Selasa, 14 Oktober 2014

Hadi: Bajet 2015 hanya cantik pada angka

Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
SHAH ALAM - Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak minggu lalu disifatkan gagal menjawab masalah utama yang menghantui ekonomi Malaysia.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, empat masalah utama iaitu struktur asas ekonomi Malaysia yang tidak kukuh; kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat; daya saing ekonomi Malaysia dan kemampanan ekonomi negara, membuktikan kerajaan masih belum ada hala tuju jelas bersabit ekonomi negara.

"Selagi mana kerajaan gagal untuk menjawab dan bertindak secara konkrit kepada semua persoalan-persoalan di atas, maka maklamat negara berprestasi tinggi atau apa saja sasaran yang diletakkan oleh kerajaan akan hanya menjadi retorik politik.

"Ianya sekadar cantik pada angka dan statistiknya, tetapi tidak memberi makna yang sebenar kepada rakyat marhaen dalam negara kita ini," jelas Abdul Hadi.

Lelaki ditahan kerana didakwa hina PM Najib

Seorang lelaki ditahan Sabtu lalu ekoran tindakannya meletak selipar atas poster perdana menteri semasa satu protes 8 Oktober lalu.

Mengesahkannya, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan, kata Munusamy ketika dihubungi.

Seksyen 504 berkaitan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, manakala Seksyen 506 berkaitan ugutan jenayah.

Munusamy berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki tersebut dirakam meletak selipar atas poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa satu protes terhadap pemotongan subsidi bahan api dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di hadapan bangunan Parlimen pada 8 Oktober.

Gambar tersebut telah diedarkan dalam talian, termasuk oleh laman Facebook Friends of Barisan Nasional

Alahai Shahidan...

Oleh BASHIR ISHAK

KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim baru-baru ini mengenai kedudukan gaji Ahli Parlimen di Malaysia sehinggakan mereka terpaksa “ikat perut” mengundang pelbagai reaksi rakyat.
Malah kenyataan Ahli Parlimen (MP) Arau itu dengan cepatnya menjadi viral di dalam media sosial dan mendapat pelbagai komen negatif dan positif dari kalangan pengguna medium komunikasi itu.
Dengan kenyataan Shahidan yang menyebut gaji MP sebanyak RM6500.00 itu adalah rendah berbanding MP di Singapura malah lebih rendah dari MP di Uganda, wujud pula ‘posting’ yang menjawab dakwaan Shahidan dengan pendedahan gaji para menteri dan timbalan menteri di Malaysia.
Sasarannya mungkin ditujukan kepada Shahidan sendiri ekoran kenyataannya itu. Maka angka yang dikeluarkan bagi setiap MP yang juga berjawatan Menteri, maka gaji bulanan mereka adalah sekitar RM21,000.
“Mana mungkin Menteri (yang juga MP) bergaji RM21,000 kena ikat perut. Itu belum dicampur elaun dan kemudahan lain,” sanggah rakyat kebanyakan bila mendapat tahu fakta ini.
Seorang sahabat berseloroh dengan penulis bahawa Shahidan sendiri mungkin sudah lupa bahawa selain sebagai MP Arau, beliau sendiri juga seorang MP di Perlis.
MP yang dimaksudkannya ialah “Makan Pencen” yang bermakna Shahidan kini turut menikmati pencen sebagai bekas Menteri Besar Perlis selama tiga penggal dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang selama empat penggal.
Penulis berkira-kira pencen yang beliau nikmati setiap bulan adalah sekitar RM9,000 dan jika dicampur dengan gaji semasa (RM21,000) maka jumlahnya adalah RM30,000.
Baru-baru ini penulis berkesempatan mengunjungi negara jiran dalam program Kembara Korban bersama NGO Yayasan Pembangunan Ummah ke Wilayah Satun di Selatan Thailand.
Di sana, peserta kembara disambut oleh tokoh politik dan gerakan Islam tempatan, Ustaz Amin Menjamin. Beliau ialah bekas wakil rakyat dan Speaker Dun di sana.
Dalam perbualan larut malam itu, kami banyak belajar tentang politik di negara jiran itu. Antara yang mengejutkan kami, beliau berkata ahli politik di Thailand tidak ada peluang untuk mengumpul kekayaan.

Nik Amar Kata UMNO Jujur, Sekarang Ini Jawapannya! Pas tetap dibuli Umno selamanya....

Hudud: Empat kali mesyuarat wakil Umno tidak hadir

KOTA BHARU: Sehingga kini Umno Kelantan belum menghantar wakil menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diwujudkan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, surat jemputan sudah dihantar kepada Umno Kelantan bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

“Setakat ini sudah empat kali mesyuarat diadakan. Begitu juga Majlis Peguam belum menghantar wakil sehingga sekarang,” katanya menjawab soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.

Jawatankuasa terbabit dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala ahli lain iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Mufti, peguam syarie dan sivil, ahli akademik.

Selain itu wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.

Roseli sebelum itu mencelah mungkinkah tidak ada calon yang layak daripada Umno sehingga tidak menghantar wakil menghadiri mesyuarat tersebut.

“Atau ada kalangan mereka tidak faham kewajiban pelaksanaan perundangan syariah,” ujarnya.

Sebelum itu Zawawi Othman (BN-Semerak) mencadangkan supaya pelaksanaan hudud dikuatkuasa terhadap wakil-wakil rakyat di Kelantan terlebih dahulu.

Nassuruddin berkata, perundangan Islam tidak terhadap terhad golongan tertentu sahaja kerana hukumnya meliputi semua orang yang beragama Islam.

Katanya juga, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai langkah dan usaha bagi merealisasikan perundangan tersebut termasuk mewujudkan Sektretariat Tetap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dipengerusikan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Selain itu mewujudkan Jawatankuasa Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 2014 (Taazir) yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Kelantan.

Kerajaan negeri juga menganjurkan forum perdana Hudud Penyelesaian Masalah Ummah pada 27 dan 28 Okktober tahun lepas.

Projek Lebuh Raya Rakyat berjalan lancar

KOTA BHARU: Selepas pelancaran masuk tapak diadakan pada 27 Ogos lalu, kerja-kerja tanah pembinaan Lebuh Raya Rakyat Machang-Kuala Krai kini siap kira-kira 75 peratus.

Kerja-kerja tersebut membabitkan jajaran sepanjang 3 km di Bukit Bakar, Machang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, kerja-kerja tersebut berjalan lancar.

Katanya, pembinaan diteruskan secara berperingkat-peringkat termasuk di kawasan tapak milik persendirian.

“Proses pengambilan semula tanah milik yang terbabit dengan jajaran itu sedang dijalankan Pejabat Tanah dan Galian.

“Ia dijangka mengambil masa sehingga sembilan bulan untuk diselesaikan,” katanya menjawab soalan Ustaz Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.

Projek lebuh raya tersebut diusahakan kerajaan negeri setelah tertangguh sejak 1986 apabila kerajaan pusat tidak senaraikan dalam RMK-5.

RM379 juta royalti Kelantan dikaut kerajaan pusat

KOTA BHARU: Pendapatan operasi petroleum di kawasan Joint Deveploment Area (JDA) sempadan Kelantan-Thailand sebanyak RM517.9 juta pada 2013.

Dan pada 2014 pula pendapatan meningkat kepada RM691.9 juta dan anggaran bagi 2015 sebanyak RM758.2 juta.

