Selasa, 7 Oktober 2014

5 peratus royalti minyak, rujuk kenyataan Allahyarham Tun Razak

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Kementerian Kewangan diminta merujuk semula kenyataan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1974 mengenai pemberian royalti minyak oleh Kerajaan Persekutuan kepada beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.
 
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, beliau mempunyai bukti berbentuk dokumen yang ditandatangani Tun Abdul Razak agar Kerajaan Pusat membayar sebanyak lima peratus kepada negeri yang kawasan perairannya mempunyai minyak.
 
"Selama ini Kerajaan Persekutuan telah berbohong kepada rakyat dengan mendakwa wang yang disalurkan setiap tahun kepada negeri itu kononnya wang ihsan bukan royalti minyak, kerana Terengganu dan dua negeri lain tidak layak mendapat royalti.
 
"Hari ini, di Parlimen ini, saya minta Kementerian Kewangan merujuk semula perjanjian yang dimeterai tahun 1974 dan kenyataan Allahyarham Tun Abdul Razak di Parlimen pada tahun itu," dakwanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
 
Menurut Raja Kamarul Bahrin, pada tahun itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan akta yang mengubah status petroleum, iaitu dari seumber negeri kepada sumber nasional.
 
Katanya, akta itu yang sememangnya suatu pelanggaran Perjanjian Persekutuan dinamakan Akta Kemajuan Petroleum 1974.
 

Tamrin Ghafar Keluar Pas?

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.

Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Beliau dikhabarkan akan menjadi individu bebas yang tidak terikat kepada mana-mana parti lagi selepas ini.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. Telefon bimbitnya tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali, malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

Kos pembantu rumah cecah RM14,000.!!

Kos pembantu rumah cecah RM14,000
Kos pengambilan pembantu rumah asing kini mencecah sehingga RM14,000 bagi kos perjalanan, permit dan gaji untuk tiga bulan pertama.
Walaupun kerajaan menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia adalah pada kadar RM8,000 berdasarkan Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia 2011, namun rata-rata ejen pembantu rumah mengenakan harga yang lebih tinggi.
Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, terdapat juga ejen tidak berdaftar menawarkan harga lebih murah bermula daripada RM2,500 hingga RM6,000 dengan kadar bayaran bulanan sebanyak RM550 hingga RM700 tanpa had kerja.
Malah, ejen tidak berdaftar itu juga menjanjikan potongan gaji selama tiga bulan sekiranya pembantu warga asing tersebut lari rumah.
Bagaimanapun, terdapat mangsa yang ditipu sebanyak RM7,300 oleh ejen tidak berdaftar tersebut yang didapati daripada laman web amah murah.

Prof Dr Ahmad Atory: Untungkah Pas dalam tahaluf siyasi?

KUALA LUMPUR - Setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR, untungkah Pas untuk terus menjalin hubungan kerjasama politik dengan sekutunya?
  
Apakah laba kerjasama politik yang diperoleh Pas untuk memperkukuhkan parti dan terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam?
  
Persoalan berkenaan menarik perhatian umum khususnya penyokong parti yang kian resah ekoran pergeseran kuat yang melanda antara ketiga-tiga parti mutakhir ini, yang memperlihatkan seolah-olah Pas semakin 'lemas' dihimpit DAP dan PKR.

Banyak pihak melihat kerjasama politik yang dimulakan sejak 2008 itu mungkin hampir ke penghujungnya setelah umum disajikan episod demi episod percakaran dan ketidaksefahaman antara ketiga-tiga parti.

Di mana titik kebersamaan tahaluf siyasi?
  
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti ke-60 di Johor bulan lepas dilapor berkata, bahawa tahaluf siyasi yang dilaksanakan parti itu adalah kerjasama mencari titik kebersamaan dengan PKR dan DAP.
  
Persoalannya, setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi, di manakah titik persamaan Pas, PKR dan DAP?
  
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, ketiga-tiga parti itu jelas tidak mempunyai kebersamaan dalam pelbagai aspek termasuk ideologi, dasar dan keputusan.
  
"Kebersamaan itu hanya dapat dilihat menjelang pilihan raya iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Yang lain saya tidak nampak," katanya kepada Bernama di sini.
  
Jika benar Pas, DAP dan PKR mencapai kesepaduan, tidak mungkin dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, ketiga-tiga parti itu mempunyai nada berbeza dalam menentukan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Bahkan dalam PRU13 juga tidak mungkin mereka bertembung sesama sendiri di beberapa kawasan, jika saling memahami.
  
Ahmad Atory menempelak bahawa ucapan pemimpin parti pakatan kononnya mereka mempunyai kesefahaman yang baik dalam pelbagai perkara kerana ia hanyalah retorik politik yang bertujuan meraih kepercayaan pengundi mereka.  

Mengambil contoh PRK Dun Pengkalan Kubor, Kelantan, beliau berkata, sokongan jentera PKR dan DAP tidak kelihatan sepanjang kempen berlangsung dan ia didorong oleh sentimen Pas yang tidak menyokong keputusan PKR dan DAP mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.
  
"Ini tidak menunjukkan kebersamaan mereka," kata pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Maruah: Oktoberfest bertentangan agenda kerajaan

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Malaysia membantah sekeras-kerasnya kelulusan yang telah diberikan kepada pihak penganjur program Oktoberfest Carlsberg Malaysia yang terang-terangan merupakan sebuah pesta bertemakan arak dan tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.

Presidennya, Syed Abdul Kadir Aljoofre berkata, dengan tidak menafikan hak warga non Muslim untuk berhibur, hakikatnya program yang mempromosikan arak ini secara tidak langsung menzahirkan penghinaan dan tindakan tidak hormat kepada majoriti warganegara Malaysia yang beragama Islam

Ini, katanya kerana sedang menyambut salah satu daripada hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha.

"Secara moralnya juga tiada mana-mana agama yang menggalakkan penganutnya minum arak apatah lagi dalam pesta secara besar-besaran," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, meskipun Islam tidak melarang non Muslim meminum arak namun keterbukaan tersebut tidaklah sehingga menimbulkan suasana yang boleh mencemarkan imej sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Zaid: Lupakan IS, lihat keganasan di samping kita

“Negara Islam Malaysia” mungkin lebih ganas berbanding kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau justeru menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat keganasan yang berlaku di tempat sendiri.

Zaid, bekas menteri undang-undang, mengulas kenyataan kedua-dua pihak (kanan) itu terhadap IS.

