstremis ketika di dalam negara.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib sekali lagi menunjukkan sifat ‘skizofrenia’ dengan pemahaman tentang prinsip kesederhanaan yang cukup berbeza di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.
“Pada 27 September lalu, Najib memberikan ucapan yang amat baik dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, apabila menyeru golongan sederhana untuk mengambil kembali agama mereka (daripada puak ekstremis) dan mengambil jalan keamanan.
“Namun di ‘rumah’nya sendiri, Najib mengelak daripada membendung sikap ekstrim dan tidak bertolak-ansur, sehingga berlaku provokasi antara kaum dan agama pada tahap terburuk sepanjang lima tahun pentadbirannya,” katanya dalam satu kenyataan.
“Jelas, Najib mengalami ‘skizofrenia’ (fikiran celaru, berubah-ubah dan tidak stabil) dalam memahami konsep kesederhanaan, apabila pemahamannya di luar negara begitu berbeza dengan di sini,” katanya, secara sinis merujuk laporan Bernama hari ini, bahawa seorang daripada 100 warga Malaysia mengidap penyakit itu.

PPS gagal didakwa kerana memang tak bersalah – Lim Guan Eng


ppssssss


GEORGE TOWN, 20 OKT: Sehingga hari ini kerajaan masih gagal untuk membuat pendakwaan terhadap 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kata Guan Eng, pendakwaan gagal dibuat kerana PPS sememangnya berperanan untuk membanteras jenayah, bahkan membantu tugas Polis dalam menjalankan misi kepolisan masyarakat.
“Sampai hari ni masih gagal untuk membuat pendakwaan. Sejak empat tahun lalu tidak ada masalah, bahkan pihak polis membenar dan memudahkan anggota PPS untuk menjalankan peranannya membanteras jenayah.
“Mengapa tiba-tiba hari ini (menghalang peranan PPS)?,” kata Guan Eng kepada pemberita selepas upacara pecah tanah Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang, hari ini.
Tambah Guan Eng, meskipun Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, namun kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memastikan keselamatan penduduk di negeri ini.
Langkah yang diambil termasuk menjalankan ‘program payung’ (umbrella programme), iaitu penyediaan pondok polis di kawasan dikenalpasti sebagai ‘panas’ selain penyediaan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tumpuan jenayah jalanan.
Terbaru pada Ogos lalu, kerajaan Nnegeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menambah 56 buah kamera CCTV yang menelan RM9.8 juta untuk tempoh lima tahun dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri paling selamat.

"Ya, Melayu pendatang, tapi paling awal" kata Zam

Memang benar Melayu juga pendatang tetapi kaum itu paling awal, “terkuat, berani dan bijak” serta menjadi sultan dan raja dihormati sejak awal sejarah negara ini, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.

“Benar seperti kata Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura bahawa mereka berasal dari lanun tetapi apabila orang Cina datang untuk mencari rezeki di Tanah Melayu mereka terpaksa menyembah lanun-lanun ini yang sudahpun menjadi raja dan sultan,” katanya

Bekas menteri penerangan itu berkata, ketika serangan Portugis terhadap Empayar Melayu Melaka, rakyatnya terdiri daripada orang-orang Melayu menentangnya.

Malah, kata Zainuddin, penjajah British yang datang kemudian juga mengiktiraf kedudukan raja Melayu di negeri-negeri Melayu dan ketika itu tidak ada Orang Asli menjadi raja.

Menyentuh kenyataan anggota Gerakan Johor Tan Lai Soon (atas) yang mencetuskan kontroversi kerana menggelarkan Melayu juga pendatang, Zainuddin menyamakan Gerakan dengan DAP.

“Tan Lai Soon adalah dari Parti Gerakan yang asalnya bersama DAP menghayati inspirasi Lee Kuan Yew untuk menjadikan negara ini Republik Sosialis dan menghapuskan pemerintahan beraja.

“Jiwa gerakan tidak ada bezanya dengan DAP dan akan terserlah dalam isu-isu tertentu. Parti ini tidak sesuai untuk berada dalam BN,” katanya.

Gerakan hari ini menggantung keahlian Tan walaupun beliau dilaporkan memohon maaf melalui sebuah portal berita.

