Khamis, 16 Oktober 2014

PEMIMPIN UMNO & ARAK

 

Majlis Peguam: Akta Hasutan sekat rakyat bersuara

KUALA LUMPUR - Majlis Peguam menyifatkan Akta Hasutan membuatkan rakyat Malaysia takut untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap apa-apa isu.

Presidennya, Christopher Leong berkata, hak bersuara itu perlu diberikan tanpa ada sekatan atau ugutan sehingga menyebabkan rakyat tidak dapat menyampaikan idea mereka.

Menurutnya, meskipun pihak berkuasa tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, individu tersebut tidak wajar dikenakan tindakan.

“Kita tidak boleh hukum orang lain atas apa yang dia kata dalam melahirkan pandangan hanya kerana kita tak suka atau tidak setuju dengan apa yang dikatakan.

“Dalam usaha untuk membina Malaysia yang benar-benar aman, harmoni berpanjangan dan hormat-menghormati yang sebenar tapi disempadani oleh batas-batas perpaduan, kita perlu melibatkan rakyat Malaysia yang boleh bertanya, diberikan jawapan dan berhujah antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan bangunan Parlimen, hari ini.

Hari ini, ratusan peguam membanjiri Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menyatakan solidariti membantah Akta Hasutan dengan menyertai 'Perarakan untuk Keamanan dan Kebebasan 2014' sebelum bergerak menuju ke Parlimen.

Setelah tiba di kawasan Parlimen, 10 wakil peguam memasuki bangunan Parlimen untuk bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Seorang lagi pekerja KTMB dipecat, 11 digantung kerja


Post Pic

SHAH ALAM: Seorang lagi pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat hari ini menjadikan sejumlah 41 orang ditamat perkhidmatan sehingga ini kerana menyertai piket pada 9 Mei lalu.
 
Minggu lalu, 11 pekerja lagi digantung kerja atas alasan yang sama, kata Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM), Abdul Razak Md Hassan hari ini.
 
Dengan itu, katanya, 27 pekerja KTMB telah digantung kerja sehingga ini kerana menyertai piket 9 Mei lalu.
 
Sehubungan itu, katanya, RUM meminta agar krisis antara kesatuan dengan President KTMB, Datuk Elias Kadir diselesaikan secepat mungkin memandangkan ramai pekerja yang sengsara akibat tindakan pemecatan dan digantung kerja.
 
“Saya mohon agar pihak KTMB selesaikan krisis ini secepat mungkin kerana pekerja yang dibuang kerja makin sengsara.

Tamrin mahu beri pengajaran kepada PAS kata Penganalisis politik


Post Pic

SHAH ALAM: Tindakan Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghaffar yang mengumumkan keluar daripada PAS semalam dipercayai untuk memberi iktibar kepada parti Islam itu untuk melakukan perubahan, demikian menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.
 
Beliau berpendapat anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu mungkin merasakan sebilangan tindakan parti Islam dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini seolah-olah kurang 'wajar'.
 
"Orang yang baru menyertai PAS, sudah pasti soal kesetiaannya tidak sekukuh jika dibandingkan dengan ahli-ahli parti yang lain. Namun bagi orang seperti Tamrin mungkin merasakan ada keperluan untuk menzahirkan ketidakpuasan itu kepada PAS. 
 
"Sebagai seorang ahli politik veteran, Tamrin merasakan bahawa jika bertindak begitu, paling kurang PAS perlu dengar apa yang beliau nak perkatakan. Jika tidak, tiada guna beliau menyertai PAS atau parti-parti politik yang jauh dari beliau," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Tamrin semalam menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri daripada menjadi ahli parti Islam itu.
 

Tolonglah, pendapatan peneroka dan pekebun merosot......


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil tanggungjawab segera terhadap permasalahan yang dihadapi para peneroka dan pekebun kecil berhubung kejatuhan harga komoditi yang semakin membimbangkan.

Lebih-lebih lagi masalah berkaitan kejatuhan harga komiditi ini sudah dibincangkan bertahun-tahun, namun tiada sebarang jaminan atau langkah progresif dilakukan kerajaan bagi membantu golongan tersebut.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, berkata beliau terus-menerus mendapat aduan daripada peneroka yang semakin hari semakin memperolehi pendapatan yang merosot.

"Tolonglah, kepada kerajaan bantulah para peneroka dan pekebun kecil ini yang bergantung kepada hasil cucuk tanam mereka yang semakin hari semakin menjunam harga pasarannya.

"Kita mahu kerajaan tolong, beri jaminan atau mengambil langkah segera bagi menangani masalah kejatuhan harga komoditi ini," kata beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Syarikat milik kerajaan dengan hutang RM4 bilion gagal hantar penyata kewangan


Tony Pua


KUALA LUMPUR, 16 OKT: Selepas dua anak syarikat 1MDB, sebuah lagi syarikat di bawah Kementerian Kewangan didedahkan tidak memfailkan penyata kewangan tahunan, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Menurut beliau, SRC International Sdn Bhd yang merupakan milik penuh Kementerian Kewangan menghantar penyata kewangannya kali terakhir kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Mac 2012, walaupun menanggung beban pinjaman sebesar RM4 bilion.
“SRC International mendapat pinjaman Islam RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pekerja, yang dijamin kerajaan Persekutuan. Pinjaman itu diberikan sebanyak dua kali – pada Ogos 2011 dan Mac 2012.
“Walaupun dengan pinjaman sebesar itu, akaun tahunan syarikat ini kali terakhir difailkan pada Mac 2012. Akaun tahun seterusnya yang patut difailkan paling lewat pada September 2013 masih belum dihantar,” katanya.
Beliau turut membangkitkannya dalam Parlimen, namun jawapan yang diberikan langsung tidak memberi apa-apa penjelasan.
Jawapan Kementerian Kewangan dua hari lalu mengesahkan penyata kewangan 2013 syarikat tersebut belum difailkan, dan akan dihantar bersama penyata tahun ini sebelum 31 Oktober 2014.
Jawapan parlimen berhubung kegiatan syarikat tersebut pula meleret-leret dengan menyatakan ia “dikendalikan sebagai syarikat strategik berpandangan jauh yang akan mengimplimentasi projek strategik infrastruktur yang akan melipat gandakan keupayaan menjana pertumbuhan jangka panjang yang berkekalan”.
“Jawapan parlimen itu langsung tidak menyatakan sebab mengapa penyata belum dihantar. Penerangan tentang kegiatannya pula berjela-jela, seperti ada rahsia,” kata Pengerusi DAP Selangor itu lagi.
Kaitan mencurigakan dengan 1MDB

Mesyuarat kabinet disaran beri perhatian serius tuntutan Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 16 OKT: DAP menggesa kerajaan memberi perhatian serius dalam agenda mesyuarat kabinet esok berhubung tuntutan Majlis Peguam agar Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, jika Malaysia benar-benar ingin bergelar negara maju pada tahun 2020, ketidakadilan melalui penggunaan Akta Hasutan tidak boleh dibiarkan.
“Kerajaan tidak boleh mengabaikan tuntutan ini kerana ia berhubungkait dengan sifat dan syarat untuk menentukan sama ada Malaysia boleh dianggap negara maju.
“Kabinet harus mengakui kemarahan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap diskriminasi, dakwaan terpilih melalui Akta Hasutan untuk menyekat kritikan atau perbezaan pendapat,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendesak Kabinet mempertegas semula janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar akta kolonial itu dimansuhkan.

Pemimpin MIC sepatutnya bertindak atas aduan salah laku kata Samy Vellu

Pemilihan parti: Pemimpin  MIC sepatutnya bertindak atas aduan salah laku - Samy VelluKUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan teratas MIC sepatutnya mengambil langkah awal apabila anggotanya mengadu tentang salah laku dan penyalahgunaan kuasa dalam pemilihan MIC pada November tahun lepas.

Mengkritik pucuk pimpinan teratas MIC, bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata isu itu mungkin mampu diselesaikan di peringkat dalaman parti sekiranya pemimpin MIC bertindak sejurus menerima aduan tersebut.

"Jika sesuatu tidak betul, pemimpin teratas seharusnya mengambil langkah awal. Memanggil mereka (pengadu) dan maklumkan mereka apa pandangan anda.

“Kalau begitu, isu itu mampu dibendung di dalam parti. Sekarang, isu itu sudah keluar parti. Ia tidak sepatutnya berlaku.

“Apabila seseorang mengadu, kita seharusnya membuat sesuatu secepat mungkin,” katanya kepada Astro AWANI.

Samy berkata demikian semasa mengulas mengenai laporan bahawa lebih 2,000 pengerusi cawangan dan pemimpin MIC akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya pada pukul 2 petang hari ini (Khamis).

