Akibat segala benda naik, harga rumah naik “ibarat roket Soyuz laju ke
angkasa” sehingga menyebabkan tempoh pinjaman pun dinaikan kepada tempoh
yang lama untuk membolehkan peminjam jadi “mampu”. Sedangkan ia hanya
kemampuan yang “artificial” sahaja.
Bukan sahaja itu….dek kerana segala kos
naik, katering naik, mak andam naik, fotografi naik, segala macam naik
dan tidak boleh dilupakan kos hantaran turut naik + GST 6% pada masa
akan datang telah menyebabkan tempoh untuk anak muda hari ini berkahwin
terpaksa dilambatkan dan dianjakkan tempohnya kepada waktu yang lebih
sesuai. Bila? Biar takdir dan waktu menentukan…
Bertambah sadis lagi hari ini,
apabila penentuan nilai hantaran kahwin terkini dan kemeriahan majlis
perkahwinan menjadi penanda aras untuk dijadikan topik perbualan orang
disekeliling. Meriah atau tidak? Grand atau tidak? Lauk majlis
perkahwinan berapa jenis ada? Kambing bakar ada atau tidak? Berapa
hantaran anak dia? Bla…..bla…..bla…..
Yang mana akhirnya kelak, pasangan yang
baru berkahwin dan mendirikan sebuah masjid ini terpaksa menguruskan
beban kewangan selepas itu. Realitinya rata-rata lebih selesa meletakkan
hantaran perkahwinan yang tinggi.
Tahap Pendidikan Tinggi, Hantaran Kahwin Juga Tinggi?

Hakitkatnya hantaran itu adat, mahar itu wajib. Jadi sudah memang adat melayu agaknya suka buat majlis besar – besaran….Baru-baru tinjauan yang dilakukan ke sebuah majlis perkahwinan_________
- Ketika itu dalam pukul 2.45 petang, makanan sudah habis
- Apabila di tanya tuan rumah cakap makan order 1000 tetapi malangnya kad kahwin printing 1500 sudah diedarkan. Tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya…
- Hantaran? RM17,000……..