'Saya keturunan India-Arab'

Sambil menegaskan tidak mempersoalkan kesetiaan Cina, Zainuddin (bawah) yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu menyifatkan golongan Cina menghadapi krisis identiti sebagai rakyat Malaysia.

Dr Syed Azman dipilih Pengerusi AFPAD


KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dipilih sebagai Pengerusi Asia Forum For Peace And Development (AFPAD) yang dibentuk baru-baru ini.
 
Manakala, bagi jawatan Timbalan Pengerusi I disandang Dr. Abdul Ghafar Aziz dari Jamaat Islami Pakistan, Timbalan Pengerusi II, Datuk Abu Ahmad dari Jamaat Islami Bangladesh dan Timbalan Pengerusi III ialah Abu Abdul Rahman dari PKS Indonesia. 
 
Menurut Syed Azman, AFPAD yang diwakili 10 buah negara, termasuk Malaysia akan memberi penumpuan kepada gerakan kerja Islam dan NGO Islam untuk membuat penyelarasan dlam beberapa isu sejagat.
 
"Penyelarasan itu akan dibuat khususnya berkait soal kemanusiaan, seperti isu Selatan Thai, Rohingya, Bangladesh, Selatan Filipina dan sebagainya. Kita juga turut fokus kepada aspek politik bagi menyatukan suara parti-parti Islam di seluruh Asia," tegas beliau kepada Harakahdaily.
 
Tambah beliau, AFPAD ini akan dikembangkan lagi ke negara rantau Asia lain bagi mengukuhkan peranannya dalam usaha menyatukan suara-suara parti Islam.
 

Jokowi: Bawa Indonesia ke era lebih baik

 
JAKARTA - Indonesia hari ini melantik Joko Widodo sebagai Presiden baharu untuk memimpin negara berpenduduk 250 juta orang itu dalam satu istiadat di Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi negara itu.

Joko yang lebih popular dengan panggilan Jokowi dalam kalangan rakyat Indonesia mengambil alih kepimpinan daripada Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menjadi Presiden sejak tahun 2004.

Turut mengangkat sumpah pelantikan jawatan di hadapan lebih 1,000 anggota MPR itu ialah Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden.

Kedua-duanya mengangkat sumpah memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun pada istiadat itu yang mendapat liputan meluas oleh semua media tempatan dan asing sambil disaksikan oleh berjuta rakyat republik itu menerusi siaran langsung pelbagai stesen televisyen tempatan.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima undangan peribadi daripada Jokowi, 53, bagi menghadiri majlis bersejarah Indonesia itu, dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai kalangan 18 kenamaan asing dan sembilan ketua  kerajaan pada istiadat itu.

Lewat petang ini, Najib juga diberi keistimewaan oleh republik itu apabila  menerima undangan untuk membuat kunjungan hormat dan merakamkan ucapan tahniah bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia kepada Jokowi walaupun pemimpin itu mempunyai jadual padat termasuk untuk menemui penyokongnya dalam pelbagai majlis hari ini.

Antara ketua negara yang hadir bagi menyaksikan istiadat mengangkat sumpah itu ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dan Setiausaha Negara Amerika, Syarikat John Kerry.

Dana awam disalah guna lantik peguam Umno dalam kes liwat 2, kata Mat Zain

Perlantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya adalah tidak sah, kata bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014. 
Perlantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya adalah tidak sah, kata bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014.

Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini menggesa Kabinet memandang serius dakwaan salah guna dana awam bagi membayar Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya dilantik secara "tidak sah" sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu depan.
Melalui surat yang dikirim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu berkata, pelantikan Shafee menyalahi undang-undang kerana beliau sedang disiasat kerana dituduh memberi bukti palsu dalam satu afidavit.
“Persetujuan untuk membayar khidmat Shafee, seberapa banyak manapun seperti yang dipersetujui, ialah dalam bidang kuasa menteri kewangan sahaja, serta wajib menggunakan wang awam.

"Mulai tarikh pelantikan itu, menteri kewangan dan peguam negara sama-sama bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan salah laku Shafee dalam rayuan kes Liwat II itu,” katanya dalam surat itu.  Mat Zain berkata Jabatan Peguam Negara sudah mengeluarkan arahan menyiasat Shafee pada 3 Januari selepas beliau membuat tiga laporan polis terhadap peguam Umno itu tahun lepas berhubung afidavit berkenaan.
Katanya, arahan untuk menyiasat itu disembunyikan daripada pihak yang terlibat dalam kes perbicaraan liwat Anwar pada 6 dan 7 Mac, dan peguam negara dengan sengaja membiarkan Shafee mengetuai pasukan pendakwaan pada masa itu.
Katanya, siasatan sepatutnya boleh selesai dalam masa kurang lima bulan, tetapi hingga hari ini masih tiada hasil yang didedahkan.
“Jelas tindakan menyembunyikan arahan menyiasat daripada pengetahuan pihak terlibat dan mahkamah (rayuan) disengajakan dan dengan niat menipu, ia mencemarkan proses penghakiman.
“Percubaan Shafee berikrar atas kenyataan yang tidak benar atau palsu dalam afidavitnya dan menggunakannya di dalam prosiding mahkamah ialah suatu perbuatan yang tidak jujur, lebih-lebih lagi apabila beliau menerima bayaran daripada wang awam.

Harap BR1M diagihkan secara baucar tunai


Rasuah SPRM, PPPR Jumpa KPN


Selain Anwar, Hadi Awang juga patut undur, kata LENSA

TPPA paten ubat lebih mahal

Pegang anjing: Apa kata UAI

Program pegang anjing pantas gila JAKIM BERTINDAK.. Program MAKSIAT SEPARUH BOGEL SEPERTI INI KENAPA JAKIM LANGSUNG TAK NAK SIASAT !!!


Jika isu2 tersebut mengancam kedudukan parti politik BN, JAKIM tidak akan mengeluarkan sebarang respon.

TETAPI jika melibatkan pembangkang, pantas penjilat2 JAKIM bertindak..


BERSYUKUR !!! Selesai sudah tiada bala yg menimpa... Alhamdulillah inilah bukti Malaysia negara Islam (BUKAN NEGARA SEKULAR). Jgn lupa tak lama lagi sumber pendapatan negara dari sektor pelancongan akan BERTAMBAH !!!..

Rupanya org Melayu gak di sebalik tabir, Datuk Musa Yusuf - Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Pelancongan M'sia HIDUP MELAYU !!! Jgn sangkal & pertikai, sememangnya UMNO pejuang Islam sebenar. Puak2 pas duduk diam sbb UMNO la yg bela Islam bukan PAS. Huhuhu

Kalau tak buat Miss Universe camni akan jejaskan sumber pendapatan sektor pelancongan negara. Duit tak masuk..

Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya?

Miskin Bandar
Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya? Ku Li Dedah Punca! : Berdasarkan statistik yang Berita Semasa pernah laporkan (DI SINI) setahun yang lalu, kajian menunjukkan seramai 33.8% berpendapatan antara RM1,500 dan RM3000 sebulan. Adakah anda salah seorang daripadanya?
Dan jikalau lebih 3 tahun lalu seperti yang pernah dilaporkan seorang Menteri dari Kelantan (Kalau Gaji RM3,000 Dikira Pendapatan Tinggi?) pernah meletakkan paras pendapatan dan gaji RM3,000 sebagai berpendapatan tinggi nampaknya hari ini ia tidak relevan lagi. Mengapa?
Keadaan dan kedudukan sudah berubah jauh berubah. Landskap kos sara hidup di Malaysia semakin melebar. Dan terkini Tengku Razaleigh Hamzah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan mantan Menteri Kewangan mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersiapa sedia supaya rakyat Malaysia terutamanya golongan bumiputera di Malaysia tidak senasib dengan Red Indian di Amerika Syarikat, menjadi pengemis di negara sendiri.

Punca Pendapatan & Gaji RM3,600 Adalah Miskin Bandar di Malaysia?

