Rabu, 24 September 2014

PRK N.01: Pulanglah Mengundi - TGNA


PRK N.01- TGNA | Ceramah Umum PRK N.01 Pengkalan Kubor


Pesanan Buat Pengundi N.01 Pengkalan Kubor daripada Mursyidul Am PAS


Assalamualaikum warahmatullah
A'uzubillahi minassyaitanirrajim
Bismillahirrahmanirrahim

"Kami menurunkan dari langit kepadamu wahai Muhammad, Zikir iaitu Al-Quran dengan tujuan supaya kamu terangkan kepada mereka benda apa yang diturunkan kepada mereka."
Para pendengar yang dihormati.
Kita berdepan dengan Pilihanraya Kecil di Pengkalan Kubor. Sebelum daripada gerakan Islam timbul di dunia ini, di zaman-zaman akhir ini, kita orang Islam tidak peduli kepada politik sedangkan politik adalah urusan Nabi Muhamad. Nabi Muhammad apabila sampai ke Madinah oleh sebab tekanan yang dibuat oleh kenalan di Mekah. Apabila sampai ke Madinah, orang ramai  kerumun beginda dan mereka mendengar, menerima arahan dan sebagainya apa yang disampaikan oleh baginda kerana mereka sedar apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad, walaupn dia miskin, yatim piatu dan sebagainya, namun beliau adalah nabi. Zaman dahulu, sebelum Nabi Muhamamd lahir, Nabi Isa dah lahir, Nabi Musa dah lahir, Nabi Ibrahim dah lahir.
Tuan-tuan ingat, apabila Nabi Muhammad lahir, orang Mekah berkerumun mendapatkannya, daripada berbagai-bagai bangsa, bahasa dan budaya. Kerumun  kerana kata-kata Nabi Muhamamd adalah tafsir bagi Quran.
"Hei Muhammad, Quran diturunkan dengan tujuan kamu terangkannya kepada manusia akan kandungannya. Maka 10 tahun Nabi kita berada di Madinah, Nabi kita menjadi Perdana Menteri dalam semua urusan hidup; aqidahnya, ibadatnya, politiknya, rumahtangganya, ekonominya, dalam negerinya, luar negerinya, perangnya, damainya, semua kita dapat baca semua ini dalam hadith nabi dan kitab-kitab sirah.
Semua ini boleh menjadi perkara penting bagi gerakan Islam di seluruh dunia.
Di Malaysia ada PAS, di Mesir ada Ikhwanul Muslimin, di India ada Jamiatul Muslimin, di Turki ada Mille dan sebagainya.  Semua ini manusia buat dengan penuh tanggungjawab sebagai tugas hidup mereka di dunia. Apabila masuk di dalam kubur, segala gerak geri kita akan menjadi teman kita di dalam kubur. 
Di antara doa-doa yang diajarkan oleh Jibril kepada Nabi;
"Ya Allah, tolong temankan aku tika aku keseorangan di dalam kubur."
Ketika kita bersendirian di dalam kubur, harta benda  di dunia, pangkat (Dato, Tok Guru, Cik), semua tinggal di atas dunia. Kecuali segala perbuatan yang kita buat di dunia ini selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w.

PRK N.01: Kenyataan media ROYALTI

Pendedahan laporan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti (JK Khas) oleh Putrajaya ibarat makanan basi dengan pembungkusan baru.
1. ROYALTI mengulangi pendirian menolak JK Khas yang diumumkan Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012, menjelang PRU (tekanan), sebagai kaedah penyelesaian tuntutan. ROYALTI tegas Petronas perlu bayar ikut perjanjian 9 Mei 1975.
2. JK Khas yang menjanjikan keputusan selepas 6 bulan kini memasuki lebih 2 tahun. Kini, diumumkan kerana tekanan PRK. Seperti diduga oleh majoriti rakyat, keputusan tetap sama. Yakni 3 batu nautika yang :
i. Tiada dalam perjanjian 9 Mei 1975.
ii. Tiada dalam Akta Pembangunan Petroliam 1974.
iii. Yang ditafsirkan sebagai had kuasa keselamatan bawah undang-undang darurat. Bukan had kedaulatan hasil bumi wilayah laut negeri-negeri.
iv. Dibantah oleh Tengku Razaleigh Hamzah sendiri. Orang yang masih hidup, yang menandatangani perjanjian itu sendiri.
v. Dibantah oleh Tun Saleh Abas. Orang yang masih hidup, yang merangka akta dan perjanjian itu sendiri.
vi. Had keselamatan 3 batu nautika yang sudah dimansuhkan melalui pemansuhan akta darurat 2011.
vii. Akta Wilayah Laut 2012 (Akta 750) yang tidak sah kerana tidak diluluskan di DUN dan mendapat perkenan Majlis Raja-raja (melibatkan sempadan negeri-negeri).
3. Laporan JK Khas yang bercanggah dengan amalan Perdana Menteri sendiri apabila :
i. Kecuali Kelantan, semua negeri pengeluar minyak (Terengganu, Sarawak dan Sabah) dibayar mengikut kiraan 5% (tidak kira apa pun istilahnya, bayaran tunai atau royalti); mempunyai telaga minyak lebih dari 3 batu nautika. Hanya Kelantan sahaja diberikan alasan 3 batu nautika.
ii. Telaga Bertam yang diumumkan Perdana Menteri pada 30 Oktober 2012, TANPA melalui JK Khas adalah bukti 'cakap tak serupa bikin'. Soalannya adakah JK Khas berniat mempermain-mainkan rakyat dan kedaulatan negeri hanya kerana tekanan pilihanraya?
4. Pengumuman Telaga Bertam sejauh 160 km milik Pahang, oleh Perdana Menteri, adalah bukti alasan 3 batu nautika adalah palsu.

PRK N.01: SPR jangan ulangi sejarah PRU13 di Pengkalan Kubor


PENGKALAN KUBOR, 24 Sept - YB Zaki dalam kenyataannya hari ini mengingatkan agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) lebih berhati-hati dalam isu keselamatan semasa hari mengundi. Beliau berharap agar sejarah PRU 13 tidak berulang dalam PRK N.01 Pengkalan Kubor.
"Saya harap peti undi dapat sampai dengan baik di kawasan pengiraan undi. SPR perlu melalui jalan yang telah ditetapkan untuk membawa peti undi, bukan memilih jalan lain."
ADUN Kelaboran ini menegaskan bahawa PAS telah menempatkan petugas untuk mengiringi peti undi supaya sampai ke tempat kiraan dengan selamat.
"Kita ada petugas yang akan iringi peti undi. Selain itu, peguam-peguam kita juga akan ada bersama petugas untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku"

PRK N.01: JANGAN MENGONGKONG MINDA PENDIDIK!

Pertubuhan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan [PENDIDIK] hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang mencuba untuk memaksa, mengongkong minda dan mengugut para pendidik untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional menjelang hari pengundian Pilihanraya Pengkalan Kubor pada 25 September 2014 esok.
Guru bukanlah ‘robot’ yang boleh diarah sewenang-wenangnya sehingga menafikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia dalam membuat keputusan bagi memilih siapa yang mereka mahukan untuk diangkat sebagai pemimpin atau wakil rakyat. Tiada sesiapa pun boleh memaksa mana-mana guru untuk mengikut arahan yang tidak bertamadun seperti itu.
Guru merupakan penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat. Gajinya dibayar oleh rakyat dan bukannya dari duit poket UMNO dan Barisan Nasional. Jadi, jangan memaksa warga pendidik untuk mengikut telunjuk pemimpin politik yang cuba untuk mencampuradukkan ‘pendidikan’ dengan ‘politik kepartian’ yang akhirnya akan merosakkan masa depan pendidikan negara.
Seperti sedia maklum, guru telah memposisikan diri sebagai penjawat awam dan menjadi ‘pelaksana dasar' dalam apa juga program pendidikan yang telah diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. Namun demikian, dari segi hak untuk mengundi dan memilih pemimpin yang mereka mahukan, tiada sesiapa yang boleh mencampuri atau merampas hak tersebut daripada mereka. Hak ini dijamin dalam perlembagaan selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita. Cukuplah hampir 57 tahun guru menjadi mangsa percaturan politik oleh pemimpin yang rakus kuasa hingga memperlakukan guru secara zalim termasuk sengaja menukarkan guru lokasi kerja sehingga berjauhan daripada keluarga hanya kerana dendam politik semata-mata.
PENDIDIK menyeru agar semua warga pendidik untuk membuat satu kebangkitan dengan penuh keberanian agar dapat ‘merobohkan tembok kezaliman’ yang telah lama membelenggu mereka setelah ini sekian lama. Hanya dengan memahami hak mereka sebagai warganegara Malaysia, berumur 21 tahun keatas yang bebas menyokong mana-mana pertubuhan politik yang sah dan berdaftar di negara ini, maka guru dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih pemimpin yang mereka mahukan demi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta.

Sistem pendidikan sabotaj generasi masa depan

Oleh Zharif Badrul
Sains. Bahasa Inggeris. Matematik. Bahasa Tamil.
Empat subjek ini menjadikan isu kebocoran soalan peperiksaan UPSR sebagai sesuatu yang mendukacitakan apatah lagi hamper 500,000 murid yang baru berusia 12 tahun terpaksa mengambil semula kertas peperiksaan tersebut.
Pelbagai spekulasi timbul rentetan daripada isu ini dan antara yang menarik perhatian saya apabila timbalan perdana menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia mendakwa ianya satu perbuatan sabotaj ke atas integriti beliau dan kementeriannya.

Kewujudan isu ini, pada hemat saya, menunjukkan sesuatu yang dirasai dan diakui semua pihak selama ini. Sesungguhnya sistem pendidikan Malaysia berada di dalam budaya tekanan.
Daripada murid, ibu bapa, guru, guru besar, pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia; semuanya dibebani dengan tekanan untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Jumlah berapa banyak A menjadi sasaran semua pihak kerana jumlah A tersebut akan memberi manfaat kepada murid (dapat masuk ke sekolah asrama), ibu bapa ( berbangga anaknya nanti akan masuk ke sekolah asrama yang bagus), guru ( KPI naik dan ada peluang untuk naik pangkat), guru besar ( sekolah dapat penghargaan dan perkhidmatan cemerlang), Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri ( Daerah dan Negeri merangkul kedudukan terbaik dalam peperiksaan tersebut) dan
Kementerian Pendidikan ( peratusan A meningkat-tanda kejayaan sistem pendidikan- rakyat akan undi kerajaan yang sama di masa akan datang).
Tekanan yang berorientasikan akademik atau peperiksaan semata-mata ini mengakibatkan sesetengah pihak mengambil jalan pintas dan berlakulah kebocoran kertas soalan peperiksaan. Pedulikan integriti atau akibat-akibat yang lain asalkan dapat A.
Isu ini tidak harus dilihat dari sudut sahaja tetapi ia memberi semacam pengajaran untuk kita sistem pendidikan di Malaysia memerlukan kesegaran dan orientasi baru; nisbah 90:10 (90 akademik 10 ko-kurikulum) perlu dikaji semula dan tidak keterlaluan jika saya cadangkan agar nisbah tersebut harus dijadikan 50:50; landskap ko-kurikulum itu tidak harus merangkumi sukan atau badan beruniform semata tetapi juga kemahiran-kemahiran asas atau bidang lain seperti penulisan, debat, forum, seni (lukisan, lakonan), keusahawanan dan lain-lain  agar dapat mencungkil serta mengembangkan potensi pelajar-pelajar di Malaysia mengikut minat dan kemampuan pelajar itu sendiri.

Mutiara kata kepimpinan daripada Khalid Ibrahim

Bukan jenis yang mudah mengalah, Tan Sri Khalid Ibrahim diiktiraf sebagai pemimpin yang disegani ramai.

Tidak dinafikan, pemimpin berusia 68 tahun itu tidak terlepas daripada diintip kehidupannya dalam tempoh 6 tahun sewaktu mengepalai kepimpinan negeri Selangor sebagai Menteri Besar Selangor sejak tahun 2008, terutamanya di awal pelantikannya bila ramai yang mempertikaikan pelantikan seorang tokoh korporat sebagai Menteri Besar.

Ini merupakan kutipan kata popular berkaitan kepimpinan yang dilontarkan oleh Khalid yang mampu memberikan inspirasi kepada semua.

Infografik Khalid Ibrahim

Bersediakah Umno melancarkan ‘Pekan move’?

Oleh Wenger Khairy
Mahu tidak mahu, setiap satu batang tubuh blogger tajaan Umno dan mereka yang sewaktu dengannya harus menyanjungi keberanian PKR untuk mengheret kerajaan negeri, rakan politik, institusi diraja dan rakyat secara amnya ke dalam kancah pergolakan politik dalaman demi menumpaskan seorang pemimpin yang tidak sehaluan.
Meskipun langkah tersebut tidak mencapai matlamat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ia tetap berjaya menobatkan Azmin Ali, seteru politik Khalid sebagai menteri besar Selangor ke-15.
Dalam pada itu, kejayaan PKR tidak boleh dipandang ringan penganalisis politik tepi jalan kerana sememangnya parti tersebut terpaksa mengharungi cabaran peti undi, makamah, perlembagaan serta rintangan pelbagai pihak, termasuk cemuhan pemimpin rakan sepakatan.
Namun akhirnya PKR berjaya. Pemimpin yang dianggap tidak popular dijatuh dan digantikan dengan pemimpin baharu. Persoalannya sekarang – Umno bagaimana?
Bermula sejak tahun lepas, rungutan para penyokong gugusan United Malays National Organisation (baru) kedengaran di merata tempat, khususnya di ruangan komen bloggers tajaan Umno.  Namun hanya segelintir penggiat media sosial Umnp yang berani mengkritik Najib secara langsung walaupun mereka sedar kerajaan Umno di bawah Najib lebih liberal daripada kerajaan Pakatan Rakyat sendiri.

Azmin kini ‘Supremo’ PKR?

Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru ada pengaruhnya kepada pengambilalihan kuasa dalam PKR.

Sudah berapa kali Azmin dipinggirkan
azmin anwar mudaBerdiam diri tidak bererti menyerah kalah. Mungkin tuah atau memang sesuatu yang telah dirancang dalam senyap, ‘bisunya’ Azmin ketika seluruh Selangor bergegar dengan krisis perlantikan Menteri Besar yang baharu membuahkan sesuatu yang sangat istimewa bagi dirinya. Manakan tidak, tampuk pemerintahan negeri termaju di Malaysia itu kini miliknya.
Namun perjalanan Azmin dalam mendaki tangga menjadi Menteri Besar yang baru ini dilihat bercampur-baur. Kadangkala nampak beliau terkebawah dan kadangkala nampak pedih, apatah lagi dengan pengkhianatan dari mentornya sendiri, Anwar Ibrahim. Senario Azmin dipinggirkan sudah menjadi sesuatu yang normal dalam PKR dan ianya bermula sejak PRU 12 lagi.
Dijanjikan jawatan yang sekarang miliknya, Azmin gigit jari bila Khalid Ibrahim yang dipilih sendiri oleh Anwar untuk duduk di kerusi empuk Menteri Besar. Maka terpadam seketika cita-cita Azmin dek kerana Anwar mungkir janji.
Penggal seterusnya juga sama. Khalid Ibrahim tetap jadi pilihan Anwar. Lebih malang bagi Azmin apabila pada penghujung 2013 beliau disingkirkan dari PKNS oleh Khalid.
rafizi kajang300Namun yang menjadi persoalannya adakah pemecatan Azmin itu direstui oleh Anwar. Apa yang dilihat Anwar terus membisu dan tidak menyebelahi Azmin untuk kekal di PKNS. Azmin ‘ditendang’ tanpa pembelaan.
Kemudiannya menyusul pula ‘Langkah Kajang’. Diatur dan disusun oleh Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar. Rancangan separa matang yang tidak cukup pertimbangan ini tidak kesampaian apabila Anwar didakwa bersalah di atas kes liwatnya.
Sebagai galang ganti, Anwar meletakkan isterinya Wan Azizah di Kajang. Kemenangan Wan Azizah di DUN Kajang menjadi pemangkin mengambilalihan jawatan Menteri Besar walau penyandangnya belum pun meletak jawatan, jauh sekali dipecat dari parti.
Azmin kecewa lagi. Ura-ura jawatan Menteri Besar akan dikosongkan sudah ada, namun kali ini Anwar memilih Wan Azizah pula. Terpinggirlah Azmin.
‘Langkah Azmin’ mengatasi ‘Langkah Rafizi’
Kekuatan sebenar Azmin mungkin tidak dizahirkan secara terbuka seperti mana yang dilakukan Rafizi. Mendapat restu serta meyakinkan pihak Istana bukan satu tugas mudah. Apatah lagi bila Azmin dan konco-konconya senyap tidak bersuara. Siapa yang tahu bagaiman dan strategi apa yang digunapakai sehingga tidak langsung terhidu oleh umum.
Apa yang pasti, Langkah Azmin tidak nampak sumbang berbanding Rafizi yang juga terkenal dengan panggilan ‘master strategist’ tersungkur dengan Langkah Kajangnya,

Bila pemimpin politik kagum diri dan angkuh dengan kuasa


Post Pic

Dalam wawancara dengan sebuah portal berita sebelum Muktamar PAS ke-60 minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mengingatkan ulama usah asyik menggunakan “alasan” agama “menjustifikasi” setiap tindakan politik mereka. 
 
Inisiatif Mat Sabu ini dilihat sebagai peringatan bahawa rakyat sentiasa meneliti pemikiran dan gelagat politik mereka dan mampu membuat penilaian sendiri sama ada mahu menyokong atau tidak perjuangan PAS.
 
Bagaimanapun dalam muktamar berkenaan penyokong dan pengkagum ulama bertindak balas dengan meremeh pemikiran kumpulan profesional yang diwakili Mat Sabu sebagai “tidak mengerti sepenuhnya konsep kepimpinan ulama”. 
 
Berulang-ulang isu itu dibangkitkan di persidangan Pemuda, Muslimah semestinya Dewan Ulama. Malah ada yang tidak segan silu memakai jaket yang melaungkan cogan sokongan pada ulama dan presiden parti. 
 
Ini menguja pemimpin golongan ulama bertalu-talu menyelar, menyindir dan malah melaknati golongan progresif ini termasuk dua ADUN PAS Selangor yang dituduh khianat pada perjuangan PAS dan dilabel “pencuri, rasuah dan barua”.
 
Gelagat ulama ini memang memeranjatkan. Meskipun ada usaha merapatkan saf kepimpinan PAS di hujung muktamar umum dapat merasakan ia hanyalah usaha bak “menanam tebu di pinggir bibir” sahaja.
 
Walaupun serangan terhadap kumpulan “progresif dan liberal” agak reda sedikit selepas muktamar tetapi berikutan majlis “penyelesaian” kemelut politik Menteri Besar Selangor Selasa lalu, ulama PAS mempamerkan sisi “cengih” dan “keras” mereka lagi. 

Bila tiba masanya, Pas akan keluar PR - Naib Ketua Pemuda Pas

SHAH ALAM – Jika sudah tiba masanya, Pas akan keluar daripada PR. Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda Pas, Mohd Khairil Nizam Khiruddin ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya.

Namun Khairil berpendapat, keputusan itu tidak mustahil tetapi bukan pada waktu sekarang.

“Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.

“Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar dari PR ini bukan Pas, tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan Pas sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengambil sikap positif, Khairil berkata, Pas sepatutnya bersabar dengan ‘kedegilan’ rakan-rakan sekutunya dalam PR.

“Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH,” katanya.

Komposisi exco pula kemelut baru S'gor?

Tugas pertama menteri besar Selangor yang baru Azmin Ali adalah memilih barisan exconya dan ia bukanlah satu tugas yang mudah.

Kemelut pentadbiran Selangor sejak Langkah Kajang diumumkan Januari lalu kini menekan hubungan antara parti Pakatan Rakyat sendiri.

Ia bermula dengan kritikan DAP terhadap exco PAS yang tidak mahu meletakkan jawatan mereka ketika menteri besar bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memecat kesemua exco lain Pakatan.

Azmin bukan saja harus memperbaiki semula hubungan dengan PAS, malah harus memastikan kemahuan pasukan yang bukan pro-beliau dalam PKR sendiri diambil kira.

Seorang pemimpin PKR memberitahu Malaysiakini terdapat pelbagai "pendapat dan cadangan" dilontarkan kepada Azmin dalam mesyuarat biro politik parti itu semalam.

Antaranya Azmin "dicadangkan" mengambil ADUN yang tidak dilihat pro beliau menjadi exco Selangor untuk mengimbangi pentadbiran beliau.

Nama yang dilontarkan adalah Ketua Pemuda PKR (AMK) yang baru Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) yang merupakan ADUN Seri Setia dan Gan Pei Nei (Rawang)

"Pasukan sama turut meminta agar exco yang dilantik dua kali iaitu Elizabeth Wong dan Rodziah Ismail memberi laluan kepada nama baru," kata beliau yang enggan dinamakan.

Malaysiakini difahamkan sekutu rapat Azmin seperti Amiruddin Shari (Batu Caves) dan Shuhaime Shafiei (Sri Muda) turut dilobi oleh sebuah kem lain.

Bekas exco Dr Xavier Jeyakumar (Seri Andalas) dan Yaacob Sapari (Kota Anggerik) turut dilaporkan berminat dengan jawatan tersebut.

Malah Gabungan Persatuan-persatuan Masyarakat India (Gamia) hari ini secara terbuka membuat kenyataan mahukan exco India dari PKR.

Hanya Xavier merupakan pemimpin berketurunan India dari PKR manakala DAP mempunyai V Ganabatirau (Kota Alam Shah) dan R Rajiv (Bukit Gasing).

PasMa sandar harapan di bahu Azmin kembali satukan Pakatan

Walaupun pernah dikritik mahu menyaingi PAS dan menjadi parti alternatif parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat (PR), Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) melahirkan harapan tinggi terhadap menteri besar Selangor yang baharu agar beliau mampu menyatukan kembali parti dalam Pakatan. Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau berharap segala tindakan bakal diambil Mohamed Azmin Ali yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar semalam akan mengambil kira masa depan PR di negeri terkaya di Malaysia itu. "Selain mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau, kita penuh harapan agar beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan dalam PR. googletag.cmd.push(function()  "Kita sangat berharap Azmin dapat menyatukan kembali PR selepas kecoh sejak sekian lama, dalam mempersiapkan kita menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

PasMa merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang pro-PR, ditubuhkan sekumpulan ahli dan pemimpin pertengahan PAS ketika krisis itu memuncak. Phahrolrazi berkata, beliau berharap segala tindakan dan kenyataan Azmin selepas ini mengambil kita kepentingan PR. "Ini kerana, sasaran kita bukan Selangor saja, bahkan menawarkan pimpinan terbaik untuk negara," kata Phahrolrazi yang pernah menjadi exco kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran bekas menteri besar daripada PAS, allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. PasMa sejak dari awal penubuhanannya menegaskan mahu menjadi NGO pendesak kepada hubungan erat dalam PR kerana yakin hanya dengan sistem dua parti dapat menjaga kepentingan rakyat di negara ini. Namun, sesetengah pihak dalam PAS memandang serong terhadap penubuhannya dan ia didakwa berusaha menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memecahkan PAS. "Kita yakin Azmin berbeza dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak mendapat sokongan penuh PKR dan DAP sebelum ini," kata Phahrolrazi. Azmin bakal membentuk Kabinetnya Jumaat ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

“Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan,” katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya.

Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.

“Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya, sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan Lim Lip Eng (Segambut) berhubung kenyataan sebelum ini dan gesaan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi melayan sama rata laporan polis yang dibuat.

Berikutan ikrar Zahid bahawa laporan polis mengenai hasutan akan disiasat dalam tempoh 24 jam, Lip Eng hari ini membuat laporan terhadap Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada tengah hari berkaitan dakwaan Mahathir terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Lip Eng juga mendakwa Najib mengucapkan kenyataan yang berunsur hasutan semasa Perhimpunan Agung Umno 2010.

Berhenti jadi ahli politik jika tidak tahan kritikan, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan pihak yang tidak tahan dengan kritikan agar berhenti menjadi ahli politik. Bekas perdana menteri itu berkata, ahli politik yang sebenar tidak akan sesekali melatah apabila dikritik apatah lagi mahu membawa isu tersebut ke mahkamah. "Sebagai ahli politik saya tidak hanya suka orang memuji saya, namun saya mahu orang mengkritik saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kepimpinan Asas Perdana CEO 2014 di Kuala Lumpur hari ini.  Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang menyaman beliau kerana tidak berpuas hati dengan kritikannya kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Apa guna untung besar jika tidak dikongsi dengan rakyat, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengingatkan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) supaya mengutamakan tanggungjawab sosial dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Azmin dalam program rasmi pertamanya dengan kakitangan kerajaan negeri berkata, prinsip keuntungan bersama ialah tanggungjawab sosial yang perlu disubur dan dipertahankan. "Kita mahu keuntungan, tetapi kalau tidak disusuli dengan konsep tanggungjawab sosial, bermakna ia satu kegagalan besar.

 "Apa makna kita untung besar tetapi tidak dapat berkongsi dengan anggota pentadbiran, pegawai, pekerja dan rakyat di bawah?" soalnya dalam ucapannya pada majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidil Adha anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Rawang, hari ini. Katanya, walaupun syarikat mencatatkan prestasi yang baik, tetapi hasil keuntungan mesti diberikan semula kepada rakyat dan pekerja yang memerlukan bantuan, serta kebajikan mereka juga perlu dijaga. Azmin berkata, walaupun pihaknya menghargai sumbangan besar dan prestasi kewangan yang cukup baik selama 6 tahun lalu, tetapi jumlah rizab dan pendapatan negeri yang besar perlu diberikan melalui program pembangunan yang dapat memanfaatkan rakyat Selangor. "Maka saya mencadangkan dalam taklimat pagi tadi supaya industri pertanian Selangor harus dimajukan khususnya industri agro pertanian supaya dapat menjana pendapatan rakyat lebih besar seperti di Sabak Bernam, Tanjong Karang, dan Sungai Besar.

"Kita tidak mahu pertumbuhan ekonomi dilihat begitu rancak di kawasan bandar seperti di Shah Alam dan Gombak saja tetapi mahu juga bawa kemajuan ke daerah lain di Selangor," katanya. Timbalan presiden PKR itu berkata, peranan PKPS perlu diteliti dan dikaji semula untuk memperkasakan industri pertanian dalam Selangor sekali gus meningkatkan pendapatan dan hasil industri melalui pertanian. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu dalam ucapannya sempat mengeluh tentang peruntukan lembu korban yang diberikan kepada kawasannya semasa pemerintahan mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, semasa Hari Raya Aidil Adha tahun lalu, kawasannya diberikan lembu yang tidak cukup matang untuk disembelih sehingga isu itu dibangkitkan ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tweet sinis pro-DDA85 ketua polis dikecam

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung tulisannya di Twitter berkaitan cadangan pemansuhan Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

NGO hak asasi manusia itu menyifatkan tulisan Khalid itu sebagai “kenyataan kosong, tidak ilmiah dan menunjukkan sifat sombong”.

“Kenyataan Khalid ini juga menunjukkan beliau merupakan seorang yang tidak prihatin terhadap hak asasi manusia,” katanya.

Khalid sebelum ini menulis, pengedar-pengedar dadah akan berseronok dan usaha membanterasnya akan terbantut jika akta itu dimansuh.

"Suaram kata Akta Dadah Berbahaya perlu dimansuhkan. Wah seronoklah pengedar-pengedar dadah. Usaha @PDRMsia membanteras dadah akan terbantut!" tulisnya.

Beliau juga dilapor mempersoalkan bagaimana Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika gesaan Suaram itu diterima pakai.

“Kalau ADB (Akta Dadah Berbahaya) dimansuhkan, PDRM nak guna apa?"

Ada undang-undang lain: DDA52

Suaram sebelum ini menggesa kerajaan tidak menyambung DDA yang akan tamat tempoh pada Jun 2015 atas dakwaan mencabul hak asasi manusia melalui penahanan tanpa bicara, tanpa waran dan tanpa menyatakan sebab.

