Ahad, 19 Oktober 2014

Kecerdikan pemimpin2 UMNO semakin terserlah !!!


Mati Tak Sempat Mengucap - Ustaz Azhar Idrus

Ke Mana Roh Haiwan Selepas Mati? - Ustaz Azhar Idrus

Adakah Syaitan Disuruh Sujud Kepada Nabi Adam Seperti Sujud Dalam Solat? - UAI

Mak Suruh Duduk Dengan Dia, Isteri Pula Minta Pindah - UAI

Kenaikan Yuran IPTS di Malaysia Naik Untuk Pelajar Baru 2015. Puncanya Pelaksanaan GST 6%!

yuran ipts
Kenaikan Yuran IPTS di Malaysia Naik Untuk Pelajar Baru 2015. Puncanya Pelaksanaan GST 6%! : Bagi Berita Semasa, kempen promosi dan pengiklanan di media cetak dan media elektronik bagi memberikan kefahaman mengenai pelaksanaan GST di Malaysia bermula 1 April 2015 dengan kadar 6% tidak menjelaskan situasi sebenarnya apa yang bakal berlaku selepas 1 April 2015.
Pakar-pakar ekonomi mengatakan inflasi negara bakal naik selepas pelaksanaan GST 2015. Tetapi kempen promosi GST yang menghebahkan kepada orang ramai yang indah-indah sahaja. Hakikatnya….majoriti pengusaha perniagaan dan juga beberapa sektor lain sedang mengambil giliran untuk mengumumkan siri kenaikan kepada pelanggan mereka. Terbaru….Majoriti IPTS di Malaysia bakal mengumumkan kadar kenaikan IPTS di Malaysia naik selepas menjelangpelaksanaan GST 1 April 2015. Sudah tidak boleh dielakkan lagi.

Punca Kenaikan Yuran IPTS di Malaysia Naik 2015?

  1. Kos operasi IPTS di Malaysia semakin naik dan meningkat
  2. IPTS tidak menikmati pulangan dalam bentuk cukai input untuk pembelian peralatan pengajaran
  3. Kenaikan yuran IPTS naik 2015 hanya akan melibatkan penuntut baharu sahaja yang akan bayar yuran pengajian mereka kelak
Ya…benar jikalau kita lihat di kaca televisyen contohnya, sektor pendidikan memang tidak kenakan GST kepada end user seperti anda, anda dan anak-anak anda. Ini kerana, industri pendidikan dikategorikan sebagai “exempt supply” dalam GST. Yang menjadi isu kepada IPTS ialah mereka tidak boleh claim Input Tax Rebate. Sedangkan selama ini dalam sistem SST, mereka tidak boleh pun untuk “claim input”. Tetapi……segala kos perbelanjaan di sekeliling pengurusan universiti mereka perlu membayar GST atau tidak, termasuk perbelanjaan, pembelian? Akhirnya peningkatan kos akan dipulangkan kepada siapa jikalau tidak…………walaupun yuran IPTS tidak dikenakan GST 6%

Utusan sekali lagi fitnah isu CEC, DAP timbang tindakan saman


anthony loke tuat


KUALA LUMPUR, 19 OKT: DAP menyangkal sekeras-kerasnya fitnah terbaru akhbar Umno Utusan Malaysia yang kali ini mendakwa kononnya ada 120 cawangan parti itu yang belum didaftarkan turut mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September 2013.
Fitnah itu dibuat melalui pojok ‘Awang Selamat’, lidah pengarang yang menjadi saluran utama memfitnah DAP di Mingguan Malaysia hari ini.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, 120 cawangan itu sebenarnya adalah jumlah permohonan cawangan baru yang telah dihantar namun masih belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Cawangan baru berkenaan langsung tidak terlibat dalam pemilihan tersebut.
“Selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut.
“Saya telah nyatakan berkali-kali, senarai perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan semula adalah senarai yang sama yang digunapakai dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.

Bangsa Johor: Menuju kejadian sebagai ‘bangsa pencerahan’ – Siri 2


usman

oleh MAHDZIR IBRAHIM

Difahamkan bahawa istilah Bangsa Johor ini menolak gagasan ‘Rakyat Johor’ kerana para bangsawan dan bijak pandai pada zaman itu (antara 1890-1940an) menganggap bahawa ‘Bangsa Johor’ ini akan dapat merangkumkan semua kaum, manakala ‘rakyat’ pula dilihat akan mewujudkan jurang perbezaan antara kumpulan bangsawan, elit dan rakyat berdasarkan kaum. Maka ide Bangsa Johor itu jadi sebutan dan ikutan berbanding ‘Rakyat Johor’.
Agak nyata bahawa pandangan ini sangat maju pada ketika itu. Konsep satu bangsa ini digarap jauh lebih awal daripada konsep 1Malaysia yang sedang digeluti oleh Najib Tun Razak pada hari ini.
Johor moden diiktiraf sebagai sekutu oleh British ketika itu hingga menjadikannya satu-satunya negeri Wilayah Merdeka yang mempunyai askarnya sendiri yang dikenali sebagai Timbalan Setia Johor atau Johore Military Forces (JMF).
Namun, semua penzahiran ini masih agak kabur mengenai konsep Bangsa Johor. Menerusi sastera, Tongkat Warrant pernah cuba menggambarkan sifat-sifat orang Johor:
Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan – Sawah ladang bertukar tangan – Pekan dan bandar kita menumpang – Teluk Belanga entah ke mana – Yang tinggal hanyalah pakaian – Sedarah sedaging hampir hilang – Yang ada hanyalah setulang – Selat Tebrau kian sempit – Hati rindu jauh tergamit.
Di Johor,
Jawa itu Melayu – Bugis itu Melayu – Banjar itu Melayu – Minangkabau memang Melayu – Aceh dan Siak adalah Melayu – Jakun dan Sakai lebih Melayu – Arab dan Turki pekat Melayu – Mamak dan Malbari jadi Melayu – Malah mualaf bertakrif Melayu.
Melayu itu maknanya bijaksana – Jika menipu pun bersopan – Kurang ajarnya tetap santun – Dajalnya cukup selamba – Budi bahasa jangan dikira – Beraninya cukup benar – Tunduk bila bersalah – Lembutnya cukup jantan – Setia sampai ke kubur – Biar mati adat jangan mati sahabat.
Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri – Parutnya di Parit Raja – Muka biar berseri – Mulut biar berbahasa.
Berkelahilah cara Melayu – Menikam dengan pantun – Menyanggah dalam senyum – Marahnya dalam tertawa – Merendah bukan menyembah – Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan – Jiwa Melayu mengangkat persahabatan – Kasih sayang kekeluargaan – Ringan tulang saling bertolongan – Jujur memaafkan ikhlas memberikan.
Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni – Di mulut sama di hati – Maaf sentiasa bersahut – Tangan dihulur bersambut – Luka pun tidak lagi berparut.

Bangsa Johor: Menuju kejadian sebagai ‘bangsa pencerahan’ – Siri 1


Bangsa Johor 1

oleh MAHDZIR IBRAHIM

Ramai pemimpin besar lahir di Johor. Fakta ini tidak membawa apa-apa pengertian, sebaliknya ia boleh menjadi satu ‘semangat kenegerian’, dan jika ia gagal disadap dengan betul, maka ia boleh menjerumuskan kita semua menjadi taksub kepada perkauman (asobiyah). Selisih malaikat empat puluh empat, minta dijauhkan.
Namun, di sebalik realiti ini, ada jalur pemikiran yang telah dan sedang berkembang secara halus dan perlahan, apabila tokoh-tokoh yang lahir di bumi Johor telah melahirkan ide-ide menarik yang boleh dibahas dan direnungkan. Iaitu ‘Bangsa Johor’. Adakah ini gagasan besar? Tidak dapat kita pastikan. Apakah gagasan ini penting? Hanya masa yang akan menentukan.
Dari riwayat mulut ke mulut, difahamkan perkataan ini pernah diluncur keluar dari lidah Sir Abu Bakar, Maharaja Johor yang juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Albert Baker. Beliau ini dianggap sebagai Bapa Johor Moden.
Daripada riwayat teks pula, gagasan Bangsa Johor ini hanya disebut secara umum dan abstrak, tidak ada bentuk jumud, antaranya oleh Tun Sri Lanang, seorang tokoh yang hidup pada kurun ke-16. Tun Sri Lanang adalah anak jati Johor.
Dalam konteks politik moden, gagasan ini dicerna oleh Dato Onn, tokoh yang melahirkan UMNO tetapi kemudiannya disisihkan oleh partinya sendiri. Ia cuba digarap oleh Onn Jaafar hingga membuka cadangan agar UMNO turut membuka wadahnya kepada kaum selain Melayu. Tetapi beliau gagal. Tokoh DAP Lim Kit Siang, pada PRU-13 yang lalu, kembali menyemak gagasan Dato Onn ini. Maka dari situlah munculnya gagasan Impian Malaysia yang kini sedang giat dijalankan di Sabah dan Sarawak.
Rentetannya, gagasan ini sedang cuba pula dirumus dengan lebih terperinci lagi oleh Liew Chin Tong, seorang pemuda Cina daripada keluarga miskin dari Lembah Klang yang kini menetap di Johor setelah menang kerusi Parlimen Kluang. Tidak ada lagi gambaran yang jelas tentang Bangsa Johor ini, hanya anggapan dan culaan tentangnya. Bermakna, semua pihak masih teraba-raba mencari dan memahami makna dan bentuknya.
Namun demikian, saya percaya gagasan Bangsa Johor ini harus dirumus juga oleh para sarjana, ahli akademik, budayawan, pemikir awam dan rakyat – bukan hanya dibaja dan digarap oleh ahli politik yang akhirnya mengecilkan dimensi faham Bangsa Johor dan menjadikannya eksklusif.
Gagasan Bangsa Johor ini perlu disemak kembali agar ia tidak hanya berdiri atas hujah politik agar ia dapat mengumpul momentum, berkembang dalam watak yang alami dan seterusnya memberi manfaat kepada usaha membentuk Bangsa Malaysia.

Pengampu terlampau saja anggap kritik bangsawan istana satu kesalahan, kata bekas mufti Perlis

Golongan bangsawan seharusnya menjadi manusia paling dihormati dalam sesebuah masyarakat dengan mematuhi peraturan dan paling santun kepada rakyat bawahan, kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bekas mufti Perlis itu berkata sejarah membuktikan bahawa bangsawan yang samseng dan zalim pernah digulingkan rakyat seperti yang berlaku di Parsi dan beberapa negara Eropah. “Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan.
“Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal atau pun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang hanya menyiarkan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru sehingga menimbulkan salah faham kepada peminat bola sepak tanah air, lapor Bernama.
Menurut baginda, tindakan berkenaan sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia.
Media seharusnya bertanggungjawab menyiarkan perkara yang tepat bagi mengelakkan sebarang implikasi dan ia sesuatu yang normal bagi seorang manusia dalam meluahkan rasa kegembiraan, titah baginda.
Asri berkata pihak yang mendakwa golongan bangsawan tidak boleh dipertikaikan mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.

'27sen saham MAS atau tiada apa-apa'

Pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) mungkin tidak akan memperoleh apa-apa jika mereka menolak tawaran 27 sen sesaham pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual pada 6 Nov, kata pakar ekonomi terkemuka hari ini.

Dr Yeah Kim Leng, Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia memberikan nasihat ini kepada pemegang saham tersebut -- Lebih baik "menerimanya walaupun sukar" dan sekurang-kurangnya mendapat semula sebahagian daripada pelaburan itu.

Dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Bhd pada 30 Ogos telah mengumumkan satu pelan yang radikal untuk memulihkan MAS yang memerlukan pengurangan pekerjaan, suntikan modal sehingga RM6 bilion dan penubuhan sebuah syarikat baharu (Newco) untuk menjalankan perniagaan syarikat penerbangan itu.

Selain itu, ia menawarkan 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti dan selepas memperoleh kelulusan pemegang saham, MAS akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula yang bertujuan mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara itu dalam tempoh tiga tahun dinyahsenarai.

Dr Yeah berkata jika MAS menjadi entiti swasta sekarang, pemegang saham minoriti sedia ada akan kehilangan semua pelaburan mereka.

"Mereka akan memperoleh nilai sifar daripada pelaburan mereka. Mujurlah, Khazanah campur tangan sekurang-kurangnya jalan keluar itu dianggap munasabah dengan keadaan semasa di MAS. Justeru, tawaran 27 sen itu tidak perlu dilihat sebagai terlalu rendah kerana sekurang-kurangnya suntikan modal dan diambil alih oleh Khazanah, mereka akan mendapat semula sebahagian daripada pelaburan mereka," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata memandangkan kepada hakikat bahawa tiada wira lain yang muncul dan mampu untuk menyelamatkan MAS, tiada asas yang kukuh bagi pemegang saham minoriti untuk menolak tawaran tersebut.

RM45 untuk satu hidangan nasi lemak MAS?


Masih ingatkah lagi dengan kritikan Chef Wan tentang nasi lemak 'telanjang' yang disajikan oleh Malaysia Airline System Berhad pada awal tahun ini?
Kritikan itu dibuat oleh Chef Wan kerana syarikat penerbangan itu menyajikan nasi lemak dengan telur rebus separuh dan sambal, tanpa potongan timun, kacang dan ikan bilis seperti kebiasaan.
Chef Wan mendakwa MAS seperti tidak mengambil peduli terhadap sarapan rakyat Malaysia yang diagung-agungkan ke seluruh.
MAS kemudian menjawab kritikan itu memberitahu akan mempertingkatkan hidangan tersebut.
Namun selepas lapan bulan, nampaknya hidangan itu menampilkan sedikit perubahan iaitu nasi lemak, telur kuning dan sambal udang. Kacang dan ikan bilis disediakan secara berasingan dalam bungkusan plastik kecil.
Kali ini MalaysiaGazette tidak mahu mengulas mengenai sajian itu kerana difahamkan nasi lemak yang disajikan itu dibeli berdasarkan kemampuan poket MAS.
Seorang kakitangan syarikat penerbangan itu mendakwa, MAS bukan tidak boleh menyediakan sajian yang lebih baik tetapi tidak mampu.
"Kalau hendak tahu nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat MAS berharga RM45," dakwa kakitangan itu kepada MalaysiaGazette yang bertanyakan mengenai sajian nasi lemak itu.
Wartawan dan jurugambar MalaysiaGazette diberikan sajian nasi lemak itu ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam baru-baru ini.

'We are all pendatang, so stop fighting' - Gerakan


AES Gajah Putih Rakyat Gesa Tangguh


Ekonomi Malaysia: 579 belia bawah 25 tahun diisytihar muflis


JOHOR BAHARU: Kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130 individu pada tahun sebelumnya.

"Jumlah 579 individu berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan 12,381 individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini," katanya pada program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Perdana Menteri, di sini, Ahad.