  1. Ringgit Malaysia di terus jatuh. Jikalau dahulu matawang Malaysia dan matawang Singapura sama hebat dan sama padan. Sekarang? Rakyat Singapore tersentyum girang membeli belah di Johor Bahru dan tempat-tempat lain di Malaysia
  2. World Bank juga telah menetapkan kadar baru bagi kerajaan Malaysia mengatasi kadar kemiskinan di Malaysia
  3. Inflasi di malaysia semakin melonjak naik
  4. Pendapatan dan gaji yang diterima rakyat Malaysia terllau perlahan dibandingkan kadar kos sara hidup di Malaysia
Bagaimana realiti kos sara hidup yang perlu anda lalui sekarang dibandingkan gaji yang anda terima setiap bulan, terutamanya yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar di Malaysia?

UPSR bocor: Murid dyslexia saman kerajaan

KUALA LUMPUR: Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan yang didakwanya cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, yang menyebabkannya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.

K. Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Okt melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates.
  
Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 Nov.
  
Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu berkata defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.

Katanya defenden juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka - wakil sah - dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.
      

Dakwat Tidak Kekal: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani - Peguam

Keputusan kes Mejar Zaidi Ahmad terhadap lima pertuduhan memberi kenyataan media berkenaan isu dakwat kekal dibuat pada 27 Oktober depan.

Yang dipertua Mahkamah Tentera bagi kes itu Kolonel Saadon Hasnan mengumumkan perkara itu selepas mendengar hujahan penggulungan peguambela dan pendakwa raya kes hari ini.

"Panel memerlukan masa untuk bincangkan keputusan.

"Keputusan sama ada wujud prima facie terhadap kes ini akan dibuat pada 27 Oktober 2014 pada jam 2 petang," kata beliau di Mahkamah Tentera Pengkalan Udara Sungai Besi hari ini.

Mejar Zaidi menghadapi tujuh pertuduhan bawah Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksima penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

'Tiada kuasa siasat'

Peguambela Hanipa Maidin (bawah) dalam hujahnya menyatakan pihak pendakwaraya gagal membentangkan keterangan dan fakta menyokong pendakwaan mereka.

Beliau menyatakan sehingga kini tiada bukti bahawa dokumen kawat tumpangan luar yang didakwa dibawa keluar kepada pihak media dinyatakan untuk menyokong pertuduhan ke atas Zaidi.

Beliau menegaskan Zaidi hanya memberi kenyataan kepada media atas kapasiti beliau pengundi berdaftar dan bukannya melanggar arahan Angkatan Tentera.

"Dakwat kekal itu bukannya dibekalkan tentera dan mereka tiada kuasa menyiasat kerana ia di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Satu-satunya kesalahan dia (Zaidi) adalah kerana dia berani.

"Dia tak sepatutnya diberikan apa-apa tindakan, dia sepatutnya diberikan medal," kata Hanipa dalam hujahan penggulungan beliau.

Pendakwaan hanya gulung 3 perkara

Sementara itu dalam penggulungan mereka sebelum Hanipa, pendakwaraya Ahmad Azam Soip dan kumpulannya hanya memberi penggulungan kepada tiga tuduhan pertama.

Tuduhan tersebut meliputi Zaidi membuat kenyataan media tanpa kelulusan Kementerian Pertahanan, menyiarkan kawat tumpangan keluar kepada pihak media dan menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal kepada media yang sepatutnya disiasat oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Batal saja AES, sudah jadi projek 'gajah putih'

KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya mengumumkan pembatalan Projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta kerana didakwa telah menjadi sebuah projek 'gajah putih', demikian tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, belum terlambat untuk kerajaan mengadakan rundingan dengan syarikat yang mengendalikan AES bagi membatalkan perjanjian itu walaupun terpaksa membayar ganti rugi.

"Bagi saya sepatutnya kerajaan umumkan pembatalan AES walaupun kerajaan terpaksa bayar ganti rugi kerana ianya masih belum terlambat untuk adakan rundingan dengan syarikat terbabit

"Kerana AES ini sangat menyusahkan rakyat.Isunya kita tegas tolak AES batalkan terus semua perjanjian dan bayar ganti rugi," katanya.

Katanya, soal AES menjadi gajah putih kerana kesilapan perancangan kerajaan yang sepatutnya projek tersebut memberi manfaat kepada rakyat.

Malahan beliau menegaskan projek AES bukan jalan penyelesaian mengatasi kemalangan sebaliknya adalah melalui pendidikan.