PKR mahu perubahan, DAP jangka exco dikekalkan dalam Kabinet Azmin

PKR mungkin melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) baharu dalam kerajaan negeri Selangor, sementara DAP nampaknya lebih suka jika tiga exconya dikekalkan ketika Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memberikan sentuhan terakhir dalam senarai barisan Kabinet dalam pentadbiran baharunya. Sumber berkata, majlis kepimpinan pusat PKR mencadangkan empat tambahan nama untuk pertimbangan Azmin, selain tiga exco yang pernah berkhidmat di bawah menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Empat nama baharu yang dicadangkan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Suhaimi Shafiei (Sri Muda), Yaakob Sapari (Kota Anggerik) dan Amirudin Shari (Batu Caves). 
Sumber itu berkata, ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berminat jika Nik Nazmi yang kini menjawat jawatan ketua Pemuda PKR, dilantik menjadi exco. Nik Nazmi yang juga timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan beliau tidak boleh memegang jawatan itu jika dilantik sebagai exco berikutan akan berlaku percanggahan kepentingan dan pengasingan kuasa antara cabang eksekutif dan perundangan dalam kerajaan. Jika beliau dilantik menjadi exco, parti dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu membuat keputusan untuk memilih timbalan speaker baharu dan mencalonkan individu itu dengan undian dalam sidang Dewan Undangan Negeri apabila ia mula bersidang nanti.

ISA not as bad as drone strikes jokes Mahathir

Mahathir: Go ahead, arrest me for sedition

Mahathir: Pakatan's fault if sultan overstepped boundaries

Dr M to Azmin: Be on your own..jeng..jeng..!!

Lantikan MB Selangor Baru - Mentadbir Untuk Semua Rakyat

DAP serah lantikan exco pada mesyuarat Pakatan

‘Pengkhianatan 4 exco PAS pendirian DAP, bukan Guan Eng’

‘Kurangkan kerusi exco PAS kerana tak sokong MB PKR’

Agihan kerusi exco bidang kuasa MB, kata Anwar

DAP dakwa Dr M, Zahid, Najib juga menghasut, buat laporan polis

PRK N.01 - SPR Harus Mesra Pengundi

PRK N.01 - Kesan GST Kepada Rakyat

PRK N.01 - Mana Tebatan Banjir Dijanjikan Umno?

PRK N.01 - Pecutan Terakhir

PRK N.01 - Keselamatan Peti Undi, Jangan Biar Tragedi Lama Berulang

PRK N.01 - Sidang Media SPR

Petronas tak terikat bayar tunai kerana tiada hasil petroleum di Pahang, Kelantan dan Terengganu..!!

PETRONAS tidak terikat secara undang-undang untuk membuat Bayaran Tunai daripada hasil petroleum di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Ia berikutan sehingga hari ini, tiada petroleum didapati dan diperoleh di dalam negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Ia berdasarkan terma 'di dalam negeri' dalam Perjanjian Pembayaran yang merujuk kepada tanah negeri dan laut Wilayah negeri tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari garis air surut pesisiran pantai negeri.

Takrifan ini adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa dan domestik yang terpakai, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini.

Berdasarkan Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani antara Petronas dan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, negeri-negeri tersebut hanya berhak ke atas lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di dalam negeri tersebut.

Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengumumkan keputusan kajian Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Kementerian Kewangan berkata pengumuman itu bertujuan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat serta mengelak rakyat daripada terus diberikan berbagai versi yang tidak benar dan mengelirukan berhubung tuntutan tersebut.

Putrajaya tanggung rakyat 3 bulan, kroni berkurun

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tujuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengungkit bahawa tiga bulan kehidupan rakyat ditanggung kerajaan.

Jelas beliau, Ahmad sepatutnya malu dengan apa yang diperkatakan itu kerana rakyat mengetahui apa yang dilakukan kerajaan terhadap kroni mereka jika dibandingan dengan apa yang rakyat peroleh.

"Tiga bulan kerajaan tanggung, saya nak tanya kepada beliau berapa banyak yang kerajaan tanggung kepada kroni mereka dalam projek-projek mega, bukan rakyat yang dapat tetapi seluruh keturunan keluarga kroni.

"Lihat hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta tidak perlu dibayar, itu berapa keturunan merasai duit tersebut.

"Belum lagi RM18 bilion duit rakyat dalam 1MDB yang hilang di Credit Suisse Caymen Island cukup untuk makan percuma keluarga kroni berkurun lamanya, Ahamd sepatutnya jelaskan perkara ini dan malu," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut memberitahu terlalu banyak ketirisan yang berlaku dalam mengkayakan kroni jika dibandingkan apa yang rakyat peroleh.

"Kerajaan perlu telus jangan hendak memperdayakan rakyat dengan subsidi yang tidak seberapa, kroni mendapat isi sedangkan rakyat hanya makan kuah sahaja.

"RM12 bilion lesap daripada PKFZ adakah itu yang dibanggakan kerajaan (Ahmad) ketika bertemu dengan rakyat," sambung beliau.

PRK N.01: Wakil Umno hadir menyuarat agensi persekutuan di Pengkalan Kubor


TUMPAT: Sejak awal lagi Umno memperalatkan jentera kerajaan pusat dalam misi mempertahankan Dun Pengkalan Kubor.
Maka tidak hairanlah difahamkan setiap hari diadakan mesyuarat penyelarasan jentera kerajaan turut membabitkan wakil Umno.

Mesyuarat  itu diadakan di sebuah pejabat kerajaan di Terbok disertai banyak agensi kerajaan pusat termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan, Kemas, Jabatan Kesihatan dan polis.

Penduduk di Terbok mendakwa setiap hari mereka melihat kenderaan milik kerajaan pusat keluar masuk ke pejabat milik kerajaan persekutuan tersebut.

“Penduduk di sini hairan  begitu banyak kenderaan kerajaan pusat keluar masuk di pejabat terbabit setiap pagi. Ini seolah-olah memperlihatkan agensi kerajaan yang masuk dalam pilihan raya dan bukan parti politik,” katanya ketika ditemui di sini.

Setiap hari orang ramai di Pengkalan Kubor melihat kenderaan agensi kerajaan di kawasan pilihan raya. JPJ menggunakan van bergerak mengadakan khidmat di kawasan pos Umno/BN. Begitu juga 1MDB menganjurkan rawatan kesihatan percuma juga berdekatan bilik gerakan Umno.

Ahmad Maslan pun makan gaji guna wang rakyat – Rafizi

rafizi_pkrhqKUALA LUMPUR 24 SEPT: Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bahawa kerajaan menanggung tiga bulan kos kehidupan rakyat Malaysia, disifatkan sebagai bongkak dan lupa diri.
Naib Presiden KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli, berkata, menteri berkenaan lupa bahawa pendapatan kerajaan adalah hasil kutipan cukai yang dibayar oleh rakyat dan milik orang ramai.
“Kenyataan itu sombong dan lupa daratan kerana kerajaan itu diangkat dan dibiayai oleh (wang) rakyat.
“Dia (Ahmad Maslan) cakap macam dia keluarkan duit sendiri untuk rakyat. Dia lupa yang dia pun makan gaji daripada rakyat,” ujarnya ketika dihubungi.
Dalam laporan media semalam, Ahmad Maslan menimbulkan pelbagai pemberian subsidi dan bantuan kerajaan kepada rakyat sepanjang tahun, termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Beliau antara lain dilapor berkata, rakyat hanya perlu menyara kehidupan untuk 9 bulan sahaja dan selebihnya dibantu oleh kerajaan.
Mengulas lanjut, Rafizi mengingatkan bahawa kos sara hidup dan beban ditanggung rakyat berpunca daripada dasar kerajaan, termasuk amalan rasuah, pembaziran dan salahgunakuasa.

Keputusan tuntutan bayaran petroleum didedah

KUALA LUMPUR -  Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengumumkan keputusan kajian Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata pengumuman itu bertujuan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat serta mengelak rakyat daripada terus diberikan berbagai versi yang tidak benar dan mengelirukan berhubung tuntutan tersebut.
  
Langkah ini perlu dilakukan bagi menjaga kepentingan Negara supaya rakyat dapat memahami pendirian kerajaan itu dibuat berdasarkan kajian oleh satu Jawatankuasa Khas bebas bagi menghapuskan berbagai tohmahan dan salah sangka kepada pihak kerajaan.
  
Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah memberi taklimat kepada Jemaah Menteri berkenaan penemuan jawatankuasa tersebut pada 28 Ogos 2013.
  
Jawatankuasa Khas tersebut ditubuhkan bagi menimbangkan persoalan-persoalan yang dinyatakan dalam Terma Rujukan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mengemukakan pandangannya kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurut Kementerian Kewangan, Jawatankuasa Khas tersebut tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, dan penemuan Jawatankuasa Khas tersebut yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negara tidak mempunyai kesan undang-undang dan tidak mengikat ke atas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PETRONAS.

Azmin serah lembu korban program rasmi pertama sebagai MB

aa1RAWANG, 24 SEPT: Program rasmi pertama Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu ialah penyerahan lembu korban sempena menjelang sambutan Aidiladha.
Penyerahan 763 lembu itu diurus Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS), sebuah anak syarikat kerajaan negeri.
Dalam ucapan, Azmin menyatakaan penghargaan terhadap sumbangan dan prestasi anak syarikat kerjaan negeri yang menyumbang lembu korban itu.
“Kita mahu keuntungan, tetapi kalau keuntungan itu tidak disusuli dengan tanggungjawab sosial, maka ia satu kegagalan besar,” katanya.
Antara anak syarikat yang menyumbang ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Pengurus Besar PKPS, Thamby Omar Mohamed pula berkata, PKPS dipertanggungjawab menguruskan penyerahan lembu korban sejak tahun lalu.
“Semua lembu diimport dari Ireland. Ia disimpan di ladang PKPS di Sungai Panjang dan diserah bermula 2 Oktober hingga 4 oktober depan
“Setiap lembu berat 260kg seekor,” katanya.

Akta Hasutan, kerajaan BN hipokrit

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus bersikap hipokrit dalam isu membabitkan Akta Hasutan 1948 apabila pelbagai pihak terus berdepan dengan tuduhan akta tersebut.

Setiausaha  Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus memberitahu, kerajaan tidak pernah serius dalam apa yang mereka janjikan terutama memansuhkan Akta Hasutan

"Seperti biasa apa yang BN katakan adalah janji-janji politik untuk menunjukkan mereka perihatin, seperti kata mansuh Akta Hasutan tetapi masih digunapakai.

"Akta ini akan terus digunakan sehingga pilihan raya akan datang dan BN ketika itu akan menunjukkan mereka sebagai hero dengan janji baru untuk kesediaan kerajaan memansuhkan akta tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, Najib ketika mengumumkan pemansuhan akta tersebut sebagai mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

"Semua tidak berlaku, kebebasan bersuara terus disekat walaupun dikatakan akan mengantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional. Ia tidak berlaku pun.

Orang sendiri dizalimi, warga asing dibiar sahaja

Orang ramai berpendapat DBKL tidak berani mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di merata tempat tetapi hanya berani bertindak kasar dengan warga tempatan.



PETALING JAYA: Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan memandang serius tatacara pihak DBKL yang sangat tidak beretika ketika menangani peniaga kecil yang juga merupakan rakyat tempatan sehingga menimbulkan kekecohan.
Beliau membuat kenyataan terbabit ketika menyentuh tentang sebuah klip dengan berdurasi hampir 3 minit menunjukkan bagaimana kejamnya pendekatan penguasa DBKL ketika menjalankan tugas yang telah tersebar di laman sosial.
Menurut Edy, klip tersebut memperlihatkan penguasa DBKL menyita barangan peniaga sehingga menimbulkan pergelutan antara penguasa dan orang awam. Soalnya, apakah DBKL tidak mempunyai perasaan dan hati perut?
“SAMM memberi amaran kepada DBKL supaya tidak menguji kesabaran rakyat. SAMM juga mencadangkan supaya diwujudkan mekanisma pengeluaran permit ‘on the spot’ kepada peniaga tempatan, dengan syarat-syarat tertentu seperti tahap kebersihan jualan (jika berbentuk hidangan) dan persekitaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Jelasnya, harus diingatkan rakyat Malaysia ketika ini menghadapi kemelut kewangan yang parah. Fakta menunjukkan nisbah hutang isi rumah telah mencecah RM854 bilion bersamaan 86.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

MB baru, retak menanti belah kata Umno

Pelantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor bukan sahaja mencetuskan konflik perpecahan PR yang baru, juga menimbulkan kemarahan penyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

pakatan benciPETALING JAYA: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu tidak mampu menyelamatkan hubungan PKR dan Pakatan Rakyat yang sedang retak menanti belah.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang mengatakan Azmin Ali tidak lebih dari ‘budak suruhan’ Anwar serta tidak akan mampu menyelesaikan kemelut perpecahan PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah sampai ke tahap kronik.
“Pelantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor bukan sahaja mencetuskan konflik perpecahan PR yang baru, malah menimbulkan kemarahan penyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga puak ulama dalam PAS yang mahu pemimpin parti itu mengganti tempat Khalid.
“Saya yakin kata-mengata antara pemimpin PKR, DAP dan PAS tidak akan reda dengan pelantikan Azmin. Mereka akan terus menyerang satu sama lain bagi menegakkan benang basah. Inilah contoh parti yang tamak kuasa dan tidak fikir soal kepentingan rakyat,’ tulisnya.
Syed Ali juga percaya puak-puak yang menyokong Wan Azizah dalam PKR tidak akan senang dengan Azmin dan akan melakukan sabotaj dalam parti itu.
“Saya mahu tanya di sini mana Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Badrul Hisham Shaharin akan letak muka bila Azmin dilantik MB?
“Begitu juga puak ulama dalam PAS yang rata-rata mahukan anggota parti itu menjadi MB Selangor tidak akan duduk diam. Ini senario yang selalu berlaku dalam parti itu,” katanya.
Syed Ali tidak menolak kemungkinan Azmin Ali atas nasihat Anwar Ibrahim akan ‘mempermainkan’ PAS pula dalam pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Ulama mode standby, pencetus tahaluf siyasi - Nasrudin


Nasrudin Hassan Tantawi
Peranan ulama di dalam Pas menjadi isu kerana didakwa mendorong perbezaan pendapat dalam parti dan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.
Kes kemelut MB Selangor, tahaluf siyasi antara yang menimbulkan persepsi yang bercelaru kepada masyarakat.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama Pas merangkap AJK Pas Pusat Nasruddin Hassan Tantawi berkata, peranan ulama mesti sentiasa hidup dalam Pas dan masyarakat.
"Ulama memerlukan momentum untuk bangkit dan jawab secara praktikal kepada suara-suara risau di luar sana.
"Suara risau itu ialah mereka yang mempertikaikan apa peranan ulama? Apa fungsi ulama dan sebagainya?," ujarnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Menurut Nasrudin, selama ini ulama pun sudah berfungsi cuma satu peringatan dilakukan supaya ia tidak luntur.
"Sepanjang masa perjuangan ulama ada cabaran dari dalam dan luar. Itu tabiat perjuangan, ulama kena selalu mode standby..jangan mati terus," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya ulama dan pemimpin jangan leka sehingga ada kuasa ketiga yang menjuarai isu rakyat seperti apa berlaku di Turki pada zaman Kamal Attaturk - Nasrudin hanya menganggap ia satu peringatan kepada ulama di dalam Pas.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada perbandingan zaman Kamal Attaturk dengan ulama Pas itu signifikan atau tidak.

Benam parti rasis

Segala bentuk perkauman tanpa kira dilakukan oleh siapa mesti ditentang.

zahid hamidi lim kit siang
PETALING JAYA : Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menggesa rakyat Malaysia ‘membenamkan’ semua parti yang melihat masalah dari sudut bangsa tidak kira parti apa, termasuk parti DAP.
Katanya, segala bentuk perkauman tanpa kira dilakukan oleh siapa iaitu bangsa Melayu, Cina dan India mesti ditentang.
“Jangan kita tertipu dengan dakyah pemimpin UMNO, bila sesak salahkan bangsa lain. Jika semua orang melihat masalah kaum mereka disebabkan oleh bangsa lain, mana mungkin ada perpaduan dalam negara kita?
“Meskipun sedikit susah, namun jalan keluar dari masalah ini adalah dengan melihat diri kita sebagai seorang individu (bukan bangsa) yang mempunyai hak mutlak yang dianugerahkan oleh tuhan yang tidak boleh diambil oleh mana-mana pihak,” katanya di dalam entri terbaru blognya.
Ariff berkata, hak itu memberi rakyat kuasa mutlak bagi menentukan jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki serta memberi ruang untuk bertanggungjawab atas kebajikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

PRK N.01: Esok kena ‘gentleman’ kata SPR

SPR tidak ingin melihat berlaku perkara-perkara yang boleh merosakkan keharmonian dan ketenteraman awam.
SPR tak 'gentleman" bila ada bahan kempen jahat 
PENGKALAN KUBOR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengingatkan kepada semua calon yang bertanding supaya hadir sewaktu pengumuman keputusan kiraan undi esok.
“Jadi ‘gentleman’, sebab sebelum ini ada calon-calon yang terus menghilangkan diri apabila sudah tahu kalah,” ujarnya.
Menurutnya, pihak yang diisytiharkan pemenang pada PRK ini juga, diharap tidak meraikan atau merayakan kemenangan secara melampau.
“SPR tidak ingin melihat berlaku perkara-perkara yang boleh merosakkan keharmonian dan ketenteraman awam. Bagi calon yang tidak terpilih, mereka dinasihatkan menerima keputusan itu dan cuba lagi pada masa akan datang.
“Jika calon yang kalah tidak berpuas hati, mereka boleh memfailkan Petisyen Pilihan Raya dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan,” ujarnya.
Selain itu, Abdul Aziz turut menyatakan pada hari mengundi, parti politik tidak dibenarkan membuka, menubuh atau menyelenggarakan pejabat atau barung.
Menurutnya, sebagaimana yang diperuntukkan bahawa subsekysen 26A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, hanya barung SPR sahaja dibenarkan dibuka pada hari mengundi bagi kemudahan pengundi-pengundi membuat semakan.
“Barung SPR dilengkapi dengan kemudahan komputer bagi mempercepatkan proses semakan,” katanya.

PRK N.01: Rayuan Keluar Mengundi Calon PAS


PENGKALAN KUBOR, 24 Sept - Kurang 24 jam sahaja lagi proses pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor bakal berlangsung.
 
Calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim hari ini masih meneruskan kempen menyeru kira-kira 2,000 pengundi luar untuk pulang mengundi.
 
Katanya, PAS optimis dengan pengundi muda. Namun, PAS juga mengharapkan kumpulan pengundi luar memberi sokongan pada mereka. Tambahan, persaingan sengit yang dihadapinya sepanjang kempen pilihanraya kecil ini berlangsung.
 
"Kita semua pakoh bulan. Sesiapa yang ada anak beranok yang di luar, ajak mereka balik mengundi," ujarnya.
 
Beliau turut menasihati rakyat agar menjaga kad pengenalan masing-masing dengan baik supaya tidak diambil oleh orang yang berkepentingan dan bagi mengelakkan kekecohan semasa hari pengundian esok.
 
Tambah Wan Rosdi, beliau berazam meneruskan kerja kebajikan yang dilakukannya sebelum ini demi kesejahteraan rakyat. Beliau sebelum ini adalah Penyelia Dun Pengkalan Kubor selama dua penggal berturut-turut.
 

PRK N.01: SPR harus mesra pengundi


PENGKALAN KUBOR, 24 Sep - Pihak SPR seharusnya lebih mesra pengundi dalam menentukan tarikh pembuangan undi di DUN Pengkalan Kubor. Tegas YB Khalid Samad dalam sidang media pagi ini.
"Pihak SPR seharusnya bagi kemudahan supaya pekerja mudah untuk balik mengundi. Bukan memilih hari Khamis. Biasanya hari Khamis majikan susah bagi pekerja balik."
Menjawab soalan yang dikemukakan wartawan, Adun Kelaboran ini mensasarkan sebanyak 70 peratus pengundi luar akan balik mengundi di Pilihanraya Kecil (PRK) N.01 DUN Pengkalan Kubor yang dijadualkan esok.
Selain itu, beliau turut menganggarkan tidak lebih dari 80 peratus yang akan keluar mengundi kerana kekangan kerja.
"SPR sepatutnya malu dengan kerajaan Kelantan.  Pemilihan hari Khamis untuk membuang undi seolah-olah pihak SPR tidak galakkan pengundi keluar mengundi."
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan yang memberikan cuti pada hari Khamis supaya rakyat dapat turun mengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka.

PRK N.01: Pakatan optimis dapat memenangi hati anak muda

TUMPAT: Biarpun pada pilihan raya umum lepas PAS dan Pakatan Rakyat tewas di kebanyakan saluran anak muda di Dun Pengkalan Kubor, namun berdasar perkembangan terakhir nampak perubahan ketara mereka.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, golongan muda rata-ratanya menunjukkan perubahan sikap setelah kempen secara agresif diadakan di sini.

Katanya, Pakatan Rakyat optimis dapat memenangi hati anak-anak muda pada pilihan raya kecil kali ini kerana kesedaran baru sudah berputik.

“Mereka semakin selesa untuk bersama-sama PAS. Ini dapat dilihat berdasar sambutan positif yang diberikan anak muda tempatan setiap program diadakan.

“Tambahan pula mereka sudah bosan dengan janji-janji yang ditaburkan Umno sejak tiga kali memenangi Dun ini,” katanya selepas menghadiri Program Santai Anak Muda di Pantai Geting, Pengkalan Kubur petang semalam.

Fadhli juga mendakwa Umno dan Barisan Nasional hanya membawa program-program 'one-off' dan hiburan semata-mata untuk disajikan kepada anak-anak muda tanpa sebarang pengisian positif.

PRK N.01: Cikgu Mala pertikai cuti isteri calon BN

Bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Tenang Normala Sudirman mempertikaikan tindakan isteri calon BN di Pengkalan Kubor Khairos Husin yang mengambil cuti sebagai guru sekolah bagi membantu kempen suami.

Normala, presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK), berkata tindakan isteri Mat Razi Mat Ali itu harus disiasat Kementerian Pendidikan.