“Potong kepala orang mungkin tidak boleh diterima tetapi bukan adil untuk bertanya bagaimana Malaysia berbeza?” kata beliau dalam blognya hari ini.

“Pemimpin IS kata, pihak yang tidak terima keputusan mereka sebagai mencabuli asas agama dan tindakan menghina agama, yang bermaksud tindakan mereka tidak berbeza dengan pemimpin agama di Malaysia.”

Zaid berkata, IS boleh berhujah bahawa undang-undang tuhan sempurna dan oleh itu tiada keperluan menggabungkannya dengan pengalaman dunia lain, moraliti atau sistem nilai yang menentukan pemakaian undang-undang ilahi.

Perlukah Rukuk Bersama Imam Jika Ayat Lazim Belum Habis Baca? - UAI

Fadhilat Barang Mekah - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Guna Duit KWSP / ASB Pergi Haji/Umrah - UAI

Senyum 'Buat Bodo' - Ustaz Azhar Idrus

BILA KRONI-KRONI UMNO/BN DIPERTAHANKAN DEMI LEGASI 'MEROMPAK' KEKAYAAN NEGARA...


Hanya Di Malaysia: "Menteri Kabinet Dapur"



Dewan Rakyat luluskan pindaan akta LHDN

Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tanpa panel pelaburan sepertimana dicadangkan Kementerian Kewangan Jun lalu. Pada akhir pembacaan, RUU tersebut diluluskan dengan undian majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) walaupun tidak disokong ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR). Kali pertama RUU itu dibentangkan pada Jun lalu tetapi ditangguhkan dengan cadangan pindaan Akta LHDN Malaysia 1995, Akta 553 untuk membolehkanya dikaji RUU berkenaan mencetuskan kontroversi apabila pemimpin PR menolak kandungannya kerana mahu mewujudkan sebuah panel pelaburan dalam LHDN. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini yang mengesahkan kerajaan akan menubuhkan unit pelaburan dalam LHDN untuk melakukan pelaburan yang dirasakan sesuai.

Gaji RM2,500 cukup jika diurus baik.....

Gambar hiasan 
KUALA LUMPUR - Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.

Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka.

Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, isu gaji bergantung kepada individu dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar.

"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", katanya semasa dihubungi Bernama di sini.

Selain itu, beliau berkata, mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak seharusnya tergesa-gesa membeli kereta sedangkan kewangan masih belum kukuh.

"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya.

Kes Seksual: 'Apa jadi pada Rizalman dalam 5 bulan terakhir?'

Anggota parlimen DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan penangguhan penghantaran Muhammad Rizalman Ismail ke New Zealand bagi menghadapi pertuduhan serangan seksual terhadapnya.

“Beliau mesti jelaskan apa yang berlaku dalam tempoh lima bulan terakhir dan sama ada kerajaan masih berpegang pada janji untuk menghantar Rizalman kembali ke New Zealand,” kata Gobind Singh Deo.

Katanya, Najib harus mengambil kira sensitiviti dalam kes aduan yang berbentuk sebegitu.

“Ia untuk kepentingan semua yang mahukan perkara itu selesaikan segera.

“Ia terutamanya bagi memastikan keadilan untuk kedua-dua pihak, pengadu dan tertuduh dalam kes ini,” katanya.

'Cukai 20 hartawan rahsia bawah Akta Cukai' kata Ahmd Maslan

Jumlah cukai yang dibayar oleh hartawan-hartawan negara tidak boleh didedahkan kerana ia adalah rahsia di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri terikat kepada peruntukan kerahsiaan maklumat percukaian individu di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan tidak boleh didedahkan amaun cukai individu sebenar yang dibayar oleh mereka.

"Selaras dengan Seksyen 138 Akta Percukaian 1967 menyatakan dengan izin, every classified person shall regard and deal with every clasified material as confidential.

"Jadi cukai pendapatan individu mereka yang terkaya itu kita tidak boleh dedahkan mengikut akta," kata Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014) di Parlimen, petang ini.

Beliau memberi maklum balas kepada gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tengah hari tadi.

Anwar menggesa agar kerajaan mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang terkaya di Malaysia yang bertaraf bilionair.

Anwar: Golongan hartawan dapat kelonggaran bayar cukai?

PARLIMEN, 7 OKT: Berapa banyak cukai dikutip daripada 20 hartawan terkemuka negara, soal Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menggesa Putrajaya mendedahkan berapa jumlah cukai yang dipungut daripada golongan elit itu terutamanya ahli perniagaan Tan Sri T Ananda Krishnan dan Tan Sri Vincent Tan, serta anak kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir.
Beliau membuat gesaan itu sewaktu menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014) di Dewan Rakyat, hari ini.
“Saya menyokong pindaan ini yang memberikan lebih autonomi kepada LHDN.
“Saya mahu tahu daripada 20 billionaire di negara kita ini berapakah jumlah cukai yang kita kumpulkan?” soal Anwar, memetik laporan Malaysiakini.
Menjelaskan sokongan beliau, Anwar berkata terdapat dakwaan golongan kaya diberi kelonggaran tertentu dalam pembayaran cukai mereka.
LHDN (1)“Tidak mudah bagi orang biasa bagi mendapat kelonggaran tapi ada maklumat di mana LHDN ditekan.
“Di mana orang-orang kaya boleh diberi kelonggaran, bayaran ansuran 18 bulan, umpamanya,” kata Ketua Umum PKR itu.
Anwar mahu Putrajaya menjelaskan pendirian berhubung perkara ini dan melaksanakan kutipan cukai secara adil dan saksama.
“Kalau ini cara yang konsisten diberi kepada semua, yang berhak, saya tidak masalah.
“Tetapi tentunya tidak boleh diberi pengecualian kerana perkara ini dari segi fakta pernah berlaku dan saya harap dengan perubahan ini, kita dapat jamin (LHDN) lebih efisien, lebih profesional dan autonomi bermakna ada tekad untuk melaksanakan (kutipan cukai) tanpa memilih kedudukan atau kekayaan seorang itu,” kata Anwar.

Konflik dalaman PAS umpama 'kocak air dalam cawan' - Ahli Majlis Syura Ulama


Post Pic

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS menegaskan konflik dua aliran yang berlaku dalam parti itu adalah perkara biasa sambil menyifatkan pertembungan itu umpama 'kocak air dalam cawan'.
 