"Malangnya kerana masalah perundangan menyebabkan Peguam Negara terpaksa gantung pendakwaan yang telah dikeluarkan kepada mereka yang kena saman AES. Akhirnya AES tidak dapat berfungsi hingga sekarang," katanya yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase).

Hadi antara punca kejatuhan kerajaan PAS Kedah

Kegagalan Hadi menangani masalah dalaman PAS, berhubungkait dengan Allahyarham Ustaz Azizan dilihat sebagai salah satu faktor kejatuhan PAS.
Mohd Sayuti OmarSEREMBAN: Penulis buku politik popular, Mohd Sayuti Omar, berpendapat antara punca utama kejatuhan kerajaan PAS di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu adalah disebabkan oleh sikap tidak peduli Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menangani krisis dalaman PAS Kedah.
Mohd Sayuti yang turut dikenali sebagai MSO berkata, punca kekalahan besar Kerajaan PAS Kedah adalah disebabkan oleh sikap Abdul Hadi yang berkeras tidak mahu Menteri Besar Kedah ketika itu, (Allahyarham) Tan Sri Azizan Abdul Razak diganti dengan Menteri Besar baharu.
“Abdul Hadi gagal menangani krisis dalaman PAS Kedah.Malah kredibiliti beliau juga boleh dipersoalkan apabila beliau tidak ada akauntabiliti atau tanggungjawab di atas kekalahan Kerajaan PAS di Kedah pada 2013 dan Terengganu pada 2004.
“Malah krisis Menteri Besar di Selangor juga berlarutan kerana tindakan flip-flop beliau,” katanya.
Mohd Sayuti turut mengulas antara sebab utama Azizan sepatutnya diganti atau Abdul Hadi seharusnya menangani isu dalaman PAS Kedah.
“Selain daripada faktor kesihatan Azizan yang umum sedia maklum, perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin dan ahli akar umbi semakin membuak dengan pemilihan calon pilihannya pada PRU-13 yang di buat oleh Azizan.
“Azizan memilih beberapa calon kegemarannya dan bukan calon pilihan PAS Kawasan. Beliau melanggar calon pilihan PAS Kawasan. Ini membuatkan pemimpin dan ahli di peringkat kawasan marah kepada Azizan dan Abdul Hadi.

Gerakan gantung ahli cetus kontroversi 'pendatang'

Gerakan hari ini menggantung keahlian seorang anggotanya daripada Johor Tan Lai Soon ekoran kenyataannya yang mengelar Melayu juga “pendatang” di negara ini.

Ketua Pemudanya Tan Keng Lian berkata, Lai Soon juga dikehendaki menyatakan sebab kenapa beliau tidak patut dipecat ekoran kenyataannya dalam mesyuarat agung tahunan Gerakan semalam.

Lai Soon semalam mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain kerana Melayu juga pendatang di negara ini.

Tan berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Datuk Mah Siew Keong dalam perhimpunan tahunan Gerakan di Shah Alam.

Kumpulan pertubuhan Melayu hari ini berang dengan kenyataan Lai Soon dan mahu beliau dipecat.

Anjing dan isu masyarakat Malaysia

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas. 
Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan.
Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka.

Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).
Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’. 
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Jakim siasat program I Want to Touch A Dog

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).
"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.
Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.

Kempen Biarlah Munasabah

Oleh Nasrudin Hassan
1. Alangkah murni kalau dianjurkan kempen kucup pipi ibubapa, kempen usap kepala anak yatim atau kempen sayangi pasangan suami isteri justeru itu adalah kempen melakukan perkara yang menepati suruhan dan galakkan Nabi saw.

2. Kempen menyentuh anjing tiadalah munasabahnya dikalangan ummat Islam. Kalau kempen jangan zalimi binatang termasuk anjing, maka itu adalah betul. Lantaran Islam bukanlah agama yang berat dan kejam. Boleh sentuh atau pegang anjing jika ada keperluan seperti tujuan menyelamat atau merawat dan sebagainya.

 3. Boleh juga menyentuh jika anggota kita dan anjing itu sama - sama kering kerana tiada berlaku najis disitu. Tetapi jika salah satunya basah (antara kita dan anjing) seperti kerana peluh atau kesan jilat anjing, maka ia menjadi najis mughallazoh ( najis berat ) dan wajib basuh dengan 7 kali air bersih dan salah satunya air bercampur tanah ( samak ) pada mana - mana anggota atau pakaian kita yang bersentuhan dengan najis mughallazoh.

