Isnin, 29 September 2014

Protests paralyze Hong Kong

Nasib Hasnul, Saari ditentukan Jawatankuasa PAS Pusat

Saya ahli PAS sampai ajal, kata Saari

Melebihkan tumpuan kepada kebajikan rakyat

SIAPA yang tidak mahu gaji dan elaun dinaikkan? Semua orang mahu! Jadi, apabila tersebarnya khabar angin mengenai kenaikan gaji dan elaun penjawat awam, nescaya penjawat awam tersenyum gembira mengharapkan khabar angin ini benar-benar menjadi berlaku. Dikatakan gaji penjawat awam bagi kumpulan sokongan dinaikkan sebanyak RM500 dan RM1,000 untuk golongan pegawai. Khabar angin ini dinafikan sama sekali oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam media massa.
Sebagai ahli akademik dalam bidang perakaunan dan juga kewangan, saya telah membuat pengiraan kasar berapakah jumlah wang yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada penjawat awam bagi merealisasikan kenaikan gaji dan elaun ini. Ambil sahaja jumlah RM500 dinaikkan untuk semua kakitangan awam yang berjumlah 1.4 juta orang, jadi sebanyak RM700 juta sebulan pertambahan pembayaran gaji penjawat awam. Itu untuk sebulan, kalau setahun jumlahnya RM8.4 bilion! Jumlah ini hampir menyamai jumlah pertambahan hasil sebanyak RM9 bilion yang bakal dikutip oleh kerajaan pada tahun kedua pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Jumlah RM8.4 bilion ini mengatasi RM3 bilion yang dijangka dikutip oleh kerajaan melalui GST pada tahun 2015, iaitu tahun pertama pelaksanaan GST. Maka, selepas membuat pengiraan itu, saya tidaklah begitu yakin dengan khabar angin yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu sejak dari awal lagi.
Hakikatnya, dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan gaji dan elaun sudah tentu membawa berita baik kepada rakyat. Pendapatan rakyat perkara penting dalam pembentukan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampai ucapan pada akhir Mesyuarat Tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) ke-4 di New York, baru-baru ini.

Elok Nik Abduh tumpu AJK PAS Pusat, MP Pasir Mas saja

Oleh Dr Rosli Allani Abdul Kadir
Selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat penggal pertama dan Ahli Parlimen Pasir Mas penggal pertama, Dewan Pemuda PAS Kota Bharu berpendapat lebih aula bagi YB Nik Abduh menumpukan perhatian kepada tugasan selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ahli Parlimen Pasir Mas.
Tugasan selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Tugasan selaku Ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen.
Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka.
Mengambil semangat bulan bulan haram khususnya bulan haji ini, serta garis panduan arti dalam mengeluarkan pandangan, sebaiknya YB Nik Abduh mengamalkan puasa Maryam di kala virus memporak perandakan keutuhan kerjasama PR terus mencari mangsa yang seterusnya.
Jika pun YB Nik Abduh mahu bersuara maka bersuaralah di dalam kapasiti dan nada yang lebih bersesuaian dengan jawatan dan kedudukan.
YB Nik Abduh adalah Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, suara YB Nik Abduh sewajarnya lebih positif, lebih membina dan lebih ke arah membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.
Kita baru sahaja selesai bermuktamar. Masih jelas di telinga kita ucapan dasar Datuk eri Tuan Guru Presiden yang menyebut: “PAS pernah bersendirian dan bertahaaluf dengan pihak lain dalam kerajaan dan tanpa kerajaan. Dalam semua keadaan ini PAS tidak pernah rugi, kerana kita sentiasa beristiqamah di atas dasarnya yang kukuh dan matlamatnya yang nyata.”
Dewan Pemuda PAS Kota Bharu tidak faham bagaimana YB Nik Abduh boleh menyatakan bahawa PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya walaupun PAS dibuli sentiasa, bahawa PAS memenangi banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri, dan bahawa PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana, bukan disebabkan (not because of)
tahaalufnya tetapi di sebalik (in spite of) tahaalufnya (walaupun dibuli).
Bagaimana mahu dikatakan PAS dibuli jika PAS beroleh untung bertahaaluf dengan PKR dan DAP?
Dewan Pemuda PAS Kota Bharu berpendapat, tidak ada banyak manfaatnya YB Nik Abduh enyuarakan di dalam media sosial perihal PAS dibuli oleh PKR dan DAP.

Apa Kesudahannya Kritikan Bertali-Arus Mahathir Terhadap Najib?

Sejak akhir-akhir ini kemunculan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di pelbagai program lebih kerap berbanding biasa. Hampir setiap hari atau sekurang-kurangnya selang dua atau tiga hari, ada saja program yang dihadirinya yang tentunya turut menjadi tumpuan media.

Berbanding beberapa bulan sebelum ini di mana beliau kerap dimasukkan ke IJN untuk mendapatkan rawata, penampilan Mahathir kebelakangan ini juga menunjukkan beliau semakin sihat dan segar. Ramai yang mendoakan beliau terus diberikan kesihatan yang baik di ketika suasana politik negara semakin tidak baik dan kedudukan UMNO pula tidak sihat-sihat berbanding dulu.

Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya terhadap kepimpinan Najib Razak lebih sebulan yang lalu, pantang ada kesempatan, sasaran kritikan Mahathir tidak lain ialah Perdana Menteri.

Selain dasar dan polisi Najib dalam mengurus kerajaan yang berkaitan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan yang dipertikaikannya, perkara lain yang kerap disentuh oleh Mahathir ialah mengenai 1MDB yang diragui pelaburannya serta sikap ahli UMNO yang kini tidak lagi berani menegur pemimpin.

Dalam teguran terbarunya hari ini, beliau berkata, ahli UMNO perlu melakukan pembaharuan dengan lebih berani mengkritik pemimpin mereka.

Beliau kesal kerana budaya dalam UMNO sekarang ialah hanya menyokong pemimpin secara membuta-tuli tanpa menyoal sebarang perkara sedangkan seseorang pemimpin perlu diberitahu mengenai pandangan lain juga dan tidak semestinya boleh melakukan apa saja yang disukainya.

Walaupun menafikan teguran dan penarikan balik sokongannya bertujuan memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan, tetapi dengan kekerapannya menegur dan meluahkan perasaan tidak puas hati, jelas menunjukkan ada sesuatu yang terbuku dalam hati bekas Perdana Menteri itu.

Rakyat terusik kemelut krisis Selangor

Perbezaan pandangan dalam kalangan PR tetap diselesaikan dengan wacana (perbincangan) santun di samping menghormati pandangan semua pihak.

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui persepsi rakyat ke atas Pakatan Rakyat (PR) dan PKR berhubung kemelut krisis di Selangor bermula bulan lepas pasti terusik namun beliau yakin ia merupakan sebahagian daripada proses pematangan politik.
Anwar SelangorBeliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun media menggasak PR dengan pelbagai versi dan episod, namun perbezaan pandangan dalam kalangan pakatan itu  tetap diselesaikan dengan wacana (perbincangan) santun di samping menghormati pandangan semua pihak.
“PKR tegas dan percaya bahawa penyelesaian akhir harus disandar pada proviso (syarat dalam perjanjian) dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang dipegang seawal krisis tercetus sehingga ke hari ini.
“Kita meyakini bahawa Kerajaan PR di Selangor akan terus memulakan era baru di samping diperkukuh dengan pengormatan kita pada Sistem Raja Berpelembagaan yang menaungi kita.
“Dengan kepimpinan Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang baharu, Selangor akan terus dipacu menjadi ikon untuk PR terus meyakinkan rakyat seterusnya menjejak Putrajaya ,” katanya dalam entri terbarunya di http://anwaribrahimblog.com.

Bila sistem pendidikan Malaysia kucar kacir…

…hancur musnahlah harapan Melayu.

Pendidikan tonggak harapan Melayu
pelajar300Harapan bangsa Melayu hanya satu. Bermula daripada pendidikan seterusnya mendapatkan pekerjaan dan akhirnya meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Tiga prinsip mudah itulah yang menjadi pegangan dan kepercayaan bangsa Melayu untuk mengubah hidup mereka sejak dari zaman penjajah lagi.
Pihak kerajaan di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional sedar akan perkara itu dan sejak merdeka lagi, pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti hidup bangsa Melayu dengan penekanan diberikan kepada usaha meningkatkan tahap pendidikan.
Hanya pendidikan sahaja yang dapat membantu bangsa Melayu.
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), dan pelbagai institusi berkaitan serta usaha telah dilakukan bagi membantu bangsa Melayu untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.
Tidak terhenti di situ, di peringkat pendidikan tinggi, universiti seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dibina khusus untuk membantu bangsa Melayu supaya dapat ‘bangun’ demi mendapat pekerjaan yang akan meningkatkan tahap ekonomi mereka.
Bahkan, semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini telah menyediakan kuota khas supaya bangsa Melayu berjaya menempatkan diri ke universiti.
Ijazah tidak laku
Namun demikian, sikap kerajaan yang membantu pelajar Melayu dengan memanjakan mereka akhirnya memakan diri apabila kualiti pelajar yang dihasilkan oleh universiti saban tahun semakin buruk.
Kini, ratusan, malah ribuan graduan Melayu menggangur walaupun sudah menggenggam ijazah.
Namun, bila segulung ijazah yang digenggam tidak punya kualiti, siapa yang mahu mengambil graduan seperti ini bekerja. Dewasa ini, kebanyakkan ijazah yang diterima tidak ‘laku’ dipasaran apatah lagi bila bersaing dengan graduan bangsa lain dari institusi luar.
Soalnya, bagaimana anak muda Melayu mahu mengubah nasib jika tiada majikan yang mahu menggaji mereka walau masing-masing berbekal bergulung-gulung ijazah? Apatah lagi bila kebanyakkan graduan Melayu ini gagal melengkapkan diri mereka dengan tahap keperluan industri yang tinggi.
Kegagalan PPSMI
Pada tahun 2003, isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memperlihatkan permainan ‘gila’ yang di eksperimen oleh pihak kerajaan dan akhirnya pada tahun 2012, dasar tersebut telah dimansuhkan.
Akhirnya, yang menjadi mangsa, pelajar-pelajar sendiri.
Kajian sebelum ini telah menunjukkan PPSMI memberi kesan buruk kepada pelajar di luar bandar.
Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan pelajar Malaysia dalam subjek Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003, sementara mata pelajaran Matematik pula daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007.
Bahkan, kajian sebuah universiti tempatan pula menyatakan murid senang mempelajari sesuatu subjek dalam bahasa yang mudah difahami, iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda di SJK Cina dan Tamil.
Bayangkan betapa silapnya dasar yang diperkenalkan sebelum ini dan PPSMI wajar dijadikan sejarah hitam sistem pendidikan negara.
Skandal UPSR

Saari: Bahaya PAS 'cuba bolot' tafsiran Islam

ADUN PAS Saari Sungib berkata PAS kini meniti jalan yang yang bahaya apabila merasakan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mentakrifkan perjuangan dan pandangan Islam selain daripada perspektif parti itu sendiri.

Walaupun telah dilabel "barua" oleh presidennya sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kini berdepan dengan tindakan disiplin, aktivis veteran ini berkongsi pandangannya dengan Malaysiakini ketika ditemui di sebuah acara hujung minggu lalu.

Saari mempunyai latar belakang yang menarik. Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudiannya menulis beberapa buku mengenai hak asasi manusia dan Islam. Malah beliau juga merupakan pengasas Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

ADUN Hulu Kelang ini turut menjadi mangsa 'kemarahan' Hadi kerana menginkari arahan parti dan menyebelahi PKR dan DAP ketika krisis menteri besar Selangor.

Insiden itu sekali lagi menunjukkan wujudnya pergeseran antara golongan ulama dan profesional yang ada di dalam PAS.

Rafizi membongkar 1MDB berkenaan hutang RM30billion..!!

oleh rafizi ramli
Hutang 1MDB melebihi RM30b ditanggung rakyat Malaysia. Sebelum ini bila PR persoalkan hutang 1MDB, Umno serang. Sekarang bila Tun Mahathir yang kritik 1MDB, Umno diam.
Soalan Parlimen saya untuk sessi akan datang banyak tertumpu untuk membongkar 1MDB. Kita tunggu apa jawapan Menteri!
Soalan Lisan No (1)
Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Kewangan menamakan semua syarikat-syarikat yang mana 1MDB telah melabur menggunakan dana yang dianggarkan USD$2.3 bilion yang disimpan di Pulau Cayman dan pelaburan itu diuruskan oleh Bridge Partners Hong Kong, bagi tempoh kewangan 1 Januari 2010 hingga 30 September 2014.

Soalan Lisan No (2)
Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Kewangan menyatakan apakah kriteria yang digunakan untuk melantik Bridge Partners Hong Kong menguruskan dana USD$2.3 bilion milik 1MDB dan bayaran tahunan yang dibayar kepada firma itu.
Soalan Lisan No (3)
Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada orang ramai.
Soalan Lisan No (4)
Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Kewangan menyatakan kaedah bagaimanakah rasionalisasi subsidi minyak mengikut tahap pendapatan akan dilaksanakan, bilakah ia akan dilaksanakan dan berapa ramai rakyat Malaysia yang masih dapat membeli petrol dan diesel bersubsidi penuh apabila ia dilaksanakan.
Soalan Lisan No (5)
Rafizi Ramli (Pandan) minta Perdana Menteri memberikan pecahan (breakdown) bayaran-bayaran (sewa pembangunan, penyenggaraan atau maintenance) daripada jumlah bayaran tahunan (RM56 juta – RM69 juta) kepada pemegang konsesi bagi setiap dari enam kampus UiTM yang dibina secara penswastaan (kaedah PPP).
Soalan Lisan No (6)

Nasib Hasnul, Saari ditentukan Jawatankuasa PAS Pusat - Mustafa Ali

KUALA LUMPUR: Nasib dua ADUN PAS, Hasnul Baharudin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang bertindak melangkaui parti berhubung isu Menteri Besar Selangor, hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau akan membawa butiran perjumpaan dan hasil penjelasan dua ADUN terbabit ke dalam mesyuarat peringkat pusat, dalam masa terdekat.
 
Kata Mustafa, segala tindakan terhadap Hasnul dan Saari akan diputuskan selepas Jawatankuasa Pusat meneliti penjelasan yang dikemukakan.
 
"Saya panggil mereka untuk dapatkan penjelasan berhubung isu yang dimainkan sekarang inilah (isu tanda tangan SD).
 
"Apabila saya sudah dapat penjelasan saya akan maklumkan kepada jawatankuasa pusat.
 
"Ia akan dimaklumkan dalam mesyuarat yang akan datang.. Dalam masa terdekat, InsyaAllah," katanya kepada pemberita selepas selesai mengadakan perjumpaan bersama dua ADUN berkenaan.
 
Terdahulu, Hasnul dan Saari hadir ke ibu pejabat parti itu petang tadi setelah dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung tindakan mereka melangkaui parti dengan menandatangani surat akuan sumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor, bulan lalu. 

BN perlu post mortem kenapa menang di Pengkalan Kubor..!!

Microwave PRK....... duit zakat RM250 seorang..!!!
Memang Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DU) Pengkalan Kubor 25 September lepas tetapi hakikatnya, parti tunjang kerajaan itu wajib buat post mortem untuk mencari jawapan kenapa kerusi DUN tersebut masih kekal menjadi milik BN.
 
Kalau mengikut pemerhatian orang luar yang bukan pengundi Pengkalan Kubor, kemenangan BN sebenarnya tidak boleh dijadikan ukuran bahawa BN telah berjaya mendapat sokongan rakyat.
 
Sebabnya, BN terlalu pemurah sepanjang kempen PRK diadakan. Selain janji-janji untuk membangunkan Pengkalan Kubor, rezeki penduduk Pengkalan Kubor datang bergolek tak semena-mena.
 
Rakyat miskin di hampir semua saluran undi diberi zakat paling sedikit sebanyak RM250 seorang sementara beberapa saluran lagi mendapat habuan lain seperti ketuhar elektrik.
 
Paling menarik, walaupun zakat tersebut dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaaan dan swasta, penyampaian kepada penduduk yang layak dilakukan oleh pemimpin BN.
 

