Rabu, 17 September 2014

MB Selangor: Parti dalam PR patut bertenang - Mat Taib

Isu MB: Parti dalam PR patut bertenang - Mat Taib
SHAH ALAM - Ketiga-tiga parti dalam PR perlu bertenang dalam mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, seharusnya PR akur dengan kehendak Sultan Selangor yang ingin lebih daripada satu nama calon.
"Hari ini saya tengok banyak berbincang, siang malam bincang. Jalan terbaik adalah ketiga- tiga parti (PR) bertenang.
"Kalau sudah hantar nama sultan tak nak, cadanglah nama lain. Kalau serah nama, sultan terima, Alhamdulillah," katanya pada Wacana Siri ke-31, Kerusi Panas Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.
Katanya, sultan tidak sepatutnya diheret dalam isu pengantian menteri besar yang baharu

Wan Azizah ‘over qualified’ - Mat Taib

Tan Sri Muhammad Md Taib berkata demikian dalam wacana Sinar ‘Kerusi Panas MB Selangor’.

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Muhammad Md Taib menyatakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ‘over qualified’ untuk menjadi MB Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata demikian dalam wacana Sinar yang membincangkan soal ‘Kerusi Panas MB Selangor’ hari ini.
kerusipanas“Wan Azizah adalah calon yang terbaik, saya dulu tak tinggi sangat kelulusan, tetapi kelulusan yang ada adalah Wan Azizah, ‘over qualified’,” katanya.
Malah beliau mendakwa rakyat Selangor mempercayai kepimpinan PR di negeri itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 dan 13 yang lalu.
Kenyataan itu dibuat beliau ketika mengulas berkenaan pencalonan Wan Azizah sebagai MB walaupun kemelut pertukaran ini masih belum berkesudahan.
“Apa yang rakyat putuskan pada dua penggal ini adalah suara-suara yang suci. Mereka bukan sahaja rasa PR masih boleh diangkat untuk memimpin negeri Selangor malah mengambil alih kerajaan persekutuan,” katanya lagi.
Ketika diajukan soalan berkenaan sikap PAS yang seolah-olah membuat ‘u-turn’, beliau enggan mengulas atas kapasiti sebagai ahli PAS sebaliknya menggunakan platform sebagai mantan MB paling lama di Selangor.
“Saya hanya boleh cakap sebagai bekas MB dan orang lama di negeri Selangor.
“Sewaktu Umno memerintah negeri Selangor, kerajaan persekutuan boleh memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Umno.

Wan Azizah ditolak sebagai calon MB Selangor sebab dia wanita?

Hari tu kata Wan Azizah ditolak sebagai calon Menteri Besar Selangor bukan kerana dia adalah seorang wanita.. tapi hari ini alasan Wan Azizah ditolak ialah dia seorang wanita..

14 Ogos yang lalu..Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak". Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur.

Tapi hari ini pula.. baca dan fahamkanlah..

Dewan Ulama Pas tidak mahu dipersoalkan di akhirat kelak berkenaan cadangan melantik Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor. 
Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yaakob menegaskan, mengikut syarak, pemilihan pemimpin merupakan tanggungjawab besar pada pandangan Islam. 
"Segala persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah dan bakal menjadi soal-jawab di akhirat kelak. 
"Kami (Dewan Ulama Pusat) menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap pelantikan Wan Azizah selepas melihat perkara itu dari perspektif syarak. 
Mengambil pelajaran daripada isu yang sama, pada awal lagi, Dewan Ulamak Pas tidak bersetuju pelantikan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah rakyat dan pembaziran harta negara untuk suatu pilihan raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan. 

Suhaizan tak terlibat, sokongan Pas di Kelantan masih utuh

Ahmad Yaakob semasa sidang media selepas selesai Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Kulaijaya, Johor pada 17 September 2014.Foto;FAZRY ISMAIL.
Datuk Ahmad Yaakob menafikan dakwaan Suhaizan Kaiat mengenai sokongan Pas di Kelantan merudum ekoran Nik Aziz bukan lagi menjadi Menteri Besar.
Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat merangkap Menteri Besar Kelantan itu berpendapat Suhaizan tidak mendapat gambaran sebenar.
"Suhaizan tak tahu..dia tak terlibat secara langsung. Itu hanya satu pandangan," ujarnya pada sidang media selepas selesai Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Kulaijaya, Johor sebentar tadi.
Beliau berkata demikian mengulas kebimbangan Ketua Pemuda Pas mengenai sokongan kepada Pas semakin berkurangan di Kelantan terutama sejak faktor wow pada diri Nik Aziz tidak berlaku apabila Mursyidul Am Pas itu bukan lagi MB di negeri Serambi Mekah.
Menurut Ahmad, sejak tahun 1990, Kelantan diasaskan melalui agenda Membangun Bersama Islam dan kini diperkasakan sejak beliau menjadi MB.
"Kini konsep pembangunan Islam dirakyatkan melalui fasa sebelum ini kepada pemimpin, pegawai kerajaan," ujarnya sambil yakin Kelantan akan terus diperintah Pas menjelang pilihan raya umum akan datang.
Mengenai tahaluf siyasi, Ahmad berkata, muktamar kali ini bersetuju meneruskan proses pencerahan bukan mengkajinya semula.

PRK N.01: Kalau boleh calon Umno pun undi lambang bulan


TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merayu semua pengundi Pengkalan Kubor pulang menunaikan tanggungjawab mereka biar pun tinggal di Sabah dan Sarawak.

“Saya walau pun tidak berapa sihat tetapi mengagahkan diri untuk turun berkempen di sini.

Oleh itu saya berharap kepada semua pengundi keluar mengundi walau pun berada di tempat yang jauh.

“Kalau tak boleh naik kereta, jalan kaki yang penting balik mengundi pada 25 September ini,” katanya ditemui semasa melawat Markas Besar PAS Dun Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Kedatangannya disambut Pengarah Operasi PAS Dun Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Hanifa Ahmad dan petugas Markas Besar PAS.

Beliau juga mendengar taklimat mengenai perkembangan kempen pilihan raya tersebut disampaikan Wan Abdul Rahim.

Kekal Khalid: Dalam teks ucapan ada, tapi tak dibaca

Dalam teks ucapan pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yaakob, ia menyebut bahawa sayap itu memutuskan bahawa pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak perlu.

Tetapi apabila Ahmad, yang juga menteri besar Kelantan, berucap, beliau tidak pula menyentuh bahagian berkenaan.

"Dewan Ulama PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu dikekalkan pada jawatan kerana Islam menekankan beban pembutian setiap kesalahan ke atas si penuduh dan selagi mana tidak dibuktikan maka yang tertuduh hendak lah dikekalkan sebagai tidak bersalah," teks ucapannya dipetik.

Teks ucapan tersebut diedarkan kepada petugas media yang membuat liputan di dewan IOI Palm Villa Golf and Country Club, Kulaijaya, Johor.

Perkara itu dilaporkan beberapa media, termasuk akhbar web PAS sendiri Harakahdaily sebelum ini.

'Saya hanya sebut umum'

Sementara itu, dalam ucapan penggulungannya selepas itu, Ahmad menjelaskan beliau hanya menyebut secara umum perkara itu.

"Saya tidak highlight (ketengah) pun tadi. Dia (Khalid) dah dipecat dari parti dia dan tak ada apa lagi kita nak kepada dia.

"Saya hanya bagi contoh pendekatan (membuat keputusan) mengikut dasar hukum Islam, bukan Ulama Pusat nak pada Khalid lagi.

"Yang itu tak berbangkit, tak relevan lagi.

"Apa disebut di sini ialah sebagai sebuah sebuah parti Islam di mana sebarang keputusan politik sama ada atas kerangka Pakatan Rakyat atau lain-lain hendaklah sentiasa merujuk sumber-sumber Islam.

"Jadi saya harap rakan media mengambil yang betul dalam buat laporan," katanya.

Dalam teks ucapannya juga, beliau yang juga ADUN Pasir Pekan berkata sayap parti yang dipimpinnya itu tidak mempersetujui peletakan jawatan ADUN Kajang sewenang-wenangnya.

Ini kerana, katanya, Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta negara dan pilihan raya kecil yang tidak perlu diadakan.

PRK N.01: Polis terima 12 laporan berunsur fitnah, hasutan

 Pihak polis menasihati setiap parti yang mengadakan ceramah agar tidak mengeluarkan kata-kata dank ain rentang berbaur fitnah dipamerkan sepanjang tempoh berkempen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 September, 2014.  
Pihak polis menasihati setiap parti yang mengadakan ceramah agar tidak mengeluarkan kata-kata dank ain rentang berbaur fitnah dipamerkan sepanjang tempoh berkempen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 September, 2014.

Polis menerima sebanyak 12 laporan yang didakwa berunsur fitnah dan hasutan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang masuk hari kelima hari ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata satu daripada laporan yang diterima itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
"Saya menasihati mana-mana parti yang mengadakan ceramah agar tidak mengeluarkan kata-kata yang berbaur fitnah...selain itu, kita harap tiada kain rentang yang berbaur fitnah dipamerkan sepanjang tempoh berkempen," katanya kepada dalam sidang akhbar di Pangkalan Gerakan Marin Pengkalan Kubor di Tumpat, hari ini.

Mazlan berkata polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penganjur ceramah yang tidak mematuhi peraturan pihak berkuasa. "Kita ingin kempen berjalan dengan aman dan harmoni, orang ramai yang menghadiri ceramah juga di nasihati agar tidak meletakkan kenderaan di merata tempat dan tidak membawa sebarang senjata berbahaya.

PRK N.01: SPR hanya benarkan parti bertanding pamer dan edar bahan kempen


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi mengingatkan hanya parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sahaja yang dibenarkan mempamer dan mengedar bahan-bahan kempen sepanjang PRK itu. Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kebenaran itu diberikan kepada parti bertanding mengikut 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu selepas mereka mendapat permit daripada Pegawai Pilihan Raya Negeri dan membayar deposit sebanyak RM3,000. "SPR juga menasihatkan supaya setiap parti yang bertanding sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak berkempen dengan cara yang boleh menimbulkan hasutan dan sebagainya. "Perkara 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan tentang kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan sepanjang tempoh kempen berlangsung, yang jika sabit kesalahan, ia boleh diambil tindakan tegas," katanya dalam kenyataan di Tumpat, hari ini. Ghani berkata bagi parti-parti yang menggunakan premis awam atau swasta, SPR menasihatkan parti berkenaan mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis itu termasuk membayar sewa jika mahu menggunakannya semasa PRK itu.

Mat Taib ingatkan PAS jangan korban sokongan bukan Melayu

Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan PAS supaya jangan korbankan sokongan bukan Melayu dan terlalu bergantung kepada sokongan kaum Melayu beragama Islam. Bekas menteri besar Selangor itu berkata, parti Islam itu sudah mendapat kepercayaan bukan Melayu, khususnya Cina dan India tetapi tidak boleh mengambil ringan terhadap sokongan yang diberi kepada mereka. "Kita dalam pilihan raya, Cina yang pakai skirt pendek pun mengibarkan bendera PAS. Tahap sudah capai macam itu. "Kepercayaan mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), mereka menghormati Nik Aziz kerana seorang yang baik dan imej Islam yang adil," kata Muhammad semasa wacana Sinar Harian di Shah Alam hari ini merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Muhammad berkata, penting bagi PAS menjaga sokongan bukan Melayu serta membayangkan parti Islam itu akan tewas dalam pilihan raya umum nanti. "Kalau hilang sokongan mereka, PAS akan kalah kerana undi datang daripada Cina dan India," kata beliau yang juga ahli PAS. Menurutnya, PAS perlu menjadi praktikal kerana kejayaan mereka dalam dua pilihan raya umum lepas bukan semata-mata kerana pengundi Melayu-Islam. "Kita kena jadi praktikal, kalau sekali bukan Melayu buat keputusan lain, habis nanti," katanya.‎ Malah Muhammad juga berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir

MUKTAMAR DEWAN ULAMAK PAS PUSAT KALI KE 53

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Ke-54

Muktamar PAS panas: Ulasan Penganalisis Politik UKM

Haron Din: PAS patut timbang talak dengan Pakatan Rakyat

MB Selangor: Muslimat PAS berdiri teguh keputusan PAS Pusat

Bahas Usul Tergempar Menyokong Ketua Pemuda

PRK N.01: Pengundi luar wajar diberi cuti

TUMPAT: Kerajaan-kerajaan negeri di samping pihak swasta di negara ini diharap memberi kemudahan cuti kepada pengundi yang berhasrat untuk pulang mengundi sempena PRK N.01 Pengkalan Kubor pada 25 September ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata mereka wajar diberi peluang pulang mengundi sebagaimana hasrat kerajaan negeri sendiri memberikan cuti kepada pengundi untuk menyuburkan demokrasi.

Beliau berkata demikian pada persidangan media PRK N.01 Pengkalan Kubor, di Markas Besar PAS, di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, pemberian cuti oleh kerajaan negeri pada kakitangannya untuk memberi ruang kepada pengundi untuk mengundi di samping menyuburkan demokrasi.

"Cuti atau tak cuti (hari mengundi) tak menentukan menang atau kalah. Kalau nak kalah buat hari cuti pun kalah juga.

"Kalau cuti bukan kita (PAS) sahaja, orang Umno pun boleh balik undi, sama saja tak ada masalah," katanya.

Kerajaan negeri Kelantan pada Isnin mengisytiharkan 25 September sebagai hari cuti peristiwa.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan tersebut diputuskan selepas membuat pertimbangan mengenai kesukaran pengundi yang akan keluar mengundi pada PRK DUN Pengkalan Kubor.

Menurut Datuk Mohd Amar, keputusan itu juga dipertimbangkan kerajaan negeri setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi pada hari cuti walaupun teguran telah dibuat.

PRK N.01: SMS fitnah guna nombor telefon milik penghulu


TUMPAT: Nombor telefon pencadang kepada calon PAS pilihan raya kecil Dun Pengkalan Kubor, Roshdi Ramli didakwa dipintas pihak tidak dikenali.

"Saya kesal ramai yang telah menerima SMS kononnya dari nombor telefon saya walaupun saya tidak menghantarnya.

“SMS berkenaan berbunyi 'Prof Shaharun, mu tok soh duk tunjuk hero. Mu doh tuo. Kawe nok nasihat tok soh cah keting Abe Di calon kawe. Mu ingat Mu gedebe ko?'

"Ketika SMS berkenaan saya sedang bermesyuarat bersama Adun Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim pada malam kelmarin dan telefon berkenaan juga berada dengan saya," katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Menurutnya beberapa rakan memberitahu mereka menerima mesej tersebut daripada nombor telefon miliknya, sedangkan beliau tidak melakukan perkara itu.

Kata beliau kebanyakan penerima SMS berkenaan ialah golongan wanita.

“Sejak dari malam kejadian sehingga pagi tadi saya menerima kiriman SMS yang menanyakan tentang SMS yang dihantar itu,” tambahnya.

Pensyarah cabar kesahan Akta Hasutan

Pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom, yang berdepan pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948, hari ini memfailkan permohonan mencabar kesahan undang-undang itu daripada aspek perlembagaan.

Peguamnya Gobind Singh Deo berkata, Azmi memohon mendapatkan arahan supaya Mahkamah Sesyen merujuk kesahan Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau juga memohon pertuduhan terhadapnya ditangguh atau dibatalkan, kata Gobind kepada wartawan selepas memfailkan permohonan itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Azmi, kakitangan akademik Universiti Malaya (UM), pada 2 September mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan terhadapnya bawah akta kontroversi itu dan dibebaskan dengan jaminan RM5,000.

Sebutan kesnya ditetapkan pada 3 Oktober.

Orang luar Selangor jangan tekan nilai kepada Selangor, kata Mat Taib

Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengatakan tidak perlu membawa masuk nilai dari luar ke dalam Selangor ketika ditanya mengenai pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak calon menteri besar daripada PKR.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, ia bukan sesuatu yang baik apabila orang luar mahu mencorakkan cara berpolitik negeri terkaya itu.
"Janganlah orang dari luar Selangor nak tekan nilai kepada Selangor," kata beliau pasca sesi soal jawab Wacana Sinar Harian di Shah Alam, hari ini.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas kepada siapa kenyataan itu ditujukan, umum mengetahui kenyataan bercanggah Hadi dan Majlis Syura Ulama dengan pendirian awal Pakatan Rakyat (PR) yang meletak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar. Bagi Muhammad, tidak menjadi masalah walaupun jawatan menteri besar dilantik daripada mereka yang bukan berasal dari Selangor.
"Tidak semestinya anak Selangor sahaja jadi MB, anak Kelantan pun boleh, tapi mesti diterima Sultan," katanya.
Krisis di Selangor masih berlarutan sehingga hari ini walaupun Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di belakangnya.
Walaupun mendapat sokongan majoriti, Hadi  tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah malahan secara terbuka mengkritik presiden PKR tersebut dengan mengatakan beliau tidak layak menjadi menteri besar.

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan

'Tahaluf siyasi perlu lebih diberi pencerahan'

PAS to MAS stewardesses: 'Dress Islamic way'

PAS sanggup bersendirian untuk tubuh Negara Islam, kata Ahmad Yaakob

Dewan Ulamak mahu 2 ADUN PAS dikenakan tindakan displin


Muktamar Pemuda PAS'2014 Perbahasan Usul Organisasi


'Tahaluf siyasi perlu lebih pencerahan' - Ahmad Yaakob


Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob berkata sayap parti itu mengambil sikap supaya konsep tahaluf siyasi perlu lebih diberi pencerahan tentang kefahamannya kepada kepimpinan dan anggota parti.

Menurutnya, tahaluf siyasi atau kerjasama politik PAS bersama Pakatan Rakyat "penting" memandangkan BN dan Umno sudah mulai takut dengan gabungan parti pembangkang.

"Bukan kaji semula tapi suara (daripada) perwakilan.

"Cuma kita mengambil sikap ia perlu diberi pencerahan kepada semua kepimpinan dan ahli supaya mereka benar-benar faham ruang lingkup dan (cara) kuat kuasanya tahaluf siyasi itu," katanya dalam sidang medianya selepas Muktamar Ulama PAS.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung terdapat suara perwakilan yang mahu tahaluf siyasi dalam Pakatan dikaji semula.

Malah, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dalam ucapan perasmian muktamar sayap itu menyeru supaya Dewan Ulama memperhalusi semula tahaluf siyasi mereka dalam Pakatan Rakyat dalam "suasana politik yang gawat" ketika ini.

Beliau berkata kerjasama politik itu perlu diperhalusi memandangkan "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

Tolak kebimbangan pada Kelantan

Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan menolak kebimbangan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang bimbang ketiadaan penglibatan Datuk Nik Aziz Nik Mat di negeri itu memberi kesan kepada negeri itu pada pilihan raya umum ke-14.

Jangan label melabel dalam jamaah kata Ulamak Johor

KULAIJAYA: Ahli-ahli PAS diingatkan agar jangan mudah melabelkan sesama ahli dengan label yang tidak baik seperti 'munafik', 'pengkhianat' dan lain-lain label tidak baik seperti yang berlaku sekarang.

Wakil Johor, Mohamed Kassim berkata, melebalkan seseorang ahli PAS sebagai munafik adalah keterlaluan kerana munafik adalah label yang amat berat sehingga orang munafik akan ditempatkan di dasar neraka di akhirat nanti seperti yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Menurut beliau, tidak munasabah sama sekali ahli PAS memiliki sifat munafik seperti yang dilabelkan itu kerana setiap ahli PAS pasti faham dengan peranan mereka untuk berjuang menegakkan Islam dengan penuh kejujuran.

Katanya, bagi mengelakkan salah tanggapan sehingga membawa kepada tindakan melabelkan munafik kepada sesama sendiri, setiap ahli PAS perlu bijak menilai berita yang diterima.

"Takkan dalam PAS ada orang yang hina hingga ke peringkat itu? Jadi jangan terpengaruh dengan laporan akhbar yang tidak bertanggungjawab, kecuali yang disiarkan akhbar Harakah," katanya ketika berucap membahaskan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar dewan itu ke-53 di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini hari ini.

Pemuda PAS amal politik budiman, Ketua AMK tak sopan kepada Hadi kata Pemuda Pas Terengganu

KOTA TINGGI 17 SEPT: Perwakilan PAS Terengganu mempersoal saranan mengenai kepentingan penerapan politik budiman di kalangan ahli parti sedangkan pemimpin pemuda parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak mengamal demikian.
Hishamuddin Abdul Karim bimbang hanya Pemuda PAS mengamal politik budiman sebaliknya Ketua Angkata Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad tidak sopan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kami bimbang PAS sahaja yang budiman tapi rakan lain tidak. Ini terbukti apabila betapa
budimannya ketua kita tetapi Ketua AMK langsung tidak berbudiman.
“Beliau tidak budiman ketika bertemu dan lontarkan kata-kata nista yang menguris perasaan Pemuda PAS,” katanya dipercayai merujuk kenyataan medianya yang mendedah butiran mesyuarat bersama Pemuda PAS.
Nik Nazmi sebelum ini melalui kenyataan media menyatakan Pemuda PAS menyampaikan hasrat Hadi mencadangkan Tan Sri Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor bagi merungkai kemelut politik di Selangor.
Abdul Khalid kemudian mengucapkan terima kasih kepada Hadi dan menyatakan lantikan jawatan itu dalam bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Amalan politik budiman dicadangkan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat pada ucapan dasar pada Muktamar Pemuda PAS ke-55 selama dua hari bermula semalam.

Pembangunan keluarga: SIS setuju seruan Muslimat PAS

JOHOR BAHARU: Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Siti Zailah Mohd Yusof disifatkan sangat memberi inspirasi kepada seluruh wanita untuk bergerak memajukan diri, keluarga dan juga masyarakat.

Setiausaha Wanita DAP Teo Nie Ching berkata, ucapan Siti Zailah itu sangat sesuai untuk diaplikasikan untuk menarik golongan wanita menyokong Pakatan Rakyat.

"Beberapa perkara penting telah disampaikan oleh beliau seperti bagaimana kita boleh menarik pengundi wanita kerana 50 peratus penduduk negara ini adalah wanita jadi kalau kita dapat menawan hati wanita kita lebih dekat dengan Putrajaya.

"Saya rasa Dewan Muslimat buat ini adalah contoh yang cukup baik untuk wanita DAP bagaimana kita boleh gabungkan usaha-usaha tenaga wanita supaya kita boleh bantu Pakatan Rakyat menuju Putrajaya," kata beliau ketika ditemui di Muktamar DMPM Ke-54 di Pulai Spring Resort, dekat sini, hari ini.

Siti Zailah dalam ucaptamanya berkata, Muslimat PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk kaum wanita bergaul mesra sama ada melalui struktur formal atau tidak formal melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan kewanitaan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sister In Islam (SIS), Ratna Osman sangat bersetuju dengan seruan Siti Zailah agar DMPM memberi tumpuan kepada pembangunan institusi keluarga dalam masyarakat.

Muslimat Teruskan Agenda Tawan Hati Pengundi

SKUDAI, 17 Sept - Dewan Muslimat PAS hari ini menyatakan komited dewan itu dalam mengekalkan kemenangan PAS dalam pilihanraya akan datang.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata Muslimat PAS mestilah komited menjadi rakan gandingan dengan setiap lapisan masyarakat khususnya kaum wanita.
"Mereka hendaklah memahami kehendak dan suara hati kaum wanita serta mampu turut bersama mendokong aspirasi dan memperjuangkan idealisma mereka selama mana tidak bertentangan dengan Islam sebagai dasar perjuangan kita," jelas beliau dalam ucaptama hari ini.
Bagi meneruskan agenda menawan hati pengundi-pengundi, beliau menyeru supaya jentera pilihanraya Muslimat PAS menguasai dan memahami lima isu yang sangat dekat dengan hati dan kehidupan masyarakat.
Isu ekonomi, isu kerjaya, isu keluarga, isu kesihatan dan isu spiritual perlu dihadamkan oleh semua jentera muslimat bagi memudahkan PAS mengatur strategi dan gerakkerja pilihanraya akan datang.
Tambahnya, Muslimat PAS perlu memenangi hati pengundi Melayu, pengundi wanita serta Pengundi Sabah & Sarawak kerana tiga pengundi teras ini adalah sasaran mengekalkan kemenangan dan memenangi semua kawasan 'marginal seat' seluruh Malaysia.

APSA & MUSLIMAT

Menjawab persoalan akan peranan Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA), Ketua Pengarahnya Hjh Wan Hasrina bt Wan Hassan telah menegaskan bahawa antara misi APSA ialah untuk membangunkan pendidikan muslimah yang berkualiti melalui proses tarbiyyah secara professional dan tersusun.
APSA juga berperanan untuk menggerakkan tenaga muslimat khususnya untuk lebih mantap dalam kesepaduan ilmu.
APSA berperanan untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian dengan cabaran semasa, dan seterusnya menjadi penyumbang utama tenaga penggerak.
Hasrat APSA adalah untuk menjadi sebuah institusi yang mampu membangunkan keupayaan kepimpinan muslimah berteraskan pembudayaan Ilmu.
APSA mempunyai modul latihan yang lengkap untuk mencapai misi dan visinya. Tegasnya lagi, APSA yang buat masa ini beribupejabat di Kuala Lumpur kini telah melebar sayapnya ke Sabah dan turut membuka sayap di Kota Kinabalu.
Beliau menyeru semua perwakilan untuk mengambil menafaat dari penubuhan APSA untuk menjadi muslimat yang benar-benar mantap bila berada di lapangan yang mencabar.

Muslimat Seru Adab Menegur, Perkasakan PAS

SKUDAI, 17 Sept - Muslimat PAS diseru supaya mengamalkan adab menegur di dalam jemaah samada kepada ahli ataupun pimpinan.
 
Menyokong ucaptama ketua dewan itu, perwakilan Negeri Sabah menyarankan perbincangan mengikut adab yang betul dalam ruang lingkup kasih sayang dan ukhuwah agar jauh daripada perselisihan dan permusuhan.
 
"Malah, Muslimat PAS juga diseru agar semua Muslimat PAS memperkasakan jemaah di peringkat muslimat melalui pemerkasaan dakwah dan tarbiah di setiap peringkat.
 
Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, beliau menegur kerajaaan agar lebih amanah dalam pelbagai kes di Malaysia terutama kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi seperti isu jenayah yang terjadi disebabkan kebanjiran PATI sekaligus membela rakyat marhain yang tertindas.
 
Dalam isu GST, Muslimat PAS Sabah menyokong usul untuk menolak GST terutama di Sabah yang umum mengetahui Sabah mempunyai rakyat termiskin di Malaysia.
 
Muslimat PAS Sabah juga menggesa agar media massa dapat menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.
 
Selain itu, DMPS juga menyarankan agar penyokong dan pendokong untuk menggunakan media sosial untuk kepentingan jemaah dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.

Ucaptama Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke 53

Setahun lalu, muktamar tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke 52 di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan yang mengisthiharkan tema "Ulamak Haraki, Menangani Pesada, Mengisi Kemenangan" telah pun dirasmikan sendiri oleh Almahrum Tuan Guru Dato'Hj Harun Taib, Ketua Pemuda Ulamak PAS Pusat.
Walaubagaimanapun, Allah SWT sesungguhnya lebih menyayangi beliau dengan menjemput beliau pergi kerahmatNya dan saya diamanahkan untuk memangku tanggungjawab mengetuai Dewan Ulamak PAS Pusat, dewan tertinggi dalam parti Islam Semalaysia (PAS) ini.
Kita mendoakan agar segala khidmat bakti yang beliau telah curahkan dalam perjuangan Islam ini menjadi bukti bagi mengutip keredhaan Allah SWT di negeri akhirat kelak. Sebagaimana beliau telah melaluinya, maka kita memantapkan azam agar kita juga akan terus mempertegaskan perinsip perjuangan dan seterusnya mati dalam perjuangan Islam yang suci ini. Al-Fatihah

Dewan Ulamak lulus usul disiplin, tahaluf siyasi


KULAIJAYA: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-53 yang bersidang pada hari ini meluluskan tiga usul iaitu Usul Disiplin, Usul Pemerkasaan Islam Dalam Tahaluf Siyasi dan Usul Menyokong Majlis Syura Ulamak dan Presiden.

Usul Disiplin dikemukakan oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang, Usul Pemerkasaan Islam Dalam Tahaluf Siyasi oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Perak dan Usul Menyokong Majlis Syura Ulamak dan Presiden oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat.

Usul Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat

Memahami kepentingan institusi syura dalam sebuah gerakan Islam yang telah diformalisasikan sebagai Majlis Syura Ulamak dalam struktur PAS.

Menyedari bahawa Majlis Syura Ulamak hendaklah dianggotai oleh sesesorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (Al-Usul) dalam Syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/ dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar.

Menginsafi bahawa kejayaan PAS berada di persada politik pada hari ini adalah berkat keteguhan pegangan kepada prinsip-prinsip perjuangan Islam dengan kawalan dan pemantauan daripada Majlis Syura Ulamak dan para ulamak yang menerajui Jemaah besar ini.

Menyedari bahawa kepimpinan YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden bukan sahaja dalam PAS dan masyarakat Malaysia; bahkan turut mendapat pengiktirafan dan perakuan ulamak-ulamak antarabangsa yang menganggotai Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa pimpinan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi untuk melantik Sheikh Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia sebagai salah seorang daripada tiga orang Naib kepada kepada beliau dalam kesatuan ulamak sedunia tersebut.

Maka Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-53 yang bersidang pada hari ini, 22 Dzulqaedah 1453 bersamaan dengan 17 September 2014 mengambil ketetapan-ketetapan berikut:

UG : Sejak Berkasih Dengan Puak UMNO..!!!

Selepas Mat Sabu diboikot oleh sekumpulan pro presiden, kini gambar pula di hitamkan. Kenapa abang Mat seorang saja yang kena? Target abang Mat..

Siapa yang buat? Tak kan UMNO jugak kot? PKR? DAP? PSM? Pengedar pil kuda?

Sebelum ini insiden keluar Dewan Muktamar PAS. Pemuda yang tidak mencerminkan perjuangan suci pas !

Perwakilan yang angkat kaki keluar dari dewan ketika timbalan presiden pas berucap, tidak mencerminkan sebagai seorang pejuang.

Sekumpulan pemuda bertindak keluar dewan ketika timbalan presiden pas berucap. Tindakan tidak berakhlak itu dilihat dari golongan pro majlis syura dan haji hadi.

Kamu membawa perjuangan islamik dengan berjubah,berketayap, tetapi perangai kamu tidak menghormati timbalan presiden yang sah, adakah itu yang diajar oleh ketua kamu ?

Benarlah kata kata mat sabu. Jangan guna agama untuk menghalalkan keputusan. Maka puak puak ini amat terasa dengan kritikan tegas dari mat sabu sebelum ini, sehingga mereka merealisasikan kemarahan dengan bertindak keluar dewan.

Dewan Ulama lulus usul tindakan terhadap 2 ADUN

Dewan Ulama PAS hari ini sebulat suara meluluskan usul mendesak Lembaga Displin PAS mengambil tindakan tatatertib terhadap dua ADUN PAS Selangor yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ia menyifatkan tindakan ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin melanggar adab dan displin jamaah dan mencalar imej Majlis Syura Ulama selepas badan itu memutuskan supaya Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan.

"Kami mendesak supaya Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan terhadap mereka yang meremehkan keputusan Majlis Syura Ulama dan arahan presiden.

"Kita bimbang jika tiada tindakan tegas terhadap mereka, ia akan menyebabkan imej parti akan tercalar.

"Ia juga menjadi teladan kepada mana-mana pihak dan individu supaya mereka tidak main-main dengan jamaah kita," kata Shamsudin Amran yang membentangkan usul itu.

Usul itu juga dicadangkan oleh empat lagi dewan ulama dari Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

Bimbang PKR, DAP tidak amal politik budiman - Pemuda Pas Terengganu

KOTA TINGGI - Perwakilan Pas Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim melahirkan kebimbangan hanya parti itu yang mengamalkan politik budiman namun parti rakannya sendiri, PKR dan DAP mencabuli budaya itu.

Melalui sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas, beliau membangkitkan tindakan Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilihat tidak menghormati Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mengadakan pertemuan berhubung isu Menteri Besar Selangor.

"Kita bimbang jika Pas saja yang bersikap budiman, tetapi rakan-rakan PR tidak berbuat demikian. Ketua kita telah menunjukkan betapa budimannya beliau, tetapi Ketua AMK langsung tidak budiman dengan kita.

"Apa budi yang beliau buat dengan bertemu dengan presiden sedangkan beliau melontarkan kata-kata nista yang mengguris perasaan?" katanya.

Beliau merujuk kepada pertemuan empat mata antara sayap-sayap Pemuda PR dengan Abdul Hadi, baru-baru ini berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, beliau masih menanti kenyataan tegas dari Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat menyokong Abdul Hadi.

"Saya mendengar perbahasan dan ucapan muktamar ini dari semalam. Saya tunggu kenyataan Ketua Pemuda yang menyokong Presiden Pas.

"Saya ingin ulangi bahawa saya bukan bercakap atas kapasiti Presiden, tapi ini juga yang akan kita ucapkan jika Ustaz Fadzil Noor (bekas Presiden Pas) masih hidup sekiranya beliau diazab seperti ini," katanya.

Tak timbul Dewan Ulamak mahu Khalid kekal MB lagi - Ahmad Yakob


KULAIJAYA: Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Ahmad Yakob menegur sikap media yang memetik kononnya beliau bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menafikan perkara itu, beliau berkata laporan itu bukan sahaja salah, malah beliau sendiri tidak menyebutnya ketika menyampaikan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pagi tadi seperti didakwa.

"Saya tidak hilight pun tadi. Dia dah dipecat dari parti dia dan tak ada apa lagi kita nak kepada dia.

"Saya hanya bagi contoh pendekatan (membuat keputusan) mengikut dasar hukum Islam, bukan Ulamak Pusat nak pada Khalid lagi.

"Yang itu tak berbangkit, tak releven lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan ucaptama petang ini.

Beberapa media pagi tadi melaporkan kononnya Dewan Ulamak masih bertegas mahukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

PRK N.01: TG Nik Aziz turun padang walau uzur

Kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke PRK N.01 Pengkalan Kubor menguatkan lagi semangat calon untuk berkempen.

Nik azizPENGKALAN KUBOR: Kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke PRK N.01 Pengkalan Kubor menguatkan lagi semangat calon untuk berkempen.
Calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim berkata, kehadiran Nik Aziz memberi suntikan moral kepada beliau untuk terus berkempen.
“Walaupun beliau uzur, ini sudah kali kelima Nik Aziz datang ke PRK N.01 Pengkalan Kubor untuk sama-sama berkempen ,” kata beliau.
Kehadiran Nik Aziz memberikan keyakinan kepada beliau untuk merampas kerusi N.01 Pengkalan Kubor daripada BN.
“Sambutan penduduk kampung kepada Nik Aziz sangat meriah, mereka akan mula berkumpul untuk menyambut kedatangan bekas Menteri Besar itu, ” kata calon PAS yang lebih mesra di panggil dengan gelaran Tok Wan Di.
Tambah Wan Rosdi, Nik Aziz menasihati beliau supaya bekerja lebih keras lagi dan bersabar dengan dugaan yang dihadapi sepanjang berkempen.

PRK N.01: Terima kasih atas diskriminasi, BN

Pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dengan sinis menyatakan penghargaannya kepada kerajaan BN atas “diskriminasi” yang dijalankan di negeri Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri Kelantan tidak mendapat bantuan untuk pembangunan dalam tempoh lima penggal antara tahun 1959 hingga 1974 ketika ditadbir PAS.

Bantuan pembangunan termasuk untuk membina jalan raya di Kampung Geting hanya disalurkan apabila negeri itu jatuh ke tangan BN selepas itu, kata Wan Abdul Rahim dalam sidang media di markas PAS di Kampung Geting, Pengkalan Kubor.

Oleh itu, PAS tidak dapat menafikan bahawa penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar sememangnya membawa pembangunan ke kawasan tersebut, katanya lagi.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan kami ucap terima kasih dan PAS tidak nafikan pembangunan yang di bawa allahyarham Noor Zahidi.

Wan Azizah calon MB Selangor terlampau layak, kata Mat Taib

Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon paling layak menjadi menteri besar Selangor, bagaimanapun nama lain perlu diberikan selepas pihak istana memberi isyarat. Bekas menteri besar Selangor itu berkata, Dr Wan Azizah calon berkredibiliti berdasarkan pengalaman dan kepimpinan memimpin partinya sejak era reformasi lagi. "Wan Azizah calon terbaik untuk mentadbir negeri Selangor," kata Muhammad dalam wacana anjuran Sinar Harian bertajuk "Kerusi Panas MB Selangor". Bagaimanapun, Muhammad berkata senario ketika ini sudah berubah susulan beberapa perkembangan terkini khususnya daripada pihak Istana Selangor sendiri selepas nama Dr Wan Azizah dihantar. "Wan Azizah terlampau layak, tapi senario yang berlaku ini di mana istana sudah beri, isyarat beberapa perkara perlu dipertimbangkan," katanya. Pandangan Muhammad dilihat berbeza dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak untuk menggalas jawatan menteri besar Selangor. Muhammad bagaimanapun menggesa Pakatan Rakyat (PR) duduk semula dan berbincang bagi mencapai kesepakatan dalam nama calon menteri besar Selangor. "Kalau betul-betul duduk bersama balik dan calonkan satu calon yang berkaliber, takkan istana nak tolak."

Ulama PAS masih mahu Khalid sebagai MB, dakwa Wan Azizah tidak sesuai


Dewan Ulama ‎PAS menegaskan masih mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kerana percaya beliau tidak bersalah atas tuduhan dilemparkan kepada bekas ahli politik PKR itu. Ketua Dewan PAS Ulama Datuk Ahmad Yaakub turut memberi dua alasan mengapa PAS tidak boleh bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu Khalid digantikan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ahmad turut dilihat mempertahankan keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dikritik berikutan keputusannya tidak menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar.  Ahmad berkata Dr Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar, menegaskan "Langkah Kajang" untuk meletakkan beliau mengikut perundangan membazirkan duit rakyat.‎

Jaga kebajikan anak muda macam anak sendiri - DMPM


JOHOR BAHRU: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mahu wanita muda dalam parti itu menyumbang idea bagi membantu lidah rasmi parti iaitu akhbar Harakah.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, wanita muda contohnya Ameerah perlu membantu membuat kajian, mencari fakta-fakta, menyediakan kertas kerja yang terkini bagi membantu Harakah dalam menerbitkan bahan bacaan bermutu untuk tatapan masyarakat.

"Saya memohon generasi muda perlu lebih banyak menuntut ilmu, banyak membaca, gunakan kekuatan ICT untuk membantu muslimat membuat kajian, mencari fakta-fakta, menyediakan kertas-kertas kerja dan yang terkini membantu lidah rasmi PAS iaitu Harakah dalam menerbitkan bahan bacaan bermutu untuk tatapan masyarakat khususnya menarik golongan muda mendapatkan maklumat yang benar dan adil dari pelbagai sumber," kata beliau kata beliau sewaktu menyampaikan ucaptama di Muktamar DMPM di Pulai Spring Resort.

Beliau juga berkata, tenaga muda yang berpotensi menjadi pelapis kepada perjuangan PAS seperti Ameerah, Nisa' dan Briged Muslimat harus menjadi anak muda yang matang.

Fitrah anak muda yang bersemangat, cepat dan bersifat lantang perlu dilunakkan dengan menuruti akhlak Rasulullah s.a.w dalam setiap kerja yang kita buat seperti saranan Rasulullah s.a.w bahawa orang yang kuat ialah orang yang menahan nafsu marahnya dan bersabar.

Tuan Ibrahim puji sikap tenang muslimat dalam suasana politik terkini

SKUDAI: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memuji kehebatan Dewan Muslimat yang tidak mudah tergugat dengan isu-isu yang hangat berlaku dalam suasana politik ketika ini.

Bercakap di Muktamar Muslimat kali ke-54 hari ini katanya, Muslimat yang berjiwa besar tidak akan terganggu oleh perkara remeh temeh kerana melihat aganda lebih besar di hadapan.

"Orang yang jiwa besar akan lihat perkara lebih besar. Tahniah Muslimat dengan agenda besar untuk memartabatkan parti," katanya di hadapan kira-kira 1000 perwakilan dan pemerhati.

Tegasnya, musuh politik mencemburi ukhuwah yang dijalinkan PAS dengan Pakatan Rakyat sehingga mereka melaga-lagakan PAS dengan DAP misalnya ketika menghadapi PRU13 lalu.

Bahkan beliau turut menasihati ahli PAS supaya tidak menjadi jurucakap musuh di dalam parti sehingga boleh mengundang suasana menjadi berkecamuk di kalangan ahli.

Pengurusan MAS perlu diperbaiki - Pemuda Pas

KOTA TINGGI, 17 Sept - Exco Pemuda PAS mendesak supaya pihak pengurusan Malaysia Airlines (MAS) memperbaiki pengurusan dan mengubah operasi serta perjalanan mereka terutamanya yang berkaitan dengan hal keagamaan.
"MAS seharusnya membuat perubahan segera dalam sistem operasi dan perjalanan terutamanya perkara yang berkaitan dengan aspek keagamaan. Ini berikutan kehilangan MH370 yang hilang tanpa jejak dan kemalangan yang menimpa MH17 di sempadan Iran-Ukrein."
Usul agama ini telah dibahaskan oleh perwakilan Bachok dan Tanjung Karang dengan menyarankan agar Kementerian Pengangkutan memberi kebenaran kepada pramugari untuk mengenakan pakaian menutup aurat sewaktu beroperasi. Ini bagi menarik keberkatan dalam menjalankan tugas.
Selain itu, perwakilan dari Sepang turut membahaskan usul ini dan menyokongnya dengan mengatakan kerugian MAS adalah berpunca daripada kelalaian pengurusan Islam dalam sistem MAS.
"Kerugian yang dihadapi oleh MAS pada masa kini adalah kerana pengabaian MAS terhadap pelaksanaan pengurusan dari sudut Islam dan yang menerima impaknya adalah pekerja bawahan."
Usul agama ini telah disokong oleh majoriti perwakilan pemuda PAS di Muktamar di Kota Tinggi yang sedang hangat berlangsung.

Bukan boikot, keluar ambil wudu' kata Dato Tuan Ibrahim

"Bukan protes tetapi mereka keluar mengambil wudu' kerana sebahagian daripada mereka adalah musafir yang melakukan sembahyang jama' zohor dan asar." Respon Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS berkenaan tindakan segelintir perwakilan pemuda yang keluar daripada dewan semasa Mat Sabu sedang berucap semalam.

Beliau menafikan laporan Malaysiakini yang menyatakan pro Presiden keluar daripada dewan sebagai satu tindakan protes terhadap Timbalan Presiden PAS itu. "Perkara ini adalah biasa dan tidak menjadi isu. Setiap tahun pun sama seperti ini. Kita tidak memperuntukkan waktu sembahyang semasa muktamar sedang bersidang. Muktamar tetap diteruskan dan para perwakilan akan bergilir-gilir keluar bersolat. Maka tidak timbul isu protes di sini."

"Para muktamirin dibenarkan untuk keluar dewan secara bergilir-gilir. Siapa yang sudah selesai akan masuk ke dewan dan diganti oleh perwakilan lain pula untuk menunaikan kewajipan solat," tambah beliau.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa pemakai vest hitam yang menyatakan sokongan terhadap Presiden sebagai satu usaha menzahirkan protes terhadap Timbalan Presiden PAS itu.

Jangan sampai ada dua, tiga presiden - Dewan Ulamak Kedah

KULAIJAYA: Ahli PAS di semua peringkat perlu memberikan hak kepada pimpinan tertinggi parti khususnya Presiden, Majlis Syura dan PAS Pusat, untuk memimpin parti.

Gesaan itu dinyatakan perwakilan Dewan Ulamak dari Kedah, Ustaz Ahmad Yahya ketika membahaskan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini.

Bagaimanapun Ahmad dalam nada sinis berkata, dalam memberi hak itu jangan pula sampai berlaku seolah-olah wujud dua atau lebih presiden.

"Kita beri hak kepada Presiden, tapi jangan ada dua, tiga presiden. Sukar nanti untuk dia mempimpin.

"Kita beri hak kepada pesuruhjaya negeri, tapi jangan ada dua atau tuga pesuruhjaya negeri.

"Saya yakin jika diberi hak kepada pemimpin mereka dapat memimpin dengan baik," katanya di Muktamar Dewan Ulamak PAS ke-53 yang berlangsung di IOI Palm Villa Golf and Country Resort hari ini.

Terdahulu beliau mengingatkan bahawa ruang demokrasi dalam PAS sentiasa terbuka untuk ahli menyarakan pandangan.

Bagaimanapun ujar Ahmad, ianya perlu digunakan dengan berkahlak dan jangan sampai menghina, memperlekeh pimpinan sehingga menjadi pecah belah.

Kepimpinan Ulamak, Muslimat PAS Gesa Hapus Polemik Negatif

SKUDAI, 17 Sept - Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru agar ahli-ahli PAS berganding bahu membanteras serta menghapuskan sebarang polemik negatif yang mengelirukan berkaitan dengan kepimpinan ulamak.
Dalam mempertahan dan memperkasakan kepimpinan ulamak, Ustazah Dr. Asiah Ali menegaskan bahawa semua masalah dalaman atau masalah anak beranak perlu diselesaikan secara dalaman.
"Dalam PAS, kita ada petani, kita ada penoreh getah, kita ada buruh kasar, tidak lupa juga kita ada professional dengan pelbagai latar belakang pedidikan samaada doktor, jurutera, arkitek dan tak lupa para ustazah dan ustaz,
"Lagikan lidah lagi tergigit, inikan pula sebuah organisasi besar yang datang dari pelbagai latar belakang,
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyyah, Dakwah dan Perkaderan dewan itu menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh perwakilan berhubung usul peranan Dewan Muslimat PAS Pusat dalam mempertahankan dan memperkasa Kepimpinan Ulamak.
Jelasnya, gabungan ulamak dan umarak sepatutnya digembeling untuk menjadi aset penting kepada PAS.
"Konflik dalaman seperti yang sedang berlaku harus diurus sebaiknya, di sinilah kita mempraktikkan ilmu-ilmu yang ditadah dalam usrah-usrah di semua peringkat," tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa Allah menguji kita dengan tarbiyyah yang kita lalui selama ini. Dewan Muslimat PA

Usul tergempar Pemuda: Sokong Presiden, MSU dan kepimpinan

KOTA TINGGI: Muktamar Pemuda PAS Malaysia hari ini menerima usul tergempar yang dikemukakan perwakilan dari Klang, Abdul Muis Muhamad berhubung sokongan kepada Presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU).

‎Abdul Muis dalam ucapannya menegaskan menjadi tanggungjawab kepada seluruh Pemuda PAS untuk menyokong penuh Presiden dan MSU.

"Kita perlu kembali kepada perjuangan asal, iaitu menjadi benteng dan hulubalang kepada Presiden dan MSU.

"Apa yang berlaku sekarang amat dikesali apabila ada pihak dan individu yang melangkaui batasan dengan menentang secara terbuka Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga majlis tertinggi di dalam PAS (MSU)," ucap beliau.

Jelas Abdul Muis lagi, Pemuda perlu membuktikan ketaatan mereka terhadap kepimpinan Presiden dan MSU.

"Kenapa saya kemukakan usul ini kerana dalam situasi sekarang apabila Presiden mengeluarkan kenyataan, akan ada mereka yang mengeluarkan pendapat bertentangan.

"Apa perlu kita mengatakan kebersamaan kita bersama Presiden sedangkan dalam masa yng sama kita keluarkan kenyataan bertentangan dengannya.

Wakil Pemuda T'ganu kecewa dengan ucapan Suhaizan

Beberapa orang perwakilan Pemuda PAS mengambil peluang untuk dalam perbahasan hari ini untuk mengemukakan kritikan ke atas ketua pegerakan itu, Suhaizan Kaiat atas ucapan dasar yang disampaikan semalam.

Walau kebanyakannya berbuat demikian dengan lemah lembut dan berkias, ada juga yang mengkritik secara terbuka, seperti wakil Terengganu, Hishammuddin Abdul Karim.

Hishamuddin ketika membahaskan ucapan dasar itu berkata beliau kecewa dengan kandungan ucapan Suhaizan, terutama atas peringatan ketua Pemuda itu bahawa PAS tewas di Terengganu dan Kedah.

"Kenapa kita anggap proses pilihan raya telus sehingga kita terpaksa menyalahkan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan (bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak). Apa salah mereka?”

Dalam ucapannya di Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor itu, Hishamuddin berkata tanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh pengarah pilihan raya PAS.

Hadi menjadi menteri besar Terengganu antara 1999 hingga 2004 manakala Azizan menjadi menteri besar Kedah antara 2008 hingga 2013.

Hishamuddin turut mempersoalkan bahawa Suhaizan tidak membangkitkan mengenai Perak, yang gagal dimenangi semula oleh Pakatan selepas mentadbir negeri itu selama setahun selepas pilihan raya umum 2008.

Pemuda dan Muslimat PAS Lancar Gerakan Auto 21

SKUDAI, 17 Sept - Seiring dengan zaman digital yang merekodkan maklumat secara teks, gambar mahupun video, Dewan Muslimat PAS Pusat hari ini melancarkan Gerakan Auto 21.
Gerakan Auto 21 yang dilancarkan Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi itu adalah gerakan pendaftaran pengundi secara automatik pada umur 21 tahun.
Gerakan yang diterajui bersama Dewan Pemuda PAS Pusat itu mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan kaedah terkini.
Rasional gerakan ini adalah penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan kekurangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya di Malaysia.
Sistem pendaftaran pengundi automatik ini amat bermanfaat serta memberi kemudahan kepada pengundi untuk terus melaksanakan tanggunjawab bersama sebagai rakyat Malaysia tanpa perlu menyemak atau mendaftar status mereka secara berperingkat berpandukan kaedah semasa.
Cadangan perlaksanaan sebegini dijangka dapat meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengundi serta mampu melonjakkan peratusan pengundi yang layak.
Selain daripada SPR dapat memansuhkan undang-undang mewajibkan setiap individu untuk keluar mengundi, bebanan kos negara untuk menwar-warkan kewajipan pendaftaran kepada pengundi turut dapat diturunkan.

Muslimat tumpu kebajikan rakyat

JOHOR BAHRU, 17 Sept - Muktamar Muslimat PAS kali ke-54 kali ini telah memilih tema 'Muslimat Prihatin Masyarakat Sejahtera'. Tema ini dipilih lantaran iltizam muslimat PAS untuk terus mendokong agenda kesejahteraan rakyat.

Muslimat iltizam untuk meneruskan kesinambungan komitmen terhadap agenda kebajikan rakyat seluruhnya tanpa mengira kaum, agama mahupun apa juga perbezaan yang ada.

Ia juga sekaligus menjadi 'soft reminder' kepada ahli dan jentera muslimat seluruh negara agar terus memberi tumpuan jepada usaha yang telah digerakkan menjelang dan semasa PRU13 yang lepas. Dengan hasrat tumpuan terhadap isu-isu lebih merakyat terus diberi keutamaan melebihi apa jua isu lain yang berbangkit.

Muslimat berhasrat untuk memperkasakan program muslimat bersama masyarakat bagi mendekatkan hati antara ahli-ahli muslimat PAS dengan masyarakat. Hajah Siti Zailah yang merupakan Ketua Dewan Muslimat Malaysia berharap agar program-program kebajikan tidak terpisah daripada muslimat dan terus bersebati dengan jemaah ini. Justeru, beliau turut berharap agar tumpuan lebih diberikan kepada isu-isu rakyat melebihi apa jua isu berbangkit yang lain.

2 usul organisasi diterima majoriti perwakilan Pemuda

KOTA TINGGI, 17 Sept - Dua usul organisasi telah diterima majoriti ahli muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi hari ini. Usul pertama telah dicadangkan oleh perwakilan PAS Sri Gading berkaitan Jawatankuasa Tatatertib dan usul kedua berkenaan Institusi pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang oleh EXCO Pemuda PAS Malaysia.

Usul 1: Jawatankuasa Tatatertib
Bercakap mengenai usul pertama, perwakilan Sri Gading mendesak agar jawatankuasa tatatertib PAS Pusat diperkemas supaya ia dilihat sebagai suatu kuasa yang ditakuti dan digeruni oleh setiap ahli PAS.
"Saya mewakili PAS Sri Gading mendesak supaya tindakan serta merta dilakukan agar jawatankuasa tatatertib PAS Pusat dapat diperkemas dan dilihat sebagai suatu entiti yang berkuasa dan ditakuti dalam parti."
Perwakilan Sri Gading turut mempersoalkan nilai ahli PAS apabila terdapat segolongan yang menghentam Presiden parti tanpa adab dan akhlak yang baik.
Usul ini turut dibahas dan disokong oleh perwakilan dari Kuala Kedah apabila mereka mencadangkan beberapa kriteria dalam pemilihan ahli jawatankuasa tatatertib tersebut.

Macai jangan menyamar ahli PAS

Apabila kita mempunyai bukti yang secukupnya, kita akan buat laporan polis

Picture 1SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan mendakwa ada pihak menyamar sebagai ahli PAS untuk berhimpun membantah keputusan kepimpinan PAS Pusat berkaitan krisis Menteri Besar Selangor.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Mohd Taufek menegaskan,“Apabila kita mempunyai bukti yang secukupnya, kita akan buat laporan polis. Setakat ini kita masih mengumpulkan maklumat untuk mengenalpasti individu-individu terbabit. Berdasarkan siasatan awal kita, individu-individu terbabit bukanlah ahli PAS.
Mereka mempergunakan nama PAS untuk menyamar dan membuat bantahan. Sekiranya benar mereka adalah ahli PAS, saya bersedia bersemuka dengan mereka. Jika ikhlas, datang berjumpa kami untuk menyatakan pandangan terhadap kepimpinan parti.”
“Tidak perlu buat himpunan,” katanya.
Mohd Taufek berkata demikian berikutan baru-baru ini seramai 20 individu yang mendakwa mereka sebagai ahli PAS, berhimpun di hadapan pusat membeli-belah Terminal 1, Seremban; menyatakan bantahan mereka terhadap kepimpinan PAS dan mendakwa pemimpin PAS mengalah kepada PKR dan DAP.

Mahathir, Pak Lah Bertembung Semula?

Ketika menyerahkan tampuk kuasanya kepada Najib Razak pada 2009, apabila ditanya perancangannya selepas bersara, Abdullah Badawi atau Pak Lah sambil ketawa ada menyebut, "yang pasti saya tidak akan membuka blog." Jawapannya pada waktu itu jelas menyindir Mahathir Mohamad yang aktif menulis di blog untuk memberi pandangan mengkritik mengenai politik negara dan isu semasa sebaik bersara.

Pak Lah pada waktu itu berpendapat apabila beliau telah bersara dan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, beliau tidak mahu lagi mencampuri urusan pentadbiran parti dan juga kerajaan.

Namun janji Pak Lah untuk tidak membuka blog nyata tidak bertahan lama apabila mula 16 September 2014, sempena sambutan Hari Malaysia, bekas Perdana Menteri itu mengumumkan beliau kini sudah mempunyai blog sendiri "Pak Lah" dengan artikel pertamnya bertajuk "Erti Kemerdekaan dan Perpaduan".

Janjinya untuk tidak membuka blog hanya bertahan tidak sampai enam tahun.

Apa yang menariknya ialah kemunculan blog Pak Lah ini hanya tidak sampai sebulan selepas Mahathir mengumumkan beliau kini menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, Najib Razak serta diikuti dengan tindakan menegur apa-apa yang dirasakannya tidak betul mengenai pengurusan negara.

Mahathir berpendapat, tindakannya menegur bukanlah kerana tidak sayangkan pemimpin tetapi kerana lebih sayangkan bangsa dan negara serta merasakan pemimpin tidak akan menyedari kesalahan yang dilakukannya melainkan ada teguran dilakukan.

Artikel pertama dalam tulisan Pak Lah itu, walaupun berkenaan kemerdekaan dan perpaduan tetapi beliau seperti cuba membakar api persengketaan semula dengan Mahathir apabila turut membetulkan budaya menegur terhadap pemimpin. Bagi Pak Lah, mana-mana pemimpin yang melakukan kesalahan wajar ditegur secara berhemah dan bukannya sehingga menjejaskan keseluruhan pentadbirannya.

"Kalau ada kesilapan, berilah teguran dan nasihat jika perlu, tetapi amalan membakar kampung kerana marah kepada penghulu bukanlah satu perbuatan yang membawa menfaat. Kalau pun ada rasa kurang puas hati, luahkanlah secara aman dan berhemah mengikut amalan demokrasi dan adat resam orang timur," kata Pak Lah lagi dalam tulisannya itu.

GST, Muslimat PAS Kekal Gesa Mansuhkan

SKUDAI, 17 Sept - Muslimat PAS hari ini sebulat suara kekal desak mansuh GST walaupun Kerajaan Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang berkenaan awal April lalu.

Desakan supaya kerajaan membatalkan pelaksanaan GST itu perlu kerana sekiranya ia dilaksanakan dalam masa terdekat, 10 juta rakyat Malaysia yang selama ini tidak layak membayar cukai terpaksa menanggung bebanan cukai baru.

Pengarah Ameerah Malaysia, Fareedah Samad yang membentangkan usul berkenaan turut disokong oleh perbahasan tiga lagi wakil dari perwakilan Selangor, Kedah dan Perlis.

Justeru, Muslimat PAS Pusat mendesak agar;

Pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah berkesan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dansederhana dalam perbelanjaan isi rumah mereka aoabila Akta GST dan TPPA yang akan ditanda tangani oleh Malaysia.

Pihak kerajaan Malaysia memberi lebih tumpuan kepada usaha-usaha melonjakkan pendapatan rakyat melalui campur tangan terus kerajaan, bagi menyeimbangkan kehidupan rakyat yang sedang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Kerajaan mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan dengan menggenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperto petrol, diesel, dan elektrik.

Kembalikan ikhlas dalam perjuangan - Ust Haron Din



KULAI JAYA, 17 Sept - Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat, Ustaz Haron Din mengingatkan para perwakilan agar mengembalikann keikhlasan di dalam berjuang.
Beliau menyatakan demikian dalam sesi ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 53.
Beliau menekankan bahawa semua bangsa terutama yang beragama Islam pasti diuji dengan pelbagai peristiwa dan kejadian yang melanda samada dalam masyarakat dan gerak kerja.
Kata beliau, "Kalau kita bangsa yg lemah, parti yang lemah sudah pasti akan tunduk dan jatuh tersungkur. Jika dinilai, pelbagai peristiwa telah melanda bangsa samada yang kuat dalam parti atau dalam gerak kerja. Mereka semua sudah pastinya ada yang tumbuh dan mundur tetapi jika mereka menginginkan Allah untuk terus suburkan Islam, pasti Islam akan tertegak."
"Pelbagai rintangan berlaku dalam melayari bahtera PAS. Meskipun ahli-ahli PAS mendapat tarbiah, namun tidak semua mentaati dan tidak semua memahami apa itu erti keikhlasan dan perjuangan, sebab itu ada yang kecundang di tengah jalan dan mengkhianati perjuangan."
Beliau turut mengingatkan sidang muktamirin agar menapis berita yang diterima agar tidak menjadi fitnah.
"Seandainya kamu mndengar fitnah yang melata, ambil yang baik sahaja. Kalau boleh katakanlah fitnah ini adalah bohong semata-mata. Bukan sahaja PAS, seluruh institusi yang ada pasti terlibat dengan gejala fitnah."
Di akhir ucapan perasmian, Ust Haron Din menekankan agar ahli PAS menjauhi pertelagahan mahupun tidak ikhlas di dalam perjuangan kerana ia pasti merugikan jemaah dan gerak kerja Islam.

Dewan Ulama menyokong Tuan Guru Presiden



Dewan Ulama PAS hari ini menyatakan ketidak setujuan terhadap perletakkan jawatan ADUN Kajang yang berlaku baru-baru ini. Penegasan itu dibuat oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Haji Ahmad Yaacob semasa sesi ucap utama pagi tadi. Ini kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu Pilihanraya Kecil (PRK) yang asalnya tidak perlu diadakan.
Penegasan terhadap isu Menteri Besar Selangor turut dinyatakan yang mana tidak perlu membuat pertukaran Menteri Besar yang sedia ada. Menteri Besar perlu kekal pada jawatan tersebut.
Ini disebabkan Islam menekankan pembuktian setiap kesalahan ke atas si penuduh. Selagi mana kesalahan seseorang tidak terbukti, tuduhan ke atas si penuduh tidak disabitkan dengan kesalahan tersebut.
Dewan Ulama turut membangkitkan perbincangan terhadap kewajaran seorang wanita untuk memegang tampuk amanah sesebuah negeri menurut perspektif syara' dalam konsep wilayatul 'ammah dan soal kemampuan untuk memerintah.
Dewan Ulamak PAS sekali lagi menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden, Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan berdiri teguh di belakang beliau.

'Hadi dah banyak kali kecil hati dengan Anwar'

KOTA TINGGI - Pentas Muktamar Pemuda Pas ke-55 yang berlangsung di sini hari ini menjadi medan perwakilan untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perwakilan dari Pulau Pinang, Muhamad Aiman Shamsul Baharin berkata, ahli Pas telah ditarbiahkan untuk menyatakan kesetiaan kepada pimpinan.

Oleh itu, katanya, adalah tidak wajar sekiranya ahli mengeluarkan kenyataan yang membidas Presiden.

"Ada yang keluarkan kenyataan membabi-buta dan maki hamun Presiden. Adakah ini perangai kita?

"Jika ada yang tidak setuju dengan Presiden, jumpa secara peribadi dengan beliau dan tidak perlu buat surat terbuka. Atau jadikan muktamar sebagai medan lontar pandangan, bukannya di Facebook," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas.

Sementara itu, perwakilan Kelantan, Nor Azarizan mempersoalkan sikap segelintir ahli yang dilihat lebih menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Abdul Hadi.

"Ada yang marah apabila Abdul Hadi buat keputusan yang dianggap bersifat peribadi. Siapa kita nak pertikaikan Abdul Hadi yang selama ini pertahankan Anwar?

Muktamar Ulamak: 'Majlis Syura jangan mudah melatah'

PasMa Kritik Presiden Secara Nyata - Nik Abduh

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan

PAS Youth delegate opens fire on Anwar

Youth delegates see red over chief's speech

Pemuda Kelantan kecam Anwar belakangkan PAS dalam Langkah Kajang

KOTA TINGGI 17 SEPT: Perwakilan Pemuda PAS Kelantan hari ini mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan banyak tindakan politiknya membelakangkan parti itu hingga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tersinggung.
Perwakilan itu berkata, Nik Aziz banyak bersabar tetapi sebenarnya berkecil hati kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak berbincang dengan PAS sebelum memulakan langkah politik termasuk Langkah Kajang.
“Jangan sibuk asyik mahu melayan karenah pihak lain hingga kita mengabai kepentingan parti sendiri. Selama ini, kita banyak bersabar. Tuan Guan Nik Aziz pun banyak berkecil  hati dengan Anwar.
“Buat Langkah Kajang, ada Anwar berbincang dengan kita? Sampai Tuan Guru Nik Aziz pun tersinggung,” katanya yang turut menyebut beberapa tindakan politik lain yang dibuat Anwar hingga menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat kelam kabut.
Ucapan perbahasan itu disambut majoriti perwakilan PAS dengan menepuk meja tanda sokongan pada Muktamar Pemuda PAS ke-55 yang bermula semalam dan berlangsung hangat dengan pelbagai isu.

Saya sendiri pun dikecam - TG Haron Din

KULAIJAYA: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan fitnah yang berlaku dalam PAS ketika ini.

Berucap ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 di IOI Palm Villa Golf and Country Resort hari ini, beliau berkata masalah PAS kini sudah diketahui umum akibat pertikaian terbuka khususnya di media maya.

Menurutnya, apa yang lebih mengecewakan apabila Majlis Syura, Presiden PAS turut dihina dan diperlekeh.

"Penjual kacang putih pun tahu masalah PAS, penjual cendol pun tahu.

"Syura ulamak dipertikai dan dihina, keputusan syura walaupun sebulat suara masih mereka kecam sampai hari ini diperlekeh secara terang-terangan.

"Saya sendiri dikecam kenapa terima kedatangan PM melawat saya di IJN. itu pun tak boleh," katanya.

Bagaimanapun katanya, dalam menangani masalah yang berlau, pimpinan dan ulamak mengambilnya dengan berlapang dada, bermuhasabah dan tidak membuat serangan balas.

"Mungkin dalam banyak teguran itu tak keluar dari prinsip "Agama itu nasihat", kata beliau lagi.

Berikut antara petikan ucapan yang disampaikan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sempena perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini.

1- Ada golongan penyokong yang tak faham, atau sengaja nak cari jalan menyusahkan perjuangan. Ini menyebabkan pertolongan Allah akan jadi lambat.
Maka kena garapkan program tarbiah. Mungkin ada terlepas pandang. Kurang mengenali latar belakang sebenar pimpinan, keihklasan perjuangan mereka.

2- Wala (ketaatan) kepada ketua, perkara paling simple sangat.
(Membacakan hadis Nabi-maksud lebih kurang). Dengarlah ketua itu walaupun diambil dari hamba Habashi, kepala macam zabit, rambut kerinting. Itu pun wajib taat.
Kena taat kepada ketua dalam perkara suka atau tidak suka. Dan ini masalah utama yang kita hadapi sekarang ini.

3- Ada kadang-kadang pimpinan boleh buat keputusan seorang diri, tak ada maksiat padanya. Apabila kamu berazam maka berserah kepada Allah.