TUMPAT - Tindakan PKR menyerahkan Kerusi Pengkalan Kubor kepada Pas membuktikan wujud  perpaduan kukuh antara parti komponen dalam PR.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, walaupun wujud perselisihan antara pimpinan tertinggi parti komponen dalam PR, beliau yakin perkara berkenaan tidak akan mengugat kepercayaan pengundi di Pengkalan Kubor.

"Kemelut politik di Selangor khususnya tidak akan merecatkan perjuangan PR untuk berkhidmat kepada rakyat dan kita akan menyelesaikan masalah yang berlaku secara baik.

"Perbezaan pendapat seringkali wujud dalam politik, tetapi perbezaan ini tidak bermakna kita akan berpecah dalam perjuangan. Sebaliknya perbezaan ini membuatkan kita lebih kuat," katanya ketika ditemui selepas pengumuman penamaan calon bagi Dun Pengkalan Kubor, hari ini.

Katanya, calon Pas,  Wan Rosdi Wan Ibrahim merupakan calon yang layak bertanding bagi kerusi Pengkalan Kubor kerana mempunyai pengalaman luas mengenai politik di Kelantan.

"Beliau (Wan Rosdi) merupakan anak jati Tumpat, rakyat di sini sememangnya mengenali beliau," katanya.