Tarik balik sekatan guna keputusan percubaan SPM untuk ke pra-universiti


ong_kian_ming


KUALA LUMPUR, 29 SEPT: DAP hari ini mengesa Kementerian Pendidikan menarik balik pengumuman mereka yang tidak membenarkan keputusan percubaan SPM diguna pakai dalam kemasukan pra-Universiti.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, langkah tersebut sama sekali tidak adil kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di kolej dan universiti swasta.
“Saya tidak pernah melihat notis dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan kepada kolej dan universiti swasta mengenai pengumuman sekatan dan tidak menyatakan sebab mengapa mereka secara tiba-tiba mengubah polisi.
“Jika tidak ada masalah dengan kualiti peperiksaan percubaan SPM yang biasanya lebih susah daripada peperiksaan SPM sebenar, apa keperluan sekatan?
“Selagi tidak ada sebab yang munasabah, Kementerian harus segera menarik balik langkah tidak munasabah dan tidak adil ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Kian Ming menyatakan, majoriti pelajar yang memasuki pra universiti di kolej dan universiti swasta menggunakan keputusan percubaan melanjutkan pelajaran ke luar negara pada bulan Januari.
Jelasnya, kalendar akademik program pra universiti dan asasi biasanya adalah mengikut tarikh pengambilan universiti luar negara dan pelajar membuat permohonan menggunakan keputusan percubaan SPM.
“Sebagai contoh, program Matrikulasi Australia yang ditawarkan di Sunway College, bermula pada bulan Januari dan hanya akan selesai dalam tempoh 8 hingga 10 bulan.

Pentadbiran telus Selangor tiup angin perubahan ke Negeri Sembilan


anthonyloke

SEREMBAN, 29 SEPT: Pentadbiran yang telus dan meletakkan kepentingan rakyat di Selangor akan menjadi pemangkin kepada perubahan ke Negeri Sembilan, kata Pengerusi DAP negeri Anthony Loke Siew Fook.
“Pencapaian Pakatan Rakyat di Selangor termasuk Pulau Pinang penting kerana ia mampu menjadi penjana perubahan di seluruh negara.
“Dasar dan pendekatan pentadbiran Pakatan di kedua-dua negeri ini yang mempunyai komposisi penduduk berbilang kaum dan agama, akan menjadi model dan contoh pentadbiran untuk memenangi sokongan rakyat dalam pilihanraya umum (PRU) ke-14.
“Perkongsian kuasa yang adil juga membantu kami di Negeri Sembilan untuk meyakinkan pengundi bahawa DAP dalam Pakatan tidak sama dengan parti komponen BN.
“Kita semua berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah,” katanya dalam ucapan di Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan di Seremban 2, semalam.
Dalam PRU ke-13 lalu, DAP Negeri Sembilan mencatatkan pencapaian paling cemerlang dengan memenangi semua kerusi yang ditandingi.
Namun kata Anthony, kemenangan tersebut tidak menjamin kejayaan di masa hadapan tanpa kerjasama setiap anggota parti dan usaha gigih setiap wakil rakyat DAP.

Kena Buli: Pemuda PAS Kelantan desak Nik Abduh jaga emosi

Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP. Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan. "PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.  "Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci penyokong PR sendiri. "Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS. "Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi." katanya. Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis menteri besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu. Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya.

Anwar mahu yuran Unisel dikurangkan, syarat langsai dilonggarkan

Azmin: PAS's decision on deputy speaker post not urgent

Azmin: 'Merged' exco portfolios to be announced on Wednesday

Pesta buang pekerja kerajaan BN

INGAT lagi cerita Yiked Holdings Sdn Bhd (YIKed) yang disaman RM11 juta di penghujung pentadbiran Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak dahulu?

Menurut fakta kes, mahkamah telah mengarahkan YIKed membayar RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd. Ia ekoran kegagalan YIKed menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama dengan syarikat berkenaan dalam satu projek besar yang telah dimulakan sejak zaman Menteri Besar BN, Tan Sri Osman Aroff lagi.

Long Island Development Sdn Bhd iaitu syarikat bersama YIKed dan Long Island Properties bertanggungjawab menebus 16 keping tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad tetapi telah gagal berbuat demikian.

Rentetan itu, syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambil alih pinjaman tidak berbayar Southern Finance Berhad bertindak menyaman YIKed RM11 juta dan telah berjaya di mahkamah.

YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300,000 bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan dibayar ansuran sehingga bersambung di bawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir yang mengambil alih Kedah pada Mei 2013.

Jumlah RM11 juta yang dibazirkan angkara kerajaan BN sebelum Mac 2008 termasuk dalam senarai RM403 juta penyelewengan dan pembaziran yang berlaku di zaman BN dahulu. Ustaz Azizan terpaksa berhempas pulas mencari duit untuk melunaskan semua pembayaran yang dipaksakan itu. “Tak dak duit nak bayar, aku tebang balak,” seloroh Ustaz Azizan dalam satu sidang media di Stadium Suka Menanti.

Hebatnya pentadbiran Ustaz Azizan, bagaimana tenat pun menghadapi masalah kewangan dalam GLC beliau tidak pernah mengizinkan tindakan zalim memecat staf hanya kerana kekangan kewangan. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah antara yang hadapi masalah kewangan sehingga gaji lewat dibayar.

Pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat berusaha mencari duit menyelesaikan masalah yang berlaku. Namun membuang pekerja sewenang-wenangnya tidak berlaku.
Hari ini seluruh negara dikejutkan dengan tindakan YIKed (merupakan anak syarikat Yayasan Islam Negeri Kedah) memberhentikan 28 staf serentak dengan alasan prestasi syarikat tidak memberangsangkan, syarikat menanggung perbelanjaan operasi yang tinggi, perolehan tidak dapat menampung kos operasi dan alasan penstrukturan semula syarikat.

Orang Asli terhina penjelasan menteri di PBB


Aktivis Orang Asli berkata merasa terhina dengan kenyataan menteri di Persidangan Sedunia mengenai Orang Asli (WCIP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa hak mereka dilindungi di Malaysia.

Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP) berhujah, walaupun terdapat pelbagai peruntukan berkaitan rizab Orang Asli dalam Akta Orang Asli, tetapi realiti sebenar berbeza sama sekali.

Penyalaras JKOAP Shafie Dris (kanan) juga mengetengahkan tindakan kerajaan yang tidak menguatkuasakan hak-hak common law Orang Asli sepertimana yang diiktiraf mahkamah.

“Hak common law Orang Asli adalah berdasarkan kependudukan tanah yang berasingan dan berdasarkan sejarah lisan berkaitan dengan adat resam dan tradisi hubungan Orang Asli berkenaan dengan tanah mereka.

“Sedangkan hak Orang Asli di negara ini bergantung kepada comman law, manakala tanah adat Orang Asli kebanyakannya bertindih dengan rizab-rizab lain seperti rizab Melayu, rizab hutan simpan dan sebagainya,” jelasnya.

Shafie juga membangkitkan soal kemudahan asas yang belum sempurna di banyak perkampungan Orang Asli.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 24 September dilaporkan berkata, Malaysia komited melindungi hak serta kepentingan Orang Asli yang termaktub bawah undang- undang dan dasar kebangsaan.

Saari: Saya ahli PAS sampai mati

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib berkata beliau akan tetap bersama PAS sehingga penghujung hayatnya.

Saari berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas bermesyuarat bersama bersama pemimpin PAS di ibu pejabat parti Islam itu di Kuala Lumpur.

“Saya tetap ahli PAS sehingga ajal,” katanya tanpa menjelaskan secara langsung hasil pertemuan beliau dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin dengan pemimpin kanan PAS.

Saari, bersama Hasnul, sebelum ini didakwa mengetepikan parti apabila menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum PAS membuat keputusan.

Aktivis Ali dibebaskan selepas lebih 20 hari dalam tahanan polis

Aktivis Ali Abd Jalil akhirnya bebas hari ini, tanpa ditangkap semula, setelah berada dalam tahanan polis lebih 3 minggu. Peguamnya New Sin Yew memberitahu The Malaysian Insider, Ali dibebaskan dari ibu pejabat polis Nusajaya pada jam 3.35 petang. Ali melalui satu pengalaman yang menakutkan berikutan disiasat polis kerana dituduh membuat posting berunsur hasutan di laman sosial.

Dia menghabiskan lebih 20 hari dalam tahanan polis kerana dibawa ke tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor di mana laporan polis dibuat terhadapnya sebelum ini. Ali berdepan dengan tiga tuduhan hasutan menghina Sultan Selangor dan Sultan Johor dalam kiriman laman Facebook. Dia dituduh menghasut menerusi penulisan di laman Facebook "Kapitalis Bangsat" yang dikatakan menghina Sultan Johor. Ali pertama kali ditahan pada 8 September dan berada dalam tahanan polis Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. New sebelum ini berkata kepada The Malaysian Insider penahanan Ali di tiga negeri itu merupakan penderaan fizikal dan mental kepada anak guamnya.

"Penahanan ke tiga negeri itu tidak berguna kerana semua penyiasatan boleh dilakukan di Kuala Lumpur," katanya. Pada 23 September, Ali dibebaskan selepas membayar ikat jamin RM8,000 di Kompleks Mahkamah Shah Alam. Bagaimanapun, pembebasannya tidak bertahan lama selepas ditahan semula dan dibawa ke Johor kerana terdapat laporan polis terhadap dirinya di sana. Ali dibebaskan polis Johor pada Jumaat dan kemudian ditahan semula polis Nusajaya bagi membantu siasatan. New berkata, Ali ditahan polis lebih lama berbanding seorang suspek bunuh yang hanya boleh ditahan sehingga 14 hari sebelum dibebaskan atau didakwa.

TG Nik Aziz anggap Azmin ibarat sebiji panah jatuhkan dua burung

Anwar: Itu pendapat Tuanku, saya tak mahu debat

Kerajaan BN Sabah ‘izin’ rampasan tanah NCR

Sebuah syarikat telah membawa lebih daripada 100 pendatang tanpa izin untuk menghalau Orang Asal dari Kampung Sinurai, Kampung Wayan dan Kampung Malinsau di Ranau pada Khamis.

NCRKOTA MARUDU: Kerajaan perlu mengubah cara pemikiran mereka dengan memberi keutamaan lebih tinggi kepada Orang Asal dan tuntutan Hak Adat (NCR) mereka dan bukan kepada syarikat-syarikat swasta sekiranya berlaku percanggahan dalam permohonan tanah.
Ketua Penerangan PKR Sabah, Maijol Mahap, mendakwa apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya apabila terdapat percanggahan permohonan tanah antara Orang Asal dan syarikat-syarikat swasta atau agensi kerajaan, Jabatan Tanah dan Ukur akan memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat swasta atau agensi kerajaan tersebut.
Sekiranya pihak kerajaan memberi kelulusan kepada Orang Asal, proses ini sangat lama dan boleh mengambil masa 10 hingga 30 tahun, katanya.
“Tetapi apabila ia datang kepada tanah yang ingin digunakan oleh syarikat-syarikat swasta, proses ini boleh menjadi sangat cepat. Ia hanya akan mengambil masa beberapa tahun bahkan hanya beberapa bulan, ” katanya.
Beliau mengulas mengenai terdapatnya syarikat yang membawa lebih 100 pendatang tanpa izin untuk menghalau Orang Asal dari Kampung Sinurai, Kampung Wayan dan Kampung Malinsau di Ranau pada Khamis lepas.
Beliau berkata, rakyat terjejas telah menduduki kawasan tersebut selama kira-kira 100 tahun.

Salah faham boleh hancurkan PR

Pemuda PAS Sarawak ingin mengingatkan kepimpinan parti semua peringkat untuk menyelesaikan apa jua perbezaan pendapat secara tertutup dan bukan di media terbuka.
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Sarawak, M Arifiriazul B Paijo menegaskan pendirian PAS untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) seperti mana yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam Muktamar PAS tahun ini.
PAS Sarawak juga akan terus komited terhadap kesatuan PR untuk mewujudkan sistem dua parti di Malaysia.
Sarawak Pakatan“Alangkah malang jika usaha yang dijalankan selama ini hancur begitu sahaja dengan salah faham yang sepatutnya boleh dielakkan melalui perbincangan, menghormati perbezaan dan bekerja ke arah perkara yang dipersetujui,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, Pemuda PAS Sarawak ingin mengingatkan kepimpinan parti semua peringkat untuk menyelesaikan apa jua perbezaan pendapat secara tertutup dan bukan di media terbuka.
“Pemuda PR Sarawak sepatutnya menjadi contoh sebuah pasukan yang berwibawa, mantap dan maju. Anak muda sepatutnya lebih rasional, berjiwa besar dan tidak perlu leka dengan isu-isu sampingan, yang hanya merugikan dan memusnahkan PR.
“Pemuda PAS Sarawak menasihatkan semua pihak untuk terus memberikan fokus terhadap kebajikan rakyat dan pemerkasaan PR,” jelasnya.
Tambah beliau, PAS melalui program ‘Untukmu Sarawak’ akan terus menjuarai isu-isu kebajikan rakyat di seluruh negeri.

Exco: Anwar minta semua hormati keputusan MB

SHAH ALAM, 29 SEPT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghormati keputusan Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung jemaah Exco baharu.
Beliau menjelaskan isu itu telah ditentukan melalui perbincangan dalaman parti.
“Ini adalah keputusan Menteri Besar selepas daripada perbincangan parti, ini adalah keputusannya, kena bagi ruang kepada Menteri Besar untuk menentukan dan buat keputusan yang efisyen,” katanya ringkas menjawab isu pengurangan barisan exco PAS daripada 4 kepada tiga.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Syarahan Ekstrimis di Universiti Selangor, di sini.
Dalam pada itu, Anwar turut enggan mengulas titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin yang menyalahkan PKR kerana menyebabkan kemelut Menteri Besar.
“Saya tidak mahu diheret bicara dengan kontroversi dengan titah Tuanku Sultan.
“Itu pendapat beliau. Saya tidak mahu berdebat,” katanya.
Minggu lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kesal dengan kebuntuan yang tercetus akibat ‘Langkah Kajang’ yang diilhamkan PKR untuk menyingkir mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

'Itu pendapat Tuanku, saya tak mahu debat'- Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Jumaat lalu yang menyalahkan PKR dalam krisis Selangor.

"Itu pendapat peribadi Tuanku, dengan penuh hormat, saya tak mahu berdebat dengan hal itu," kata beliau kepada wartawan selepas memberi syarahan bertajuk “Memerangi Ekstrimis” di Universiti Selangor (Unisel) di Shah Alam hari ini.

Sebaliknya Anwar menegaskan beliau mahu memastikan menteri besar dari PKR menjalankan pentadbiran mereka demi rakyat.

Beliau memberi contoh pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid dahulu yang didakwanya melupakan beberapa perkara rakyat seperti masalah pelajar miskin di Unisel sendiri.

Anwar: Saya tak campur pentadbiran Azmin.!

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan memberi 'arahan' atau mencampuri urusan pentadbiran menteri besar baru Selangor Azmin Ali.

Beliau sebelum ini meminta Azmin mendedahkan pihak yang mendapat mendapat manfaat daripada perjanjian penstrukturan semula air negeri.

Sebaliknya, kata Anwar, beliau hanya meminta penjelasan daripada pentadbiran baru itu mengenai kenaikan gaji mendadak untuk wakil rakyat, pembinaan lebuh raya KIDEX serta perjanjian air yang diikat dengan Putrajaya.

"Saya hanya minta penjelasan daripada menteri besar dan kerajaan yang baru supaya kita dapat maklumat ini saya tidak tentukan apa-apa dan hukuman.

"Siapa nak untung itu hak dia, tapi proses kena ikut, peraturan kena ikut jangan untung untuk orang atas kerana kita nak mempertahankan kedudukan kita kemudian rakyat kena bayar lebih," tegas beliau.

'Bantu pelajar miskin'

Sementara itu, Anwar turut menggesa pentadbiran Azmin membantu pelajar miskin di Universiti Selangor (Unisel) yang tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan kerana tidak mampu membayar yuran pengajian.

Sejarah pendek pertelagahan Mahathir dan Anwar

Oleh Mariam Mokhtar
Kita semua tahu apa yang ahli-ahli politik Malaysia katakan, tetapi apakah yang sebenarnya mereka maksudkan? Kita mengetahui pertembungan yang sengit di antara bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pertelagahan terbuka mereka telah berlangsung untuk sekurang-kurangnya tiga puluh tahun.

Walaupun selepas Mahathir bersara, pertempuran antara kedua-duanya tidak reda. Malaysia mahu bergerak ke hadapan dan meninggalkan helah yang memecah-belahkan dan dasar tindakan afirmatif tidak adil yang telah menggores negara ini, tetapi Mahathir masih mahu mendapatkan perhatian. Beliau telah mengkritik penggantinya, Tun Abdullah Badawi dan PM semasa, Datuk Seri Najib Razak. Seperti orang gila, Mahathir juga mahu memastikan kemusnahan Anwar, sebelum beliau mati.
Anwar adalah ancaman terbesar bukan sahaja kepada Mahathir, tetapi juga untuk Umno-Baru. Jika Umno-Baru pupus, adalah mustahil bagi anak lelaki Dr Mahathir meneruskan legasinya.
Najib mungkin kelihatan seperti sakit kepala yang berulang-ulang kepada Mahathir, tetapi masih boleh diubati dengan aspirin. Anwar ialah sesuatu yang berbeza. Beliau adalah seperti sebuah ketumbuhan dalam kepala Mahathir, yang perlu dibuang. Anwar adalah seperti lemak dalam arteri Umno-Baru. Jika arteri kekal tersumbat, aliran darah akhirnya boleh terhenti.
Januari lalu, tidak lama selepas Serampang Kajang diumumkan, Mahathir mengejek Anwar dan berkata Anwar bersedia untuk mengambil "langkah-langkah kecil", hanya untuk menjadi MB. Dalam sebuah siaran Radio 24, beliau berkata, "Dia (Anwar) sentiasa mahu menjadi pemimpin kerajaan. Jika dia tidak boleh mendapatkan jawatan tertinggi, sekurang-kurangnya dia mendapat jawatan yang lebih kecil."
Apa yang Mahathir maksudkan ialah, "Saya tidak akan membenarkan beliau menjadi MB, dengan apa cara sekalipun."
Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, atau sesiapa dalam Pakatan Rakyat, yang tidak mempunyai rahsia tersembunyi, yang Umno-Baru boleh gunakan untuk memeras ugut, tidak akan menjadi MB. Golongan bijak pandai pernah berkata, "Anda tidak boleh menipu orang yang jujur”.

Pesanan TG Nik Aziz kepada Azmin

Keputusan PRK membimbangkan, Pakatan perlu kembali dasar bersama

Pakatan Rakyat perlu kembali memperteguh konsensus dan dasar bersama demi mengembalikan keyakinan rakyat jika mahu terus mendepani pilihanraya umum sebagai sebuah perserikatan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya menggesa supaya semua pihak kembali kepada dasar bersama, memandangkan trend pengundian pasca pilihanraya kecil Teluk Intan dan Pengkalan Kubor nampaknya agak merisaukan.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi sekiranya trend tersebut diunjurkan ke seluruh kerusi DUN di Kelantan, negeri tersebut bakal diambil alih oleh Umno, manakala BN akan memperolehi tambahan kerusi di Perak.
“Di peringkat Parlimen, BN boleh memenangi lapan kerusi berbanding lima sekarang ini. Kerusi marginal Pakatan Rakyat seperti Kuala Krai, Pasir Puteh dan Bachok akan tumbang kepada BN,” ujarnya.
Di Perak pula BN boleh mendapat tambahan sehingga 36 kerusi DUN dan sehingga 16 kerusi Parlimen, sekiranya trend tersebut kekal.
“Pakatan Rakyat akan kehilangan kerusi Bukit Gantang, Sungai Siput, Beruas dan Kampar. Manakala di DUN, Pakatan Rakyat boleh kehilangan kerusi Kuala Sepetang, Changkat Jering, Sungai Rapat, Teja dan Hutan Melintang,” tambahnya,
Bagi pemimpin veteran DAP itu, penegasan semula dasar bersama dan prinsip konsensus sesama pimpinan parti komponen adalah syarat utama untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.
“Namun prinsip konsensus ini telah tergugat apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan untuk menuruti konsensus yang telah dicapai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai dan 17 Ogos,” katanya, merujuk kepada kemelut Menteri Besar Selangor baru-baru ini yang berakhir minggu lalu.
Kit Siang cadang tubuh jawatankuasa kerja PR

Abdul Khalid mahu letak jawatan ADUN Pelabuhan Klang?

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tidak lama lagi.
Ia dijangka diumumkannya selewat-lewatnya November ini.
Menurut sumber, ia dibuat kerana beliau yang kini wakil rakyat bebas hanya mahu menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Bagaimanapun belum ada permohonan rasmi dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, Abdul Khalid memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak sekaligus atas tike PKR.
Lagi pun beliau bukan lagi MB Selangor.
Jawatan MB Selangor kini disandang oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Abdul Khalid meletakkan jawatan MB selepas usaha menyingkirkannya melalui Langkah Kajang bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang baru-baru ini.
Menurut sumber, sekiranya Abdul Khalid masih menjadi ADUN Pelabuhan Klang, ia menimbulkan suasana tidak selesa.

Forest City: Projek RM600 bilion, bayar pampasan nelayan hanya RM7,000?

Projek Forest City di Selat Johor dianggar mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM600 bilion di dalam tempoh 30 tahun dan akan mewujudkan empat buah pulau buatan manusia.
Penambakan laut yang sedang berjalan sekarang merupakan yang terbesar dan tidak dapat dinafikan merupakan paling mahal daripada segi kos di Malaysia.
Projek Forest City merupakan usahasama di antara salah sebuah syarikat hartanah terbesar China, Country Garden Holdings Ltd dengan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Bagaimanapun amat memeranjatkan apabila jumlah pampasan yang diberikan oleh pihak pemaju projek itu kepada nelayan tempatan yang terjejas sumber mata pencarian mereka akibat penambakan laut itu hanyalah sekadar RM7,000 setiap seorang.
Beberapa orang nelayan Tanjung Adang, Gelang Patah yang ditemui mengesahkan tentang bayaran pampasan itu tetapi enggan mengulas dengan panjang lebar kerana beranggapan ia adalah isu yang sensitif selain kaitan projek Forest City dengan Istana Johor.
"Memanglah jumlah pampasan itu amat kecil, tidak berbaloi dengan kerugian yang kami tanggung ketika ini dan pada masa depan akibat projek itu. Tetapi kami terpaksa terima kerana takut dianggap derhaka," kata seorang nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai "Pak Abu" kepada MalaysiaGazette.
Beliau yang mula menjadi nelayan sejak berusia 12 tahun mendakwa, projek penambakan laut itu telah memusnahkan kawasan perairan Selat Johor yang sebelum ini amat kaya dengan ikan, ketam serta udang dan menjadi lokasi mencari rezeki sejak turun-temurun.
Nelayan tempatan memanggil lubuk yang kaya dengan khazanah laut itu "Beting Tanjung Adang", dan mendakwa sebahagian besar daripadanya telah dikambus dengan pasir-pasir penambakan laut, memusnahkan segala jenis hidupan marin sedia ada.

PAS nafi sudah ambil tindakan terhadap 2 Adun Selangor

Penolong Setiausaha PAS Pusat, Khairul Faizi yang turut mengesahkan masih belum ada tindakan dibuat ke atas ADUN-ADUN terbabit.

sungib_300PETALING JAYA: Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohd Shahir Abu Hasan menafikan laporan dalam satu portal media yang mengatakan dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin PAS hari ini
Menurut Shahir, beliau juga tidak mengetahui perkara tersebut dan hairan bagaimana portal tersebut boleh mengeluarkan laporan yang sedemikian.
“Saya juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada Penolong Setiausaha PAS Pusat, Khairul Faizi yang turut mengesahkan masih belum ada tindakan dibuat ke atas ADUN-ADUN terbabit ,” tegasnya ketika dihubungi oleh FMT.
Sebelum ini, portal tersebut melaporkan bahawa Saari menjelaskan beliau dan Hasnul telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin untuk memberi penjelasan mengenai tindakan mereka yang didakwa telah membelakangkan parti.
Saari bagaimanapun bertegas tidak akan meninggalkan PAS meskipun tindakannya menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor dianggap wira oleh DAP.
Semalam, Hasnul menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU akan datang atas tiket DAP, manakala Saari pula mengeluarkan kenyataan untuk bertanding sebagai calon Bebas sekiranya disingkir PAS.
Hasnul menegaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan oleh pimpinan PAS Pusat.

Guan Eng hairan dengan Dr M: DAP tolak dakwaan undi tak percaya pada Azmin

DAP tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya bagi sidang DUN Selangor yang akan diadakan November depan.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap menteri besar yang baru Azmin Ali memandangkan kesemua 15 ADUN Selangor menyokong penuh timbalan presiden PKR itu.

"DAP hairan dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usul tidak percaya terhadap Azmin Ali sebagai menteri besar dalam sidang DUN November depan.

"DAP tidak menerima sebarang petunjuk bahawa akan ada apa-apa usul atau usul tidak percaya terhadap Azmin Ali kerana 15 Selangor ADUN DAP menyokong penuh Timbalan Presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor.

"Saya telah bercakap dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini untuk menyampaikan komitmen DAP kepada Azmin Ali serta memastikan kestabilan politik yang diperlukan di Selangor bagi memastikan Azmin menjadi menteri besar" katanya dalam satu kenyataan media.

Nasrudin: DAP, PKR kalah lagi teruk dalam p'raya kecil

Anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan menolak amaran DAP bahawa mereka mungkin hilang Kelantan jika trend dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor merebak.

Membandingkan dengan dua lagi pilihan raya kecil Balingian yang ditandingi PKR dan Teluk Intan (DAP), Nasrudin berkata penurunan pengundi di Pengkalan Kubor jauh lebih kecil.

"(Pemimpin DAP) YB Lim Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan PAS di Pengkalan Kubur adalah isyarat BN akan merampas Kelantan.

"Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan?" tulisnya di Facebook.

Carta yang dipaparkan Nasrudin menunjukkan penurunan sokongan pada PKR turun 33 peratus di Balingian, undi DAP turun 27.3 peratus di Teluk Intan tetapi PAS hanya merosot 13.18 peratus di Pengkalan Kubor.

Lim juga berkata, jika trend peralihan undi kepada BN terus berlaku di kawasan lain, Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dalam pilihan raya akan datang manakala pihak lawan dengan 25 kerusi.

Bajet 2015: Naik gaji saja tidak cukup bagi kakitangan awam

Kakitangan kerajaan sedang melobi kerajaan untuk lebih daripada sekadar kenaikan gaji menjelang Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan kerana mereka risau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam, sekian lama mendesak kerjaan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk membantu mereka yang dalam kategori berpendapatan rendah di bawah RM3,000. Kira-kira 60% atau 630,000 daripada 1.05 juta kakitangan kerajaan memperoleh hanya RM3,000 atau kurang sebulan.

Mereka termasuk polis, askar, jururawat dan guru - 4 profesyen terbesar dalam perkhidmatan awam. Presiden Cuepacs Azih Muda berkata bagi kumpulan ini, kenaikan gaji pada skim sekarang tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, yang mana sewa dan pemilikan rumah mengambil sebahagian besar gaji mereka. “Ada pegawai yang bekerja 10 tahun sejak habis belajar universiti tetapi masih tidak mampu memiliki rumah sendiri," katanya yang juga mengetuai Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak berkuasa Tempatan. Gaji seorang pegawai dengan ijazah pertama bermula dengan RM2,200 sebulan. Mengikut skala gaji kerajaan sekarang, selepas 10 tahun, gajinya hanya akan naik kepada RM3,400. “Bagaimana dia mampu membeli rumah, menyara keluarga, bayar pinjaman pendidikan dan pinjaman kereta, semua pada satu masa,” katanya dalam temubual, baru-baru ini. Walaupun sekiranya kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji dalam bajet tahun ini, Azih tidak yakin ia akan mencukupi untuk beberapa bulan akan datang kerana harga barang keperluan dipercayai akan naik.

Ahli majlis beri tekanan pecat ketua whip PAS daripada MPPP

Ahli majlis perbandaran daripada PKR dan DAP ketika ini sedang giat mengumpulkan tandatangan dari rakan mereka dalam usaha mendesak supaya Ketua Whip PAS Iszuree Ibrahim dipecat.
Sekakat ini, seramai 15 daripada 35 ahli majlis sudah menandatanganinya.
Daripada 23 ahli majlis yang dilantik, 10 daripadanya adalah daripada DAP, 8 PKR dan 2 PAS, manakala tiga lagi daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahli majlis Chris Lee daripada DAP berkata mereka serius meminta kerajaan negeri menamatkan khidmat ketua whip Majlis Perbandaran Pulau Pinang tersebut. Katanya, petisyen itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri hari ini untuk dipertimbangkan.
Beberapa ahli majlis mengadakan sidang media di Komtar pagi ini, membidas tuduhan Iszuree yang menyerang kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dalam isu pembangunan.
Mereka mengkritik Iszuree kerana menyamakan kerajaan negeri dengan Barisan Nasional (BN) berikutan satu artikel yang diterbitkan dalam satu portal berita pada 19 September.
Iszuree yang berucap sebagai perwakilan semasa Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat itu menyentuh tentang penduduk tradisional yang diusir bagi memberi laluan kepada projek pembangunan baru di negeri itu.
Beliau berkata, pemimpin PR kini lebih mesra dengan pemaju daripada dalam mendengar suara rakyat.
Mohd Hariszuan Jaharudin, seorang lagi ahli majlis DAP berkata, Iszuree tidak pula menyebut mengenai langkah yang diambil kerajaan negeri.

Hutang 1MDB melebihi RM30b ditanggung rakyat Malaysia.....


Kekang kenaikan harga, guna kuasa pengguna

Kenaikan harga barangan makanan di Malaysia memang sukar di kawal, kecuali seluruh rakyat menggunakan kuasa pembeli seperti yang dilakukan di kebanyakan negara Eropah.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Jacob George berkata, selagi rakyat tidak menggunakan kuasa sebagai pembeli, selagi itu mereka akan terus berhadapan dengan kenaikan harga barangan.
Menurutnya, kerajaan termasuk agensi-agensinya serta persatuan-persatuan pengguna sudah berjuang berhabis-habisan untuk mengekang kenaikan harga tetapi jika pengguna terus membeli barang yang dinaikkan, apa lagi pilihan yang ada.
Sepatutnya, rakyat Malaysia yang rasa teraniaya dengan kenaikan harga barang memboikot barang-barang berkenaan dan bukan terus membeli, tetapi pada masa sama melahirkan rasa tidak puas hati.
"Pada realiti sebenarnya, pengguna banyak pilihan untuk membeli barangan tetapi berdasarkan pemantauan persatuan-persatuan pengguna, orang ramai akan terus membeli.
"Kalau ikan kembung naik, beli ayam atau ikan atau ikan lain yang pelbagai jenis. Kalau ayam naik, jangan makan buat sementara waktu, sebaliknya makan ikan. Bukan susah tetapi amalan ini tidak mampu dilakukan oleh pembeli," tegas beliau yang mengulas mengenai trend berterusan kenaikan harga barangan.
Tambah beliau, satu lagi amalan buruk pengguna tempatan yang perlu diubah iaitu membeli barang secara banyak, seolah-olah esok stok barang berkenaan sudah habis.

Harga Naik: Kerajaan tolonglah turun padang

Kenaikan harga barangan tanpa kawalan masih lagi membelenggu rakyat di negara ini terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar.
 
Bagi pengusaha makanan dan minuman, kenaikan harga barang terus menjadi igauan ngeri bagi mereka.
 
Mahu dinaikkan harga hidangan disebabkan harga bahan mentah yang melambung, bimbang premis tidak lagi dikunjungi pelanggan namun tambahan kos sudah tidak mampu lagi diserap.
 
Justeru pengendali sebuah rangkaian kopitiam di Lembah Kelang, Mohd. Farid Yahaya meminta kerajaan turun padang, buat tinjauan sendiri harga bahan mentah di pasar-pasar, bukan hanya dilakukan secara bermusim.
 
"Kerajaan kena turun padang, tengok sendiri berapa harga bahan mentah di pasar borong. Kenaikan harga barangan adalah di luar kawalan malah kadang-kadang tidak masuk akal.
 
"Bayangkan, jika sebelum ini harga bunga kantan adalah 80 sen sebatang tetapi baru-baru ini ia naik sehingga RM6 sebatang, itu belum lagi harga barangan lain seperti ikan, cili, bawang dan sebagainya. Saya terpaksa beli jika tidak, kualiti dan rasa masakan saya akan terjejas.
 

Dr M kritik budaya sokong tanpa persoal Umno

Umno perlu berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik dengan lebih berani, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada masa ini, kata bekas presiden Umno itu, budaya dalam parti menyaksikan pemimpin disokong tanpa dipersoal.

“Ya, kerana pemimpin harus diberitahu pandangan lain. Seorang pemimpin tidak boleh lakukan apa saja yang beliau suka,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Mahathir ditanya berhubung komen A Kadir Jasin, bekas ketua pengarang kumpulan NSTP, yang berkata Umno terlalu lemah untuk menyingkirkan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Akta hasutan: NGO lwn NGO

Kumpulan pelobi prokerajaan yang menyokong Akta Hasutan 1948 diselar kerana didakwa cuba “membuli” untuk mendiamkan gerakan peguam yang menuntut pemansuhan undang-undang itu.

Kumpulan masyarakat sivil Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) menyelar Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948 kerana mendorong penyokongnya mengganggu (troll) penganjur kempen Mansuhkan Akta Hasutan.

Presiden bersama Cenbet Lim Chee Wee mendakwa, pemimpin-pemimpin kempen itu, termasuk pengerusi peguam muda Badan Peguam Malaysia Syahredzan Johan antara yang menjadi sasaran utama.

“Taktik digunakan kumpulan ini setakat ini termasuk menyiarkan nombor telefon Syahredzan di atas talian dan meminta orang ramai menghujaninya dengan panggilan telefon dan SMS.

“Mereka juga heret anggota keluarganya ke dalam perdebatan yang dilihat cubaan membulinya supaya diam,” katanya.

NGO mahu kumpulan pro akta-hasutan hentikan gangguan atas peguam, minta maaf kepadanya

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu kumpulan pro-Akta Hasutan berhenti mengganggu peguam Syahredzan Johan, selepas mereka menyiarkan nombor telefonnya di Internet berikutan pendiriannya mengenai akta itu. Presiden bersama Centre For A Better Tomorrow (CenBet) Lim Chee Wee menyifatkan tindakan Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948 itu, yang mencucuk penyokongnya supaya mengganggu peguam itu, sebagai "cubaan membuli dalam senyap". "Kami minta kumpulan ini memadamkan nombor telefon bimbit Syahredzan daripada domain awamnya, hentikan serangan peribadi ke atasnya dan meminta maaf kepadanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Syahredzan ialah pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan Majlis Peguam dan penganjur kempen Mansuh Akta Hasutan. Pendiriannya menentang undang-undang zaman penjajah itu membuatkan dia diserang di alam siber. Difahamkan nombornya dikhabarkan seolah-olah dimiliki seorang wanita bernama 'Maria' yang kononnya menawarkan perkhidmatan seksual. Lee berkata, terdapat banyak contoh di mana kumpulan ekstrem mengambil tindakan mengecap, menakut-nakutkan dan mencerca mereka yang tidak bersetuju dengan mereka daripada mengambil pendekatan mengadakan wacana berlandaskan akal fikiran, kesopanan dan toleransi.

Tak mahu Adun Pas disibukkan tugas Timbalan Speaker.?

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jika PAS menolak kerusi Timbalan Speaker Selangor, ia adalah kerana tidak mahu Adun PAS yang tidak dilantik sebagai exco, disibukkan dengan tugas itu sehingga menjejaskan tugas asasi mereka.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini, PAS Selangor belum lagi membuat apa-apa keputusan berhubung tawaran itu dan akan memuktamadkan perkara tersebut sebelum Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November akan datang.

"Satu keputusan akan dibuat sebelum sidang DNS bermula.

"Jika PAS menolak adalah kerana PAS mahukan kesemua Adun PAS yang tidak dilantik menjadi Exco dapat berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam DNS dan tidak disibukkan dengan tugas sebagai Timbalan Speaker,” katanya dipetik Selangor Kini.

Semalam, Iskandar yang juga Adun Chempaka menulis di Facebokk bahawa PAS masih belum memutuskan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut.

Beliau berkata, pertemuan exco dan mantan exco PAS dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam semalam juga tidak membuat keputusan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini.

Jika Pas pecat, gantung dua Adunnya...

Dua Adun Pas berdepan Lembaga Disiplin esok
DUA Adun Pas Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin dilaporkan akan dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti esok (hari ini) ekoran tindakan mereka yang didakwa mendahului parti dengan memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sehingga ini apa yang bermain di fikiran orang ramai ialah apakah hukuman yang bakal diterima oleh kedua-dua Adun itu terima. Adakah mereka akan dipecat, digantung, diberi amaran atau dilepaskan begitu saja?

Sementara Presiden Pas, Haji Hadi kelihatan amat berang dengan tindakan Saari dan Hasnul ini dengan melabelkan di pentas terbuka penggulungan Muktamar Pas di Batu Pahat dengan cop pengkhianat, barua, broker dan sudah dibeli, sebaliknya DAP pula meraikan kedua-dua Adun itu semalam (kelmarin) dalam sebuah majlis jamuan dan menganggap mereka adalah "wira" yang mempertahankan kerajaan PR Selangor.

Berdepan dengan apa yang berlaku kepada Iszurie Ibrahim, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang juga Bendahari Pas negeri yang dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap dan dibekukan peruntukannya ekoran kritikan terbuka terhadap dasar perumahan kerajaan negeri dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini, sanjungan DAP terhadap Saari dan Hasnul bagaikan sengaja merenjis minyak kepada api yang sedang membara dalam Pas ketika ini.

Saari dan Hasnul sebelum ini mempertahankan tindakan mereka adalah bertujuan menafikan dakwaan sokongan majoriti yang didakwa dimiliki oleh Khalid Ibrahim serta atas semangat untuk mempertahankan kerajaan negeri PR.

Kiranya esok (hari ini) Saari dan Hasnul akan dipecat oleh Pas, tanggapan umum tentunya tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan ucapan Haji Hadi di muktamar baru-baru ini. Akan wujud persepsi bahawa Lembaga Disiplin Pas hanyalah "rubber stamp" kepada Haji Hadi saja.

Usah politikkan isu kerusi Exco - Zaidy

Zaidy
SELAYANG - Segala krisis pentadbiran dalam Selangor selesai dan kini memberikan tumpuan untuk memulihkan kecacatan hubungan dalam PR.
Ketua Penerangan Pas Selangor yang juga Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, fokus parti itu kini adalah membuat kerja dan menjaga kebajikan rakyat.

Menurutnya, baki tiga tahun sebelum pilihan raya harus digunakan sebaiknya untuk menjalankan amanah yang diberi.

“Pas berharap pengurangan satu kerusi Exco (Pas) tidak dipolitikkan sebaliknya meminta semua pihak memberikan sokongan untuk pembangunan Selangor.
“Kita dah bazirkan sembilan bulan untuk krisis ini sedangkan kita dipilih menjadi wakil rakyat bukan untuk tujuan itu. Semua pihak menumpukan kepada kerja dan menghentikan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam parti,” katanya, semalam.

Beliau ditemui selepas selesai program Dhuha Dikir Zikir anjuran pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang diadakan di kawasan lapang depan stadium Selayang bermula jam 8.30 pagi.

Kira-kira 200 pengunjung hadir memeriahkan program yang turut menampilkan kumpulan Unic membuat persembahan dikir zikir dan sembang santai bertajuk ‘Qurban: Untaian Tali Takwa’.

Jumaat lalu Zaidy dilantik menjadi salah seorang Exco Kerajaan Negeri bersama dua lagi wakil Pas iaitu Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Khairi.

Kes saman fitnah Syed Husin, Zul Nordin tarik balik posting


Bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia telah bersetuju untuk membayar sejumlah kos yang tidak didedahkan kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

Ini ekoran bekas pemimpin PERKASA itu bersetuju untuk menarik balik posting dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah manakala akhbar milik Umno itu pula bersetuju menarik balik artikelnya yang memetik blog tersebut.

Zulkifli turut memohon maaf di atas posting blog itu yang bertajuk 'Anjing-Anjing Pencen', dan juga menarik balik tuntutan balasnya terhadap Syed Husin.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera.

Azmin ambil tempat, apa warisan peninggalan Khalid?

Untuk tahu betapa popular dan segar pentadbiran awal Tan Sri Abdul Khalid dulu, anda hanya perlu pergi ke majlis yang banyak diadakan di seluruh Selangor di mana penduduk menerima geran tanah dan pembaharuan pajakan hanya RM1,000. Program itu menunjukkan kepada penduduk Selangor, terutama di kawasan luar bandar, kebaikan kepimpinan dan pemerintahan yang ditawarkan Pakatan Rakyat (PR) kepada negara ini, dan bagaimana ia lebih baik jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Insiatif dimulakan Khalid itu nampaknya mula dilupakan perlahan-lahan apabila pengganti yang pernah menjadi musuhnya, Azmin Ali, bekerja keras untuk merawat luka kesan penyingkiran Khalid yang mengejutkan itu.

 Pada saat Azmin bertekad meyakinkan Selangor kewajaran krisis itu, ini adalah masa yang tepat untuk mengkaji apa yang betul dalam pentadbiran Khalid dan bagaimana ia bertukar menjadi tindakan salah. Apa yang tidak dapat dinafikan ialah polisi Khalid membantu PR mendapat 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor. BN, yang memerintah Selangor hingga 2008 menurun hingga kepada satu parti gabungan yang mendapat sokongan sangat sedikit. Dan pada waktu Khalid mula keluar meninggalkan pentas ini, ada soalan besar tergantung sama ada Azmin mampu membawa gaya pemerintahan yang lebih baik untuk Selangor atau tidak. Apa yang betul Fouziah Ismail, 47, adalah salah seorang daripada ribuan yang lain menyatakan masa depan keluarganya lebih selamat di bawah pentadbiran PR berbanding 40 tahun bersama BN. Beliau adalah sebahagian keluar dari Kampung Bukit Cherakah di Shah Alam yang menerima geran tanah untuk rumah mereka pada harga RM1,000.

Seperti dilaporkan dalam laman web kerajaan Selangor www.selangorku.com Fouziah dan keluarganya cuba bertahun-tahun untuk mendapatkan geran tanah tetapi tidak berjaya pada zaman pentadbiran BN. Tanpa geran milikan tanah, rumah yang didiami ibu bapanya dan sekarang beliau dan keluarga, boleh diambil begitu saja. Di bawah skim pemilikan hartanah, beliau dan penduduk lain di seluruh Selangor memperolehi geran tanah atau mendapat pembaharuan pajakan mereka pada harga tetap RM1,000. Fouziah mewakili ramai pengundi Melayu yang mendapat manfaat langsung daripada polisi pada zaman Khalid di penggal pertama pemerintahannya. Mereka kemudian memberikan mandat lebih besar kepada PR pada 2013. Itu adalah sebahagian daripada pakej polisi yang berpusatkan kepada falsafah “hasil negeri untuk rakyat”. Mereka turut memasukkan skim subsidi air percuma bagi penggunaan 20 meter padu pertama selain baucer beli-belah kepada warga emas dan ibu tunggal. “Polisi ini memberi manfaat kepada rakyat secara langsung dan mereka membalasnya menerusi pilihan raya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San.

Kami Tidak Akan Serik- TGNA

Protes pro-demokrasi semakin meluas di Hong Kong

Flashmob desak aktivis Ali kritik sultan dibebaskan

Royalti minyak: Pas minta pendirian MB Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu meminta kerajaan negeri tampil membuat pendirian berhubung hasil kajian bahawa tiada petroleum di negeri Pantai Timur Semenanjung, termasuk Terengganu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat mempersoalkan kajian itu, lebih-lebih lagi apabila rakyat Terengganu telah menikmati bayaran royalti sejak sekian lama, terutama ketika era bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Menurutnya, penting bagi kerajaan negeri membuat pendirian berhubung perkara itu bagi menjelaskan isu sebenar yang berlaku.

“Kita minta kepimpinan Terengganu beri penjelasan kerana perjanjian sebelum ini sudah jelas. Kenapa boleh berlaku begini? Loji di Kerteh itu loji apa? Bukankah di situ ada loji minyak,” katanya, semalam.

Beliau turut mempersoalkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berhubung isu telaga minyak di Blok PM307-Bertam sehingga Pahang diberi wang ihsan RM100 juta setahun.

Mangsa buli: Pas makin tenggelam?

SHAH ALAM - Dengan pelbagai pergolakan yang berlaku terhadap Pas mutakhir ini, parti itu perlu mula berfikir untuk meneruskan perjuangan secara sendirian tanpa bantuan PR.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Samsu Adabi Mamat berpendapat, senario politik Pas hari ini semakin menenggelamkan parti itu apabila dilihat terus menjadi mangsa kepada dua rakan komponen mereka iaitu PKR dan DAP.

Menurutnya, Pas mempunyai kekuatan luar biasa dalam pentas politik negara, namun ia semakin rapuh apabila parti itu hanya mampu menerima dan bersetuju dengan setiap keputusan yang dibuat rakan PR.

"Pas kuat di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan juga Selangor. Sikap berdiam diri Pas dan hanya menerima keputusan itulah yang menjadi punca mereka menjadi mangsa kepada parti lain.

"Sebagai contoh, menerima pengurangan satu (kerusi) Exco Kerajaan Selangor tanpa sebarang tuntutan lain, sedangkan kerusi yang dimenangi Pas melebihi PKR pada PRU13 lalu, seharusnya Pas diberikan lebih jawatan exco.

"Kemudian isu (gantung tugas) exco mereka di Pulau Pinang dan kekalahan di PRK Dun Pengkalan Kubor menunjukkan isyarat kuat parti itu menyemak semula tahaluf siyasi bersama PR," katanya.

Menurutnya, Pas sendiri perlu sedar parti itu bukan menumpang kepada PR, sebaliknya ia parti yang paling kuat dalam PR.

"Kajian saya pada 2008 mengenai kedudukan Pas dalam politik Malaysia menunjukkan Pas bukan parti sembarangan.

Pelantikan Azmin, peranan raja dan krisis yang tidak reda

Ahmad Lutfi Othman
Pemilihan Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor, walaupun tidak pernah dicadangkan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat kepada sultan, diharap dapat meredakan ketegangan politik negeri termaju yang berpanjangan begitu lama.

(Untuk rekod, mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 Ogos lalu mencadangkan dua nama, Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin. Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengusulkan nama tersebut dan diterima sebulat suara dalam mesyuarat berjalan penuh harmoni. Namun begitu, apa yang berlaku seterusnya tidak selicin yang diharapkan).
Proses untuk menggantikan Abd Khalid Ibrahim bukan saja tidak mudah, berliku-liku, juga menimbulkan korban yang besar. "Anwar Ibrahim sendiri boleh dianggap mangsa pertama Langkah Kajang jika dilihat penghakiman kes mahkamahnya. Dia menjadi seteru yang cukup digeruni Putrajaya jika bertakhta di Selangor," kata seorang pemerhati.
Bagaimanapun, yang peliknya, isu yang bermula sebagai krisis dalaman KeADILan tiba-tiba sahaja telah menjadi "wabak dahsyat" dalam PAS, yang kemudiannya mengakibatkan hubungan antara parti dalam Pakatan kelihatan retak.
PAS bagai terbelah dua. Ramai mengkritik keras bagaimana tempangnya ia menguruskan krisis sehingga wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang berucap pada hari terakhir di muktamar Batu Pahat pun turut menegur agar kembali kepada al-Quran dan Sunnah untuk meleraikan kekusutan.
Muktamar julung kali di Johor itu juga dicemari insiden keluar dewan tanda protes perwakilan kepada TImbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Bacaan doa yang menyebut nama-nama orang tertentu semasa sesi perbahasan ucapan dasar juga jelas tidak disenangi, apatah lagi seolah-olah ada kumpulan sorak yang menganggu ucapan perwakilan, termasuk penjelasan pengerusi lajnah, seperti dialami Hanipa Maidin.
"Anak saya, baru tingkatan empat, sebaik mendengar bacaan doa tersebut, yang kemudiannya dibantah oleh perwakilan Kuala Kedah, terkejut dan terus keluar dari tapak muktamar," cerita seorang rakan, yang turut membawa keluarganya ke Batu Pahat.

Gadis Melayu berpurdah sertai DAP

Sudah tiba masanya anak muda berjuang dalam DAP , meruntuhkan dogma dan rasisma yang lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia

Melati RahimSEREMBAN: Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti ‘chauvinist’ Cina tersebut.
Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL.
Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu.
“Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama.
“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.
“Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.
“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting.
“Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah.
“Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia,” katanya.
DAP menentang ‘kapitalisme parti’
Melati berkata beliau yakin tiada penganut dalam mana-mana agama merasakan agama mereka salah dan jika semua agama mahu pertahankan hak mereka tanpa bertolak-ansur dan bertoleransi, maka hancurlah dunia angkara peperangan kerana prejudis dan saling benci-membenci.
“Misalnya, kita lihat di Gaza pihak Yahudi secara terbuka mengaku ingin merobohkan Masjid Aqsa kerana ingin mendirikan semula Kuil Sulaiman yang pernah di bina dibawah Masjid Aqsa.