Khamis, 2 Oktober 2014

Harga minyak dunia jatuh paras terendah..kerajaan BN pula naik harga minyak..!!!

Harga minyak dunia merekodkan paras terendah dalam tempoh 27 bulan kepada AS$93 setong, hari ini apabila harga rasmi komoditi itu diturunkan oleh pengeluar utama, Arab Saudi.
Selain itu, penurunan harga minyak juga disebabkan oleh kejatuhan saham Eropah berikutan para pelabur mengambil sikap menunggu sama ada pelan pembelian aset oleh Ketua Bank Pusat Eropah (CEB), Mario Draghi mampu menyuntik keyakinan kepada ekonomi zon tersebut.
Pemotongan harga jualan rasmi secara besar-besaran oleh Saudi Aramco kepada pelanggan Asia semalam telah menjadi satu petunjuk jelas bahawa pengeksport minyak terbesar dunia itu cuba untuk bersaing dalam penguasaan pasaran minyak mentah.
“Ini merupakan satu perubahan struktur di dalam pasaran minyak yang mana Arab Saudi dengan jelas menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bersaing dari segi harga.
"Saya rasa harga Brent akan jatuh di bawah paras AS$88 sebelum ia mencapai paras terendah,” demikian menurut Ketua Penganalisa Komoditi SEB di Oslo, Bjarne Schieldrop.
Harga Brent bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$1.30 kepada AS$92.86, terendah sejak Jun 2012.
Manakala harga minyak mentah Amerika Syarikat bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$1.10 kepada AS$89.63 setong, paras terendah dalam tempoh 17 bulan.
Data yang dikeluarkan semalam menunjukkan sektor pengilangan Eropah dan China terus lemah.
Dalam pada itu, Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang akan bermesyuarat bulan depan dijangka mengurangkan pengeluaran disebabkan oleh penurunan harga minyak.
Biarpun para penganalisis meramalkan OPEC akan melakukan penyesuaian terhadap pengeluaran minyak daripada sasaran awal iaitu 30 juta tong sehari pada 2015, namun ia masih tidak mencukupi bagi kumpulan tersebut untuk memaksa harga minyak naik semula.

Minyak naik, GST: Kenaikan berantai tambah beban rakyat

KUALA LUMPUR: Felo Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Mohd Hafiz Jamaludin mempersoalkan tindakan mengejut kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 seliter dengan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di negara ini.

Jelasnya pada program Bicara Harakah 'Bajet 2015: Cabaran Rakyat' tindakan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa walaupun daripada Petronas.

"Kita tidak tahu kenapa kenaikan harga minyak kali ini dilakukan dengan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Ini persoalan menarik dan bukan setakat itu sahaja, tidak ada sesiapa yang mengetahuinya walaupun dari Petronas itu sendiri," jelasnya pada parogram yang berlangsung di MyHarakah Bazaar petang tadi.

Beliau berkata, dengan bajet yang akan dibentangkan pada 10 Oktober nanti rakyat bukan sahaja berdepan dengan kenaikan harga minyak tetapi dibebani dengan kenaikan berantai.

"Rakyat perlu bersedia dengan kenaikan berantai, kita menjangkakan akan ada penarikan subsidi yang mengakibatkan kenaikan harga barangan lain.

Nak Kelentong Siapa Pulak: Kenaikan harga minyak tiada kaitan BR1M.??

SHAH ALAM -  Pengurangan subsidi minyak tiada kena mengena dengan manifesto BN untuk meningkatkan jumlah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada PRU13 lalu.

Pakar ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, peruntukan untuk BR1M sebenarnya sudah ada dan kerajaan tidak perlu mengurangkan subsidi minyak untuk menampung kenaikan nilai pemberian BR1M.

"Peruntukan untuk pembahagian BR1M sebenarnya sudah ada, cuma kini kita perlu merancang rasionalisasi BR1M yang bertujuan membanci dan menentukan individu yang benar-benar layak untuk menerima bantuan tersebut.

“(Pemberian) BR1M perlu, masih ada orang yang susah. Masih ada yang miskin. Tapi kita perlu kaji semua pemberian BR1M kerana ada individu yang masih menerima bantuan tersebut walaupun mereka tidak layak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Menurutnya, maklumat data BR1M yang ada kini perlu dilengkapkan supaya menjadi satu data yang muktamad.

“Ini satu langkah bagi memantapkan lagi sistem ‘data base’ BR1M kita,” tegasnya.

Pengurangan subsidi bantu kurang hutang kerajaan BN yang boros

SHAH ALAM - ​Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ke atas petrol RON95 dan diesel bertujuan mengurangkan hutang yang ditanggung kerajaan Malaysia.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata​, pengurangan tersebut dilakukan kerana kerajaan menyasarkan had hutang negara tidak melebihi 55 peratus daripada Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK).
Menurutnya, sebagai strategi pengurusan berhemat dalam mengurus kewangan negara, kerajaan juga berusaha mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus.
"Sasaran kerajaan ialah untuk cuba mendapatkan bajet yang seimbang pada tahun 2020 mendapatkan perolehan sama rata dengan apa yang telah dibelanjakan.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Buktikan DAP lebih dekat dengan Islam kata ISMA

Platform-platform fahaman liberal mahupun sosialis yang terdapat di Malaysia telah melahirkan individu muslim yang celaru identiti seperti Melati.

PETALING JAYA: Aktivis Ikatan Muslimin (ISMA), Sharifah Abdul Samad meminta supaya Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22 menunjukkan bukti-bukti DAP itu lebih dekat dengan keadilan Islam.
Menurut Sharifah beliau amat bersimpati dengan pilihan yang dilakukan oleh gadis Melayu, Melati Rahim untuk memperjuangkan Islam melalui DAP.
MelatiNamun, bagi Melayu muslim yang berfahaman modenisme dan liberal semestinya akan menerima cara dan langkah parti demokratik sosialis DAP walaupun hakikatnya banyak melanggar norma-norma Islam.
“Melati memberi alasan DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan dalam Islam.
“Saya terlalu ingin mendengar dari Melati sendiri bukti-bukti yang menunjukkan DAP itu lebih dekat dengan keadilan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, platform-platform fahaman liberal mahupun sosialis yang terdapat di Malaysia telah melahirkan individu muslim yang celaru identiti seperti Melati.
“Dahsyatnya serangan pemikiran kini sehingga mampu melahirkan kelompok Melayu liberal yang sudi mengangkat panji perjuangan bersama golongan yang pada hakikatnya menentang Islam akibat terliur dengan laungan keadilan, kebebasan, kuasa rakyat dan sebagainya.
“Cukuplah Melati, Dyana Sofya Mohd Daud serta individu-individu Melayu liberal yang menyertai parti demokratik sosialis DAP membuktikan kecelaruan fikrah dan identiti diri mereka sebagai seorang muslim.
“Kita perlu bangkit dan terus mengunjurkan Islam yang sebenar sebagai penyelesaian terbaik dalam segala aspek kehidupan umat. Kebangkitan pemuda Islam bukan perlu dicantas, tetapi perlu dibimbing agar tidak lahir lagi muslim celaru seperti Melati DAP,” katanya.

Keluar sahaja daripada Pas..!!

CABARAN menimpa Pas pada masa sekarang dilalui Umno suatu ketika dulu gara-gara berlaku perebutan kuasa dalam parti. Semuanya bermula apabila terdapat ahli-ahli parti itu kecewa dengan kepimpinan yang dipamer Presidennya Dr Mahathir Mohamad.

Bagi mengubah dasar parti dan memperbaiki kerosakan yang mereka dakwa dilakukan presidennya maka dalam Perhimpunan Agung pada 1987 berlaku perebutan jawatan membabitkan pertandingan bagi jawatan Presiden Umno.
Pasukan yang menentang Dr Mahathir diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan yang juga dilihat sebagai arkitek kewangan negara. Kumpulan ini dinamakan oleh media arus perdana sebagai Team B manakala, kumpulan Dr Mahathir, Team A. Anwar Ibrahim salah seorang panglimanya.

Kegagalan menyelesaikan sengketa di meja rundingan menyebabkan kes keahlian haram dalam Umno dibawa ke mahkamah. Seperti umum sudah maklum, Mahkamah Tinggi mendapati perhimpunan itu tidak sah menyebabkan Umno diharamkan.

Ketika ini Pas belum diheret ke mahkamah pengadilan. Ia hanya dibicara dan dijatuh hukum oleh rakan-rakan dalam Pakatan  Rakyat yang tidak puas hati dengan dasar u-turn Pas berhubung isu MB Selangor.
Bagi DAP dan PKR, keputusan Pas menentang pencalonan Wan Azizah tidak munasabah serta bercanggah dengan prinsip perkongsian kuasa dalam PR. Mereka kecewa Presiden Pas Haji Hadi Awang menentang keputusan PR.
Bagi rakyat jelata apabila Sultan Selangor beri perkenan dan melantik Azmin sebagai MB baharu menggantikan Khalid Ibrahim maka selesailah krisis politik. Inilah doa rakyat. Malangnya yang selesai isu jawatan MB tetapi hubungan dengan Pas terus tegang.
Lebih menyedihkan DAP mengulangi dakwaan, empat Exco Pas yang menyokong Khalid tempoh hari sebagai pengkhianat. Kenyataan ini dilihat satu amaran pada Azmin agar mencantas keempat-empatnya dalam susunan Kabinet negeri.

MB Selangor: Pembekuan akaun SMUE ikut amalan sedia-ada zaman Khalid

_MG_7328SHAH ALAM, 2 OKT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata pembekuan akaun Skim Mesra Usia Emas bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dilakukan mengikut amalan sedia-ada zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menegaskan bahawa beliau tiada sebab untuk membalas dendam, Azmin menyifatkan Khalid sebagai sahabat beliau.
“Itu memang dasar yang diguna pakai oleh Tan Sri sendiri (dimana) pada 2008 ADUN kita di Pelabuhan Klang keluar parti, itu yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid.
“Semasa Exco dipecat enam orang itu juga dilakukan Tan Sri Khalid dan saya tidak tahu menahu perkara itu tetapi diuruskan pihak pentadbiran,” kata Mohamed Azmin sejurus selesai menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.
Bagaimanapun jelas beliau, peruntukkan bagi program di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu masih diteruskan untuk penduduk di dua kawasan terlibat.
Semalam, Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyifatkan tindakan membekukan akaun SMUE di dua kawasan itu sebagai tindakan membalas dendam terhadap Abdul Khalid.

Azmin mahu perjanjian air Putrajaya-Selangor didedah pada umum


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri akan memohon kepada kerajaan persekutuan bagi membolehkan perjanjian penstrukturan air didedahkan kepada umum.

Azmin berkata, perjanjian itu terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kita masih tak dapat lagi salinan perjanjian (penstrukturan air). Dan kita akan tulis surat kepada kementerian supaya jadikannya sebagai satu dokumen awam dan benarkan kita untuk dedahkan kepada rakyat. Tetapi masalahnya perjanjian itu tertakluk kepada OSA.

"Pegawai saya kena bantu saya kemukakan hujah ini. Seminggu ini kita akan hantar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di bangunan SUK, Shah Alam.

Perjanjian induk bagi mengambil alih mengambil alih perkhidmatan bekalan air Selangor ditandatangani oleh menteri besar sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili kerajaan persekutuan.

Jalan kaki bantah Akta Hasutan oleh peguam ditetapkan 16 Oktober

Berjalan kaki secara aman oleh peguam bagi membantah Akta Hasutan 1948 akan diadakan pada jam 10.30 pagi Khamis 16 Oktober, bermula di tempat letak kereta Padang Merbok, kata Majlis Peguam Malaysia hari ini.
"Saya menyeru semua ahli dan pelatih dalam kamar menghadiri dan menyuarakan aspirasi serta sokongan anda untuk Malaysia yang lebih baik berdasarkan kepada keamanan, keharmonian, perpaduan, persefahaman dan bebas daripada ketakutan, ugutan, eksploitasi, penindasan dan ekstremisme," kata Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong, dalam satu kenyataan hari ini.
Pengumuman itu dibuat berikutan resolusi Majlis Peguam pada 19 September untuk mengadakan perhimpunan aman bagi membantah tindakan tangkapan, caj dan siasatan di bawah akta era penjajah itu.

Leong berkata Majlis Peguam berpegang menyokong ikrar diulangi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan. Mereka juga mengalu-alukan wawasan perdana menteri untuk mengukuhkan perpaduan negara dengan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama, kata Leong.
"Akta Hasutan 1948 adalah bertentangan dan tidak produktif  dengan nilai-nilai dan aspirasi kita untuk Malaysia yang lebih baik," kata Leong.
Ini akan menjadi program jalan kaki ketiga dianjurkan dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.
Pada 19 September, 973 ahli majlis itu mengundi menyokong usul memansuhkan undang-undang itu dan menyokong cadangan menganjurkan bantahan berjalan kaki.
Leong memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat agung luar biasa Majlis Peguam yang membantah penggunaan akta itu kerana "anda tidak boleh menghentikan perbincangan, perbahasan dan kritikan kerana ini adalah sebahagian daripada pemikiran dan proses kematangan".

Selangor : Takkan nak kaji jawatan Raja Idris saja kot.. jawatan Din Ayam Menantu Ayah tu kajilah sama..

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa mengkaji semula keupayaan dan rekod prestasi pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) susulan penamatan perkhidmatan 105 pekerja Hotel Quality Shah Alam pada Jun lalu.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani mendakwa pemberhentian beramai-ramai pekerja hotel itu perlu diatasi secara kolektif untuk menambah baik kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang lalu.

"Kegagalan ini juga mencerminkan bahawa tadbir urus pengerusinya, Raja Idris Raja Kamarudin perlu dikaji berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya isu ini tidak memudaratkan pentadbiran baharu untuk membuat penambahbaikan GLC di Selangor.

"Memberhentikan pekerja itu mencerminkan kegagalan Raja Idris, pentadbirannya perlu dikaji semula dan dibuat KPI supaya ia berkemampuan mengangkat GLC Selangor ke peringkat yang tinggi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Sebelum ini, pengurusan KPS dilaporkan telah menyediakan pampasan berjumlah RM5 juta selain bantuan seperti nasihat temuduga, nasihat mencar pekerjaan, khidmat kaunseling dan penawaran peluang keusahawanan.

Hotel Quality Shah Alam di Seksyen 14 Shah Alam mempunyai 154 bilik termasuk suite selain kemudahan dewan yang boleh menempatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa.

Mengulas lanjut, Abdullah menggesa menteri besar itu mengkaji semula kedudukan Raja Idris untuk mengepalai pengurusan KPS yang gagal membela nasib pekerja.

"Saya khuatir jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, ia akan memburukkan keadaan kalau pentadbiran sekarang tidak ditambah baik.

"Saya merayu kepada menteri besar supaya melihat KPI latar belakang pengurusan sedia ada termasuk Raja Idris sama ada ia perlu dikaji kedudukan beliau demi mengangkat martabat GLC Selangor," katanya lagi lapor Sinar Harian


Tapi... takkan nak kaji jawatan Raja Idris saja kot?.. kajilah sama jawatan Din Ayam ni..



Taraf hidup lebih baik cuma satu lawak jenaka kerajaan Umno@BN

Umno dilihat lebih rela menyakiti mereka yang lemah dan tidak berkemampuan berbanding menyusahkan mereka yang kaya dan mempunyai hubungan dengan orang kenamaan.

najib-malaysian-flag
PETALING JAYA: Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tidak mengambil kisah kebajikan rakyat Malaysia dan gagal dalam mengurus ekonomi negara, kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut Nik Nazmi, pentadbiran Najib tidak boleh terus menekankan bahawa mereka merupakan kerajaan yang ‘Mendahulukan Rakyat’ apabila mereka tanpa ragu-ragu boleh membebankan masyarakat yang paling lemah.
Dakwaan dibuat berikutan semalam kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk menandakan bulan Oktober ini dengan memberi rakyat Malaysia satu “hadiah” iaitu kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. Harga petrol RON95 meningkat kepada RM2.30 seliter dan diesel kepada RM2.20 seliter.
Tambah beliau, ini merupakan kesan sampingan terbaru akibat sikap kerajaan Persekutuan yang tidak mengambil kisah atas kebajikan rakyat Malaysia dan kegagalannya untuk mengurus ekonomi negara.
“Sesiapa pun tidak akan menafikan bahawa kewangan negara perlu disusun semula. Walhal, hakikatnya sangat menyedihkan kerana ramai rakyat Malaysia bergantung kepada harga minyak yang mampu dibeli, daripada pekerja di bandar yang perlu ke kerja kepada para nelayan yang perlu ke laut untuk mencari rezeki.
“Pengangkutan awam yang baik hanya sekadar angan-angan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di bandar. Apatah lagi, implementasi GST yang akan datang bermakna harga minyak akan menjadi beban yang lebih berat kepada kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Pemimpin BN dan Pakatan selar Kerajaan naik harga RON95 ketika harga minyak dunia turun

Tindakan Putrajaya mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman kedua-dua pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat. Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu yang berkuatkuasa hari ini. Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah mengurangkan subsidi sekaligus menaikkan harga runcit jualan bahan api itu dilakukan dalam keadaan tidak masuk akal kerana harga minyak dunia mengalami penurunan sejak empat tahun lepas.

 "Kita kesal dan kecewa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak runcit dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia. "Semalam harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada Julai AS$103 setong. Dan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, penurunan harga minyak dunia seharusnya menjadi berita baik buat masyarakat di seluruh dunia, namun sebaliknya berlaku di Malaysia.

"Di Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia berikan berita sedih kerana kerajaan terus naikkan harga minyak. "Sedangkan kerajaan sering berhujah harga minyak naik kerana harga pasaran minyak dunia yang naik tetapi harga turun," katanya sambil menambah tindakan kerajaan itu menimbulkan persoalan yang besar. Beliau turut mempersoalkan kualiti minyak Malaysia yang pada pandangannya rendah kualitinya berbanding standarad antarabangsa. "Kalau kerajaan bercakap standard dunia negara pertama, diesel mesti capai Euro 5, kita baru capai Euro 2. Kerajaan jual minyak mutu rendah dengan harga tinggi," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap kenaikan kos bahan api itu adalah "hadiah" buat rakyat Malaysia.

Naik 20 Sen ( Kerajaan Umno Dapat Duit Berbilion) VS Harga Minyak Dunia Jatuh (US$94.16) Setong!

petrol ron95
Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 sen VS Harga Minyak Dunia Jatuh (US$94.16) Setong ; Berdasarkan laporan Berita Semasa (DI SINI) pada Mei 2013, Berita Semasa pernah mengatakan harga petrol RON95 akan naik sehingga RM2.30. Hari ini, kerajaan Malaysia telah merealisasikannya berdasarkan 2 siri kenaikan, sekali menjelang Bajet 2014 dan terbaru menjelang Bajet 2015. Hari ini……
Hari ini bermulalah kehidupan baru rakyat marhaen menikmati harga baru petrol RON95 naik sebanyak 20 sen bermula awal pagitadi sehinggalah……….Erm. Tidak tahu sampai bila harga petrol RON95 ini bakal bertahan. Rakyat Malaysia acapkali dihidangkan dengan kejutan. Tekejut dengan pengumuman ini, terkejut dengan kenyataan ini……

Subsidi Kerajan Malaysia Berkurang VS Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 Sen?

Mungkin ada hari ini, yang sudah beralih kepada daripada menggunakan kereta berlaih kepada motosikal, menggunakan perkhidmatan awam yang lebih kerap, menumpang rakan ke tempat kerja atau sebagainya. Jikalau yang mengisi minyak hari ini, anda pasti tidak akan menunggu terlalu lama untuk mendengar “ktak” pada nos pump minyak menandakan minyak anda sudah habis diisi. Apa tidaknya…
  • Kos harga minyak petrol RON95 naik
  • Jumlah liter yang boleh diisi semakin berkurang
ron95 naik
Seperti biasa malam tadi berlaku pesta perebutan membeli saki minyak sebanyak mana yang boleh bagi mengisi perut kenderaan masing-masing. Samada tidak suka, tidak bersedia atau tidak boleh menerima berita kenaikan petrol RON95 naik bersama-sama dengan harga diesel naik ini, kehidupan rakyat Malaysia seperti kita semua, anda, anda semua perlu diteruskan.
Sebenarnya tidak sukar untuk menjangkakan trend kenaikan harga minyak di Malaysia :
Kita akan mendengar deretan kenyataan menteri dan kalangan profesor yang tampil di media memberikan pendapatan tentang betapa tidak bagusnya negara terus memberikan subsidi kepada rakyat Malaysia secara umum, dan ia perlu ditarik balik :
  • Selepas kenyataan demi kenyataan keluar di media untuk tujuan mendidik selesai
  • Keluarlah, pengumuman yang tidak sanggup diterima dan didengar dikalangan rakyat marhaen terutamanya iaitu berita kenaikan harga minyak petrol RON95 naik dan juga harga minyak diesel naik
  • Pelbagai tawaran insentif akan dijanjikan untuk diberikan kepada kelompok sasaran menjelang Bajet 2015 Malaysia kelak

Rasionalisasi subsidi & GST, kerajaan lebih galak boros

1. Pelaksanaan GST bermula April 2015 dikatakan akan menambah pendapatan negara sebanyak RM23 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama dan boleh mencecah sehingga RM32 bilion dalam tempoh setahun berikutnya. Menurut Datuk Seri Idris Jala pula, mekanisme percukaian baharu itu boleh menjamin tambahan pendapatan negara antara RM20 bilion sehingga RM27 bilion apabila matang.

2. Pada 29 September 2014, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa sistem rasionalisasi subsidi dengan mekanisme yang baharu bagi diesel (melibatkan 780,000 buah kenderaan) yang akan dilaksanakan bermula Januari 2015 dan bagi petrol (melibatkan 18 juta buah kenderaan) yang akan dilaksanakan bermula April 2015 dikatakan memberikan penjimatan sebanyak RM6 bilion hingga RM7 bilion.

3. Pelbagai kebaikan (advantages) telah dikemukakan oleh Kerajaan kepada rakyat bagi menjelaskan tentang keperluan melakukan rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) yang kesemuanya akan berkuatkuasa pada tahun hadapan, 2015. Antara alasan yang dibentangkan itu ialah – mendidik rakyat supaya tidak bergantung kepada bantuan Kerajaan; mengawal kedudukan fiskal negara dengan lebih berkesan; bantu tangani masalah defisit fiskal yang dialami sejal lebih satu dekad; pengstrukturan cukai menjadi lebih berkesan; dan menambahkan pendapatan negara bagi membolehkan Kerajaan memberikan khidmat yang lebih baik kepada rakyat.

4. Lebih mengejutkan, petang semalam (1 Oktober 2014) pula, tiba-tiba KPDNKK membuat pengumuman bahawa “subsidi untuk petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter”, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014. Walaupun bahasa yang digunakan ialah rasionalisasi, penyelarasan dan pengurangan subsidi, tetapi hakikatnya sebenarnya ialah harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen seliter.

Naik harga bahan api, RHB Research unjur inflasi naik...Ada Najib & Rosmah Peduli..!!

Langkah kerajaan BN menaikkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa hari ini akan menyebabkan tekanan peningkatan inflasi tetapi dalam keadaan terkawal, kata RHB Research.
  
Harga RON95 dinaikkan kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 seliter sebelum ini manakala diesel meningkat kepada RM2.20 seliter daripada RM2.00 seliter.
  
Firma penyelidikan itu mengunjur tekanan inflasi bertahan dalam suku keempat 2014, bagaimanapun, kesannya dijangka lebih senyap berikutan kesan asas tinggi dalam suku keempat tahun lepas.
  
Dalam nota penyelidikan hari ini, RHB Research berkata memandangkan kenaikan harga bahan api itu, ia mengunjurkan inflasi berada pada 3.0-3.4 peratus pada 2014, berbanding 2.1 peratus pada 2013.
  
Ia berkata unjurannya itu telahpun mengambil kira jangkaan satu lagi pusingan kenaikan harga bahan api.
  
Firma penyelidikan itu berkata meskipun kerajaan masih meneruskan cadangan skim subsidi bahan api disasar dan mengumumkannya dalam bajet akan datang, namun masih menjadi perbahasan sama ada ia patut meneruskannya.

Naik harga minyak, BN jerut leher rakyat – Rafizi

KUALA LUMPUR 2 OKT: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kenaikan harga minyak membuktikan kezaliman Barisan Nasional yang disifatkan terus ‘menjerut leher rakyat’ di negara ini.
Katanya, langkah  itu juga akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan berlaku lebih awal sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun hadapan.
“Kerajaan akan mengenakan GST pada April 2015 yang dijangka akan meningkatkan harga barangan dan kos perkhidmatan.
“Tapi jangkaan ini silap kerana peningkatan ini akan berlaku lebih awal daripada apa yang kita jangkakan selepas pengumuman ini dibuat.
“Rakyat ditekan dan terpaksa menanggung beban akibat kebergantungan negara terhadap hutang yang sudah terlalu tinggi,” katanya yang menambah pelaksanaan GST akan memberi kesan berganda kepada orang ramai.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam tadi.
Menurut Rafizi, peningkatan harga minyak secara tidak langsung menambah bebanan hutang isi rumah rakyat sekaligus menyebabkan kemiskinan semakin bertambah.
“Selepas subsidi petrol dikurangkan, harga minyak akan naik, harga barang dan kos perkhidmatan lain semakin meningkat yang akhirnya bebanan bulanan setiap isi rumah turut bertambah,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan itu.
Ditanya tentang dakwaan kerajaan bahawa penyelarasan subsidi itu selari dengan pemberian BR1M, Rafizi berkata pemberian ‘One Off’ itu dapat membantu sepenuhnya kos sara hidup bagi jangka masa panjang.

Poket Rakyat Digodam: Bersyukurlah, bukan protes kata Menteri Umno

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api.

Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi.

Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.

“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.

“Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.

“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya.

Poket Rakyat Digodam: Menteri Umno kata kenaikan harga minyak amat rendah

 
Kejutan dari pengumuman kenaikan harga bahan api pada malam tadi belum berakhir namun seorang menteri tampil dengan pujukan bahawa kenaikan itu amat rendah.

“Jika kita buat kiraan, kenaikan itu hanya minimum,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.
  
"Jika akan berlaku kesan (pada inflasi), ia amat sedikit.

"Ianya tidak besar,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis Anugerah Harta Intelek Malaysia.

Hasan turut menegaskan bahawa kenaikan itu tidak bermaksud untuk membebankan rakyat tetapi untuk mengukuhkan kewangan negara.

Subsidi petrol hanya 28 sen seliter, mana pergi lebihan peruntukan?

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Ke manakah berbilion-bilion ringgit yang tidak digunakan selepas pemotongan subsidi dibelanjakan?
Demikan persoalan dibangkitkan ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam tadi.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching berkata, dengan kenaikan itu kerajaan memiliki lebihan RM1.341 bilion peruntukan subsidi dari Belanjawan 2014.
“Selepas kenaikan harga, kerajaan menjangkakan akan menggunakan lebih RM21 bilion untuk subsidi RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk tahun 2014.
“Namun dalam belanjawan lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM22.341 bilion untuk subsidi tersebut. Jadi ke manakah baki RM1.341 bilion akan dibelanjakan?” katanya dalam satu kenyataan.
Petrol RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter, manakala diesel RM2.20 seliter.
Kali terakhir kenaikan harga minyak RON 95 adalah pada 2 September 2013 iaitu sebanyak 20 sen dari RM1.90 kepada RM2.10, manakala diesel dari RM1.80 kepada RM2.00.
Ahli Parlimen Kulai itu berkata, dengan penurunan harga minyak dunia, subsidi kerajaan ke atas petrol RON95 hanya 28 sen seliter.
Menurut Teo, lebihan dalam bekalan minyak menyebabkan harga minyak menjunam kepada kurang daripada USD100 segelen untuk kali pertama dalam tempoh 16 bulan.
“Walaupun sebelum subsidi dikurangkan, kerajaan boleh menjimatkan banyak peruntukan selepas jatuhnya harga minyak dunia. Dengan mengambil kira harga pasaran RON95 iaitu RM2.58 seliter. Kerajaan kini hanya mensubsidi 28 sen seliter.

Warga Malaysia yang terpaksa bergelut menyara hidup

Oleh Ng Kee Seng Kerajaan persekutuan gemar hidup dalam dunia sendiri, memberitahu bahawa segala-galanya bagus untuk semua rakyat Malaysia, dari segi kewangan dan ekonomi. Tetapi golongan miskin bandar dan luar bandar, dan kini golongan berpendapatan sederhana, sedang bergelut untuk menyara hidup.
Kos sara hidup sedang melambung, membesarkan anak-anak, memberi mereka makan dan pendidikan yang baik merupakan suatu tekanan.

Kemewahan seperti kereta dan motosikal, hubungan telekomunikasi dan peralatan IT berada di luar kemampuan ramai.
Dan bagaimana pula dengan kos memiliki tempat tinggal?
Rakyat kebanyakan mengetahui dan merasakannya. Mereka tidak boleh tertipu mengenai realiti ke atas kos sara hidup.
Walau bagaimanapun, kerajaan persekutuan terus menyebarkan dan menenangkan rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa kesemuanya adalah baik-baik sahaja.
Tetapi statistik global dari Indeks Kos Sara Hidup Generasi Y (GYCLI) telah membawa pendedahan. 
Laporan Knight Frank Global Cities 2015 yang julung kali diadakan, yang diterbitkan pada 25 September mendedahkan bahawa tiada bandar Asia yang berjaya mendapat tempat 10 teratas.
Ini bermakna, Generasi Y berhempas pulas mencari rezeki setiap hari tanpa dapat menyimpan. Kuala Lumpur tidak pun berada dalam tangga 20 teratas.
GYCLI menilai kos sara hidup di bandaraya-bandaraya global kepada golongan profesional muda.
Hong Kong muncul sebagai bandar yang paling kurang berpatutan manakala Frankfurt mengungguli indeks itu. Semua tujuh bandaraya-bandaraya global Asia Pasifik berada di bawah tangga 10 teratas. 
Keputusan laporan CLI ini menunjukkan bahawa graduan muda yang tinggal di Frankfurt mempunyai paling banyak pendapatan boleh guna, dengan kira-kira 60 peratus daripada gaji bersih mereka masih berbaki pada akhir setiap bulan, berbanding dengan 4.61 peratus defisit bagi graduan-graduan Hong Kong.
GYCLI memberi tumpuan kepada graduan muda di daerah-daerah perniagaan pusat (CBD), dengan menggunakan pembolehubah seperti gaji permulaan graduan, kos penginapan, bil, sewa serta harga satu pain bir, secawan kopi dan barang-barang runcit.

Harga minyak naik, hadiah BN kepada rakyat – AMK

KUALA LUMPUR 2 OKT: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kenaikan harga minyak petrol dan Diesel yang berkuat kuasa hari ini sebagai “Hadiah BN” kepada rakyat Malaysia.
“Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menandakan bulan Oktober ini dengan memberi rakyat Malaysia satu “hadiah” iaitu kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen (Seliter),” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu menunjukkan kerajaan tidak kisah dengan kebajikan rakyat dan gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik.
“Sesiapa pun tidak akan menafikan bahawa kewangan negara perlu disusun semula,” ujarnya yang juga Adun Seri Setia.
Menurut Nik Nazmi, rakyat Malaysia kini sangat bergantung kepada harga minyak yang murah, daripada pekerja di bandar hingga lah golongan nelayan di luar bandar.
“Apatah lagi, implementasi GST yang akan datang bermakna harga minyak akan menjadi beban yang lebih berat kepada kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah.
“Tambahan pula, pengangkutan awam yang baik hanya sekadar angan-angan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di bandar.