Nancy berkata bagi belia berumur 25 hingga 34 tahun pula, sebanyak 2,491 individu diisytihar bankrap bagi tempoh Januari hingga Jun ini manakala belia berumur 35 tahun hingga 44 tahun pula adalah 4,121 individu.

Beliau berkata kebanyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan bayaran kad kredit.

Nancy berkata kerajaan menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ada menganjurkan program kepada masyarakat khususnya belia untuk menguruskan wang dengan bijak sekali gus mendidik mereka menangani bankrap.

63 peratus pengundi muda PRU14

Oleh ABDUL SHUKUR HARUN
MUNGKIN ada yang sedar mengenai ‘trend’ pengundian generasi muda dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti yang akan banyak berubah, atau mungkin juga ada yang tidak sedar dengan beranggapan trend kecenderungan pengundian akan sama saja tiap kali pilihan raya.
Sebenarnya ‘trend’ pengundi generasi muda atau anak muda jauh berubah dari masa lalu dan perlu disedari oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS sendiri yang biasanya banyak bertanding di kawasan pengundi Melayu di bandar dan di luar bandar.

‘Trend’ pengundian generasi muda sudah disebut oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam ucapannya di Muktamar Dewan Pemuda di Kota Tinggi September lalu. Nada kebimbangannya jelas terbayang, jika Pakatan Rakyat tidak bersedia dari sekarang untuk menghadapi gelombang cita-rasa anak muda itu. Katanya, Pemuda PAS sangat sedar kecenderungan kuat di kalangan sebahagian anak muda Malaysia yang menolak politik kerana meluat dengan gelagat sebahagian ahli politik.
Kata beliau, mereka tidak mencerminkan kualiti yang diharapkan termasuklah di dalam Pakatan Rakyat.
Pemuda PAS, kata Suhaizan, juga sedar bahawa generasi muda adalah majoriti rakyat Malaysia.
Beliau menyebut, menurut data yang dikemukakan oleh Welsh dan Chang pada tahun 2012, jumlah penduduk di Malaysia berumur di bawah 30 tahun adalah sebanyak 63%.
“Sekiranya kita mahu mengambil usia 40 tahun ke bawah sebagai umur maksimum belia di negara kita, maka komposisi anak muda di Malaysia semestinya lebih besar. Biarpun golongan ini ‘tidak gembira’ dengan gelagat sesetengah ahli politik, ini bukan bermakna mereka tidak terlibat dalam proses politik,” katanya.
Kajian mendapati bahawa anak muda Malaysia semakin terbabit dengan proses politik di negara kita walaupun tidak begitu berminat untuk menyertai parti politik. Kemunculan kumpulan anak muda ‘independent’ (bebas), tanpa hierarki dan tanpa ketua, terutamanya dalam siri-siri demonstrasi rakyat, maka wajar diberikan perhatian malah didampingi untuk memahami suara dan hasrat mereka.
Oleh itu, katanya, Pemuda PAS mahu menggagaskan ‘Politik Budiman’ sebagai pendekatan dan orientasi politik di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut Kamus Dewan, budiman ditakrifkan sebagai berbudi, berakal dan bijaksana.
Justeru, Gagasan Politik Budiman Suhaizan bertitik tolak daripada asas-asas berikut:

Jangan bandingkan Malaysia dengan negara mundur

Kerajaan lebih suka membandingkan keadaan negara dengan negara yang lebih mundur masalah seperti rasuah, ketirisan dan undang-undang buruh
teresakok_004_300x200KUALA LUMPUR : Naib Presiden DAP, Teresa Kok berkata kerajaan Barisan Nasional tidak boleh lagi membandingkan Malaysia dengan negara mundur untuk menjustifikasikan masalah yang dihadapi oleh negara sebaliknya perlu memulakan langkah bagi menyelesaikannya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Malaysian International Chamber of Commerce and Industry Forbes semalam, bahawa Malaysia telah ketinggalan 19 tahun di belakang Korea Selatan dari segi daya pengeluaran.
Dalam sebuah forum, Forbes berkata, kerajaan lebih suka membandingkan keadaan negara dengan negara yang lebih mundur masalah seperti rasuah, ketirisan dan undang-undang buruh yang ketinggalan zaman menyebabkan Malaysia ketinggalan.
“Forbes memang betul, kerajaan sering memilih negara terburuk unttuk dibuat perbandingan. Hakikat ini disebabkan kerajaan gagal menjelaskan kepada rakyat mengapa kita terlalu jauh ketinggalan berbanding Korea Selatan dan juga Taiwan serta Singapura,” katanya memetik dari laporan lidah rasmi DAP, Roketkini.

Fitnah: DAP akan heret Utusan ke mahkamah lagi

KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah sekali lagi sekiranya meneruskan fitnah terhadap kredibiliti pimpinan pusat, tegas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook.

Ini, ujarnya kerana Utusan Malaysia melalui ruang “Awang Selamat” meneruskan siri pembohongan dan fitnah berterusan terhadap DAP khasnya mengenai status pemilihan semula DAP pada 29 September 2013 lalu.

"Perlu ditegaskan bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sedang menyaman Utusan Malaysia di atas fitnah yang dilemparkan dalam laporan Utusan kononnya Kit Siang memanipulasi pemilihan semula DAP," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kes tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah dan akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Disember depan.

Katanya, dalam kolum “Awang Selamat” di Mingguan Malaysia hari ini, sekali lagi fitnah yang tidak berasas dilemparkan kononnya 120 cawangan yang belum mendaftar telah hadir dan mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP pada 29 September 2013.

"Selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut," tegasnya.

Beliau telah menyatakan berkali-kali bahawa senarai perwakilan yang layak untuk mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan dalam Kongres Khas pada 29 September 2013 adalah senarai yang sama yang digunapakai dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.

Tambahnya, tidak ada sebarang perubahan dalam senarai perwakilan tersebut dalam pemilihan semula pada 29 September 2013 yang diarahkan oleh ROS.

Masa depan Pakatan S'wak bergantung pada PAS

Masa depan Pakatan Rakyat Sarawak akan diketahui pada Jun tahun depan apabila PAS mengadakan muktamar pemilihannya, kata Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Dalam muktamar itu, dijangka berlaku pertarungan mendapatkan tempat antara golongan ulama dan kumpulan progresif.

“Jika kumpulan progesif menang menguasai parti, ia bermakna parti itu tidak akan melaksanakan hudud dan tidak akan condong kepada Umno,” katanya.

“Tetapi jika kumpulan ulama menang menguasai parti, mereka pasti melaksanakan hudud dan bekerja rapat dengan Umno.

“Ini inilah senarionya, DAP Sarawak akan tarik diri daripada Pakatan,” kata Chong, yang juga wakil rakyat parlimen Bandar Kuching dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa.

Buat masa ini, tambahnya lagi, DAP Sarawak akan kekalkan pendirian tidak terlibat dengan sebarang aktiviti dan bekerjasama dengan PKR dan DAP Sarawak ekoran dakwaan pendirian kaburnya berkaitan hudud.

Menurutnya lagi, keputusan itu dibuat di Sibu pada 20 Julai 2014 dan masih kekal kecuali PAS kembali kepada manifesto bersama Pakatan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat DAP negeri.

Keadilan buat rakyat atau Anwar sahaja?

