Rabu, 8 Oktober 2014

MEMORANDUM RAKYAT: PROTES RASIONALISASI SUBSIDI & BANTAH PELAKSANAAN CUKAI GST


Kami wakil-wakil dari Badan-Badan Bukan Kerajaan, Organisasi Komuniti, Kesatuan Sekerja dan Parti-Parti Politik Nasional menuntut kerajaan untuk hentikan polisi -polisi yang membebankan rakyat. Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan sebelum PRU 13 bahawa tidak akan menaikkan Harga Minyak dan juga tidak akan membebankan rakyat dengan apa -apa polisinya.

Namun, setelah menang pilihanraya banyak polisi yang membebankan rakyat telah mula diamalkan. Selepas PRU13 sahaja, Kerajaan BN khususnya Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak telah memungkiri janji kononnya tidak akan menaikkan harga bahan api sepertimana yang terkandung di dalam Manifesto dan janji-janji pilihan raya mereka menjelang dan semasa PRU13.

Kenaikan pertama 20 sen seliter pada 2013 dan terbaru pada 1 Oktober 2014, kenaikan dengan kadar 100%, iaitu 20 sen seliter. Purata kenaikan 40 sen seliter dalam tempoh setahun ini adalah sangat besar apatah lagi jika kita melihat kesan berantai terhadap harga barangan dan perkhidmatan yang lain. Ditambah pula dengan pergerakan tangga gaji rakyat yang hampir tiada.

Berdasarkan rekod kajian kami, dalam minggu lepas, kebanyakan dan hampir semua media-media berkaitan ekonomi melaporkan penurunan dan kejatuhan harga minyak ; Telegraph UK, Bloomberg, Wallstreet, The Globe & Mail, Edmotoon Journal dan Business Week melaporkan kejatuhan harga minyak dunia. Bahkan ada yang menyebut ia jatuh sehingga ke paras paling rendah dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini. Maka apakah rasionalnya terhadap rasionalisasi subsidi minyak pada masa kini yang menyebabkan peningkatan harga minyak?


Bukan itu sahaja, kerajaan BN telah meluluskan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Cukai GST) yang bakal diimplementasi pada 1 April 2015. Tindakan kerajaan sebegini akan lebih membebankan rakyat biasa terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Impak Cukai GST & Kenaikan Harga Minyak Ialah :

1. Kenaikan Harga MinyaK & Cukai GST Akan Membebankan Rakyat Dan Memburukkan Lagi Inflasi.

Pengurangan subsidi minyak yang menyebabkan kenaikan harga minyak akan meningkatkan kos hidup rakyat biasa dan juga akan mengakibatkan kenaikan harga barangan lain dan meningkatkan inflasi.

Manakala, pelaksanaan cukai GST yang tambah nilai ke atas harga barangan pastinya akan memburukkan lagi inflasi sehingga beban rakyat biasa bertambah hebat.

Gaji sebenar rakyat biasa Malaysia tidak bertambah mengikut peningkatan kos kehidupan. Gaji minima RM 900 untuk Semenanjung dan RM 800 untuk Sabah dan Sarawak adalah begitu rendah sekali. Golongan berpendapatan rendah tidak mampu menanggung beban tambahan akibat daripada kenaikan harga minyak sekarang dan pelaksanaan GSTpada tahun hadapan.

Rakyat sedang berdepan dengan gelombang kenaikan harga yang begitu hebat, dengan kenaikan harga gula, tambang bas, tambang LRT, bayaran tol, cukai taksiran, tarif elektrik dan sebagainya. Ini sudah pun amat membebankan, apatah lagi dengan pelaksanaan cukai GST yang akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015?

PTPTN perlu bertaubat dahulu dan hapuskan riba

"Kepada peminjam ini bertaubat dan bayarlah hutang. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut," katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (Pindaan) 2014 di Dewan Rakyat.

Itu merupakan kenyataan Ahmad Maslan berhubung isu PTPTN pada hari ini. Peminjam PTPTN tidak akan memberi respon panjang dalam hal ini. Cuma akan siarkan semula gambar-gambar penyata PTPTN yang pernah menggemparkan Malaysia dengan riba yang melampau.










Sebagaimana Dulu Mahathir Menegur KJ, Ada Baiknya Rosmah Juga Ditegur Sama

Semua orang mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sudah hampir dua bulan menarik balik sokongannya kepada Najib Razak yang memimpin negara sejak 2009 lalu.

Seiring dengan penarikan balik sokongan itu, Mahathir juga bertekad meneruskan tegurannya daripada semasa ke semasa mengenai apa-apa yang dirasakannya tidak betul yang dilakukan oleh Najib selaku Perdana Menteri.

Beliau pernah menegur dasar Najib yang dianggapnya merosakkan ekonomi dan kewangan negara, hubungan kaum yang semakin renggang, tindakan tidak bijak menghapuskan beberapa akta seperti ISA dan Ordinan Darurat serta terlalu lembut dengan negara jiran.

Kemudian beliau juga menegur mengenai dana pelaburan 1MDB yang seolah-olah berlagak seperti golongan kaya tetapi sebenarnya menyebabkan hutang negara terus meningkat.

Yang terbaru iaitu semalam pula, beliau menegur mengenai amalan yang dilakukan Najib sebelum PRU 13 dengan memberikan wang kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak menghargai layanan, meningkatkan hutang negara, mendengar nasihat konsultan dan lain-lain lagi tetapi keputusan pilihanraya tetap lebih buruk berbanding PRU 12.

Apa yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Najib ini menyamai dengan apa yang pernah dilakukannya kepada Abdullah Badawi dahulu.

Jika dulu, Abdullah Badawi yang merupakan pilihannya diminta mengundurkan diri, kini Najib yang dulu disokongnya, turut ditarik sokongannya.

Walaupun sudah beberapa teguran dan kritikan dilakukan oleh Mahathir terhadap Najib, tetapi sehingga ini beliau belum pernah lagi menyentuh mengenai pembaziran, pemborosan dan campurtangan yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Berbanding serangannya kepada Abdullah Badawi dulu di mana Khairy Jamaluddin sebagai menantu yang dianggap memainkan peranan utama mencatur dan campurtangan sehingga merosakkkan pentadbiran negara, menjadi sasaran utamanya namun Rosmah belum lagi menjadi kritikannya walaupun penglibatan dan campurtangan isteri Perdana Menteri itu turut menjadi bualan ramai sejak dulu lagi.

Oktoberfest: Tiada jaminan umat Islam tak terlibat, kata PAS


Pesta Arak: PAS desak k'jaan Selangor bertindak


Apa istimewanya hutang RM32 juta Deepak?

Apakah tujuan di sebalik arahan Hassan kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak untuk menstrukturkan semula hutang berkenaan?

Deepak Jaikishan_300KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan Bank Rakyat yang memberi keistimewaan besar kepada peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman berjumlah RM32 juta tanpa faedah.
Beliau juga mahu tahu apakah peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga menteri yang terbabit dengan undang-undang tersebut, Datuk Hasan Malek boleh memberi keistimewaan kepada Deepak.
“Saya menggesa menteri terbabit menjelaskan sama ada arahan berhubung hutang berjumlah RM32 juta itu dibuat dengan nasihat Suruhanjaya Koperasi,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2014 di Parlimen hari ini.
“Hassan Malek perlu menjelaskan sama ada langkah yang dibuat itu selari dengan tugas menteri dalam bertanggungjawab seperti digariskan dalam Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia 1978.
“Saya juga ingin mempersoalkan tujuan di sebalik arahan Hassan kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak untuk menstrukturkan semula hutang berkenaan,” jelasnya.
“Apakah kelebihan Deepak sehingga beliau mendapat keistimewaan berbanding pendeposit kecil yang lain?
“Saya tidak nampak arahan yang diberikan kepada Mustafha bersifat melindungi Bank Rakyat dan pendeposit Bank Rakyat yang kebanyakkannya bumiputera,” ujarnya.

Oktoberfest: Syiar mungkar yang mesti dibantah


1. Mengambil minuman memabukkan adalah punca kepada kerosakan akal dan jasad. Seterusnya kerosakan akhlak dan moral boleh berlaku apabila akal manusia hilang disebabkan minuman yang memabukkan. Justeru, arak dan minuman memabukkan disebut sebagai "ummu al-khaba'ith" (أم الخبائث) ibu dan induk segala perkara yang keji dan jijik kerana ianya merosakkan kehidupan bermasyarakat.

2. Statistik berikut menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan:

A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alkohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.

B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.

C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alkohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.

D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.

E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol.

F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alkohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.

Exco nasihat penganjur Oktoberfest mohon permit dari PBT

Exco kerajaan tempatan Selangor Ean Yong Hian Wah menasihatkan supaya penganjur pesta arak Oktoberfest supaya memohon permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengadakan pesta itu.

Bagaimanapun beliau yang juga ADUN Seri Kembangan menegaskan kelulusan permohonan permit itu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

"Kerajaan negeri tidak pernah memutuskan apa-apa kelulusan kepada mana-mana pihak penganjur program ini.

"Namun begitu, pengeluaran permit adalah di bawah bidang kuasa PBT. Pihak penganjur boleh  memohon kepada PBT yang berkaitan dan kelulusannya adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya petang ini.

Dalam kenyataan media itu, beliau menyebut antara syarat yang ditetapkan ialah:

  • Memasang papan tanda "Melayu/ beragama Islam dilarang masuk" dan melaksanakan langkah kawalan syarat tersebut.
     
  • Penganjur dikehendaki memastikan tiada pengunjung di bawah umur dibenarkan masuk.
     
  • Kelulusan daripada Jabatan Kastam bagi lesen minuman keras hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
     
  • Mendapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
     
  • Lokasi hendaklah tertutup dan penganjur mestilah memastikan aspek keselamatan serta tiada kacau ganggu dan syarat lain.
JAIS minta penganjur peka

Sementara itu, Ean Yong yang juga setiausaha DAP Selangor berkata kerajaan negeri turut kesal dengan pihak yang mempolitikkan isu pesta arak tersebut.

Kerajaan Selangor laksana kaedah sewa beli bantu rakyat peroleh rumah mampu milik - Rara

rara3
SHAH ALAM, 8 OKT: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meminta Kerajaan Negeri supaya prihatin dengan kesusahan anak muda mendapatkan perumahan mampu milik di Selangor.
Penyelaras Segmentasi Wanita Muda SAMM (Wanita Muda), Young Syefura Othman berkata Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya dan maju perlu membina dan menawarkan kediaman mampu milik melalui kaedah sewa beli, atau membina rumah untuk disewa rakyat pada kadar berpatutan.
“Jika dahulu Kerajaan melaungkan slogan rumah mampu milik, kini rakyat hanya membaca slogan tersebut sebagai rumah mampu tengok. Ia langsung tidak mencecah kadar mampu dari sudut pendapatan bulanan,” tegas Syefura.
SAMM juga mencadangkan langkah diambil bagi menyekat golongan berkemampuan membeli hartanah-hartanah mampu untuk untuk disewakan kepada golongan miskin, anak muda dan pelajar.
“Permintaan terhadap perumahan dan permainan dalam industri perumahan boleh juga dikurangkan dengan kaedah waqaf. Di mana, waqaf Selangor membeli rumah-rumah dikawasan strategik dan menyewakannya kepada rakyat dengan syarat-syarat tertentu,” cadang Syefura.

Selangor digesa laksana pendidikan percuma - Rara

SHAH ALAM, 8 OKT: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pentadbiran Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali melaksanakan janji pendidikan percuma di Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS).
Penyelaras Segmentasi Wanita Muda SAMM (Wanita Muda), Young Syefura Othman berkata perlaksanaan pendidikan percuma itu merealisasikan matlamat ‘Langkah Kajang’ yang mahu menukar Menteri Besar terdahulu kerana gagal melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat.
“Antara slogan ‘Langkah Kajang’ ialah untuk melangkah ke Putrajaya. Sebagai NGO yang mesra PR, suka kami mengingatkan tentang salah satu janji pilihanraya PR ialah Pendidikan Percuma. Isu yang melibatkan anak muda khususnya golongan mahasiswa ini wajar diambil perhatian,” tegas Syefura.
SAMM mahu melihat Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad melaksanakan janji itu bersesuaian dengan kemampuan Kerajaan Negeri samada:
1. Pendidikan percuma kepada semua pelajar UNISEL, KUIS dan INPENS, atau
2. Pendidikan percuma kepada pelajar anak selangor di UNISEL, KUIS dan INPENS, atau
3. Pendidikan percuma kepada pelajar miskin di UNISEL, KUIS dan INPENS beserta inisiatif mengesan golongan itu dengan lebih tepat
“Namun sebagai menghormati dasar hak belajar dan pendidikan percuma untuk semua, Wanita Muda mencadangkan supaya ditetapkan kuota bagi memberi keadilan sewajarnya seperti 40 peratus untuk anak Selangor, 30 peratus pelajar-pelajar pintar dari seluruh negara, 20 peratus pelajar pertengahan dari keluarga miskin dan 10 peratus pelajar antarabangsa,” tegas Syefura.

Syed Ibrahim dipilih Timbalan Pengerusi Bersih 2.0

KUALA LUMPUR: Syed Ibrahim Syed Noh daripada Pertubuhan Ikram Malaysia telah dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 yang baru mulai esok, 9 Oktober 2014.

Penyandang Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 sebelum ini, Dr Ahmad Farouk Musa, telah meletak jawatan pada bulan Ogos dan satu pemilihan semula telah diadakan.

Pencalonan telah dibuka pada 24 September dan pemilihan telah dijadualkan untuk 29 Oktober.

Namun, oleh sebab tiada percalonan lain untuk jawatan Timbalan Pengerusi, maka Syed Ibrahim dipilih bagi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Dua ahli Jawatankuasa Pemandu baru yang dipilih ialah Cik Fadiah Nadwa Fikri dan Prof Madya Dr Abdul Halim Yusoff.

Dua calon itu juga menang jawatan itu tanpa bertanding.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bersih 2.0 yang terdiri daripada Muhammad Sha’ani Abdullah, Roger Chan dan Stanley Yong.

MP bangkit semula isu hutang Deepak berjumlah RM32 juta dengan Bank Rakyat

MP PAS, Datuk Mahfuz Omar menggunakan peluang dalam perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 hari ini untuk membangkitkan semula isu hutang yang ditanggung oleh saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.

Beliau menggesa menteri yang terbabit dengan undang-undang tersebut, Datuk Hasan Malek untuk menjelaskan sama ada arahan berhubung hutang berjumlah RM32 juta itu dibuat dengan nasihat Suruhanjaya Koperasi.

"Apakah peranan suruhanjaya dalam menasihat menteri sehingga menteri boleh mengeluarkan arahan kepada pengarah urusan Bank Rakyat?," soal Mahfuz.

Katanya, Hasan perlu menjelaskan sama ada langkah itu selari dengan tugas menteri bertanggungjawab seperti digariskan dalam Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Peruntukan Khas) 1978.

Beliau mempersoalkan tujuan di sebalik arahan Hassan kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak untuk menstruktur semula hutang berkenaan.

Katanya, beliau ingin tahu jika langkah itu selari dengan peranan menteri untuk "mengeluarkan arahan kepada lembaga bank melindungi kepentingan ahli atau pendeposit bank".

"Jadi saya tidak nampak arahan yang diberikan kepada Datuk Mustafha ini bersifat untuk melindungi Bank Rakyat dan pendeposit Bank Rakyat yang kebanyakanya adalah bumiputera.

Naik elaun: 'MP Pakatan perlu setuju atau ditarik balik' kata Menteri Umno

Anggota Parlimen (MP) Pakatan Rakyat perlu bersetuju dengan cadangan kenaikan elaun atau ia akan ditarik balik dan tidak dibincangkan lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurutnya, cadangan "perubahan" elaun tersebut secara dasarnya telah dipersetujui oleh Ketua Pembangkang dan MP Pakatan Rakyat yang lain.

"Jawatankuasa dewan yang dipengerusi oleh Speaker telah hantar cadangan kepada kabinet pada 2012.

"Kalau ada yang  bangkang kita takkan ubah dan lupakan terus perubahan gaji.

"Biarlah kita ikat perut...

"Pembangkang dan ketua pembangkang semua setuju perubahan gaji (dan) tambah peruntukan untuk pejabat dan pegawai penyelidik  mereka," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.


Putrajaya terlebih bayar RM490 juta BR1M kepada isi rumah, kata Institut Rakyat

Putrajaya membayar lebih RM490 juta kepada 930,000 isi rumah tahun lalu dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Institut Rakyat. Institut yang diasaskan PKR itu membuat dakwaan itu berdasarkan angka yang berbeza diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar semalam dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan peruntukan BR1M pada 2012. "Sebelum ini, kerajaan dengan bangganya mengumumkan BR1M diberi kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan mewakili 5.2 juta atau 80% seluruh isi rumah di Malaysia pada 2012," kata pengarah eksekutifnya Yin Shao Loong dalam satu kenyataan hari ini.  Bagaimanapun, Wahid berkata di Parlimen semalam, kira-kira satu pertiga atau 2 juta isi rumah di Malaysia masih memperoleh RM3,000 ke bawah bersamaan 28.7% daripada 7 juta isi rumah. "Adakah 3.2 juta isi rumah itu tidak lagi memperoleh RM3,000 sebulan? Adakah ini kesan sementara suntikan BR1M atau kesalahan statistik serius kerajaan? "Persoalan ini penting kerana ia memberikan implikasi serius kepada ketepatan dan akauntabiliti perbelanjaan kerajaan. Ia juga penting terhadap saiz sebenar isi rumah berpendapatan rendah," katanya.

MP PAS Hulu Langat Bahas RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

MP PKR Nibong Tebal Bahas RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

MP DAP Batu Gajah Bahas RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

MP PAS Kota Raja Bahas RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

MP PAS Sepang Bahas RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

MP PAS Pokok Sena Bahas RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

Hutang RM32 juta Deepak dengan Bank Rakyat, ahli parlimen bertikam lidah

Rakyat dah terseksa harga minyak naik - Suhaizan

"Rakyat dah tak tahan dengan kenaikan harga minyak. Kami akan terus mendesak membantah apa yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN ),".
 
Itu kata Ketua Pemuda Pas Malaysia, Suhaizan Kaiat kepada MalaysiaGazette di Parlimen pagi tadi.
 
Bersama 60 NGO dan Parti PSM, Suhaizan menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kelab penyokong BN untuk diserahkan kepada Perdana Menteri,  Datuk Seri Mohd Najib Razak. 
 
"Mereka (BN ) tidak ada alasan untuk menolak bantahan kami. 
 
"Apa yang kami lakukan adalah untuk memperjuangkan masalah rakyat yang semakin tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi," ujarnya. 
 
Hampir 200 orang yang menyertai bantahan yang dinamakan Gabungan Bantahan Cukai GST dan Protes Kenaikan harga Minyak ini.

Melepasi jerangkap kerusi panas MB Selangor

Oleh Dinsman
SELANGOR mempunyai keistimewaan tersendiri daripada segi politik. Selain wilayah termaju, juga menghimpunkan kepelbagaian warganya, episod kejatuhan menteri besar negeri ini turut menggamit perhatian.
Harun Idris dikenang antara menteri besar paling popular, begitu juga Muhammad Muhd Taib dan Dr Mohamed Khir Toyo. Namun begitu, semuanya mencatatkan kontroversi.
Tetapi usah dilupa pemberhentian secara mengejut Abu Hassan Omar selepas tiga tahun berkuasa. Harun dan Mat Taib masing-masing sebelas tahun di tampuk pemerintahan. Mungkin pengunduran Hormat Rafie (1975-1982) dan Ahmad Razali Mohd Ali (1982- 1986) tidak dapat dikesan babak debar dan getarnya, tetapi menurut sumber ia tetap menyimpan cerita menarik.
Rupanya bukan sekadar menteri besar Umno mengakhiri kerjaya secara “tragis”, Khalid Ibrahim, ketua kerajaan negeri pertama yang dilantik atas permuafakatan politik Pakatan Rakyat juga dihimpit tekanan dalaman.
Bedanya, Khalid tidak dicemari catatan hitam berkaitan rasuah, salahguna kuasa atau skandal moral yang menjelikkan. Rekod perkhidmatannya selama empat setengah tahun boleh dibanggakan.
Cuma Khalid dilihat mengemudi kerajaan secara keseorangan, mengetepikan semangat kerja berpasukan, tidak patuh arahan parti dan “terlalu kedekut”. Hubungan dengan akar umbi, seperti dibuktikan di kawasan Dun yang diwakilnya pada 2008-2013, Ijok sering dipersoal.
Menteri Besar ke-15, Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden KeADILan, relatif muda usianya, 50 tahun. (Sebenarnya Khir Toyo semasa dilantik secara mengejut menggantikan Abu Hassan, jauh lebih muda, baru berumur 35 tahun).
Pengalaman siasahnya “berwarna-warni”. Dikatakan bermula rapat dengan Dr Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah Mohd Ali, dan seterusnya menjadi pendamping erat dan paling dekat dengan Anwar Ibrahim.
Anak kelahiran Singapura ini tidak memegang jawatan penting politik dalam Umno (sehingga 1998) tetapi Azmin cepat membuktikan keupayaan sebagai pemimpin ketika bersama meledakkan tuntutan reformasi pada 1998 dan kemudiannya mengasaskan Parti Keadilan Nasional.
Dalam PRU10 pada 1999, Azmin merupakan wakil solo partinya dalam sidang Dun Selangor. PAS menang empat kerusi, melalui Dr Hassan Ali, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Solehin Mukhyi dan Dr Shafie Abu Bakar, manakala DAP juga mempunyai seorang Adun tunggal, Teng Chang Khim.
Pemilihan Azmin sebagai menteri besar tidak mudah, berliku-liku dan bagi pemerhati politik, kontroversi mencari pengganti Khalid telah menghantar Pakatan Rakyat ke penjuru yang agak gelap.
Meskipun Langkah Kajang mensasarkan Anwar sebagai MB – yang dikatakan untuk memudahkan misi ke Putrajaya – dan digagalkan oleh keputusan Mahkamah Rayuan yang dilihat bermotif politik, juga disusuli halangan istana yang mengecewakan Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun banyak pihak merasakan, keputusan melantik Azmin, Pengerusi KeADILan Selangor masih tidak terkeluar daripada kerangka Kajang Move itu.

Harapan baharu PAS di Selangor

Oleh HAZAYANI ZAKARIA
KEMELUT dua bulan berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ternyata mengundang rasa tidak senang yang luar biasa dalam kalangan parti komponen Pakatan Rakyat sehingga menjejaskan fungsi pentadbiran eksekutif dalam negeri itu.
Parti yang paling besar menerima kesan negatif dalam krisis itu adalah PAS sehingga mengheret perbalahan dalaman dan mendedahkan segalanya kepada rakyat Malaysia seperti yang berlaku dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Bagaimanapun, krisis itu seperti sedang reda kepanasannya apabila Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dilantik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar yang baharu pada 23 September lalu. PAS dilihat seperti teraniaya apabila jumlah kuota empat Exco yang dimiliki sebelum ini berkurang kepada tiga.
Dua exco PAS sebelum ini iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang) dan Sallehen Mukhyi (Sabak) tidak dikekalkan dalam kabinet baru Azmin.
Halimah memberikan komen ringkas dengan menyifatkan Pakatan Rakyat tiada semangat setiakawan apabila mengurangkan komposisi PAS dalam jawatan exco.
Bagaimanapun beliau tetap mengharapkan exco baharu yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan lebih baik.
Bagaimanapun, Pakatan Rakyat Selangor harus memandang ke hadapan agar kepentingan rakyat tidak terabai dalam kemelut ini.
Melihat kemelut ini dari sudut positif, Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad mahu keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dipulihkan sepenuhnya selepas melalui kemelut politik hampir sembilan bulan.
Beliau berpandangan, banyak agenda kebajikan harus diteruskan demi membela nasib rakyat yang telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.
Bagi beliau, masa sekarang harus digunakan untuk memandang ke hadapan selaras dengan prinsip kerajaan negeri untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

PAS Johor berpotensi besar

Oleh Abd Shukur Harun
PEJABAT Pentadbiran PAS Johor memiliki bangunan tersergam indah di Bandar Baru Uda, hanya beberapa kilometer dari bandar raya Johor Bahru. Ia melambangkan kejayaan PAS di negeri selatan Semenanjung ini, sebuah negeri yang dulunya dianggap sebagai benteng kukuh Umno-BN tetapi kini sudah dapat diruntuhkan.
Bangunan tiga tingkat berharga RM1.2 juta ini bakal dirasmikan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang, Oktober ini dan insya-Allah, akan beroperasi sepenuhnya selepas perasmian.

Selepas ini, Kompleks Pendidikan PAS Johor seluas 10 ekar pula akan dibina. Ini kemampuan luar biasa PAS Johor yang bukan lagi merangkak dalam gerakannya, tetapi sudah mampu berlari kencang dalam jarak jauh. Tidak lama lagi ia mungkin dapat mengejar kemajuan dan kekuatan PAS di negeri Pantai Timur dan Utara tanah air.
Dalam pilihan raya umum (PRU) tahun lalu, PAS Johor memenangi empat (4) kerusi Dun – DAP 13 manakala KeADILan satu (1). Kerusi dimenangi PAS adalah Maharani (Muhammad Taslim), Sungai Abong (Sheikh Ibrahim Saleh), Puteri Wangsa (Ustaz Abdullah Hussein) dan Parit Yaani (Aminolhuda Hasan).
Kemajuan ini disaksikan oleh para muktamirin yang bermuktamar di Batu Pahat di mana mereka menyaksikan manifestasi kebangkitan PAS di negeri paling selatan tanah air itu. Ini suatu kerja besar mengkagumkan.
Antara Pesuruhjaya PAS Johor yang saya ingat adalah Arifin Alias, Hussein Besar, Khatijah Sidek, Yusof Hakim, Hassan Hussein, Ustaz Umar Jani, Dr Sanusi Daeng Mariok, Dato’ Dr Mahfodz Muhamad dan kini Aminolhuda.
Di bawah pimpinan mereka inilah PAS Johor berkembang dan kehadirannya bukan saja dirasakan di negeri Johor, tetapi seluruh negara.
Ramai sahabat di muktamar tersebut memberitahu saya bahawa PAS Johor mempunyai potensi besar untuk mengembangkan sayapnya di negeri itu. Kebulatan muafakat pimpinannya dalam bekerja dengan sokongan pendukungnya yang setia dan kreatif, terbuka serta berdisiplin adalah ciri-ciri yang menyebabkan PAS Johor maju dengan cepat.

DAP kutuk keengganan kerajaan dedah kos perbelanjaan pesawat bawa Rosmah ke Padang

KUALA LUMPUR, 8 OKT: DAP mengutuk keengganan kerajaan mendedahkan kos penerbangan khusus yang membawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur ke Padang, Indonesia baru-baru ini.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, identiti penumpang dan kos perlu didedahkan kerana ia melibatkan urusan rasmi kerajaan dan digunakan atas urusan Perdana Menteri.
“Apakah kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan pesawat khas kerajaan? Perkara ini telah berkali-kali dibangkitkan namun ia tetap berterusan.
“Saya amat terkilan dengan keengganan Shahidan untuk memberikan jawapan kos secara terperinci. Sama ada dia tidak faham soalan atau sengaja merahsiakan butiran tersebut untuk mengelak persepsi negatif terhadap kerajaan?
“Apakah kerajaan telah memulakan langkah ke belakang dengan merahsiakan segala maklumat yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap BN?” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Pada Mac lalu, Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP telah mengajukan soalan di Dewan Rakyat berkenaan kos penerbangan Rosmah ke Qatar menggunakan pesawat kerajaan yang melibatkan kos RM426,489.46
Hari ini, beliau juga telah menggesa kerajaan agar mendedahkan tujuan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu yang membawa Rosmah ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.
Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab ia adalah urusan rasmi tanpa menyatakan jumlah keseluruhan kos.
Menurut Anthony, pesawat yang membawa Rosmah itu telah dikesan melalui laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali ke KLIA pada 27 Ogos.

Siapa dalang di sebalik Oktoberfest

KUALA LUMPUR: Pesta arak Oktoberfest yang berlangsung di negara kita adalah pengkhianatan terhadap sosio budaya dan nilai tatasusila beragama di negara kita.

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengakui bahawa orang bukan Islam mempunyai hak yang diperuntukkan untuk meminum arak namun dalam ruang lingkup yang dibenarkan.

Pemangku Ketua DUPP, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, arak boleh diminum oleh mereka bahkan Islam tidak pernah menyekat untuk mereka menikmati arak sebagaimana makanan yang lain.

Namun, jelasnya Islam amat bertegas dalam prinsip dan tidak membiarkan penularan gejala-gejala keruntuhan sosial berlaku.

"Pesta arak ini banyak aspek buruknya iaitu ia akan menjadikan arak ini bahan promosi dan kita bimbang ada dalam kalangan umat Islam yang terlibat sama," tulis beliau menerusi facebook.

Tegasnya, umat Islam diharamkan sama sekali untuk terlibat dengan pesta itu, bukan setakat menghadiri dan meminum arak akan tetapi dengan menjadi orang tengah yang mempromosi Oktoberfest pun sudah haram.

Tiada peruntukan rahsiakan cukai terkumpul 20 hartawan terkaya

PARLIMEN, 8 OKT: Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak menghalang Putrajaya mengumumkan jumlah cukai terkumpul 20 hartawan terkaya negara, jelas Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.
Lantas, alasan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bahawa jumlah cukai hartawan-hartawan terbabit tidak boleh didedahkan kerana ia adalah rahsia di bawah seksyen itu tidak benar sama-sekali.
“Tiada peruntukan dalam Seksyen 138 yang mengatakan jumlah terkumpul tidak boleh didedahkan. Pengumuman cukai pendapatan dengan sukacita mengumumkan sejumlah RM140 bilion berjaya dikutip tahun ini daripada 2.3 juta pembayar cukai dan 100,000 syarikat. Itu adalah jumlah terkumpul. Mengapa pula jumlah terkumpul 20 hartawan terkaya tidak boleh diumumkan?” kata Wong Chen dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menyorot perhatian kepada Seksyen 138(2)(c) yang memberi kuasa kepada Menteri untuk mendedahkan mana-mana maklumat yang dirasakan perlu.

OPR naik tahun depan sebelum laksana GST

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus pada mesyuarat yang bakal berlangsung awal November ini.
Bagaimanapun, OPR diramal dinaikkan pada tahun depan apabila Persekutuan Rizab Amerika Syarikat memulakan kawalan.
MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, ekonomi negara dijangka tidak mampu untuk mengekalkan pertumbuhan tinggi sekurang-kurangnya 12 bulan akan datang.
Permintaan domestik kini sudah berada dalam trend menurun, hasil maklum balas daripada pendekatan mikro dan makro.
Pasaran kediaman juga menunjukkan penyusutan selari dengan situasi ekonomi apabila kenaikan harga rumah berada trend menurun pada suku pertama tahun ini kepada 8.0 peratus, kedudukan terendah sejak suku keempat 2010.
Trend menyusut ini dijangka berterusan sehingga jatuh kepada 4.0 hingga 5.0 peratus bagi keseluruhan aktiviti ekonomi.
Pertumbuhan pinjaman juga menurun kepada 8.6 peratus tahun ke tahun pada bulan Ogos, kedudukan sama yang direkodkan pada bulan Julai bagi tujuh bulan berturut-turut.
Kejatuhan dalam pinjaman paling ketara, yang hanya menyaksikan kenaikan sebanyak 6.7 peratus berbanding 8.5 peratus pada akhir tahun 2013 dan kemuncak sebanyak 14.6 peratus pada bulan Julai 2012.
Jumlah pinjaman isi rumah berkembang sebanyak 11 peratus pada bulan Ogos, lebih rendah daripada 12 peratus yang direkodkan pada akhir 2013 dan peratusan tertinggi yang pernah direkodkan 13.9 peratus pada November 2010.

847 tangkapan dibuat terhadap pegawai kerajaan terlibat rasuah 2009 - 2014

Jumlah tangkapan itu adalah bagi tempoh tahun 2009 hingga Ogos 2014 dan merupakan 79 peratus daripada jumlah kertas siasatan yang dibuka sepanjang tempoh tersebut.

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuang mendedahkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat sebanyak 847 tangkapan terhadap anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan atas pelbagai kesalahan.
Menurutnya, jumlah tangkapan itu adalah bagi tempoh tahun 2009 hingga Ogos 2014 dan merupakan 79 peratus daripada jumlah kertas siasatan yang dibuka sepanjang tempoh tersebut.
RasuahPada masa yang sama, Paul turut menyatakan 14 mahkamah khas rasuah telah ditubuhkan bagi memperkemas undang-undang sedia ada.
Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Parit Datuk Mohd Zaim Abu Hassan yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan statistik pegawai dan anggota penguatkuasa yang ditangkap dalam sindiket haram terutamanya rasuah sejak 5 tahun lalu.
Bagi mengekang pihak penguatkuasa daripada menerima rasuah, program jabatan angkat dengan jabatan-jabatan yang berisiko turut dilaksanakan oleh pihak SPRM.
“Mulai tahun 2014, aktiviti keterlibatan difokuskan kepada pemimpin berpengaruh bagi 6 kumpulan sasar iaitu NGO, ahli politik, komuniti luar bandar, belia, sektor swasta dan juga komuniti Cina,” katanya.
Jelasnya, kumpulan ini merupakan kumpulan yang kurang terdedah kepada maklumat yang tepat.
“Mereka merupakan antara kumpulan yang berkaitan pencegahan rasuah sehingga mempengaruhi persepsi terhadap kesungguhan kerajaan dan SPRM dalam menangani rasuah,” katanya.

Mahfuz selar Rosmah guna pesawat kerajaan untuk kepentingan peribadi

Meminta pihak kerajaan mendedahkan tujuan penggunaan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu

Rosmah Private JetKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang enggan mendedahkan kos penerbangan yang membawa isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia.
“Secara jelas, isteri Perdana Menteri telah menyalahgunakan kemudahan dan harta milik kerajaan untuk kepentingan peribadi.
Pada 27 Ogos lalu, Rosmah telah terbang ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.
Sebelum ini, gesaan yang sama dibuat oleh Anthony Loke apabila beliau meminta pihak kerajaan mendedahkan tujuan penggunaan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu.
Gesaan dari dua ahli parlimen tersebut dibuat berikutan penerbangan Rosmah ke Qatar pada Mac lalu mencecah kos RM426,489.46.
Anthony turut terkilan kerana pihak menteri di Jabatan Perdana Menteri enggan memberikan jawapan terperinci.
“Mengapa butiran dan kos terperinci itu dirahsiakan, dan adakah ia bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pihak kerajaan,” soalnya.
Dalam satu jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyatakan bahawa pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ untuk penerbangan dari KLIA ke Padang, Indonesia merupakan pesawat rasmi kerajaan.

GST jerut leher anak muda

Kerajaan sepatutnya kaji, sama ada rakyat boleh atau tidak membayar cukai GST.

KUALA LUMPUR: Ahli DAP, Young Syefura Othman menyifatkan protes mendesak supaya membatalkan pengurangan subsidi minyak petrol dan menghentikan perlaksanaan GST memang wajar bagi menunjukkan kepada pihak kerajaan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak rasional untuk mereka meningkatkan harga bahan bakar tersebut bila harga pasaran dunia mengalami penurunan.
rara3“Pihak kerajaan mencanangkan kononnya hanya mengurangkan subsidi, namun harga minyak terus meningkat,” ujarnya sewaktu ditemui FMT.
“Sebelum ini, kerajaan telah menaikkan harga rokok, dan kini harga minyak ,selepas ini apa pula?” soalnya.
Jelas Syefura lagi, dengan perlaksanaan GST, kos hidup sara hidup anak muda akan meningkat terutamanya kepada pelajar lepasan universiti.
“Perlaksanaan GST ini akan lebih menambahkan derita mereka.
“Kini, hendak mencari kerja pun susah, terbeban pula dengan hutang PTPTN, dan ditambah pula dengan perlaksanaan GST.
“Kerajaan sepatutnya kaji, sama ada rakyat boleh atau tidak membayar cukai GST,” jelasnya.
Jelasnya lagi, tindakan pihak kerajaan yang melaksanakan GST ini seakan menjerut lagi leher anak muda terutamanya pelajar lepasan universiti.