Kenaikan petrol, diesel beri kesan marginal kepada IHP

Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuatkuasa hari ini dijangka memberi kesan marginal kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) iaitu pada purata 3.0 hingga 3.2 peratus.
Kadar itu mengambil kira tidak ada kenaikan pada tarif elektrik.
MIDF Research berkata, kenaikan 20 sen itu mewakili kira-kira 9.5 peratus daripada harga sebelum ini iaitu RM2.10 seliter bagi RON95 dan 10 peratus untuk diesel, lebih rendah berbanding 10.5 peratus dan 11.1 peratus kenaikan pada tahun lalu.
Berikutan itu, kesan kepada kadar IHP bagi bulan Oktober dan seterusnya hanya 0.5 hingga 0.6 peratus bulan ke bulan daripada kadar bulan September.
Kalau pun indeks IHP berterusan naik sebanyak 0.1 hingga 0.3 peratus sehingga bulan Disember, indeks keseluruhan meningkat sebanyak 3.0 hingga 3.1 peratus bagi keseluruhan tahun 2014.
Pada awal tahun lalu, firma penyelidikan ini mengunjurkan kadar IHP berada antara 3.0 hingga 3.5 peratus.
Mengulas mengenai kenaikan harga bahan api itu, MIDF Research berkata, pengurangan subsidi bahan bakar akan memberi penjimatan kepada rakyat sebanyak RM1 bilion, anggaran jumlah yang sama diperoleh daripada pengurangan subsidi pada tahun lalu.
Bagi tahun 2014, Kerajaan Pusat menyasarkan perbelanjaan subsidi sebanyak RM39.41 bilion, lebih rendah sebanyak 15.6 peratus daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya.
Jumlah sebenar subsidi yang belanja pada 2013 lebih rendah iaitu RM43.5 bilion (2012: RM44.1 bilion).

Kenaikan harga petrol adalah demi keuntungan berganda GST

Oleh Edy Noor Reduan
Tindakan kerajaan menaikan harga bahan api sebanyak 20sen bermula tengah malam tadi bakal menyebabkan kehidupan rakyat lebih sengsara. Kenaikan ini juga mendorong kesan berantai kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang tidak mungkin mampu dikawal. Ini adalah satu rompakan terbuka kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menggesa rakyat seluruh negara khususnya anak muda agar menunjukkan protes secara ampuh. Kerajaan hari ini sekali lagi mencabar kesabaran rakyat dan kita tidak harus berdiam diri kerana kesulitan lebih besar menanti di hadapan.

SAMM sudah menjangka kenaikan harga petrol dan diesel ini. Ia adalah persediaan kerajaan untuk mengaut untung yang lebih besar dengan perlaksanaan GST. Malah harga komoditi petrol itu sendiri akan meningkat lebih 15sen seliter dari RM2.30 menjadi RM2.45 selepas GST dilancar (1 April 2015).
Ketika ini juga harga petrol dunia menurun sebanyak lebih 25% sejak Mac 2014. Banyak negara termasuklah India dan United Kingdom mengambil langkah menurunkan harga petrol. Tiada alasan untuk harga minyak tempatan dinaikkan. Namun di Malaysia, kerajaan sengaja membiarkan harga barangan melambung. Sifirnya, lebih tinggi harga barang/perkhidmatan maka lebih tinggi cukai GST yang dikutip. Lebih tinggi perbelanjaan isi rumah akibat dari kenaikan harga bahan api, lebih banyak GST masuk kantung kerajaan.

Mat Sabu masuk hospital disyaki demam denggi

 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu disyaki mengidap demam denggi tengah malam tadi dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

Menurut pembantu peribadinya, Tajuddin Othman, Mohamad mengalami demam panas beberapa hari lalu sebelum bertolak ke Krabi untuk menyampaikan sumbangan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Tajuddin berkata apabila pemimpin PAS yang mesra dipanggil 'Abang Mat' itu tiba di Kuala Lumpur semalam, beliau terus dimasukkan ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Beliau ke Krabi cuma satu hari, itupun untuk memberi sumbangan buat ibadah korban di sana.

"Apabila pulang ke Malaysia, beliau terus mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan beliau disyaki (mengidap demam) denggi," katanya.

Tajuddin berkata sebelum bertolak ke Krabi, pemimpin yang dikenali Mat Sabu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Hadkan kuasa menteri sentuh dana LHDN...Perompak negara mengidamkan duit rakyat...!!


LHDN

PETALING JAYA - Kementerian Kewangan digesa mengemukakan salinan terbaharu rang undang-undang pindaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada PKR sebelum Dewan Rakyat bersidang minggu depan.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen menegaskan, pindaan itu perlu dikemukakan esok atau lusa bagi memastikan undang-undang itu tidak memberi kuasa tanpa batasan kepada menterinya untuk melabur di tempat yang tidak sepatutnya serta meningkatkan had dana sewenang-wenangnya.

"Rang Undang-undang pindaan yang dibentangkan pada Jun lepas, pada dasarnya memberikan kuasa yang tidak terhad kepada Menteri Kewangan.

"Perkara ini akan membangkitkan kebimbangan apabila beliau dibenarkan untuk mencelup ke dalam wang cukai sebanyak RM140 bilion setahun berbanding kurang RM250 juta dana Lembaga LHDN sedia ada," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Pada Jun lalu, Menteri Kewangan telah membentangkan rang undang-undang pindaan kepada Akta LHDN 1995, yang mengandungi cadangan untuk mewujudkan sebuah Panel Pelaburan dalam LHDN.

Minyak naik: Umno BN tidak boleh diharap bela rakyat

Berita berkenaan kenaikan harga minyak atas nama rasionalisasi subsidi hakikatnya mengejutkan banyak pihak. Namun, jika dilihat kepada gaya berbelanja kerajaan Umno/Barisan Nasional, tidak ada yang pelik dengan tindakan mengurangkan subsidi ini yang menyebabkan harga minyak RON95 dan diesel mengalami kenaikan sebanyak 20 sen.

Tindakan ini wajib dikutuk pada saat rakyat sedang terbeban dengan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang sedang diperkenalkan. Tidak ada sebarang sebab musabab ia diperkenalkan pada saat ini kecuali sebagai satu hadiah kepada rakyat khususnya di Pengkalan Kubur kerana terus memberikan kemenangan kepada calon Umno 25 September yang lepas.

Jika sebelum ini, kerajaan kebiasaannya mewar-warkan bahawa kenaikan minyak berlaku selaras dengan kenaikan minyak dunia. Namun, pada kali ini, kenaikan minyak dunia tidak boleh dijadikan alasan. Semakan di laman http://www.infomine.com/ mendapati bahawa harga minyak dunia bukan setakat tidak mengalami kenaikan bahkan mengalami penurunan ketara semenjak akhir-akhir ini.

Untuk rekod, pada 1 Oktober 2013 yang lalu, minyak mentah (crude oil) direkodkan pada harga USD108 / barrel. Namun pada 30 September 2014 iaitu semalam, harga minyak mentah ditutup dengan harga USD97.14 / barrel. Adakah kerajaan Umno mahu menggunakan alasan penurunan harga minyak menyebabkan perniagaan Petronas kurang untung sehingga menyebabkan pengurangan subsidi?

Kerajaan perlu bertindak selaras dengan kemampuan rakyat. Hakikatnya, bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang nampak popular tetapi mengakibatkan kenaikan harga minyak wajib dipertimbangkan semula.

Poket Digodam Pemerintah: Keluhan rakyat, minyak naik lagi

Para pengguna kecewa dengan tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa awal pagi ini.
 
Rata-rata mereka berpendapatan jangka masa kenaikan harga itu tidak wajar kerana ia baru dilakukan pada tahun lalu dan adalah sukar untuk menyerap kenaikan harga pada kali ini.
 
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati kenaikan harga minyak itu merupakan jumlah yang besar kerana pengguna kerana kesan rantaiannya akan dirasai daripada semua aspek, sekali gus meningkatkan kos sara hidup.
 
 
Pekerja swasta, Mohd Khalil Ismail, kenaikan harga bahan bakar itu adalah sesuatu yang mengejutkan memandangkan harganya telah dinaikkan pada tahun lalu.
 
"Tahun lepas sudah naik, ini naik lagi! Sebelum ini untuk belanja minyak dan makan sahaja selama sebulan dah melebihi RM800, selepas ini tak tahu berapa pulak, ini belum masuk duit rumah dan bayar macam-macam bil lagi, nak menyimpan pun susah!” Jelas beliau yang masih bujang dalam nada kecewa.
 
"Saya harap kerajaan fahamilah kehidupan rakyat yang berpendapatan sederhana dan pertengahan ini, agar kerajaan pertimbangkan semula kenaikan harga minyak, tambahan pula kos sara hidup yang kian meningkat dan amat membebankan" rayu beliau.
 
Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.30 seliter manakala harga diesel pula dinaikkan kepada RM2.20 seliter bermula 12.01 pagi, Selasa 2 Oktober 2014.
 
Harga RON 95 sebelum ini adalah RM2.10 seliter manakala diesel adalah RM2.00 seliter.
 
Seorang pegawai dalam bidang perbankan turut meluahkan kerisauan terhadap isu kenaikan minyak ini, menurut Atikah Abdullah yang terlibat dalam bidang perbankan turut meluahkan kerisauan beliau terhadap kenaikan harga minyak kerana harga barangan lain, termasuk bahan mentah.

Selebriti pun bising bila harga minyak naik

Maka, jam 12.00 tengah malam semalam (1 Oktober 2014) secara rasminya, harga minyak Ron 95 telah dinaikkan daripada RM2.10 seliter kepada RM 2.30 seliter.

Sebenarnya, kami pun agak terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lewat petang semalam. Tapi, nak buat macam mana kan?

Cuma, kami ingatkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sahaja yang mengeluh dengan kenaikan harga ini. Rupa-rupanya ramai juga selebriti yang terkesan dengan isu ini. Aik, mereka bukan ke agak loaded jugak?



Ha.. ini hanyalah beberapa status yang sempat kami screenshot sehingga lewat malam semalam dan kami percaya ramai lagi yang akan meluahkan pendapat mereka mengenai isu ini.

Negara pelik, harga minyak dunia turun tapi Malaysia naik

KUALA LUMPUR 2 OKT: Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri hairan dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sedangkan harga pasaran minyak dunia turun pada waktu ini.
Beliau menolak alasan kerajaan bahawa langkah rasionalisasi subsidi  dibuat demi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
“Dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bukan untuk menampung harga minyak untuk kesenangan rakyat, tetapi untuk menyembunyikan kerugian jual beli minyak negara.
“Kerajaan Umno BN sudah terbeban dengan hutang piutang melampau dan saya jangkakan bahawa negara jual beli minyak dunia dengan kontrak hadapan yang tidak menguntungkan,” kata Yahya.
Pada 1 Oktober 2014,  media antarabangsa melaporkan bahawa harga minyak dunia merosot dengan kontrak utama Amerika Syarikat jatuh 3.6 peratus kerana permintaan yang rendah dan lembab.
Harga minyak dunia kini berada pada USD90.73 setong, iaitu jatuh mendadak berbanding harga pada bulan Julai iaitu USD103 setong.
Tambah Yahya, kerajaan dilihat tidak bijak ekoran tindakan menaikkan harga minyak sehingga mengakibatkan rakyat yang akhirnya  menanggung kesan.
Selain itu, katanya, kenaikan harga bahan bakar itu akan menjejaskan kesemua sektor ekonomi dan mengakibatkan harga barangan lain turut mengalami kenaikan, apabila kos pengangkutan meningkat.
“Walaupun kenaikan hanya bernilai 10 sen atau 20 sen, ia tetap akan memberikan kesan kepada rakyat untuk mengurus kehidupan seharian,” ujarnya.

Pemuda PR: Tiada keperluan naikkan harga petrol

SHAH ALAM, 2 OKT : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berpendapat tiada keperluan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel yang menyumbang kepada kenaikan harga bahan bakar itu sebanyak 20 sen seliter secara mendadak, berkuatkuasa tengah malam tadi.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata tindakan drastik Putrajaya itu menimbulkan suasana panik dan kelam kabut di kalangan rakyat yang terpaksa berpusu-pusu mengisi petrol di saat-saat akhir sebelum jam 12 malam tadi.
“Apakah tiada ruang buat rakyat memberikan pandangan balas serta cadangan bagi membantu kerajaan menampung perbelanjaan negara?
“Apakah para pemikir negara sudah kekeringan idea sehingga mengambil langkah drastik menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impak dan kesan ke atas rakyat?” katanya dalam satu kenyataan.
Pemuda PAS turut membidas cadangan menambah kadar pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dikatakan sekadar melepaskan batuk di tangga.
“Nampaknya rakyat tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa lebih mengikat perut, bekerja lebih masa, mencari sumber pendapatan tambahan serta pekerjaan tambahan bagi menampung kehidupan sekeluarga,” tegas Suhaizan.
Sementara itu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berpendapat kenaikan harga bahar bakar memberi kesan langsung kepada harga barangan keperluan lain.
DAPSY berpendirian Putrajaya melakukan penjimatan kos melalui pembasmian rasuah yang lebih serius, sebelum meningatkan beban rakyat biasa.
“Seperti yang diketahui umum, setiap kali harga RON95 atau diesel meningkat, segala-galanya akan naik secara seiring.

Naik Minyak: Kerajaan Umno@Bn mengundang kemarahan rakyat

Kerajaan mengundang kemarahan rakyat apabila menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, satu jumlah yang tinggi dan tidak boleh diterima.
Kenaikan 20 sen itu cukup mengejutkan apatah lagi rakyat masih dalam proses untuk menyerapkan kenaikan petrol, gas dan gula sebelum ini.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Jacob George yang kesal dengan kenaikan harga bahan api itu tidak menolak kemungkinan keputusan itu diambil selepas penelitian yang salah.
"Saya ingin bertanya adakah mana-mana agensi kerajaan terlibat ada membuat tinjauan atau turun padang?
"Adakah Kementerian Kewangan sudah meneliti kesan kenaikan bahan api kepada keseluruhan hidup rakyat.
"Atau adakah Kementerian Kewangan telah diberi isyarat atau maklumat yang salah tentang poket rakyat," katanya kepada MalaysiaGazette.
Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.30 seliter manakala harga diesel pula dinaikkan kepada RM2.20 seliter bermula 12.01 pagi, Selasa 2 Oktober 2014.
Harga RON 95 sebelum ini adalah RM2.10 seliter manakala diesel adalah RM2.00 seliter.
George berkata, Kementerian Kewangan telah menaikkan harga bahan api pada masa yang salah, ketika sebahagian besar rakyat masih terhimpit dengan kenaikan harga barangan.

Kerajaan Negeri akan pertahankan Kampung Siam

Tangguh dulu laksana tuduhan hasutan, desak GHAH

PKR to Najib: Show us IRB amendment bill before tabling

Abdullah Sani gesa MB kaji jawatan abang Raja Petra

Minyak naik: Mana janji Umno di Pengkalan Kubor

TUMPAT: Jasa seramai 9,961 pengundi Pengkalan Kubor mengekalkan Barisan Nasional (BN) di Pengkalan Kubor, malam tadi diberi hadiah istimewa yang turut dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuatkuasa 12.01 malam tadi sebagai membalas jasa dan sumbangan pengundi Pengkalan Kubor Khamis lepas.

Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim berkata, hadiah itu amat bermakna kepada mereka kerana bebanannya turut dirasai seluruh rakyat Malaysia sehingga Sabah dan Sarawak.

Katanya, seminggu selepas lebih 9,900 pengundi Pengkalan Kubor mengekalkan calon BN mereka sudah diberi hadiah cukup “bermakna” dengan membebankan lagi kehidupan rakyat.

“Sudah pasti akan berlaku kenaikan harga barangan selepas ini. Kenaikan diesel akan memberi kesan yang besar.

“Tidak sepadan dengan mereka mendapat alat ketuhar dan wang ringgit pada kempen pilihan raya baru-baru ini. Sekarang mereka berhadapan kenaikan barangan keperluan asas,” katanya.

Malam tadi kerajaan BN mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 menjadikan harga petrol di pasaran sekarang RM2.30 dan diesel RM2.20.

Rakyat terkorban sebelum sambut Hari Raya Korban

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak berkuatkuasa tengah malam tadi adalah langkah sumbang kerajaan yang memberi kesan yang berat kepada rakyat.

"Hanya belum sampai setahun rakyat menerima pelbagai siri kenaikan, kerajaan sekali lagi tidak mengendahkan suara rakyat yang paling dalam untuk mengurangkan kos sara hidup yang membebankan," ujar Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna, Pekerja dan Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia, Muhamad Azan Safar.

Menurutnya, GST yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan selalu diberi janji manis bahawa tidak akan berlaku kenaikan mendadak harga barangan, namun kerajaan seawalnya telah menaikkan harga segala keperluan asas rakyat tanpa henti sebelum bermulanya GST.

Maka, katanya ia hanya meninggalkan janji kosong kepada rakyat.

Tambahnya, alasan rasionalisasi subsidi dalam mengukuhkan kewangan selain untuk disalurkan kepada sektor-sektor lain seperti pendidikan, kesihatan, pembangunan juga hanyalah retorik kerajaan apabila KPM gagal menguruskan ketelusan peperiksaan UPSR, termasuk PBS serta PT3 yang masih tidak tahu di mana penghujung eksperimennya.

Dahsyatnya hidup rakyat marhaen pada 2015

KUALA LUMPUR: Tahun 2015 bakal menjadi satu tahun yang amat dahsyat bagi rakyat marhaen, terutamanya mereka di bandar yang berpendapatan rendah dan pertengahan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenaikan 20 sen harga diesel dan petrol RON95 yang berkuatkuasa hari ini bakal melonjakkan harga barangan keperluan serta makanan dan minuman kerana meningkatnya kos pengangkutan.

"Kerajaan usahlah perbodohkan rakyat lagi dengan langkah-langkah mendenda bagi menghalang peruncit, pemborong dan pengusaha restoran untuk menaikkan harga," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, impak kepada inflasi akibat kenaikan 20 sen itu bakal dirasai sepenuhnya dalam jangka 3 bulan dan perkara itu akan diburukkan lagi apabila GST dilaksana pada bulan April.

Beliau berkata, berdasarkan laporan 2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges, inflasi meningkat mendadak dalam dua tahun pertama GST mula dilaksanakan di mana-mana negara.

katanya, di Australia tahun sebelum GST dilaksanakan, inflasinya hanya 1.8% tetapi ketika GST dilaksanakan, inflasi melonjak ke 6%.

"Hanya selepas 2 tahun, inflasi menurun ke kadar 2.9% - tapi masih sekali ganda lebih tinggi daripada sebelum GST terlaksana," ujar beliau.

Begitu juga, katanya di Singapura dan China di mana sebelum GST dilaksanakan, inflasi hanya sekadar 0.8% dan 10.5%.

Minyak naik: Rakyat luah perasaan di media sosial

KUALA LUMPUR: Sebaik pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen oleh kerajaan yang berkuatkuasa tengah malam tadi, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh rakyat negara ini.

Masing-masing menggunakan medium media sosial untuk memberi respons terhadap kenaikan petrol dan diesel itu.

Di dalan laman Facebook, rata-rata penggunanya berlumba-lumba memuat naik status sebaik sahaja mengetahui kenaikan harga petrol.

Majoriti mereka menyatakan tidak puas hati dan lebih daripada itu menghentam tindakan kerajaan yang semakin menekan rakyat.

Tidak kurang juga ada yang memberi respons menyindir kerajaan dengan memuat naik status "terima kasih kerajaan", 'Nasib baik 20 sen bukannya 20 ringgit', "Syukur harga kangkung tak naik" dan bermacam-macam lagi.

Fadhil Saari; " kenaikan harga minyak hadiah malam ini"

Zaleha Said; Yeayy...BN menang rakyat senang. Naik jangan tak naik"

D' Mas Saima; "Naik 20 sen jah...kita patut bangga jadi rakyat kepada BN. Naik lagi lah..."

Abdul Latif; "Hadiah hari raya korban...rakyat terkorban. Terima Kasih BN".

Minyak dunia turun, apa lagi alasan kerajaan Umno@Bn

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan kerajaan BN yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel 20 sen bermula hari ini sedangkan harga minyak dunia sedang mengalami kejatuhan mendadak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan BN sebelum ini sering memberi alasan harga minyak dunia naik sebagai punca harga minyak Malaysia juga terpaksa dinaikkan.

"Namun dalam keadaan minyak dunia turun hari ini, apa pula alasan kerajaan.

"Atas pertimbangan apa harga petrol dinaikkan hari ini," soal beliau ketika bercakap kepada Harakahdaily.

Harga minyak dunia semalam pada USD90.73 setong, iaitu jatuh mendadak berbanding harga pada bulan Julai iaitu USD103 setong.

Menurut Mahfuz, dengan penurunan harga minyak dunia, pengguna seluruh dunia sepatutnya menerima berita gembira.

Namun sebaliknya kata beliau, rakyat Malaysia terus menerus menerima berita buruk yang menghimpit kehidupan mereka.

Beliau juga mempersoal kenapa diesel di Malaysia (Euro 2) yang tidak mencapai standard antarabangsa (Euro 5), dijual dengan harga mahal.

Bajet pujuk rakyat

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga mahu kerajaan memberi penjelasan, apa punca sebenar kekalutan ini berlaku, sehingga rakyat terus menerus dibebankan.

"Adakah negara sedang mengalami masalah kewangan yang teruk," soal beliau lagi.

Poket Rakyat Digodam: Inilah Padahnya Bila Anak Bangsawan Jadi PM

Sejak malam tadi apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, bukan saja stesen minyak dibanjiri dengan kenderaan, malah laman sosial juga sarat dengan kecaman terhadap keputusan yang dianggap tidak bijak dan membebankan rakyat itu.

Dengan mengumumkan kenaikan itu hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha yang pastinya akan melonjakkan peningkatan harga barang-barang keperluan serta menambah lagi jumlah perbelanjaan, kerajaan berslogankan mendahulukan rakyat pimpinan Najib Razak seakan-akan sudah tersasar jauh daripada apa yang selalu mereka laungkan.

Bukan saja kenaikan itu yang dipertikaikan kerana beberapa laporan media antarabangsa menyebut harga minyak dunia sedang menurun ketika ini tetapi juga masa kenaikan itu yang hanya tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Korban turut dianggap tidak sesuai sama-sekali.

Apakah kerajaan tidak prihatin lagi kepada rakyat? Kenapakah kerajaan tidak boleh menunggu seminggu dua lagi untuk mengumumkan kenaikan itu?

Di media sosial, ramai yang meluahkan kemarahan mereka. Bulan saja penggiat media sosial pro pembangkang yang mengambil kesempatan ini untuk membelasah lagi kepimpinan Najib Razak, malah ramai juga yang pro kerajaan turut meluahkan perasaan yang sama. Semua mereka berpendapat kenaikan itu tidak wajar, selain masanya juga tidak sesuai.

Terdapat juga yang menyindir Najib dan kerajaan berikutan kenaikan itu seperti memberi petua menjimatkan minyak kereta dan bagaimana untuk memastikan penanda minyak sentiasa di garisan F yang dibuat dalam bentuk lawak jenaka. Ada pula yang mentafsirkan BR1M 2.0 dengan maksud "Beratur Ramai-ramai Isi Minyak 20 sen".

Yang memerli Najib dan kerajaan dengan mengucapkan terima kasih dan tahniah juga ramai atas tindakan menaikkan harga minyak, antaranya ialah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin.

Ustas Kazim Elias, penceramah agama yang sebelum ini menolak lantikan sebagai Ahli MT UMNO oleh Najib adalah antara yang paling awal meluahkan perasaan tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini serta meminta kerajaan mengkajinya semula atas dasar prihatin terhadap rakyat yang berpendapatan rendah.

Minyak naik: Hadiah BN untuk rakyat Pengkalan Kubor

Tindakan ini wajib dikutuk pada saat rakyat terbeban dengan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang sedang diperkenalkan. Tidak ada sebarang sebab musabab ia diperkenalkan pada saat ini kecuali sebagai satu hadiah kepada rakyat khususnya di Pengkalan Kubor.

KOTA BHARU: Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadli Shaari menyifatkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen semalam merupakan hadiah diatas kemenangan Barisan Nasional (BN), di Pengkalan Kubor pada 25 September lepas.
Kenaikan harga minyak, hakikatnya mengejutkan banyak pihak, namun ia tidak pelik sekiranya dilakukan oleh kerajaan BN.
“Tindakan ini wajib dikutuk pada saat rakyat terbeban dengan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang sedang diperkenalkan. Tidak ada sebarang sebab musabab ia diperkenalkan pada saat ini kecuali sebagai satu hadiah kepada rakyat khususnya di Pengkalan Kubur,” katanya.
Malangnya, untuk Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2014, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion bagi diberikan seacara tunai kepada rakyat sebenarnya lebih menyusahkan rakyat.
Tambah beliau, jika BR1M ini tidak dilaksanakan, di atas kertas kerajaan boleh meningkatkan subsidi minyak sebanyak 80 sen (20 sen = RM1.1 billion).

Pasma: Usah buat tanggapan buruk

Seorang peserta mengajukan soalan kepada Phahrolrazi pada majlis Dialog Perdana dan Pelancaran Pasma Peringkat negeri Terengganu, malam kelmarin.  
 Seorang peserta mengajukan soalan kepada Phahrolrazi pada majlis Dialog Perdana dan Pelancaran Pasma Peringkat negeri Terengganu, malam kelmarin.

KAMPUNG RAJA - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) meminta pihak tertentu tidak buat tanggapan buruk terhadap penubuhan persatuan itu kerana tujuannya bagi menguatkan PR.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi memberitahu, Pasma ditubuhkan bukan untuk menggantikan Pas, sebaliknya sebuah pertubuhan NGO bagi memastikan PR menggantikan BN memerintah negara.

Katanya, Pasma lahir daripada rasa kekecewaan penyokong yang selama ini meletakkan kepercayaan tinggi kepada PR.

“Pasma akan menyedarkan pimpinan yang berasa sombong selepas menjawat jawatan tertentu dalam parti sedangkan penyokong sentiasa hendak diberi perhatian.

Faekah minta penjelasan peruntukan SMUE kawasan bekas MB dibeku tapi dinafi Exco

SHAH ALAM: Pentadbiran baharu Kerajaan Selangor diminta memberi penjelasan mengenai dakwaan pembekuan peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) terhadap kawasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Faekah Hussin, berkata ia membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.
Pada kenyataan media malam ini, beliau mendakwa arahan itu didakwa dibuat Bendahari Negeri Selangor pada 25 September lalu, dua hari selepas penukaran teraju pentadbiran negeri.
“Amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas Menteri Besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
“Ternyata segala jasa Abdul Khalid selama lebih enam tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam,” katanya.
Faekah percaya pimpinan negeri lain tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana ia boleh membangkitkan kebencian berterusan terhadap Pakatan Rakyat.

Langkah sumbang MB baru

Tindakan Azmin membekukan akaun SMUE bukan sahaja sebagai isyarat beliau mahu menghukum Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

Screen shot 2014-10-02 at 8.44.50 AMPETALING JAYA: Pegawai Khas kepada ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyatakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang apabila beliau membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Menurutnya lagi, ia juga akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri selain budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi.
“Saya mendesak Menteri Besar memberi penjelasan munasabah bahawa arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid Ibrahim.
“Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat yang telah pun lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Sebelum ini, Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang Khalid Ibrahim.

Punca sebenar RON95 dan diesel dinaikkan !!

Minyak_NaikHarga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.
Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.
Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.
Di atas mungkin sebab ‘logik’ kerajaan BN terpaksa menaikkannya. ‘Kejayaan’ kerajaan tingkatkan pendapatan ke RM5900/bulan, takkan taraf hidup dah meningkat masih nakkan minyak murah!! Itulah fikir mereka.
Kejayaan PM Najib Razak hingga hutang 1MDB mencecah RM38 bilion dalam tempoh 5 tahun beroperasi.

Dr M: Hentikan BR1M, bukan naik harga petrol

Hentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya menaikkan harga minyak RON95.
mahathirtweet
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Twitternya menegur tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen seliter.
Jelas beliau, kerajaan seharusnya menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya menaikkan harga minyak RON95.
“Hentikan BRIM bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara,” katanya.
Dengan kenaikkan harga minyak ia akan lebih membebankan rakyat yang menyebabkan kos sara hidup meningkat.

Belanjawan 2015 dan cabaran rakyat

Oleh MUHAMMAD FAIZAL ZAKARIA
SEBUAH kerajaan yang memerintah sudah pasti akan menjanjikan se suatu yang terbaik dalam mengharapkan pujian rakyat setiap kali tibanya penghujung tahun.Begitu juga rakyat yang akan menunggu di hadapan televisyen atau mendengarnya melalui radio tentang apa yang mereka akan perolehi hasil dari memilih sebuah kerajaan.
Pelbagai pihak sudah pasti mempunyai sudut pandang berbeza, memuji, mengkritik ataupun mencemuh tetapi persoalan yang paling menarik adakah Belanjawan 2015 ini menjanjikan emas untuk rakyat.
Ini persoalan yang menarik diketengahkan dalam membentuk sebuah bajet yang benar-benar memenuhi hasrat dan kehendak rakyat di bawah, dalam keadaan mereka mengharapkan keperihatian dari kerajaan yang me reka pilih. Hampir setahun berlalu perbentangan Bajet 2014 dan rakyat sekali lagi berpeluang untuk mendengar pengumuman dari Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak pada 10 Oktober nanti pada perbentangan Bajet 2015.
Semakin hampir untuk mereka mengharapkan apa yang diharapkan, semakin banyak persoalan yang timbul adakah kebajikan diperkasakan, soal subsidi dikembalikan atau hanya sekadar merasai ‘anginangin syurga’ hanya sedap telinga mendengar.
Peruntukan yang diberikan pada bajet lalu dengan peningkatan kira-kira RM31 bilion berbanding bajet 2013 iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan berserta tema “Memperteguhkan ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksanakan Janji” ia sudah pasti suatu yang mengembirakan rakyat.

Poket Rakyat Digodam: Rakyat marhaen sudah mengeluh...

Oleh SELENA TAY
PENULIS mewawancara 35 orang warga kota di KL untuk mengetahui apakah pendapat mereka mengenai Belanjawan 2015 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan.
Buat masa ini, isu politik sudah tidak dipedulikan lagi oleh kebanyakan warga ibu kota kerana semua kini sibuk menguruskan hal kehidupan seharian.

Tidak kurang juga yang telah merungut bahawa harga barang yang kian meningkat telah merunsingkan mereka terutamanya mereka yang mempunyai tiga atau empat orang anak yang sedang bersekolah. Cukup bulan sahaja gaji bulanan yang diperolehi oleh golongan yang berpendapatan rendah mesti digunakan untuk pelbagai jenis perbelanjaan dan selepas itu tinggal sahaja baki yang sedikit. Itu pun kadangkala hanya kurang RM100 untuk dimasukkan ke dalam akaun bank sebagai wang kecemasan.
Kerajaan harus faham dan prihatin bahawa masih  terdapat ramai rakyat yang berpendapatan rendah yang duduk di bandar raya KL. Kini ramai daripada mereka telah pun menyuarakan bahawa hari ini kita tidak boleh mengetahui nasib hari keesokannya dan setiap hari merupakan satu cabaran yang baru.