4. Sementara hukum menajiskan atau mengotorkan diri dengan sengaja (tanpa sebab) adalah haram. Justeru Islam adalah agama yang bersih. Seperti kita bertemu tahi (najis mutawassitoh~ sederhana), lalu tanpa sebab dan keperluan kita menyetuh dan mengotorkan diri dengan najis itu maka perbuatan itu hukumnya haram dan wajib segera membasuh dan membersihkan diri. Sementelah lah mengotorkan diri dengan najis yang berat (mughallazoh) .

Belai anjing hilang stress minyak naik, entahlah...

Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Daripada sibuk berkempen sentuh anjing lebih baik buat kempen sapu kepala anak yatim. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap."

Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing lebih baik buat kempen belajar macam mana cara nak sapu atas khuf sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwuduk.


Daripada sibuk berkempen membelai anjing lebih baik belajar cara yang betul untuk membelai dan mengucup hajar aswad di Kaabah.

Di dalam Al-Quran pun Allah menceritakan kisah ashabul kahfi yang bersama-sama dengan anjing peliharaan mereka. Pengajarannya bukan supaya kita membelai anjing dalam kehidupan kita tetapi anjing pun membantu perjuangan Islam dengan caranya tersendiri.

Kena Tumbuk: GST sudah bermula?

Lauk yang diambil sama namun berbeza harga. Gambar kecil, resit makanan yang memaparkan cukai enam peratus.  
Lauk yang diambil sama namun berbeza harga. Gambar kecil, resit makanan yang memaparkan cukai enam peratus.
MASIH berbaki enam bulan untuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini bermakna semua syarikat yang layak mengenakan GST sudah membuat persiapan.

Namun dalam tempoh ini, ada juga peniaga-peniaga kecil dan beberapa syarikat sudah mengenakan caj GST ini. Adakah ini sebagai pra permulaan atau sekadar mengambil kesempatan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perkara ini sudah berlaku di beberapa tempat, namun bukan daripada syarikat besar sebaliknya kedai makan kecil dan tempat parkir kereta. Ikuti kupasan wartawan mengenai isu GST ini.

Pekerja ditumbuk gara-gara GST

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.

Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.

“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.

Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.

Pengundi Cina tidak undi BN sebab bodoh kot.!!

Oleh Timmy Say
Mereka tertipu dengan dakwaan pembangkang hutang dan fiskal defisit negara semakin kronik kerana data yang dikeluarkan tidak benar.Bukan itu saja, mereka juga tertipu dengan kata-kata pembangkang Malaysia sedang bergerak ke arah kehancuran ekonomi jika kerajaan terus boros berbelanja.
Propaganda pembangkang Umno berniat untuk menghapuskan sekolah vernakular juga antara sebab mereka ditipu

Mereka juga tertipu dengan cara pembangkang memainkan laporan audit tahunan yang menceritakan kedahsyatan ketirisan, kebocoran dan penyelewengan duit cukai yang dibayar mereka. Mereka juga salah percaya pada jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk lawatan antarabangsa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya.
Berita-berita bagaimana pelajar cemerlang perlu merayu untuk mendapat tempat di universiti setiap tahun dan bukan secara automatik yang dimainkan media juga berjaya menipu mereka.
Laporan-laporan antarabangsa kedudukan antarabangsa universiti negara semakin merosot yang disebut pembangkang juga berjaya menipu mereka.
Mereka juga tertipu dengan pembangkang yang mendakwa Malaysia mengalami kemerosotan purata pencapaian dalam dua subjek teras iaitu – Sains dan Matematik (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2).
Mereka tertipu dengan dakwaan pembangkang mengenai krisis lembu NFC yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyebabkan mereka percaya pemimpin Umno ini sebenarnya tidak bersih.

