Sabtu, 20 September 2014

PRK N.01: Umno Ni Nak Pelawok Siapa..!!!


 
 

TG Haron Din mengaku bimbangkan Mat Sabu difitnah, tapi beliau 'cool'

Post Pic
BATU PAHAT: Timbalan Musyidul Am PAS Datuk Haron Din mengaku beliau bimbang bagaimana Mohamad Sabu berdepan dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya kebelakangan ini.
 
Bagaimanapun timbalan presiden parti itu ternyata tenang dalam menjawab segala tohmahan yang disasarkan kepada beliau, ujar Haron.
 
"Saya risau bagaimana dengan sikap beliau untuk jawab masalah-masalah ini. Tetapi beliau 'cool', berikan penjelasan yang tidak nampak ia satu permusuhan.
 
"Tetapi media yang merosakkan keadaan," katanya di dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Muktamar PAS, petang tadi.
 
Muktamar PAS kali ke-60 yang bermula sejak Selasa lalu dijadikan medan bagi sebilangan besar perwakilan dan ahli-ahli parti itu menghentam dan mengkritik Mat Sabu.
 
Mat Sabu sebelum ini dilaporkan meminta ulama dalam PAS tidak terlalu menonjolkan imej 'keislaman' demi menghalalkan segala tindakan mereka.
 
Kenyataan itu menyaksikan Mat Sabu menjadi sasaran sidang Muktamar PAS sejak hari pertama persidangan itu membuka tirai, Selasa lalu.

Islam, Pas tetap baik walau ahlinya tidak - N Bala Subramaniam

BATU PAHAT - Islam tetap baik, Pas juga tetap baik namun hanya segelintir ahli dalam parti Islam itu yang tidak baik, demikian kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N Bala Subramaniam.

Beliau berkata, sikap kurang sopan ahli terhadap pemimpin Pas perlu dielakkan dan ditangani segera kerana dikhuatiri akan menjejaskan kepercayaan bukan Islam khususnya DHPP terhadap Pas.

"Bukan senang untuk mendapatkan kepercayaan kaum dan agama lain terhadap perjuangkan Pas.

"Sebelum ini, kami (DHPP) sudah biasa dengan parti di mana pemimpinnya tidak menepati janji, maka jangan ia wujud dalam parti Islam ini.

"Kami juga sudah biasa dengan sikap kurang sopan ahli kepada pemimpin dengan baling kerusi, maka jangan ada sikap ini dalam Pas," katanya ketika menggulungkan ucapan dasar Presiden Pas pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan jika Pas gagal menyelesaikan masalah dalaman dengan baik sebagaimana Islam itu sendiri adalah jalan penyelesaian, keupayaan parti itu untuk menjadi kerajaan akan dipersoalkan dan diragui.

"Islam itu jalan penyelesaian, maka buktikan Islam mampu menyelesaikan masalah dalam Pas sekrang.

Panggil berhujah, jangan tuduh di media - Salahuddin

BATU PAHAT: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta semua pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat mana-mana pimpinan memanggil mereka untuk berhujah dan bukannya membuat tuduhan di dalam mana-mana media baru.

Beliau menegaskan melalui forum atau wacana yang diadakan ia dapat memberi peluang kapada individu terbabit untuk menyatakan pendapat mereka.

"Kita dididik dengan kasih sayang di dalam PAS sejak sekian lama, namun apa yang mengecewakan kebelakangan ini melalui media baru ada pihak yang menuduh pimpinan kita dengan pelbagai tuduhan.

"Menuduh sekular, profesional, siapa sekular dan profesional, Khalid Samad, Mat Sabu, Hanipa Maidin atau saya sendiri.

"Kita jangan menuduh tetapi panggil mereka untuk memberi penerangan dan bincang, panggil pendebat yang hebat untuk berdepan dengan mereka dan saya pasti ini medan yang terbaik," ucap beliau pada sesi penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60, hari ini.

Beliau turut menasihati agar Pemuda PAS Malaysia memperkasakan barisan kepimpinan sayap itu dengan hala tuju politik yang jelas dan bukan terus mengkritik bagi persediaan untuk mengambil barisan pimpinan pada masa akan datang.

"Delegasi kepimpinan Pemuda ini kita warisan dari pimpinan yang hebat dan ini sepatutnya kita warisi sehingga sekarang.

"Kita perlu berjiwa besar kerana kita dari PAS, sebuah parti yang menjiwai syariat Islam. Pemuda perlu menjiwainya untuk, jangan timbul isu untuk menjatuhkan kepimpinan kita.

"Kita memiliki pemimpin yang berjiwa besar seperti Presiden PAS dalam memacu hala tuju parti kita untuk terus disegani oleh semua pihak," kata beliau di hadapan perwakilan.

'Saya tak kata Jokowi lebih baik dari TG Abdul Hadi' - Bang Mat

BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan beliau tidak pernah menyebut Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) lebih baik daripada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Mohamad yang menyampaikan ucapan pada sesi penggulungan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini sekaligus menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan mereka yang berkata demikian yang dikaitkan dengan beliau wajar mengambil wuduk.
"Tujuan hendak jatuhkan presiden tidak ada langsung, itu bukan niat kita.
"Kalau kita hendak menang kita tonjol prestasi dasar Islam yang kita perkukuhkan," kata beliau.
Mengenai 'serangan' para perwakilan kepadanya, beliau dengan bersahaja menyatakan seronok dengan menganggap perkara itu biasa dalam PAS.
Begitupun, beliau ‘kurang seronok’ dengan tindakan pihak tertentu yang menyimbah cat merah pada poster yang terdapat gambarnya berhampiran tapak muktamar.
“Yang tak seronok gambar saya depa bubuh cat. Ini tak seronoklah. Nanti muslimat marah,” ujarnya berseloroh.
Malah katanya yang turut mengimbau bagaimana beliau mengambil berat kedudukan Presiden PAS yang bertanding di parlimen Marang terus terjamin.

Pinda dahulu Akta Hasutan, elak terus disalah guna, kata Aziz Bari

Pindaan kepada Akta Hasutan 1948 perlu segera dilakukan bagi mengelak undang-undang berkenaan terus disalah guna untuk kepentingan politik pihak tertentu, kata Dr Abdul Aziz Bari. Pakar Perlembagaan itu berkata, walaupun kerajaan sudah menjanjikan akta berkenaan dimansuhkan pada 2012, namun ia masih digunakan bagi menangani masalah yang tidak berkaitan dengan matlamat kewujudan akta berkenaan. “Janji mansuh Akta Hasutan dah ada. Paling tidak (sekarang) dikaji. Kalau dikaji sekurang-kurangnya undang-undang itu tidaklah seburuk sekarang. “Kalau sekarang ini boleh berlaku keadaan seakan disalahgunakan, kajian atau pindaan akan lebih baik. Kita kenal pasti masalah yang ingin kita tangani sebenarnya. Bukan dibiarkan terbuka,” katanya ketika ditemui di Muktamar Nasional Kelapan Wadah di Bangi, Selangor. The Malaysian Insider hari ini melaporkan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim berkata tidak takut dengan kemungkinan kehidupannya berakhir di penjara selepas disabitkan atas tuduhan menghasut dan dihukum setahun penjara semalam kerana ucapannya pada forum 13 Mei tahun lalu. Adam Adli mempersoalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan meminta rakyat Malaysia berdemonstrasi jalanan bagi menggulingkan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya. Mahkamah semalam membenarkan dia menangguhkan

Datuk Mohd Noor Abdullah: 'Jatuh hukuman penjara dulu bagi hasutan'

Musa Hassan: Kembalikan ISA, EO

Ibrahim Ali: Anwar popular kerana ISA

20 Sept: Reformasi 1998 - Lanskap Baru Politik Malaysia














MSU ada kuasa bubar tahaluf siyasi - TG Haron Din

Haron Din
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, Majlis Syura Ulama (MSU) ada kuasa mengkaji semula tahaluf siyasi.
Beliau juga mahu pimpinan melihat semula kepentingan tahaluf siyasi sambil mengambil analogi perkahwinan.
"Saya bacakan sebab keenam yang diputuskan MSU semasa menerima tahaluf iaitu MSU mempunyai kuasa untuk buat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi kepada maslahah dari masa kesemasa
ada pandangan meluaskan sekadar pertahankan," katanya semasa penggulungan Muktamar Pas Pusat Kali Ke-60 di sini petang tadi.
"Macam hukum wajib kahwin, talak dilarang namun ada masa hadapi masalah kena ada talak dalam hukum khurkah (perpisahan) syarat beri fasakh," ujarnya.
Walaupun, pimpinan hari ini menetapkan tidak keluar daripada tahaluf tetapi Haron berharap pimpinan berfikir beberapa kemungkinan di hadapan.
"Kalau terus, kita terus takda masalah selagi rukun dan syarat tak dilanggar. Kita ada syarat dan rukun yang diluluskan MSU sebenarnya," katanya sambil menambah MSU juga buat kajian sebelum Pas menerima tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP sebelum ini.
Beliau juga tidak mahu pimpinan dan ahli parti memperlekehkan MSU pada masa depan.

Buang yang keruh, kata TG Haron Din

BATU PAHAT: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haron Din mahu segala perselisihan dalam parti ditamatkan seiring dengan selesainya Muktamar Tahunan PAS ke-60 petang ini.

Menurut beliau, seluruh ahli PAS perlu kembali memperkukuh ikatan ukhwah dan bersatu nenghadapi cabaran mendatang.

"Buang yang keruh ambik yang jernih. Bersatu kukuhkan kesatuan hadapi cabaran mendatang.

"Bermaaf-maafan, tolong menolong dan berlapang dada terima teguran, hulur kemaafan," kata beliau sewaktu membuat ucapan penangguhan hari ini.

Tambahnya, PAS akan sentiasa kukuh selagi ahli di segenap peringkat mematuhi arahan pimpinan.

Mengulas isu tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru Harun Din mahu PAS meletakkan sedikit 'reserve' dalam perkara itu dengan mengambil contoh pensyariatan perceraian dalam Islam.

Mat Sabu nafi cuba jatuhkan Abdul Hadi

BATU PAHAT - Desas-desus yang beredar sejak kebelakangan ini berkenaan dakwaan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba untuk menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditepis di depan seluruh perwakilan, hari ini.

Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak pernah timbul di dalam hatinya cubaan untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

"Tuduhan-tuduhan kita (saya) sama ada nak menjatuhkan Presiden itu...tak ada langsung dalam jiwa kita," katanya ketika memberi ucapan penggulungan pada Muktamar Pas kali ke-60, di sini.

Mengimbas kembali ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, Mat Sabu mengingatkan bahawa beliau telah berusaha membantu Abdul Hadi berkempen sehingga kerusi itu dimenangi Presiden Pas itu.

"Menjelang pilihanraya, masa itu Parlimen telah dibubar, seorang wartawan terkenal, yang paling lama dalam Malaysia, memberitahu saya bahawa kedudukan Presiden di Marang, tidak terjamin. Kemungkinan akan kalah dalam PRU.

"Apabila saya dengar, saya terus telefon saudara Yahya Ali. Atur satu hari suntuk di kawasan Marang, sebab saya nak beri tenaga sebanyak mungkin supaya Presiden menang dalam PRU di Marang," katanya.

Tahaluf siyasi berakhir jika langgar syarat - Tg Haron Din

BATU PAHAT - Sekuat manapun sayang ahli dan pimpinan terhadap Pas, ianya akan berakhir dengan meninggalkan parti, sama ada seseorang itu dipecat atau Pas sendiri meninggalkannya, demikian kata Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Begitu juga katanya tahaluf siyasi antara Pas dengan PKR dan DAP dalam PR juga akan berakhir jika syarat dan rukun kerjasama itu dilanggari.

"Tak boleh nafikan Pas mungkin dibuang dari PR, ia memerlukan beberapa pandangan semua parti dan bukan sekadar mempertahankan gabungan itu.

"Tahaluf siyasi PR bagaikan rumahtangga, walaupun suami diberi kuasa talak, namun jika suami langgar syarat memberi hak isteri, qadi boleh memutuskan hubungan itu.

"Sebab itu kita kena berfikir kemungkinan akan datang, mungkin kita akan terus bersama PR selagi rukun dan syarat tidak terlanggar," katanya ketika menggulung ucapan dasar Presiden Pas pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Haron menambah, keingkaran ahli mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini antara punca perbalahan dalaman parti kerap berulang.

Jelasnya, jika mereka mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama yang berpegang teguh kepada al-Quran, as-Sunnah, Qiyas dan Ijmak ulama, sudah pasti Pas pada hari ini lebih hebat daripada parti politik lain.

Salahuddin: Pas bakal pinda perlembagaan

BATU PAHAT - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan membawa cadangan pindaan perlembagaan parti kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dalam tempoh  dua ke tiga bulan lagi.

Berucap ketika sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-60, Salahuddin berkata, beliau kini sedang  menyiapkan draf perlembagaan tersebut dan dibawa ke peringkat tertinggi supaya dipersetujui oleh pimpinan Pas Pusat.

Katanya, antara cadangan yang dibawa seperti  tempoh berlangsungnya pemilihan dianjak dari dua tahun kepada tiga tahun.

Selain itu, beliau berkata cadangan yang turut dibawa adalah pertambahan  jumlah jawatan sedia ada  demi menjadikan perlembagaan lebih dinamik.

"Jumlah jawatan dalam parti perlu ditambah, kerana semakin ramai cerdik pandai dikalangan ulama muda dan profesional.

"Mungkin 18 jawatan dalam peringkat pusat menjadi 25, insyaAllah akan dipilih dalam muktamar," katanya.

Tambah Salahuddin, pihaknya juga akan mengkaji semula tempoh pemilihan dua tahun itu memandangkan ada pandangan ia tidak relevan dan mencadangkan pemilihan berlaku tiga tahun sekali.

Hari Ketiga: Muktamar Tahunan PAS Ke-60 (Batu Pahat, Johor) - Part 1

'Berdoa waktu bahas, lepas ni kita baca talkin pula'

Tiada niat mahu jatuhkan presiden - Mat Sabu

PAS tak pelahap jawatan MB Selangor - Hadi Awang

Tolak Jawatan MB Walau Diperkenan Sultan

Pemikiran ahli tidak melambangkan usia PAS

PRK N.01: Papan iklan ‘RM12 billion’ BN ...!!!

BN telah menggunakan papan iklan bertulis 'RM12 bilion fitnah besar PAS' tersebut sebagai modal kempen.
fitnah besar pas
PENGKALAN KUBOR: Penasihat Operasi PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung tindakan mereka menaikkan papan iklan royalti.
BN telah menggunakan bahan iklan tersebut sebagai modal mereka untuk memancing undi.
Papan iklan tersebut mula dinaikkan di kawasan PRK dengan tulisan ‘RM12 billion fitnah besar PAS’.
Beliau berkata , papan iklan tersebut merupakan agenda BN untuk melakukan provokasi kepada PAS dan menjadikan modal berkempen.
“Mereka sudah kekeringan modal untuk dimainkan bagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk bersama mereka,
“Pihak SPR di minta supaya mengambil tindakan menurunkan papan iklan tersebut kerana ini bercanggah dengan undang-undang,” jelas Takiyuddin.
Takiyuddin berkata, perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana kes tersebut masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.
PAS sebelum ini meminta kerajaan membayar royalti kepada kerajaan Kelantan sebanyak RM12 bilion.

'Jika hilang Selangor, PAS hilang peluang berdakwah' - Husam

BATU PAHAT: PAS akan kehilangan peluang berdakwah di Selangor sekiranya kemelut politik di negeri itu berlarutan sehingga membawa kepada pilihan raya negeri.

Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa berkata PAS mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi sembilan daripadanya menang dengan majoriti tipis.

“Yang menjadi persoalan, 15 kerusi kita menang dengan undi yang tipis. Kita bimbang takut-takut kita hilang kerusi itu.

“Dan kalau kita kehilangan kerajaan negeri Selangor, kita kehilangan peluang dakwah, bukan kehilangan pangkat dan jawatan, yang telah dibukakan oleh Allah,” kata Husam.

Tambahnya, adalah penting untuk menjaga harapan dan kepercayaan pengundi bukan Islam yang telah memberikan kepercayaan kepada parti dan perlu didokong untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli PAS agar lebih bijak dalam menyuarakan pendapat mereka dengan menggunakan saluran yang betul.

Setelah Dua Adunnya Ditemubual Sultan, Pas Makin Stim Dibuatnya

Sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Istana Selangor dan menunggu ketibaan detik 10 pagi, 23 September di mana majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang baru bakal berlangsung, PKR dan Pas terus kelam-kabut dan kalut dibuatnya.

PKR kelam-kabut dan kalut kerana calon pilihannya iaitu Dr Wan Azizah dikhabarkan bukan pilihan Sultan walaupun telah mempersembahkan bukti sokongan 30 Adun yang memihak kepadanya.

Sultan difahamkan lebih mungkin memilih Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa dan dikatakan sudah pun menemubualnya bagi tujuan itu. Turut ditemubual oleh pihak Istana ialah Iskandar Abdul Samad, Adun Cempaka yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dengan kemungkinan Azmin menjadi pilihan untuk menggantikan Khalid Ibrahim, timbul desakan agar beliau menyatakan pendirian menolaknya jika dipilih oleh Sultan. Desakan yang lebih ekstrem iaitu agar beliau dipecat daripada PKR jika menerimanya sudah pun mula kedengarakan ketika ini.

Hujahnya ialah jika Khalid dipecat kerana engkar arahan parti yang mahukannya berundur dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah, Azmin juga jika menerima perlantikan Sultan turut dianggap engkar dan menghalang Presiden PKR itu daripada menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Walaupun sehingga ini PKR tetap bertegas dan berkeras dengan pencalonan tunggal Dr Wan Azizah, ada juga laporan yang menyebut bahawa Azmin sudah pun mencapai kompromi dengan Anwar Ibrahim mengenai kedudukannya jika dilantik oleh Sultan.

Muktamar: Gambar disabotaj, Mat Sabu tak seronok

BATU PAHAT - ''Saya rasa tak seronok gambar saya dibubuh cat," demikian reaksi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu terhadap insiden gambarnya yang diconteng.

Mat Sabu sempat berseloroh kejadian itu menyebabkan Muslimat Pas 'marah'.

"Muktamar ini, entah macam mana tiba-tiba saya menjadi sasaran. Tapi saya rasa seronok bila mendengar mereka cakap terus terang dalam muktamar.

"Yang tak seronok apabila gambar saya dibubuh cat. Ini tak seronoklah. Janganlah buat begitu. Muslimat marah. Ada yang berhenti nak pergi basuh gambar itu," katanya ketika memberi ucapan penggulungan pada Muktamar Pas kali ke-60, di sini, hari ini.

Beliau juga menyentuh soal beberapa perwakilan yang mengkritiknya ketika menyampaikan perbahasan semalam termasuk dari Wilayah Persekutuan yang menggunakan doa ketika berbahas.

"Saya duduk lama dalam parti ini, baru pertama kali saya tengok ucapan dalam bentuk doa.

"Kita dulu, guna juga doa ini. Apabila berceramah tak boleh, disuruh bersurai, kita baca doa. Tak boleh nak dilarang doa," katanya.

Mat Sabu sempat bergurau untuk membaca talkin pada sesi perbahasan akan datang.

"(Semalam) Pengerusi tetap nak sekat (tak boleh), dia baca doa. Rupanya taktik baru ini. Lain kali kita baca talkin pula. Nak tegur macam mana (dia baca doa)?.

"Bagaimana pun keberanian bercakap itu baik. Cuma kadangkala, berani-berani pun, nama sebenar tak berani beritahu," katanya.

Krisis berlarutan jika Wan Azizah bukan MB - Penganalisis

SHAH ALAM – Pergolakan arena politik bumi Selangor mungkin terus berpanjangan jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memilih Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.                                                     Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sanim dari Universiti Utara Malaysia berkata, calon menteri besar selain Wan Azizah mungkin berhadapan dengan risiko dipecat daripada parti sekiranya individu tersebut menerima pelantikan jawatan tersebut.

“Kalau calon tersebut daripada PKR, mungkin dia dikatakan melanggar ketetapan parti dan berhadapan dengan kemungkinan dipecat dari parti ( jika dia terima pelantikan tersebut) seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Dan kalau (calon Pas) dipilih menjadi menteri besar baharu pun, majoriti (Ahli Dun) yang menyokong tidak cukup. Mungkin Pas pun tidak akan terima (jawatan menteri besar) kerana menurut kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pas tidak akan terima kalau seorang daripada wakil Pas dipilih,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Menurutnya, krisis buruk yang melanda akan lebih meruncing sekiranya calon dari mana-mana parti dalam PR yang dipilih Sultan (selain Wan Azizah) tegar tidak mahu berundur daripada jawatan yang dilantik.

“Kalau calon selain Wan Azizah terima (pelantikan menteri besar), ia akan menjadi lebih sukar kerana tiada sokongan majoriti Dun dan kemungkinan akan berlaku perpecahan dalam pakatan menjadi lebih besar kerana PKR dan DAP menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

“....Melainkan ada kompromi antara PR dan persetujuan antara ketiga parti untuk menghormati pilihan Sultan dan mengakhiri konflik yang melanda, itu cerita lain,” jelasnya.


Krisis berterusan jika Istana ditentang

Isu MB: Pas kena berjiwa besar - Tuan Ibrahim

BATU PAHAT - Pas digesa mempunyai jiwa besar untuk menghadapi krisis politik dan isu Menteri Besar Selangor yang antara lain menyebabkan pergolakan dalam parti Islam itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kelantangan dan perbezaan pendapat beberapa pimpinan dan perwakilan pada Muktamar Pas Pusat khususnya adalah baik untuk mematangkan parti berusia 63 tahun itu.

"Hentam sana, sini itu untuk menghidupkan fikiran kita (Pas), perlakuan itu bagus, bagaikan gula dalam cawan, kalau gula tidak dikacau air tidak akan manis.

"Pas kena berjiwa besar, bagaikan keluarga besar, ramai anak, banyak pula kerenahnya, ada 13 lagi jawatan menteri besar dan ketua menteri, ini baru berdepan dengan satu jawatan dan seorang Sultan," katanya ketika menggulung ucapan dasar Presiden Pas pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menambah, krisis politik Menteri Besar Selangor tidak seharusnya dipikul oleh ahli dan perwakilan Pas sebaliknya biarkan pimpinan Pusat parti itu menggalas tanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan semua ahli dan pimpinan supaya tidak menghala senjata kepada kawan (sesama sendiri) walaupun tiada peluru.

Peguam kesal pendapat undang-undang dianggap menghasut

Boleh beza pendapat, jangan menghentam - Dewan Ulama

Hadi claims PKR 'bought' pro-Azizah PAS state reps

PAS tidak 'pelahap' jawatan MB Selangor - Presiden

BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak 'pelahap' dengan jawatan Menteri Besar Selangor.
Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar PAS Pusat kali ke-60 di Parit Raja, petang ini.
Katanya, walaupun PAS memenangi 15 kerusi Dun di Selangor pada PRU13 yang lalu tetapi tidak menuntut jawatan Menteri Besar.
"Walaupun undang-undang tubuh negeri Selangor menyatakan Menteri Besar Selangor mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam," katanya.
Pada PRU13 lalu, DAP juga mendapat 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14 kerusi.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah 'membeli' dua Adun merupakan etika dalam tahaluf siyasi.
"Jangan jadi broker dan barua!" tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.
Ini kerana, katanya setiap wakil rakyat PAS mengadakan baiah (ikrar setia).
"Mana lebih besar aku janji dengan baiah?" tanya beliau dengan tegas.

Langkah Kajang umpama rampas bola untuk tendang ke gol sendiri - Hadi

BATU PAHAT, 20 SEPT: Proses penukaran Menteri Besar Selangor melalui Langkah Kajang disifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perbuatan merampas bola untuk ditendang ke pintu gol sendiri.’
“Kita semua tahu pergolakan yang berlaku akhir-akhir ini bukan kerana PAS tapi kerana rakan tahaluf kita.
“Laksana satu pasukan bola sepak. Saya sepak bawa ke tengah padang. Ada orang yang hendak mengambil bola, passing sana passing sini, tendang masuk gol sendiri. Ini yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-60 bertema Terus Beristiqamah.
Kenyatan itu dilihat menjawab kritikan sesetengah pihak yang menyalahkan PAS dalam kemelut penukaran Menteri Besar Selangor sedangkan Langkah Kajang dipelopori PKR.

Hadi: PAS tak pelahap jawatan MB, gelar dua Adun sebagai barua

BATU PAHAT, 20 SEPT: Presiden PAS dalam melantang kritikan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, dilihat gagal mengawal emosi hingga menggelar mereka sebagai barua.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap mereka ‘menyeberang’ kepada kumpulan yang mahu membentuk majoriti dalam kemelut penukaran Menteri Besar Selangor, mulanya mempersoal mana lebih besar, bai’ah atau surat akujanji.

“Ini pula ada pihak yang takut majoriti tidak dapat, curi Adun kita. Beli wakil rakyat. Inikah etika bertahaluf?

“Kita tidak memandang ringan dua ADUN kita yang sanggup menyeberang. Yang jadi broker, yang jadi barua,” katanya dengan nada kemarahan yang kedengaran tertahan-tahan dan agak hilang kawalan.

‘Broker’, ‘barua’ curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita.  Inikah etika kita bertahaluf? "Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.
Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.
"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?
"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.

Dua wajah parti Islam PAS

Individu berintegriti

Tabik dan hormat kepada Mohamed Hanipa Maidin, Mohd Sany Abdullah, Wan Kharizal Wan Khazim dan mereka yang seiring dengannya. Mereka ini enggan tunduk kepada ancaman agar berdiam diri walau dicemuh sebahagian perwakilan di ‎Muktamar Tahunan PAS ke-60 minggu ini.  Mereka menggesa pemimpin parti berfikir dengan berhati-hati sebelum menerima jawatan sebagai menteri besar Selangor, menegaskan ia merupakan pengkhianatan terhadap kepercayaan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), apatah lagi mampu menghancurkan gabungan itu. Antara individu paling berilmu adalah Hanipa, ketua undang-undang parti dan mungkin salah satu individu yang sepatutnya menjadi contoh bagi rakyat Malaysia yang sedang melalui tempoh dibuli dan ugutan. Akan menjadi lebih mudah dan memberi kelebihan kepada beliau menyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lain. Tetapi tidak, beliau tidak memilih jalan mudah. Bukti anekdot menunjukkan beliau berpegang teguh kepada prinsipnya dalam mesyuarat dalam suasana krisis peralihan jawatan menteri besar Selangor yang semakin meningkat. Selama ini semua maklum jawatan menteri besar Selangor adalah kepunyaan PKR. Justeru, pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mesti datang daripada parti itu juga. Hanipa juga menegaskan kenyataan itu dalam beberapa majlis bahawa menteri besar perlu mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berpegang kepada asas yang kukuh berdasarkan krisis menteri besar Perak yang diputuskan Mahkamah Persekutuan. Pada muktamar PAS, Hanipa dicemuh penyokong ulama apabila beliau menegaskan tiga fakta mengenai keputusan parti menerima jawatan menteri besar ini. Satu, kedudukan menteri besar di Selangor adalah milik PKR. Dua, menteri besar PAS tidak akan mendapat sokongan PKR dan DAP serta akan mengetuai kerajaan negeri yang rapuh. "Jika kita menerima, kita tidak boleh lari daripada tuduhan kita melanggar janji,"katanya. Ketiga, menerima jawatan menteri besar ini akan membawa kepada perpecahan PR. Sepanjang ucapannya, beliau turut diganggu tetapi tetap tenang dengan menegaskan beliau hanya menyatakan fakta. Dalam analisis terakhir, Hanipa, Sany dan yang lain yang mendesak PAS bertindak adil serta menolak kedudukan menteri besar itu. Tetapi apa yang benar-benar mengagumkan ialah mereka mencuba. Mereka tidak seperti lalang. Mereka tidak tunduk kepada ancaman dan ugutan. ‎Mereka tidak memilih untuk berdiam diri.

Mereka bersuara

Seruan Wala', Istiqamah dan Sabar - Presiden



BATU PAHAT, 20 Sept - Dalam isu Menteri Besar Selangor, Hadi menegaskan bahawa PAS mempunyai pendiriannya sendiri, PAS tetap akan memikul amanah dan redha dengan apa jua ketetapan Allah swt.
Hadi juga menegaskan kepentingan wala' kepada pimpinan parti, bukan memberi wala' kepada pihak lain atau membocorkan rahsia parti.
Perwakilan diseru agar mempunyai jatidiri dan tidak membawa agenda parti lain dalam parti kita. Bersatu dalam perkara dasar, tidak berpecah walau berbeza pendapat.
Hadi mengakhiri ucapan penggulungan dengan seruan ahli PAS agar bersabar dan kuatkan kesabaran dan tetap teguh berada di posisi masing-masing walau apa yang berlaku, kerana perjuangan ini adalah panjang.

PAS tetap istiqamah - Presiden

BATU PAHAT, 20 Sept - YB Dato' Presiden PAS berpesan agar para perwakilan agar tetap bertaqwa walau dalam apa keadaan sekalipun. Mati dalam Islam, bukan mati bersama pemimpin-pemimpin.
"Semua perwakilan nyatakan bahawa semua akan berdiri di belakang Presiden, tidak ada yang akan berdiri di hadapan, cuma bimbang, bila berpaling ke belakang, semua orang dah hilang" ujarnya disambut dengan gelak ketawa oleh para Perwakilan.
Tarbiyyah atau pembelajaran adalah proses yang panjang. Kemelut yang berlaku adalah proses tarbiyyah yang semesti dilalui oleh semua yang berada dalam perjuangan.
"Perjuangan kita ada perhitungan dosa dan pahala, bukan mencari keredhaan manusia. PAS tidak mencari keredhaan manusia. PAS jelas apa yang diperjuangkan" tegas Hadi
Beliau jugamenyeru agar Perwakilan tidak membuat penilaian atas sesuatu isu dengan penilaian akal semata-mta.
Dalam dunia demokrasi, MSU tidak mempunyai kuasa mutlak dan boleh membuat keputusan dalam hal-hal berkait hukum-hukum syarak.
Hj Hadi dalam ucapan penggulungan menegaskan bahawa sekali lagi kepentingan bermesyuarat dan bila buat keputusan, hendaklah kita bertawakkal kepada Allah SWT.
Beliau juga menyeru agar Perwakilan tidak hanya menggunakan akal dan logik semata-mata, dan janganlah sampai akal mengatasi hukum syariat. Perbezaan pandangan juga atas Islam bukan parti berbeza.

Muktamar PAS paling buang masa dalam sejarah terdekat - Wan Saiful

Muktamar PAS paling buang masa dalam sejarah terdekat - Wan SaifulKUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan Muktamar PAS yang masih berlangsung, dan melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang ‘paling membuang masa dalam sejarah terdekat’.

Beliau berkata demikian ekoran parti itu gagal mengutarakan dan membincangkan isu-isu yang serius dan melibatkan masalah negara seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTP).

“Tahniah. Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling buang masa dalam sejarah terdekat. Sikit lagi jadi MIC,” kata Wan Saiful di dalam laman Facebooknya.

Wan Saiful berkata muktamar kali ini membincangkan perkara remeh seperti isu dalaman, seolah-olah ia lupa membincangkan tentang isu yang lebih penting.

“Ini semua berlaku di bawah kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

“Setakat ini Hadi merupakan seorang pemimpin yang baik tetapi, sejak beberapa bulan yang lepas, beliau seolah-olah telah mencapai tahap maksima kebolehan beliau.

“Hadi gagal mengekalkan PAS sebagai parti yang serius untuk menjadi alternatif. Seorang Presiden yang gagal menggariskan wawasan untuk parti tetapi perangai beliau membawa PAS kepada apa yang dilihat sekarang. Gagal. Lemah. Lembik,” katanya.

Jangan guna muktamar untuk jatuhkan pemimpin - Mustafa Ali

BATU PAHAT: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menasihatkan ahli-ahli PAS supaya tidak menggunakan muktamar kali ini sebagai medan untuk menjatuhkan pemimpin.

Mustafa berkata PAS akan hilang pemimpin yang berkaliber jika mereka sering dijatuhkan oleh ahli-ahli parti.

"Kalau setiap kali naik pemimpin kita nak jatuhkan, maka satu masa nanti tidak ada lagi pemimpin.

"Jangan gunakan muktamar ini untuk pancung mana-mana pemimpin yang ada," katanya ketika berucap di sesi penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.

Dalam ucapan itu juga Mustafa menegaskan bahawa semua kumpulan pemimpin adalah penting dalam PAS.

"Ulama, profesional atau aktivis semuanya penting bagi PAS, saling memerlukan," kata beliau.

Berhubung tuduhan yang mengatakan PAS hilang Terengganu kerana kegagalan kepimpinan Abdul Hadi, Mustafa menafikannya dan mempertahankan Presiden PAS itu.

Mustafa turut menafikan tuduhan yang mengatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak mempertahankan keputusan parti dalam mesyuarat majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lalu.

Muktamar: Kekalahan PAS di Terengganu, Perak, Kedah tiada kaitan dengan Hadi – Mustafa

BATU PAHAT, 20 SEPT: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak wajar dipersalah atas kegagalan PAS mempertahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak, Terengganu dan Kedah.
Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS tewas disebabkan beberapa faktor di luar kawalan Abdul Hadi yang diakui Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ada yang barangkali tak senang dengan Hadi cuba menunjukkan kegagalannya dengan mengatakan pada zaman Presiden PAS itulah, kita kehilangan Terengganu, Kedah dan Perak.
“Tetapi tak pula sebut masa Hadi jadi Presiden, PAS menang Kedah dan Perak. Ketika jadi timbalan bersama Almarhum Presiden Datuk Fadhil, kita menang Terengganu.
“Perak tiada kena mengena dengan Hadi pun. Yang lari itu dua dari PKR, seorang dari DAP, itu yang menjatuhkan kerajaan,” katanya pada sesi penggulungan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60, hari ini.
Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) merampas Terengganu menerusi strategi yang dinamai Formula Terengganu dan cuba dipraktik di Selangor pada 2013 hasil makluman Anwar melalui sumber risikan.
“Krisis Kedah tak patut timbul. Mereka kata Hadi tak boleh tangani sebab pertahankan Datuk Seri Azizan sebagai Menteri Besar tetapi kalau kita tak pertahan, Azizan letak jawatan, bolehkah kita menang mempertahan Kedah? Belum tentu,” katanya.

Mat Sabu: Saya bukan manusia plastik

Muktamar ke-60 ini beliau menjadi sasaran daripada perwakilan PAS untuk mengkritik tindakannya yang dirasakan bercanggah dengan Hadi.
BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengatkan yang beliau juga ada terasa hati apabila menerima tomahan daripada rakyat umum dan dalam kalangan PAS yang tidak menyukai tindakannya.
“Saya juga manusia biasa, bukannya plastik. Kadang-kadang terasa hati dengan tomahan,” katanya.
Menurut Mohamad Sabu atau Mat Sabu, muktamar kali ini beliau menjadi sasaran daripada perwakilan lain untuk mengkritik tindakannya.
“Entah macam mana saya menjadi sasaran.
“Tetapi saya berasa seronok bila mereka bercakap dan berterus terang dalam mengkritik dan memberi cadangan di Muktamar kali ke-60 ini.
Katanya lagi, apa yang tidak seronok gambar beliau ada pihak yang tidak menyukai tindakannya telah membubuh cat.
“Tak seronoklah, jangan buat macam itu, muslimat marah.
“Bagi yang mengkritik itu perkara biasa. Namun perjuangan kita tetap berlandaskan Islam dan tidak akn berubah,” jelasnya.
Ujarnya, apa yang beliau cakap di depan wartawan itu semuanya berdasarkan mesyuarat yang telah diputuskan oleh semua di dalam PAS.

Muktamar: Presiden PAS tidak guna kuasa veto buat keputusan - Setiausaha Agung

BATU PAHAT: Para perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-60 sekali lagi diingatkan bahawa parti itu memerlukan kepelbagaian latar belakang bagi menjayakan peranan masing-masing.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata sesiapa yang berasakan kepelbagaian latar belakang itu tidak diperlukan parti, mereka merupakan golongan yang tidak memahami dinamika perjuangan PAS.

"Kemunculan kumpulan-kumpulan di dalam PAS mempunyai peranan tersendiri. Siapa yang kata golongan profesional tidak perlu, dia tidak tahu dinamika perjuangan PAS. Siapa yang kata ulama tidak perlu, dia juga tidak faham dinamika perjuangan parti. Begitu juga bagi golongan aktivis," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan, petang ini.

Sebagai contoh, tambah Mustafa, peranan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mazlan Aliman sebagai seorang aktivis parti tidak boleh dipertikai, malah Mazlan lebih dikenali di kalangan pihak yang berjuang bersamanya berbanding pimpinan lain.

Dalam pada itu, Mustafa mengingatkan para ahli agar tidak membiarkan kewujudan kumpulan-kumpulan ini menjadi jalan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

Muktamar: Apa salahnya jemput saya untuk bertemu - Husam

BATU PAHAT: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengingatkan seluruh pimpinan dan ahli di semua peringkat PAS agar 'tabyyun' (menyelidik) segala maklumat yang sampai kepada mereka sebelum menerima dan menyebarkannya.

Katanya, konsep tabayyun sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan berhadapan dengan isu-isu besar kerana dikhuatiri maklumat yang tidak tepat itu boleh mengundang perpecahan dalaman parti akibat prasangka salah yang wujud.

Adalah lebih baik katanya, segala persoalan serta kemusykilan diselesaikan secara pertemuan dalam suasana ukhuwah.

"Kita bukan nak berdebat, tetapi kita nak bertaaruf. Apa salahnya PAS Pusat buat pertemuan dengan Ulamak PAS Pahang.

"Ulamak Perak apa salahnya jemput saya untuk bertemu," katanya sewaktu sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.

Ucapan penggulungan beberapa pimpinan hari ini banyak menjurus kepada isu yang berkait isu hubungan ulama-profesional yang dilihat semakin regang.

'Berdoa waktu bahas, lepas ini kita baca talkin' - Bang Mat

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyindir perwakilan Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin yang membacakan doa dalam ucapan untuk mengecam beliau dan dua ADUN Selangor semalam.

Beliau menyifatkan tindakan berdoa itu sebagai satu "taktik baru" yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

"Walaupun ada perkara baru yang dipersembahkan. Baru kali pertama saya tengok ucapan dalam bentuk doa.

"Dulu kita guna doa, bila nak ceramah tak boleh, FRU suruh bersurai, akhirnya kita berdoa," katanya.

Perwakilan itu pula menggunakan taktik tersebut untuk menghadapi larangan pengerusi tetap.

"Tambah lagi sewaktu Ustaz Abu Bakar Cik berdoa, panjang. Macam tu juga dengan Ustaz Fadzil Nor.

"Macam semalam, kalau berdoa panjang, Pengerusi tetap nak suruh berhenti, doa.

"Ooo... rupanya ini taktik baru. Lepas ini kita baca talkin pula. Lepas ini kita baca talkin dalam bahasa Melayu (sewaktu berbahas)," katanya sinis sambil diirngi gelak ketawa perwakilan.

Muktamar: Saya tak tentang Hadi, saya bantu dia PRU13, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikecam ahli parti kerana dikatakan berkempen menentang presiden parti menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan bagaimana beliau berkempen bagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau juga berkempen untuk bekas ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, apabila beliau bertanding kerusi Temerloh tahun lepas. Nasrudin dianggap suara yang berpengaruh antara golongan konservatif parti, juga antara yang tidak dipersetujui Mat Sabu. Mat Sabu berkata beliau menolong Hadi dalam memenangi kerusi parlimen di Marang, Terengganu. Hadi berada di belakang calon Umno pada masa itu dan hampir kalah. "Apabila saya mendengar Nasrudin susah mendapat sokongan kaum Cina, saya turun padang untuk bercakap kepada mereka dan bawa Nasrudin untuk memberitahu mereka inilah calon (Pakatan Rakyat). Tolong undi dia," kata Mat Sabu. Mat Sabu berkata, Hadi dan Nasrudin dapat menang sementara beliau sendiri kalah di Parlimen Pendang. "Mereka katakan saya cuba jatuhkan presiden. Tetapi apabila saya dengar presiden akan kalah di Marang, saya pergi ke Terengganu untuk buat sebaik mungkin. "Saya tidak boleh terima yang presiden kita akan kalah. Pada masa sama saya tidak boleh terima bekas ketua pemuda kita (Nasrudin) akan kalah juga. "Saya pernah bercanggah pendapat dengan Nasrudin dahulu, tetapi saya tidak boleh biarkan beliau kalah. Jadi saya tolong beliau. Akhirnya saya yang kalah tetapi tidak mengapa," kata Mohamad. Mohamad sudah lama menjadi fokus kemarahan golongan konservatif PAS daripada sayap Pemuda ke para ulama hingga ke pemimpin bahagian di seluruh himpunan utama. Beliau dituduh merancang kempen menentang Hadi selepas mempersoalkan keputusannya dalam krisis menteri besar Selangor. Semasa himpunan Pemuda ketika beliau memberi ucapan, kumpulan delegasi keluar dari dewan sebagai tanda protes. Mohamad berkata, walaupun beliau berada di dalam parti untuk masa yang lama dan banyak pengalaman dalam dikritik, beliau masih kecil hati dengan tuduhan komplot beliau terhadap presiden. "Saya masih manusia juga, bukannya dibuat dari plastik."

Muktamar: Kenyataan biar bersaluran - Hj Omar

BATU PAHAT, 20 Sept - "Buat kenyataan biar atas keputusan parti, buat kenyataan biar bersaluran, tidak memberi kenyataan peribadi, biar pimpinan boleh mengambil tanggungjawab", tegas Hj Omar, veteran PAS di Parit Raja tengahari ini,

Perpaduan Pakatan Rakyat gabung jalin antara PAS, DAP dan PKR dicemburui oleh BN. Menghancurkan pakatan yang jitu ini adalah menjadi cita-cita BN, kerana jika pakatan ini berjaya, BN akan hancur.
Oleh itu kita tidak perlu gopoh dan berebut-rebut untuk membuat kenyataan, kerana ianya akan menyusahkan pimpinan. Janganlah dibebankan pimpinan kita dengan pelbagai masalah remeh temeh.

Muktamar: Polisi Media Baru

BATU PAHAT, 20 Sept - "Jadikan media baru sebagai senjata untuk menembak musuh, bukan senjata untuk memfitnah sesama kita" ujar Zailah, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam ucapan penggulungan.
Kenyataan ini turut disokong oleh Dato' Tuan Ibrahim, dalam ucapan penggulunganya di Batu Pahat tengahari ini.
"Bila nak sebar satu berita, pastikan ianya berita betul, sahih dan telah dibuat semakan sewajarnya, agar ianya tidak menjadi fitnah", tegas Tuan Ibrahim.
Beliau juga menegaskan bahawa dalam perjuangan yang panjang, penuh liku dan ujian ini, ada juga golongan yang menjawat jawatan Tukang Komplen Sdn Bhd, sewajarnya provokasi-provokasi sebegini kita hadapi dengan tenang dan mencari kesahihan.
Beliau juga berpesan agar Perwakilan supaya tidak meninggalkan tahajud, membaca Al-Qur'an dan solat berjemaah untuk mengekalkan kita tetap istiqamah dalam perjuangan.

Muktamar: Mohamad Sabu kata taktik baru perbahasan melalui doa, lepas ini baca talkin?

BATU PAHAT, 20 SEPT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyindir perbuatan ‘perbahasan melalui doa’ pada sesi perbahasan perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam yang disifatkannya sebagai taktik baru.
Secara seloroh, beliau berkata, bacaan doa biasanya dibuat dalam siri ceramah politik apabila diganggu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang mahu menghentikan ceramah.
“Pertama kali dalam sejarah jadi ahli, saya nampak ucapan dalam bentuk doa. Kita dulu guna juga doa. Bila masa ceramah, FRU suruh bersurai, kita pun berdoa. Polis nak larang, doa. Kalau (Allahyarham) Ustaz Abu Bakar Chik, dia berdoa panjang.
“Panjang dia (perwakilan) bercakap. Pengerusi Tetap hendak sekat, ini doa. Rupa-rupanya taktik baru. Lain kali kita baca talkin pula,” katanya disambut gelak tawa perwakilan pada sesi penggulungan, hari ini.
Sesi perbahasan semalam sedikit kecoh apabila perwakilan Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin menyampaikan perbahasan melalui bacaan doa dalam mengecam tindak tanduk rakan seperjuangan.
Doa hampir 30 minit itu antaranya mengkritik Langkah Kajang dan tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari PAS yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.

Mahfuz: MB crisis tainted PAS' image

Walau dibubar, peguam Luham tetap bantu PAS - Hanipa

Ulama: PAS should accept S'gor MB post

Muktamar: Kehilangan Selangor bermakna kurang ruang untuk dakwah – Husam

BATU PAHAT, 20 SEPT: PAS berdepan kesukaran menyebar dakwah di Selangor jika kemelut politik berlarutan hingga membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan Selangor berkemungkinan terlepas ke tangan pihak lain.
Naib Presiden, Datuk Paduka Husam Musa, berkata ia berikutan sembilan daripada 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan majoriti tipis.
Berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60, beliau khuatiri PAS bakal berhadapan kehilangan beberapa kerusi.
“Kalau kita kehilangan kerajaan di Selangor, kita kehilangan peluang dakwah. Ini bukan soal kuasa atau jawatan tetapi peluang dakwah,” katanya sambil mengingatkan penyelesaian kemelut itu penting untuk menjaga hati pengundi bukan Islam.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menggesa PAS negeri memberi kerjasama kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk melaksanakan program dan menambah keahlian.
“PAS negeri perlu membentuk jawakankuasa rangkaian DHPP. Kita kena tolong dan mudahkan urusan mereka,” katanya yang menyifatkan DHPP sebagai adik bongsu dan memerlukan bimbingan pimpinan..
Sebelum itu, Ketua DHPP, N Bala Subramaniam berkata beliau turun ke peringkat negeri bagi menjelaskan perjuangan DHPP dan menambah jumlah ahli.
Sehingga kini, DHPP dianggar memiliki 6,000 ahli.

'Pemuda tidak terlibat, mungkin abang-abang kita' - Suhaizan

BATU PAHAT: Kegagalan perwakilan membincangkan soal rakyat serta isu semasa dan lebih tertumpu kepada krisis dalaman parti pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat menarik perhatian Pemuda PAS Malaysia.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat ketika menyampaikan ucapan penggulungan meminta agar semua pihak di dalam PAS memberikan 70 peratus fokus kepada masa depan dan hanya 30 peratus untuk masalah dalaman parti.

"Kita perlu segera menyelesaikan krisis yang kita hadapi sekarang ini, jangan kita leka dengan permasalahan dalaman sehinggakan kita lupa memikirkan masa hadapan.

"Biar pimpinan di atas menyelesaikan apa yang berlaku, kita perlu fokus kepada masalah rakyat serta isu semasa sekarang ini," ucap beliau.

Beliau kesal apabila Pemuda PAS dikaitkan dengan segala permasalahan yang timbul dan menegaskan sayap parti itu tidak pernah terlibat atau menjadi punca kepada konflik yang timbul.

"Sejak dari Langkah Kajang, isu Menteri Besar di Selangor, pendapat yang tidak selari dengan pimpinan termasuk juga tuduhan melabelkan orang tertentu, Pemuda tidak pernah terlibat sebaliknya ia mungkin melibatkan abang-abang kita.

Muktamar: PAS tanpa ulama buta, ulama tanpa profesional tempang, kata setiausaha agung

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan parti Islam itu memerlukan sokongan kepimpinan dari kumpulan ulama dan profesional kerana mereka saling melengkapi satu sama lain. Mustafa dilihat cuba meredakan keadaan ketika PAS sedang berhadapan kemungkinan perpecahan daripada dua kumpulan penyokong ulama dan profesional yang kini bertelagah ekoran krisis menteri besar Selangor. "Jangan sampai isu kumpulan ulama dan profesional ini dibangkitkan hendak memimpin PAS. Kita memang memimpin PAS. "Siapa kata profesional tidak diperlukan PAS dia tidak memahami dinamik perjuangan PAS, kalau kata ulama pun sama tidak faham... dua-dua kumpulan ini diperlukan," kata Mustafa ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini. Muktamar kali ini menyaksikan beberapa perwakilan yang membangkitkan isu sokongan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilihat menerima kritikan daripada kumpulan perwakilan. "Jangan kita lihat muktamar tahun depan ada pemilihan, ada yang mahu orang-orang ini dijatuhkan," kata Mustafa.

Muktamar: PAS pilihan golongan profesional, keahlian capai 1 juta – Salahuddin

BATU PAHAT 20 sept: Selepas 60 kali bermuktamar dan pelbagai ranjau berliku telah diredahi, PAS hari ini mengumpul keahlian kira-kira 1 juta orang, kata Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub.
Beliau berkata, golongan cerdik pandai dan profesional semakin ramai menyertai dalam parti yang pada peringkat awal penubuhan hanya mempunyai kira-kira 100 ahli sahaja.
“Mula-mula, hanya ada kira-kira 100 ahli sahaja tetapi sekarang PAS ada 1 juta keahlian,” katanya pada sesi perbahasan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 di sini, hari ini.
Dewan Muslimat PAS pula mencadangkan kepimpinan tertinggi parti mempertimbang pertambahan jumlah wakil muslimat dalam semua program parti termasuk mesyuarat bagi mengelak kemungkinan fitnah.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berpendapat sekurang-kurangnya dua wakil muslimat diletak dalam setiap aktiviti harian berikutan aduan beberapa wakil muslimat berhubung hal itu.
“Saya mendapat keluhan ahli bawahan, muslimat  berseorangan dalam mesyuarat harian. Bayangkan mesyuarat berakhir lewat malam tetapi wakil muslimat hanya seorang.
“Bukan sahaja sebagai peneman tetapi untuk elak fitnah,” kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu.