Rabu, 15 Oktober 2014

MEMANG BIJAK menteri2 kat M'sia ini..


INILAH HAKIKAT WAJAH SEBENAR 'PEROMPAK' UMNO .!!



3 batu nautika berapa ikan dapat ditangkap - Exco Kelantan

KOTA BHARU: “Kalau benarlah perairan Kelantan hanya sekadar 3 batu nautika berapa ekor ikan yang mampu ditangkap nelayan-nelayan di negeri ini.

“Peliknya ada pemimpin Umno sebut perairan Kelantan hanya setakat 3 batu nautika punca tidak layak mendapat royalti minyak 5 peratus setahun.

“Tetapi apabila disebut nelayan di Kelantan boleh menangkap ikan sejauh 200 batu nautika di Laut China Selatan tidak ada pula orang bantah,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kelantan 2015 pada persidangan Dun hari ini beliau mempersoalkan mengapa kaedah ukuran perairan Kelantan hanya dihadkan setakat 3 batu nautika dalam konteks tuntutan royalti.

Sedangkan jarak perairan Kelantan bagi membolehkan nelayan keluar menangkap ikan sehingga 200 batu nautika.

Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Pengkalan Kubor 25 September lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan had perairan Kelantan dan negeri-negeri di Pantai Timur hanya setakat 3 batu nautika.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pemimpin kerajaan pusat mendahului mahkamah dengan merumuskan Kelantan tidak layak mendapat royalti 5 peratus.

Menurutnya juga kerajaan negeri tetap meneruskan tuntutan melalui mahkamah bagi mendapat royalti tersebut sejak 2010.

Kelantan tetap laksana hudud

 Mohd Nassuruddin Daud
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di negeri itu walaupun tidak dipersetujui oleh masyarakat bukan Islam.
  
Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata pelaksanaan undang-undang berkenaan hanya melibatkan hukuman terhadap umat Islam di negeri itu.
  
"Orang bukan Islam tidak boleh menentang hukum hudud ini kerana ia langsung tidak membabitkan mereka (bukan Islam)," katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Bajet 2015 kerajaan negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.
  
Ketika ditemui di luar dewan, Mohd Nassuruddin berkata pihaknya optimis undang-undang berkenaan dilaksanakan pada tahun hadapan.
  
"Kita dah tubuh jawatankuasa dan mendapat kerjasama daripada kerajaan pusat, insya-Allah kita doakan pada tahun 2015 hudud dapat direalisasikan.

"Jawatankuasa yang ditubuhkan dah dua kali mesyuarat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

PAS tidak halang sesiapa ingin keluar parti - Mustafa Ali

KUALA LUMPUR: PAS tidak menghalang mana-mana individu yang ingin keluar dari parti berkenaan atas dasar menghormati hak seseorang itu untuk berbuat demikian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan ia berbeza jika seseorang itu memohon untuk menyertai parti, yang mana memerlukan pertimbangan jawatankuasa pusat untuk menerima atau menolaknya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Datuk Tamrin Ghafar untuk keluar dari parti Islam itu, pagi tadi.

"Kita tidak boleh halang mana-mana yang hendak keluar parti.  Jika itu hasrat dia, kita terima. Tak boleh halang.

"Kalau nak masuk (sertai PAS), itu kena dipertimbangkan sama ada nak terima atau tidak. Perlu dibawa ke peringkat jawatankuasa kerja untuk memutuskannya. Itu lain. Tapi, kalau nak keluar, kita tak boleh halang," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mustafa yang kini tidak berada di Kuala Lumpur mengatakan bahawa beliau belum menerima surat daripada Tamrin.

Bagaimanapun, pegawai di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, telah memaklumkan kepada beliau berkenaan surat tersebut yang dihantar pembantu Tamrin pagi tadi.

Alkisah apabila Ahli Parlimen Umno tidak faham sindiran...

Oleh Ng Kee Seng
Malaysia tidak perlu melihat lebih jauh daripada Parlimen untuk mengesahkan kebijaksanaan Ahli Parlimen Umno tertentu. 
Walaupun cerita yang dikongsi di Facebook (FB) terdapat penafian bahawa ia hanya sindiran, mereka mengambil ia sebagai perkara sebenar, dan  Blogger Umno dilihat seolah-olah tidak memahami maksud sindiran dan mengamuk di ruang siber dengan cerita.

Lebih buruk lagi, Ahli Parlimen Umno yang dibangkitkan dalam Parlimen berfikir bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menjadi "panggang" untuk kononnya membeli sendiri kenderaan perisai RM2.3 juta. 
 
Apabila ditunjukkan kepada Ahli Parlimen bahawa dia telah salah, cerita sindiran untuk menjadi sebenar, Ahli Parlimen lebih bodoh berdiri untuk mencuba dan mempertahankan kesilapan dan kebodohan. 
 
Menurut laporan malaysiakini pada 13 Okt Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) telah diejek selepas dia dibangkitkan dakwaan pembelian Lim daripada Conquest Knight IV untuk RM2,2982,63.75, berdasarkan laporan sindiran diedarkan oleh penulis blog pro-Umno. 
 
Zahidi telah terganggu oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membahaskan ucapan bajet di Parlimen untuk menuduh Lim membeli kenderaan utiliti mewah. 
 
Walau bagaimanapun, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangun dan mentertawakan beliau, menunjukkan bahawa khabar angin itu disebarkan oleh pro-Umno dan kumpulan yang Zahidi nampaknya telah percaya propaganda parti sendiri itu. 

Hapuskan sekolah vernakular: Bersediakah kita?


oleh: Haris Zuan
PeperiksaanIsu sistem pendidikan di negara ini seringkali tengelam timbul bersama angin ribut dan ombak politik kepartian di negara ini. Seringkali apabila gabungan politik UMNO-Barisan Nasional goyah, maka tuntutan berkenaan sekolah vernakular, bahasa ibunda dan hak politik mula kedengaran.
Anehnya, isu ini kembali ditimbulkan oleh Mohamad Azli Mohemed Saad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara yang mendakwa SKJC, sekolah berasaskan bahasa ibunda, merupakan punca perkauman di negara, sedangkan beliau terlupa bahawa beliau mewakili parti berasaskan perkauman yang jauh lebih merosakkan.
Tambah aneh lagi apabila Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, berkata bahawa masyarakat negara ini tidak berhak untuk membuat tuntutan jika tidak menyokong Barisan Nasional. Nampaknya Perdana Menteri telah terkeliru antara kesetiaan terhadap negara dan parti politik.
Namun kenyataan bebal ini tidak terlalu aneh jika diperkirakan fakta bahawa sejak awal, Barisan Nasional tidak berminat untuk membincangkan sistem pendidikan negara ini dengan serius. Meskipun menyedari bahawa sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini merupakan penerusan kerangka ‘colonial knowledge’ – sistem pentadbiran kolonial yang mengkategorikan Melayu sebagai satu kaum homogen dan secara tidak langsung membina dikotomi antara Melayu-Bumiputera dengan bukan-Melayu Bumiputera yang terus diamalkan sehingga kini dalam pentadbiran, akademik dan sosial – Barisan Nasional bukan sahaja tidak pernah berniat untuk menyemak dan membugar sistem ini, malah meneruskan serta memperalatkannya sebagai senjata politik. Barisan Nasional tidak ikhlas apabila membincangkan persoalan integrasi nasional melalui sistem pendidikan.
Kelangsungan sebahagian konstruksi etnik dan perkauman bukan sahaja di peringkat epistemologi, malahan berubah kepada bentuk tindakan yang diinstitusikan dan berakar dalam amalan rasmi, birokrasi dan pembentukan dasar awam seperti bancian, akta tanah, sijil kelahiran, kad pengenalan, serta termasuklah sistem pendidikan negara ini.

‎Tambah BR1M khusus untuk wanita, kata PKR

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin selepas membantah pemberian wang tunai BR1M yang bersifat 'one-off' kini mengatakan wanita perlu diberikan BR1M untuk mendapatkan kuasa beli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.  
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin selepas membantah pemberian wang tunai BR1M yang bersifat 'one-off' kini mengatakan wanita perlu diberikan BR1M untuk mendapatkan kuasa beli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.

PKR hari ini mencadangkan agar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dilanjutkan khusus untuk wanita kerana kumpulan itu turut menyumbang kepada pembangunan negara, kata Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.
Ketua Wanita PKR itu berkata melalui pemberian BR1M kepada wanita, mereka juga akan menikmati kuasa beli.
"Wanita turut menyumbang kepada pembangunan negara, mereka perlu mempunyai kuasa beli.

"Jadi saya cadangkan supaya BR1M itu ditambah atau dibahagi dua kepada golongan wanita," katanya ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini. Zuraida sebelum itu mengkritik pemberian wang tunai secara "one-off" kepada rakyat berpendapatan rendah yang menurutnya bukan penyelesaian ekonomi jangka panjang.
Ekoran kenyataan bercanggah yang dikeluarkannya, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah dari Barisan Nasional (BN) kemudian bangun dan membidas Zuraida serta berkata pemimpin PKR itu turut menyokong BR1M.
"Ha, tengok tu... maknanya Yang Berhormat (YB) sokong BR1M," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2015 minggu lepas berkata keputusan itu dibuat mengambil kira peningkatan dalam kutipan hasil kerajaan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kemampuan kerajaan.

MP UMNO Sabah pertikai janji BN untuk bina sejuta rumah di Sabah

Bila kita tanya, macam-macam jawapan yang ada, sebab apa kita gagal, kerana semuanya berpusat.
projek-perumahanKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh mempersoalkan janji Kerajaan Barisan Nasional yang pernah berjanji untuk membina satu juta rumah dalam waktu lima tahun di Sabah.
Menurutnya, jika satu juta rumah dalam jangka masa setahun, ini bermakna setahun sebanyak 200,000 ribu rumah yang mahu dibina.
“Pada waktu itu, saya sendiri telah membuat pecah tanah di Felda Emas untuk rumah generasi kedua, tetapi sehingga sekarang, mana rumah yang dibina?” soalnya di dalam parlimen sewaktu sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen hari ini.
Katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO, apabila ditanya, bermacam-macam jawapan yang ada.
“Waktu diberi penerangan saya berpuas hati, tetapi bila lama kelamaan saya sudah tidak puas hati. Sebab itu saya bangkitkan di sini,” ujarnya.

MP PAS Pokok Sena - BN Lipis Bahas Bajet 2015

MP DAP Batu Gajah Bahas Bajet 2015

MP PKR Ampang Bahas Bajet 2015

MP PAS Pokok Sena - BN Kuala Selangor Bahas Bajet 2015

MP PAS Sepang - BN Kuala Selangor Bahas Bajet 2015

Mengkritik ulama tidak semestinya mengkritik agama Islam - Dr Asri

Tidak salah kritik ulama, dia pun manusia, yang kita tidak boleh kritik ialah apa yang Allah dan Rasul kata.
Dr Mohd Asri Zainul AbidinKUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata masa ini kebanyakan ahli politik menjadikan Islam sebagai senjata politik.
Menurut Dr Asri, sepatutnya Islam dijadikan panduan untuk memperbaiki politik dan bukannya dijadikan alat permainan untuk dijadikan sebagai hujah untuk berpolitik.
“Ini kerana saya lihat ada ahli politik daripada PAS dan Umno yang bergaduh dan selepas itu mengeluarkan dalil-dalil mereka.
“Saya tidak setuju nama Islam dieksploitasi dan digunakan untuk tujuan yang salah,” katanya ketika menyampaikan tazkirah di Parlimen.
Tambahnya, mengkritik ulama tidak semestinya mengkritik agama Islam.
“Kita perlu bezakan antara mengkritik ulama dan Islam.
“Tidak salah kritik ulama, dia pun manusia, yang kita tidak boleh kritik ialah apa yang Allah dan Rasul kata,” jelasnya.
Ujarnya, beliau menasihati kepada ahli politik supaya berhati-hati dalam menggunakan dalil ketika berpolitik.

Rafizi: BN naik harga petrol ganti GST

ron95SUBANG JAYA, 15 OKT: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan kerajaan pusat menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen pada 1 Oktober lalu adalah sebagai ‘ganti’ kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Beliau berkata, cadangan asal kerajaan adalah melaksanakan GST ke atas bahan bakar itu, namun terpaksa dibatalkan saat akhir ekoran kebimbangan terhadap kemarahan rakyat.
“Kita tahu bahawa Datuk Seri Najib Razak bercadang untuk melaksanakan GST ke atas petrol dan diesel, bahkan dalam taklimat secara tertutup memang senarai itu ada GST untuk petrol dan diesel. Umno hanya takut dengan satu perkara iaitu rakyat turun demonstrasi.
“Saya nampak, kita yakin Barisan Nasional (BN) takut untuk buat benda itu dan tidak boleh laksanakan GST, maka mereka naikkan harga bahan bakar 20 sen baru-baru ini,” katanya pada Forum Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) di Subang Jaya, semalam.
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menafikan dakwaan kerajaan pusat bahawa mereka terpaksa menanggung RM41 bilion untuk subsidi petrol di negara ini.
Katanya, kerajaan BN hanya membayar RM13.7 bilion sebagai subsidi kepada bahan bakar itu untuk tahun 2014 berdasarkan kira-kira yang dilakukan.
“Orang kampung percaya, orang kampung kesian pada Najib sebab banyak beliau bantu rakyat. Umno akan kata tanggungan berat sebab tiada yang akan kira jumlah itu tetapi kita pembangkang boleh pertikaikan angka itu.
“Mereka hanya suka pakai teori bahawa kita lagi rendah daripada negara lain,” katanya.

Royalti: Kelantan tubuh Jawatankuasa Khas Audit

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menubuh Jawatankuasa Khas Audit untuk membuat semakan berkaitan bayaran royalti oleh Petronas kepada Kelantan.

Penubuhan jawatankuasa itu diputuskan pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 3 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, jawatankuasa itu akan diurusetia Bahagian Audit Kerajaan Negeri.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan timbalannya anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu juga akan mengkaji berkaitan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) memandangkan ia dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Penubuhan akta itu dari segi perlembagaan negara memerlukan kajian terperinci dan bukan hanya semata-mata mahu menafikan hak-hak perairan milik kerajaan negeri,” katanya selepas persidangan Dun hari ini.

Bajet 2015: Harap tidak perlu lagi bajet tambahan

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) menegaskan agar tidak berlakukanya pertambahan bajet pada kali ini seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.

Bendaharinya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, PPM menjangkakan ianya akan dilakukan oleh kerajaan kerana kos akan meningkat terutama apabila perlaksanaan sistem cukai GST pada April tahun hadapan.

Ianya juga katanya, turut disuarakan dan dipesan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat di dewan rakyat termasuklah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff dalam ucapan perbahasannya tempoh hari.

"Peruntukan bajet yang agak tinggi (RM273.9 bilion) ini sewajarnya mencukupi untuk menampung pembelanjaan negara dari semua aspek selagi amalan korupsi dapat dibendung daripada ianya berlaku," katanya.

"Kami mengambil maklum bahawasanya penambahan peruntukan adalah salah satu cara untuk terus melicinkan perjalanan pentadbiran namun ianya bukanlah satu tindakan yang rasional selagi mana amalan pemborosan terus bermaharaja lela," tegasnya.

Di Sabah masih ada yang ‘buang air’ dalam lubang digali sendiri kata MP BN


Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (gambar) dari Barisan Nasional (BN) melihat Putrajaya seolah-olah menganak tirikan negeri Malaysia Timur itu, ekoran masih ramai penduduk di negeri berkenaan hidup dalam kemiskinan.
Ghapur berkata, tahap kemiskinan begitu teruk bagi penduduk di Sabah kerana mereka masih lagi hidup menggunakan bekalan elektrik yang dijana generator dan membuang air di dalam lubang yang digali sendiri. "Dahulu gangguan elektrik di Kuala Lumpur dua jam, satu dunia, CNN pun keluar (berita), putus bekalan elektrik dan peniaga-peniaga besar buat aduan.
"Di Sabah, lima kali, tiga kali (sehari) kadang-kala kalau macam kita yang ada pendapatan pakai generator, tetapi saya pun pakai generator," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
"Kalau kata peruntukan tidak ada, itu bukan jawapan! Merdeka 51 tahun sepatutnya tidak ada perkara ini," katanya. "Lima puluh satu tahun kita merdeka, tetapi nampak kita di Sabah ini macam dianak tirikan. Apa jadi kalau kita jadi anak tiri?" soalnya. Ghapur turut menegur sikap kerajaan yang membawa kontraktor dari Semenanjung ke Sabah untuk projek pembangunan sedangkan penduduk negeri berkenaan turut mempunyai kontraktor yang berkelayakan.

Isu Sabah: Dengar dulu jangan ancam, kata MP BN

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) menggesa kerajaan supaya tidak mengancam pihak yang meniupkan sentimen untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Sebaliknya, beliau menyarankan kerajaan mendengar dahulu masalah yang dicetuskan oleh kumpulan intelektual yang mendakwa wujud ketidakadilan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

"Di Sabah kebelakangan ini kita nampak, dengar dan baca ada kumpulan-kumpulan intelektual yang terpelajar - mereka ini bercadang meminta Sabah keluar dari Malaysia.

"Ini kita tak boleh pandang ringan Datuk Speaker kerana mereka ini intelektual.

"Mungkin ada perkara-perkara yang mereka fikirkan Sabah tidak dapat - tidak ada pembahagian sama rata di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Jadi kita nampak pemimpin, menteri datang mereka ini mengancam untuk mengambil tindakan.

"Ini cara dahulu, kita sudah maju kita tak mahu ancaman. Kita mahu kerajaan Persekutuan mendengar masalah mereka ini.

"Kita tak mahu apa yang disuarakan semuanya salah, dengar dahulu," kata Abdul Ghapur di Dewan Rakyat hari ini.

MP BN tak puas hati syarikat 'rompak' projek lebuh raya



Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) tidak berpuas hati apabila kontrak lebuh raya merentasi Borneo, Pan Borneo Highway di Sabah didakwa diuruskan syarikat-syarikat dari Semenanjung.

Dua syarikat yang dimaksudkan itu adalah UEM dan MMC yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Syed Mokhtar Albukhary.

Menurutnya, senario itu menyebabkan surat layang mendakwa 'Umno merompak' diedarkan kepada orang ramai.

"Di Sarawak, (kontrak) diberi kepada syarikat dari Sarawak," katanya.

"Walhal di Sabah, bukan saya reka-reka, ada surat menyatakan Umno rompak lagi.

"UEM, MMC adalah syarikat Umno yang diketuai (Tan Sri) Syed Mokhtar Albukhary ambil alih semua jalan raya di Sabah," katanya .

TAHUKAH ANDA... Subsidi rakyat adalah POLISI BODOH !!! - kata menteri CGPA 3.85....


Dua cukai cadangan pembangkang akan membebankan golongan kaya kata Ahmad Maslan

Kerajaan Negeri salur bantuan RM1 juta bantu peniaga Uptown Seksyen 24

PAS minta DBKL tangani masalah rumah pangsa uzur

MP DAP Sandakan Bahas Bajet 2015

BERSIH: Ahli Parlimen patut lantik speaker

Kebakaran Uptown: Peniaga Rugi Hingga RM19 Juta

Isu Permata gamatkan Dewan Rakyat

MP PAS Kuala Terengganu Bahas Bajet 2015

BN janji sejuta rumah, 1 pun tiada

IGP: Don't go to Syria, jihad against crime in Malaysia

MP: 'Premium' Malaysian palm oil should be priced higher

Mangsa serbuan JAIS, polis failkan saman RM1 juta

MP: Ahmah Maslan misleading on fuel subsidy

MP DAP Ipoh Barat Bahas Bajet 2015

MP PKR Wangsa Maju Bahas Bajet 2015

BN MP complains of 'Umno's robbery' over highway

Sabah BN MP tells Putrajaya not to threaten separatists

Kampung Mutiara: Pengusiran tanpa pampasan tindakan kejam tuan tanah

KUALA LUMPUR: Kampung Mutiara di Batu Ferringhi, Pulau Pinang kini menjadi tumpuan umum berikutan laporan media yang mendedahkan kemelut yang dihadapi kurang lebih 48 buah keluarga di sana yang kini berdepan pengusiran.

Masalah penduduk Kampung Mutiara telah bermula apabila tindakan mahkamah dimulakan oleh tuan tanah berikutan pembelian tanah tersebut pada sekitar tahun 2007.

Kini, mahkamah sudah pun membuat keputusan yang berpihak kepada tuan tanah, dan satu writ pemilikan (writ of possession) telah pun dikeluarkan bagi mengosongkan rumah-rumah tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mengecam tindakan tuan tanah tersebut lebih-lebih lagi penduduk bakal diusir tanpa sebarang pampasan.

Menurut mereka, pelbagai cara sudah dibuat termasuk berunding dengan tuan tanah yang merupakan seorang individu yang menetap di Selangor, namun beliau tetap berkeras meneruskan tindakan undang-undang tersebut.

"Kami membantah tindakan tuan tanah yang tidak berhati perut. Tindakan beliau untuk mengusir penduduk Kampung Mutiara tanpa sebarang pampasan adalah sesuatu yang bertentangan dengan nilai asas manusiawi, khususnya apabila penduduk sudah menetap di kawasan tersebut selama berdekad-dekad," kenyataan mereka dipetik.

Tiada permohonan merancang

Ke mana penjimatan subsidi RM6.1 bilion disalurkan?

IMG_0386Dalam satu pertemuan dengan penjawat awam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata, dasar memberi subsidi kepada semua rakyat adalah dasar yang bodoh. Beliau juga dipetik sebagai berkata, jika subsidi sebanyak RM24 bilion setahun itu tidak diberikan, ia boleh digunakan untuk membina 40 hospital setiap tahun.
Kami menyeru supaya Datuk Ahmad Maslan menyemak kembali pengiraan subsidi supaya ia tidak mengelirukan rakyat.
Jumlah RM24 bilion yang disebut-sebut itu bukanlah semuanya digunakan untuk memberi subsidi petrol dan diesel seperti yang didakwa. Jumlah subsidi petrol dan diesel hanyalah RM13.7 bilion (diunjurkan bagi tahun 2014). Baki dari angka yang disebut sebagai subsidi itu adalah anggaran RM5 bilion untuk gas memasak LPG dan RM5 bilion lagi tanggungan BR1M.
Jumlah RM13.7 bilion ini jika dibandingkan dengan jumlah bayaran faedah hutang yang terpaksa ditanggung setiap tahun tidaklah begitu tinggi. Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dijangka membelanjakan RM24.4 bilion bagi tahun 2015 hanya untuk membayar faedah dan bunga dari hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
Sebab itu kami menyeru supaya Datuk Ahmad Maslan berhenti menghina rakyat dengan cuba memberi gambaran seolah-olah rakyatlah punca tempangnya kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan sekarang. Pemberian subsidi petrol dan diesel yang selalu diungkit oleh Datuk Ahmad Maslan itu tidak sampai separuh dari jumlah faedah dan bunga yang dibayar oleh rakyat kerana Barisan Nasional terus berhutang. Sewajarnya untuk mengurangkan belanja kerajaan, lebih berkesan sekiranya Datuk Ahmad Maslan mencari jalan untuk mengurang hutang dan memotong bayaran faedah dan bunga dari hutang-hutang tersebut.