NGO mahu ahli Gerakan label Melayu pendatang disiasat Akta Hasutan


Berang dengan kenyataan seorang ahli parti Gerakan yang mendakwa masyarakat Melayu juga merupakan pendatang di negara ini, gabungan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) hari ini membuat laporan polis menggesa tindakan sewajarnya diambil.
Timbalan Pengerusi Pembela Aminuddin Yahaya berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menuntut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendakwa Tai Lai Soon mengikut Akta Hasutan 1948. "Pembela mengutuk keras kenyataan yang berbentuk menghasut untuk menimbulkan situasi yang tegang dan mencetus kemarahan orang Melayu.
"Secara tidak langsung, ia juga menghina kedudukan kesultanan Raja-Raja Melayu," katanya yang ditemui pemberita di depan Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Pembela yang diwakili 82 NGO Melayu Islam itu tiba di balai polis itu kira-kira jam 10 pagi bagi membuat laporan ke atas Tai yang dilaporkan berkata demikian ketika berucap sebagai perwakilan Johor semasa mesyuarat agung tahunan parti itu.

Semua Pendatang: Kumpulan Melayu mahu perwakilan Gerakan dipecat

Kumpulan pertubuhan Melayu berang dengan desakan seorang perwakilan Gerakan supaya pemimpin Umno berhenti membuat kenyataan mengenai "pendatang" kerana menurutnya, orang Melayu juga adalah pendatang.

Sebuah gabungan 82 kumpulan Melayu-Muslim - Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata presiden Gerakan harus memecat perwakilan Tan Lai Soon kerana membuat komen tersebut dalam mesyuarat agung tahunan parti itu di Setia Alam semalam.

"PEMBELA menegaskan bahawa umat Islam di negara ini adalah umat berdaulat dan Islam dilindungi olih Perlembagaan Persekutuan.

"Kini kedaulatan mereka di gugat oleh anasir jahat dari sekumpulan bukan Islam yang berniat untuk memecahbelahkan rakyat," kata
Timbalan Pengerusi  PEMBELA dan ISMA, Aminuddin Yahaya dan Exco  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mahmud Hishamuddin dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kumpulan itu merancang untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu di balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Rakyat Post melaporkan Tan meminta maaf atas kenyataannya semalam.

Tan dilaporkan berkata beliau amat menyesal dan menurutnya, beliau bermaksud untuk mengatakan bahawa tidak seorang pun rakyat Malaysia yang harus dipanggil sebagai 'pendatang', kerana mereka semua adalah rakyat Malaysia.

PKR dakwa sepanduk mesej ganti Azizah sabotaj

Fahmi mengirimkan gambar yang menunjukkan sepanduk lain dipasang semalam.
SHAH ALAM - PKR mendakwa perbuatan menaikkan sepanduk yang mahukan agar Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diganti dengan timbalannya, Mohamed Azmin Ali semalam sebagai sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, dakwaan itu ekoran wujud juga beberapa sepanduk lain yang dinaikkan hampir serupa.
"Rasa betul sabotaj sebab baru dimaklumkan ada beberapa sepanduk lain yang dinaikkan.

"(Ini) tindakan pihak tidak bertanggungjawab. Kemungkinan besar pihak yang sama yang menaikkan sepanduk semalam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau merujuk kepada satu lagi sepanduk yang dinaikkan di sekitar Seksyen 9, Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan satu sepanduk dipasang dekat bulatan Seksyen 15 yang mahukan Wan Azizah diganti dengan Azmin.

Dalam pada itu, PKR turut menegaskan tindakan itu bukan kerja orang dalam dan tindakan lanjut akan dibincangkan dengan pimpinan tertinggi.

"Ini bukan kerja PKR. (Perkara itu) akan dibangkit dengan pimpinan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Azmin: Apa nasihat AG pasal perjanjian air? Saya nak tahu

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberi penjelasan berhubung nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara sehingga  menyebabkan dokumen perjanjian air tidak boleh didedahkan.

Azmin berkata, beliau sebelum ini telah meneliti dokumen tersebut dan mendapati tiada perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara sehingga menyebabkan Peguam Negara menghalang dokumen itu daripada didedahkan kepada umum.

"Perlu beri penjelasan kenapa (dokumen) ini ditolak kerana perjanjian itu tidak melibatkan isu keselamatan. Hanya kontrak perniagaan antara dua pihak. Kenapa perlu disembunyikan.