Oleh Hazlan Zakaria
Saya tiada masalah dengan parti politik yang berjuang bagi keadilan untuk rakyat biasa, kerana memang kita semua perlukannya. Namun saya kurang gemar sekiranya tumpuan hanya diberi kepada sesuatu personaliti sahaja sehingga negara dan rakyat tenggelam olehnya.
Terutama dalam era hari ini di mana kita amat perlukan keadilan oleh sebab rakyat mengharapkan belas ehsan serta bantuan daripada golongan yang lebih berada, sedang kekayaan negara seakan dimonopoli oleh golongan tertentu.
Maka kita semua, rakyat Malaysia seakan dilanda ketidak upayaan mengubah destini kerana penindasan ekonomi, pendidikan dan politik yang berleluasa.
Kita juga dihimpit kemungkinan didakwa oleh pihak berkuasa sedang sistem keadilan dilihat di bawah pengaruh pihak-pihak yang tertentu.
Sewajarnya keadilan ditegakkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Namun keadilan seringkali dilihat condong apabila melibatkan mereka yang punyai hubungan politik.
Saya bersetuju bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim teraniaya dek perbuatan pihak berkuasa yang melempar pelbagai tuduhan bersifat fitnah memalukan terhadapnya.
Namun saya kurang bersetuju jika seluruh jentera partinya PKR ditumpukan hanya bagi memperjuangkan keadilan buat tokoh itu, dan bukannya rakyat secara umumnya.
Saya mengutarakan persoalan ini berulang kali. Mengapa? Kerana ia tepat dan pernah ditimbulkan ketika Parti Keadilan mula-mula ditubuhkan.
Seperti dilaporkan, Pemuda PKR telah melancarkan kempen bertajuk Rakyat Hakimi Negara, yang berbentuk siri jelajah negara bagi menjelaskan kes Anwar. Pemimpin kelahiran Pulau Pinang itu bakal dibicara di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini di Putrajaya.
Setahu saya, PKR bermaksud Parti Keadilan Rakyat dan bukan Parti Keadilan Anwar.
Memang beliau layak diangkat selaku simbol dan ketua umum, kerana melambangkan bagaimana seorang tokoh penting mampu diasak sampai begitu sekali oleh pihak tertentu. Kalau kena pada kita, barangkali kita tumbang kerananya.
Tetapi saya kurang gemar apabila PKR memulakan kempen khas hanya bagi membela nasibnya.
Buat masa ini, kita saksikan ramai tokoh politik, ahli akademik, pemimpin pertubuhan sivil, pemimpin pelajar, jurnalis dan sebagainya yang turut berdepan ketidak adilan.

Anwar 'Membakar' Diri Menerangi Rakyat Malaysia

Oleh Abu Hassan Adam
Aku senyum sendirian mendengar ‘nasihat’ ‘budak hingusan’ dari Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang cuba ‘menasihati’ DS Anwar Ibrahim agar ‘pencen’ dari perjuangannya kerana rakyat telah agak ‘letih’ memperjuangkan perjuangan yang tidak berkesudahan. Maknanya lepas ‘satu hal’ timbul pula hal yang lain yang memerlukan sokongan rakyat.

Berasaskan kepada perkiraan ‘pemimpin muda’ ini (apakah beliau layak bergelar sebagai pemimpin), DS Anwar Ibrahimlah yang bersalah yang sentiasa merayu, memohon sokongan rakyat untuk membela apa yang sedang dihadapinya kini. Orang Perak selalu berkata, “ jikalau tak tahu diam……” Maknanya sekiranya kita tidak mengetahui ‘hujung pangkal’ sesuatu perkara atau isu, lebih baik jangan terlibat dalam isu berkenaan. Malu!!…….
Seingat aku, sepanjang perjuangan Saudara Anwar Ibrahim memperjuangkan ‘the conscience of the majority’ beliau tidak pernah ‘meminta’ sokongan rakyat tetapi sebaliknya pengikutnya yang memberikan sokongan kepada beliau. Seingat aku juga tidak ada pemimpin lain di negara ini yang mendapat sokongan dan sanjungan sepertimana yang dinikmati oleh Saudara Anwar Ibrahim samada dalam negara atau dar luar negara.
‘Pemimpin’ Lensa mungkin terlalu ‘mentah’ untuk mengetahui sejarah perjuangan Saudara Anwar Ibrahim memperjuangkan sesuatu isu. Ia merupakan suatu sejarah yang panjang ia itu semenjak berada di bangku sekolah lagi (1960an) sehinggalah di peringkat University dan sehingga kini dan untuk selama-lamanya walaupun dipenjarakan….Harus disedari bahawa Saudara Anwar Ibrahim telah ‘melahirkan’ bukan seratus ‘Anwar’ tetapi jutaan ‘Anwar’ yang bukan sahaja  berada di negara ini tetapi diseluruh pelusuk Asia, Australia, Eropah dan Amerika.
Tahun 1990an, ke mana sahaja aku pergi di United Kingdom mereka akan mengenali nama dua orang pemimpin sahaja dari Malaysia – Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim. Dalam satu perjumpaan yang aku hadir di Paris, peserta hanya mengetahui ‘dengan dekat’ tokoh yang bernama Anwar Ibrahim. Apabila berada di Amerika Syarikat, terutama di Washington, mereka merasakan amat rapat dengan Anwar Ibrahim. Dan apbila berada di Medinah (untuk membeli buah kurma) penjual tersebut terus bertanya tentang Anwar Ibrahim.
Bermakna bahawa Anwar Ibrahim akan terus ‘hidup’ sampai bila-bila walaupun beliau tidak berada ‘di luar’. Adalah amat silap tanggapan ‘pemimpin muda’ dari Lensa yang membuat saranan agar Saudara Ibrahim ‘bersara’ sahaja dari ‘perjuangannya’ dan menumpukan kepada persoalan peribadi. ‘Pemimpin muda’ mungkin belum ‘tamat’ dalam banyak ‘babak’ untuk mengkaji erti perjuangan. Mungkin baru sahaja ‘tamat’ ‘Bab Pertama’ dan lantas menunjukkan ‘kepandaian’nya ‘berpencak dan bersepak terajang di gelanggang’.
Yang menyebabkan rakyat terus menyokong perjuangan Saudara Anwar Ibrahim adalah disebabkan bahawa rakyat merasakan beliau tidak bersalah dalam hal yang berkaitan dengan tuduhan ke atasnya. Itu adalah persepsi rakyat terbanyak walaupun pihak mahkamah mengatakan bahawa beliau bersalah. Dan rakyat tentulah tidak boleh dipersalahkan apabila mempunyai tanggapan yang sedemikian kerana rakyat juga adalah merupakan manusia yang boleh berfikir dengan waras, walaupun ada segelintir rakayat yang berpandangan sebaliknya.

Adakah Malaysia lebih baik tanpa Anwar?

Oleh Shahbudin Husin
Tarikh 28 dan 29 Oktober ini merupakan penentuan hidup dan mati bagi kerjaya politik Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah Persekuan akan bersidang selama dua hari pada tarikh itu untuk mendengar rayuan terakhirnya bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Jika didapati bersalah, beliau akan menghuni penjara sekali lagi. Sebelum ini Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun keatasnya. Mungkin tempoh hukuman yang dijatuhkan nanti dikekalkan lima tahun dan mungkin juga dikurangkan.

