Ahad, 28 September 2014

Yakin Rezeki ALLAH - Ustaz Azhar Idrus

Hafal Hadis VS Kontraktor - Ustaz Azhar Idrus

'Iszuree tidak dipecat kerana Mat Sabu berunding'

KEPALA BATAS - Iszuree Ibrahim bukan dipecat sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetapi dikeluarkan dari semua jawatankuasa tetap serta dibekukan peruntukan beliau.
Memetik sumber dalam parti, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Tuan Haji Mohamad Sabu menjelaskan Iszuree masih tidak dipecat daripada jawatannya itu seperti digambarkan oleh AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi dan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Negeri).
"Iszuree sepatutnya dipecat, tetapi, saya berunding supaya ada kaedah lain agar dia tidak dipecat," jelas Mohamad dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, petang semalam.
Sumber memberitahu, seorang lagi Ahli Majlis MPPP daripada PAS, Mhd Nasir Yahaya telahpun diberi tanggungjawab menguruskan baki peruntukan Iszuree.
Sebelum itu, Iszuree diminta memberi penjelasan lanjut mengenai laporan berita 'Pulau Pinang lebih mesra pemaju macam BN'.
Iszuree dalam reaksi spontan berdalih, "berita itu (adalah) manipulasi Malaysiakini."
Dalihnya lagi, apa yang diucapkan beliau dalam Muktamar PAS Ke-60 pada pertengahan bulan lepas adalah berdasarkan teks ucapan perwakilan, yang kononnya turut disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS  Negeri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Bagaimanapun, beliau gagal mengemukakan perkara yang benar berdasarkan teks ucapannya dan yang palsu berdasarkan laporan berita Malaysiakini itu, semasa disyor oleh seorang anggota mesyuarat Badan Perhubungan Negeri.
Mesyuarat turut disyor menubuhkan jawatankuasa menilai ucapannya Iszuree tersebut.

DAP tidak demokratik - Iszuree

Hala tuju kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP hanya gimik sahaja dan 'cakap tidak serupa bikin'.

PETALING JAYA : Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS, Iszuree Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan negeri menggantung tugas dan membekukan peruntukan untuknya merupakan tindakan tidak demokratik dan menunjukkan kesombongan kerajaan negeri serta pemimpinnya yang memperjuangkan kebebasan bersuara.
Memetik laporan Bernama, Iszuree berkata, hala tuju kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP hanya gimik sahaja dan ‘cakap tidak serupa bikin’.
“Saya serahkan perkara ini pada parti untuk menentukannya kerana saya merupakan ahli majlis yang dilantik oleh parti dan juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri.
“Saya juga akan merujuk kepada peguam saya bagi melihat mempunyai kes atau tidak. Jika ada kes, saya akan membuat saman malu,” katanya.
Iszuree digantung tugas berikutan ucapan teguran membina dan pandangannya untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang sebagai pembahas yang dilantik mewakili PAS Pulau Pinang semasa Muktamar PAS yang berlangsung di Johor baru-baru ini.
“MalaysiaKini telah ‘misquoted’ kata-kata saya yang mempertikai dasar perumahan kerajaan negeri. Hasil daripada laporan itu, beberapa ahli majlis daripada DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan balas mempertikai apa yang saya ucapkan.

Pas Kelantan yakin kekal PRU14

Takiyuddin Hassan T
KOTA BHARU – Mungkinkan PRU14 akan mengubah kerajaan Pas Kelantan yang sebelum ini menjadi kepercayaan utama rakyat Cik Siti Wan Kembang ini?

Itulah persoalan yang timbul  selepas PRK Pengkalan Kubor berakhir Khamis lalu menyaksikan kejutan apabila BN  menang  besar dengan pertambahan majoriti  hampir 1,000 undi berbanding PRU13 tahun lalu.

Lantaran itu juga, banyak reaksi penganalisis mahupun pemimpin PR sendiri yang menyatakan kebimbangan Pas bakal kehilangan Kelantan pada PRU14 nanti jika trend pengundian di Pengkalan Kubor berterusan pada PRK 14 nanti.

Mengulas perkara itu,  Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan  berkata, PRK Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada kepercayaan rakyat Kelantan terhadap kepimpinan Pas.

Malah, katanya, ia langsung tidak mematahkan semangat kepimpinan yang ada untuk memastikan PRU14 nanti tercipta kejayaan baru bagi Pas di Dun itu.

“Ini hanya PRK sahaja, tambahan pula Pengkalan Kubor adalah kawasan BN, saya lihat masih ada lagi kekurangan di Dun tersebut, dengan kebajikan rakyat dan pembangunan yang masih belum dibangunkan, maka kami akan bekerja keras lagi selepas ini, tiada unsur kelemahan Pas di sini, kami sentiasa optimis untuk berjaya,” katanya.

PAS SET FOR IMPLOSION: Will its fall drag Pakatan down or set Pakatan free?

PAS SET FOR IMPLOSION: Will its fall drag Pakatan down or set Pakatan free?The sleepy hollow of Pengkalan Kubor was where Parti Pas met with a great reality check, as to its position of being a political party within the opposition coalition of Pakatan Rakyat, when its candidate was soundly trounced by the Barisan elected representative in a lop-sided battle which indicates that the Islamic party is now in a state of distress.
Is Parti Pas set to crack up? Will there evolve splintered factions such as Pasma continuing to support Pakatan or will the party just die off? Will the present implosion witness the end of the Islamic party?
It all really depends on Parti Pas itself. In recent weeks the party has been veering in different directions until it has become hard for even the most seasoned political analysts to determine how the party's saga will end.
The ball got rolling with the Selangor MB crisis and began to snowball when the party broke ranks with their coalition partners of PKR and DAP and the subsequent defeat in Pengkalan Kubor in the Parti Pas stronghold of Kelantan shows the state of instability that has come about within Pas.
This is not meant to scare those who still support Parti Pas but there are already indications that the party is ailing and needs a real shot in the arm to get going. Only strong doses of the rightly prescribed medicines and tonics are going to get them going again.
How Parti Pas fared of late?

Nasrudin Tantawi - one of Hadi's vocal loyalists
Actually it was prior to the run up to the 13th general elections that Parti Pas showed that they were on the way downhill. The party fared quite badly in the GE and failed to live up to expectations.
The main reason back then was that certain quarters within Parti Pas were involved in a shadow play of forming a unity government with BN-Umno. This made them a suspicious alternative to vote for by Pakatan supporters.
Following their poor showing in the 13th GE there started to emerge factionalism within Parti Pas.
On one side, the old guard consisting of its president Hadi Awang and spiritual adviser Nik Aziz were rooting for archaic and obsolete Islamic ways of governance, and other the other side, there was the springing up of Mohammad Sabu and the progressives or liberals within Pas.
This was really a scenario that was set to break out into the open and the timing was not the 13th GE as some analysts expected but in the saga of the ouster of Khalid Ibrahim as chief minister beginning with the infamous "Kajang Move" of Pakatan.

Pertahan PR: Saari, Hasnul menghadap lembaga disiplin PAS esok

Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuat pendirian sebelum ini akan berdepan lembaga disiplin esok.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil menjelaskan tindakan mereka itu.

Saari yang menerima sambutan wira daripada DAP ekoran tindakannya itu bagaimanapun menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.

“Kalau jawatankuasa (disiplin) itu adil, berilmu dan objektif, tidak dipengaruhi selain daripada untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya akan tetap jadi ahli (PAS),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika takdirnya beliau dipecat, beliau berazam akan terus bersama Pakatan dan menjadi ahli politik tanpa parti.

“Parti saya Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hasnul sebelum ini berseloroh bahawa beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP.

Beliau bagaimanapun menegaskan tiada hasrat langsung melompat parti.

Dr Mahathir harap Azmin kekal MB Selangor

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan kepada menteri besar Selangor yang baru dilantik, Mohamed Azmin Ali, dan berharap tidak akan ada undi tidak percaya terhadap beliau apabila Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang November ini. "Saya harap apabila Dewan Undangan Negeri bersidang, kebanyakan mereka akan menyokong Azmin. Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor perlu mencari MB baru," Dr Mahathir dipetik berkata dalam laporan media. Dr Mahathir juga mempertahankan keputusan Azmin untuk mengurangkan bilangan exco PAS daripada empat kepada tiga.  "Itu adalah hak MB, sama ada beliau mahu meningkatkan atau mengurangkan.

 Beliau boleh melakukan apa sahaja yang dia rasakan sesuai. "Beliau tidak perlu mengekalkan empat exco hanya kerana pentadbiran sebelumnya berbuat demikian," kata Dr Mahathir sebagaimana dilaporkan. Spekulasi bertiup kencang Azmin akan menghadapi undi tidak percaya November ini kerana beliau bukan pilihan parti itu untuk jawatan MB. Kedua-dua PKR dan DAP mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal dan beliau sudah pun memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti dewan. Tetapi kedua-dua pihak akhirnya menyokong pelantikan Azmin selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju melantik timbalan presiden PKR itu sebagai MB. Bagaimanapun PKR dalam satu kenyataannya berkata, pelantikan istana ke atas Azmin mencemari sistem raja berperlembagaan dan tidak selaras dengan perlembagaan negara dan prinsip-prinsip demokrasi berparlimen.