Memorandum itu bertujuan untuk menyatakan 'rasa tidak puas hati’ ahli-ahli MIC ke atas kelewatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan mengenai laporan yang dibuat lebih daripada 20 pemimpin MIC terhadap penyelewengan yang didakwa berlaku.

Ku Li gesa semak semula ‘kuasa mutlak’ menteri kewangan


'Kuasa mutlak' yang diperuntukkan kepada seorang menteri kewangan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957 perlu disemak semula kerana ia membuka peluang kepada rasuah, kata bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Pemimpin veteran Umno itu berkata, kelemahan dalam akta tersebut membolehkan menteri memberi sesuatu kontrak kepada mana-mana pihak menerusi rundingan terus.
"Jika kita mahu kawal rasuah, kena kaji Akta Prosedur Kewangan. Akta tersebut memberi kuasa mutlak kepada menteri kewangan, menerusi Parlimen," kata Tengku Razaleigh, atau lebih popular sebagai Ku Li pada satu sidang media hari ini.
 "Terdapat banyak kelemahan di situ. Sebagai contoh, rundingan terus. Itu ialah kuasa menteri kewangan. Kamu datang ke pejabat saya, beritahu saya kamu hendak buat jambatan dan sebagai menteri kewangan, saya boleh beri kamu projek itu,” katanya.
 Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara tersebut tidak beretika kerana kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan mengingatkan Putrajaya yang kekayaan negara yang mereka uruskan bukan milik "ibu bapa" mereka. "Ini adalah wang rakyat yang dikutip daripada cukai. Kita tidak boleh guna sesuka hati.
Kita perlu guna kaedah yang betul, dan kaedah terbaik ialah menerusi tender terbuka,” katanya. Jawatan menteri kewangan dipegang perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad memecat bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang jawatan itu pada 1998. Tengku Razaleigh berkata, jawatan tersebut sangat berkuasa, oleh sebab itu bukan sebarang orang boleh dilantik memangku jawatan itu ketika menteri bertugas di luar negara.

MB Selangor: Sistem GAC rawat air Projek Langat 2 tingkat kos

sungai pahangKUALA LUMPUR, 16 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempertikaikan cadangan penggunaan teknologi spesifikasi sistem proses melibatkan dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC) untuk Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2.
Hal ini kerana, sistem proses GAC ini hanya sesuai untuk sumber air yang tercemar yang mencapai tahap kelas empat iaitu pengkelasan air terburuk.
Keadaan ini sekaligus menimbulkan persoalan sama ada air mentah disalurkan dari Pahang itu tercemar atau tidak.
“Kalau itu yang berlaku mengapa Kerajaan Persekutuan memilih sumber air berkenaan ke Negeri Selangor?
“Kalau tidak mengapa kerajaan persekutuan menggunakan spesifikasi begitu tinggi menyebabkan bukan sahaja kos pembangunan untuk memenuhi kriteria teknologi itu tetapi melibatkan kos operasi tinggi dan kos penyelenggaraan juga tinggi.
“Kos tinggi ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk tarif kepada pengguna di Selangor,” katanya ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.
Dalam Fasa Dua pembinaan projek Langat 2 ini, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menegaskan supaya Kerajaan Selangor terlibat dan diberikan peranan eksekutif dalam jawatankuasa bersama.
Ia bagi membuat keputusan berkenaan pelaksanaan projek termasuk dalam urusan melantik kontraktor.
“Kerajaan Pusat disarankan memastikan setiap kontraktor terlibat projek pembangunan loji rawatan air Langat 2 hendaklah dilantik melalui sistem tender terbuka yang telus bagi memastikan kontraktor dilantik kelak mahir dan berpengetahuan,” katanya.

Kerajaan Umno@BN jangan berpihak pada tauke-tauke besar

Tidak akan mengizinkan perkara ini berlaku sekiranya benar dan meminta supaya kerajaan negeri diberi kuasa eksekutif untuk meneliti proses tender.

selangor airKUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta supaya Kerajaan Persekutuan menjawab adakah air yang mengalir dari Sungai Semantan Pahang ke Selangor itu, berada pada tahap kelas ke-4 iaitu sumber air yang mempunyai kualiti yang rendah.
Menurut Azmin, sekiranya benar mengapa Kerajaan Persekutuan memilih sumber air berkenaan kepada kerajaan negeri Selangor.
“Kalau tidak mengapa Kerajaan Persekutuan menggunakan spesifikasi yang begitu tinggi yang menyebabkan bukan sahaja kos pembangunan meningkat tetapi ia melibatkan kos operasi dan kos penyelenggraaan yang tinggi,” soalnya di Parlimen hari ini.
Jelasnya, spesifikasi sistem proses yang dicadangkan bagi pembangunan Loji Rawatan Air Hulu Langat 2 ini akan melibatkan dual media yang menggunakan granual activated carbon (GAC).
“Sebenarnya penggunaan GAC ini sesuai dengan sumber air yang tercemar yang mencapai tahap kelas 4 iaitu pengkelasan air yang terburuk.
“Kalau tidak mengapa Kerajaan Persekutuan menggunakan spesifikasi yang begitu tinggi yang menyebabkan bukan sahaja kos pembangunan tetapi ia melibatkan kos operasi dan kos penyelenggaraan akan tinggi,” dakwa Azmin.
Katanya, kerajaan negeri Selangor tidak akan mengizinkan perkara ini berlaku sekiranya benar dan meminta supaya kerajaan negeri diberi kuasa eksekutif untuk meneliti proses tender.

Karut jika kata harga barang naik bila minyak naik kata MP UMNO@BN

KUALA LUMPUR: Pembangkang sengaja mencanangkan cerita bahawa apabila minyak naik harga barang akan naik untuk menakut-nakutkan rakyat, kata Ahli Parlimen Bagan Serai (BN) Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau ketika membahaskan Bajet 2015 berkata, pembangkang terlalu emosional dalam isu kenaikan harga minyak dan mendakwa tidak faham akan usaha kerajaan dalam merasionalisasikan subsidi rakyat.

"Bukankah minyak sudah naik lima kali pernahkah berlaku keadaan inflasi yang sukar dikawal?

"Jawapan barang naik kerana minyak naik, ini tidak betul! Saya tidak bersetuju. Saya fikir ini bukan jawapannya.

"Kita ada minyak. Kenapa minyak naik? Minyak kita minyak baik. Kita jual untuk kebaikan rakyat,"katanya.

Ekoran kenyataannya itu beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun dan menyangkal dakwaan itu sambil memohon untuk mencelah.

Ahli Parlimen PAS Sepang Hanipa Maidin yang diberi laluan membidas Bagan Serai dan menyifatkan perbahasannya 'penuh dengan guruh tetapi kosong'.

"Tidak perlu panggil orang ekonomi, bagi rakyat biasa pun secara rasionalnya tahu bila minyak naik barang akan naik.

"Takkan tak ada kesan. Tak payah bahas panjang-panjang,"tegas Hanipa yang diikuti sorakan di kalangan Ahli Parlimen Pakatan.

Jika itu pilihan Tamrin - TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul AM PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah terserah kepada mana-mana pihak jika mahu memilih keluar dari parti itu dan parti tidak boleh menghalang.

Bagaimanapun katanya, jika ahli itu merasa tidak puas hati kerana terdapat perkara yang dianggap tidak betul, seharusnya mereka membaiki PAS dari dalam dan bukannya dengan keluar parti.

"Apa boleh buat jika itu pilihan Tamrin," kata ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), di sini hari ini.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan sepatutnya ia dijadikan medan bagi umat Islam untuk berkhidmat kepada agamanya.

“Saya sendiri kenal dia (Tamrin) sewaktu dia membawa ayahnya (Allahyarham Tun Gafar Baba) datang berjumpa dengan saya dua kali sewaktu arwah masih hidup.

“Tun ketika itu telah berkerusi roda dan ditolak Tamrin. Datangnya hanya semata-mata datang dan tidak bercakap kerana mungkin beliau tidak mampu lagi untuk bercakap,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Tamrin yang menghantar surat keluar dari PAS semalam.

KANTOI LAGI !!!.. AHMAD MASLAN PUTAR BELIT & MENIPU RAKYAT...


Perbahasan Bajet Kelantan 2015 oleh YB Dato' Hj Husam Musa

Ku Li: Barah Ali Baba racuni anak muda di bumi M'sia

RM35.9 mil discrepancy in foreigner registration program?

MP PAS Shah Alam Bahas Bajet 2015

MP PAS Shah Alam - BN Bagan Serai Bahas Bajet 2015

S'gor mahu kandungan perjanjian air didedah

Kumpulan MIC desak presiden letak jawatan

Saya 3 minggu, Umno 54 tahun tak buat apa..!!

Menggerakkan masyarakat sivil adalah jihad – Dr Maszlee


forum_roketkini
PETALING JAYA, 16 OKT – “Selamatkan nyawa anjing pun masuk syurga, apatah lagi selamatkan nyawa orang bukan-Islam,” demikian syarah Dr Maszlee Malik dalam memberikan penerangan mengenai jihad.
Menurut pensyarah UIAM itu, Islam mengajar manusia supaya menghargai nyawa. Beliau kemudiannya berkisah tentang peristiwa anjing yang hampir mati kehausan lalu diberikan air dan menyifatkan itu juga sebagai jihad.
Katanya lagi, Islam turut menganjurkan supaya memberi makan kepada fakir miskin, anak yatim dan tawanan perang. “Itulah jihad,” katanya kepada hadirin forum ‘ISIS: Pengganas atau…?’ anjuran Roketkini semalam.
“Malah, menentang salah guna kuasa, rasuah dan ketirisan itu juga jihad demi menegakkan keadilan.
“Konsep politik Islam itu kena difahami dalam kerangka yang moden. Hari ini kalau kita kata politik Islam itu mestinya ada khalifah, ada baiah, dengan merujuk kepada karya-karya klasik.
“Sedangkan konsep pada hari ini dalam kerangka politik yang moden, gerakan civil society itu satu jihad,” ujarnya memberi definisi lain kepada jihad, berbanding definisi yang tercermin pada gerakan ISIS di Timur Tengah.
Forum tersebut turut menampilkan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Exco Dewan Pemuda PAS Ustaz Hafiz Musa.
ISIS kumpulan militan

Kemajmukan Islam


Muslim-children-from-around-the-world

oleh NICHOLAS KRISTOF

Beberapa hari lepas, saya dijemput menjadi salah seorang panelis dalam rancangan televisyen Bill Maher di HBO yang kemudiannya bertukar menjadi perbalahan agama.
Sama ada Islam mendukung keganasan atau tidak, perkara ini hangat diperdebatkan. Perbualan kami bertukar menjadi perbalahan mengenai Islam. Perkara ini menjadi sangat popular di laman internet. Maher dan Sam Harris, salah seorang panelis dalam rancangan televisyen berkenaan, menanggapi Islam itu sangat berbahaya, dan mendapat dukungan daripada mereka yang berfahaman liberal, manakala pelakon Ben Affleck merasakan komentar mereka terhadap Islam sangat jengkel dan rasis. Saya bersama Affleck dalam hal ini.
Setelah rancangan tamat, kami para panelis bersambung membahaskan topik ini dalam tempoh hampir sejam tanpa sebarang rakaman. Maher telah menghangatkan lagi perdebatan ini, jadi biar saya menawarkan tiga poin untuk berbeza pandangan.
Pertama, terbukti dalam sejarah bahawa Islam bukanlah fahaman yang tidak toleran, dan pada mulanya ia mengangkat darjat wanita. Sesiapa pun yang mendalami sejarah walaupun di abad keduapuluh tidak akan mengatakan bahawa Islam adalah agama yang dahagakan darah – penganut fahaman Nasrani/Nazisme/Komunis Eropah dan Buddhisme/Taoist/Hindu/atheis dari Asia lah yang mencatatkan rekod penyembelihan beramai-ramai.
Tetapi benar, terdapat beberapa ayat dalam Al-Quran yang menganjurkan keganasan, begitu juga Injil, yang menceritakan tentang firman Tuhan tentang genosid, misalnya terhadap bangsa Amalek. [1]
Kedua, dunia Islam mempunyai tanda-tanda yang menunjukkan mereka sangat tidak bertolak-ansur dan menindas. Golongan barbarik Islamic State (IS) menggunakan akidah mereka sebagai alasan untuk berlaku kejam  – sepertimana dalam tragedi penyembelihan seorang pekerja bantuan British yang mendedikasikan seluruh jiwanya untuk menyelamatkan nyawa masyarakat Muslim – mencalarkan lagi imej Islam. Tambahan, sembilan daripada sepuluh buah negara yang mencatatkan rekod paling buruk layanan terhadap wanita menerusi laporan World Economic Forum adalah negara yang majoritinya didiami oleh umat Islam. Di Afghanistan, Jordan dan Mesir pula, hampir ¾ umat Islam menyokong hukuman bunuh jika murtad, menurut dapatan kajian Pew.
Penindasan terhadap minoriti Kristian, Ahmadiyyah, Yazidi, Bahai – dan Syiah – pula merupakan perkara yang umum diketahui di dalam dunia Islam. Kita patut bercakap mengenai hal ini.
Ketiga, dunia Islam adalah pelbagai. Ia luas dan majmuk. Benar, empat daripada lima Afghan memilih untuk menyokong hukuman bunuh ke atas murtad, tetapi kebanyakan umat Islam mengatakan itu adalah kegilaan. Di Indonesia, negara yang mempunyai umat Islam paling ramai, hanya 16 peratus sahaja yang menyokong hukuman bunuh ke atas golongan murtad. Di Albania, Azerbaijan dan Kazakhstan, hanya dua peratus atau lebih sedikit yang menyokong, menurut dapatan Pew.

Tiga kali enggan jawab isu rasuah, apa lagi kredibiliti yang Paul Low ada?


ko chung sen


KUALA LUMPUR, 16 OKT: Selepas tiga kali enggan memberi jawapan berhubung isu rasuah, apa lagi kredibiliti yang ada pada Datuk Paul Low, bekas Presiden Transparency International-Malaysia yang dibawa masuk ke dalam Kabinet untuk menangani isu itu?
Ahli Parlimen Kapar Ko Chung Sen berkata, jawapan parlimen yang diberikan Low berhubung soalannya tentang maklumat kes rasuah yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sangat mengecewakan.
Pada sidang Parlimen Jun lalu, beliau meminta kerajaan menyatakan dengan terperinci jumlah kes rasuah sepanjang tahun 2009 hingga 2013, berdasarkan jumlah wang yang terlibat.
Namun, Low hanya memberikan jumlah keseluruhan, iaitu 5517 kes, tanpa menyatakan pecahan terperinci seperti yang diminta.
Pada sidang kali ini pula, Ko meminta jumlah kes rasuah yang disiasat, melibatkan wang kurang daripada RM1000 dan juga yang melebihi RM1 juta.
Namun, Low hanya menyatakan SPRM tidak dapat menyediakan maklumat tersebut.
“Saya kecewa kerana tidak mendapat jawapan kepada soalan yang amat mudah. Apatah lagi SPRM adalah agensi kerajaan yang memiliki 2,331 kakitangan, dan mendapat peruntukan RM298 juta tahun ini,” katanya dalam sidang media di Parlimen pagi tadi.
“Mengapa tidak boleh didedahkan (maklumat itu)? Apakah yang beliau perlu sembunyikan dalam hal ini?” soalnya lagi.
Rasuah semakin parah
Lebih parah daripada kegagalan itu, kata Ko lagi, tiada peningkatan ketara dalam usaha kerajaan memerangi rasuah sejak Low menjadi menteri.

Kenaikan Harga Barang Naik 2015 : Kuasa Beli Rakyat Akan Terus Jatuh? Simpanan Rakyat Bakal Menyusut?

harga barang naik
Selepas seluruh tubuh badan rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak naik 20 sen, rakyat Malaysia mula sedar mereka sedang berpijak pada bunyi yang nyata.
Kurang lagi kedengaran berita-berita gembira ibarat tinggal di “syurga dunia” seperti mana yang acapkali kedengaran sekitar penghujung tahun 2012 dan sehingga pertengahan tahun 2013. Semunya indah-indah belaka pada masa itu…..Sekarang?
Sekarang tidak lagi…..Rakyat Malaysia sudah mula menerimanya “dalam keadaan terpaksa” inilah realitinya yang perlu ditempuhi sekarang dan tempoh-tempoh yang mendatang termasuk tahun 2015 kelak.
Walaupun jaminan sudah kedengaran bahawa tiada kesan besar terhadap kenaikan harga minyak di Malaysia serta dikatakan inflasi masih akan terkawal. Tetapi hakikat dan realitinya?
kenaikan harga barang
Banyak syarikat dan industri telah merasainya bahangnya yang mana mereka pastinya tidak mahu menghadapi gelombang kos terlalu lama, akhirnya bahang tersebut terpaksa juga dipulangkan bebannya kepada anda, anda dan anda semua sebagai pembeli dan pengguna mereka.
  • Kos gula naik 14% Oktober 2013
  • Kenaikan harga minyak 11% September 2013
  • Kenaikan tarif elektrik 16.9% Januari 2014

Kenaikan Harga Baik Naik 2015 VS Perbelanjaan Boleh Guna Rakyat?

Hakikatnya kenaikan harga minyak contohnya telah menyebabkan kos perbelanjaan harian rakyat marhaen terutamanya telah bertambah sekaligus menyekat pertumbuhan bagi perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia selepas ini. Akhirnya kuasa beli rakyat Malaysia akan semakin berkurang selepas ini. Ini kerana paras harga minyak sangat dekat dengan hampir setiap apek kehidupan rakyat Malaysia selama ini.
Bersama-sama di bawah ini Berita Semasa sertakan trend kenaikan harga makanan di Malaysia sejak kenaikan harga minyak 20 sen September 2013. Berapa pula kenaikan selepas kenaikan harga minyak 20 sen 2014. Bersama-sama kita nantikan…

Senarai Kenaikan Harga Barang di Kuala Lumpur 2013 – 2014

  1. Harga Cili merah (setiap KG) : RM6 (2013) naik kepada RM12 (2014) – Kenaikan 100%
  2. Harga Ikan kembung (setiap KG) : RM14.90 (2013) naik kepada RM16.90 (2014) – Kenaikan 13.4%
  3. Harga Bawang Merah (setiap KG) – RM3.50 – RM4.00 @ RM4.20 – Kenaikan antara 14.3% dan 20%

Senarai Kenaikan Harga Barang di Sarawak 2013 – 2014

Pakatan Rakyat tanpa Anwar, Nik Aziz, Kit Siang

Oleh Sheikh Omar Ali
Minggu lalu saya di Sarawak. Dalam perjalanan pulang semasa di lapangan terbang Kuching, saya sempat menegur seorang pakcik.Niat saya bersahaja, nak ringankan mulut bersembang santai.
Tak sangka, rupanya beliau baru selesai menghadiri 'gathering' kawan-kawan lama di hotel Pullman Kuching bersama Datuk Seri Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri.

Saya ambil peluang bertanya. "Datuk kata apa tentang nasib Anwar menjelang 28 Oktober ni?" jolok saya selamba. "Anwar confirm masuk penjara. 7 tahun..." ujar beliau bersungguh.
Betul atau tidak, wallahua'lam.
Saya tanya lagi "Zahid tak boleh buat apa-apa ke? Mereka kan kawan baik."
Dia kata Zahid sendiri sedang menuju puncak kuasa.
Untuk bertindak menyebelahi Anwar walaupun dengan sekadar menunjukkan rasa simpati, itu langkah yang tidak bijak!
Menyedari hal ini, saya sedar.
Dan saya yakin PR juga pastinya sudah lama sedar! Akhirnya mereka perlu berjuang tanpa sosok pemimpin tiga serangkai - Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang.
Biarpun pemimpin silih berganti, namun untuk berhadapan dengan PRU-14 yang akan datang, 'something need to be done' melangkaui tiga sosok ini.
Teringat kata-kata Suhaizan Kayat dalam ucapan dasar muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 yang lalu.
Beliau ada menyebut Kelantan perlu bersedia untuk berhadapan politik negeri lubuk PAS itu tanpa Tuan Guru Nik Aziz satu hari nanti.
Dan apabila saat itu datang, jalannya tidak lagi semudah hari ini.
Pada hemat saya, bukan sekadar negeri Cik Siti Wan Kembang sahaja.
Malaysia dan Pakatan Rakyat umumnya juga perlu bersedia kearah itu.
Tidak melampau jika saya katakan, Tuan Guru Nik Aziz pada tahap kemuncaknya sudah dianggap Tok Guru kepada 52% rakyat Malaysia yang mengimpikan perubahan.
Ya, kita bercakap tentang 52% rakyat Malaysia pelbagai latar yang menyokong PR pada PRU yang lalu.
Lantas, apa lagi kekuatan 'melangkaui tiga sosok' ini yang perlu PR ada?
Politik idea & politik solusi
Jika saya mampu menjadi representasi kepada anak muda dari kalangan 52% itu, saya ingin melihat PR pada tahap ini menerobosi tembok-tembok politik emosi dan politik 'fire fighter'.
Iklim politik untuk Malaysia baru yang diidamkan haruslah bersifat politik idea dan solusi kepada permasalahan dihadapi rakyat akibat kepincangan urus tadbir dan tatakelola yang diwariskan Umno BN.

Belanjawan 2015: Defisit, hutang dan perbelanjaan kerajaan

Oleh Amin Ahmad
Jumaat lalu perdana menteri merangkap menteri kewangan membentangkan belanjawan bagi 2015. Sebelumnya, ketua pembangkang mengumumkan belanjawan alternatif yang dicadangkan untuk pertimbangan kerajaan.
Dua peristiwa ini untuk saya penting. Pertama, sejak beberapa tahun lalu, khususnya apabila muncul apa yang kini dikenali ramai sebagai Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia berpeluang melihat persaingan sihat, bukan sahaja dalam konteks undi semasa pilihan raya, tetapi juga dalam aspek idea dan hujah.

Pembentangan belanjawan adalah amalan biasa dibuat pentadbiran yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Menurut Kamus Dewan, belanjawan bermaksud “butiran ringkas anggaran pendapatan dan perbelanjaan”. Dalam hal ini, ia merujuk kepada belanjawan kerajaan dalam tempoh setahun, iaitu sepanjang 2015.
Apa yang menarik kali ini ialah PM merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020. Beliau menyatakan, "Salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh dan hutang yang lebih kecil…”

Defisit dan hutang
Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut, eloklah dijelaskan dahulu perbezaan maksud defisit dan hutang.
Defisit bermaksud kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan (baca: cukai yang dikutip). Hutang pula ialah jumlah pinjaman kerajaan daripada pihak lain bagi menampung belanjawan. Defisit ditunjuk dalam belanjawan setiap tahun tetapi hutang meliputi jumlah defisit terkumpul daripada tahun-tahun sebelumnya.
Sejak 1970 hingga 2014, Malaysia mengamalkan belanjawan defisit sebanyak 43 kali, dan ia meningkat secara ketara sejak 2005. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara meningkat daripada 36.0% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.6% KDNK pada 2013.
Dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2014/2015, dinyatakan hutang domestik negara, sehingga akhir Jun 2014, berada pada kadar RM552.652 billion, sementara hutang luar negeri bagi jangka masa panjang, sederhana dan pendek, sehingga tempoh yang sama, berada pada kadar RM335.572 billion (termasuk hutang swasta).
Sejak 2010, faedah yang dikenakan terhadap pinjaman bersih dalam dan luar negeri berjumlah antara RM15 billion hingga RM22 billion setahun. Kerajaan menjangkakan defisit pada kadar 3.5 peratus bagi 2014 dan menurun pada kadar 3.0 peratus bagi 2015. Persoalan yang wajar ditanyakan ialah berapa banyakkah faedah yang perlu dibayar sepanjang 43 kali belanjawan defisit ini?
Untuk rekod, kerajaan persekutuan belum pernah gagal mengemukakan belanjawan tambahan sejak dipimpin Datuk Sri Najib.
Perbelanjaan kerajaan

Tahniah dan terima kasih Tamrin

Oleh MAJDAN DAGANG
DATUK Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar menghantar surat keluar PAS pada 15 Oktober 2014 setelah menyertai parti ini pada tahun 2012. Seperti selalunya, PAS tidak akan memujuk mana-mana tokoh untuk menyertai partinya dan tidak menghalang jika mana-mana ahlinya atau pemimpinnya yang ingin keluar.

Saya tidak begitu kenal dengan Tamrin dan hanya sekali sempat bersamanya ketika kami sama-sama melakukan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub yang baru dilantik menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Subuh pada hari yang sama kami menaiki satu kereta ke Masjid Pulau Melaka dan selepas berjumpa dengan TG Nik Aziz kami kembali ke hotel. Sambil bersarapan kami berbual-bual kosong dan tidak menyentuh pun soal politik semasa. Usai bersarapan kami melakukan kunjungan hormat ke pejabat menteri besar yang baru.

Dengan Almarhum bapanya, Tun Ghafar saya juga hanya sempat sekali membuat wawancara khas untuk dimuatkan dalam sebuah majalah. Ketika itu Tun tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri. Banyak perkara yang dilontarkan oleh Almarhum Tun Ghafar dan lebih daripada separuh wawancara itu tidak boleh disiarkan kerana banyak perkara “off record”!

Berbalik kepada Tamrin, beliau tidak menyatakan sebab-sebab keluar daripada PAS. Namun tindakannya saya sifatkan lebih baik daripada sesetengah ahli PAS yang lain.

