Rabu, 1 Oktober 2014

Doakan yang terbaik untuk Azmin – TG Nik Aziz

"Semua pemimpin, penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat (PR) dinasihatkan tidak lagi membuat ulasan berkaitan kerajaan negeri Selangor yang telah pun kembali kepada asal,"
 
Kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan hari ini, dalam bertenang ini, semua peimpinan parti dalam PR sebaiknya berdiam diri.
 
"Sebaiknya kita doakan semoga Allah SWT melindungi Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali serta semua anggota Exconya dunia sampai akhirat.  
 
"Melalui cara ini semoga dapat meredakan segala kekusutan yang berlaku sebelum ini," katanya.
 
Sebelum ini terdapat segelintir pemimpin yang menyifatkan Pas dibuli DAP dan PKR sehingga sanggup melakukan provokasi untuk menyingkirkan Pas daripada PR dalam diam.  
 
"Berilah ruang kepada Azmin serta anggota Exco yang baharu menjalankan tugas dengan baik," ujarnya.
 
Azmin dilantik menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 23 September lepas. Bagi melengkapkan perjalanan tugas sebagai pemimpin negeri Selangor, Azmin telah melantik tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Pas sebagai Exco iaitu berkurangan satu berbanding pada era Abdul Khalid selain jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri diberi kepada Pas.

Faekah sah Anwar dipecat, bukan pejabat sahaja ditutup


Post Pic

SHAH ALAM: Bekas Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin menegaskan khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor ditamatkan bulan lalu, bukan setakat pejabat beliau sahaja di tutup. 
 
"Bukankah kita sudah ucap terima kasih (kepada Anwar di dalam kenyataan terdahulu). Pada saya ketika itu memang (dia) dipecat," Faekah memberitahu Antarapos. 
 
"Sekarang ini jika MB nak buat apa-apa interpretasi, tiada siapa boleh pertikai. (Buat keputusan yang baru) juga tiada siapa boleh pertikai," tambah beliau. 
 
Faekah mengulas kenyataan Menteri Besar baru Selangor Azmin Ali bahawa Anwar dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan akan diberikan pejabat dan kemudahan yang setara dengan jawatan itu. 
 
Azmin mendakwa minit mesyuarat Exco pada 22 September hanya menyatakan pejabat penasihat ekonomi negeri di tutup dan bukan bermaksud khidmat Anwar ditamatkan. 
 
Bagaimanapun Faekah berkata mesyuarat Exco yang di pengerusikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan untuk memansuhkan jawatan itu dan pejabat berkenaan ditutup. 
 

Rukun Melayu 4 Perkara

Bila ahli parlimen Alor Star mencadangkan kepada YAB Azmin Ali, MB Selangor supaya mengemaskan prosidur konsititutional dalam melantik MB, dia telah diserang dengan hebat oleh beberapa individu dan golongan.  MP ini seorang peguam. Dia beri cadangan pada prosidur. Dia tahu hak Raja ialah hak melantik bukan hak memilih.
Memilih dan mencadang ialah hak parti yang mempunyai suara terbanyak dalam dewan. Syarat nya ialah si fulan atau si fulanah mendapat keyakinan majoriti ahli dewan. Bukan syarat nya kepetahan berhujjah dalam dewan, atau menangkis hujjah lawan.
Tun Razak bukan seorang pembahas dalam parlimen, tapi dia seorang perancang yang baik. Hussein Onn lagilah tak pandai bercakapnya tapi dia disokong majority ahli dewan.Inilah kelayakan nya. Kalau orang bertaraf tok guru pun tak faham, tidak boleh den menolong nya.
Bukan digri. Bukan tahap persekolahan. MB2 UMNO dahulu ada tok penghulu, ada pemain band sahaja. Tapi mereka mendapat keyakinan majoriti ahli dewan. Melantik yakni mengesahkan pemilhan dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang mewakili suara majority dengan acara dan upacara seperti nya ialah hak raja. Demikian juga adalah hak raja menentukan orang yang dicadangkan ialah seorang Melayu dan beragama Islam.
Agak nya, ini yang di suarakan oleh MP Alor Star itu yakni hak mencadang, memilih dan mempersembahkan calun ialah hak rakyat- hak untuk melantik yakni mengesahkan candangan tersebut dengan upacara sepertinya ialah hak raja.
Tapi MP tersebut , seorang peguam dan kebetulan seorang bangsa Cina, dituduh sebagai mencabar instutusi raja2 Melayu dan bangsa Melayu. Maklum sajalah orang Melayu akan mati jika raja Melayu mereka tidak ada.

Anwar Harus Diberi Lebih Peranan Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor

Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang ditamatkan perkhidmatannya dan ditutup pejabatnya oleh Khalid Ibrahim minggu lalu, dipulihkan kembali oleh Menteri Besar, Azmin Ali yang berpendirian mahu terus mengekalkannya di jawatan tersebut.

Azmin memberitahu, pemecatan Anwar tidak berbangkit sama-sekali kerana setelah meneliti minit mesyuarat Exco yang dipengerusikan Khalid, ia hanya menyatakan mengenai penutupan pejabat Penasihat Ekonomi yang terletak di Plaza Perangsang saja dan tidak melibatkan kedudukan pemegang jawatannya.

Selain menyatakan, soal pemecatan Anwar tidak berbangkit sama-sekali, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, fungsi dan peranan Penasihat Ekonomi juga akan dibincang semula dalam usaha membantu pembangunan ekonomi di Selangor.

Sudah tentu juga, tambahnya lagi, kerajaan negeri juga akan menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk pejabat kepada Anwar, sesuai dengan peranan yang akan dimainkannya.

Dengan kata lain, walaupun Anwar dipecat dan ditutup pejabatnya dalam mesyuarat terakhir Khalid sebagai Menteri Besar, Azmin pula dalam mesyuaratnya yang pertama sebagai ketua kerajaan negeri yang baru, memulihkan semula kedudukan Ketua Umum PKR itu.

Belum dipastikan sama ada pejabat di Plaza Perangsang itu akan dibuka semula atau pejabat baru di tempat lain akan dibuka tetapi yang nyatanya bukan saja Anwar akan terus dikekalkan, bahkan kemudahan yang sewajarnya juga akan diberikan.

Tindakan pantas Azmin memulihkan kedudukan Anwar tidak syak lagi menunjukkan betapa pentingnya peranan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam memacu dan merancakkan lagi pembangunan serta pelaburan di negeri itu.

Sudah tentulah Azmin menyedari bahawa kebolehan dan hubungan Anwar dengan pelbagai pihak di Eropah, AS dan negara Arab misalnya, boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk menarik kedatangan lebih banyak pelaburan ke negeri Selangor.

Kenapa drama Islami pun pilih pelakon seksi

Hong Kong protest leaders repeat calls for electoral reform

Pecat Khalid: PKR beri kenyataan kepada ROS

Kenaikan elaun MB & exco Selangor dikaji semula - Azmin

Tindakan Memecat Khalid Ibrahim Mengikut Perlembagaan Parti - Dr Wan Azizah

Poket Rakyat Digodam Kerajaan UMNO@BN:'Rasionalisasi subsidi kukuhkan kewangan negara'

Harga Minyak Dunia Turun...Di Malaysia Kukuhkan Kewangan Kerajaan BN..!!!
Kerajaan menjelaskan, langkah rasionalisasi subsidi petrol, yang menyebabkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, dibuat demi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), langkah itu juga sekali gus dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan.

"Pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal di mana bukan warganegara Malaysia termasuk pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan," menurut kenyataan KPDNKK.

Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

KPDNKK petang ini mengumumkan RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20 mulai 12.01 tengah malam ini,

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Poket Rakyat Digodam Kerajaan UMNO@BN: 'Bohong jika hanya perlu bayar RM46 GST'

MP Sungai Siput, Dr D Jeyakumar mendakwa jurucakap kerajaaan bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berbohong mengenai kadar yang bakal ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Jeyakumar yang juga pemimpin NGO Komuniti anti-GST berkata pengiraan oleh kerajaan yang mendakwa golongan berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah hanya perlu membayar RM46.94 adalah tidak benar.

Katanya, kiraan oleh Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan, Siti Halimah Ismail itu tersasar kerana kadar GST sebanyak enam peratus itu akan menyebabkan golongan terbabit menanggung RM120 daripada perbelanjaan sebanyak RM2,000.

"Cuba kamu kira, kalau enam peratus dari pembelanjaan RM2,000 adalah RM120 tetapi dengan segala pembelanjaan dia kata (Siti Halimah Ismail) hanya RM46.94," katanya.

Beliau merujuk kenyataan Siti Halimah yang dilaporkan akhbar The Star, 16 September lalu.

“Apa yang dikatakan adalah bohong, jangan buat andaian yang tidak tidak masuk akal dan kami cabar beliau untuk berdebat secara terbuka,” katanya lagi.

Beliau juga menuntut agar Halimah menjelaskan kiraan tersebut dalam laman web rasmi GST.

“Tunjukkan kami modul kamu dan paparkan pada laman web GST dan pihak kami akan membawa pakar perkiraan,” katanya.

Poket Rakyat Digodam Kerajaan UMNO@BN: Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen 2 Okt

Harga Dunia Turun.....Harga Najib & Rosmah Naik..!!
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

KPDNKK berkata pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak. - Bernama
  

TQ Najib & Rosmah: Harga petrol RON95, diesel naik 20sen

Harga Minyak Dunia Turun..!! Harga Minyak Malaysia Naik..??
Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.

Khalid Sedar Pemecatannya Ikut Perlembagaan Parti - Saifuddin

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau yakin tindakan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibuat bertepatan dengan Perlembagaan parti itu.
  Katanya, beliau juga percaya bahawa Khalid mengetahui tindakan memecatnya dibuat dengan betul dan tidak melanggar Perlembagaan parti.

"Beliau (Khalid) pernah jadi Setiausaha Agung parti. Saya kini ambil tempat beliau dan saya percaya Khalid sendiri menyedari pemecatan ini dibuat ikut Perlembagaan parti.

"Kenapa beliau buat aduan, itu kena tanya Khalid," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini, Rabu.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan peguam, Ragunath Kesavan.

Saifuddin berkata, beliau hadir ke pejabat ROS pada Rabu tanpa diberitahu untuk memberi penjelasan mengenai isu atau aduan yang spesifik.

Katanya, surat yang diterimanya hanya menyatakan ia mengenai aduan terhadap Lembaga Disiplin parti tanpa menyatakan butiran lanjut.

Bagaimanapun, selepas bertemu dengan penguatkuasa ROS, baharulah beliau disahkan bahawa ia mengenai aduan Khalid terhadap Lembaga Disiplin PKR.

"Itu soalan pertama yang saya tanya dan pegawai tersebut mengesahkannya dan kemudian jawab semua soalan yang ditanya kepada saya yang lebih menjurus kepada Perlembagaan parti.

"Selepas menjawab kesemuanya saya menandatangani dokumen empat muka surat. Sama ada ROS puas hati atau tidak dengan jawapan saya, saya tak boleh jawab," katanya.

Portfolio Exco Selangor diberi penjenamaan baharu

SHAH ALAM -  Pihak kerajaan negeri Selangor mengambil keputusan melakukan penjenamaan baharu ke atas portfolio bagi barisan Exco Selangor.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, perubahan tersebut dilakukan bagi menambahbaik kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada.

"Pada kali ini kita mengambil keputusan untuk memberikan  penjenamaan baharu kepada beberapa portfolio, selaras dengan cabaran dan tuntutan semasa (negeri Selangor) dan pihak kami juga telah mencantumkan beberapa portfolio yang lain untuk meningkatkan prestasi dan menjamin produktiviti dalam pentadbiran yang baharu pada kali ini.

"Perubahan tersebut juga dibuat atas dasar keperluan penjanaan pertubuhan ekonomi baharu negeri Selangor," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas berlangsungnya Mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Mohamed Azmin.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan pelantikan portfolio Exco Selangor baharu bagi negeri tersebut.

Tiada sebab PAS rasa dibuli, terasing - Pas Perak

Sepanjang PAS bersama DAP dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat sejak 2008 hingga sekarang, PAS Perak tidak pernah rasa dibuli atau membuli malahan terjalin ikatan yang erat, padu, solidariti, bekerjasama dan toleransi.

Walaupun dimomok bahawasanya PAS ini boneka dalam Pakatan Rakyat oleh Umno-BN tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu dan hanya persepsi semata-mata.

Walaupun exco daripada PAS pada era pemerintahan Pakatan Rakyat yang bertahan selama 10 bulan di Perak itu cuma dua orang termasuk menteri besar, namun semua keputusan yang dicapai adalah hasil permufakatan dan permesyuaratan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang dianggotai tiga orang setiap parti.

Malah PAS diberi keistimewaan selain tiga wakil parti juga ditambah, dua lagi iaitu Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai pengerusi dan saya ketika itu selaku setiausaha politik menteri besar telah diamanahkan sebagai setiausaha majlis pimpinan.

Struktur ini kekal hingga sekarang cuma anggotanya sahaja yang berubah. Mesyuarat diadakan setiap minggu sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, selepas kerajaan dirampas barulah sebulan sekali dan ada kalanya dua minggu sekali.

Program Islam yang dianjurkan oleh exco agama daripada PAS juga tidak pernah dicurigai rakan komponen hatta exco DAP turut menyokong serta mencadangkan supaya institusi pendidikan Islam dimartabat dan diberi bantuan sewajarnya.

Sekalipun suara PAS lebih, tetapi tidak pula diambil kesempatan untuk membuli rakan-rakan yang lain. Begitu jugalah kedudukan dalam exco, walaupun suara DAP kelihatan lebih, tetapi PAS tidak pernah rasa dibuli.

Menteri Wahid bermimpi ‘satu bintang’...

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

DI Malaysia, maksudnya di bawah pentadbiran kerajaan Umno-BN, terutamanya sejak awal alaf ini, sudah menjadi amalan biasa bagi para menteri, tokoh ekonomi dan kewangan kerajaan dan bukan-kerajaan mengeluarkan kenyataan betapa hebatnya kedudukan pelbagai sektor ekonomi Malaysia menjelang tarikh pembentangan Belanjawan tahun mendatang.

Pendek kata masingmasing menyandarkan hujah berdasarkan perangkaan yang dikorek dari sana sini. Hampir semua keputusan dikatakan menepati ramalan tempoh terdahulu. Semua indeks pula kononnya menggambarkan kemajuan pesat dan kenyataan klasik seperti ‘kita berada pada landasan betul’ merupakan ayat lazim yang rakyat Malaysia ‘macam pernah dengar.’

Penulis terkemuka Amerika, Mark Twain (antara novel terkenal The Prince and the Pauper pernah memaksudkan ‘perangkaan’ atau statistik sebagai pembohongan darjah tertinggi. Walaupun selepas itu ungkapan ‘lies,damned lies, and statistics’ menjadi ungkapan popular di Amerika Syarikat ketika membincangkan rumusan statistik ekonomi, ia menjadi seolah-olah kenyataan piawaian politik setelah dipopularkan oleh Perdana Menteri Great Britain abad ke-19 Benjamin Disraeli.

Beberapa bulan setelah mengambil alih jawatan tersebut, Disraeli mendapati parti lama yang memerintah kerajaan negara tersebut telah menggunakan atau memanupulasikan statistik bagi menggambarkan seolaholah kedudukan ekonomi makro negara tersebut jauh lebih baik daripada apa sebenarnya.

Hal tersebut bukan sekadar berlaku di era beliau, malah turut berlaku di zaman moden. Lebih lazim dari tidak ia dipelopori oleh parti pemerintah yang mahu mengekalkan kuasa dengan melukis gambaran salah tentang keadaan ekonomi sebenarnya.

Pada 1997 misalnya, Directorate General for Economic and Financial Affairs European Commission dalam penerbitan mereka ‘European Economy – Economic Papers’ mempertikaikan kesahihan statistik ekonomi yang dibentangkan oleh beberapa buah negara anggota.

Dan hari ini pelbagai pihak mempertikaikan tentang kedudukan sebenar ekonomi makro Republik Rakyat China berdasarkan statistik ekonomi republic berkenaan.

Tidak timbul PAS tolak timbalan speaker - Iskandar

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini memberitahu akan mengkaji semula kadar kenaikan elaun dan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker dan Exco yang diluluskan sebelum ini.

Jelasnya, kajian tersebut akan dibentangkan pada Sidang Dewan Negeri Selangor nanti.

"‎Kita akan mengkaji semula elaun dan kenaikan gaji yang diluluskan sebelum ini.

"Kita akan bincang pada sidang akan datang, kajian semula ini berdasarkan kepada tanggungjawab exco," jelasnya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurut beliau lagi, kajian semula itu tidak melibatkan gaji dan elaun yang diperolehi oleh Adun-Adun yang ada sekarang.

"Adun tidak terlibat, kita merasakan bersesuaian dengan tanggungjawab yang mereka ada sekarang," katanya lagi.

'HK patut belajar tembak gas pemedih mata dari M'sia'

Polis Hong Kong patut belajar daripada pasukan Malaysia berhubung penembakan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan, sindir seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.

Chang Lih Kang merujuk kepada laporan media bahawa polis Hong Kong cuma menembak 87 gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi di negara itu.

ADUN teja itu membangkitkan bahawa polis Malaysia menggunakan 967 gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012.

“Apa? Polis HK hanya guna 87 kanister gas pemedih mata?

“Malulah! Polis Malaysia tembak 967 dalam perhimpunan BERSIH! Belajar!” tulisnya penuh sinis.

Sultan Perak: Rasuah perlu rawatan intensif, bukan Strepsil

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah risau tentang jurang pendapatan yang akan memburukkan gejala rasuah.

Menzahirkan kebimbangan baginda berkenaan laporan data Model Ekonomi Baru (NEM), Raja Nazrin berkata negara kini tidak lagi boleh berada dalam keadaan "minda penafian".

Baginda bimbang pengagihan kekayaan yang tidak seimbang dan jurang pendapatan yang semakin melebar akan menggalakkan budaya rasuah.

Bertitah pada ulang tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Raja Nazrin bertitah bahawa negara kini berhadapan dengan cabaran yang besar.

"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula Strepsil.

"Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial.

"Ia memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan," titah baginda.

Baginda turut mempersoalkan tahap gaji rakyat yang tidak seiring dengan kos kehidupan seharian.

Azmin umum penjenamaan semula 10 portfolio exco Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selagor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan penjenamaan semula sepuluh portfolio bagi memantapkan lagi pentadbir‎an kerajaan negeri.

Azmin pada sidang media memberitahu penjenamaan itu sebagai usaha meningkatkan prestasi dan kebajikan rakyat selaras dengan ‎keadaan semasa.

"Hari ini merupakan mesyuarat pertama exco dan kita telah memutuskan penjenaman semula sepuluh jawatan exco.

"Ia sebagai usaha baru kerajaan dalam menghadapi senario semasa di negara ini," jelasnya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Antara Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan dipegang Menteri Besar Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongann, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengerusi Jawtankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrstruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib.

Anwar tetap penasihat ekonomi Selangor - Azmin

Menteri besar Selangor yang baru Azmin Ali mengesahkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat dari jawatan penasihat ekonomi Selangor.

Sebaliknya keputusan mesyuarat exco terakhir yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim hanya menutup pejabat penasihat ekonomi Selangor dan tidak timbul soal memecatnya.

"Itu bukan isunya di sini. Bila kita teliti minit mesyuarat 22 September itu.

“Apa yang dibuat adalah keputusan tutup pejabat penasihat ekonomi," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco pertama beliau hari ini.


Elaun MB, exco S'gor akan dikaji semula - Azmin


Menteri besar dan exco Selangor bakal mengusulkan untuk mengkaji kenaikan elaun yang dinaikkan secara kontroversi tahun lalu.

Bagaimanapun menteri besar Azmin Ali menyatakan kajian itu hanya melibatkan empat jawatan tertinggi iaitu jawatan beliau, exco, speaker serta timbalan speaker dewan undangan negeri.

"Kami putuskan untuk kaji semula kenaikan elaun yang diputuskan pada 22 November 2013.

"Usul itu akan dikemukakan dalam sidang dewan November ini," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco pertamanya di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun beliau nampak berdolak-dalik beberapa kali apabila wartawan berulang-kali menyoal sama ada kajian itu bakal memotong elaun sebelum ini atau tidak.

"Ya, potong (elaun)," kata beliau.

Kenaikan sebelum ini diusulkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat kritikan dari rakyat kerana elaun beberapa jawatan seperti speaker naik sehingga 300 peratus.

Azmin yang ketika itu menjadi ketua whip DUN antara paling lantang meminta kajian semula dilakukan.
 

PAS belum cukup kuat untuk ketuai Pakatan Rakyat - Dewan Ulama


Post Pic


SHAH ALAM: PAS menyambut baik cadangan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali agar parti Islam itu mengetuai Pakatan Rakyat.
 
Bagaimanapun, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata parti itu perlu kuat untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
 
"Kalau nak ketuai Pakatan Rakyat PAS kena kuat. Walaupun PAS dah berjuang bersama-sama maknanya dari segi komposisi kemenangan kita dalam Parlimen maka belum cukup kuat.
 
"Tapi kalau suatu masa nanti dengan ketentuan Allah SWT PAS lebih kuat memang sangat sesuailah dan itulah yang kita kehendaki," katanya kepada Antarapos.
 
Malah, Mahfodz berkata PAS tidak boleh terlalu gopoh dalam mengejar cita-citanya itu sebaliknya perlu bersikap lebih bertolak ansur dengan rakan kompenan PR.
 
"Tetapi, buat masa sekarang ini kita tak boleh gopoh. Kita kena bertolak ansur dan seterusnya kita mengharapkan ahli-ahli PAS kerja kuat bagi memenangi kerusi yang lebih daripada PR yang lain barulah mungkin pada masa itu orang boleh lihat bahawa PAS lebih kuat dan wajar untuk mengetuai PR," tambahnya.
 
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semalam mencadangkan agar PAS mengetuai Pakatan Rakyat jika gabungan benar-benar serius mahu membentuk sistem dua parti yang kukuh bagi menyaingi BN.

Menziarahi semula Muktamar PAS ke-60

Dr Dzulkefly Ahmad

Setelah tirai Muktamar PAS ke-60 berlabuh dan debu-debu tapak muktamar mendap di Batu Pahat, diri ini yang mengemudi Pusat Penyelidikan PAS sekali lagi terpaksa memungut segala peninggalan pengkisahan atau naratifnya. Naratifnya diketahui umum cukup berbeza. Buat julung kalinya, seteru atau lawan politik terlepas dari fokus serangan, samada pembahas dari perwakilan mahupun dari pihak pimpinan dari atas pentas. Sememangnya dari ungkapan tema Muktamar, telah jelas bahawa penekanan seluruh perjalanan Muktamar pada kali ini akan bersifat "melihat ke dalam" sebagai satu introspeksi.

Wajar juga mengorientasikan Muktamar "ke dalam" mentelahan wujud beberapa konflik yang tidak terungkai atau "unresolved conflict" sejak krisis Selangor, bahkan lebih awal dari itu. Penulis tidak mempertikaikan hak perwakilan, khasnya kepimpinan terutamanya Tuan Guru Presiden untuk membuat mahasabah dan penegasan secara terbuka kepada mana-mana pihak sekalipun. Itu bukan sahaja hak, bahkan tanggungjawab pemimpin parti khasnya Presiden. Pun begitu, bagi semua yang berucap, persoalan kritikalnya ialah: Apakah kita mencapai maksud ucapan kita ataukah sebaliknya yang telah berlaku? Penulis terpaksa mengandai semua yang berucap memiliki niat murni. Bagi mengelakkan kontroversi berpanjangan, penulis sama sekali tidak bercadang atau berhajat memberi penilaian. Cukup kita menilai diri masing-masing.

Dalam rangka mahasabah seperti dianjurkan Sheikhul Islam, Al-Imam Ibn Taimiyyah, dengan kata-kata hikmatnya: “La budda min abdi min awqaatihi yanfaridu biha binafsihi...” Maksudnya, “Tidak dapat tidak bagi seorang hamba Allah itu untuk memperuntukkan waktunya untuk meneliti dirinya sendiri...dengan doa, zikir, solat dan tafakur, mahasabah jiwanya dan perbaikki hatinya...” Seiringan dengan anjuran tuntutan keperluan mahasabah ini juga, adalah sangat perlu bagi kita pendukung perjuangan Islam, khasnya pihak kepimpinan tertinggi jamaah dan parti, bagi menekuni apa yang disimpulkan Al-Imam Shatibi (dalam kitabnya "Al-Muwafaqat" juzuk kedua) sewaktu beliau menggagaskan teori Maqasid Syariah.

Menyingkap Kelantan jatuh ke tangan BN pada 1978

APAKAH kegagalan PAS merebut Dun Pengkalan Kubor yang berada dalam gengaman Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak 2004, sebagai petanda kerajaan PAS Kelantan goyah?

Pengkaji sejarah Kelantan, Dr Mustafa Ahmad meluah rasa bimbang terhadap isyarat yang berlaku di Pengkalan Kubor, 25 September lepas.

“Mungkinkah ia sebagai signal awal berkemungkinan berakhirnya pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1990?” katanya di sini.

Kerajaan PAS Kelantan hanya berjaya dijatuhkan pada 1978 selepas polisi “divide and rule” digemblengkan Tun Razak Hussain. Ia bermula dengan gagasan perpaduan dalam kerajaan BN pada 1973.

Bekas Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Mohd Asri Muda mengakui beliau terpesona dengan idea dicetus Tun Razak bagi meredakan pertembungan politik angkara tragedi 13 Mei 1969.

Azmin akan menghadapi cabaran besar

Aspan Alias


Anwar dengan penuh ‘politeness’ telah memberitahu kita secara halus yang beliau lah yang berkuasa di Selangor. Anwar telah mengumumkan yang beliau telah meminta atau mengarahkan Menteri Besar baru untuk membongkar semua ‘salah laku’ semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu.
Ada dua perkara pokok yang terlihat dengan kenyataan Anwar itu. Pertamanya beliau telah memberitahu kita rakyat biasa ini yang beliau sudah merasa ‘enlightened’ dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar kerana beliau boleh mengarahkan Azmin untuk melakukan sesuatu yang beliau kehendaki. Ini tidak dapat dirasanya semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu.
Maka nyata yang matlamat untuk meletakkan isteri beliau menjadi Menteri Besar itu adalah masalah kuasa, tidak kira secara ‘direct’ atau secara ‘indirect’. Anwar seolah-olah mahu memberitahu supaya Khalid serta siapa yang beliau maksudkan supaya berhati-hati dengan beliau kerana beliau sudah mempunyai kuasa atau pengaruh melalui Menteri Besar yang baru ini.
Kalau dia gagal untuk meletakkan isterinya sekarang beliau ada orang kuatnya menjadi Menteri Besar. Kata setengah orang, kalau tak dapat meletakkan isterinya, dapat orang kuatnya menjadi MB itu sudah memadai. ‘Tak dapat dagingnya, dapat kuahnya pun rasa daging juga’. Tentu Azmin merasakan masalah sedang mula menghampiri beliau walaupun baru beberapa hari sahaja menjadi pengganti Khalid Ibrahim.
Inilah sebenarnya kemahuan Anwar yang tidak dapat dipenuhi oleh Khalid dahulu. Anwar perlukan tempat untuk memberikan beliau perangsang dengan mempunyai tempat untuk menyara kemahuannya untuk berkuasa. Untuk itu beliau mahukan semua orang terutamanya dalam partinya untuk menyokong beliau tanpa berbelah bagi dengan menggunakan isu-isu yang diada-adakan untuk menurunkan Khalid Ibrahim. Selain dari menjadi pemimpin de facto PKR beliau mahu menjadi Menteri de facto di Selangor.
Lebuhraya Kidex, pengambil alihan projek air serta berbagai-bagai lagi yang beliau fikirkan boleh diterima dan dibeli oleh pemikiran ramai. Pengumumannya untuk mencungkil segala-gala perjanjian dengan semua pihak semasa pentadbiran Khalid itu merupakan isyarat kepada semua, ‘I am in control of Selangor , and you better watch out’. Beliau sedang menunjukan ototnya kepada kita semua.

Bajet 2015 : Kenaikan Gaji Naik Tidak Cukup ! Naik Elaun Kami !

bajet 2015 gaji
Bajet 2015 : Kenaikan Gaji Naik Tidak Cukup! Naik Elaun Kami & Bantu Nasib 630,000 Kakitangan Awam di Malaysia Termasuk Guru, Jururawat, Polis & Tentera! Cuepacs Malaysia yang mewakili 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia mahukan lebih daripada sekadar kenaikan gaji kakitangan awam naik di Malaysia. Ya…itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada Presiden Cuepacs Malaysia ini. Menjelang….
Menjelang pembentangan bajet 2015 Malaysia besarlah harapan 1.5 juta kakitangan kerajaan mahukan “buah tangan” yang boleh ditawarkan kerajaan Malaysia untuk mereka bagi meneruskan kesinambungan hidup bagi 12 bulan yang akan datang. Oleh itu, Cuepacs Malaysia sedang bertungkus lumus dengan kerajaan bagi menyelesaikan beberapa isu-isu yang berkaitan dengan penjawat awam di Malaysia
Berdasarkan kajian & pemerhatian Cuepacs dan majoriti kakitangan kerajaan semakin risau dengan masalah kenaikan kos sara hidup naik di Malaysia, ditambah dengan gelombang bebanan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) 6% bermula April 2015.

Bajet 2015 : Masalah & Isu Kakitangan Awam di Malaysia?

  1. Kenaikan Gaji Kakitangan Naik
  2. Kerajaan malaysia perlu membina lebih banyak rumah mampu milik terutamanya melibatkan 630,000 kakitangan awam yang menikmati gaji di bawah RM3,000 sebulan termasuklah polis, askar, jururawat dan guru
  3. Cuepacs mahu kerajaan kaji semula tindakan kerajaan Malaysia potong 50% elaun kos sara hidup (Cola) & elaun perumahan penjawat awam yang memilih untuk tinggal di kuarters kerajaan. Apa beza dengan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM124 sebulan jikalau kerajaan memotong elaun tersebut?
  4. Cuepacs mahu kerajaan umumkan kenaikan elaun kos sara hidup (COLA) daripada di antara RM200 dan RM300 kepada angka yang lebih tinggi bersesuaian dengan sara hidu sekarang.
  5. Kenaikan Elaun perumahan kakitangan awam naik sepatutnya Mtidak lagi berlegar RM180 sebulan, sepatutnya lebih daripada nilai yang sudah lama tidak berganjak ini.
  6. Anda ada cadangan lain?

DAP desak PAC, Jabatan Audit Negara siasat dana RM6.855 bilion JPM


LCT


KUALA LUMPUR, 31 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara menyiasat penggunaan dana RM6.855 bilion yang meragukan dan tidak mempunyai butiran jelas kegunaannya di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Beliau berkata, peruntukan kepada JPM itu termasuk dana kemudahan sebanyak RM4 bilion, program pembangunan bernilai RM1 bilion dan RM900 juta untuk penyusunan semula masyarakat.
Menurutnya, perbelanjaan lain pula adalah projek khas yang menelan belanja sebanyak RM202.8 juta dan RM665 juta untuk program mesra rakyat.
“Tiada maklumat khusus disediakan bagi projek ini di dalam Bajet 2014. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala harus memperjelaskan penggunaan dana ini.
“Tindakan Idris Jala mendakwa Bajet 2014 sebanyak RM16.5 bilion sebagai wajar adalah salah sama sekali.
“Malaysia mengamalkan sistem presiden. Perlembagaan kita memperuntukkan demokrasi berparlimen dengan tanggungjawab bersama Kabinet, yang mana Perdana Menteri adalah pertama di kalangan sama. Tetapi kini, JPM merampas peranan kementerian lain,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP menegaskan, ia amat tidak wajar untuk kerajaan meningkatkan perbelanjaan JPM sebanyak 13 peratus berbanding Bajet 2013 apabila keseluruhan yang diumumkan Jumaat lalu hanya meningkat sebanyak 1.3 peratus.

Tahaluf dulu dan kini, akan datang entahlah

MAJDAN DAGANG

Krisis Perak yang dilupakan

Tsunami Politik Mac 2008 merubah sama sekali landskap politik Malaysia. Salah satu negeri yang tumbang ialah Perak. Barisan Nasional menang 28 kerusi daripada 59 kerusi dewan undangan negeri. Baki 31 kerusi lagi dimenangi oleh DAP 18, PKR sembilan dan PAS enam.

Ketika ini Pakatan Rakyat belum wujud lagi. Walaupun memenangi kerusi terbanyak Umno-BN tidak boleh membentuk kerajaan melainkan salah satu parti pembangkang mengadakan ikatan dengannya. Tidak dapat dipastikan adakah berlaku rundingan antara Umno-BN dengan salah satu parti pembangkang untuk membentuk kerajaan campuran.

Pada ketika itu PAS dan PKN telahpun mengadakan tahaluf secara rasmi sementara DAP tidak terbabit.

Walau bagaimanapun secara umumnya ketiga-tiga parti pembangkang cuba mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam menghadapi Umno-BN. Oleh itu, secara tidak rasmi ketiga-tiga parti ini terpaksa bergabung bagi menghalang BN daripada berkuasa.

Oleh sebab undang-undang tubuh kerajaan negeri yang tidak membolehkan bukan Melayu menjadi MB, maka DAP secara automatiknya terpinggir. Tinggal lagi calon daripada PKR dan PAS. Ketika ini Lim Kit Siang dengan keras menolak calon MB daripada PAS.

Namun, beliau akhirnya terpaksa mengalah apabila DAP Perak membantah tindakan LKS tersebut dan mereka bersetuju menerima andainya calon PAS terpilih.

Benar, akhirnya sultan memilih Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS menjadi MB baru Perak. DAP dan PKR terpaksa menerimanya walaupun menang lebih banyak kerusi. Maka bermulalah era Pakatan Rakyat dalam barisan pembangkang. Di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kedah turut diterajui oleh baru MB bukan daripada Umno-BN. Kelantan pula terus kekal di bawah PAS.

Henti komen mengenai Selangor – TG Nik Aziz

KOTA BHARU: “Kita doakan semoga Allah SWT selamatkan Menteri Besar Selangor yang baru serta anggota-anggota Exconya dunia sampai akhirat,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu beliau berkata, pemimpin, penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat berhenti membuat sebarang ulasan yang berkaitan kerajaan Selangor.

“Melalui cara ini semoga dapat meredakan segala kekusutan yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini ada segelintir pemimpin menyifatkan PAS dibuli DAP dan PKR serta mereka melakukan provokasi bagi menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat secara halus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, dalam tempoh bertenang ini diharap semua pihak sama ada PAS atau PKR hendaklah berdiam diri daripada membuat sebarang ulasan khususnya berkaitan kerajaan Selangor.

“Ada waktu untuk berbincang dan ada pula waktu untuk membuat keputusan.

Buat masa ini beri ruang kepada Menteri Besar serta anggota-anggota Exco yang baru menjalankan tugas dengan baik,” ujarnya.

Surat Kepada Hadi: Pengarah Eksekutif LENSA di ugut

Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarganya.

SHAH ALAM: Tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat, telah menyebabkan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang diugut oleh individu misteri.
Dalam satu kenyataan LENSA kepada FMT, LENSA telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat.
lensa“Pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut supaya LENSA tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut.
“Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarganya,” kata Pengarah Komunikasi LENSA, Syukri Razab.
Dimaklumkan, Safwan akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 1 tengah hari ini.
Semalam, LENSA telah menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.
Jelas Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.
“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.
Desakan yang dilakukan oleh LENSA turut mendapat perhatian beberapa pemimpin PR, antaranya Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang menyeru semua pihak mengambil positif dengan teguran LENSA itu yang juga mewakili suara anak muda.