Jumaat, 12 September 2014

KEHEBATAN MENTERI UMNO memang tiada tolok bandingannya..




Projek Redah Episod 1

UPSR: 'We feel bad for the students'


BOCOR: KABINET DAPUR NAJIB yang langsung tak berkualiti... !!






Darul Umno: Penduduk Kampung Pasir berang, enggan digelar `kampung najis'


Penduduk Kampung Pasir menganjurkan demonstrasi aman sebagai bantahan terhadap cadangan pemaju hartanah mewah Danga Bay mahu membina loji najis di kampung mereka.
BERANG dengan cadangan pihak pemaju hartanah mewah Danga Bay mahu membina loji najis di kampung mereka, lebih 100 penduduk Kampung Pasir mengadakan perhimpunan secara aman hari ini.
Sambil membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang, penduduk kampung terbabit berkumpul sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di hadapan Masjid Ungku Tun Aminah di Kampung Pasir.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Membantah Cadangan Pembinaan Loji Najis itu, Mortadza Abdullah yang mengetuai perhimpunan itu kemudiaannya menyerahkan memorandum bantahan penduduk kepada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas Datuk Tengku Putra Harun Aminurrashid Jumat.
Memorandum itu akan diserahkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut Tengku Putra, kerajaan negeri perlu memberi perhatian laungan ketidakpuasan hati penduduk Kampung Pasir dan kampung sekitarnya kerana mereka merupakan "fixed deposit" kepada Barisan Nasional (BN).
"Mereka merupakan fixed deposit kepada BN dan Umno sejak daripada dahulu lagi. Kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada mereka," katanya.
Memandangkan projek pembinaan loji itu masih di peringkat cadangan, pandangan serta pendapat penduduk tempatan tentang projek loji najis masih boleh diberikan pertimbangan oleh kerajaan negeri termasuk membatalkannya.
"Kita kena cegah "disease" (loji) sebelum ianya menjadi penyakit," kata beliau sambil menambah, kejadian banjir kilat di jalanraya hadapan projek mewah Danga Bay semalam merupakan bukti jelas ketidakmampuan pemaju berkenaan mematuhi peraturan berkenaan pembinaan.

PRK N.01: Nik Aziz bukan lagi MB, UMNO tidak ada sebab untuk kalah..!!

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor yang akan diadakan pada 25 September ini merupakan medan terbaik untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan penghalang utama untuk mereka menguasai Kelantan selama ini.

Selama ini, UMNO dan BN Kelantan sering memberi alasan punca mereka gagal merampas kembali Kelantan dari tangan PAS kerana faktor Nik Aziz yang dikatakan boleh menarik sokongan pengundi.

Kali ini, PRK Dun Pengkalan Kubor diadakan ketika pentadbiran PAS Kelantan tidak lagi diketuai oleh Nik Abdul Aziz yang sering dianggap faktor penghalang UMNO dan BN menang di negeri Cik Siti Wan Kembang.

"Kalau kalah di Pengkalan Kubor bermakna bukan faktor Nik Aziz atau PAS tetapi disebabkan UMNO itu sendiri, masalah dalaman yang tak mampu nak diselesaikan oleh UMNO dan Bn Kelantan.

"Kalau di Pengkalan Kubor ini, calon sudah tidak jadi masalah, orang kenal siapa dia, kalau nak menang itu boleh tapi sejauh mana kita (UMNO) nak menang?

Lagi Kerap Mahathir Nafi, Lagi Bahaya Kedudukan Najib

Sejak Mahathir Mohamad mengumumkan beliau menarik balik sokongannya terhadap Najib Razak, sehingga ini sudah dua kali beliau menyebut mengenai perletakan jawatan Perdana Menteri tetapi kemudian menafikan tindakannya mempunyai maksud sedemikian.

Kali pertama, sehari selepas menulis di blognya mengenai pendirian terbarunya itu, Mahathir mengulas bahawa tindakannya itu bukanlah bertujuan memaksa Najib meletakkan jawatan, tetapi hanya sebagai teguran dan tidak setuju dengan beberapa polisi yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.