Manakala pendapatan keuntungan petroleum bukan royalti dinikmati Malaysia-Thailand berjumlah RM1.45 bilion.

Adun Salor, Datuk Husam Musa berkata, jumlah hasil petroleum tersebut terdapat dalam buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2015.

Katanya, sekiranya royalti dari kawasan JDA sahaja digunakan sebagai asas sepatutnya Kelantan dibayar royalti berjumlah RM379 juta daripada separuh jumlah diterima kerajaan pusat berdasarkan perjanjian 5 peratus.

“Kerajaan Persekutuan bukan sahaja menganaktirikan rakyat dan negeri Kelantan, sebaliknya menafikan hak rakyat di negeri ini mendapat royalti,” katanya ketika membahas Belanjawan Kelantan 2015 pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini sekali lagi mengecualikan Kelantan dalam senarai pembinaan lebuh raya.

“Ini bukan sahaja menyedihkan rakyat Kelantan, sebaliknya tindakan itu boleh memalukan rakyat negara ini.

JPDC: Idris Jala, dua Lembaga Pengarah JPDC perlu letak jawatan serta merta

Percanggahan kepentingan beberapa anggota lembaga pengarah Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) telah memburukkan imej Malaysia terutamanya dalam isu urus tadbir korporat, menurut anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas hari ini.
Sehubungan itu Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid mahukan Pengerusi Bersama JPDC, Datuk Seri Idris Jala; Ketua Eksekutifnya, Mohd Yazid Jaafar; serta Penasihat Penyimpanan dan Perdagangan Minyak JPDC, Tan Sri Ngau Boon Keat meletakkan jawatan serta merta.
"Percanggahan kepentingan yang berlaku dalam JPDC adalah amat ketara. Untuk mengelakkan ianya daripada berterusan, saya cadangkan Idris Jala, Ngau dan Mohd Yazid supaya meletakkan jawatan dalam JPDC.
"Perletakkan jawatan mereka akan meredakan kebimbangan tentang timbulnya salah faham tentang ketelusan, tadbir urus baik terhdap agensi pusat dan nama baik kerajaan Malaysia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Idris yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mempengerusikan JPDC bersama-sama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.
Selain berada di dalam lembaga pengarah JPDC, Ngau juga merupakan pengerusi eksekutif Dialog Group Berhad, syarikat perkhidmatan minyak dan gas yang juga merupakan salah sebuah pelabur terbesar di dalam projek Kompleks Bersepadu
Petroleum Pengerang (PIPC).
Menurut Tengku Putra Haron lagi, sebagai penasihat Ngau tidak perlu berada di dalam lembaga pengarah JPDC dan boleh memberikan nasihat apabila dijemput oleh lembaga terbabit.
Pengerusi Eksekutif Dialog itu sepatutnya berada di dalam Majlis Penasihat, di luar Lembaga Pengarah JPDC.
"Apabila nasihat diminta, kita boleh jemput beliau (Ngau) dalam mesyuarat dan selepas memberikan nasihat beliau boleh beredar. Tetapi beliau tidak sepatutnya berada di dalam lembaga pengarah dan membuat keputusan," katanya.
Kedudukan Ngau di dalam lembaga pengarah JPDC kata beliau, juga amat memusykilkan kerana ia mendedahkannya kepada "privilege information" yang boleh dipergunakan untuk kepentingan syarikatnya atau rakan-rakannya.

Kerajaan BN ‘selamatkan’ 1MDB – Tony Pua

“Berdasarkan jawapan menteri, anugerah terbaru kepada 1MDB telah diberikan sebelum sempat terma seperti tarif elektrik ditetapkan atau dipersetujui.
PETALING JAYA : Ahli Parlimen Petaling Jaya dari DAP, Tony Pua mendakwa kerajaan telah bertindak ‘menyelamatkan’ 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui kontrak rundingan terus pembinaan beberapa loji janakuasa elektrik di seluruh negara.
Memetik dari laporan Roketkini, Pua mempersoalkan anugerah kepada 1MDB sebuah projek loji janakuasa gas turbin 2,000MW di Melaka pada akhir Ogos lalu yang disahkan oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).
Beliau yang juga merupakan Setiausaha Publisiti DAP berkata, pada April lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menandatangani satu perjanjian pembelian tenaga dengan 1MDB bagi pembinaan loji tenaga solar.
“Pentadbiran Najib tidak bermoral apabila berdolak dalih dalam menggunakan tender terbuka dan meneruskan kontrak lumayan tersebut cara rundingan terus.
“Kerajaan dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa secara tergesa-gesa mempercepatkan penganugerahan kontrak ini meskipun loji kuasa gas turbin itu hanya dijadual untuk ditauliahkan pada tahun 2021, iaitu hujung tahun dari sekarang.
“Berdasarkan jawapan menteri, anugerah terbaru kepada 1MDB telah diberikan sebelum sempat terma seperti tarif elektrik ditetapkan atau dipersetujui,” katanya.
Beliau berkata perkara seperti ini lebih teruk daripada kontrak rundingan terus kerana tidak mempunyai rundingan yang dijalankan.

MP BN Kelantan ‘bisu’ isu royalti minyak

Kelantan bukan mengemis tetapi menuntut haknya dan wang ehsan pula tidak diberikan kepada kerajaan negeri yang sah.

minyak-300KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr. Izani Husin kecewa dengan Ahli Parlimen Kelantan yang lain kerana langsung tidak memperjuangkan nasib rakyat Kelantan untuk menuntut royalti minyak.
Menurutnya, individu yang menggubal perjanjian ini masih hidup antaranya Tun Salleh Abbas dan juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
“Kenapa dua individu ini tidak dipanggil dalam jawatankuasa khas ini?” soalnya di Parlimen hari ini.
Menurutnya, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen dari PAS pasti bahawa pihak kerajaan tidak berikan royalti tetapi pihak kerajaan telah menukarkan wang tersebut kepada wang ehsan.
“Kelantan bukan mengemis tetapi menuntut haknya dan wang ehsan pula tidak diberikan kepada kerajaan negeri yang sah,” katanya.
Walaubagaimana pun, kenyataan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu disanggah oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Katanya, sebagai anak kelahiran Kelantan, jika sememangnya Kelantan berhak mendapat wang royalti, pastinya beliau sendiri akan menuntutnya. Tetapi dalam isu royalti Kelantan ini, sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Khas Royalti.

"INDEKS KEBEBASAN AKHBAR DAH TURUN, KENAPA TAK PUJI KERAJAAN ??"


