Selasa, 30 September 2014

Hanya keputusan SPM sebenar untuk ke IPT - KPM

New CNN Poll: The ISIS Impact

Earth loses 50% of wildlife in 40 years - BBC News

Isteri 'Rebonding' Rambut Untuk Suami..'Layani Suami' - UAI

Rasa Tak Dapat HAJI MABRUR, Perlukah Buat Semula? - UAI

DOA Dua Kali Selepas Wirid / Tahlil - Ustaz Azhar Idrus

Cerita Hijrah Neelofa

View from the ground in Hong Kong

Police to hunt down ATM hacking gang


Timbalan Speaker: Pas umum keputusan 24 Nov

Iskandar Abdul Samad 
SHAH ALAM - Pas Selangor belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak untuk mengisi jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
  
Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata jika parti itu menerima jawatan berkenaan, satu perbincangan akan diadakan bagi memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang layak menyandangnya.   

"Kami mempunyai masa sehingga sebelum 24 November depan (sidang Dun) untuk membuat sebarang keputusan.
  
"Sekiranya terima, Pas Selangor akan menghantar beberapa cadangan nama (Adun) kepada Pas Pusat dan Pas Pusat yang akan membuat keputusan mengenainya.
  
"Kita mempunyai banyak Adun Pas yang layak untuk jawatan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
 

Tak Perlu Keluar PR, Pas Hanya Perlu Tukar Pemimpinnya Saja.!!

Kedudukan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat atau PR boleh dikira paling genting ketika ini. Selain ada suara daripada luar parti itu yang mahu Pas keluar daripada PR, dalam masa yang sama wujud pula suara daripada dalam Pas sendiri yang mahu parti itu berbuat tindakan yang sama.

Suara daripada luar ini berbagai bentuk nadanya. Ada yang merasakan adalah merugikan Pas berada dalam PR kerana kedudukannya yang dikatakan tidak dominan dan sentiasa ditenggelamkan oleh PKR dan DAP.

Ada pula yang merasakan Pas perlu mengubah sikap dan berpendirian lebih kukuh kepada semangat kerjasama serta berpegang pada janji jika mahu terus bersama dengan PR. Sebaliknya jika tidak sedia berubah, Pas disarankan keluar saja daripada PR dan bergerak sendirian dalam politik negara ini.

Pihak yang lain seperti Perkasa misalnya, menyarankan agar Pas mengetuai PR jika benar-benar mahu mewujudkan sistem dua parti kerana Pas adalah parti yang mirip seperti UMNO yang kini mengetuai BN. Maknanya, jika hanya berada di belakang PKR dan DAP, dianggap tidak berguna sama-sekali.

Sementara dalam Pas pula seperti terbelah dua dalam isu sama ada parti itu perlu terus kekal bersama PKR dan DAP dalam PR atau bergerak sendirian selepas ini. Walaupun Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam muktamar baru-baru ini menekankan bahawa parti itu akan terus bertahaluf siyasi dalam PR tetapi suara-suara yang mahukan sebaliknya juga turut lantang kebelakangan ini.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nasharuddin Tantawi dan Dr Zuhdi Marzuki adalah antara pemimpin dalam Pas yang terus-menerus "mencari pasal", mengungkit, mahu berbalah dan seolah-olah lebih emosi dengan pemimpin daripada PKR dan DAP berbanding pemimpin daripada UMNO.

Setiap hari ada saja kenyataan berbentuk luahan perasaan, dakwaan dibuli dan berbagai lagi daripada mereka ini seolah-olah PKR dan DAP itu lebih dianggap musuh berbanding UMNO yang secara realitinya adalah musuh sebenar dalam perjuangan parti itu sebagai parti politik.

Tiada Petroleum Di Pantai Timur: NGO kuburkan jawatankuasa royalti Putrajaya

Tidak puas hati dengan kenyataan jawatankuasa mengkaji royalti petroleum Kelantan, NGO proroyalti minyak negeri dikenali 'R' hari ini mengadakan acara menanam 'mayat' badan itu di Kota Bharu.

Mereka malah mentalkinnya terlebih dahulu sebelum ditanam dalam dalam lubang menyerupai liang lahad yang dikorek menggunakan jengkaut.

Mayat berupa manusia itu turut dilekatkan dengan kertas bertulis "Jawantankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum.”

Aktivis yang hadir berpakaian mereka tampil dalam acara itu. Mereka juga kelihatan membawa plakad menuntut bayaran tunai itu.

Sebelum pilihan raya kecil Pengkalan Kubor pada 25 September lalu, Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia mengumumkan tiada petroleum didapati di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pengarah operasi NGO 'R'  Khairul Nizam Abdul Ghani berkata, mereka bertindak demikian sebagai tanda penolakan terhadap jawatankuasa itu.

Menurutnya lagi, mereka juga menolak tindakan jawatankuasa itu membuat pengumuman berkaitan menjelang pilihan raya kecil Pengkalan Kubor pada 25 September lalu.


"Idea (tanam mayat) ini terhasil apabila jawatankuasa khas itu ditubuhkan, kami akan membuat beberapa lagi simbolik penolakan ini kelak," katanya.
 
Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh bekas ketua hakim negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad.

Ia dianggotai oleh pakar undang-undang serta wakil negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri-negeri berkenaan.

Pelajar UM akan protes dakwaan hasutan Aziz Bari

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) akan mengerakkan protes membantah pendakwaan terhadap ppensyarah Universiti Selangor (Unisel) Dr Aziz Bari (gambar) mengikut Akta Hasutan. Presiden PMUM Fahmi Zainol berkata, persatuannya akan menghimpunkan mahasiswa dan pensyarah dari seluruh negara bagi membantah penggunaan Akta Hasutan yang jelas bertentangan dengan hak asasi manusia. "Kami akan menghimpunkan mahasiswa dan pensyarah seluruh Malaysia untuk mengutuk tindakan kerajaan yang jelas dan terang mencabuli berkenaan hak asasi manusia iaitu kebebasan bersuara," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

  Fahmi berkata, pendakwaan tersebut sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kerana ia jelas merupakan serangan kepada kebebasan akademik yang wajib ada dalam sebuah negera demokrasi. "Menyatakan kebimbangan kami terhadap pencabulan hak asasi manusia, kebebasan untuk bersuara dan juga prinsip keramat kebebasan akademik. . Beliau berkata, PMUM menuntut agar kerajaan memansuhkan akta tersebut kerana jelas digunakan untuk mengekang kebebasan bersuara secara mutlak. Aziz dilaporkan menerima panggilan daripada polis hari ini dan mengarahkannya hadir di Balai Polis Sabak Bernam pada 11 pagi esok untuk direkodkan kenyataan. Hampir 100 laporan polis dibuat terhadap Aziz ekoran kenyataannya dalam forum seperti disiarkan melalui dua artikel berita di The Malaysian Insider.

Kem BTN untuk basuh otak Melayu jadi samseng dan rasis, kata Ambiga

Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan Kem Biro Tatanegara (BTN) hanya sekadar menjadi sesi untuk membasuh otak kaum Melayu agar menjadi rasis dan samseng. Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku itu berkata, ibu bapa yang membenarkan anak mereka mengikuti kem tersebut terkejut dengan objektif dan kandungan modul yang diajar. "Saya bertemu dengan beberapa rakan Melayu yang menghadiri kem ini dan mereka marah dan rasa jijik," kata beliau semasa menghadiri Persidangan Kebangsaan Anti-Diskriminasi yang bertajuk "Perpaduan dan Penyatuan Sosial di Malaysia – Jadikannya bukan suatu yang mustahil" di Kuala Lumpur hari ini.

"Apa yang diberitahu kepada kamu? Melayu dibasuh otak supaya menjadi rasis dan samseng semasa menghadiri kem ini," kata Ambiga. BTN berada di bawah kendalian Pejabat Perdana Menteri dan sering diadakan untuk penjawat awam dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA). "Saya kecewa dengan pemimpin kita, mereka tidak berminat untuk tangani isu ini. Mereka hanya minat untuk politikkan isu ini. "Saya dengar orang berkata menteri tertentu terpaksa keluarkan kenyataan perkauman kerana perlu melakukannya. Apa jenis penjelasan ini? Ia salah pemimpin kita, tiada alasan," katanya. Ambiga juga membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini yang dianggapnya sebagai cakap kosong semata-mata. "Perdana menteri nampaknya mahir dalam membuat ucapan yang hebat semasa di depan masyarakat antarabangsa di PBB.

PAS : Apa lepas Muktamar


Aziz Bari: Sexist comments against 'female MB designate' unconstitutional

Aziz Bari: Constitution does not define Malay 'special rights'

Ibrahim mahu cerita perasaan dilabel 'katak' dalam buku

Ambil positif teguran anak muda - Pemuda Pas

Sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR, LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Suhaizan KayatPETALING JAYA: Pandangan yang dilakukan oleh Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) itu mewakili sekelompok anak muda Malaysia yang ingin melihat PAS terus kukuh bersama Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat.
Beliau di dalam status Facebooknya turut menyatakan bahawa anak muda Malaysia sudah bosan melihat polemik yang berlaku.
“PAS dan PR harus melihat perkara ini dengan positif. Menerima pandangan secara terbuka ini adalah konsep yang Pemuda PAS Malaysia kemukakan dalam Politik Budiman,” tulisnya di dalam Facebook.
Sebelum ini, LENSA menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR, LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.
Menurut Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.
“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.
Tidak terhenti di situ, PAS dikatakan lewat bertindak, dan tidak konsisten.

CONSPIRACY EXPOSED! AG & IGP met with 60 Umno leaders & told to launch Sedition crackdown - Latheefa

CONSPIRACY EXPOSED! AG & IGP met with 60 Umno leaders & told to launch Sedition crackdown - LatheefaWe call upon the IGP and the AG to urgently explain why the sudden interest to proceed with arrest and prosecution of politically-motivated police reports made by UMNO members and pro-government NGOs against MPs, activists and lawyers.
In a meeting held between 60 Umno division leaders and the AG and IGP on 14th August, both IGP and the AG were told to act on the police reports made against government critics.
Clearly soon after, the sedition charges started and Opposition leader Anwar Ibrahim’s lawyer N Surendran (who is also PKR MP of Padang Serai) was charged over a statement made regarding the Fitnah 2 court judgment.
PAS MP for Shah Alam Khalid Samad was also charged over a statement regarding the powers of MAIS.
Subsequently many others have been investigated, arrested or charged.
The investigations and arrests made against these MPs and many others in last several weeks were in response to police reports made by UMNO members and complaints by UMNO leaders.
The AG must act professionally and not succumb to pressure from any quarter.

What is also equally worrying is the manner in which the Sedition Act is being used , i.e. in response to valid criticisms on current issues and in relation to legal opinion etc. There was no element of violence or public disorder in any of the alleged “seditious” remarks by any of those who have been charged.
Some of the complaints were old complaints which appear to have been re-opened following pressure from the UMNO leaders.
Clearly this shows bad faith and lack of independence on the part of the AG.
Further the fact that no action was taken against pro-UMNO/ government persons who had made far more serious remarks also shows the selective nature of the sedition blitz.

Rakyat Selangor: Rizab harus imbang belanja, cermat, dan tambah

Shaizal Adzha sauddinSHAH ALAM, 30 SEPT : Rizab negeri yang mencecah RM3.3 bilion perlu dimanfaatnya sebaik mungkin demi kepentingan dan kebajikan rakyat.
Dalam masa yang sama, kepimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali perlu meningkatkan pelaburan bagi menjamin pertumbuhan rizab sebagai persediaan masa hadapan dan sebarang keperluan mendesak.
Perkara itu diperoleh dalam satu tinjauan yang dilakukan Selangor Kini ke atas masyarakat sekitar Bandaraya Shah Alam.
Eksekutif pemasaran, Shaizal Adzha Sauddin, 40 memuji kejayaan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat meningkat rizab negeri sejak mentadbir pada 2008.
Namun, beliau berpendirian angka itu belum cukup meletakkan Selangor dalam kedudukan selesa menghadapi kitaran ekonomi semasa yang tidak menentu.
“Untuk individu, angka RM3.3 bilion memang besar. Tetapi untuk keperluan pentadbiran negeri dengan rakyatnya sebanyak 5.2 juta orang, saya kira rizab yang ada itu bukan suatu yang harus dibanggakan.
“Kerajaan Negeri perlu meneroka peluang pelaburan baru untuk tingkatkan rizab. Saya tidak kata perlu amal sikap kedekut, tetapi tingkat rizab dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi dan dalam masa yang sama belanjakan sedikit untuk keperluan mendesak,” jelasnya.
Pandangan yang sama turut dikongsi pekerja swasta, Zaimi Hazry, 39 dan berharap Kerajaan Negeri memantapkan lagi sektor pelancongan untuk meningkatkan rizab negeri di samping membuka peluang pendapatan untuk rakyat tempatan.

Pemuda PKR gesa Najib hentikan ‘Langkah Akta Hasutan’

Pemuda PKR hari ini menggesa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menghentikan serangan “Langkah Akta Hasutan” sekaligus mengugurkan semua dakwaan yang dikenakan termasuk kepada ahli akademik Dr Aziz Bari. Naib ketuanya Fahmi Fadzil berkata, parti itu mengutuk sekeras-kerasnya pendakwaan Aziz yang dikenakan tuduhan sama seperti pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Azmi Shahrom. Katanya, penahanan itu menyaksikan perkembangan tidak sihat yang bertujuan mengekang kebebasan bersuara dan berfikir ahli akademik.

 "Walaupun saya tidak terkejut dengan perkembangan ini, ia tetap merupakan perkembangan tidak sihat di mana Aziz merupakan ahli akademik kedua disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. "Akta kuku besi buatan penjajah British ini makin kerap digunapakai pentadbiran Najib untuk mengongkong kebebasan bersuara dan kebebasan berfikir para akademik di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, tindakan mengenakan Akta Hasutan seperti satu isyarat daripada perdana menteri ditujukan kepada mereka yang tidak sehaluan dengannya. "Ia merupakan langkah tidak baik bukan sahaja untuk golongan akademik dan mahasiswa, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia," kata Fahmi.

Dua Adun Selangor tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali

Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali
KUALA LUMPUR: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, kes Adun Hulu Kelang dan Morib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah pihaknya menyerahkan laporan mengenai perkara berbangkit.

"Prosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak.

"Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut.

"Tetapi kalau pejabat setiausaha agung merasakan tidak perlu siasatan lanjut dan berpuashati dengan pertemuan yang diadakan, maka laporan mengenai kes itu akan terus diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

"Dalam kes Saari dan Hasnul ini, pejabat setiausaha agung mendapati ia tidak perlu dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mustafa berkata pihaknya berpuashati dengan hasil pertemuan dengan Saari dan Hasnul yang berlangsung semalam di Pejabat Agung PAS.

Henti kongkong kebebasan bersuara ahli akademik

FahmiKUALA LUMPUR 30 SEPT: Pentadbiran Najib Razak sekali lagi ditekan supaya menghentikan ‘Langkah Akta Hasutan’ yang mengongkong
kebebasan bersuara dan berfikir golongan akademik.
Ini susulan seorang lagi ahli akademik yang juga pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari yang dipanggil untuk diambil keterangan di Balai Polis Sabak Bernam esok berkaitan dua laporan media yang memetik komen beliau mengenai krisis Menteri Besar Selangor.
Aziz merupakan ahli akademik kedua disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, selepas Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Dr Azmi Shahrom.
Walaupun tidak terkejut dengan perkembangan ini, namun Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Fahmi Fadzil berkata, siasatan itu tetap merupakan perkembangan yang tidak sihat.
“Akta kuku besi buatan penjajah British ini makin kerap digunapakai pentadbiran Najib untuk mengongkong kebebasan bersuara dan kebebasan berfikir para akademik di Malaysia, dan kelihatan seperti dituju khas kepada semua yang tidak sehaluan dengan beliau.
“Ia merupakan langkah yang tidak baik bukan sahaja untuk golongan akademik dan mahasiswa, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia,” kata Fahmi dalam kenyataan.

Portfolio Exco: PAS Selangor sudah beri pandangan kepada Azmin

KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah menyatakan pandangan mereka kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung portfolio exco kerajaan negeri.

Pesuruhjaya negeri, Iskandar Samad berkata, pandangan itu dinyatakan dalam pertemuan pihaknya dengan menteri besar, beberapa hari lalu.
Menteri Besar juga katanya, membuat pertemuan serupa dengan exco PKR dan DAP.

Bagaimanapun, Iskandar berkata pengesahan portfolio itu hanya akan dimaklumkan dalam mesyuarat exco, esok.

"Untuk portfolio ini MB sudah berbincang dengan semua exco yang terlibat di kalangan tiga parti," katanya kepada Hararakahdaily.

Menurutnya, mesyuarat exco esok akan menentukan portfolio bagi kesemua 10 exco yang dilantik dan satu sidang media dijangka diadakan selepas itu.

Terdahulu, perbincangan telah dilakukan antara Menteri Besar dengan ketiga-tiga parti untuk membincangkan pembahagian portfolio yang akan dipegang oleh setiap exco di kalangan mereka.
Selain Iskandar, dua lagi Adun PAS yang dilantik exco adalah Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib.

Berpurdah, penulis buku "Pelacur Kelas Pertama" menyertai DAP


Daripada penampilannya tidak siapa akan menyangka gadis berpurdah Jamila Rahim berminat menyertai DAP, sebuah parti yang sinonim dengan masyarakat Cina.

Tetapi itulah yang berlaku, Jamila yang lebih dikenali sebagai Melati Rahim, akan menyerahkan borang untuk menyertai DAP petang ini.

“Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu),” katanya merujuk kepada pendekatan DAP mendekati golongan yang memerlukan.

Baginya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan dalam Islam dan beliau juga tidak merasakan parti itu parti Cina yang anti-Islam.

Langkah Melati itu dilihat bukan sahaja mengejutkan golongan Melayu tetapi juga masyarakat Cina dalam DAP sendiri.

Bagaimanapun, jalannya kelihatan tidak sukar apabila akhbar web rasmi DAP dilihat secara perlahan-lahan mengetengahkan sosok menarik itu, termasuk wawancara berkaitan karyanya dan minatnya pada parti itu.

Akhbar DAP sifatkan 'Langkah Ninja'

Roketkini dalam wawancara terkininya menggambarkan tindakan Melati itu sebagai “Melati Move” atau “Langkah Ninja”.

Walaupun berpurdah, Melati mempunyai penampilan menarik dan penuh warna-warni apabila sering kelihatan dalam program-program aktivisme sekitar ibu kota, terutamanya bersama kumpulan dapur umum.

Tak nak GST? Kerajaan bayar rakyat guna bas


Bas


Oleh : Liew Chin Tong

Apabila saya melontarkan soalan “bolehkah kita bayar rakyat supaya mereka menaiki bas?”, jawapan diberi ialah “tidak!” Namun seandainya kita meneliti dengan lebih mendalam, barangkali pengangkutan awam (terutamanya bas, memandangkan pengangkutan jenis lain lebih menelan kos dan memakan masa untuk direalisasikan) yang ditampung dana awam adalah jawapan untuk menangani cabaran ekonomi dan kewangan Malaysia.
Kerajaan Najib telah bertekad untuk melakukan dua perkara serentak pada tahun kewangan akan datang iaitu, pertama, melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015 dan, kedua, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala, harga minyak akan dinaikkan sebanyak 30% hingga 50%. Sudah tentu kerajaan kita lebih selesa dengan kata-kata yang lebih lunak, iaitu “rasionalisasi subsidi”, jika dibandingkan dengan istilah yang senang difahami ramai, iaitu “naik harga”.
Dalam isu GST, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah menerima nasihat yang kurang bijak daripada penasihatnya dan juga firma akaun (yang kebetulan menjadi satu-satunya pihak yang dimanfaatkan oleh pelaksanaan GST) bahawa GST adalah cara terbaik untuk mengimbangi angka perbelanjaan atas kertas.
Sudah tentu beliau akan membayar harga politik yang membebankan kerana, antaranya, tidak meneliti GST secara terperinci, tidak menangani masalah rasuah dan pembaziran sebelum melaksanakan sistem pencukaian yang zalim, dan tidak mencari alternatif yang lain.
GST adalah cukai baru ke atas jutaan rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak pernah membayar cukai secara langsung. Dengan pelaksanaan GST kelak, mereka terpaksa membayar cukai apabila mereka membeli. Sudah tentu kita sedar akan masalah “elak cukai” yang berlaku sekarang, tetapi kita mempunyai undang-undang yang memadai untuk menangani masalah ini. Jadi masalah “elak cukai” bukan isu di sini.

Sahih, Zahid Hamidi langgar sumpahnya sendiri


lks (3)


KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Sumpah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi musnah begitu sahaja apabila sehingga hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum disiasat, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Sedangkan laporan telah dibuat ke atas kedua-duanya oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng 24 September lalu, selepas Ahmad Zahid bersumpah dengan nama Allah (wallahi billahi tallahii), bahawa polis akan menyiasat dalam tempoh 24 jam menggunakan Akta Hasutan terhadap sesiapa sahaja yang menyentuh isu-isu sensitif.
“Amukan (Akta) Hasutan masih berterusan, sehingga tiada hari tanpa seseorang disiasat atau didakwa di bawah akta itu, seolah-olah rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi masyarakat paling kuat ‘menghasut’,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk pakar perlembagaan Dr Aziz Bari yang akan disiasat polis esok berikutan pandangannya dalam isu Menteri Besar Selangor.
“Namun, Zahid tidak menunaikan sumpahnya apabila sehingga kini tiada siasatan polis terhadap Mahathir dan Najib,” katanya lagi.
Lip Eng membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir berhubung tuduhannya bahawa Kit Siang bertanding di Gelang Patah pada PRU lalu untuk menghasut orang Cina membenci Melayu.

Bajet 2015 : 64% Tidak Layak Beli Rumah di Kuala Lumpur RM300,000 & Ke Atas VS Gaji Diploma (RM1,911) & Ijazah (RM3,100). Mampu?

beli rumah di kuala lumpur
Kalangan anak muda yang berpendapatan serdahana pun sukar memiliki dan membeli rumah sendiri patah lagi golongan yang berpendapatan rendah, apatah lagi yang berpendapatan rendah?
Laporan Berita Semasa kali ini adalah sambungan daripada SIRI 1 (DI SINI) berkaitan isu harga rumah yang patut kerajaan pertimbangkan menjelang pembentangan Bajet 2015.Inilah realiti dilema yang dihadapi oleh kalangan warga kota Kuala Lumpur hari ini di mana Berita Semasa perhatikan masih ramai lagi yang tidak
mempunyai rumah sendiri.
Dan dalam pada masa sekarang ini terdapat 45,000 yang berdaftar dengan rumah DBKL yang sehingga ke hari ini terus menunggu untung nasib mereka untuk ditempatkan di rumah-rumah pangsa. Hakikatnya ramai warga Kuala Lumpur contohnya lebih rela sewa rumah selama mana yang boleh melihatkan gelombang harga rumah yang semakin melonjak ketika ini. Dan…..yang mengejutkan sekarang ini kebanyakan rumah-rumah di sekitar Kuala Lumpur tidak berpenghuni.

Statistik Pemilikan Rumah di Kuala Lumpur : Berapa Ramai Beli Rumah di KL?

  • Lebih 418,000 rumah di Kuala Lumpur
  • 252,795 yang tidak memiliki rumah
  • 166,076 yang berjaya memiliki rumah sendiri
Hari ini, berdasarkan kajian dan statistik yang Berita Semasa perolehi sejumlah 93% rumah kos tinggi yang ditawarkan di dalam Kuala Lumpur iaitu melebihi harga rumah lebih RM300,000 – RM500,000 dan RM1,000,000. Dan hanya 2.2% sahaja rumah kos rendah dibina setakat ini, manakala 4.2% rumah kos serdahana. Dan kita boleh perhatikan di sini, hanya 6.4% unit rumah yang ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah dan serdahana.

Gaji Diploma & Ijazah di Kuala Lumpur VS Statistik Harga Rumah di KL?

Hakikatnya apabila dibuat perbandingan Harga Rumah di Kuala Lumpur
  1. Gaji Berpendapatan Rendah RM3,000 Ke Bawah: 64%
  2. Gaji Berpendapatan Serdahana RM4,000 Ke Bawah: 13%
  3. Gaji Berpendapatan Tinggi RM10,000 Ke Bawah:23%
Dan dengan gaji RM4,000 jenis rumah yang bagaimana layak untuk mereka? Hakikatnya tidak banyak tawaran harga rumah sekarang yang benar-benar mampu milik untuk mereka.

Bajet 2015 : Harga Rumah Mampu Milik di Bandar (Ampang RM600,000) & Pinggir Bandar KL Rawang (RM380,000). Kos Sara Hidup Sama? Ramai Terhimpit?

bajet 2015 Rumah
Bajet 2015 Malaysia : Harga Rumah Mampu Milik di Bandar (Ampang RM600,000) & Pinggir Bandar Kuala Lumpur Rawang (RM380,000). Kos Sara Hidup Sama? Ramai Terhimpit? Berita Semasa harapkan akan ada “idea yang lebih bernas” dibentangkan pada pembentangan bajet 2015 Malaysia kali ini supaya berita yang disampaikan kelak, adalah berita yang benar-benar menggembirakan ratusan ribu yang masih lagi tercari-cari dan terkapai-kapai rumah mampu milik buat mereka.
Hari ini….harga rumah teres di kawasan bandar boleh senang-senang mencecah lebih setengah juta ringgit (RM500,000++), akhirnya apa jadi?
Sedikit demi sedikit mereka-mereka ini yang tiada pilihan lain mula perlahan-lahan beralih perhatian ke kawasan pinggir bandar untuk mencari apa yang dipanggil rumah mampu milik yang layak dan sebenar-benarnya untuk mereka.
Kajang, Semenyih, Rawang, Sungai Buloh, adalah antara kawasan pinggir bandar yang sedang menjadi perhatian kalagan yang tercari-cari kawasan rumah mampu milik bagi mengelakkan “rumah mampu milik” di kawasan bandar yang hanya sesuai untuk golongan kaya, VVIP, ekspatariat, golongan kenamaan, kelompok elit ataupun kalangan berkemampuan lebih dengan tawaran harga yang dikemukakan kalangan kapitalis hartanah di Malaysia.
harga rumah mampu milikWalaubagaimanapun, melihatkan “harga rumah mampu milik” di sekitar Rawang contohnya sahaja bagi rumah teres 2 tingkat sudah mencecah RM300,000. Tetapi dek kerana tiada banyak pilihan yang ada di depan mata dan dalam pada masa yang sama ramai yang berkeinginan untuk memiliki aset sendiri, kalangan yang bekerja di bandar-bandar besar terpaksa juga berhadapan dengan kos yang besar untuk memiliki rumah sendiri. Hakikatnya…

Bajet 2015 Malaysia : Harga Rumah Mampu Milik Ampang VS Rawang?

Hakikatnya apabila dibuat pengiraan semula contohnya, kos sara hidup memiliki “rumah mampu milik” di bandar besar VS tinggal di rumah mamu milik di pinggir bandar adalah lebih kurang sama.
  • Pinggir Bandar : Harga Rumah Teres 2 Tingkat (Rawang) : RM380,000
  • Bandar Besar : Harga Rumah Teres 2 Tingkat (Ampang) : RM600,000

Bajet 2015 Malaysia : Kos Sara Hidup?

Polis Dedah Gambar Suspek Godam Mesin ATM

KUALA LUMPUR: Polis telah mengeluarkan gambar beberapa suspek yang mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di cawangan Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.

Pasukan Polis Bukit Aman pada Isnin berikrar untuk membawa penggodam Amerika Latin yang merompak kira-kira RM3 juta dengan menggodam mesin ATM di tiga buah negeri pada hujung minggu lalu ke muka pengadilan.

Polis berkata, suspek menggodam mesin dengan memasukkan cakera ke dalam CD-ROM ATM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata siasatan awal mendapati suspek akan membuka panel bahagian atas mesin ATM menggunakan 'kunci biasa' dan memasukkan cakera dan menjangkiti mesin dengan virus yang dikenali sebagai "ulssm. exe ".

"Selepas mengeluarkan CD, mereka akan menutup panel dan ahli-ahli sindiket itu akan mengeluarkan semua wang daripada ATM dengan menaip kod ke dalam panel utama, yang mereka terima melalui telefon dari seorang rakan sejenayah," katanya.

Suspek akan menghalang slot ATM dengan objek seperti kad SIM, kertas atau puntung rokok untuk menghalang pelanggan bank lain daripada mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM, katanya.

"PDRM komited dalam menghentikan jenayah ini hingga ke akar umbi untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap institusi perbankan tempatan.

"Kami juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan bagi membantu pihak polis dalam penyiasatan, dengan menghubungi SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839," kata Mortadza.

LENSA dakwa PAS faktor utama krisis MB

KUALA LUMPUR: LENSA Anak Muda Malaysia (LENSA) hari ini mendakwa PAS adalah faktor utama yang menyebabkan krisis menteri besar Selangor berpanjangan sekali gus tidak menghormati semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PR).
 
Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.
 
Koordinator LENSA Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.
 
Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.
 
“LENSA khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.
 
“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
 
“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,” katanya.
 

PKR, DAP sanggah dakwaan buli PAS oleh Nik Abduh


Post Pic

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul membidas dakwaan Nik Abduh Nik Aziz kononnya PAS kini menjadi mangsa buli bagi PKR dan DAP.
 
Selain mempersoalkan tuduhan itu, Johari berkata kepincangan yang berlaku di antara tiga parti di dalam Pakatan Rakyat itu berikutan sikap PAS yang tidak tetap pendirian.
 
"Saya tidak tahu apa definisi 'buli' oleh Nik Abdul, saya tak faham. Buli maksudnya tidak boleh bersuara langsung, tidak ada ruang bercakap. Itu bulilah. 
 
"PAS selalu lambat mengambil tindakan. Jadi pada saya ini bahaya di dalam politik. Mereka kena pantas. Dan keputusan mereka sentiasa berubah-ubah. Sekejap mesyuarat buat 10 hari bulan (Ogos), kemudian 13 hari bulan, kemudian 17 hari bulan. Macam mana nak memerintah kalau kita asyik 'postpone'? 
 
"Mula-mula kata perempuan tak boleh jadi MB, kemudian kata boleh. Selepas itu kata nak hantar dua nama... Mereka sentiasa mengubah pendirian. 
 
"Pimpinan atasan PAS agak tidak konsisten dalam melaksanakan keputusan sehingga keadaan jadi huru-hara. Bukan soal buli," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

PAS bukan 'mangsa buli' PKR-DAP - Pemuda Selangor

Post Pic
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abd Halim menafikan sekeras-kerasnya parti itu menjadi mangsa buli sekutunya dalam Pakatan Rakyat kerana dilihat sukar untuk menentukan pegangannya terutama dalam pergolakan yang berlaku baru-baru ini.
 
Tegas beliau, dakwaan tersebut yang mengatakan PAS terus menjadi mangsa kepada dua rakan komponen mereka iaitu PKR dan DAP adalah tidak berasas dan dangkal.
 
"Saya tidak setuju, dakwaan itu adalah dakwaan yang tatkala tidak ada asasnya.
 
"Perselisihan itu satu perkara yang normal, kita dalam sebuah keluarga suami isteri pun kadang-kadang akan berselisih pandangan," katanya kepada Antarapos.
 
Sebaliknya Syarhan Humaizi berkata perselisihan serta perbezaan pandangan yang berlaku disifatkan sebagai perkara biasa dalam mana-mana kerjasama dan hubungan.
 
"Itu perkara biasa, kalau istilah (Allahyarham) Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit.
 
"Lidah dalam mulut tergigit juga, maknanya tak boleh nak elak krisis atau situasi itu berlaku," katanya.
 
Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa PAS menjadi mangsa buli DAP dan PKR yang dipercayai merujuk kepada situasi terbaru PAS dalam tahaluf siyasinya bersama PKR dan DAP.

Kalah Saman Fitnah: Cubaan Papagomo kemuka bukti baru gagal

Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang dikenal pasti sebagai penulis blog Papagomo, hari ini memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuannya terhadap saman Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana dia diarah membayar RM800,000.

Ini ekoran Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk memperkenal bukti baru, termasuk tulisan di blog itu yang ketika dia berada dalam tahanan pada 2012.

Mahkamah juga menolak permohonan Wan Muhammad Azri untuk menerima bukti sama dalam saman lain yang difailkan oleh peguam Syukri Mohamed.

Wan Muhammad Azri mahu menerima bukti itu bagi menunjukkan dia bukan Papagomo.

Apa kerja PAS hari ini?

Oleh Izmil Amri
Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Kenapa pahat masih berbunyi? Sebab ada tukang pahat yang sibuk menarik perhatian. Entah benda apa yang dipahatnya, bising sekali. Padahal tukang cat, tukang bancuh simen, tukang pasang wayar, semuanya sudah pulang ke rumah melayan anak isteri masing-masing.
Demikian adanya "krisis" pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang minggu lalu sudah membuat ramai orang menarik nafas lega. Lega kerana benda yang dipanggil krisis ini nampaknya sudah bikin lelah ramai pihak, hatta apa sahaja penyelesaian boleh diterima. Yang beriya tak mahu Azmin Ali jadi menteri besar pun akhirnya mengalah.

Mengalah kerana seperti juga rakyat yang lainnya, sudah tersangat letih dan malas fikir banyak. Selagi tidak selesai isu Selangor, selagi itu lah kerja lain tak boleh dibuat. Maka apa sahaja jalan selesai akan dipersetujui. Tak perlu cakap banyak lagi.
Namun malangnya ada tukang pahat ini, yang masih berbunyi-bunyi. Barangkali dia mahu orang tahu dia pun bekerja juga. Atau dia mahu tunjuk rajinnya, yang masih mahu memahat apa-apa yang boleh, supaya diiktiraf peranannya itu dalam proses membina rumah. Krisis MB Selangor memang berpunca dari salah sukat teman-teman PKR. Nawaitu asalnya jelas mahu melengser Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan digantikan dengan orang lain. Cuma sewaktu "Langkah Kajang" itu direncana, tidak ada kata putus tentang siapa yang akan menggantikan Khalid. Jadi ada sedikit serabut di situ.
DAP sebagai rakan yang setia dan barangkali memahami kelaku PKR yang suka buat benda pelik-pelik, sekadar menurut sahaja. Lagipun sudah memang konsensus bersama kerusi MB Selangor itu milik PKR, jadi dia punya pasallah apa dia nak buat.
DAP akur dengan setiap satu kerenah PKR. Sebaik sahaja diumum Langkah Kajang, ia bergegas membuka pusat operasi, dan menyatakan kesediaan membantu. Tak cakap banyak. Setelah tempoh hari diputuskan Azmin yang jadi MB dan bukan Datuk Seri Dr. Wan Azizah, DAP juga setia menyatakan persetujuan. Tak banyak bunyi.
Bagi DAP, Khalid mesti dilengser.

DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan Islam - Melati Rahim

DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan Islam - Melati Rahim
KUALA LUMPUR: Ramai yang tidak menduga seorang gadis yang mengenakan hijab lengkap berniqab menyertai DAP, sebuah parti yang sering dilabelkan sebagai parti sekular atau anti Islam.

Tetapi, inilah kenyataannya, Jamila Rahim atau lebih dikenali Melati Rahim, 22, memilih untuk menjadi ahli DAP bukan PAS atau UMNO.

Graduan Universiti Selangor (Unisel) jurusan diploma TESL ini menegaskan beliau memilih DAP kerana wawasan dan asas parti yang meletakkan dasar kemanusiaan sebagai tunjang utama.

"Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.

"Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.

"Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, biarpun menyertai DAP, ia tidak bermakna beliau sudah melupakan Islam sebagai pegangan hidupnya yang telah dijalani sejak sekian lama.

"Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah," katanya lagi.

Melati berkata, DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar-dasar keselamatan sosial.

PR hilang Selangor jika Azmin gagal - Prof Dr Ahmad Atory

SHAH ALAM - PR akan kehilangan Selangor jika Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali gagal mentadbir negeri ini seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menurut penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain.

Jelasnya, jika Azmin gagal meneruskan gaya pentadbiran cemerlang Abdul Khalid, peluang BN untuk merampas semula negeri ini amat cerah.

“Rakyat kini bergantung harap kepada pentadbiran Azmin. Kita tidak boleh lagi menilai sama ada dia sama cemerlang seperti Abdul Khalid atau tidak, barisan Exco baru pun kita tidak boleh nilai lagi. Tetapi teorinya mudah saja, jika gagal mentadbir, PR akan hilang Selangor.

“Jika rakyat sudah hilang percaya kepada PR dan Azmin gagal tadbir dengan baik, peluang cerah untuk BN rampas Selangor,” katanya.

Khamis lalu, Azmin mengumumkan menambah seorang anggota daripada PKR dan mengurangkan seorang wakil Pas dalam barisan 10 anggota Exco Selangor baharu.

“Kita lihat saja dulu bagaimana Azmin dan barisan Kabinetnya yang baru mentadbir Selangor, jika bagus, rakyat akan terus percaya PR. Kalau ada yang seleweng, BN mempunyai peluang untuk ambil alih Selangor,” kata Atory.

Tambah beliau, Abdul Khalid lebih dikenali sebagai tokoh korporat dan kewibawaan juga kepintaran beliau dalam mengurus perniagaan dan wang diserap masuk dalam pentadbirannya semasa mentadbir kerajaan negeri.

Puasa Hari Arafah dan Aidil Adha di Malaysia

AHMAD MOUHYIDEEN HASYIM
Rakyat Islam Malaysia perlu berpuasa sunat Hari Arafah pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014 bersamaan 9 Zulhijjah 1435H walaupun hari Wukuf di Arab Saudi adalah pada hari Jumaat, 3 Oktober 2014. Begitu juga Hari Raya Aidil Adha perlu disambut di Malaysia pada hari Ahad, 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435H walaupun hari raya tersebut disambut di Arab Saudi pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014.

Perbezaan ini adalah kerana Islam meraikan perbezaan tempat terbit matahari dan bulan (matla') di setiap negara. Perbezaan tempat dan waktu terbit ini akan menatijahkan perbezaan waktu dan hari. Malaysia mempunyai tempat terbit matahari dan bulan yang berbeza dengan Arab Saudi. Jika tarikh di Malaysia sama dengan Arab Saudi sekali pun, perbezaan waktu tetap berlaku. Usaha untuk menyamakan hari puasa sunat Arafah dan Hari Raya Aidil Adha di seluruh dunia adalah umpama ingin menyamakan waktu solat di setiap negara.

Selain daripada itu, maksud puasa sunat Hari Arafah pula ialah pada tarikh 9 Zulhijjah, bukannya semata-mata kerana ibadat Wukuf di Arafah. Jika dilihat kepada takrifan yang diberikan oleh Ulamak di dalam kitab feqah dan syarahan hadis Rasulullah s.a.w. tentang Hari Arafah maka mereka mengatakan Hari Arafah itu ialah pada 9 Zulhijjah sebagaimana yang terdapat dalam kitab 'Al-Kamus Al-Fiqhi', 'Mu'jam Lughah Al-Fuqaha', 'Al-Mughni libni Qudamah' dan lain-lain lagi. Bahkan terdapat di sana riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada 9 Zulhijjah. Ia tidak merujuk semata-mata kepada ibadat Wukuf di Arafah. Riwayat tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad dan An-Nasaie serta telah disahihkan oleh Syeikh Al-Albani.

Hujjah yang menyatakan bahawa zaman sekarang mempunyai teknologi yang canggih tidak sepatutnya membawa kepada perbezaan tarikh di antara negara-negara Islam adalah tidak dapat diterima. Ini kerana secanggih mana sekali pun teknologi yang ada, ia tidak boleh mengubah tempat atau waktu terbit matahari dan bulan yang berbeza mengikut negara dan sekali gus tidak boleh mengubah perbezaan hari dan waktu.

PERKASA cadang PAS ketuai Pakatan Rakyat.!!

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan agar PAS mengetuai Pakatan Rakyat jika gabungan benar-benar serius mahu membentuk sistem dua parti yang kukuh bagi menyaingi BN.

Katana, beliau membuat cadangan itu kerana menurutnya PAS merupakan parti dengan majoriti orang Melayu seperti Umno - yang mengetuai BN.

Formula itu, tambahnya, diguna pakai BN yang sebenarnya mirip dengan komposisi penduduk Malaysia.

"Kalau PAS mengambil alih kepimpinan (Pakatan) dan DAP tak besar kepala, saya rasa ini akan jadi titik permulaan," katanya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

ROS ambil keterangan Azizah esok

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) akan mengambil keterangan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail esok.

Menurut makluman biro komunikasi parti itu, proses itu akan dilakukan di pejabat ROS di Putrajaya pada jam 2.30 petang.

“Ini berkaitan satu aduan yang dibuat terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat PKR,” menurut makluman media itu.

Azizah dijadual ditemani peguam Ragunath Kesavan.

'Let PAS reform before criticising'

Lensa handing over letter to PAS

Mujahid: Islam doesn't stop me from respecting other faiths

MCA bantah keputusan percubaan SPM tak diiktiraf ke universiti

Kerajaan Negeri Tetap Menyokong Ahli PPS

Anak muda saran PAS bertindak atau keluar Pakatan

LENSA serah memo, gesa PAS, henti cetus ketegangan..!!


Tanah Adat Ranau dirampas, mana ADUN BN?

Penduduk tiga kampung di daerah Ranau, Sabah membantah tanah adat mereka yang didakwa diambil oleh sebuah syarikat.
Penduduk tiga kampung di daerah Ranau, Sabah membantah tanah adat mereka yang didakwa diambil oleh sebuah syarikat.
"Ke mana perginya semua wakil rakyat kami yang langsung tidak bersuara apabila tanah adat kami diambil oleh sebuah syarikat pemaju sedangkan ini adalah tanah adat yang tidak boleh sama sekali diambil oleh sesiapa.
 
"Masa pilihan raya, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) cari kami supaya sokong kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi bila kami dalam kesusahan, tak ada seorang pun yang datang menjenguk, jauh sekali untuk membantu,”.
 
Itulah keluhan seorang penduduk di Ranau, Ruth Allez yang mengirim berita dan gambar kepada MalaysiaGazette supaya menyiarkan masalah yang mereka terpaksa tanggung sendirian.
 
Menamakan ADUN Paginatan, Datuk Ewon Ebin; ADUN Kundasang, Datuk Joachim Gunsalam dan ADUN Karanaan, Datuk Masidi Manjun sebagai orang yang sepatutnya membantu  mereka, Ruth berkata, semua pemimpin BN ini hanya pandai menabur janji manis.
Dakwanya, masalah rampasan tanah adat sedang berlaku di tiga buah kampung di daerah Ranau iaitu di Kampung Malinsau, Kampung Wayan dan Kampung Sinurai yang dilakukan oleh mantan wakil rakyat yang mewakili kerajaan negeri.
 

Ruslan: Kadir ditawar Pengerusi MAS jika berjaya guling PM?


Ruslan Kassim
Datuk Kadir Jasin diminta membuat penjelasan mengenai dakwaan beliau ditawarkan jawatan tinggi sekiranya berjaya 'menggulingkan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara jawatan kononnya ditawarkan kepada Kadir ialah Pengerusi MAS dan Pengerusi Media Prima.
"Kita amat hairan sebab Kadir Jasin hanya tumpukan tenaga beliau untuk serang Perdana Menteri saja dan enggan buat apa-apa komen buruk terhadap Anwar Ibrahim dan tokoh pembangkang yang lain," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ruslan, nampaknya Kadir hanya pakar untuk menyerang tokoh UMNO sahaja tetapi takut kepada Pakatan Rakyat.
"Kita juga mahu bertanya apakah beliau (Kadir) kecewa dengan Datuk Seri Najib sebab tidak diberi ruang dan peluang yang besar untuk beliau berperanan dalam media dan dalam bidang korporat," jelasnya yang juga bekas Ketua Penerangan PKR.
Ruslan berkata, ia bukan satu dakwaan tetapi hanya memohon penjelasan daripada bekas Ketua Pengarang Nes Straits Times yang telah menggambarkan kekecewaan beliau melalui blog terhadap Najib.

LENSA: Tidak setiakawan, lebih baik keluar dari PR

Sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.
KUALA LUMPUR: Badan pertubuhan bukan kerajaan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.
Menurut Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.
“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.
Tidak terhenti di situ, PAS dikatakan lewat bertindak, dan tidak konsisten.
“Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos sebetulnya mampu menyelesaikan masalah yang berlaku,
“Namun selepas mesyuarat itu, PAS dilihat beberapa kali membuat pusingan ‘U’ menyebabkan konflik semakin buntu.
“Walaupun pada 17 Ogos, mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB,” katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat cadangan kepada Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohamad Shahir Abu Hassan.
Jelasnya lagi, LENSA turut mencadangkan PAS menggesa semua pimpinan di setiap peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

Najib terlalu lemah

Najib dianggap terlalu lemah dan banyak isu peribadi yang boleh dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
najib mahathir brimPETALING JAYA: UMNO mendapat kesan mendalam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dikiritik hebat oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, yang tidak lagi yakin dengan pentadbiran beliau.
Kesan tersebut diterjemah menerusi wujudnya beberapa puak dalam UMNO yang bertujuan membawa sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri itu ke arah lebih jauh lagi.
Mahathir sebelum ini dalam kritikannya memberi gambaran, sekiranya Najib terus diberi kepercayaan memimpin parti dan kerajaan, peluang UMNO dan BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum akan datang amat mudah.
Najib dianggap terlalu lemah dan banyak isu peribadi yang boleh dimanipulasi oleh pihak pembangkang, lapor berita lidah rasmi PAS, Harakah.
Tambahnya lagi, Mahathir sendiri dalam pertemuan dengan sekumpulan NGO baru-baru ini turut membangkitkan kebimbangan mengenai kehilangan kuasa itu jika Najib terus berkuasa.
Ini secara umumnya memberi gambaran bahawa teguran dan kritikan itu adalah bertujuan memastikan UMNO dan BN terus berkuasa sama ada Najib dipaksa berubah atau diubah kedudukannya.
Najib bukan saja dilihat kebal kerana sokongan pemimpin UMNO masih kukuh terhadapnya, banyak yang mengatakan sebahagian kekuatan Najib terletak kepada peranan isterinya.
Tetapi, sejauh mana peranan Rosmah tidak pula dijelaskan namun daripada suara-suara yang kedengaran, beliau mempunyai pengaruh besar.
Macam-macam kebarangkalian selagi Mahathir terus bersuara dan mengkritik Najib dan tidak mustahil sesuatu yang di luar jangkaan akan berlaku.

Dr Zuhdi: Pengurangan exco PAS satu provokasi

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki mendakwa pengurangan exco PAS daripada empat kepada tiga kerusi di Selangor adalah satu provokasi supaya parti itu memikirkan kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga mendakwa beberapa kenyataan dan tindakan pemimpin PKR dan DAP seolah-olah cuba membuli PAS dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan PAS, lapor Sinar Harian.

Laporan itu juga menyebut, ia boleh disimpulkan sebagai "usaha secara halus" untuk menyingkirkan atau PAS sendiri menarik diri daripada Pakatan.

"Kenyataan Lim Guan Eng yang menyatakan empat exco PAS sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Malah, pengurangan tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor juga tindakan provokasi supaya PAS memikirkan semula masa depan dengan Pakatan," katanya seperti dilapor akhbar itu hari ini.

NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.
NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.
"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan. "Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.
Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.
Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.

Tidak gentar dengan Akta Hasutan, Aziz Bari hanya jawab soalan

Dr Abdul Aziz Bari tidak terganggu dengan siasatan polis terhadapnya mengikut Akta Hasutan, dan menegaskan beliau hanya menjawab soalan yang dikemukakan hadirin kepadanya semasa sebuah forum mengenai kes menteri besar Selangor. Profesor undang-undang yang juga pakar perlembagaan itu berkata, beliau menerima panggilan daripada polis hari ini mengarahkannya hadir di Balai Polis Sabak Bernam pada 11 pagi esok untuk direkodkan kenyataan. Hampir 100 laporan polis dibuat terhadap Aziz ekoran kenyataannya dalam forum itu seperti disiarkan melalui dua artikel berita di The Malaysian Insider. Artikel berkenaan, "Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari" disiarkan pada 1 September dan "Only God, not Sultan, has absolute powers, says legal expert" disiarkan pada 9 September lalu. Aziz berkata, beliau pernah melalui situasi sama pada 2011 kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu serbuan kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang disifatkannya 'luar biasa dan tidak konsisten'.

Tangani segera kekurangan dalam PAS - Dewan Pemuda

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu kelemahan serta masalah dalaman wujud dalam parti itu ditangani dengan segera agar ia boleh memainkan peranan lebih besar dalam politik negara.
 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Khalil Abdul Hadi berkata luahan serta kritikan perwakilan semasa Muktamar Tahunannya ke-60 adalah mesej dan isyarat jelas dari anggota parti.
 
"Saya melihat muktamar kali ini menunjukkan kematangan serta keterbukaan PAS dari sudut mengamalkan demokrasi itu sendiri.
 
"Di mana kita melihat pandangan, idea serta kritikan daripada perwakilan-perwakilan dinyatakan secara jelas, kuat dan tanpa berselindung," katanya kepada Antarapos.
 
Ujar beliau, mana-mana organisasi termasuk parti politik tidak boleh mengelak dari masalah menambah ia perlu ditangani dengan sebaik-baiknya.
 
"Antara yang jelas dari sudut permasalahan yang kita kena akui perkara itu adalah perkara yang lumrah.
 
"Mana-mana organisasi pun ia tak sempurna dari segi masalah-masalah dalaman itu.
 
"Cuma isunya ialah bagaimana kita menyelesaikan masalah-masalah tersebut," katanya.
 
Kata Khalil lagi, walaupun muktamar kali ini berlangsung dalam suasana 'panas' dengan pelbagai kritikan dan isu dibangkitkan perwakilan namun ia dijayakan tanpa sebarang insiden tidak diingini.
 
"Dengan apa yang ditunjukkan oleh para perwakilan bagi saya kematangan PAS dari sudut menangani  masalah dalaman parti dan juga isu-isu yang berlaku.
 
"Kalau nak bandingkan dengan organisasi-organisasi yang lain, kalau kita lihat Umno sampai tahap baling kerusi, PAS tak berlaku begitu.
 
"Jadi di situ menunjukkan kematangan PASlah dalam menangani isu-isu dalaman yang berlaku," katanya.
 
Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60 telah melabuhkan tirainya pada 20 September lalu dengan berbagai cerita yang masih diperkatakan, menyaksikan buat pertama kali,diadakan di Johor, sebuah negeri yang dianggap kubu kuat Umno.
 
Muktamar PAS kali ini kerana ia berlangsung ketika kemelut politik di Selangor belum ada kesudahan, ketika teka-teki sama ada parti Islam itu akan menerima jawatan menteri besar atau tidak belum terjawab.
 

Akta Hasutan: “Bertindak secara profesional”

Peguam Negara digesa untuk melakukan perkara yang betul serta mengkaji semula dakwaan di bawah Akta Hasutan bagi mengugurkan dakwaan hasutan yang telah dikenakan.

latheefaPETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya menggesa Jabatan Peguam Negara supaya mengkaji semula dan menggugurkan dakwaan di bawah Akta Hasutan yang telah dikeluarkan.
Latheefa juga meminta penjelasan daripada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara (KPN) supaya menjelaskan mengapa mereka tiba-tiba berminat untuk meneruskan penangkapan dan pendakwaan selepas mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin Umno pada Ogos lalu.
Beliau juga mendakwa, laporan-laporan polis yang dibuat mepunyai dorongan politik oleh ahli-ahli Umno terhadap Ahli Parlimen PKR, aktivis dan peguam.
Tambah beliau, dalam satu mesyuarat yang diadakan antara 60 pemimpin Umno dan KPN pada 14 Ogos yang lalu, memberitahu untuk melaksanakan tindak balas antara laporan-laporan polis untuk menentang pengkritik kerajaan.
“Ini dengan jelas dapat dilihat selepas dakwaan hasutan dimulakan, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dan juga peguam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dituduh atas satu kenyataan berhubung keputusan mahkamah Fitnah 2,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, bukan N Surendran sahaja, malah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga telah di dakwa di bawah akta yang sama kerana membuat kenyataan yang menyentuh tentang kuasa MAIS.
“Selepas itu, ramai lagi yang telah disiasat, ditahan dan didakwa di bawah akta ini. Kebanyakan laporan-laporan polis dibuat oleh ahli-ahli Umno dan pemimpin Umno,” jelasnya.
Tegasnya, Peguam Negara perlu bertindak secara profesional dan tidak tunduk kepada pihak-pihak yang menekannya.

Ada usaha singkir Pas daripada PR kata Dr Zuhdi

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki 
Ada pihak dalam PKR dan DAP yang dilihat tidak suka Pas berada dalam PR dan secara halus sedang berusaha untuk menyingkirkan parti itu, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Ujar beliau, beberapa kenyataan dan tindakan dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti itu seolah-olah cuba membuli Pas dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan Pas.

Ini boleh disimpulkan sebagai usaha secara halus dibuat untuk menyingkirkan atau Pas sendiri menarik diri daripada pakatan setelah tidak tahan dengan provokasi kumpulan berkenaan.

“Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.

“Malah, pengurangan tiga exco Pas dalam Kerajaan Selangor (oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali) juga tindakan provokasi supaya Pas memikirkan semula masa depan dengan PR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam, mengenai kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.

Menurut Mohd Zuhdi, ketegasan yang disuarakan Pas terutama dalam isu Menteri Besar Selangor menyebabkan rakan dalam PR mula membenci parti itu.

Segarkan terus politik tahaluf

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Berjuang atas parti Islam bukan suatu yang mudah kerana pendukungnya membawa mesej Islam ke tengah-tengah masyarakat. Apabila PAS membawa mesej Islam tidak dapat tidak rakyat akan mengaitkan segala tindak tanduknya dengan Islam. Jika ada tindak tanduk PAS yang dilihat tidak selari dengan Islam maka bukan sahaja imej PAS yang akan tercalar imej Islam juga turut sama tercalar. Di sinilah beban besar yang ditanggung oleh PAS.

Muktamar PAS baru berlalu. Muktamar PAS kali ini mengukir banyak sejarah yang manis dan yang pahit. Sejarah manisnya buat kali pertama PAS berjaya mengadakan muktamarnya di Johor. Semua tahu betapa sukar bagi PAS untuk melebarkan sayapnya di Johor - negeri yang sinonim dengan Umno.

Namun kecemerlangan muktamar PAS malangnya diselit dengan beberapa adegan yang sedikit sebanyak mencacatkan sedikit sebanyak jati diri dan imej PAS. Adegan beberapa orang perwakilan Pemuda meninggalkan dewan semasa ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS dalam muktamar Pemuda PAS dan adegan dalam muktamar penuh PAS khususnya adegan perwakilan Wilayah Persekutuan membaca doa yang penuh dengan kata-kata yang tidak mencerminkan sebuah doa dan adegan mengeboo oleh para pemerhati menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak..apa sudah jadi pada PAS? Di mana akhlak orang orang PAS yang selama ini dicemburui oleh rakan-rakan dan musuh-musuh politik PAS?

Apa pun muktamar PAS masih tetap tegas berpegang kepada keputusan mengukuhkan tahaluf Pas bersama Pakatan Rakyat.

PAS adalah parti politik yang terlibat dalam sistem demokrasi. Penyertaan dalam politik adalah suatu keperluan bagi mendapatkan kuasa di mana kuasa itu pula perlu bagi melaksanakan agenda agenda Islam dalam aspek pentadbiran dan kenegaraan.

Dalam sistem demokrasi kuasa disandarkan kepada rakyat maka bagi mendapatkan kuasa, parti politik termasuk PAS tidak boleh berpisah dari rakyat. Dr Ali Shariati menggambarkan kalimah al-nas di dalam Al Quran dengan istilah rakyat dan para Nabi dan Rasul adalah memimpin al-nas.

Rakyat Malaysia adalah pelbagai kaum , bangsa dan agama. Maka PAS tidak ada pilihan selain menerima hakikat realiti komposisi rakyat Malaysia yang ditakdirkan begitu. Atas dasar itu sebagai parti politik PAS perlu mendekati seluruh rakyat Malaysia bagi mendapatkan sokongan jika ingin berkuasa di negara ini.

Sejarah PAS menunjukkan bahawa apabila ia bergerak bersendirian PAS hanya mampu menawan negeri negeri di pantai timur yang majoritinya berbangsa melayu dan beragama Islam. Maka tidak dapat tidak bagi mendapat sokongan orang bukan Islam dan bukan Melayu, bergerak secara solo, buat masa ini, bukan suatu opsyen bagi PAS.

Sekarang Pas juga dibuli ahli sendiri kata Hasan Jati

Hasan Mohamed Ali  
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan sikap buli dua parti komponen PR terhadap Pas bukan perkara baharu.

Malah katanya, Pas bukan sahaja dibuli pihak luar tetapi juga oleh ahli parti sendiri.

"Ada pimpinan tertinggi Pas yang berani menyangkal kenyataan presiden sendiri yang mana perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya lihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah menghadapi tekanan hebat dari dalam dan luar dalam masa sama," katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang disiarkan dalam Sinar Harian semalam, bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.

Nik Mohamad Abduh meluahkan pendapat beliau itu melalui laman Facebook beliau, kelmarin.

Menceritakan keadaan Pas sejak penggabungan ketiga-tiga parti itu pada 2008, Hasan berkata Pas dilihat sukar membuat keputusan dan terpaksa mengikut rakan parti yang lain.

"Pas sebelum ini merupakan parti yang cukup kuat. Ia jelas berlandaskan asas perjuangan teguh yang mahu melihat negara ini ditadbir dengan nilai-nilai Islam sebenar tanpa membelakangkan kaum lain.

"Sejak diterajui presidennya Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, tiada siapa yang boleh membuli Pas. Tetapi sebaliknya berlaku pada zaman Abdul Hadi. Dahulu, semua kepala presiden 'sejuk' sahaja, kalau ada masalah atau isu-isu semasa, presiden ada kuasa bercakap, dan kata-katanya diterima baik semua ahli dan juga dihormati orang luar. Tetapi tidak lagi hari ini," katanya.

"Melati Move'- cabaran politik baru anak muda M'sia

Jamila Rahim bukanlah sosok anak muda yang baru saya kenali kelmarin. Penuntut UNISEL dari jurusan TESL ini pertama kali saya temui sewaktu mengikuti program anak muda di Kuala Lumpur.

Membaca berita beliau yang lebih dikenali sebagai Melati, anak muda yang menyertai DAP baru-baru ini, membuatkan saya berfikir sejenak.

Saya pasti inilah individu yang dimaksudkan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS semasa ucapan perasmian muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Kota Tinggi pada 16 September lalu.

Seingat saya, kali terakhir saya bertemu Melati adalah semasa jelajah program seni 'Anak Muda Politikal' di Batu Pahat, Johor.

Dengan gaya penampilan yang 'humble' sambil mengenakan hijab lengkap berniqab, beliau tampil dalam program tersebut untuk mempersembahkan bacaan puisi yang beliau karang sendiri.

Melati mungkin tidak mengenali saya. Tetapi beliau yang tampil penuh berani ketika itu, pastilah menjadi tarikan audien untuk mengamati puisi disampaikan.

Walaupun saya akui gagal menangkap keseluruhan maksud bait-bait puitis beliau, namun tidaklah terlalu sukar untuk saya memahami mesej tersirat yang cuba disampaikan. Penuh dengan idea-idea politikal, sesekali sinikal dan yang pasti, sarat dengan kritikan sosial.

Melati dan generasi Y

"Melati masuk DAP?" Sesetengah rakan saya musykil seakan tidak percaya.

Apa tidaknya, ramai sudah tahu bahawa parti DAP merupakan sebuah parti yang tak lekang diserang bertubi-tubi oleh parti kawan dan lawan dengan pelbagai konotasi negatif. Laras fikiran tipikal seorang Melayu Muslim seperti saya untuk menerima hakikat ini, pastilah sedikit sukar.

"Inilah Melati Move!" Spontan saya menjawab berseloroh.

Sebagai orang kecil dalam arena politik nasional, saya melihat bahawa langkah Melati menyertai DAP sedikit sebanyak menjadi sampel anak muda Malaysia hari ini yang berani mengambil langkah menongkah arus.

Jika dahulu, gadis berniqab ini pastinya lebih mudah diasosiasikan dengan kumpulan-kumpulan Islam; baik NGO Islam mahupun parti Islam.

Nampaknya kini tidak lagi. Pada hemat saya, anak muda generasi Y hari ini tidak boleh lagi dinilai sebegitu simplistik.