Khamis, 18 September 2014

Perwakilan marah Pemuda protes Mat Sabu, mahu siasatan isu Syiah didedahkan

Zulkifli YaakobWakil Pas Kuala Krai, Zulkifli Yaakob mencabar perwakilan yang tidak setia kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya bangun di dewan muktamar.
Sebagai parti mementingkan semangat jemaah, peristiwa perwakilan keluar semasa Mat Sabu berucap memang satu perkara amat memalukan, katanya.
"Kalau sebuat pasal wala' (setia), kita tak boleh wala' kepada presiden sahaja..kita kena wala' kepada semua pimpinan Pas.
"Saya bukan ada apa-apa pun dengan Mat Sabu..nak panggil ceramah pun payah tapi dia merupakan pemimpin kita dan kita kena wala'," ujarnya yang sempat lari sekejap dari topik semasa mengesahkan laporan pembentangan minit muktamar tahun lepas pada Muktamar Pas Pusat Kali Ke-60 di sini hari ini.
Menurutnya, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak ada peluang untuk berbahas usul presiden kali ini.
Sementara itu, ketika menyokong pengesahan perkara yang sama, wakil Pas Kalabakan, Mohd. Fathil (gambar kanan) pula mempersoalkan kenapa dalam perwakilan tidak diberi hasil keputusan mesyuarat parti berkenaan isu-isu semasa yang dibincangkan. Ia termasuk isu Syiah pada tahun lepas yang tertera di dalam minit tetapi perwakilan tidak diberi laporan mengenai mesyuarat berkenaan.

Menurutnya, beliau juga mahu pimpinan meningkatkan pemerkasaan Pas di Sabah kerana bimbang jika dibiarkan akan menyebabkan sokongan kepada Pas menjelang pilihan raya umum nanti tidak meluas.

Pemuda Pas lembik - Wakil Perak

Jati diri anak-anak muda dalam Pas sekarang tidak 'setegap' jati diri pemuda Pas pada zaman-zaman dahulu.
Wakil Pas Perak, Noh Ahmad berkata, kekuatan jati diri parti semakin terhakis dan dibimbangi merosakkan parti pada masa depan.
"Adik-adik kita dari sudut kekuatan jati diri tak kuat macam kita dahulu, kita dulu bertengkar kita tak kuar dewan..adik-adik (sekarang) keluar dewan. Ini beri impak besar pada imej parti kita," ujarnya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden Pas di Muktamar Pas Pusat di sini hari ini.
Menurut Noh, Pas Perak melihat anak-anak muda parti itu kini seolah-olah sudah hilang asas tarbiah.
"Perlu rangka satu pendekatan baru sesuai dgn suasana semasa dan harap dapat perhatian," jelasnya.
Menurutnya, ia perlu diubah sekiranya mahu melihat Pas mampu ganti UMNO.
"Pas ganti UMNO daripada segi kepimpinan..bukan daripada segi perangai," jelasnya.
Satu lagi, kata Noh, masalah maklumat dimanipulasi juga perlu ditangani Pas Pusat.
"Biasalah ada perbincangan ada pro dan kontra.. itu bukan yg kita hendak tahu, kita hendak tahu keputusan," ujarnya.
Perak seterusnya mahu pimpinan berlapang dada dalam menangani pebezaan pendapat dan jangan lihat perbezaan pendapat satu perkara lemah kerana ia kadangkala menguatkan parti.

Pas Pusat perlu selaras maklumat - Sallehen Mukhyi

BATU PAHAT - Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Selangor, Sallehen Mukhyi meminta kepimpinan Pas Pusat supaya menyelaraskan maklumat supaya penjelasan sesuatu isu mudah  difahami semua ahlinya.

Beliau berkata maklumat yang disampaikan kepada anggota Pas daripada sebilangan pemimpin pusat tidak sama sehingga menimbulkan kecelaruan dalam kalangan anggota.

"Biar mereka (pemimpin Pas Pusat) turun agar rakyat dan ahli parti dapat menerima penjelasan yang sewajarnya (tetapi) nada dan fikrah perlu sama (sesama kepimpinan) agar anggota tidak bercelaru," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari pertama Muktamar Pas Ke-60 di Parit Raja di sini, hari ini. 

Sallehan yang juga Exco Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Selangor berkata, Pas Selangor turut memandang serius  beberapa tindakan berbentuk penghinaan dan tidak beradab yang dilemparkan terhadap pemimpin Pas berikutan isu Menteri Besar Selangor. 

"Setuju ke tidak, adab dalam jemaah perlu dipelihara," kata beliau yang perwakilan Selangor.

Selain itu, Sallehen turut memberi jaminan yang kerajaan pakatan Selangor sedia ada masih berjalan dengan baik dengan bantuan exco-exco Pas Selangor.   

Fungsi Jawatankuasa Tatatertib akan dikemaskini - Mustafa Ali

BATU PAHAT - Jawatankuasa Tatatertib Pas akan dikemaskini bagi menambah baik peranannya dalam menangani laporan disiplin ahli parti.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ia berikutan banyak pihak mempertikaikan jawatankuasa tersebut yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik.

"Kita dapati Jawatankuasa Tatatertib ada beberapa kelemahan dari segi kaedah dan pelaksanaannya. Ada yang kata jawatankuasa ini terima laporan dan kemudian terus jatuh hukuman tanpa siasatan, bagaimana ia boleh terjadi?

"Oleh itu, Lajnah Undang-undang dan pimpinan Pas akan mengemaskini fungsi jawatankuasa ini. Kita sedang menguasahakan satu konsep yang lebih jelas berkaitan Jawatankuasa Tatatertib untuk tangani laporan disiplin, " katanya ketika menjawab soalan perbahasan laporan teknikal di Muktamar Pas ke-60, di sini, hari ini.

Sidang Media Muktamar 'Kami ngam' Hadi, Mat Sabu ketawa

SIDANG MEDIA MUKTAMAR PAS 2014


Muktamar: Jangan ada sabotaj dalam PAS - Perwakilan Kuala Krai

Zulkifli mencadangkan supaya diwujudkan satu jawatankuasa untuk menyiasat sekiranya ada ahli atau kepimpinan PAS yang sabotaj dan dihukum.


BATU PAHAT: Perwakilan PAS dari Kuala Krai, Kelantan, Zulkifli Yaakob meminta supaya pimpinan dan pemuda bersatu dan jangan bertelagah.
Menurut Zulkifli, dalam ucapan peringatan muktamar, beliau merujuk kepada kejadian dimana ada pemimpin dan pemuda PAS yang keluar ketika Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau dikenali dengan panggilan Mat Sabu sedang berucap di persidangan muktamar pemuda PAS di Kota Tinggi.
“Saya melihat perpecahan telah berlaku di dalam PAS dan kita seharusnya perlu bangun untuk menghadapi Umno dan bukannya hentam antara satu sama lain. Kita harus mengelakkan daripada berlakunya sabotaj di dalam PAS,” jelasnya.
Beliau mencadangkan supaya diwujudkan satu jawatankuasa untuk menyiasat sekiranya ada ahli atau kepimpinan PAS yang sabotaj dan dihukum.
“Saya agak musykil sekiranya mereka keluar ketika Mat Sabu memberi ucapan kerana ingin mengambil wuduk untuk solat.
“Itu jawapan politik, alimnya nak ambil wuduk,” jelasnya.
Katanya, perpecahan ini harus dielakkan dan semua harus bersatu padu.
“Perbezaan pandangan antara ahli dengan pemimpin atasan PAS memang ada berlaku tetapi jangan sampai ingin menjatuhkan pimpinan atasan itu pula.
“Sekiranya didapati bersalah, jawatankuasa yang dicadangkan itu dapat menyiasat dan ambil tindakan yang sewajarnya,” ujarnya.

Muktamar: Perbezaan pendapat bawa manfaat jika diurus dengan baik – PAS Johor

BATU PAHAT, 18 SEPT: PAS Johor mencadangkan parti itu memulakan inisiatif berdialog dengan ahli akar umbi bagi membolehkan perbezaan pendapat di kalangan ahli, diurus dengan baik.

Perwakilan Muktamar Tahunan PAS 2014 itu, Zulhelmi Mohd Rohani berkata, perbezaan pendapat itu mampu dijadikan aset kepada PAS jika diurus secara berkesan.

“Sempena mengambil dialog yang dianjur Al-Quran, PAS Johor mencadangkan PAS mengambil inisiatif membuka sesi dialog termasuk perbahasan ilmiah.

“Kita tidak perlu risau perbezaan pendapat kerana perbezaan ia mampu menjadi aset parti bukan keruntuhan parti,” katanya pada sesi membahaskan ucapan dasar presiden parti di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia selaras dengan amalan Islam termasuk al-Quran dan hadis, malah
perbahasan mampu meredakan sesetengah pandangan bersentimen emosi semata-mata.

Muktamar: 'Berjongkang-jongkit' dengan Umno juga perlu ditegur

Perwakilan Perak Noh Ahmad bukan sahaja menggesa Pakatan Rakyat diperkukuhkan, malah mahu konsep PAS For All tidak dianggap sebagai "slogan kosong" untuk memenangi hati rakyat.

Menurutnya, konsep PAS For All perlu dalam usaha menyelamatkan orang Melayu daripada "dogma dan khurafat" Umno bahawa parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan kaum itu.

"Pada pilihan raya umum ke-13 ia ada hasilnya. Kita menang dengan beberapa negeri dan kerusi.

"Jadi kami berharap orang pantai timur memahami realiti di pantai barat. Kita tidak kata kemenangan ditentukan oleh satu pihak.

"Tetapi sejarah membuktikan masyarakat Melayu sangat kuat dengan dogma dan khurafat bahawa Umno sahaja yang membela dan menyelamatkan mereka," katanya.

Kawasan pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu majoritinya didiami kaum Melayu berbanding di pantai timur.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucapan terima kasih dan membahas usul ucapan dasar presiden bertajuk "Terus Beristiqamah" dalam muktamar PAS di Batu Pahat hari ini.

Menurut Noh lagi, keputusan Majlis Syura Ulama yang mahu PAS bertahaluf dalam Pakatan Rakyat sebagai medan untuk menyampaikan Islam.

Menurutnya lagi, sebelum ini masyarakat bukan Islam mengenali Islam itu melalui kaca mata perlembagaan sehingga dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tertentu termasuk isu perebutan anak.

"Tanggungjawab PAS untuk menyelesaikan dengan menjelaskan Islam, bahawa ini (penyelesaian) dalam Islam.

'Berjongkang-jongkit dengan Umno'

"Pakatan Rakyat Perak mengadakan dialog dengan NGO (bukan Islam) dan mereka ingin sangat mengenali apa kehendak Islam (berhubung isu itu).

"Selagi kita terkongkong dengan pandangan Islam melalui kaca mata Umno, selagi itu mereka tidak dapat lihat 'PAS for All'," katanya.

PAS tetap dengan pendirian tolak jawatan MB Selangor- Mat Sabu

PAS tetap dengan pendirian tolak jawatan MB Selangor- Mat SabuBATU PAHAT: PAS tetap dengan keputusan menolak jawatan Menteri Besar Selangor,  kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan tetap dipertahankan.

"Kami (PAS) tetap dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang memutuskan untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar Selangor.

"Kalau PAS terima jawatan itu (MB Selangor) tapi PKR dan DAP tidak setuju akan jadi kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60, di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kerusi MB itu milik PKR tetapi apa saja keputusan Sultan Selangor perlu diterima semua pihak," katanya.

Mustafa bagaimanapun enggan mengulas sama ada PAS akan menerima jawatan tersebut.

Manakala Exco Kerajaan Selangor,  Salehen Mukhyi menafikan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Saya dimaklumkan ada majlis angkat sumpah MB baharu Selasa depan.

"Saya tidak tahu siapa akan dilantik, yang penting bukan saya," katanya.

Azizah, Azmin atau Iskandar?

Sekiranya pihak Istana mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, Wan Azizah akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Negeri akan berlaku adalah satu mimpi sahaja ekoran jemputan yang telah dikeluarkan oleh pihak Istana.
Sebelum ini, banyak pihak yang meramal bahawa krisis pertukaran Menteri Besar ini tidak akan dapat diselesaikan dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon kepada pihak Istana supaya DUN dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri diadakan.
Namun kini, ia hanyalah ramalan palsu belaka.
selangor300Sebentar tadi, pihak FMT telah menerima maklumat bahawa Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor akan berlangsung pada 23 September (Selasa) ini jam 10 pagi bertempat di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Surat-surat jemputan sudah dihantar kepada Istana bagi menjemput wakil-wakil kerajaan dan orang-orang kenamaan.
Pihak FMT sendiri telah menghubungi wakil Istana, Encik Arfiq Farid sebentar tadi. Beliau mengesahkan perkara tersebut.
Namun demikian, nama Menteri Besar dan dari parti mana, masih belum diketahui dan hingga saat berita ini dikarang ia masih lagi menjadi misteri.
Ekoran itu, beberapa spekulasi telah beredar di laman sosial yang mengatakan bahawa tiga nama calon yang hangat dibincangkan adalah Iskandar Samad (PAS), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), dan Azmin Ali (PKR).
Ini sesuai dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa Ali bahawa tiga nama yang diserahkan kepada Istana terdiri daripada dua calon daripada PKR dan seorang calon daripada PAS.
Calon PKR yang diserahkan oleh Mustafa Ali adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sedangkan nama calon PAS pula tidak didedahkan. Calon PAS yang menjadi spekulasi kini adalah Iskandar Samad.

Siapa Angkat Sumpah Selasa ini - Azizah, Azmin Atau Adun Pas?

Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini, Istana Selangor akan mengadakan majlis angkat sumpah jawatan ketua kerajaan negeri itu pada pagi Selasa, 23 September jam 10 pagi. Kad jemputan kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin politik, orang kenamaan dan sebagainya sudah pun mula diedarkan.

Serentak itu, teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim turut menjadi perbualan ketika ini. Di media sosial pula ketika ini sarat dengan pelbagai jangkaan dan tekaan mengenai siapa yang bakal dipilih oleh Sultan Selangor untuk mengetuai kerajaan negeri itu.

Ada yang tetap memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pilihan dan ada pula yang merasakan Azmin Ali akan dilantik. Tidak kurang juga yang meramalkan Sultan akan melantik Adun Pas sebagai Menteri Besar kali ini setelah tiada kesepakatan yang jitu mengenainya di kalangan ketiga-tiga parti dalam PR.

Adakah pilihan Sultan Selangor nanti ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah mendapat sokongan majoriti 30 Adun? Atau mungkinkah Azmin Ali atau lain-lain Adun daripada PKR?

Mungkinkah juga Sultan Selangor akan melantik mana-mana Adun Pas, terutamanya Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad yang dicalonkan oleh Haji Hadi Awang sebelum ini?

Dalam masa yang sama, oleh kerana seiring dengan pengumuman tarikh majlis angkat sumpah ini terdapat pula teguran daripada Istana Selangor terhadap Anwar Ibrahim mengenai pencalonan hanya satu nama yang dianggap tidak tepat dan mengelirukan, ramai pula beranggapan ianya sebagai signal bahawa Dr Wan Azizah bukanlah pilihan untuk mengangkat sumpah Selasa ini.

Teguran terhadap Anwar itu adalah tanda Sultan Selangor tidak memberi perkenan terhadap pencalonan Dr Wan Azizah, demikian tafsiran ramai pemerhati politik sama ada yang gemar melayan sembang di coffee house hotel, di kedai-kedai mamak mahupun sekadar di alam maya Facebook dan Twitter.

MB baru angkat sumpah Selasa depan - Istana Selangor

KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa bakal mengganti tempat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terjawab Selasa depan.

Ia berikutan salinan kad jemputan ke istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor pada pukul 10 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang yang diterima Astro AWANI di sini hari ini.

Salinan kad itu turut meminta jemputan memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam kepada lelaki sementara jemputan wanita perlu memakai pakaian tertib dan sopan.

Jemputan
Salinan kad jemputan Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor Selasa depan

Sementara itu, memetik laporan sebuah portal, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani mengesahkan istiadat itu akan diadakan Selasa selain nama menteri besar baharu turut diumum pada hari yang sama.

Sebelum ini, Istana Selangor menafikan kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan merupakan amalan negara sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Muktamar: PAS kuat dengan tahaaluf siyasi

BATU PAHAT, 18 Sept - Tahaaluf siyasi yang diamalkan PAS haruslah menguatkan parti bukan melemahkan, ujar Presiden PAS dalam Muktamar PAS Pusat Kali Ke 60 di Batu Pahat, Johor.
"Tahaaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya.  Amat malang bagi kita sekiranya tahaaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengucar kacirkan kita sehingga ada yang pening dan mabuk sehingga sanggup bercakaran sesama sendiri"
Haji Hadi juga mengingatkan seluruh pimpinan dan ahli PAS agar berjuang dengan ikhlas kerana Allah berpaksikan aqidah tauhid dan bukan politik kosong semata-mata.
"Saya ingin mengingatkan pimpinan dan ahli parti, bahawa perjuangan kita adalah kerana Allah. Perjuangan kita kerana Islam, perjuangan kita adalah mata rantai sejak zaman Rasulullah SAW Perjuangan ini mestilah berada di atas landasan syarak dan memperolehi pahala di sisi Allah. Bukan sekadar politik biasa sebagaimana yang difahami oleh Barat. Paksi perjuangan kita mestilah teguh dan kukuh kerana kita berpaksikan kepada aqidah tauhid. "
PAS merupakan sebuah parti yang berpengalaman, dalam usia 50 tahun telah mengadakan pelbagai tahaaluf siyasi dengan hampir semua parti politik utama dalam Malaysia. Kejayaan terbesar parti ini adalah dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). PAS matang dalam mencernakan suasana dan berdepan dengan kepelbagaian.

Muktamar: Rakyat kecewa jika PR pecah

BATU PAHAT: Perwakilan Melaka, Yuhaizad Abdullah meminta semua pihak memperkukuhkan Pakatan Rakyat bagi menjaga amanah yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Beliau yang berucap pada perbahasan ucapan dasar Presiden mengingatkan pimpinan agar memahami golongan yang telah memilih PAS bagi tujuan membela mereka pada masa akan datang.

"Kadang kala kita lupa, PAS sebenarnya merupakan parti minoriti begitu juga PKR dan DAP. Golongan majoriti dalam Pakatan Rakyat adalah rakyat yang memilih kita.

"Jangan khianati amanah yang mereka berikan, kita perkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat ini," ucap beliau pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini petang ini.

Menurut beliau suasana politik negeri di Pantai Barat berbeza dengan negeri-negeri lain yang menuntut Pakatan Rakyat terus memperjuangkan nasib mereka.

Yuhaizad bagaimanapun yakin melalui tahaaluf siyasi ini, PAS akan terus beristiqamah di dalam Pakatan Rakyat bagi meneruskan perjuangan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Kita jangan lupa mereka, meninggalkan Pakatan Rakyat memusnahkan harapan mereka.

"Kita perlu menjadi pemimpin umat yang membela rakyat untuk kebajikan mereka," sambung beliau lagi.

Beliau turut menggesa agar setiap ahli PAS menghormati Dewan Ulamak PAS Pusat dan tidak merendahkan kedudukan dewan tertinggi di dalam PAS.

Istiqamah perlu dizahirkan antara PAS dan PR


BATU PAHAT: PAS perlu membuat satu pendirian yang tegas berhubung 'istiqamah' yang dimaksudkan sebagaimana ditegaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden Ikram Syed Obrahim Syed Noh berkata, istiqamah ini bukan sahaja perlu diterjemahkan di peringkat diluar parti tetapi ia perlu dijadikan semangat di dalam parti itu sendiri.

"Di dalam parti, misalnya kita wala untuk taat kepada kepimpinan kita, perkara ini juga perlu diterjemahkan di luar antara PAS dengan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas ucapan dasar Presiden PAS yang bertemakan Terus Beristiqamah itu, beliau menambah perlu ada kerjasama yang telus supaya Pakatan Rakyat menjadi sebuah parti yang kuat.

"Saya rasa perlu ada 'good governance' yang baik di antara PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Muktamar: Terus Beristiqamah padam tuduhan terhadap PAS


BATU PAHAT: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke 60 dengan tema 'Terus Beristiqamah' sebagai bukti ketegasan PAS untuk terus bersama-sama dalam Pakatan Rakyat.

Jelas beliau, ketegasan ini turut memadam kegelisahan dan keresahan masyarakat khususnya Pakatan Rakyat yang mungkin bimbang dengan pendirian PAS di dalam Pakatan Rakyat.

"Rakyat digembar gembur oleh manupulasi media mengenai pendirian PAS, mereka mengatakan PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Tetapi hari ini Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan melalui istilah istiqamah PAS untuk terus memegang kepada perjanjian yang telah dibentuk dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, PAS tidak akan sesekali menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN) sebagai pendirian jelas parti itu.

"Mengatakan PAS akan sertai Umno itu tidak sama sekali berlaku dan mustahil, Presiden tegas dalam soal ini.

"Ucapan beliau menunjukkan PAS terus beristiqamah dalam perjuangan dalam masyarakat dan rakyat Malaysia untuk merubah masa depan Malaysia.

Muktamar: Krisis dan cabaran membersihkan jamaah


BATU PAHAT: Setiap cabaran yang terpaksa ditempuhi PAS sebenarnya membersihkan jamaah Islam dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya dari parti.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ahli PAS wajib teguh dan bersabar walaupun terpaksa menghadapi kesulitan perjalanan yang jauh kerana amalan demokrasi yang tidak adil.

"Perjalanan yang sangat mencabar ini, sebenarnya membersihkan jamaah Islam seperti PAS daripada anasir hipokrit dan yang lemah imannya, dari individu yang tidak sabar dalam tindakan sehingga tidak istiqamah dalam perjuangan ini.

"Mereka adalah golongan yang tidak sabar dalam perjuangan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60 hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut menegaskan bahawa PAS tetap memilih pendekatan muwajahah silmiyah (pendekatan damai) bersama konsep demokrasi walaupun banyak ketempangannya.

Muktamar: Penegasan Presiden resahkan musuh PAS


BATU PAHAT: Penegasan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tentang beberapa isu melalui Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 pagi tadi disifatkan berjaya 'membunuh' persepsi negatif terhadap PAS.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, penegasan bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat selagi syarat persepakatan tidak dilanggar, dan tidak sesekali akan bersama Umno tentu meresahkan beberapa pihak menabur 'api fitnah' itu.

"Penegasan itu sekaligus 'membunuh' segala persepsi dan tohmahan kita akan bersama Umno," katanya.

Mengulas lanjut, Salahudin yang juga Pengerusi Lujnah Pemerkasaan Parti berkata, adalah penting bagi ahli diseluruh peringkat memahami bahawa pada tahap ini PAS tidak mungkin meninggalkan Pakatan Rakyat.

Namun begitu ujarnya, seperti yang dipertegas oleh Ustaz Abdul Hadi bahawa PAS akan sentiasa membaiki segala kekurangan dan memposisikan diri dalam Pakatan Rakyat.

Kerajaan PR Selangor tidak kekal lama jika MB baharu daripada PAS, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tetap berpegangan kepada keputusan parti yang kerusi menteri besar Selangor adalah milik PKR ketika ditemui di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 September, 2014.  
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tetap berpegangan kepada keputusan parti yang kerusi menteri besar Selangor adalah milik PKR ketika ditemui di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 September, 2014.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan bertahan lama sekiranya Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan melantik menteri besar baharu daripada kalangan pemimpin PAS, kata Mohamad Sabu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR sementara PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR.
"Kalau DAP dan PKR tidak setuju daripada PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara," kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.

Kenyataan beliau turut disokong Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. "Keputusan dibuat, kerusi itu milik PKR," katanya ketika ditemui dalam muktamar itu.
Sultan Selangor akhirnya membuat keputusan muktamad memilih menteri besar baharu dan menetapkan tarikh 23 September ini sebagai majlis angkat sumpah.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada Selasa depan di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada pukul 10 pagi.
Pejabat Istana Selangor ketika dihubungi mengesahkan kad jemputan itu yang sudah mula diedarkan kepada pembesar istana, wakil rakyat, penghulu, serta pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK).

Muktamar: Nak ganti Umno tapi ambil perangai Umno


BATU PAHAT: Perwakilan Perak menggesa Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PAS Pusat merangka pendekatan baru untuk mentarbiyyah ahli parti itu yang sesuai dengan tuntutan semasa.

Menurut Noh Ahmad, perkembangan terkini dalam parti itu dilihat mempunyai dua kumpulan pemikiran dan tindakan sehingga disiplin mereka sukar lagi dikawal.

"Adik-adik kita kurang jati diri, dulu bertengkar tapi tidak keluar dewan. Adik-adik kita tengkar tapi keluar dewan. Ini jejaskan parti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar PAS Tahunan PAS ke-60 hari ini.

Namun katanya, pihak pucuk pimpinan tidak boleh berdiam diri dalam hal ini kerana ia akan menjejaskan imej parti dan kepimpinan parti akan dipandang rendah.

"Kita ganti Umno dari segi kepimpinan tetapi kita pada hari ini kita ambil perangai Umno," katanya.

Justeru beliau meminta para perwakilan muktamar agar berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat.

"Percanggahan pemikiran dan perbezaan pendapat akan merosakkan kita," katanya.

Beza pandangan bukan bermakna lawan presiden, kata perwakilan PAS

Berbeza pendapat dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermakna ahli parti Islam itu ingin menjatuhkan beliau, kata perwakilan PAS Kuala Krai.
Zulkifli Mohamad ketika meluluskan minit mesyuarat muktamar lepas di sesi Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini berkata, setiap lapisan kepimpinan seharusnya dihormati ahli PAS.
"Adakah di kalangan kita yang berhasrat menjatuhkan presiden? Bangun! Ada atau tidak?" katanya.

"Kalau tiada kenapa tulis di belakang, kami menyokong presiden, kami menyokong Majlis Syura Ulama?" katanya lagi mengulas dakwaan insiden keluar dewan ketika perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi pada Selasa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Berlainan pandangan dengan presiden bukan bermakna kita lawan presiden."
Perwakilan itu berkata, insiden berkenaan harus disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS dan sekiranya benar, tindakan tegas perlu diambil.
"Saya mahu Lembaga Pemerkasaan parti melihat adakah berlakunya sabotaj semasa muktamar pemuda. Kalau benar, kita ambil tindakan.
"Ada kata nak pergi ambil wuduk, sembahyang. Ya Allah, alimnya. Ini jawapan politik.
"Bukan saya nak sokong Mohamad Sabu, tapi hormatlah beliau. Banyak jasa dia. Siapa kamu nak dibandingkan dengan Mat Sabu?" katanya merujuk kepada panggilan mesra Mohamad.
Zulkifli berkata, tanpa mengira kedudukan, kepimpinan PAS seharusnya dihormati.
"Adakah sebab kesalahan sedikit jadi alasan untuk kita lakukan tindakan sedemikian?
"Adab seperti ini hendaklah dibuang daripada adik-adik kita," katanya.

Perwakilan muktamar tuntut insiden boikot Mat Sabu disiasat


Perwakilan Kuala Krai Zulkifli Yacob mahu Jawatankuasa Pemerkasaan Parti supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan perwakilan Pemuda yang memboikot ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dua hari lalu.

"Jika benar ia berlaku, ambil tindakan (terhadap) Pemuda negeri (yang terlibat).

"Diberi alasan ambil wuduk (untuk solat asar), wah, alimnya mereka! Itu jawapan politik. Tidak pernah berlaku dalam parti.

"Jangan jadi isu-isu (tertentu) untuk melaga-lagakan pemimpin kita. Tak kira ulama atau profesional kerana mereka adalah pemimpin kita," kata Zulkifli ketika mempersoalkan berhubung laporan tahunan Muktamar PAS 2013.

Tindakan beliau itu mengundang campur tangan Pengerusi Tetap Hussein Ismail yang meminta beliau tidak mengulas panjang memandangkan sesi itu berkaitan perkara teknikal yang berbangkit dalam laporan tahunan.

'Siapa kamu nak boikot Mat Sabu?'

Bagaimanapun, Zulkifli memohon tempoh selama dua minit untuk beliau menghabiskan ucapan dan pertanyaannya.

PAS Youth slammed for Mat Sabu walkout


MB Selangor yang baru angkat sumpah selasa ini

'PKR should get MB post, but Sultan has final say' - Mustafa Ali

PKR: Kami "berkorban" bukan khianati PAS

Hadi: PKR-DAP masih hormati tahaluf siyasi

PAS sertai Umno hanya fitnah - Hadi

Hari Pertama: Muktamar Tahunan PAS Ke-60 (Batu Pahat, Johor)

New Selangor MB to be sworn in next Tuesday

Hanya yang setia sahaja bersama PAS - Hadi

Teguran PAS adalah penegasan kukuhkan PR kata Naib Presiden PKR

BATU PAHAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak melihat teguran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai satu amaran sebaliknya ia adalah penegasan bahawa PAS akan terus beristiqamah dengan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, penegasan itu sudah tentunya akan membantu hubungan dan kerjasama yang baik dengan Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya hari ini menegaskan akan terus bertahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat selagi tidak melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui bersama.

"Saya tidak anggap sebagai amaran, ia adalah penegasan Presiden PAS yang menjawab pelbagai persoalan bahawa PAS akan terus beristiqamah dengan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Muktamar: Ucapan Dasar Presiden tonjol kematangan PAS

BATU PAHAT: Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini menonjolkan kematangan PAS berhadapan cabaran sama ada dalaman parti, mahupun dipersada politik negara.

Dengan tema "Terus Beristiqamah", Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjawab beberapa tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu khususnya dalam isu yang mencalar wibawa dan kesetiaan PAS kepada rakan pakatan mereka.

Ucapan dasar dengan 78 perenggan, yang sampaikan hampir satu setengah jam itu turut menggagaskan bagaimana pemimpin dan ahli PAS patut bertindak dalam menghadapi situasi politik zaman fitnah yang mencabar ini.

Apa yang boleh difahami, kunci utama bagi menguatkan PAS adalah istiqamah setiap ahlinya dalam mengharungi perjuangan ini dengan tidak mudah meninggalkan bahtera ini.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ucapan dasar presiden ini memberi pencerahan kepada beberapa persoalan yang melanda parti sebelum ini.

"Presiden mempertegaskan keperluan istiqamah dalam perjuangan, istiqamah atas dasar yang diperjuangkan oleh PAS.

"Presiden mempertegaskan dengan jelas konsep tahaluf siasi dan PAS istiqamah dalam PR  dengan saling kukuh mengukuh sekaligus menolak anggap PAS akan bersama Umno.

Muktamar: Mat Sabu ngam dengan Hadi

Mat Sabu juga turut menafikan ada tindakan protes terhadapnya.

hadisabu
BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan yang beliau bertelagah dengan Timbalannya Mohamad Sabu.
Ini kerana sebelum ini media melaporkan Mohamad Sabu atau Mat Sabu telah banyak mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan Hadi.
Namun hari ini Hadi menafikan yang beliau ada perselisihan dengan Mat Sabu.
Mat Sabu juga turut menafikan ketika dalam sidang media itu semasa duduk bersebelahan Hadi.
“Macam mana tak ngam, saya elok saja duduk sebelah dia, berdua-duaan lagi,” katanya.
Sebelum ini, kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Mat Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya.
Mereka memakai jaket warna hitam bertulis ‘Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulama.’ Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.
Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor. Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.
Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen. Sungguhpun begitu, lebih 700 perwakilan Pemuda lain yang hadir tidak terpengaruh dengan tindakan kumpulan itu sebaliknya memberikan tumpuan kepada ucapan beliau.
Dalam sidang media kemudiannya, Mat Sabu menafikan tindakan kumpulan itu sebagai tanda protes terhadap ucapannya dan beliau mengakui “tidak nampak” perbuatan mereka itu.

Muktamar: PAS yakin kekal bersama Pakatan Rakyat

BATU PAHAT: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam memperjuang hak keadilan untuk rakyat.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat hari ini. Beliau memberitahu bahawa setiap parti pasti mempunyai masalah masing-masing dan setiap parti perlu faham serta menyelesaikannya.

"Semua ada masalah sendiri, diri kita pun ada masalah jadi apa yang perlu kita lakukan adalah menyelesaikan dengan lebih baik.

"Saya yakin PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dalam membawa dasar-dasar yang telah kita persetujui," kata beliau.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, walaupun di dalam Pakatan Rakyat menpunyai syarat yang longgar dan masing-masing boleh menganuti idealogi parti tetapi ia perlu saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

"Masalah hanya kecil, rakan-rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat turut hadir dalam Muktamar kita kali ini dan ini menunjukkan kesefahaman kita masih kekal seperti dulu.

"Selagi tidak berlaku perlanggaran syarat terhadap perkara-perkara dasar iaitu kita mendokong prinsip demokrasi, mendokong keadilan untuk semua," sambung beliau.

Hadi ketika ditanya mengenai krisis yang berlaku di Selangor membabitkan jawatan Menteri Besar, memberitahu setiap permasalah atau krisis tetap ada jalan keluar untuk menyelesaikannya.

Muktamar: Hubungan dengan PR pulih selepas isu MB selesai

BATU PAHAT - Pas hari ini melahirkan keyakinan bahawa hubungan dengan rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan kembali pulih selepas isu Menteri Besar (MB) Selangor selesai.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui masalah pasti timbul dalam mana-mana parti pun dan terpulang kepada anggota dalam pakatan pembangkang itu untuk menyelesaikannya.
  
"Itu masalah (isu MB Selangor) yang harus diselesaikan. Cuma bagaimana kita nak selesaikan masalah itu. Saya yakin (hubungan akan pulih), insya-Allah," kata beliau kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-60 di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada hubungan ketiga-tiga rakan sekutu itu bakal pulih dengan kemelut isu MB Selangor yang masih belum selesai.
  
Apabila ditanya ketidakhadiran pemimpin tertinggi PKR dan DAP pada perasmian muktamar seakan menunjukkan protes mereka terhadap pendirian Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama mengenai isu MB Selangor, beliau menafikan dakwaan itu.

PAS kekal dengan Tahaluf Siyasi

Hadi denies rift with Mat Sabu

PAS takkan gabung dengan Umno

Jawapan istana Selangor kepada Anwar Ibrahim.





Muktamar: Pas akui syarat tahaluf siyasi dalam PR longgar

BATU PAHAT - PR mempunyai syarat tahaluf siyasi yang longgar, oleh kerana itu setiap parti dalam gabungan itu boleh menggunakan ideologi masing-masing (parti), kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan sekali lagi bahawa prinsip Pas masih lagi teguh bersama PR.

Abdul Hadi juga berkata, buat masa ini tidak berlaku pelanggaran dasar tahaluf siyasi antara parti komponen dalam PR.

"Sehingga ini tidak berlaku lagi perkara yang menyentuh perkara dasar," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan Pas di Parit Salleh Ros, Parit Raja, di sini, hari ini.

Ditanya apa yang dianggap boleh melanggar tahaluf siyasi itu, Abdul Hadi menyatakan, "kita mempunyai prinsip umum iaitu mendukung demokrasi, keadilan kepada semua dan tidak ada percanggahan antara satu sama lain.

Menyentuh soal kemelut Menteri Besar Selangor yang dihadapi PR,  Abdul Hadi yakin masalah itu ada jalan penyelesaiannya.

Masa depan PAS di tangan ahli PAS


Tajuk di atas mempunyai implikasinya tersendiri daripada segi sejauh mana ahli PAS melihat kelestarian parti Islam ini dapat terus mewarisi legasinya kepada generasi pelapis yang akhirnya akan memimpin PAS.
Selain itu persepsi awam turut memberi kesan sama ada PAS akan kekal relevan atau hanya menjadi parti yang dianggap kuat oleh ahlinya tetapi gagal menggamit sokongan massa dan gagal menjadi parti inspirasi nasional.
Timbal balik kesedaran tinggi ahli PAS dan kepimpinannya dan harapan rakyat mendambakan perubahan lanskap politik nasional negara menuntut satu pencerahan, penghuraian dan pencerakinan kepada sekadar naratif isu dan sikap minda yang terlalu simplistik. Bukankah Islam menuntut kita bersikap maju dan sentiasa meningkatkan pengamatan kita?

Nabi bersabda:”Barangsiapa yang harinya sama saja dia ditipu (oleh hari-hari yang berlalu) dan barangsiapa mengakhir harinya dengan kejahatan maka ia dicela, barangsiapa yang tiada penambahan maka ia sedang berkurangan dan barangsiapa yang berkurangan maka mati lebih baik untuknya, barang siapa yang rindukan syurga maka bergesalah ke arah kebaikan dan kebajikan.” (Hadis Marfu' oleh riwayat Dailami).Pecah tembok Cina
PAS dan ahlinya harus sedar rakyat memberi perakuan terhadap kejayaan PAS dengan memberi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang tidak pernah dicapai PAS selama ini. PAS menerebus masuk ke Pantai Barat dan menang kerusi di daerah sana lantas berjaya membuktikan ia bukan sekadar parti kuat di Pantai Timur saja.
Faktor berkemungkinan dalam penguasaan kerusinya selain kubunya di Pantai Timur kerana sokongan segmen bukan Melayu yang memecah tradisi selama ini. Laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam khususnya pengundi Tiong Hua sepatutnya menjadi dorongan yang lebih kepada pimpinan PAS untuk mengukuhkan segmen ini  dan bukan mengecewakan mereka dengan sikap berdolak-dalik kita kepada komitmen PAS for All.
Ahli PAS harus sedar dan akur kejayaannya tidak akan ke mana hari ini jika laluan segmen bukan Melayu tidak memberi undi kepada calon PAS khususnya di Selangor. Sejauh manakah kesedaran ini diterjemahkan dalam bentuk kejujuran memperjuangkan hak untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan batasan agama dan memenuhi janji manifesto bersama Pakatan Rakyat (PR)?
Apakah hanya kerana segelintir pemimpin PAS yang gagal memahami realiti ini dibiarkan menghancur laluan sebesar ini dalam sejarah politik negara atas alasan yang rapuh? Surah Al Fath pada permulaannya menggambarkan laluan kemenangan dengan lafaznya “Inna Fatahna Laka Fathan Mubina”.
Bukankah pecah tembok segmen bukan Melayu yang terhalang selama ini adalah laluan kepada kemenangan yang dicari?
Sebagai parti bertanding PAS harus berhati-hati tidak mengecewakan kepercayaan awam terhadapnya. Pengundi hari ini mengundi atas keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan dan ini lebih benar kepada pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran PR dan mengundi atas semangat PR. Baru setahun lebih berlalu keghairahan PR bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan awam terhadapnya dan PAS terpalit sebagai antara pihak terlibat.
Tahaluf siyasi
Lonjakan besar  PAS hari ini berjaya merubah lanskap politik tanah air melalui pendekatan tahaluf siyasinya bersama DAP dan PKR. Adalah menjadi suatu perkara yang tidak dipertikaikan lagi untuk memimpin perubahan politik tanah air parti-parti politik mesti bergabung.
Menyedari hal ini, Umno membentuk BN dan demi mengekalkan status-quo kuasanya Umno melalui strategi sarafnya perlu memastikan parti yang menyainginya duduk berasingan. Dengan cara ini walaupun Umno dan Barisan Nasional (BN) berada pada posisi yang lemah, ia akan terus berkuasa kerana pesaingnya berpecah dan tidak menyatukan tenaga mereka untuk menumbangkan Umno/BN.
PR terbentuk melalui hakikat parti selain komponen BN mesti bersatu dan bergabung tenaga untuk membuat perubahan politik dan PAS bersedia untuk membekalkan tenaga yang diperlukan untuk tujuan tersebut dan terbukti ia berjaya menggugat status-quo kuasa Umno/BN.

Kajian semula PAS dalam Pakatan Rakyat perlu jika untungkan PAS

Fitri Asmuni

Dewan Ulama bebas untuk mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sekiranya Dewan Ulama mempunyai hasrat untuk mengusulkan PAS keluar PR, perkara-perkara berikut perlulah diperhalusi:

Dasar Islam PAS

1. PR mesti dibuktikan melanggar dasar perjuangan PAS. Kita tidak mahu dgr dalil-dalil umum al-Quran dan Sunnah mengenai syarat-syarat Tahaluf Siyasi tetapi kita mahukan kes-kes perlanggaran itu dibuktikan;

 2. Kalau ia berkaitan isu gender Datuk Seri Dr. Wan Azizah sbg MB, ia tidak boleh dikatakan sebagai melanggar dasar PAS kerana persoalan dasar mestilah melibatkan perkara qat'ie dan ijmak, sedangkan isu gender adalah perkara khilafiyah;

3. Kalau ia melibatkan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, ia sama seperti tindakan yg diambil PAS terhadap Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Ia persoalan politik, bukan dasar;

4. Kalau ia berkaitan dgn isu hudud, ia juga tidak melibatkan dasar parti kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengatakan hudud adalah sebahagian kecil dari Shariah dan matlamat politik yg diperjuangkan PAS. Para ulama juga khilaf mengenai prioriti perlaksanaannya buat masa kini.

Dakwah PAS

5. Kalau ia ada kaitannya dengan dakwah PAS, perlu dibuktikan bahawa PAS mengalami kesukaran / kerugian yang nyata untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat muslim dan bukan muslim selama PAS berada bersama PR;

6. Mesti buktikan dengan PAS bersendirian, penerimaan umat Islam terutamanya orang Melayu terhadap PAS meningkat dan penerimaan bukan Islam terhadap PAS juga meningkat atau setidak-tidaknya konsisten sepertimana keberadaan PAS dalam PR sekarang;

7. Perlu ada jaminan PAS masih boleh kekal berdakwah kepada masyarakat sepertimana peluang yang ada di Selangor dan Penang hari ini (dari segi dana, ruang dan kebebasan) sekiranya PAS bersendirian;

Politik PAS

8. Perlu dibuktikan peratus sokongan rakyat (Melayu, Cina, India) terhadap PAS akan meningkat sekiranya PAS bersendirian;

Muktamar: 'Setakat ini tiada pelanggaran dasar dalam tahaluf'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sehingga kini tidak berlaku pelanggaran dasar dalam tahaluf siasi yang dibentuk dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS mempunyai syarat yang longgar dalam Pakatan apabila setiap parti boleh menganut ideologi mereka masing-masing dan beliau menghormati dan memahami antara satu sama lain.

"Sehingga ini, apa yang saya faham tidak ada lagi berlaku (pelanggaran) perkara dasar. (Pelanggaran) perkara dasar belum lagi berlaku.

"Kita mempunyai satu prinsip umum iaitu dukung demokrasi, wujud keadilan untuk semua. Ini perkara sama.

"Tiada percanggahan antara satu sama lain," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar PAS di Batu Pahat hari ini.

Muktamar: ‘PAS sertai Umno’ api fitnah jejaskan perjuangan Islam

BATU PAHAT,18 SEPT: PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tertentu yang tergamak mentohmah kononnya parti itu berhasrat bergabung dengan Umno berikutan kemelut politik kebelakangan ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, api fitnah itu sengaja dicetuskan bagi merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah parti.
“Tohmahan kononnya PAS mahu menyertai atau bergabung dengan Umno adalah api fitnah yang dicetuskan keutuhan jamaah kita.
“Namun sebagai sebuah jemaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita berpegang kepada prinsip Islam,” katanya pada ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan ke-60 hari ini.
Muktamar tahunan bertema Terus Beristiqamah itu berlangsung tiga hari di Dataran Parit Salleh Ros di sini.
Hadi berkata, PAS tidak akan goyang jika ada yang termakan dengan fitnah sebaliknya terus beristiqamah dalam perjuangan, malah PAS sudah matang dan sudah melalui pelbagai fitnah sejak ditubuh.

Muktamar: Hadi tegur ahli, pemimpin guna media sosial serang parti

BATU PAHAT, 18 SEPT: Ahli dan pemimpin PAS diingatkan supaya tidak menjadikan laman sosial sebagai medan serangan sesama sendiri.
Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbuatan bertambah teruk apabila parti menjadi mangsa sasaran serangan bertubi-tubi pihak lain.
“Serangan di kalangan ahli PAS sendiri lebih teruk lagi menggunakan media sosial terutama FB, Twitter dan sebagainya sekarang ini sendiri seolah-olah mereka yang terlibat dalam perang siber ini sudah hilang punca,” katanya.
Katanya, media baru sepatutnya dimanfaat untuk tujuan dakwah dan tarbiyah bagi mengembalikan manusia ke jalan yang benar.
Beliau berkata demikian pada ucapan dasar dalam Muktamar PAS ke-60 bertema Terus Istiqamah di sini, hari ini.

Muktamar: Jangan buat sendiri dalam buat ‘langkah besar’

BATU PAHAT, 18 SEPT: PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) selagi konsesus itu tidak melanggar syarat dan hukum syarak.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia perkara terpenting bagi mengukuhkan kesepakatan gabungan PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
“Merujuk kepada syarat bertahalul yang disyaratkan para ulama maka PAS terus beristiqamah bertahaluf siasi bersama PR sejauh mana tidak melanggar syarak yang digariskan ulama.
“Seorang Muslim wajib menunaikan persyaratan disepakati kecuali kesepakatan yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
“Sepanjang sejarah kita tidak khianat rakan kita dalam PR dan kita juga mengharapkan rakan dalam PR tidak mengkhianati PAS,” katanya dalam ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS ke-60, hari ini.
Muktamar tahunan itu dilangsungkan tiga hari di Dataran Parit Salleh Ros di sini.
Abdul Hadi turut mengingatkan rakan dalam PR tidak membuat keputusan sendiri dalam membuat langkah besar.
‘Langkah besar’ itu dipercayai merujuk Langkah Kajang.
PKR memulakan Langkah Kajang yang akhirnya mengkucar-kacirkan Kerajaan PR Selangor lantaran ia tidak pernah mengadakan perbincangan dengan rakan dalam PR.

Muktamar: Jangan gopoh kejar kemenangan dijanjikan

BATU PAHAT 18 SEPT: PAS tidak akan sesekali menjadikan rakyat sebagai mangsa politik demi mendapatkan kuasa semata-mata.
Lebih mengecewakan, langkah ini dibuat secara tergopoh-gopoh sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa.
“PAS tidak menjadikan rakyat yang lemah sebagai mangsa yang disalahgunakan untuk mendapat kuasa, atau sama ada kerana ingin menang dengan gopoh, atau tidak bersabar menunggu kemenangan yang dijanjikan oleh Allah.
“Sehingga sanggup melakukan apa sahaja, walau pun rakyat yang lemah menjadi mangsa ditipu, dibeli dan dikacau atau tanahair ini menjadi bahtera yang ditenggelamkan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tegasnya, semua ahli PAS wajib teguh dan bersabar berdepan dengan cabaran kerana ini merupakan proses membersihkan parti daripada anasir hipokrit.
“Cabaran ini semua wajib dihadapi dengan istiqamah dan bersabar dengan penuh kebijaksanaan.
“Perjalanan yang sangat mencabar ini, sebenarnya membersihkan Jamaah Islam seperti PAS daripada anasir hipokrit dan yang lemah imannya, daripada individu tidak sabar dalam tindakan sehingga tidak istiqamah dalam perjuangan ini.
“Mereka sebenarnya adalah golongan yang tidak sabar dalam perjuangan,” ujar beliau lagi.

Muktamar: Hadi, Mohamad Sabu ketawa disoal media mereka ‘tak ngam’

BATU PAHAT, 18 SEPT: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sama-sama tergelak ketawa apabila ditanya mengenai keserasian gandingan mereka berdua dalam parti itu.

“Bagaimana tak ngam kalau kami boleh duduk dekat,” kata Abdul Hadi dalam sidang medianya di Muktamar Tahunan PAS ke-60 bertema Terus Istiqamah di Parit Salleh Ros di sini, hari ini.

Turut bergelak ketawa ketika soalan itu diaju ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang turut menyertai sidang media berkenaan.

Mohamad kemudian menyambung: “Kami berduaan” dan see is believing” kepada kumpulan wartawan.

Kebelakangan ini, kedua-dua pemimpun itu lantang menyuarakan pandangan masing-masing berhubung kemelut politik Selangor khususnya mengenai calon Menteri Besar Selangor.

Hadi dilihat cenderung menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku penyandang Menteri Besar manakala Mohamad dikatakan lebih ‘mematuhi’ kehendak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muktamar: Pendapatan rakyat RM5,900 hanya ‘propaganda angka’ -Hadi

BATU PAHAT, 18 SEPT: PAS mendesak Putrajaya membatal pelaksanaan GST kerana ekosistem ekonomi Malaysia masih belum bersedia.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebaliknya mendukung matlamat membangunkan sebuah ‘Negara Berkebajikan’ yang memberi kemakmuran kepada rakyat.
“PAS mahukan sistem cukai pendapatan dikaji semula kerana wujud ketidakadilan dari segi cukai yang dikenakan kepada golongan berpendapatan sederhana (middle-income) berbanding yang sangat kaya.
“Ini termasuk menghentikan pemberian AP kepada kroni, kerana ia pastinya mampu menjana hasil untuk negara daripada GST yang membebankan rakyat,” kata Presiden PAS dalam ucapan dasar.
Katanya, PAS berusaha membenteras kewujudan jurang kaya-miskin yang semakin melebar serta pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang tersangat-kaya akibat dari amalan memanipulasi pasaran.
Katanya jurang kemiskinan yang besar menyebabkan persaingan sihat tidak berlaku, selain kewujudan amalan kronisme dan nepotisme.
Selain itu katanya, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang pertumbuhan KDNK 6.4 peratus dalam suku kedua 2014 serta pengisytiharan kononnya pendapatan purata rakyat Malaysia mencecah RM5,900 sebulan hanya ‘propaganda angka’.

Muktamar: Pas sertai Umno-BN hanya fitnah

BATU PAHAT - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengecam pihak tertentu yang mendakwa kononnya Pas mahu menyertai Umno-BN sedangkan ia hanyalah fitnah semata-mata.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu hanya merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecahbelahkan perpaduan Pas.

"Saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya Pas mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali ALLAH," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata lagi Pas sentiasa menggalakkan hubungan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

"Pas juga saling bantu-membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan dan masa depan ummat," katanya lagi.

Muktamar: Amaran Hadi, jangan sesuka hati sanggah dasar Pas

BATU PAHAT - Di sebalik pendirian Pas beristiqamah dalam tahaluf siyasi dengan PR, namun parti itu mengingatkan rakan komponen bahawa Pas tidak rugi jika syarat kerjasama politik itu dicabuli.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya mereka (parti) yang konsisten menghormati syarat tahaluf siyasi itu sahaja akan selamat.

"Dalam semua keadaan, Pas tidak pernah rugi, kerana kita sentiasa beristiqamah di atas dasar yang kukuh dan matlamatnya yang nyata.

"Hanya mereka yang beristiqamah bersama Pas sahaja yang selamat, mereka yang tidak istiqamah jatuh berguguran di sepanjang perjalanan kita," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Muktamar Pas Pusat, di Parit Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, Pas pernah bersendirian dalam berpolitik dan bertahaluf dengan pihak lain sama ada dalam kerajaan atau tanpa kerajaan.

"Jangan ada orang yang merasakan dirinya cukup kuat, tidak sabar dalam perjuangan, merasa sangat bijak dan boleh sewenang-wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan kita," tegasnya lagi.

Muktamar: Media sosial untuk dakwah, bukan serang sama sendiri

BATU PAHAT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh ahli PAS agar menggunakan media sosial untuk tujuan dakwah memperbetulkan manusia ke jalan yang benar.

Beliau menegaskan, media sosial bukan untuk tujuan menyerang sesama sendiri sehingga menimbulkan perpecahan.

"PAS bukan sahaja diserang bertubi-tubi oleh media arus perdana yang masuk ke setiap rumah sehingga mewujudkan situasi tidak seimbang di kalangan rakyat.

"Malah serangan dikalangan ahli-ahli PAS sendiri lebih teruk lagi menggunakan media sosial terutama FB, Twitter dan sebagainya seolah-olah mereka yang terlibat dalam perang siber ini sudah hilang punca," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini hari ini.

Muktamar: PAS komited bangunkan ekonomi ikut acuan Islam

BATU PAHAT: PAS istiqamah untuk membangunkan sebuah sistem ekonomi berteraskan khazanah Islam yang sangat luas sehingga dapat memobilisasi sumber kekayaan negara dengan baik.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan kekayaan negara diagihkan dengan menggunakan modal insan yang terlatih dan berakhlak sehingga lahirnya kemakmuran dalam negara dan kesejahteraan rakyat.

Berucap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-60 pagi ini, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengulangi bahawa PAS juga istiqamah dalam mendukungi matlamat membangunkan sebuah Negara Berkebajikan yang bakal melahirkan suasana kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat.

"PAS sekaligus komited berusaha membanteras kewujudan jurang kaya miskin yang semakin melebar serta pembolokan kekayaan negara oleh segelintir manusia akibat dari amalan memanipulasi pasaran," katanya dihadapan hampir 5,000 termasuk perwakilan dan pemerhati.

Batal GST

PAS juga mendesak supaya kerajaan membatalkan pelaksanaan GST kerana sistem ekonomi Malaysia dan suasana mikro dan makro ekonomi Malaysia masih tidak bersedia untuk GST.

"Kita mahu sistem cukai pendapatan dikaji semula kerana wujud ketidakadilan dari segi cukai yang dikenakan kepada golongan berpendapatan sederhana berbanding yang sangat kaya," katanya.

Muktamar: PAS mahu sistem pendidikan, Bahasa Melayu diperkasa

BATU PAHAT: PAS istiqamah memperjuangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan agama dan negara setelah menyedari hakikat bahawa dasar, sistem dan konsep pendidikan masih gagal melahirkan insan yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, berkata agenda-agenda perjuangan ini akan diteruskan PAS melalui lajnah-lajnah, PAS negeri serta menerusi pembentukan jawatankuasa yang berkaitan.

Menurut Abdul Hadi, kegagalan tersebut kerana pelaksanaan sistem pendidikan mengikut acuan sekularisme yang memisahkan ilmu dari iman dan akhlak, dunia dan akhirat, termasuk pemerkasaan bahasa Melayu di negara ini.

"Mengapa kita tidak mampu memperkasakan bahasa Melayu yang hanya diisytiharkan menjadi bahasa kebangsaan, tapi dipinggirkan pelaksanaannya?" soal beliau di hadapan kira-kira 5000 perwakilan dan pemerhati ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, pagi ini.

Sedangkan, dizaman Islam menjadi kuasa besar dunia, kata Abdul Hadi berbagai bahasa termasuklah bahasa Arab, Turki, Parsi dan Urdu pernah m

Muktamar: 'Hanya yang istiqamah dengan PAS akan selamat'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur pimpinan dan anggota PAS yang merasakan cukup kuat dan bijak tetapi tidak sabar dalam perjuangan.

Katanya golongan itu sanggup bertindak dengan sewenang-wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan parti.

"PAS pernah bersendirian dan bertahaluf dengan pihak lain dalam kerajaan dan tanpa kerajaan. Dalam semua keadaan ini PAS tidak pernah rugi, kerana kita sentiasa beristiqamah di atas dasarnya yang kukuh dan matlamatnya yang nyata.

"Hanya mereka yang beristiqamah bersama PAS sahaja yang selamat, mereka yang tidak istiqamah jatuh berguguran di sepanjang perjalanan kita.

"Maka jangan ada orang yang merasakan dirinya cukup kuat, tidak sabar dalam perjuangan, merasa sangat bijak dan boleh sewenang-wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan kita," katanya.

Katanya, sejak PAS ditubuhkan parti itu berdepan pelbagai ujian dan menempa pengalaman menjadi parti yang pernah bersendirian dan pernah menjadi kuat sehingga pernah menyertai kerajaan pusat dan memerintah kerajaan negeri.

Beliau yang juga MP Marang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Terus Beristiqamah" dalam Muktamar PAS di Batu Pahat hari ini.