Khamis, 9 Oktober 2014

Bajet 2015 Sudah Jadi Anti Klimaks

Esok, Jumaat pada kira-kira jam 4.00 petang, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Parlimen. Ini adalah pembentangan kali ke-6 yang dilakukannya sejak 2009.

Tetapi berbanding tahun-tahun sebelumnya, pembentangan bajet kali ini dijangka paling tidak menarik sekali bagi majoriti rakyat negara ini. Bajet yang dibentangkan esok sudah dianggap anti klimaks kerana tiada apa-apa lagi yang menarik yang diharapkan oleh rakyat daripada kerajaan.

Walaupun mungkin, seperti biasa ada kenaikan atau penurunan cukai tertentu yang akan dibuat, pengumuman bonus, berita baik mengenai golongan muda, perumahan, pendidikan, kebajikan, pertambahan jumlah BR1M dan sebagainya, namun semua itu sudah menjadi tidak menarik lagi.

Semuanya berikutan pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak secara tidak sengaja sebanyak 20 sen melalui pemotongan subsidi pada 2 Oktober lalu. Pemotongan subsidi yang jelas menunjukkan kerajaan semakin kekurangan wang dan menjadikan rakyat sebagai mangsa korbannya untuk menampung perbelanjaan pembangunannya adalah bukti bahawa apa pun pemberian dan gula-gula dalam bajet ini sudah tidak bermakna lagi.

Dengan sudah menerima kesan kenaikan pelbagai harga barangan pada sambutan Hari Raya Korban baru-baru ini, apa pun intensif kerajaan untuk mengubati luka di hati rakyat hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi saja.

Bukan saja di pejabat, di kedai kopi, ruang dapur dan di mana-mana saja kedengaran sungutan mengenai tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang merupakan ibu segala kenaikan barangan yang lain, bahkan di laman sosial FB Perdana Menteri sendiri, kata-kata sindirian dan kemarahan itu dapat dirasakan dengan nyata sekali.

Suhaizan: Ibrahim Ali punca huruhara di Kelantan 1977

Tetapi peliknya pencetus huruhara (Ibrahim Ali) tidak dihukum walaupun ada Akta Hasutan.
Ibrahim Ali dan Dato Muhammad Nasir
Ibrahim Ali dan Dato Muhammad Nasir
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat hari ini menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang menggesa pihak kerajaan supaya mempertahankan Akta Hasutan 1948 daripada dihapuskan.
Katanya, Ibrahim Ali merupakan salah seorang pencetus huruhara di Kelantan 1977 sehingga berlakunya darurat pada tahun 1978, namun tidak didakwa dibawah Akta Hasutan meskipun akta tersebut wujud ketika itu.
“Ibrahim Ali kononnya menyokong Mohammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang mendapat undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Orang Selatan Thailand dan Kuala Lumpur diberi duit datang Kelantan untuk menyemarakkan kemarahan rakyat di Kelantan.
“Tetapi peliknya pencetus huruhara (Ibrahim Ali) tidak dihukum walaupun ada Akta Hasutan,” katanya semasa di hubungi FMT.
Jelas Suhaizan, Akta Hasutan bukan masalahnya, tetapi ia menjadi isu apabila berlakunya penguatkuasaan dan pendakwaan selektif.

Are we budgeting for the future?

Every budget Parliament passes must address future needs, shaped by decisions made by engaging all stakeholders.

As we anticipate PM Dato’ Seri Najib Tun Razak’s presentation of his sixth budget, it is important that we frame expectations for a more sustainable economic future.
To be sustainable, our future must address the weaknesses of rising inequality and declining education standards as well as the need to continuously improve our global competitiveness.
nurul budget300In 2010, Bank of America’s Merrill Lynch projected a future that is both “young and poor” for Malaysia by 2030. And last year, our very own Fatimah Kari warned of worsening poverty levels as a consequence of the government’s subsidy rationalisation programme, which cannot be undone even through BR1M handouts.
On the education front, Frederico Gil Sander, a World Bank Senior Economist has said that the poor quality of Malaysia’s education system was more worrying than the level of debt in its households. PISA 2012 results showcased a depressing fact; Malaysian students were 2.5 and 2.8 years behind Vietnam in Mathematics and Science, while lagging behind their counterparts in Singapore, Korea and China for at least four years.
The sixth budget must not ignore these clear warning signs, but must instead pivot towards investing in the future.
Bank of America Merrill Lynch’s “Piketty and Plutonomy: the Revenge of Inequality”, states that there are only two ways to mitigate against rising income inequality or the wealth gap: good quality education and a taxation system that would focus on the top 1% wealthiest citizens of the country.
As far as taxation is concerned, Malaysia ranks fourth in terms of concentration of wealth, comparable to 18% of GDP. This is compared to 6.2% in the UK and 1.9% in Japan. This is precisely why the Opposition Leader requested more information from Parliament with regard to the tax collected from the 20 top richest Malaysians. We need to find an equitable taxation system for the richest Malaysians, which includes capital gains, gift and inheritance tax in order to close the wealth gap.
To address declining educational standards, we must focus on quality, affordability and accessibility. I therefore repeat my earlier calls for a Petroleum Provident Fund, with a big portion of it to be used for the main purpose of investing in education. We should be emulating the success of Norway in managing petroleum wealth to protect future generations.

Pakatan bentang Belanjawan 2015, unjur pendapatan RM242 bilion

Pakatan bajetKUALA LUMPUR 9 OKT: Pakatan Rakyat hari ini membentangkan Belanjawan 2015 dengan memberi fokus kepada beberapa isu pokok yang memerlukan perhatian segera oleh kerajaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi menyemak tadbir urus kewangan BN yang tempang dan dasar-dasar ekonomi yang gagal memacu pembangunan yang adil.
“Pakatan Rakyat mempunyai pendekatan berbeza dengan membandingkan ekonomi antara PR dan BN.
“Belanjawan PR 2015, terdapat empat pendekatan utama dalam menangani kepincangan ekonomi BN serta empat perkara ekonomi rakyat ditegaskan,” katanya dalam sidang media di bilik Taklimat , Bangunan Parlimen hari ini.
Kata Anwar, unjuran belanjawan pendapatan Pakatan Rakyat 2015 berjumlah RM242 bilion manakala melalui perbelanjaan pula sejumlah RM273 bilion dibelanjakan.
“Pakatan Rakyat yakin dengan keazaman politik mampu menjimatkan sekurang-kurangnya 10 peratus (RM4.5bilion) daripada perbelanjaan perbekalan dan perkhidmatan,” jelasnya.

Belanjawan PR: Revolusi desa sebagai sektor ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat mencadangkan Revolusi Desa bagi memanfaatkan potensi kawasan desa dengan melancarkan program yang membawa kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan.

Salah seorang jawatankuasa Belanjawan Pakatan rakyat Dr Dzulkefly Ahmad berkata peranan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) diberi tugas sebagai syarikat pelaburan negara yang bertanggungjawab membangun sektor pertanian desa sebagai sektor ekonomi negara.

"Kayu ukur yang khusus akan dilaksanakan terutama dari segi kandungan teknologi projek bermatlamat untuk angkat pertanian sebagai industri utama negara yang memenuhi keperluan mengurangkan pergantungan kepada import makanan,"katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan lebih banyak bandar satelit terutama diluar Lembah Klang dengan memindahkan institusi dan jabatan kerajaan ke bandar satelit ini.

Selain itu, Revolusi Desa katanya perlu juga menekankan program perumahan desa bagi menyediakan rumah yang boleh disewa atau dibeli oleh penduduk desa pada kos yang berpatutan.

"Dibantu oleh skim insentif dari kerajaan kepada pemaju dan institusi kewangan untuk menggalakan pemaju turut membangunkan perumahan di kawasan itu," katanya.

Menghuraikan rancangan utama Revolusi Desa, katanya, menaiktaraf mutu perkhidmatan pendidikan di desa baik dari segi infrastruktur hinggalah kepada mutu tenaga pengajar perlu dilaksankan.

"Pembinaan sekolah berasrama penuh dan separa penuh yang baru di kawasan desa agar sekolah yang lebih bermutu dapat dimaksimakan kemahiran melalui kerjasama dengan sekolah tempatan,"katanya.

Anwar: 2015, tahun sukar bagi rakyat

Kadar kenaikan harga bagi makanan dan pengangkutan dianggarkan akan meningkat 4.5 hingga 5 peratus.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tahun 2015 akan menjadi tahun yang sukar buat seluruh rakyat Malaysia kerana terpaksa menanggung pelbagai kos beban sara hidup yang tinggi.
Menurutnya, kesukaran tersebut ditambah dengan keadaan ekonomi yang mencabar selain faktor suasana ekonomi global dan domestik yang tidak menentu.
“Malaysia akan terus dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi negara China dan Amerika Syarikat yang semakin perlahan.
“Ditambah pula dengan Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan membawa kesan bukan sahaja kepada inflasi dan kenaikan harga barang tetapi juga permintaan domestik,”katanya sewaktu melancarkan Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen.
Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan ekonomi Malaysia juga akan mengalami pertumbuhan dalam kadar yang sederhana dengan hanya lima peratus, dan inflasi juga dijangka akan meningkat kepada 3.2 peratus.
Bukan itu sahaja, inflasi sebenar yang akan dirasai rakyat akan lebih tinggi dengan jangkaan peningkatan 100 hingga 200 mata asas berbanding daripada yang dilaporkan.
Tambahnya, kenaikkan harga barang bersektor yang terkesan akibat kenaikan harga minyak dan GST juga akan kekal tinggi berbanding indeks harga pengguna.
“Kadar kenaikan harga bagi makanan dan pengangkutan dianggarkan akan meningkat 4.5 hingga 5 peratus,”katanya.
Belanjawan tersebut dirangka oleh Ahli Jawatankuasa Belanjawan PR 2015 yang terdiri daripada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen, Ahli Parlimen Serdang dan juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad.

Tak Sengaja: MP dinaikkan gaji... RAKYAT dinaikkan minyak...!!!


Apa keistimewaan Deepak?


Rakyat tertekan harga getah jatuh

Belanjawan PR 2015 tumpu perbetul kepincangan pentadbiran, ekonomi

GANYANG jelajah universiti bantah Akta Hasutan

Pakatan perkenal dua cukai alternatif ganti GST


Pakatan cadang cukai lebih tinggi bagi golongan kaya


Dewan Rakyat hangat seketika soal naik gaji ahli parlimen

170,000 peminjam PTPTN akan masuk CCRIS

Mereka diantara 170,000 orang yang bergaji lumayan tetapi langsung tidak datang ke PTPTN dalam tempoh tiga tahun untuk berbincang mahupun membuat sebarang bayaran.
PUTRAJAYA: Sebanyak 170,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak menjelaskan pinjaman mereka bermula tahun 1998 hingga 2010.
Menurut Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebanyak RM 1.2 bilion merupakan hutang yang tidak dijelaskan oleh peminjam-peminjam PTPTN ini.
“Kita ada maklumat peminjam dan tahu ada di antara mereka yang bergaji lumayan tetapi langsung tidak datang ke PTPTN dalam tempoh tiga tahun untuk berbincang mahupun membuat sebarang bayaran,” katanya.
Katanya, pihak PTPTN sedia berunding untuk mencari jalan penyelesaian dan membuat perbincangan mengenai pembayaran mengikut kemampuan peminjam sebelum mengambil tindakan tegas.
“Mereka diberi peluang untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sebelum nama mereka disenarai dalam sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
“Bila kita umum pelaksanaan langkah itu nanti, kita akan beri tempoh tiga bulan untuk peminjam berbincang dan seterusnya membuat bayaran,” katanya menerusi laporan bernama.
Jelasnya sebelum ini pihak PTPTN bersikap fleksible, namun ada dalam kalangan peminjam yang mengambil kesempatan dengan tidak membuat pembayaran balik.

Pakatan Rakyat perkenal cukai baru gantikan GST

PR percaya kerajaan seharusnya memperkenalkan cukai-cukai yang mensasarkan golongan kaya terlebih dahulu, seperti Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Warisan Harta.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) dalam Belanjawan Malaysia 2015 telah memperkenalkan dua polisi percukaian bagi mengekalkan kadar cukai pendapatan rendah dan dalam pada masa yang sama meningkatkan nisbah cukai Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK).
Pembentangan itu dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Belanjawan PR 2015 yang terdiri daripada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen, Ahli Parlimen Serdang dan juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad.
Dalam pembentangan bajet bayangan yang dilakukan oleh PR, mereka yakin, pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun hadapan akan menyebabkan rakyat dan negara akan menanggung beban ekonomi yang lebih parah.
Melalui pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 hari ini, mereka percaya kerajaan seharusnya memperkenalkan cukai-cukai yang mensasarkan golongan kaya terlebih dahulu, seperti Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Warisan Harta.
“Pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 dengan nilai sebanyak RM3 bilion.
Rafizi turut menyatakan, perbezaan antara cukai CGT dan GST adalah, perlaksanaan cukai GST akan mengenakan cukai kepada semua pihak termasuk rakyat yang berpendapatan rendah. Manakala, CGT pula cukai yang dikenakan kepada orang-orang kaya, dan syarikat-syarikat besar dan tidak dikenakan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Hasutan: Kerajaan tak peduli gesaan antarabangsa


n_surendranKUALA LUMPUR 9 OKT: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran kesal dengan keenganan kerajaan menerima gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) buat kali kedua supaya Akta Hasutan dimansuhkan.
Katanya, tindakan kerajaan enggan mendengar pandangan yang disuarakan PBB mencalarkan imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.
“Semakin hari imej negara kita semakin rosak apabila masyarakat antarabangsa pun berani mengkritik negara kita tentang Akta Hasutan ni.
“Kita kecewa dengan sikap kerajaan, kenapa mereka langsung tidak peduli dengan kebimbangan rakyat?” soalnya.
Surendran berkata, kerajaan perlu akur dengan cadangan empat pelapor khas PBB yang menyatakan sudah tiba masanya bagi Malaysia menyesuaikan undang-undang termasuk Akta Hasutan 1948 selaras dengan standard hak asasi manusia antarabangsa.
“Malaysia adalah di antara negara yang terlibat dengan Bangsa-Bangsa bersatu, tapi kenapa mereka tidak peduli dengan suara kebimbangan yang juga datang daripada pertubuhan ini?

Rasionalisasi perbelanjaan, bukan rasionalisasi subsidi

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menuntut agar kerajaan menumpukan perhatian kepada rasionalisasi perbelanjaan, bukan hanya rasionalisasi subsidi.

YAB Perdana Menteri telah menjelaskan rasional subsidi bahan api perlu dikurangkan yang menyebabkan harga bahan api naik sebanyak 20 sen bagi Ron 95 beberapa hari yang lalu. Katanya ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi menampung perbelanjaan pembangunan. Jelasnya lagi ia adalah untuk mengurangkan defisit perbelanjaan negara .

PM beralasan bahawa subsidi banyak dimanfaatkan oleh rakyat luar yang datang ke Malaysia dan insiden penyuludupan minyak Malaysia ke negara jiran telah mengakibatkan harga minyak yang lebih murah di Malaysia diseludup masuk ke negara jiran.

Kami berpendirian sungguhpun mengurangkan subsidi iaitu rasionalsiasi subsidi ada kewajarannya dari beberapa segi, namun rasionalisasi perbelanjaan juga adalah sama penting, malah jika dilihat tren perbelanjaan negara, ia jauh lebih penting. Jelas, rakyat tidak dapat mengelak dari merasa tidak puashati bila ada perbelanjaan yang tiris akibat pengurusan yang tidak efisyien malah berlaku salah urus yang ketara.

Bajet sering menunjukkan kos pengurusan yang meningkat tetapi tahap keberkesanan khidmat agensi awam tidak menunjukkan peningkatan yang sepadan.

Subsidi yang dimanfaatkan oleh rakyat luar adalah kerana polisi kita dalam mengurus kebanjiran tenaga luar untuk bekerja di Malaysia tidak dilihat sebagai suatu kepincangan akibat perancangan sumber tenaga manusia yang lemah. Maka lebih 4 juta warga luar yang kini berada di Malaysia pasti mendapat manfaat dari subsidi yang ada di negara ini. Akan tetapi nyata, disebabkan perancangan yang lemah, kebergantungan negara kepada tenaga luar tidak dapat dielakkan.

Tidak harus dilupakan juga apabila dasar penswastaan banyak agensi kerajaan dilaksanakan sejak awal 1990-an , ternyata ia menambahkan kos kerajaan, bukan mengurangkan kos sebagaimana sepatutnya.

TG Nik Aziz terima kunjungan 30 sami Budha



KOTA BHARU: Hampir 30 orang para sami Budha dari seluruh negeri Kelantan hadir ke majlis ramah mesra di kediaman Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pulau Melaka semalam.

Rombongan sami itu diketuai Ketua Majlis Sangha Negeri Kelantan Phra Vicharan Vuthikhon.

Tuan Guru yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, ketika ditemui berkata, kehadiran rombongan sami itu dapat mengeratkan lagi hubungan beliau dengan golongan bukan Islam.

Katanya, pada masa yang sama ianya turut mempamerkan keindahan Islam pada golongan itu.

“Sekarang ni timbul masalah bermacam-macam bangsa, Cina ada parti dia, Melayu ada parti dia, sedangkan Islam datang untuk manusia bukan untuk orang Arab atau Melayu sahaja.

MP 'berperang' dengan menteri Umno isu warden penjara sokong siapa


Dua orang MP dari BN dan Pakatan Rakyat hari ini bertikam lidah tentang kecenderungan politik warden penjara.

Pertikaian tersebut berlangsung antara MP Sepang, Hanipa Maidin dan MP Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No. 2) 2014.

Ia bermula apabila Hanipa (bawah) mendakwa beliau didatangi warden penjara yang memintanya agar membawa isu kenaikan gaji mereka ke Parlimen.

"Ini permintaan dari warden-warden penjara ini mereka minta supaya mereka juga diberi kenaikan gaji.

"Saya ini MP yang selalu bercakap pasal naik gaji orang lain," katanya.

Kenyataan beliau itu kemudian dicelah oleh Shahidan Kassim.

"Saya tercabar dengar dari luar jadi saya masuk.

"Yang pertama kenapa warden ini jumpa YB kenapa tak jumpa kami - di antara orang yang boleh mempertimbangkannya dengan lebih cepat lagi.

"Mereka ini sebenarnya jumpa Yang Berhormat, pada anggapan Yang Berhormat sahaja," bidas Shahidan disambut gelak ketawa dari anggota-anggota Parlimen BN.

Menyambung perbahasannya, Hanipa menegaskan bahawa Shahidan perlu menyiasat sendiri sebab warden penjara cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat.

"Yang pertama dia (Shahidan) tanya kenapa warden jumpa saya tak jumpa mereka.

"Dia kena tanyalah kenapa dia orang suka sangat dengan Pakatan Rakyat tak suka dengan yang sana (BN).

Peguam: Akta Papa macam 'ISA gelandangan'


Peguam dan koordinator Lawyer for liberty (LFL), Michelle Yesudas, menyarankan supaya kerajaan memansuhkan Akta Papa 1977 kerana ia didakwa tidak relevan dan tidak membela nasib golongan gelandangan.

Katanya, golongan gelandangan dianggap seperti penjenayah kerana definisi akta itu menetapkan sesiapa sahaja berpeleseran di jalanan, berpakaian compang-camping dan tiada tempat tinggal ditangkap.

“Dari segi definisi, pelaksanaan dan penggunaan secara diskriminasi dalam akta itu sama seperti Akta Hasutan dan ISA (Akta Keselamatan dalam Negeri).

“Gelandangan dianggap penjenayah hanya sebab mereka tidak mampu menyara diri,” katanya dalam sebuah forum “Gelandangan: Isu, penyelesaian dan masa depan” di ibu negara semalam.

Michelle juga mendakwa gelandangan seharusnya diberi pilihan untuk menentukan apa yang mereka mahu dan bukannya memaksa dan menangkap mereka seperti seorang penjenayah.

Turut bertindak sebagai ahli forum seorang pegawai kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Mad Darus Hassan dan koordinator kumpulan Dapur Jalanan Hadi Khalid.

JKM: Bukan tangkap, tapi selamatkan

Sementara itu, Mad Darus pula menolak saranan pemansuhan akta berkenaan atas alasan ia selama ini menjadi akses kepada kebajikan masyarakat untuk membantu golongan tidak bernasib baik.

Insiden bom meletup - Datuk Tajuddin Md Isa - KP KL

Menteri: Lewat ekstradisi Rizalman bukan salah Malaysia

Soalan jet NR1: Putarajaya tutup kemas mulut

BERSIH 2 0 : Malaysia perlu MP berkualiti, bukan ramai tetapi bermasalah

Bersih to EC: Come clean on redelineation

1MDB subsidiaries, too, fail to submit accounts

MP PAS Sepang Bahas RUU Penjara (No. 2) (Pindaan) 2014

MP PKR Subang Bahas RUU Penjara (No. 2) (Pindaan) 2014

Belanjawan PR 2015 tumpu perbetul kepincangan pentadbiran, ekonomi

PARLIMEN, 9 OKT : Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) 2015 menumpukan kepada memperbetul kepincangan pentadbiran dan ekonomi negara yang mendatangkan kesan negatif kepada kesejahteraan rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berbeza dengan belanjawan tahun-tahun sebelumnya yang tertumpu kepada cadangan dasar dan program, belanjawan kali ini memberi fokus kepada beberapa isu pokok yang memerlukan perhatian segera.
Antaranya membetulkan tatakelola BN yang lemah hingga amalan rasuah semakin meningkat dalam pentadbiran kerajaan dan ekonomi, pergantungan kepada hasil dari industri minyak dan gas yang tidak berurus dengan berhemah, ketidaktelusan dalam menangani rundingan Perjanjian Perkongsian Pasifik (TPPA) serta sistem cukai berat sebelah yang memberi insentif kepada golongan kaya.
“Kita unjurkan pendapatan negara adalah pada kadar sedehana iaitu lima peratus berdasarkan prestasi lima tahun sebelum ini.
“Kita menjangkakan 2015 akan menjadi tahun perit buat rakyat dengan suasana ekonomi yang mencabar ditambah Malaysia yang akan terus dipengaruhi pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan,” katanya dalam sidang media pembentangan Belanjawan Alternatif PR 2015, di Parlimen, hari ini.
Selain itu, Anwar berkata pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membawa inflasi Indeks Harga Pengguna (CPI) sehingga 3.2 peratus, manakala untuk makanan berada di tahap tinggi iaitu 4.5 peratus dan pengangkutan pada kadar lima peratus.
Katanya, kerajaan mampu mengurus perbelanjaan negara dengan baik sekiranya unjuran perbelanjaan berada pada nilai RM273 bilion dengan nilai defisit dijangka turun pada kadar 2.6 peratus.

Belanjawan PR: Pakatan perkenal 2 cukai alternatif ganti GST

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan belanjawan alternatif mereka sehari sebelum pembentangan Bajet 2015 dengan memperkenalkan dua cukai menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bercakap dalam sesi penerangan belanjawan itu di Parlimen hari ini, MP Serdang Ong Kian Ming berkata cukai itu adalah cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai warisan harta.

Berbeza dengan GST yang bersikap regresif dan melibatkan mereka yang berpendapatan rendah, beliau berkata kedua-dua cukai itu bersifat progresif dan melibatkan golongan yang mampu.

"Kedua-dua cukai ini dapat membantu pendapatan dan alternatif baik kepada GST," katanya yang menjadi sebahagian jawatankuasa belanjawan Pakatan.

"Kerajaan selalu berkata GST bagus kerana lebih dari 100 negara gunakannya... Tapi CGT yang telah dilaksanakan lebih 127 negara lain," katanya lagi.

CGT dikenakan kepada perolehan keuntungan yang diperoleh oleh seseorang seperti penjualan stok saham, syarikat atau hartanah.

Ong berkata dengan pengenalan cukai tersebut, dijangka dapat mengutip sehingga RM3 bilion pada tahun pertama sekiranya dilaksanakan.

"Di Malaysia hanya keuntungan dari penjualan rumah dalam lima tahun pertama pembelian dikenakan cukai. Keuntungan urusniaga modal lain tidak dikenakan cukai," kata beliau.

Sementara itu cukai warisan harga dikenakan ke atas pemindahan aset di kalangan golongan kaya.

Belanjawan PR: Ekonomi Malaysia 2015 sangat mencabar

DENGAN pelbagai ketidaktentuan, khasnya rakan dagangan utama Cina yang menampakkan ekonomi yang mula perlahan dan kesan akibat dasar Amerika untuk menamatkan dasar ‘Quantitatve Easing’ yang meninggalkan kesan buruk kepada ekonomi negara membangun. Begitu juga kesan langsung konflik di Timur Tengah dan Ukraine-Rusia ke atas harga minyak mentah.

Pencapaian pertumbuhan ekonomi 6.4% dalam suku kedua tahun ini selepas mencapai pertumbuhan 6.2% dalam suku pertamanya adalah agak terpencil apabila dibandingkan dengan rekod pencapaian ekonomi Barisan Nasional sepanjang perlaksanaan RMK10. Dalam tempoh itu, Barisan Nasional gagal mencapai sasaran yang mereka tetapkan sendiri yakni 6%. Pertumbuhan sepanjang 5 tahun lalu antara adalah di antara 4.5% hingga 5.5%.

Ramalan untuk setengah tahun terakhir 2014 juga dijangka tidak memberangsangkan terutamanya akibat penguatkuasaan GST pada April 2015 yang akan menjejaskan sentimen berbelanja pengguna. Ini sekaligus mengurangkan permintaan domestik.

Suka diingatkan faktor permintaan domestik dan faktor peningkatan eksport bertanggungjawab memacu pertumbuhan dalam dua suku pertama tahun 2014 ini. Dengan faktor sentimen pengguna yang dijangka terjejas dan faktor ekonomi serantau seperti di atas, adalah ramalan pertumbuhan 2014 akan berada di antara 5.5% ke 5.8% adalah munasabah.

Gambaran kedudukan ekonomi negara dapat diukur dengan prestasi harga Minyak Mentah Sawit (CPO) untuk enam bulan lalu. Pada September 2014, harga CPO terus menjunam ke paras serendah RM2,000 satu metrik ton. Penurunan sebegini memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi negara kerana sektor eksport CPO ini menjana RM80 bilion setahun dan melibatkan 400,000 pekerja. Dengan 113,000 peneroka Felda yang berkongsi hasil buah mereka, pendapatan mereka pastinya lebih terjejas. Dengan itu, permintaan domestik desa tentunya juga akan merosot.

Kedudukan rakyat di bandar tidak juga menunjukkan keadaan lebih baik. Hutang isirumah telah mencapai ke tahap 89.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Kajian FOMCA memberi pecahan jenis pinjaman seperti berikut: pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%.

Kami juga berpendapat bahawa inflasi ‘sebenar’ berbanding angka rasmi Indeks Harga Pengguna (atau CPI) sebenarnya berbeza hingga 100 ke 200 mata asas. Mengikut laporan ekonomi Reuters, dalam tahun 2015 CPI akan melonjak ke 3.2% sementara CPI untuk makanan berada di tahap tinggi iaitu 4.5% dan pengangkutan pada 5%.

Bajet 2015: Pakatan cadang cukai alternatif kepada GST

Pakatan Rakyat (PR) memperkenalkan dua cukai alternatif kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan Putrajaya pada April 2015. Dua cukai tersebut ialah Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) yang berperanan sebagai alternatif kepada GST dan juga Cukai Warisan Harta bagi pemindahan aset di kalangan golongan kaya. Semasa membentangkan Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tahun 2015 sangat mencabar bagi Malaysia.Menurut ketua pembangkang itu, ini menyebabkan Belanjawan Malaysia 2015 (PR) fokus kepada beberapa isu pokok seperti gaji yang adil, mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah dan‎ skim perumahan rakyat yang lebih radikal bagi membantu golongan muda.

Belanjawan PR 2015 pertahan subsidi rakyat

KUALA LUMPUR: Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat meletakkan empat keutamaan yang akan menjadi tumpuan dalam tahun 2015 demi mempertahankan kebajikan rakyat.

Empat keutamaan itu adalah;

- Gaji yang adil demi memastikan pekerja mendapat perkongsian yng sewajarnya dalam membina hidup yang bermaruah

- Mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah dan subsidi umum untuk mengekang kenaikan harga barang.

- Menyediakan lebih banyak skim kewangan perumahan dan skim perumahan rakyat yang lebih redikal untuk membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah.

- Merancakkan ekonomi desa supaya penduduk desa tidak terus terpinggir dari arus ekonomi dan tertekan dengan kenaikan sara hidup yang turut sama mereka hadapi.

Belanjawan ini dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat ingin mengembalikan roh kebajikan dalam wacana belanjawan dan perancangan ekonomi negara.

"Mengusulkan program-program kebajikan rakyat bukanlah sesuatu yang tidak baik, mempertahankan subsidi rakyat bukan bermakna tidak pandai ekonomi.

MB Selangor: Octoberfest belum diluluskan polis, kastam

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, penganjur pesta arak Oktoberfest masih lagi belum mendapat kebenaran daripada pihak polis dan Jabatan Kastam.

"Belum. Kita belum terima kelulusan daripada beberapa agensi.

"Sebab dalam perayaan seperti ini mengikut garis panduan yang sedia ada. Pihak polis dan kastam akan memberikan kelulusan.

"Dan selepas itu pihak penganjur perlu mematuhi garis panduan yang akan dikeluarkan oleh PBT (pihak berkuasa tempatan)," katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Pemberita: Apakah pendirian YB (terhadap Octoberfest) sebagai menteri besar?

Azmin: Pendirian semalam adalah pendirian kerajaan negeri.

Macam mana YB lihat? Adakah kerajaan negeri berpandangan (ia) perlu tarik balik?

Well, ia tertakluk kepada garis panduan.

Kalau semua dah lulus boleh diadakan?

Belum. Kita belum terima kelulusan daripada beberapa agensi. Sebab dalam perayaan seperti ini mengikut garis panduan yang sedia ada, pihak polis dan Kastam akan memberikan kelulusan.

“Dan selepas itu pihak penganjur perlu mematuhi garis panduan yang akan dikeluarkan oleh PBT. Jadi, dia akan patuhlah.

(Penganjur) belum cukup syarat lagi untuk diluluskan?

Belum. PBT, MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) akan pertimbangkan permohonan ini yang tertakluk kepada kelulusan awal.

Permohonan sudah dibuat ke?

Kena tanya penganjur. Saya bukan penganjur.

PAS minta supaya batal?

Itu pandangan parti. Ini kerajaan negeri yang juga diwakili semua parti .

Mengenai papan iklan yang dipasang di Shah Alam?

Itu tak dapat kelulusan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam)

Adakah kerajaan negeri kesal?

Ya, dan sudah ambil tindakan kepada pemilik papan iklan dan sudah menggantung permitnya selama tiga bulan.

BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT 2015








Download at https://drive.google.com/file/d/0B_cdZuv25-4EdXZSR1o0ZC1JUjA/view

Dedah butiran percutian misteri Najib dan Rosmah ke Belanda



parl loke

KUALA LUMPUR, 8 OKT: DAP hari ini sekali lagi mengecam tindakan kerajaan yang membisu dan ingin mendedahkan kos terperinci percutian misteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Belanda pada 1 hingga 15 ogos lalu selepas sidang media MH17.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, biarpun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab soalan tersebut tapi jawapan yang diberikan jelas menunjukkan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu.
Shahidan dalam jawapannya kepada Anthony semalam menyatakan, pesawat VIP Airbus A319 CJ dengan pendaftaran 9M-NAA tersebut membawa Najib, isteri, serta delegasi atas lawatan rasmi dan kosnya dalam anggaran bersesuaian.
“Nampaknya, Shahidan sekali lagi meneruskan taktik merahsiakan maklumat butiran kos terhadap perbelanjaan awam melibatkan Najib daripada pengetahuan umum.
“Sejak bilakah kerajaan mengamalkan dasar ‘rahsia’ dalam semua isu?” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen.
Menurut Setiausaha Organisasi DAP itu, berdasarkan rekod, lawatan rasmi Najib ke Belanda hanya berlangsung sehari, iaitu pada 1 Ogos 2014 dan bukannya dua minggu.

Alasan Speaker tolak soalan royalti minyak Sarawak ‘tidak masuk akal’


chong-chien-jien-650x400


KUALA LUMPUR, 9 OKT: Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen menyifatkan Speaker memberikan alasan ‘tidak masuk akal’ ketika menolak soalannya berhubung royalti minyak di Sarawak di Dewan Rakyat dua hari lalu.
Ia berhubung soalan Parlimen kepada Perdana Menteri, meminta kerajaan menyatakan terma dan syarat Kontrak Kongsi Pengeluaran (Production Sharing Contract, PSC) antara Petronas dan syarikat-syarikat lain yang terlibat, terutama berhubung pengagihan keuntungan daripada minyak dan gas di Sarawak.
Soalan kedua pula tentang sama ada kerajaan benar-benar berniat untuk meningkatkan royalti minyak dan gas kepada kerajaan Sarawak.
Namun, Dewan Rakyat menolak kedua-dua soalan itu atas alasan sub judice, hanya kerana kes antara kerajaan Kelantan dengan Petronas dan kerajaan Persekutuan berhubung isu sama sedang berjalan.
“Soalan saya ditolak atas asas perkara berkaitan sedang dirujuk di mahkamah – kes yang difailkan kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Malaysia,” katanya,  seperti dipetik laman The Borneo Post.
“Keputusan itu ternyata tidak boleh diterima kerana soalan saya berhubung peningkatan royalti kepada Sarawak, sedangkan kes tersebut antara Kelantan dan Persekutuan berhubung tuntutan royalti negeri,” katanya lagi.
Tidak berniat naik royalti
Tidak berpuas hati dengan alasan itu, Pengerusi DAP Sarawak itu menyifatkannya sebagai bukti kerajaan sebenarnya tidak berniat menaikkan royalti minyak dan gas, seperti yang dituntut kerajaan negeri itu.

Berapa lama lagikah Najib mampu bertahan?

Oleh Shahbudin Husin
Berikutan keputusan terbaru kerajaan memotong lagi subsidi petrol dan diesel yang menyebkan harganya meningkat daripada RM2.10 kepada RM2.30 seliter, luahan kemarahan rakyat ketika ini boleh didengari di mana-mana. Apatah lagi keputusan itu dibuat hanya tiga hari menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha dan kenaikan harga petrol dan diesel itu tentu sekali akan menyebabkan berlakunya peningkatan berantai harga barang keperluan pengguna.
Walaupun kemudiannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pemotongan subsidi itu tidak dapat dielakkan untuk memastikan kelancaran pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang dan meminta rakyat berkorban demi kepentingan negara, kemarahan rakyat tidak juga reda.
Selain ada yang meluahkan kemarahan secara nyata, terdapat juga yang mengucapkannya melalui sindiran ucapan "tahniah" dan "terima kasih" kepada kerajaan yang dianggap terus membebankan kehidupan rakyat.
Di laman sosial  FB milik Perdana Menteri sendiri, nada kemarahan itu amat jelas dirasai oleh sesiapa saja. Jika Datuk Seri Najib Razak sendiri membaca semua luahan kemarahan itu, tentunya  jika beliau seorang yang memahami derita rakyat sebagaimana yang sering dilaung-laungkannya, beliau dapat merasakannya ianya bukanlah main-main.
Dalam masa yang sama, di sebalik kemarahan, cacian, makian dan ugutan akan mengajar BN dalam pilihanraya akan datang itu, pembela-pembela Datuk Seri Najib dan BN juga seakan-akan terdiam tidak mampu berhujah mengenai rasionalnya kenaikan harga minyak yang dilakukan tiga hari sebelum Hari Raya Korban ini. Ini tentu sekali menjadikan seolah-olah keputusan kerajaan itu tidak bijak sama-sekali.

Elak budaya mengampu Umno meresap dalam PAS

Oleh ARIF ATAN
KUALA LUMPUR: Ahli PAS perlu menginsafi budaya mengampu hanya menjadikan parti Islam yang wujud secara rasmi pada tahun 1951 itu ‘mencetak’ perangai Umno, tegas AJK PAS Pusat, Khalid Samad.
Mengulas teguran Mahathir ke atas ahli Umno yang enggan melakukan kri tikan ke atas kepimpinan parti itu, beliau berkata, pe mimpin berjiwa besar sebenarnya tidak alah pada teguran sebaliknya berlapang dada menerima secara terbuka kritikan yang dilontarkan
“Lihat saja ucapan pertama Abu Bakar al-Siddiq yang juga menyentuh soal bagaimana khalifah selepas Rasulullah itu meminta diri nya ditegur jika berbuat salah kerana baginya beliau bukanlah yang terbaik tapi dilantik menjadi pemimpin.
Abu Bakar juga menyebut benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.
“Pemimpin sebenarnya memegang kuasa bagi pihak rakyat untuk membawa mereka yang dipimpini ke arah lebih baik. Jika tersilap langkah rakyat berhak menegur,” ujarnya
Menurut Khalid, rakyat sentiasa memantau pencapaian pemimpin dalam ge rakan, jemaah atau parti dan setiap tahun hal berkenaan diberi penekanan da lam perhimpunan agung atau muktamar.
“Perjuangan PAS bukan sekadar slogan yang enak didengar tetapi setiap pendukungnya harus dilengkapi ilmu, lebih dinamik dan berketrampilan mendepani nadi denyutan rakyat.
“Itulah sebenarnya berlaku. Kita sebelum ini begitu tegar menentang budaya angguk dan geleng dalam Umno jadi tidak patut kita pula mengulang perkara sama?” bidasnya lagi.

Fokus kebajikan rakyat, perkasakan Pakatan

Oleh MOHD ARIFIAZUL
PEMUDA PAS Sarawak menasihatkan semua pi hak untuk terus memberi kan fokus terhadap kebajikan rakyat dan pemerkasaan Pakatan Rakyat.PAS melalui program Untukmu Sarawak akan terus menjuarai isu-isu kebajikan rakyat di seluruh negeri.
Pemuda PAS Sarawak juga berharap agar program Impian Sarawak yang dianjurkan DAP juga perlu terus dipergiatkan bagi meneruskan agenda membela rakyat.

 Rakyat ia lah pelanggan utama Pakatan Rakyat, dan semua pihak hendaklah ber lumbalumba menjadi “juara rak yat” bagi memastikan masa depan yang lebih cerah untuk Sarawak. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud, “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masingmasing menujunya; oleh itu, berlumba-lumbalah ka mu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Dengan pengenalan GST tahun hadapan yang pastinya membawa kepada kenaikan kos sara hidup, Pakatan Rakyat hen daklah menjadi benteng pelindung rakyat dan bukannya bercakaran sesama sendiri.
Hak-hak Sarawak seperti royalti yang diperjuangkan Pemuda PAS se jak 2012 hendaklah men jadi agenda Pakatan Rakyat.
Sarawak akan menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi dan pemerkasaan Pakatan Rakyat amat perlu bagi menghadapi BN sebagai satu pasukan yang mantap.

ONLY IN MALAYSIA... NEGARA PERASUAH NO.1 DI DUNIA...




Mampukah Azmin ubah landskap politik Selangor ?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KEMELUT politik di Selangor boleh dianggap sebagai selesai selepas pelantikan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang yang juga timbalan presiden KeADILan selaku Menteri Besar dan diperkenankan Sultan Selangor.
Meskipun masih ada bisik bisik ‘nakal’ mempertikai, tidak kurang yang mengambil kesempatan kononnya mereka loah juara dalam menamatkan krisis Selangor, namun segalanya kini tertumpu kepada Azmin dalam mencorak politik di Selangor.

Kemelut yang bermula selepas Langkah Kajang ini mematangkan ramai pihak walaupun lukanya cukup panjang dengan PAS berkrisis sesama sendiri dalam dua atau tiga aliran pandangan yang berbeza dalam parti ini. Begitu juga KeADILan yang mencambah kumpulan yang lebih ramai selepas Azmin diangkat selaku MB. Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri mungkin melalui saat getir walaupun impian asal mahu Wan Azizah Wan Ismail naik ke singgahsana pentadbiran Selangor gagal.
Namun tidak kurang yang menyatakan naiknya Azmin selaku MB, ia adalah kejayaan sebenar Langkah Kajang yang dicipta Anwar bersama Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Dato’ Johari Abdul, kerana adegan cemas di Selangor sebenarnya dimulakan Azmin berikutan rasa tidak puas hatinya terhadap pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid seorang MB yang baik, pentadbirannya berjaya memikat hati rakyat namun, dalam masa yang sama beliau tidak mementingkan untuk menjaga kubu ‘politik’ dengan dakwaan kurang mesra dengan pimpinan KeADILan, Pakatan Rakyat dan sering bertindak tidak mengikut konsesus pakatan.
Akibatnya, pimpinan di peringkat atas, pertengahan dan bawahan merasai bahawa pentadbiran Khalid tidak memberi kesan positif kepada pembangunan parti.Bagi mereka parti juga harus menjadi teras utama selain sokongan rakyat yang harus digarab dan dipertahankan.Tanpa parti, masakan Khalid boleh menjawat jawatan MB Selangor.

Putrajaya masih elak jawab soalan jet Najib untuk bercuti pula..!!

Putrajaya hari ini menutup kemas mulut mereka apabila ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan jet rasmi negara untuk bercuti di Eropah selepas selesai melakukan satu lawatan rasmi ke Netherland.

MP Seremban, Anthony Loke menggesa Putrajaya agar mendedahkan laluan pesawat Airbus A319CJ dikenali sebagai NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang terbang di Eropah di antara 1 hingga 15 Ogos lalu.

Anthony (kiri) juga menggesa agar perincian kos serta tujuan pesawat itu terbang di antara tarikh itu didedahkan.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab penerbangan itu adalah atas urusan rasmi yang membawa Najib dan isterinya serta delegasi rasmi ke Netherland untuk lawatan berkait tragedi pesawat MH17.

"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan perdana menteri.

"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah di dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya," jawapan Shahidan dipetik.

Jawapan bertulis Shahidan juga tidak menjawab laluan pesawat itu selepas urusan rasmi Najib selesai dilakukan.

Ahli Parlimen PKR selar Kamalanathan kerana ‘bongkak’, ‘sombong’

Ahli‎ Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyelar Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan (gambar) kerana disifatkan sebagai seorang yang bongkak dan sombong kerana enggan menjelaskan isu pengurangan kuota pelajar di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR) Sim Tze Tzin berkata, Kamalanathan bukan sahaja enggan menjelaskan isu tersebut malah menolak untuk menerangkan kekeliruan yang berlaku mengenai pilihan kursus dan bidang.
"Tindakan beliau yang enggan menjawab adalah tidak boleh diterima sepertinya ia bukan cara seorang timbalan menteri pendidikan‎.

"Sekiranya ‎cara beliau begitu sombong dan bongkak saya fikir lebih baik beliau letak sahaja jawatan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. Terdahulu di  Dewan Rakyat dalam soalan tambahan ahli Parlimen PKR itu kepada Kamalanathan, adakah pengurangan kuaota tersebut sebagai bukti negara kini mengalami defisit belanjawan hingga menghadkan pengambilan pelajar.
"Adakah ini bermaksud kerajaan kini mengalami defisit bajet apabila terpaksa kurangkan tempat pelajar, ataupun ingin mengejar ranking dunia apabila memberi tempat kepada pelajar luar negara dan terdapat konspirasi untuk memperkasakan institusi swasta," kata Sim di Dewan Rakyat pagi ini.
Bagaimanapun timbalan menteri pendidikan II itu menolak memberi jawapan tersebut dengan hanya berkata ketiga-tiga dakwaan berkenaan tidak benar.
"Ketiga-tiga dakwaan itu tidak benar sama sekali, itu sahaja jawapan saya," kata Kamalanathan di Dewan Rakyat.