Kira pendapatan isi rumah di Sabah bersama - Abdul Ghapur

Abdul Ghapur Salleh
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan menentukan purata pendapatan isu rumah di Sabah.
Cadangan tercetus selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan purata pendapatan isi rumah di negeri tersebut mengikut perangkaan Malaysia.
"Saya sudah berada di Dewan ini 35 tahun, saya bukan bodoh, mana boleh pendapatan isi rumah boleh bercampur dengan seorang individu kaya berpendapatan RM50,000 ke atas dan menentukan purata pendapatan isi rumah.
"Itu tak betul, Demi keadilan semua, biar kita membuat jawatankuasa khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang juga. Kita sama-sama turun ke setiap rumah.
"Mungkin boleh dipengerusikan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar. Kita pergi rumah ke rumah ambil pengiraan dan dapatkan berapa pendapatan isi rumah di Sabah," katanya ketika perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, tindakan itu juga perlu bagi memastikan rakyat Sabah tidak diselubungi keraguan berhubung isu tersebut.
Terdahulu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan statistik perangkaan yang menunjukkan purata pendapatan isi rumah di Sabah ialah RM4,000.

Gantung Dua Adun: Hanya merugikan Pas kata Penganalisis

Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin  
SHAH ALAM - Penggantungan dua Adun Pas di Selangor, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) daripada keahlian Pas hanya akan merugikan parti itu memandangkan mereka merupakan pemimpin yang berpengaruh di negeri itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, kedua-dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu bagaimana dijangka tidak akan menyertai mana-mana pertubuhan lain termasuklah PKR dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

"Mereka masih dalam wadah perjuangan Pas, cuma cara mereka berbeza iaitu berpendapat bahawa apa yang dilakukan adalah untuk menyelamatkan Selangor daripada terus berkecamuk dengan kes-kes itu.

"Mereka masih lagi bersifat untuk menyelamatkan keadaan, pandangan mereka adalah lebih baik mengutamakan pentadbiran negeri.

"Saya fikir lepas habis tempoh mereka akan membuat rayuan untuk kembali kepada parti sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas penggantungan dua Adun Pas di Selangor iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Burhanuddin (Morib) selama setahun kerana menyokong Wan Azizah secara Akuan Bersumpah sebagai calon menteri besar Selangor serta mendahului keputusan parti.

Purata isi rumah bayar RM1800 selepas pelaksanaan GST

SUBANG JAYA, 15 OKT: Setiap seorang daripada rakyat di negara ini perlu membayar sekurang-kurangnya RM270 setahun apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan kerajaan Barisan Nasional (BN), pada 1 April 2015.
GST Grafik BaruAhli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, ia menyebabkan purata isi rumah perlu membayar kira-kira RM1800 setahun kepada kerajaan dan pastinya memberi tekanan besar kepada rakyat yang semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Beliau berkata, jumlah bayaran cukai itu juga, sekali gus melebihi jumlah yang diterima setiap isi rumah melalui peruntukan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada tahun hadapan.
“Rakyat paling bimbang terutama golongan berpendapatan rendah yang menguasai kira-kira 70 peratus populasi di negara ini kerana walaupun bantuan tunai BR1M naik, tetapi mereka perlu bayar untuk GST.
“Kalau dapat tambahan RM300 daripada BR1M, ia hanya betul-betul cukup kalau seseorang itu ‘kedekut’ dalam mengurus wang, tetapi kebanyakannya kena keluarkan duit lebih,” katanya pada Forum Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) di Hotel Empire, dekat sini, malam tadi.
Beliau turut menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa GST hanya meraih ‘keuntungan’ kecil pada kadar RM690 juta apabila ia dilaksanakan kelak.
Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan pusat mampu meraih sekurang-kurangnya RM8.5 bilion sebagai keuntungan bersih melalui GST.

Adik Hishamuddin terima kontrak label arak dan rokok RM77 juta

KUALA LUMPUR 15 OKT: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal penglibatan Syarikat Lembah Sari milik adik Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang didakwa menerima kontrak percetakan label keselamatan rokok dan arak bernilai RM77 juta.
Syarikat milik Datuk Haris Hussein Onn itu sebelum ini didakwa mendapat konsesi bagi percetakan label keselamatan rokok pada tahun 2006.
Beliau mempersoalkan adakah syarikat itu menerima tawaran secara rundingan terus daripada kerajaan dengan menawarkan harga terendah bagi kontrak berkenaan.
“Kerajaan perlu menjawab sekiranya syarikat adik Hishammuddin itu menerima kontrak secara rundingan terus dan adakah syarikat itu sahaja yang mampu mencetak label keselamatan di negara kita.
“Ini cubaan kerajaan yang jelasnya terus memberi keuntungan kepada syarikat berkepentingan”, katanya ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Selain adik kepada Hishamuddin, Haris juga merupakan sepupu kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pada 12 September lalu, akhbar perniagaan The Edge melaporkan, Syarikat Lembah Sari menjalankan perniagaan dakwat keselamatan bagi menggantikan konsesi percetakan label keselamatan daripada Kod Efisien Sdn Bhd pada tahun 2006 daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ancaman ISIL: Pemuda PAS tawar khidmat penerangan

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) besedia memberi penerangan kepada mana-mana pihak berhubung ancaman kumpulan radikal agama, Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) yang kini sedang hangat diperkatakan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata pihaknya bersedia turun padang sama ada bersama agensi kerajaan, NGO dan masyarakat awam untuk memberi kesedaran dan maklumat lengkap mengenai ISIL kepada anak-anak muda di negara ini.

"Dengan sumber tenaga terdiri daripada pemuda PAS yang berlatarbelakangkan pendidikan agama, memiliki profesion yang pelbagai, PPM yakin maklumat berguna dapat disampaikan kepada masyarakat.

"Selain itu, PPM sedia menggunakan pengaruh dalam masyarakat dalam mendidik anak-anak muda asas ajaran Islam yang sebenar, serta mengelakkan diri dari terlibat dengan mana-mana kumpulan ekstrim atau sesat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Suhaizan, pihaknya bimbang dengan penglibatan rakyat Malaysia dengan ISIL.

Ianya termasuk strategi mereka dengan merekrut anak-anak muda terutama mereka yang jahil agama untuk menyertai mereka.

"Dengan umpan jihad dan ganjaran syahid serta syurga, segelintir rakyat Malaysia menyertai ISIL tanpa asas agama yang kukuh," tambahnya.

MP BN bidas kajian pendapatan rakyat Sabah RM4,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh menggesa satu Jawatankuasa Khas Parlimen diwujudkan bagi mengkaji semula status kemiskinan penduduk rakyat negeri itu.

Beliau ketika membahaskan Bajet 2015 menjelaskan statistik yang mengatakan rakyat Sabah mempunyai pendapatan isu rumah RM4 ribu sebulan wajar dikaji semula.