DAP mahu kerajaan dedah hasil siasatan Teoh Beng Hock

MP DAP Kepong Bahas Bajet 2015 (1)

MP PKR Bayan Baru Bahas Bajet 2015

MP PAS Kota Bharu - Pengerusi PAC Bahas Bajet 2015

Punca Kenaikan Kadar Inflasi Naik 2015 di Malaysia 4%-5%? Lebih 4% Buat Pertama Kali (2009-2014). Bersiap Sedia!

kadar inflasi

Kenaikan Kadar Inflasi Naik 2015 di Malaysia 4%-5%. Lebih 4% Buat Pertama Kali (2009-2014). Bersiap Sedia : Akhirnya kerajaan Malaysia terpaksa tunduk kepada garis panduan dan saranan yang diletakkan oleh agensi penarafan kredit seperti Moody yang mahukan kerajaan Malaysia potong lebih banyak subsidi minyak di Malaysia jika…. Malaysia mahu memperolehi bajet yang seimbang apatah lagi “surplus bajet” yang jauh lebih baik bagi mengekalkan momentum ekonomi di Malaysia pada landasan yang betul menjelang tahun 2020.
Apatah lagi pemerhatian dan kajian yang dijalankan oleh agensi penarafan kredit ini menunjukkan hutang jangka masa panjang Malaysia adalah lebih kurang sama seperti yang dialami Thailand tetapi hakikatnya jauh lebih berisiko daripada hutang Singapura, Korea Selatan mahupun China dan jika tidak ditangani daripada sekarang Malaysia negitu mudah terdedah kepada ketidakstabilan ekonomi pada masa akan datang.
kadar inflasi
  1. Setakat ini agensi penarafan antarabangsa Fitch rating, Standard & Poor meletakkan hutang & kewangan Malaysia masih lagi A-
  2. Bersamaan dengan kedudukan A3 yang diberikan Moody
  3. Moody setakat ini masih lagi mengekalkan prospek penarafan pada kedudukan “positif” manakala Standard & Poor adalah “stabil” dan Fitch rating pula mempunyai pandangan “negatif” terhadap Malaysia

Punca Kenaikan Kadar Inflasi Naik 2015?

Belanjawan 2015: 'Terlalu kaya untuk BR1M, miskin untuk elak cukai'

Belanjawan 2015 terus menekan golongan pertengahan ekoran isi rumah akan dibebani oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata sebuah badan pemikir milik negeri.

Ini kerana, kata Penang Institute, isi rumah berpendapatan antara RM55,000 dan RM100,000 setahun dilihat terlalu kaya untuk bantuan kebajikan tetapi hampir tidak mendapat manfaat potongan cukai pendapatan.

“Golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja tidak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia atau manfaat potongan cukai; tetapi juga harus bayar GST.

“Oleh itu, akhirnya wang tunai mereka akan kurang – kira-kira RM708 setahun,” katanya.

Penang Institute berkata, berdasarkan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah 2012, purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan (atau RM60,000 setahun).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar, statistik terkini menunjukkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,900 (atau RM70,800 setahun).

“Justeru, kami percaya, gabungan kesan ini menyebabkan isu rumah biasa Malaysia mempunyai kurang wang untuk dibelanjakan,” kata badan itu.

Masyarakat Islam perlu tolak keganasan, jauhi ISIS

ISISSHAH ALAM, 14 OKT: Jabatan Mufti Selangor menasihati umat Islam untuk teguh berpegang  ajaran Islam  berlandaskan al-Quran dan sunnah serta menolak keras sebarang bentuk keganasan.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islamnya, Azezul Azery Zulazmi berkata, jabatan berkenaan turut mengeluarkan Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama yang diwartakan, pada 31 Julai lalu.
Fatwa berkenaan  menggariskan empat butiran untuk perhatian masyarakat antaranya SIS Forum (Malaysia) dan individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme juga pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
“Sebarang bahan terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama perlu diharamkan dan boleh dirampas.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak.
“Individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama perlu bertaubat dan kembali ke jalan Islam,” petik fatwa berkenaan.
Fatwa dikeluarkan selaras dengan seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor di atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Anwar: GST pengalaman dari Ketereh?

anwarKUALA LUMPUR, 14 OKT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis membidas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dengan mempersoalkan adakah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan 1 April 2015 itu ‘pengalaman dari Ketereh’.
Reaksi ringkas yang diberikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ekoran Annuar Musa menyanggah cadangan Pakatan Rakyat (PR) supaya memperkenalkan cukai keuntungan modal (CGT) kerana idea berkenan mengikut model yang digunakan United Kingdom (UK).
Gst biasa“Dia tidak bidas melalui fakta bab fahaman luar, asing dan sebagainya. GST pengalaman kampung diakah? Ketereh ke?
“Dia kena faham saya ulas berdasarkan fakta, bukan jerit dan maki hamun. Itu cara dia,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Annuar dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat semalam berkata, cadangan PR untuk melaksanakan CGT menunjukkan sikap Anwar yang tidak konsisten mempertahankan hujahnya.
Hal itu kerana, Anwar pada 1993 pernah menyatakan di Dewan Rakyat bahawa beliau menolak cukai nilai tambah (VAT) iaitu sistem percukaian yang digunakan di negara barat ketika menjadi Menteri Kewangan.

Mansuhkan saman AES, kaji semula had laju

kamera aesKUALA LUMPUR 14 OKT: Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan mendesak kerajaan mengkaji semula penggunaan Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang disifatkan tidak praktikal dan membebankan rakyat.
Katanya, peraturan had laju 90 kilometer sejam yang dikuatkuatkuasakan oleh peraturan AES tidak sesuai dilaksanakan di sesetengah lebuh raya di negara ini.
Oleh sebab itu katanya, penggunaan kamera AES seolah-olah bertujuan mencari kesalahan pengguna jalan raya dan memeras wang rakyat melalui saman yang dikeluarkan.
“AES dilihat tidak memberi manfaat kepada rakyat dan ini merupakan satu hukuman sahaja kepada mereka yang melanggar undang-undang jalan raya, walhal banyak cara untuk atasi masalah tersebut,” ujarnya kepada Keadilan Daily.
Beliau merujuk jawapan kerajaan di parlimen bahawa AES dilaksanakan di 14 lokasi. Sehingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 1,492,084 kesalahan AES telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak dikuatkuasa 23 September 2012.

Geramm seru pengamal media sertai Himpunan “Walk for Peace and Freedom”

GERAMMSelaras dengan sokongan kami terhadap tuntutan agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948, Geramm mengajak pengamal media turut berarak bersama-sama Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) pada Khamis ini (16 Oktober) bagi menyuarakan bantahan terhadap undang-undang yang telah disalahguna bagi menyekat kebebasan bersuara secara am dan kebebasan media secara khususnya.
Memetik kenyataan Presiden Badan Peguam Malaysia, Christopher Leong, perhimpunan yang dikenali sebagai “Walk for Peace and Freedom” itu merupakan protes keempat seumpamanya dalam tempoh 67 tahun penubuhan organisasi profesional tersebut dan akan bermula di tapak letak kereta Padang Merbok, berhampiran bangunan Parlimen.
Perhimpunan bakal bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi sebelum para peserta berjalan menuju ke arah bangunan Parlimen, di mana wakil dari Badan Peguam Malaysia dijangka akan menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kerajaan Malaysia.
freedomPenyertaan Geramm merupakan susulan dari pertemuan wakilnya dan Institute of Journalist Malaysia bersama Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bagi menyerahkan petisyen mengandungi lebih seratus tandatangan pengamal media yang membantah Akta Hasutan.
Merujuk siasatan ke atas wartawan kanan Malaysiakini Susan Loone, Geramm menegaskan pendiriannya bahawa terdapat banyak “kekaburan” di dalam peruntukan di bawah Akta Hasutan yang boleh digunakan untuk menakutkan mana-mana individu dari bersuara.
Pihak berkuasa juga digesa menyiasat dengan profesional pengamal media apabila berita atau artikel yang diterbitkan menjadi fokus siasatan.
Geramm dengan ini menyeru semua pengamal media yang turut membantah penggunaan Akta Hasutan agar bersama-bersama berhimpun dan menuntut agar pihak kerajaan memenuhi janji untuk melaksanakan reformasi undang-undang serta menjamin hak kebebasan bersuara bagi semua rakyat Malaysia.
Geramm ialah perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuang kebebasan media dan pengamalnya.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Fazallah Pit melalui 019-3759767 atau Alyaa 012-3596240.

HUTANG PELAJAR, HUTANG RAKYAT KAMU KEJAR..HUTANG KRONI..??


Universiti Felda: Jawapan menteri bercanggah

MP PAS Pengkalan Chepa Bahas Bajet 2015

MP DAP Bandar Kuching Bahas Bajet 2015

Belanjawan 2015: 10% terkaya daripada 77% rakyat berharta

MP PKR Kuala Kedah Bahas Bajet 2015

MP PAS Parit Buntar Bahas Bajet 2015


PAC can't probe 1MDB just because Dr M groused

Perhimpunan Rakyat Hakim Negara 28 & 29 Oktober 2014


Jeffrey dakwa 'Projek IC' India, Pakistan pula

Seorang pemimpin politik Sabah mendakwa warganegara Indonesia, Pakistan dan India diberikan kad pengenalan MyKad dan direkrut sebagai anggota Umno.

Menyifatkannya sebagai ancaman, Ketua Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah Datuk Jeffrey Kitingan mendakwa, sumber yang boleh dipercayai mendedahkan pemberian kad pengenalan kepada rakyat Filipina merosot tetapi warga asing lain meningkat.

“Malah NGO India dan Bugis dilapor terlibat membantu pendatang baru mendapatkan MyKad dan merekrut mereka sebagai anggota Umno dan pengundi untuk diupah,” dakwanya.

Jika rekod “pemegang Projek IC rakyat Filipina” digunakan sebagai kayu ukur, Jeffrey berkata, warganegara Indonesia, Pakistan, dan India menjadi “bom jangka”.

RSF: Indeks akhbar M'sia makin teruk ke 147 dari 180


Pemantau kebebasan akhbar antarabangsa menyifatkan alasan menteri berhubung kemerosotan kebebasan akhbar sebagai “muslihat” Putrajaya untuk mengelak dipertanggungjawabkan.

Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) berkata, berdasarkan dapatan penyelidikan mereka, Malaysia memang berada pada kedudukan teruk.

Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan tiga persoalan besar yang diteliti, iaitu kawalan dan pemilikan kerajaan pada media, amalan lesen penerbitan dan laporan langsung wartawan.

“Itu adalah soalan-soalan asas yang ditanya dalam kaji selidik tersebut dan sememangnya Malaysia berada dalam kedudukan yang teruk dalam tiga persoalan tersebut,” katanya wakilnya di Malaysia Hata Wahari.

Beliau menjelaskan, kaji selidik Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia (PFI) dikendalikann RSF setiap tahun mendapat maklum balas pelbagai pihak, termasuk pengamal media pelbagai bidang dan kumpulan NGO.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata, tindakan Pulau Pinang menghalang Utusan Malaysia membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menyumbang kemerosotan PFI.

Beliau berkata demikian ketika membidas Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di parlimen yang merungut tentang prestasi PFI yang kini menyaksikan Malaysia di tangga 147 daripada 180 negara.

Hasan Malek gesa contohi pengusaha cendol, turun harga selepas minyak naik .!!

Datuk Seri Hasan Malek meminta peniaga agar mencontohi pengusaha cendol di Kuala Selangor yang menurunkan harga sebanyak 20 sen selepas kerajaan mengurangkan subsidi bahan api baru-baru ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, perkara ini dikesan semasa pihaknya mengadakan 75,851 pemeriksaan di seluruh negara untuk memantau harga barangan bermula 2 hingga 12 Oktober lalu. "Pengusaha ini menurunkan harga cendolnya 20 sen.
Tindakan itu sepatutnya dicontohi pengusaha atau peniaga lain dan bukan mengambil kesempatan di atas pengumuman pengurangan subsidi berkenaan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.
 "Pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan dan pasar. Sepanjang pemeriksaan memang ada kes atau aduan kenaikan harga barangan, tetapi tidak banyak, malah ada yang menurunkan harga seperti dilakukan pengusaha cendol di Kuala Selangor.
" Tindakan Putrajaya mengurangkan subsidi bahan api berkuatkuasa 2 Oktober lepas menyebabkan harga RON 95 meningkat daripada RM 2.10 kepada RM2.30 seliter manakala harga diesel pula meningkat daripada RM2.00 kepada RM2.20 seliter. Pemotongan subsidi RON 95 dan diesel itu merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi Putrajaya – mengundang kemarahan ramai pihak yang bimbang ianya akan menyebabkan peningkatan harga pelbagai barangan dan keperluan.

Arak: Pendirian Islam Liberal?

Oleh Khalid Samad
Ada yang menegur saya dengan mengatakan pendirian saya berhubung Oktoberfest adalah pendirian ‘Islam Liberal’. Saya agak terkejut atas teguran ini dan ianya adalah bukti bahawa yang menegur saya tidak memahami apa yang dikatakannya sendiri. Oleh kerana kelihatan agak ramai yang tidak faham, maka saya ingin perjelaskan di sini apa itu sikap Islam Liberal berhubung arak. 

SIKAP ISLAM LIBERAL BERHUBUNG ARAK
Islam Liberal menganggap bahawa arak itu haram atas sebab ianya memabukkan. Oleh itu dirasionalkan bahawa kemabukan adalah masalah sebenar dan bukan arak itu sendiri. Maka dirumuskan seterusnya bahawa sekiranya tidak mabuk maka ianya tidak haram. Oleh itu dikatakan meminum arak itu halal bagi ummat Islam sendiri selagi tidak mabuk. Kalau bagi orang Islam dianggap halal selagi tidak mabuk, sudah pasti mereka lebih Liberal terhadap yang bukan Islam. Itu pendirian Islam Liberal.

SIKAP ISLAM EKSTRIMIS/CHAUVANIS BERHUBUNG ARAK
Pada masa yang sama ada juga sikap Islam ekstrimis/chauvanis. Islam ekstrimis/chauvanis menganggap arak itu haram bagi ummat Islam dan oleh kerana ianya haram bagi ummat Islam, maka bukan Islam pun tidak boleh minum arak kerana perlu hormat kepada orang Islam. Maka Islam ekstrimis/chauvanis menganggap arak itu haram untuk orang Islam dan oleh itu maka juga haram bagi orang bukan Islam. Mereka menjustifikasi pendirian mereka atas hujjah sekiranya ianya dibenarkan maka Allah akan turunkan bala ke atas masyarakat keseluruhannya. Maka atas hujjah umum sebegitu hak bukan Islam disekat dan orang bukan Islam ditindas.

Bagi golongan ini persoalan hak dan sebagainya tidak merupakan persoalan utama. ‘Hak’ mengikut mereka adalah ciptaan barat. Mereka tidak memahami bahawa tindak tanduk mereka menjadi faktor penghalang masyarakat bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri menolak Islam. Soal ‘bil hikmah’, ‘jaadilhum allati hiya ahsan’ dan sebagainya adalah tidak lagi releven. Yang penting adalah ketundukan manusia kepada Islam samada secara rela atau paksa!