Gaji Fresh Graduate di Malaysia, Majoritinya RM2,500 Lebih Daripada Cukup. Setuju?

gaji fresh graduate
Gaji Fresh Graduate di Malaysia, Majoritinya RM2,500 Lebih Daripada Cukup : Apabila jika mahu dibuat perbandingan melibatkan pengurusan kewangan bagi kalangan yang memiliki gaji RM2,500 sebulan ia terlalu subjektif. Ada yang cukup, ada yang tidak cukup. Ini semua….
Ini semua berpandukan dan berfaktorkan kepada lokasi tempat kerja, isu inflasi, kos sara hidup semasa, lokasi kediaman, cara pengurusan kewangan dan juga sejarah dan latarbelakang hutang sebelum-sebelum ini.
Sebagai contoh ada yang mengatakan pada sekitar tahun 2002 contohnya dengan gaji permulaan RM2,700 sebulan masih dilihat banyak. Perbelanjaan boleh guna dilihat cukup.
  • Kereta iswara RM500
  • Beri ibu ayah RM300
  • Sewa rumah + bil RM350
  • Makan : RM500
  • Simpan ASB : RM700
  • Kos Minyak : Minyak harga murah pada masa itu dengan minyak yang berkualiti RON97
Itu tahun 2002, bagaimana realiti keadaan sekarang? Kami pulangkan persoalan ini semula kepada anda.
Hari ini, AKPK ingin memberikan peringatan kepada anda semua rakyat di Malaysia supaya memulakan pengurusan kewangan yang betul yang mana boleh mengelakkan anda semua kancah dan masalah “tidak cukup duit” setiap hujung bulan. Semuanya AKPK bersandar kepada angka seperti di bawah ini :
  1. Gaji permulaan anda sebagai siswazah yang baru memulakan kerja berdasarkan kajian AKPK adalah dengan pendapatan dan gaji RM2,500
  2. Dengan gaji RM2,500 AKPK merasakan cukup sebenarnya apabila pengurusan kewangan anda betul
  3. AKPK mengingatkan golongan siswazah yang baru mula kerja tidak perlu tergesa-gesa beli kereta baru kerana bukan sahaja terpaksa tanggung beban kos beli kereta baru, tetapi juga kos minyak, kos parking kereta, tol, cukai, insurans dan kos penyelenggaraan kereta sedangkan pengurusan kewangan golongan muda masih belum kukuh.
Laporan AKPK
Persoalannya yang ingin Berita Semasa kongsikan di sini, berapa ramai siswazah yang gaji permulaannya RM2,500 sebulan? Berapa ramai?
  1. Pernah AKPK semak kriteria yang diperlukan syarikat swasta contohnya, perlukan calon yang mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan sendiri? Di Jobstreet Malaysia contohnya, begitu banyak syarikat yang meletakkan syarat ‘must own transports’
  2. AKPK pernah membuat tinjaun yang lebih terperinci di mana ada yang lulusan universiti contohnya hanya mendapat gaji RM2,500 dengan pengalaman sekurang-kurangnya 3-5 tahun? Pernahkah?
  3. Berapa ramai graduan universiti yang berpeluang untuk meneyrtai keluarga syarikat besar dan gergasi MNC?
  4. AKPK ada dimaklumkan ada terdapat syarikat yang menerima deretan permohonan jawatan kosong untuk jawatan kerani dengan gaji RM900 sebulan yang kebanyakannya lepasan ijazah pencapaian 3 pointer dan ke atas. Ada?

Kenaikan Gaji di Malaysia Munasabah VS Kos Sara Hidup VS Produktiviti?

BN jatuh jika pisah dengan masalah rakyat

AHMAD MARZUK SHAARY
Pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah sangat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab.

Menjelang 12 tengah malam, 1 Oktober 2014, kita semua dapat menyaksikan ribuan rakyat di seluruh negara beratur panjang di stesen pam minyak bagi memenuhkan tangki kenderaan.


Rakyat kebanyakan hanya dapat mengambil peluang membeli minyak dengan kadar yang lebih murah beberapa jam sebaik pengumuman kenaikan harga minyak dibuat.

Manakala menteri-menteri Umno, saya percaya tidak akan tergesa-gesa mencari stesen minyak bagi mengambil peluang harga sedia ada sebelum kenaikan.

Ini hanyalah salah satu daripada ribuan bukti tanda-tanda dekatnya kejatuhan kerajaan Umno/BN apabila pemimpin mereka semakin jauh dan terpisah daripada permasalahan rakyat.

Setiap rakyat yang beratur panjang di stesen pam minyak seluruh negara adalah bukti betapa ramai rakyat yang terhimpit ekonomi mereka walaupun disaat pemimpin Umno/BN berdegar-degar berbangga dengan dakwaan prestasi ekonomi negara yang baik.

Ini sebabnya TS Khalid simpan 3 bilion?

Oleh MAJDAN DAGANG
Catatan sejarah sebuah kejayaan

Mengikut catatan dalam garis masa sejarah syarikat Kumpulan Guthrie Berhad, 1821 - 2007;

1981: The Dawn Raid: 7 September. 30-40 stockbrokers from Rowe & Pitman began buying GCL shares for PNB. Khalid Ibrahim obtained stakes held by Bank Simpanan Nasional, Genting and a Kuwaiti group.
Tun Ismail in Singapore attempted to buy stake held by OCBC. By end of the trading day, PNB held 47% of Guthrie; within a week 51%; in 3 months; control over the entire company.


Dalam catatan ini jelas menyebut dua nama penting dalam pengambilihan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tun Ismail Ali.

Syarikat ini diasaskan oleh Alexander Guthrie yang menubuhkan Guthrie & Coo, di Sungapura pada tahun 1821 dan merupakan antara syarikat perdagangan British yang terawal di Asia Tenggara. Syarikat ini mempunyai pelbagai perniagaan dan salah satunya ialah mempunyai ladang getah dan kelapa sawit yang terbesar di Malaysia malah di dunia. Pada tahun 1965, Guthrie Corporation Limited disenaraikan di Bursa Saham London.

Namun, selepas 160 tahun penubuhannya, syarikat ini berjaya diambil alih oleh kerajaan Malaysia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 7 September 1981 dan dikenali sebagai “Dawn Raid” atau Serangan Subuh. Pengambilalihan ini tentu sahaja mengejutkan kerajaan British kerana Guthrie merupakan antara syarikat perladangan terbesar milik mereka.

Kisah di atas menjadi sejarah dan legenda tersendiri. Apatah lagi ketika itu Tun Mahathir baru dua bulan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, selain catatan di atas, saya lebih tertarik dengan satu catatan lain yang menyebut TS Khalid berkata, “...kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.” Ketika wawancara oleh media tempatan.

Era Pakatan Rakyat

Selepas 27 tahun peristiwa “Serangan Subuh” ini, tiba-tiba TS Khalid menjadi Menteri Besar Selangor. Saya percaya beliau tidak bercita-cita menjadi menteri besar, apatah lagi Menteri Besar Selangor – sebuah negeri terkaya di Malaysia. Jawatan itu datang kepadanya, bukan beliau mencari jawatan tersebut.

Sebaik menjadi MB Selangor, beliau menyusun kembali pentadbiran negeri dan hasilnya selepas 5 tahun rizab tunai kerajaan negeri ialah 3.2 bilion.

Ramai yang tertanya-tanya apakah motif TS Khalid simpan duit banyak-banyak, termasuk penulis. Duit sepatutnya dibelanjakan apatah lagi dalam suasana rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan.

Namun, selepas membaca sejarah “Serangan Subuh” terhadap Guthrie, sedikit sebanyak mungkin ada jawapan di sebalik simpanan rizab tunai tersebut.

Sangkaan bahawa beliau tidak berbelanja untuk rakyat tidak tepat. Hal ini kerana sejak menjadi MB banyak skim diperkenalkan seperti TAWAS, Skim bantuan warga emas, skim khairat kematian, bantuan kepada anak melanjutkan pelajaran ke IPT, program jom shopping dan banyak lagi termasuk juga projek pembangunan yang semuanya membabitkan wang.

Malah, rakyat mendapat air percuma dalam kuantiti tertentu (hakikatnya kerajaan negeri terpaksa membayar kepada syarikat air yang diswastakan ketika zaman Umno-BN memerintah).

Perbelanjaan isteri Perdana Menteri kini rahsia negara?

Anthony-LokePARLIMEN, 8 OKT : Tindakan Putrajaya merahsiakan maklumat perbelanjaan isteri Perdana Menteri supaya soalan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat berkenaan itu tidak terjawab dibidas sebagai “langkah ke belakang”.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, berkata tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap BN.
“Dalam tempoh enam tahun saya di Parlimen sejak 2008, kebanyakan soalan saya tertumpu kepada butiran kos terperinci dalam perbelanjaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan jawapan yang diterima juga terperinci sehingga pendedahan berkenaan memberi kesan publisiti negatif kepada pemimpin BN.
“Namun, tiada alasan untuk mana-mana Menteri untuk tidak menjawab persoalan daripada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kerana setiap sen yang dibelanjakan anggota pentadbiran adalah dana awam dan boleh dipersoalkan.
“Sekiranya Parlimen pun tidak dapat memberi jawapan, bagaimanakah ketelusan perbelanjaan kerajaan dapat dijamin?” katanya dalam sidang media di ruang legar Parlimen, hari ini.

Jangan minta Najib batal minyak naik 20 sen - Mahfuz

KUALA LUMPUR: PAS tidak berhasrat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan kenaikan 20 sen harga RON95 dan diesel yang telah dikuatkuasakan 3 Oktober lalu.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, bagi meringankan beban rakyat terbanyak, PAS mendesak supaya harga minyak diturunkan 40 sen.

"Kita tak mintak Datuk Najib batalkan kenaikan 20 sen itu, tetapi kita desak turun 40 sen.

"Ini kerana dalam tempoh setahun ini sudah 40 sen minyak naik," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian ketika berucap dihadapan hampir 200 peserta himpunan membantah kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Parlimen hari ini.

Menurut beliau, penurunan 40 sen itu adalah harapan rakyat kepada Najib yang akan membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Jumaat ini.

Selain itu katanya, rakyat juga meletakkan harapan tinggi agar Najib mengumumkan pembatalan GST pada pembentangan bajet itu nanti.

"Harapan bajet yang pertama adalah minyak turun 40 sen, dan kedua GST dibatalkan.

NGO serah memo desak turun harga minyak


Parliament sees red due to anti-fuel hike, GST protest


Rakyat minta GST dihapuskan


'Nama kerabat tercatit, kenapa pentadbir awam dikecuali?' - Mahfuz

Gabungan Ngo desak minyak turun


Putrajaya tidak cadang siasat kakitangan kerajaan ‘hidup mewah’

Putrajaya tidak berhasrat memperluaskan kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan ke atas kakitangan kerajaan yang hidup “mewah” melampui pendapatan mereka, kata Datuk Razali Ibrahim. Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 23 Akta SPRM sudah mencukupi bagi tujuan itu. "Kita perlu menyiasat dan memberi peluang kepada individu itu menjelaskan bagaimana dia mengumpul harta tersebut," katanya menjawab soalan di Parlimen hari ini. Razali berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Baru-PAS) yang bertanya sama ada Putrajaya merancang memperluaskan kuasa SPRM ke atas penjawat awam yang didapati hidup di luar kemampuan mereka dalam usaha menangani rasuah.

Rasuah punca kemerosotan ekonomi

Syed Ariffin Abu Thahir


Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius diperdengarkan pada masa kini, khususnya di kalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan juga kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat.
Pengamalan rasuah yang berleluasa boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Bahkan amalan rasuah juga turut menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada ketidakadilan sosial yang wujud di kalangan masyarakat secara amnya.
Sejarah Malaysia juga turut dibuktikan jatuhnya kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka disebabkan rasuah yang berleluasa di kalangan pembesar istana pada masa itu. Ini jelas menunjukkan kejatuhan sesebuah kerajaan itu tidak semestinya kalah di medan peperangan dan malahan kejatuhan sesebuah kerajaan itu boleh dilihat daripada sikap keji masyarakat itu sendiri.

Amalan rasuah juga menyebabkan tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang dihukum tembak pada 1990. Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa melarikan diri daripada takhtanya ekoran daripada revolusi rakyat Iran kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbirannya. Begitu juga yang berlaku kepada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos, yang terpaksa hidup dalam buangan hingga ke akhir hayatnya kerana digulingkan akibat rasuah. Di Amerika Syarikat pula, Presiden Richard Nixon juga tumbang akibat skandal Watergate, semuanya berlaku gara-gara perbuatan jenayah rasuah.
Konsep rasuah ini bersifat multifaceted, melibatkan berbagai-bagai unsur dan bentuk. Secara umum ia dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan, awam dan tidak kurang juga swasta, bagi keuntungan persendirian. Ia lebih cenderung berlaku apabila individu menganggap kedudukan yang diperoleh sebagai satu peluang untuk membuat keuntungan peribadi dan bukan sebagai tanggungjawab dan amanah beberapa pihak yang perlu dipikul dan dipenuhi.
Malang sekali negara-negara yang tinggi kadar rasuahnya terdiri di kalangan negara yang rakyatnya menganuti agama Islam walaupun garis panduan Islam cukup jelas iaitu rasuah itu haram. Keadaan ini wujud akibat sifat tamak haloba yang inginkan kekayaan dan sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang sudah dimiliki.
Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi penekanan. Ini termasuk rasuah pentadbiran (administrative corruption), rasuah dalam urusan perolehan awam (public procurement corruption) dan rasuah dalam bentuk "penawanan" beberapa institusi negara (state capture).
Rasuah pentadbiran merujuk kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenang peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang berkuatkuasa kakitangan awam bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur dengan berbagai-bagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang diperoleh. Lagi berat undang-undang dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu dibayar.
Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi penting rasuah yang melibatkan agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan. Ia kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan.

Surat terbuka buat Menteri Kewangan sempena Bajet 2015

Dr Dzulkefly Ahmad


Buat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Di ambang Bajet 2015, izinkan saya membuat hanya satu teguran sahaja dan akan susuli dengan yang lain kemudian.
Memang ia tidak akan dapat merubah apa-apa seperti yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Bekalan Perbelanjaan 2015.

Surat Terbuka ini bertujuan sekadar mengingatkan YB Menteri Kewangan dalam rangka nasihat serta semak-imbang sekaligus seperti dianjurkan lisan Rasul AlLah (saw)..”Bahawa Agama itu Nasihat..”.
Ini Bajet ke-enam YB sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada April 2009. Ia bajet terakhir menutup tirai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bermula pada tahun 2011 dan tamat tahun 2015.
YB tidak perlu dingatkan bajet adalah alat fiskal utama sesebuah kerajaan demokrasi yang mengatur susun perbelanjaan dari sumber pendapatan.
Bajet juga membuat anggaran tentang  tahap pertumbuhan yang ingin dicapai buat tahun tertentu, sekaligus menangani tahap inflasi dan pengagguran (unemployment).
Itu aspek makroekonominya.
Pujian boleh diberikan kepada YB tentang tahap pengangguran yang rendah di negara kita ini.Terkini 2.4%.
Sayugia saya ingatkan sejak 2009, YB tidak berjaya mencapai tahap ‘lulus’ dalam ‘KPI’ yakni ‘6% pertumbuhan ekonomi’ yang YB sendiri sasarkan.
Ya YB gagal, dan hanya capai 4.5% hingga 5% sahaja secara purata.
Sebab itu saya memahami YB sangat seronok kerana mencapai 6.2% pada suku pertama dan 6.4% pada suku kedia tahun ini (2014).
Saya juga faham mengapa YB suruh penerangan Umno dibuat seluruh Negara tentang ‘kejayaan’ tersebut.
Yakinlah YB, rakyat tidak akan marah dan memaki hamun YB jika tidak kesampaian angka yang ingin dicapai.
Seandainya YB berjaya capai melebihi 6% pertumbuhan pun, rakyat juga tidak memahami erti dan mungkin tidak pun dapat merasakan kesan baiknya kepada kehidupan mereka.
Nah ketahuilah YB sesungguhnya angka-angka makroekonomi ini tidak punya erti bagi rakyat teramai kecuali segelintir yang benar-benar celik ekonomi.
Namun YB seandainya saya dedahkan kepada mereka dan ‘menghasut’ mereka YB-lah Menteri Kewangan yang bukan sahaja ‘gagal’ mencapai markah lulus bahkan sebaliknya adalah Menteri Kewangan yang sangat culas, cuai bahkan ‘curang’ dalam tadbir-urus kewangan awam negara yang diamanahkan rakyat, maka kesannya adalah berat kepada YB!
Saya minta dalam Surat Terbuka ini, supaya YB berhenti membelanjakan sumber pendapatan negara dan kekayaan negara dengan cara boros, cuai dan terkadangkali tidak telus dan bertanggungjawab!
Mengikut rekodnya, YBlah Menteri Kewangan yang ‘tidak pernah gagal’ memohon “Perbekalan Tambahan” atau mudahnya ‘Bajet Tambahan’ setiap tahun sejak 2009.

Nik Abduh diminta dedahkan dalang mahu jatuhkan Hadi



Post Pic KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Pharolrazi Zawawi.meminta ahli Parlimen PAS dari Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz menjelaskan pihak mana yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama PAS.
 
"Saya minta Nik Abduh menjelaskan apa yang dimaksudkan, konspirasi antarabangsa yang mahu menjatuhkan Datuk Hadi dan ulama.
 
"Kalau tidak mahu menjelaskan kepada umum, beliau boleh melakukannya kepada jawatankuasa PAS Pusat. Saya percaya mereka juga mahu tahu perkara tersebut.
 
"Selagi tidak dijelaskan akan terus membuat orang ramai dan juga ahli PAS tertanya-tanya," katanya yang dihubungi hari ini.
 
Baru-baru ini Nik Abduh yang juga anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz mendakwa konspirasi antarabangsa mahu menjatuhkan Hadi dan Majlis Syura PAS.
 
Beliau mengulangi kenyataan itu semalam.
 
Bagaimanapun, Pharolrazi mendakwa, Nik Abduh tidak mengemukakan bukti mengenai perkara itu.

Bantah 'Najib PM 20 sen' di hadapan parlimen

KUALA LUMPUR: Hampir 200 orang hari ini berhimpun di hadapan bagunan parlimen, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan.

Mereka yang terdiri daripada Gabungan Bantah GST (Bantah) dan Protes Harga Minyak (Protes) serta beberapa NGO lain itu mula berarak dari Tugu Negara kira-kira jam 10.15 pagi.

Turut menyertai himpunan itu Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Suhaizan Kaiat, NGO dan aktivis Asal Bukan Umno (Abu), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mereka membawa kain rentang dan plakad antara lain bertulis 'Najib PM 20 sen', 'hentikan penipuan ini' 'GST cukai yang memiskinkan rakyat' serta 'penderitaan rakyat kesenangan kerajaan'.

Sepanjang perarakan itu memera turut melaungkan slogan 'minyak naik rakyat susah' dan 'turun harga minyak, bantah GST'.

Berlaku sedikit tolak menolak ketika peserta himpunan tiba 100 meter dari pintu pagar parlimen, apabila pasukan keselamatan cuba memberhentikan mereka.

Ugut Bakar: DAP gesa AG semak balik keputusan

DAP meminta Peguam Negara menyemak kembali keputusan tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Pemuda Umno yang berdemonstrasi dan mengugut untuk membakar ibu pejabat parti itu Mei lalu.

Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata sekiranya Peguam Negara Tan Sri Gani Patail tidak menyemak semula parti itu akan membawa kes itu ke mahkamah bagi memfailkan semakan kehakiman.

"Saya mengutuk jawapan daripada Peguam Negara itu yang memomokkan sistem kehakiman negara. Sekiranya tiada tindakan lanjut (maknanya) Peguam Negara mempertahankan pelaku salah.

"Keputusan ini akan menghakis lagi kepercayaan awam terhadap sistem keadilan kita," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pada 22 Mei lalu, kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut "Umno celaka".

Mereka diketuai Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii juga membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".

Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan dan memorandum itu dilemparkan oleh Razlan kepada MP Serdang Ong Kian Ming.

Ong kemudiannya membuat laporan polis dan Razlan serta beberapa yang lain ditahan untuk memberi keterangan di bawah Akta 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Ong hari ini menerima jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri yang menyatakan siasatan kes tersebut telahpun selesai tetapi tiada tindakan lanjut diambil oleh Pejabat Peguam Negara.

Menteri Umno enggan dedah kos penerbangan Rosmah ke Padang


Dua fenomena angkasa malam ini selain gerhana bulan berdarah

Dua fenomena angkasa malam ini selain gerhana bulan berdarah
Malam ini bukan sahaja bakal menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh berwarna merah, malah terdapat dua lagi fenomena lain yang diramal berlaku, iaitu penampakan Uranus dan juga selenelion.

Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai 'Gerhana Bulan Berdarah' terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan.

Bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itulah yang menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.

Selain fenomena bulan berdarah, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar bakal berlaku malam ini, lapor TribunJogja.com.

Terdapat dua faktor yang membolehkan penampakan planet tersebut, iaitu jaraknya yang dekat dengan Bumi, serta keadaan gerhana itu sendiri.

Seorang sumber astrologi Indonesia menyatakan bahawa Uranus dijangka dapat dilihat sebagai sebuah titik kecil yang menyerupai bintang dengan cahaya samar bermagnitud +5.