Isnin, 15 September 2014

Pencuri Royalti

Akta Petroleum 1974, disiat-siat
lalu mereka
memulangkan sebahagian kecil hasil rompakan
dengan nama wang ihsan
rakyat dilayan seperti pengemis
dihina didusta tanpa habis.

Mana nilai jujur setia
bila mereka lebih rela
menaikkan minyak ikut Songkhla
bukan di Kelantan yang lebih dekat jaraknya
biar kerajaan negeri hilang pendapatan
biar rakyatnya terlepas peluang pekerjaan
asalkan dendam dapat dilunaskan.

Jika ini bukan khianat, aku tidak tahu
perkataan apa lagi boleh digunakan.

Kini mereka datang semula
menagih simpati bermanis bicara
tanpa segan tanpa malu tanpa secalit rasa berdosa
dan setiap undi yang diberi, seakan merestui
kecurangan ini
satu lagi janji dimungkiri.

Irfan ES, September 2014

UMNO satu2nya pejuang AGAMA, bangsa & negara .....





PRK N.01: Muafakat Pakatan mampu rampas ‘kubu Umno’

Oleh MOHD ARIF JUHANI

SITUASI Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor kali ini dijangka berlangsung dengan sengit selepas KeADILan menyerah semula kerusi itu kepada PAS.
Selepas Umno mengisytiharkan calonnya, Mat Razi Mat Ali yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tumpat, perhatian media dan pemerhati ketika artikel ini ditulis mula beralih pula kepada calon PAS yang bakal diisytiharkan pada 11 September lalu di padang belakang Masjid Geting, Tumpat.
Tanggungjawab yang digalas oleh PAS ternyata tidak mudah walaupun Dun tersebut berada di bawah Parlimen Tumpat yang dikuasai Dato’ Kamarudin Jaffar. Hal ini kerana, sejak tiga penggal lalu, Umno kekal memenanginya  dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ketika berdepan dengan calon PAS ketika PRU11 dan calon KeADILan dalam PRU12 dan Ke-13.
Hakikat ini turut diakui oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar negeri itu yang menjanjikan calon yang dipilih oleh parti itu semestinya anak jati dan kelahiran Kelantan.
Menurut beliau, tugas untuk merampas semula kerusi itu memang berhadapan dengan laluan yang sukar, namun melalui muafakat serta kerjasama antara parti komponen Pakatan Rakyat iaitu KeADILan dan DAP, sedikit sebanyak rintangan itu dapat diatasi dengan baik.
Sikap terbuka KeADILan yang menyerahkan semula kerusi itu, selain usaha untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua parti itu dalam kemelut di Selangor, dari sudut lain, boleh sahaja dianggap sebagai membuka pertarungan ‘buku bertemu ruas’.
Walaupun sengit, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu tetap berharap agar proses perjalanan kempen sehinggalah hari pembuangan undi berjalan dalam keadaan yang tenteram dan aman.

UPSR Bocor: Haji Darus Awang Kakitangan KPM Bongkar “Lubang” Berlakunya Kertas Soalan Bocor!

Facebook Haji Darus Awang
Isu Soalan UPSR Bocor. Haji Darus Awang Kakitangan KPM Bongkar “Lubang” Kertas Solan Bocor : Jikalau difikirkan semula, tiada kerja sangatkah mereka-mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menyebarkan kertas soalan UPSR 2014. Sekadar soalan UPSR bocor 2014, adakah memberikan kesan besar kepada pelajar-pelajar. Jikalau berjaya dalam UPSR 2014 atas tiket usaha yang berterusan daripada pelajar, Berita Semasa ucapkan tahniah. Tetapi jikalau berjaya atas usaha menipu?
Sebenarnya isu soalan UPSR bocor telah lama “didendangkan” yang amna dipalu setiap tahun sejak dahulu lagi. Zaman dahulu kebanyakan sekolah-sekolah berprestasi tinggi mendapat soalan-soalan bocor atas nama “soalan spot”. Tetapi di zaman IT yang serba canggih, mudah dan pantas ini. Semua orang dapat dengan hanya satu KLIK sahaja. Kadang-kadang sukar untuk menilai mana satu pelajar dan murid yang benar-benar berkualiti dek kerana isu soalan UPSR bocor ini.
Yang memberikan soalan UPSR bocor aka soalan “spot” UPSR ini diberikan ganjaran “saguhati” atas nama jemputan dengan mengubah sedikit soalan-soalan yang asal. Erm….
Dan bersama-sama ini, Berita Semasa ingin kongsikan di sini pendapat & ulasan bernas daripada kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bernama Haji Darus Awang disebalik isu soalan UPSR bocor 2014 kali ini yang mempunyai pendapat, pandangan daripada kaca mata beliau dan ada nasihat yang ingin dilontarkan kepada kita semua :

Soalan UPSR Bocor atau Integriti Yang Bocor

oleh Haji Darus Awang. AAP., AMP.
Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: “pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor”. Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: “esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok”. Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.
Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca “command” atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.
Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM telah acap kali bocor. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.
Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak, jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak.
Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya.
Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan anak-anak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau “straight A”. A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi.
Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan “straight A”.
Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara “natural” seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila menduduki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang.
Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah menduduki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tuisyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tuisyen dan tiada paksaan.
Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki.
Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka sendiri.

PRK N.01: Kempen Harmoni, PAS-Umno Parti Anak-Beranak kata Wan Rahim

PENGKALAN KUBOR: PAS akan memastikan suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor berlangsung secara harmoni tanpa berlaku unsur-unsur provokasi.
Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS DUN Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, PAS mempunyai hubungan baik dengan Umno, justeru beliau menjangkakan suasana harmoni ketika berkempen akan berterusan sehingga hari mengundi.
"Kempen harmoni...PAS dengan Umno ni macam anak-beranak, kita tak ada berbalah apa. PAS berasal daripada Umno, tak ada masalah, hubungan persahabatan dengan Umno bukan sahaja di sini tapi di luar pun kita nak kekalkan.
"Kita beri peluang kepada rakyat buat pilihan secara demokrasi, tak ada ugutan, mainan kasar secara fizikal dan sebagainya," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS, di sini, Isnin.
Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu ini berkata, dalam menjalankan kempen, PAS tidak akan menggunakan pendekatan yang menyerang peribadi individu tertentu melalui poster dan ceramah-ceramahnya.

Splash Belum Setuju Perjanjian Air - Khalid



KLANG: Walaupun Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) menerima tawaran pengambilalihan ekuititi dan liabiliti mereka, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) masih belum bersetuju dengan perjanjian tersebut.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagaimanapun berkata, keraguan Splash untuk menerima tawaran dari kerajaan negeri bukan satu isu.
Malah, katanya, kerajaan negeri melalui Air Selangor Sdn Bhd masih boleh menjalankan tugas dengan sewajarnya.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin, Khalid berkata, kerajaan negeri menawarkan RM9,65 bilion untuk mendapatkan ekuiti dan liabiliti Puncak Niaga (RM2.47 bilion), Syabas (RM4.34 bilion), Splash (RM1.83 bilion) dan Abbas (RM992.2 juta).
Selepas perjanjian induk ditandatangani di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan Air Selangor, anak syarikat dibawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) untuk mengendalikan industri air di negeri itu, Khalid berkata, perjanjian itu juga digunakan untuk menyuntik peruntukan RM14.9 bilion kepada syarikat tersebut untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air tersebut dan beroperasi dengan lancar.

Khalid pertahan kos RM7.8 bilion ambil alih 3 syarikat konsesi air

Perjanjian Utama yang ditandatangani di antara Selangor dengan Putrajaya pada Jumaat lalu adalah konsisten dengan tawaran asal yang dibuat kepada empat syarikat konsesi air sejak tahun 2012, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran dua kali pada tahun 2013 dan 2014 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebanyak RM4.34 bilion, Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga) RM2.47 bilion dan Konsortium Abass (Abass) RM992.2 juta. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) yang masih belum dimuktamadkan pengambilalihannya sehingga kini diberikan tawaran berjumlah RM1.83 bilion. Isu pengambilalihan Splash akan diselesaikan berasingan namun ia tidak akan menganggu kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air Selangor menerusi entiti baru, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, antara terma penting Perjanjian Utama ialah suntikan aset kerajaan negeri bernilai RM14.92 bilion ke dalam Air Selangor serta RM2 bilion dana daripada Putrajaya untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat konsesi air di Selangor. Menurut Khalid, pemindahan aset air kepada

Hadi Awang terus sakiti hati PKR .!!

MSO

Cadangan Abdul Hadi Awang supaya Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor kononnya untuk menyelesaikan krisis perebutan jawatan MB Selangor dilihat cadangan bukan meredakan keadaan tetapi menambah-sakitkan hari pihak PKR.

Jika orang melihat Abdul Hasi sebagai seorang berwajah agama, tentu orang akan pertikaikan mengenai kecerdikan presiden Pas itu. Kenapa beliau bertindak songsang dan menentang arus dalam Pakatan Rakyat. Adalah baik kalau beliau berterus terang dan tidak membuat tindakan sedemikian yang menunjukkan akan kelemahan beliau sebagai seorang ahli politik.

Sekiranya Abdul Hadi tiada idea untuk menyelesaikan kemelut di Selangor lebih baik beliau mendiamkan diri daripada bercakap menyakitkan hati orang lain. Tanpa disedari cadangan Abdul Hadi itu juga mengesahkan akan agenda kedatangannya ke rumah Abdul Khalid bersama Mustafa Ali pada bulan Ramadhan lalu.

Apabila ada tuduhan mengatakan kunjungan malam Abdul Hadi dan Mustafa itu sebagai untuk mengajak Khalid menyertai Pas, dinafikan oleh mereka berdua. Mustafa telah membuat penjelasan terbuka bahawa kunjungan itu adalah kunjungan biasa sahaja.

Kata Mustafa, kunjungan itu sebagai hendak memenuhi kehendaki Khalid yang ingin bertemu dengan Abdul Hadi kerana Abdul Hadi ketika itu tidak berapa sihat. Tanpa menyedari bahawa cara pertemuan itu bersalah adat dimana sepatutnya Khalid ke rumah Hadi bukan sebaliknya, menjelaskan jawaban Mustafa itu tidak jujur dan benar.

Isu Pasma tidak timbul jika krisis MB selesai - Pemuda Pas

suhaizan-kaiat
SHAH ALAM – Isu penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak akan wujud jika kontroversi kerusi Menteri Besar Selangor diselesaikan secara baik oleh barisan pimpinan dalam Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Sinar Harian Online hari ini, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, penubuhan Pasma hanya timbul setelah wujudnya masalah berkaitan menteri besar di negeri Selangor.

“Kalau isu MB Selangor diselesaikan secara muafakat (seperti yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan) maka Pasma akan hilang,” katanya.

Ditanya kemungkinan Pasma dibubar sekiranya kemelut menteri besar selesai, beliau betkata ia tidak penting kerana Pasma hanya muncul selepas isu menteri besar muncul.

“Jika isu Menteri Besar Selangor diselesai dengan baik, maka tidak ada lagi Pasma selepas ini,” jawabnya.

Penubuhan Pasma sebagai NGO menjadi tumpuan media berikutan krisis Selangor yang memperlihatkan keretakan ketara dalam Pas.

Hasnul belum pastikan kehadiran pada Muktamar PAS


Post Pic

SHAH ALAM: ADUN Morib, Hasnul Baharuddin berkata kehadirannya ke Muktamar PAS ke-60 yang akan berlangsung esok bergantung kepada keadaan dan kesesuaian masa.
 
Hasnul dalam pada itu mengesahkan beliau bukan lagi perwakilan parti Islam itu bagi kawasannya.
 
"Saya sudah tidak menjadi perwakilan mana-mana kawasan.
 
"Lihat keadaanlah bagaimana (kalau hadir) sebagai pemerhati," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Hasnul dan ADUN Hulu Klang, Saari Sungib sebelum ini menyertai sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu sebagai menteri besar baharu Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Susulan tindakan kedua-dua ADUN itu, PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah atau bakal berdepan tindakan disiplin.
 

Saya akan hadir ke muktamar jika dijemput, kata Saari Sungib


Post Pic

SHAH ALAM: ADUN Hulu Klang, Saari Sungib memberitahu beliau hanya akan hadir Muktamar PAS kali ke-60 yang akan berlangsung di Johor bermula esok, sekiranya dijemput.
Bagaimanapun, jika mendapat jemputan beliau hanya akan hadir pada Ucapan Dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Khamis ini.
 
"Sebelum ini saya dapat jemputan sebagai ADUN PAS. Setakat ini belum terima, saya baru nak lihat (jemputan) hari ini.
 
"Saya akan hadir ucapan dasar Presiden sahaja, jika ada jemputan," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Saari dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin sebelum ini dikecam ahli dan pimpinan PAS setelah kedua-duanya bertindak membelakangi parti menyatakan sokongan terhadap pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
Mereka dikecam kerana menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Azizah tanpa kebenaran parti.
 
PAS Selangor kemudiannya memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Wan Azizah atau bakal berdepan tindakan disiplin.

PAS perlu ubah pemikiran dan kepimpinan, kata Nakhaie


Post Pic

SHAH ALAM: Pertembungan pandangan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS yang ketara sejak kemelut jawatan Menteri Besar Selangor bermula adalah disebabkan krisis pemikiran dan kepimpinan dihadapi parti itu, kata bekas naib presidennya, Datuk Nakhaei Ahmad. 
 
Katanya, walaupun sudah lama bertapak dalam arena politik tanah air, PAS masih lagi belum matang dalam menguruskan 'krisis' dalaman disebabkan sikap kurang sabar dalam mencapai matlamat untuk mendapatkan kuasa.
 
Menurutnya, sikap tersebut membuatkan matlamat utama parti untuk memperjuangkan Islam dan menumbangkan Umno, sudah jauh terkebelakang.     
   
"PAS memang berpecah kerana itu. Kerana satu kalangan dalam PAS adalah rasional, iaitu langkah pertama mengalahkan Umno, kemudian persoalan lain akan dihadapi mungkin setelah Umno tumbang.
 
"Tapi ada golongan ulama berpegang kepada prinsip bahawa walaupun kita belum boleh kalahkan Umno, kita harus bersatu dalam Pakatan tapi hal prinsip tak boleh dicerobohi mana-mana pihak. Ini yang berlaku. 
 

PasMa tidak akan jadi parti politik - Phahrolrazi


Post Pic

SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak akan bertukar haluan kepada sebuah parti politik, sekalipun ramai yang melihat kecenderungan tersebut susulan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor. 
 
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, sekiranya ada bibit perpecahan dalam PAS yang memungkinkan satu parti baru terbentuk akibat percanggahan pandangan, namun ia bukan daripada PasMa.  
 
"Tidak.. tidak.. Ia tidak boleh berlaku. Sebab kita NGO nak bertukar kepada parti politik, ia melalui proses yang sukar. Kalau ada pihak lain nak tubuh, itu urusan mereka. Bukan platform PasMa.
 
"Kalau nak tubuh, ini (mungkin) daripada kumpulan lain, pemimpin sendiri yang betul-betul tokoh politik yang ada kedudukan nasional, bukan saya.. Tahap (jawatan) saya rendah saja," katanya kepada Antarapos.
 
ADUN Pengkalan Kundor ini sekali lagi menegaskan bahawa objektif penubuhan PasMa adalah sebagai medium untuk para penyokong meluahkan pandangan kepada parti, dan penyingkiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak termasuk dalam perancangan NGO itu.
 
"Isu kita, ialah penyokong ambil berat. Sebab penyokong Pakatan Rakyat ini ambil berat apa yang berlaku, takut Pakatan berpecah," katanya sambil menafikan kewujudan PasMa menjadi punca kepada bibit perpecahan dalam PAS. 
 
Phahrolrazi menambah, walaupun Muktamar Tahunan PAS yang akan membuka tirai esok pasti akan membincangkan isu PasMa, namun katanya beliau berkemungkinan tidak ada peluang untuk menjelaskan objektif sebenar NGO tersebut yang selama ini dilihat memporak-perandakan PAS. 
 
"Saya ada dalam itu (muktamar) tapi saya bukan perwakilan yang berucap. Kalau saya berucap, saya bolehlah menjawab perkara berbangkit. 
 
"Saya terpaksa guna media sajalah kalau perlu saya jawab," katanya.    

Hanya Di Malaysia..Rugi Berbilion Dan Dilanda Musibah, Boleh Sambung Buat Duit Lagi..!!!

Kontrak Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) dilanjutkan setahun dari 20 September, 2014 hingga 19 September, 2015.

MAS mengumumkan perkara itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak tiga tahun Ahmad Jauhari dijadual tamat pada bulan ini.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Ahmad Jauhari akan terus menerajui entiti sedia ada MAS sehingga 1 Julai, 2015 untuk melancarkan peralihan daripada entiti lama kepada entiti baharu MAS yang disusun semula.

Beliau memperoleh dua bulan tambahan berikutan lanjutan kontrak tersebut.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd, mencari calon-calon yang berpotensi daripada industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru MAS.

Akta Hasutan: Kenapa semak selepas tuduh?

SEMINGGU selepas pensyarah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Azmi Sharom dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan 1948, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani pada 9 September mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menyemak semula pertuduhan itu.

Kenyataan itu turut menyebut  "beberapa kes yang lain" juga akan disemak semula. Beliau tidak menyebut kes yang mana satu. Dalam tempoh sebulan ini, ada lebih 10 kes di mahkamah melibatkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan.

Pada masa sama, beberapa individu sedang disiasat oleh polis. Apakah kertas siasatannya sudah sampai ke Pejabat Peguam Negara, kita tidak tahu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya menegaskan siasatan polis akan diteruskan. Katanya, menyiasat tugas polis manakala mendakwa tugas Peguam Negara. Betullah kenyataan itu. Tugas polis dan Peguam Negara itu jelas.

Kenyataan Abdul Gani itu bagaimanapun melegakan banyak pihak yang sejak sebulan lalu agak resah. Mereka resah melihatkan Akta Hasutan terus digunakan biarpun selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hasrat pentadbirannya mahu memansuhkan akta tersebut. Mereka bertanya: Sebenarnya hendak mansuh atau tidak? Jadi atau tidak?

Berpilih-pilih

Orang juga resah kerana melihat pendakwaan itu seperti berpilih-pilih. Sesetengah individu yang dengan terang-terangan mengeluarkan kenyataan yang "berkecenderungan hasutan" tidak pula disiasat, apalagi didakwa di mahkamah. Laporan polis ada dibuat tetapi kita tidak tahu apa perkembangannya. Kalau ada tindakan katakan ada, tidak orang ternanti-nanti.

Tetapi sesetengah pihak mempersoalkan pula kenapa Peguam Negara hendak semak semula kes Azmi Sharom dan beberapa kes lain yang tidak beliau namakan itu? Kenyataan Peguam Negara itu biarpun melegakan tetapi menimbulkan tanya tanya. Orang bertanya: Apa sebab selepas dakwa di mahkamah baru hendak semak semula? Kenapa tidak semak betul-betul sebelum dakwa?

Abdul Gani memaklumkan pihaknya prihatin terhadap hal-hal yang disuarakan oleh banyak pihak berhubung "mana-mana kes yang telah diputuskan untuk pendakwaan" oleh Jabatan Peguam Negara.  Beliau juga membayangkan tidak ada yang pelik dengan langkah semakan semula itu. Beliau menegaskan bahawa ia "prosedur biasa" supaya pendakwaan di mahkamah sentiasa adil, telus dan saksama.

Menarik balik kes yang sudah dituduh di mahkamah bukan suatu perkara yang pelik. Menarik balik pertuduhan di bawah Akta Hasutan pun bukan perkara yang tidak pernah dibuat. Kes ke atas mendiang Karpal Singh dulu pun pernah ditarik balik. Kes itu bersabit kenyataan yang beliau buat di mahkamah pada 1999 semasa membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat. Kenyataan itu menyentuh dakwaan kononnya Anwar kena racun dengan arsenik.

Apabila sampai hari bicara selepas lebih dua tahun kes itu mula dituduh, Abdul Gani mengumumkan menarik balik kes tersebut. Tindakannya itu memeranjatkan semua orang. Episod itu penuh drama. Dramanya bermula apabila Karpal bertikam lidah dengan Peguam Negara (ketika itu) Tan Sri Mokhtar Abdullah dan kemuncaknya dia mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghasut. Cerita bagaimana pertuduhan itu ditarik balik pun penuh drama juga. Selepas pung-pang-pung-pang Karpal bertekak dengan Hakim Augustine Paul tentang status peguam pemerhati dan selepas dia meminta hakim tarik diri, Abdul Gani memaklumkan kes itu ditarik balik.

Gani Patail
Abdul Gani berkata langkah semakan semula beberapa kes di bawah Akta Hasutan, hanyalah satu 'prosedur biasa' - Foto Bernama
 

Sesungguhnya ANDA SEMUA BERUNTUNG JADI RAKYAT MALAYSIA. Apatahlagi di bawah pemerintahan UMNO/BN yang 'ADIL' RAKYAT DIDAHULUKAN





Hukum Makan Ikan Tembakul (Belacak) - Ustaz Azhar Idrus

Sedalam Mana ILMU Agama WAJIB Dipelajari? - Ustaz Azhar Idrus

Bagaimana Mendapat MANIS Dalam BERIBADAH - Ustaz Azhar Idrus

Teringat Suami Lama - Ustaz Azhar Idrus

Rampasan 300 Suara Keadilan, hentikan perbodoh rakyat

SK rampasSHAH ALAM, 15 SEPT: Suara Keadilan mengecam keras tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas lebih 300 naskah akhbar berkenaan di Kedah, 10 September lalu.
Tindakan ini membuktikan transformasi dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah transformasi ketakutan terhadap akhbar rasmi PKR itu.
Ketua Editorialnya, Najib Hashim berkata , Putrajaya perlu menghentikan budaya menakutkan dan memperbodohkan rakyat memandangkan sebagai sebuah parti, PKR memerlukan akhbar untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.
“Benda ini (rampasan) tidak sepatutunya berlaku, dimana transformasi (Datuk Seri) Najib menunjukkan ketakutan kepada Suara Keadilan.
“Kalau nak berhujah bab permit, (Najib) kena bagi permit.
“Tindak merampas bukan jalan penyelesaian. PKR kena ada akhbar sebagai media rasmi untuk menyampaikan maklumat kepda rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

PRK N.01: Colek Pok Li juadah tarikan

Jika berkunjung ke Pengkalan Kubor, tidak sah jika tidak mencuba rojak buah atau 'colek Pok Li' yang begitu sinonim sebagai juadah tarikan di kawasan itu.
  
Colek Pok Li diusahakan oleh Jihad Hussain, 64, sejak  23 tahun lepas dan beliau menyara isteri serta lima anaknya dengan berniaga rojak buah atau lebih dikenali sebagai `colek' di Kelantan.
  
Jihad yang lebih dikenali sebagai `Pok Li' hanya menggunakan motosikal beroda tiga yang ditempatkan di satu sudut di dalam kompleks membeli belah Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini.
  
Kelincahannya memotong buah-buahan yang merupakan ramuan utama rojak berkenaan, membuatkan sesiapa yang melihatnya tertarik hati dan ingin mencuba kenikmatan rojak buah Pok Li itu.
  
Antara ramuan utama coleknya ialah buah mempelam, nanas, jambu dan beberapa jenis jeruk lain dan kelebihan rojak buah Pok Li adalah pada sos pencicah buatan sendiri terdiri daripada kicap pekat, garam yang dicampur lada menjadikan rasa rojak berkenaan begitu lazat.
      
Jihad menjual rojak itu dengan harga serendah RM2 sehingga RM10 sebungkus dan pada hari-hari biasa pendapatannya adalah lebih kurang RM50 hingga RM100 sehari dan lebih RM100 sehari semasa musim cuti.
  
Namun sejak minggu lepas, pendapatan Jihad meningkat sekali ganda ekoran ratusan orang dari seluruh pelusuk negara yang datang bertugas dan berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
    

Cover Line: Bos Felda nafi kenal orang dikehendaki Interpol

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Faizoull Ahmad menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan orang dikehendaki atau berhubung pembelian kelab bola Scotland Glasgow Rangers.

“Saya tidak tahu siapa dia (Rafat Rizvi),” katanya.

Menurut Faizoull, entah bagaimana Rafat muncul bersamanya dan media pula kemudian mendakwa mereka saling mengenali.

Faizoull juga berkata, akhbar Scotland Daily Record juga salah apabila menyatakan seorang daripada dua orang yang dirakam bersama saya ialah Rafat.

“Lelaki dalam gambar itu rakyat Malaysia dan rakan -rakan saya. Tak seorang pun daripada mereka Rafat,” tambahnya.

Faizoull jgua berkata, laporan mendakwa beliau mengenali Rafat, seorang warganegara United Kingdom (UK), juga salah.

Tabloid Scotland itu juga sebelum ini melaporkan Faizoull dan Rafat makan tengah hari bersama pengarah kelab itu Sandy Eastdale semasa lawatannya.

Faizoull pada 11 September lalu mencuri perhatian apabila dilaporkan melawat Glasgow bersama individu yang dilaporkan dikehendaki polis antarabangsa Interpol.

Foto Daily Record yang dikatakan gambar Faizoull melawat Glasgow bersama Rafat, susulan spekulasi pegawai tertinggi Felda itu antara individu berminat membeli kelab berdepan kemerosotan prestasi itu.

PRK N.01: Kelantan isytihar 25 Sept cuti peristiwa


KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 25 Septemberi ini sebagai cuti peristiwa bagi memudahkan masyarakat di Pengkalan Kubor keluar mengundi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan itu dibuat setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran  yang dihadapi bakal pengundi dan anggota keluarga yang terlibat.
“Undi hari bekerja sememangnya menyulitkan pergerakan rakyat. Sepatutnya kerajaan persekutuan melihat kesukaran-kesukaran yang dilalui  kakitangan awam dan swasta, pihak kerajaan negeri simpati.
“Oleh itu, saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakayat mengishtiharkan 25 September ini sebagai cuti peristiwa bagi rakyat Kelantan,” katanya.
Ahmad turut mengharapkan agar proses pengundian pada hari itu berjalan lancar dana aman tanpa ada sebarang unsur manipulasi undi.
Terdahulu dalam kenyataan berasingan, Ahmad  meletakkan harapan agar semua pengundi di Dun Pengkalan Kubor termasuk pengundi yang berada di perantauan yang mencecah 1,900 orang dapat keluar mengundi  dan mencorak kepimpinan baru.

Muhyiddin: Insiden kobocoran UPSR memalukan.!!

GENTING HIGHLANDS - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan isu kebocoran soalan kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai satu perkara memalukan di sebalik negara dilihat mempunyai sistem pendidikan antara terbaik di dunia.
  
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan kesal perkara seperti itu masih berlaku walaupun sistem pendidikan yang teratur telah diwujudkan oleh kementerian sejak sekian lama.
  
"Ini memang sesuatu yang boleh saya katakan memalukan, perkara seperti itu masih berlaku," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) ke-20, di sebuah hotel, di sini, hari ini.
  
Rabu lepas, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengumumkan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis ditangguhkan berikutan kebocoran kertas peperiksaan dikesan sehari sebelum itu.
  
Keesokannya, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pula berkata kertas UPSR mata pelajaran Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor, dikesan setelah pelajar menduduki kertas tersebut dan kerajaan menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata intipati mesyuarat khas isu UPSR  yang dipengerusikannya di Putrajaya pagi tadi akan diumum dalam masa terdekat.

PasMa tolak usaha jatuhkan Hadi dalam PAS, kata setiausaha


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagaimana didakwa sesetengah pihak menjelang Muktamar PAS ke-60 di Johor minggu ini. "Kami tidak akan campur. Itu terserah kepada perwakilan PAS sepenuhnya. Apa yang kami buat adalah memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan memperkasakan sistem dua parti di negara ini," kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider. Taib berkata demikian ketika kehadiran PasMa rancak diperdebatkan manakala programnya mendapat sambutan hangat di seluruh negara bermula dengan forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Malam ini, dua program serentak akan dianjurkan PasMa iaitu di Alor Setar, Kedah dan Petaling Jaya, Selangor manakala malam tadi program kedua diadakan di Kangar, Perlis malam tadi. PAS akan mengadakan muktamarnya mulai 18 hingga 20 September ini di Batu Pahat manakala sayap pemuda, ulama dan muslimatnya akan bermuktamar mulai 16 September di tiga tempat berasingan di Johor. Ia akan diadakan ketika krisis besar sedang melanda PAS dan Hadi selaku presiden PAS menjadi sasaran kritikan berikutan cara beliau mengendalikan usaha pertukaran menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Forum PasMa di Perlis Forum kedua anjuran PasMa di Perlis malam tadi mengejutkan apabila dewan yang mereka tempah penuh dan kerusi terpaksa ditambah untuk memenuhi kehadiran orang ramai. Menurut Zolkharnain Abidin, salah seorang penal forum malam tadi, beliau mengutarakan persepsi sebagai ahli PAS terhadap kemungkinan parti Islam itu keluar atau dikeluarkan daripada PR. Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, menjelaskan mengenai rasional kewujudan NGO itu dalam pentas politik negara. Para peserta pula mengambil kesempatan bertanya, mencadang dan meluahkan isi fikiran masing-masing. "Ada orang PAS, PKR, Umno, tidak berparti, anak muda, orang tua, lelaki dan perempuan. "Selepas itu kami semua bersalaman dan pulang dengan senyuman. "Kalau kami yang hadir dalam majlis itu boleh tersenyum, mengapa pula orang yang tak hadir boleh berkerut dahi?" kata Zolkharnain bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di negeri itu. "Kira-kira 250 orang menyertai majlis malam tadi dan saya sendiri terkejut berdasarkan negeri Perlis yang kecil dan tahap aktiviti politik di negeri ini yang sangat dingin," kata Taib kepada The Malaysian Insider. Taib adalah graduan Universiti Malaya (UM) yang menjadi aktivis PAS dalam kampus dalam era kepimpinan ulama di awal tahun 1980an dahulu. Beliau seangkatan dengan Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Datuk Takiyudin

GHAH goes official with three demands

The movement opposing the Sedition Act is to be officially launched tonight by 128 civil society organisations.
GHAHlaunch
KUALA LUMPUR: GHAH (Gerakan Hapus Akta Hasutan), a movement opposing the Sedition Act 1948, is making three demands to the government in their defence of freedom of expression and opinion as guaranteed in the Federal Constitution and the Universal Declaration of Human Rights.
Speaking on behalf of GHAH, Executive Director of Suaram Yap Swee Seng said the three demands were to abolish the Sedition Act 1948 as well as to drop the charges against those prosecuted and release those incarcerated under the act.
The third demand to the government was to refrain from replacing the archaic act with any similar legislation.
Yap added, “No one should be criminalised for expressing his or her opinion, no matter how his or her opinions may differ from the government, as long as he or she is not advocating violence or religious or racial hatred.”
Past “victims” of the act include social activists Hishamuddin Rais and Haris Ibrahim, student activists Adam Adli and Safwan Anang and religious preacher Ustaz Wan Ji Wan Hussin.
Others include members of parliament N.Surendran, Tian Chua, Rafizi Ramli and Teresa Kok as well as state assemblymen RSN Rayer, Suhaimi Shafiei and Mohammad Nizar Jamaluddin.
GHAH will be officially launched at 8.30 tonight at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall.
Pak Samad Said, Ambiga Sreenevasan, Saifuddin Abdullah and Maria Chin Abdullah are among the special guests.

Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan kata Mohd Khairul dan Macai...

Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan - Mohd Khairul
KUALA LUMPUR: Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 akan bersaing dengan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di seluruh negara untuk merebut sokongan rakyat yang mahu terus mempertahankan Akta Hasutan 1948.

Fasilitatornya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, gerakan yang hampir seminggu diwujudkan itu sudah mengumpul hampir 1,000 tandatangan petisyen di atas talian selain menerima hampir 4,000 'like' di laman Facebook mereka.

"Selaku fasilitator Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 yang telah di lancarkan pada 10 September lalu, kami menghormati hak kebebasan bersuara kumpulan yang ingin mendesak pemansuhan Akta Hasutan 1948 selagi mana kebebasan itu diekspresikan di dalam ruang lingkup undang-undang negara.

‎"Kami juga telah melantik 47 orang sukarelawan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantu mengumpulkan tandatangan satu juta rakyat untuk menyokong Akta Hasutan 1948 di kekalkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Mohd Khairul mengulas pelancaran besar-besaran GHAH oleh lebih 112 pertubuhan masyarakat sivil bersatu yang membantah penggunaan berterusan undang-undang Akta Hasutan 1948 yang akan berlangsung pada malam Isnin.

Bocor: Muhyiddin sepatutnya letak jawatan

Walaupun pihak lain juga patut dipersalahkan dalam insiden tersebut, namun Menteri Pelajaran patut membuktikan bahawa mereka serius untuk melaksanakan integriti kebudayaan dan kejujuran.
PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menyatakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletak jawatan sebagai Menteri Pelajaran.
Menurut Zuraida dalam satu kenyataan media di laman Facebook PKR, Muhyiddin perlu bertanggungjawab atas insiden soalan ‘bocor’ kertas peperiksaan UPSR itu.
Ini kerana insiden itu terjadi sewaktu tempoh bertugas Muhyiddin.
“Ini amat memalukan bagi negara apabila sesetengah pihak menggunakan jalan mudah untuk lulus peperiksaan,” kata Zuraida yang juga menekankan bahawa cadangan mencetak kertas soalan peperiksaan di United Kingdom bukanlah satu penyelesaian untuk masalah tersebut.
Beliau berpendapat walaupun pihak lain juga patut dipersalahkan dalam insiden tersebut, namun Menteri Pelajaran patut membuktikan bahawa mereka serius untuk melaksanakan integriti kebudayaan dan kejujuran.
“Untuk mengatasi masalah ini ia perlu dipupuk dari awal. Kita tidak mahu generasi muda mengambil jalan mudah berikutan masalah ini. Peperiksaan diadakan bertujuan untuk mengukur tahap kecekapan pelajar, namun pelajar juga harus berusaha,” katanya.
Tambahnya lagi, jika perkara sebegini tidak dibendung dari awal, akan terjadi lebih banyak masalah di kalangan pelajar pada masa yang akan datang.
“Kita kemungkinan akan bangga dengan kejayaan akademik yang dicapai, tetapi tidak sehingga menjejaskan nilai-nilai moral kita sendiri,” ujar beliau.

Elok percaya orang politik yang tak tahu berbohong


PENDEDAHAN Ketua AMK, Nik Nazmi mengenai pandangan Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diluahkan di dalam satu pertemuan tertutup boleh dibaca dengan pelbagai sudut tersirat.

Nik Nazmi berkata, Abdul Hadi menyarankan agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sebagai langkah keluar krisis Menteri Besar Selangor.

Pandangan Abdul Hadi itu barangkali mengejutkan Nik Nazmi sehingga beliau terlupa bahawa ia adalah satu pertemuan tertutup, lalu mengeluarkan berhubung isu tersebut untuk pengetahuan orang ramai. Tujuan beliau berbuat demikian agak jelas – para pembaca sudah tentu boleh ‘membaca’nya sendiri tanpa perlu dihuraikan.

Berbalik kepada pandangan Abdul Hadi – yang tidak disangka ialah Abdul Hadi masih konsisten dengan pandangannya sejak awal krisis MB Selangor ini berlaku - iaitu mengekalkan Abdul Khalid sebagai MB.

Di dalam dunia politik Malaysia, tindakan Abdul Hadi untuk menyatakan pandangan sedemikian di depan Ketua Pemuda Dapsy dan juga AMK secara tersiratnya menyerlahkan keberanian dan sikap tidak tahu berbohong beliau.

Cubalah ditanya soalan perangkap yang sama kepada ahli politik yang lain, sudah tentu jawapan mereka berbelit-belit sehingga seolah-olah macam tak jawab soalan.

Muktamar PAS: Pemuda bawa gagasan segar politik orang muda

muktamar PASSHAH ALAM, 15 SEPT: Idea gagasan politik budiman dijangka diketengahkan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat dalam ucaptama Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-55 yang akan berlangsung 16 dan 17 September ini.
Katanya, budaya politik ini perlu diketengahkan terutama dalam situasi politik sekarang yang berdepan dengan pelbagai krisis
“Satu politik anak muda yang segar iaitu politik budiman. Secara ringkas dan mudahnya adalah politik bijaksana.
“Ia merujuk bagaimana budaya politik ini dapat diwujudkan dalam situasi masa kini,” Katanya kepada Selangor Kini.
Selain itu katanya, muktamar dewan pemuda bakal memberikan penekanan terhadap pengukuhan muafakat terhadap Pakatan Rakyat yang kini berhadapan isu besar terutama krisis Menteri Besar Selangor.
Tambahnya, dalam ucapan yang akan disampaikan di Kota Tinggi ini turut melibatkan beberapa teguran terhadap parti daripada sudut pandang pemuda dalam memacu parti untuk terus kehadapan dalam menguruskan persepsi rakyat serta persediaan menghadapi pilihan raya.
“Dalam ucaptama pemuda kita memberi penekanan dibawah tajuk memperkukuh muafakat yang mana kita ambil bersesuaian dengan situasi kini.

PRK N.01: Berilah kepercayaan kepada Wan Rosdi - MB Kelantan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera kepada semua Pengundi Pengkalan Kubor.

Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi peluang untuk kita bertemu dalam pilihan raya kecil N.01 Pengkalan Kubor, Tumpat. Semoga semua Pengundi Pengkalan Kubor tak kira sama ada orang Melayu, Siam, Cina dan semua pengundi berada dalam sihat walafiat.

Pihak saya meletakkan harapan agar semua Pengundi Pengkalan Kubor termasuk pengundi yang berada di perantauan yang jumlahnya hampir mencecah 1,900 orang agar dapat pulang untuk mengundi pada hari khamis 25 September 2014 nanti demi untuk mencorak kepimpinan baru di Dun Pengkalan Kubor.

Oleh itu, bersempena pilihan raya kecil ini saya menyeru agar kita semua mengambil pengajaran daripada seruan Allah SWT sebagaimana dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang meminta supaya kita semua memupuk silaturrahim, berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain, lelaki dan perempuan daripada pelbagai bangsa.
Ini bermakna, tidak kira Melayu, Siam, Cina, India dan semua bangsa adalah anak-cucu Adam alaihissalam yang kemudian berkembang menjadi pelbagai keturunan, bangsa, bahasa, budaya, warna kulit dan pelbagai adat resam. Maka Islam memandang tinggi dan memberi kemuliaan di atas kepelbagaian ini, asalkan mereka beriman dengan Allah SWT.

Saya meletakkan harapan agar semua Pengundi Pengkalan Kubor sentiasa bersikap saling hormat-menghormati, iaitu sikap yang selari dengan pendirian dan dasar Membangun Bersama Islam yang dijelmakan sejak tahun 1990 oleh bekas menteri besar, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Maka prinsip ini menjadi panduan kepada semua Wakil Rakyat PAS yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan. Sikap ini saya yakin ada pada Saudara Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagaimana ikrarnya untuk bersedia memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Pengkalan Kubor.

'Pendaratan tentera AS simbolik iktiraf Israel' - Gamis

Pendaratan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini dianggap simbolik pengiktirafan Malaysia terhadap keganasan kuasa besar dunia itu dan sekutunya terhadap umat Islam, khususnya di Gaza.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengutuk tindakan kerajaan membenarkan latihan bersama Malaysia-AS di Terengganu dan Kelantan itu.

Presidennya Abdul Malik Ab Razak (bawah) berkata, walaupun pendaratan itu dikatakan untuk latihan pengurusan bencana alam dan perlaksanaan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ia “sungguh mencurigakan”.

“Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya,” kata Malik.

“Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia.

Kementerian Pertahanan pada 12 September lalu menjelaskan, sekumpulan tentera AS hadir untuk menjalani Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama Tentera Darat Malaysia.

Bernama melaporkan, tentera AS yang terlibat dalam latihan antara 13 September hingga 26 September itu daripada pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.

Kekal MB: Abdul Khalid ucap terima kasih kepada Hadi atas kepercayaan

MBSHAH ALAM, 15 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berterima kasih kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mencadangkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sebagai jalan penyelesaian kemelut politik Selangor.
Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata kuasa lantikan Menteri Besar adalah dibawah kuasa DYMM Sultan Selangor.
“Saya berterima kasih kepada Presiden PAS, tetapi saya minta maaf..Perkara lantikan Menteri Besar adalah dibuat di bawah kuasa sultan,” katanya kepada pemberita.
Abdul Khalid berkata demikian selepas merasmikan program Multaqa Imam-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir peringkat negeri Selangor di Masjid Negeri di Shah Alam.
Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pemangku Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Hata Ahmad.

Antara signal Pas, beriani gam dan kemelut MB

Bermula esok, Muktamar Pas ke-60 bermula dengan perasmian mesyuarat dewan-dewan sayap parti itu pada sebelah petang dan malam.
Menariknya, ia diadakan di Johor - sebuah negeri yang tidak pernah ditadbir oleh Pakatan Rakyat berbanding lokasi penganjuran muktamar sebelum ini.
Johor juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.
Walaupun agak kecoh apabila lokasinya berubah dari Sutera Mall, Skudai ke Parit Raja di Batu Pahat (dikaitkan dengan campur tangan pihak-pihak tertentu) namun nampaknya ia berjalan lancar pada saat-saat akhir.
Bagaimanapun ia mengecewakan sedikit tuan rumah, Pas Johor sebelum itu mahu muktamar parti diadakan di kawasan dikelilingi pusat beli belah utama di Johor Bahru.
Satu lagi, ia menyebabkan mesyuarat sayap-sayap parti berterabur.
Muslimat di di sebuah hotel di Pulai, Pemuda di sebuah dewan perniagaan Cina di Kota Tinggi, dewan ulama di Skudai dan muktamar di kawasan kuat Pas di Batu Pahat.
Nayalah kepada perwakilan parti terutama dari Sabah dan Sarawak yang sudah menempah hotel dan buat perancangan awal kerana terpaksa tukar pelan lain.
Tetapi ada juga yang kata, muktamar Pas kali ini ada hikmahnya - ia macam roadshow satu Johor pula.
Secara tersirat, muktamar kali ini juga memberi signal kepada BN yang kebangkitan Pas semakin membara di negara gerbang selatan itu.
Keputusan PRU tahun lalu di mana Pas memenangi empat kerusi DUN maka kehadiran Pas di Johor sudah mula berbekas.
Dalam Pilihan Raya Umum tahun lalu, Pas memenangi empat buah kerusi DUN - DAP 13 dan PKR 1.
Kerusi yang dimenangi PAS ialah Maharani (Muhd Taslim), Sungai Abong (Sheikh Ibrahim Saleh), Puteri Wangsa (Ustaz Abdullah Husein) dan Parit Yaani (Aminolhuda Hasan).
Nampaknya Pas Johor kini bukan sahaja boleh berbangga dengan pemimpin mereka yang menempa nama di peringkat Pusat sahaja.
Nama-nama Salahuddin Ayub, Datuk Dr. Mahfodz Muhammad, Allahyarham Dr. Sanusi Daeng Mariok dan terbaharu, Suhaizan Kaiat.
Pentas Muktamar Pas ke-60 yang bakal membuka tirai itu juga bukan sekadar peluang perwakilan mencari nasi beriani gam paling sedap di Batu Pahat atau ikan asam pedas.
Ia dijangka hangat terutama isu tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan kemelut isu MB Selangor.

GST cukai terbaik untuk rakyat kata Najib

Cukai itu diperlukan untuk membantu ekonomi negara.

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata cukai barangan dan perkhidmatan, (GST) diperlukan kerana ia sebahagian daripada pembaharuan penting untuk membantu Putrajaya membina ekonomi yang lebih kuat, berterusan dan telus.
“Cukai itu diperlukan untuk membantu ekonomi negara. Sebagai perdana menteri, adalah tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang terbaik bagi rakyat Malaysia.
“Saya percaya GST cukai yang betul bagi Malaysia pada masa ini,” katanya.
Sehubungan itu, Putrajaya ingin memansuhkan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan menggantikannya dengan cukai menyeluruh 6% GST.
Cukai ini akan dikenakan kepada hampir semua kecuali beberapa barangan keperluan yang disenaraikan bermula 1 April tahun depan.
“Ketika ini 40 peratus daripada pendapatan kerajaan disumbangkan oleh sektor petroleum dan gas manakala hanya 1.2 juta pekerja Malaysia yang membayar cukai bagi menampung keperluan 28 juta rakyat.
“Jelas bahawa Malaysia tidak mampu mengekal dan melonjakkan ekonominya jika hanya bergantung harap kepada pendapatan sedia ada. Sebab itu negara memerlukan cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” katanya.
Perdana Menteri berkata, GST adalah cukai moden yang akan menghapuskan kelemahan dalam cukai semasa.
“Sebagai contoh, GST mempunyai unsur-unsur semakan silang yang akan meningkatkan pematuhan cukai dan menggalakkan penjimatan dan pelaburan,” katanya.

Muktamar Ke 60: Peluang kenal PAS secara lebih rapat - Aminolhuda


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Aminolhuda Hassan bagi  berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan Mursyidul Am dan Ahli Majlis Syura, Presiden dan AJK PAS Pusat, semua pimpinan PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat serta rakan-rakan ke Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang akan berlangsung di Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat mulai 18 hingga 20 September ini.

Beliau yang mewakili PAS negeri berkata, inilah julung-julung kalinya Muktamar PAS Pusat diadakan di Johor.

"Kepada masyarakat umum khususnya di Johor, saya mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan untuk mengenal PAS secara lebih rapat dengan melihat pameran dan menyertai pelbagai acara menarik dalam Karnival Rakyat yang akan turut diadakan sepanjang tempoh tersebut," tulisnya menerusi facebook PAS negeri, kelmarin.

Mengenai jadual karnival sempena muktamar tersebut, katanya ia akan dimaklumkan kemudian.
"Marilah kita sama-sama menjayakan muktamar PAS pada kali ini. Islam rahmat kepada seluruh alam. PAS untuk semua. Sudi-sudikanlah," ujarnya lagi.
Sebelum itu, Muktamar Dewan Ulamak diadakan di Kulai, Dewan Pemuda di Dewan Chun Moi, Kota Tinggi dan Dewan Muslimat di Pulai Spring Resort.
Untuk perasmian bagi Dewan Pemuda akan berlangsung pada petang 16 September, manakala Dewan Muslimat pada sebelah malam hari yang sama. Dewan Ulamak pula akan mula berlangsung pada 17 September.

Mat Sabu gesa ulama keluar dari 'retorik bosan'

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa kumpulan Islamis dalam parti itu untuk “mereformasi” dan “menaik taraf” diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan.

Katanya, PAS harus melaksanakan apa yang diperkatakan dan tidak harus membenarkan kebangkitan tokoh sekular "Kamal Attaturk" bangkit kerana rakyat sudah mula bosan dengan retorik atas nama Islam, seperti yang berlaku di Turki.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu yang memberi amaran bahawa akan sampai masanya rakyat Malaysia mengundi “Jokowi” seperti presiden Indonesia Joko Widodo.

Mohamad Sabu, yang popular dengan gelaran Mat Sabu, berkata mengagumi ramai tokoh dan tidak hanya personaliti Islamik.

“Saya hargai Ayatollah Khomeini (Iran), Syed Hossein Nasrullah (Lubnan), Ho Chin Minh kerana menyatupadukan Vietnam menentang AS, Fidel Castro kerana menyatupadukan Cuba, Mother Teresa kerana layak untuk Hadiah Nobel.

“Ini tidak bermakna saya mengikuti agama mereka.

“Saya orang Islam dahulu. Saya hormati ulama tetapi ulama harus bertindak relevan dengan zaman dan tidak membiarkan umat Islam mencari eskapisme lain kerana mereka bosan dengan retorik,” katanya kepada Malaysiakini.

Kes melibatkan Akta Hasutan sepanjang 2014

Memasuki suku terakhir tahun 2014, beberapa kes telah dilaporkan di bawah Akta Hasutan 1948.

Awal tahun ini, mendiang ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh didenda RM4,000 selepas disabitkan atas kesalahan menyuarakan pendapat berhubung krisis perlembagaan Perak 2009 pada 21 Februari 2014.

Antara lain yang turut disiasat, didakwa dan disabitkan di bawah akta tersebut termasuk ahli politik, pelajar, pendakwah, pensyarah dan aktivis.

Akta Hasutan 1948 merupakan satu akta undang-undang yang digubal bertujuan mencegah sebarang bentuk perbincangan atau ucapan yang boleh dianggap atau mempunyai kecenderungan sebagai "menghasut", sama ada dalam bentuk kata-kata, penulisan dan penerbitan bercetak.

Di bawah adalah sebahagian kes yang melibatkan akta tersebut sejak Januari sehingga pertengahan September 2014:


Akta Hasutan Malaysia 2014.

Akta Hasutan: Dilema Putrajaya - mansuh atau pinda

Pada 3 September lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan melancarkan kempen besar-besaran (ala himpunan Black505) di seluruh negara menuntut Akta Hasutan dimansuhkan.
Tepat sekali akronim PKR bermaksud “Pakar kempen rakyat”.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan kempen itu akan bermula di Kuala Lumpur dan seterusnya digerakkan di setiap negeri, disusuli dengan kutipan tandatangan untuk satu petisyen yang akan diserahkan kepada Putrajaya.
Petisyen itu akan mendesak Putrajaya untuk segera melakukan dua perkara – pertama, mansuhkan Akta Hasutan, dan kedua, “menggugurkan serta-merta semua dakwaan di bawah Akta Hasutan setakat ini - tidak kiralah sama ada kepada sesiapa pun” (http://www.malaysiakini.com/news/273538)
Rafizi berkata PKR akan bekerjasama dengan pergerakan mahasiswa dan beberapa pihak lain.
Ini merupakan antara beberapa isu semasa yang dihadapi kerajaan persekutuan dan perlu ditangani dengan bijaksana dan berhemah.
Janji awal Perdana Menteri
Pada 11 Julai 2012 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada menyatakan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan. Janji awal ini diulangi olehnya setahun kemudian, pada Julai 2013 sewaktu beliau ditemubual wakil British Broadcasting Corporation (BBC).
Desakan agar Perdana Menteri segera mengotakan janjinya memuncak bila prosiding jenayah di bawah Akta ini difailkan terhadap beberapa individu, termasuklah ahli politik Pakatan Rakyat seperti Chuan Tian Chang dan aktivis tempatan seperti Tamrin Ghafar, Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, juga dikenakan prosiding jenayah di bawah Akta ini berhubung penyiaran satu klip video di Youtube berjudul "Onederful Malaysia" pada Februari lalu.
Baru-baru ini tindakan serupa dilakukan terhadap seorang peguam, Edmon Bon. Peguam ini disiasat di bawah Akta Hasutan  setelah dia dilaporkan berkata “Orang bukan Islam tidak tertakluk kepada fatwa atau Mahkamah Syariah”.
Tindakan ini mendorong bekas Pengerusi Majlis Peguam Datuk S. Ambiga berkata "Demokrasi apakah yang Putrajaya laung dan katakan jika peguam tidak boleh memberi pendapat mereka?" (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siri-tangkapan-di-bawah-akta-hasutan-jadikan-malaysia-negara-polis-kata-amb)
Desakan-balas jangan mansuh
Sementara pelbagai pihak dan Pakatan Rakyat terus mendesak Akta Hasutan segera dimansuhkan, Putrajaya juga berdepan dengan desakan-balas dari beberapa pihak lain yang meminta Akta itu dikekalkan, dikemaskini dan diperkasakan lagi.
Pada 30 Jun lalu, tokoh negarawan kita Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa jika Akta Hasutan dimansuhkan, negara ini boleh menjadi huru-hara. Apa yang perlu dilakukan adalah undang-undang ini diperkemas lagi (http://www.astroawani.com/news/show/negara-boleh-huru-hara-jika-akta-hasutan-dihapuskan-dr-mahathir-38758).
Kata beliau,  sebelum ini kerajaan telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Daerah yang mana akibatnya pelbagai jenis jenayah meningkat.
Jika Akta Hasutan dimansuhkan, pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan, tambah beliau.
Pada 5 Julai lalu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) meminta Putrajaya mengkaji semula  keputusan awalnya itu dan meneliti dengan lebih terperinci lagi tiga draf undang-undang yang disebut-sebutkan sebagai pengganti Akta Hasutan yang sedia ada itu.
Mengikut Pengerusi Biro Perlembagaan Perundingan MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, tiga undang-undang baru yang dicadangkan sebagai pengganti Akta Hasutan yang sedia ada itu  berkemungkinan "mengetepikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam hal memelihara hak keistimewaan orang Melayu" hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Pada 22 Julai lalu, Tun Abdul Hamid Mohamed (mantan Ketua Hakim Negara) menyatakan Akta Hasutan 1948 tidak wajar dimansuhkan kerana ia adalah benteng mengekang perbuatan menghasut berkaitan agama Islam, perpaduan dan kesejahteraan pelbagai kaum di negara ini.

Setelah Mahathir menyebelahi Anwar, istana Selangor kehilangan asas moral

Oleh Aziz Bari
Ia tidak perlu kerana undang-undang dan amalan mengenai hal ini sangat jelas. Tetapi apabila bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan pada 11 September bahawa beliau, ketika menjadi Presiden Umno, ada menghantar satu nama ke istana, dan dia membuktikan kewajaran musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, dua hari sebelum itu, memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana mengemukakan hanya satu nama dan bukannya dua seperti yang dititahkan DYMM. Baginda Sultan telah meluahkan rasa tidak puas hatinya, dan baginda menegur PKR dan DAP. Hanya Pas yang telah mematuhi permintaan istana.

Anwar, seperti DAP, kekal mencalonkan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon MB kerana menurut pemimpin Pakatan Rakyat itu, ia melibatkan prinsip perlembagaan.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa Mahathir sebenarnya tidak menggemari perebutan kuasa yang dipimpin Umno di Perak pada tahun 2009, apabila parti Melayu itu bergantung kepada bantuan raja untuk merampas negeri itu kembali selepas tewas di sana dalam Pilihan Raya Umum 2008. Saya berpeluang mendengarnya dari mulut beliau sendiri semasa sebuah jamuan. Mahathir mengetahui bahawa jika pendapatnya diketahui umum, ia akan mendapat kemarahan Umno yang terdesak untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.
Namun begitu, bagi mereka yang sempat melihat bagaimana Mahathir berjuang bermati-matian untuk mengehadkan kuasa dan pengaruh raja-raja dalam dua dekad pemerintahannya, mereka tidak akan terlalu terkejut.
Perlu diingat bahawa Mahathir telah mengarahkan Anwar, yang ketika itu merupakan naib presiden Umno, untuk mengetuai rundingan dengan raja-raja selepas Umno kehilangan Kelantan dalam Pilihanraya Umum 1990. Parti Melayu itu dimalukan 36-0 oleh Pas yang ketika itu bersama Semangat 46, sebuah parti serpihan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Perhimpunan agung parti itu selepas itu telah dipenuhi dengan kecaman ke atas sembilan raja-raja, yang sebahagian besarnya sepatutnya dibalas dengan tindakan oleh Akta Hasutan 1948. Umno akhirnya mengeluarkan sebuah resolusi: kuasa melantik Menteri Besar di tangan raja-raja mesti dimansuhkan. Kembali ke rundingan itu sendiri, raja-raja ketika itu diketuai oleh Almarhum Sultan Azlah Shah yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara – ketua badan kehakiman – sebelum baginda naik takhta pada tahun 1984.
Memandangkan prosedur pindaan dalam Perlembagaan itu sendiri dan juga sifat tidak menentu pilihan raya umum, Umno kemudian menyedari bahawa pemansuhan itu tidak boleh dilakukan. Tetapi entah bagaimana parti Melayu itu masih mahu mendapat keuntungan politik. Itu sebabnya mereka hendak meletakkan had kepada apa yang Umno dakwa adalah campur tangan raja-raja dalam politik. Ini telah dinyatakan di dalam sebuah dokumen, secara rasminya dikenali sebagai Deklarasi Prinsip Perlembagaan 1992, yang sebenarnya disudahkan selepas beberapa siri rundingan antara raja-raja dan sebuah pasukan Umno yang dipimpin oleh Anwar.

Akta Hasutan hangatkan persaingan liberal-konservatif dalam Umno

Oleh HARIS ZALKAPLI

Tiga tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mengambil satu tindakan mengejutkan apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, ISA, dalam suasana negara menunggu Pilihan Raya Umum ke-13.

Tindakan Najib itu menggerakkan pemerintah Umno dan Barisan Nasional ke arah yang lebih liberal, sehingga mencetuskan kegusaran dalam parti itu yang sebahagian besar ahlinya cenderung konservatif.

Pada masa itu, ramai pemerhati melihat dengan optimis tetapi berhati-hati terhadap tindakan berani Najib yang tidak dijangka itu.

Dalam parti, tindakan memansuhkan ISA yang dilihat sebagai satu instrumen penting untuk memelihara keselamatan negara dilihat sebagai satu lagi tindakan yang menunjukkan kecenderungan liberal Najib.

Najib mula dilihat berkecenderungan lebih liberal apabila memunculkan retorik 1 Malaysia yang dilihat sebagai didasari atau bersumber fahaman liberal, yang tidak selari dengan pegangan ketuanan Melayu yang dipertahankan Umno selama ini.

Debat berhubung Akta Hasutan 1948 hari ini sekali lagi menghangatkan persaingan liberal dan konservatif dalam Umno, yang berlangsung dengan sengit dalam era Najib yang mencabar ini.

Gelombang pendakwaan menggunakan Akta Hasutan yang sedang berjalan ini memperlihatkan Najib sebagai pemimpin yang semakin autoritarian, tetapi pada masa sama beliau menunjukkan yang akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional yang dilihat sebagai lebih disenangi kelompok liberal di dalam dan luar parti.