Tamrin keluar daripada Umno apabila berasa parti itu sudah tidak serasi dengan dirinya. Adalah lebih baik dia keluar dan boleh mengkritik Umno secara terbuka sama ada dipentas ceramah mahupun di forum.

Seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir yang pernah keluar Umno ketika zaman Tun Abdullah menjadi PM.

Bukan tidak boleh mengkritik Umno dan pimpinannya ketika masih dalam parti, tetapi mestilah ada adab dan salurannya. Berbeza jika sudah keluar, segala penyelewangan dan salah laku boleh didedah dengan lebih terbuka.

Begitu juga apabila Tamrin berasakan PAS sudah tidak serasi dengan dirinya, maka beliau bertindak keluar PAS.

Tamrin tidak menggunakan forum atau ceramah parti lawan untuk memburuk, menghentam dan mengkritik perjalanan PAS ketika masih ahli parti.

Beliau tidak menubuhkan parti dalam parti untuk memecah-belahkan PAS dari dalam. Tamrin mungkin sudah mengkritik PAS sebelum ini mengikut saluran yang sepatutnya, namun jika sudah tidak serasi, jalan terbaik ialah keluar sahaja.

Adakah KJ Masih Pengagum Anwar Ibrahim?

Semalam, 15 Oktober, Khairy Jamaluddin bertemu dengan sekumpulan pengundi muda dalam sebuah forum bertajuk "Evolusi Politik Anak Muda Malaysia : Dulu, Kini dan Akan Datang di Kelana Jaya, Selangor.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO, Pengerusi BN dan Menteri Belia dan Sukan, tiada yang istimewa dan luar biasanya program itu kerana ia masih dalam ruang lingkup tugas dan jawatan yang disandangnya sekarang ini.

Tetapi yang membezakannya ialah penampilannya kali ini. KJ dalam forum ini tampil santai dan bercakap secara langsung tanpa menggunakan rostrum yang menjadi amalan biasa mana-mana pemimpin sebelum ini. Beliau kali ini hanya berdiri di atas pentas dengan memegang mikrofon saja.

Jika kita masih ingat, penampilan seumpama itu pernah dipopularkan oleh Anwar Ibrahim semasa kempen PRU 13 yang lalu. Dalam banyak kempennya dan untuk membezakan beliau dengan cara kempen pemimpin UMNO dan BN, penampilan berucap tanpa rostrum itu mendapat pujian ramai, selain menjadikan audiens juga rasa lebih selesa.

Sejak Anwar mempopularkan gaya itu, ramai lagi pemimpin PR yang kerap berbuat demikian, termasuk Lim Kit Siang dan Nurul Izzah Anwar. Tetapi tidak pernah ada pemimpin UMNO dan kerajaan cuba meniru cara Anwar itu, melainkan KJ.

Anwar pula dipercayai mencedok idea itu daripada Barack Obama yang melakukannya ketika kempen merebut jawatan Presiden Amerika, beberapa tahun lalu.

Ku Li: Kaji semula OSA, Akta Prosedur Kewangan

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula bagi menangani masalah rasuah di negara ini.

Tokoh Umno itu juga berkata Akta Prosedur Kewangan 1957 juga perlu dikaji semula memandangkan akta tersebut memberikan kuasa mutlak kepada menteri kewangan.

"Saya minta supaya semak semula kerana OSA ada menyembunyikan ribuan dosa. Kalau benda itu melibatkan pembiayaan rasuah, saya rasa sesiapa boleh dedahkan.

"Kalau pendedahan tak betul, boleh dakwa. Janganlah segala-galanya mesti dirahsiakan.

"Saya tak marah kerajaan tapi ini adalah kelemahan yang ada dalam sistem kita, kerana kita salah guna kuasa yang ada. Saya tahu akta ini (Akta Prosedur Kewangan) kerana saya gunakan kuasa ini semasa saya di Kementerian Kewangan dulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada forum 'Barah Ali Baba Di Bumi Malaysia' di Kuala Lumpur hari ini.

MP Gua Musang lebih kenali sebagai Ku Li berkata beliau pernah menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, mengetahui bahawa wujudnya kelemahan dalam sistem kewangan negara.

Masalah rasuah, kewangan

Kita tahu syarikat mana jadi Ali Baba - Ku Li

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa terdapat syarikat Melayu yang didalangi orang lain, bukan sahaja tidak dikenakan tindakan akan tetapi anehnya ia diberi keistimewaan pula oleh kerajaan.

Bekas menteri kewangan itu berkata, hal ini berlaku kerana terdapat pihak yang berkepentingan didalamnya sehingga undang-undang sedia ada tidak dilaksanakan dengan konsisten.

Ujar beliau, isu Ali Baba ini berkait rapat dengan kronisme yang menyebabkan ianya menjadi lebih sukar untuk dihapuskan.

"Apa pun tafsirannya, intipati atau pengertian sebenar (‘substance’) kronisme dan Ali Baba mempunyai banyak persamaan.

"Malahan, kewujudan kedua-kedua konsep ini hampir seperti pasangan yang saling melengkapi, dan pada hemat saya, kedua-duanya tidak baik, merosak dan merugikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Barah Ali Baba di bumi Malaysia' di Forum Anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, di International Institute of Islamic Thought & Civilisation pagi ini.

Menurut beliau, dalam menangani isu Ali Baba ini, kebijakan dan iltizam yang kuat diperlukan di peringkat atasan dan agensi pelaksana.

"Walaupun agak terlewat, mungkin kita perlu untuk menggubal undang-undang yang secara spesifik akan membolehkan pelaku yang menyumbang kepada gejala Ali Baba ini di ambil tindakan.

"Tetapi, seperti dasar-dasar lain sebelumnya, undang-undang tanpa pelaksanaan yang konsisten, tegas dan tanpa prejudis tidak akan membawa kita ke mana-mana," katanya.

OSA banyak dosa

Bercakap pada sidang media selepas itu, Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula bagi menangani masalah rasuah di negara ini.

'Tak wajar laksana GST jika mahu bayar hutang k'jaan Umno@Bn'

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan tidak sewajarnya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya ia semata-mata untuk membayar hutang yang ditanggung kerajaan.

"Masalah cukai ini, bukan kita boleh buat keputusan dengan mudah kerana dia menyentuh poket setiap seorang, kemampuan setiap seorang. Jadi kalaulah tujuan kita perkenalkan GST kerana nak kumpul duit, kerana nak mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan, itu salah.

"Tetapi kalau kita perkenalkan GST kerana semata-mata kerana nak mengenakan setiap orang rakyat di Malaysia yang berkemampuan supaya menyumbang kepada pembangunan tanah air saya rasa bagus kerana bukan semua orang di Malaysia ini menyumbang.

"Pokoknya, patut ke kita kenakan GST kerana dalam keadaan sekarang kos hidup meningkat? Bila perkenalkan cukai baru, banyak orang marah, tak senang hati," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi ucaptama di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, anggota parlimen Gua Musang itu turut mempersoalkan sama ada April tahun depan merupakan masa yang sesuai untuk mengenakan cukai tersebut.

Malah, tokoh Umno yang mesra dipanggil Ku Li itu turut menyuarakan rasa kebimbangan orang ramai sekiranya jumlah cukai sebanyak enam peratus itu akan dinaikkan lagi selepas ini.

"Pada April nanti akan dikenakan sebanyak enam peratus. Tetapi entah berapa banyak yang akan dikenakan selepas itu. Itu ramai yang khuatir sebab yang naik tidak semestinya turun. Dia akan naik lagi. Itu yang orang bimbang," katanya.

CGT cukai baru, bukan pengganti

Azmin: Is Sungai Pahang extremely polluted?

MP DAP Seputeh Bahas Bajet 2015

MP PKR Gombak Bahas Bajet 2015

Penggulungan Kutuk Serangan Israel Ke Atas Palestin | YB Ustaz Nassuruddin Daud

Bukti 12 Billion - BN Tak Serius Bela Rakyat

Majlis Peguam serah memo sokong ikrar Najib masuh akta

Dewan gamat, Noh dakwa Azmin jadi MB atas linangan air mata

Peguam berarak bantah Akta Hasutan

GAP mahu semarak roh kemerdekaan, hapus gejala perkauman

Mujahid: GAP to give moderates a voice to fight racism

MP questions RM4bln loan to 1MDB linked company

MP: Kenderan asing di sempadan dapat subsidi petrol

'Give Pan Borneo Highway contract to Sabah bumis'

MP PKR Gopeng Bahas Bajet 2015

ISIS Pengganas atau ...?: perjuangan ISIS tidak perlu di Malaysia [3/4]

ISIS Pengganas atau ...?: ISIS simtom seperti Al-Qaeda, Taliban. Puncanya? [2/4]

ISIS Pengganas atau ...?: penindasan, ketidakpedulian rejim elitis faktor konflik [1/4

Pembentangan Bajet Kelantan 2015 oleh YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob

'It's a good budget, but what about corruption?'

PKR: tiada sebab harga kenderaan tinggi dengan pemotongan subsidi

Hisham: I won't protect my brother if he's wrong

Ku Li: Review Finance Minister's 'absolute power'

Ku Li: OSA conceals thousands of sins

Belanjawan PR 2015: sistem percukaian harus progresif untuk menguntungkan negara, rakyat [5/5]

Belanjawan PR 2015: PR garap isu peralihan status negara berpendapatan tinggi [4/5]

Belanjawan PR 2015: kutipan cukai, duti kenderaan RM17.3 bilion, subsidi hanya RM13.7 bilion [3/5]

Belanjawan PR 2015: CGT distruktur supaya golongan tidak kaya mampu bersaing dalam pasaran [2/5]

Belanjawan PR 2015: Fokus perbetul 4 isu kepincangan, 4 isu mendesak [1/5]


Nanti Orang Kaya Lari Jika Cukai Banyak2 Ke Atas Mereka kata Ahmad Maslan



Bercakap semasa wawancara mengenai Bajet 2015 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi, ahli Parlimen Pontian itu berkata, cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengenakan Cukai Warisan Harta sebagai tidak masuk akal.

"Berapa banyak cukai yang hendak dikenakan kepada orang kaya? Cukai SST mahu dikenakan, cukai syarikat, cukai CGT dan apabila mereka mati pun mereka masih perlu membayar cukai iaitu cukai warisan harta.

"Jadi apa yang tinggal untuk mereka dan apa nak diberi pada anak mereka? Kita tidak mahu sekiranya dikenakan terlalu banyak cukai maka akan menyebabkan golongan kaya keluar dari negara," katanya.


Beliau mengulas cadangan Belanjawan PR yang mahu memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) dan Cukai Warisan Harta sebagai alternatif kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad turut menolak dakwaan PR iaitu tiada masalah bagi negara mengenakan dua cukai tersebut kerana ia banyak diamalkan di negara maju.

Beliau berkata, dua cukai dicadangkan PR hanya boleh dilaksanakan di negara maju dan bukannya Malaysia yang masih belum mencapai status tersebut.

"Kena ingat kita bukan negara maju tapi kita menuju negara maju," katanya.


MP PAS Kota Bharu Bahas Bajet 2015

Dewan Rakyat 16 Okt. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Peguam, Media & Ahli Parlimen bergabung jalan 1km bantah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR 16 OKT: Lebih 600 peguam hari ini bersut hitam berarak kira-kira satu kilometer menuju ke Parlimen mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan.
jalanPerarakan yang digelar ‘Perarakan untuk Keamanan dan Kebebasan 2014′ bermula peserta mula berkumpul sejak jam 10.00 pagi tadi.
Ia dianjurkan Badan Peguam Malaysia turut mendapat sokongan persatuan dan badan peguam dari luar negara.
Turut bersama mereka termasuk Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang juga pengamal undang-undang yang turun dari Dewan Rakyat untuk menyatakan solidariti kepada perjuangan memansuhkan akta itu.
Mereka membawa plakad antaranya bertulis “Mansuh Akta Hasutan”, “Senyap tidak akan melindungi anda” dan “Harmoni, hormat menghormati perpaduan”.
Selain peguam, turut bersama dalam perarakan itu, kumpulan pengamal media yang tidak mahu akta itu disalah guna untuk menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media.

'Tinggal 3 solat Jumaat berturutan boleh dipenjara'

Exco Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata lelaki Islam yang berakal baligh yang dikesan meninggal solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut di negeri itu boleh dihukum penjara sehingga setahun.

Katanya, mereka yang tiada alasan munasabah meninggal solat itu boleh didakwa mengikut Seksyen 104 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun, lapor Berita Harian hari ini.

"Hari Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan sekali seminggu.

"Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu," kata exco pembangunan Islam, dakwah dan hubungan seranta Kelantan itu seperti dilapor akhbar tersebut.

Beliau menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) dalam sidang DUN Kelantan berhubung tindakan kerajaan negeri terhadap remaja yang lalai menunaikan solat fardu dan Jumaat.


Kenapa Najib dan Mahathir tak disiasat?

Mengapa masih tidak menyiasat Najib dan Mahathir, walaupun Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng telah membuat laporan polis berbeza terhadap mereka tiga minggu lalu?

Najib-Mahathir-300x202PETALING JAYA: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hanyalah pandai bersandiwara bagi menunjukkan pihak polis akan berlaku adil dengan menyiasat siapa sahaja yang didapati bersalah.
Katanya, sehingga kini pihak polis belum lagi membuat sebarang siasatan terhadap dua pemimpin besar negara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah Akta Hasutan.
“Bolehkah polis beri jawapan, mengapa masih tidak menyiasat Najib dan Mahathir, walaupun Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng telah membuat laporan polis berbeza terhadap mereka tiga minggu lalu,” katanya.
Kit Siang berkata, semalam Khalid telah menjelaskan pihak polis telah mengambil keterangan terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di bawah Akta Hasutan. Menurut Kit Siang ini hanyalah sandiwara semata-mata.
“Waktu pengumuman Khalid juga mencurigakan, menjelang ‘Solidarity Walk’ anjuran Majlis Peguam bagi membantah siri dakwaan Akta Hasutan yang berlaku,” katanya.
“Pengumuman Khalid itu hanyalah menjadi ejekan kepada ‘sumpah’ Zahid itu,” ujarnya menerusi laporan lidah rasmi DAP Roketkini.
Sebelum ini Zahid berkata pihaknya menyerahkan kepercayaan penuh kepada polis untuk menyiasat menteri yang menjaga polis.
Jelas Kit Siang jika polis benar-benar berlaku adil, siasatan juga perlu dibuat ke atas Najib dan Mahathir kerana laporan turut dibuat ke atas mereka.
Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh telah membuat laporan polis terhadap Zahid yang membuat fitnah jahat, kononnya DAP membaling batu kepada kereta Tengku Mahkota Perak ketika kemelut rampasan kuasa BN di negeri itu pada tahun 2009 pada 23 September lepas.

Peguam, wartawan berarak ke Parlimen bantah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Lebih 600 peguam dengan lengkap berpakaian sut hitam akan berarak menuju ke bangunan parlimen hari ini bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Perarakan yang dinamakan Berarak untuk Keamanan dan Kebebasan itu dianjurkan Badan Peguam Malaysia dengan mendapat sokongan persatuan dan badan peguam dari luar negara.

Mereka mula berkumpul tempat letak kereta Padang Merbok kira-kira jam 9.30 pagi dan akan berarak menuju ke bangunan parlimen yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tempat itu.

Turut besama mereka termasuk Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang juga pengamal undang-undang yang turun dari Dewan Rakyat untuk menyatakan solidariti kepada perjuangan memansuhkan akta itu.
Mereka turut membawa plakad antaranya bertulis "Mansuh Akta Hasutan", "Senyap tidak akan melindungi anda" dan "Harmoni, hormat menghormati perpaduan".

Selain peguam, turut bersama dalam perarakan itu, kumpulan pengamal media yang tidak mahu akta itu disalah guna untuk menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media.

BN hanya berikan ‘tahi gigi’ kepada wanita

Barisan Nasional (BN) telah memerintah lebih daripada 50 tahun, namun ruang sebanyak 30 peratus terhadap wanita tidak mampu dicapai sehingga kini.

zuraida-kamarudin(m)KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan pihak kerajaan yang memberikan ruang yang sempit kepada wanita dalam pentadbiran negara, ibarat hanya ‘tahi gigi’.
Menurutnya, Barisan Nasional (BN) telah memerintah lebih daripada 50 tahun, namun ruang sebanyak 30 peratus terhadap wanita tidak mampu dicapai sehingga kini.
Hujah Zuraida itu walaubagaimanapun disanggah oleh Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang menyifatkan hujah Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai parti yang hanya pandai bercakap.
“Saya seronok dengar Ampang bercakap berkenaan perjuangan untuk memartabatkan wanita. Saya cukup setuju, tetapi Ampang tengok dalam PKR Presiden sendiri tidak diberikan tempat sebetulnya. Ini menunjukkan parti Ampang tidak berikan tempat untuk wanita,” katanya.
Walau bagaimanapun, Zuraida turut membidas hujah Shamsul itu dengan menyatakan bahawa beliau sedih kerana setiap kali sidang Parlimen, isu yang sama di bawa oleh MP BN.
“Saya sedih, kerana setiap kali Parlimen, soalan yang sama dibangkitkan iaitu soal Presiden. Basi betullah Lenggong ni,” katanya.

GST adalah ‘Government Suka Tipu’


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong memberi maksud baru kepada GST iaitu ‘Goverment Suka Tipu’.
Dakwaan oleh Dr Tan ini berikutan ketidaksetujuaan parti pembangkang dalam pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 2015.
ros“Saya bukan pakar ekonomi, senario kerajaan suka tipu ini sebelum cadangan pelaksanaan GST lagi,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Tambah beliau, apa yang ingin dinyatakan oleh Pakatan Rakyat adalah rakyat tidak perlukan GST tapi mahu cadangan Cukai Keuntungan Modal (CGT) dilaksanakan.
“Kita tak perlu GST sekiranya ada pentadbiran kerajaan yang telus.
“Telus ini adalah seperti bebas daripada kronisme dan kurangkan rasuah,” jelasnya.
Katanya lagi, beliau mendakwa tidak kira ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat sering ditipu.
“Misalnya penyalahgunaan Petronas selama pemerintahan UMNO,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata beliau tidak mahu kerajaan yang diperintah oleh kerajaan yang mengenakan kronisme kepada rakyat.
“Rakyat tidak perlu GST, rasuah, harga minyak naik dan kronisme,” katanya.

MP Pakatan cadang kem PLKN dipisah ikut jantina

Seorang MP PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dipisahkan mengikut jantina.

MP Ampang itu member alasan, ia bagi mengelakkan pergaulan bebas di antara pelatih lelaki dan perempuan serta mengelakkan kes jenayah rogol dan pencabulan.

Cadangan itu diajukannya kepada Kementerian Pertahanan sewaktu giliran beliau membahaskan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat petang semalam.

"Saya cadangkan agar ada pemisahan antara latihan peserta wanita dengan peserta lelaki.

"Kita ada banyak kem. Kenapa tidak dua atau tiga daripadanya disediakan khas untuk pelatih wanita.

"Ia agar tidak ada campur gaul yang sangat tidak terkawal dan (mengelakkan) kes rogol and kes cabul yang telah berlaku," kata ketua wanita PKR itu.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menyokong agar program PLKN disemak semula untuk menjadikannya lebih khusus pada usaha membina jati diri dan patriotisme.

Peguam berkumpul untuk berarak bantah Akta Hasutan

Kira-kira 600 peserta - sebahagian besarnya peguam - berkumpul di Padang Merbok, Kuala Lumpur setakat ini untuk berarak membantah Akta Hasutan.

Mereka dilihat berlegar-legar di padang tersebut sejak seawal jam 9.30, iaitu satu jam lebih awal daripada masa yang dijadualkan untuk bantahan bermula.

Antara yang hadir ialah Presiden Majlis, Christopher Leong, yang
kelihatan menyambut ketibaan para peserta, dan bekas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga; Setiausaha Agung PSM, S Arulchelvan dan ahli Parlimen pembangkang - Teo Nie Ching, Nga Kor Ming, dan Gobind Singh Deo.

Kumpulan itu dijadual berarak ke Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari situ, untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan.

Cuaca terik 30 darjah Celsius dengan sedikit tiupan angin dan awan yang bertaburan.

Bagaimanapun, kebanyakan peguam yang hadir memakai kot masing-masing.

Jika Bagi BRIM Penuh Rakyat Mungkin Beli Iphone 6 - Ahmad Maslan


Sambil menayangkan iPhone 6 barunya kepada kakitangan awam hari ini, Datuk Ahmad Maslan menerangkan pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibayar secara ansuran supaya ia tidak disalahgunakan untuk membeli barangan mewah seperti itu.

BR1M dinaikkan dari RM450 ke RM750 dan dari RM650 ke RM950 bagi isi rumah berpendapatan rendah dalam kategori berbeza mulai tahun depan, dan akan diberi secara ansuran, dan bukan sekaligus seperti sebelum ini.



"Kalau diberi sekaligus RM950, dan bukannya tiga kali ansuran pada Januari, Mei dan September, mungkin kita boleh lihat rakyat mula membeli telefon bimbit baru seperti iPhone 6," katanya.


Kerana beliau Anwar Ibrahim

Arief Imran Mohd Khairi

 2 September 2004, tarikh keramat yang pasti ramai masih ingat kerana ketika itu seorang insan berjaya yang menggegarkan Malaysia dengan membawa gelombang reformasi dibebaskan. Pak Syeikh, Pak Anwar, Datuk Seri, dan Abang Anwar segala nama panggilan yang diberi oleh sahabat karib, teman politik, termasuk ahli keluarga terhadap beliau.
Siapa sangka, Pak Ibrahim dan Che Yan ibu dan bapa kepada Anwar yang berjaya melahirkan seorang negarawan yang berjaya merubah landskap politik negara.
 Siapa sangka nama Anwar menjadi sebutan dari zaman beliau di peringkat mahasiswa, kedai-kedai kopi, akhbar-akhbar politik baik di dalam dan luar negara. Siapa yang sangka dari seorang timbalan perdana menteri menjadi banduan di penjara. Dan akhir sekali siapa yang sangka beliau mampu menyatukan DAP dan PAS dibawah bahtera yang sama di mana beliau menjadi nakhoda yang membawa panji Pakatan Rakyat. Dari demonstrasi Baling sehingga memegang tampuk sebagai orang nombor dua negara, pencapaian dan sumbangan beliau amatlah luar biasa.
Harus juga kita akui, seiring dengan perjuangan beliau yang menjunjung prinsip demokrasi, beliau juga turut membawa gagasan masyarakat madani sebagai tunjang. “Tunjang kepada demokrasi dan masyarakat madani ialah konsep karamah insaniah”, petikan daripada buku Gelombang Kebangkitan Asia yang ditulis beliau.
Sebuah konsep yang membawa maksud kemuliaan darjat manusia dari sudut akalnya dan rohaninya. Sebuah gagasan yang berlandaskan akhlak dan pemerintahan yang mengikut hukum. Hari ini beliau membawa landskap politik Malaysia ke tahap seterusnya.
Siapa sangka hasil kesepakatan Pakatan Rakyat hasil bersama ketiga-tiga buah parti kompenen pembangkang utama di Malaysia bersatu dan berjaya menawan beberapa buah negeri dan berjaya menidakkan penguasaan 2/3 majoriti Barisan Nasional. Beliau diuji, dihina, dimalukan dan dipenjara tetapi roh beliau tetap terus berjuang.

Najib, ke mana perginya wang saya?

Ganeshwaran Kana


Bajet 2015 yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada segenap masyarakat. Malah, Bajet terbaru itu turut mendapat kritikan daripada tokoh ekonomi Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam.
Soalan paling utama yang dipersoalkan ramai, adakah bajet ini benar-benar mesra rakyat?
Nilai Bajet 2015 berjumlah RM273.94 billion, meningkat RM9.74 billion berbanding tahun sebelumnya. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, emolumen atau gaji penjawat awam merupakan komponen terbesar dalam peruntukan Bajet 2015, di mana peruntukan emolumen dianggarkan RM65.6 billion.

Ini adalah suatu peningkatan yang besar, terutamanya jika dibandingkan dengan tahun 2013 yang hanya mencecah RM61 bilion. Adakah peningkatan peruntukan emolumen relevan sedangkan kerajaan sedang giat mengawal defisit kerajaan?
Hapuskan jawatan Duta Khas
Kalau sesiapa bertanya saya tentang bidang yang menjanjikan wang sehingga tua, sudah semestinya saya sarankan bidang politik (yang berkait dengan parti memerintah).
Mana tidaknya, walaupun sudah bersara daripada tampuk parti politik atau tidak mendapat jawatan dalam parti, pastinya jawatan lain yang menjanjikan wang lumayan akan diberikan.
Dalam beberapa tahun lepas, Najib mewujudkan jawatan “Duta Khas” untuk beberapa kawasan.
Datuk Seri Samy Velu (bekas Presiden MIC yang terkenal dengan Bahasa Melayunya yang “fasih”) dijadikan Duta Khas ke India Selatan untuk Infrastruktur. Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting dijadikan Duta Khas ke China. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis pula adalah Duta Khas ke Amerika Syarikat. Tidak ketinggalan, Datuk Seri Tiong King Sin sebagai Duta Khas ke Asia Timur.
Para pembaca perlu tahu negara-negara seperti India, China, Amerika Syarikat dan Jepun sudah lama mempunyai duta dan diplomat lain dari Malaysia untuk mewakili negara kita di sana.
Justeru, pembentukan jawatan Duta Khas ini dilihat tidak penting dan hanya membazir wang rakyat. Namun, Najib mungkin akan membantah kenyataan ini dengan mengatakan Duta Khas dilantik untuk membawa masuk peluang pelaburan dan sebagainya.
Misalnya, Samy Velu mempunyai hubungan baik dengan India kerana berjaya membawa syarikat Malaysia untuk membangunkan infrastruktur di sana ketika beliau menjadi Menteri Kerja Raya. Jadi, beliaulah yang paling sesuai.
Bagi saya, idea ini langsung tidak munasabah. Ya, kejayaan Samy Velu membawa syarikat Malaysia melabur di India dahulu perlu dibanggakan tetapi, apakah yang sedang Menteri Kerja Raya sekarang, Dato Fadhillah Yusuf buat?
Tidak mampukah beliau meneruskan legasi atau mencapai pencapaian yang lebih baik? Kalau tidak, kenapa perlu dikekalkan?
Begitu juga dengan semua Duta Khas lain. Sepatutnya, jika menteri dan duta kita yang sedia ada melakukan tugas dengan sempurna, jawatan Duta Khas tidak relevan langsung.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya begitu menekan untuk jawatan ini dihapuskan.
Ini disebabkan setiap Duta Khas dibayar dengan amaun sehingga RM27,000 sebagai gaji sebulan. Ini lebih besar daripada gaji bersih perdana menteri! Dan barangkali, ada juga imbuhan lain.
Andai jawatan Duta Khas dihapuskan, nescaya amaun emolumen negara yang tinggi boleh dikurangkan.
Hapuskan jawatan Penasihat Khas Perdana Menteri

Selepas 6 tahun, kumpulan Melayu hanya ‘serang’ negeri Pakatan Pulau Pinang

Presiden Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin.
Tidak berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR) lain kecuali Pulau Pinang, selepas 6 tahun tsunami politik 2008, kumpulan Melayu masih lagi mengadakan protes terhadap kerajaan negeri berhubung kebajikan mereka.Tanpa menyatakan DAP dan sekutunya hanya memerintah Pulau Pinang sejak 2008, protes “ganas” diteruskan menentang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, serangan terhadap demonstrasi aman dan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini atas nama hak dan kebajikan Melayu.
Terdapat syak wasangka berhubung siapa menaja atau menyusun kumpulan ini tetapi seorang daripada pemimpinnya berkata mereka bersatu kerana kebimbangan terhadap isu tempatan yang menjejaskan kebajikan dan kehidupan mereka.  Kebanyakan individu terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan bukanlah orang baru, sesetengahnya mempunyai reputasi buruk sebagai pengacau menganjurkan demonstrasi ganas dan menakut-nakutkan kumpulan yang berbeza garis perjuangan.

Kecewa cara pemimpin PAS kendali krisis punca Tamrin keluar parti

Kesabaran anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar sampai ke kemuncak apabila melihat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dikenakan tindakan disiplin semata-mata kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar.
Tamrin berkata, tindakan PAS yang menggantung keahlian Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad menghantar surat letak jawatan ke Ibu Pejabat PAS semalam. "Pada saya, tindakan PAS itu amat salah. Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).
"Tetapi PAS bertindak sebaliknya. Dua Adun ini mengambil keputusan menentukan PAS bersama PR, itu saja. Jadi apa salahnya?" katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP) di Kelab Sunway Lagoon di Petaling Jaya, malam tadi. Saari dan Hasnul pada 12 Oktober lalu dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan parti. Sepanjang tempoh penggantungan itu, mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti, namun masih diberi ruang merayu dalam tempoh 15 hari.
Tamrin berkata, bukan saja krisis Selangor tetapi beberapa pandangan mengenai isu lain juga pernah dikemukakannya kepada pemimpin PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak diambil perhatian. "Sebelum itu, masalah Pilihan Raya Umum (PRU) begitu juga.

Suara Pakatan tenggelam?

Oleh SELENA TAY
BERDASARKAN tinjauan rakyat oleh penulis ini, seramai 40 orang pengundi atas pagar yang telah diwawancara telah menyatakan rasa kekecewaan mereka dengan Pakatan Rakyat kerana Pakatan diam membatu mengenai banyak isu terkini.
Mereka berkata nampaknya agak ketara bahawa Pakatan tidak bersatu seperti zaman seterus selepas pilihan raya tahun 2008 apabila Pakatan mulamula dibentuk.

Kini kelihatan bahawa semangat kerjasama antara parti-parti komponen Pakatan adalah agak lembap. Juga tiada lagi sidang media di mana ketiga-tiga pemimpin tertinggi dari PAS, DAP dan KeADILan duduk bersama. Ini adalah satu petanda yang amat tidak baik.
Adakah ini bererti bahawa Pakatan Rakyat sudah retak menunggu belah?
Jika jawapannya ialah “ya” maka ramalan pihak musuh bahawa Pakatan adalah satu pakatan yang akan menemui kegagalan ialah satu ramalan dan hakikat yang tidak boleh dinafikan lagi.
Adakah pemimpin Pakatan faham dan akan mengambil langkah untuk membuktikan bahawa ramalan pihak musuh adalah salah?

GST: Yang dikejar tak dapat?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
Apakah pelaksanaan GST adalah sebagai meniru cukai nilai tambahan yang dilaksanakan di kebanyakan negara aju di mana taraf hidup dan pendapatan per kapita mereka jauh lebih tinggi daripada Malaysia.
SEJAK usul pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diumumkan oleh kerajaan Umno-BN setahun dua lalu, pelbagai pihak telah tampil menawarkan hujah masingmasing mengenai baik-buruknya cukai tersebut, impaknya kepada rakyat dan kesan bersih ke atas pungutan hasil kerajaan dalam sebutan sahih.

Di peringkat rakyat, usul GST mendapat tentangan hebat. Tetapi itu bukanlah sesuatu luar biasa. Dalam sesebuah negara membangun seperti Malaysia di mana ekonomi kebanyakan rakyat masih lagi tidak banyak berganjak daripada taraf ‘kais pagi makan pagi’ akibat sebahagian besar pendapatan harus dibelanjakan untuk membayar pelbagai cukai langsung dan tidak langsung, melangsaikan macammacam jenis denda dan surcaj, serta menyerap harga pelbagai komoditi pengguna yang kejap-kejap naik, dan terpaksa melayan faedah tinggi terhadap pelbagai pinjaman, maka apa pun bentuk cukai baru yang diusulkan, hatta pada kadar 0.1 peratus atau 10 sen sekalipun akan ditentang bebat. Justeru, GST tidak terkecuali.
Namun, jika kita menerima GST dalam nada positif, pertama kerana penghapusan cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan yang dikenakan kepada pengguna selama ini dan hasil tambahan daripada pungutan GST digunakan pula sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk mencipta projekprojek pembinaan dan pembangunan bagi diagihkan kepada para kroni dan juak-juak parti yang memerintah kerajaan, maka tidak sukar bagi rakyat mempersetujuinya.
Namun, sejarah telah memperlihatkan betapa ia tidak diperlakukan sedemikian.
Sebahagian besar daripada hasil kerajaan digunakan untuk belanja mengurus dan pembiayaan pembangunan yang lebih memberi manfaat langsung kepada kroni berbanding kepada rakyat. Malah kudrat rakyat digunakan dengan pelbagai cara menerusi pelbagai cukai dan pengurangan subsidi bagi menampung keperluan memberikan manfaat kepada kroni dan dalam pada itu menokok tabung parti bagi tujuan politik.

Berarak bantah Akta Hasutan 16hb Oktober

Berarak untuk Keamanan dan Kebebasan bagi membantah Akta Hasutan, anjuran Badan Peguam Malaysia 16hb Oktober turut mendapat sokongan badan-badan perundangan antarabangsa yang menulis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beberapa pemerhati antarabangsa dan diplomat asing juga telah membayangkan mereka akan hadir sebagai pemerhati di program tersebut, kata Presiden Badan Peguam Malaysia, Christopher Leong dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mereka persatuan dan badan peguam dari luar negara, seperti Lawasia, Persatuan Peguam Komanwel, Majlis Perundangan Australia dan ahli badan Peguam Jepun.

Leong (kanan) berkata Majlis Peguam juga mengambil maklum bahawa surat terbuka telah dihantar kepada Najib oleh pelbagai badan perundangan antarabangsa bagi menyokong acara tersebut.

Beliau berkata semua kenyataan dari badan-badan antarabangsa itu terdapat di laman web Badan Peguam Malaysia dan ia termasuk satu kenyataan sokongan dari Lawasia, surat dari Persatuan Peguam Komanwel, Badan Peguam Persekutuan Jerman, Persatuan Peguam Nepal dan Persatuan Peguam Sri Lanka.