"Jika terma itu melindungi kepentingan rakyat, maka tak ada sebab kerajaan pusat bersungguh-sungguh menghalang daripada dokumen ini didedahkan

"Apa nasihat dia (Peguam Negara)? Saya nak tahu. mesti ada justifikasi kenapa dokumen itu dihalang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan di Shah Alam.

ANTARA SAHAM MAS BERNILAI RM0.27 SESAHAM DENGAN NASI LEMAK RM45.......

Betui ke Mas membayar harga yang tinggi kepada pembekal makanan.....mengapa terlalu tinggi siapa yang make-up harga,   belum peralatan dan perkhidmatan  yang mahal tentu lebih lagi make-up harganya.....

Patutlah rugi memanjang.. Nasi Lemak RM45, Telur ayam MAS beli RM8 sebiji..
Pemegang saham Mas akan dibayar 27 Sen Sesaham Atau Tiada Apa-Apa - Pakar Ekonomi



KUALA LUMPUR: Pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) mungkin tidak akan memperoleh apa-apa jika mereka menolak tawaran 27 sen sesaham pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual pada 6 November, kata pakar ekonomi.

Dr Yeah Kim Leng, Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia memberi nasihat ini kepada pemegang saham tersebut.

"Lebih baik "menerimanya walaupun sukar" dan sekurang-kurangnya mendapat semula sebahagian daripada pelaburan itu," katanya.

Dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Bhd pada 30 Ogos telah mengumumkan satu pelan yang radikal untuk memulihkan MAS yang memerlukan pengurangan pekerjaan, suntikan modal sehingga RM6 bilion dan penubuhan sebuah syarikat baharu (Newco) untuk menjalankan perniagaan syarikat penerbangan itu.

Selain itu, ia menawarkan 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti dan selepas memperoleh kelulusan pemegang saham, MAS akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula yang bertujuan mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara itu dalam tempoh tiga tahun dinyahsenarai.

Layakkah Lensa Menyindir Anwar dan PR?

Setelah dikecam banyak pihak ekoran tulisan sepucuk suratnya yang meminta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar bersara dan berhenti memperalatkan rakyat, NGO Lensa Anak Muda Malaysia atau Lensa akhirnya membuat U turn dengan mengatakan ianya hanyalah sarkastik atau sindiran semata-mata.

Menurut koordinatornya, Ekhsan Bukharee, kenyataan itu untuk menyedarkan PR mengenai persepsi golongan muda di luar PR serta mengajak anak muda berfikir semula mengenai Anwar dan sistem kehakiman negara.

Tidak dipastikan sama ada idea bahawa surat itu hanya sarkastik semata-mata memang tujuannya yang asal atau idea yang datang kemudian setelah menerima pelbagai kecaman dan serangan.

Tetapi jika dilihat bagaimana surat itu ditulis serta berdasarkan ayat dan bahasa yang digunakan, ia tiada mirip langsung suatu bentuk sindiran kepada Anwar dan PR. Sama ada Anwar atau sesiapa pun yang membaca surat itu pastinya juga tidak rasa tersindir dengan surat tersebut.

Apakah jika ramai yang memuji kandungan itu, Lensa tetap mengatakan ia sindiran juga?

Adakah hanya setelah dikecam dan dianggap tidak sewajarnya Lensa menulis surat itu, barulah ia dikata sindiran?

Lagi pula, siapa Lensa dalam PR untuk membuat sindiran itu? Sudah berapa banyak pengalaman mereka dalam politik? Sudah berapa timba peluh dan darah mereka keluar dalam perjuangan politik negara ini?

Untuk memberi sindiran juga, sudah berapa banyak garam yang mereka telah makan selama ini?

Mahu atau tidak mahu, hakikatnya Lensa hanyalah NGO yang agak baru dalam percaturan politik negara ini, manakala dalam PR pula namanya hanyalah dikenali setelah menghantar memorandum kepada Pas baru-baru ini saja. Sebelum ini tiada sesiapa yang kenal Lensa ini.

Sesuaikah dengan kedudukan itu mereka membuat sindiran kepada Anwar dan PR?

Kalau pun Lensa ini suka membuat sindiran, apakah demontrasi dan memorandum yang dihantar kepada Pas yang meminta parti itu keluar daripada PR sebelum ini merupakan sindiran juga?