Sabtu, 27 September 2014

PAS informed on loss of exco seat - Dr Dzulkefly

'Greater freedom poses no threat to Islam'-Zairil Khir Johari

Modernist approach needed for democratic Islam - Prof Nader

'Profesionals vs clerics a non issue' - Dr.Dzulkefly

PAS Kini Pada Pandangan Seorang Bukan Islam

PAS yang saya kenali Oleh Lim Hong Siang

Gelombang "Reformasi" meledak sebelum saya memasuki dewan peperiksaan SPM. Saya tidak mengenali PAS ketika itu. Imej PAS dibentuk melalui bacaan komentar dalam media bahasa Cina. Negara Islam, hukum hudud, konservatif, ektremis dan sebagainya, antara inilah yang paling memahat dalam minda.

Pengalaman bersemuka dengan orang PAS hanya bermula selepas memasuki universiti. Kami dibawa senior untuk menghadiri ceramah politik. Ketika itu saya amat teruja dengan ucapan Mahfuz Omar yang berapi-api. Kemudian kami diatur untuk berdialog dengan Hu Pang Chaw (bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS), melawat ke Kelantan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenarnya.

Pemikiran kami dipengaruhi senior pada ketika itu, yang aktif dalam DEMA - satu pertubuhan mahasiswa. Kami lebih cenderung untuk mempertahankan Barisan Alternatif, maka DAP dianggap sebagai "penghalang", yang menggagalkan pertukaran kerajaan. Kami berkempen untuk calon Parti KeADILan ketika PRU11 pada tahun 2004. Seringkali kami ditanya oleh pengundi Cina yang tebal prejudisnya terhadap agama, bagaimana ulamak boleh mentadbir negeri, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang ekonomi?

Terpegun juga kami di situ, kerana gagal memberi jawapan. Akhirnya kami dicelikkan seorang senior, "Padahal pemimpin tertinggi hanya memainkan peranan untuk memastikan agar halatuju pentadbiran tidak terpesong dari landasan demokrasi. Soal teknikal dalam pentadbiran boleh diuruskan oleh teknokrat dan birokrat." Kami menganggap jawapan itu memuaskan, lalu kita menggunakan jawapan skema ini berkali-kali untuk meyakinkan mereka yang masih keraguan.

Ini kisah lama. Generasi kami melalui proses kematangan secara berperingkat-peringkat. Pada satu peringkat saya mulai bersikap kritis terhadap PAS. Saya masih ingat pengalaman saya sebagai wartawan, hadir di sidang media Mujahid Yusof Rawa, yang pada ketika itu bersungguh-sungguh untuk berdialog dengan masyarakat Cina selepas PRU11.

Beberapa soalan dilontarkan oleh wartawan Cina lain, berdasarkan prejudisnya terhadap PAS. Mujahid ketika itu berjaya menyanggah tuduhan-tuduhan dalam soalan itu dengan fakta, kerana sememangnya PAS tidak seburuk sebagaimana yang digambarkan. Akhirnya saya mengajukan soalan, bagaimana PAS mendakwa dirinya mendukung kebebasan bersuara, sedangkan dirinya mengharamkan tulisan Farish Noor dan Khalid Jaafar di Harakah, ketika itu.

Giliran Mujahid terpegun seketika dengan soalan itu. Bagaimanapun soalan-soalan sedemikian kerap ditimbulkan pada zaman pasca PRU11 dan sebelum PRU12. Saya masih ingat pengalaman Dr.Dzulkefly Ahmad diasak oleh NGO dalam satu forum, bagaimana PAS mendakwa dirinya memperjuangkan kebebasan berpersatuan, sedangkan PAS mengambil sikap yang agak keras terhadap Sister-In-Islam, sehingga mencadangkan agar ianya diharamkan?

Namun saya sedar keperluan politik ketika itu. Saya nampak bagaimana sekumpulan pemimpin PAS, seperti Mohamad Sabu, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad, Syed Azman dan lain-lain lagi, turun untuk memprotes kenaikan harga minyak. Maka semakin yakinlah saya bahawa adanya sekumpulan pemimpin dalam PAS yang memperjuangkan nasib rakyat. Lebih penting, susuk tubuh pemimpin inilah yang dijadikan contoh untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS juga komited dalam perjuangan pendemokrasian politik dan ekonomi. Ikon-ikon ini digunakan untuk memecah imej stereotaip masyarakat Cina, bahawa pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama semata-mata.

Lupakan sengketa lama, ayuh laksana janji PR!


Weng San 

DENGAN pengumuman barisan Exco yang baru di bawah Mohamed Azmin bin Ali semalam, maka pergolakan politik yang telah membelenggu rakyat Selangor dikira telah berakhir.

Bagi mereka yang baru dipilih ke dalam barisan Exco, syabas dan tahniah diucapkan. Diharap mereka yang dilantik boleh membawa hasrat dan aspirasi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) ke dalam Exco dan menerjemahkannya ke dalam dasar Kerajaan.

Bagi mereka yang terkeluar, tidak perlulah berputus asa kerana tugas sebagai Adun sama penting dan mencabar. Anda masih boleh memainkan peranan yang lebih penting, iaitu untuk memantau dan menyemak dasar-dasar kerajaan melalui beberapa Jawatankuasa Pilihan yang telah dibentuk setahun yang lalu.

Bagi rakan-rakan seperjuangan saya di dalam DAP, Pas dan PKR, harus diingatkan bahawa tugas kita sebagai wakil rakyat bukan sahaja mewakili parti atau pengundi di kawasan masing-masing di Dun Selangor, malahan kita juga mewakili rakyat Selangor yang tidak lama dahulu memberi sokongan padu kepada PR untuk terus menerajui kerajaan Selangor.

Walaupun kami bertanding atas tiket parti masing-masing, tetapi 52 peratus pengundi Malaysia yang mengundi kita kerana dasar dan manifesto bersama PR. Maka, suka atau tidak, mahu atau tidak, rakyat telah memilih PR dan kami sebagai wakil rakyat PR harus terus memikul tanggungjawab ini sehingga Dun dibubarkan empat tahun kemudian nanti.

Maka dengan itu, saya melafazkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin khususnya atas sokongan mereka terhadap calon MB daripada PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Adun Kajang.

Walaupun Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya tidak menjadi Datuk Menteri Besar Selangor, semangat setiakawan dan semangat kental kedua-dua orang wakil rakyat PAS yang tidak mahu membelakangkan hasrat rakyat amat dihargai dan perlu dipuji.

Pakatan Rakyat di ambang senja?

Farouk A Peru

Sudah lama saya teringin menggunakan frasa 'di ambang senja' dalam konteks politik. Semasa zaman remaja, saya membeli buku tulisan Ahmad Lutfi Muhammad yang menulis buku bertajuk 'Mahathir Di Ambang Senja'. Saya amat tertarik kepada tajuk buku itu namun tidak kepada isinya sangat. Pakatan Rakyat (PR) sekarang nampaknya di ambang senja. Kalau tidak di senja gandingan politiknya, mungkin di senja kredibiliti di sisi rakyat. Sudah banyak saya dengar desas-desus di kalangan rakyat Malaysia yang mereka hilang keyakinan terhadap PR. PR menang besar dalam tsunami 2008. Kami yang mahu melihat perubahan politik di Malaysia amatlah teria-ia dengan berita ini. Walaupun PR dianggotai PAS (yang saya memang sangsi), perubahan yang diperlihatkan PAS pada masa itu tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk menubuhkan 'welfare state' (negara yang berteraskan socialisme) yang akan membantu rakyat berdikari dan memajukan negara. Walaupun saya tidak percaya yang 'welfare state' patut didirikan secara 'top down' (dari pihak atasan turun kepada rakyat), hasrat untuk 'welfare state' lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

 Namun janji hanya tinggal janji. PAS sebelum pilihan raya umum yang lalu, kembali kepada asal mereka iaitu hukum hudud. Memang tidak syak lagi, PAS tidak akan mengubah sasaran mereka. Tapi sekurang-kurangnya, rakyat masih ada harapan kepada DAP dan PKR. Sekarang harapan itu pun sudah punah. Sarkis politik yang diperlihatkan ketiga-tiga parti dalam krisis menteri besar Selangor yang baru berlalu menampakkan kepada rakyat betapa kurangnya sikap ambil berat ahli politik kepada rakyat. Sebaliknya politik sudah jadi permainan bola sepak, ditendang ke sana ke mari. Kita tidak patut terkejut. PKR adalah satu gagasan yang membawa bersama tiga parti yang membawa ideologi berlainan. Satu memperjuangkan Islamofasisme, satu lagi sosialisme dan yang ketiga pula egoisme, iaitu memperjuangkan apa saja yang akan membawanya ke mercu Putrajaya. Satu kombinasi yang amat merbahaya. Pada saya, gagasan ini tak akan dapat bertahan. Sekurang-kurangya, mereka hilang kredibiliti selepas krisis mutakhir ini. Ini tidak bermakna kita patut menerima saja politik rasialis (yang membahagikan bangsa atau etnik) seperti yang diamalkan parti pemerintah. Formula itu tidak pernah berguna dan hanya memecahbelahkan rakyat.

Siapa yang harus bertanggungjawab: Menteri atau penjawat awam?

