Selasa, 16 September 2014

PAS chair rushed to hospital over dispute

Muktamar Pemuda PAS kecoh, pengerusi tetap dikejar ke hospital

KOTA TINGGI: Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan pimpinan tahun lalu tidak sah.

Bantahan tersebut dinyatakan apabila lima kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian tahun lalu.

Antara kawasan yang dikatakan tidak diiktiraf adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.

Kekecohan itu timbul ketika sesi pembentangan laporan tahunan dan kewangan Muktamar PAS ke-54 yang diadakan di Dewan Siviks Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Perwakilan Pemuda PAS Shah Alam yang membangkitkan perkara berkenaan dan menyatakan kebimbangan jika PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana laporan yang tidak lengkap.

Kebimbangan perwakilan Pemuda PAS Shah Alam itu mendapat sokongan dari perwakilan Sabak Bernam.

"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan pemuda PAS Sabak Bernam.

Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.

Pengerusi Tetap Pemuda Pas sesak nafas dikejarkan ke hospital

KOTA TINGGI - Pengerusi Tetap Pemuda Pas, Kamal Ashaari dikejarkan ke hospital kerana dilaporkan mengalami sesak nafas.

Khabar itu diumumkan Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Riduan Mohd Nor ketika sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas yang berlangsung di Dewan Choon Moi, sebentar tadi.

Sebelum itu, suasana Muktamar Pemuda Pas kecoh berikutan tindakan seorang perwakilan menuntut keputusan siasatan pemilihan muktamar tahun lalu.

Susulan kekecohan itu, Kamal cuba menenangkan perwakilan dengan berjanji akan membawa laporan tersebut kepada pihak terbabit malam ini juga.

Bagaimanapun ketika menenangkan perwakilan, Kamal kelihatan sebak sehingga menitiskan air mata.

"Jika keputusan pemilihan diputuskan tidak sah oleh pendaftar pertubuhan (ROS), kita boleh buat muktamar pemilihan semula.

"Saya akan bawa malam ini juga untuk disiasat. Saya nak ingatkan semua, yakinlah dengan pimpinan yang telah dilantik terutama Majlis Ulama Syura," katanya.

Muktamar Pemuda PAS kecoh kerana pemilihan tahun lepas dikatakan tidak sah



Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Kamal Ashaari dibawa ke hospital kerana sesak nafas semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, malam ini yang bertukar kecoh ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014. 
Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Kamal Ashaari dibawa ke hospital kerana sesak nafas semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, malam ini yang bertukar kecoh ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.

 Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian
Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.
Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap. "Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.
Perwakilan pemuda PAS Shah Alam bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui The Malaysian Insider.
"Tiada komen, kita sedang bermesyuarat," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.
Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.
"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.

Walaupun nafi hak rakyat Kelantan, Najib sedia pertimbang kaji royalti minyak Sarawak....

Seri Najib Razak hari ini menyatakan kesediaan kerajaan persekutuan mempertimbangkan permintaan kerajaan negeri Sarawak untuk menambahkan pendapatan hasil minyak di negeri itu.
Perdana menteri berkata, kerajaan persekutuan bersikap terbuka walaupun kerajaan negeri Kelantan kini masih bergelut bagi menuntut royalti sama di negeri serambi Mekah itu.
“Saya dengar banyak yang sebut nak tambah pendapatan daripada hasil minyak yang terdapat di negeri Sarawak. Kita bersikap terbuka. Kerajaan pusat bersedia menimbangkan apa yang patut untuk memberi pendapatan yang lebih kepada negeri Sarawak dan Sabah.

“Perkara ini kita boleh rundingkan. Tak susah. Kerana apa? Kerana kita dalam satu keluarga bersama-sama dalam senang dan susah,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Malaysia di Miri, Sarawak.  Bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) yang tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan.
Katanya, tindakan kerajaan persekutuan itu jelas satu perbuatan khianat, jahat dan merupakan dosa kepada rakyat di negeri itu.
"Kenapa tak beri (wang royalti)? (Ini perbuatan) khianat. Jahat. Tak selamat. Berdosa dunia akhirat. Saya tak izin satu sen pun. Saya tak izin sebagai ketua kerajaan. Saya tak izin,” katanya.
Najib berkata sebagai perdana menteri sewajarnya beliau mendengar pelbagai keluh-kesah rakyat termasuk mereka yang berada di Sabah dan Sarawak.

Tiada kenaikan melampau harga barang dengan GST mitos k’jaan

KUALA LUMPUR 16 SEPT: Jaminan Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini menegaskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kenaikan melampau harga barang bakal menjadi satu mitos moden.
Ini berikutan kegagalan kerajaan mengumumkan kepada rakyat pelepasan cukai GST terhadap petrol dan diesel.
Pengarah Propaganda Solidari Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan menegaskan, harga komoditi petrol dan diesel akan naik hampir
15 sen seliter apabila ia dikenakan cukai GST kelak.
Peningkatan harga bahan api itu bakal menjadi satu ‘chain reactionyang mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan lain.
“Rakyat adalah mangsa kerana bukan sahaja tidak bersedia, malah tidak mengetahui bahawa perbelanjaan mereka akan berganda khususnya selepas April 2015 nanti,” katanya dalam kenyataan.
Bagi meminimakan beban yang terpaksa ditanggung rakyat selepas pelaksanaan GST, Edy Noor menggesa kerajaan mengumumkan segera senarai 85 barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai sebelum pembentangan Bajet 2015.
Jelasnya, senarai tersebut harus menjadi pengetahuan dan perbincangan umum sebelum ia digazetkan.
“Ramai rakyat yang tidak tahu mengenai perkara ini, kerajaan wajar umum semua perkara GST,” tegas beliau.

Sallehuddin pertahan Mat Sabu

Post Pic
KOTA TINGGI: Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayob mempertahankan timbalan presiden parti Mohamad Sabu sebagai memberi teguran membina terhadap pemimpin ulama parti itu jika PAS ingin terus relevan kepada rakyat Malaysia. 
 
"Saya telah membaca temubual Mat Sabu bersama Malaysiakini. Beliau menyatakan tentang kewibawaan ulama yang mesti melihat mengenai faktor-faktor di sekeliling sekiranya PAS mahu maju ke hadapan," kata beliau. 
 
"Beliau (Mat Sabu) mahu ulama terus relevan dan tak boleh menafikan perkembangan semasa yang berlaku. Malah kepimpinan ulama harus terus mengambil nilai-nilai tambah yang perlu untuk memastikan keberkesanan kepimpinan ulama pada masa akan datang," kata Sallehuddin kepada pemberita.
 
Dalam temubual itu Mat Sabu berkata PAS tidak harus terlalu mencanang 'imej keislaman' secara melampau kerana dibimbangi tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.
 
Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menggesa parti itu kembali memperjuangkan keadilan sosial sebagai terus utama.
 
Dalam pada itu Sallehudin juga menyambut baik teguran Pemuda PAS bahawa parti itu tidak ada mekanisma berkesan untuk menangani krisis dalaman. 
 
"Pada saya itu teguran yang membina daripada Pemuda. Mereka harus berani memberikan teguran mereka kepada pucuk pimpinan.

Hilang kawan, merugikan kita - Mat Sabu

KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan Pemuda PAS Malaysia agar mengeratkan persahabatan di dalam Pakatan Rakyat dalam mewujudkan suasana politik yang baharu pada masa akan datang.

Beliau yang berucap pada perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Dewan Choon Moi mengatakan bahawa kegagalan dalam mengawal hubungan persahabatan ini akan mengakibatkan impian untuk politik baru akan lenyap begitu sahaja.

"Kritiklah kami, tegurlah kami tetapi jangan sampai merugikan perjuangan politik yang kita ada.

"Kita sekarang berada dalam Pakatan Rakyat untuk menwujudkan suasana politik yang harmoni, kalau kita gagal, maka apa yang kita capai akan lenyap begitu sahaja.

"Jangan kita rugikan apa yang kita buat selama ini, apabila kita hilang kawan undi kita akan merosot dan apabila kita ada kawan undi kita meningkat, ini yang kita perlu ingat serta perhatikan," ucap beliau di hadapan kira-kira 700 orang perwakilan pemuda.

Mohamad yang turut mengingatkan bahawa Umno cukup bimbang dengan kekuatan PAS, PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, mereka hanya ingin meleraikan persahabatan ini dan bukan bersimpati dengan PAS.

Saya tak tuju kepada ulama dalam Pas - Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas menafikan kebimbangannya mengenai akan muncul Kamal Attaturk Kedua sekiranya ulama tidak dikawal merujuk kepada golongan ulama di dalam partinya.
"Ia tidak ada kena mengena..Walaupun keadaan itu masih jauh tapi kita kena ingatkan semua," ujarnya Mohamad Sabu yang lebih dikenali Mat Sabu ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas Kali Ke-55 di Kota Tinggi, Johor petang tadi.
Mohamad SabuBeliau sebelum itu berkata sekiranya ulama tidak dinaik taraf dan mengikuti perkembangan sehingga menjadi zaman akhir pemerintahan Islam di Turki sehingga golongan itu 'tergoda' dengan kekayaan.
Akibatnya, rakyat Turki marah dan Kamal Atturk menghapuskannya pemerintahan Islam.
"Di Turki..kesan pembersihan nilai Islam Kamal Attaturk makan masa 100 tahun..bayangkan.
"Di Malaysia masih jauh lagi tapi kita kena ingatkan," katanya.
Terdahulu, Mat Sabu dalam ucapannya merasa malu dengan DAP yang dianggap chauvinis dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tetapi berjaya menarik minat orang muda Melayu menyertainya.
"Macam ada orang wanita muda menyertai PSM tetapi dia siap pakai niqab..bukan sahaja bertudung tapi pakai niqab..malu kita," katanya.
Beliau dalam ucapannya juga yakin kemelut politik di Selangor akan selesai kerana berpendapat Sultan Selangor juga mahu perkara itu diselesaikan segera.
"Selepas selesai..kita mesti bertaut kuat semula dengan PR dan jangan peduli kalau UMNO kenyit mata, hulur tangan ke..kalau hulur kita tampar," selorohnya.
Menyentuh hubungan dengan PR, beliau yakin Pas akan berjaya jika berjuang bersama 'rakan' seperjuangan berdasarkan sejarah lalu.

Mereka keluar solat bukan protes saya - Mat Sabu

Mereka keluar solat bukan protes saya - Mat SabuKOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tindakan sekumpulan Pemuda PAS meninggalkan dewan ketika beliau memulakan ucapan sebagai tanda protes.

Sebaliknya Mohamad berkata kumpulan tersebut meninggalkan dewan kerana mahu menunaikan solat asar.

"Kita mula dah lewat, masa saya nak berucap itu dah masuk waktu asar, jadi ada yang keluar untuk solat.

"Perkara macam itu saya tak anggap ia protes," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia di dewan Chon Moi, di sini, hari ini.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat sependapat dengan Mohamad dan menganggap ia bukan satu protes.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan sekumpulan 50 orang anggota Pemuda PAS Malaysia yang didakwa sebagai 'Pro Hadi' (kumpulan penyokong Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang) meninggalkan dewan muktamar sebaik saja Mohamad memulakan ucapan.

Kumpulan 50 orang penyokong Hadi itu dikatakan memakai vest yang bertulis "Kami menyokong Presiden dan Ulama".

Muktamar PAS
Salah seorang ahli PAS yang memakai vest yang bertulis "Kami menyokong Presiden dan Ulama"

Astro AWANI mendapati sebahagian dari mereka masuk kembali ke dalam dewan selepas menunaikan solat asar.

Selamat Hari Malaysia ke 51. Selamat ke?

Kecoh: Peserta #JalanjalanHasut dihalau polis

Himpunan di KLCC, KL Sentral bantah akta hasutan

Mat Sabu denies Pro-Hadi group walk out


MB S'gor: KP PAS minta selesai cara baik

Pasma tak keruhkan hubungan

PHAHROLRAZI 
ALOR SETAR - “Saya tak pernah terima teguran dari pemimpin Pas pusat berhubung kecelaruan yang timbul hingga wujud persepsi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) bakal menggantikan Pas dalam PR,” tegas Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.
          
Bagaimanapun, katanya, pada awal penubuhan Pasma tercetus sedikit kontroversi, namun percaya kekeliruan itu kini sudah jelas terutama selepas Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan tidak melarang ahli parti itu menyertai Pasma.
          
“Kami tidak ada cadangan untuk ubah status Pasma kepada parti politik, Pasma kekal bergerak atas platform NGO,” katanya, selepas majlis Dialog Bersama Pasma: Pas Keluar Pakatan, Mimpi Jadi Realiti?, hari ini.
          
Mengulas mengenai tajuk forum yang seringkali dianggap ‘panas’dan menyentuh isu sensitif dalam pakatan pembangkang, Phahrolrazi berkata, tajuk forum dipilih berkisar kepada keadaan politik semasa dan perkembangan terkini dalam PR.
          

Pemuda Pas sedih Majlis Syura Ulama diperlekeh

KOTA TINGGI – Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat melahirkan rasa sedih atas tindakan sesetengah pihak yang memperlekeh Majlis Syura Ulama termasuk ahli parti itu sendiri.

“Agenda memperkasa parti adalah satu kemestian pada waktu ini. Pas Pusat dilihat semacam tiada plan tindakan dalam mengurus konflik yang berlaku dalam parti. Perbezaan pendapat dalam Pas tidak diruskan dengan baik sehingga menjadi krisis yang parah.

“Pemuda Pas sangat sedih apabila Majlis Syura Ulama diperlekeh dan dipertikai oleh sesetengah ahli dan pihak luar,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-55, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan krisis yang melanda parti rakannya, PKR tempiasnya turut dirasai parti itu.

“Isi kandungan mesyuarat boleh dicapai oleh media luar parti dengan begitu cepat. Perbincangan dalaman boleh sampai ke media pihak lawan. Media baru yang sepatutnya menjadi alat untuk berdakwah sudah menjadi alat untuk menembak kaki sendiri.

“Lebih malang lagi apabila masalah rumah tangga jiran, tiba-tiba rumah tangga kita pula yang berantakan. Masyarakat umum menggeleng kepala melihat betapa lemahnya kita mengurus krisis sehingga luka kecil akhirnya bernanah,” katanya.

Pasma dapat 'lampu hijau' dari Pas

Phahrolrazi ketika sesi penerangan Pasma. 
ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sudah diiktiraf sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) politik apabila Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak melarang ahli parti menyertainya.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kenyataan Tuan Ibrahim itu memberi kelegaan kepadanya kerana sebelum ini timbul dakwaan ahli Pas dilarang menyertai Pasma.

“Selepas kenyataan itu dibuat, saya mula mendapat maklum balas positif daripada penyokong PR, terutama ahli Pas.

"Saya percaya sekarang objektif penubuhan Pasma sudah difahami ramai pihak,” katanya selepas majlis Dialog Bersama Pasma: Pas Keluar Pakatan, Mimpi Jadi Realiti? hari ini.

Selain Phahrolrazi, ahli panel ialah bekas Adun Santan, Perlis, Zokharnain Abidin.

Pada 8 September lalu, Tuan Ibrahim dilaporkan menyebut bahawa ahli Pas tidak dilarang menyertai mana-mana NGO kerana dalam parti itu pun terdapat pelbagai NGO. Larangan hanya berkuat kuasa apabila NGO itu bertukar menjadi sebuah parti politik.

Mat Sabu: Kebijaksanaan sultan percepat akhiri kemelut politik Selangor

KOTA TINGGI 16 SEPT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin kemelut politik yang melanda Selangor selesai dalam tempoh terdekat melalui kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Berucap pada Muktamar Pemuda PAS ke-55 bertema Memperkukuh Muafakat, beliau yakin Sultan Selangor tentunya tidak mahu melihat negerinya tidak tenang akibat kemelut berkenaan.
“Saya yakin Sultan Selangor mahu negerinya tenang, rakyatnya hidup tenang dan menikmati pelbagai pembangunan yang seimbang,” katanya ketika merasmikan muktamar dua hari bermula 16 September di Dewan Chon Moi di sini, hari ini.
Mohamad Sabu berkata, PAS memainkan peranan penting dalam kemajuan negeri itu khususnya dalam memakmurkan masjid dan kebajikan rakyat termasuk zakat yang turut dilakukan di Pulau Pinang dan Kelantan.
Sambil meminta semua pimpinan bergabung tenaga semula sesegera mungkin sebaik sahaja kemelut itu berakhir, beliau mengingatkan perwakilan PAS betapa musuh sebenar rakyat ialah Umno BN.
“Saya harap, apabila kemelut ini selesai. Dan saya percaya ia akan berlaku dalam tempoh terdekat hasil kebijaksanaan Sultan Selangor, kita kembali bersatu padu melawan Umno,” katanya.
Mengingatkan perwakilan mengenai kezaliman Umno dalam Tragedi Memali, beliau meminta perwakilan tidak terpedaya dengan umpan janji manis Umno yang kelihatan berlembut kepada PAS kebelakangan ini.
“Jadi, kalau Umno berani-berani hulur tangan, kita tampar tangan itu,” katanya diiringi laungan takbir.

Mohamed Sabu dakwa tiada siapa pertikai kedudukan Majlis Syura dalam PAS


Post Pic

KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu hari ini menyifatkan sebarang teguran dari dalam parti terhadap Majlis Syura adalah demi kebaikan badan itu sendiri.
 
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata teguran itu tidak boleh ditafsirkan sebagai mempertikaikan kedudukan dan bidang kuasa Majlis Syura  dalam PAS.
  
"Hari ini tiada siapa yang pertikai Majlis Syura dan Ulama. Jika ada pun ia hanyalah proses semak dan imbang Supaya ianya terus dihormati dan terus memandu parti Islam SeMalaysia," Ujar Mohamed Sabu ketika berucap pada perasmian Muktamar Pemuda PAS di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi, Johor.
 
Ucapan Mat Sabu pada majlis itu tercemar apabila sebilangan perwakilan keluar daripada dewan sebagai bantahan terhadap beberapa tindakan timbalan presiden itu.
 
Mat Sabu sebelum ini menyanggah tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencalonkan ADUN PAS untuk jawatan Menteri Besar Selangor, malah berkata parti itu akur bahawa kerusi itu hanya untuk calon PKR.
 
Mat Sabu dan pemimpin tertentu dalam Jawatankuasa PAS Pusat juga menjarakkan diri daripada keputusan Hadi dan Majlis Syura menolak tindakan tindakan PKR menamakan presidennya Datuk Seri Dr Wn Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar itu.
 

PRK N.01: Isu royalti minyak BN yang mulakan – Takiyuddin

"Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mainkan isu royalti minyak ketika berkempen di Pengkalan Kubor dan kami dari Pas menjawab kerana seolah-olah dicabar.”
 
Itu tegas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan ketika menjawab soalan MalaysiaGazette berhubung isu royalti minyak di Kelantan.
 
Jelasnya, isu tersebut masih lagi dalam kes mahkamah dan tidak sepatutnya ada mana-mana pihak membangkitkannya, malah ia tidak boleh disebut secara spesifik.
 
"Kami memang tidak membangkit isu tersebut kerana menghormati sistem perundangan negara tetapi apabila pihak BN yang lebih-lebih memainkannya, mereka seperti mencabar kami.
 
"Jadi kami hanya menjawab balik tuduhan yang dilemparkan kepada Pas dalam siri ceramah kempen pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor tetapi masih lagi bertapis kerana tidak mahu mengganggu proses mahkamah," ujarnya ketika ditemui di Markas Besar Pas Pengkalan Kubor pagi tadi.
 

Dua Presiden Bernasib Sama

Presiden UMNO, Najib Razak dan Presiden Pas, Haji Hadi Awang sedang meniti detik-detik yang mencemaskan ketika ini. Kedua-duanya ingin diundurkan kerana dianggap tidak relevan lagi meneruskan perjuangan masa depan. Jika sikap liberal dan toleransi Najib seperti dalam isu ISA, Ordinan Darurat dan Akta Hasutan menjadi antara punca penolakannya, sikap tiada pendirian Haji Hadi pula menjadi asas kepimpinannya tidak lagi diperlukan.

Najib Razak yang kini kian terbelenggu dengan isu Akta Hasutan yang membuatnya terperangkap antara menunaikan janji dengan rakyat dengan kehendak majoriti dalam UMNO yang mahu akta itu dikekalkan, sedang diasak oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya terhadap Najib dan berjanji akan terus memberikan teguran biar pun akhirnya tinggal keseorangan, Mahathir terlihat benar-benar mengotakan kata-katanya.

Beliau kini semakin agresif menyuarakan pandangan, lebih kerap muncul di tempat awam dan mulai rajin menemui pihak-pihak tertentu seperti NGO dan seumpamanya.

Biarpun dalam setiap tegurannya, Mahathir menafikan ianya berupa tindakan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan, tetapi sasaran ke arah itu nampaknya semakin jelas kelihatan. Selain semakin kerap menyebut perkataan perletakan jawatan Najib, Mahathir sudah mulai terbuka menyatakan kebimbangannya mengenai kemungkinan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang jika Najib terus kekal di singgahsana Seri Perdana.

Dalam pertemuan dengan sekumpulan NGO semalam, Mahathir dikhabarkan memberitahu secara terus-terang mengenai kemungkinan BN akan kalah jika parti dan kerajaan terus dipimpin oleh Najib yang dililiti dengan pelbagai kelemahan, kesilapan, isu serta masalah yang kian berlarutan.

Jangan sampai tubuh parti Islam lain kalau berbeza pandangan, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu melarang mana-mana ahli PAS menubuhkan sebuah lagi parti berteraskan Islam sekalipun mereka berbeza pandangan. Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam sesebuah pertubuhan. "Jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam kalau beza pandangan."Bukan kita tolak, nak tubuh NGO tidak mengapa, bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR)," katanya, ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor hari ini. Mat Sabu berkata, parti Islam seharusnya dijaga dan dipelihara memandangkan rakyat Malaysia tidak lagi hanya memandang kepada parti, tetapi juga pemimpin di dalam parti itu. "Kita berbeza pendapat dalam keluarga, dan untuk menghadapi Umno kita tidak akan sesekali. "Jangan cuba kenyit mata-mata, jangan cuba hulur tangan kepada kami, kami akan tampar tangan kamu itu," kata Mat Sabu. "Kritiklah, tegurlah, tapi jangan sampai rugikan saf dan PAS, PR untuk merubah bumi Malaysia ini," katanya.

'Bury Umno by not sidelining Malays'

Hanya kerajaan lemah guna Akta Hasutan tekan rakyat - Safwan Anang

Pelancaran Gerakan Mansuh Akta Hasutan-A Samad Said

Pelancaran Gerakan Mansuh Akta Hasutan - Lim Kit Siang

Pelancaran Gerakan Mansuh Akta Hasutan - Saifuddin Abdullah

Pelancaran Gerakan Mansuh Akta Hasutan - Prof Dr Azmi Sharom

PAS WP pula larang ahlinya sertai PasMA

PAS Youth chief warns Kelantan may fall

Rara kecewa dengan fitnah Ketua Umno Cheras

Syed Ali harus melihat dan peka terhadap kehendak anak muda zaman sekarang.

raraPETALING JAYA: Ahli DAP, Young Syefura Othman kesal dengan fitnah yang dilontarkan oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee terhadap dirinya.
Syefura merujuk kepada kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee di dalam portal Free Malaysia Today bertarikh 15 Sept 2014 (semalam).
“Saya Young Syefura Othman merasa sangat kecewa dengan kenyataan dan fitnah tersebut dan seolah-olah saya kurang didikan dari Ibu dan bapa saya.
“Saya menghormati Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sebagai orang lama tetapi beliau harus melihat dan peka terhadap kehendak anak muda zaman sekarang di mana Akta Hasutan 1948 harus dimansuhkan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada wartawan FMT.
Jelasnya lagi, beliau memandang serius fitnah yang dilemparkan kepada dirinya, kononya beliau dipergunakan oleh parti DAP sewaktu penyerahan borang keahlian dan kononnya beliau berikrar mahu menghapuskan status Melayu bumiputera.
“Saya ingin bertanya pada Syed Ali, adakah beliau berada di sisi saya sewaktu penyerahan keahlian DAP tempoh hari?” soalnya.
Syefura turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang atau apa-apa ikrar sewaktu penyerahan borang keahlian kepada DAP dan beliau tiada sebarang kepentingan dalam parti DAP.
“Saya menghormati kedudukan istimewa Melayu seperti yang tercatat dalam Perlembagaan,” ujarnya yang juga merupakan Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Katanya lagi, fitnah Syed Ali itu juga menyebabkan golongan muda khususnya memandang rendah terhadap dirinya kerana kononnya mahu menghapuskan status Melayu Bumiputera dan memandai-mandai tidak menghormati Perlembagaan.
“Saya berharap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan fitnah,” ujarnya.

Pemuda PAS ikrar pertahankan Kelantan

KOTA TINGGI: Pemuda PAS Malaysia hari berikrar untuk bersama-sama Pemuda PAS Kelantan mempertahankan kemenangan PAS di Kelantan pada Plihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang berucap pada Muktamar Pemuda PAs Malaysia kali Ke-55 di Dewan Choon Moi hari ini memberitahu keputusan ini diambil setelah melihat kekalahan perit PAS di Kedah pada pilihan raya yang lalu.

"Hasil post-mortem di Kedah adalah disebabkan masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik, akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah.

"Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej yang tidak baik kepada PAS di Kedah malah ia melibatkan di seluruh negara," ucap beliau pada ucapan dasar.

Menurut beliau, impak kemerosotan turut diterima di Kelantan apabila PAS hanya memperoleh sokongan rakyat Kelantan di bawah 50 peratus pada PRU13.

"Kemenangan PAS hanya dibantu oleh sokongan daripada anak Kelantan di perantauan yang balik mengundi, ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuas hati dengan pretasi kepimpinan kita.

Membaca 'kesunyian' perasmian muktamar pemuda

MUKTAMAR Pemuda PAS Malaysia berlangsung di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi bermula hari ini dengan perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ucapan dasar Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat bertemakan ' Memperkukuh Muafakat' bermula agak sejuk.

Dalam suasana 'politik yang panas' hari ini berikutan isu krisis pelantikan Menteri Besar Selangor, ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Pemuda seolah-olah disambut sepi oleh perwakilan, termasuk kurangnya sahutan laungan takbir ketika bekas Ketua Pemuda PAS Johor ini meninggikan nada pada beberapa 'point' penting dalam ucapannya.

Sepintas lalu ucapan dasar ketua pemuda pada muktamar kali ini bagaikan 'bercakap depan mayat' yang tiada lagi gerak gentanya. Sekian lama muktamar dihiasi dengan laungan takbir dan laungan sorak apabila beberapa point penting ditekankan ketua-ketua pemuda, namun kali ini bagaikan sepi tak bersahut.

Muktamirin bagai memerhati sahaja tingkah ketua pemuda yang 'bersemangat' membuka silat pencak bagi membungkam sepi muktamirin, hatta ketika Suhaizan bercakap mengenai jihad di Palestin dengan mengalukan kehadiran wakil Hamas ke Muktamar Pemuda PAS ke-55 ini.

Entah ke mana wajah-wajah segar para perwakilan yang sebelum ini cukup agresif dalam menatari setiap bait kata ucapan dasar ketua pemuda, kali ini bagai bermain dalam halusinasi yang tidak berkesudahan.

Mungkin leteran luar daripada pengkritik yang mendakwa bahawa bibit perpecahan semakin ketara di dalam saf kini menjadi satu lagi bayangan keabsahan yang tidak boleh tertolak.

MARI KENALI PARTI 'MUNAFIK' YANG SUKA MENABUR JANJI TAPI SELALU MUNGKIR JANJI...


Perwakilan Pemuda keluar dewan sebagai tanda protes kepada Mat Sabu

Post Pic
KOTA TINGGI: Protes terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu jelas diperlihatkan oleh perwakilan Pemuda, apabila sebahagian besar daripada mereka bangkit keluar meninggalkan dewan seawal pemimpin berkenaan memulakan ucapan perasmian sayap tersebut, petang tadi.
 
Ia dipercayai berpunca daripada kenyataan dan gesaan Mat Sabu berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor, yang menyaksikan pertembungan pandangan antara beliau dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
 
Mereka dilihat hanya berdiri di luar dewan, sehingga Mat Sabu selesai menyampaikan ucapan perasmian. 
 
Umum mengetahui bahawa krisis yang berlaku di Selangor telah membibitkan perpecahan parti Islam tersebut, apabila terdapat percanggahan pendapat antara golongan pro-ulama dan anti-ulama.
 
Golongan anti-ulama menyertai PKR dan DAP berhubung pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Malah golongan tersebut turut membidas Hadi berikutan tindakan pemimpin tersebut yang bertindak mencalonkan beberapa nama untuk jawatan tersebut, termasuk daripada PAS sendiri, sekaligus melanggar konsensus yang dicapai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu.   
 
Manakala golongan pro-ulama mendokong pandangan dan tindakan Hadi serta Majlis Syura Ulama PAS, yang bertindak menolak Azizah adalah disebabkan ketidakupayaan isteri Ketua Pembangkang berkenaan, khususnya dalam menggalas tanggungjawab berat sebagai peneraju negeri termaju di Malaysia itu. 
 
Salah seorang perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Zakaria Ismail ketika ditemui Antarapos berkata, meskipun perbezaan pendapat adalah perkara biasa di dalam parti, namun beliau meluahkan rasa kurang senangnya terhadap Mat Sabu yang dilihat ingkar terhadap pendirian Hadi dan Majlis Syura Ulama.

Muktamar Pemuda: 'Vest' sokongan terbuka pada Hadi curi tumpuan media, perwakilan

Post Pic
KOTA TINGGI: Tiga perwakilan bahagian Rasah mencuri tumpuan media apabila memakai 'vest' yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama pada sidang pembukaan Muktamar Pemuda PAS, petang ini.
 
Vest yang bercetak 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak' bukan hanya menyorot mata media malah turut mencuit pandangan perwakilan yang hadir.
 
Sokongan seumpama itu dijangka akan menjadi antara usul utama dikalangan hampir 200 perwakilan seluruh negara.
 
Bertemakan "Memperkukuh Muafakat", muktamar kali ini dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
 
Antara topik lain yang dijangka hangat dibahaskan adalah pergeseran pendapat golongan profesional dengan ulama berhubung krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan Jawatankuasa PAS Pusat, yang rata-ratanya dikuasai oleh golongan profesional.
 

Pemuda PAS tegur kegagalan parti urus krisis dalam parti

Pemuda PAS tegur kegagalan parti urus krisis dalam partiKOTA TINGGI: Pemuda PAS menegur kepimpinan parti itu yang  dilihat gagal menguruskan konflik dalaman hingga menyebabkan Majlis Syura Ulama yang merupakan institusi tertinggi parti itu diperlekeh oleh ahlinya sendiri.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata perkara tersebut menjadi lebih apabila kegagalan pengurusan krisis itu turut membabitkan kepimpinan PAS yang dilihat tidak beradab dan berdisiplin dalam menghadapi krisis.

Suhaizan berkata pimpinan tertinggi parti itu perlu segera memantapkan aspek pengurusan krisis agar masalah yang timbul tidak dimanipulasi oleh parti lawan.

"PAS Pusat dilihat semacam tiada plan tindakan dalam mengurus konflik yang berlaku dalam parti. Perbezaan pendapat dalam PAS tidak diruskan dengan baik sehingga menjadi krisis yang parah.

"Pemuda PAS sangat sedih apabila Majlis Syura Ulama diperlekeh dan dipertikai oleh sesetengah ahli dan pihak luar. Masyarakat umum menggeleng kepala melihat betapa lemahnya kita mengurus krisis sehingga luka kecil akhirnya bernanah," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi di sini, hari ini.

Suhaizan juga menyeru supaya PAS kembali memantapkan Lembaga Disiplinnya dalam usaha mengurus krisis dalaman parti.

Katanya, Lembaga Disiplin PAS kini dilihat terlalu lesu dan perlu diperteguhkan segera.

"Isi kandungan mesyuarat boleh dicapai oleh media luar parti dengan begitu cepat. Perbincangan dalaman boleh sampai ke media pihak lawan.

PAS Kelantan jangan bergantung kepada Nik Aziz - Suhaizan

KOTA TINGGI: PAS Kelantan tidak boleh lagi terlalu berharap kepada ketokohan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus kekal memerintah negeri tersebut, kata Ketua Pemuda PAS Malaysia,  Suhaizan Kaiat.

Suhaizan berkata faktor ketokohan bekas Menteri Besar Kelantan tidak boleh terus dijadikan modal politik PAS untuk meraih sokongan rakyat.

"Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) maka mereka mengundi PAS. Bagi sesetengah pengundi, pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri.

"Kini Tok Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihan Raya Umum tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi di sini, hari ini.

Pentadbiran PAS Kelantan kini diterajui oleh Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Yaakob.

Suhaizan juga memberi amaran, kerajaan PAS Kelantan bakal runtuh sekiranya parti itu gagal meningkatkan prestasi pentadbirannya serta menguruskan masalah dalaman dengan baik.

Tegas beliau, tidak mustahil pentadbiran PAS Kelantan bakal berhadapan dengan nasib yang sama ketika parti itu mentadbir Kedah dan Terengganu.

Katanya pengundi dan penyokong PAS boleh menolak parti itu pada bila-bila masa sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan prestasi terkini PAS Kelantan.

"Kemenangan PAS dibantu oleh sokongan daripada anak Kelantan di perantauan yang balik mengundi. Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita.

MB Selangor: 'Wake up call' untuk PR - Pemuda PAS

KOTA TINGGI - Pemuda Pas menyifatkan keputusan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCedel) yang menunjukkan penurunan sokongan kepada 35 peratus (%) daripada 50 % yang di rekodkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai ‘wake up call’ untuk parti-parti dalam PR.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu tidak boleh dipandang mudah dan pimpinan tertinggi PR perlu mengambil tindakan segera bagi mengukuhkan kembali hubungan antara parti dalam PR.

“Kesan buruk akibat dari krisis ini (krisis Selangor) jangan dipandang enteng. Kaji selidik yang dijalankan pada bulan Mei lalu oleh UMCedel menunjukkan bahawa sokongan kepada PR merudum ke paras 35% berbanding dengan tahap sokongan sebanyak 50% yang direkodkan semasa kajiselidik yang sama dibuat sebelum PRU lepas.

“Justeru Pemuda Pas menyeru kepimpinan tertinggi PR supaya mengambil berat perkara ini dan mengambil langkah segera bagi memperkukukan kembali hubungan antara parti-parti dalam PR.

“Dapatan kajiselidik oleh UMCedel itu harus dijadikan ‘wake-up call’ untuk kita memperbaiki organisasi dan kembali merapatkan saf.Jangan menunggu sehingga hasil kajian itu diterjemahkan dalam bentuk penolakan kepada kita dalam PRU14,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-55, di sini, hari ini.

Ucapan penuh Ketua Pemuda PAS Malaysia

MEMPERKUKUH MUAFAKAT

ASSALAMU’ALAYKUM WA-RAHMATULLAHI WA-BARAKATUH

Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Tetap;
Yang Dihormati Timbalan Presiden PAS selaku Perasmi Muktamar Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-55;
Yang Dikasihi Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia,
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia,
Setiausaha Pemuda  PAS Malaysia merangkap Pengarah Panitia Muktamar Pemuda PAS Malaysia,
Ahli Jawatankuasa Harian Pemuda PAS Malaysia,
Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Malaysia,
Ketua-Ketua Pemuda PAS Negeri, Kawasan serta Ahli Jawatankuasa;
Pimpinan dan rakan-rakan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS,
Pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat,
Pimpinan dan rakan-rakan dari NGO, dif-dif kehormat;
Perwakilan dan Pemerhati, yang dikasihi sekalian.

Saya ucapkan selamat datang ke negeri Johor Darul Takzim dan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan, pemerhati dan tetamu yang menghadiri Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-55. Selaku anak jati Johor, saya sangat bersyukur dan gembira kerana inilah kali pertama dalam sejarah, kita mengadakan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia di negeri Johor dan saya yakin Insya-Allah muktamar ini akan menyumbang kepada pencapaian politik dan dakwah yang lebih cemerlang kepada PAS Johor khususnya dan PAS Pusat secara amnya.

Saya mengajak semua para perwakilan supaya memanfaatkan muktamar ini sebagai wadah untuk kita berbahas mencari idea bernas sambil bermuhasabah untuk melihat kekuatan dan kelemahan yang perlu dibaiki agar gerakan kita lebih berkesan dan produktif berbanding masa yang lalu. Marilah kita mengingatkan diri masing-masing dengan sabda Rasulullah SAW:
من استوى يوماه فهو مغبون
Barang siapa yang hari ini (amalannya) sama seperti semalam, ia adalah orang yang rugi. (riwayat al Dailami)

A. TEMA MUKTAMAR
Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ini mengangkat tema Memperkukuh Muafakat sesuai dengan realiti mutakhir yang dihadapi oleh PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Tema ini juga bersesuaian dengan tuntutan permuafakatan yang jujur dan ampuh dalam mengurus kepercayaan rakyat yang diberikan kepada PAS dan PR. Dengan izin Allah SWT, rakyat Malaysia berani keluar daripada belenggu yang sekian lama menghantui pemikiran sehingga menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah Pilihanraya Umum, Umno-BN hilang undi popular di peringkat nasional. Muafakat menuntut persefahaman, kejujuran dan komitmen untuk merealisasikan cita-cita bersama. Rakyat mendambakan sistem dua parti (two party system) yang menjadi mekanisme terbaik untuk melaksanakana proses semak dan imbang yang membawa maslahah kepada rakyat.

Pada masa yang sama permuafakatan dalaman parti juga wajib setiasa disegar dan diperteguh untuk mendepani cabaran mendatang. Posisi PAS sebagai parti arus perdana politik pada hari ini menuntut setiap pendokong parti khususnya di kalangan Pemuda  PAS menginsafi bahawa kita sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat dan kita mesti menzahirkan saf yang kukuh dan tindakan yang matang dan bijaksana. Muafakat bukan bermakna kita menolak kepelbagaian pandangan dan citarasa, tetapi perbezaan ini diuruskan dengan bijaksana dan mendukung adab al ikhtilaf supaya kita tidak tersasar daripada matlamat besar di hadapan.  

Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
 
Marilah kita menghayati Firman Allah SWT: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Anfal: 46).

Ayat yang saya petik ini merakamkan arahan Ilahi supaya kita mentaati Allah dan Rasul-Nya di mana inilah asas wahdah, kesatuan ummah yang terdiri daripada latarbekang keturunan dan daerah yang rencam. Keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya memberikan kita keyakinan dalam setiap tindak tanduk kita termasuk dalam medan siasah kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi golongan yang beriman secara mutlak kepada Allah dan Rasul-Nya. Keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya memberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran dan rintangan kerana motivasi kita bukanlah semata-mata meraih darjat dan pangkat, tetapi menyebar rahmat kepada seisi alam seperti yang dituntut oleh Allah SWT.

Allah SWT juga memberi amaran bahawa pertelingkahan yang tidak berkesudahan adalah penyebab kepada yang kuat menjadi lemah, berpecah dan akhirnya menjadi sejarah. Inilah sunnatullah yang akan berlaku kepada mana-mana kumpulan sekiranya pertempuran dalaman dibiarkan, maka seluruh kumpulan tersebut akan hancur akhirnya. Umpama peribahasa Melayu, “api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Jangan bermain dengan api, kelak terbakar diri sendiri”.

B. MUHASABAH AGENDA DPPM

Sidang muktamar yang dikasihi,

Firman Allah SWT:

 “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr: 18)

Sebelum kita melangkah lebih jauh, marilah kita merenung kembali perjalanan penuh ranjau yang telah kita tempuhi selama ini, dengan mengukur kekuatan dan kelemahan kita dalam menjayakan 6 Agenda Pemuda PAS Malaysia yang telah ditetapkan di awal sesi ini.

Agenda 1: Mencetus dan Menjuarai Isu Rakyat secara Konsisten, Sistematik dan Berkesan
Sepanjang 10 bulan lepas, kita telah menyusun dan menggerakkan bantahan rakyat terhadap beberapa isu kritikal yang memberikan kesan buruk kepada sebahagian rakyat. Antara tindakan yang telah digerakkan adalah gerakan ‘Suara Orang Kampung’ yang memperjuangkan nasib warga kampung yang dihimpit kejatuhan harga komoditi padi dan getah, ‘Bantah GST’ yang berjaya menghimpunkan jutaan rakyat membantah rejim cukai baru oleh Barisan Nasional, ‘TURUN’  yang berjaya membangkitkan amarah rakyat terhadap kenaikan harga barang, ‘Pertahan Kampung Chubadak’ bagi mempertahankan hak golongan peneroka bandar yang dizalimi, ‘Projek Auto 21’ untuk mendesak proses pendaftaran pengundi secara automatik dan telus, serta beberapa lagi isu nasional dan setempat yang dijuarai. Kita juga dalam rangka untuk mengangkat isu-isu berkaitan nasib golongan kelainan upaya (OKU) supaya kebajikan dan hak-hak mereka terbela. Di sebalik kejayaan menjuarai isu-isu sebegini, perlu diakui bahawa strategi pengurusan isu dan media oleh Pemuda PAS masih perlu diperbaiki bagi memberi natijah maksima dan penyelesaian terhadap perjuangan yang dibawa.

Agenda 2: Memantapkan Hubungan (Engagement) dengan Komponen Pakatan Rakyat, Gerakan Masyarakat Madani, NGO Islam, Media, Anak Muda dan Organisasi Luar Negara  
Pemuda PAS mengambil pendekatan inklusif dalam membina jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara. Antara tindakan awal adalah mengadakan dialog dengan gerakan masyarakat madani seperti BERSIH 2.0, Gerakan Mansuh ISA (GMI) dan lain-lain. Pelbagai maklum balas yang jujur diterima daripada rakan-rakan kita tersebut. Seterusnya Pemuda PAS mengorak langkah bersama-sama dengan rakan-rakan AMK dan DAPSY untuk memantapkan Pemuda PR. Alhamdulillah sepanjang tahun pertama penggal ini, kerjasama antara sayap pemuda PR adalah baik. Beberapa mesyuarat Pemuda PR dapat dilangsungkan dan beberapa kenyataan bersama menyentuh isu-isu kritikal dapat diperakui oleh pimpinan Pemuda PR.  Pemuda PAS juga berpartisipasi dalam sidang meja bulat anjuran agensi dan jabatan kerajaan berkenaan maslahah nasional seperti perpaduan dan pembikinan dasar belia nasional yang baru. Di peringkat antarabangsa, Pemuda PAS juga menggerakkan usaha menghidupkan AMSEC dalam format baru dan lawatan kerja ke Indonesia telah diadakan dalam menghimpun komitmen teman-teman daripada parti politik dan NGO Islam untuk meluncurkan AMSEC 2.0. Untuk makluman para aktivis Pemuda PAS, sokongan dan maklum balas teman-teman serantau terhadap idea kita untuk mewujudkan platform koordinasi tindakan pemuda Islam serantau sangat menggalakkan. Pemuda PAS juga telah menjalinan hubungan dengan wakil-wakil kedutaan dalam Dialog bersama Kedutaan yang telah diadakan baru-baru ini. Masih terdapat banyak kumpulan anak muda dalam dan luar negara yang belum disantuni oleh Pemuda PAS. Justeru tindakan yang agresif perlu dilaksana untuk melebarkan jaringan tersebut.

Agenda 3: Menggerakkan Agenda Bersepadu untuk Menguasai Sokongan Pengundi Muda Melayu  
Pemuda PAS menginsafi bahawa untuk PAS menjadi dominan di Parlimen dan DUN, usaha menarik sokongan pengundi muda Melayu adalah perkara yang sangat mustahak. Sasaran 60% undi anak muda yang diletakkan oleh Pemuda PAS Malaysia pada PRU13 perlu dipertingkatkan bagi menghadapi PRU14 akan datang. Pada PRU yang lepas, hanya satu kerusi Parlimen PAS mencatatkan sokongan melebihi 70% undi anak muda diikuti sebahagian besar kerusi Parlimen yang dimenangi PAS di Kelantan dan Selangor mencatat sokongan melebihi 60% undi anak muda; dan menariknya setiap kerusi parlimen yang dimenangi PAS mencatatkan sokongan undi anak muda melebihi paras 53%. Ini bermakna, bagi beberapa kerusi yang gagal dimenangi oleh calon PAS, Pemuda PAS perlu mensasarkan penguasaan minima 55% undi anak muda untuk membuahkan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di kerusi tersebut. Selain daripada gerakan memperjuangkan nasib pekebun getah dan pesawah, inisiatif ‘Untukmu Sarawak’ yang diterajui oleh Pemuda PAS Sarawak adalah satu inisiatif yang amat baik. Inisiatif ini adalah langkah strategik untuk mendekati rakyat melalui program pembangunan dan kebajikan yang berimpak tinggi. Insha Allah, program-program di bawah jenama Untukmu Sarawak akan diperhebatkan untuk terus memenangi hati rakyat khusunya Melayu dan Bumiputera menjelang Pilihanraya Negeri yang dijangka seawal-awalnya tahun hadapan.

Pemuda PAS Sabah juga telah mengikut langkah Sarawak dengan melancarkan inisiatif Untukmu Sabah. Satu lagi usaha yang digerakkan oleh Pemuda PAS Malaysia untuk mendekati pengundi muda Melayu adalah penubuhan Jabatan Pembangunan Usahawan yang telah berjaya melancarkan produk sulungnya, IMPAK dan penjenamaan semula Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) sebagai vehicle untuk mendekati anak-anak muda Melayu dengan program berkaitan keusahawanan dan pendidikan. Di samping itu, AMAL dan PASTI terus menjadi duta Pemuda PAS dalam memberi khidmat bakti melalui amal kesukarelaan dan pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, program menyantuni faqir miskin juga dilaksanakan dan kemuncaknya adalah pada bulan Ramadan yang lepas di mana program menyantuni fakir miskin dilaksanakan ketika bersahur dan menjelang berbuka puasa dilaksanakan di hampir semua negeri. Saya yakin Pemuda PAS juga mampu melahirkan tokoh berimej wira marhaen seperti yang diperlihatkan oleh Gabenor Indonesia yang menang PilPres Indonesia baru-baru ini, Joko Widodo atau Jokowi. Kelemahan kepada agenda ini adalah Pemuda PAS belum ada pendekatan bersepadu khususnya dalam pendidikan politik untuk mendekati pengundi Melayu muda. Pada masa yang sama, program-program yang disusun untuk mendakati anak muda Melayu oleh agensi-agensi Pemuda PAS masih belum menyeluruh hingga sampai ke akar umbi masyarakat di seluruh negara. 
 
Agenda 4: Menerokai Pendekatan Dakwah yang Lebih Kreatif dan Berkesan  

Pemuda PAS mahu PP, S'gor giat bela Melayu...

Pemuda PAS mahu kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan contoh terbaik untuk terus membela dan memartabatkan Melayu, bumiputera dan kaum lain yang terpinggir di bawah dasar afirmatif yang dilaksanakan dalam dua kerajaan Pakatan itu.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata perkara itu antara aspek "yang masih kurang menonjol" dan usaha mapan perlu digiatkan khususnya bawah portfolio pembangunan luar bandar dan portfolio belia dan sukan.

"Pemuda PAS berpandangan bahawa dasar afirmatif tetap relevan untuk membantu Melayu, Bumiputera dan bangsa lain yang hidup melarat.

"Kami menyeru supaya Kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan perlaksanaan dasar afirmatif secara mapan dan berkesan yang benar-benar mampu membela nasib Melayu dan bangsa lain yang terpinggir daripada limpahan kekayaan ekonomi.

"Kita tidak mahu ada di kalangan warganegara yang tercicir daripada menikmati limpahan kekayaan negara. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, secara sendiri terkuburlah khurafat yang mengatakan bahawa orang Melayu hanya bermartabat sekiranya berada di bawah Umno," katanya.

Beliau berkata demikian dalam usaha untuk menggerakkan agenda bersepadu untuk menguasai sokongan pengundi muda Melayu ketika menyampaikan ucapan dasarnya bertajuk "Memperkukuh Muafakat" dalam Muktamar Pemuda PAS di Dewan Chon Moi, di Kota Tinggi Johor petang ini.

Kumpulan pro-Hadi keluar dewan ketika Mat Sabu berucap

Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'kami bersama Presiden dan Majlis Syura.'

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen.


Pemuda PAS suara kebimbangan k'jaan K'tan tumbang

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menyuarakan kebimbangannya terhadap kejatuhan kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dalam pilihan raya umum akan datang, selepas era pentadbiran bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Suhaizan berkata hal itu disebabkan pilihan raya umum lalu menyaksikan sokongan rakyat Kelantan yang menetap di negeri itu, kepada PAS merosot bawah 50 peratus.

Menurutnya, kemenangan PAS dalam pilihan raya umum lalu dibantu oleh sokongan pengundi Kelantan yang berada di perantauan dan menggesa PAS tidak berharap kepada ketokohan dan pengaruh Nik Aziz semata-mata untuk mencapai kemenangan.

"Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita. Kita juga bimbang sekiranya anak Kelantan di perantauan tidak lagi pulang mengundi di negeri kelahiran mereka sendiri atas pelbagai sebab.

"Faktor ketokohan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat berpengaruh dalam membantu kemenangan PAS di Kelantan sebelum ini. Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru, maka mereka mengundi PAS.

"Bagi sesetengah pengundi, pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri. Kini Tok Guru tidak lagi menjadi menteri besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihanraya Umum tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketikan menyampaikan ucapan dasar bertajuk "memperkukuhkan Muafakat" dalam Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor petang ini.

Suhaizan turut mengingatkan bahawa pemikiran rakyat Kelantan yang kritikal dan dinamik apabila mereka pernah menolak PAS jika mereka tidak berpuashati dengan prestasi kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

"Justeru perancangan rapi perlu dilaksanakan di Kelantan, masalah dalaman perlu segera diuruskan, perubahan kehendak rakyat perlu diteliti, nilai tambah kepada kerjaan Kelantan perlu dilaksana, janji pilihan raya wajib ditunai dan pemimpin mesti sentiasa bersama denyut nadi rakyat.

"Pemuda PAS Malaysia bersama Pemuda PAS Kelantan berikrar untuk membantu sehabis baik untuk mengekalkan kemenangan PAS di Kelantan dalam Pilihan raya Umum akan datang, Insya-Allah!" katanya.

'Urus perbezaan pendapat, konflik elak krisis dalaman' - Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendesak kepimpinan parti supaya menyediakan pelan tindakan untuk menguruskan perbezaan pendapat dan konflik dalaman parti dalam usaha memperkasakan parti.

Menurutnya, parti itu dilihat tidak mempunyai pelan tindakan untuk mengurus konflik dalaman dan perbezaan pendapat dalam parti sehingga menurutnya bertukar menjadi krisis yang parah.

Lebih menyedihkan, katanya, Majlis Syura Ulama - badan tertinggi dalam parti - diperlekeh dan dipertikai sesetengah ahli dan pihak luar sehingga masyarakat mempersoal kemampuan kepimpinan parti menguruskan konflik dalaman.

"Isi kandungan mesyuarat boleh dicapai oleh media luar parti dengan begitu cepat. Perbincangan dalaman boleh sampai ke media pihak lawan.

"Media baru yang sepatutnya menjadi alat untuk berdakwah sudah menjadi alat untuk menembak kaki sendiri. Lebih malang lagi apabila masalah di rumahtangga jiran, tiba-tiba rumahtangga kita pula yang berantakan.

"Masyarakat umum menggeleng kepala melihat betapa lemahnya kita mengurus krisis sehingga luka kecil akhirnya bernanah," katanya dalam ucapan dasarnya bertajuk "Memperkukuh Muafakat" dalam Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor.

Suhaizan: PAS berantakan sesama sendiri akibat masalah ‘rumah tangga jiran’

KOTA TINGGI 16 SEPT: Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat kesal berikutan parti itu berantakan sesama sendiri akibat masalah ‘rumah tangga jiran’ hingga memesongkan tanggungjawabnya dalam membela rakyat.
Tanpa menyebut rujukan khusus, beliau mengingatkan ahli dan perwakilan betapa pertelingkahan berpanjangan dalaman hanya melemahkan parti itu jika pimpinan pusat tidak mengambil inisiatif segera.
“Masalah rumah tangga jiran tapi rumah tangga kita pula yang berantakan. Rakyat geleng kepala melihat lemahnya kita mengurus krisis. Luka kecil akhirnya bernanah,” katanya yang dipercayai merujuk kepada masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Berucap pada Muktamar Pemuda PAS ke-55 bertema Memperkukuh Muafakat di sini, hari ini, beliau sehubungan itu meminta semua pihak khususnya Pemuda menunjukkan kematangan walau setajam mana sesebuah krisis itu.
Muktamar itu berlangsung dua hari bermula 16 September hingga 17 September di Dewan Chon Moi di sini dengan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Selain itu, Suhaizan kesal kerana pertelingkahan itu menyebabkan Majlis Syura Ulama diperlekeh ‘keyboard warrior’ melalui media sosial yang sepatutnya menjadi medan dakwah parti berkenaan.
“Isi kandungan mesyuarat boleh dibawa keluar. Perbincangan dalaman boleh sampai ke media pihak lawan. Media baru yang sepatutnya menjadi alat berdakwah menjadi alat menembak kaki sendiri
“Sedangkan, dalam apa jua krisis, kita perlu tunjukkan kematangan walau setajam mana sesebuah krisis,” katanya.

Fear of Sedition Act hovers over talk on nation’s future

PRK N.01: Taktik Umno Yang Sama..!!




Muktamar Pemuda Pas bermula

KOTA TINGGI – Pentas Muktamar Pas ke-60 yang membuka tirai di Johor Bahru dimulakan dengan Muktamar Pemuda Pas pada jam 2 petang di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi, hari ini.

Kira-kira 1,000 ahli dijangka hadir dari 178 perwakilan seluruh negara bagi mendengar ucapan dasar dari Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat dengan tema yang diangkat ‘Memperkukuh Muafakat’.

Majlis perasmian Muktmar Pemuda Pas kali ke-55 itu bakal dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Sementara itu pada sesi kedua di sebelah malam, sesi perbahasan mengambil tempat bermula jam 8 malam sehingga 11.30 malam nanti.

Manakala pada hari kedua, sesi pembentangan usul, perbahasan dan penggulungan akan berlangsung pada jam 8.30 pagi sehingga 3 petang, esok di lokasi sama.

Tun M bimbang kerajaan BN pimpinan Najib kalah PRU14

Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) tentang kebimbangan beliau melihat Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya akan datang sekiranya Datuk Seri Najib Razak terus kekal sebagai perdana menteri. Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah sebuah pertubuhan mewakili usahawan dan perdagangan Melayu mendakwa, perkara itu disampaikan oleh Dr Mahathir apabila menyatakan tentang masa depan BN di bawah pentadbiran Najib dalam satu pertemuan berlangsung lebih satu jam. "Dr Mahathir amat jelas mengenai hal ini. Beliau menegaskan pendiriannya ‎untuk tidak menyokong perdana menteri.  "Beliau menyatakan BN akan kalah dalam PRU14 sekiranya peranan Najib berterusan," kata Ridzuan kepada The Malaysian Insider hari ini. Katanya pertemuan itu berlangsung semalam di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Beliau berkata pertemuan itu digerakkan Ikhlas atau Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia yang mahu berjumpa bekas perdana menteri itu untuk menyatakan kebimbangan mereka mengenai ekonomi dan masa depan BN. Ridzuan memberitahu The Malaysian Insider mereka sebenarnya tidak berhasrat membincangkan kepimpinan Najib, sebaliknya Dr Mahathir sendiri membangkitkan isu tersebut. "Ia bukan dalam agenda kami namun beliau memberitahu kami, tidak bermakna apabila beliau berjabat tangan bersama Najib atau ambil gambar bersama ‎itu bermaksud dirinya menyokong perdana menteri," katanya. Beliau berkata selain Ikhlas, pertemuan itu juga dihadiri oleh Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Persatuan Pengguna Islam dan beberapa NGO lain. ‎"Ada segelintir dari kami amat bimbangkan BN dan bertanya apa perlu dilakukan kerana berasa terperangkap di tengah-tengah," katanya. Dr Mahathir sebelum ini mengkritik kepimpinan Najib dan menarik kembali sokongan kerana saranannya tidak diendahkan namun tidak jelas adakah beliau mahu Najib meletakkan jawatan. Ridzuan berkata Dr Mahathir memberitahu dalam pertemuan semalam perkara salah perlu dipersoalkan supaya ia boleh dibetulkan. "Beliau berkata salah tetap salah. Kita mesti mengutarakan perkara itu dan tidak hanya berdiri atas pagar, dan ini jalan untuk kita terus ke depan," kata Ridzuan, menambah NGO Melayu itu juga sudah memohon mengadakan sesi lain bersama Dr Mahathir kelak. Ridzuan juga berkata kesemua NGO dalam pertemuan itu bersetuju Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan. "Kita tidak mahu akta itu dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Kita cuba untuk berkempen namun tidak mendapat sambutan.

Jangan ingat Pakatan Rakyat terlalu ideal - Hatta Ramli


Post Pic

SHAH ALAM: "Jangan ingat Pakatan Rakyat terlalu ideal", tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.
Katanya, sehingga kini, gagasan itu masih belum memutuskan siapakah yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
 
Begitu juga dengan isu siapakah bakal pengganti Menteri Besar Selangor.
 
"Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak hendak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya  dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi.
 
Katanya lagi, PAS terpaksa menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai mengikut kehendak Pakatan Rakyat.
 
Ironinya, PAS pada mulanya mempunyai nama lain untuk diketengahkan bagi menerajui Selangor - negeri terkaya di Malaysia.
 
"Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah, tetapi ironinya pada satu tahap kita cadangkan Dr Wan Azizah.
 
"Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama rakan (PR)," katanya lagi.
 
Ahli Parlimen Kuala Krai itu tidak menolak percanggahan pendapat di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Jawatankuasa PAS Pusat berhubung kemelut itu.
 
"Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput.

PAS lemah menangani krisis dalaman, kata Suhaizan


Post Pic

 
KOTA TINGGI:  Sayap Pemuda PAS hari ini menggesa parti itu untuk menubuhkan mekanisme sesuai bagi menangani perbalahan dalaman yang semakin meretakkan hubungan antara pemimpin ulama dan professional PAS.
 
“Masyarakat umum menggeleng kepala melihat betapa lemahnya kita mengurus krisis sehingga luka kecil akhirnya bernanah,” kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
 
“PAS Pusat dilihat semacam tiada plan tindakan dalam mengurus konflik yang berlaku dalam parti. Perbezaan pendapat dalam PAS tidak diruskan dengan baik sehingga menjadi krisis yang parah,” kata beliau dalam ucaptama pada perasmian muktamar Pemuda PAS di sini.
 
Suhaizan menegaskan Majlis Syura perlu diperteguhkan untuk memastikan parti itu tidak terbabas daripada landasan syara.
 
“Pemuda PAS sangat sedih apabila Majlis Syura Ulama diperlekeh dan dipertikai oleh sesetengah ahli dan pihak luar. Isi kandungan mesyuarat boleh dicapai oleh media luar parti dengan begitu cepat,” kata beliau.