Selasa, 23 September 2014

'Tuanku mahu keharmonian rakyat terpelihara'


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan surat watikah perlantikan kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah di Klang, hari ini.  - Foto Bernama  
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan surat watikah perlantikan kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah di Klang, hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM – Selesai sudah pelantikan bagi Menteri Besar Selangor baharu, Mohamed Azmin Ali yang diadakan di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Ia sekaligus meletakkan titik noktah kepada konflik politik yang berlaku di negeri Selangor dan mengakhiri khidmat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sebelumnya.

Mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya, Azmin berkata, keutamaan beliau dalam menggalas tanggungjawab sebagai menteri besar ialah memastikan keharmonian rakyat Selangor terpelihara.

“Tuanku menitahkan supaya saya menjaga keharmonian rakyat di negeri Selangor yang berwatak majmuk dan mempunyai pelbagai kaum.

“Kita perlu menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan, namun kita perlu hormati agama dan kaum yang lain serta memberi kebebasan kepada mereka untuk mengamalkan adat dan budaya masing-masing,” katanya.

Selain itu beliau turut mengambil kira isu keselamatan negeri Selangor yang perlu ditambah baik bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Azmin pertimbang kembalikan aset air kepada rakyat

GOMBAK – Rakyat Selangor mungkin akan menikmati pengembalian aset penyusunan semula air Selangor yang bernilai jutaan ringgit kepada rakyat secara saham pada masa akan datang.

Bagaimanapun menurut Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan secepat mungkin dalam masa terdekat.

“Saya perlu meneliti kesemua dokumen dan berjumpa dengan agensi berkenaan untuk mengumpul maklumat. Ia bertujuan bagi mengelakkan wujudnya sebarang spekulasi pada masa akan datang.

“Apa yang penting buat masa sekarang ialah rakyat Selangor menerima manfaat yang sepatutnya diberikan,” katanya.

Beliau dalam pada itu menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan sebarang polisi, urusan dan perjanjian yang dibuat oleh menteri besar sebelumnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan dengan beberapa projek besar yang diuruskan oleh Abdul Khalid sebelum ini.

“Saya tidak akan mencadangkan untuk dedahkan sebarang maklumat mengenai urusan dan perjanjian melibatkan perjanjian Kidex, perjanjian Aset Air Negeri Selangor atau seumpamanya.

“...Bagaimanapun saya akan mendapatkan taklimat penuh berkenaan isu-isu tersebut,” jelasnya.

Beri kami ruang untuk bertenang, cukuplah lagakan kami, kata Saari Sungib


Post Pic

SHAH ALAM: ADUN Hulu Kelang Saari Sungib enggan memberikan sebarang komen berhubung pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, sebaliknya beliau meminta media memberi sedikit ruang kepada beliau dan rakannya, ADUN Morib Hasnul Baharuddin. 
 
Katanya, selepas ini beliau mahu menumpukan perhatian dan fokus kepada kebajikan rakyat di kawasannya kerana perkara itu lebih penting. 
 
"Tak payah komen lagilah, bagi (kami) damai sikit. Takkan nak timbulkan masalah saja. Setiap kali selepas ditemubual, saya akan dapat gelaran baru.  
 
"Jadi boleh bagi ketenangan dan kedamaian kepada kami tak? Kami nak berkhidmat kepada rakyat, nak bantu orang susah. Jangan laga-lagakan kamilah (saya dan Hasnul dengan Pakatan). Boleh tak?" katanya kepada Antarapos.
 
Hari ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 di Istana Alam Shah, selepas sembilan bulan negeri itu dibelit kemelut pelantikan calon jawatan itu.  
 
Azmin, 50, mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan selepas berhadapan masalah dalaman PKR hingga dipecat.
 

MB: “Setiap sen dana milik rakyat”

mbbaru2GOMBAK, 23 SEPT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata wang rizab negeri bukan suatu angka yang hanya perlu dibanggakan di atas kertas semata-mata.
Sebaliknya, Azmin berkata wang milik rakyat Selangor itu seharusnya dimanfaatkan demi kebajikan rakyat.
Katanya, dana Selangor yang mencecah RM 3.3 billion sehingga kini adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin.
“Setiap sen dana negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin.
“Cara saya dana itu bukan di atas kertas tetapi diterjemahkan kepada program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor,” katanya dalam ucapan ringkas di hadapan rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, tengah hari ini.
Terdahulu, beliau sempat mengimamkan Solat Zohor berjemaah di masjid berhampiran rumah ibunya yang disertai kira-kira 300 orang hadirin.
Azmin dalam ucapannya turut melafazkan ikrar untuk menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.

Azmin: Tiada jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor

10629748_719443631468907_8370948190737922628_nGOMBAK, 24 SEPT: Datuk Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan wujud jawatan baru Timbalan Menteri Besar Selangor akan diwujud.
Kenyataan itu sekaligus menafikan khabar angin sebelum ini tersebar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Champaka Iskandar Samad akan dilantik menjawat jawatan itu.
“Tidak timbul jawatan timbalan menteri besar,” kata Azmin pada sidang media di rumah ibunya di Kelang Gate Baru, semalam.
Azmin ImamDalam pada itu, Kira-kira 600 penduduk Kampung Klang Gates Baru, berkumpul bagi menyambut kepulangan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar baru
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkesempatan menyantuni para kariah masjid sebelum mengimamkan solat Zohor.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa selamat sebagai tanda kesyukuran kerana dilantik memegang jawatan penting itu.
Selepas itu, Azmin bergerak ke kediaman ibunya, Che Tom Yahya untuk majlis kesyukuran bersama keluarga, pimpinan, dan rakyat.

MB: “Saya masuk kampung dengar dan selesaikan masalah rakyat”

mbbaru5GOMBAK, 23 SEPT: Pemakaian kot dan tai nampaknya bukanlah pilihan utama pakaian Menteri Besar baru, Mohamed Azmin Ali.
Sebaliknya, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata beliau lebih selesa menyinsing lengan untuk menyiapkan kerja-kerjanya.
Katanya, beliau bukan berasal daripada keluarga elit malah melalui kehidupan biasa.
“Saya akan masuk kampung dan dengar luahan rakyat dan akan cuba selesaikan masalah mereka.
“Ayah saya mengajar saya erti kepayahan hidup. Dengan restu dan doa kedua ibu bapa saya, akhirnya saya diberi kepercayaan menjadi Menteri Besar,” katanya di hadapan hadirin di rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, tengah hari ini.
Menurut Azmin, beliau pernah menjadi pengembala kambing dan menternak ayam sewaktu beliau kecil.
Menurut Azmin lagi, arwah ayahnya merupakan antara peneroka tanah pertama di kampung itu dan buktinya adalah nombor rumahnya di situ yang merupakan nombor ’1E’.
“Saya dahulu pernah jadi pengembala kambing di kampung ini,” katanya.
“Saya pernah menternak ayam daging di kampung ini dan berkat doa ibu dan ayah saya, saya diberikan amanah sebagai menteri besar Selangor yang baru,” katanya.

Sudah-sudahlah ungkit kisah silam - Suhaizan


KUALA LUMPUR: Walaupun krisis Menteri Besar Selangor sudah berada di penghujung, namun bagi Suhaizan Kaiat mahu menjawab sedikit apa yang disebut Lim Guan Eng semalam berhubung kekesalan pihaknya kerana kononnya empat exco PAS dalam kerajaan negeri adalah pengkhianat.

"Semua pihak termasuk DAP perlu melihat dalam kerangka besar," tulis Ketua Pemuda PAS Malaysia itu menerusi facebook.

Beliau menegaskan, betapa hebat pengorbanan empat exco itu yang terpaksa lakukan demi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus berfungsi agar ruang pembubaran Dun tidak berlaku.

Empat Exco daripada PAS ialah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa) dan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan).

Ahmad Said tak hadir sidang DUN T'ganu

Bekas Menteri Besar yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak hadir persidangan hari pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu hari
ini.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong berkata Ahmad tidak hadir dengan kebenaran atas alasan yang kukuh.

"Saya bersyukur kerana persidangan hari ini berjalan lancar dan kehadiran juga memuaskan, daripada 32 orang Adun, hanya seorang yang tidak dapat menghadirkan diri.

"Beliau telah memberi notis ketidakhadirannya dengan alasan yang kukuh dan saya memberi kebenaran," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan hari ini.

Ahmad yang menjadi menteri besar Terengganu pada tahun 2008 meletak jawatan dan digantikan dengan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Mei lalu.

- Bernama

Hikayat Kajang Move

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Sebenarnya Kajang Move untuk ambil jalan tengah kepada pertembungan Azmin vs TSKI. Plan A mahu DSAI jadi MB digagalkan Mahkamah Move. Plan B mahu DSWA jadi MB digagalkan oleh PAS Move dan Istana Move. Akhirnya Azmin menang, TSKI tumbang.

2) PAS menggagalkan Plan B yg mahu DSWA dijadikan MB. Tapi mencadangkan dua nama DSWA dan Azmin. PAS Move tetap menggunakan Plan B PKR, dan ditambah dengan satu nama Azmin sebagai option kepada Istana Move.

3) PAS tidak tahu bahawa PKR mempunyai Plan C, iaitu Azmin menjadi MB. PKR sedaya upaya mahu Plan B walaupun mengetahui Istana Move akan menggagalkan Plan B mereka. Walhal mereka hanyalah membuka gawang seluasnya untuk PAS Move dan Istana Move menyertai Plan C mereka dengan licin dan smooth.

4) Sejak PAS menamakan Azmin sebagai calon kedua selepas DSWA untuk Istana, PKR sebenarnya sudah lega. Tujuan mereka berkeras supaya Plan B dijayakan adalah untuk mengelakkan Plan C mereja disabotaj. DAP pula seakan memahami move-move PKR, tidak membantai PAS yang mahu Plan B gagal. Kalau adapun bukan membantai PAS dari sudut Kajang Move.

5) Lihat sahaja DSAI tidak mengeluarkan apa-apa statement pun untuk membantai PAS Move yang berkeras menggagalkan Plan B mereka. DSWA dan Azmin juga diam menunggu masa. Membiarkan PAS Move menjayakan Plan C mereka tanda disedari, pada masa yang sama PAS Move akan makan diri PAS sendiri - yakni bertembung sesama sendiri.

6) Gelora dalaman PKR semakin tenang. Gelora dalam PAS pula semakin berkecamuk. Tidak akan berhenti hinggalah ke saat yang belum diketahui. Siapa yang akan menghentikannya? In sya Allah, apabila tiba masanya, akan muncullah penyelamat itu.

7) Seeloknya, selepas Azmin yang dicadang PAS berjaya menjadi MB, PAS sudah boleh hentikan kemelut dalamannya. Tak kira lah pro mana-mana pun, semua harus fokus kepada isu nasional dan rakyat. Agenda menumbangkan Umno/Bn adalah agenda bersama.

Sekian.

Aktivis didakwa hasut dibawa ke Johor

Aktivis Ali Abdul Jalil hari ini didakwa sekali lagi bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Selepas dibebaskan dengan jaminan, beliau ditahan semula oleh pihak polis, sama seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau akan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk direman dan disiasat.

Selepas dijamin, Ali dikerumuni penyokong dan dipeluk ayahnya Abdul Jalil Abd Rahman, 62, yang turut hadir.

Orang ramai turut melaungkan “Hidup Ali!”.

Walaupun sudah dua minggu dalam tahanan, Ali tampil bersemangat dan sentiasa tersenyum.

Bercakap kepada pemberita, beliau malah menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun tanpa senjata.

"Rakyat adalah raja," kata Ali.

Peguam anggap 'gangguan'

Sementara itu, peguamnya New Sin Yew menyifatkan tangkapan terbaru pada anak guamnya itu merupakan “satu bentuk gangguan” dan tiada keperluan memindahkannya ke Johor.

Katanya, tempat jenayah didakwa dilakukan di Kuala Lumpur, tetapi Kuala Lumpur, tempat Ali tinggal.

Akta Hasutan: Aktivis ditahan semula selepas dijamin

Aktivis Ali Abd Jalil ditahan semula oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan hasutan sebaik sahaja dijamin di Mahkamah Shah Alam sebentar tadi. Polis tidak menyatakan dengan spesifik mengapa Ali ditahan semula tetapi berkata beliau dibawa ke Johor untuk membantu siasatan. Peguam Ali New Sin Yew berkata, tiada sebab bagi polis menahan anak guamnya yang sudah membayar wang jaminan sebanyak RM8,000 jika ia untuk siasatan kerana menghasut. ; "Jika beliau dituduh kerana memuat naik mesej berbentuk hasutan di Facebook, saya tidak tahu mengapa beliau dibawa ke Johor. "Beliau tinggal di sini. Ini merupakan satu gangguan," kata New kepada pemberita di luar mahkamah hari ini. Ali tiba di mahkamah jam 3 petang ini, diiringi New dan polis, serta membayar ikat jamin. Bagaimanapun, sebaik saja membayar RM8,000 ikat jamin, New memberitahu wartawan anak guamnya ditahan semula dan dihantar ke Johor. "Polis tidak sebut secara jelas kenapa Ali dihantar ke Johor walaupun komen Facebooknya dibuat di Kuala Lumpur," kata New. Semasa meninggalkan kawasan mahkamah, Ali sempat bercakap dengan kira-kira 20 aktivis dan penyokong yang berkumpul di luar pintu masuk utama kompleks mahkamah. "Rakyat mesti bangkit, rakyat ialah raja," kata Ali disambut sorakan dan tepukan.

Lupa kisah lama, jadi MB yang baik - Che Tom

Che Tom (kanan) semasa ditemui di kediamannya di Klang Gates, Hulu Kelang pada 23 September 2014. Foto: FAZRY ISMAIL.
Ibu kepada Mohamed Azmin Ali, Che Tom Yahaya mahu anaknya itu melupakan segala kisah lalu dan berazam menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baik.
Bagaimanapun, wanita berusia 79 tahun itu menjelaskan kisah lalu berkaitan dengan Azmin.
"Saya terkejut mula dengar berita..Saya nasihatkan dia sudahlah lupala yang lama dan kerja baik-baik," ujarnya ketika ditemui selepas Azmin meminta restu daripadanya selepas mengangkat sumpah menjadi MB Selangor yang baharu di Klang Gates hari ini.
Azmin menjadi MB menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sekian lama kemelut itu berpanjangan selepas Abdul Khalid dipecat PKR dan pihak istana tidak bersetuju dengan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya.
Wan Azizah pula merupakan nama pendua kepada suaminya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat bertanding DUN PRK Kajang untuk menjadi MB.
Sementara itu, menurut Che Tom, dia gembira apabila melihat Azmin, keluarga dan saudara maranya kembali ramai memenuhi kediamannya.
Sementara itu, isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga hadir bersama anak-anaknya tetapi enggan mengulas lanjut.

JATI sedia kerjasama dengan Azmin - Hasan Ali

JATI sedia kerjasama dengan Azmin - Hasan Ali
KLANG: Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) sedia memulakan jalinan kerjasama dengan Menteri Besar baru Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam usaha mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja di negeri ini.

Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memaklumkan, dia tertarik dengan lafaz Ikrar Aku Janji Menteri Besar khususnya dalam tiga konteks berkenan isu berkenaan dan berharap ia dapat dilaksana sebaik mungkin.

"Sebagai Presiden JATI Malaysia, kita akan berikan kerjasama sebaiknya dan  kerjasama itu diberikan sekiranya Yang Amat Berhormat betul-betul serius dan punyai kekuatan serta sokongan daripada semua pihak untuk menjamin bahawa Islam, Melayu dan institusi raja itu dapat dipertahankan," jelasnya kepada Astro AWANI selepas Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Hasan, satu pertemuan akan diatur bagai membincangkan hal tersebut dengan lebih lanjut.

"Saya ada bagitau dia (Azmin) tadi, bahawa kita akan adakan satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin JATI untuk bincangkan dengan lanjut di mana tempatnya kami di JATI yang memang dah lama dalam ketiga-tiga bidang ini,"

"Kalau dapat dijalinkan satu hubungan baik demi Islam, Melayu dan institusi raja akan berikan faedah dan manfaat terbaik kepada Selangor dan rakyat negeri Selangor", katanya.

Terdesaknya Umno@Bn: Anwar akan disiasat berkaitan dakwaan hasutan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan yang terbaru akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya tiga tahun lalu.

Menurut penasihat undang-undang PKR, Latheefa Koya, ia berhubung ucapan Anwar di satu perhimpunan politik di Gombak pada 2011.

Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, Azmin Ali juga telah disiasat berhubung isu yang sama.

"Kenyataan Azmin telah pun diambil pada tahun 2011, tetapi nampaknya seperti mereka (polis dan pihak berkuasa) membuka semula kes ini," katanya.

Latheefa berkata Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, dijadualkan memberi kenyataan pada petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.

Peguam yang juga Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, yang turut berdepan dengan dua tuduhan hasutan, akan menemani Anwar dalam rakaman kenyataannya.

Editor S'gorkini tuntut kebebasan dari MB baru

Pengarang akhbar negeri Selangorkini, Fazallah Pit, berharap menteri besar baru negeri itu Azmin Ali dapat menjamin kebebasan media dalam penerbitan-penerbitannya.

Menurut beliau, Selangorkini sebelum ini tidak mendapat kebebasan sepenuhnya untuk melaporkan isu semasa yang berlaku di Selangor kerana terdapat “pihak tertentu” yang menyekat kebebasan itu.

“Bermula semasa pemerintahan BN lagi perkara ini sudah terjadi dan berterusan sehingga bawah pimpinan Tan Sri Khalid.

“Saya berharap dengan pelantikan Azmin Ali sebagai menteri besar, Selangorkini tidak perlu lagi mengikut telunjuk mana-mana pihak dan kami harap diberi lebih ruang untuk melaporkan isu-isu di Selangor,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain akhbar mingguan Selangorkini, kerajaan negeri turut menguruskan portal berita dan saluran video atas talian.

Sementara itu, Fazallah juga menegaskan Selangorkini bukan boneka dan mereka enggan memutarbelitkan cerita hanya untuk kepentingan sesetengah pihak.

Katanya, oleh kerana Azmin adalah memahami konsep kebebasan media, beliau yakin perkara itu dapat diperbaiki.

“Kami tidak mahu hanya menyebelahi sebelah pihak dan selepas ini kami juga tidak mahu fokus kepada berita menteri besar sahaja tetapi melaporkan semua isu sama seperti akhbar-akhbar yang lain.

“Kalau boleh saya tidak mahu pandang ke belakang, apa yang saya dan Selangorkini mahu ialah terus bergerak ke hadapan,” jelasnya.

Kalau ada lagi Langkah Kajang, sila bawa ke negeri lain, kata Shuhaimi kepada Rafizi

Post Pic

SHAH ALAM: "Jika ada sambungan 'Langkah Kajang', buat lah di Terengganu atau Kedah pula dengan pengarah yang sama. Kami di Selangor sudah letih."
 
Demikian kenyataan sinis Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie mengulas kemelut politik negeri itu yang berlarutan akibat "Langkah Kajang" yang diilhamkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli awal tahun ini. 
 
Langkah Kajang itu mencetuskan pilihan raya kecil (PRK) Kajang dengan tujuan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
 
Bagaimanapun ia membawa kepada perbalahan terbuka dan terburuk di antara PKR dan PAS sehingga kelangsungan Pakatan Rakyat sendiri menjadi tanda tanya. 
 
Shuhaimi berkata krisis yang berpanjangan itu akan membolehkan Pakatan Rakyat belajar erti kesetiaan dan memperbaiki kelemahan masing-masing. 
 
"PR akan menjadi lebih kuat selepas ini dan saya percaya mereka telah belajar erti bertolak ansur bagi mengukuhkan Pakatan.  Harapan saya semua pihak dapat menerima penyelesaian ini. Dalam politik tidak semua akan menyokong dan bukan semua menolak sebarang keputusan," kata beliau.
 
"(Kita semua) harus  berjiwa besar dan berlapang dada. Keutamaan pada kesejahteraan rakyat jauh lebih utama dari matlamat peribadi," kata ADUN Seri Muda itu. 

Azmin dilantik MB Selangor, bermula era generasi kedua Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Sebaik selesai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu maka bermula era baru generasi kedua dalam Pakatan Rakyat, selain Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Hari ini dan hari-hari yang seterusnya, Pakatan Rakyat tidak seharusnya lagi terlalu bermain politik hingga lupa kepada percaturan untuk masa depan negara dan bangsa. Untuk dilihat sebagai pengganti Barisan Nasional (BN),

Pakatan Rakyat tidak boleh terus bermain politik, mencipta krisis demi krisis hingga menyebabkan rakyat bosan dan hilang kepercayaan.

Jika Pakatan Rakyat benar-benar yakin bahawa mereka adalah pengganti BN, maka tidak ada cara lain untuk mereka selain mengorak langkah ke hadapan dan berpegang kepada politik baharu yang mereka war-warkan selepas mencipta kejayaan pada 2008.

Editor Kanan Malaysiakini, Fathi Aris Omar berkata Pakatan Rakyat dalam sejarahnya itu ditunjangi generasi pemimpin 1960-an dan 1970-an, generasi pertama.

Kata beliau, tidak boleh dinafikan kejayaan yang dikecapi Pakatan Rakyat hari ini merupakan sumbangan terhebat pemimpin generasi pertama ini. Zaman pemimpin generasi pertama ini sudah berakhir, pemimpin generasi kedua perlu mengorak langkah menyusun perjuangan panjang Pakatan Rakyat.

"Masalah Pakatan Rakyat hari ini adalah mereka belum melepasi psikologi pemimpin lama.

Kenyataan penuh Istana Selangor mengenai pelantikan Azmin Ali sebagai MB

Kenyataan penuh Istana Selangor mengenai pelantikan Azmin Ali sebagai MB
SHAH ALAM: Istana Selangor menjelaskan kelewatan pelantikan Menteri Besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman parti  Keadilan Rakyat (Keadilan) serta ketidaksefahaman parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam isu pencalonan Menteri Besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan parti-parti DAP dan keadilan mematuhi surat daripada istana bertarikh 27 Ogos 2014 menyulitkan lagi tindakan D.Y.M.M Sultan Selangor yang terpaksa meneliti calon-calon lain dalam parti Keadilan yang tidak dicalonkan.

Berikut adalah kenyataan penuh daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani:

D.Y.M.M Sultan Selangor membuat keputusan untuk melantik Y.B Tuan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Adalah menjadi amalan D.Y.M.M Sultan Selangor untuk tidak melengahkan perlantikan seorang Menteri Besar yang merupakan satu jawatan yang amat penting di dalam Kerajaan Negeri Selangor. Namun kelewatan perlantikan Menteri Besar Selangor pada kali ini adalah disebabkan pergolakan dalaman parti  Keadilan Rakyat (Keadilan) serta ketidaksefahaman parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam isu pencalonan Menteri Besar.

Di samping itu keengganan parti-parti DAP dan keadilan mematuhi surat daripada istana bertarikh 27 Ogos 2014 menyulitkan lagi tindakan D.Y.M.M Sultan Selangor yang terpaksa meneliti calon-calon lain dalam parti Keadilan yang tidak dicalonkan.

Y.B Tuan Mohamed Azmin Ali yang berasal dari Kampung Klang Gate Baru, Hulu Klang, Gombak sejak tahun 1968 dilantik adalah berdasarkan kepada beberapa faktor penting yang menjadi pertimbangan D.Y.M.M Sultan Selangor. Baginda telah mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen dari parti PAS, Keadilan dan DAP. Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan ADUN dari parti Keadilan untuk mendapat kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti Pakatan Rakyat di Dewan Negeri Selangor.

Y.B Tuan Mohamed Azmin Ali juga merupakan Timbalan Presiden parti Keadilan dan oleh itu D.Y.M.M Sultan mempunyai keyakinan bahawa sebagai seorang Timbalan Presiden yang dipilih pastinya mempunyai sokongan padu bukan sahaja dari parti Keadilan malah dari parti-parti PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan (coalition government) untuk mentadbir Kerajaan Negeri Selangor sekarang.

Azmin akan manfaatkan rizab tunai RM3 bilion

Dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali berikrar untuk memanfaatkan rizab tunai RM3 bilion dalam perbendaharaan negeri Selangor untuk "manfaat rakyat Selangor".

Menurut Azmin, beliau tidak mahu rizab itu kekal di atas kertas semata-mata.

"Setiap sen dana negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin.

"Cara saya dana itu bukan di atas kertas tetapi diterjemahkan kepada program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor," katanya dalam ucapan di hadapan rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, tengah hari ini.

Dalam ucapan sama, Azmin berikrar untuk menjalankan tugas secara turun padang dengan mendekati sendiri masalah penduduk Selangor.

"Banyak kerja yang tertangguh selama dua bulan ini.

"Cara kerja saya bukan dengan tie (tali leher) dan kot tetapi dengan lengan pendek dan seluar panjang... turun ke daerah untuk mendengar sendiri masalah rakyat dan selesaikan semuanya," katanya.

Terus masuk pejabat

Beliau memaklumkan orang ramai yang beliau akan terus ke pejabat menteri besar pada petang ini juga untuk membincangkan pelantikan exco yang akan diumumkan pada hari Jumaat ini.

"Saya juga akan masuk ke pejabat petang ini untuk berbincang tentang barisan exco yang baru," katanya.

Beliau turut berhasrat meningkatkan imej penjawat-penjawat awam Selangor untuk lebih dikenali sebagai penjawat awam yang cekap apabila bekerja dalam satu pasukan.

"Saya akan mengangkat martabat penjawat awam di negeri Selangor sebagai pasukan yang boleh menjalankan tanggungjawab secara kolektif," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 300 orang hadirin.

Hadirin yang hadir rata-ratanya kelihatan ceria walaupun cuaca panas terik.

Mereka menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan di perkarangan rumah ibu Azmin, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, Ulu Klang.

Kenyataan pertama Azmin sebagai Menteri Besar Selangor

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas perlantikan ini dan saya menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku Sultan melantik saya sebagai Dato’ Menteri Besar.
Azmin Ali MBSaya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada YB Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN serta seluruh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor atas kepercayaan serta sokongan untuk saya menerajui Negeri Selangor.
Ketika yang sama, saya menghargai dokongan daripada 15 Ahli Dewan Negeri DAP dan Pakatan Rakyat.
Selaku Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, saya akan mendukung institusi demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
Saya berjanji akan menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti untuk memperkukuhkan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, harmoni serta bersatu-padu.
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan atau developmental state berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Mohamed Azmin Ali
Menteri Besar Selangor

Hadi mahu Azmin laksana amanah rakyat

Hadi Awang 
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali atas pelantikan beliau sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
  
Beliau berkata, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR kini harus memikul amanah yang diberikan Sultan Selangor dan rakyat Selangor kerana pelantikan ini juga menyelesaikan isu pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
  
"Tahniah kepada Azmin yang telah dilantik sebagai menteri besar Selangor dan kemelut politik di Selangor dapat diselesaikan dengan baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.
  
Katanya Pas akan kekal dalam pakatan rakyat di Selangor dan tidak pun terkilan dengan penolakan calon daripada Pas untuk jawatan itu kerana dari awal lagi Pas tidak mahukan jawatan tersebut.
  
Berkenaan dengan majoriti dalam pakatan rakyat, yang dikatakan mahu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar sebelum ini, beliau berkata kedudukan Sultan Selangor adalah lebih tinggi dalam menentukan siapa yang layak.

DAP: MB baru perlu bawa dasar rakyat lebih baik

SHAH ALAM, 23 SEPT: DAP Selangor berharap dengan pelantikan Menteri Besar baru, sebuah kerajaan dengan dasar baru dapat diwujudkan bagi membawa Pakatan Rakyat ke aras lebih tinggi berbanding penggal sebelum ini.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, pihaknya dan kesemua ahli dewan undangan negeri DAP akan memberikan kerjasama penuh dalam masa tiga tahun ini bagi membuktikan kepada rakyat bahawa pertukaran Menteri Besar berbaloi dilakukan.
“DAP tidak sabar untuk mendapat barisan kepimpinan negeri di bawah Azmin Ali dengan barisan Exco baru yang lebih inklusif, berorientasikan rakyat dan ‘consultative’ untuk memenuhi janji kepada rakyat.
“Kami percaya dengan bekerja dalam satu kumpulan, Azmin Ali pasti berjaya menjadikan Selangor sebagai negeri terbaik di negara ini.” katanya dalam satu kenyataan.
Pagi ini, tepat jam 10.42 pagi, Azmin Ali yang juga Adun Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mengulas lanjut, Pua berkata kerajaan negeri dan anak syarikat harus distruktur semula untuk menjayakan lebih banyak program rakyat seperti rumah mampu milik dan pengangkutan awam.
“Kami percaya kalau ini dapat dicapai dalam tiga tahun mendatang, Azmin akan tercatat sebagai menteri besar terbaik di Selangor.
“Hanya dengan pencapaian sebegini baru rakyat akan bersetuju memperbaharui mandat kepada PR dalam pilihan araya umum akan datang,” katanya lagi.

Azmin teruskan dasar pro-rakyat legasi Abdul Khalid

KLANG, 23 SEPT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menganggap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya meninggalkan satu asas yang baik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.
mbbaru3Justeru itu, kata Mohamed Azmin, menjadi tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar baru meneruskan dasar dan program diasaskan Abdul Khalid demi kepentingan rakyat.
“Saya terlibat secara langsung ketika pentadbiran Tan Sri Khalid dan beliau meletakkan asas yang baik dalam mentadbir sebuah kerajaan negeri.
“Sudah tentulah tanggungjawab saya meneruskan dasar demi rakyat memberikan penekanan kepada soal pentadbiran adil dan memastikan kerajaan negeri ini bersih dan bertanggungjawab menjaga rakyat negeri Selangor,” kata Mohamed Azmin.
Mohamed Azmin berkata demikian dalam sidang medianya sejurus mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Balai Tengah Istana Alam Shah, di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun akan mengkaji semua perjanjian dan keputusan yang dibuat pentadbiran terdahulu termasuk perjanjian air dan kedudukan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Azmin berkata, beliau juga akan memastikan kesinambungan pembangunan di negeri terkaya itu terus berjalan disamping usaha mengekang peningkatan kadar jenayah di negeri itu.

MB Azmin: Wang Rizab RM3.3 bilion dimanfaat demi kebajikan rakyat

mbbaru2GOMBAK, 23 SEPT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata wang rizab negeri bukan suatu angka yang hanya perlu dibanggakan di atas kertas semata-mata.
Sebaliknya, Azmin berkata wang milik rakyat Selangor itu seharusnya dimanfaatkan demi kebajikan rakyat.
Katanya, dana Selangor yang mencecah RM 3.3 billion sehingga kini adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin.
“Setiap sen dana negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin.
“Cara saya dana itu bukan di atas kertas tetapi diterjemahkan kepada program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor,” katanya dalam ucapan ringkas di hadapan rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, tengah hari ini.
Terdahulu, beliau sempat mengimamkan Solat Zohor berjemaah di masjid berhampiran rumah ibunya yang disertai kira-kira 300 orang hadirin.
Azmin dalam ucapannya turut melafazkan ikrar untuk menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.
“Kerana akhirnya, saya perlu jawab kepada Allah, jadi saya berharap sekarang adalah waktu untuk kita mula bekerja.
“Saya juga telah menerima akujanji dengan Tuanku Sultan Selangor untuk menjaga keharmonian di negeri ini,” katanya lagi.
Azmin secara rasmi bergelar Menteri Besar selepas mengangkat sumpah dalam satu upacara di Istana Alam Shah pagi tadi bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ISTIADAT ANGKAT SUMPAH JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR YANG KE 15 (FULL)


(RTM)
(AWANI & TV3)

Palace denies Sultan 'interfered'

Istana perjelas sebab Azmin dipilih, tapi berdiam tentang Azizah

Video: Azmin Ali angkat sumpah MB S'gor yg ke-15

MB Azmin: Exco baru angkat sumpah Jumaat ini

Azmin ikrar bertindak berpandu perlembagaan

Azmin mahu teliti perjanjian dimeterai Khalid

Azmin janji pentadbiran konsep negeri pembangunan

MB Ke 15: Pentadbiran berasaskan amalan tatakelola baik & telus

azmin MB2SHAH ALAM, 23 SEPT: Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan atau developmental state berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Hasrat itu disuarakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan media pertamanya selepas mengangkat sumpah pagi tadi di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Azmin menegaskan beliau akan mendukung institusi demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dan menjunjung kasih di atas perkenan yang diberikan Sultan Selangor.
“Saya berjanji akan menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti untuk memperkukuhkan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, harmoni serta bersatu – padu.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta seluruh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor atas kepercayaan serta sokongan untuk saya menerajui Negeri Selangor.
“Ketika yang sama, saya menghargai dokongan daripada 15 Ahli Dewan Negeri DAP dan Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan media.
Azmin selamat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.42 pagi ini.

Selangor: DAP, kenapa emosi sangat ni!

NAZRI ABDULLAH

Saya hairan, apa lagi yang DAP tidak puas hati kepada PAS dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang melabel empat exco Selangor sebagai pengkhianat, dalam keadaan Sultan Selangor telahpun menamakan menteri besar baharu, adalah tidak wajar.

Pada hemat saya, isu empat exco yang sebelum ini kekal bersama Tan Sri Khalid itu sudah 'tiada merit'.

Jika DAP masih mengungkitnya, bermakna DAP ada niat tertentu.

Cuma apa yang saya tidak faham adalah, kenapa DAP yang lebih beremosi dalam isu ini?

Saya kira, mereka yang lebih wajar untuk beremosi selepas perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ini adalah Anwar, Azizah, Rafizi mahupun Saifuddin Nasution.

Ini kerana mereka adalah watak penggerak utama dalam Langkah Kajang, dan bukannya Guan Eng.
Tetapi mereka ini tidak pula beremosi begitu, melainkan menyatakan tidak puas hati kepada Istana di atas cara dan kaedah perlantikan MB baru.

Kecuali Guan Eng dan DAP menyimpan dendam dengan PAS. Tapi saya rasa Guan Eng bukan jenis begitu. Beliau seorang yang berjiwa besar.

Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik.

Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.

Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati.

SD juga tiada merit

Seperkara lagi yang juga tidak wajar diungkit adalah isu tandatangan SD sokong Wan Azizah yang dibuat 30 orang Adun sebelum ini termasuk oleh dua Adun PAS.

Mungkin secara dalaman, isu SD dua Adun PAS itu akan diambil tindakan mengikut prosedur parti, namun dalam kerangka besar Pakatan Rakyat, isu ini juga sudah tidak releven.

Azmin mahu perkukuh Selangor sebagai negeri maju, harmoni & bersatu padu

Azmin AliKUALA LUMPUR 23 SEPT: Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali berjanji akan menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti untuk memperkukuhkan Selangor sebagai negeri maju, harmoni serta bersatu-padu.
“Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan atau developmental state berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban,” kata Azmin dalam kenyataan pertama beliau selepas mengangkat sumpah jawatan itu pagi tadi.
Tambahnya, beliau juga akan mendukung institusi demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas perlantikan ini dan saya menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku Sultan melantik saya sebagai Datuk Menteri Besar,” kata Azmin lagi.
Beliau turut menghargai sokongan dan laluan yang diberikan Presiden KEADILAN termasuk dokongan daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dan Pakatan Rakyat.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN serta seluruh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Adun Selangor atas kepercayaan serta sokongan untuk saya menerajui Selangor,” kata Azmin.

Azmin mahu teliti perjanjian Air ditandatangani Khalid

Menteri Besar Selangor yang baru Azmin Ali berkata beliau akan mengkaji semula perjanjian pengambilalihan industri air serta perjanjian lain yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum membuat apa-apa keputusan.

Azmin menegaskan bahawa beliau akan menyemak semula perjanjian berkenaan, yang dipertikaikan keabsahannya oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan pengamal undang-undang sebelum ini.

"Saya tidak didedahkan dengan butir-butir perjanjian itu jadi saya akan mengadakan mesyuarat dengan mereka yang relevan serta ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Datuk Khusrin Munawi (Setiausaha Kerajaan Negeri) untuk menyemak semua perjanjian, bukan saja air.

"Beri saya masa untuk semak," kata beliau dalam sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Alam Shah hari ini.

Khalid menandatangani perjanjian induk pengambilalihan syarikat bekalan air bersama kerajaan persekutuan sebelum peletakan jawatan bulan lalu.

Pelantikan Azmin sebagai MB tidak selesai kemelut PKR, kata Umno


 Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Pakatan Rakyat sebenarnya membuktikan mereka tidak menunjukkan kesepakatan yang tinggi dan mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat di Selangor ekoran krisis menteri besarnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2014. 
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Pakatan Rakyat sebenarnya membuktikan mereka tidak menunjukkan kesepakatan yang tinggi dan mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat di Selangor ekoran krisis menteri besarnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2014.

Pelantikan Timbalan Presiden PKR Mohamed  Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu hari ini tidak akan dapat menyelesaikan  kemelut politik di Selangor, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini.
Timbalan menteri kewangan itu berkata, Pakatan Rakyat (PR) secara tidak langsung sudah membuktikan mereka sebenarnya tidak menunjukkan kesepakatan yang tinggi dan mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat di Selangor.
"Saya harap isu politik Selangor ini selesai, namun kita tidak tahu selesai atau tidak sebab ada tiga kem dalam PKR yang merebut calon timbalan presiden sebelum ini iaitu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bersama Nurul Izzah Anwar tidak sepakat dengan Azmin.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula meskipun tidak memegang jawatan tapi masih ada ‎penyokong dalam parti, jadi tidak tahu selesai atau tidak" katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kewangan Islam di Masjid Negara, Kuala Lumpur‎ pagi tadi. Katanya pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu hanyalah menyambung legasi kejayaan  zaman pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Meskipun begitu Azmin hanyalah penyambung legasi kejayaan ditinggalkan BN, sama juga dengan Khalid.

Pentadbiran Azmin perlu buktikan penyingkiran Khalid berbaloi, kata DAP Selangor


Pengerusi DAP Selangor Tony Pua yakin pentabiran Selangor di bawah Menteri ‎Besar Mohamed Azmin Ali akan membuktikan kesabaran rakyat menghadapi krisis peralihan kuasa menteri besar selama ini berbaloi. Pua berkata, pihaknya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP lain akan memberikan sokongan penuh kepada Azmin bagi menjalankan pentadbirannya sehingga tempoh 3 tahun akan datang. "Kami akan menggunakan peluang ini sehingga tiga tahun akan datang untuk membuktikan kepada rakyat kesabaran mereka menghadapi krisis selama ini berbaloi," katanya.

Exco Selangor baharu angkat sumpah Jumaat ini, kata Azmin

Menter Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu akan ditentukan dan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan diadakan pada Jumaat ini. Azmin bagaimanapun, tidak memberi jaminan sama ada barisan exco terdahulu termasuk empat daripada PAS akan kekal atau digugurkan. Azmin berkata, keputusan itu tertakluk pada perbincangan dengan Pakatan Rakyat (PR) yang akan diadakan petang ini. "Proses perbincangan belum bermula. Saya akan adakan perbincangan dengan wakil parti," katanya selepas majlis mengangkat sumpah menteri besar di Istana Alam Shah di Klang, hari ini.

Adun PAS di Selangor jamin sokong Azmin, kata Mustafa Ali

PAS hari ini memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu di Selangor akan menyokong Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu walaupun sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan pelantikan beliau. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Adun Bukit Antarabangsa itu menerima sokongan semua Adun PAS termasuk 13 yang terdahulu dikatakan membantah perlantikannya di dalam mesyuarat pada 25 Ogos. "PAS Selangor akan terima apa saja keputusan dibuat pemimpin pusat PAS," beliau memberitahu satu sidang media di Pengkalan Kubor, hari ini. Mustafa sementara itu berkata, dua Adun yang menandatangani akuan bersumpah mengakui sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih sedang dalam siasatan. "Mereka masih ahli PAS. Sama ada ia (siasatan) berjalan cepat atau lambat, itu semata-mata persepsi manusia. Kita akan ikut rentak kita sendiri." Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak seperti PKR dan DAP, parti Islam itu tidak perlu bermesyuarat untuk mengiktiraf Azmin kerana mereka sudah berbuat demikian pada mesyuarat 17 Ogos lalu. Pada mesyuarat itu, PAS mencadangkan nama Azmin sebagai calon menteri besar selain Dr Wan Azizah. “Kami mengalu-alukan dan patuh keputusan Sultan menamakan Azmin sebagai menteri besar Selangor. Kami ucapkan tahniah atas pelantikannya dan berharap beliau boleh memikul tanggungjawab besar memajukan Selangor dan memastikan rakyat terus menikmati kemewahan negeri. “Kami berharap pelantikan ini akan mengakhiri segala isu berkaitan menteri besar Selangor,” katanya di Pengkalan Kubor.

Azmin Seorang Yang Berprinsip - Isteri




AMPANG: Shamshida Taharin menggambarkan suaminya, Azmin Ali yang baharu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebagai seorang yang berprinsip, profesional, sabar serta penuh semangat.

Shamshida,49, yang telah berkahwin dengan Azmin sejak 26 tahun, berkata: "Azmin seorang yang penuh semangat dan amat mengambil berat terhadap parti serta rakyat. Parti menjadi keutaamaannya dan dia mahu bekerja untuk rakyat.

"Ketika ditemuramah di rumahnya pada Isnin, Shamshida berkata, suaminya sangat teliti, teratur dan mahu menjadi sesuatu perkara itu selesai dengan yang dikehendaki".

Shamshida secara berseloroh menganggap ini adalah latihan kerana Azmin mempunyai Sarjana Pendidikan Matematik.

Sebagai seorang bapa, Azmin seorang yang tegas namun amat mengambil berat dan tidak pernah gagal dalam mengadakan masa untuk majlis hari jadi  kepada tiga orang anak lelaki dan tiga anak perempuannya, yang berumur 12 hingga 24 tahun, jelas Shamshida.

"Dosa Khalid Cuma Satu"




KETIKA krisis kepemimpinan Selangor kelihatan berakhir dengan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor oleh Mohamed Azmin Ali pada tanggal 23 September 2014, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, ‘cerita’ Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya belum berakhir, sebaliknya baru sahaja bermula.

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata , sangat menarik untuk memperhatikan apa yang akan berlaku kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selepas berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

“Ada banyak kemungkinan boleh berlaku, termasuk membabitkan kontroversi tuduhan yang dilempar oleh pemimpin kanan PKR terhadapnya sebelum ini.

“Beliau adalah tokoh tahan uji. Dengan pengalamannya sebagai tokoh korporat tidak mustahil Khalid dimanfaatkan oleh mana-mana pihak untuk mengelolakan sebarang syarikat di negara ini,” katanya.

Yusmadi yang mewakili kawasan Parlimen Balik Pulau bagi penggal 2008 – 2013 berkata, Selangor bertuah kerana mempunyai Khalid sebagai menteri besar.

Katanya, dalam tempoh singkat Khalid berjaya mempamerkan prestasi terpuji ketika harapan masyarakat kepada Pakatan Rakyat (PR) begitu tinggi sejak lembaga tidak rasmi itu tertubuh beberapa tahun lalu.

Kata Yusmadi, kewujudan PR menyebabkan harapan rakyat di negara ini terangkat begitu tinggi dan perlu ada seorang tokoh diyakini untuk membawa aspirasi itu.

Justeru, katanya, gabungan pembangkang beruntung kerana kehadiran Khalid membantu meningkatkan keyakinan ramai, sekali gus menyumbang kepada kejayaan PR menawan Selangor serta beberapa negeri lain.

Bagaimanapun, kata Yusmadi, Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai menteri besar kerana serangan berbentuk tuduhan yang tidak dibuktikan oleh mana-mana pihak.

“Dosa Khalid cuma satu. Dia gagal bertindak sebagai anggota pasukan seperti diharap PR. Misalnya, dia gagal hadir dalam mesyuarat dan bertindak membuat keputusan yang kadang-kadang secara sendirian, namun ia dilakukan selepas melalui pertimbangan teliti,” katanya.

Paslah Yang Sebenarnya Pecat Anwar!!

Sebelum mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor semalam, Khalid Ibrahim masih sempat lagi membuat keputusan yang menggambarkan dendam di penghujung kariernya sebagai ketua kerajaan negeri iaitu menamatkan tugas Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh Faekah Husin, CEO MBI, mesyuarat Exco terakhir yang dipengerusikan Khalid juga membuat keputusan menutup pejabat berkenaan dengan serta-merta bagi menjimatkan kos.

Sambil mengucapkan terima kasih atas sumbangan Anwar selama ini, Faekah juga mengatakan adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan menjaga ekonomi dan pelaburan kerajaan negeri.

Dengan keputusan itu, tidak syak lagi ramai yang beranggapan bahawa Khalid memang berdendam dan marah kepada Anwar. Beliau bukan setakat menamatkan khidmat, malah menutup terus pejabat bekas bossnya itu.

Jika Khalid hanya terpaksa menamatkan tugasnya sebagai Menteri Besar, seiring dengannya Anwar pula ditamatkan tugas dan ditutup terus pejabatnya. Dengan tindakan ini, Khalid nampaknya berjaya menjimatkan wang kerajaan negeri sebanyak RM1 sebulan untuk bayaran gaji Anwar itu.

Ada juga yang beranggapan Khalid seperti budak-budak kerana tindakannya menamatkan khidmat Anwar itu. Hanya kerana marah, terus dipecatnya Anwar. Walaupun jika mahu, Menteri Besar baru, Azmin Ali boleh melantik Anwar semula ke jawatan itu tetapi tentulah ia juga memerlukan proses tertentu, termasuk dibawa ke mesyuarat Exco semula.

MB Baru Selangor Uji Kelangsungan Pakatan Rakyat

A Kadir Jasin
SAMA ada Pakatan Rakyat berada diambang kemusnahan atau sedang memasuki zaman baru, bergantung pada reaksinya terhadap pelantikan Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor hari ini.
Yang pasti beliau bukanlah pilihan sukarela Parti Keadilan Rakyat. Beliau lebih berupa kehendak Istana.
PKR terpaksa merestui pencalonan beliau di saat-saat akhir setelah segala usaha “memaksa” Istana menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal tidak berhasil.
Kalau PKR boleh bertolak-ansur dan menerima ketentuan ini dengan kewarasan (wisdom), Mohd Azmin boleh menjadi MB tanpa gangguan dan boleh membuktikan sama ada beliau mampu atau tidak mentadbir Selangor yang telah mengorbankan banyak MB.
Tetapi kalau PKR masih berkeras dan berdendam, besar kemungkinan Mohd Azmin akan menjadi seorang lagi MB Selangor yang dilanda sial dan Pakatan Rakyat menjadi semakin tidak relevan kepada rakyat Selangor.
PKR dan penyokong fanatik Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, boleh menggunakan pelbagai cara mengganggu-gugat kedudukan Mohd Azmin seperti yang mereka lakukan terhadap Abdul Khalid Ibrahim dalam masa beberapa bulan terakhir ini.
Harapan Mohd Azmin satu saja – keakraban dan taat setia beliau yang begitu lama dan tidak berbelah bagi terhadap Anwar. Beliau begitu sabar dan pasrah dikutuk, dicaci dan dimaki-hamun semata-mata kerana taat dan setia kepada Anwar.
Selama 16 tahun Anwar di dalam Umno dan sepanjang Mohd Azmin menjadi pegawai peribadinya, saya telah melihat dan mendengar sendiri bagaimana Mohd Azmin difitnah, dicaci dan dimaki kerana kesetiaannya. Namun beliau setia.

Azmin sah MB Selangor ke-15

KLANG - Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, 50, sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 setelah Istiadat Angkat Sumpah di Balairong Seri Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.42 pagi tadi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan istiadat lantikan Menteri Besar Selangor.

Mohamed Azmin tiba di istana bersama isterinya, Shamsidar Taharin pada jam 8.30 pagi bagi menjalankan raptai penuh sebelum majlis angkat sumpah.

Lantikan Mohamed Azmin, merungkai kemelut politik berpanjangan di Selangor selepas PKR menyingkirkan keahlian bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mohamed Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek telah menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu.

Selain Mohamed Azmin, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Istana perjelas sebab pilih Azmin

Mohamad Munir 
KLANG - Istana Selangor memberikan sebab kelewatan pelantikan Menteri Besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam PR dalam pencalonan menteri besar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Beliau menyatakan Mohamed Azmin dipilih selepas Sultan Selangor mempertimbangkan konsensus PR mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya Mohamed Azmin pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti Pas, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan Adun PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti PR di Dewan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Mohamed Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

MB Selangor ke-15 angkat sumpah

KLANG 23 SEPT: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan DYMM Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.42 pagi
Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.
Kenderaan khas yang membawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali kelihatan memasuki Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi tadi.
Sidang media juga dijadual berlangsung pukul 2 petang ini di kediaman bonda Azmin Ali di Hulu Kelang.
Azmin mendapat surat lantikan dari Istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan tanda tanya siapa bakal menerajui negeri terkaya di Malaysia ini.
PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Azmin memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Pelantikan Azmin sebagai MB Selangor tak jamin krisis Pakatan selesai, kata Husam

Naib Presiden PAS Datuk Husam Muda menegaskan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) tidak bergantung kepada sesiapa tetapi agenda PR dalam menentang rasuah dan kronisme dalam Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 September, 2014.  
Naib Presiden PAS Datuk Husam Muda menegaskan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) tidak bergantung kepada sesiapa tetapi agenda PR dalam menentang rasuah dan kronisme dalam Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 September, 2014. 

Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu hari ini tidak memberi jaminan pergeseran yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) selama ini akan berakhir, kata Datuk Husam Musa.
Naib presiden PAS itu berkata, kekuatan PR yang sebenar adalah apabila Barisan Nasional (BN) terus mengamalkan budaya rasuah dan kronisme yang terus meresap dalam kepimpinan yang diketuai Datuk Seri Najib Razak itu.
“PR ni bukan bergantung pada sesiapa (sama ada) Azmin atau Datuk Seri (Dr Wan Azizah Wan Ismail). Ia bergantung pada agenda PR.

“Selagi BN mengamalkan nepotisme, kronisme, rasuah dan tiada urus tadbir yang baik. PR akan terus kuat. Azmin atau Datin Seri bukan masalah penting,” katanya ketika ditemui pemberita di Markas PKR Ketil, Pengkalan Kubor malam tadi.  Semalam, menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani, Azmin sah dilantik sebagai menteri besar Selangor ke-15.
Azmin, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.30 pagi hari ini.
Menurut surat itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan pelantikan Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mengulas mengenai pergeseran yang berlaku di antara kumpulan ulama dan profesional dalam PAS, Husam berkata partinya masih mencari keseimbangannya dan ia merupakan satu fenomena biasa
“Dalam PAS ini saya tak panggil kemelut. Ia tenaga atom positif dan negatif sedang mencari titik keseimbangannya.

Sultan Selangor lantik Azmin kerana percaya beliau disokong Pakatan

Pemilihan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu dibuat kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yakin timbalan presiden PKR itu mempunyai sokongan padu daripada PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Mohamad Munir Bani. Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu berkata, ‎Sultan mengambil maklum kerajaan Selangor dibentuk melalui kesepakatan antara tiga parti PKR, DAP, dan PAS. Beliau berkata, baginda juga memahami kesepakatan menteri besar perlu dilantik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR untuk mendapat kepercayaaan majoriti dan sokongan daripada parti PR di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).  "Azmin juga merupakan timbalan presiden PKR dan oleh itu Sultan mempunyai keyakinan bahawa sebagai seorang timbalan presiden yang dipilih pastinya mempunyai sokongan padu. "Bukan sahaja daripada PKR malah daripada PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor sekarang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oii sudah-sudahlah tu…

Zulkifli Sulong

Setelah 8 bulan krisis pelantikan menteri besar Selangor berlanjutan, orang ramai berpandangan para pemimpin politik perlu memberikan tumpuan kepada mereka pula. Mereka sudah jelak dengan krisis yang berpanjangan ini dan mahukan semua wakil rakyat yang mereka pilih memberi fokus kepada tugas mereka sebagai wakil rakyat. Mereka mahu jalan-jalan yang berlubang di sana sini ditampal dan mereka mahu parit serta longkang tersumbat diperbetulkan kerana ia menjadi tempat musuh manusia membiak. Mereka juga mahu khidmat kesihatan rakyat dipertingkatkan, kualiti kebersihan dan keindahan dijaga bahkan mereka juga mahu masalah kesesakan dan kelemahan sistem pengangkutan awam diselesaikan segera. Mereka juga mahu kerajaan negeri Selangor yang dikatakan kaya ini mempertingkatkan kemudahan pendidikan dan memastikan harga rumah berpatutan untuk rakyat. Tak guna kerajaan negeri ada berbilion ringgit dalam kantungnya tetapi mereka tetap berada di tahap yang sama. Wakil-wakil rakyat mereka sibuk berpolitik siang malam. Pengkhianat sana, pengkhianat sini, barua sana barua sini. Munafik sana, munafik sini dan entah apa-apa lagi yang dihamburkan.

Selepas sultan berkenan melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang baru, mereka sangat berharap parti-parti Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong beliau sepenuhnya dan mempersiapkan diri untuk maju ke depan. Tiba-tiba, DAP pula membuat kenyataan menyesali empat exco PAS yang bersama-sama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kerajaan negeri, kononnya mereka pengkhianat. Padahal semua tahu, kerajaan Khalid sementara sahaja sebelum menteri besar baru dilantik oleh Tuanku Sultan. Kalau mereka berempat tidak ada di situ, sudah tentu Khalid terpaksa melantik orang lain untuk mempastikan kerajaan itu kekal dan pilihan raya semula negeri tidak perlu diadakan. Kalau lantik orang lain, bagaimana kalau mereka daripada Umno. Adakah itu yang dikehendaki DAP? Jadi agak-agaklah sebelum membuat komen bukan-bukan dan kadang-kadang tidak perlu sebenarnya. Bila DAP dah tuduh macam tu, PAS sudah tentu akan jawab. Sekurang-kurangnya sekarang PAS teragak-agak dalam sikapnya terhadap kerajaan baru di bawah pimpinan Azmin.

MURSHID mahu MB Azmin bina Bank Halal Selangor


Dr. Zaharudin Abd Rahman
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Islam, Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID) mahu MB Selangor yang baharu, Azmin Ali supaya membina bank Islam di negeri itu.
Presiden MURSHID, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berkata, Selangor mempunyai pendapatan lebih RM3 bilion simpanan tunai dan RM60 bilion pelaburan.
"Didoakan agar kekayaan tersebut dirancang sebaiknya bagi manfaat masyarakat kurang upaya dan rendah pendapatan. Juga pelaburan tersebut dipastikan ke tempat yang halal.
"Dengan dana sebanyak itu, saya juga berharap agar Selangor mampu menubuhkan sebuah bank halal contoh, berorientasikan kebajikan tetapi terancang dan berstrategi," ujarnya melalui kenyataan di sini hari ini.
Zaharuddin memberitahu, MURSHID juga mengucapkan tahniah dan dalam masa yang sama takziah kepada Azmin.
"Tahniah diucapkan kepada Azmin atas perlantikan beliau sebagai Menteri Selangor dan takziah atas taklifan amanah berat yang menanti di dunia dan akhirat," katanya.
Justeru, beliau berharap semua pimpinan parti dan ADUN-ADUN Selangor yang terlibat memberi restu dan tidak memanjangkan lagi kemelut yang meletihkan seperti sebelum ini.
Setiap sen dan kepentingan hasil kekayaan negeri adalah milik awam yang mana penentuan pengurusnya dan penerimanya mesti didasari oleh urusan telus, keperluan sebenar, kos paling optima dengan kualiti dan bertanggungjawab terhadap rakyat dan Allah, pemilik seluruh kekayaan alam ini.

Mampukah Azmin kambus lompong Khalid?


Post Pic

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sering digambarkan sebagai musuh politik yang  meretakkan parti itu untuk sekian lama.
Hari ini Azmin akan mengangkat sumpah untuk menyandang jawatan Menteri Besar baru Selangor menggantikan Khalid yang memegang jawatan itu selama enam tahun. 
 
Apakah PKR Selangor,  dan  lebih penting PKR nasional akan kembali aman  selepas  Khalid dipecat dan Azmin diangkat menjadi MB?
 
Hanya masa akan menentukan.  Apa yang jelas ialah krisis MB Selangor  bukan sahaja satu detik hitam di dalam PKR, malah  mencalar PAS dan memberi impak berkekalan kepada parti dan Pakatan Rakyat umumnya. 
 
Semalam Khalid mengakhiri kariernya sebagai MB  dengan menggelar ahli politik sebagai  pelawak  yang suka berperang .
 
Bagaimanapun Khalid sendiri menjadi bahan ketawa beberapa kali, sehingga ramai di dalam dan di luar PKR menggeleng kepala kerana beberapa tindakannya selama menerajui Selangor. 
 
Beliau dipuji kerana rizab RM3bilion Selangor namun dikritik kerana kedekut membelanja duit untuk membaiki jalan atau memastikan sistem kutipan sampah berjalan lancar. 
 
Beberapa janji, contohnya projek pembersihan Sungai Kelang atau mengenal pasti sumber air baru , gagal dilaksana ataupun disempurnakan.
 
Isu Bibile dan Kalimah Allah dibiarkan meleret tanpa ketetapan jelas daripada kerajaan negeri pimpinan Khalid.  
 
Khalid cuba tonjol dirinya sebagai bukan ahli politik
 
Sepanjang enam tahun menjadi MB, Khalid  cuba memberi gambaran bahawa dirinya lebih  seorang pentadbir dan bukan ahli politik.