Oleh Aziz Bari
Nampaknya pentadbiran Najib telah berdolak-dalik sekali lagi. Kali ini ia melibatkan kebocoran kertas-kertas peperiksaan UPSR yang menjadi tajuk-tajuk utama akhbar pada 12 September. Malah beberapa pihak, seperti Amin Iskandar dari The Malaysian Insider, mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan telah berbohong secara terang-terangan.
Perlu diingat bahawa lelaki nombor dua dalam kerajaan Najib itu berkata bahawa ketua jabatan peperiksaan, Dr Na'imah Ishak bersama-sama dengan salah seorang daripada timbalannya akan digantung dengan serta merta. Alasan yang diberikan oleh Muhyiddin adalah insiden tersebut telah menimbulkan persoalan mengenai integriti jabatan itu dan juga sistem peperiksaan awam di negara ini.
Oleh itu, timbalan presiden Umno itu berkata yang kedua-dua kakitangan kanan kerajaan itu perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan itu yang mengakibatkan pembatalan dua kertas, Sains dan Bahasa Inggeris. Dilaporkan bahawa hampir setengah juta pelajar telah terlibat, dan kesemua mereka perlu menduduki semula kertas-kertas ini, yang dijadualkan akan diadakan pada 30 September.

Tetapi dalam masa kurang daripada satu minggu, kerajaan telah membuat pusingan-U. Dalam satu kenyataan media, yang menariknya telah dibuat oleh setiausaha kementerian Tan Sri Dr Madinah Mohamad pada 19 September, Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa kedua-dua pegawai itu tidak digantung tetapi hanya dipindahkan untuk menjalankan tugas-tugas lain yang tidak berkaitan dengan jabatan itu. Penjawat awam nombor satu kementerian itu berkata lagi bahawa kedua-dua penjawat awam kanan itu tidak dihukum, atau digantung daripada tugas.
Jelas bahawa menteri dan penjawat awam kanan kementerian itu telah mempercanggahi antara satu sama lain. Sudah tentu kita boleh mengatakan bahawa setiausaha itu diminta oleh menteri untuk mengurangkan kerosakan, disebabkan kenyataan terdahulunya. Entah bagaimana perkara itu telah menjadi lebih buruk. Pada 21 September, jabatan peperiksaan membuat laporan polis yang mendakwa bahawa dua lagi kertas, Bahasa Tamil dan Matematik, juga telah bocor.
Setakat ini, 14 orang telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan mereka. Sementara itu Madinah memberitahu media bahawa kakitangan awam, mungkin mereka yang berpangkat lebih rendah, akan mengadapi prosiding tatatertib dalaman di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Dan sebahagian daripada mereka mungkin perlu dihadapkan ke mahkamah, mungkin di bawah Akta Rahsia Rasmi 1971. Beliau menjelaskan yang jika mereka dibawa ke mahkamah, mereka perlu digantung daripada perkhidmatan awam dan perlu menghadapi pemotongan gaji 50 peratus.
Tidak jelas apa yang berada dalam fikiran Muhyiddin ketika beliau berbicara tentang tanggungjawab dalam sidang media yang dijalankan selepas kebocoran itu. Walau bagaimanapun dari sudut Perlembagaan, itu adalah apa yang beliau perlu lakukan. Sebagai ketua politik Kementerian Pelajaran, beliau bertanggungjawab untuk semua yang berlaku dalam kementerian itu. Sudah tentu kakitangan awam ini akan dihadapkan ke prosiding tatatertib jabatan atau perbicaraan jenayah di mahkamah. Bagaimanapun Muhyiddin dan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bersama-sama dengan kedua-dua timbalan menterinya, masih perlu bertanggungjawab. Inilah doktrin tanggungjawab menteri. Benar bahawa sebagai menteri, Muhyiddin mungkin tidak mengetahui sepenuhnya rutin atau pengurusan seharian kertas peperiksaan ini. Namun ini tidak melepaskan beliau dari tanggapan tanggungjawab yang dikenakan oleh Perlembagaan. Walaupun beliau mungkin terlepas dari beban prosiding tatatertib atau liabiliti jenayah – beliau adalah seorang menteri dan bukannya penjawat awam – Muhyiddin kekal bertanggungjawab dari segi politik.

Ke mana arah tuju PAS selepas isu Selangor dan Pengkalan Kubor?

Oleh Md Izwan
Dua isu, kemelut menteri besar Selangor dan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, jelas sama sekali tidak memihak kepada parti Islam, PAS.Dalam isu Selangor, tindakan menghina dan mengkritik secara terbuka parti rakan sekutu bukan suatu tindakan bijak, malah mengeruhkan hubungan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, apakah presiden PAS itu sendiri mempunyai tokoh kepimpinan sebagai seorang ahli politik yang boleh dicontohi?
Apakah dengan kekalahan Pengkalan Kubor, mereka boleh mendabik dada dan berbangga dengan diri sendiri mengatakan tanpa PKR dan DAP mereka mampu menang? Perlu diingat, ini bukan kali pertama kekecohan melibatkan PAS, semasa Pilihan Raya Umum 2013 sendiri kita melihat bagaimana berlaku pertindihan kerusi antara PAS dan parti rakan.
Tindakan tidak bijak presiden PAS ketika itu menghina calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kota Damansara dengan tuduhan tidak berasas.
Dalam isu di Selangor, perkara sama berlaku apabila dikatakan presiden PKR tidak mempunyai pengalaman dan beberapa kritikan tidak bijak lain.
Sungguhpun tidak bersetuju dengan presiden PKR, kritikan peribadi tidak dialu-alukan tatkala presiden PAS itu sendiri menjadi punca kepada kekalahan dua negeri di Terengganu dan Kedah.
Di sini persoalan timbul, apakah presiden PAS itu sendiri itu mempunyai kredibiliti untuk mengkritik parti lain?
Di mana kuah jika tidak tumpah ke nasi, kelantangan presiden PAS itu disambut pula oleh perwakilan di dalam Muktamar PAS di Johor. Pertemuan tersebut sepatutnya menjadi medan melihat kelemahan dan memperbaiki diri sendiri bertukar menjadi medan menghentam rakan.
Ini bukan satu lagi tindakan bijak, maka tidak hairan di Pengkalan Kubor tidak ada  kepimpinan utama PKR dan DAP yang datang membantu mereka.
PAS mungkin boleh memberi alasan atau berhelah menafikan kekalahan tersebut bukan berpunca daripada rakan DAP dan PKR.

Jangan sampai rakyat menyampah

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
PIHAK Istana akhirnya memutuskan Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali sebagai Menteri Besar baharu Selangor selepas peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ia menamatkan kemelut yang berlarutan sejak beberapa bulan apabila terdapat usaha di peringkat tertinggi KeADILan mahu menyingkirkan Khalid.
Menukar seorang menteri besar bagi sebuah gabungan parti politik yang mempunyai majoriti dua pertiga sepatutnya berlangsung dengan mudah tanpa sebarang masalah. Namun kerana parti yang mahu menukarkan Menteri Besar itu adalah parti yang sarat dengan masalah maka habis semua pihak yang asalnya tiada kena mengena pun, terbabit dengan masalah.

Seperti kata Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu bukan masalah PAS tapi masalah rakan tahaluf (KeADILan). “PAS tidak pelahap jawatan Menteri Besar Selangor,” tegasnya. Malangnya, PAS pula yang terima akibat paling buruk ekoran kemelut Selangor itu. Semua orang nampak perpecahan besar PAS, tidak mampu disembunyikan lagi. Sebahagian besar masa Muktamar Tahunan ke-60 PAS menumpu kepada isu yang satu itu. Isu lain yang muncul sudah jadi tidak menarik sehingga tiada perwakilan yang sudi membahas usul di muktamar secara mendalam, pro dan kontra. Mungkin kerana isu rakyat yang terkandung dalam usul itu tiada kena mengena dengan isu yang satu itu. Ia mengocak perpaduan dalam PAS. Mazlan Aliman yang banyak memperjuangkan isu-isu rakyat risau kerana kemelut yang berpanjangan itu boleh menyebabkan rakyat melihat PAS banyak beretorik sedangkan tidak mampu menangani masalah sebenar rakyat.
“Jangan kita lupa rakyat mengharapkan Pakatan Rakyat untuk membela mereka, harapan mereka perlu kita penuhi.
“Jika ini kita tidak lakukan, abaikan mereka bagaimana kita ingin mendapat perhatian mereka pada pilihan raya yang akan datang,” kata beliau.
Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat, mendesak kemelut diatasi dengan segera. Berilah tumpuan untuk tangani masalah dalaman sebanyak 30 peratus sahaja dan 70 peratus untuk isu-isu rakyat.
“Kita perlu segera menyelesaikan krisis yang kita hadapi sekarang ini, ja ngan kita leka dengan permasalah an dalaman sehinggakan kita lupa memikirkan masa hadapan,” ujarnya.

Azmin Mesti Bertindak Secara 'Offensive'

Oleh Abu Hassan Adam
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
Sudah agak lama pembangkang (BN) di Selangor ‘menganggu’ pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Semenjak tahun 2008, pihak pembangkang (BN) tidak henti-henti menganggu-gugat apa saja rancangan yang dijalankan pleh Pakatan Rakyat untuk memajukan rakyat Selangor. Seolah-olah begitu banyak masa terbuang menangani kerenah yang dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang matlamatnya mengagagalkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Malangnya diperhatikan bahawa sepanjang pentadbirannya, TS Khalid Ibrahim banyak mengambil sikap berdiam diri ataupun bersikap ‘defensive’ menangani kerenah-kerenah yang ditimbulkan oleh pihak-pihak berkenaan.

Mungkin dengan kemunculan kepimpinan baru di bawah YAB Azmin Ali, suasana di Selangor akan berubah wajah. Mungkin hati kecil Saudara Azmin akan mengatakan bahawa, ‘enough is enough’ kepada pihak yang cuba mengganggu-gugat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Mungkin YAB Saudara Azmin akan berpegang kepada peribahasa Melayu,’ membujur lalu melintang patah’ kerana beliau yakin bahawa sekiranya beliau takut ‘bermain ombak takkan lah beliau berani berumah di tepi pantai’. Aku amat mengenali siapa Azmin sebenar. ‘Kata akan dikotakannya’.
Maknanya rakyat Selangor akan menempuh zaman yang penuh cabaran untuk menempa kegemilangan. Mungkin pada peringkat awal pentadbirannya, rakyat Selangor masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat tentang arah tuju dan ‘lintuk-lingguk’ pentadbirannya sebelum membuat sebarang kesimpulan. Yang jelasnya bahawa pada permulaan pentadbirannya sudah menampakkan sokongan yang padu daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PKR,DAP dan PAS) mengenai pelantikan barisan exsconya. Dan yang paling terserlah ialah kejayaan beliau mendapatkan persetujuan DYMM Sultan Selangor mengenai barisan exconya.
Masih ramai kini yang mempersoalkan tentang mengapa TS Khalid perlu ditukar dan digantikan dengan orang lain sedangkan beliau telah memberikan perkhidmatan yang tidak banyak cacat celanya kepada rakyat negeri Selangor. Aku tidak akan menyentuh isu ini kerana aku merasakan bahawa pasti ada perkara ‘yang tidak kena’ yang dilakukan oleh TS Khalid Ibrahim yang memerlukan pihak PKR ‘terpaksa’ membuat perubahan. Dan yang pasti juga bahawa setiap keputusan yang diambil oleh PKR adalah keputusan ‘consensus’. Maknanya bukan keputusan DS Anwar Ibrahim seorang ataupun keputusan DS Wan Azizah. Bukan. Barisan kepimpinan merasakan bahawa  pentadbiran TS Khalid Ibrahim di Selangor belum dapat lagi memenuhi hasrat PKR untuk memajukan Selangor walaupun sudah sepenggal menerajui negeri itu.

Majlis Syura tidak pernah sanggah perlembagaan PAS dalam isu MB S'gor - Pas Terengganu


Post Pic

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani menegaskan entiti tertinggi Majlis Syura Ulama diperuntukkan dengan kuasa lebih tinggi melampaui parti.
 
Justeru ujar beliau, selaku pembuat keputusan PAS dakwaan badan itu melanggar serta menyanggahi perlembagaan parti polemik Menteri Besar Selangor adalah tidak benar.
 
Ini kerana menurut Azman Shapawi, Majlis Syura Ulama diberi peranan bagi menjamin kekuasaan parti dengan berpegang kepada dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.
 
"Saya tidak menganggap Majlis Syura Ulama itu melanggar keputusan parti sebab kadang-kadang sesuatu perkara yang perlu kepada ijtihad dari sudut agama.
 
"...yang mana ijtihad itu kadang-kadang nampak macam bertentangan dengan dasar parti tetapi ia jauh lebih baik daripada keputusan yang dibuat oleh parti," katanya kepada Antarapos.
 
Sebelum ini Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Pusat menegaskan Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti apabila melibatkan entiti itu dalam krisis pelantikan Menteri Besar Selangor.
 
“Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS, kekuasaan parti adalah dipegang oleh Muktamar PAS.
 
“Memandangkan Muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka Majlis Syura Ulama mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan Muktamar PAS tersebut," kata setiausahanya Abang Ahmad Kardee Abang Masagus.
 

Pemuda DAP Sarawak isytihar tamat kerjasama dengan PAS

Pemuda DAP Sarawak isytihar tamat kerjasama dengan PASKUALA LUMPUR: Kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak nampak kesudahan apabila Pemuda DAP Sarawak mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu.

Ia disifatkan ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari PR bila tiba masanya.

Ia akibat Mohd Khairil yang tidak menolak idea PAS untuk keluar dari PR baru-baru ini ekoran pengurangan kuota kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor dari empat kepada tiga kerusi sahaja.

Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei berkata, tiada lagi ruang untuk parti itu bekerjasama dengan PAS.

Julai lalu, Ketua DAP Sarawak, Chong Chein Jen mengugut memutuskan semua ikatan dengan PAS di dalam PR jika PAS kekal dengan pendirian melaksanakan hukum Hudud yang dianggap Chong sebagai bertentangan dengan manifesto pilihanraya PR.

King Wei menerusi kenyataan yang mengulas kenyataan Mohd Khairil berkata, tindakan PAS itu menyukarkan parti itu untuk kekal di dalam PR.

"Jika PAS terus bertindak melawan arus polisi dan platform PR dan terus mempertahankan polisi satu agama dan satu etnik, maka PAS tidak sahaja tidak boleh berada di dalam PR malah akan diketepikan masyarakat," katanya ketika dipetik portal BNBBC.my.

Tiada sebab ada pihak dalam PAS mahu pertikai bilangan exco - Azmin

Tiada sebab ada pihak dalam PAS mahu pertikai bilangan exco - Azmin
KUALA LUMPUR: Tidak ada sebab untuk PAS menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pengurangan jumlah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada parti itu.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu sudah dibincangkan bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dan mendapat persetujuan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah sendiri.

"Saya sudah berbincang dengan pemimpin PR dan konsensus itu diperolehi.

"Saya faham bagaimana perasaan sesetengah pihak, tetapi ia merupakan keputusan bersama yang mendapat perkenan Sultan Selangor," katanya di dalam laman Twitter Azmin yang memetik laporan portal The Malaysian Insider.

Pada Jumaat, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju agar bilangan Exco PAS di dalam barisan Exco baharu negeri itu dikurangkan daripada empat kepada tiga.

Lebih Pas Dari Pas: Ada gerakan terancang hadkan suara PAS di Selangor - Noh Omar

Ada gerakan terancang hadkan suara PAS di Selangor - NohKUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali mengurangkan satu kerusi exco Pas memperlihatkan wujudnya gerakan terancang dalam usaha mengurangkan suara wakil parti tersebut di dalam sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan negeri itu kelak.

Menurut beliau, pengurangan satu kerusi exco PAS ini juga secara jelas membuktikan bahawa kepercayaan PKR dan DAP terhadap PAS sudah mula goyah dan usaha untuk mengekang suara dan pengaruh PAS di dalam sebarang keputusan yang dibuat sedang dilaksanakan.

"Walhal, di Selangor PAS mempunyai lebih kerusi berbanding dengan PKR dan tidak sepatutnya kerusi exco yang sudah diperuntukkan kepada parti tersebut dikurangkan. Ini jelas memperlihatkan bahawa PAS sudah tidak lagi dipercayai oleh rakan-rakan sekutu mereka dan usaha untuk mengurangkan suara dan pengaruh PAS di negeri Selangor dengan dilaksanakan.

"Apa yang berlaku ini bagi saya juga merupakan satu bentuk  hukuman terhadap PAS khususnya di dalam kemelut MB Selangor, di mana PAS dilihat tidak memberi kerjasama yang baik sehingga dilabelkan oleh pengkhianat oleh rakan sekutu mereka sendiri.

"Dan tindakan mengurangkan jawatan exco PAS di dalam pentadbiran Selangor mungkin satu strategi terancang PKR dan DAP untuk menghadkan pengaruh, kuasa dan juga suara PAS di dalam pentabiran negeri Selangor,” jelasnya ketika memetik laporan UMNO-Online di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, tindakan Azmin melantik seorang wakil PAS bagi menjawat jawatan timbalan speaker DUN Selangor pula hanya sekadar untuk menyejukkan hati PAS Selangor.

Benarkah Langkah Kajang Telah Gagal?

Apabila Azmin Ali akhirnya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, ramai yang mengatakan Langkah Kajang telah gagal. Setelah usaha menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid disekat melalui keputusan Mahkamah Rayuan yang bersidang secara tergesa-gesa, kemudian percubaan meletakkan Dr Wan Azizah Wan Ismail juga gagal dan penyudahnya Azmin yang mendapat perkenan Istana, Langkah Kajang dianggap sebagai sia-sia saja.

Daripada kaki lima sehinggalah balairong istana, isu mengenai Langkah Kajang telah menarik perhatian banyak pihak untuk memperkatakannya dan hampir semuanya mengatakan ianya bukan saja gagal dan sia-sia, malah telah memecah-belahlan hubungan sesama rakan dalam PR.

Ada pula yang tidak faham mengatakan jika benar Langkah Kajang itu masih berfungsi, kenapakah Dr Wan Azizah tidak dilantik oleh Azmin sebagai salah seorang Exco Kerajaan Negeri?

Yang lebih tidak faham pula mengatakan, bukankah lebih baik jika sejak awal lagi PKR mencalonkan Azmin sebagai pengganti Khalid dan tidak perlu susah-susah mengadakan pilihanraya kecil di Kajang?

Secara umumnya, Langkah Kajang diwujudkan untuk menggantikan Khalid dengan Anwar dan seterusnya memudahkan lagi perjalanan PR menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Ia mirip seperti yang pernah dilakukan oleh Erdogan di Turki dan Jokowi di Indonesia.

Sebelum berjaya menawan Turki dalam pilihanraya, Erdogan adalah Datuk Bandar Istanbul manakala Jokowi pula adalah Gabenor Jakarta. Kejayaan memimpin dan melakulan pembaharuan di kedua-dua bandar itulah yang akhirnya menjadi salah satu penyebab pengundi memilih Erdogan sebagai Perdana Menteri Turki (kini Presiden) dan Jokowi sebagai Presiden Indonesia. Rakyat mahukan kejayaan di Istanbul dan Jakarta itu diaplikasi sebagai model contoh ke seluruh negara pula.

Ketika Langkah Kajang ini dimulakan, Mahathir sendiri mengakui ia sebagai landasan untuk Anwar membuktikan kemampuannya mentadbir sebuah negeri untuk memudahkan rakyat menilainya sebagai bakal Perdana Menteri.

Menyedari bahayanya Langkah Kajang itu, tarikh pilihanraya DUN Kajang dilewatkan penetapan tarikhnya sehingga 54 hari daripada tarikh perisytiharan kekosongannya dan dalam tempoh itulah Mahkamah Rayuan bersidang secara tergesa-gesa dan sehingga jam 7.00 malam untuk memutuskan Anwar bersalah dan terhalang untuk menjadi calon pilihanraya.

3 exco PAS tiada masalah beri sumbangan maksimum


KUALA LUMPUR: PAS Selangor yakin mampu memberikan sumbangan maksimum kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan menteri besar, Mohamed Azmin Ali walaupun bilangan dikurangkan kepada tiga berbanding empat orang sebelum ini.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, ini berikutan rekod prestasi exco daripada PAS sebelum ini membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, lapor Selangor Kini.

“Dua muka lama dan termasuk seorang muka baru Exco PAS mampu menyumbang semaksimum mungkin dan berkerja bersama menteri besar yang baru dengan efektif.

“YB Iskandar dan Dr Ahmad Yunus khasnya sudah memiliki pengalaman menguruskan isu berkaitan portfolio masing-masing sebelum ini dengan prestasi yang cemerlang,” katanya yang juga Adun Paya Jaras ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Semalam, Azmin mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai exco iaitu Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

PAS Selangor belum putuskan calon untuk jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor

PAS belum putuskan calon untuk jawatan Timbalan Speaker DUN SelangorSHAH ALAM: PAS Selangor belum lagi memutuskan dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang akan menjawat jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan itu hanya akan dibuat setelah perbincangan dengan semua pihak berkaitan dilakukan.

"Kami akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undian dan Tawaran Rumah Selangorku di sini hari ini.

Kerusi timbalan speaker DUN kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

'Teng, apa pendirian anda tentang Kidex sekarang?' - Michael Kum

Exco Selangor yang baru dilantik semula, Datuk Teng Chang Khim digesa menyatakan pendiriannya tentang projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 14A, Michael Kum berkata memandangkan Teng kini dilantik semula sebagai exco, beliau perlu "membuat perkara yang betul".

"Kami akan terus memantau tindakan anda, dan mohon tindakan proaktif anda untuk menghentikan projek Kidex secepat mungkin," kata Kum dalam satu surat terbuka buat Teng.

Menurutnya, tindakan Teng sebelum ini dilihat cenderung menyokong pembinaan Kidex dan pentadbiran menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kum mendakwa Teng tidak mendengar keluhan rakyat walaupun beberapa anggota kumpulan anti-Kidex sudah menerbitkan bidasan mereka untuk membuktikan projek itu tidak memberi manfaat kepada warga Selangor.

Akta Hasutan: 20 hari dalam lokap, Ali ditahan kali keempat

Selepas 20 hari meringkuk dalam lokap di seluruh negara kerana pelbagai kesalahan bawah Akta Hasutan, hasrat untuk bebas masih jauh buat aktivis Ali Abd Jalil apabila beliau ditahan polis buat kali keempat hari ini.

Peguam Ali, New Sin Yew berkata anak guamnya itu sepatutnya bebas pada 12.30 tengah hari ini selepas polis hanya berjaya mendapat perintah reman selama satu hari semalam sekalipun memohon tiga hari.

Menurut Sin Yew, Ali dibawa oleh polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 9 pagi untuk dibebaskan bagaimanapun beliau ditahan semula dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Nusajaya, di Johor.

Ketika dihubungi Malaysiakini, pengamal undang-undang itu berkata polis terus membuat permohonan reman dan mereka diberikan tempoh selama tiga hari.

Ali sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang sebelum ditahan semula dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menghina Raja bawah Akta Hasutan.

Beliau kemudian ditahan sekali lagi dan di bawa ke IPD Johor Bahru Selatan berkaitan satu lagi tuduhan menghasut.

Semoga bakti dipandang jua oleh Allah - Dr Halimah


KUALA LUMPUR: Dr Halimah Ali memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Adun Selat Klang itu juga mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada suami dan keluarga yang banyak berkorban, rakan taulan serta penjawat awam yang membantu beliau dalam misi mahu menjadikan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbbun ghafur melalui program SPIES dan segala-galanya yang telah diikhtiarkan.

Mantan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor itu menyatakan demikian menerusi blognya semalam, sebagaimana di bawah.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Allah Maha Besar Kuasa dan Tuhan Yang mencipta langit, bumi dan insan serta segala makhluk.

Allah memilik segala-galanya.

Insan dicipta di muka bumi ini untuk hidup sementara. Transit. Sebentar sahaja. Dilengkapi dengan jasad sebagai kenderaan rohnya. Diberi akal untuk berfikir bagaimana mencorak dan memilih jalan hidupnya. Akal diberi untuk memandu kerangka jasad yang dihuni roh untuk mengendalikan diri dan persekitarannya termasuk sesama insan dengan cara yang mengikut piawaian Penciptanya. Kepatuhan kepada 'set of rules' mengendalikan dirinya di dalam sistem persekitaran manusia, haiwan dan segala sumber hidupnya akan melayakkannya nanti untuk mendapat ganjaran lumayan di akhirat kelak.

Hari ini Allah swt membebaskan saya daripada tanggungjawab berat terus memikul amanah selaku Exco Kerajaan Selangor. Mulai Mac 2008 selepas menang kerusi Dun kawasan Selat Klang saya  diberi amanah oleh parti untuk menjadi Exco Kerajaan Pakatan Rakyat. Kemudian ditentukan menjadi Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Misi ialah untuk mengilmukan rakyat dan merakyatkan ilmu dengan kerangka yang berpandu sumber Ilahi agar menjadi insan berguna yang akan taat kepada Penciptanya, ibubapa serta menyumbang kepada masyarakat. Pada tahun 2010 saya wujudkan pula GeMS, iaitu satu jawatankuasa untuk menangani gejala sosial. rebranding kepada Generasi Idaman Selangor yang disingkatkan kepada GeMS agar bunyi lebih 'cool' dan menarik kepada remaja belia.

Segalanya agar menyokong visi Selangor mahu menjadi begeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan atau baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Phahrolrazi: 'Pas yang rugi, bukan Pasma'


ALOR SETAR - Pemimpin Pas yang menghalang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) disifatkan berfikiran sempit kerana badan bukan kerajaan (NGO) itu itu adalah platform menghimpunkan penyokong PR.
Malah kewujudan Pasma wajar dimanfaatkan untuk mendekati ahli akar umbi.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, sekiranya Pas tidak memanfaatkan kewujudan Pasma, parti itu akan berdepan kerugian.
Phahrolrazi: 'Pas yang rugi, bukan Pasma'“Jika masih halang ahli Pas sertai Pasma, itu keputusan yang silap kerana Pasma diwujudkan untuk menyatukan penyokong PR. Sepatutnya manfaatkan Pasma untuk mendekati penyokong terutama bila ada pilihan raya kecil,” katanya, ketika ditemui pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Kedah, semalam.
Menurutnya, sekiranya ahli Pas tidak dibenarkan mengikuti program Pasma, mereka tidak dapat berinteraksi dengan penyokong.
“Pas yang rugi, bukan Pasma. Mereka akan hilang sokongan seperti yang berlaku di PRK Dun Pengkalan Kubor yang mana sokongan kepada Pas menurun dan berlaku kekalahan,” katanya.
Phahrolrazi berkata, Pasma menyasarkan penyokong PR sebagai ahlinya, bukan pemimpin atau ahli parti politik.
“Terdapat hampir empat juta penyokong PR di negara ini, berbanding ahli sebanyak 2 juta orang.
"Disebabkan itu, kami hanya fokus kepada penyokong. Anda boleh anggap Pasma seperti kumpulan sokongan PR,” katanya.
Menurutnya, Pasma juga tidak pernah berkempen untuk mana-mana pemimpin secara individu, sebaliknya hanya bertumpu kepada permasalahan PR secara menyeluruh.

PAS pilih Timbalan Speaker DNS selepas perbincangan

DNS wide 01SHAH ALAM, 27 SEPT: PAS Selangor belum lagi memutuskan dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang akan menjawat jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan itu hanya akan dibuat setelah perbincangan dengan semua pihak berkaitan dilakukan.
“Kami akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undian dan Tawaran Rumah Selangorku di sini hari ini, dipetik Bernama.
Kerusi timbalan speaker DUN kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).
Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

PR kembali kuat

Mereka yang dipilih merupakan ADUN yang terbaik bagi menguatkan lagi pentadbiran PR di Selangor.
azmin sultanKOTA BHARU: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda (AMK) PKR, Mohd Sukirman Mustapa berkata, perlantikan Exco baharu Selangor merupakan keputusan yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Dengan perlantikan Exco baru di bawah pentadbiran Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) yang baru akan menguatkan kembali PR.
“Mereka yang dipilih merupakan ADUN yang terbaik bagi menguatkan lagi pentadbiran PR di Selangor,” katanya.
Jelasnya Komposisi 4:4:3 merupakan keputusan yang yang di persetujui oleh semua pimpinan.
Pada masa yang sama beliau mengulas, berkurangnya seorang Exco PAS tidak bermaksud PR sedang bergolak.
Tambahnya, kesefahaman PR masih lagi utuh malah sepanjang PRK Pengkalan Kubor , PKR mengerahkan semua ahli negeri supaya membantu calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim untuk berkempen.
Beliau menjawab dakwaan sesetengah pihak kononya Azmin Ali melantik Exco baru bukan atas dasar semangat PR kerana tidak mengekalkan Dr Halimah dari PAS sebagai Exco.

Azmin: ‘Kita kerja kuat setiap hari, bukan 100 hari pertama’

PC MB Azmin di SUK (5)Pentadbiran Kerajaan Negeri yang baru perlu bekerja lebih kuat setiap hari dan bukan hanya 100 hari pertama sahaja dalam memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata terdapat pelbagai isu yang perlu diselesaikan segera terutama berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) antaranya isu pengurusan sisa pepejal dan penyelenggaraan jalan raya.
Selain itu, katanya isu pendidikan juga perlu diberi tumpuan khusus untuk memastikan rakyat menikmati pendidikan terbaik.
“Kita bincang dalam bajet akan datang bagaimana Kerajaan Negeri boleh main peranan untuk bantu PBT dan selain itu tumpuan kepada pendidikan juga harus diberi tumpuan.
“Jaminan jangka panjang kita adalah untuk mewujudkan masyarakat berilmu kerana dengan ilmu kita boleh bersaing dalam suasana global ketika ini,” katanya selepas merasmikan Hari Komuniti Bandar Hijau Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di One City Mall, hari ini.
Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-15 pada 23 September lalu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pelantikan Azmin sekaligus menamatkan kemelut isu Menteri Besar yang menjadi perhatian umum sejak beberapa bulan lalu.
Semalam, barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dilengkapkan dengan pelantikan sepuluh orang Exco di mana tujuh muka lama dikekalkan dan tiga muka baru dilantik.

Teruskan kecemerlangan era Khalid

Meletakkan minimum 30 peratus wanita dalam barisan kepimpinan di semua peringkat Selangor adalah contoh yang telah mengotakan janji tersebut.

YB-Rodziah-IsmailPETALING JAYA: ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail mengucapkan tahniah kepaa barisan barisan baru kepimpinan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali.
Menurutnya, aras (standard) minimum yang telah diletakkan oleh kepimpinan bekas Datuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi panduan pentadbiran yang baru yang tentunya akan melaksanakan amanah dengan lebih baik.
“Sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri yang mengendalikan portfolio kebajikan dan hal ehwal wanita, asas-asas dan polisi yang telah disemarakkan diharap akan diteruskan bagi mengkesinambungkan usaha-usaha memelihara kebajikan rakyat dan pemberdayaan wanita Selangor.
“Pengalaman saya dalam mengurus kedua portfolio tersebut telah menekankan kaedah penginstitusian mekanisme pelaksanaan asas-asas dan polisi kerajaan negeri berkaitan keduanya (kebajikan dan hal ehwal wanita) bagi membangun, memantau, memperkemas dan memperbaiki dari masa ke semasa segala pelan, program dan aktiviti yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, asas dan polisi Pemberdayaan Wanita Selangor adalah cedukan langsung dari Fasal 18.17 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (pindaan 2010), Fasal 5.14 (pindaan 2013) dan persetujuan Pakatan Rakyat mengenainya dalam Buku Jingga dan manifesto pilihanraya.
“Meletakkan minimum 30 peratus wanita dalam barisan kepimpinan di semua peringkat. Selangor adalah contoh yang telah mengotakan janji tersebut.” katanya.

Pulihkan keyakinan rakyat kepada Pakatan - Iskandar

KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad mahu keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dipulihkan sepenuhnya setelah melalui kemelut politik hampir sembilan bulan.

Beliau menyatakan demikian selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang petang semalam.

Adun Chempaka itu berkata, terdapat banyak agenda yang perlu diteruskan demi membela nasib rakyat.

“Masanya kini adalah untuk memandang ke hadapan,” katanya yang juga Pesuruhjaya pasa Selangor dipetik Selangor Kini.
Selain beliau, Adun PAS yang turut mengangkat sumpah sebagai exco yang dipilih Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ialah Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Dewan Pemuda PAS kecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang

Dewan Pemuda PAS kecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menggantung tugas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim pada Jumaat meskipun beliau mempunyai 'track record' cemerlang sebagai Ahli Majlis.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu susulan ucapan bernada teguran membina dan memberi pandangan untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang ketika Muktamar PAS yang berlangsung di Johor minggu lepas.

Iszuree ialah Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

“Hukuman 'gantung tugas' yang dikenakan terhadap beliau berdasarkan laporan media tanpa perbincangan secara bersemuka itu disifatkan sebagai keputusan yang tidak mencerminkan sikap demokratik, berat sebelah dan tergesa-gesa.

“Perlu diingatkan, pelantikan jawatan beliau bukanlah atas kapasiti individu, sebaliknya ia adalah atas kapasiti parti politik mewakili PAS,” kata beliau.

Tambah Mohd Yusni, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) perlu mengambil kira pandangan dan  keputusan daripada PAS Pulau Pinang sebelum membuat apa-apa keputusan, jika kerjasama Pakatan Rakyat dihormati.

Azmin: Isu exco selesai, hormati pimpinan tertinggi PAS

'Kita kerja kuat setiap hari, bukan 100 hari pertama' - Azmin

Ubah atau jadi bahan lawak

PRK Pengkalan Kubor memberi pengajaran kepada setiap pemimpin dalam PR untuk memperbaharui semula komitmen kerjasama mereka.

PETALING JAYA: Sudah tibanya Pakatan Rakyat (PR) membuat perubahan ekoran kekalahan PAS di Pengkalan Kubor dan dengan semakin sedikitnya Exco PAS dalam kerajaan Selangor.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof berkata PR sudah seperti hidup segan mati tidak mahu. Ini kerana masih adanya pemimpin yang cetek ilmu tolak ansur dalam politik.
“Semoga PRK Pengkalan Kubor memberi pengajaran kepada setiap pemimpin dalam PR untuk memperbaharui semula komitmen kerjasama mereka” katanya.
Tambahnya lagi, tanpa komitmen, pemimpin dan idea baru, impian PR untuk ke Putrajaya hanya sekadar bahan lawak sahaja.
Lebih malang lagi, apabila lawak itu ialah lawak yang tidak nakal.
“Saya mulai ragu sama ada PR boleh kuat seperti dulu. Sikap PAS dalam kes MB Selangor dan sikap PKR dan DAP yang tidak turun berkempen untuk PAS dalam PRK Pengkalan Kubor menunjukkan hubungan PAS dalam PR ini seperti retak menunggu belah, ujar beliau.
Jelasnya lagi ini semua berpunca dengan langkah Kajang, kerana langkah Kajang dibuat oleh PKR tanpa terlebih dahulu berbincang dengan PAS, Jika menurut PKR, sikap PAS dalam kes pelantikan MB Selangorlah punca kekalahan.
“Krisis PAS-PKR ini telah membuatkan rakyat yang ingin melihat PR menjadi saingan kepada BN kecewa dan hilang harapan. Belum pun ke Putrajaya, banyak sangat krisis yang timbul,” kata Mohammad Agus.

Mampukah barisan exco Selangor baru bawa perubahan selepas krisis?

Rungutan di kalangan parti Pakatan Rakyat (PR) memberi isyarat krisis di Selangor belum berakhir sepenuhnya walaupun selepas menteri besar baru, Mohamed Azmin Ali selesai  membentuk kabinet pentadbirannya.
Keputusan Azmin melantik hanya tiga wakil PAS sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sehingga menimbulkan rasa kurang senang PAS Selangor dan kebimbangan hubungan antara parti dalam PR mula retak.
Tindakan rakan parti dalam Pakatan yang melabel rakan mereka sebagai "pengkhianat" dan kemudiannya terpaksa bekerja dalam satu unit dalam exco mencerminkan rasa kurang percaya di kalangan parti dalam gabungan itu sendiri.

Jika Azmin gagal memperbaiki hubungan antara mereka dan menyatukan exco pilihannya untuk bekerjasama, usahanya memperbaiki kesalahan menteri besar lalu akan menemui jalan buntu. Lebih penting lagi adalah meyakinkan rakyat Selangor sesuatu yang baik dapat dipelajari daripada krisis tersebut.
Di bawah pentadbiran bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, PAS memiliki empat exco, Ahli  Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka Iskandar Abdul Samad, Dr Yunus Hairi (Sijangkang), Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).
Azmin mengekalkan Iskandar dan Dr Yunus tetapi mengugurkan Sallehen dan Dr Halimah,  sementara Adun Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib menjadi exco ketiga daripada PAS.
PAS juga akan mendapat jawatan sebagai timbalan speaker.
Azmin melantik empat exco daripada PKR, Elizabeth Wong, Dr Daroyah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amiruddin Saari.
Terdapat dua kemungkinan mengapa perkara ini timbul.

Akta Hasutan: Ali ditangkap semula selepas bebas hari ini, kata peguam

Pengalaman pahit aktivis Ali Abd Jalil kelihatan belum selesai apabila beliau ditangkap semula oleh polis sebaik sahaja selepas dibebaskan hari ini di Johor. Peguam Ali, New Sin Yew memberitahu The Malaysian Insider anak guamnya ditahan polis Nusajaya untuk membantu siasatan kes hasutan. "Ali ditangkap pihak polis dan dibawa terus ke hadapan majistret yang membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari kepada pihak polis," kata New dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider.

MB baru Selangor, apa harapan rakyat?

Perlantikan Exco Selangor Selesai tapi dalam PAS sendiri pulak tak sekata

Harakahdaily melaporkan:

PKR mendapat tambahan satu kerusi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) yang diumumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Beliau mengumumkan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Adun PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Da‎royah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari, sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.

Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Beliau memaklumkan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan bersetuju supaya jawatan itu disandang oleh PAS bagi
mewakili Pakatan Rakyat. - Ibid.
Walaupun majlis angkat sumpah Exco Selangor dah selesai tapi nampaknya kemelut di Selangor masih belum selesai. Lebih menjengkelkan PAS sendiri nampaknya masih lagi macam nak tunjuk dalam PAS sendiri masih tak boleh berpakat elok-elok.

Harakahdaily melaporkan:
PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa telah bersetuju agar bilangan exco PAS di dalam kerajaan negeri dikurangkan daripada empat kepada tiga.

"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

PAS negeri, jelasnya juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Ustaz Sallehen Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya yang juga Adun Paya Jaras dalam satu kenyataan. - Hrkh.
Harakahdaily dalam artikel lain melaporkan:
PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

DAP klon PAP

Tindakan ke atas Saudara Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.

Nasrudin Hassan Tantawi syariah lawPETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyifatkan tindakan kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim (PAS ) dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan membekukan semua peruntukkannya menambah lagi jerebu iklim politik tanahair. Iszuree Ibrahim adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.
“Saya percaya tindakan itu adalah ekoran ucapan Saudara Iszuree yang menegur dan mengkritik kesan langsung dari pembangunan pesat di Pulau Pinang yang menyebabkan pemaju “bermaharajalela”.
“Bukan sahaja timbul isu pampasan setimpal, isu penempatan umat Islam dan nama kampung mereka juga berbangkit.
“Saudara Iszuree memohon campurtangan kerajaan negeri sambil mendesak supaya PAS Pusat memberi perhatian terhadap isu berbangkit berhubung kedudukan umat Islam di bumi Pulau Mutiara itu.
“Penegasan ini dibuat oleh Saudara Iszuree dalam perbahasan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung di Batu Pahat tempohari .
“Mengamati ucapan Saudara Iszuree dalam perbahasan Muktamar Tahunan PAS tersebut, jelas menunjukkan ia adalah satu teguran dan kritikan membina supaya PAS Pusat memberi perhatian mengenai isu yang melibatkan kedudukan dan kepentingan umat Islam di Pulau Pinang yang kian terhimpit dalam arus pembangunan.
“Malangnya tindak balas dari kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Saudara Iszuree “dipancung” gara – gara kritikan yang membina itu. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar “harga yang tidak sedikit”,” katanya.
Nasrudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh, berkata, kritikan membina dibalas racun tuba sekaligus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan Ketua Menterinya. Lebih tragis, tindakan ke atas Saudara Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.
“Kelihatan tindakan DAP mutakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka.
PAS Pulau Pinang wajar bela Iszuree

Analisis PRK N01 Pengkalan Kubor

Khairul Nizam Abd Ghani

Di Kelantan (mungkin juga di sesetengah tempat negeri lain), memang menjadi rekod sekiranya berlaku Pilihan Raya kecil (PRK), apatah lagi pemilihan yang tidak mengubah apa-apa; pengundi akan memilih parti yang menguasai kerajaan persekutuan. Untuk bahaskan mengapa berlakunya sebegitu, kita hanya boleh menyenaraikan beberapa faktor. Cuma tiada 'kayu pengukur' untuk semua pihak akui faktor itu tepat atau tuduhan. Bagi pihak terbuka, mereka ambil sebagai manfaat. Bagi pihak tertutup, mereka akan tolak dan nafi. Antara faktor yang memungkinkan di atas, Pengkalan Kubor N01 13/09/14 hingga 24/09/14 ialah jentera bertaraf kerajaan Malaysia berlawan dengan jentera bertaraf kerajaan negeri, dengan tumpuan penuh kerana tiada pilihan raya selain ini.

Media yang bertaraf Malaysia (akhbar harian, TV, radio) berlawan media bertaraf terpilih (akhbar mingguan parti, media sosial). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang condong. Pemilihan tarikh ketika parti lawan kepada parti pemerintah sedang muktamar (SPR pernah memberi laluan persidangan Umno untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Serlambau). SPR juga memilih tarikh buang undi hari bekerja bagi pengundi perantauan. Walau semua ini bukan petanda undi akan memihak, tetapi konsepnya SPR adalah penjulang prinsip demokrasi. Tidak boleh double standard. Tidak boleh menyempitkan hak membuang undi (tarikh bekerja). Kejadian PRK jatuh pada ketika pergeseran Pakatan Rakyat (isu menteri besar Selangor. PKR bijak memanfaatkan ketamakan/kegelojohan PAS dengan menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor secara pertukaran kerusi setanding yang akan ditentukan kemudiannya). Sentimen anak Kedah (calon PAS) berbanding anak Kelantan, calon Barisan Nasional (BN) sangat berjaya. Politik pecah perintah ini masih laku mungkin untuk 50 tahun lagi.

Kadir Jasin Desak Najib Razak Letak Jawatan! Najib Razak Lebih Teruk Daripada Zaman Pak Lah?

najib razak vs pak lah
Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin sebelum ini telah mengambil pendekatan menemplak keras isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor, sekali lagi telah tampil melemparkan kritikan pedasnya berdasarkan pemerhatian & pengamatannya selama mana corak dan cara Datuk Seri Najib Razak mentadbir negara yang bernama Malaysia ini.
Jikalau sebelum ini dek kerana corak pemerintahan yang dilihat lemah semasa pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana akhirnya hayat dan cengkaman politik Pak lah di Putrajaya tidak bertahan lama selepas didesak kiri dan kanan melalui Tun Mahathir Mohamad dan kem-kem rahsia yang menunggu masa menggulingkan Pak Lah. Dan yang terbaru….

Desakan Kadir Jasin + Mahathir Mohamad!

Dan yang terbaru dan terkini, Datuk Kadir Jasin sudah tiba masa dan ketikanya perlunya Datuk Seri Najib Razak letak jawatan :
  • Tun Mahathir Mohamad telah hantar surat peringatan kepada Datuk Seri Najib Razak
  • Tetapi tidak berjaya dek kerana terdapat perantara yang tidak membenarkan surat itu sampai ke tangan Najib Razak
  • Prestasi Datuk Seri Najib Razak lebih teruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah)
Oleh itu, Abdul Kadir Jasin mahukan Datuk Seri Najib Razak disingkirkan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Abdul Kadir Jasin mahukan ada desakan keras supaya Najib Razak letak jawatan seperti mana senario yang berlaku kepada perletakkan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Benarkah Najib Razak lebih teruk daripada pemrintahan zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)? Setuju?

Isu gaji MB, air antara 4 perkara dibincangkan mesyuarat pertama exco - Azmin

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau dan exco kerajaan negeri yang baharu akan mengadakan mesyuarat pertama Rabu depan.

“Saya dan rakan-rakan exco daripada Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha ini dan insyaallah hari Rabu ini kita akan adakan mesyuarat yang pertama untuk meneliti empat perkara yang disebut oleh Anwar.

“Empat perkara tersebut adalah mengenai, isu elaun gaji MB, KIDEX, masalah air dan penjualan tanah,” katanya ketika memetik laporan portal freemalaysiatoday dalam satu sidang media selepas pertemuannya dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jelasnya, selesai istiadat angkat sumpah dan akur janji di Istana Alam Shah, beliau dan empat exco Parti Keadilan Rakyat tampil di Ibu Pejabat PKR untuk memberi perhargaan kepada Anwar dan Wan Azizah.

Menurut Azmin, ini kerana Anwar dan Wan Azizah telah membentuk dan membimbingnya.

“Nasihat awal daripada Presiden adalah untuk memastikan pentadbiran baru ini memegang prinsip dan nilai cukup jelas, berintegriti, jujur, amanah dan tata kelola yang baik.

Is BN’s fortune rising?

All things remaining constant, a lower turnout should have seen the majority shrink proportionally in the Pengkalan Kubor by-election.

No political party should take a by-election lightly. It should be viewed as a barometer in between general elections because there is little that would tell the prevailing mood and perceptions of voters. It should be a weather forecast of sorts to see if it will be sunny or rainy in the days ahead.
The by-election in Pengkalan Kubor last Thursday saw a lower turnout of voters compared to the turnout during GE13 last year.
BNThe state seat fell vacant with the death of Umno’s Noor Zahidi Omar on August 20. Noor Zahidi beat PKR’s Saharun Ibrahim by 1,736 votes in GE13. Last Thursday, Umno’s Mat Razi Mat Ali beat PAS’ Wan Rosdi Wan Ibrahim by 2,635 votes.
Pengkalan Kubor lies in the district of Tumpat, near the Golok River and the Thai border.
What does a lower voter turnout mean?
A lower turnout in the context of a working day could mean that outstation voters did not feel it justified taking leave just to vote. When factoring in Hari Raya Haji on Oct 5, many would reserve the leave for the holiday.
The inconvenience should apply equally to BN and PAS supporters.
The lower turnout does not sufficiently explain the poor showing of PAS, as BN has increased its majority quite significantly under the same conditions.
All things remaining constant, a lower turnout should have seen the majority shrink proportionally.
With Kelantan being the stronghold state of PAS, shouldn’t PAS have fared better than PKR? It appears that the logic of physics doesn’t explain why the apple falls upwards in Pengkalan Kubor for PAS.
Does this mean that BN is now in the driver’s seat in Kelantan? Is Najib’s new found confidence justified, or is this merely an aberration in a larger pattern?
Are we seeing BN’s fortune rise because of PR’s misfortune?

PAS badly needs to rebuild its image

There are indications that the party is losing much support from the Chinese, Indians and moderate Malays.

pas supportters.jpgPAS may want to shrug off its defeat in Pengkalan Kubor with the excuse that it’s an Umno seat anyway. But the fact is that it lost by a bigger margin on a lower voter turnout compared to last year’s general election.
The party should, in particular, take note of a remark made recently by Mazlan Aliman, a PAS member who is active in championing Felda settler rights. He said PAS was beginning to give the impression that it was a talk-only-no-action party.
He reasoned that this could be because the party had been distracted by the Selangor MB crisis. With the crisis now over, he urged PAS to move forward and start re-focusing on issues of real concern to the public, like the GST.
PAS Youth chief Suhaizan Kaiat concurred, saying the party had wasted too much time on another party’s problem. Like Mazlan, he called on PAS to go back to championing worthy causes.
PAS certainly needs to restore its image, which has been battered badly by the sometimes contradictory positions it took during the MB crisis.
If the talk in social media is any indication, a number of Chinese and Indians have abandoned PAS. Those claiming that they voted for the party in the last general election have vowed to withdraw their support.
Some netizens have remarked that it would be better for PAS to quit Pakatan Rakyat or for PKR and DAP to kick it out of the coalition, but they are apparently ignoring the fact that Pakatan still needs PAS to pull in the rural Malay votes.

Hantu dalam Lembaga Peperiksaan Malaysia

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
SEBAGAIMANAsukar untuk diketahui siapakah yang menukar maksud perkataan Inggeris ‘terror’ daripada bermaksud ‘sesuatu mengerikan’ kepada ‘kepandaian’ atau ‘kehandalan’ apabila digunakan dalam bahasa Melayu, begitu jugalah perkataan ‘syndicate’ yang dalam bahasa asalnya lebih bermaksud ‘sesuatu kumpulan ditubuhkan untuk tujuan positif’ kepada sesuatu yang cukup negatif apabila digunakan dalam bahasa kita – sindiket mengedar dadah, menyeludup rokok, mencetak rompak dan sebagainya.

Sejak perkataan ‘syndicate’ di bahasa-Melayukan dengan fonetik sama tapi ejaan berbeza (‘sindiket’ dalam bahasa Melayu),  generasi selepas itu memahami dan mengenali perkataan tersebut dalam konteks negatif dikatakan itu.
Namun bagi generasi sebelum itu – baik generasi pasca-Merdeka atau sebelumnya  – mereka mula mengenali perkataan tersebut (dalam bentuk asal bahasa Inggerisnya) menerusi kertas soalan peperiksaan Senior Cambridge, Higher School Certificate serta peperiksaan lain setaraf dengannya. Ini kerana pada sebelah atas helaian pertama kertas soalan tertera nama ‘University of Cambridge Local Examination Syndicate (UCLES).
Walaupun bukan sebuah badan kerajaan yang melapor secara langsung kepada sesebuah kementerian, sejak diwujudkan oleh University of Cambridge sebagai sebuah jabatan bukan bersifat mengajar pada 1858 tetapi menyediakan kertas soalan dan sebagai agensi penilaian peperiksaan untuk peperiksaan  ‘0’ dan ‘A’ Level di United Kingdom, dalam tempoh 156 tahun kewujudannya belum ada rekod menunjukkan ada soalan peperiksaan yang bocor.
Dan sejak 1863 sehingga hari ini UCLES dengan kerjasama universiti lain dan badan peperiksaan di pelbagai negara telah menyedia dan  menyelia penyediaan dan menyemak kertas peperiksaan termasuk menilai peperiksaan untuk 135 negara di seluruh dunia dan melibatkan empat juta calon peperiksaan setahun.
Tanggungjawab ini bukan setakat terhad kepada jumlah mata pelajaran sebagaimana kita maklum diajar dan ditawarkan sebagai matapelajaran peperiksaan di Malaysia tetapi merangkumi berpuluh-puluh matapelajaran – daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Punjabi dan Urdu, daripada  Simpan Kira sehinggalah kepada Antropologi.  Maknanya jika hendak dibandingkan dengan skala operasi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang tak seberapa, bezanya adalah ibarat langit dengan bumi.

Anwar Ibrahim dan Sang Siput

Walau cerdik dan sebijak mana pun seseorang politikus, perjuangan untuk kekalkan status quo politiknya akan dicuba dikekalkan walau dengan apa cara sekalipun hatta melacurkan demokrasi itu sendiri.

Dari Edwin Michael
siput
Tersebutlah sebuah alkisah tentang Sang Kancil yang sering merasakan dirinya cerdas, cerdik dan pintar dan tiada haiwan lain yang mampu menandinginya. Maka, pada suatu hari, ketika Sang Kancil sedang berjalan-jalan menyusuri sebatang sungai, Sang Kancil bertemu dengan Sang Siput.
Sang Siput lalu bertanya sebab Sang Kancil kelihatan sangat gembira pada hari itu. Lalu Sang Kancil dengan angkuhnya menjawab bahawa dialah penghuni hutan yang cerdas, cerdik dan pintar. Sang Siput tidak bersetuju kerana baginya dialah penghuni hutan yang layak digelar sedemikian. Dengan ketawa bernada ego, Sang Kancil bertanya bagaimana Sang Siput mampu menjadi cerdas dan tangkas sedangkan tubuhnya sudahlah kecil, berjalan pula teramat perlahan.
Sang Siput marah lalu mencabar untuk menguji siapa yang paling cerdas, tangkas dan bijak. Lalu satu pertandingan lumba lari diatur pada keesokan harinya. Sang Kancil bersetuju. Pada sebelah malam, Sang Kancil telah bertemu dengan Sang Tikus Mondok untuk membantu mengatur strategi buatnya. Strategi Sang Tikus Mondok adalah mudah iaitu berlari selaju yang boleh. Sang Kancil dan Sang Tikus Mondok berpendapat bahawa Sang Siput tidak boleh mengejarnya. Sedangkan Sang Siput pula telah mempersiapkan strateginya dengan meminta tolong kawan-kawannya untuk bersembunyi disepanjang laluan lumba lari lalu dan perlu membalas teriakan Sang Kancil.
Pagi yang cerah dan sekalian penghuni hutan sudah bersedia menonton perlumbaan antara Sang Kancil dan Sang Siput. Pertandingan dimulakan dan Sang Kancil berlari dengan kencang sekali. Beberapa saat kemudian, Sang Kancil berteriak bertanya dimanakah Sang Siput dan lalu Sang Siput menjawab bahawa dia berada dihadapannya. Sang Kancil bertambah panik lalu berlari kencang lagi dan apabila yakin telah memintas Sang Siput, Sang Kancil akan berhenti dan berteriak dan Sang Siput akan membalas teriakkan bahawa dia berada dihadapan Sang Kancil.
Sampai pada satu selekoh, Sang Kancil berteriak tetapi tiada sebarang balasan daripada Sang Siput. Menyangkakan bahawa Sang Siput telah ketinggalan dibelakang dan rasa penat yang teramat sangat, maka Sang Kancil berhenti berehat seketika sebelum memulakan semula perlumbaan. Akibat penat dan tiada pula suara balasan daripada Sang Siput, Sang Kancil berjalan perlahan-lahan dan ketika beberapa langkah sampai ke garisan penamat, Sang Siput duduk diatas batu memerhatikan Sang Kancil yang sebenarnya telah pun tewas. Strategi Sang Tikus Mondok nyata gagal. Sang Kancil dimalukan sebegitu hebat oleh Sang Siput.
Tewasnya Anwar Ibrahim
Perlantikkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baru adalah satu tamparan hebat buat Anwar Ibrahim yang selama ini degil untuk meletakkan isterinya sebagai MB yang baru. Anwar Ibrahim yang selama ini terkenal sebagai pakar propaganda politik yang cekap dan pandai memainkan sentimen rakyat agar terus beranggapan bahawa dialah penyelamat Malaysia akhirnya ditewaskan oleh anak didiknya sendiri. Strategi Rafizi Ramli iaitu Langkah Kajang bukan sahaja satu kegagalan tetapi juga satu malapetaka kepada politik Pakatan Rakyat (PR). Langkah Kajang ini hanya mendedahkan wajah-wajah sebenar setiap pemimpin PR termasuk Lim Guan Eng yang secara terbuka menyelar PAS sebagai pengkhianat kerana tidak menyokong ‘nepotisme halal’ yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim.

Kelantan jatuh jika PAS rasa boleh terus bersendirian, kata PasMa

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubur memberi tanda jelas PAS akan kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang jika parti Islam itu terus berfikir  boleh menang dengan duduk bersendirian tanpa bekerjasama dengan pihak lain, kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad. Kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat akan membolehkan PAS mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional, kata NGO yang menjadi pelobi kuat agar PAS teruskan kerjasama dengan Pakatan itu.
PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Pengkalan Kubor berbanding kekalahan PKR dalam pilihan raya umum lalu.

Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi. BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi.
Bagi PasMa, PAS perlu membuka mata seluas-luasnya ekoran kekalahan lebih besar di Pengkalan Kubor ini kerana ia memalukan parti itu selepas mengambil kerusi yang dimiliki PKR sebelum ini.
Taib juga memberi alasan kelemahan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dalam memahami kehendak rakyat Kelantan dan tidak dapat melaksanakan janji-janji yang ditetapkan dalam manifesto dalam pilihan raya lalu antara punca kekalahan ini.
Penyingkiran Datuk Husam Musa, naib presiden yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan dari dalam kerajaan negeri juga menyebabkan berlaku kelemahan dalam kerajaan negeri, dakwa beliau.
"Bukan beliau sahaja tetapi pasukan beliau yang ada dalam GLC dan parti dibersihkan oleh kepimpinan PAS Kelantan," tambahnya.
Bagi beliau, jika perkara ini tidak dibetulkan, ia bakal menjadi penyebab kerajaan negeri Kelantan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Beliau perlu dikembalikan ke dalam kerajaan negeri untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri Kelantan kerana beliau mempunyai peranan yang besar bersama Tuan Guru Nik Aziz dalam membina Kelantan sehingga pilihan raya umum lalu," katanya merujuk kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas menteri besar Kelantan.
Selain itu, Taib juga menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekalahan Pengkalan Kubor.
"Kenyataan presiden PAS dalam muktamar mengenai PR. Kenyataaan kepada DAP dan PKR sebabkan hubungan dalam PR retak juga puncanya," kata Taib, kerana bagi beliau, keretakan dan krisis dalam PR juga menyebabkan pengundi tidak senang dengan PAS.
Selain itu, beliau menyalahkan kenyataan pemimpin Kelantan lain, termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai punca kekalahan.

'Israel waging war of genocide in Gaza' - Mahmoud Abbas to UNGA

Adam tak gentar dihumban penjara, HASUT sedia cabar k'jaan

Ibu bapa mahu pelajar dikecuali dari duduki semula UPSR

Beberapa kumpulan ibu bapa meminta anak-anak mereka dikecualikan daripada menduduki semula kertas peperiksaan USPR yang bocor, berkata ia menyebabkan anak mereka tertekan dan trauma. Mereka berkata murid tidak patut dihukum kerana tidak mengambil semula kertas berkenaan dan ingin tahu jika markah peperiksaan asal akan digunakan. Pihak berkuasa mengarahkan agar kertas peperiksaan Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Tamil dibuat semula.

 "Apa yang mereka akan lakukan terhadap pelajar yang tidak mahu menduduki semula?" tanya Mak Chee Kin, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Melaka (Magpie). "Adakah mereka akan digagalkan dalam mata pelajaran itu?" Beliau mempersoalkan sekiranya kanak-kanak itu gagal kerana tidak mengambil semula kertas itu, bolehkah ibu bapa ambil tindakan terhadap kementerian, kerana kebocoran itu salah kementerian. Magpie disertai Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) dan Persatuan Ibu Bapa dan Individu ke arah Meneliti Semula Sistem Pendidikan (Aspire) sedang berjuang agar kementerian mengecualikan murid dari mengambil semula kertas Bahasa Inggeris, Matematik dan Tamil. Kementerian Pelajaran mengumumkan pelajar perlu menduduki semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil 9 Oktober ini. Ini susulan kebocoran yang dikesan pada kertas Sains dan Bahasa Inggeris sebelum ini. Pelajar sudahpun menduduki kertas Bahasa Inggeris apabila kebocoran itu diumumkan pada 11 September. Mereka akan menduduki semula kertas itu dan akan membuat kertas Sains buat kali pertama pada Selasa 30 September depan.

Kedua-dua menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka ekoran kebocoran tersebut dan memberi jaminan pesalah akan dihukum. Setakat ini, polis menahan seramai 14 orang untuk membantu penyiasatan, termasuk 12 orang guru dan kenyataan direkodkan dari 30 individu – 19 guru, lapan pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), seorang pegawai kementerian, wartawan dan seorang jurutera. Keputusan untuk mengadakan peperiksaan semula menyebabkan ibu bapa dan pelajar marah manakala kumpulan pelobi pendidikan melahirkan kekecewaan mereka kerana bukan pelajar yang salah. Mak berkata jika menteri yakin mereka akan berjaya menangkap pihak bertanggungjawab, maka hanya pelajar yang dikaitkan dengan mereka sahaja perlu menduduki semula kertas itu. "Saya yakin mereka boleh fokus kebocoran ini ke negeri-negeri, kemudian ke sekolah-sekolah dan seterusnya individu yang terbabit. Mengapa buat semua orang menderita?" katanya. Dua hari lalu, pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim menggesa kementerian membatalkan keputusan mengadakan ujian semula peperiksaan UPSR kertas Bahasa Inggeris, Matematik dan Tamil kerana ia menyebabkan tekanan yang tidak perlu kepada setengah juta murid Tahun 6 yang terlibat.

Azmin akan tangani isu-isu yang melanda Khalid

 
  Menteri Besar Selangor Azmin Ali akan membincangkan isu-isu kontroversi yang melanda pentadbiran sebelum ini dalam mesyuarat sulung Exco kerajaan negeri Rabu depan.

Ini termasuk kenaikan elaun menteri besar, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan perjanjian air, katanya.

"Kami telah dinasihatkan oleh presiden parti dan ketua umum supaya mengkaji semula isu-isu tersebut.

"Kami akan membincangkan isu-isu ini pada hari Rabu," katanya di ibu pejabat PKR hari ini, selepas barisan ahli exco baru mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) sebelum itu
berkata beliau telah meminta Azmin memberi pertimbangan khusus kepada kenaikan elaun yang diumumkan oleh bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya telah menasihatkan menteri besar baru supaya membangkitkan perkara itu di sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang. Kenaikan elaun itu tidak munasabah," kata Anwar.

Mengenai Kidex, Anwar berkata, lebuh raya yang dicadangkan itu hanya akan memberi manfaat kepada "satu atau dua syarikat" yang merupakan "kroni" kerajaan persekutuan.

Beliau berkata perjanjian penstrukturan semula industri air antara Selangor dan kerajaan persekutuan, yang ditandatangani Khalid pada minggu-minggu terakhir tempoh perkhidmatannya, bagi memastikan ia tidak akan membebankan rakyat Selangor.

Beliau berkata, Khalid tidak pernah berjumpa dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan ahli Jawatankuasa Pusat, Dzulkefly Ahmad, yang menganggotai jawatankuasa khas Pakatan Rakyat untuk memberi nasihat kepada bekas menteri Besar mengenai perkara itu.

Kek dari Kak Wan

Anwar juga melahirkan keyakinannya terhadap "keupayaan dan komitmen" Azmin, dengan mengatakan bahawa menteri besar baru akan menunjukkan prestasi yang baik.

Krisis S'gor: Azmin terima titah sultan dengan hati terbuka

Azmin Ali hari ini berkata beliau menerima titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan hati terbuka berhubung krisis jawatan menteri besar Selangor.
  
Beliau berkata titah baginda harus dilihat sebagai satu nasihat bagi membolehkan Selangor maju demi kebaikan semua pihak.
  
"Baginda beri nasihat untuk semua Anggota Dewan Undangan Negeri supaya tumpukan kepada kerja serta menjaga keharmonian," katanya kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di depan Sultan Selangor di Istana Alam Shah di Klang hari ini.
  
Sultan Selangor, dalam titah baginda pada istiadat itu, antara lain menyifatkan kemelut dan pergolakan dalam pakatan rakyat di negeri ini bermula dengan 'Langkah Kajang' iaitu usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar.
  
Baginda turut menegur PKR kerana meneruskan perbuatan menghina dan mencaci pada bulan Ramadan yang bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid.
  
Anggota Exco yang mengangkat sumpah jawatan hari ini, termasuk tiga muka baharu iaitu ADUN Taman Templer Zaidy Abdul Talib (PAS), ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Batu Caves Amirudin Shari, kedua-duanya dari PKR.
    

PAS KENA TERIMA HAKIKAT MENGENAI KEKALAHANNYA DI PENGKALAN KUBUR

Disebabakan sikap dan tindakan sebahagian kecil pemimpin tertinggi PAS telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap PAS, khususnya bagi pengundi Pengkalan Kubur yang telah memberikan kemenangan besar kepada BN. Ini tidak bermakna bahawa pengundi Pengkalan Kubur begitu sayang dan sudah berubah hati kepada BN. Tidak. Masih ramai yang tidak ‘berminat’ kepada BN. Namun disebabkan sikap kepimpinan tertinggi PAS yang dianggap bertindak diluar batas-batas kepimpinanan maka seolah-olah pengundi telah menghukum mereka.
Tentulah tidak adil menuduh PAS secara keseluruhannya yang menyebabkan kekalahannya di Pengkalan Kubur dan kesalahan itu sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada setengah pemimpin tertinggi yang telah ‘melukakan’ hati dan perasaan ramai orang khususnya ahli PAS itu sendiri.
Biarlah aku berterus terang dalam mengemukakan pandangan dan pendapat aku mengenai keadaan PAS kini. Telah banyak aku hubungi rakan-rakan yang merupakan ahli PAS tegar merasa begitu kecewa dengan tindakan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS yang sentiasa merasakan bahawa mereka adalah sentiasa berada di landasan yang betul sedangkan mereka sudah jauh menyimpang dari ‘landasan yang sebenar’. Dan yang menjadi ‘the straw that broke the camel’s back’nya ialah apabila TG Haji Hadi Awang mengeluarkan perkataan “BARUA’ dalam Muktamar PAS yang diadakan di Johor tempoh hari. Seolah-olah mereka tidak percaya yang perkataan sedemikian boleh terkeluar dari mulut seorang pemimpin tertinggi PAS.
Bukan sahaja rakyat umum yang amat kecewa dengan tindakan sedemikian, tetapi ramai ahli PAS yang sudah merasa agak ‘fed-up’ dengan kepimpinan tertinggi PAS. Ini merupakan luahan hati kebanyakan rakyat terutamanya yang sentiasa taat dan setia kepada perjuangan PAS. Mereka merasakan bahawa sekiranya PAS masih diterajui oleh pemimpin yang sebegini, PAS juga akan menjadi ‘dinosaur’ lamabt laun.

10 Exco negeri Selangor yang baharu

KUALA LUMPUR: 10 ADUN Pakatan Rakyat mengangkat sumpah sebagai sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mereka dipecahkan kepada empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan PAS.

Tujuh daripada mereka adalah muka lama dan tiga muka baru ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amirudin Shari dan Zaidy Abu Talib.

Exco Selangor bertanggungjawab menggalas amanah ini dalam semangat dan prinsip PR yang berteraskan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, berintegriti, tatakelola yang baik dan peduli rakyat untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Selangor.

Infografik Exco Selangor