"Kita gesa wujud segera jawatankuasa ini bagi mengkaji semula kedudukan sebenar rakyat Sabah.

"Semua parti perlu terlibat dan kita perlu pergi rumah ke rumah bagi membuat kajian sebenar tentang apa yang Sabah alami terutama soal kemiskinan," ucap beliau di Dewan Rakyat.

Beliau turut mempertikaikan apabila pengiraan statistik kemiskinan diambil secara menyeluruh sebelum dikira secara purata.

"Pengiraan tidak boleh dilakukan sedemikian, kita perlu membuat kajian di bawah dengan bertemu penduduk.

"Bila kajian tidak dibuat betul-betul, kita tidak akan tahu taraf sebenar kemiskinan itu, mungkin pengiraan dibuat di semenanjung tetapi tidak Sabah, rakyat negeri itu masih miskin walaupun telah lama merdeka," sambung beliau lagi.

Janji p'raya

Ghafur turut menggesa agar Kerajaan BN dengar sendiri rintihan rakyat negeri itu dan tidak hanya bertemu mereka untuk janji-janji pilihan raya.

Antara menyuraikan salah faham dan memulihkan muafakat Pakatan Rakyat

Oleh Hazlan Zakaria
Kemelut dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Selangor dari PAS yang menandatangani deklarasi bersumpah bagi menyokong nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar baru-baru ini dilihat bakal berlanjutan lantas menjadi duri dalam daging bagi pemuafakatan Pakatan Rakyat.
Di dalam menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua Adun itu, PAS seakan terjebak di dalam situasi serba kelam kerana kegagalan mengenakan hukuman setimpal di atas keengkaran mereka menurut pucuk pimpinan parti bakal menambah kekecewaan ahli, samada mereka menyokong kepimpinan presiden Datuk Seri Hadi Awang atau sebaliknya.
Jika tiada tindakan dikenakan, parti bakal dianggap lemah dan mudah diperkotak-katik. Bagaimana jika selepas ini ahli-ahli mengundi mengikut kehendak peribadi sambil membelakangi hasrat parti?
PKR dan DAP juga berkehendak agar ahli-ahli mereka patuh dengan arahan parti. Jadi tidak wajar mereka menyelar PAS sekiranya parti Islam itu mengambil tindakan tatatertib ke atas ahlinya.
PKR dan DAP bagaimanapun dilihat kecewa dengan hukuman yang dikenakan PAS ke atas kedua-dua Adun yang bersekutu dengan mereka baru-baru ini. Sudah tentu PAS lebih kurang gembira.
Hakikat ini mengejutkan kerana apabila isu Rang Undang-Undang hukum hudud timbul, DAP tidak bersetuju dengan langkah PAS membentangnya manakala PKR mempunyai pendirian berbeza. DAP bagaimanapun diberi kelonggaran agar menyatakan pendiriannya di dalam hal itu.
Sehingga hari ini, satu dasar rasmi atau konsensus tentang isu itu masih belum dihasilkan kerana DAP berterusan enggan menerima penjelasan PAS dan PKR. Ironinya, kini mereka tidak berbicara soal konsensus atau suara ramai.
Dalam menamakan calon bagi dilantik ke jawatan MB, DAP dilihat beremosi kerana ingin PAS menerima keputusan PKR secara bulat-bulat, sambil mendakwa ia kata sepakat 2 berbalas 1. 
Sehingga sekarang, DAP masih menganggap kedua-dua Adun yang dilihat “pembelot” oleh PAS sebagai “wirawan”.

‘You help me, I help you’ deal with Obama?

How much has Malaysia spent on lobbying for a seat in the UN Security Council?

By Yin Shao Loong
20140426_the-star_najib-obamaWhy is Malaysia pushing so hard for a seat on the United Nations’ Security Council? What does it hope to achieve? And, how much has it spent on this quest?
Tomorrow, the United Nations will hold a vote on five seats up for grabs on its Security Council, which has the power to impose sanctions, apply military action, and recommend the appointment of the U.N. Secretary-General.
Besides the five permanent seats accorded to the post-World War II big powers of the U.S., China, UK, France and Russia, there are ten non-permanent seats with two year terms. The last time Malaysia held a seat was 16 years ago.
Six countries – Angola, Malaysia, New Zealand, Spain, Turkey and Venezuela – are competing for the five non-permanent seats currently up for grabs. Angola, Venezuela, and Malaysia are expected to be shoo-ins for seats on the Council as they have secured the support of their respective regional blocs of Africa, Latin America, and Asia.
International politics is no less murky and cut-throat than Malaysian politics. Influence is bought, sold, and traded. Competition for the non-permanent seats on the Security Council is often fierce because the rewards are great.
A Harvard Business School paper by Ilyana Kuziemko and Eric Werker found that “a country’s U.S. aid increases by 59 percent and its U.N. aid by 8 percent when it rotates onto the council.” The flow of money increases in years when “key diplomatic events take place”. The flow of aid from the U.S. is more pronounced in years when the U.S. is engaged in major overseas invasions. The increase in U.N. aid is strongly tied to UNICEF, the children’s fund, which is dominated by the U.S.
US aid bribes
Thus, Security Council membership appears to allow countries to extract rents in the form of U.S. aid bribes in addition to the other political bargaining chips that can be traded with other countries. Countries who table resolutions at the Security Council usually prefer to pass them unanimously; achieving this can take considerable diplomatic capital.

Sah!! Tamrin Ucap Selamat Tinggal Pada Pas

Oleh Shahbudin Husin
Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar akhirnya sah keluar daripada parti Pas yang disertainya sejak 2012 lalu, berkuatkuasa hari ini, 15 Oktober 2014.
Pada awal pagi tadi, saya dihubungi oleh Tamrin yang mengajak saya bersarapan dengannya di Restoran Haslam, berhampiran Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Pada mulanya, saya menyangka beliau hanya ingin berbual-bual kosong atau mungkin menjelaskan mengenai apa yang saya tulis sebelum ini tentang khabar angin yang tersebar luas mengenai dirinya akan meninggalkan Pas yang kemudian menjadi perbualan ramai.

Rupa-rupanya beliau meminta saya menjadi saksi berhubung keputusannya mahu meninggalkan Pas. Katanya, beliau sudah berfikir panjang dan muktamad dengan keputusan ini. Selepas selesai bersarapan, beliau lantas mengeluarkan surat yang sudah disiapkannya berhubung tindakan keluar Pas itu dan terus menandatanganinya di hadapan saya dan seorang lagi rakannya, Zamrin Bidin. Surat itu ditandatangani pada jam 9.10 pagi dan kira-kira pukul 10 kemudiannya terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dalam surat dua perenggan bertarikh 15 Oktober 2014 dengan tajuk "Menarik Diri Sebagai Ahli Pas" itu, Tamrin hanya menulis ringkas mengenai keputusannya itu dengan ayat, "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mulai tarikh surat ini saya menarik diri daripada menganggotai parti Pas. "Adalah diharapkan pihak Ybhg Datuk dapat mengemas-kinikan rekod keahlian saya berikutan keputusan ini. Sekian, terima kasih".

Ikat Perut: Shahidan, jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat!

Oleh V Shuman
Kelihatannya, kebijaksanaan seolah-olah tidak diperlukan bagi menjadi ahli politik di negara ini.Walaupun seseorang itu memiliki minda yang berfungsi pada kapasiti yang minimum, ia masih beroperasi bebas daripada mulutnya.Pendek kata, seseorang ahli politik boleh menyatakan sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.
Kita tidak akan cukup jari pada kedua-dua tangan sekiranya mengira berapa kali ahli-ahli politik kita mengalami detik-detik "bercakap sesuka hati". 

Ada yang melakukannya hanya sekali, manakala yang lain melakukannya berkali-kali.
Contoh terbaru – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang tergolong dalam golongan kedua.
Shahidan baru-baru ini menerima cemuhan pengguna Internet selepas beliau menjustifikasikan cadangan kenaikan gaji ahli-ahli parlimen, dengan mengatakan bahawa gaji ahli-ahli parlimen Malaysia adalah antara yang terendah di dunia dan ia berhak dinaikkan kerana mereka sering perlu "ikat perut".
Shahidan turut berkata yang ahli-ahli parlimen Uganda turut menerima gaji dua kali ganda lebih tinggi berbanding ahli-ahli parlimen Malaysia.
Beliau kemudian menggunakan dirinya sendiri sebagai contoh.
Bagi saya, Shahidan pasti tidak kelihatan seperti seseorang yang, pada bila-bila masa dalam hidupnya, terpaksa mengikat perut.
Dan gaji "rendah" yang beliau maksudkan adalah sebanyak RM6,500 – yang bersamaan dengan dua hingga tiga bulan gaji untuk ramai rakyat yang bekerja.
Dan ingat, ini hanya gaji yang diterima sebagai ahli parlimen. Kebanyakan ahli-ahli parlimen juga merupakan ahli majlis eksekutif negeri dan juga menteri-menteri atau timbalan menteri, dan menerima gaji dan elaun lain.
Dan, bagaimana pula dengan semua faedah rasmi dan tidak rasmi "halus" yang hadir bersama-sama dengan kedudukan mereka?
Seorang penulis blog telah mematahkan percubaan lucu Shahidan dengan menyampaikan skala gaji ahli parlimen seperti yang disenaraikan dalam laman web Parlimen.

TAMRIN GHAFFAR SUDAH MENYERAHKAN SURAT KELUAR DARI PAS KE PEJABAT AGUNG.


Tamrin Ghaffar baru sahaja menghantar surat memaklumkan telah menarik diri dari menjadi ahli Pas seumur hidup.

Khabarnya surat itu diserahkan dengan tangan oleh Tamrin sendiri di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sebentar tadi.

‘Tahaluf siyasi’ istilah Arab, bukan Islam, kata Dr Asri

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, istilah "tahaluf siyasi" yang digunakan PAS dalam menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat (PR) adalah istilah Arab, dan bukan mewakili Islam.
Bekas bekas mufti Perlis itu ketika menyampaikan tazkirah di Parlimen hari ini, berkata istilah Arab tidak semestinya mewakili ajaran agama Islam, dan melahirkan kekhuatiran tentang bahaya kesilapan penggunaan istilah Arab seperti itu. Katanya, masyarakat seakan-akan melihat penggunaan perkataan Arab sebagai benar-benar mewakili Islam. 
"Orang Melayu bila dengar bunyi Arab, dia ingat Islam. Kita tidak boleh anggap istilah Arab mesti mewakili agama. "Tujuan Islam bukan nama itu. Allah tidak minta kita mengArabkan diri, Dia minta kita mengIslamkan diri. "Islam mana satu yang kita cari?" katanya pada program dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika sidang Dewan Rakyat berhenti rehat.

Mana berpuluh hospital, sekolah hasil penjimatan subsidi 2013?

KUALA LUMPUR 15 OKT: Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri KEADILAN, Wong Chen menyelar kenyataan Datuk Ahmad Maslan berkenaan pemberian subsidi yang disifatkan cuba mengelirukan rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan itu semalam dilapor berkata, kerajaan boleh membina 40 universiti baru dengan jumlah wang RM24 bilion yang dibelanjakan untuk subsidi bahan api saban tahun.
Menyifatkan kenyataan tersebut sebagai penghinaan kepada rakyat, Wong Chen menuntut menteri itu menyemak kembali pengiraan subsidi tersebut.
“Kenyataan menteri itu hanya akan mengelirukan rakyat sedangkan jumlah RM24 bilion itu bukanlah pemberian semua subsidi petrol dan diesel seperti yang didakwa. Sebaliknya jumlah subsidi petrol dan diesel hanyalah RM13.7 bilion (unjuran 2014).
“Dan baki dari jumlah berkenaan anggaran RM5 bilion untuk gas memasak LPG dan RM5 bilion lagi melalui tanggungan BR1M,” katanya ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen.
Katanya lagi, jumlah RM13.7 bilion itu bukan jumlah yang besar jika dibandingkan bayaran faedah hutang yang terpaksa ditanggung kerajaan setiap tahun.
“Pentadbiran Najib Razak dijangka membelanjakan RM24.4 bilion bagi tahun 2015 hanya untuk membayar faedah dan bunga dari hutang-hutang yang diambil oleh kerajaan Persekutuan,” ujarnya.
Beliau turut mempersoal sekiranya pengurangan subsidi yang dimaklumkan itu sebagai langkah penjimatan bagi penyediaan kemudahan infrastruktur kepada rakyat.

Rakyat pedalaman Sarawak sukar dapat BR1M, kos tak berbaloi

MIRI 15 OKT: Penduduk pedalaman Sarawak sukar mengambil bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kerana jarak perjalanan dan lokasi yang jauh, kata Ketua Pas Miri, Jofri Jaraiee.
Menurutnya, pihaknya menerima aduan daripada penduduk Baram yang tidak mampu ke Miri kerana terpaksa menempuh jarak perjalanan tambahan untuk ke Marudi semata-mata bagi mengambil wang mereka.
“Kebanyakannya mereka ini adalah orang-orang tua yang miskin dan tidak mempunyai duit untuk menanggung perbelanjaan serta tambang pengangkutan untuk ke lokasi yang telah ditetapkan,” kata Jofri.
Selain itu, Jofri berkata, kos pengangkutan dan perbelanjaan lain ke lokasi pengambilan BR1M lebih tinggi daripada jumlah yang diterima dan BR1M diagihkan 3 kali setahun tidak berbaloi untuk mereka.
“Oleh kerana kos bahan api sudah naik, bagi penduduk di pedalaman Baram untuk mendapatkan BR1M sebanyak 3 kali setahun sebanyak RM300 tidak berbaloi dengan kos pengangkutan mereka untuk ke bandar atau pekan yang berdekatan kerana ia sudah melebihi wang BR1M yang mereka perolehi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahmad Maslan diseru kira semula subsidi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyeru Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyemak kembali pengiraan subsidi supaya ia tidak mengelirukan rakyat.

Beliau menyatakan demikian merujuk dalam satu pertemuan dengan penjawat awam, Ahmad dilaporkan berkata dasar memberi subsidi kepada semua rakyat adalah dasar yang bodoh.

Ahmad juga dipetik sebagai berkata jika subsidi sebanyak RM24 billion setahun itu tidak diberikan, ia boleh digunakan untuk membina 40 hospital setiap tahun.

Menurut Rafizi, jumlah RM24 bilion yang disebut-sebut itu bukanlah semuanya digunakan untuk memberi subsidi petrol dan diesel seperti yang didakwa.

Katanya, jumlah subsidi petrol dan diesel hanyalah RM13.7 bilion (diunjurkan bagi tahun 2014).

Beliau berkata, baki dari angka yang disebut sebagai subsidi itu adalah anggaran RM5 bilion untuk gas memasak LPG dan RM5 bilion lagi tanggungan BR1M.

Katanya, jumlah RM13.7 bilion ini jika dibandingkan dengan jumlah bayaran faedah hutang yang terpaksa ditanggung setiap tahun tidaklah begitu tinggi.

Tambahnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membelanjakan RM24.4 bilion bagi tahun 2015 hanya untuk membayar faedah dan bunga dari hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

"Sebab itu kami menyeru supaya Datuk Ahmad Maslan berhenti menghina rakyat dengan cuba memberi gambaran seolah-olah rakyatlah punca tempangnya kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan sekarang," ujarnya pada sidang media di lobi parlimen bersama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Katanya, pemberian subsidi petrol dan diesel yang selalu diungkit oleh Ahmad itu tidak sampai separuh dari jumlah faedah dan bunga yang dibayar oleh rakyat kerana Barisan Nasional terus berhutang.

'Hasil pengangkutan dapat tampung subsidi minyak' - Rafizi

Azalina bidas Zuraida kerana diskriminasi kanak-kanak kaya

Hong Kong police arrest 45 protesters after clashes

Cops take statement from Zahid on sedition report

Lebih bercakap dari bertindak punca gerakan politik lemah

Negara Islam (IS) sebar jenayah atas nama agama

300 orang miskin serbu JKM setiap hari

Gelandangan bukan sampah untuk dibuang tetapi daif perlu sokongan

Kontrak tanpa tender diberi kepada keluarga menteri pula - Tony Pua

MP PAS Pokok Sena Bahas Bajet 2015

'Turunkan harga kereta selepas subsidi petrol dikurangkan' - Rafizi

Gara-Gara Komen Kurang Cerdik, Anak Menteri Umno Teruk Dibelasah?

Tidak dinafikan ramai yang terkejut apabila harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak RM0.20 baru-baru ini. Perkara tersebut mendapat perhatian banyak pihak dan telah menjadi perbualan hangat di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Tidak ketinggalan kekasih kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri yang telah meninggalkan komen kepada salah seorang pengguna laman sosial lain supaya menggunakan motorsikal ke pejabat berikutan kenaikan harga bahan api itu.
Selain itu, Nedim yang menggunakan pengenalan diri sebagai bossned_ turut menyarankan supaya pengguna laman sosial itu membuat perbandingan harga minyak di negara ini dengan Thailand.
Komen tersebut telah di ‘screen capture’ oleh seorang pemilik akaun twitter telah dikongsikan menerusi akaun Facebook (FB) blog Rotikaya.
Tidak mengambil masa yang lama, pengikut di akaun FB blog tersebut telah mengecam komen yang dibuat Nedim.
Malah ramai yang menganggap pandangan yang dikemukakan oleh anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu sebagai kurang bijak.
Lebih 2 ribu komen telah ditinggalkan pada gambar yang dimuat naik di akaun FB Rotikaya selain mendapat 19,014 ‘like’ dan 405 perkongsian semasa artikel ini ditulis, lapor The Malaysian Post.

PKR: Tiada lagi alasan cukai tinggi kereta

PKR hari ini mengulangi gesaan mereka tidak lama dahulu agar duti eksais ke atas kereta dihapus secara berperingkat.

Gesaan itu dibuat memandangkan harga petrol telah meningkat dua kali sebanyak 40 sen seliter dalam masa setahun, katanya.

Menurut Rafizi (bawah) lagi, rakyat kini membayar empat jenis cukai dengan jumlah keseluruhan RM17.3 bilion berbanding hanya RM13.7 juta yang dibayar kerajaan dalam bentuk subsidi.

Menurutnya, rakyat membayar empat jenis cukai iaitu (cukai eksais (RM8 bilion), cukai jualan (RM4.5 bilion), duti import (RM1.1 bilion) dan lesen kenderaan (RM2.4 bilion).

"Kami yakin BN tiada lagi alasan untuk mengenakan cukai yang sebegitu tinggi ke atas pemilikan kereta yang merupakan punca utama hutang buat rakyat," katanya pada sidang media di ruang legar Dewan Rakyat.

PKR sebelum ini pernah melancarkan kempen menurunkan harga kereta kira-kira beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2013.

Program Permata Rosmah ‘shortcut’ golongan kaya, kata Wanita PKR

Program Permata Negara (Permata) yang dinaungi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disifatkan seorang pemimpin PKR hari ini sebagai program "shortcut" golongan berada di mana hanya kanak-kanak keluarga kaya diambil menyertai program itu.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata ia satu diskriminasi terhadap kanak-kanak dari keluarga miskin.
"Bagaimana dengan nasib anak-anak yang miskin?" tanya ketua Wanita PKR itu pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen hari ini, sambil memberi contoh kumpulan muzik kanak-kanak Permata.

"Kalau betul Permata ini untuk pendidikan kanak-kanak, bantulah anak orang miskin di Sabah," katanya mencelah ucapan ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah sedang berbahas. Kenyataan Zuraida itu dibidas Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta Zuraida tidak mendiskriminasi kanak-kanak.
"Mana boleh kita diskriminasi kanak-kanak itu kaya atau miskin. Kanak-kanak tetap kanak-kanak," kata ahli Parlimen Pengerang itu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini menafikan Rosmah menerima RM711 juta untuk Program Permata Negara.
Sebaliknya, jumlah peruntukan itu adalah angka keseluruhan peruntukan bagi pendidikan pra-sekolah, katanya.
"Permata hanya berkongsi peruntukan berkenaan dengan Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan," kata Ahmad.
Permata ditubuhkan pada 2007 sebagai program asuhan dan didikan awal bagi kanak-kanak berbakat di bawah umur 4 tahun.

'Hasil pengangkutan dapat tampung subsidi minyak' - Rafizi

Hasil negara daripada sektor pengangkutan seperti cukai dan bayaran lesen lebih daripada cukup untuk membayar subsidi minyak yang digunakannya, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Katanya, hasil keseluruhan kutipan itu mencecah RM17.3 bilion sementara subsidi minyak hanya RM13.7 bilion untuk petrol dan diesel.

“Ini bermakna cerita BN bahawa mereka sungguh baik seperti terpaksa keluarkan wang daripada poket sendiri untuk pastikan minyak kita murah adalah BS (bullshit), kerana tiada lagi kata-kata lebih baik,” katanya.

Bercakap dalam forum berkaitan belanjawan Pakatan Rakyat di Subang malam tadi, Rafizi berkata, pelbagai kutipan dibuat seperti melalui cukai dan duti kereta lebih daripada cukup untuk membayar subsidi.

PM 'koyak' matematik kira BR1M vs GST

Peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan selepas pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata MP Kelana Jaya Wong Chen.

Mempertikaikan angka perdana menteri berhubung hasil bersih kerajaan bawah GST, katanya, purata sebuah isi rumah akan membelanjakan kira-kira RM270 seorang atau RM1,080 seisi rumah empat anggota untuk bayaran cukai itu.

“Jadi matematiknya... saya tidak tahu siapa tulis kertas untuk dia, tetapi ia sama sekali 'koyak' (salah),” kata wakil rakyat Pakatan Rakyat itu kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum di Subang Jaya semalam.

Sebelum itu, dalam forum, Wong (kiri) berkata, golongan miskin akan membelanjakan antara RM140 hingga RM700 dan RM700 seisi rumah empat anggota bila GST diperkenal tahun depan.

Manakala golongan pertengahan pula, katanya, dijangka membelanjakan kira-kira RM1,050 seisi rumah.

BR1M dinaikkan sebanyak RM300 untuk isi rumah yang layak, daripada RM650 kepada RM960 bagi pendapatan RM3,000 sebulan.

Bagi pendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan pula, ia dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.

“Jika kamu terima RM300 dan kami sangat, sangat kedekut belanja untuk makanan, kamu mungkin ada sedikit wang, tetapi kebanyakan kita terpaksa membelanjakan RM400 lagi.