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata perkara itu terjadi ekoran terdapat salah faham mengenai wala' yang diungkapkan oleh ahli parti.
 
"Saya berat juga untuk mengatakan bahawa ada pertembungan antara profesional dan ulama sebab ada profesional yang menyokong ulama dan menyokong kepimpinan ulama.
 
"Ada pun ucapan daripada presiden ataupun mereka tidak menyokong presiden ataupun membantah beberapa perkara yang dibangkitkan oleh presiden itu mungkin salah faham mengenai persoalan wala'," katanya kepada Antarapos.
 
Justeru veteran PAS ini menjelaskan percanggahan atau perbezaan pendapat antara golongan ulama dan profesional boleh ditangani dengan berpandukan kepada kaedah wa'la (ketaatan).
 
"Dalam kita faham wala' itu mesti kepada pemimpin tapi apabila ada sesiapa sahaja bukan pada kalangan profesional sahaja, ada juga kadang-kadang orang yang berlatarbelakangkan agama pun wala' dia tidak kepada pemimpin.
 
"Jadi kerana itu timbul sedikit (percanggahan) macam bagi saya perkara ini seperti kocak dalam cawan sahaja dan ada hikmahnya sebalik itu," katanya.

Konspirasi jatuhkan Hadi, Ulama cuma perang psikologi kata Penganalisis

Konspirasi jatuhkan Hadi, Ulama cuma perang psikologi - PenganalisisKUALA LUMPUR: Dakwaan Anggota Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang berkata wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama, merupakan strategi awal pemilihan pimpinan parti itu tahun depan, kata Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin.

Dr Shaharuddin berkata, dakwaan tersebut dibuat hanyalah sebagai satu perang psikologi Nik Mohamad Abduh untuk memastikan Abdul Hadi tidak dicabar dalam pemilihan pimpinan PAS tahun depan dan bagi memastikan kumpulan pro-ulama menguasai kepimpinan parti.

"Dakwaan yang dibuat ini tidak ada asas dan fakta yang boleh digunakan untuk menguatkan bahawa ada usaha untuk jatuhkan Hadi dan ulama.

"Ini semua semata-mata kerana tahun depan akan ada pemilihan, jadi teori konspirasi ini hanya perang psikologi untuk memperlihatkan ada pihak yang kononnya jahat dalam PAS.

"Sepatutnya tidak dibuat cara ini, berdebat atau berhujahlah di depan ahli-ahli PAS dengan kumpulan profesional ini supaya ahli dapat menilai yang mana lebih berwawasan," kata kepada Astro AWANI.

Katanya, masalah yang timbul sekarang ini, kumpulan yang dikatakan pro ulama tidak dilihat berani untuk berdebat sebaliknya lebih banyak menggunakan media sosial.

Nik Abduh dalam artikelnya "Islam tanpa syariat" yang disiarkan Harakahdaily ahad lepas mendakwa kuasa besar dunia yang berjaya menjatuhkan negara Islam di Timur Tengah seperti di Syria dan Mesir kini mula mensasarkan serangannya di Malaysia.

Naik harga minyak, laksana GST: Kerajaan khianat amanah


vsivakumar


KUALA LUMPUR, 7 OKT: DAP mengecam kenyataan Ahli Parlimen BN yang mendakwa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) April tahun depan akan lebih menyenangkan rakyat.
Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bagan Serai Dr Nor Azmi hanya mengiyakan tindakan zalim kerajaan tanpa langsung memikirkan nasib rakyat.
“Itu bahasa Barisan (BN)…Kerajaan telah menaikkan harga petrol, tentunya akan menyebabkan inflasi, semua pakar ekonomi bersetuju bahawa inflasi adalah sesuatu yang tidak baik pada negara.
“Sekarang harga petrol dinaikkan, ia pasti menyebabkan barangan lain dalam pasaran turut naik. Ini bermakna GST akan dilaksana dalam keadaan rakyat sudah pun terhimpit,” kata Sivakumar ketika mencelah dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Di Parlimen hari ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kenaikan harga barangan daripada pelaksanaan cukai GST pada 1 April 2015 hanya bersifat ‘sementaraa’ dan ‘sekali sahaja’.
Katanya, berdasarkan trend di lebih 160 negara yang telah melaksanakannya, peningkatan inflasi itu hanya one-off dan kemudian ia akan distabilkan.

MP PAS Pokok Sena Bahas RUU LHDN (Pindaan) 2014 (P'Kat JK)

Tim Menteri Kewangan Gulong Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan)

MP PAS Kuala Nerus Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri

MP PAS Kuala Terengganu Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri

Kos sara hidup akan terus meningkat, rakyat terus merana..!!

Rakyat akan terbeban akibat kerajaan yang tidak bertanggungjawab dalam perancangan negara.

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga minyak hanya permulaan kepada kenaikan kos kehidupan rakyat Malaysia, kata ahli parlimen PAS Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad.
“Kerajaan tidak seharusnya bergantung kepada hasil minyak dan gas sebagai sumber utama bagi mendapatkan keuntungan.
“Harga gas dunia sebenarnya telah dikurangkan namun, Malaysia tetap menambah kadar harga minyak sebanyak 20 sen.
“United Kingdom telah turunkan harga sebanyak 25 sen seliter, India 5 sen seliter, tetapi mengapa Malaysia menaikkan harga sebanyak 20 sen?,” soalnya pada sidang media di parliamen hari ini.
Menurut beliau, Malaysia tidak boleh maju sekiranya perkara ini berlanjutan. Rakyat yang akan terbeban akibat kerajaan yang tidak bertanggungjawab dalam perancangan negara.

Bajet 2015: Jangan jaga kroni dan bodohkan rakyat

Kos sara hidup tinggi menjadikan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana amat tertekan.

Budget2015PETALING JAYA: PAS Perak menaruh harapan semoga bajet pada kali ini berkisarkan bajet prihatin rakyat, dan bukannya bajet yang menjaga kroni serta bajet yang membodohkan rakyat.
Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Razman Zakaria, ia dilakukan untuk mengekalkan kuasa semata-mata.
“Dapat dilihat, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) langsung tidak memberi impak kepada ekonomi, rakyat dan juga negara.
Tambahnya, PAS Perak turut menanti pengisytiharan yang baik daripada bajet 2015 yang akan dibentangkan pada hari Jumaat ini.
“Kerajaan Umno, Barisan Nasional perlu sedar kuasa yang diberikan oleh rakyat seharusnya dapat memainkan peranan untuk memikir sesuatu usaha bagi meringankan beban dan kos sara hidup rakyat,” kata beliau lagi.
Jelasnya, kini, pendapatan pekebun kecil getah dan sawit merosot lebih daripada 50 peratus. Bahkan, sebelum ini juga, harga sawit sebelum PRU13 mencecah RM9 per kilogram namun sekarang serendah RM1.60 per kilogram.
“Sawit daripada RM900 berkurang sehingga sekitar RM300.00 hingg RM400.00 metrik tan. Penurunan harga komoditi ini dikatakan berpunca daripada kejatuhan harga pasaran dunia,” jelasnya.
Namun apa yang menghairankan ialah, diketahui harga pasaran dunia minyak mentah dunia ketika ini turun daripada USD 135/barel kepada sekitar USD 90/barel namun kerajaan Umno bertindak tidak seiring apabila menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Najib akan dikenang sebagai PM yang bankrapkan negara

Pua turut mengecam tindakan kerajaan yang menganugerahkan pelbagai kontrak kepada 1MDB yang merugikan rakyat, demi menyelamatkan badan itu.
KUALA LUMPUR: Najib Razak akan dikenang sejarah sebagai Perdana Menteri yang mungkin membangkrapkan kerajaan Malaysia, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Menurut Pua, Najib perlu menjelaskan kesan hutang mega RM36 bilion yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad yang berisiko membangkrapkan negara, menjelang pembentangan Belanjawan 2015 Jumaat ini.
“Dalam tempoh lima tahun penubuhannya, badan pelaburan milik Kementerian Kewangan itu telah mengumpul hutang setinggi itu, dan sebahagiannya sudah sampai tempoh pembayaran.
“Ia akan lebih membimbangkan sekiranya badan pelaburan tersebut tumbang tanpa melunaskan hutang yang ditanggungnya,” katanya.
Tambah Pua lagi, Najib perlu memberi penjelasan dan sebarang pengumuman (belanjawan) tanpa menyentuh isu ini akan menunjukkan bahawa ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Najib,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri telah ‘menyerang’ Najib, apabila beliau menyatakan wang untuk badan itu adalah hasil daripada hutang negara, dan Malaysia yang mengalami belanjawan defisit setiap tahun tidak mungkin membayar hutang sebesar itu.
Dalam pada masa yang sama, Pua turut mengecam tindakan kerajaan yang menganugerahkan pelbagai kontrak kepada 1MDB yang merugikan rakyat, demi menyelamatkan badan itu.

Bocor: Kerajaan BN akui ada kelemahan

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengakui masih terdapat kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan awam sehingga berlaku insiden kebocoran soalan UPSR baru-baru ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata,  pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

"Kita sudah kemaskini SOP peperiksaan dan yakin dengan SOP itu sepatutnya tidak berlaku kebocoran tetapi kejadian telah berlaku bermakna ada ruang lagi untuk diperbaiki.

"Di peringkat sekarang tidak dinafikan ada kelemahan dan kita akan pastikan insiden sama tidak berulang," katanya pada Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan daripada Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) apakah SOP yang ada tidak mampu menghalang kebocoran peperiksaan awam.

Menurut Idris, antara langkah drastik yang diambil ialah menubuhkan Jawatankuasa Panel Bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan membuat rombakan terhadap pegawai-pegawai di kementeriannya.

Selain itu, kementerian juga telah memasang kamera litar tertutup di semua bilik kebal seluruh negara sebagai langkah pemantauan dan keselamatan bahan peperiksaan.

Susulan insiden yang memalukan itu, Kementerian Pendidikan memohon maaf kepada 473,175 calon UPSR, ibu bapa dan guru seluruh negara dan berjanji akan mendedahkan dalang yang menjadi punca kekalutan yang berlaku.

Dalam masa sama, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) dalam soalannya meminta kerajaan mendedahkan setiap tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang bersalah dan percaya terdapat unsur rasuah dalam pembocoran kertas UPSR itu.

Dewan Rakyat perlukan pembaharuan – Surendran

n_surendranKUALA LUMPUR 7 OKT: Dewan Rakyat perlukan pembaharuan kerana tidak menjalankan fungsi yang diharapkan sebagai badan penggubal undang-undang di sebuah negara demokrasi, kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.
Katanya, pembangkang di negara ini tidak mempunyai peluang membawa usul untuk dibahaskan kerana dewan hanya ditumpukan kepada kerajaan sahaja.
“Ini berbeza dengan UK dan parlimen Komanwel lain di mana ‘hari pembangkang’ di berikan bagi membolehkan usul pembangkang dibahaskan.
“Keengganan untuk memperuntukkan ‘hari pembangkang’ melumpuhkan fungsi utama Dewan Rakyat sebagai penyemak kuasa Eksekutif,” ujarnya.
Surendran berkata, masa juga tidak diberikan kepada Rang Undang-undang Ahli persendirian (Private Member Bills) sekaligus memberi ruang kepada kerajaan meluluskan undang-undang baru dan mencegah perbincangan mengenai undang-undang yang penting.

GST tetap dilaksana 1 April 2015 kata Menteri Umno

Kenaikan harga barangan daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula dari 1 April 2015 hanya bersifat "sementara" dan "sekali sahaja", kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen hari ini.

"Berdasarkan trend di lebih 160 negara yang telah melaksanakannya, peningkatan inflasi itu hanya one-off dan kemudian ia akan distabilkan," kata Ahmad.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat pengumuman tentang unjuran kadar inflasi yang akan dialami negara apabila GST dilaksanakan, melalui pembentangan Belanjawan 2015 pada hari Jumaat ini.

"Saya jangka ia akan diumum perdana menteri pada Jumaat ini tentang apakah peningkatan inflasi apabila GST dilaksanakan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan bertulis MP Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad Wasali tentang tahap penerimaan rakyat terhadap GST.

Oktoberfest: PAS Selangor desak MBSA bertindak

SHAH ALAM: PAS meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan papan iklan Oktoberfest tanpa kebenaran.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata pihak bertanggungjawab turut berani menaikkan semula papan iklan itu tiga hari selepas diturunkan.
“Kerajaan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah meluluskan apa-apa kelulusan berkaitan dengan program ini. Ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” tegas Zaidy.
Beliau melahirkan dukacita diatas sikap penganjur yang telah mencalar sensitivi penganut beragama di Selangor. Menurut kenyataan beliau, Oktoberfest dikatakan dianjur di beberapa tempat di Selangor dengan acara kemuncak di pusat membeli-belah 1Utama.
“Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ianya merupakan hak orang bukan Islam. Namun, jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival, apatah lagi dengan menguar-uarkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan billboard dan sebagainya, ianya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Oktoberfest: PAS Selangor kesal tindakan Carlsberg

KUALA LUMPUR: PAS Selangor dalam satu kenyataannya menyatakan kekesalan atas penganjuran Oktoberfest oleh Carlsberg Malaysia.

“PAS Selangor amat menyesali dengan Agenda Besar Carlsberg Malaysia dalam penganjuran Oktoberfest di beberapa tempat di negeri Selangor dan Grand Finalenya di 1 Utama yang disifatkan sebagai gagal memahami sosio budaya dan sensitif agama di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.” Demikian kata Zaidy Abdul Talib, Adun Taman Templer, merangkap Ketua Penerangan PAS Selangor.

Menurut beliau lagi bahawa penganjur perlu sedar mengenai sensitiviti penganut beragama di negeri ini terutamanya penganut Agama Islam, yang juga merupakan agama rasmi persekutuan sebelum mengadakan sesuatu yang boleh mengugat ketenteraman dan keamanan awam.

“Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ia merupakan hak orang bukan Islam. Namun, jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival, apatah lagi dengan mengwar-warkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan billboard dan sebagainya, ianya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini.

“Kerajaan Selangor dan PBT juga tidak pernah meluluskan apa-apa kelulusan berkaitan dengan program ini. Ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” nyata Zaidy lagi

Siswa dakwa tak dapat bantuan zakat kerana bendera PAS

Isu pengagihan bantuan zakat kepada mahasiswa luar negara oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) terus dibangkitkan.

Terbaru, seorang pelajar di Mesir mengaitkan kegagalan beliau dan tiga lagi rakannya mendapatkan zakat dengan tindakan mereka mengangkat bendera PAS ketika pilihan raya umum ke-13 lalu.

Muhammad Syuaib Sangkrah mendakwa, bantuan zakat yang sepatutnya diterima mereka ditahan MAIJ walaupun memenuhi syarat ditetapkan.

“Gambar mengangkat bendera PAS itu telah dimuat naik ke laman media sosial sebagai tanda sokongan (pada parti Islam itu).

“Bagaimanapun ia telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tulisan dalam gambar tersebut telah disunting...,”katanya.

Beliau berkata, kapsyen baru menyampaikan mesej fitnah menggambarkan mereka menentang pemerintahan beraja di negeri itu.

Mangsa keadaan

Syuaib mendakwa, ekoran kejadian itu mereka kini menjadi mangsa keadaan.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi MAIJ berhubung dakwaan itu.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebelum ini mendakwa pelajar negeri Johor ditanya soalan berkaitan pendirian politik dalam temuduga.

Suhaizan mendakwa lapan pelajar dikenal pasti ditanya sama ada mereka cenderung menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tindakan keras mengikut Akta Hasutan dikesali, kata New York Times


Media antarabangsa The New York Times mengutuk Putrajaya berhubung siri pendakwaan mengikut Akta Hasutan 1948, menyifatkannya "serangan yang amat menyedihkan ke atas kebebasan bersuara dan ancaman serius kepada demokrasi". Akhbar berpengaruh Amerika Syarikat itu dalam tulisan editorialnya berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya segera menunaikan janjinya memansuhkan akta tersebut. "Siri pendakwaan Najib adalah serangan yang amat menyedihkan ke atas kebebasan bersuara dan ancaman serius kepada demokrasi.

 "Beliau nampaknya memahami ancaman ini semasa berjanji untuk memansuhkan akta itu. Beliau sepatutnya tunaikannya dengan segera," kata akhbar tersebut. Siri pendakwaan itu menyaksikan beberapa pemimpin pembangkang, aktivis, ahli akademik undang-undang dan wartawan selain pendakwah bebas berdepan hukuman mengikut undang-undang akta penjajah tersebut. Beberapa pihak dan kumpulan mengkritik langkah yang diambil pentadbiran Najib termasuk Majlis Peguam yang menyifatkannya sebagai "keadaan tegang yang menekan rakyat dan kemerosotan dalam kedaulatan undang-undang".

Penggunaan akta tersebut semakin berleluasa sejak berakhir Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei tahun lepas di mana pembangkang menang undi popular dan kerajaan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama dalam sejarah hilang sokongan tersebut. "Kerajaan Malaysia makin giat menggunakan akta itu, yang merupakan undang-undang penjajah British, untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan pengkritik politik mereka. Undang-undang itu menghukum ucapan yang dibuat 'untuk membangkitkan perasaan tidak puas hati' terhadap kerajaan dan mentakrifkan maksud hasutan dengan begitu luas sehingga mengundang salahguna kuasa," kata editorial New York Times.

Akhbar Melayu pro Umno kecam pesta arak secara terbuka di Selangor...negeri lain..??

Beberapa akhbar arus perdana berbahasa Melayu di tajuk muka hadapan mengecam tindakan kerajaan Selangor meluluskan penganjuran pesta arak Oktoberfest secara besar-besaran tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam menyambut bulan Oktober dengan ibadat Haji dan Korban. Menyifatkan tindakan kerajaan negeri membenarkan promosi pesta anjuran syarikat gergasi pengeluar minuman keras Carlsberg Malaysia sebagai biadap, badan bukan kerajaan (NGO) mendesak agar pesta itu segera dibatalkan. Mereka turut mencabar menteri besar Selangor yang baru dilantik, Mohamed Azmin Ali, membuktikan kepimpinannya menangani isu itu bagi memulihara dan menjunjung Islam selaku agama rasmi negara.

Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS) Rosdi Long dalam laporan Kosmo membidas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membenarkan penganjur mempromosikan Oktoberfest melalui papan iklan di Seksyen U2 sedangkan majoriti penduduk kawasan adalah orang Islam. "Apa yang menyedihkan dan boleh dianggap biadap, pesta itu diadakan pada bulan Zulhijjah iaitu ketika umat Islam melaksanakan ibadah haji dan korban. "Kita tidak ada masalah dengan program itu tetapi biarlah ia diadakan mengikut adab dan menghormati sensitiviti masyarakat yang majoritinya beragama Islam," katanya seperti dilaporkan akhbar Kosmo hari ini.

Akta Hasutan: Bung Mokhtar, Latheefa Koya berperang di Twitter

Pemimpin Umno Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Latheefa Koya berperang di laman sosial Twitter selepas peguam PKR itu mengugut mahu "menghapuskan" ahli Parlimen Kinabatangan itu kerana menyokong Akta Hasutan 1948. Bung Mokhtar memberi tempoh 24 jam kepada Latheefa menjelaskan kenyataan dan memohon maaf sebelum bertindak membuat laporan laporan polis kerana mengugutnya. "@Sandran41H @LatheefaKoya Saya meminta pihak @PDRMsia menyiasat kenyataan @LatheefaKoya utk menghapuskan saya, ini satu ugutan melampau," kata Bung Mokhtar melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan . "@khairulryezal @PDRMsia saya memberi 24jam kpd (kepada) @LatheefaKoya memberi penjelasan dan mrmohon (memohon) maàf kpd saya..if not (jika tidak) saya akan buat Lp' (laporan) polis," katanya. Kenyataan Bung Mokhtar itu kemudian dibalas Latheefa: "@MyKinabatangan saya bagi kamu 24 jam untuk tarik balik ugutan terhadap rakyat Malaysia untuk guna Akta Hasutan!" Latheefa merujuk kepada ucapan Bung Mokhtar dalam Dewan Rakyat hari ini yang menggesa supaya polis menahan individu yang menentang Akta Hasutan dan mendakwa golongan terbabit membawa "pengaruh buruk".

Kemarahan Bung Mokhtar tercetus selepas pengikutnya di Twitter menyiarkan paparan kenyataan awal Latheefa sebelum ia dipadamkan. Tindakan Bung Mokhtar itu bagaimanapun mengundang kritikan beberapa pengguna Twitter lain kerana cuba mengugut Latheefa. Pengguna akaun @ellifamira berkata: "@LatheefaKoya @adrianlimcheeen @MyKinabatangan @PDRMsia Adakah dia mampu menghapuskan kamu, Bung. Tolonglah bersikap matang." Bung Mokhtar kemudian membalas: "Saya cuma perlukan penjelasan daripadanya...sekarang ini sesiapa saja mampu membunuh."

Bicara Harakah: Bajet 2015 cabaran rakyat

Petrol: K'jaan BN tak ada duit

MP PKR Kelana Jaya Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan)


MP PAS Sepang Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan)

MP DAP Puchong Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan 2014)

Ramai tak faham tahaluf siyasi PR - Naib Presiden Pas


Salahuddin Ayub 

SHAH ALAM - Persepsi negatif terhadap tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dipelopori Pas dengan bukan Islam di negara ini jelas membuktikan bahawa sentimen perkauman sempit masih menebal dalam pemikiran khususnya pemimpin Umno hari ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa banyak pihak tidak memahami konsep tahaluf siyasi yang dibawa Pas khususnya dalam gabungan PKR dan DAP dalam PR.

"Saya rasa kerangka perkauman itu masih bersarang dalam pemikiran Pas sendiri atau Zainudin Maidin itu sebab beliau sukar memahami apa yang dikatakan dengan tahaluf siyasi itu.

"Mungkin dia tak faham tentang tahaluf siyasi yang sedang dan telah dilakukan Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian yang turut membidas kenyataan bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin semalam yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggali kubur sendiri apabila parti itu memberi laluan dan bertahaluf siyasi dengan bukan Islam.

Zainuddin berkata Abdul Hadi seolah-olah ditelan oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dokumen negara Islam turut diperjuangkan dalam tahaluf siyasi itu.

PP dakwa rumah 'mampu milik' pusat berharga RM1.8 juta

Kerajaan Pulau Pinang hari ini menggesa agensi pembinaan “rumah mampu milik” pusat di negeri itu menjelaskan penjualan sebahagian unitnya melepasi harga siling RM400,000.

Kerajaan negeri juga mendakwa terdapat harga ditetapkan sehingga RM1.8 juta.

Exco perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata, harga siling untuk rumah mampu milik di sebelah pulau ditetapkan RM400,000 seunit dan RM250,000 di Seberang Perai.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, dua agensi persekutuan – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan JKP Sdn Bhd – menjual sebahagian unit dengan harga lebih tinggi.

Kes dua Adun: PAS Pusat putus 12 Oktober

KUALA LUMPUR: PAS akan membuat keputusan berhubung kes dua Adun Selangor, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), pada mesyuarat PAS Pusat 12 Oktober ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pada mesyuarat itu nanti, beliau akan membentangkan laporan penuh kes itu termasuk kenyataan kedua-dua Adun itu dalam pertemuan awal dengan beliau pada 29 September lalu.

"Segala butir-butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat  Jawatankuasa PAS Pusat nanti.

"Dan bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.

Tindakan tersebut dilihat bercanggah dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Majlis Syura Ulamak PAS.

Potong subsidi tanda k'jaan BN kurang wang - MP Pas

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah mendakwa tindakan memotong subsidi petrol dan diesel adalah kerajaan BN kini kekurangan wang.

Beliau berkata kerajaan selama ini terlalu bergantung kepada pendapatan daripada hasil minyak dan gas kini menyebabkan rakyat pula terpaksa menanggung bebanan itu.

Beliau menyifatkan tindakan memotong subsidi itu pelik kerana trend harga minyak di seluruh dunia kini telah pun turun.

"Di United Kingdom, minyak diturunkan 25 sen dan di India turun 5 sen.

"Maknanya kerajaan kini kekurangan wang.

"Ini hanya permulaan, kita akan melihat harga barangan lain bakal meningkat juga," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Harga petrol RON 95 dan naik 20 sen seliter selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan langkah mengurangkan subsidi 1 Oktober lalu.

RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Belanjawan 2015: Berisiko bangkrapkan negara, Najib perlu jelaskan hutang RM36 bilion 1MDB

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Perdana Menteri perlu menjelaskan kesan hutang mega RM36 bilion yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad yang berisiko membangkrapkan negara, menjelang pembentangan Belanjawan 2015 Jumaat ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, dalam tempoh lima tahun penubuhannya, badan pelaburan milik Kementerian Kewangan itu telah mengumpul hutang setinggi itu, dan sebahagiannya sudah sampai tempoh pembayaran.
“Jika ia tumbang dengan membawa hutang itu – satu kebarangkalian yang semakin dibimbangi masyarakat kewangan – Najib akan dikenang sejarah sebagai Perdana Menteri yang mungkin membangkrapkan kerajaan Malaysia.
“Maka, beliau perlu menjelaskannya Jumaat ini. Sebarang pengumuman (belanjawan) tanpa menyentuh isu ini menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut laman Kinibiz, 1MDB merancang untuk meraih RM8.4 bilion sukuk untuk mendanai kegiatannya tahun ini.
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri menyerang Najib melalui isu ini, apabila berkata wang untuk badan itu hasil daripada hutang negara, dan Malaysia yang mengalami belanjawan defisit setiap tahun tidak mungkin membayar hutang sebesar itu.
Mengulas lanjut, Pua mengecam tindakan kerajaan yang menganugerahkan pelbagai kontrak kepada 1MDB yang merugikan rakyat, demi menyelamatkan badan itu.
Antaranya, katanya lagi, adalah mengenepikan komitmen untuk menjalankan tender terbuka bagi kontrak penjana tenaga bebas (IPP), sebaliknya memberikannya secara terus kepada 1MDB walaupun ia bukanlah pembida terendah, serta projek tenaga solar 50 megaWatt di Kedah pada Mac dan stesen jana kuasa gas 2,400 megaWatt pada Ogos lalu – yang sebenarnya tidak pun diperlukan sehingga tahun 2021.

Tun Razak beritahu ada royalti minyak T'ganu kata MP Pas

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Tengku Ahmed Shah mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa bukti Terengganu menerima royalti minyak dan bukan Wang Ihsan atau dana persekutuan seperti dinyatakan pemimpin BN.

Beliau membidas kenyataan Kementerian Kewangan 24 September lalu yang menyatakan tiada petroleum diperoleh di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia – yang tidak lebihi 3 batu nautika pesisir pantai negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu – justeru tiada royalti diberikan.

Beliau berkata Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak (kanan) dalam jawapan di Parlimen pada tahun 1974 mengesahkan pemberian 5 peratus royalti hasil minyak itu layak diberikan kepada negeri.

Raha Bahrin berkata, alasan diberikan kerana ia hanya menyatakan hasil minyak dalam atau luar pesisiran pantai tanpa mengira jarak.

Selain itu beliau mendedahkan surat Petronas kepada pegawai kerajaan Terengganu bertarikh 14 Jun 1978 yang menyatakan Petronas memberi "bayaran tunai" berjumlah RM 5.7 juta kepada negeri itu bawah Fasal 2 Perjanjian Royalti kepada Kerajaan Terengganu.

"Dari dokumen transaksi antara Petronas dan kerajaan Terengganu ketika ia baru bermula dulu, jelas perkataan yang digunakan ialah bayaran tunai dan bukannya dana persekutuan atau wang ihsan," kata beliau.

Ahmad Maslan kata Inflasi GST hanya sekali, sementara

Anwar: Berapa cukai 20 orang hartawan M'sia bayar?

Malaysia tak sokong IS, anggap militannya pengganas

Sabotaj UPSR: Boleh jadi Umno, boleh jadi DAP, kata menteri Umno

Tunggu akta ganti dulu baru hapus Akta Hasutan kata Menteri

Nancy Shukri  
KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti mana yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Bagaimanapun,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Nancy Shukri berkata, perkara itu hanya akan dilakukan selepas akta pengganti siap digubal.

"Pada masa sama (kerajaan) berharap kita dapat menghargai keadaan yang kita hadapi masa kini. Apa yang berlaku ialah kita dalam proses menghasilkan satu undang-undang baru untuk menggantikan undang - undang seiring dengan akta hasutan itu sendiri.

"Kita tidak ada akta lain (buat masa ini) untuk bertindak keatas kecenderungan menghasut, jadi kita masih bergantung pada akta ini sementara undang - undang baharu digantikan," katanya pada sidang Dewan Rakyat semalam bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR - Permatang Pauh).

Anwar dalam soalannya meminta penjelasan kerajaan mengapa akta yang diperkenalkan sejak zaman komunis itu tidak dimansuhkan lagi sedangkan Perdana Menteri sudah berjanji yang akan memansuhkan akta tersebut.

Kerajaan negeri lulus Oktoberfest fitnah - Iskandar

KUALA LUMPUR: Tuduhan bahawa kerajaan negeri di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama empat Exco PAS meluluskan penganjuran pesta arak, Oktoberfest merupakan fitnah.

Selangor Kini melaporkan, Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya permohonan pesta arak itu tidak pernah dibawa ke mesyuarat exco untuk diputuskan.

“Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan empat Exco PAS.

“Ini tidak benar, tidak pernah dibawa ke mesyuarat Exco,” tulis Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menerusi facebook.

Sebelum ini, wujud tuduhan liar melalui sosial kononnya kerajaan negeri meluluskan penganjuran pesta yang berakhir pada 12 Oktober ini.

Oktoberfest: Graduan Mesir pula bantah pesta Carlsberg

Bantahan terhadap penganjuran Octoberfest Carlsberg terus mendapat bantahan, kali ini daripada graduan mahasiswa Malaysia di Mesir.

Dalam kenyataannya, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) berkata, ia “terang-terangan merupakan sebuah pesta bertemakan arak dan tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam”.

Malah, dakwa ILMAM, program itu secara tidak langsung menzahirkan penghinaan dan tidak hormat kepada majoriti warganegara Malaysia beragama Islam yang sedang menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Meskipun Islam tidak melarang bukan Muslim meminum arak namun keterbukaan tersebut tidaklah sehingga menimbulkan suasana yang boleh mencemarkan imej sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan,” kata presidennya Syed Abdul Kadir Aljoofre.

ILMAM berhujah, tempoh penganjurannya yang panjang juga akan membawa keruntuhan moral dan kerosakan jati diri para belia, sekali gus bertentangan dengan agenda kerajaan untuk membina generasi bermaruah.

Semalam, anggota parlimen PAS bagi kawasan Temerloh Nasrudin Hassan menyeru semua pihak menentang Octoberfest yang akan berakhir pada 12 Oktober ini dan menyifatkannya sebagai budaya munkar.

Walaupun dilakukan dalam ruang bangunan tertutup, ulama muda PAS itu berkata, mempromosikannya secara besar-besaran mencabar sensitiviti umat Islam.

Pengganas: Operasi tentera selesai masalah?

Petrol naik kerana k'jaan BN tiada wang, kata MP PAS

RUU LHDN kini tiada cadangan panel pelaburan

Menteri sahkan pendapatan isi rumah naik RM5,919



MP DAP Bagan Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan)

Kami bukan pengemis

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF

TIAP kali tibanya Hari Raya Aidil Adha atau juga disebut Hari Raya Korban, telah menjadi kebiasaan seruan untuk umat Islam berkorban. Bagi mereka yang tulus meletakkan perjuangan Tauhid, berkorban bermakna kesiapsiagaan mengutamakan syariat Ilahi mengatasi kepentingan lain.

Demikian juga bagi mereka yang punyai kepentingan duniawi, seruan pengorbanan diambil kesempatan untuk menyebelahi cita-cita dunianya. Itu telah jadi lumrah dalam kehidupan. Setiap manusia akan mengambil kesempatan apa saja di sekeliling asal impian dan angan-angan dilunasi.

Sekadar mencuri masa sekalian pembaca, ingin saya kongsikan betapa sirah Nabi Allah Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. sebenarnya telah cukup untuk membawa keinsafan pada setiap jiwa. Hanya jiwa yang buta sahaja terlepas dari ingatan tersebut sekaligus pengorbanan agong itu langsung tidak meninggalkan kesan pada dirinya.

Apa tidaknya, seluruh keluarga yang terdiri daripada seorang ayah, anak dan ibu rela mengorbankan nyawa seorang insan yang amat dikasihi, Nabi Allah Ismail a.s. semuanya kerana rasa yakin dan perhambaan terhadap keagongan Allah SWT yang ada dalam diri mereka.

Pada hari-hari tasyrik yang kita lalui kini, kadang kala saya tertanya apakah sebenarnya ruh pengorbanan agong itu telah benar-benar dihayati oleh seluruh umat Islam di sekeliling kita? Sebagai seorang rakyat yang dinaungi pucuk pimpinan, persoalan ini jugalah bermain dalam kotak fikir saya.

Apakah seluruh kepimpinan yang menaungi seluruh rakyat telah cukup mengambil ibrah dan pengajaran dari kisah pengorbanan yang cukup hebat itu?

Dalam ruang ini sekali lagi ingin saya menyorot laluan kehidupan seorang Orang Kurang Upaya bagi tatapan sekalian pembaca. Harapan saya hanya satu. Dengan kesedaran yang ada, kalian mampu berusaha, sekurang-kurangnya sama-sama menyokong dan berdoa agar nikmat dari syariat Allah SWT dalam ibadah korban ini mampu dikecapi oleh setiap OKU yang bergelar rakyat jelata.

Inflasi akibat GST hanya sekali dan sementara kata Ahmad Maslan

Kenaikan harga barangan daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula dari 1 April 2015 hanya bersifat "sementara" dan "sekali sahaja", kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen hari ini.

"Berdasarkan trend di lebih 160 negara yang telah melaksanakannya, peningkatan inflasi itu hanya one-off dan kemudian ia akan distabilkan," kata Ahmad.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat pengumuman tentang unjuran kadar inflasi yang akan dialami negara apabila GST dilaksanakan, melalui pembentangan Belanjawan 2015 pada hari Jumaat ini.

"Saya jangka ia akan diumum perdana menteri pada Jumaat ini tentang apakah peningkatan inflasi apabila GST dilaksanakan," katanya lagi.

Anwar gesa dedah cukai 20 orang hartawan.??

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan agar mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang hartawan bertaraf bilionair di dalam negara.

Beliau antara lain menamakan mogul telekomunikasi, Tan Sri T Ananda Krishnan; anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir; dan Tan Sri Vincent Tan sebagai hartawan-hartawan tersebut.

"Saya mahu tahu daripada 20 bilionair di negara kita ini berapakah jumlah cukai yang kita kumpulkan?" Kata Anwar di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014).

"Saya menyokong pindaan ini yang memberikan lebih autonomi kepada LHDN," kata Anwar.

RM5,900: MASIH TERDAPAT 2 JUTA KELUARGA YANG BERPENDAPATAN DIBAWAH RM3,000 SEBULAN..!!

FLIP-FLOP LAGI MENTERI BN

Kira-kira satu pertiga atau dua juta isi rumah di Malaysia masih memperoleh pendapatan kurang RM3,000 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini. Katanya, jumlah itu merangkumi 28.7% daripada tujuh juta isi rumah di Malaysia. Pendapatan isi rumah ini masih rendah walaupun terdapat peningkatan dari segi keseluruhan pendapatan mereka yang berada dalam kelompok 40% terbawah dalam strata isi rumah.  Ia merupakan jumlah purata di antara peningkatan sebanyak 8% dan 10% setahun sejak 2009, berdasarkan kajian yang dijalankan kerajaan, katanya.

Naik Minyak: Bakal TPM Yang Baru?

Rakyat Malaysia melepaskan kemarahan mereka di media sosial, mengecam Datuk Ahmad Maslan kerana mempertahankan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen sejak 2 Oktober.
Mereka yang marah dengan tindakan Putrajaya memotong subsidi bahan api itu, merasa jengkel dengan kenyataan timbalan menteri kewangan itu yang Datuk Seri Najib Razak merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak ketika harga di pasaran jatuh pada 2009.
Dakwaannya itu dimuat naik dalam laman Twitter pada 3 Oktober dan disertakan dengan paparan grafik untuk menjelaskan secara terperinci berapa banyak harga minyak meningkat naik pada 1990 hingga 2013. 
Ia menunjukkan peningkatan yang stabil dalam harga petrol daripada RM1.10 seliter pada tahun 2000 kepada RM2.70 pada bulan Jun 2008.Pada September 2009, lima bulan selepas Najib menjadi perdana menteri, harga minyak turun kepada RM1.80 seliter.
Dalam posting yang sama, Ahmad Maslan menulis: "Najib merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak. Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?" 
Majoriti mereka yang mengulas postingnya melabel Ahmad sebagai pengampu kerana membodek bosnya dengan mempertahankan keputusan Putrajaya mengambil dasar yang tidak popular."This is the man I like to have in my office. The way he jacks, ten tons also ‘kalah’,” (Ini orang yang saya hendak di pejabat saya. Cara dia membodek, 10 tan pun kalah) kata seorang pengguna Facebook menggunakan nama “West Wood”.
Pengkritik lain pula memberi komen lebih kesat dan segelintir daripada mereka menggunakan ayat biasa untuk membalas kembali kenyataan Ahmad dalam laporan The Malaysia Insider seperti "bodoh", "rasa nak muntah" dan "mati".