PasMa dilancarkan di Terengganu esok ketika PAS melarang penyertaan

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan tetap dilancarkan di Terengganu walaupun mendapat tentangan sengit dari PAS negeri itu yang memberikan amaran agar ahlinya jangan menyertai NGO pelobi Pakatan Rakyat itu. "Rasanya sebagai NGO berdaftar kami tidak salah. Yang salahnya pemimpin PAS di Terengganu yang menyerang rakan dalam Pakatan sehingga melemahkannya. "Padahal PAS membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan," kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

Mulai hari ini PasMa memulakan programnya di negeri pantai timur bermula di Pahang petang ini (Ahad) di Raub. Taib mendakwa 300,000 pendengar radio Internet mendengar sesi forum itu melalui DPedas.fm. Esok PasMa akan dilancarkan di Terengganu dengan Besut sebagai tapak pelancarannya. Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, timbalannya Mohamad Husin, Penasihat Undang-undang Zulhazmi Sharif dan bekas setiausaha akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Bakar akan menjadi panel dialog perdana anjurannya di Kampung Raja, Besut. Sebelum ini Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid mengeluarkan kenyataan agar semua ahli PAS di negeri itu jangan menyertai sebarang program anjuran PasMa.

Flash Mob: Rara antara yang hadir sokong Ali

Jelitawan DAP Young Syefura Othman antara yang hadir dalam flash mob bagi menggesa aktivis Ali Abd Jalil dibebaskan daripada lokap selepas terus direman untuk siasatan bawah Akta Hasutan 1948.

Kumpulan kecil itu petang ini berkumpul di Masjid Jamek, Kuala Lumpur dengan membawa pelbagai plakad menolak akta kontroversi itu.

Antara kelihatan plakad bertulis “Merdeka 1957-Akta 1948-Sekarang 2014”, “Hon Tanda Setuju” dan “100% Merdeka”.

Bagaimanapun sambutan orang ramai tidak menggalakkan dengan kebanyakan mereka hanya berhenti sebentar bagi melihat mesej yang disampaikan melalui plakad sebelum berlalu pergi.

Kumpulan yang diketuai aktivis Safwan Anang berarak ke Sogo selepas berkumpul kira-kira 15 minit.

“Ali tetap kuat, walaupun dia masih di dalam (lokap), dia pesan teruskan perjuangan. Dan yang penting, kita bersama dengan kebenaran,” katanya.

Di pusat membeli belah terkenal itu mereka menyanyikan lagu-lagu yang sinonim dengan gerakan kiri di Malaysia seperti “Internationale” dan “Buruh Tani”.

Exco: Kuota berubah perkara biasa, bukan isu besar - Timb Ketua Pemuda Pas


Post Pic

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Khalil Abdul Hadi berkata perubahan drastik komposisi barisan Exco Selangor yang tidak memihak parti itu tidak perlu diperbesarkan selain menambah proses tersebut sentiasa berlaku.
 
Anak kepada Presiden PAS ini menambah perubahan yang mendapat perkenan keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah perlu diterima kepimpinan parti.
 
Untuk rekod, komposisi barisan Exco Selangor menyaksikan Menteri Besar yang baru Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarainya dengan mengurangkan kuota kerusi PAS.
 
"Itu keputusan Sultan, jadi kita lihatlah bagaimana," kata Khalil kepada Antarapos.
 
Ujar beliau lagi, kebiasaannya sebarang perubahan akan ditentukan secara bersama di peringkat Pakatan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Sultan.
 
"Perkara itu tiada isu, itu perkara biasa...bila-bila masa pun kalau nak tambah exco atau nak kurang exco boleh sahaja berlaku.
 
"Itu atas Menteri Besar dan juga perbincangan dalam Pakatan Rakyat, jadi ia bukan isu," katanya mengulas perkara itu.
 
Untuk rekod, kuota terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan PAS tiga.
 

Dr M sokong Azmin, harap tiada undi tak percaya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan terhadap Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor.

Beliau berharap majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menyokong Azmin dan mengelakkan undi tidak percaya.

“Saya harap bila dewan negeri bersidang, majoriti akan sokong Azmin.

“Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor haru cari menteri besar baru,” katanya ringkas kepada pemberita dalam majlis Proton di Shah Alam.

Walaupun telah dipilih oleh sultan Selangor, kedudukan Khalid masih boleh dicabar melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang pada November ini.

Azmin sebelum ini bukanlah pilihan PKR yang mencadangkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid: Jangan bayar lebih untuk struktur semula air

Setelah senyap selama enam hari mantan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi respon terhadap dakwaan oleh pimpinan PKR terhadap beliau.

Dalam siri tweet beliau hari ini, Khalid seolah-olah menunjukkan kepada menteri besar baru Selangor mengenai harga maksimum mengenai legasi beliau, penstrukturan semula air di Selangor.

"(Jumlah) RM9.65 bilion untuk penstrukturan air, adil untuk rakyat.

"Jika mana-mana pihak mahu buat semakan, pastikan rakyat tidak bayar lebih dari jumlah itu," tulis beliau dalam laman Twitternya kira-kira jam 4 petang.

Khalid turut secara terbuka mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua perjanjian yang dibuat di zaman beliau.

Pengganti beliau Azmin Ali sebelum ini menyatakan beliau akan meneliti semula semua perjanjian yang ditandatangani oleh pentadbiran Khalid sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar minggu lalu.

"Saya mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk semak dan siasat semua perjanjian yang ditandatangani semasa saya menjadi menteri besar.

Selangor mesti buktikan kecemerlangan


10690338_785855548145460_8872020405727349736_n


oleh: Tony Pua

DAP Selangor mengalu-alukan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan menutup krisis politik yang berpanjangan, mengecewakan dan tidak diperlukan di negeri tersebut.
Sementara DAP Selangor amat resah dengan cara kehendak majoriti di Dewan Undangan Negeri telah diinjak, tidak kalah penting ialah supaya kita menyelesaikan kemelut politik ini dengan pantas, agar kita dapat meneruskan khidmat kepada rakyat Selangor seperti sedia kala.
Oleh yang demikian, DAP Selangor dan Adun-Adunnya akan memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada Menteri Besar yang baru bagi memastikan bahawa kita memaksimakan peluang dalam masa tiga tahun akan datang untuk membuktikan kepada orang ramai kenapa krisis ini, serta kesabaran mereka amat berbaloi.
Dengan pelantikan Azmin Ali, kerajaan baru ini diberi nafas segar untuk berusaha dengan cemerlang dalam ruang-ruang yang tergendala sewaktu pentadbiran sebelum ini, serta mencapai kejayaan yang lebih tinggi berbanding apa yang telah dicapai oleh pentadbiran Pakatan Rakyat dalam jangka masa lima tahun dari 2008 hingga 2013.
DAP Selangor berharap untuk melihat pentadbiran yang diketuai Azmin dan barisan Exco baru yang lebih konsultatif, inklusif dan mengutamakan rakyat demi memenuhi janji Pakatan Rakyat kepada rakyat. Kami percaya bahawa dengan bekerja secara berpasukan, Azmin Ali akan mampu membawa Selangor ke tingkat yang lebih baik dengan menjadikannya negeri yang diurus tadbir secara paling cemerlang di negara ini.

Ahli majlis MPPP dikeluarkan dari jawatankuasa kerana memfitnah - Dr Afif


Dr Afif Bahardin


GEORGE TOWN, 28 SEPT: Tindakan kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP adalah kerana tuduhan berbau fitnah yang dilemparkan beliau.
Ia sama sekali bukan disebabkan kerajaan negeri tidak menghormati demokrasi dan tidak boleh menerima kritikan, kata Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.
“Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan beliau berniat jahat dan langsung tidak mencerminkan hal sebenar. Kita sentiasa terbuka kepada kritikan dan pandangan selagi mana ia bukanlah fitnah dan cercaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tindakan itu diambil ekoran tohmahan Iszuree yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri dalam Muktamar PAS lalu, kononnya dasar kerajaan negeri tidak berbeza dengan kerajaan BN yang pro-pemaju apabila melibatkan isu kawasan setinggan.
Menurut laporan Bernama, Iszuree dalam reaksinya atas tindakan itu menyifatkannya sebagai ‘tidak demokratik’ dan menunjukkan DAP sebagai ‘cakap tak serupa bikin’.
Mengulas lanjut Afif berkata, sebagai Ahli Majlis MPPP, Iszuree sepatutnya faham bahawa dasar kerajaan negeri sentiasa digubal atas semangat kebertanggungjawaban bersama.
“Berbanding dasar kerajaan BN sebelum ini, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kelulusan pembangunan ke atas tanah setinggan. Ia bagi menggalakkan pemaju berunding dengan setinggan.
“Iszuree sedia maklum tentang perubahan dasar ini. Beberapa kampung yang disebutnya jelas sekali ada hubungkait dengan Umno atau BN,” kata Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR itu lagi.

Semak kontrak tahaluf siyasi demi survival Pas - Nasrudin Hassan

PERGOLAKAN dalaman Pas ekoran kemelut Menteri Besar Selangor membuka mata banyak pihak apabila hubungan parti itu dengan rakan komponen lain dalam PR dilihat bagaikan retak menanti belah, lebih-lebih lagi perkara itu menjadi perbahasan perwakilan dalam Muktamar Pas ke-60 yang melabuhkan tirainya minggu lalu.

Konflik dalaman itu juga telah mengundang cadangan kepada perlunya menyemak semula 'kontrak rumahtangga' Pas dalam PR apabila percanggahan pendapat dan pandangan antara pimpinan Pas, PKR dan DAP kian menular seolah-olah menyerang sesama sendiri dalam menentukan siapakah yang layak menerajui Selangor.

Ikuti wawacara eksklusif wartawan Sinar Harian Online, Nizam Zain bersama Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan bagi mengupas lebih lanjut isu tersebut sekali gus memberi pencerahan terhadap persepsi negatif kepada parti Islam itu.


SINAR HARIAN ONLINE: Pada Muktamar Pas tahun lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu mengembalikan peranan ulama sebagai pembuat dasar, keputusan dan menerajui perjuangan Pas. Jadi apa yang YB harapkan pada Muktamar kali ini?

NASRUDIN: Itulah yang sepatut ada oleh alim ulama dan secara khasnya Dewan Ulama Pas Pusat supaya mereka benar-benar memaksimakan peranan mereka sebagai pemimpin dan peneraju, sekaligus menjadi penawar kepada parti itu sendiri agar dapat disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada pelanggaran syarak atau di luar batas keizinan syarak dalam proses perjuangan Pas ini.

Terutamanya apabila kita melibatkan dalam kancah politik, yang kita tahu bahawa politik itu sifatnya terlalu pragmatik. Oleh kerana itu Pas sebagai sebuah gerakan Islam mesti diawasi dan dipimpin dengan cermat serta teliti, berasaskan kepada ilmu dan nas-nas syarak supaya kita tidak terikut-ikut dengan parti politik lain yang mempunyai dasar, matlamat dan prinsip yang berbeza.

Oleh kerana itu, Dewan Ulama Pas selayaknya meletakkan diri mereka antara anggota dengan kepimpinannya pada tahap seperti itu, iaitu memimpin, mengawal, menerajui dan kemudiannya memantau pergerakan parti secara keseluruhannya merangkumi dasar, objektif, aktiviti, pendekatan kontemporari dan sebagainya.

Dalam masa sama kita juga mahu dilihat kontemporari, mampu untuk menerima perkembangan semasa dan perubahan terkini supaya Pas sentiasa dilihat segar dan penmapilan ulama sendiri menepati keperluan dan memenuhi tuntutan semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana persepsi masyarakat terhadap ulama Pas yang dilihat agak terkebelakang dari segi pendekatan kontemporari dan anak muda?

NASRUDIN: Pas bergerak secara kolektif, kita mempunyai sayap-sayap dalam parti, untuk menangani segmen wanita, kita ada Dewan Muslimat, untuk menangani anak-anak muda, kita ada Dewan Pemuda dan untuk menangani golongan intelektual atau golongan cendikiawan agama termasuk untuk memastikan dasar-dasar parti itu menepati dasar Pas iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Ketiga-tiga sayap ini bergandingan, kini kita tambah satu lain untuk menjadi jambatan kepada golongan bukan Islam, kita ada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Oleh kerana itu, kita bergerak secara kolektif dan menangani semua segmen.

Kalau persepsi itu datang daripada masyarakat melihat kepada satu segmen, maka itu adalah pandangan yang tidak tepat.

Kita tidak boleh menafsir seekor gajah itu dengan memegang kakinya, macam tiang dan kita pegang ekornya macam tali. Kita jangan jadi orang buta menafsir seekor gajah itu.

Rasa kecewa itu ada - TG Nik Aziz

Banyak pihak yang melihat kemelut politik di Selangor meletakkan Pas dalam situasi rugi apabila hubungan parti itu dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikatakan mula retak. Konflik tersebut juga dikatakan meretakkan anggota dalaman Pas sendiri. Jika tidak dibendung ia mampu memecahbelahkan parti itu memandangkan perselisihan pendapat beberapa kelompok yang wujud dalam Pas semakin ketara.

Paling ketara dengan kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), sebuah badan yang disebut-sebut bakal menjadi ‘Pas baharu’. Sebagai Mursyidul Am Pas, pasti ramai yang mahu mendengar pendapat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang konflik yang melanda parti Islam itu terutama selepas berakhirnya Muktamar Tahunan Pas Ke-60 yang mencipta pelbagai kejutan baru-baru ini.
Justeru, wartawan Mingguan Malaysia, ZAAIN ZIN dan jurugambar ROSNI MASRI menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu untuk mendapatkan pandangan beliau tentang konflik yang melanda Pas.
Dalam ruang pertemuan yang ringkas di rumahnya, Nik Aziz yang sinonim dengan panggilan ‘Tok Guru’ secara terbuka berkongsi beberapa pandangan yang tidak pernah disampaikan kepada umum sebelum ini.
Antaranya pertembungan golongan profesional dan ulama dalam Pas, kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, kebimbangan beliau terhadap kewujudan ‘broker dan barua’ serta kekecewaannya terhadap Pasma.
MINGGUAN: Apa pandangan Tok Guru apabila Pas sekarang dikatakan berdepan dengan krisis kepemimpinan sehingga membawa kepada perpecahan memandangkan sudah ada pihak mula berani mempersoalkan kredibiliti golongan ulama secara terbuka?
NIK AZIZ: Politik Islam mula dikenali di Tanah Melayu pada tahun 1950-an. Sebelum ini tidak ada politik Islam. Yang ada demokrasi, komunis, sosialis dan sebagainya. Oleh yang demikian, bila politik Islam diperkenalkan di Tanah Melayu dulu, mulalah orang kritik. Yang kritik itu bukan Cina atau kaum lain, tetapi Melayu sendiri. Melayu golongan Eropah, Yahudi (berpendidikan sekular). Bagaimanapun, itu pada awal dan sekarang ini politik Islam telah dipimpin oleh ulama. Golongan ulama ini ialah orang yang berilmu Islam.
Sekarang ini semakin ramai golongan intelektual menyertai Pas. Pada waktu saya mula-mula masuk Pas tahun 1967, ada seorang sahaja intelektual atau orang universiti yang menyokong parti Islam. Keadaan sekarang jauh berbeza kerana sudah ada pensyarah dan doktor, baik doktor perubatan mahupun Ph.D (doktor falsafah) menyokong parti Islam. Selepas Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, di tengah-tengah itu bermacam-macam timbul masalah kepada Islam. Ada sunnah, sunni dan syiah. Di Timur Tengah, ada macam-macam gerakan baik yang benar-benar Islam atau menjadi ejen kepada Amerika untuk timbulkan pecah-belah. Jadi tak pelik kalau perkara sama berlaku di Malaysia.
Apabila berlaku krisis dalaman, individu yang disalahkan ialah Presiden Pas iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau dikatakan pemimpin yang lemah dan perlu diganti, malah pendapat dan keputusan beliau disanggah ahli sendiri. Mungkin sudah sampai masa beliau diganti?
NIK AZIZ: Tok Guru Haji Hadi lemah atau tidak, itu bukan persoalannya. Cuba orang lain ambil alih pucuk pimpinan, macam itu juga jadinya. Akan ada orang tuduh juga. Kalau Hadi undur, mari orang lain (gantikan beliau) kena tuduh juga. Macam-macam tuduhan akan tetap timbul.
Sejak kebelakangan ini, suara ulama terutama Majlis Syura dilihat seakan-akan semakin terpinggir manakala suara profesional semakin didengari dalam Pas. Apa pendapat Tok Guru?
NIK AZIZ: Tidak terpinggir, cuma sebab dia (ulama dan profesional) semakin bersatu. Dia jadi orang sama, yakni ulama itu adalah profesional, profesional itu adalah ulama.
Kalau kita lihat sekarang, perasaan prejudis terhadap kepemimpinan ulama semakin ditunjukkan apabila keputusan dibuat dibantah secara terbuka. Sepatutnya ahli parti menghormati dan mengangkat golongan itu pada tahap sepatutnya dalam parti. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
NIK AZIZ: Tidak, tak betul.

Perang Terbuka Vs Perang Tertutup

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) PR telah melalui pergolakan secara terbuka. Semua orang tahu, dan melebihi sebulan tempoh masanya, dan kesan pergolakan masih berlanjutan.

2) Tidak mudah sebenarnya untuk mengawal ketiga-tiga parti yg mempunyai jurang besar dari segi idoelogi, kepentingan, fikrah, kecenderungan dan sebagainya, untuk bekerjasama. Krisis MB Selangor membuktikannya.

3) Lebih-lebih lagi ketiga-tiga parti ini dilihat memperjuangkan ketelusan dalam setiap proses dan transaksi. Maka setiap perkara akan didedahkan, hatta agenda mesyuarat (?), apatah lagi sekadar wassap, fb, surat-surat rasmi. Seolah-olah tiada limit untuk pembongkaran.

4) Kebaikannya, semua pihak akan berhati-hati dalam setiap tindakan. Keburukannya, jika bocor, berminggu-minggu akan kena troll dan dibangangkan oleh sekaliannya.

5) Inilah cabaran yg dihadapi PR dalam mengurus ketelusan. Tidak diketahui samada wujud percubaan untuk memecahkan PR datang daripada mana-mana pihak yg tidak mahu ketelusan ini membaham mereka.

6) BN juga mempunyai krisis dalam parti komponen. Mereka lebih berbentuk kelompok perkauman, tentu lebih rumit untuk mengurus kepentingan masing-masing.

7) Namun mereka tidak memilih untuk menghadapinya dgn 'ketelusan', kerana mereka akan lebih parah jika londeh melondeh dalaman mereka berlaku.

Khalid : Sila siasat segera saya

Saya mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatangani semasa saya menjadi Datuk Menteri Besar Selangor.

ABDUL_KHALID_IBRAHIM_080114_TMINAJJUA_04
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mengalu-alukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kesemua perjanjian yang ditandatanganinya.
Tegas Khalid, SPRM juga dialukan untuk menyiasat perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan Pembangunan di Canal City.
“Saya mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatangani semasa saya menjadi Datuk Menteri Besar Selangor.
“Ini termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan perjanjian pembangunan di Canal City. Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini,” tulisnya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata Rabu ini beliau dan Exco kerajaan Negeri yang baru akan mengadakan mesyuarat yang pertama.
“Saya dan rakan-rakan Exco daripada Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha ini dan Insyaallah hari Rabu ini kita akan adakan mesyuarat yang pertama untuk meneliti 4 perkara yang disebut oleh Anwar.
“4 perkara tersebut adalah mengenai, isu elaun gaji Menteri Besar, KIDEX, masalah air dan penjualan tanah,” katanya dalam satu sidang media selepas pertemuannya dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimana abad ke-13 lahirkan akta hasutan

Undang-undang hasutan adalah satu undang-undang kuno yang digubal pada 1275 sebagai Akta Fitnah dan Hasutan, atau lebih dikenali sebagai fitnah hasutan ketika zaman pergolakan takhta Raja Edward yang pertama.

Pada masa itu, fitnah atau hasutan menjadi jenayah, demi takhta raja dipercayai ditabalkan oleh tuhan secara sendiri.

Menurut profesor undang-undang Amerika Geoffrey Stones, dalam bukunya Sedition And Domestic Terrorism, definasi hasutan berkembang dan mengambil bentuknya sendiri sehingga ia membawa makna yang luas dan samar-samar.

Beliau juga berhujah bahawa kerana itu, hasutan merangkumi segala objek kritikan dari perlembagaan, dasar, undang-undang, pegawai, simbol, mahupun pentadbiran kerajaan.

Rasional undang-undang hasutan adalah; jika kerajaan dikehendaki mentadbir dengan berkesan,maka ia mesti menguasai hormat dan taat setia rakyat.

Undang-undang hasutan sejak itu digunakan dalam semua jenis senario, kerana menjadi lebih mudah dan kos efektif untuk menyabit seseorang tanpa perlu buktikan niat ataupun alasan.

Ia bertindak untuk menyemai rasa takut di kalangan masyarakat dengan menjadikan seseorang yang sesat dari norma politik semasa sebagai contoh umum.

Tindakan juga diambil tanpa mengira kesahihan bahawa kenyataan itu sebagai benar ataupun palsu di samping elemen niat serta alasan.

Akta hasutan juga buta dalam menilai kesan atau ancaman sebenar kepada keselamatan negara atau awam. Sebagai contoh, tidak lama dahulu di Uganda, sebuah artikel yang membuat sindiran terhadap usaha merayu undi menteri Presiden Yoweri Museveni,"bahawa lebih baik jika mereka bercakap dengan lembu presiden", menyebabkan wartawan tersebut dipenjara selama seminggu.

Ia juga bukan rahsia bahawa undang undang hasutan digunakan terhadap kesalahan politik dengan mensasarkan ahli-ahli politik dan penyokong mereka.

Evolusi akta hasutan

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Bahaya Syiah

PERKASA gerakan ahlinya pertahankan Akta Hasutan

Hasnul: Saya Sedia Tanding Atas Tiket DAP.!!

Dr M: I want majority to support Azmin..jeng...jeng...!!

Jangan ulang perkataan 'keluar Pakatan Rakyat' - Suhaizan

KUALA LUMPUR: Jangan ulang perkataan 'keluar Pakatan Rakyat' kerana ia boleh menimbulkan salah faham, kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Teguran itu dibuat ekoran kemelut yang timbul susulan kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin hingga menyebabkan Pemuda DAP Sarawak mengisytihar berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu.

Suhaizan berkata, semua pemimpin pemuda Pakatan Rakyat seharusnya berhati-hati dalam memilih perkataan dalam kenyataan mereka kerana ia boleh menjejaskan kerjasama yang telah terjalin.

Katanya, akibat perkataan yang tidak sepatutnya digunakan, kenyataan Mohd Khairil Nizam sudah disalah faham oleh pemimpin DAP.

"Kalau kita lihat kenyataan Mohd Khairil itu ada perkataan 'kalau', yang mana beliau tidak bermaksud mahu PAS keluar Pakatan Rakyat tetapi memberi penerangan situasi yang menyebabkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

"Ada salah faham dari kenyataan itu hingga Pemuda DAP Sarawak isytiharkan tamatkan kerjasama dengan PAS.

‘Jerebu’ politik bakal kembali

SHAH ALAM - Kemelut politik yang melanda Selangor dilihat seakan telah berakhir, namun perselisihan dalam PR boleh berlaku pada masa akan datang.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama Pas, Nasruddin Hassan melalui tulisan dalam akaun laman Facebooknya, hari ini membayangkan seolah-olah kemelut politik di Selangor masih belum berakhir.

Katanya, konflik yang baharu sahaja reda ini dikatakan akan marak kembali pada masa akan datang.

 “Iklim politik tanah air masih berjerebu. ‘Indeks bacaan IPU’ politik tanah air masih belum benar-benar pulih khasnya Selangor. Sekarang dah berjangkit ke Sarawak pula.

“Ada penganalisis menyebut bahawa IPU politik Selangor sudah pulih. Kalau benar begitu Alhamdulillah. Tapi pengamatan saya , melihat kepada bawaan angin politik semasa luar dan dalam, saya anggar bahawa ini adala fenomena seketika. ‘Jerebu’ ini akan kembali melanda,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pergolakan politik antara Pas dan perikatan PR yang lain iaitu PKR dan DAP yang masing-masingnya jelas berselisih faham dalam soal pengguguran dan pelantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Perkara yang tidak boleh dilakukan di Malaysia

Kini apabila kita tahu menjadi satu kesalahan kerana mengeji polis sebagai monyet dalam tulisan komen Facebook dan Twitter, di bawah adalah beberapa senarai garis panduan kepada rakyat Malaysia dan pelawat ke Malaysia, Yang Benar-benar Menghasut.

*Jangan lepaskan kemarahan anda dalam laman sosial terhadap anggota polis yang menahan kamu kerana memandu laju dan meminta wang untuk lepaskan kamu. Mengapa? Kerana ia menjadi kesalahan untuk memanggil pegawai beruniform dengan gelaran tidak senonoh daripada bercakap mengenai rasuah.  Jadi ingat, gelar polis sebagai Bos, Tuan atau Datuk.

* Jangan bercakap mengenai jenayah yang semakin tinggi dan negara tidak selamat seperti suatu ketika dulu. Ulasan sebegini meletak negara dalam kedudukan tidak baik dan semua pihak termasuk menteri dalam negeri akan anggap ia satu kesalahan dan menterjemahnya sebagai usaha menjatuhkan kerajaan. Apabila rumah kamu dirompak anggap hanya ia sebagai insiden terpencil. Salahkan pendatang asing. Apabila jiran kamu menjadi mangsa ragut, hanya kata ia insiden terpencil. Semua ok, bos.

* Jangan sesekali riuh mengenai kertas soalan peperiksaan bocor atau mengatakan perkara ini sering berlaku hasil daripada pelanggaran tugas atau gejala yang berpunca daripada sistem yang runtuh. Sekali lagi, sebarang komen berlawanan boleh dianggap sebagai usaha menjatuhkan kerajaan atau memperlihatkan menteri tersebut tidak berkemampuan - kedua-duanya kesalahan yang serius dalam negara Malaysia yang "demokratik". Hanya anggap kebocoran itu sebagai satu perkara yang unik.

*Apa sahaja yang kamu katakan, jangan momokkan mengenai kewibawaan "kesederhanaan" Malaysia. Kita adalah sederhana demokratik, sederhana bertolak ansur antara satu sama lain, sederhana persepsi terhadap penjawat awam, sederhana dengan konsep pemisahan kuasa dan kebebasan kehakiman. Oleh itu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia adalah sebuah negara yang sederhana, jangan perlekehkannya.

TGNA | Kuliah Jumaat 26 Sept 2014

8 ketua Bahagian Umno Sabah memberontak...

Pandangan mereka mencerminkan demokrasi benar-benar diamalkan dalam Umno dan ada kebebasan bersuara. Tiada siapa bebas daripada kritikan.
berontakKOTA KINABALU: Sebuah NGO Sabah yang pro Barisan Nasional menolak pertemuan lapan Ketua Bahagian Umno Sabah dengan Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Putrajaya pada 10 Julai, sebagai tindakan yang dilakukan secara persendirian.
Lapan ketua bahagian itu dilaporkan mencadangkan satu pelan peralihan kepimpinan tertinggi dalam Kerajaan Saba
“Ia adalah pandangan peribadi mereka,” kata Presiden Pakatan Pro BN, Zulkarnain Mahdar.
“Tidak semestinya ia pandangan ahli-ahli di peringkat cawangan dan ahli-ahli BN di kawasan pilihan raya masing-masing.”
Pada masa yang sama, beliau percaya pelan peralihan yang dicadangkan itu boleh dikira sebagai tanda hasrat untuk memudahkan peralihan kepimpinan “apabila tiba masanya ia berlaku”.
“Dalam kes itu, pandangan itu mencerminkan bahawa demokrasi benar-benar diamalkan dalam Umno dan ada kebebasan bersuara,” katanya. “Tiada siapa bebas daripada kritikan.”
Malah katanya, sebagai contoh, Najib juga telah diminta untuk berundur berikutan kritikan yang dilemparkan kepadanya oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
“Mahathir secara literal meminta Najib untuk meletak jawatan dan ia bukannya pandangan yang dipegang oleh majoriti penduduk di Malaysia,” kata Zulkarnain.

Kit Siang beri amaran BN rampas Kelantan dari PAS

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa kerajaan PAS Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Katanya, perkara itu mungkin berlaku jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, terus berlaku di kawasan-kawasan lain di negeri itu, selepas Pengkalan Kubor.

“Jika Pengkalan Kubor berlaku (di semua tempat di Kelantan), Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dan BN pula 25 kerusi.

“Ini bererti kuasa untuk memerintah negara akan hilang,” katanya dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya malam tadi.

Kenyataan Lim itu dibuat seminggu selepas Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kiri) memberi amaran bahawa sokongan terhadap PAS Kelantan turun ke paras 50 peratus, menurut bedah siasat oleh jawatankuasa pusat parti itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak bahawa Kekalahan PAS di Pengkalan Kubor, dengan majoriti lebih besar, akibat tempias kemelut pentadbiran di Selangor.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh 9,981 undi, menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).

Mat Razi mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,635 undi, meningkat hampir 900 undi berbanding penyandang DUN itu allahyarham Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13.

Kes Aktivis Ali: Kumpulan peguam selar mahkamah kerana tangkapan berulang kali

Badan kehakiman diselar kerana tidak menghentikan tindakan kerajaan daripada dakwaan “menghukum” aktivis Ali Abd Jalil dengan tangkapan berulang kali.

Ali ditahan untuk kali keempat semalam selepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas polis memperoleh tambahan reman tiga hari.

“Jelas sekali pelbagai reman dibuat dengan niat buruk bertujuan menghukum Ali dan bukan cubaan bona fide untuk menyiasat.

“Mengejutkan dan tidak boleh diterima apabila kehakiman tidak dapat dan keberatan menghentikan salah guna kuasa ini dan sebaliknya menjadi rubber stamp (pak angguk) kepada proses reman,” kata penyelaras kempen kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) Michelle Yesudas.

Jutawan 'loom band' tinggalkan M'sia kerana kuota pendidikan



Rakyat Malaysia pencipta gelang getah "loom bands" di Amerika Syarikat yang kini menjadi pengusaha berjaya berkata, beliau terpaksa meninggalkan negara ini pada awal 90-an untuk mendapatkan pendidikan.

Cheong Choon Ng menulis di The Guardian bahawa beliau tidak dapat memasuki universiti tempatan kerana kuota Malaysia berasaskan kaum mengehadkan jumlah etnik Cina di menara gading.

“Seperti banyak lagi kawan-kawan saya, saya terpaksa tinggalkan Malaysia untuk ke universiti,” tulisnya dalam akhbar British itu.

Loom bands yang juga dikenali sebagai rainbow loom digunakan dalam seni pembuatan gelang dan lain-lain.

Pada 2011 dan tahun lalu, syarikatnya mencatatkan hasil jualan AS$40 juta bagi produk itu.

Katanya, malah kini keluarga diraja British dan Paus Francis juga memakainya.

“Saya tengok gambar itu dan berfikir sendiri: Wow, ini semua bermula daripada meja makan kami,” katanya.

Yaman, Asia Barat dan Amerika: Masa depan kebangkitan Arab

Oleh Marwan Bukhari
Apa yang berlaku di Yaman, bukan sekadar Houthiyyun atau Syiah di sana. Pemberontak Houthiyyun (Houthis) turut disertai kabilah-kabilah Sunni, bererti ini merupakan isu kepolitikan dan persaingan kuasa besar, bukan semata-mata sektarianisme, tanpa menafikan faktor sektarianisme yang cuba terus diapi-apikan di sesetengah negara bergolak.
Ia bukan sekadar tentang Houthis yang ditaja Iran, tapi mereka tetap mendapat tajaan penting dari Arab Saudi dan UAE (Emiriah Arab Bersatu), dua negara setia di belakang Amerika Syarikat (AS).

Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini Iran juga sedang dalam proses membaiki hubungan antarabangsanya dengan AS, maka tidak hairan mereka boleh bersetuju dengan AS dalam beberapa isu. Sebahagian penulis politik melihat ia merupakan counter-revolution yang sebagaimana dilakukan di Mesir, mahu turut dilakukan ke atas Libya, Yaman, dan termasuk Tunisia (namun berjaya dihidu dan diatasi dengan aman, dan sedang diatasi demi kepentingan nasional dan bukan pihak/kelompok tertentu dalam Tunisia).

Negara-negara teluk sangat takut dengan kebangkitan rakyat. Arab Saudi lebih-lebih lagi mempunyai alasan besar untuk bersama dengan Houthis di Yaman, kerana Yaman sangat dekat dengan Arab Saudi. Arab Saudi juga yang 'menyambut' Ali Abdullah Saleh, presiden Yaman yang terpaksa melarikan diri selepas kebangkitan rakyat Yaman, sebagaimana Arab Saudi menyambut Ben Ali yang melarikan diri dari Tunisia ke Arab Saudi. Ali Abdullah juga seperti sedang merancang dari jauh terhadap apa yang berlaku di Yaman, khasnya dalam usaha untuk kembali memerintah Yaman. Nasser Arrabyee, wartawan dari Yaman dalam satu tulisannya bertajuk ‘Ali Abdullah Saleh plans his comeback’ menyatakan sebahagian peserta demonstrasi yang bersama-sama Houthis dikatakan ada yang membawa bendera parti General People's Congress, parti bekas presiden Yaman tersebut. Ali Abdullah juga dilihat menyokong apa yang dilakukan Houthis di Yaman.

Apa yang sedang berlaku di Yaman?

Oleh HARIS ZALKAPLI

Apa yang sedang berlaku di Yaman berkait langsung dengan perubahan kepimpinan dan aliansi selepas kebangkitan massa yang akhirnya menyebabkan Presiden Ali Abdullah Saleh yang telah memerintah selama 33 tahun diundurkan.

Perkembangan ini turut berkait langsung dengan persaingan kuasa-kuasa serantau Asia Barat, yang juga dikesankan oleh kebangkitan rakyat yang bermula pada 2011.

Konflik yang telah berlangsung sejak hujung tahun lalu ini juga berkait dengan kepentingan kuasa-kuasa serantau di sana, yang lebih meluas daripada persaingan proksi antara Arab Saudi dan Iran - atau Sunni dengan Syiah - seperti yang dilihat oleh sesetengah pihak.

Banyak pihak terlibat dalam krisis terbaharu ini, walaupun tumpuan banyak diberikan pada kumpulan pemberontak Houthi yang beraliran Syiah Zaidiyah dengan kubu kuat di utara Yaman bersempadan dengan Arab Saudi.

Politik Yaman kuat dicorakkan oleh kuasa puak-puak berpengaruh yang menguasai kerajaan sejak pemerintahan Syiah Zaidiyah ditamatkan dan Yaman muncul sebagai sebuah negara republik, satu-satunya di Semenanjung Arab.

