Jumaat, 26 September 2014

Kuota Exco Pas 'Puas Hati'

I am more than a symbol, says Selangor ruler

Sultan slams PKR in pro-Khalid speech

Azmin ikrar akur nasihat Anwar, belanja secara berhemah

Anwar setuju MB Selangor turunkan gaji

Walaupun kita tahu kenaikan itu wajar tetapi kenaikan itu terlalu mendadak

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima supaya cadangan penurunan gaji Menteri Besar yang mendadak diturunkan.
Ini berikutan beberapa keputusan awal iaitu pertimbangan khusus yang dibuat oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin PR.
Anwar SelangorKata Anwar pertama, kita tahu keputusan kenaikan elaun Menteri Besar lebih tinggi daripada Perdana Menteri.
“Sebelum ini kita juga sudah memberi nasihat di mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, MB dulu menurunkan dengan kadar yang munasabah, walaupun kita tahu kenaikan itu wajar tetapi kenaikan itu terlalu mendadak.
“Malangnya perkara itu tidak berlaku, yang katakan pemindahan dana ke tabung pendidikan tidak berlaku. Jadi saya tentunya faham akan hasrat MB yang baru supaya mengemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kadar gaji itu diturunkan kerana tidak munasabah lebih tinggi daripada Perdana Menteri,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Tambah beliau, soal yang telah disebutkan oleh MB mengenai KIDEX, yang telah memberi manfaat kepada satu, dua syarikat kroni kerajaan Persekutuan dan kelulusan tanah kepada orang tertentu yang tidak ikut proses.
“Ini telah diumumkan oleh MB, dan saya menyokong penuh dalam isu kontrak air yang telah diumumkan oleh MB.
“Saya beri sokong penuh kerana perubahan yang disebut langkah kajang itu mestilah mengarah kepada ketelusan,” jelasnya.

Speaker Hannah optimis MB baru akan jamin kebebasan Dewan

Speaker Hannah optimis MB baru akan jamin kebebasan Dewan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh optimis menteri besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali akan menjamin kebebasan dalam Dewan dan memeliharanya dengan memberi kuasa lebih tinggi.
Hannah berkata, pembaharuan Dewan akan bermula dengan meluluskan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selesa).
"Sebagai Speaker, saya berharap dapat bekerja dengan Azmin dalam usaha untuk terus memelihara kebebasan DUN Selangor.
"Dan akan terus bekerja ke arah pembaharuan Dewan dengan meluluskan rang undang-undang Selesa atau yang sama dengannya," kata Hannah dalam satu kenyataan hari ini.
Hannah berkata enakmen tersebut akan memastikan Dewan bebas dan mempunyai kuasa eksekutif.
"Enakmen Selesa akan memastikan pengurusan dan pentadbiran Dewan bebas dan eksekutif," katanya.
Sementara itu, Hannah juga mengesahkan sudah menerima peletakan jawatan timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu hari ini.
Peletakan jawatan tersebut menurut Hannah seiring dengan prinsip pemisahan kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diamalkan Pakatan Rakyat (PR).
"Dalam memantau dan mematuhi doktrin pemisahan kuasa, saya mengesahkan menerima peletakan jawatan Nik Nazmi sebagai timbalan Speaker pagi ini," katanya.
Hannah juga menyifatkan Nik Nazmi sebagai aset yang mampu memberi nilai tambah baik kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Harap gandingan Exco muda di Selangor 'menjadi'

Senarai baharu Exco Selangor SHAH ALAM - Barisan Exco Selangor baharu yang diumumkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini di mana 40 peratus adalah wakil rakyat muda adalah isyarat baik kepada generasi muda di negeri ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penglibatan anak muda dalam pentadbiran kerajaan negeri mampu menarik Gen Y untuk menyokong PR di Selangor pada masa akan datang.

"Ini adalah isyarat yang baik, kepimpinan PR memberikan amanah, keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan muda dari parti komponen masing-masing.

"Ini adalah jalan ke depan untuk mereka terus menggamit sokongan golongan muda.

"Saya mengharapkan mereka muda dari segi pemikiran, inovasi dan kreativiti, jangan muda tetapi pemikiran tua," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Royalti minyak: Mana pendirian Kerajaan Terengganu

SAYA ingin menarik perhatian seluruh rakyat Terengganu berkenaan isu yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian semalam berkaitan dakwaan bahawa ketiga-tiga negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mengeluarkan minyak.

Berdasarkan laporan itu, maka Petronas berhak untuk memberikan wang ehsan kepada negeri-negeri yang mereka suka tanpa negeri-negeri tersebut boleh berbuat apa-apa. Kita sedia maklum bahawa isu ini tidak lain hanyalah sebagai isu yang sangat hina yang digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur setelah Umno-BN tidak terdaya lagi menjawab isu royalti bagi negeri Kelantan selepas berjaya merampas royalti negeri Terengganu dengan cara yang sangat keji diusulkan dalam Perhimpunan Agung Umno dan sehingga sekarang pimpinan Umno negeri menjadi seperti lembu dicucuk hidung.

Tidak pernah saya yang menjadi ahli dewan undangan negeri serta rakan-rakan Adun yang lain pada bila-bila masa mendapat peluang membahaskan isu ini walaupun berkali-kali PAS Terengganu mengusulkan bagi isu ini dibincangkan demi kepentingan rakyat.

Tetapi sayang, semalam dengan kaedah “hit and run” iaitu pukul dan lari, mereka dengan sewenang-wenangnya mendakwa di luar dewan undangan negeri atau dewan rakyat dan negara bahawa Terengganu tidak mengeluarkan minyak sekaligus seperti ingin menafikan secara langsung, tanpa perbahasan di dewan, tanpa perbicaraan di mahkamah bahawa negeri-negeri ini tidak layak menerima royalti.

Suka saya mengingatkan bahawa dua daripada tiga orang yang merangka perjanjian petroleum diantara negeri-negeri di Malaysia dahulu, masih hidup dan telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa negeri-negeri tersebut layak mendapat royalti sebanyak lima peratus setiap tahun. Seorang daripada mereka ialah bekas wakil rakyat PAS iaitu Tun Salleh Abas yang juga bekas Ketua Hakim Negara dan seorang lagi ialah ahli Parlimen Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Projek Putrajaya bantu BN di Pengkalan Kubor

“KALAU duit tak turun pasti out,” kata seorang pemimpin Umno di sebuah kedai kopi di Kota Bharu sehari selepas pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor berlangsung.

Malam tadi selepas keputusan muktamad PRK diumumkan, sumber Umno mendakwa sebanyak RM40 juta mereka korbankan di Pengkalan Kubor.

Apakah ada kewarasan maklumat Umno itu atau sekadar PAS mencari alasan selepas kalah teruk pada PRK tersebut?

Lojiknya sudah kelihatan pagi hari mengundi. Di Unit Peti Undi (UPU) Ketil banyak motosikal membawa kotak peralatan elektrik dari markas Umno di situ.

Di sebuah lagi markas Umno berderetan pengundi beratur, khabarnya bagi mendapat habuan selepas membuang undi.

Maka hujah sumber Umno menyebut RM40 juta, ia bukan lagi alasan direka PAS selepas gagal dalam misi merampas Dun Pengkalan Kubor.

Malam sebelum mengundi banyak rumah penyokong PAS di Geting, Tebing dan Tujoh didatangi orang tidak dikenali membawa “umpan segera”.