Dua hari lalu pula, ketika ditanya apa yang akan dilakukannya jika masih menjadi Perdana Menteri ketika ini, Mahathir secara sinis berkata, beliau akan meletakkan jawatannya.

Berikutan jawapan spontan itu menimhulkan pelbagai spekulasi dan tafsiran, Mahathir semalam sekali lagi membuat penjelasan bahawa beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri meletakkan jawatannya.

Sebaliknya, menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletakkan jawatan jika dilantik sekali lagi memegang jawatan itu.

"Jika mereka melantik saya semula sebagai Perdana Menteri, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa...saya dah tua," tambahnya lagi.

Kenapakah dalam beliau mahu menegur dan menalik balik sokongannya terhadap Najib itu, Mahathir suka menyebut perkataan "perletakan jawatan" yang dikaitkan dengan Perdana Menteri? Walaupun dalam bentuk penafian, mengapakah hanya dalam tempoh tidak sampai sebulan, sampai dua kali ianya disebut?

Dalam jawapan spontan mengenai apa yang akan dilakukannya jika masih menjadi Perdana Menteri, Mahathir misalnya masih boleh memberi jawapan lain seperti mengembalikan ISA, mengekalkan Akta Hasutan dan sebagainya tetapi hairannnya perkataan "meletakkan jawatan" juga yang dipilihnya.

Apakah semua itu mempunyai makna yang tersirat?

Jika diimbas ketika Mahathir berkrisis dengan Musa Hitam dahulu, beliau juga beberapa kali menafikan hubungan mereka renggang dan mempunyai masalah. Dalam suatu majlis yang diadakan di Johor pula, kedua-duanya berpelukan sebagai tanda hubungan yang sentiasa akrab dan tiada masalah.

Polis siasat Peguam Edmund Bon kes hasutan

Peguam, Edmund Bon berkata polis menghubunginya hari ini untuk tampil memberi kenyataan berhubung siasatan berkaitan hasutan.

"Saya akan bekerjasama dengan polis dan akan menemui mereka apabila saya pulang untuk memberi kenyataan,” katanya di Twitter.

Bon, yang kini berada di luar negara, akan kembali ke Malaysia pada 16 September.

Katanya, beliau disiasat berhubung komennya dalam satu laporan berita portal The Malaysian Insider.

Laporan pada 20 Januari itu berhubung isu sama ada golongan bukan Islam patut akur kepada fatwa atau titah sultan.

Peguam, New Sin Yew berkata laporan ke atas Bon dibuat di Pulau Pinang.

Kajian pendapatan isi rumah termasuk pendapatan bukan gaji, kata Wahid Omar

Laporan awal mengenai Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 dijalankan kerajaan yang menunjukkan pendapatan purata isi rumah, melepasi RM5,900 sebulan, termasuk pendapatan bukan gaji serta pulangan daripada pelaburan dalam pelbagai instrumen seperti unit amanah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, angka itu, bagaimanapun, tidak memberikan gambaran sebenar pendapatan isi rumah keseluruhan di Malaysia dan mungkin dilonjak oleh mereka yang mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi.
Beliau berkata, median atau nilai pada titik pertengahan pada RM4,258, bermakna separuh daripada tujuh juta isi rumah Malaysia memperoleh lebih daripada RM4,258 manakala baki yang diperoleh di bawah itu, yang menyediakan gambaran yang lebih baik pendapatan isi rumah di Malaysia.