Aliran Zaidiyah yang disebut hakikatnya bukan garis pemisah atau penentu paling utama - walaupun tidak dinafikan peranan pentingnya - seperti tanggapan sesetengah pihak, kerana Houthi turut mendapat sokongan Sunni, dan Ali Abdullah yang memerangi Houthi selama pentadbiran beliau juga bermazhab Syiah Zaidiyah.

Selain Houthi, kumpulan lain yang terlibat termasuk kelompok Salafi yang mempunyai pengaruh kuat di Yaman selama ini, dan Ikhwan al-Muslimin, yang bersama Salafi dan keluarga berpengaruh al-Ahmar - keluarga paling kuat dalam gabungan puak Hashid - membentuk Parti Islah yang ditubuhkan pada 1990, sekutu kuat Presiden Ali Abdullah sehingga beliau berundur.

Tindakan sultan lantik Azmin sebagai MB Selangor bantu pulihkan krisis dalam PR - Shuhaimi


Post Pic

SHAH ALAM: Keputusan Sultan Selangor melantik Azmin Ali sebagai menteri besar negeri itu dilihat mampu membantu memulihkan hubungan renggang antara PAS, PKR dan DAP.
 
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata ketiga-tiga parti kompenan Pakatan Rakyat itu sebelum ini sukar untuk mencapai kata sepakat untuk siapakah yang paling layak diangkat untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Sehubungan itu, keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkara itu dilihat amat tepat dan memuaskan hati semua pihak.
 
"Saya harap keputusan ini akan menyatukan semua pihak yang dulunya reggang di antara PAS dan DAP, PKR dan DAP serta pihak istana.
 
"Mungkin banyak komen yang dikeluarkan oleh ramai pihak yang menyebabkan (hubungan) tercalar banyak. (Ada juga) yang beri kenyataan yang tidak mewakili parti dan ada yang lebih berasaskan pandangan sendiri. (Semua itu) sedikit banyak menrenggangkan hubungan semua pihak," Ujar Shuhaimi ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.
 
Shuhaimi berkata Sultan Sharafuddin membuat keputusan itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerjaan Negeri. Justeru ia disokong tanpa bantahan oleh Pakatan Rakyat di Selangor.
 

Amnesty terima aktivis Ali sebagai ‘Banduan Teraniaya’, desak henti Akta Hasutan

Amnesty International terima aktivis Ali Abd Jalil sebagai Banduan Teraniaya (PoC). – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014.Amnesty International terima aktivis Ali Abd Jalil sebagai Banduan Teraniaya (PoC). – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014.Badan hak asasi antarabangsa, Amnesty International menerima aktivis rakyat Malaysia Ali Abd Jalil sebagai Banduan Teraniaya (Prisoner of Conscience - PoC) selepas Putrajaya menekannya dengan pendakwaan Akta Hasutan, mengatakan ia sebahagian usaha untuk memastikan beliau tidak terus dihukum atau berdepan pendakwaan terpilih.
Pengarah eksekutifnya, Shamini Darshni berkata mereka bimbang terhadap ketidakadilan yang dihadapi aktivis muda tersebut serta menegaskan kesnya perlu mendapat tumpuan pihak antarabangsa.
Kumpulan hak asasi manusia itu juga mengaktifkan tindak balas segera di peringkat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Putrajaya supaya berhenti menafikan hak kebebasan bersuara dan pendapat selepas siri siasatan serta pendakwaan ke atas beberapa individu mengikut Akta Hasutan.

"Amnesty International menganggap Ali sebagai sebagai Banduan Teraniaya hanya kerana pandangannya dalam media sosial dan hukuman ke atasnya. "Kami percaya mana-mana individu tidak boleh didakwa hanya kerana menyatakan pandangan mereka, khususnya perkara yang tidak menggesa ke arah keganasan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Amnesty memberi takrifan "PoC" sebagai seseorang yang dipenjara hanya kerana luahan keamanan atas kepercayaan mereka.
Menurut pertubuhan itu, PoC juga merujuk kepada individu yang dipenjara kerana kaum, agama, warna, bahasa, orientasi jantia, kepercayaan atau gaya kehidupan, selagi ia tidak digunakan ke arah keganasan.
Ali yang didakwa menghasut pada 8 September melalui satu posting Facebook dalam laman Facebook yang dikenali sebagai "Kapitalis Bangsat" melalui tiga komen berasingan, didakwa memperkecilkan kesultanan Johor dan menyeru agar ia dimansuhkan.

Penyelamat PR Selangor: Dua Adun PAS dapat sambutan wira dari DAP

Digelar pengkhianat oleh PAS, dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam tadi.

Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”.

“Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat,” kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno.

“Jika tidak keraja mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno,” katanya.

Exco: Zaidy dapat motivasi Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Biarpun dihimpit di segenap penjuru, bermula isu perlantikan Menteri Besar Selangor sehingga kepada pengurangan jumlah kuota exco, PAS tetap meletakkan komitmen tinggi demi sebuah amanah.

Adun PAS Taman Templer  Zaidy Abdul Talib, muka baru yang dilantik sebagai exco berkata, beliau bersemangat untuk berkerja lebih-lebih lagi selepas mendapat motivasi dari Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Cukup terharu dan bersemangat bila mendapat doa dan kata-kata motivasi dari Tuan Guru Presiden atas takhlifan amanah ini.

"Terima kasih Tuan Guru," katanya dalam satu tulisan di Facebook yang turut memuat naik gambar beliau bersama Ustaz Abdul Hadi.

Kelmarin, Menteri Besar baharu Mohamed Azmin Ali mengumumkan kuota exco PAS dikurangkan dari empat ke tiga.

Selain Zaidy, dua lagi Adun PAS yang dilantik semula sebagai exco adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

PAS Selangor belum putus terima jawatan Timbalan Speaker

KUALA LUMPUR: PAS belum memutuskan sama ada menerima atau tidak jawatan Timbalan Speaker Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad  berkata, pertemuan exco dan bekas exco PAS dengan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi belum memutuskan pendirian berhubung perkara tersebut.

"Pada pertemuan Exco dan mantan Exco PAS dengan Presiden malam, tadi belum diputuskan sama ada PAS akan terima Timbalan Speaker," katanya dalam satu tulisan ringkas di Facebook.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Azmin, PAS akan diberi jawatan Timbalan Speaker yang telah dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.

Azmin kini pemimpin PKR paling berkuasa, kata Utusan dengan rasa tidak puashati..!!

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengiringi Sultan Selangor menontot perlawanan bola sepak pasukan Selangor menentang Singapura, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 September, 2014.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengiringi Sultan Selangor menontot perlawanan bola sepak pasukan Selangor menentang Singapura, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 September, 2014.Menteri besar Selangor yang baru dilantik Mohamed Azmin Ali kini dianggap pemimpin yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam PKR, meninggalkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, lapor media rasmi Umno Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar itu mendakwa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar membuat pusingan U dengan memberikan kek kepada Azmin selepas beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar minggu lalu.
Menggunakan nama samaran "Awang Selamat" dalam edisi Ahad akhbar itu, Mingguan Malaysia, editor akhbar tersebut berkata isteri Azmin, Shamsidar Tahrin, tidak hadir pada majlis memotong kek itu.

"Awang tertanya-tanya, adakah majlis memotong kek yang hanya pertunjukan politik Wan Azizah kepada Azmin?" tulis Awang Selamat dalam ruangan mingguannya. "Realitinya kini Azmin menjadi pemimpin PKR paling berkuasa dan berpengaruh. Anwar dan isteri tiada pilihan selain menjaga hati Azmin bagai menatang minyak penuh,” katanya.
Awang Selamat juga mendakwa keputusan Sultan Selangor melantik Azmin menyebabkan lawannya dalam PKR khususnya penyokong Dr Wan Azizah kurang senang.

Bangsawan Samseng

Oleh DrMAZA
Binasanya sesuatu masyarakat apabila golongan bangsawan diberikan keistimewaan di sisi undang-undang. Mereka merasa diri mereka besar sehingga boleh memaki, memukul, mencedera sesiapa yang mereka suka, mengambil harta dan kedudukan awam dengan sewenangnya serta menghukum orang bawahan sesuka hati.

Berakhirnya sejarah golongan bangsawan di istana-istana hebat seperti Maharaja China dan raja-raja Eropah adalah disebabkan gagal mengawal diri dan takabur. Undang-undang yang double-standard pula memelihara mereka. Akhirnya rakyat bangun membuang institusi tersebut. Apalah faedahnya jika istana dan institusi raja dalam mana-mana bangsa menjadi tempat 'samseng' menunjukkan kesamsengan terhadap rakyat dan orang awam.
Kewujudan golongan kebal seperti itu hanya menimbul kemurkaan Allah dan kemusnahan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Forest City: Penduduk Kg Ladang dakwa MB Johor enggan temui mereka

PERSATUAN Nelayan Kampung Ladang mendakwa Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan bertemu golongan nelayan yang terjejas akibat aktiviti penambakan di perairan Selat Johor sehingga menimbulkan kemarahan mereka.
 
Sehingga isu projek pembangunan Forest City didedahkan, Menteri Besar Johor itu didakwa tidak pernah turun padang untuk melihat dan mendengar luahan nelayan.
 
Seorang nelayan Nasir Jaafar berkata, pihaknya pernah ke pejabat Menteri Besar pada bulan Mei lalu untuk mengadu masalah serta membawa surat bantahan terhadap projek pembangunan Forest City.
 
Katanya, mereka mempertaruhkan nasib ke pejabat Khaled selepas beberapa percubaan untuk menemui beliau secara rasmi gagal.
 
Nasir Jaafar 
 
"Ketika kami tiba dimaklumkan beliau ada tetapi Khaled enggan menemui kami atas alasan sedang bermesyuarat.
 
"Kami boleh tunggu dia habis mesyuarat tetapi kami dimaklumkan dia tidak mahu berjumpa. Kami memang marah dengan beliau.
 
"Kalau kami tidak boleh mengadu nasib kepada beliau, siapa lagi yang boleh kami harapkan atau beliau memang tidak suka dengar rintihan rakyat. Mungkin juga dia (Khaled) hanya pentingkan projek, bukan jaga kepentingan rakyat lagi?," katanya kepada Malaysia Gazette.

Pengkalan Kubor cerminan PAS tanpa Pakatan


Kekalahan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding 1,736 undi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu memberikan isyarat parti Islam itu tidak mustahil akan hilang Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengapa selepas lebih 20 tahun memerintah Kelantan PAS masih gagal merampas Pengkalan Kubor? Mengapa rakyat Pengkalan Kubor tidak terpengaruh dengan Islam yang dibawa kerajaan negeri? Apakah rakyat Kelantan tidak mahu royalti minyak diberikan kepada mereka?
Ini juga merupakan gambaran yang bakal berlaku jika PAS mengikut perjuangan “mullah-mullah muda” untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR dan DAP serta keluar dari Pakatan Rakyat (PR).
Pemimpin-pemimpin utama PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamed Azmin Ali, Lim Guan Eng dan ramai lagi tidak kelihatan untuk membantu PAS di Pengkalan Kubor.
Mungkin terlalu sibuk untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor ataupun mereka sengaja tidak turun memberikan sokongan untuk mengajar beberapa pemimpin PAS yang bersungguh-sungguh mahu menamatkan kerjasama dengan PR semasa muktamar baru-baru ini.
Ini menyebabkan PAS terpaksa membawa bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah uzur untuk membantu kempen mereka.
Sampai bila PAS mahu bergantung kepada Nik Aziz? Apakah kerajaan Kelantan yang sedia ada begitu lemah di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Yakob?
Sebelum PRK Pengkalan Kubor, PAS begitu yakin mampu memenangi kerusi tersebut dengan “sifir” oleh kerana kerusi Parlimen Tumpat dikuasai mereka, tidak mustahil mereka mampu memenanginya berbanding PKR yang sudah kalah pada 2013 dan 2008.
Namun apabila keputusan PRK Pengkalan Kubor diumumkan, majoriti calon BN lebih besar terhadap calon PAS berbanding pada PRU13 apabila melawan calon PKR.

DAP beri sambutan wira untuk dua 'broker, barua' PAS


MB Selangor: Isu selesai, masa untuk bekerja

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menggesa semua pihak agar menghentikan sebarang spekulasi berhubung isu kerusi Exco Pas yang dikurangkan kepada tiga kerana sekarang adalah masa untuk Exco yang telah dipilih untuk bekerja dan berkhidmat kepada rakyat.

Tegas Mohamed Azmin, isu berkenaan sudah dianggap selesai kerana semua Exco Selangor sudah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan telah pun mengangkat sumpah kelmarin.

“Hentikan sajalah isu ini (Exco), saya hormat pandangan mereka tetapi bagi saya... perbincangan sudah pun dijalankan dan konsultasi pun dibuat secara bermuafakat.

“Saya bagaimanapun memahami perasaan pimpinan negeri tetapi keputusan sudah pun dibuat, sekarang ini adalah masa kita untuk bekerja keras. Ini fokus kita dan kita mesti bergerak ke hadapan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Komuniti Bandar Hijau Majlis Perbandaran Subang Jaya, semalam.

Kelmarin, Pas Selangor dilaporkan menafikan parti itu bersetuju supaya bilangan Exco dari Pas dikurangkan kepada tiga berbanding empat dalam pentadbiran sebelum ini.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman dipetik sebagai berkata, tindakan berkenaan bukan satu permulaan yang baik bagi pentadbiran Mohamed Azmin.

Khamis lalu, Mohamed Azmin mengumumkan menambah seorang anggota dari PKR dan mengurangkan seorang wakil Pas dalam barisan baharu 10 Exco Selangor.

Beliau mengekalkan tiga kerusi Exco untuk DAP selain menamakan tiga muka baharu, iaitu Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Adun Batu Caves, Amirudin Shari (PKR) dan Adun Taman Templer, Mohd Zaidy Abdul Talib (Pas).

Nik Abduh: Pas dan kisah bulinya


Nik Abduh Nik Abdul Aziz 

PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya Pas dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.

Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah Pas diminta tolong. Waktu senang, Pas ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum Pas ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan.

Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal Pas dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh Pas hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli Pas. Sejarah Umno buli Pas ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak Umno macam nak berkawan dengan Pas, orang Pas memang susah nak percaya.

Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula nak buli Pas. Sehinggakan Pas kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci Pas. Pas ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah Pas, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun Pas dibuli sentiasa, Pas tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. Pas memenangi banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. Pas juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana.

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, Pas kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar Pas kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, Pas hidup, membesar dan maju. Pas tak berubah apa pun.

Pas hari ini adalah Pas yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruhagamanya, Pas akan diherdik dan dihina-hina pula.

Ada pemimpin DAP yang kata Pas akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi.

Jangan cakap soal gabung PAS - Umno selagi Nik Aziz hidup, kata penganalisis

Ketika isu penggabungan Umno dan PAS hangat dibincangkan semula ekoran krisis di Selangor, seorang penganalisis politik mencadangkan lebih baik ia tidak dibincangkan kerana ia termasuk dalam perkara mustahil terutama selagi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat masih ada.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Ahmad Sunawari Long (gambar sebelah) berkata, lebih baik isu penggabungan ini tidak dibincangkan kerana ia perkara mustahil terutama kepada Nik Aziz.
Beliau berkata demikian dalam satu perbincangan melalui Facebook yang dianjurkan seorang pengkaji politik Malaysia Kelantan, Dr Mustapha Ahmad.

Mustapha meminta rakan-rakannya mengulas secara ilmiah  persoalan "Perlukah Umno dan PAS bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan (UG) tanpa merujuk kepada sejarah lampau?" melalui akaun Facebooknya. Turut menyertai perbincangan itu adalah penganalisis politik termasuk pensyarah, ahli politik veteran dan juga mereka yang masih aktif dalam politik.
Persoalan ini dibangkitkan ketika sesetengah pemimpin PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berpuas hati dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ia semakin memuncak apabila kouta exco PAS di Selangor dikurangkan daripada empat kepada tiga saja selepas Selangor mendapat menteri besar baru iaitu Mohamed Azmin Ali beberapa hari lepas.
Usaha sesetengah pihak untuk bergabung dengan Umno ini melahirkan satu NGO  baru, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang melobi agar PAS terus kekal dan diperkasakan menerusi PR.
"Kalau kita ikhlas ingin melihat perpaduan Melayu-Islam, maka Umno dan PAS perlu bergabung. Tetapi jika penggabungan berlaku, maka tiada manis lagi dalam alam politik Melayu Malaysia," kata Sunawari dalam ulasannya.

"Budak-budak Bangsar": Sahabat Adam Adli ambil alih tugas, ikrar bermatian demi hak asasi manusia

Tidak terjejas dengan sabitan bersalah dan hukuman penjara yang dikenakan terhadap aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dalam dakwaan hasutan besar-besaran Putrajaya, rakan seperjuangannya berjanji untuk meneruskan pertempuran menegakkan hak asasi manusia walaupun diancam pendakwaan mengikut undang-undang zaman penjajah itu. Ashraf Zulkifli dan Seth, kedua-duanya pelajar di universiti awam tidak akan berganjak daripada perjuangan mendapatkan hak asasi manusia lebih baik di Malaysia walaupun Adam dipenjarakan. “Kami tidak akan berhenti. Kami tidak akan mudah berputus asa dan tunduk kerana takut kepada pihak berkuasa,” kata Ashraf kepada The Malaysian Insider

 Kedua-duanya menyertai dengan kumpulan aktivis yang menggunakan nama "Budak-Budak Bangsar", yang menjalankan kelas falsafah dan politik, serta menganjurkan dapur jalanan dan tuisyen untuk kanak-kanak di kawasan kejiranan itu sebagai sebahagian aktiviti mereka. “Apa yang kami lakukan sekarang ialah menyedarkan masyarakat. Kita mahu masyarakat di mana mereka tahu hak masing-masing dan ia memerlukan pendidikan,” kata Ashraf, 22. Mereka mengakui sudah meyakinkan ibu bapa masing-masing mereka tidak akan terbabit dalam apa-apa yang “merbahaya” sehingga selepas tamat pengajian. “Jujurnya, saya lebih takut menghampakan ibu bapa saya daripada takut kepada kerajaan atau pihak berkuasa lain,” kata Seth, 21, pelajar jurusan fotografi. “Itu adalah cabaran saya untuk tidak menghancurkan hati mereka. Kebanyakan aktivis pelajar yang saya kenal juga takut perkara itu.

“Tetapi ibu bapa tahu apa yang saya buat. Dan mereka juga menyokong niat saya. Mereka sebenarnya yang mendedahkan kepada saya isu hak asasi manusia hingga saya berada di sini,” katanya. Ashraf, pelajar jurusan Sejarah dan Tamadun Islam berkata, sabitan Adam terhadap kesalahan hasutan tidak mengubah apa-apa. “Ibu bapa saya tahu saya tidak buat salah. Jadi buat masa sekarang, saya tahu apa yang saya boleh buat,” katanya. Adam, yang turut hadir dalam temubual itu berkata Putrajaya silap jika menyangka pendakwaan yang dikenakan terhadapnya akan menghalang aktivis pelajar yang lain untuk terus memperjuangkan hak asasi manusia dihormati, keadilan dan menghentikan penindasan.

Pelajar marah keputusan percubaan SPM tidak diterima program pra-universiti, kata laporan

Pelajar tingkatan 5 tidak boleh lagi menggunakan keputusan ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka untuk memasuki proram asas atau pra-universiti, lapor The Sunday Star hari ini. Ramai yang memberitahu akhbar itu mereka tidak faham mengapa keputusan peperiksaan percubaan sekolah mereka tidak lagi boleh diterima, sedangkan amalan tersebut dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran selama beberapa dekad. Mereka berkata, rancangan mereka kini terganggu kerana terpaksa menunggu 3 bulan untuk mendapat keputusan SPM sebenar sebelum boleh memohon untuk menyertai program itu.

"Ini benar-benar mengganggu rancangan saya. Saya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat program matrikulasi di Australia pada Januari dan belajar di Australia di mana pengambilan adalah pada Februari," kata M Raju, seorang pelajar tingkatan 5 kepada The Star. Peperiksaan SPM diadakan untuk pelajar tingkatan 5 setiap November, manakala keputusan hanya dikeluarkan pada Mac tahun berikut. Menurut Sunday Star, Kementerian Pelajaran mengedarkan surat pekeliling memaklumkan institusi pendidikan tinggi swasta yang keputusan percubaan tidak dapat diterima sebagai kelayakan kemasukan. Persatuan Kolej Swasta Malaysia dilaporkan merayu keputusan ini dikaji semula. Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan berkata cadangan itu dikemukakan kepada Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. "Kami sedang mengkaji," katanya yang dipetik sebagai berkata.

The Sunday Star melaporkan setiap tahun, kira-kira 30,000 pelajar mendaftar untuk program pra-universiti yang bermula Januari menggunakan keputusan percubaan SPM mereka. "Ia mengecewakan apabila terpaksa membazirkan 3 bulan menunggu keputusan," kata Gabrielle T, seorang pelajar, yang dipetik daripada akhbaritu.. "Saya tidak faham mengapa kita tidak boleh menggunakan keputusan percubaan apabila senior kita boleh. Ia tidak adil,” katanya. Pelajar memberitahu The Sunday Star keputusan peperiksaan percubaan mencerminkan keputusan SPM mereka, jadi tidak perlu menunggu lama untuk membuat keputusan. "Soalan sekolah kami benar-benar soalan yang sukar bagi menyediakan kami untuk peperiksaan sebenar," J Nate dipetik sebagai berkata.

Pelantikan Azmin pelengkap Langkah Kajang, kata Lee Chin Cheh

Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh ketika ditemubual The Malaysian Insider di Petaling Jaya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 28 September, 2014.Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh ketika ditemubual The Malaysian Insider di Petaling Jaya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 28 September, 2014.Lee Chin Cheh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang meletakkan jawatannya untuk mencetuskan Langkah Kajang sehingga membawa kepada kebuntuan isu menteri besar Selangor berpendapat pelantikan Mohamed Azmin Ali adalah kemuncak kepada perancangan yang lengkap.
Bekas Adun Kajang itu percaya Langkah Kajang bukan satu kegagalan kerana PKR Selangor sejak mula lagi mahu Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Apa yang berlaku sekarang adalah apa yang kita mahukan selama ini, walaupun ia berlaku secara tidak sengaja berpusing-pusing," katanya.

Lee berkata, pemimpin PKR negeri bertemu kepimpinan tertinggi parti dua hari selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas, mencadangkan agar Azmin mengambil alih jawatan menteri besar, kerana mereka ragu-ragu dengan kesesuaian Khalid untuk terus menerajui Selangor. Tetapi cadangan itu ditolak.
"Saya diberitahu kita tidak mempunyai kata sepakat daripada rakan-rakan Pakatan," katanya, merujuk kepada DAP dan PAS yang mahu Khalid untuk terus kekal menerajui negeri terkaya di Malaysia itu untuk penggal kedua.

Adam Adli: Penjara akan jadi universiti ketiga saya

Amalkan apa yang kamu cakap, kata pengguna media sosial kepada Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta melaksanakan apa yang diucapkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menentang segala keganasan golongan pelampau Isis di Syria dan Iraq di negara sendiri. Melalui laman sosial Twitter, mereka menyifatkan Najib gagal di negara sendiri dalam mengekang keganasan dan tindakan tidak adil. Pengarah Eksekutif Peguam Untuk Kebebasan, Eric Paulsen melalui Twitternya menulis @NajibRazak berkata yang betul di PBB tetapi gagal sepenuhnya di negara sendiri Malaysia.

 "Umno, Isma, Perkasa, Utusan, Jakim, Jais adalah contoh pelampau yang dilihat oleh semua orang." Beliau menambah: "Di PBB @Najib Razak mencadangkan kedamaian & kesederhanaan tetapi tidak ada sikap sebegitu di Malaysia- semuanya diuruskan menggunakan Akta Hasutan." Ia diikuti oleh respon dari pengikut Twitter beliau, People Power yang menggunakan akaun @peoplepowerr yang menulis: "Dia jaguh dunia tetapi bukan jaguh kampung." Seorang lagi pengguna Twitter, Hafiz Noor Shams mengingatkan Najib tentang kenyataan beliau sebelum ini dengan menggunakan akaun @_earth: "Najib di PBB, Kami anti Isis. Najib bersama Umno: Kita patut contohi keberanian Isis."

Najib ketika meraikan majlis makan malam 25 tahun penubuhan Umno Cheras Jun lalu meminta ahli partinya mencontohi pertubuhan yang memanggil sendiri Isis kerana mereka berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun jumlah mereka jauh lebih kecil. Sementara itu, peguam hak asasi manusia Latheefa Koya juga menggunakan Twitter hari ini dengan berkata: “Najib menggesa masyarakat global untuk mengalahkan keganasan & sikap tidak bertoleransi agama - hello? Ada kenal Isma & Perkasa?”, merujuk kepada kedua-dua kumpulan hak Islam dan Melayu di Malaysia. Bekas de facto menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim juga menulis melalui Twitter @zaidibrahim: “PM dengan wajah manis; bercakap tentang idea-idea yang berbahaya meresapi dunia Islam di New York.

PRK N.01: Tiada undi protes daripada PKR kata Pas Terengganu

Ariffin Deraman 
KUALA TERENGGANU – Tiada undi protes daripada PKR, sebaliknya faktor jumlah pengundi luar dan pengundi muda yang pulang mengundi merosot adalah punca utama Pas gagal mengatasi majoriti undi diperoleh BN pada PRK Dun Pengkalan Kubor, Khamis lalu.

Keadaan itu turut menyebabkan strategi PR meletakkan calon Pas bukan sahaja tidak menjadi, malah memperlihatkan keputusan undi diperoleh Pas lebih merosot dalam PRK ini berbanding PRU13 lepas.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, Pas sebenarnya telah membuat telahan mengenai perkara itu dan jangkaan undi Pas merosot telah dijangka dari awal sekiranya jumlah pengundi luar yang pulang berkurangan.

“Jumlah pengundi luar dan pengundi muda yang pulang mengundi adalah kecil dan mereka ini banyak menyumbang kemenangan kepada kita pada PRU13 lalu.

“Bagaimanapun, mungkin dengan sambutan hari raya Aidiladha yang dekat dengan tarikh PRK menyukarkan mereka untuk pulang mengundi.

“Kita telah membuat andaian sebelum ini, kalau peratusan keluar mengundi merosot, ia akan beri kesan yang besar dan meningkatkan kekalahan kepada kita,” katanya.