Jumaat, 10 Oktober 2014

ACCCIM: Price drop by 4% only theoretical

Anwar kecewa, anggap Bajet 2015 tak munasabah

Bajet 2015: Rakyat kena bersedia harga barang naik

Bajet 2015: Industri MAS tidak disentuh

'Bajet tak berjiwa rakyat, ramai pilih tolak harga petrol naik'

Bajet 2015: BRIM tak tambah pendapatan negara

#Bajet2015: Anwar Dakwa Najib Guna Bajet Lama

Bajet 2015: K'tan terus dipinggirkan

Bajet 2015: Golongan kaya nikmati subsidi

Budget2015: Pakatan leaders' reaction

Anwar: Bajet 2015 Sama Saban Tahun


Bajet 'Pro Rakyat' atau Bajet 'Perbodohkan Rakyat' ni?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2015 yang dikatakannya bersifat 'Pro Rakyat' bagi menghadapi keadaan lebih sukar untuk pada tahun 2015.

Belanjawan berkenaan dibentangkan di Parlimen, susulan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan diesel bermula awal bulan ini.

Ia juga bagi menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April tahun depan.

Yang paling menarik bagi aku ialah pasal pelepasan cukai ni.. terutamanya perenggan ketiga pasal tahap yang dikenakan kadar cukai maksimum tu..

- Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan di antara 1 hingga 3 mata peratus - menyebabkan 300,000 pembayar cukai individu tidak perlu membayar cukai.  
- Pembayar cukai dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan akan dikecualikan dari membayar cukai. Cukai pendapatan individu akan distruktur semula.  
- Kadar maksimum akan dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih daripada RM400,000. Kadar cukai maksimum 26% akan dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.

Petrol tak kena GST, harga barang tetap naik - Anwar

Najib tidak menyatakan langkah bagi mengatasi masalah kebocoran, ketirisan, rasuah dan cara untuk melakukan tender secara terbuka terhadap beberapa projek mega.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan Bajet 2015 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, sewaktu pembentangan, Najib langsung tidak menyatakan cara-cara dan langkah bagi mengatasi masalah kebocoran, ketirisan, rasuah dan cara untuk melakukan tender secara terbuka terhadap beberapa projek mega.
anwar300“Perkara tersebut langsung tidak disentuh, bahkan jika tidak dibendung akan menyebabkan kos barangan meningkat secara tidak langsung,” katanya sewaktu ditemui media di lobi Parlimen selepas selesai pembentangan Bajet 2015.
Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyatakan jika tidak dicegah, ia juga akan menyebakan taraf hidup rakyat semakin meningkat ditambah pula dengan peningkatan harga minyak.
Katanya lagi, mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia bukan sahaja soal pengecualian semata-mata, tetapi dengan perlaksanaan GST pada April tahun hadapan pastinya akan meningkatan harga barangan.
“Ia adalah satu pendekatan yang pastinya akan meningkatkan harga barangan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, sewaktu pembentangan Bajet 2015, Najib telah mengumumkan penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) diberikan pelepasan GST.
“Kini, lebih RM 21 billion setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG.

Bung kata memang wajar subsidi minyak dikurangkan

Namun saya tidak menolak Malaysia akan menjurus ke arah subsidi tersasar dan akan berlaku kenaikan kos masa akan datang
bung_mokhtarKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengurangkan subsidi minyak di Malaysia.
Menurut Bung Mokhtar, kenakan harga minyak petrol dan diesel ini tidak boleh dielakkan kerana pihak kerajaan tidak dapat menampung kenaikan kos lagi.
“Kenaikan harga petrol seperti sebelum ini akan diumumkan oleh Najib secara peringkat ke peringkat.
“Rasionalisasi petrol dan diesel ini amat wajar dan selama ini subsidi yang diberikan tidak pernah tersasar dan kerajaan memberikan kepada semua termasuk orang kaya, orang luar dan pada mana-mana orang yang bawa kereta.
“Namun saya tidak menolak Malaysia akan menjurus ke arah subsidi tersasar dan akan berlaku kenaikan kos masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman Bejet 2015 oleh Najib.
Selain itu Bung berkata GST akan berjalan lancar seperti yang diucapkan oleh Najib dan GST tidak akan memberi beban kepada rakyat.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana akn membina jalan PAN Borneo yang mula pada tahun depan dengan peruntukan 27 billion.

Belanjawan 2015: Program Penyelenggaraan Perumahan, Khairat Kematian mirip MES

mesKUALA LUMPUR, 10 OKT: Program Penyelenggaraan Perumahan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2015 mirip kepada Program Ceria Selangor.
Kerajaan Pusat juga memperkenalkan skim khairat kematian bagi penerima BRIM sebanyak RM1,000 yang mirip Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang juga di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor selepas mengambil alih pentadbiran negeri mula melaksanakan pelbagai program di bawah skim MES.
Antara 17 skim yang dilaksanakan itu termasuklah SMUE yang membolehkan waris perserta skitm terbabit menerima wang khairat kematian sebanyak RM2,500 bagi meringankan beban menguruskan jenazah.
Skim MES turut menawarkan Program Ceria bagi memolehkan bangunan-bangunan rumah pangsapuri dicat semula dan membaiki lif untuk keselesaan penduduk.

Teks penuh ucapan Bajet 2015

Berikut adalah teks ucapan penuh Bajet 2015 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-undang Perbekalan 2015 itu bertajuk “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat".

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUKADIMAH

Tuan Yang Dipertua,

1. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nastai’n. Diiring pula selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama
berdoa, dan yang beragama Islam, menadah kedua-dua tangan setingginya, pohon limpah keberkatan juga inayah- Nya, bagi saya membentang sebuah dokumen penting, yakni Bajet 2015 agar dapat didengar dan dihadami sebaiknya oleh Sidang Dewan dan Rakyat Malaysia seluruhnya.

2. Sebelum meneruskan pembentangan, saya bagi mewakili pihak Kerajaan mengucapkan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham Tun Hajah Suhaila Binti Tan Sri Mohammad Noah yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri ketiga. Semoga rohnya diletakkan di kalangan para solihin dan solihat.

3.Saya turut ingin mengambil kesempatan pada petang Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari, mengucapkan selamat kembali ke tanahair kepada YAB Timbalan Perdana Menteri beserta para hujjaj lain, yang telah selesai menunaikan fardhu haji. Moga-moga beruntunglah di atas kurniaan Haji Akbar yang Mabrur hendaknya.

Tuan Yang Dipertua,

4. Secara sedar ataupun tidak, sepanjang hampir 60 tahun merdeka, kita telah merencana pelbagai rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam usaha memakmurkan negara. Hakikatnya, pelaksanaan serta pembangunan ekonomi telah melalui segala macam strategi yang disusun kemas la
gi sistematik. Jika tidak, mana mungkin Malaysia sampai pada tahap yang ada pada hari ini.

5. Cumanya, ramai yang tidak begitu sedar bahawa proses ini bukanlah satu kerja yang mudah, apatah lagi terjadi dengan semena-mena. Suka atau tidak suka, dalam tempoh yang bukan sekejap, ia menagih ikhtiar-ikhtiar yang cukup banyak, meliputi rencana-rencana yang menyeluruh, dengan segala jerih payah, kepahitan, terutamanya apabila wajarnya diambil ketetapan-ketetapan dan keputusan- keputusan yang tidak popu lar. Namun, semuanya itu, perlu diperbuat dan diperlakukan oleh pihak Kerajaan yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti, demi mendahulukan kepentingan rakyat sejak dulu, kini danselamanya.

Tuan Yang Dipertua,

6.Dari perspektif ekonomi, ketika mana meraih kemerdekaan 57 tahun lalu, kita telah membina negara ini berlandaskan pertanian. Kemudiannya, kita menuju negara perindustrian moden. Selanjutnya, kita melalui fasa negara berpendapatan sederhana tinggi. Sekarang
ini pula, kita sedang melangkah ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan dan pengetahuan.

7. Bila disimpulkan, objektif, prinsip dan teras kepada 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang, kesepuluh-sepuluh Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan sejak 2010 Dasar Transformasi Nasional, kesemuanya berkisar tentang pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, penyusunan semula masyarakat, sehingga tercapai matlamat sosio-ekonomi, mempelbagaikan ekonomi berteraskan komoditi, pembangunan modal insan, meningkatkan daya saing sektor awam dan swasta, rantaian nilai lebih tinggi, pembangunan secara inklusif dan transformasi Kerajaan, ekonomi, sosial serta politik.

Kerajaan BN sembunyi hutang, belanja ‘luar kerangka’ tak masuk dalam belanjawan 2015

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Di sebalik penurunan defisit kepada tiga peratus dalam Belanjawan 2015, kerajaan sebenarnya menyembunyikan jumlah hutang dan perbelanjaan yang amat besar yang tidak dimasukkan dalam belanjawan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, berbanding angka yang dibentangkan, tipu-helah yang berlaku di sebaliknya adalah lebih membimbangkan.
Dalam pembentangannya hari ini, Najib dengan bangga menyatakan penurunan defisit dalam Belanjawan 2015 dari 3.5 kepada 3 peratus, dengan kata lain perbelanjaan kerajaan dijangka menurun dari RM37.7 bilion kepada RM35.2 bilion untuk tahun 2015.
“Angka yang dilihat nampak bagus sebenarnya menutup hakikat bahawa kebanyakan perbelanjaan berkaitan kerajaan dibuat di luar kerangka belanjawan.
“Ini bermakna kerajaan ada ruang untuk memanipulasi perakaunan inovatif (bagi menyembunyikan angka sebenar) untuk terus berbelanja besar dan menghabiskan berbilion ringgit dengan hutang tambahan, tanpa mengubah peratusan defisit dalam belanjawan rasmi,” kata Pua.
Mengulas lanjut beliau berkata, ia dapat dilihat melalui tahap ‘beban bergantung’ (contingent liability) melalui hutang oleh syarikat milik kerajaan.
“Ini merujuk kepada hutang tersembunyi yang tidak termasuk dalam hutang rasmi, tetapi kerajaan bertindak sebagai penjamin kepada hutang tersebut,” katanya.
Tambah Pua, hutang tersebut meningkat dari RM84.3 bilion pada tahun 2009 ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri, kepada RM157.5 bilion sehingga Disember 2013.
Bermakna, hutang tersembunyi kerajaan meningkat sebanyak 86.8 peratus sepanjang Najib mula mengetuai pentadbiran negara.
Malah katanya, angka itu dijangka bertambah berikutan pelbagai projek infrastruktur yang dikendalikan syarikat milik kerajaan seperti MRT Corp dan Syarikat Prasarana Negara Bhd.
Tahun lalu, kerajaan menjamin RM6.5 bilion untuk projek pembinaan MRT, yang mencatat peningkatan daripada jangkaannya pada tahun 2012, iaitu RM2.4 bilion.
“Malah ia dijangka akan meningkat tahun ini kerana kos fasa pertama MRT yang masih berlangsung sahaja melebihi RM22 bilion,” kata Pua.

Belanjawan 2015: Pertumbuhan bukan pengagihan

oleh Steven Sim
_UFI6987
Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan alternatif semalam, yang menumpukan kepada 4 nilai; antaranya gaji yang adil dan subsidi untuk golongan pendapatan rendah

Tahun lepas, di Parlimen, Yang Berhormat Menteri Ekonomi Abdul Wahid Omar berkata bahawa negara kita mempunyai guna tenaga penuh (frasa teknikal yang lebih kurang membawa maksud “semua orang ada kerja”) kerana kadar pengangguran di bawah 4%. Baru-baru ini pula di satu sidang media semasa Global Economy Symposium di Kuala Lumpur, menteri yang sama mengumumkan bahawa rakyat Malaysia sudahpun mempunyai taraf hidup yang lebih baik dengan purata gaji isi rumah mencecah RM5,900 sebulan.
Rakyat Malaysia dapat menilai bahawa walaupun data itu tidak salah sepenuhnya, kenyataan pak menteri langsung tidak menggambarkan situasi sebenar kehidupan rakyat biasa.
Masalah paling besar ialah kerajaan telah keliru antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan. Justeru, Belanjawan tiap-tiap tahun, termasuk, jika Perdana Menteri masih tidak sedar, Belanjawan 2015, walaupun dipenuhi berita baik tentang pertumbuhan ekonomi, hanya sekadar business as usual dan  tidak membawa apa-apa manfaat besar kepada rakyat biasa.
Dalam kata lain, “pi mai pi mai tang tu”.
KDNK kaedah pendapatan: Siapa dapat apa?
Mengikut laporan kerajaan, sejak tahun 2005 sehingga 2013, pampasan pekerja merangkumi kira-kira 31% daripada KDNK manakala keuntungan korporat adalah lebih kurang 65% dan pendapatan cukai kerajaan tolak subsidi kira-kira 3%.
Ini bermaksud, secara ringkasnya, untuk setiap RM100, pekerja mendapat RM31, taukeh mendapat RM65 dan kerajaan mendapat RM3, lebih kurang.
Walaupun ada pertumbuhan, namun golongan pekerja masih mendapat bahagian yang kecil daripada kekayaan negara. Tambahan pula, perlu diingatkan bahawa RM31 di atas termasuklah gaji pengarah, elaun, fi, bonus dan komisen kepada pengarah. Ini bermakna jika pengarah bergaji tinggi tidak diambil kira, maka peratusan gaji pekerja bawahan dan pertengahan kepada KDNK adalah lebih kecil lagi.
Bandingkan pampasan pekerja kita kepada negara-negara di rantau ini seperti Singapura (41.1%), Korea (43.7%), Taiwan (46.2%) dan Jepun (51.9%).
KDNK negeri: Taburan pembangunan yang tidak seimbang 
Terdapat perbezaan yang amat ketara dalam tahap pembangunan di setiap negeri di Malaysia. Untuk ini, kita boleh membandingkan KDNK setiap negeri. Walaupun KDNK per kapita Wilayah Persekutuan adalah lebih kurang RM80,000, KDNK per kapita 13 buah negeri lain di Malaysia hanya separuh daripada jumlah tersebut.
Negeri-negeri seperti Kelantan (RM10,677), Kedah (RM16, 316), Perlis (RM18, 519), Sabah (RM18, 603) semuanya mempunyai KNDK per kapita kurang daripada RM20,000.
Ini jelas menunjukkan ketidakseimbangan dalam pengagihan pembangunan di Malaysia yang hanya tertumpu di ibu kota.
Justeru, kita boleh lihat jurang pendapatan adalah begitu besar sekali, contohnya, purata gaji di Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah RM3,137 dan RM2,095 masing-masing berbanding purata gaji di Sabah RM1,445, Kelantan RM1,636, Perlis RM1,668, Perak RM1,691, dan Kedah RM1,703. Dalam kata lain, mereka-mereka di Putrajaya gajinya adalah dua kali ganda gaji rakyat di negeri-negeri tersebut.
Pekali Gini: Jurang pendapatan yang lebar 

Belanjawan 2015: Tiada usaha banteras kronisme – Lim Guan Eng


lim-guan-eng


KUALA LUMPUR, 10 OKT: Belanjawan 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya berjiwa rakyat tidak bermakna tanpa sebarang usaha membasmi rasuah dan kronisme.
“Belanjawan yang disebut sebagai pro rakyat ini sungguhpun ada beberapa langkah untuk mengurangkan beban, tapi dari segi perkara pokoknya masih belum ada sebarang usaha yang benar-benar berjiwa rakyat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Contohnya apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah kronisme yang melibatkan ‘Independent Power Producer (IPP), 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan perkara lain yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
“Semua isu ini masih belum dijawab dan ditangani. Sekiranya Najib mahu belanjawannya benar-benar berjiwa rakyat, maka pertalian antara kroni harus diputuskan sama sekali,” katanya ketika ditemui di luar Dewan Rakyat selepas pembentangan Belanjawan 2015

Tak Sengaja: Intipati Bajet 2015

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, hari ini.
 
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
 
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
 
* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
  
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
  
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif
bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

Bajet 2015 tidak tangani isu korupsi, ketirisan, kata Anwar

Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih tidak dapat menangani isu ketirisan dan rasuah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu berkata, bajet kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih tidak menyentuh soal pokok seperti ketirisan dan rasuah yang menyebabkan hutang kerajaan semakin meningkat naik. "Ia masih tidak dapat menangani soal sara hidup yang meningkat, ketirisan dan rasuah. Semua ini yang tidak disentuh dalam bajet," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2015 di Parlimen hari ini.Hari ini, Najib yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet keenamnya di sidang Dewan Rakyat. Semalam, beliau menulis di dalam blognya NajibRazak.com, Bajet 2015 akan bersifat “pro-rakyat” dan akan mengurangkan kebimbangan mereka mengenai kos sara hidup yang meningkat.

Bajet 2015 gagal perbaiki ekonomi negara, kata MB Selangor

Bajet 2015 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal berperanan meningkatkan ekonomi negara, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. Katanya, kerajaan pentadbiran Barisan Nasional tidak memberikan tumpuan yang jelas kepada usaha menangani aktiviti ekonomi yang tidak konsisten dan pembaziran dalam pembentangan bajet kali ini. "Saya lihat bajet ini tidak memberi penumpuan jelas tentang bagaimana untuk menangani isu pembaziran projek kerajaan.

"Ia tidak merancakkan ekonomi rakyat seperti yang sepatutnya," kata ahli Parlimen Gombak itu kepada pemberita selepas selesai pembentangan bajet itu di Parlimen. Najib membentang bajet keenamnya hari ini, bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat, memperuntukkan sejumlah RM273.9 bilion, meningkat RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

BAJET 2015: ADAKAH ANDA SEDAR & TAHU !!!



‘Badi’ belanjawan defisit terus hantui BN walau dibantu GST, potong subsidi

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Belanjawan 2015 Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi mencatatkan belanjawan defisit buat kali ke-17 berturut-turut sejak 1998.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat mengumumkan unjuran perbelanjaan berjumlah RM273 bilion berbanding unjuran pendapatan berjumlah RM235.2 bilion sekaligus mengekalkan ‘badi’ belanjawan defisit sejak era mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini belum mengambil kira seperti kelaziman Najib pada tahun-tahun sebelum ini yang cenderung memohon belanjawan tambahan yang menyebabkan perbelanjaan kerajaan lebih besar dari yang diunjurkan.
Pada Jun lalu Najib memohon belanjawan tambahan yang berjumlah RM4.112 bilion.
Keadaan ini menjelaskan langkah Kerajaan BN mengurangkan subsidi seperti langkah terbaru melibatkan bahan api baru-baru ini dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April nanti masih gagal menampung nafsu berbelanja pentadbiran Najib.

Belanjawan dibentang Pakatan lebih pro-rakyat

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Belanjawan alternatif Pakatan Rakyat (PR) ternyata lebih ‘pro rakyat’ berbanding Belanjawan 2015 bertemakan Pro Rakyat Barisan Nasional (BN).
Belanjawan PR yang dibentang Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan disamping mengambil kos sara hidup.
Antaranya, PR memilih untuk melaksanakan cukai keuntungan modal dan cukai warisan harta yang dikenakan ke atas golongan kaya tanpa menyentuh mereka yang berpendapatan rendah.
Sebaliknya, belanjawan pro rakyat BN yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengambil kira kebajikan rakyat secara keseluruhannya.
BN terus tegar mahu memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketahui menyentuh secara langsung semua tingkat pendapatan rakyat.
Dengan GST, perbelanjaan isi rumah keluarga berpendapatan dijangka terus menjunam ke bawah dan lebihan pendapatan juga berkurangan.
Selain itu, BN juga akan terus mengurangkan subsidi yang diberikan kepada rakyat dengan nama rasionalisasi subsidi termasuk subsidi petrol, kononnya untuk menstabilkan kedudukan ekonomi negara.
Bagaimanapun, PR berpendirian pemberian subsidi bukan punca kegoyahan ekonomi tetapi berpunca daripada pentadbiran penuh ketirisan dan rasuah yang diamalkan BN.
Sehubungan itu, PR akan menyemak projek-projek Kerajaan Pusat dan memerangi amalan untung atas angin untuk elak ketirisan.

Skim Perumahan Rakyat lebih baik dari Skim Perumahan Belia

BzkkMesCUAARs1LKUALA LUMPUR, 10 OKT: Skim Perumahan Belia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal menandingi skim perumahan rakyat yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) semalam.
Walaupun skim perumahan belia membolehkan pemohon mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ianya masih bersifat ‘first come first serve’ dan terhad kepada 20,000 unit sahaja.
Skim ini juga disertai jaminan kerajaan pusat untuk memberi pinjaman sebanyak 10 peratus dan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.
Berbeza dengan cadangan PR, Bank Negara Malaysia wajar membenarkan semula ‘Developer Interest Bearing Scheme’ bagi memastikan bayaran pentadbiran dimasukkan dalam pakej pembiayaan.
PR juga mencadangkan agar duti setem dimansuhkan ke atas pembelian rumah pertama bagi mengurangkan kos keseluruhan memiliki rumah.
Disamping itu, kerajaan pusat diseru mencontohi Skim Pemilikan Bersama yang diamalkan kerajaan Pulau Pinang bagi meluaskan pembiayaan pemilikan rumah kepada golongan berpendapatan rendah.
Melalui skim ini, rumah akan dimiliki bersama oleh kerajaan dan pembeli dengan kerajaan negeri memberikan pinjaman sehingga 30 peratus.

Ikat Perut: Elaun MP naik, kenaikan gaji menteri ditangguh

Kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
  
Selain itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua juga akan menikmati kenaikan gaji dan elaun.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata elaun Anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C
manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.
  
"Tanggungjawab seorang anggota Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Mereka adalah ketua yang perlu memimpin
masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagaman, sosial dan pendidikan.
  
"Dengan kata lain, khidmat anggota Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing adalah mendesak tidak mengira waktu.

Impian Bajet 2015...

Oleh Alyaa Alhadjri
Mengaku sajalah. Kita rakyat Malaysia suka meminta-minta. Setiap tahun pada masa sebegini, apabila belanjawan negara bakal dibentangkan, pelbagai perkara ada di dalam senarai impian kita. Harapan kita agar kerajaan turut mengambil kira senarai ini bagi perbelanjaan tahun hadapan.
Di sini kami sertakan 10 perkara yang diharapkan bagi tahun hadapan, selain membuat jangkaan tentang apa yang bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

1) Apa golongan muda mahu: Terdapat berjuta perkara yang diimpikan golongan muda tetapi yang utama sudah semestinya “rumah mampu milik” di lokasi strategik di negara ini.
Apa yang mungkin dibentangkan: Mustahil segala tuntutan dapat dipenuhi. The Star melaporkan rakyat yang membeli rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mampu menjimatkan wang melalui skim tersebut dengan kerajaan memberi subsidi bagi sebahagian daripada faedah pinjaman perumahan.
2) Apa pengguna pengangkutan awam mahu: Sampai ke destinasi yang dituju tepat pada masanya. Ini memerlukan akses bagi mendapatkan perkhidmatan serta rangkaian pengangkutan awam yang baik. Tanpa rangkaian yang baik (serta jadual yang ditepati), kenderaan persendirian akan tetap menjadi pilihan.
Apa yang mungkin dibentangkan: Tumpuan kerajaan akan tetap ke arah meningkatkan fasiliti yang ada sekarang dan The Star memetik seorang penganalisa yang berkata lebih banyak dana diperuntukkan bagi menambahbaik infrastruktur dan rangkaian rel atau keretapi di Malaysia. Laporan itu turut menyebut tentang kerja-kerja yang sedang dijalankan di Kuala Lumpur serta rancangan jalinan tren komuter dari Singapura ke Johor Baru.
3) Apa cikgu mahu: Kurang rungutan daripada ibubapa serta dasar yang berubah-ubah. Mereka mahu lebih masa mengajar murid-murid dan dana bagi menambahbaik fasiliti di sekolah. Latihan juga diperlukan bagi guru-guru meningkatkan prestasi.

Sorotan intipati Bajet 2015

Berikut ialah sorotan Bajet 2015 bertemakan "BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

* Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10.

* Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015.

* Satu pendekatan baharu di kenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan.

* Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan.

* Jumlah pelaburan mencecah RM219 bilion dan dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan.

* Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3 peratus, yang paling tinggi dalam kalangan negara Asean bagi tempoh separuh pertama 2014.

* FBM KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014.

* Permodalan pasaran juga meningkat 162 peratus daripada RM667.87 bilion kepada RM1,749.49 bilion pada 7 Oktober 2014.

* Pendapatan Negara Kasar Per kapita meningkat 50 peratus daripada US$6,700 kepada US$10,060 dalam tempoh lima tahun ini.

Bajet 2015: Kepentingan pihak-pihak tertentu didahulukan?

Oleh Hazlan Zakaria
Dengan pilihanraya umum ke-13 hanya tinggal kenangan, kita tidak perlu mengharapkan bajet yang mesra rakyat. Sebaliknya, kita perlu menjangka Bajet 2015 yang hanya memberi kelebihan kepada pihak-pihak tertentu dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober kelak (Jumaat).
Sewajarnya kenaikan harga petrol dan disel tempoh hari dijadikan indikasi bahawa perkara buruk bakal menjelma.

Walaupun ada di antara kita akan teruja dengan pemberian wang bantuan sekali-sekala, kita harus ingat kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi. 
Dalam karangan berbahasa Inggeris istilah yang digunakan ialah “pork barrel”, dan ia tidak bermaksud daging babi.
“Pork barrel” sebenarnya istilah sains politik bagi merujuk tindakan ahli politik mengguna serta menyalahguna dana awam bagi disalurkan kepada golongan penyokong mereka sahaja.
Berbalik kepada isu tumpuan, Najib mungkin telah berjanji akan mendengar suara rakyat dan berkata kerajaan tidak tahu serba-serbi, namun tindakan beliau dilihat berbeza.
Contohnya di dalam penggunaan Akta Hasutan yang pernah dijanji akan dimansuhkannya sedikit masa dahulu. Najib ketika itu turut berkata akan menghormati kebebasan media. Siapa agaknya yang menangguhkan pemansuhan ini?
Atau mungkin di sini terdapat sindrom “Aku tolong engkau, engkau tolong aku” yang sering kedengaran di kalangan pendokong BN.
Najib mungkin membuat janji manis, tetapi ia dimungkiri orang-orang di bawah telunjuknya agar perdana menteri itu tidak dipersalahkan kerana gagal memenuhi janjinya. 
Cuba ingat kembali watak Lumiere di dalam filem Disney “Beauty dan The Beast” yang berkata kepada the Beast: Anda beri wanita coklat, bunga dan janji yang tidak akan anda penuhi.

'Bajet EKR bukan Bajet PKR'

KUALA LUMPUR - Jenaka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika sesi pembentangan Bajet 2015 sebentar tadi mengamatkan Dewan Rakyat.

Kata Perdana Menteri, Bajet 2015 ialah bajet Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR) bukannya Bajet PKR berjaya membuatkan dewan 'ketawa' seketika.

"Bajet 2015 ialah bajet 'Pro Rakyat...iaitu bajet EKR bukannya PKR," katanya sekaligus membuatkan dewan 'meriah' seketika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2015 iaitu bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
   
Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan semalam membayangkan bahawa Bajet 2015 merupakan belanjawan 'pro rakyat' dan meliputi langkah-langkah mengurangkan beban kos hidup.
   
Antara lain, Bajet 2015 akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
   
Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bajet 2015: Petrol, diesel, LPG dikecualikan GST

Foto Bernama 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjelaskan, bahan api seperti petrol RON95, diesel dan Liquefied Petroleum Gas (LPG) dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut diperkenalkan bagi memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat.

"Bagi meringankan beban rakyat setelah GST diperkenalkan, kerajaan bersetuju supaya penjualan runcit minyak petrol R0N95, diesel, dan LPG diberikan pelepasan GST.

" Melalui langkah ini, pengguna dan kumpulan sasaran tidak perlu membayar GST bagi pemberian RON95, diesel,dan LPG," katanya dalam sesi pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, sebentar tadi

Terdahulu baru-baru ini kerajaan telah mengurangkan subsidi petrol R0N95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol R0N95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Sementara itu, GST akan dilaksanakan pada April 2015.

Boros punca ketagihan ‘bajet tambahan’ Kerajaan Umno@Bn

Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan 'tidak pernah gagal' memohon 'bajet tambahan' setiap tahun sejak 2009.
PETALING JAYA : Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar berhenti membelanjakan sumber pendapatan dan kekayaan negara dengan cara boros, cuai, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.
Beliau mendakwa, Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan ‘tidak pernah gagal’ memohon ‘bajet tambahan’ setiap tahun sejak 2009.
“Saya boleh memahami keperluan YB (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memohon bajet tambahan sejak tahun 2009 disebabkan krisis ekonomi.
“Negara memerlukan berbelanja secara ‘suntikan fiskal’ untuk mengepam ekonomi dalam keadaan ekonomi meleset sesuai dengan konsep ekonomi ‘counter-cyclical’ berdasakan teori Keynesian,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sesi pembentangan Bajet 2015 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini.
Dzulkefly berkata, ‘kesedapan dan ‘ketagihan’ memohon ‘bajet tambahan’ sekurang-kurangnya dua kali setahun sehingga kini telah mencecah hampir RM20 billion setiap tahun.
“Hentikan tabiat ini..Stop the overspending!. Bila pungutan cukai lebih baik dari ramalan, YB dan kabinet, memohon ‘tambahan’ kerana tidak menampakkan defisit fiskal (nisbah KDNK) yang lebih tinggi sebab ‘pungutan cukai lebih baik’ kononnya.

Queen of England loses out to Najib and Rosmah

Kadir Jasin comments on how Malaysian VIPs prefer “flying in great style and comfort”.
PETALING JAYA: Former New Straits Times group editor-in-chief A. Kadir Jasin has highlighted the “great style” at which Malaysian VIPs jet around in their large fleets.
Comparing our VIPs, specifically Prime Minister Najib Tun Razak and his wife Rosmah Mansor, to the monarchy in England, Kadir wrote, “More often than not she (Queen Elizabeth) uses commercial flights, normally flying with British Airways”.
Queen of EnglandKadir also made a painstaking comparison of aircraft fleet sizes saying, “…the Queen of the UK and its realm has a much smaller fleet of VIP transport and they are older than our state-of-the-art fleet.”
Remarking “…our government (via TUDM) owns and operates nine VIP aircraft – fixed wing and rotor”, Kadir added, “Our VIPs know how to travel in great style and comfort.”
These comparisons were made in relation to recent reports and queries in Parliament on Najib and Rosmah using government aircraft to fly to Indonesia and Singapore that were met with unsatisfactory replies.
Kadir also humorously remarked how Malaysian authorities were as yet unable to detect the whereabouts of where MH370 went down, yet had the technology of “stalking the PM or his wife”.

Punca Isu KEDAH & SELANGOR berlaku adalah kerana kuasa VETO PRESIDEN PAS..!!

Sembang kencang suruh ikut ULAMAK..tapi bila berlaku di KEDAH sewaktu ARWAH UST AZIZAN memerintah dahulu PRESIDEN PAS tak ikut pun kata ULAMAK... 
Beliau juga mengguna juga kuasa VETO dia mcmana berlaku menghantar nama MB dalam krisis Selangor tempohari....
DEWAN ULAMAK PAS KEDAH membuat keputusan supaya AZIZAN berundur namun apa yg berlaku....
ini cabutan mesyuarat DEWAN ULAMAK PAS KEDAH....

25 Rabiulawwal 1433
18 Februari 2012
Kepada :
Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Perkara : Cabutan Minit Mesyuarat Dewan Ulamak PAS Kedah kali ke-9
Agenda 6 : Hal-hal lain
Perkara di atas adalah dirujuk.

Bajet 2015: Ambil kiralah derita rakyat!

Kuala Krai - Pemimpin politik di daerah ini mengharapkan Bajet 2015 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan petang ini membawa berita gembira untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Pemimpin semua parti beranggapan rakyat berada di dalam kelompok itu harus diberikan keutamaan oleh kerajaan.

Bagi Pengarah Majlis Tindakan Dun Guchil, Zulkifli Yacob berkata, penurunan harga getah ditambah dengan pengurangan subsidi kerajaan terhadap bahan api petrol RON95 sebanyak 20 sen benar-benar memberikan kesan kepada dua kelompok itu.

Menurutnya, rakyat di Kuala Krai misalnya sebahagian besar mereka merupakan penoreh getah yang begitu merasai kesan kejatuhan getah dan pengurangan subsidi.

“Pemberian BRIM dibuat kerajaan sebelum ini dilihat tidak dapat membantu golongan itu.

“Wang tersebut hanya mampu bertahan untuk tempoh dua atau tiga bulan sahaja sedangkan keperluan harian perlu disediakan sepanjang masa,” katanya.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai simpati dengan golongan berpendapatan rendah dan dapat melihat derita dan keperitan mereka yang mempunyai tanggungan ramai.

Zulkifli berkata, beliau turut memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Rahmaniah dan Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil.

PKR Kelantan: Benarkah Pas dibuli, Nik Abduh?


KOTA BHARU – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz perlu mengeluarkan penjelasan berfakta berhubung isu dakwaannya mengatakan Pas dibuli parti komponen PR.
Pengerusi PKR Negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, fakta yang jelas perlu diberitahu kepada seluruh masyarakat bagi mengelak daripada berlakunya sebarang fitnah melibatkan semua pihak yang ada dalam PR itu sendiri.

“Saya tidak nampak apa-apa (buli) berlaku dalam PR, jika ada, saya berharap sangat Nik Abduh boleh kemukakan apakah yang dikatakan buli tersebut, sama ada dalam pembahagian jawatan atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas dakwaan Nik Abduh yang menyatakan Pas seolah-olah dibuli PKR dan DAP, selain terdapat usaha untuk membakar sentimen masyarakat untuk membenci Pas.

Ab Aziz berkata,  tiada bukti yang jelas menunjukkan mana-mana pihak dalam komponen PR dikatakan membuli Pas terutamanya dalam memperjuangkan kepimpinan untuk mengambil alih pemerintahan negara.

Anda kata, saya tak kata - Nik Abduh


Nik Abduh Nik Abdul Aziz 

SAYA kata Umno pembuli Pas sejak dulu. Maka DAP janganlah jadi macam Umno selepas boleh kuasa. Buli.

Anda pula kata Nik Abduh tuduh Pas sentiasa kena buli dalam PR?!

Dulu, saya kata UG adalah pakatan semua parti perintah Malaysia. Itu maksud saranan presiden Pas.

Anda pula kata Nik Abduh sokong kerajaan campuran Umno-Pas?!

Saya kata 2 Adun itu pengkhianat, mengkhianati parti sendiri selepas keluar daripada pendirian parti yang jelas.

Anda pula kata, Nik Abduh ajak keluar PR?!

Saya kata wujud konspirasi antarabangsa jatuhkan TGHH atau Presiden Pas dan para ulama dalam Majlis Syura Ulama Pas. Ahli Pas harus ada kesedaran yang tinggi.

Anda pula kata, Nik Abduh menghentam dan merugikan partinya sendiri!?

Anda kata, saya tak kata pun.

Anda salah. Saya pula anda salahkan.

Janganlah jadi 'anda' yang seperti di atas. Jadilah macam saya yang macam anda, yang benar, berani dan berterus terang.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir MAS, AJK Pas Pusat

Tahaluf siyasi: Tun M perlu tutup mulut

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed diingatkan tidak membuka mulut atau mempertikaikan tahaluf siyasi yang dipelopori Pas kerana ia bukan bidang bekas pemimpin Umno itu.

Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan tahaluf siyasi adalah isu agama dan ia tidak sewajarnya dipermainkan oleh mana-mana pihak.

"Suka saya ingatkan Tun Mahathir supaya dia faham perkara ini dan jangan sebut berselindung dengan bahasa Arab kerana apa yang berlaku gabungan antara Pas, PKR dan DAP, adalah satu gabungan untuk menentang sebarang bentuk kezaliman dalam negara kita.

"Sebab itu dalam isu ini, nasihat kepada Tun Mahathir, dia tak payah bercakap kerana bukan bidang dia dan isu tahaluf siyasi ini, isu agama yang rasa tidak boleh dipermainkan oleh sesiapa saja," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengatakan Pas menggunakan perkataan Arab, tahaluf siyasi sebagai taktik untuk menghalalkan kerjasama mereka dengan bukan Islam.

Bajet 2015: Selangor cadang tambah 50% peruntukan pembangunan

Bajet: Selangor cadang tambah 50% peruntukan pembangunan
KUALA LANGAT: Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata pertambahan tersebut dilihat signifikan dalam usaha menjana pertumbuhan ekonomi seterusnya mengurangkan kos operasi dan perbelanjaan mengurus kerajaan negeri.

"Kita akan memperkenalkan satu dasar ekonomi dan pembangunan yang lebih adil serta menyeluruh yang mana belanja mengurus akan diturunkan dan belanja pembangunan ditingkatkan hampir 50 peratus.

"Ini akan dibentangkan pada persidangan DUN akan datang...secara prinsipal kita bersetuju kenaikan gaji MB (Menteri Besar), speaker dan timbalan speaker juga harus dikaji semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri perhimpunan pagi jabatan-jabatan kerajaan negeri di Dewan Sri Jugra, Banting di sini.

Belanjawan 2015 Najib dibayangi kegagalan dan ‘pilih kasih’


03.06.13-LKS-ceramah kluang-perjuangandi teruskan (11)


KUALA LUMPUR, 10 OKT: Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini akan dibayangi kegagalan, sikap keterlaluan dan ‘pilih kasih’ oleh kerajaan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
“Pada pembentangan Bajet 2015 petang ini, adakah Najib mengambil perhatian bahawa ikrar ‘kesederhanaan’ yang diulangi buat kali ketiga di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu telah tersasar.
“Apa pula cadangan yang akan beliau berikan untuk menyelamatkan kempen wasatiyyahnya?” kata Kit Siang dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, sepanjang tiga hari perbahasan di Dewan Rakyat, kedangkalan kerajaan jelas terpamer dengan beberapa jawapan Menteri yang sangat tidak munasabah.
Sebagai contoh, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri kepada soalan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung ugutan Ketua Perkasa Ibrahim Ali untuk membakar Bible bahasa Melayu.
“Jawapan Nancy kepada soalan Guan Eng adalah kenyataan paling keterlaluan dalam tempoh lima tahun pentadbiran Najib,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Nancy pada hari pertama sidang bermula menyatakan, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim kerana dia ‘hanya mempertahankan kesucian Islam’.’
Kata Nancy, Ibrahim tidak akan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana ancaman untuk membakar Bible dengan penggunaan ‘Allah’ sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Belanjawan PR 2015: Gesa Petronas serah laporan tahunan kepada Parlimen


Pakatan_Rakyat_Belanjawan_2015-BM-1-copy1


KUALA LUMPUR, 10 OKT: Pakatan Rakyat merancang untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen tahun depan, dalam usaha untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan memaksa Petronas menyerahkan laporan tahunannya kepada Dewan Rakyat.
Petronas, syarikat minyak dan gas utama negara buat masa sekarang, menyerahkan laporan tahunan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Rancangan pengumuman itu tersenarai dalam isi kandungan Belanjawan Malaysia 2015 PR setebal 47 muka surat yang telah diluncurkan dalam sesi taklimat di Tingkat 2 Bangunan Parlimen, petang semalam.
Menurut Belanjawan Malaysia 2015 PR, rang undang-undang tersebut akan berusaha meminda peruntukan-peruntukan tertentu dalam Akta Petroleum, termasuk membentuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen dari kedua-dua belah pihak yang terdiri daripada ahli dengan kepakaran dalam industri minyak dan gas.
Pindaan tersebut juga akan memaksa Petronas mengemukakan laporan tahunan kewangan dan prestasi kepada Parlimen, manakala proses pelantikan Pengerusi Firma dan Ketua Pegawai Eksekutif disemak serta dibahas di Parlimen.
PR turut mengulangi bahawa dividen Petronas kepada kerajaan perlu dipinda dengan sebahagian keuntungan disimpan ke dalam tabung khas yang hanya boleh digunakan untuk pembangunan sumber manusia, teknologi dan pendidikan.
“Antara lain kandungan dalam rang undang-undang persendirian itu kelak adalah mewajibkan audit tahunan oleh Jabatan Audit Negara ke atas Petronas dan pengurusan-pengurusan tabung khas yang dibiayai daripada hasil minyak serta gas.

Kisah Bangsawan UMNO mentekedarah harta Anak Yatim..

Kami dedahkan isu kali ini agar rakyat dan pemimpin negara tahu ada yang sangat ‘tidak kena’ dengan ‘orang-orang kepercayaan’ mereka yang kami lihat sangat lemah lagi tidak amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan.

Jika wang negara yang diamanahkan, maka rakyat tidak akan merasa. Jika maklumat yang diamanahkan, maka maklumat dari rakyat ke atas atau dari pemimpin ke bawah juga akan turut dimanipulasi.

Demikian pentingnya ‘amanah’, salah satu sifat rasul yang membawa risalah Allah untuk membentuk akhlak umatnya. Kerana itu telah nabi SAW tegaskan bahawa “kehancuran akan berlaku apabila amanah tidak diserahkan kepada ahlinya”.

KISAH SEKUMPULAN BANGSAWAN YANG HILANG PUNCA

Peristiwa kali ini dimainkan watak utamanya oleh seorang bangsawan yang berjawatan dalam sayap Pemuda UMNO di salah sebuah kawasan di negeri Kelantan. Beliau merupakan pendokong utama Social Enterprise Malaysia (SEM), sebuah NGO yang kononnya direstui oleh YAB Perdana Menteri sendiri untuk memperjuangkan keusahawanan sosial.

Teguran ini terpaksa disampaikan secara terbuka disebabkan beliau ini sudah tidak respon lagi melalui jalan hubungan kami yang biasa. Sebelum perhubungan terputus juga kata bicaranya sudah sangat berbelit-belit.

Atas kapasiti membangunkan model usahawan sosial, beliau ini telah mengambil Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sebagai sampel bagi sebuah rumah kebajikan yang berdiri sendiri melalui perniagaan wakaf. Ini kerana 100% keuntungan perniagaan yang kami jalankan adalah untuk RPWP bagi memastikan kelangsungan operasi RPWP, sebagai sebuah badan NGO yang tidak meminta-minta derma secara paksa. Tidak juga kami menolak sumbangan, bahkan sekali sekala ada kami tawarkan dan mengalu-alukan sumbangan tetapi tidak sampai peringkat meminta-minta secara mendesak.

Dari minat itu beliau menghubungi salah seorang co-founder kami Tuan Haji Saiful Nang (SN) sebagai salah seorang usahawan yang mewakafkan syarikat-syarikatnya kepada RPWP. Secara automatik syarikat beliau menjadi entiti syarikat wakaf yang bagus untuk dijadikan contoh. Pada mereka, ia dipanggil SOCIAL ENTERPRISE. Tambahan pula RPWP tidak mendapat sebarang peruntukan kerajaan atau pinjaman bank samada dalam perniagaan maupun kendalian operasi projek kebajikannya.

Mereka ini perlukan ‘model’ yang baik katanya kerana banyak usaha kerajaan telah gagal dalam usaha sebegini melalui agensi seperti MARA, PUNB dan sebagainya. Banyak peruntukan telah terbazir begitu sahaja. Soal dana tiada masalah kata mereka kerana kerajaan sanggup menyalurkannya tanpa berkira-kira, asalkan ianya mampu membuahkan hasil yang baik.

Pertubuhan mereka memang nampak gah. Kebanyakan anggotanya terdiri dari graduan-graduan luar negara yang dahulunya menyatu di UK menerusi Kelab UMNO. Mereka kembali ke Malaysia bersama jaringan yang sangat kuat dengan pemimpin-pemimpin kerajaan. Selain dari itu panitia SEM ini dianggotai oleh bijak pandai bertaraf professor dan doktor yang masih aktif dalam akademik. Beliau yang kami maksudkan ini juga seorang pengusaha sebuah kilang yang khabarnya agak hebat juga.

Kelibat beliau dengan kereta-kereta mewah melambangkan kejayaan perniagaan yang cuba beliau paparkan. Tinggal di Kelab Golf terkemuka Tropicana dengan 2 orang isteri. Perwatakan beliau yang masih muda ini agak menarik dan penampilan peribadinya amat meyakinkan. Mungkin atas sebab itu juga beliau sangat rapat dengan YB Datuk Mustafa Mohamed (Tok Pa).

MUNGKIRNYA JANJI BANGSAWAN – PART 1

Eksploitasi agama dan kaum hanya untuk ‘tutup mata’ orang Melayu

Kesalahan-kesalahan besar lain yang lebih mengganggugugat negara diabaikan tanpa siasatan dan pertuduhan.
nik-nazmi1PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berkenaan peningkatan jumlah pendakwaan yang dikenakan ke atas individu-individu berpendirian bebas di negara ini.
Katanya, mereka didakwa di atas kesalahan kerana menghasut namun kesalahan-kesalahan yang lebih besar dan serius pula tidak dilayan bahkan diabaikan.
“Saya percaya bahawa eksploitasi isu-isu agama dan perkauman adalah satu cubaan untuk mengalih perhatian orang awam khususnya orang Melayu daripada melihat masalah yang semakin teruk berkenaan ketidaksamaan dan inflasi akibat taraf hidup yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada masa itu, Nik Nazmi yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Selangor kecewa dan risau dengan laporan berkenaan Datuk S. Ambiga yang disiasat kerana menghasut.
“Ambiga di siasat apabila satu laporan dibuat oleh Persatuan Pertubuhan Merah Terengganu terhadap beliau selepas komennya yang didakwa berkaitan Biro Tata Negara (BTN),” katanya.

Hutang PTPTN diburu guna CCRIS, hutang kroni dilepas – Rafizi

RAFIZI_HQSaya meneliti keputusan PTPTN untuk menyenaraikan penghutang PTPTN di dalam CCRIS sebagai langkah mengutip hutang PTPTN. Saya juga sedia maklum alasan-alasan yang diberikan oleh YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang telah membuat “U-turn” dari pendirian awalnya dengan menyokong keputusan PTPTN kali ini.
Pada pandangan saya, bangkangan terhadap cadangan melaksanakan CCRIS ini bukanlah semata-mata soal tidak mahu membayar hutang. Sementara saya bersetuju bahawa kadar kutipan hutang PTPTN perlu diperbaiki, ada cara lain yang boleh digunakan oleh PTPTN tanpa perlu menganiaya peminjam melalui CCRIS ini. Lebih penting, pimpinan-pimpinan Umno/Barisan Nasional tidak boleh menutup mata kepada persoalan moral yang lebih besar apabila PTPTN menyenaraikan peminjam-peminjam PTPTN ini di dalam CCRIS.
YB Saudara Khairy Jamaluddin perlu menjawab kepada golongan muda kenapakah Umno/Barisan Nasional tidak menggunakan pendekatan menyenarai hitam dan langkah-langkah yang kasar begini terhadap kroni dan niagawan yang hutang mereka kepada kerajaan jauh lebih tinggi dari jumlah hutang tertunggak (yang dianggarkan RM1 bilion) yang mahu dikutip melalui CCRIS ini?
Di mana suara kasar dan lantang YB Saudara Khairy Jamaluddin dalam perkara-perkara berikut:
1. Hutang-hutang negara yang dimaafkan kepada rakan-rakan rapat Umno/Barisan Nasional seperti Tan Sri Tajuddin Ramli (hutangnya RM600 juta)?
2. Hutang-hutang negara yang tidak dikutip dari pemimpin Umno/Barisan Nasional seperti keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang masih berhutang RM250 juta dengan rakyat apabila projek lembu yang dianugerahkan mereka gagal?

'Up' Harga Mas Kahwin Selepas Minyak Naik - Ustaz Azhar Idrus

Imam Sujud Sejadah Ketika Al-Fatihah Belum Habis Dibaca - UAI

Mana Dulu Hidup..Dinasour Ke Nabi Adam as? - Ustaz Azhar Idrus

Perlukah Rukuk Bersama Imam Jika Ayat Lazim Belum Habis Baca? - UAI

Makmum Tegur Imam Lupa Tahiyyat Awal - UAI

Nenek Tak Puasa Sebab Stroke, Macamana Fidyahnya? - UAI

Bacaan Dalam Rukuk Lebih 3 Kali - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Baca Yaasin Tanpa Wuduk - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pakai Cincin Jari Telunjuk - Ustaz Azhar Idrus

Kadar Masa Tomakninah - Ustaz Azhar Idrus

Mati Dalam Keadaan Belum Solat Tapi Waktu Solat Masih Ada - UAI

SOLAT JUMAAT Sempat SATU Rakaat - Ustaz Azhar Idrus

Sujud Syukur Perlu Salam Atau Tidak? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pakai Baju Gambar Orang Penuh - Ustaz Azhar Idrus

Belajar Medic Dalam Masa Yang Sama Nak Mendalami Ilmu AGAMA - UAI

Orang Yang Kena Tunggu Selesai Solat Jumaat Untuk Solat Zohor - UAI

Hukum Akad Nikah Sekaligus Dengan DUA Orang Isteri - UAI

Hukum Orang Perempuan Gelak - Ustaz Azhar Idrus

Percaya Petua Campak Baju Atas Bumbung Untuk Redakan Hujan - UAI

Jakim: Meja bulat bincang fundamental agama perlu disekat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpandangan bahawa cadangan penganjuran diskusi meja bulat membincangkan soal fundamentalisme tentang agama melibatkan seorang tokoh liberal luar negara perlu disekat.
  
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu mengambil maklum usaha pihak tertentu untuk membawa masuk seorang tokoh liberalisme agama luar negara ke satu perbincangan meja bulat bertajuk "Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini" di Bukit Damansara pada 18 Oktober ini.
  
Beliau menegaskan bahawa Malaysia berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tahun 1996 yang hanya menetapkan bahawa hanya aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang dibenarkan diamalkan di Malaysia.
  
"Maka sebarang usaha membawa pemikiran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan dikenal pasti boleh memberi ancaman dan menggugat pegangan akidah umat Islam di Malaysia perlu dihalang dan disekat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Kenyataan beliau merujuk kepada diskusi anjuran Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bersama Islamic Renaissance Front yang dijadual diadakan antara lain menampilkan tokoh liberal Indonesia Dr Ulil Abshar Abdalla.

Apa yang kita boleh belajar dari penjelasan Nancy Shukri

Ya, tiada sesiapa patut marahkan Nancy Shukri kerana jawapan bertulis yang diberinya berhubung tiadanya tindakan diambil terhadap ugutan ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible berbahasa Melayu. Itu bukan keputusan dia.

Tugasnya sebagai menteri undang-undang hanya menjawab soalan berkaitan undang-undang, yang sesetengahnya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tetapi, ada beberapa perkara yang kita boleh pelajari dari kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang dikeluarkan malam tadi berikutan kemarahan rakyat terhadap keputusan Putrajaya tidak mendakwa Ibrahim.

 1. Apabila dalam keadaan tertekan berkaitan pendakwaan, Nancy akan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Lagipun, memang jabatan itu yang memegang kuasa tertinggi membuat keputusan berhubung pendakwaan, kalau kita belum tahu lagi fakta ini. Ya, kita tahu. Pejabat itu masih sebahagian daripada kerajaan, iaitu bahagian eksekutif kerajaan. Tetapi itu tidak bermakna tanggungjawab itu terhenti di situ. Kerajaan harus bertanggungjawab juga, bukan jabatan peguam negara sahaja.

Ikat Perut Gaya Menteri Umno....


Dah nak banjir semula, bantuan tahun lepas belum dapat lagi..!!

KUANTAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa kerajaan negeri Pahang melunas dan menyelesaikan segera janji pemberian wang bantuan kepada mangsa banjir tahun lalu.

Pengerusinya Mohd Shukri Ramli berkata, ini disebabkan masih ramai yang merungut belum mendapat wang tersebut sedangkan cuaca di daerah ini kini sering hujan lebat yang mungkin menyebabkan mereka ditimpa bencana banjir sekali lagi.

Katanya, jika kerajaan gagal satu himpunan rakyat akan digerakkan sebelum banjir kali kedua melanda tahun ini supaya kerajan yang dipilih rakyat ini lebih prihatin dan cakna masalah rakyat.

“Cuaca di ibu negeri mulai sejuk dan sering hujan lebat dari malam tadi hujan sampai ke pagi. Penduduk sudah mulai mencongak musim tengkujuh kembali melanda sekali gus banjir datang lagi.

“Namun ramai yang tertanya-tanya mana perginya duit banjir sumbangan kerajaan Emiriyah Arab (UAE) sebanyak USD10 juta yang dijanji untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir penghujung tahun lalu,” katanya.

Awal Disember tahun lalu daerah Kuantan dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah sehingga hampir 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan  ke pusat pemindahan banjir. Keadaan tersebut disebabkan hujat lebat selama beberapa hari sehingga air Sungai Kuantan naik mendadak serta fenomena air laut pasang besar.

MB Selangor: RM400 juta MARRIS diguna baik pulih jalan negeri

HULU KELANG, 10 OKT: Kerajaan Selangor bakal menggunakan kesemua peruntukan Sistem Maklumat Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bernilai RM400 juta bagi membaiki jalan di negeri ini.
Kesemua peruntukan ini akan dibahagikan kepada semua daerah memandangkan terdapat pelbagai permintaan untuk membaik pulih jalan.
“Tahun depan saya memutuskan RM400 juta ini dibahagikan kepada 12 PBT bagi memanfaatkan penyelenggaraan jalan supaya tidak lagi ada masalah seperti ini,” katanya dalam ucapan ringkas di Masjid Al-Iman, Kemensah Height.
Menyentuh soal Belanjawan Selangor 2015, Mohamed Azmin berkata Kerajaan memutuskan perbelanjaan pembangunan ditingkatkan sehingga 50 peratus sementara perbelanjaan mengurus dikurangkan.
Hal ini bagi membolehkan tumpuan ke arah pembangunan infrastruktur rakyat dilakukan seperti dicadangkan.
Mohamed Azmin sebelum itu hadir di dalam Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yaasin anjuran Masjid Al-Iman di Kemensah Height, Hulu Kelang.
Beliau juga meluangkan masa menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama hampir 100 orang kariah yang terdiri daripada penduduk setempat.
Beliau turut ditemani isteri, Shamshidar Taharin, Ahli Parlimen. Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

Berkesankah hukuman penjara atasi jenayah?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin meminta kerajaan mengkaji semula hukuman penjara yang dijatuhkan kepada pesalah yang dilihat gagal mengurangkan kadar jenayah negara ini.

Beliau ketika berbahas bagi pindaan Rang Undang- Undang (RUU) Akta Penjara 1995 turut memberitahu kajian diluar negara mendapati pendidikan merupakan langkah terbaik dalam mengurangkan kadar jenayah.

"Apabila kita bercakap mengenai pindaan Akta Penjara, adakah kita betul-betul dapat memastikan penjara dalam mengurangkan kadar jenayah.

"Adakah bukti kajian yang kerajaan lakukan menunjukkan penjara boleh mengurangkannya.

"Tetapi kajian negera luar membuktikan pendidikan yang sebenarnya telah mengurangkan kadar jenayah, jadi kerajaan perlu memberikan peruntukan yang lebih dalam bidang pendidikan," katanya pada sesi sidang parlimen semalam.

Dalam pada itu, Hanipa turut memberitahu hukuman penjara diletakkan sebagai mandatori oleh kerajaan sehinggakan mahkamah tidak dapat membuat pertimbangan.

"Kita perlu ingat setiap yang didakwa bersalah tidak semestinya bersalah, setiap hukuman perlu ada pertimbangan.

PAS T'ganu tangguh sertai Majlis Perundingan Rakyat anjuran Kerajaan Umno

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu memutuskan untuk menangguhkan penyertaan buat sementara waktu dalam Majlis Perundingan Rakyat (MPR) anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Pesuruhjayanya, Saiful Bahri Mamat berkata, keputusan tersebut dibuat setelah meneliti laporan ke atas perjalanan majlis tersebut daripada wakil PAS yang telah turut serta dalam beberapa siri program tersebut.

Sebelum menyertai semula ke dalam majlis itu, PAS Terengganu katanya mendesak menteri besar untuk mengambil serius beberapa tuntutan.

Ianya termasuk memberi perakuan tandatangan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dalam borang-borang permohonan oleh rakyat bagi diproses permohonan mereka oleh badan-badan kerajaan terutamanya kepada permohonan bantuan pendahuluan kemasukan ke IPTA atau IPTS.

Katanya, sikap 'double standard' yang diamalkan oleh badan-badan atau jabatan-jabatan kerajaan ini menyusahkan dan tidak langsung dilihat mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak.
    
PAS negeri juga mendesak peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang diluluskan secara adil kerana mereka telah dibuktikan menang secara sah dalam PRU yang lalu hasil daripada pilihan rakyat setempat.

"Amatlah tidak wajar kami wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat secara sah mengikut undang-undang yang ada dalam negara ini dinafikan hak peruntukan pembangunan sebagai wakil rakyat.

Gabungan siswa mahu 'GANYANG' Akta Hasutan

Sekumpulan 17 organisasi siswa membentuk satu gabungan baru bagi menggembleng kumpulan pelajar untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan.

Kumpulan digelar Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (GANYANG) itu melibatkan gabungan kumpulan siswa dari 11 universiti swasta dan awam dari seluruh negara.

“Bawah Akta Hasutan, hampir apa saja yang dituturkan atau diterbitkan yang sedikit kontroversi boleh dianggap menghasut. Ia mengekang kebebasan akademik.

“Ia turut mewujudkan suasatan takut di kalangan rakyat Malaysia, seolah-olah seperti zaman gelap bawah pentadbiran kuku besi rejim bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata jurucakapnya, Adrian Lim.

Jakim antara Ulil Abshar dan Karen

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang kita mengadakan diskusi tentang cabaran fundamentalisme agama minggu depan.

Alasannya, penganjur mengundang Ulil Abshar Abdalla, sarjana dan pendiri Jaringan Islam Liberal (JIL) yang kontroversi.

Diskusi pada pagi 18 Oktober bertajuk 'Cabaran fundamentalisme agama abad ini' dianggap medan Ulil Abshar menyebarkan faham Islam liberalnya.

Maka, Jakim berhujah panjang lebar betapa bahayanya pemikiran lulusan Universiti Harvard ini, menantu kiyai Mustofa Bisri, seorang tokoh Nahdhatul Ulama (NU) Indonesia.

Ketua pengarah Jakim berkata Malaysia hanya berpegang kepada aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan sebarang usaha sebaliknya "boleh memberi ancaman dan menggugat pegangan akidah umat Islam" dan "perlu dihalang dan disekat."

Jakim berpandangan, diskusi itu nanti akan menyebarkan "liberalisme agama" sedangkan Ulil Abshar termasuk "dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai autoriti dan boleh membawa implikasi buruk sehingga menimbulkan keresahan awam."

"Penampilan pihak-pihak ini ke Malaysia bukan sahaja boleh merosakkan hukum syarak secara halus malah bahaya, dan dikhuatiri boleh menggugat persoalan akidah," Jakim dipetik sebagai berkata semalam.

Jabatan agama ini juga telah memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan berharap diskusi berkenaan disekat.

Zulkifli Noordin, bekas tokoh Perkasa dan bekas wakil rakyat PKR, dikatakan telah membuat aduan polis berhubung acara tersebut.

Beliau mahu penganjurnya Islamic Renaissance Front (IRF) disiasat polis dan tokoh muda Indonesia itu diberikan status 'persona non grata' (dilarang masuk).