“Maka ia jadi beban untuk golongan miskin,” katanya.

Bentang Akta Keharmonian Nasional secepat mungkin

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA 
Firman Allah SWT:

ما افاء الله على رسوله من اهل القرى فلله و للرسول ولذي القربى واليتامى والمساكن وابن السبيل كي لا يكون دولة بين الاغنياء منكم. وما اتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا واتقوا الله ان الله شديد العقاب
( الحشر ٧)

Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Hasyr:7)

Sabda Nabi Muhammad SAW:

هل تنصرون و ترزقون الا بضعفاءكم؟ (رواه البخاري)

Bukankah kamu diberi bantuan dan rezeki dengan orang-orang tertindas di kalangan kamu?

انما ينصر الله هذه الامة بضعيفها بدعوتهم صلاتهم و اخلاصهم (النسائ)

Allah membantu umat ini dengan mereka yang tertindas kerana doa mereka, solat mereka dan keikhlasan mereka.

ASAS FALSAFAH PEMBELAAN RAKYAT

Allah SWT menganugerahkan rezeki dan memberikan kemewahan kepada hambanya. Bajet ini berasaskan pada hasil 235 bil dan perbelanjaan 273 bil.

Kelompok terpinggir wujud sepanjang zaman walaupun istilahnya berbeza Dhua’fa, Masakin. Hari ini istilah tersebut difahami dari mereka yang berpendapatan RM1,500 ke bawah dan mereka membentuk 40 peratus dari penduduk Malaysia.

Dasar peredaran kekayaan dikalangan yang terkaya sahaja dari sudut agihan dan manfaat telah ditegur oleh Allah SWT. Bahasa hari ini ialah inequality atau income disparaty.

Berasaskan Falsafah Ekonomi ini, saya akan mencadangkan model ekonomi yang dinamakan, Ekonomi Keterangkuman dan Lestari (Inclusive and Sustainable Economy)

Kritikan saya kepada belanjawan dalam perbahasan Dasar adalah berdasarkan kepada asas yang lebih membumi permaslahannya.

Harus anjak dari sekadar pertumbuhan ekonomi kepada pembangunan ekonomi. Ini akan membawa implikasi kepada melihat ekonomi dalam perspektif yang berbeza. Saya merumuskan empat asas yang menuju kepada perspektif pembangunan ekonomi dan terbentuk dalam bajet:

- Pergerakan menaik dalam pendapatan atau earn wages.
- Kemampuan menyimpan, melabur dan pemilikan harta atau unearn wages.
- Perubahan progresif menuju kepada suasana pendemokrasian negara dan institusinya.
- Menjadikan HDI (Human Development Index) sebagai piawaian kepeada pembangunan inklusif.

KRITIKAN

Jabatan Pendidikan Kelantan larang pelajar hadir sidang Dun - Speaker

KOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub melahirkan rasa kesal ada arahan melarang pelajar di bawah Jabatan Pendidikan negeri (JPN) melarang mengikuti persidangan Dun.

Beliau berkata, arahan itu dianggapnya bersifat dangkal kerana Dun Kelantan mempunyai wakil pembangkang dan kerajaan.

"Saya difahamkan ada arahan mengenai larangan itu dibuat pihak JPN bagi menegah pelajar di sekolah kelolaannya hadir di persidangan Dun," katanya pada persidangan Dun hari ini.

Sebelum ini, banyak sekolah di bawah JPN, Yayasan Islam Kelantan dan institusi pengajian tinggi hadir bagi mengikuti persidangan Dun Kelantan.

Malah semalam dan kelmarin ada beberapa sekolah di bawah JPN hadir bersama guru pengiringi.

Kehadiran pelajar ke persidangan Dun bagi membolehkan mereka mengetahui perkembangan semasa di Kelantan.

Hong Kong police clash with demonstrators

MP DAP Kepong Bahas Bajet 2015 (2)

Dewan Rakyat 15 Okt 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

15 keluarga mangsa MH17 setuju terima pampasan

Keganasan tercetus semula di HK, polis guna kekerasan

Zaid: Kenapa takut umat Islam cerdik?

Mengimbas lebih 2,000 tahun, Datuk Zaid Ibrahim mengumpamakan keadaan semasa di Malaysia dengan Athens di mana pemimpinnya menghukum Socrates kerana mempromosikan 'idea berbahaya' kepada anak muda.

Socrates, kata bekas menteri undang-undang itu, sebaliknya hanya meminta warga Athens mengemukakan soalan.

Sama dengan keadaan sekarang, kata Zaid, orang Islam di Malaysia tidak dibenarkan mendengar pandangan berbeza kerana mereka kemudiannya mungkin belajar bertanya soalan.

Beliau mendakwa pemimpin yang ada sungguh mengecewakan dan mementingkan diri sendiri.

Menulis di blognya, Zaid turut membangkitkan persoalan bagaimana
orang Melayu dan Islam akan menjalankan kewajipan mereka jika mindanya kaku.

“Bagaimana mereka akan lakukannya tanpa kemampuan berfikir secara kritikal dan bertanya soalan?

“Apa yang mereka tahu bagaimanapun menerima membuta tuli segala ritual yang diluluskan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), tetapi ini tidak akan memacu minda aktif yang diperlukan untuk menjadikan umat Islam lebih bijak dan kreatif.

“Kita tidak boleh mengimport orang bijak dari luar negara setiap masa. Terdapat hadnya setakat mana kita boleh bergantung kepada McKinsey dan perunding mahal lain,” katanya.

" Ahmad Maslan Mem BODOH Kan Pemimpin-Pemimpin UMNO Terdahulu ??? "

Ahmad Maslan terbukti mem BODOH kan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu. Ahmad Maslan nih agaknya baru lahir, dia lupa dasar subsidi bukan di asaskan oleh pembangkang.
 Subsidi nih dari zaman UMNO terdahulu memang dah wujud. Jadi tidak salahlah kalau Ahmad Maslan hari ini telah mem BODOH kan pemimpin UMNO terdahulu.

Bajet kekecewaan besar.!!

Sarawak wilayah yang terbesar dalam persekutuan dan menyumbangkan hasil yang besar kepada negara.
Lily YongKUCHING: Timbalan Presiden Sarawak United People’s Party (SUPP) Lily Yong merasakan Sarawak patut menerima lebih banyak dana berbanding apa yang dijanjikan di bawah Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak pada Jumaat lalu.
Beliau berkata ia merupakan kekecewaan yang besar untuk Sarawak selepas menyumbangkan hasil yang besar kepada negara sebagai wilayah terbesar dalam persekutuan namun mendapat peruntukan sangat kecil
“Kita semua penuh dengan harapan tetapi pada akhirnya ia (bajet) hanya mengecewakan,” katanya.
“Duit yang disalurkan ke Sarawak sangat mengecewakan kerana tiada apa-apa untuk kita. Lebuhraya Pan Borneo sudah lama tertangguh.”
Yong menjelaskan bahawa Sarawak layak menerima kenaikan 20 peratus royalti minyak dan gas kerana ia sudah diputuskan semasa persidangan dewan undangan pada bulan Mei lepas.
“Ketua Menteri Adenan Satem memohon kenaikan royalti minyak. Ia sangat penting untuk mengkaji semula royalti.”
Beliau juga hairan ia tidak dinyatakan dalam bajet walaupun Sarawak telah memohon kenaikan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus.
Beliau juga mencadangkan agar perjanjian Malaysia dipatuhi dengan menegaskan bahawa “Sarawak mempunyai autonomi dalam cukai, pembangunan dan kewangan”.