Ini kerana, dakwa Normala lagi, tindakan itu tidak mematuhi etika perkhidmatan, bahkan didakwa pilih bulu.

“NGO PENDIDIK menerima banyak aduan terhadap kes ini kerana ternyata jika ia benar, maka berlaku double standard dalam melayan warga pendidik yang seharusnya mematuhi etika perkhidmatan profesionalisme perguruan dalam Buku Perintah Am,” kata Normala.

Khairos, guru di Sekolah Kebangsaan Simpangan, sebelum ini dilapor menyambung cuti seminggu untuk bantu suami berkempen dengan pendekatan rumah ke rumah.

Dalam kenyataan hari ini, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala, membandingkan keadaan itu dengan apa yang menimpa suaminya dalam pilihan raya kecil Tenang tiga tahun lalu.

Pada 28 Januari 2011, Kementerian Pendidikan dilapor menyiasat dakwaan bahawa suami Normala, Ma'arof Abd Talib menyalahgunakan sijil sakit untuk 'berkempen'.

Pakar: Baginda Queen pun tak boleh pilih PM

Pihak istana, walaupun Queen Elizabeth II, tidak mempunyai kuasa untuk memilih perdana menteri bawah sistem parlimen Westminster, kata peguam kanan Tommy Thomas.

Beliau mengambil contoh kemelut politik British pada 1990 dan 1991 apabila Parti Konservatif mahu menyingkirkan Margaret Thatcher dan melantik John Major bagi menggantikannya.

Dalam kes itu, katanya, istana tidak campur tangan dan melantik Major sebagai perdana menteri seterusnya.

“Adakah Queen Elizabeth, sebagai raja berperlembagaan, mempunyai pilihan dan berkata 'Saya tak suka Major (kiri) dan tidak mahu beliau jadi PM' dan 'Saya lebih suka (Michael) Hasseltine pimpin Parti Konservatif'?

“Baginda raja berperlembagaan, baginda tidak mempunyai suara dalam pemilihan pemimpin Parti Konservatif,” katanya dalam sebuah persidangan hari ini.

Dalam Ini Malaya: Kalau Tak Khianat Dan Jahat, Bukan Umno La Tu..!!!








Apa kata akhbar Pro-BN tentang MB Selangor yang baru?

KUALA LUMPUR: Fokus akhbar utama tempatan hari ini sememangnya tentang majlis mengangkat sumpah Mohamed Azmin Ali, 50, sebagai Menteri Besar Selangor baharu yang diadakan semalam.

Namun, yang jelas tajuk-tajuk utama tampil berbeza, dengan sudut suntingan akhbar masing-masing.

Yang menjadi perhatian adalah muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian, yang jelas tampil berbeza.

Sinar Harian dan Utusan Malaysia
Tajuk utama akhbar Sinar Harian dan Utusan Malaysia

“Azmin Kritik Khalid” merupakan tajuk utama akhbar Utusan Malaysia. Bahagian yang sama turut menyenaraikan perkara-perkara yang penting sehingga membawa ke majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor ke-15 itu.

Turut disenaraikan adalah Azmin yang mengkritik Abdul Khalid yang memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Sinar Harian tampil dengan tajuk “Azmin Puji Khalid”.

Dada akhbar berkenaan turut berkata Azmin Ali menghormati cara kerja, dan sedia teruskan dasar peduli rakyat yang diamalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu, akhbar utama bahasa Inggeris turut menampilkan tajuk-tajuk yang menarik.

New Straits Times dan The Star
Tajuk utama akhbar New Straits Times dan The Star

“Bitterness over Azmin” (layanan dingin terhadap Azmin) merupakan tajuk utama akhbar New Straits Times.

Berita itu dimulakan dengan laporan bahawa Menteri Besar baharu itu menerima layanan dingin oleh pemimpin PKR dan DAP kerana mereka lebih memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu.

Tajuk utama The Star adalah “I’ll get cracking” kerana ada beberapa isu seperti isu air, bible, dan peningkatan kes denggi dan jenayah yang perlu ditanggani.


Royalti: BN tidak patut dahului mahkamah - Exco Kelantan

Abdul Fattah Mahmood
KOTA BHARU - BN tidak sepatutnya mendahului mahkamah dalam menentukan hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood mempersoalkan kewajaran isu royalti ditimbulkan sedangkan mahkamah belum memutuskan apa-apa berhubung pemberian royalti petroleum kepada Kelantan.

“Kerajaan negeri mengikut saluran yang ada, surat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), saya sendiri berjumpa Presiden Petronas (Tan Sri Shamsul Azhar Abbas) tapi semua tak berjaya, sehingga kita buat keputusan membawa ke mahkamah untuk menentukan kita layak atau sebaliknya,” katanya selepas menghadiri Kempen kesedaran Sungaiku Hidupku di Alor A, Tanjong Chat, di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, dakwaan BN yang menyifatkan tuntutan RM12 bilion oleh Kerajaan Kelantan itu adalah tuduhan palsu, dilihat sebagai tindakan menghina mahkamah.

Bagaimanapun katanya, mahkamah akan bersidang tidak lama lagi dan kerajaan negeri akan menggunakan saluran yang ada dalam usaha mencari jalan bagi memastikan rakyat Kelantan mendapat hak mereka (royalti).

Badan Hak Asasi Antarabangsa: Siasat Anwar Akta Hasutan penganiayaan & bermotif politik

SHAH ALAM 24 SEPT: Pertubuhan Hak Asasi Antarabangsa, Amnesty International mahu Kerajaan menggugurkan siasatan Akta Akta Hasutan 1948 terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International, Rupert Abbott berkata, siasatan tersebut merupakan satu penganiayaan dan bermotifkan politik.
“Anwar Ibrahim menjadi sasaran pihak berkuasa selama lebih daripada satu dekad, dan ini nampaknya percubaan terbaru untuk menutup mulut dan mengganggu suara yang kritikal,” katanya dalam kenyataan media.
Menurut Amnesty, sekurang-kurangnya 15 individu termasuk aktivis, ahli politik pembangkang, wartawan, mahasiswa dan ahli akademik pada masa ini berdepan tuduhan di bawah Akta Hasutan dan boleh didenda atau dipenjara.
Tambahnya, sejak beberapa bulan lalu, pihak berkuasa meningkatkan penggunaan Akta Hasutan yang juga undang-undang era penjajah dengan mensasarkan individu yang mengkritik kerajaan.
“Akta Hasutan adalah ketinggalan zaman dan undang-undang yang menindas, di mana pihak berkuasa menyasarkan sesiapa yang menentang mereka yang berkuasa. Ia mesti dimansuhkan segera,” katanya.
Sebelum ini, polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang dilapor akan mengambil keterangan daripada Anwar di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan pada Jumaat ini berhubung ceramah beliau dalam satu perhimpunan pada Mac 2011.

CJ: Mahkamah tidak hanya memihak k'jaan

Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria berkata mahkamah tidak hanya membuat keputusan yang memihak kerajaan dalam kes semakan kehakiman.

Beliau mendedahkan bahawa sebanyak 1,046 kes semakan kehakiman difailkan di antara 2012 dan Ogos 2014.

"Amat jauh tersasar jika dikatakan bahawa keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan.

"Ini amat jelas jika anda melihat keputusan dalam sejumlah kes semakan kehakiman,” tambahnya dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia.