Khamis, 25 September 2014

PRK N.01: Saya tetap bertugas kepada rakyat – Wan Rosdi

TUMPAT: Calon Pakatan Rakyat daripada PAS pada PRK Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantunya sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Katanya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan parti Pakatan Rakyat khusus PKR dari semua peringkat cabang dan negeri yang membantunya.

“Terima kasih kepada petugas-petugas peringkat kawasan di negeri ini serta petugas seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang turut membantu.

“Terima kasih juga pada pengundi calon Pakatan Rakyat. Tidak ketinggalan juga anak-anak muda yang inginkan perubahan, petugas keselamatan yang menjalankan tanggungjawab dengan baik,” ujarnya di sini.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana PRK Pengkalan Kubor berjalan baik serta tidak ada insiden yang buruk.

“Saya akan bertugas seperti biasa kepada rakyat seperti sebelum ini,” katanya.

PRK N.01: Undi hari bekerja punca peratusan rendah

TUMPAT: Pengundi bukan sahaja diberi janji sebelum pilihan raya kecil (PRK) berlangsung, sebaliknya selepas mengundi pun diberi ganjaran lagi.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengundi turut diberikan microwave selepas mengundi.

“Kalau suami dapat, isteri atau anak yang layak mengundi juga dapat.

“Perkara ini perlu diambil perhatian oleh SPR. Sekiranya dibiarkan budaya begini, pilihan raya kita akan menjadi korup andainya tidak dikawal,” ujarnya pada sidang media di Markas Besar PAS malam ini.

Pengurus PRK Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli mengumumkan malam ini BN mendapat 9,961 undi, manakala PAS - 7,326 undi. Calon Bebas pula 38 undi.

Sebanyak 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi. Pada pilihan raya umum lepas jumlah keluar mengundi 80 peratus.

Pada PRU13 lepas, Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Oleh itu, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Induk PRK Dun berkenaan meminta SPR menyemak semua perbelanjaan sepanjang kempen PRK Pengkalan Kubor sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

“Ia satu perkara yang sangat serius berlaku pada PRK ini. Biasanya kalau PRK hanya lingkungan RM50,000 sahaja sudah cukup untuk memasang bendera, poster serta yang berkaitan.

“Namun PRK kali ini begitu besar perbelanjaannya dan ia dilihat seperti tidak ada kawalan,” katanya.

Pengkalan Kubor pangkalan tarbiah - Ustaz Ahmad Fadhli

TUMPAT: Biar pun Umno dan BN menang bergaya dengan majoriti 2,635 undi pada pilihan raya kecil Pengkalan Kubor, namun berlaku kemerosotan jumlah majoriti BN di beberapa kubu tradisinya.

Antaranya Jubakar Darat, Bendang Pak Yong dan Teluk Jering. Bagaimanapun jumlah undi BN melonjat di UPU Simpangan, tempat tinggal calon BN, Mat Razi Mat Ail.

Pakatan Rakyat pula kehilangan penguasaan di UPU Telaga Bata apabila jumlah majoriti berpindah kepada BN di mana menang kelebihan 115 undi.

Sedangkan pada PRU lepas calon PKR, Shaharun Ibrahim menang 67 undi. Majoriti Umno juga meningkat UPU Pengkalan Kubor apabila berlaku pertambahan sebanyak 83 undi.

Pakatan juga kehilangan banyak undi di UPU Geting iaitu apabila menang majoriti 216 undi berbanding 524 undi pada PRU lepas.

Pakatan turut hilang undi UPU Kampung Tebing sebanyak 58 undi berbanding majoriti 165 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kalah menang adalah adat dalam pertandingan termasuklah medan pilihan raya.

Pasma tidak perlu bubar - Phahrolrazi

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi 
ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak akan dibubarkan meskipun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pasma akan terus dengan prinsip perjuangannya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan membantu PR.

“Sebenarnya Pasma ini berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh sesetengah pihak kerana ia adalah platform kepada penyokong PR yang tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana parti komponen PR.

“Sebelum ini penyokong PR tidak ada tempat untuk mengadakan wacana tetapi selepas penubuhan Pasma barulah mereka mempunyai tempat untuk berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, gesaan beberapa pihak agar Pasma dibubarkan juga adalah tidak relevan.

“Pasma ini bukan sahaja untuk Pas dan parti komponen dalam PR, jadi tidak perlu berasa takut dengannya. .

“Ini kerana kita akan berperanan sebagai mengukuhkan hubungan parti komponen dalam PR dan menyelesaikan pelbagai masalah demi masa depan PR,” katanya.

Azizulhasni kesal keputusan berat sebelah

Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang kecewa selepas pingat perak yang dimenanginya dibatalkan akibat menghalang laluan pelumba lain dalam acara keirin lelaki akhir di Incheon International Veledrom pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon hari ini. - Foto Bernama 
 Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang kecewa selepas pingat perak yang dimenanginya dibatalkan akibat menghalang laluan pelumba lain dalam acara keirin lelaki akhir di Incheon International Veledrom pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon hari ini. 
 
KEPUTUSAN kontroversi oleh komisar perlumbaan telah meragut peluang jaguh trek negara Azizulhasni Awang merangkul pingat dalam acara keirin individu pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini hari ini.
  
Selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua berdasarkan 'photo-finish', kedudukan Azizulhasni dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas pelumba negara itu dikatakan menghalang pelumba Jepun Kazunari Watanabe ketika melakukan pecutan.
  
Berikutan keputusan itu, Azizulhasni, yang menyandang pingat emas dalam acara itu, diturunkan ke tangga tercorot.
  
Kesal dengan kontroversi itu, Azizulhasni berkata semasa melihat kembali rakaman video, komsiar berkata pelumba Jepun itu melakukan kesalahan pertama dan beliau melakukan kesalahan kedua semasa separuh jalan ke garisan penamat.
  

Calon UPSR meninggal akibat tekanan tidak benar.!!

Calon UPSR meninggal akibat tekanan tidak benar
KUANTAN - Jabatan Pendidikan Pahang hari ini menafikan seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dari sebuah sekolah di sini meninggal dunia kerana tertekan ekoran kebocoran beberapa kertas peperiksaan itu baru-baru ini.
  
Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata, dakwaan yang mengatakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira meninggal dunia akibat tekanan perasaan pada Selasa lepas, seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak berasas.

"Tiada kaitan dengan peperiksaan, saya sendiri telah menemui ibu bapa murid berkenaan dan mereka menafikan dakwaan seperti yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan 'stress'," katanya.
  
Malah mengikut laporan perubatan sendiri menyatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam  darah secara mendadak walaupun murid itu tidak mengidap penyakit kencing manis, "katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Gambar murid berkenaan tersebar di laman Facebook dengan kandungan kenyataan: " ... murid tahun enam SK Wira telah meninggal dunia pagi tadi. Jenazah dibawa balik ke Chini, tekanan darah tinggi dan stres tahap melampau. Murid target 5A tu."
  

Ketua Polis Kelantan: Tiada pengundi hantu

Mazlan hari ini menafikan dakwaan yang menyatakan wujudnya penggundi hantu di kawasan mengundi di PRK Dun Pengkalan Kubor. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH 
PENGKALAN KUBOR - Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim hari ini menafikan dakwaan yang menyatakan wujudnya penggundi hantu di kawasan mengundi di PRK Dun Pengkalan Kubor.

Mazlan Lazim berkata, dakwaan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas mengenai wujudnya pengundi hantu adalah tidak benar sama sekali.

"Setelah kami selidiki, pihak kami mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar.

"Malahan dakwaan yang mengatakan bahawa calon tersebut tidak mempunyai kad pengenalan juga adalah tidak benar. Beliau merupakan seorang warganegara Malaysia," katanya sewaktu di temui media di Pusat Penjumlahan Undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa hari ini.

Terdahulu, Juham Pas sebelum ini mendakwa seorang penghulu kampung telah bersubahat membawa masuk seorang pengundi hantu pada PRK Dun N01 Pengkalan Kubor yang berakhir pada jam 5 petang tadi.

PRK N.01: Semua janji p'raya akan ditunaikan kata TPM

 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor memberi jaminan bahawa semua janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan ditunaikan.

PRK N.01: Masalah dalaman bukan punca kalah - Tuan Ibrahim

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pengundi luar tak balik

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.

Hanya Utusan milik Umno ada kebebasan mutlak, kata Marina Mahathir

Aktivis hak asasi manusia Datin Paduka Marina Mahathir menyindir akhbar milik Umno Utusan Malaysia, mengatakan ia mempunyai kebebasan bersuara mutlak tidak seperti suratkhabar lain yang tidak memiliki keistimewaan sebegitu. "Utusan ada kebebasan mengkucar-kacirkan keadaan," kata anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad itu hari ini semasa Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia yang diadakan selama tiga hari di Kuala Lumpur. Beliau menyampaikan ucapan bertajuk: "Freedom from fear – Is it a basic human right?" (Kebebasan dari rasa takut – Adakah ia hak asasi manusia?) merujuk akhbar Utusan yang menerima beberapa tindakan saman terhadap laporannya.

Sultan Selangor perkenan senarai Exco, MB belum putuskan kuota Exco

SHAH ALAM, 25 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memperkenan senarai nama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baharu.
Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata komposisi Exco kekal dengan bilangan 10 Exco tetapi belum mengesahkan sama ada fomula 4-3-3 iaitu PAS (empat), PKR (tiga) dan DAP (tiga) kekal atau sebaliknya.
“Saya telah persembah nama untuk menjadi ahli MMKN kepada baginda Sultan.
“Tuanku memperkenan senarai nama yang diberi dan saya akan umumkan esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Mastika, Shah Alam hari ini.
Azmin dipetik Malaysia Kini menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.
“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya di twitter sebentar tadi, sebaliknya menyatakan ia masih dalam rundingan.

Tak rasmi: BN pertahan Pengkalan Kubor

BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, menurut keputusan tidak rasmi.

Bagaimanapun, menurut sumber, majoriti BN berkurangan kepada antara 1,200 hingga 1,300 undi.

BN sebelum ini menang mengalahkan calon PKR dan bebas dengan majoriti 1,736 undi.

Keputusan rasmi dalam pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan calon bebas dijangka diketahui selewat-lewatnya pada jam 9 malam ini.

Proses pengundian di 11 pusat pembuangan undi berjalan lancar hari ini dengan 73 peratus pengundi daripada keseluruhan 23,929 yang layak keluar menunaikan tanggungjawabnya.

Dalam pilihan raya umum lalu, peratusan keluar mengundi lebih tinggi, iaitu sebanyak 80 peratus.

Calon BN Mar Razi Mat Ali berdepan Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon bebas Izat Bukhary.

Azmin: Rundingan komposisi exco masih berjalan, laporan 4:3:3 tak tepat..!!

Menteri Besar Selangor Azmin Ali menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya di Twitter beliau sebentar tadi.

Kira-kira dua jam sebelum ini, Azmin dilaporjan berkata komposisi exco negeri kekal.

Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa sebelum ini berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco). Komposisi kekal," kata beliau sebelum mengangguk apabila ditanya wartawan apakah ia bermaksud 4(PAS):3(PKR):3(DAP).

Beliau berkata demikian sejurus selepas keluar dari Istana Mestika bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempersembahkan nama calon yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat beberapa jam sebelum itu.

Beliau juga berkata akan mengumumkan perkara itu esok.

Azmin yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Selasa lalu mengambil masa dua hari untuk berbincang dengan pemimpin dari ketiga-tiga parti sebelum menghadap bagi mendapatkan perkenan baginda.

Pemuda Pas tak perlu cakap nak keluar PR

“Sebagai Naib Ketua Pemuda PAS, sahabat saya wajar mencadangkan usaha-usaha yang menjurus ke arah ini dan tidak meletakkan fokus kepada perkara yang tidak mendatangkan kebaikan seperti soal bila mahu keluar PR.”
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menggesa pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) mengatur lebih banyak program dan platform bersama demi memperkukuh persahabatan dan ukhuwah, serta mengelak salah faham yang mungkin diguna UMNO-Barisan Nasional untuk mengadu domba.
“Saya rujuk kenyataan yang dibuat Naib Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khiruddin yang berkata, ‘Biasalah bergabung ini ada orang degil dan ada yang tidak’.
fahmi_300“Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar,” kata Khairil dalam satu kenyataan.
Tambah Fahmi, setelah PR mengharungi krisis penggantian Menteri Besar Selangor yang baru selesai minggu ini, anggota parti komponen khususnya di kalangan Pemuda Pakatan seharusnya bermuhasabah serta istiqamah dalam mencari jalan mengukuhkan tahaluf siyasi dan persefahaman demi menghadapi musuh politik iaitu UMNO-Barisan Nasional.
“Sebagai Naib Ketua Pemuda PAS, sahabat saya wajar mencadangkan usaha-usaha yang menjurus ke arah ini dan tidak meletakkan fokus kepada perkara yang tidak mendatangkan kebaikan seperti soal bila mahu keluar PR.
“Kita perlu ingat, 52 peratus pengundi Malaysia telah menaruh harapan terhadap PR dan bukan untuk menjadi pengganti kepada UMNO-Barisan Nasional dari segi pemegang tampuk pimpinan, tetapi sebagai pencetus budaya politik baru demi Malaysia yang lebih baik,” ujarnya.
Sebelum ini Khairil mengatakan jika sudah tiba masanya, PAS akan keluar daripada PR.
Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khiruddin ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya.

PRK N.01: 73% keluar mengundi

 
Sebanyak 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.
  
Kesemua pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5 petang ini dengan 73 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.
  
Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
  
Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Pengundi hantu diarah memangkah calon Ustaz?

Apa yang mengejutkan pihak kami, pengundi tersebut telah diarahkan supaya memangkah calon Barisan Nasional (BN) Saudara Mat Razi Mat Ail.

PENGKALAN KUBOR: Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Noorazmir Zakaria mengesyaki bahawa wujudnya sindiket salah guna kad pengenalan di Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Pengkalan Kubor.
Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada pihak petugas pilihan raya PAS di UPU Bendang Pa’yong bahawa wujudnya pengundi hantu yang disyaki bukan warganegara Malaysia tetapi mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia.
mykad_300Tambah beliau lagi pengundi tersebut pada awalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa’yong tetapi melarikan diri setelah menyedari kehadiran wakil Peguam JUHAM.
“Pengundi tersebut langsung tidak mengetahui nombor IC beliau dan berapa umur beliau menyebabkan pihak kami meragui kesahihan pengundi tersebut.
“Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama DUN tempat beliau mengundi dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi,”katanya.
Jelas Noorazmir lagi apa yang mengejutkan pihaknya, pengundi tersebut telah diarahkan supaya memangkah calon Barisan Nasional (BN) saudara Mat Razi Mat Ail.
“Berdasarkan rekod di dalam passport beliau, beliau kerap berulang-alik ke Thailand. Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu beliau menyeru kepada semua petugas-petugas pilihan raya untuk lebih berwaspada dan cakna dengan individu-individu yang mencurigakan. Sekiranya wujud individu yang mencurigakan, petugas-petugas diminta untuk segera melaporkan kepada peguam JUHAM yang bertugas.

Abdul Khalid tidak terdesak untuk bersama UMNO

Pemimpin UMNO tidak perlu membuat publisiti murahan dengan mengaitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai mesra Barisan Nasional atau UMNO.
Ini kerana sejak dipecat sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), bekas Menteri Besar itu tidak pernah sekali pun menyuarakan hasratnya untuk bersama UMNO atau mana-mana parti politik.
Sehubungan itu, pemimpin UMNO tidak perlu bersusah payah membuat sebarang kenyataan murahan kerana Abdul Khalid kurang senang dengan kenyataan seperti itu.
Individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar itu mempersoalkan apa tujuan dan matlamat sebenar pemimpin UMNO membuat kenyataan tersebut, sedangkan para penyokong Abdul Khalid melihat ia sebagai satu agenda tersembunyi.
"Mereka mungkin berbangga dengan kenyataan begitu tetapi bagi kami kenyataan itu jelas dan terang-terangan mahu mencetuskan isu kepada Abdul Khalid.
"Sedangkan Abdul Khalid tidak terdesak untuk berada dalam politik.
"Pada kami isu-isu macam ini seolah-olah mahu menutup pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar tanpa sokongan dengan menonjolkan cerita-cerita negatif Abdul Khalid," katanya yang mendakwa kenyataan seumpama itu dicetuskan oleh pemimpin UMNO yang mempunyai hubungan baik dengan Mohamed Azmin mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wukuf 3 Oktober, Aidiladha disambut 4 Oktober - Mahkamah Agung Arab Saudi

Tahun ini, Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober dan Aidiladha disambut hari berikutnya, demikian menurut pengumuman Mahkamah Agung Arab Saudi, di sini.
Portal berita Arab News www.arabnews.com melaporkan pengumuman itu dibuat oleh Mahkamah Agung selepas beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah, Rabu.
Mahkamah Agung juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.
Hari Wukuf yang merupakan sebahagian daripada rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan lebih dua juta jemaah, termasuk 22,320 orang dari Malaysia, di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT.
Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari Makkah.
Dikatakan sesiapa yang tidak berwukuf di Arafah tidak akan mendapat haji dan sempurna ibadahnya berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW iaitu "Haji adalah Arafah".
Di Arafah juga Nabi Muhammad SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terkenal sebagai Khutbah Perpisahan pada tahun terakhir hayat baginda, dan ia menjadi tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas dikeluarkan daripada syurga Jannah dan ditempatkan di bumi.
Sementara itu, 93.89 peratus atau 20,957 jemaah haji dari Malaysia telahpun tiba di tanah suci.
Hari ini, satu penerbangan lagi iaitu KT60 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi di Malaysia) membawa 448 jemaah. Penerbangan yang membawa kumpulan jemaah haji terakhir dari Malaysia dijangka tiba Sabtu ini.
--BERNAMA

Menunggu angin perubahan di Pengkalan Kubor

Pengundi masyarakat Siam N.01
HANYA pengundi masyarakat Siam di Jubakar Darat menjadi benteng taruhan akhir Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum lepas calon PKR, Shaharun Ibrahim hanya mendapat 83 undi, manakala BN membolot 782 undi di situ.

Umno juga berkubu utuh di unit peti undi (UPU) Simpangan, Bunohan dan Teluk Jering sejak pilihan raya umum 1995.

Namun kubu Umno di UPU Bendang Pak Yong pernah dimenangi calon PAS, Wan Hussin Wan Ahmad pada PRU 1999 dengan kelebihan 159 undi. Selain itu Wan Hussin juga menang di UPU Pengkalan Kubor dengan majoriti 78 undi.

PAS sejak dahulu sehingga sekarang mendominasi UPU Tebing, Geting, Tujoh dan Telaga Bata. Berdasar kepada gerak kerja kempen PAS dan Pakatan Rakyat sepanjang kempen 12 hari, apakah ada kemungkinan berlaku pertambahan undi PAS di UPU terbabit.

Ini kerana ada kalangan mereka yang tidak keluar mengundi pada PRU memberi komitmen baru sekarang.

Di Kampung Neting ada penduduk tidak mengharapkan bantuan jentera kempen dari luar bagi memasang sendiri poster kempen.

Mereka memasang sendiri poster dan bendera PAS di hadapan rumah. Mereka lebih bersemangat kerana Wan Rosdi sudah lama dikenali. Begitu juga di UPU Bendang Pak Yong.

Situasi baru juga diharap ada sedikit anjakan di UPU Jubakar Darat dan Mertua. Masyarakat Siam yang rata-rata bekerja sebagai petani mengakui sudah lama mengenali calon Pakatan Rakyat.

Eh Ron, 67 dari Kampung Mertua berkata, masyarakat Siam hanya suka pemimpin yang lebih dekat dengan mereka.

Katanya, kalau tidak kenal macam  mana hendak diharap dapat membantu masyarakat Siam.

Exco Selangor kekal PAS 4, DAP 3, PKR 3, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco), komposisi kekal 4-3-3, esok saya akan umumkan (senarai nama mereka)," kata beliau ketika ditemui di depan Istana Mestika, Shah Alam hari ini.



Mampukah Azmin batal perjanjian air Selangor?

Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali sebenarnya tidak boleh melakukan sebarang perubahan terhadap perjanjian air yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor.
Sebaliknya, Menteri Besar Selangor yang baharu itu hanya boleh membaca sahaja perjanjian yang telah dibuat.
"Apa yang boleh Azmin boleh buat, tidak ada apa-apa, semuanya sudah dimuktamadkan. Semua sudah selesai," kata sumber yang mengetahui tentang perjanjian itu.
Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin kelmarin yang mahu mengkaji perjanjian yang dibuat semasa pemerintahan Abdul Khalid termasuk perjanjian air, selain pembinaan kontroversi Kidex.
Tindakan awal Menteri Besar Selangor itu sudah diramalkan oleh kebanyakan penganalisis ekonomi dan pasaran sebelum ini sambil menyifatkan sebarang kajian dan semakan akan melengah-lengahkan lagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebenarnya sudah tertangguh sejak enam tahun lalu
Sumber tersebut berkata, sebenarnya Mohamed Azmin tahu hakikat tentang perjanjian berkenaan tetapi tidak menolak kenyataan Menteri Besar itu dibuat sekadar untuk mengambil hati para penyokongnya.
Ini kerana, semasa perjanjian awal dibuat, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat bertegas mahu Abdul Khalid menangguhkan dahulu perjanjian berkenaan selagi penjelasan tidak dibuat.
Projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) pada 12 September lalu.
Dalam perjanjian itu, Putrajaya bersetuju membenarkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion.
Perjanjian yang dimuktamadkan itu menyaksikan operasi rawatan dan pengedaran air dalam industri bernilai RM30 bilion itu yang diuruskan oleh tiga syarikat diletakkan di bawah satu entiti iaitu Air Selangor Sdn. Bhd. yang di kawal oleh kerajaan negeri.

3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia Ditaja Kerajaan BN...!!!

Ahmad Maslan
Peringatan Ahmad Maslan : 3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia Ditaja Kerajaan BN. Respon Rakyat Malaysia? : Setahun, kita ada 12 bulan dan 365 hari. Sepanjang kita hidup di Malaysia sebenarnya telah ditaja oleh kerajaan Malaysia. Ya….Inilah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut selaku Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Ahmad Maslan di mana tampil memperbetulkan… beberapa fakta yang diambil ringan oleh rakyat Malaysia.
Terkini, Ahmad Maslan ingin mendedahkan hasil kajian, pandangan & pengamatannya kepada anda semua, yang selama mana anda bergelar rakyat Malaysia mungkin ramai yang tidak sedar, hanya menteri yang bernama Ahmad Maslan sahaja yang sedar mengenai perkara dan pengiraan seperti ini.
Apabila selama ini anda sebenarnya berdasarkan pengamatan & kajian Ahmad Maslan, rakyat Malaysia terlalu banyak terhutang budi dengan kerajaan Malaysia. Yang menariknya lagi, anda dikatakan hanya perlu mencari rezeki untuk tempoh 9 bulan sahaja bagi menampung kehidupan anda selama setahun kerana……selebihnya telah ditanggung, ditaja dan disubsidi oleh Barisan Nasional tanpa anda sedari.
Ya, di sinilah Ahmad Maslan ingin menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada anda, anda, tuan, puan di sini sehingga mengeluarkan kenyataan seperti di atas tadi?

Senarai Jasa Kerajaan Malaysia BN Kepada Anda Rakyat Malaysia

  1. Anak-anak ke sekolah dapat RM100‎ bantuan persekolahan
  2. Kalau rajin ‘kerja malam’ 10 anak, RM1,000 dapat
  3. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat
  4. Subsidi minyak masak 1kg RM1.50
  5. Subsidi tepung 1kg RM1.00
  6. Subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi Subsidi
  7. Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi
  8. Pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian
  9. Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000
  10. RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN

Jumlah Bantuan & Tajaan Kerajaan BN kepada Anda Semua?


Duit rakyat tanggung menteri 12 bulan setahun – Tengku Zulpuri

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji membidas kenyataan angkuh Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan, kononnya kerajaan ‘menanggung’ hidup rakyat selama tiga bulan dalam setahun.
Ketika berucap sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sana semalam, Ahmad Maslan berkata hidup rakyat ditanggung tiga bulan dalam setahun melalui subsidi dan bantuan yang disampaikan kerajaan.
“Campur BR1M, bantuan persekolahan, subsidi minyak, tepung.. tiga bulan kehidupan kita ditaja kerajaan BN dalam setahun. Sembilan bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja yang kita ada,” kata Ahmad Maslan menurut The Malaysian Insider.
Mengulas dakwaan itu, Tengku Zulpuri menyifatkannya sebagai pembohongan memandangkan rakyat adalah penyumbang utama pendapatan negara melalui cukai.
“Setiap tahun, rakyat membayar cukai pendapatan dan pelbagai cukai lain. Malah gaji menteri sendiri dibayar melalui kutipan itu.
“Rakyat yang menanggung (gaji) menteri dua belas bulan, bertahun-tahun lamanya,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Kata Ketua Pembangkang DUN Pahang itu, kenyataan Ahmad Maslan menghina rakyat yang terpaksa bekerja keras bagi menanggung kos sara hidup yang meningkat.
“Ia cukup menghina. Seorang menteri tidak boleh keluarkan kenyataan yang tak cerdik – macam orang tak sekolah.

Cabaran serta dilema Jokowi dan Azmin

Oleh Alyaa Alhadjri
Presiden Indonesia yang baru Joko “Jokowi” Widodo kini sedang sibuk menyiapkan barisan Kabinet yang terdiri 34 perwakilan. Ia merangkumi 16 menteri daripada pelbagai parti politik dan 18 tenaga profesyenal. Jokowi bakal diangkat Presiden Indonesia secara rasmi pada 20 Oktober nanti.
Tumpuan kini diberi terhadap ahli Kabinetnya kerana ia bakal memberi kesan sosio-politik bagi negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.
Laporan media Indonesia menampilkan beberapa nama yang mungkin membarisi Kabinet baru itu. Perbincangan mengenainya masih dilakukan Jokowi dengan ahli pembangkang yang terdiri enam parti. Jokowi juga dilihat bakal mendapat sokongan dalam Dewan Perwakilan yang terdiri 560 ahli.
Pemerhati politik memberi tumpuan terhadap bagaimana Jokowi melakukan rundingan agar beliau memperoleh pentadbiran yang ampuh dan pada masa yang sama, mencapai agendanya.
Presiden PDI-Perjuangan Megawati Soekarno Putri turut menyatakan sokongan bagi Jokowi ketika partinya dilihat mendapat sokongan 18.95% pengundi, walaupun berdepan dakwaan bahawa bekas gabenor Jakarta itu tidak mempunyai rekod pencapaian dan bakal menjadi boneka Megawati.
Jokowi dijadual mengangkat sumpah selaku Presiden keenam Republik Indonesia bagi menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menerajui kerajaan sejak 2004. SBY melaksanakan langkah anti-korupsi tetapi jatuh ke tangga ke-7 di dalam pemilihan perundangan yang lalu kerana pelbagai dakwaan salahguna kuasa berhubung parti Demokratiknya.
Jokowi hanya ahli biasa PDI-Perjuangan tetapi segala keputusan parti itu bakal memberi kesan kepada pentadbiran beliau.
Akhbar Bahasa Inggeris The Jakarta Post melaporkan pada 22 Sept bahawa PDI-P menolak saranan agar perlantikan dua penggubal undang-undang Idham Samawi dan Herdian Koosnadion ditangguhkan berikutan dakwaan rasuah terhadap mereka.

Jangan pula Azmin di landa sial drama politik Selangor..!!

Drama dan lawak politik Selangor di bawah PR tidak lagi lucu. Sejak tercetusnya krisis MB Selangor, parti-parti PR nampak seakan-akan orang mabuk todi dan gian ganja.

azmin300PETALING JAYA : Tokoh wartawan, Datuk Abdul Kadir Jasin berpendapat, Menteri Besar Selangor yang baru, Mohamed Azmin Ali merupakan bukan pilihan sukarela Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya merupakan kehendak Istana.
Abdul Kadir berkata, PKR terpaksa merestui pencalonan Azmin di saat-saat akhir setelah segala usaha ‘memaksa’ Istana menerima Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal tidak berhasil.
Katanya, jika PKR boleh menerima ketentuan ini dengan kewarasan, Azmin Ali boleh menjadi Menteri Besar (MB) tanpa gangguan dan membuktikan sama ada beliau mampu atau tidak untuk mentadbir Selangor yang telah mengorbankan banyak MB.
“Kalau PKR masih berkeras dan berdendam, besar kemungkinan Azmin akan menjadi seorang lagi MB Selangor yang dilanda sial dan Pakatan Rakyat (PR) menjadi semakin tidak relevan kepada rakyat Selangor.
“PKR dan penyokong fanatik Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengganggugugat kedudukan Azmin Ali seperti yang mereka lakukan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa beberapa bulan terakhir ini,” ujarnya dalam entri http://kadirjasin.blogspot.com.
Abdul Kadir yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar The News Straits Times Berhad berkata, sekiranya PKR masih berkeras mahu memaksa kehendaknya diikuti semua pihak, pengundi dan rakyat Selangor perlu menimbang semula sokongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.
“Drama dan lawak politik Selangor di bawah PR tidak lagi lucu. Sejak tercetusnya krisis MB Selangor, parti-parti PR nampak seakan-akan orang mabuk todi dan gian ganja.
“Ia juga menguji kebijaksanaan dan keberkesanan Anwar sebagai ketua atas nama (de facto) PR. Kalau PKR, PAS, DAP masih punya rasa bertanggungjawab terhadap pengundi yang memilih mereka dan pembayar cukai yang memberi upah kepada mereka, maka mereka perlulah behenti membuat lawak. Jenaka mereka tidak lucu lagi,” katanya.

" Ketuhar Versi Dacing Bertebaran Di Pangkalan Kubor Pada Hari Mengundi "

Kesian dekat rakyat diperbodohkan oleh UMNO BN. Undi rakyat hanya dinilai dengan sebuah ketuhar. Kalau menang dapat beban dari kerajaan.

Seronok hanya sekali, beban berpanjangan. Ini kalau tanya sama SPRM dia akan kata ini bantuan, bukan rasuah pilihan raya. Padahal jangan harap kalau bukan pilihan rakyat akan dapat sebegini.

Pakar: PR pecah jika Adun Hulu Klang, Morib dilantik Exco

ProfMohdAbuBakar1Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar berpendapat Pakatan Rakyat kembali berantakan sekiranya dua Adun PAS yang melanggar ketetapan parti dan bersolidariti dengan rakan-rakan PKR dan DAP dilantik Exco.
Pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya itu berkata PR sewajarnya mengelak mencetuskan pergeseran baru yang hanya akan melambat-lambatkan proses pemulihan krisis perebutan jawatan Menteri Besar.
“Ini akan menimbulkan pergeseran sebab mereka yang menentang PAS juga diserap. Pertama, kita sedar tindak tanduk mereka menimbulkan kemarahan kepada PAS khasnya Datuk Seri Hadi Awang sendiri. Sekiranya mereka ini diserap jadi Exco, ini tamparan kepada PAS dan keretakkan dalaman Pakatan Rakyat (PR) jadi lebih jelas,” tegas beliau.
Di muktamar PAS baru-baru ini, Presiden Abdul Hadi Awang membidas Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin hingga menggelar mereka ‘barua’ kerana menandatangani akuan bersumpah menyokong calon Langkah Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sejurus perlantikan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Menteri Besar baharu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menggesa kuota PAS dikaji semula kerana tidak menyokong Dr Wan Azizah.
Persuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad bangkit mempertahankan kuota empat anggota Exco yang diperuntukkan kepada partinya, memandangkan Parti Islam majoriti Melayu itu mempunyai jumlah kerusi yang mengatasi PKR dan menyamai kerusi milik DAP.
“Krisis ini sudah berlarutan agak lama, sebarang usaha melaga-lagakan tak menjadi sebab orang dah bosan.

PRK N.01: Gaduh mulut antara pemuda BN dan polis

Pergaduhan didakwa bermula apabila pihak polis menegur pemuda tersebut kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menaiki motosikal.
adampklkb(1)
PENGKALAN KUBOR: Satu pergaduhan mulut telah berlaku di hadapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kedai Geting.
Pergaduhan mulut tersebut berlaku di antara anggota polis yang bertugas dan pemuda Barisan Nasional (BN).
Pergaduhan didakwa berpunca apabila pihak polis menegur pemuda tersebut kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menaiki motosikal.
Walaubagaimanapun, pergaduhan mulut tersebut berjaya dikawal oleh pihak PDM dan juga pihak polis.
Sebelum ini, kawasan daerah mengundi Geting antara ‘hotspot’ tumpuan. Oleh yang demikian, kelihatan puluhan pihak polis ditempatkan bagi mengawal keadaan.

Pegawai yang bergaduh dengan peniaga hanya pertahankan diri - DBKL

Pegawai yang bergaduh dengan peniaga hanya pertahankan diri - DBKL
KUALA LUMPUR: Pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang dipaparkan di dalam sebuah video viral bergaduh dengan seorang peniaga tanpa lesen, hanya berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya.

Menurut Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa, pihak DBKL sering mendapat tentangan semasa mengambil tindakan penguatkuasaan, tetapi pegawai dan anggota penguatkuasa diarah untuk mematuhi prosedur penguatkuasaan (SOP) yang telah ditetapkan.

“Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh anggota Penguatkuasa DBKL ialah mereka tidak boleh menyentuh tubuh badan orang yang diambil tindakan, kecuali mempertahankan diri.

“Satu lagi SOP ialah sekiranya tindakan itu melibatkan wanita, hanya pegawai wanita dibenar melaksanakannya.

“Pegawai penguatkuasa yang terlibat di dalam insiden pergaduhan ini hanya mempertahankan dirinya.

Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

“Kami telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya,” kata Dr Ismail kepada Astro AWANI.

Dr Ismail menambah bahawa penjaja tersebut tidak mempunyai lessen bergerak yang merupakan syarat untuk berniaga di kawasan taman riadah.

“Taman Tasik Permaisuri merupakan salah satu taman rekreasi yang menjadi tumpuan warga kota beriadah dan bersiar-siar terutamanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti am. Terdapat sejumlah enam penjaja berlesen beroperasi di lokasi berkenaan.

PRK N.01: Kenyataan Media JUHAM - "Pengundi Hantu"



1) JUHAM menerima aduan daripada petugas pilihanraya PAS di UPU Bendang Pa'yong, Pengkalan Kubor tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia.

2) Peguam-peguam JUHAM yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan dan menyoal-siasat pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta passport beliau. Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa'yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam JUHAM, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut.

3) Keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam JUHAM, pengundi tersebut langsung tidak tahu berapa nombor Kad pengenalan beliau, berapa umur beliau dan di mana alamat beliau di Pengkalan Kubor.

4) Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama Dun tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi.

5) Namun, pengundi tersebut mengaku bahawa beliau memangkah calon Barisal Nasional.

6) Berdasarkan rekod di dalam passport beliau, beliau kerap berulang-alik ke Thailand. Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini.

7) Justeru JUHAM menyeru kepada semua petugas-petugas pilihanraya untuk lebih berwaspada dan cakna dengan individu-individu yang mencurigakan. Sekiranya wujud individu yang mencurigakan, petugas-petugas diminta untuk segera melaporkan kepada peguam JUHAM yang bertugas.

Noorazmir Zakaria
PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA

Kerajaan Zionis As-Sisi gesa perangi ISIL, Ikhwanul


Pihak keselamatan Mesir meningkatkan kawalan keselamatan selepas ibu pejabat kementerian luar dibom Ahad lalu. 

KAHERAH - MESIR. Mesir tidak bercadang menyertai misi perikatan anti-ISIL yang diketuai Amerika Syarikat (AS) memandangkan negaranya sedang giat menangani kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang selama ini menyasarkan serangan terhadap polis dan tentera.

Jurucakap kerajaan berkata, ISIL setakat ini belum mengancam Mesir secara ketara berbeza dengan Ikhwanul yang dilabelkan sebagai pengganas.
"Kami kini giat menentang pengganas dalam negara seperti Ikhwanul dan kumpulan Ansar Al-Syariah dari Libya," katanya.
Menurutnya, AS kini harus fokus dalam misi itu termasuk perjanjian dengan Mesir untuk menyediakan lapan helikopter Apache dan  dana bantuan bernilai AS$1.3 bilion (RM4.2 bilion).

Sementara itu, Ketua Anti-Keganasan Eropah melaporkan, lebih 3,000 warga Eropah dikenal pasti menyertai kumpulan ISIL di Syria dan Iraq.

Gilles de Kerchove berkata, laporan itu disahkan oleh sumber dalaman Negara Islam.
"Kebanyakan mereka dari Perancis, Britain, Jerman, Belgium, Belanda, Sweden dan Denmark manakala ahli dari kumpulan kecil terdiri daripada warga Sepanyol, Itali, Ireland dan Austria," katanya dalam laporan AF

PRK N.01: Warna Warni Hari Pengundian

PRK Pengkalan Kubor: Peratusan keluar mengundi sehingga pukul 1 petang adalah 60 peratus atau 14,578 pengundi - SPR















Biar Azmin yang tentukan barisan Exco - Bang Mat

Mohamad Sabu  
SHAH ALAM - Dalam kesuntukan masa Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk memilih nama barisan Exco baharunya, kelihatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hadir ke Pejabat Menteri Besar itu.

Mohamad yang ditemui selepas perjumpaan itu bagaimanapun berkata, pertemuan beliau dengan Azmin hanyalah sebagai kunjungan hormat.

"Tidak ada perbincangan mengenai senarai Exco. Itu terserah pada menteri besar," katanya ketika ditemui di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Semalam, Pas Selangor bertegas mahu mempertahankan komposisi empat orang Exconya dalam pentadbiran Selangor.

Pengerusinya, Iskandar Abdul Samad berkata, adalah tidak patut meminta Pas yang memenangi 15 kerusi Dun mengurangkan kuota empat orang Exconya.

Iskandar bagaimanapun menyatakan belum ada perbincangan antara pihak Pas Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut.

Azmin akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini untuk mengemukakan 10 nama Exco negeri.

PRK N.01: Penyokong BN, PAS ceriakan hari pengundian

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor dilihat sebagai antara pilihan raya kecil yang paling tenang berbanding yang lain.

Walaupun SPR menerima tiga laporan berhubung kesalahan semasa tempoh berkempen, namun tiada kekecohan atau pergaduhan yang berlaku sepanjang PRK ini setakat ini.

Malah, suasana pada hari mengundi hari ini juga meriah di semua 11 pusat mengundi yang dipenuhi oleh penyokong parti.

Tinjauan Malaysiakini di beberapa pusat pungundian mendapati penyokong BN dan PAS berhimpun dan menceriakan lagi kawasan pusat mengundi itu mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi lagi.

Walaupun mereka menjarakkan diri sejauh 50 meter daripada pusat mengundi, namun ia tidak menghalang mereka terus bersorak dan merayu undi bagi parti masing-masing.

Penyokong yang duduk di tepi jalan raya juga saling bersorak bagi meraih perhatian pengundi. Mereka turut mengenakan baju berwarna biru dan hijau bagi mewakili parti masing-masing.

Suasana bertambah meriah apabila mereka membawa sepanduk dan menggunakan payung parti masing-masing.

Antara sorakan yang dilaungkan ialah "sokong bulan" bagi penyokong PAS dan dibalas dengan "gelombang merah" oleh penyokong BN.

Pakatan restu monarki campur tangan lantik MB Selangor, kata NGO

Gerakan Kembalikan Selangorku mendakwa Pakatan Rakyat mengabaikan prinsip demokrasi apabila menukar sokongannya daripada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2014. 
Gerakan Kembalikan Selangorku mendakwa Pakatan Rakyat mengabaikan prinsip demokrasi apabila menukar sokongannya daripada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2014.

Pakatan Rakyat (PR) merestui campur tangan monarki dalam pelantikan menteri besar Selangor yang baharu, kata gerakan Kembalikan Selangorku.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, PR mengabaikan prinsip demokrasi apabila menukar sokongannya daripada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada timbalannya Mohamed Azmin Ali dalam masa singkat.
"Ketua Umum PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri semasa mengkritik Sultan Selangor, akhirnya mengalah dan akur dengan pelantikan Sultan. Ini menyebabkan ramai rakyat Selangor kecewa," kata NGO itu dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas pemilihan Azmin tanpa mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, gerakan itu berpendapat ia tidak mematuhi proses demokrasi dan akan menghancurkan lagi sistem raja berperlembagaan di Malaysia. NGO itu berkata, pelantikan Azmin melangar Artikel 53 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan menafikan hak rakyat melalui sistem pilihan raya.
"Perlembagaan tidak membenarkan sultan meminta lebih nama calon daripada parti pemerintah, begitu juga dengan hanya mengandaikan Azmin Ali akan mendapat sokongan majoriti selepas pelantikan itu," katanya.
NGO itu berkata, PR Selangor perlu membawa isu ini ke mahkamah seperti yang dilakukan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak mudah tunduk terhadap tanggungjawab mendukung undang-undang tertinggi di negeri dan pada masa yang sama mengabaikan mandat rakyat.

PRK N.01- Wan Rosdi mengundi di SK Bendang Pak Yong