Teng: “Banyak kerja tertunggak menanti”

teng chang kim 1KLANG 26 SEPT: Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim berkata beliau menjangkakan banyak kerja tertunggak yang perlu digalas selepas dilantik semula menjawat exco.
Katanya, beliau belum dimaklumkan mengenai portfolionya kerana perbincangan akan dibuat selepas ini setelah selesai mengangkat sumpah.
“Sudah tentu banyak kerja yang menunggu kerana tujuh minggu tidak masuk ke pejabat, jadi saya jangkakan sudah tentu banyak kerja tunggakan yang terpaksa diuruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah di Istana Alam Shah di sini, hari ini.
Teng berkata, beberapa bulan akan datang keadaan akan menjadi lebih sibuk.
“Saya juga perlu menunggu arahan daripada Datuk Menteri Besar baru apakah tugas selanjutnya yang akan dipikul oleh saya.
“Saya percaya Dato’ Menteri Besar akan panggil mesyuarat untuk mengatur kerja untuk semua exco yang telah mengangkat sumpah,” katanya.

Dr Yunus: Exco PAS kurang bukan masalah, tumpu licinkan pentadbir

yunus exco pc tie red 01KLANG, 26 SEPT : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dari PAS bertekad untuk terus bergerak ke hadapan bagi memastikan pentadbiran Selangor berjalan baik.
Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata isu pengurangan kerusi Exco PAS bukan perkara besar perlu diberi tumpuan sekarang, sebaliknya kelicinan pentadbiran negeri yang akan dijadikan fokus utama.
Beliau turut menganggap situasi yang menimpa PAS Selangor itu mungkin mempunyai hikmah.
“Kita bergerak ke hadapan untuk pastikan Kerajaan Negeri dapat mentadbir lebih baik atau kesinambungan kebaikan dilakukan dulu dapat diteruskan supaya rakyat dapat faedah daripada pentadbiran ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.
Ketika ditanya sama ada senarai nama Exco PAS Selangor yang dilantik itu sama seperti yang disenaraikan PAS Pusat, Yunus bagaimanapun berkata beliau tidak pasti tentang perkara itu.
Beliau juga menjangkakan jawatan Timbalan Speaker yang akan disandang PAS kelak akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco akan datang.

Exco: Keputusan secara konsensus bukan individu

V-Ganabatirau
KLANG 26 SEPT: Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman berkata beliau mengharapkan barisan exco dilantik dapat bekerjasama dengan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali secara berpasukan dengan tidak membuat keputusan secara individu.
Ganabatirau berkata barisan exco yang dilantik ini tidak lagi memperjuangkan konsep parti masing-masing tetapi lebih kepada Pakatan Rakyat (PR).
Zaidy“Kita mesti mempunyai konsesus dalam membuat keputusan,” kata Ganabatirau selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.
Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata beliau berikrar memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira latar belakang parti.
“Kemelut yang lepas kita tinggalkan. Kemelut itu pun kita dah tutup buku.
“Paling penting sekarang adalah rakyat, jadi kita kena fokuskan kepada perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Exco: Pulihkan keyakinan rakyat pada Pakatan

PAKATAN RAKYATKLANG 26 SEPT: Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad mahu keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dipulihkan sepenuhnya setelah melalui kemelut politik hampir sembilan bulan.
Katanya, terdapat banyak agenda yang perlu diteruskan demi membela nasib rakyat.
“Masanya kini adalah untuk memandang ke hadapan,” kata Iskandar selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.
Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan barisan exco dan Menteri Besar baru bagi memastikan kebajikan rakyat dilaksanakan segera.
“Saya berterima kasih kepada Tuanku dan Menteri Besar kerana melantik saya sebagai exco yang baru,” katanya.
Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata ketika ini semua perlu pandang ke depan dan bekerja lebih keras demi rakyat Selangor.
“Ada banyak kerja kita perlu selesaikan untuk rakyat, terima kasih atas kepercayaan Tuanku Sultan dan juga Menteri Besar kita yang baru,” katanya.
Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau berjanji akan melaksanakan tugas exco sebaik mungkin.
“Ini tanggungjawab yang berat. Terima kasih atas kepercayaan yg diberikan YAB Menteri Besar dan PKR,” katanya.

Sultan kesal ‘Kajang Move’ punca kemelut MB

SultanKLANG, 26 SEPT: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan tindakan yang sanggup melemparkan tohmahan kepada mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi tujuan memastikan Abdul Khalid meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.
Titah baginda, bagi memastikan Abdul Khalid berundur, mereka sanggup meneruskan agenda mereka tanpa mempedulikan kesucian bulan Ramadhan yang sepatutnya diisi dengan amal ibadah.
Ikuti Teks penuh titah ucapan Sultan Selangor sempena pelantikan Exco baru:
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.
Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13.
Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.
SultanKemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.
Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat.

Sultan nasihat MB Selangor jika ada isu susahkan rakyat

SultanKLANG, 26 SEPT: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah Baginda Sultan tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri dijalankan Menteri Besar sebaliknya hanya memberi nasihat jika ada perkara menyusahkan rakyat.
Baginda mengingatkan tugas Sultan tidak terhad dalam istiadat dan majlis rasmi sahaja, tetapi memastikan rakyat hidup aman dan maju jaya.
Baginda bertitah rakyat perlu memahami fungsi sebenar Sultan dan kuasa Institusi Raja.
“Beta mengucapkan penghargaan kepada rakyat menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini.
“Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini,” titah Baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco ni Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.
Baginda Sultan mengingatkan Melayu supaya tidak berpecah belah, tidak ektremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.
Baginda bertitah orang Melayu Islam tidak boleh berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu.
“Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri,” titah Baginda.

Isu elaun MB, KIDEX dan air dibawa ke mesyuarat Exco - Azmin

Anwar (tengah) bersama Azmin, Wan Azizah dan empat Exco Selangor baharu dari PKR semasa sidang media di Ibupejabat PKR di Petaling Jaya pada 26 September 2014. Foto: NOOR ASRIEYKUZAIREY SALIM.
Isu perjanjian konsesi air, Lebuhraya KIDEX, isu tanah dan elaun Menteri Besar (MB) yang tinggi daripada Perdana Menteri antara perkara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pertama di bawah MB yang baharu, Azmin Ali pada Rabu ini.
Azmin berkata, keempat-empat perkara itu juga antara yang dibangkitkan dalam pertemuannya bersama empat ahli Exco dari PKR bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Ibupejabat PKR di sini lewat petang tadi.
"Saya dan rakan-rakan Exco dalam Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha ini. Insya Allah pada Rabu ini akan memulakan mesyuarat Exco pertama untuk meneliti beberapa perkara yang dibincangkan tadi (elaun MB, tanah, air dan Kidex)," katanya pada sidang media di sini malam tadi.
Turut bersama Azmin dalam sidang media hari ini, Anwar Ibrahim, Wan Azizah serta empat Exco PKR baharu yang telah mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang dekat sini petang tadi .
Terdahulu, Azmin berkata, sebaik selesai angkat sumpah petang tadi beliau dan empat Exco PKR datang menyatakan penghargaan kepada kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu sebagai satu penghormatan.
Justeru Azmin bertegas akan memegang antara nasihat awal Pimpinan PKR iaitu pentadbiran baru dibentuk akan berpegang pada prinsip dan nilai yang cukup jelas iaitu berintegriti, jujur, amanah dan didasarkan kepada prinsip tatakelola yang baik, peduli rakyat menjadi teras pentadbiran.
"Kami juga komited supaya bekerja kuat untuk mempertahankan kesejahteraan rakyat Selangor dan pastikan kekayaan di negeri itu harus dibelanja secara berhemah dan bertanggungjawab dan memastikan pembangunan di Selangor ini dapat terus dipertahankan," katanya.

PAS tidak pernah setuju bilangan exco dikurangkan - PAS Selangor

PAS tidak pernah setuju bilangan exco dikurangkan - PAS Selangor
KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju agar bilangan Exco PAS di dalam barisan Exco baharu negeri itu dikurangkan daripada empat kepada tiga.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS negeri Selangor juga telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat yang turut tidak bersetuju dengan pengurangan itu.

"Kami juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairuddin mengulas pengumuman exco negeri yang baharu diumum Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang menyaksikan kerusi exco yang disandang wakil daripada parti PAS berkurangan daripada empat kepada tiga.

Dalam pada itu kata Mohd Khairuddin, PAS tetap mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

PRK N.01: Pas Terengganu ucap tahniah kepada BN

Satiful Bahri Mamat 
KUALA BERANG - Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu hari ini mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) yang berjaya mempertahankan kerusi Dun Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, Pas menerima pilihan rakyat di Dun itu atas nama demokrasi.

"Cuma, diharapkan segala janji akan ditepati oleh BN kepada rakyat di Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita pada Karnival Petani, Penternak dan Nelayan 2014 di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN, Mat Razi Mat Ail memperoleh 9,981 undi, menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).

Mat Razi yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi Dun itu dengan majoriti 2,635 undi, meningkat hampir 900 undi berbanding penyandang Dun itu Allahyarham Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13. - Bernama

Nurul: Sedition act illegal

Bajet 2015 : Kerajaan Hisap Darah Kita

Bajet 2015 : 'Suka Hati Naik Harga, Kami Mahu Makan Apa?'

Bajet 2015 : 'Orang Atas' Duduk Senang, Rakyat Dihimpit Kesusahan'

Bajet 2015 : 'Cakap Pantau Harga Tapi Barang Naik Lagi'

Politicians and media culprits in disharmony

Anwar Disoal Siasat Berhubung Akta Hasutan

Langkah Kajang PKR punca kemelut - Sultan

10 exco Pakatan angkat sumpah

Khairuddin Othman, Timbalan Speaker S'gor?

Anwar minta MB belanja berhemah, kaji perjanjian kontroversi

Mujahid: Fight against all forms of extremisms

Anwar sedia hadapi Akta Hasutan, dakwa kes tiada merit

Perlantikan Exco: Ada ahli politik tidak faham peranan institusi raja


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda mendapati ada ahli politik yang tidak faham tentang peranan dan kuasa institusi raja atau sengaja tidak memahaminya kerana mempunyai agenda yang lain.
Baginda turut mengingatkan bahawa kuasa Sultan bukan sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi melihat negeri dan rakyat Selangor hidup dalam keadaan aman serta maju jaya.
10 ADUN PKR Selangor angkat sumpah bagi penggal 2013-2018“Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
“Beta sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian semasa Majlis Perlantikan Exco Baru Negeri Selangor di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.
Sultan Sharafuddin turut bertitah, pihak baginda tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar dan hanya memberi nasihat sekiranya terdapat perkara yang menyusahkan rakyat.

Perlantikan Exco: Krisis S'gor bermula dari 'Langkah Kajang' - Sultan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan perbuatan hasut menghasut dan tohmahan yang dilempar terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - dalam usaha menyingkirnya sebagai menteri besar - walaupun semasa bulan Ramadhan.

Titah baginda, dalam bulan suci itu, umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai Allah untuk membersihkan doasa dan maksiat.

"Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di negeri Selangor supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah," titah baginda di majlis pelantikan barisan Exco kerajaan negeri Selangor di Istana Alam Shah petang ini.

Tetapi, titah baginda, PKR tetap meneruskan agenda mereka  walaupun  dalam  bulan  suci  Ramadhan dengan terus  menghina  dan  mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Titah baginda pelantikan Exco yang baru adalah disebabkan PKR dan DAP tiada mempunyai keyakinan kepada Abdul Khalid sebagai menteri besar, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke-13.

"Oleh itu seorang menteri besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini," titah baginda,.

Titah baginda lagi, kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move” -Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Perlantikan Exco: 'Sultan bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi'

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan bahawa sultan bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa baginda adalah untuk melihat negeri dan rakyat hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Titah baginda lagi, krisis yang berlaku berhubung isu menteri besar Selangor telah membuka mata dan hati serta pandangan baginda terhadap politik di Selangor.

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang.

"Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta," titah baginda di majlis angkat sumpah barisan Exco baru Selangor Istana Alam Shah petang ini.

Titah baginda lagi, sebagai sultan yang memerintah, tugas-tugas baginda amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna.

"Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat," titah baginda.

Titah baginda lagi, oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, mereka beranggapan institusi raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai  apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Perlantikan Exco: Teks penuh titah ucapan Sultan Selangor

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana  dengan  limpah  dan  kurnianya pada hari ini,  Beta  dapat  mengadakan Pelantikan  Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka  walaupun  dalam  bulan  suci  Ramadhan dengan terus  menghina  dan  mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Di sini Beta  ingin  mengucapkan  terima  kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Exco: Satu lagi pengorbanan yang PAS lakukan

KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.  

Pagi tadi, menteri besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Halimah: Exco baru tak berdasar 'semangat Pakatan'

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor tidak dilakukan mengikut "semangat Pakatan", dakwa ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali.

"...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," kata bekas ahli exco negeri itu, yang digugurkan daripada senarai exco baru Menteri Besar Azmin Ali.

Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal beliau adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen?

Beliau yang juga bekas exco negeri berkata demikian sewaktu diminta mengulas senarai exco baru yang menyaksikan hanya tiga wakil rakyat PAS dilantik berbanding empat orang sebelum ini.

Pentadbiran Selangor menyaksikan PKR kini mempunyai empat orang exco, DAP kekal dengan tiga orang sementara PAS pula dengan tiga orang sahaja.

Sebelum itu, Halimah secara ringkas turut mengucapkan selamat maju jaya kepada exco-exco yang baru dilantik.

"Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda," katanya.

Halimah yang ditemui wartawan selepas menghadiri taklimat ringkas pembinaan jambatan ketiga Klang, tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang beliau rasakan masalah dengan barisan baru itu dari segi semangat gabungan itu.

Tarif air meningkat, sungai tercemar, rakyat Johor makin merana...kena bersyukur asal Umno@Bn perintah...!!!

KULAI, 26 SEPT: Hasil pentadbiran tidak cekap Umno-BN, rakyat Johor kini bukan sahaja dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik tapi terpaksa juga menanggung tarif air yang tertinggi di Malaysia.
Menurut Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, berdasarkan jawapan bertulis Parlimen, tarif air yang tinggi itu jelas berpunca dari keadaan sungai di negeri itu yang lapan darinya tergolong dari kalangan 12 sungai tercemar di Malaysia.
“Adalah sangat menyedihkan untuk menyatakan bahawa bukan saja rakyat Johor sedang membayar tarif air paling tinggi, tetapi sungai kita juga paling tercemar di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menerusi jawapan Parlimen kepadanya sebelum ini, sungai yang tidak dapat didiami ikan dan organisma laut diklasifikasikan sebagai Kelas IV dan V di bawah Piawaian Kualiti Air (INWQS) dengan Kelas 1 sebagai paling terbaik dan V paling teruk.
Jelasnya, terdapat 12 sungai yang berada dalam senarai Kelas IV dan lapan darinya adalah di Johor.
“Sungai itu merangkumi Sungai Air Baloi, Sungai Kempas, Sungai Sebulung, Sungai Buluh, Sungai Danga, Sungai Tukang Batu, Sungai Sengkuang dan Sungai Ayer Merah.
“Soalan yang menjadi tanda tanya adalah mengapa sungai-sungai ini boleh tercemar?,” soalnya.
Setiausaha Publisiti DAP Johor itu menegaskan, daripada berterusan menambah beban kepada rakyat, Kerajaan Negeri sepatutnya mengambil tindakan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan pencemaran tersebut.

'Najib lebih teruk dari Pak Lah, tapi tiada tindakan dari Umno'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan prestasi yang lebih teruk daripada pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum 2013, tetapi tiada tindakan diambil kerana Umno lemah.

Dalam membuat analisis tersebut, wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin mendakwa telah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad awal bulan ini di mana bekas perdana menteri itu mengesahkan beliau menghantar surat kepada Najib mengkritik kepimpinan Umno, tetapi telah diminta menariknya balik melalui seorang perantara.

Dr Mahathir (kanan) berkata, prestasi Najib teruk pada 2013 - lebih teruk daripada Abdullah lakukan pada 2008, tulisnya dalam blognya.

Katanya, Umno menyingkirkan Abdullah tetapi tidak Najib dan Kadir bertanya apakah yang telah dipelajari oleh Umno?

Kadir juga bertanya apa yang telah berlaku dengan hasil bedahsiasat mengenainya dan sama ada Umno telah membuat perubahan.

Katanya, inilah perkara yang pemimpin Umno yang ikhlas perlu menjawab dan menurutnya, bukan setakat berkata mereka menghormati Dr Mahathir dan menyokong PM.

Kadir berkata, Abdullah dipaksa meletakkan jawatan oleh Umno, tetapi Umno tidak mendesak Najib supaya meletak jawatan.

Mahathir memberitahu beliau bahawa beliau telah melakukan apa yang harus dilakukannya dengan membawa rungutan rakyat ke pengetahuan Najib dan terpulang kepada Umno dan rakyat untuk membuat keputusan mengenai masa depan PM sekarang.

Tetapi, tambah Kadir, Dr Mahathir tidak percaya yang Umno akan bertindak terhadap presiden Umno.

"Presiden Umno mungkin kuat tetapi parti yang lemah," tambah Kadir.

Lebih Pas dari Pas: Kenapa cuma tiga Exco kata Umno

Tindakan menggugurkan satu jawatan Exco dari PAS bukan sahaja dilakukan atas niat membalas dendam tetapi turut mahu menendang keluar PAS dari Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Syed Ali Al Habshee
PETALING JAYA : PKR mula membalas dendam terhadap PAS selepas menolak pencalonan Presidennya, Dr.Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor apabila hanya memberikan tiga jawatan Exco kepada PAS.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Dr.Syed Ali Al Habshee mendakwa, tindakan menggugurkan satu jawatan Exco dari PAS bukan sahaja dilakukan atas niat membalas dendam tetapi turut mahu menendang keluar PAS dari Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, di samping mahu meluaskan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempengaruhi segala keputusan kerajaan negeri Selangor, PR terus didominasi oleh PKR dan DAP sebagai ‘abang besar’.
“Saya sudah memberitahu sejak dulu lagi, PAS kena membuat satu keputusan berani keluar dari PR dan bekerjasama dengan UMNO memperjuangkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu bagi memastikan ianya terbela.
“PAS tidak harus menjadi ‘paria’ PR dan Anwar sehingga menjejaskan maruah parti itu di mata masyarakat. Sampai bila PAS akan terus dikeldaikan demi nafsu politik Ketua Umum PKR,” katanya dalam entri umnobahagiancheras.blogspot.com..
Hari ini, MB Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai 10 Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang baru dan PAS hanya memperoleh tiga jawatan Exco berbanding empat sebelum ini.
Syed Ali berkata, kemelut politik yang melanda Selangor berhubung pelantikan jawatan MB Selangor memberi peluang kepada PAS menilai keikhlasan PKR dan DAP.

Kesian Pas..Sudah Jatuh Ditimpa Tangga Pula

Belum pun kering airmata Pas kerana kesedihan tidak dapat menawan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang keputusannya diketahui semalam, parti itu menerima nasib malang lagi hari ini apabila kerusi Exconya di Selangor pula dikurangkan daripada empat kepada tiga.

Dalam pilihanraya Pengkalan Kubor, Pas bukan saja gagal dalam percubaannya mahu merampas kawasan DUN itu daripada UMNO, malah undi majoriti BN juga turut bertambah. Jika dalam pilihanraya umum 2013 lalu, calon PKR tewas dengan undi 1,736 undi, kali ini jumlahnya bertambah kepada 2,635 undi.

Yang menarik lagi, walaupun kerusi Pengkalan Kubor ini milik PKR tetapi dalam kehangatan isu Menteri Besar Selangor tengah membara dan merasakan dirinya begitu kuat, Pas telah menuntut untuk mengambil alih bertanding menggantikan PKR dengan hujah peluangnya untuk menang lebih terbuka. Sayangnya, bukan saja impian menang tidak menjelma, kekalahan dengan jumlah undi lebih besar pastinya juga membuatkan PKR puas hati menyerahkan kerusi itu.

Kekalahan dengan jumlah undi yang makin bertambah itu, meskipun mungkin disebabkan oleh banyak faktor yang sudah banyak diperkatakan sejak semalam, tetapi adalah jelas antara mesejnya ialah penolakan pengundi terhadap sikap Pas yang tidak konsisten dalam berpakat dan bergabung bersama PR, selain juga menunjukkan parti itu tidak mampu berdiri sendirian dalam menghadapi UMNO dan BN.

Dengan mesej itu, adalah perlu Pas segera bermuhasabah dan "melihat dirinya semula dalam cermin" ke manakah haluan sebenar yang mahu ditujunya selepas ini. Jika mahu kekal bersama PR, tunjukkanlah kesepakatan dan sehati sejiwa dan jika lebih mahu ke arah kerajaan perpaduan, ambillah sikap yang jelas mengenainya.

Hari ini pula, Pas menerima satu lagi berita sedih yang mungkin menyebabkan ia perlu mencari tuala tambahan untuk mengesat airmatanya berikutan keputusan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengurangkan kerusi Exco parti itu daripada empat kepada tiga.

Nampaknya ketegasan Pas untuk mempertahankan empat kerusi Exconya tidak mendapat perhatian daripada Azmin Ali. Paluan gendang hulubalang Pas kononnya parti itulah yang mencalon dan menyebabkan Azmin terpilih sebagai Menteri Besar, ternyata juga tidak berhasil.

Dari Kajang ke Pengkalan Kubor: Berkuburnya PR?

Dari Presiden PKR yang tidak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor serta ketidaksefahaman PKR dan DAP dengan PAS mungkin petanda PR bakal berkubur.

Oleh Edwin Michael

Pergolakan politik negeri Selangor semacam sudah sampai ke penamatnya dengan perlantikan Menteri Besar (MB) baru yang dikatakan telah meredakan ketegangan politik Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak istana.
pakatan_breaks_300Kerusi yang sepatutnya menjadi milik Anwar Ibrahim (melalui Langkah Kajang) dan kemudian melobi kerusi itu untuk isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi akhirnya menjadi milik Mohamed Azmin Ali. Percaturan strategi dan permainan politik MB baru ini sebenarnya harus diakui mantap dan tersusun berbanding langkah sumbang yang dibawa Pengarah Strategi parti itu sendiri.
Azmin Ali dan bayangan Khalid Ibrahim
Umum mengetahui bahawa Khalid Ibrahim seorang individu dan juga MB yang berintegriti tinggi dan memiliki rekod politik yang bersih. Legasi yang ditinggalkan oleh Khalid Ibrahim ini adalah bayangan hitam yang bakal mencabar kredibiliti Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor yang ke-15.
Pembongkaran dokumen-dokumen melibatkan skandal rasuah MB baru ini sewaktu menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1995 dan siasatan kesnya yang dikatakan ditutup oleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas arahan Anwar Ibrahim itu sendiri tidak pula dinafikan secara langsung oleh Azmin mahupun Anwar.
Disini, kita berdepan dengan satu kemungkinan yang tidak pasti. Tentang bagaimana seorang Menteri Besar yang dituduh mempunyai rekod rasuah mampu mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang bersih dan telus?
Sementara itu, dalam 10 senarai baru Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, PAS hanya mendapat 3 tempat manakala PKR mendapat 4 sementara DAP kekal dengan 3 jawatan Exco. Walaupun jawatan Timbalan Speaker Dewan akan diberikan kepada PAS kerana dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai Exco, namun ini adalah satu tamparan hebat buat PAS yang sebenarnya mempunyai status quo dalam DUN Selangor dengan 15 kerusi berbanding PKR dan DAP.
Pemecatan Anwar Ibrahim
Tindakan drastik yang diambil Khalid Ibrahim pada hari terakhir beliau menjadi MB Selangor ialah dengan memecat Anwar Ibrahim dari jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan bergaji RM1. Banyak perkara yang menyelubungi isu ini yang tidak didedahkan kepada umum. Walaupun PR mencanangkan propaganda gaji RM1 dibayar kepada Anwar Ibrahim sepanjang menjawat jawatan ini, namun mereka gagal mendedahkan kos pentadbiran dan pengurusan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Plaza Perangsang.
Siapa pula yang akan menerajui jawatan ini kelak? Apakah Azmin Ali akan melantik semula Anwar Ibrahim dengan kadar bayaran gaji yang bersesuaian ataupun sudah ada calon lain untuk mengisi kekosongan itu? Sewaktu pilihan raya kecil Kajang, heboh dikatakan bahawa Rafizi Ramli adalah individu yang terbaik untuk menjawat jawatan tersebut namun melihatkan betapa haru-birunya keseluruhan strategi ‘Langkah Kajang’nya itu, adalah agak pesimistik mengandaikannyanaik menjadi Penasihat Ekonomi.
Pengkalan Kubor, berkuburnya PR?

Rafizi: PR bergolak sebelum Langkah Kajang lagi

 Rafizi Ramli
SHAH ALAM – Pergolakan parti-parti dalam PR terutamanya Pas dengan dua rakannya, PKR dan DAP telah berlaku sebelum PRU13 dan Langkah Kajang yang dilancarkan, awal tahun ini.

Mengakui wujudnya ketegangan dalam PR, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, konflik tersebut tidak perlu disembunyikan sebaliknya perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan ianya berlarutan.

“Memang ada ketegangan  hubungan terutama antara Pas dengan dua rakan iaitu PKR dan DAP. Saya rasa itu tidak perlu disembunyikan atau kita nafikan kerana rakyat jelas nampak.

“Pandangan saya yang mungkin agak berbeza dengan orang lain ialah, jika kita ada masalah, kita perlu berterus terang sesama kita dan juga dengan rakyat. Kerana hanya dengan cara itu, ada harapan untuk selesaikan.

“Kita tidak boleh cuba sembunyikan atau beranggapan bahawa masalah itu akan pergi dengan sendiri. Ia lebih wajar diketahui dan diselesaikan kerana hanya apabila ia diketahui, baru ada penyelesaian. Daripada disimpan dan mungkin akan berulang pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas soal ketegangan yang berlaku dalam PR itu, Rafizi mendakwa, Pas tidak menepati perjanjian yang dibuat dalam PR sehingga menimbulkan rasa kurang senang rakan-rakan sekutunya.

“Ada isu yang dari segi... ada beberapa perkara yang tidak... perselisihan faham, ada rasa tidak senang akibat daripada Pas meletakkan calon tiga penjuru di beberapa tempat yang tidak menepati perjanjian PR. Maknanya semua itu telah berlaku sebelum PRU13.

“Jadi, memang ada persoalan yang menguji dari segi kepatuhan kepada keputusan yang dicapai di peringkat PR, sebelum itu pun. Ada orang yang berpendapat bahawa Langkah Kajang ini telah menyebabkan perselisihan itu nampak kepada umum,” katanya.

Sehubungan itu, beliau beranggapan, permasalahan yang tidak diselesaikan itu bakal menjadi barah buat PR terutama apabila menjelang pilihan raya umum akan datang.

Exco: Sedikit kecewa tapi sudah jangka - AJK Pas


 Dr Dzulkefly Ahmad 

SHAH ALAM - Pas melahirkan sedikit kekecewaan terhadap komposisi Exco Selangor yang baharu apabila kuota bagi parti itu kurang satu kerusi berbanding sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah menjangka perubahan komposisi itu sambil menyifatkan koalisi politik dalam PR itu sangat kompleks.

"Secara peribadi, saya sudah menjangka bahawa akan berlaku pelakaran atau penstrukturan semula Exco Selangor ini.

"Bagi Pas walaupun sedikit kecewa, tetapi saya meletakkan harapan yang besar terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad bersama Dr Yunus Hairi yang kini bersama Exco baharu iaitu YB Zaidy Abdul Talib," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

22 Sept erti besar buat Azmin, bebas tahanan & MB baru

MB AzminGOMBAK, 26 SEPT: Tarikh 22 September 2014 merupakan tarikh bersejarah dalam hidup Mohamed Azmin Ali apabila menerima sepucuk surat daripada DYMM Sultan Selangor yang memperkenan beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor ke-15.
Signifikannya berbeza dengan tarikh berkenaan merupakan detik beliau dibebaskan dari tahanan pada 16 September 1998.
Menceritakan pengalaman 16 tahun lalu Adun Bukit Antarabangsa ini mengakui berasa sebak ketika mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dihadapan DYMM Sultan Selangor pada 23 September lalu.
“Bagi saya tarikh 22 September itu amat bersejarah dalam hidup saya kerana 16 tahun tahun lalu, 22 September 1998 saya dibebaskan daripada penjara.
“Buat kali pertama dalam hidup saya masuk lokap pada 16 September dan dibebaskan pada 22 September.
MB Azmin“Dan tahun ini 22 September saya menerima sepucuk surat daripada DYMM Sultan yang telah memperkenankan pelantikan saya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru,” katanya di Masjid As Shariff semalam.
Mengambil pengajaran daripada kisah Sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang diangkat menjadi Khalifah beliau berkata, tanggungjawab sebagai Menteri Besar merupakan satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan jujur, ikhlas dan berintegriti.
“Ia bukan satu keistimewaan. Bukan kerana bergelar Datuk Menteri Besar, bukan kerana Tan Sri atau Datuk Seri tetapi akhirnya saya akan menjawab di hadapan Allah SWT apa yang telah dilalukan setelah diberi amanah di Negeri Selangor,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Peratusan exco wanita menurun ke 20% kejutan

rodziahSHAH ALAM, 26 SEPT: Penyertaan wanita sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dikurangkan daripada empat sehingga menjadi dua orang disifatkan sebagai satu ‘kejutan’ di bawah pentadbiran Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata peratusan Exco wanita yang menurun sehingga 20 peratus itu adalah di bawah indeks yang ditentukan Kerajaan Negeri sebelum ini.
“Sekarang saya boleh jawab tentang penyertaan wanita dalam EXCO setelah Menteri Besar umumkan.
“Dari 40 peratus ke 20 peratus? Hmm… satu kejutan. Bawah indeks yang ditentukan,” katanya melalui status di laman sosial Facebook dan Twitter.
Sebelum ini, selama dua penggal berturut-turut, Kerajaan Negeri menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus ahli Exco adalah dari kalangan wanita.
Bagaimanapun di bawah pentadbiran Azmin, jumlah Exco wanita dikurangkan kepada dua orang sahaja melalui pelantikan Dr Daroyah Alwi dan Elizabeth Wong.
Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor yang diumumkan pagi ini menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.
Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.
Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.
Tiga Adun yang digugurkan dari barisan Exco itu ialah Sallehen Mukhyi (PAS), Halimah Ali (PAS) dan Rodziah Ismail (PKR).

Exco: PAS buat kenyataan selepas angkat sumpah

KUALA LUMPUR: PAS hanya akan membuat kenyataan rasmi berhubung isu Exco Selangor, hanya selepas selesai majlis angkat sumpah petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily pagi ini.

"PAS hanya akan buat kenyataan selepas selesai majlis angkat sumpah exco petang ini.

"Kena tunggu lah. Tidak lama dah," katanya ketika dihubungi.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pagi tadi mengumumkan senarai penuh 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) sebagai pasukan baru beliau.

Kesemua mereka adalah masing-masing dengan komposisi 4 dari PKR, 3 PAS dan 3 DAP.

Ianya menyaksikan kuota PAS yang sebelum ini empat dikurangkan kepada tiga.

PKR yang mempunyai tiga kerusi sebelum ini pula mendapat tambahan satu kerusi menjadi empat, manakala DAP kekal tiga.

Adun PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad (baru) dan Amirudin Shari (baru), sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim (kekal), Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.
  
Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad , Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib (baru).

Semangat setiakawan tiada bila exco PAS dikurangkan

Dr HalimahKLANG, 26 SEPT: Pembahagian bilangan Exco Selangor yang mengurangkan jawatan PAS tidak melambangkan semangat setia kawan pakatan rakyat, kata Bekas Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
“Semangat setiakawan tiada di situ,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai pengurangan komposisi jawatan Exco di negeri itu.
Halimah yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara terbabit.
Menteri Besar yang baru, Mohammad Azmin Ali mengumumkan pagi tadi menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.
Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.
Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.
Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor semalam.
Mengulas beliau tidak dikekalkan sebagai Exco negeri, Halimah hanya mengucapkan exco baru dilantik semoga berjaya dan lakukan tugas dengan baik.
Halimah sebelum ini memegang portfolio terbabit sejak 2008.
Tiga ADUN yang digugurkan dari barisan Exco itu ialah Sallehen Mukhyi (PAS), Halimah Ali (PAS) dan Rodziah Ismail (PKR).
Upacara mengangkat sumpah jawatan akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang pada jam 3 petang, hari ini.
Azmin berkata keputusan itu dipersetujui bersama permuafakatan Pakatan Rakyat, semalam.

Azmin: Second deputy speaker post to be discussed

Liow: Azmin should 'uphold' agreements signed by Khalid

'PAS perlu reform, tajdid pemikran jika mahu ke arus perdana' - Ustaz Ridzwan

'PAS ada kawalan kuat di GLC S’gor melalui Khalid'

Broker, barua PAS: Saari tak tolak mahu ke mahkamah

Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Terus Jatuh. Ahli Ekonomi Ramal Kadar BLR Terkini Tidak Bertahan Lama!

ringgit malaysia
Punca Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Terus Jatuh. Ahli Ekonomi Ramal Kadar BLR Terkini Tidak Bertahan Akan Lama! : Nampaknya Ringgit malaysia kita sekali berada dalam keadaan pada ketika ini. Yang mana pakar dan penganalisis ekonomi sudah mula memerhati daripada dekat nilai ringgit Malaysia ini akan terus menunjukkan trend kejatuhan bermula pada 22 September yang lalu sekaligus menyebabkan nilai bon terus meningkat. Apa punca kenaikan ringgit Malaysia yang berlaku sekarang ini?
Jikalau ada yang teliti perjalanan Bank Negara baru-baru, di mana BNM baru sahaja selesaikan mengadakan dasar Monetari baru-baru ini. Akhirnya….
Akhir daripada keputusan mesyuarat dasar Monetari pada 18 september 2014 yang lalu memutuskan untuk mengekalkan Kadar dasar Semalaman (OPR) pada kadar 3.25 peratus sekaligus kadar BLR peminjam-peminjam di Malaysia tidak berubah yang mana keputusan Bank Negara telah pun diramal tepat oleh 11 pakar ekonomi daripada 21 ahli ekonomi yang dilakukan kajian oleh Bloomberg. Impaknya….

Kadar Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Jatuh : Faktor & Sebab Penurunan?

  1. Melihatkan pertumbuhan eksport mula perlahan sekurang-kurangnya selama satu tahun berdasarkan data Julai tahun 2014 ini
  2. Inflasi Malaysia sudah hampir kepada paras tertinggi pada tempoh 3 tahun terakhir ini berdasarkan data Ogos 2014
  3. Hutang isi rumah di Malaysia tertinggi di Asia
  4. Akhirnya, natijahnya kita boleh lihat penurunan nilai Ringgit Malaysia pada ketika ini
  5. Tambahannya, anda boleh semak paparan yang Berita Semasa lampirkan di bawah laporan berita ini
ringgit malaysia

Kadar Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Jatuh VS Kadar BLR?

Walaubagaimanpun, kalangan ahli ekonomi menganggap keputusan Bank Negara tidak akan bertahan lama apabila sekali akan bersidang pada 6 November 2014 ini. Di mana berdasarkan semakan Berita Semasa setakat ini :
  1. ING Groep NIV meramalkan yang mana Bank Negara akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata sekaligus bank di Malaysia akan mengumumkan kenaikan BLR naik akhir 2014 kelak
  2. Manakala Credit Agricole CIB pula masih berpendapat yang mana BNM akan mengekalkan kos pinjaman sediaada yang mana tidak berlaku kenaikan OPR
KLIK SINI : Nilai Matawang Ringgit Malaysia Kembali Jatuh US$1.00=RM3.283. Tahun 2014, Kuasa Beli Rakyat Malaysia Juga Jatuh?
P/S : Walaubagaimanapun kadar inflasi di Malaysia 2015 dijangka akan terus melonjak. Berapa kenaikan? Sama-sama kita nantikan dan lebih bersedia daripada sekarang. Mulakan menabung dan menyimpan.

Ranking Tanah Rizab Melayu Tergadai & 88% Telah “Dirogol” di Malaysia. Kelantan Tertinggi, Penang & Putrajaya Habis!

tanah rizab melayu
Ranking Tanah Rizab Melayu Tergadai & 88% Telah “Dirogol” di Malaysia. Wasiat Raja-Raja Melayu Tidak Dipedulikan! Berita Semasa sekali lagi ingin mengatakan yang kami sama sekali tidak menolak pembangunan. Tetapi biarlah berpada. Jangan dihidangkan lambakan duit di “depan mata” yang membuat keputusan terus terketar-ketar luatut sehingga hilang pertimbangan melepaskan amanah yang diberikannya kepadanya diberikan kepada orang luar.
Rasanya semuanya sudah sedia maklum yang mana tanah di Malaysia begitu mudah terlepas dan diperdagangkan kepada “orang luar” jikalau mahu dibandingkan syarat yang begitu ketat dibandingkan negara jiran kita Malaysia. Contoh? Contohnya (KLIK DI SINI).
Apabila baru-baru ini didedahkan yang mana tanah rizab melayu tergadai sehingga tinggal 12% sahaja, ramai pemimpin terkejut. Ha? Menteri besar _______ terkejut, Ketua Menteri ________ terkesima, Menteri Besar ________ ini pun terperanjat. Terperanjat? Ermmm…..

Statistik Sejarah Tanah Rizab Melayu di Malaysia?

  1. Daripada 3.1 juta hektar yang British tinggalkan kepada orang Melayu pada tahun 1931
  2. Ditambah dengan Wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Perse­ku­­tuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.
  3. 12.9 juta hektar adalah keseluruhan keluasan tanah semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
  4. Tanah Rizab melayu pernah hanya tinggal 1.30 juta hektar (9.9%) sahaja pada tahun 1983.
  5. Terkini tinggal pada tahun 2014, 12% sahaja tanah rizab Melayu
  6. 88% tanah rizab melayu telah hilang dan tergadai bersama-sama “habuan” masing-masing
  7. Akhirnya, masing-masing telah tersadai kekenyangan
KLIK SINI : Baca Peringatan Sultan Selangor Mengenai Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?
Berdasarkan semakan berita Semasa terhadap statistik yang disediakan oleh Pejabatan tanah & Galian (PTG) dan juga Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan (BTUP) memperolehi ranking tanah rizab Melayu di malaysia mengikut keluasan yang tinggal pada ketika ini :

Ranking Tanah Rizab Melayu di Malaysia 2014 Mengikut Negeri

  1. Kelantan
  2. Kedah
  3. Perak
  4. Pahang
  5. Johor
  6. Melaka
  7. Negeri Sembilan
  8. Selangor
  9. Perlis
  10. Kuala Lumpur
  11. Terengganu
  12. Putrajaya
  13. Pulau Pinang

Politik yang dibawa PAS sekarang ialah POLITIK BOSAN..!!!

Prof Madya Dr Agus Yusof dalam status FB pada 2 September membuat rumusan awal:
 
"Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.

"...Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur."

Sebenarnya PAS harus sedar mereka memerlukan UNDI dari RAKYAT... UNDI ini sebenarnya adalah sama sahaja biarpun yang memangkah itu USTAZ, PELACUR, PENOREH, LAWYER, OPERATOR, PESAWAH, NELAYAN....semua di kira 1 sahaja undi...bukannya USTAZ dikira 10, PELACAUR dikira 1, PENOREH di kira 2, LAWYER di kira 8 dan seterusnya....
Namun syndrom POLITIK BOSAN ini wujud apabila PAS sudah seperti tidak menghargai penyokong-penyokongnya dan yang lagi BOSAN apabila dilihat mereka seolah-olah meraikan golongan yang beragama sahaja sudah tidak lagi bermatlamatkan PAS FOR ALL....

Nik Nazmi letak jawatan Timbalan Speaker, jawatan diisi PAS

exco baruSHAH ALAM, 26 SEPT: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan tujuh muka lama dikekalkan dalam barisan Exco Kerajaan Selangor yang baru.
Mereka adalah, Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Daroyah Alwi (PKR-Sementa), Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sg Pinang), Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), Ganabatirau Veraman (DAP-Kota Alam Shah), Iskandar Samad (PAS-Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang).
Manakala muka baru dalam barisan Exco kali ini, Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Amiruddin shari (PKR-Batu Caves) dan Zaidy Abdul Talib (PAS-Taman Templer).
Komposisi terbaru ini menjadikan kedudukan Exco terkini tiga PAS, tiga DAP dan empat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sementara itu jawatan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor akan diisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS.
“Nik Nazmi Nik Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Azmin tumpu 4 keutamaan tingkat kesejahteraan rakyat

MB AzminGOMBAK, 26 SEPT: Permasalahan sampah, demam denggi, keselamatan awam dan penyelenggaraan jalan menjadi fokus utama Mohamed Azmin Ali selepas dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
Ini kerana empat perkara utama yang disebutkan beliau memerlukan perhatian khusus dalam memastikan kesejahteraan rakyat Selangor.
Bercakap di hadapan jemaah di Masjid As Shariff, Simpang 3, Gombak semalam beliau menjelaskan, semua ketua jabatan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dipanggil untuk bermesyuarat bersamanya Isnin ini bagi mendengar sendiri masalah mereka.
Selain itu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Selangor bagi membincangkan soal keselamatan di negeri ini supaya diberikan tindakan segera.
Dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan ketua jabatan pada Rabu beliau menjelaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan penting supaya budaya rasuah dapat dibenteras di semua peringkat.
“Saya mencadangkan semalam (kelmarin) supaya SPRM diberikan satu peranan yang cukup penting bagi membantu Kerajaan Selangor memerangi gejala rasuah sama ada dalam kalangan penjawat awam ataupun sektor swasta mahupun rakyat Negeri Selangor.
“Kerana sekali lagi, kekayaan Negeri Selangor ini; Alhamdulillah kita mempunyai rizab yang besar tetapi setiap sen itu mestilah dibelanjakan dengan berhemah dan telus yang memberikan manafaat kepada rakyat Selangor
Katanya, institusi masjid dan surau perlu diberikan perhatian khusus sebagai medan mempertahankan umat Islam termasuk pembinaan masjid baru, Masjid Zakaria di Gombak Setia.
Masjid berkenaan sepatutnya telah dibina memandangkan keadaannya kurang selesa untuk jemaah beribadah terutama pada hari Jumaat.

Kekalahan Pas takdir yang ditentukan Allah

"Pas memang menjangka akan kalah selepas melihat Barisan Nasional ( BN ) berkempen habis-habisan tetapi yakin dapat mengurangkan majoriti BN.
"Pertambahan majoriti ( BN ) agak mengejutkan tetapi kami terima keputusan itu dengan hati terbuka."
Itu jawapan Penolong Pengarah Operasi Pas Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim ketika ditemui Malaysia Gazette selepas keputusan diumumkan.
Katanya, Pas menerima kekalahan tersebut sebagai takdir yang yang telah ditentukan Allah walaupun ada sedikit kekecewaan.
"Pas dan seluruh jentera sudah berusaha pada tahap terbaik tetapi telah ditakdirkan kani kalah, terimalah dengan reda," katanya.
Sebagaimana biasa, Pas tetap akan membuat post mortem untuk memperbaiki kelemahan.
"Sebenarnya Pas bukan parti yang lemah tetapi kemenangan BN banyak dibantu oleh faktor lain untuk memancing undi.
"Bukan hendak mengadakan cerita tetapi dengan tak semena-mena BN boleh keluarkan zakat wang kepada pengundi di Pengkalan Kubor sahaja selain berupa barangan.
"Peliknya kenapa wang zakat itu tak diagihkan di DUN lain dan kenapa mesti diserahkan kepada rakyat di kawasan yang berlaku pilihanraya ini?" soalnya.
Tambah Mohd Zaki lagi, BN akan melakukan apa sahaja demi mencapai kemenangan termasuklah menggunakan seluruh jentera kerajaan.
"Tak apalah kerana apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita tunggu pilihannya umum akan datang tiga tahun lagi.
"Mungkin di situlah rezeki kemenangan kami nanti," katanya.

Strategi Pas di Pengkalan Kubor tak menjadi

Kekalahan Pas pada PRK Dun Pengkalan Kubor semalam menyaksikan strategi parti itu mengambil alih kerusi tersebut daripada PKR untuk menawan kubu kuat BN itu tidak menjadi, menurut penganalisis politik.

Kemelut dalaman PR yang semakin buruk akibat krisis kerusi Menteri Besar Selangor juga dilihat memberi kesan dalam sokongan rakyat kepada pakatan itu pada PRK kali ini.

Semalam, kerusi Dun Pengkalan Kubor kekal milik BN setelah calonnya, Mat Razi Mat Ail menang dengan 9,961 undi, menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim (7,326 undi) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (38 undi).

Kemenangan itu menunjukkan majoriti BN meningkat daripada 1,736 pada PRU13 lalu kepada 2,635 pada PRK kali ini.

Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan berpendapat, kekalahan Pas dalam PRK itu memperlihatkan parti tersebut tidak boleh bertindak tanpa sokongan rakan dalam PR.

"Pas masih memerlukan sokongan padu daripada dua rakan parti, PKR dan DAP jika mahu terus melakar kejayaan khususnya di Kelantan.

"Kekalahan dengan jumlah majoriti (BN) yang melebihi PRU13 lalu membuktikan Pas ditolak rakyat mereka sendiri," katanya.

Dalam pada itu Dr Azmi berkata, PKR juga dilihat sengaja melepaskan Dun berkenaan kepada Pas kerana tahu sukar untuk menang di kawasan itu.

Dua hari berturut-turut PAS terima berita malang kerana anak muda

PAS menerima nasib malang dua hari berturut-turut; semalam di negeri terkuatnya Kelantan, apabila kalah di Pengkalan Kubor, hari ini di Selangor apabila kuota ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya (exco) kurang dari empat kepada tiga. Kedua-duanya disifatkan berpunca daripada anak muda. Bagi penganalisis politik Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kekalahan PAS di Pengkalan Kubor adalah kerana anak muda yang sudah muak dengan politik PAS dan Pakatan Rakyat (PR).  Kehilangan satu kerusi exco di Selangor juga diletakkan atas kesilapan anak muda, iaitu Pemuda PAS.

Tengahari semalam Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan kuota exco Selangor akan kekal empat untuk PAS. Namun pada lewat petang, Azmin sekali lagi mengumumkan 'laporan tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan.' Dalam satu temubual dengan Sinar Harian Online semalam, Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin mengatakan tidak mustahil PAS meninggalkan PR, kerana sudah lama bersabar dengan kedegilan PKR dan DAP, tetapi bukan dalam masa terdekat. Ekoran kenyataan itu, Pengarah Komunikasi PKR yang juga Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil membuat kenyataan balas menyesali kenyataan Khairil. Kenyataan Fahmi dibuat selepas Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin menuntut PAS diberikan dua kerusi exco sahaja. Hari ini hanya tiga exco PAS Selangor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan – Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Talib – berbanding empat sebelum ini.

PAS 'menang boo, jawatan tergadai'

 PAS tidak percaya kemerosotan undinya di Pengkalan Kubor angkara tiada sokongan Pakatan Rakyat. Bagi pemimpinnya Tuan Ibrahim Tuan Man, penambahan majoriti BN disebabkan gula-gula politik dan pengundinya dari luar daerah yang tidak kembali ke Kelantan.

Kerusi ini kembali ke tangan PAS atas alasan PKR tiada jentera di situ; lagi pula ia "dipinjamkan" kepada sekutunya. Demikian hujah PAS sewaktu PKR di Kelantan dan Terengganu berasa disisihkan dalam gabungan itu.

PAS percaya jika ia bertanding, ia boleh mengurangkan majoriti BN di kubu kuat Umno itu. Namun, akhirnya kerusi yang ditagihnya tidak membawa kesan positif, sebaliknya menjadi beban pula.

Apa pun hujahnya, seperti disuarakan oleh naib presiden PAS, ia tidak dapat mengelakkan tanggapan umum bahawa kemerosotan itu juga boleh disandarkan pada reputasi PAS dan Pakatan yang tercalar dalam krisis Selangor.

PAS juga dilihat tidak istiqamah dengan keputusan awalnya dalam krisis menteri besar - walaupun muktamar di tengah-tengah krisis tersebut berslogankan 'Terus Beristiqamah'.

Presidennya Abdul Hadi Awang mengambil tiga keputusan yang "pelik" – daripada mencalonkan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali kepada "akur keputusan istana" tetapi kemudian mencalonkan wakil-wakil rakyatnya sendiri.

Sikap sebegini mengundang kecaman dari dalam PAS dan menjolok keberangan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya yang pro-Anwar Ibrahim dan setia bersama keputusan calon tunggal PKR.

Kritikan terbuka atau tersembunyi dari dalam PAS pula dijawab kumpulan pro-Abdul Hadi, termasuk sorakan mengejek 'boo' di muktamar, yang memanaskan lagi pertemuan di Batu Pahat. Sikap presiden dan riuh-rendah muktamar itu mencalarkan lagi imej parti.

Biarpun pada awalnya ‘Langkah Kajang’ itu ciptaan PKR bagi menyelesaikan persaingan dalaman, akhirnya perseteruan ketara muncul dalam PAS. Seolah-olahnya PKR hanya terkena selesema untuk beberapa hari tetapi jangkitan itu menyebab PAS demam kura berbulan-bulan.

Nasihat timbalan mursyidul am

Untuk mengurangkan kepanasan muktamar, tokoh ulama parti Haron Din berpesan pada perwakilan agar tidak membangkitkan isu-isu yang hanya boleh merekahkan lagi luka-luka di antara dua kumpulan dalam PAS.

Sebagai menghormati nasihat timbalan mursyidul am, perwakilan pada sebelah petang Jumaat dan barisan pemimpin atasannya pada esoknya cuba meredakan keadaan.

Namun, muktamar itu berakhir dengan ucapan ‘barua’ dan ‘broker’ Abdul Hadi. Ucapan yang pedas dan penuh emosi itu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar PAS, sekali gus membuka semula rekah dalam yang dideritai parti itu.

Sasarannya pada watak-watak utama yang pro-PKR sewaktu cuba menyelesaikan krisis Selangor, termasuk dua wakil rakyatnya Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Panas dengan serangan Abdul Hadi, Saari mencabar presidennya agar mendatangkan bukti beliau telah dibeli oleh PKR untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah.

Mantan tahanan ISA itu turut mengulangi pendirian sedia dipecat daripada PAS jika Abdul Hadi mempunyai bukti beliau telah dibeli dan bersedia didakwa di mahkamah jika benar terlibat dalam politik wang.

"Saya tak tahu apa maksud 'broker', 'barua', dicuri dan dibeli. Jadi PAS perlu jelaskan sebab sebelum ini tidak pernah dengar saya ini 'broker' atau 'barua' dan dibeli," Saari dipetik sebagai berkata.

"Dibeli ini, adakah dengan cara jual beli pantun macam itu, atau pun melibatkan wang ringgit?"

Hari ini, PAS kehilangan satu jawatan exco (daripada empat kepada tiga) pula akibat jumlah kerusinya yang "berkurangan".

MB Selangor perjelas jumlah exco PAS


MB S'gor umum senarai exco baru




Exco baru S'gor: PAS hilang satu jawatan exco, dilantik sebagai Timb Speaker Dun

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor yang diumumkan pagi ini menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh Sultan Selangor semalam dan diumumkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali.


1) Elizabeth Wong Keat Ping
2) Dr Da‎royah Alwi
3) Nik Nazmi Nik Ahmad
4) Amirudin Shari
5) Datuk Teng Chang Khim
6) Ean Yong Hian Wah
7) V Ganabatirau
8) Iskandar Abdul Samad
9) Dr Ahmad Yunus Hairi
10) Zaidy Abdul Talib