Isnin, 22 September 2014

Ucapan Perpisahan MB Selangor ke-14 (2008-2014) - Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim

Kedudukan Jari Telunjuk Semasa Tahiyyat Akhir..Turun Balik Atau Kekal? - UAI

Hukum Menderma DARAH - Ustaz Azhar Idrus

Macamana SOLAT Tapi Terhalang Tempat SUJUD? - UAI

Sejarah Wujudnya Mazhab Syafi'e Di Malaysia - UAI

Hukum JIMAK Semasa AZAN - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Robohkan Masjid Untuk Besarkannya - Ustaz Azhar Idrus

Batalkah Wuduk Dengan Mak Saudara Sabit - Ustaz Azhar Idrus

Tak Boleh Berdiri Kerana Sakit, Bolehkah Solat Jamak? - UAI

Wuduk Dengan Tangan Ada 'Plaster' - Ustaz Azhar Idrus

Menyamakan Punggung Isteri Dengan Punggung Ibu - UAI

Caj Perkhidmatan Yang Dibenarkan Syarak Ke Atas Pinjaman - UAI

Darah Keluar Ketul-ketul Selepas Beberapa Hari Tidak Datang Haidh - UAI

Amalan Keluarga Si Mati Beri Duit Kepada Jemaah Selepas Solat Jenazah - UAI

Hukum Perempuan Bertakbir Kuat - Ustaz Azhar Idrus

Sedekah Pahala..Adakah Pahala Jadi Kurang? - Ustaz Azhar Idrus

QADA' Yang Boleh Diubah Dengan DOA - Ustaz Azhar Idrus

Kenyataan Media dari Presiden Keadilan mengenai lantikan Azmin sebagai MB Selangor

KENYATAAN MEDIA

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi 
Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. 
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. 
Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka. 
Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. 
Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. 
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu. 
Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. 
Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor. 
Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor. 
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
22 September 2014

RESOLUSI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN BERHUBUNG PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pada hari ini, 22 September 2014 berikutan perkembangan terbaru perlantikan Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah resolusi yang telah diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut:
1.      MPP mengambil maklum bahawa pada 22 September 2014, pihak Istana telah mengutuskan satu surat memaklumkan kepada Saudara Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN akan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau telah juga dijemput untuk upacara angkat sumpah pada 23 September 2014.
2.      MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.
3.      Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.
4.      Walau bagaimana pun, MPP juga mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat.

Pejabat penasihat ekonomi S'gor ditutup - MMKN

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), kata CEO Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata, SSIC merupakan pusat sehenti dan memiliki  pegawai-pegawai  terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran,  prosedur dan promosi.

Menurutnya, pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI.

Tambahnya, ia bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Khalid: Terima kasih rakyat Selangor!


Syukur Alhamdulillah hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor selepas lebih enam tahun memegang jawatan ini bermula pada Mac 2008 sehinggalah ke hari ini, 22 September 2014.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua terutama kepada rakyat Selangor yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui pentadbiran negeri termaju di Malaysia ini.

Saya juga amat berbangga dengan kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan, anak-anak syarikat, agensi kerajaan dan badan-badan berkanun yang membolehkan banyak perubahan dilaksanakan berbanding pada awal pertukaran pucuk pimpinan.

Saya berbangga kerana dalam tempoh enam tahun ini, Negeri Selangor yang diurus berlandaskan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik terutama kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti telah mencapai banyak kejayaan yang membanggakan dan lebih penting Negeri Selangor bebas dari gejala rasuah dan penyelewengan.

Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat yang diperkenalkan sejak 2008 menerusi program-program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kita telah membelanjakan lebih RM1.6 bilion semenjak 2008 bagi membiayai pelbagai inisiatif dan skim bersifat kebajikan di bawah MES di mana sekurang-kurangnya empat juta penduduk di Selangor menikmati salah satu daripada inisiatif ini.

Azizah tarik diri calon MB Selangor

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memutuskan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai menteri besar Selangor.

Katanya, beliau menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Selangor yang memperkenankan pelantikan Timbalan Presiden, Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Berikut adalah kenyataan penuh Wan Azizah:

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.

Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.

Azizah restu Azmin jadi MB Selangor

PKR sebulat suara bersetuju Timbalan Presidenya, Mohamed Azmin Ali untuk menerima jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.
Azizah
Mohamed Azmin ketika ditemui media di luar ibu pejabat PKR malam tadi berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada parti sebaik sahaja beliau menerima surat pelantikan daripada istana pada jam 3 petang tadi.

Sehubungan itu, satu mesyuarat tergempar biro politik diadakan  pada jam 5 petang, disusuli pula dengan pertemuan bersama semua Adun PKR Selangor pada jam 5.30 petang dan pada jam 6 petang mesyuarat bersama pimpinan tertinggi parti diadakan.

"Sebaik menerima (surat perlantikan) seperti yang saya janjikan pada parti sebelum ini, saya terus maklumkan kepada Ketua Umum ( Datuk Seri Anwar Ibrahim)  tentang perkembangan terbaru itu.

"Saya berterima kasih kepada Presiden parti (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan rakan-rakan pimpinan kerana sebulat suara memilih saya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, " katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana Sultan Selangor telah berkenan memilih beliau menjadi pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Isnin lalu, spekulasi mengatakan Mohamed Azmin bakal menerajui negeri Selangor tersebar luas apabila beliau antara tiga Adun yang disenarai pendek selain Iskandar Abdul Samad ( Adun Chempaka- Pas)  dan  Dr Mohd Yunus Hairi (Adun Sijangkang- Pas).

Sementara Anwar yang ditemui selepas mesyuarat itu juga enggan memberi memberi komen lanjut hanya memaklumkan yang keputusan mesyuarat yang diadakan itu positif.

"Mesyuarat tadi keputusannya positif," katanya ringkas.

Saya akan terus berkhidmat sebagai Anggota Parlimen - Abdul Khalid

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai Anggota Parlimen Bandar Tun Razak walaupun tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata bagaimanapun kedudukannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang akan diputuskan beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, November ini.

"Saya tidak akan meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen tetapi (jawatan) Adun saya akan tunggu sidang (DUN) nanti baru saya buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perpisahan beliau sebagai Menteri Besar Selangor hari ini.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya turut berpesan kepada menteri besar Selangor yang baharu supaya menunaikan janji yang telah dibuat kepada rakyat dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

Ia termasuklah rancangan pemberian saham air kepada rakyat Selangor selepas penstrukturan industri air selesai sepenuhnya.

"Kita hampir menyelesaikan sepenuhnya penyusunan semula industri air Selangor...bererti aset air Selangor melebihi RM14 bilion kembali balik kepada kerajaan negeri dan akan diserahkan kepada rakyat Selangor.

Kajang Move: From Act 1 to denouement

The chronology of events leading to Khalid Ibrahim's ouster and the appointment of Azmin Ali as the new Selangor Menteri Besar.

Notwithstanding rivalries within PKR, it is generally understood that the Menteri Besar fiasco began with the Kajang Move. To understand the crisis that now faces Selangor, one needs to look at the events that led to the move to oust Khalid Ibrahim from the MB’s position and who were the personalities that provided the rationale and momentum for his removal.
langkah kajangThe Pakatan Rakyat (PR) coalition has been ruling Selangor continuously for six and a half years, having won the state in the March 2008 election from Barisan Nasional.
PR is now into its second term, governing Selangor with a mandate renewed by the electorate in GE13, held in May 2013. PR holds the majority in the Selangor State Assembly with 44 representatives in an assembly of 56. The representation in the state house is as follows: PKR 13+(1 Khalid Ibrahim, now independent), DAP 15, PAS 15. Umno has 12 assemblymen.
It is unclear when the planning for the Kajang Move began, but the person most associated with the plot is PKR vice president and political strategist Rafizi Ramli. He apparently worked together with Parliamentary Opposition Leader Anwar Ibrahim.
Last January, Kajang state assemblyman Lee Chin Cheh resigned after only eight months into his term. PAS criticised Anwar Ibrahim for engineering the Kajang by-election, seeing the move as a wasteful political exercise and a burden to an electorate already fatigued by GE13.
The candidate intended as replacement for Lee was Anwar himself, but due to an unfavourable scheduling of his appeal to the Federal Court in his sodomy case, PKR President Wan Azizah Ismail became the candidate instead.
Here are other highlight events in the Selangor political crisis:
  • March 23: Wan Azizah wins the Kajang by-election in a straight fight against MCA’s Chew Mei Fun with a reduced majority for PKR.
  • June-July: A campaign to malign Khalid gains momentum after he loses in the PKR divisional polls for Kuala Selangor. He is criticised for his failure to solve the Kidex Highway issue, his unilateral approval of the Federal-sponsored Selangor “water deal”, his ineffectual handling of the confiscation of Bibles by the Selangor Religious Department, his out-of-court settlement with Bank Islam in a suit over his personal debts amounting RM 66 million, and a controversial land deal involving Ecoworld.

Khalid Ibrahim mangsa sikap sinisnya terhadap politik

Kemungkinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus bergelumang dalam politik setelah lebih enam tahun menerajui pentadbiran negeri Selangor, kini hampir pasti adalah sesuatu yang mustahil. 
 
Ini kerana sebaik sahaja mengosongkan pejabat Menteri Besar Selangor, petang semalam, beliau meluahkan pandangan dari lubuk hatinya betapa politik sebenarnya “gelanggang bagi pelawak”.  
 
"Apa yang saya minta penuh kesabaran.. Biar ahli politik berperang,  biar ahli politik berlakon.. Lama-lama mereka menjadi lawak jenaka yang dikenang selamanya," katanya ketika berucap di majlis perpisahan dengan kakitangan kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
 
Kenyataan itu menggambarkan kekecewaannya dan sikapnya yang sebenar terhadap dunia politik – medan orang taksub kuasa dan banyak berpura-pura. 
 
Mungkin yang menyedihkan beliau ialah hasrat berkhidmat di Selangor harus berakhir apabila dipecat oleh parti politik, PKR, yang beliau turut bina sendiri.
 
Khalid menyertai PKR sebelum pilihanraya umum ke-12. Pengalaman korporatnya membantu PKR membentuk persepsi baik di minda rakyat betapa perjuangannya disertai oleh tokoh-tokoh besar seperti Khalid.
 
Apabila tanpa banyak soal, PKR mencalonkannya menjadi Menteri Besar Selangor sebaik sahaja keputusan pilihanraya umum 2008 diumumkan, Khalid berasa cita-citanya ingin berkhidmat sudah tercapai. 
Selangor disusunnya sebagai sebuah badan korporat. Beliau amat berhati-hati apabila dikunjungi oleh ahli-ahli perniagaan kerana “melayan kecurigaan bahawa mereka sentiasa berminat untuk membuat untung”.

Khalid juga lebih berhati-hati dengan setiap kunjungan ahli politik kerana memang beliau sinis dengan gelagat mereka yang sentiasa berfikir cara untuk berkuasa. 
 
Malah sejak bergiat dalam dunia korporat dan menggauli politik Umno sebelum itu, beliau amat berwaspada terhadap spesis politik yang “bukan sahaja kemaruk kuasa malah mahu mengaut laba material pada masa sama”. 
 
Ini mendorong ramai ahli perniagaan yang sama ada secara senyap dan terbuka yang mengadu kepada demang-demang politik bahawa Khalid ini bersikap sinis terhadap mereka.
 
PKR tak suka Khalid 
 
Dihimpun dengan pengalaman kebanyakan ahli politik yang melihat dan merasakan sendiri bagaimana Khalid adakalanya bersikap dingin terhadap mereka, kehadiran Khalid sebagai ketua eksekutif Selangor membuat mereka tidak selesa.
 
Sikap sinisnya terhadap ahli-ahli politik ini amat disedari oleh ahli keluarganya sendiri. Ini mendorong ada di antara mereka berdoa supaya Khalid “dibebaskan” dari jawatan politik dan aktif sebagai penyokong sahaja. 
 
Keluarganya khuatir sikap sinis Khalid ini akan dibalas oleh pelbagai fitnah dan cabaran hingga ada yang berseloroh mereka sanggup “menderma pada PKR jutaan ringgit” jika Khalid diizinkan melepaskan jawatan Menteri Besar. 
 

PAS Selangor sambut baik pelantikan Azmin sebagai MB baharu


Post Pic

SHAH ALAM: PAS Selangor akan memberikan kerjasama kepada Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali, ujar Setiausaha PAS negeri itu, Mohd Khairuddin Othman.
 
Ujarnya PAS Selangor menerima dengan hati terbuka pelantikan Azmin yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Justeru, beliau berkata PAS Selangor berharap Azmin akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
"PAS Selangor menerima titah Tuanku dengan hati yang terbuka dan kita ucap tahniah kepada YB Azmin Ali, atas pelantikan dan kepercayaan yang telah diberikan pihak istana kepada beliau
 
"Saya mewakili PAS Selangor, serta rakyat negeri juga berharap Azmin menjalankan amanah dengan baik di Selangor, dan PAS Selangor bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor yang baharu," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi. 
 

Umno: Pelantikan Azmin belum tentu selesai kemelut Pakatan


Post Pic

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsuddin Lias percaya kemelut jawatan Menteri Besar Selangor ini tidak akan berakhir meskipun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai menyandang jawatan itu, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Ujarnya PKR dan DAP masih belum menyatakan pendirian mereka ekoran kedua-dua parti itu hanya mahukan presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB.
 
"Sebenarnya benda ni belum berakhir lagi, saya tak tahu pendirian PKR, DAP. Samada Anwar (terima) atau adakah dia masih mahu isteri dia menjadi MB. Kalau dia mahu maka perkara ni akan berlarutan," katanya kepada Antarapos.
 
Walau bagaimanapun beliau yang merupakan ADUN Barisan Nasional (BN) berkata, parti itu menerima sesiapa sahaja calon yang dilantik Baginda. 
 
"Kita ADUN BN tidak persoalkan siapa MB Selangor yang dilantik Sultan. Sesiapa yang dilantik Tuanku, kami akur" katanya.
 

Istana: Jawapan kenapa pilih Azmin dijawab esok

Datuk Mohamad Munir Bani 
SHAH ALAM - Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali telah menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama di sini petang ini.
 
"Ya saya sahkan surat pelantikan (sebagai menteri besar baharu) telah diserahkan kepada Mohamed Azmin hari ini.
 
"Pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Mohamed Azmin dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu," katanya.
 
Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi esok.

Pengesahan daripada Mohamad Munir sekali gus menamatkan teka teki siapa pengganti Abdul Khalid bagi mengisi jawatan tertinggi pentadbiran Selangor itu.
 
Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu bagaimanapun sebelum itu memberitahu Bernama nama menteri besar Selangor yang baharu hanya akan diumumkan pagi esok.

Azmin MB baru, dapat restu PKR

Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa esok.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungi Malaysiakini,  mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar kepada Azmin hari ini.

Sementara itu, Munir dipetik oleh Bernama sebagai berkata pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Azmin dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar hari ini.

Petang tadi, Khalid diraikan dalam majlis perpisahan yang dihadiri lebih 200 kakitangan.

Azmin telah selesai mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kira-kira jam 7.30 malam ini di ibu pejabat PKR.

Anwar dan Wan Azizah beredar meninggalkan ibu pejabat PKR tetapi Azmin masih berada di situ dan dijangka mengeluarkan kenyataan penuh pada jam 8 malam.

Ketiga-tiga mereka tersenyum ketika mereka keluar dari bilik mesyuarat.

Azmin kemudiannya pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti.

Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor.

Sementara itu, PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menulis dalam twitter, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh.

Khalid mahu pengganti bertanggungjawab

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu perlu memberi khidmat kepada rakyat di atas dasar tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penggantinya harus komited dalam mengurus dan mentadbir Selangor agar setiap keluarga yang berada di negeri ini mendapat hak kelebihan dan kebajikan sama rata.

“Kalau ada (cara) yang betul, kita pertingkatkan, kalau ada (cara) yang salah, kita hentikan kerana dengan cara itulah kita dapat menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang paling maju di Malaysia.

“Kita perlu tentukan setiap keluarga merasakan mereka sebahagian daripada negeri ini. Kakitangan saya sanggup bekerja siang malam, Sabtu dan Ahad untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Kita (pemimpin) mesti melakukannya (tugas) atas dasar tanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis perpisahan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mencabar penggantinya untuk mengembalikan semula aset penyusunan semula air Selangor yang bernilai jutaan ringgit kepada rakyat secara saham.

Khalid MB terbaik Selangor, kata Khusrin


Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor terbaik yang mampu menjalankan pentadbiran negeri tanpa pengaruh politik. Khusrin berkata, penjawat awam mudah bekerjasama dengan Khalid kerana polisinya jelas dan dasarnya yang telus sehingga hasilnya perolehan rizab naik RM3 bilion. "Kerja 4 tahun dengan beliau cukup selesa, tidak ada campur tangan politik. Kita bebas buat keputusan mengikut dasar yang ditetapkan. "Terima kasih atas tunjuk ajar dan didoakan semoga beliau diberikan kekuatan dan kita percaya beliau akan terus dikenang sebagai seorang menteri besar yang melakukan perubahan transformasi ke atas pentadbiran kerajaan," katanya pada majlis perpisahan Khalid di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Sayonara dan terima kasih Khalid

Kita telah dapat mengembalikan isu air kepada rakyat Selangor selain kita dapat menjadikan negeri Selangor memperolehi aset yang lebih besar.

SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi menyatakan beliau langsung tidak pernah melihat majlis perpisahan yang sebegitu meriah terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid.
Menurutnya, ia merupakan majlis perpisahan yang sangat luar biasa.
“Saya turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid atas tunjuk ajar dan banyak kejayaan yang telah kita capai bersama.
khalid perpisahan“Antaranya kita telah dapat mengembalikan isu air kepada rakyat Selangor selain kita dapat menjadikan negeri Selangor memperolehi aset yang lebih besar,” katanya sewaktu berucap di majlis perpisahan Khalid di SUK.
Tambahnya lagi, selaku penjawat awam, kehadiran Khalid telah memudahkan pihaknya untuk melaksanakan dasar-dasar yang telus dan memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Selangor.
Jelasnya, dengan kehadiran Khalid, rizab kerajaan negeri telah meningkat sebanyak RM 3 billion.
Khusrin turut memuji Khalid kerana langsung tidak mencampur adukkan urusan kerajaan negeri dengan urusan politiknya.
“Kita selaku pentadbir negeri merasa bebas untuk membuat keputusan selagi tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
“Marilah kita sama-sama doakan supaya Khalid diberi kekuatan dan kesihatan dan semoga Khalid terus dikenang kerana telah berjaya melakukan transformasi,” ujarnya.
Dalam majlis itu lebih 100 orang kakitangan SUK turun ke foyer SUK bagi meraikan hari terakhir Khalid sebagai Menteri Besar.

“Terima ucapan terima kasih, tetapi tidak terima ucapan selamat tinggal” - Khalid

Kita kena teruskan kerja kita. Lama-kelamaan lawak jenaka mereka akan terus dikenang selamanya.

khalid2SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis perpisahannya di SUK merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rakan-rakan sekerja kerana telah berjasa bagi menyelesaikan masalah air di Selangor.
Menurutnya, aset sebanyak RM14 bilion telah kembali kepada rakyat Selangor.
“Jika kita tak berjaya lakukan (mengembalikan hak air), rakyat selangor akan menghukum kita kerana ia merupakan antara manifesto yang kita bawa,” katanya sewaktu berucap di majlis perpisahannya.
Khalid hadir ke foyer SUK dengan riak wajah yang ceria dan beliau turut menyatakan bahawa beliau terima ucapan terima kasih tetapi beliau turut menyatakan belum tiba masanya lagi untuk mengucapkan selamat tinggat.
“Saya terima ucapan terima kasih tapi ucapan selamat tinggal belum lagi,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan terima kasih dan rasa bertuahnya kerana beliau diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugas dengan telus dan penuh bertanggungjawab.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kerajaan negeri kerana sanggup bekerja siang dan malam, Sabtu dan Ahad untuk bersama-sama dengan menteri besar.
“Sebagai menteri besar, saya tak tahu hari cuti dan hari Sabtu Ahad,” ujar beliau.

Khalid Ibrahim mahu Pakatan Rakyat direformasi

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat perlu direformasikan.

Beliau menyifatkan cara berpolitik Pakatan Rakyat masih berada di takuk lama dan memerlukan nafas baharu.

“Inilah masa terbaik untuk sertai Pakatan dan mereformasikan Pakatan Rakyat,” kata Khalid ketika ditemu bual Astro AWANI di pejabatnya di Shah Alam.

Khalid putuskan statusnya sebagai ADUN Pelabuhan Klang November ini


Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memutuskan sama ada terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang atau sebaliknya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.
 
Katanya, selepas menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baharu esok, beliau akan bercuti panjang dan berada di luar negara bersama keluarga dan rakan-rakannya.
 
"Tunggu sidang DUN November ini. Saya akan putuskan sama ada nak kekal sebagai ADUN atau sebaliknya. Sekarang saya mahu bercuti dan berehat. Saya nak habiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan yang sudah lama hendak saya bercuti," katanya kepada pemberita selepas majlis perpisahan Menteri Besar di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, petang ini.
 
Abdul Khalid memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) Mei tahun lalu setelah bertanding atas tiket PKR.
 

Azmin is new Selangor MB

The appointment is effective tomorrow.

SHAH ALAM: PKR Deputy President Azmin Ali has been appointed Selangor Menteri Besar to replace Abdul Khalid Ibrahim.
A letter sent to Azmin by the Selangor Palace this afternoon said the appointment is effective tomorrow.
azmin(1)
The brief letter, signed by the Selangor Sultan’s private secretary Mohamad Munir Bani, asked Azmin to attend a swearing-in ceremony at the Istana Alam Shah in Klang at 10.30am.
Azmin represents Bukit Antarabangsa in the Selangor State Assembly.
His path to the MB’s post may well have been paved during a much publicised fallout with the outgoing MB, when he was unceremoniously sacked from the board of the Selangor State Development Corporation (PKNS) in January 2014.

Sultan S'gor lantik Azmin MB baru

Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa esok.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungi Malaysiakini,  mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar kepada Azmin hari ini.

Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar hari ini.

Petang tadi, Khalid diraikan dalam majlis perpisahan yang dihadiri lebih 200 kakitangan.

Sementara itu, PKR mengadakan mesyuarat petang ini di ibupejabatnya berhubung perkara itu.

MB Selangor : Biar orang politik berlakon dan berdrama hingga jadi lawak jenaka


Soalan UPSR: 4 sudah bocor, apa lagi yang tinggal

 KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) melahirkan rasa kesal dan dukacita atas berita yang menggemparkan sekali lagi persada pendidikan negara iaitu dakwaan kebocoran soalan UPSR bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil hari ini.

Presiden Pendidik, Normala Sudirman menggesakan agar tindakan sewajarnya diambil dan penubuhan suruhanjaya bebas yang telus serta berintegriti harus berperanan secara optimum dan efektif terhadap tragedi malang ini.

"Ia amat memalukan dan mencalar imej Kementerian Pendidikan Malaysia dan profesionalisme perguruan serta sejarah pendidikan di Malaysia.

"Saya mewakili warga pendidik di Malaysia ingin mendesak agar tindakan adil dan saksama di ambil, tanpa memilih siapa dan apa pangkat mereka," katanya.

Tambahnya, jika mereka yang membocorkan soalan itu terdiri dari orang atasan di Kementerian Pendidikan Malaysia atau Lembaga Peperiksaan Malaysia, maka tindakan tegas harus diambil.

"Jangan 'ikan bilis' ditangkap, digari dan dihina walaupun belum terbukti bersalah tetapi 'jerung' dilepaskan. Jangan bersikap 'double standard'," tegasnya lagi yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

Katanya, masyarakat melihat guru ditangkap di sana sini, tangannya digari dan ditahan reman namun siapa pula orang atasan yang terlebih awal membocorkan soalan.

"Mana mungkin guru boleh dituduh sebegitu rupa jika 'orang atasan' di KPM tidak memulakannya," ujarnya lagi.

Katanya, NGO Pendidik menerima banyak aduan warga pendidik yang marah atas apa yang dilakukan terhadap guru yang didakwa.

Ts Khalid cabar pengganti pulang keuntungan aset air kepada rakyat Selangor

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan terakhirnya sebagai menteri besar Selangor mencabar penggantinya memulangkan hasil keuntungan aset air kepada rakyat. Beliau berkata, penggantinya perlu memulangkan aset air bernilai RM14 bilion secara saham seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Ini cabaran kita kepada pemimpin akan datang.  "Jika tidak rakyat akan hukum mereka kerana sudah janji dalam manifesto PRU lalu," katanya ketika berucap di depan kira-kira 1,000 kakitangan awam pada majlis perpisahannya di foyer Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam.

Ts Khalid akan kenang gelagat berpolitik sebagai lawak jenaka

Post Pic
SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengenang gelagat berpolitik membabitkannya sebagai Menteri Besar Selangor selama enam tahun ini sebagai lawak jenaka.
Ujarnya terlalu banyak pahit manis yang dilalunya sepanjang menjawat jawatan itu namun beliau berbangga dipilih mengetuai Selangor, negeri yang terkaya dan termaju di negara ini.
"Ini bukan masanya nak ucap selamat tinggal dan kenang mengenang. 
"Apa yang saya minta penuh kesabaran.. Biar politik berperang biar ahli politik berlakon.. Lama-lama mereka menjadi lawak jenaka yang dikenang selamanya," katanya berseloroh ketika berucap di majlis perpisahan yang dirancang khas untuknya petang ini.


PRK N.01: Isu royalti isyarat kemenangan awal

TUMPAT: Pertubuhan R Kelantan menyifatkan sifat gelabah Umno terhadap isu tuntutan royalti sebagai suatu kemenangan awal pengundi di Pengkalan Kubor dan seluruh rakyat Kelantan.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, isu royalti yang digerakkan Pertubuhan R ternyata mendapat perhatian pemimpin utama negara.

“Kami bersyukur dan amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana menjadikan isu tuntutan royalti sebagai tumpuan kempen di Pengkalan Kubor.

“Pertubuhan R Kelantan memandang serius kenyataan Tan Sri Muhyidin Yassin menuduh NGO R membawa berita palsu dan fitnah,” katanya di sini.

Baru-baru ini Muhyiddin mencabar PAS menyiasat sendiri kewajaran Kelantan mendapat royalti minyak RM12 bilion.

Malah BN juga menaikkan iklan gergasi di beberapa tempat di kawasan pilihan raya Pengkalan Kubor dengan menyebut RM12 bilion fitnah besar PAS.

Nazri berkata, tuntutan royalti berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian dan surat cara yang ditandatangani Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Nasir pada 9 Mei 1975.

PRK N.01: Persetujuan Pusat-MAIK hina mahkamah, kata MP

PAS mendakwa tindakan kerajaan Persekutuan mengadakan persetujuan bersama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) berhubung pemberian 50 peratus wang ehsan sebagai menghina mahkamah.

Penasihat jentera pilihan raya kecil PAS Pengkalan Kubor Datuk Takiyuddin Hassan mempersoalkan bagaimana persetujuan itu boleh dicapai walaupun kes itu masih dibicarakan di mahkamah.

"Mahkamah belum putuskan lagi soal tiga batu nautika, itu pun belum diputuskan mahkamah. Saya salah seorang peguam yang hadir bagi kes ini.

"Kes ini dalam mahkamah. Tuntutan (masih) dalam mahkamah. Boleh ke kerajaan pusat mengatasi mahkamah? Ini penghinaan mahkamah," katanya pada sidang media di markas PAS DUN Pengkalan Kubor hari ini.

Bagaimanapun, Takiyuddin yang juga MP Kota Bharu wang ehsan sebanyak 50 peratus akan tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti minyak masih dibicaralan di mahkamah.

“Persoalan (pembahagian 50 peratus) tak timbul walaupun diberi atau diterima oleh MAIK," kata pengarah operasi pilihan raya PAS Kelantan.

"Kalau hendak bagi (wang ehsan) boleh, tetapi ini bukan penyelesaian tuntutan dari kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Pusat,” katanya lagi.

Bukan penyelesaian

Sebelum ini, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu satu persetujuan telah dicapai antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan MAIK untuk membahagikan wang ehsan negeri itu secara 50-50 bermula Januari tahun depan..

PRK N.01: Muhyiddin elok tumpu isu soalan UPSR bocor..

TUMPAT: Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta menumpu perhatian menyelesaikan isu kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (USPR) sebelum datang berkempen ke Pengkalan Kubor.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, kebocoran soalan UPSR cukup memalukan negara memandangkan dua menteri menjaga Kementerian Pelajaran.

“Paling memalukan dua orang menteri menerajui Kementerian Pelajaran, namun masih boleh berlaku soalan UPSR bocor.

“Soalan UPSR pun boleh bocor, kalau soalan SPM bocor agak kurang memalukan sikit,” katanya pada ceramah di Unit Peti Undi Bunohan malam tadi.

Hadir sama anggota jawatankuasa Pimpinan PKR Pusat, Mustafa Kamil Ayub dan calon Pakatan Rakyat Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Suasana tempat ceramah agak tegang sedikit memandangkan Umno juga dibenarkan pihak keselamatan mengadakan ceramah di kawasan berhampiran.

Biar pun corong pembesar suara tempat ceramah BN lebih kuat, namun kehadiran pendengar tidak penuh di bawah khemah.

Berbeza dengan tempat ceramah PAS apabila kehadiran memenuhi sebuah kedai makan berdekatan dan ramai lagi terpaksa berdiri di kiri dan kanan jalan.

Legasi Ts Abdul Khalid: Rizab simpanan RM3.3 bilion, pelaburan RM60 bilion diamanahkan kepada MB baru

tunggu MB di SUK (7)SHAH ALAM 22 SEPT: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008.
Katanya ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti.
Abdul Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf.
“Bekalan air bersih yang sentiasa diselenggara dan diberi percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan, ratusan juta ringgit disalurkan bagi kemajuan pendidikan di Unisel dan Kuis, di sekolah agama rakyat, kelas fardu ain dan al-Quran dan institusi tahfiz.
“Tidak dilupakan, RM10 juta disalurkan saban tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Besar.
Abdul Khalid berkata hampir empat juta rakyat menikmati pelbagai bantuan kebajikan disalurkan menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), yang nilainya sudah mencecah lebih RM1.65 bilion.

Dipilih jadi MB hanya khabar angin kata Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu hanyalah khabar angin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.

"Belum diputuskan lagi. Khabar angin," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas SMS kepada Astro AWANI.

Azmin disebut-sebut akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.

Selain Azmin, dua Adun PAS, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi turut dikatakan tersenarai sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun Iskandar menafikan beliau dipilih menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Saya difahamkan bukan saya.

"Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'," katanya ketika dihubungi Astro AWANI semalam.

Tiba-tiba Tun M minta semua pihak perlu akur pilihan Sultan Selangor

PUTRAJAYA: Semua pihak harus akur dengan pemilihan calon Menteri Besar Selangor yang baharu oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengelak krisis politik berpanjangan di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
  
Beliau berkata pemilihan Sultan Selangor perlu diterima semua pihak terutamanya Pakatan Rakyat ekoran kegagalan mereka mengemukakan calon tunggal Menteri Besar Selangor yang disokong oleh semua.
  
"Mereka tidak dapat membuat kata putus bersama untuk mengemukakan satu calon... sebab itu Sultan meminta dua tiga calon dan terpulang pada Sultan untuk memilih sesiapa dan saya harap semua pihak akan bersetuju," katanya.
  
Dr Mahathir berkata sekiranya terdapat usul tiada kepercayaan dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri Rakyat yang menyebabkan Menteri Besar yang dipilih itu 'jatuh', ia hanya memanjangkan masalah di negeri itu.
  
"Berpanjangan masalahnya dan lebih baik mereka sokong siapa yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar," katanya kepada media selepas melancarkan projek pembangunan bercampur Shapadu Putrajaya Haven di sini, hari ini.

Pemuda PAS seru Majlis Syura, AJK Pusat duduk semeja bincang hala tuju parti


Dewan Pemuda PAS hari ini menyeru Majlis Syura Ulama dan ahli jawatankuasa (AJK) Pusat duduk bersama bagi membincangkan hala tuju parti itu selepas muktamar pada minggu lalu dilihat masih gagal menyatukan dua pihak bertelagah. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata dengan adanya perbincangan secara mendalam dua kelompok berkenaan, pelbagai masalah dalaman parti dapat diselesaikan secara musyawarah. “Majlis Syura dan AJK PAS Pusat mesti duduk bersama memikirkan dari segi apa yang sebenarnya dikehendaki PAS itu sendiri. Dengan itu boleh menyelesaikan masalah tersebut. “(Contohnya) satu pihak kata boleh, satu pihak kata tak boleh, tapi merujuk perlembagaan yang sama. Dua-dua kena duduk berbincang bagaimana mendapatkan konklusi,” katanya kepada The Malaysian Insider. AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin semasa ucapan penggulungan di Muktamar PAS pada Sabtu berkata Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak melampaui kuasa dalam menetapkan calon menteri besar Selangor. Katanya, pindaan perlembagaan pada 1983 memutuskan tugas presiden perlu menumpukan soal tanggungjawab bersama dan turut menghapuskan pemusatan kuasa kepada presiden. "Ia dipinda dan sememangnya tidak ada peruntukan khusus (kuasa presiden). Kita tidak menafikan presiden boleh buat keputusan tetapi dari soal perlembagaan, presiden biasanya merujuk kepada AJK PAS Pusat," katanya. Suhaizan berkata, perbincangan di antara ahli kedua-dua badan dalam PAS itu penting kerana mereka mentafsirkan perlembagaan parti yang sama tetapi mempunyai pandangan yang berlainan. “Dua-dua pihak sayang PAS, tetapi dari segi Perlembagaan, mempunyai dua tafsiran.

Isu perlantikan MB Selangor

Adakah nasihat DYMM Sultan Nazrin bahawa raja-raja secara rasmi melantik (dan tidak memilih) perdana menteri-perdana menteri, menteri besar-menteri besar dan ketua menteri-ketua menteri difahami dengan betul di Selangor?

Dalam syarahan umum di Hotel Raffles di Singapura pada 27 Julai 2004 anjuran Institut Pengajian Asia Tenggara (Institute of South-East Asian Studies), Raja Nazrin Shah (sekarang DYMM Sultan Nazrin Shah Perak) dalam penjelasan terperinci mengenai sistem raja berperlembagaan Malaysia dengan jelas berkata seperti berikut (dalam Bahasa Inggeris):
“The Agong formally appoints ( but does not select) the Prime Minister…. Correspondingly, the Rulers at State level appoint the Chief Ministers.”
Kata-kata DYMM ialah pernyataan mudah difaham mengenai prinsip utama bahawa sokongan majoriti di dewan undangan adalah pra-syarat asas bagi pelantikan Menteri Besar sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 53 (2) (a) Perlembagaan Negeri Selangor. Dalam mentafsirkan peruntukan yang sama dalam perlembagaan negeri Perak dalam kes Mohammad Nizar Jamaluddin v Zambry Abdul Kadir [2010] 2 CLJ 925, Ketua Hakim Negara Ariffin Zakaria memetik dengan kelulusan penyataan berikut yang dibuat oleh Presiden Mahkamah Rayuan Raus Sharif seperti berikut (dalam Bahasa Inggeris):
“The DYMM Sultan of Perak in exercise of His Royal Prerogative under Article XVI(2)(a) of the Perak State Constitution is at liberty to appoint another Menteri Besar to replace Nizar. But His Royal Highness must appoint someone who has the command and the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly” (penekanan kami)
Kenyataan undang-undang ini merangkumi prinsip asas politik - bahawa rakyat yang memilih pemimpin yang dipilih mereka dan dalam sistem raja berperlembagaan Malaysia, bahawa ia adalah majoriti wakil rakyat yang kemudiannya memilih perdana menteri mereka, menteri besar atau ketua menteri sebagai mana yang berkenaan. Dan, secara konvension atau amalan, di Malaysia dan di negara-negara lain dengan sistem yang sama, ia adalah parti-parti politik yang menguasai majoriti di dewan undangan yang dipilih yang memilih nama baru perdana menteri, atau menteri Besar atau ketua menteri untuk negeri-negeri.

Muktamar Pas: Ketegasan Hadi dan 'ribut' melanda Mat Sabu


Selepas dihentam teruk, mampukah Mat Sabu kekal jadi timbalan presiden pada muktamar tahun depan?- Foto: FAZRY ISMAIL
Selepas dihentam teruk, mampukah Mat Sabu kekal jadi timbalan presiden pada muktamar tahun depan?

Ribut dan hujan lebat mengiringi penangguhan Muktamar Pas Pusat Kali Ke-60 di Parit Raja, Batu Pahat kelmarin.
Cadangan menamatkan sesi terakhir muktamar sekadar pukul 2.30 petang pun 'lari' dari jadual. Hampir pukul 5 petang juga persidangan menamatkan dengan penggulungan wakil-wakil dewan dan pucuk pimpinan parti.
Ribut diluar, ribut juga dalam muktamar termasuk penggulungan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang (gambar bawah) pun lebih 'panas' daripada biasa. Tak banyak diselitkan ayat-ayat al Quran seperti biasa, Hadi terpaksa berucap seperti pemimpin politik berbanding tok guru. Ada yang kata, ia ucapan kedua hebat Hadi selepas berucap di Taman Melewar pada tahun 1986 selepas peristiwa Memali.

Rumusannya, Pas perlu istiqamah kepada ajaran agama termasuk menghadapi serangan daripada luar dan dalam parti. Pas, nasihatnya jangan jadi seperti sesetengah parti Islam di luar negara yang bertukar menjadi sekular gara-gara tidak istiqamah dengan al-Quran dan sunnah. Mengenai tahaluf siyasi, Hadi setuju untuk meneruskan kerjasama namun mengingatkan 'kalau tidur sebantal, jangan ingat rumah kita sama'.
Hadi juga menegaskan Pas tak perlu takut mempertahankan prinsip perjuangan walaupun tak senada dengan PKR atau DAP. Beliau juga marah dengan tindakan dua ADUN Pas yang menyokong Wan Azizah sebagai MB baru-baru ini sampai terkeluar perkataan barua dan broker.
Setakat ini, katanya, Pakatan Rakyat masih mempunyai musuh yang sama iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Dalam isu MB Selangor, Hadi berkata, Pas tidak pelahap hendak jawatan peneraju kerajaan negeri terkaya di Malaysia itu cuma bertindak campur tangan selepas parti rakan tahaluf, PKR gagal menanganinya. Jika ia melibatkan maslahah umum, Pas perlu bertindak, katanya.
Selain itu, kalau ada individu paling dihentam teruk dalam muktamar kali ini, orangnya ialah Mat Sabu. Isu Mat Sabu cuba lawan presiden lebih hangat daripada isu PRK Pengkalan Kubor yang sibuk bekempen sekarang.
Selain Mat Sabu, AJK Pas Pusat (Khaled Samad, Hanipa Maidin) yang dilihat tidak sehaluan dengan presiden juga dikritik. Hanipa diboo semasa menjelaskan kenapa Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) mengeluarkan kenyataan mempertikaikan kuasa presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU).
Sampai Hanipa (gambar) 'merajuk' supaya tidak perlu ada LUHAM pun dalam Pas pun tidak dipeduli oleh perwakilan dan pemerhati. Hampir setiap pembahas ada sebut mengenai kes MB Selangor dan sikap penentangan Mat Sabu kepada presiden secara langsung atau tidak.

Selepas enam tahun, Khalid akhiri tugas menteri besar hari ini

Selepas hampir enam tahun menjadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengosongkan pejabat yang dihuni sejak 18 Mac 2008 pada petang ini.
Abdul Khalid bakal meninggalkan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu selepas majlis perpisahan yang diadakan pada pukul 4 petang nanti.
Difahamkan Abdul Khalid akan membuat sidang akhbar terakhirnya pada majlis tersebut yang bakal disertai oleh kakitangan SUK dan media.
Selain Abdul Khalid, seramai 14 orang kakitangan Pejabat Menteri Besar turut akan meninggalkan bangunan itu berikutan Istana Selangor dijangka mengumumkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya hari ini.
Sebelum ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memberitahu, pengumuman nama Menteri Besar baru itu terpulang kepada perkenan Sultan Selangor dan pengumuman itu akan dibuat sama ada menerusi kenyataan akhbar atau sidang media.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu pula dijadualkan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.

Pakatan Rakyat: Dibunuh tak mati-mati


sokong_wan_azizah_MB_Selangor


Oleh: Yeo Bee Yin

Ada kerjasama erat serta keinginan berat di peringkat akar umbi supaya Pakatan Rakyat berkekalan jodohnya. Ramai yang mahu PAS terutamanya kekal dalam Pakatan, tidak kira lah apa pun perkelahian di peringkat pucuk pimpinan. Terlalu banyak kisah setiakawan di kalangan anggota parti yang melangkaui batas kaum, agama dan budaya.
Kisah-kisah ini memberikan harapan untuk melihat kerangka yang lebih besar di saat berdepan krisis yang menguji persaudaraan. Kisah yang ini dikongsikan oleh Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin.
Saya ingin memberi penghormatan kepada dua rakan Pakatan Rakyat yang berani membuat keputusan untuk hadir ke sidang media bagi menyatakan sokongan terbuka menolak Khalid Ibrahim. Tindakan mereka itu telah menyebabkan Pakatan Rakyat kekal tidak berpecah di tengah-tengah kemelut Menteri Besar Selangor.
Saya adalah antara 30 orang Adun yang menandatangani kenyataan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Namun sehingga saat pagi sebelum sidang media tersebut, saya begitu risau kita tidak cukup bilangan bagi membuktikan bahawa kita memiliki majoriti.
DAP mempunyai 15 Adun, manakala PKR 13, kami cuma ada 28 orang. PAS pula belum membuat keputusan. Saya dengar khabar dua orang Adun dari PAS akan hadir, tetapi saya tidak betul-betul pasti bahawa mereka benar-benar akan datang.
Tahukah apa akibat engkar kepada parti? Kerjaya politik dalam parti mungkin berakhir (hampir pasti anda tidak akan dicalonkan bagi penggal seterusnya) atau sekurang-kurangnya dihantar ke jawatankuasa disiplin parti.
Kemudian saya lihat YB Hasnul tiba. Beliau tersenyum, namun saya dapat melihat dari riak wajahnya bahawa beliau memang gemuruh. Seperti seorang anak kecil yang baru melanggar peraturan. Beliau kelihatan berlegar-legar dan cuba untuk kelihatan tenang.
Waktu terus berlalu, dan saya terus menantikan seorang lagi Adun PAS untuk tiba.

Azmin adakan pertemuan dengan Anwar

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sumber mengatakan Azmin mahu bertemu dengan Anwar bagi mendapat 'restu' sekiranya dipilih sebagai menteri besar oleh Sultan Selangor.

Adun Bukit Antarabangsa itu tiba di ibu pejabat PKR kira-kira jam 1.05 tengahari tadi dan sejam kemudian Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula sampai disusuli oleh Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain Azmin, dua Adun Pas Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi turut disebut bakal menjadi pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari disaran jumpa Hadi selesai isu 'broker' - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man 
TUMPAT - Naib Presidan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ungkapan 'broker' yang disebut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini, tidak semestinya merujuk kepada jual beli yang melibatkan wang ringgit.

Menurutnya, maksud Abdul Hadi mungkin lebih menjurus kepada maruah yang boleh dibeli oleh orang lain sehingga sanggup mengadai prinsip perjuangan dalam hidup.

"Sebenarnya ucapan itu disebut beli... tetapi bukan beli dengan duit.

"Sebenarnya pembelian tidak semestinya dengan duit, dalam al-Quran ada menyebut maksudnya (ALLAH membeli)... membeli itu adalah membeli maruah diri, harga diri, jadi itu yang Hadi maksudkan bukan maksudnya makan rasuah, tidak," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pas di Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib (Pas) yang mencabar Abdul Hadi supaya kemukakan bukti beliau 'dibeli' oleh PKR untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sehubungan dengan itu, Tuan Ibrahim menggesa agar Saari mengadakan pertemuan segera dengan Presiden Pas supaya polemik tersebut segera berakhir.

Tidak relevan lagi siapa saya sokong, kata Adun PAS Morib

Adun Morib Hasnul Baharuddin, yang sebelum ini menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tiada isu perlu dibangkitkan lagi kerana Sultan Selangor sudah menentukan menteri besar pilihannya. – Gambar Facebook, 22 September, 2014. Adun Morib Hasnul Baharuddin, yang sebelum ini menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tiada isu perlu dibangkitkan lagi kerana Sultan Selangor sudah menentukan menteri besar pilihannya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang dimarahi presiden parti semasa muktamar baru-baru ini mengatakan, pada waktu ini tidak lagi relevan siapa yang disokongnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Adun Morib Hasnul Baharuddin, yang sebelum ini menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu tidak relevan lagi kerana Sultan Selangor sudah menentukan menteri besar pilihannya.
"Saya rasa sudah tidak relevan siapa yang saya beri sokongan atau tidak. Ini kerana nama yang menjawat kedudukan menteri besar sudah dipilih oleh Sultan," katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Hasnul dan seorang lagi Adun PAS (Hulu Kelang), Saari Sungib secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah ketika kemelut menteri besar Selangor memuncak. Tindakan kedua-dua Adun itu mengundang kemarahan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kumpulan ulama dalam parti Islam tersebut.
Kedua-dua Adun tersebut memberi alasan tindakan menyokong Dr Wan Azizah bagi menyelamatkan daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor jatuh.

PRK N.01: Jangan lupa pangkah 'bule'

TUMPAT - Calon Pas bagi PRK Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim menyampaikan tiga amanat kepada masyarakat di sini dalam siri kempen terakhir menjelang hari pengundian 25 September ini.

Dalam ceramahnya yang diadakan di Pantai Sri Tujoh malam tadi, Wan Rosdi mengingatkan pengundi Dun Pengkalan Kubor supaya memilih parti itu dan bukan dua pesaingnya.

"Sempena PRK pada 25 hari bulan ini saya pesan supaya pangkah 'bule'.

"Bersama dua lagi pesanan iaitu, jangan bagi kad pengenalan kepada sesiapa sahaja...kalau kita bagi, kita tidak boleh mengundi, sebab perkara ini pernah berlaku sebelum ini.

"Dan yang terakhir saya ingatkan supaya ibu ayah yang ada anak di bandar Kuala Lumpur atau di mana sahaja supaya balik mengundi," katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdi turut menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada jentera parti yang banyak membantu kempennya.

PRK N.01: SPR didesak turun kain rentang 'broker, barua'

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau dan menurunkan kain rentang yang memaparkan tulisan "broker dan barua".

Beliau bimbang kain rentang dan poster provokasi dan tidak berkaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor dikhuatiri akan menimbulkan sentimen yang tidak baik di kalangan pengundi di kawasan itu.

Antara tulisan kain rentang itu bertulis: "Kito jange sokong parti hok ado brokar dan barua".

"Kain rentang yang provokasi ini, kita harap pihak SPR boleh pantau dan dapat laksanakan tanggungjawab dan tugas bagi pastikan tidak ada kain rentang yang menimbulkan sentimen tidak baik di kalangan pengundi.

"Kita jangka tiga hari terakhir ini mungkin cuaca politik lebih panas dari biasa," katanya yang pengarah PRK itu dalam sidang media di markas PAS DUN itu hari ini.

Beberapa kawasan di Pengkalan Kubor turut dinaikan kain rentang antara lain memaparkan wajah ADUN Salor Datuk Husam Musa dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Kain rentang itu antara lain memaparkan petikan kata-kata dua tokoh itu yang mengkritik kerajaan negeri dan PAS

Kain rentang itu bertulis: "Haron Din kecewa keputusan Majlis Syura PAS diperlekeh oleh golongan pro Anwar", "Bukan rahsia lagi kepimpinan ulama diserang bertubi-tubi. Orang jual kacang, orang jual cendol pun sudah tahu".

Pengumuman MB Selangor baharu ditunda esok, kata sumber


Raptai Tanpa Calon MB
Calon menteri besar Selangor yang baharu hanya akan diumumkan esok ‎sebelum majlis angkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, pengumuman yang sepatutnya dibuat hari ini ditunda esok‎ ekoran arahan daripada Istana Selangor. Sumber memaklumkan, pra raptai angkat sumpah yang diadakan pagi tadi hanya melibatkan pegawai istana tanpa kehadiran menteri besar baharu atau pun mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain. Difahamkan juga, raptai penuh akan diadakan pada malam ini dengan kehadiran calon menteri besar baharu. Sementara itu, sumber istana ketika ditemui berkata, surat makluman mengenai pelantikan menteri besar masih belum diambil individu terbabit‎. Wartawan juga difahamkan, liputan majlis angkat sumpah esok hanya dihadkan ‎kepada media rasmi arus perdana sahaja. Spekulasi bertiup kencang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan mengangkat sumpah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok. Wartawan mengerumuni kediaman ‎Azmin di Taman Tun Abdul Razak (TAR), Ampang dan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya sejak pagi tadi bagi mendapatkan pengesahan. Manakala Khalid yang akan menamatkan tugasnya hari ini akan mengadakan sidang media dan jamuan ringan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam petang ini.