Maka akhirnya isunya berubah dari soal hak meminum arak bagi yang bukan Islam kepada ‘kekuasaan Islam’ yang semua perlu tunduk padanya. Apabila dilihat dari sudut ini maka akan tercetus perbalahan di antara yang Islam dan bukan Islam kerana masing-masing ingin mempertahankan hak dan kekuasaan masing-masing. Suasana sebeginilah yang merupakan suasana yang subur untuk munculnya golongan seperti ISIS dan ISIL. Inilah sikap Islam ekstrimis/chauvanis.

SIKAP ISLAM BERHUBUNG ARAK
Apa pula pendirian Islam yang sebenar? Pendirian Islam adalah arak itu haram bagi ummat Islam. Hukum bagi yang bukan Islam pula adalah berdasarkan ajaran agama mereka. Sekiranya ianya haram mengikut ajaran agama mereka maka ianya haram ke atas mereka dan ketua-ketua agama mereka hendaklah bersuara mendorong penganut agama mereka supaya menjauhkan diri mereka dari meminum arak. Mungkin ianya boleh dikuat-kuasakan dengan kerjasama kerajaan seperti mana dengan ummat Islam. Samada ianya haram atau tidak mengikut ajaran agama mereka perlulah ditetapkan oleh ketua agama mereka, BUKAN ditetapkan oleh orang Islam.

Muslimat Pas Melaka kecam Oktoberfest

Oktoberfest di Melaka dibantah
Muslimat Pas Melaka hari ini mengecam penganjuran pesta arak Oktoberfest yang didakwa diadakan bagi menarik pelancong ke Melaka.

Ketuanya, Kintan Man, ia seolah-olah tidak menghormati tidak menghormati Perlembagaan Malaysia yang menyatakan agama Islam Persekutuan adalah agama Islam.

“Islam tidak melarang penganut agama lain untuk meminum arak, namun penganjuran pesta tersebut adalah suatu yang amat mendukacitakan sekaligus menafikan Islam sebagai suatu cara hidup,” katanya menerusi sebuah kenyataan.

Kintan dalam pada itu turut menyanggah kenyaatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang menyeru pimpinan Pas supaya bersikap lebih terbuka menerima penganjuran pesta tersebut.

“Kami pemimpin Pas sentiasa berfikiran terbuka berlandaskan syariat Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Kami sentiasa berpegang teguh dan mengamalkan istiqamah untuk menyempurnakan taqwa kepada ALLAH dan bakti kepada sesama manusia.

“Sebenarnya, Ketua Menteri serta kabinet boleh mengemukakan suatu perolehan pertumbuhan ekonomi mapan yang bersih lagi murni demi pembangunan infrastuktur dan kesejahteraan pembangunan modal insan,” jelasnya lagi.

Ahmad Maslan Oh Ahmad Maslan..

Oleh Shahbudin Husin

Kalau ada anugerah atau trofi yang patut diberikan kepada pemimpin UMNO yang paling gigih
membela dan mempertahankan Najib Razak, pemenangnya tidak lain ialah Ahmad Maslan.

Beliau yang merupakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, bila saja ada isu mengenai Najib, selalu saja tampil dengan idea dan hujahnya yang tersendiri dan lain daripada yang lain.

Berbanding Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri yang lain, Ahmad Maslan seperti menumpukan sebahagian masa, tenaga dan buah fikirannya untuk menjadi pembela nombor satu kepada Perdana Menteri.

Walaupun banyak hujahnya sebelum ini dipertikaikan, dijadikan bahan ketawa, sindiran, dianggap pandir dan seumpamanya sehingga menjadi satu-satunya pemimpin yang pernah menunjukkan pointer CGPA yang diperolehinya untuk membuktikan dirinya "tidaklah bodoh sangat" tetapi beliau tetap dengan kegigihannya itu.

Barangkali baginya, yang penting asalkan Najib gembira dengan kerja-kerja yang dilakukannya, itu sudah memuaskan hatinya. Kalau isteri Najib, Rosmah Mansor turut dapat dibela dan gembira sama, tentunya ia merupakan bonus berganda lagi baginya.

Dalam isu Bajet 2015 yang baru dibentangkan Najib, Ahmad Maslan sekali lagi tampil dengan kegigihannya yang luar biasa itu. Jika semalam beliau membela Rosmah mengenai peruntukan yang diterima Permata dengan mengatakan isteri Perdana Menteri itu tidak mendapat manfaat walau sesen pun daripada peruntukan yang diberikan kerajaan, hari ini giliran Najib pula dibela dan dipertahankannya.

Mempertahankan kenaikan gaji Ahli Parlimen yang diumumkan Najib, beliau berkata, ia bukan saja dikira masih rendah, malah gaji Perdana Menteri sendiri hanya menyamai gaji Perdana Menteri Zambia saja.

Dengan gaji RM22 ribu yang diterima Najib, Ahmad Maslan juga berkata, jika di sektor swasta ia hanya menyamai gaji seorang pengurus besar saja manakala gaji Ahli Parlimen sebanyak RM6500 pula tidak berpatutan jika dikira dengan jumlah pengundi yang sekurang-kurangnya berjumlah 50 ribu di sesebuah kawasan Parlimen.

Belanjawan 2015: Wanita dilupakan, peruntukan rendah berbanding Jabatan Perdana Menteri


teo nie ching


KUALA LUMPuR, 14 OKT: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan belanjawan 2015 Jumaat lalu bahawa wanita adalah istimewa dan kerajaan mengiktiraf peranan golongan itu dalam pembangunan nasional dan mendidik generasi akan datang, hanyalah omong kosong.
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, peruntukan kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KWKPM) meningkat hanya sebanyak 3.7 peratus, iaitu dari RM 2.2 bilion pada 2014 kepada RM2.26 bilion )2015).
“Kenaikan peruntukan di bawah purata (lebih rendah daripada kenaikan keseluruhan) dengan sendirinya membuktikan wanita dipinggirkan,” kata Nie Ching dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah Nie Ching, peruntukan kepada (KWKPM) lebih rendah berbanding kepada Jabatan Perdana Menteri yang menerima RM19.06 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 15.9 peratus berbanding tahun sebelumnya (RM16.45 bilion).
“Kita jangan lupa bahawa sebahagian besar peruntukan kepada KWKPM adalah untuk kebajikan sosial dan bukannya khusus untuk wanita,” katanya lagi.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu turut membidas pemotongan sebanyak 60 peratus kepada Institut Pemberdayaan Wanita NAM (NAM Institute for The Empowerment of Women, NIEW) daripada RM.4 juta kepada 3.2 juta.

Berlagak hero, Annuar Musa lupa Pusat buli Kelantan hak royalti

Berpura-pura sokong Royalti..!!!
KUALA LUMPUR 14 OKT: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa cuba berlagak menjadi hero dan mengejar popular apabila bertindak melaga-lagakan parti komponen Pakatan Rakyat terutama menyatakan PAS kerap ‘dibuli’sekutunya dalam Pakatan’.
Malah tindakan Annuar menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir 90 minit ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbelakan 2015 pada Isnin lalu tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.
“Sewajarnya peluang untuk berbahas Rang Undang-Undang Perbekalan ini, tambah pula bagi tahun 2015 sepatutnya dimanfaat sebaik-baiknya oleh ahli dewan untuk membawa isu ekonomi rakyat.
“Saya nak sentuh ucapan yang dibuat oleh Ketereh tadi, Ketereh tumpukan hampir sepenuh ucapan untuk menyerang Permatang Pauh.
“Malah dia jadi batu api dan nyatakan konon ada buli membuli dalam Pakatan Rakyat.
“90 minit Ketereh bercakap dia tak sentuh langsung tentang pembulian paling besar terhadap Kelantan yang telah dinafikan royalti dan hasil minyak milik rakyat Kelantan,” tegas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sewaktu perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat, semalam.
Setiausaha Agung KEADILAN itu menjelaskan, Kerajaan Persekutuan dijangka akan mengaut hasil RM758 juta dari royalti gas daripada MTJA iaitu hasil aktiviti minyak luar pesisir pantai pada 2015.
Malah berpandukan kepada anggaran hasil Kerajaan Persekutuan, turut dijangkakan kerajaan akan mendapat keuntungan dari aktiviti gas sebanyak 1.45 bilion pada 2015 dengan unjuran pendapatan keuntungan sebanyak RM1.32 bilion pada tahun 2014.

'Tak boleh siasat 1MDB hanya kerana Dr M kritik' - PAC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata mereka tidak boleh memulakan siasatan ke atas dakwaan hutang 1MDB hanya kerana ia dikritik bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohammed (bawah) berkata panel itu kini sedang memberi keutamaan kepada apa yang dibangkitkan laporan ketua audit negara.

"Kita tak boleh respon kepada seorang individu. Seperti yang anda lihat, jadual kami padat," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan hal itu dalam "radar" PAC.

"Semua isu termasuk 1MDB tak bermakna jika ada seorang kata ia salah, ia salah. Tapi ia dalam radar kita.

"Saya tidak buat sekarang penilaian lagi. Saya lihat apa yang ada di media tapi keperluan tidak mendesak seperti laporan ketua audit," kata beliau lagi.

Bajet Kelantan 2015, defisit tanpa hasil royalti

AHMAD FADHLI SHAARI


13 Oktober 2014, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob telah membentangkan bajet Kelantan 2015 di bawah tema Kesejahteraan Rakyat, Keutamaan Negeri. Sebagai bajet kedua beliau selepas diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selepas pilihanraya umum yang ketiga belas yang lepas, Ustaz Ahmad Yakob menggalas tanggungjawab besar selaku pengemudi baru kerajaan negeri Kelantan meneruskan dasar berkebajikan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan negeri di samping menjadikan misi Membangun Bersama Islam yang telah diasaskan 24 tahun yang lepas terus menjadi kenyataan.

Bajet Defisit Tanpa Hasil Royalti

Bajet Kelantan 2015 ini adalah merupakan bajet defisit. Ia berasaskan anggaran hasil 2015 sebanyak RM530.828 juta berbanding anggaran perbelanjaan sebanyak RM601.514 juta. Namun, apa yang membezakan Bajet Kelantan pada kali ini, hasil royalti minyak tidak dimasukkan sebagaimana tahun 2013 dan 2104 kecuali token sebanyak RM10 sahaja. Ia tentunya bukanlah bermakna Kerajaan Kelantan sudah tidak berminat untuk memperjuangkan isu royalti minyak namun dikatakan ada sebab-sebab perundangan yang menyebakan langkah sebegini terpaksa diambil. Dalam hal ini, penjelasan yang sebaiknya tentunya akan diberikan oleh kerajaan Kelantan khususnya dari aspek teknikal agar ia difahami oleh rakyat.

Dari sudut rekod, di dalam Bajet Kelantan 2014 kerajaan negeri telah memasukkan bayaran petroleum yang patut dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebanyak RM200.0 juta dan ia telah membentuk 36.41% daripada keseluruhan bajet pada waktu itu. Padahal hakikat sebenar yang berlaku tidak ada satu senpun hasil kerajan negeri yang diterima melalui pembayaran royalti. Jika ia dimasukkan sekali lagi di dalam bajet pada kali ini, di atas kertas Bajet Kelantan 2015 akan merupakan bajet surplus (lebihan) sebanyak RM130 juta.

Perlulah diingatkan, wang royalti minyak masih belum dibayar oleh kerajaan Pusat sekalipun pihak Petronas melalui Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas telah mengeluarkan kenyataan pada 29 November 2012 bahawa mereka telah membayar wang royalti melalui kerajaan persekutuan. Namun, ke manakah wang itu menghilang terus menjadi persoalan yang tidak terjawab. Dalam hal ini, perjuangan menuntut royalti minyak wajib terus menjadi agenda kepada rakyat Kelantan.

Jika ditolak hasil royalti minyak, anggaran pendapatan kerajaan negeri untuk tahun 2015 juga meningkat berbanding 2014 di mana anggaran pendapatan 2014 ialah RM349.26 juta (RM549.26 juta – RM200 juta hasil royalti minyak). Ia meningkat sebanyak kira-kira 50% kepada RM530 juta anggaran hasil pada tahun 2015 atau sebanyak kira-kira RM181 juta iaitu angka yang hampir menyamai royalti minyak sebanyak RM200 juta setahun!

Jika dilihat kepada bajet yang dibentangkan pada hari ini, anggaran hasil yang meningkat ini dapat dilihat dengan ketara terutama melalui anggaran hasil royalti manganese iaitu sebanyak RM40 juta berbanding anggaran RM11 juta pada tahun 2014. Demikian juga anggaran royalti air (air sungai) yang meningkat kepada RM13 juta berbanding anggaran RM3.5 juta pada tahun 2014. Hasil bijih besi juga mengalami peningkatan ketara dengan anggaran sebanyak RM13 juta pada tahun 2015 berbanding anggran RM6.5 juta pada tahun 2014. Diharapkan agar anggaran-anggaran sasaran yang dibuat ini dapat mencapai target yang telah digariskan pada tahun 2015 nanti sebagai satu punca pendapatan kepada kerajaan negeri Kelantan.

PAC mahu SPRM siasat 'rasuah' projek sekolah

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah dalam pemberian kontrak keselamatan RM2 bilion di sekolah-sekolah.

Cadangan itu dinyatakan dalam laporan PAC hari ini selepas penelitian Laporan Ketua Audit Negara 2012 terhadap projek-projek Kementerian Pendidikan.

Laporan yang dibentangkan di parlimen hari ini menyebut, PAC mencadangkan kementerian meneliti secara serius dakwaan amalan rasuah melalui siasatan terhadap pengurusan kontrak keselamatan.

PAC juga mencadangkan SPRM menjalankan siasatan berasingan dalam kes itu.

Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mendedahkan salah pengendalian RM2.051 bilion berhubung pengambilan kontraktor keselamatan untuk sekolah-sekolah antara 2010 hingga 2012.

MEMBERI SUBSIDI KEPADA RAKYAT ADALAH POLISI BODOH KATA AHMAD MASLAN.

The wealthy tend to benefit more from subsidies than the poor, with the richest Malaysians Robert Kuok and Ananda Krishnan among recipients of government subsidies, Deputy Finance Minister Ahmad Maslan said.

“Subsidies are a stupid policy,” he said during a Budget 2015 briefing to Inland Revenue Board employees at the tax collection agency’s Cyberjaya headquarters today.

“If Malaysiakini were here my comments will probably be uploaded in a matter of minutes,” he said.

The fuel subsidy cut on Oct 2 was made in the interest of fairness to the rakyat, Ahmad told his audience.

A full tank of petrol for a motorbike is just 7.5 litres while for a Mercedes-Benz a full tank is 75 litres, he said.

“Which consumes more petrol? Should subsidies be paid to the rich or to the poor?” he asked to meek response from his audience.

Pergh!!!! .. akhirnya Timbalan Menteri CGPA 3.85 merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen mengaku yang selama ini kerajaan UMNO/BN mengamalkan polisi bodoh!!!!! ... selama hampir 60 tahun mengamalkan dasar bodoh bin bangang bin bahalol bin biol bin bingung bin baghal bin badigol.

Bajet 2015: Agenda untuk belia tidak meyakinkan

Program kesukarelawan antarabangsa pula boleh diibaratkan sebagai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

rara3PETALING JAYA: Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), berkata, beberapa pengumuman yang dibuat oleh kerajaan di bawah Bajet 2015, untuk golongan belia, tidak begitu meyakinkan.
Jurucakapnya, Young Syefura Othman atau lebih popular sebagai Rara berkata, perkara positif dalam Bajet 2015 antaranya adalah kajian semula PLKN, walaupun idea ini berasal daripada Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat.
“Namun Segmentasi Wanita Muda SAMM turut menyambut baik pengumuman kerajaan.
“Selain itu, penambahbaikan program Rakan Muda dan program Agropreneuer muda juga merupakan perkara positif dalam menggalakkan anak muda terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarela dan pertanian.
“Sungguhpun begitu, Segmentasi Wanita Muda SAMM berpandangan Akademi Kepimpinan Belia adalah satu pembaziran. Adakah program di universiti tidak mencukupi?
“Seharusnya pihak kerajaan memberikan tumpuan untuk memberikan nilai tambah kepada program kepimpinan belia di peringkat universiti.
“Aspek kepimpinan ini patut dipupuk dari zaman universiti dan tidak perlu ditambah lagi program lain.
“Program kesukarelawan antarabangsa pula boleh diibaratkan sebagai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
“Hakikatnya, banyak lagi kawasan dalam negara ini yang memerlukan sukarelawan terutama di kawasan-kawasan pedalaman,” katanya.
Idea 1 Malaysia Youth City ‘absurd’

BR1M bukan untuk bermewah, kata Ahmad Maslan sambil tayang iPhone 6 baru kepada kakitangan awam

Sambil menayangkan iPhone 6 barunya kepada kakitangan awam hari ini, Datuk Ahmad Maslan menerangkan pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibayar secara ansuran supaya ia tidak disalahgunakan untuk membeli barangan mewah seperti itu. BR1M dinaikkan dari RM450 ke RM750 dan dari RM650 ke RM950 bagi isi rumah berpendapatan rendah dalam kategori berbeza mulai tahun depan, dan akan diberi secara ansuran, dan bukan sekaligus seperti sebelum ini.
"Kalau diberi sekaligus RM950, dan bukannya tiga kali ansuran pada Januari, Mei dan September, mungkin kita boleh lihat rakyat mula membeli telefon bimbit baru seperti iPhone 6," katanya. Sambil berkata demikian, Timbalan Menteri Kewangan itu dengan bangga menunjukkan iPhone 6 baru miliknya yang katanya dibelikan oleh anaknya di London selepas menamatkan pengajian baru-baru ini.

Siapa yang paling `malang' dalam Bajet 2015?

Golongan berpendapatan sederhana dengan gaji bulanan antara RM4,000 hingga RM8,000 dilihat sebagai kumpulan rakyat yang paling `malang' kerana tidak dapat menikmati pelbagai manfaat dalam Bajet 2015.
Pengarah Urusan VKA Wealth Planner, Javern Lim berkata, golongan tersebut bukan sahaja tidak dapat menikmati potongan cukai pada kadar yang besar, malahan tidak layak memperolehi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Katanya, golongan tersebut mungkin masih bujang atau mempunyai anak pada usia yang kecil sekali gus tidak dapat menikmati bantuan persekolahan daripada kerajaan.
``Jika mereka tidak memiliki rumah, mereka memang layak memohon Skim Perumahan Belia. Namun harga rumah di Kuala Lumpur dan Selangor masih terlalu tinggi untuk mereka.
``Bagi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pula, kediaman ini biasanya terletak lebih jauh daripada bandar dan kurang sesuai untuk golongan berpendapatan sederhana," katanya kepada China Press.
Tambahnya, kadar potongan cukai untuk golongan tersebut juga tidak besar tetapi cukup untuk meringankan beban mereka.

AMK lancar Kempen ‘Rakyat Hakim Negara’, solidariti untuk Anwar

rakyatPETALING JAYA 14 OKT: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) melancarkan Kempen ‘Rakyat Hakim Negara’ bagi merancang mobilisasi mega pada hari pendengaran rayuan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual berlangsung selama dua hari mulai 28 Oktober ini.
Kempen yang bermula hari ini akan berlangsung dalam tempoh 14 hari sehingga tarikh perbicaraan itu yang bakal diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Dengan mensasarkan 10,000 rakyat yang akan turun menyertai kempen ini, Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kempen tersebut bertujuan menuntut keadilan untuk Ketua Umum KEADILAN itu, yang menjadi mangsa kerakusan kerajaan.
Selain itu, bagi mempertahankan kebebasan, integriti dan kedaulatan sistem kehakiman negara.
“Kempen ini bukan sahaja bersifat solidariti untuk Anwar, tetapi kami ingin membangkitkan kesedaran orang awam khususnya generasi muda supaya membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial di negara kita dengan pelbagai cabaran seperti penindasan Akta Hasutan, kenaikan harga minyak, GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan lain-lain lagi,” kata Nik Nazmi.
Beliau memnjelaskan demikian pada sidang media pelancaran kempen di ibu pejabat parti, hari ini.
Menurut Nik Nazmi, pelbagai program disusun sepanjang tempoh itu seperti flashmob, ceramah jelajah peringkat negeri, edaran risalah, dan program kemuncak pada 28 Oktober.

Kempen 'Rakyat Hakim Negara' buat Anwar mula hari ini

Angkatan Muda Keadilan melancarkan kempen selama 14 hari bermula hari ini bagi menunjukkan solidariti terhadap Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kemuncak kempen yang bertemakan 'Rakyat Hakim Negara' itu akan diadakan di Putrajaya pada 28 Oktober depan.

Antara program kempen itu ialah flashmob, edaran risalah, ceramah di seluruh negara dan juga kempen melalui media sosial.

"Siri ceramah ini juga akan dijalankan bersama Anwar Ibrahim di beberapa lokasi di seluruh negara yang akan dimaklumkan kelak.

"Kemuncak kempen Rakyat Hakim Negara adalah ceramah perdana yang bakal berlangsung di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 Oktober," katanya.

Beliau yang juga ADUN Seri Setia berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Ditanya sama ada kempen tersebut akan diteruskan sekiranya Anwar dijatuhi hukuman, Nik Nazmi berkata mereka telah bersedia dengan segala kemungkinanan.

Malah, beliau yang juga exco Selangor turut meminta orang ramai untuk hadir pada 28 dan 29 Oktober bagi menunjukkan solidariti terhadap Anwar.

'Kenaikan harga barang tak jurus inflasi tinggi' kata Hasan Malek

Walaupun laporan ekonomi perbendaharaan menyatakan kadar inflasi akan melebihi 4 peratus pada 2015 sejajar dengan perlaksanaan GST, namun Datuk Hasan Malek yakin kenaikan harga barang tidak akan menjurus ke arah inflasi yang tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata kerajaan mempunyai mekanisme untuk memantau kenaikan indeks harga pengguna (IHP) untuk memastikan harga barang dalam keadaan terkawal.

Menurutnya lagi, kerajaan akan mengumpul statistik setiap bulan bagi menilai kedudukan indeks harga pengguna.

"Setahu saya, indeks harga pengguna bulan lepas dalam 3.2% saja, mungkin ada naik turun. Tapi saya cukup yakin ini tidaklah menjurus ke arah inflasi yang tinggi esok, dengan adanya barang dikecuali dan sebagainya.

"Tiap bulan memang ada statistik, kita masih mampu mengawal inflasi itu kerana kita ada mekanisme untuk memantau kenaikan IHP bagi membolehkannya dalam keadaan terkawal.

"Kita akan ambil langkah untuk mengawalnya," katanya dalam sidang media pagi ini.
 

Walau digantung, dua Adun PAS rasa ‘berbaloi’ singkirkan Khalid Ibrahim

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor yang dikenakan tindakan disiplin kerana menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor menyifatkan perjuangan mereka menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mengukuhkan semula Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu sebagai "berbaloi".
Adun Morib Hasnul Baharuddin (gambar) berkata, walaupun terkejut keahliannya digantung setahun, tetapi matlamat utamanya untuk pulihkan kembali kuasa PR tercapai.
"Kalau tidak Tan Sri Khalid masih lagi menjadi menteri besar dan buat sesuka hati dengan Selangor," katanya kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalam.

Menurut Hasnul, beliau sebelum ini sudah menjangka akan dikenakan tindakan dan menerima dengan terbuka keputusan dibuat PAS itu. Apabila ditanya sama ada hukuman yang dikenakan terhadapnya adil, Hasnul berkata terpulanglah kepada tafsiran masing-masing kerana setiap orang mempunyai persepsi sendiri.
"Setakat ini saya belum lagi dapat surat rasmi, saya sedang fikir untuk buat rayuan," katanya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika mengumumkan keputusan parti Islam itu menggantung Adun Morib dan Adun Hulu Klang itu dan berkata sepanjang tempoh itu, Hasnul dan Saari tidak boleh  menyertai sebarang aktiviti parti, namun masih diberi ruang merayu dalam tempoh 15 hari.

Ahli Parlimen BN marah kerajaan biar penyeludupan makanan bersubsidi ke Indonesia

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (gambar) dari Barisan Nasional (BN) mendakwa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah "menutup mata" terhadap kegiatan penyeludupan makanan bersubsidi kerajaan.
Ghapur berkata APMM di perairan negeri itu tidak mengendahkan aktiviti penyeludupan makanan yang dipercayai dijual kepada negara jiran dan bukannya dinikmati rakyat Sabah.
"Menteri kata APMM sangat aktif, bercerita pasal penyeludupan diesel, tetapi makanan seperti barang subsidi bukan orang Sabah yang dapat, orang Indonesia yang makan.

"Sebab kita sudah kenalpasti empat tempat penyeludupan, APMM tidak peduli, kenapa terang-terangan barang-barang ini diseludup dan dieksport ke Indonesia?" soal Ghapur. Beliau turut berkata kemungkinan terdapat kelonggaran penguatkuasaan yang dilakukan APMM di perairan negeri itu.
"APMM tutup mata, mungkin ada sesuatu dan penguatkuasaan tidak betul," katanya.
"APMM tidak bekerja dan saya minta menteri buat sesuatu untuk kawal," katanya ketika bertanya soalan tambahan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Susulan dinding flat tercabut dilanda ribut

Dewan Rakyat 14 Okt 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Najib, adakah anda PM untuk semua rakyat atau golongan tertentu?

Oleh Ng Kee Seng
Adakah Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia atau hanya untuk Barisan Nasional, Umno dan dirinya sahaja? Semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ternyata bingung dan terkejut dengan apa yang diucapkan Najib pada perhimpunan agung tahunan MCA pada Ahad lalu.
Untuk fanatik perkauman dan agama untuk mengucapkan apa yang dikatakannya dijangka. Tetapi dari seorang Perdana Menteri?

Najib memberitahu masyarakat Cina tidak membuat tuntutan jika mereka tidak dengan kedua-dua BN adalah menjijikkan dan menghormati kebebasan bersuara, pilihan dan Perlembagaan Persekutuan. Nah, YAB Perdana Menteri, di mana undang-undang yang mengatakan tidak menyokong BN atau Umno adalah menyalahi undang-undang?
Mengapa bersusah payah untuk mengadakan pilihan raya umum jika rakyat Malaysia hanya perlu mengundi atau menyokong BN-UMNO?
Dalam nada yang sama, jika BN-Umno tidak bersedia untuk berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia, iaitu hanya mereka yang menyokong BN-Umno, boleh semua orang-orang yang tidak menyokong itu tidak membayar cukai kepada kerajaan BN-Umno?
Minda anda, mereka yang tidak menyokong BN-Umno membayar jumlah yang sama cukai dijadualkan kerajaan. Mereka mengharapkan layanan yang adil. Mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang adil dan saksama, bukan satu yang mendiskriminasikan untuk agenda politik.
Sejak, BN-Umno tidak mahu untuk berkhidmat semua rakyat Malaysia, maka mengapa mesti semua rakyat Malaysia membayar cukai?
Masalah dengan pentadbiran Najib yang dipimpin ialah BN-Umno terlalu sombong setelah berkuasa selama lebih daripada lima dekad.

Politik Malaysia dan sikap kita

Oleh Adib Azman
Politik Malaysia suka saya sifatkan seperti drama bersiri Bawang Putih Bawang Merah yang sangat popular beberapa tahun dahulu. Ia kisah lagenda (atau dongeng) yang diadaptasi semula karyawan Indonesia, jalan ceritanya sangat panjang dan saya sendiri kadang-kadang sanggup tunggu untuk tengok usai habis waktu persekolahan.
 Pergaduhan dua beradik perempuan, ibu tiri yang jahat dan kewujudan pari-pari dengan pelbagai insiden baru sentiasa menarik episod drama menjadi panjang dan bersambung. Malah lebih kelakar lagi, pelakon yang membawa watak ibu tiri jahat itu diundang Media Prima ke Malaysia kerana dia ada peminatnya tersendiri. Sangat aneh orang Malaysia.

Akhirnya episod drama yang panjang itu berakhir dengan jawapan "semua perkara ini hanyalah sebuah mimpi". Begitulah politik Malaysia, isu-isu pergerseran politik dan nasional tidak henti-henti menghujah dada dan minda rakyat tidak berhenti, golongan muda sudah muak, kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak cuba mengurangkan beban rakyat, Pakatan Rakyat makin marak balik percakaran di antara mereka, khususnya krisis dalaman PAS dan hubungannya dengan PKR dan DAP. Golongan pertengahan dan miskin pula tersepit sebagai miskin bandar. Rakyat mengimpikan sebuah kerajaan yang adil, mendampingi rakyat, tetapi pembentangan Belanjawan demi Belanjawan lewat bermulanya RMK10 tidak membawa pulangan lumayan kepada rakyat.