Tetapi pihak pendakwa yang diketuai oleh peguam terkenal Tan Sri Shafee Abdullah juga dilaporkan akan memohon agar hukuman lebih berat dipertimbangkan, mungkin sehingga penjara selama 20 tahun.
Menjelang tarikh itu pula, sementara penyokong Datuk Seri Anwar dijangka akan mengadakan solidariti dan turun beramai-ramai bagi memberi sokongan, pihak yang menentang pula mahukan pihak berkuasa segera bertindak kerana bimbang ianya memberikan tekanan kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.
Namun, Datuk Seri Anwar dilihat tidak gundah menghadapi tarikh 28 dan 29 Oktober ini. Selain jadual dan aturcara hariannya berjalan seperti biasa, ramai yang menemuinya juga hairan kerana beliau dilihat langsung tidak tertekan walaupun yang bakal menunggunya adalah penjara yang bukan saja memisahkannya dengan ahli keluarga tetapi juga membunuh masa depan politiknya.
Beliau didapati riang dan tenang seperti biasa dan apabila ditanya peluangnya dalam perbicaraan nanti, hanya menjawab ringkas, "Insya Allah" sambil tersenyum.
Dengan usianya 67 tahun sekarang, jika didapati bersalah sama ada dipenjara lima tahun, 10 tahun atau 20 tahun dan termasuk larangan bertanding dalam pilihanraya selama lima tahun lagi sebaik mengakhiri hukuman, tidak syak lagi kegagalan di Mahkamah Persekutuan kali ini adalah penutup karier bagi Datuk Seri Anwar.
Jika sebelum ini Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara keatas Datuk Seri Anwar untuk menghalangnya bertanding di Kajang dan memintas laluannya menjadi Menteri Besar Selangor, hukuman Mahkamah Persekutuan pula tidak lain umpama menghamparkan jalan mati untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Rakyat terus ditipu oleh kerajaan UMNO

Sudah sepatutnya rakyat menjatuhkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
petrolKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata sekiranya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal untuk menurunkan harga RON97 selaras dengan pasaran minyak antarabangsa, ini membuktikan  bahawa rakyat sering ditipu oleh mereka.
Katanya, rakyat sepatutnya melakukan tindakan dengan menjatuhkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Seri Islamil Sabri Yaakob yang mengulas kenaikan harga minyak RON97 selaras dengan kenaikan harga minyak antarabangsa.
“Inilah yang sering ditegaskan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN),” kata Fadhli
Menurut laporan akbhar lidah rasmi PAS, Harakah, ketika minyak RON97 dinaikkan harga 10 sen pada 5 Januari 2011 kepada harga RM2.40 seliter, harga minyak di pasaran dunia pada masa itu ialah USD90.3 se tong.
Pada 4 September 2013, harga minyak RON97 dinaikkan 15 sen kepada harga RM2.85 seliter, harga minyak dunia pada masa itu ialah US114.85 se tong.

Perwakilan Gerakan: Melayu pun pendatang...!!


Seorang perwakilan Gerakan dalam mesyuarat agung tahunannya hari ini mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain.

Ini kerana, kata perwakilan Johor Tan Lai Soon, orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

“Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak, yang menjadi bumiputera asal,” katanya.

Katanya, pemimpin Umno yang sering menyifatkan masyarakat Cina sebagai pendatang sebenarnya tidak sedar bahawa mereka juga pendatang.

Tan berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Datuk Mah Siew Keong dalam perhimpunan tahunan Gerakan di Shah Alam.

Pemerhati politik: Azmin perlu sedia galas tanggungjawab jika Anwar dipenjara

PC MB Azmin di SUK (5)SHAH ALAM 19 OKT: Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor, beliau perlu memikirkan masa depan PKR jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan hukuman penjara.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, parti itu juga perlu bersiap sedia mental dan fizikal untuk menghadapi hukuman yang tidak disenangi mereka dengan memberikan fokus kepada pembinaan kepimpinan.
“Jadi saya rasa bukan setakat perjuangan perlu diteruskan, tetapi pengkaderan pimpinan parti perlu dilipat-gandakan,” katanya dipetik The Malaysian Insider.
Anwar kini berdepan pusingan terakhir dalam perbicaraan kes Liwat II dan berkemungkinan dipenjarakan berikutan rayuan peringkat akhir kes Liwat II beliau di mahkamah yang ditetapkan pada 28 dan 29 Oktober ini.
Menyentuh mengenai hubungan antara rakan parti dalam Pakatan, DAP dan PAS, Wan Saiful berkata peranan tersebut perlu dipikul oleh Azmin Ali.
“Masa depan PKR tanpa Anwar sebenarnya bergantung pada Azmin, beliau perlu jadi pemimpin bukan sekadar untuk PKR tetapi juga semua dalam Pakatan,” kata beliau.

Menteri Umno selar pengitik

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar pengkritiknya yang “banyak mulut” dengan memberi amaran supaya “sedar” terhadap Akta Hasutan.

Rahman merujuk kepada anggota parlimen Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung (bawah) yang menyifatkannya seperti pemimpin Korea Utara.

Ini ekoran tindakan Rahman menyelar Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan Akta Hasutan di Malaysia.

Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya kemudian menyatakan analogi itu kepada Rahman melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahannya.

“Kedua-dua kamu bermulut besar. Kerajaan akan jamin hak kamu untuk menggunakan atau menyalahgunakannya.

"Hanya sedar ada Akta Hasutan, OK,” tulisnya di Twitter.

Latheefa (kiri) kemudian menyerang kembali Rahman kerana didakwa mengancam pengkritiknya dengan undang-undang yang diperkenalkan di era penjajahan Malaysia itu.

Rahman semalam dilaporkan mengingatkan AS agar tidak campur tangan dalam sebarang keputusan kerajaan termasuk isu berkaitan Akta Hasutan.

Katanya, perkara itu bukan tanggungjawab mereka dan bukan senang mentadbir negara majmuk berbilang agama dengan latar belakang sejarah yang unik.

Politik Sengal: Dyana, Zairil selar edaran gambar 'berkucup'


Dua anggota Melayu DAP Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd Daud menyelar penyebaran gambar mirip mereka berdua sedang berciuman di Internet.

Mereka menyifatkannya tindakan itu sebagai “politik murahan”.

Dyana, bintang muda DAP dan calon pilihan raya kecil Teluk Intan, berkata beliau jijik dengan cubaan untuk mencemarkan nama baiknya itu.

“Sebagai perempuan, saya sasaran mudah. Saya marah.

"Tetapi saya tidak mahu merendahkan diri ke tahap mereka dan melayan dengan komen lanjut,” kata Dyana, yang juga setiausaha politik ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu, Zairil (kanan) pula ketika dihubungi mengutuk tindakan itu dan enggan mengulas lanjut apa yang disifatkannya sebagai “serangan murahan”.

Gambar bersebar luas itu antaranya memaparkan lelaki dan wanita mirip mereka berdua berciuman, berkucupan dan berpelukan.

Isis cukup ‘gila’ tanpa campur tangan AS, kata pemimpin Ikhwan Muslimin

Meskipun tanpa campur tangan Amerika Syarikat (AS) seperti didakwa sesetengah pihak, kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) "cukup gila" dengan tindakan mereka, kata pemimpin Ikhwan Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.
Tareq berkata "kegilaan" yang dilakukan Isis adalah tindakan kumpulan militan itu sendiri tanpa penglibatan AS. "Isis bukan dari AS, jika ada yang berpendapat begitu, kamu tidak kenal Isis, kamu tidak kenal AS. Saya kenal kedua-duanya," katanya. 
"Tidak perlu orang gila untuk gerakkan mereka (Isis), saya tahu mereka sendiri cukup gila untuk lakukannya," katanya, dalam ceramah di ibu negara malam tadi. Gerakan militan Isis melakukan keganasan di kawasan Iraq dan Syria mengakibatkan kematian, termasuk memenggal kepala wartawan.
Kumpulan militan itu dikatakan berjuang bagi menubuhkan sebuah negara Islam dan menggelar pemimpin mereka 'khalifah' di wilayah yang ditakluki mereka. Seramai 39 rakyat Malaysia dikesan menyertai kumpulan itu, dengan 38 individu lelaki dan seorang wanita yang direkrut melalui laman sosial Facebook, termasuk beberapa bekas pemimpin dan ahli PAS.
Turut dilaporkan terdapat wanita yang menyertai "Jihad Al Nikah", atau jihad seks untuk kumpulan berkenaan, namun Putrajaya menafikan laporan berkenaan dan menganggap ia sekadar khabar angin. Tareq berkata militan Isis itu terlalu merbahaya, kerana mereka berpegang kepada akidah Ali Sunnah Wal Jamaah, namun berperwatakan seperti kumpulan Khawarij. "

Larangan kalimah ‘Allah’ tak masuk akal, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin

Larangan menggunakan kalimah "Allah" bagi bukan Islam "tidak masuk akal", kata pemimpin Ikhwan Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.
Dalam ceramah anjuran Lajnah Antarabangsa PAS dengan kerjasama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS di Kuala Lumpur Malam tadi,
Tareq berkata tiada undang-undang Islam berhubung larangan penggunaan Allah oleh komuniti bukan Islam. "Saya mengikuti perkembangan di Malaysia, berhubung kalimah Allah, ia tidak masuk akal... tidak ada undang-undang Islam untuk perkara ini," katanya.
Beliau berkata terdapat ribuan bukti yang menunjukkan tidak terdapat larangan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Muslim. "Jangan keliru, ini salah, saya ada ratusan, malah ribuan bukti, kita perlu efektif," katanya, di hadapan lebih 100 hadirin di Hotel Vistana, Kuala Lumpur malam tadi.
Mahkamah sebelum ini memutuskan larangan penggunaan perkataan Allah kepada penerbitan Mingguan Herald berbahasa Melayu, dengan merujuk konteks perkataan itu digunakan merujuk kepada Tuhan. Perkataan Allah dikatakan hak eksklusif penganut Islam, dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu didakwa akan memesongkan akidah dan menjadi ancaman kepada umat Islam.

"Selipar di muka Najib sumbangan saya untuk negara" kata M Krishnan

Ini bukan kali pertama pesara M Krishnan melakukan perkara seperti meletakkan selipar ke muka perdana menteri, malah katanya akan melakukannya berkali-kali hingga mereka dapat 'mesej'nya. – Gambar dari Facebook, 19 Oktober, 2014.Ini bukan kali pertama pesara M Krishnan melakukan perkara seperti meletakkan selipar ke muka perdana menteri, malah katanya akan melakukannya berkali-kali hingga mereka dapat 'mesej'nya. – Gambar dari Facebook, 19 Oktober, 2014.Pesara M Krishnan seorang lelaki yang marah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dan kemarahan membuak-buak inilah yang mendorongnya meletakkan selipar di atas wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu poster semasa membuat protes terkini terhadap pemotongan subsidi bahan api di luar bangunan Parlimen minggu lalu.
Dia kemudian ditangkap kerana perbuatan itu.

"Kehadiran saya hari itu tidak ada kena mengena dengan pemotongan subsidi. Saya marah dengan kerajaan, mereka melakukan sesuatu yang salah, mereka menyalahguna undang-undang kerana mereka tidak memahaminya, mereka menjadi bahan lawak dunia, dan saya mahu mereka tahu itu," kata Krishnan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini. Kisah Krishnan adalah cerita tentang kekecewaan terhadap sistem penyampaian awam yang dialami golongan berpendapatan rendah sepertinya.
Beliau bergantung kepada pembayaran Perkeso untuk hidup, mengalami kecederaan di tempat kerja, dan tinggal di rumah kos rendah awam di mana suasananya memeritkan.
Gambar dia memegang selipar di atas muka Najib dalam poster itu diterbitkan di Facebook melalui laman "Friends of BN - Barisan Nasional".
Kerana tindakan itu, bekas pengendali kren berusia 56 tahun itu ditahan.
Tetapi ia bukan kali pertama. Dia membuat tindakan yang sama bulan Mei lalu ekoran kerosakan pada flat kos rendahnya, dan berkata akan melakukannya sekali lagi.
"Saya melakukannya berkali-kali sebelum ini dan saya sudahpun ditahan kerananya, tetapi saya akan melakukannya sekali lagi dan sekali lagi sehingga mereka dapat mesej bahawa kita ingin dilayan sama rata sebagai warganegara," kata Krishnan.
Penangkapan terbarunya pada 11 Oktober, tiga hari setelah protes anti kenaikan harga minyak dibuat di luar Parlimen. Putrajaya mengurangkan subsidi minyak pada 2 Oktober, menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Parti Islam dan bukan Islam patut bekerjasama, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin

Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam.
 
"Tahaluf siyasi" yang dijalinkan PAS dengan parti bukan berteraskan Islam adalah strategi politik yang mampu menjamin kejayaan parti Islam itu untuk berjaya menjadi pemerintah di Malaysia, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan. Tareq berkata hanya melalui pakatan dengan Pakatan Rakyat (PR), PAS akan mampu menang dalam pilihan raya dan menambah bilangan kerusi di Parlimen.
Dalam satu forum di ibu negara anjuran Lajnah Antarabangsa PAS bersama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS malam tadi, Tareq berkata dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah mustahil bagi PAS memenangi pilihan raya berdiri sebagai parti bersendirian.
"Untuk menang kerusi Parlimen di Malaysia, pakatan satu-satunya cara untuk menang dalam Islam. "Kecuali kita ubah struktur Malaysia secara demografi, inilah dia, itulah logiknya," katanya.
Beliau berkata matlamat dalam pakatan berkenaan seharusnya dijalin untuk jangka masa panjang. "Kamu bersetuju dengan beberapa syarat sebab ada matlamat jangka panjang. "Sama ada kamu tidak amalkan (pakatan) sekarang atau langsung (tidak berpakat)," katanya.
PAS berhadapan situasi kritikal dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat berbeza pandangan dalam isu pelantikan menteri besar Selangor dan gagal mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR untuk menjawat jawatan itu.

2015 tahun kelam buat warga kota

Oleh A ZAMRY ASSAD KHUZAIMI
KENAIKAN harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak RM 0.20 sen bermula 2 Oktober lalu kepada RM 2.30 untuk RON 95 manakala harga diesel menjadi RM 2.20 seliter menjelmakan suasana kehidupan baharu kepada masyarakat. Pastinya suasana tersebut bukanlah sesuatu yang menyenangkan atau menggembirakan, melainkan ia petanda suatu kegelisahan yang berpanjangan buat rakyat. 

Penduduk di ibu kota seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama merasa lebih terbeban dengan kenaikan ini. Ketika kos hidup yang sedia meningkat naik, mereka terpaksa menanggung lagi bebanan ekoran kenaikan harga minyak. Kesemua pihak mengakui, kenaikan harga minyak menjadi fenomena buat harga barangan lain turut meningkat naik, daripada makanan, pengangkutan, pendidikan, sehinggalah kepada peralatan dan utiliti rumah. Malahan, kos sewa rumah akan turut meningkat naik sejajar dengan peningkatan barangan keperluan.
Apa yang menyedihkan, pendapatan rakyat tidak naik ketara berbanding kenaikan harga barangan. Malah, mereka yang berpendapatan kurang dari lima ribu ringgit yang sebelum ini dikategorikan sebagai berpendapatan sederhana turun menjadi golongan berpendapatan rendah, manakala mereka yang berpendapatan kurang dari tiga ribu ringgit telah menjadi golongan miskin.
Apakah nasib golongan yang berpendapatan kurang dari tiga ribu ringgit seisi keluarga? Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka ‘terkais-kais’ mencari makan sesuap nasi setiap hari untuk menampung keperluan kehidupan keluarga, terutama mereka yang duduk di ibu kota seperti Kuala Lumpur.

Apakah kabinet Najib perlu ‘tongkat Ali’ setiap kali bermesyuarat?


03.06.13-LKS-ceramah kluang-perjuangandi teruskan (10)


KUALA LUMPUR, 18 OKT: Apakah kerana kurangnya ‘tongkat Ali’ antara sebab kabinet melepaskan diri dari tanggungjawab dan mengesahkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri bahawa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali tidak boleh didakwa?
Demikian pertanyaan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, meminjam perumpamaan digunakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mah Siew Keong berhubung kemerosotan sokongan rakyat terhadap dasar 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Apakah Nancy diberi tanggapan yang salah, tidak benar dan tidak boleh diterima, dengan merujuk kepada kenyataannya bahawa Ibrahim tidak didakwa kerana mempertahankan Islam dan tindakan itu dilindungi oleh Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia?
“Sekiranya kenyataan Nancy itu menunjukkan pendirian bersama semua Menteri Kabinet, ia mengikat setiap mereka berdasarkan prinsip tanggungjawab bersama,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Kata Kit Siang, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada di Milan bagi persidangan Asia-Eropah (Asem), ia tidak menjadi alasan kabinet untuk mengelak dari tangungjawab bersama berhubung pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Kit Siang yang memetik kembali perumpaman Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, seolah-olah kabinet kekurangan ‘tongkat Ali’, iaitu keberanian untuk bertanggungjawab yang perlu dipikul bersama semua menteri, sama ada dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak.
Tongkat ali, merupakan sejenis tumbuhan di Malaysia dikatakan mempunyai bahan tertentu bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Anak muda diseru turun ke Putrajaya 28 dan 29 Oktober ini

fariz_musa
KUALA LUMPUR 18 OKT : NGO JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Anak muda untuk hadir ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini bagi memberi sokongan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata sokongan tersebut penting berikutan Anwar  selama ini lantang memperjuangkan nasib rakyat, namun menjadi mangsa kekejaman Umno BN.
“Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim adalah lambang kezaliman terhadap rakyat, Anwar Ibrahim terseksa kerana memilih untuk bersama rakyat, beliau ialah mangsa politik kotor dan jijik Umno BN.
“Mereka (Umno BN) terpaksa mengunakan institusi kehakiman sebagai ‘nyawa’ untuk menyelamatkan pimpinan UMNO BN yang bersalut kerakusan, rasuah, penyelewengan, ketirisan dan kezaliman serta mengkhianati rakyat,” katanya dalam kenyataan media.
Jelasnya, tindakan Anwar menolak  kemewahan yang ditawarkan  kepadanya memperlihatkan beliau tidak pernah lari daripada perjuangannya untuk menentang kezaliman kerajaan.
“Anwar Ibrahim boleh memilih untuk mengkhianati rakyat dan Pakatan Rakyat dengan menerima tawaran sebagai Timbalan Perdana Menteri atas nama Konsensus Nasional, itulah manusia bernama Anwar Ibrahim yang punya prinsip dan idealisme menolak tawaran tersebut.

Anwar tetap pulang hadapi keputusan Fitnah Liwat II

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk  pulang ke tanah air bagi menghadapi keputusan perbicaraan kes Liwat II, walau tahu benar bahawa beliau mungkin akan dipenjara.

"Kebanyakan cendekiawan Islam menggesa saya untuk terus berada di sini (United Kingdom) kerana mereka tidak dapat menduga betapa sukarnya melihat saya dipenjara.

"Saya kata, 'tidak'. Ini adalah soal pendirian, saya tahu benar kesusahan dan dugaan yang harus dihadapi dalam melawan sistem yang korup dan tidak telus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara disiarkan akhbar UK, Telegraph. Anwar berada di negara itu untuk menyertai mesyuarat jawatankuasa bertindak mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara Islam.

Mahkamah pada Mac lalu mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara, namun beliau masih bebas sementara menunggu keputusan rayuan.

Beliau akan meringkuk di penjara sekali lagi sekiranya keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 Oktober tidak memihak kepadanya.

Anwar, 67 didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium pada 2008, yang dinafikan oleh ketua pembangkang itu.

Apa pembaca perlu tahu tentang Umno dan Hasutan

Oleh Aziz Bari
Undang-undang dikehendaki adil terhadap semua; atau dalam kata lain bersifat sama rata. Itu sebabnya ada yang berpendapat Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan - yang menjamin semua warganegara Malaysia dilindungi undang-undang - menjadi asas undang-undang negara.
Pendapat tersebut ada benarnya kerana Artikel 8 juga menekankan perlaksanaan undang-undang. Oleh itu, kita membenci pendakwaan terpilih yang bertentangan dengan kesamarataan yang menjadi tonggak sistem perlembagaan.

Kesamarataan juga seiringan dengan keadilan. Tentu sekali, kedua-duanya berbeza tetapi kesamarataan sebenarnya mendahului keadilan. Dalam beberapa keadaan, keadilan tidak dapat dilaksana tanpa kesamarataan.
Perkembangan mutakhir ini amat menarik kerana Akta Hasutan 1948 dilihat digunakan secara terpilih.
Ini berikutan cadangan timbalan ketua Umno Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad agar sekolah aliran Cina dimansuhkan. Idea tersebut disokong Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang merupakan ketua Umno bahagian Cheras. Ia turut mendapat persetujuan beberapa pertubuhan haluan kanan seperti Perkasa dan GPMS, gabungan pelajar Melayu Semenanjung.
Menariknya, cadangan Mohamad Azli mulanya disokong bekas Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang berkata pada 9 Okt, bahawa sekolah jenis kebangsaan tidak dilindungi Perlembagaan.
Perlu disedari bahawa seawal 1978 ahli parlimen pro-kerajaan Datuk Mark Koding yang kemudian diangkat timbalan ketua menteri Sabah didakwa di bawah kesalahan menghasut kerana cadangan yang sama - dalam sidang perbahasan parlimen - bahawa papan tanda bahasa Cina dan Tamil perlu dilarang. Jelas, ahli parliman serta Perlembagaan tidak dilindungi kerana ucapan sedemikian. Beliau diheret ke mahkamah.
Namun, lebih mengejutkan kita ialah kenyatan susulan yang dibuat pegawai polis yang mempertahankan keputusan tidak menyiasat Mohamad Azli. Beliau berkata sesuatu yang seumpama hasutan. OCPD (Ketua Polis Daerah) Sepang Mohd Yusof Awang dilapor berkata pemimpin Umno itu hanya membuat cadangan. Ia bukan kenyataan umum yang wajar disiasat, dakwa beliau. Ini menyebabkan tanda-tanya mengapa polis bertindak pantas terhadap beberapa pihak lain. Ada yang kini telah dibawa ke mahkamah.

Rakyat bayar harga minyak lebih tinggi daripada pasaran?

KUALA LUMPUR,Apakah rakyat Malaysia membayar harga minyak RON95 lebih mahal daripada pasaran semasa?
Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin berkata, kejatuhan harga minyak dunia pada kadar 11.71 peratus jelas lebih tinggi berbanding 28 sen subsidi kerajaan (10.85 peratus daripada harga pasaran)
“Maka kita boleh katakan bahawa harga pasaran sebenar RON95 lebih rendah berbanding yang kita bayar sekarang, iaitu RM2.30 seliter.
“Dengan turunnya harga minyak dunia, kerajaan juga perlu segera menurunkan harga bagi RON95 dan diesel,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, laporan AmResearch berhubung subsidi minyak yang dikeluarkan baru-baru ini mengesahkan perkara tersebut.
“Laporan itu menganggarkan purata ‘harga modal’ (breakeven) minyak mentah antarabangsa pada USD84.80 segelen.
“Laporan itu menganggarkan jika tanpa subsidi, harga RON95 adalah pada RM2.30 seliter, ‘harga modal’ (breakeven) bagi harga minyak mentah dunia adalah pada purata USD84.80),” kata Chong yang juga Setiausaha Politik Ahli Parlimen Taiping.
Namun katanya, dengan harga Brent (nilai piawaian minyak yang bersumber dari Eropah) ditutup pada USD84.47 semalam, rakyat Malaysia kini hakikatnya membayar cukai minyak untuk RON95.
AmResearch menganggarkan pengurangan 10 peratus harga minyak mentah dunia, berpotensi mengurangkan jumlah subsidi yang diberikan kerajaan kepada RM35.6 juta.

Henti buat lawak, pesan Ezam kepada Menteri Umno@BN

Menteri-menteri Malaysia perlu bersiap sedia untuk mengubah cara  pemikiran dan tindakan mereka selaras dengan tahap kemajuan negara kini yang menuju ke arah negara maju, kata Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ezam berkata, perubahan itu penting kerana pemikiran rakyat kini sudah berubah dan sebab itulah menteri perlu melakukan satu anjakan paradigma selaras dengan perubahan yang berlaku kini.

“Negara maju menteri pun juga perlu maju... dari segi pemikiran, dari segi pembacaan, memberi nasihat .

“Rakyat kini kian kritikal, jadi saya harap menteri ada perubahan selaras dengan tahap kemajuan sekarang.

“Saya memang nampak ada masalah itu,yang paling ketara kita nampak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke hadapan tetapi yang lain ada sedikit yang tertinggal,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Pemadam: Keluar fatwa haramkan ketum

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam)
JITRA - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan daun dan air ketum di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, ini kerana penggunaan air dan daun ketum akan memudaratkan kesihatan mereka yang mengambilnya secara berlebihan dan berterusan.

Beliau berkata pihaknya bimbang kerana penyalahgunaan ketum kini menular dalam kalangan pelajar sekolah, yang menjadikan air ketum sebagai minuman harian, malah turut dibawa ke sekolah.

"Penyalahgunaan ketum amat serius. Dahulu, di utara Semananjung sahaja tetapi kini ia telah merebak ke Terengganu, Perak dan Pahang.

"Saya terima aduan ada nelayan di Pahang minum air ketum sebelum ke laut," katanya pada majlis penutup seminar Penyalahgunaan Ketum: Pembunuh Senyap Anak Bangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba di sini, hari ini.

DAP Sarawak henti komunikasi dengan Pas, PKR

Chieng Jen 
KUCHING - DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan Pas dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama Pas dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama Pas, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa Pusat Pas), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas,"  katanya. - Bernama

LENSA cakap isu demokrasi tapi pertikai hak rakyat berhimpun?

MB AzminKUALA LUMPUR 18 OKT : Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyifatkan gesaan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) supaya rakyat tidak terlibat dalam perhimpunan solidariti untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesuatu yang janggal.
Hal ini berikutan pada masa sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggap mesra Pakatan Rakyat (PR) itu bercakap soal demokrasi yang menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ini adalah proses demokrasi untuk mereka menyatakan dalam perhimpunan aman dan ini sesuatu yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Kalau dia bercakap soal demokrasi, kenapa dia nak halang pihak lain untuk adakan perhimpunan secara aman?” Kata Mohamed Azmin kepada wartawan selepas menghadiri program Malaysia Largest Lion Dance di Viva Home Shoping Mall di Jalan Loke Yew, di sini.
Terdahulu Jurucakap Lensa, Ekhsan Bukharee dalam sepucuk surat yang tidak dinyatakan nama penerimanya berkata, rakyat sudah letih untuk berdemontrasi setiap kali Anwar menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Saya sedih dengan keputusan Datuk Tamrin - Mazlan



MAZLAN ALIMAN 
Apabila Datuk Tamrin Tun Ghafar menarik diri atau keluar PAS melalui surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustapha Ali pada 15 Okt lalu, saya sangat sedih dengan keputusan beliau.

Bertemu dengan beliau dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh pada tahun 2011, kemudiannya menjadi sahabat baik. Kerap bertemu terutamanya minat beliau mengenai isu Felda dan tanah.

Datuk Tamrin mengisi borang PAS pada 11 Julai 2012, di rumahnya. Saya sendiri jadi pencadangnya. Beliau selalu sebut, saya ni mualaf Mazlan, PAS kena tarbiah saya. Perjalanan kehidupannya, dunia politiknya dan ada yang bersifat peribadi diceritakan kepada saya. Dia mahu habiskan sisa hidupnya untuk bersama PAS, atas ikrarnya demi Islam.

Saya hubungi Dr Ahmad Samsuri, Setpol Presiden PAS, Saudara Nasaie Ismail Setiausaha Akhbar Presiden dan Adly Zahri,Pesuruhjaya PAS Melaka mengenai kemasukan Datuk Tamrin. Hinggalah majlis perisytiharan penyertaan dalam PAS dibuat di Dewan KUIZM, Taman Melewar pada 11 ogos 2012 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau aktif berceramah di seluruh negara. Juga menerbitkan risalah dan pamplet yang berkaitan dengan isu-isu Melayu. Pendedahan beliau sangat menarik dan banyak membantu PAS dan PR. Bagi saya sumbangan dan komitmen beliau dalam PAS amat baik.

Ibu kecewa guru enggan terima duit derma ..!!

Seorang ibu kepada sepasang anak kembar kecewa dengan pengurusan sebuah sekolah di Gombak, Selangor kerana enggan menerima wang derma daripada anaknya untuk mengisi tabung membina surau.
 
Ibu itu yang mahu dikenali sebagai Zalini, 43, berkata, minggu lalu anak kembarnya yang berusia 11 tahun memberitahu guru minta murid memaklumkan kepada ibu bapa mengenai aktiviti kutipan derma yang dilakukan pengurusan sekolah berkenaan.
 
Katanya, semalam ketika kedua-dua anaknya hendak ke sekolah, beliau memberi tiap seorang RM50 supaya mendermakan wang itu kepada guru kelas.
 
"Bagaimanapun, guru berkenaan enggan menerimanya dengan meminta anak saya supaya memberitahu kepada saya agar menderma sekurang-kurangnya RM1,000 atau lebih.
 
"Apabila balik dari sekolah, kedua-dua anak menyerahkan wang RM100 kerana guru tidak mahu terima. Guru kata, saya seorang usahawan, tidak patut derma RM100," katanya kepada MalaysiaGazette di restorannya di Gombak, hari ini.
 
Zalini yang tidak mahu gambar kedua-dua anaknya dirakamkan dengan alasan untuk keselamatan mereka berdua berkata, sebelum ini pun guru berkenaan ada menghantar surat meminta derma sejumlah wang daripadanya.
 

BANGGANYA.. Baru tahu negara M'sia yg di bawah pimpinan Najib Razak & bersama2 menteri kabinet dapurnya adalah ANTARA NEGARA TERBERSIH RASUAH !!!