"Jumlah peratusan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 juga berkurang kepada 28% berbanding 38.7% pada 2012," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis Apresiasi Media anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata kemiskinan juga berkurangan dengan ketara dengan bilangan pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan dikurangkan sebanyak 38,000 kepada 70,000 isi rumah sehingga Jun tahun ini berbanding 108,000 isi rumah pada 2012.
Sementara itu, Wahid berkata nisbah gaji kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang kepada 33.6% tahun lepas berbanding 29.3% pada 2008 adalah petunjuk positif kepada usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
"Ini menunjukkan pendapatan melalui penggajian meningkat sebanyak 8% setahun berbanding dengan peningkatan ekonomi yang meningkat sekitar 5.1% setahun.
"Ini memberi makna yang penting dalam konteks mikro ekonomi di mana kita hendak pastikan apabila produktiviti meningkat, rakyat diberi gaji yang lebih berbanding dengan keuntungan yang diperoleh oleh syarikat," katanya.

Hutang Negara Malaysia Terus Melonjak Tinggi RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan!

Najib Letak Jawatan Mahathir
Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan : Sebelum ini Tokoh Wartawan Negara pernah mencadangkan (DI SINI) hujung tahun lepas tahun 2013 iaitu kepada Najib Razak supaya memberikan peluang dan ruang kepada isterinya, Rosmah Mansor untuk menjadi menteri bagi menggantikan menteri yang kurang berpotensi. Sampai begitu sekali? Terbaru….
Terbaru, atas nama sayangkan bangsa dan negara lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama tempoh 22 tahun, Tun Dr Mahathir pula mengambil tempat untuk memberikan nasihat dan peringatan kepada Najib Razak yang buat diibaratkan sebagai “anaknya” yang mana mahu mengharapkan anaknya itu berpandangan jauh, berdisiplin dan mampu buat keputusan yang betul, jalankan tanggungjawab dan tegur apa yang dirasakan Tun Dr Mahathir tidak betul.
Sebelum ini, Mahathir telah bertindak drastik apabila telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Najib Razak sebagai pemimpin negara. Semuanya atas sebab-sebab berdasarkan laporan Berita Semasa di bawah ini :
Tidak cukup dengan itu, Tun Dr Mahathir yang dilihat mempunyai karisma yang tersendiri apabila mengeluarkan kata-kata dan pandangannya kelihatan lembut dan tidak perlu menjerit-jerit ketika mengeluarkan butir-butir perkataan daripada mulutnya tetapi AWAS……
Lenggok bahasa politik yang digunakan cukup sinikal yang sehingga mampu membuatkan ramai ketawa sendirian dan ada juga yang menahan luka mendengar sindiran dan kata-kata pedas yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir. Terbaru…..

Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Mahathir Nasihat Letak Jawatan?

  1. Tun Mahathir menemplak 1Malaysia Development (1MDB) boros berbelanja
  2. 1Malaysia Development (1MDB) dilihat berdiri megah atas nama “Dana Kekayaan Negara”, apabila membelanjakan duit negara seolah-olah Malaysia mempunyai terlalu banyak lebihan wang untuk dibelanjakan. Sedangkan hakikatnya, duit yang dibelanjakan adalah hutang yang dibuat berbilion ringgit
  3. Apabila terlalu banyak hutang, Malaysia tidak akan terlepas menjadi muflis seperti Argentina
    Sedangkan pelbagai hutang ditambah menyebabkan hutang negara terus melambung tinggi
  4. Hutang perlu dibayar dan dikurangkan
  5. Tetapi apabila bajet defisit yang dibentangkan setiap tahun, mana mungkin Malaysia boleh bayar hutang negara
  6. Nasihat Tun Mahathir kepada Najib Razak dan anak buahnya supaya apabila pembentangan Bajet 2015 dan seterusnya mestilah mengikut had siling hutang negara yang telah diputuskan secara rasmi di Dewan Rakyat
  7. Jikalau beliau menjadi Perdana Menteri sekarang, pastinya beliau akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan berundur jikalau melihatkan corak pentadbiran kerajaan malaysia sekarang
  8. Kerajaan malaysia & Putrajaya dilihat gagal menunjukkan kepimpinan yang kuat dan meletakkan Malaysia ke landasan yang betul dalam aspek pembangunan Malaysia

UPSR: Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas

VIENTIANE - LAOS. Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.

"Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegas beliau.

Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di sini Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

Pas jangan kritik sesama sendiri kata PJ Perak

Parti PAS
IPOH – Pemimpin Pas diminta untuk tidak menyuarakan ketidakpuasan hati dan mengkritik secara terbuka antara satu sama lain.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, setiap pemimpin termasuk ahli parti menggunakan saluran yang betul bagi menzahirkan pandangan kepada parti.
“Gunakanlah semangat musyawarah sebagai saluran yang betul bagi melahirkan pandangan kepada parti dan ahli juga disarankan tidak menjadikan sumber-sumber yang tidak ada autoriti, media massa selain daripada sumber dari parti untuk mendapat sebarang maklumat.

“Jentera parti di semua peringkat perlu terus melaksanakan agenda sebagaimana yang telah dirancang dan Pas Perak tetap berdiri teguh kepada parti dan presiden serta percaya beliau mampu menyelesaikan permasalahan ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, selagi pimpinan dan ahli Pas memelihara adab-adab berjemaah, krisis yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.

“Sebagai ahli Pas, kita wajib menghormati Presiden sebagai pemimpin utama dan juga menghormati institusi tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Pas.

“Namun, dalam masa yang sama kita juga sangat menyayangi pimpinan-pimpinan Pas yang lain dan kita harap semua ahli dapat bersabar serta bertenang dalam hal ini,” katanya.

Wan Rosdi rapat dengan penduduk Pengkalan Kubor

TUMPAT: Pelbagai pihak di sini menyifatkan pemilihan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, dalam misi menafikan kekuatan Umno di Dun Pengkalan Kubor sebagai pilihan terbaik dan tepat.

Ini memandangkan beliau berkhidmat sebagai Penyelia Dun kawasan berkenaan sejak 2009 dan begitu rapat dengan masyarakat.

Ketua Cabang PKR Tumpat, Shaharun Ibrahim berkata, parti itu berdiri teguh di belakang calon PAS yang bertanding dalam misi merampas Dun berkenaan daripada Umno.

“Saya meminta semua penyokong KeADIlan dam pengundi di sini memilih Wan Rosdi pada 25 September ini. Kami tetap berdiri teguh di belakang calon yang dipilih bagi menghadapi Umno,” katanya pada majlis pengisytiharan calon Pakatan Rakyat pilihan raya kecil Pengkalan Kubor malam tadi.

Pengumuman dibuat Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Calon BN pula diisytiharkan pada petang Rabu lalu dilakukan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Anggota jawatankuasa Umno Tumpat, Mat Razi Mat Ail, 49 diumumkan sebagai calon.

S'pura umum tol naik lebih 200 peratus

Pihak berkuasa pengangkutan darat Singapura mengumumkan kenaikan kadar baru tol lebih 200 peratus bagi kenderaan yang masuk dan yang meninggalkan negara tersebut melalui Tambak Johor.

Kenaikan tersebut yang berkuatkuasa 1 Oktober bagaimanapun tidak meliputi motosikal, menurut kenyataan lembaga berkenaan.

Kadar bayaran tol bagi kereta meningkat dari RM3 kepada RM9.60 manakala kadar bagi van dan kenderaan perdagangan ringan meningkat dari RM4.80 kepada RM14.60.

Kadar bagi teksi dan bas pula masing-masing akan meningkat dari RM1.50 dan RM2.50 kepada RM4.80 dan RM7.80.

Pengumuman itu susulan tindakan Lembaga Lebuhraya Malaysia yang menaikkan kadar tol di Tambak Johor sehingga tiga kali ganda, berkuatkuasa 1 Ogos lalu.

Keputusan semua 'A' tidak harus jadi penanda aras kejayaan anak

KUALA LUMPUR: Anak-anak tidak harus dibebankan untuk mencapai 'A' dalam peperiksaan kerana perkara itu bukanlah penanda aras menentukan kejayaan seseorang pada masa hadapan, kata pensyarah di institut pengajian tinggi awam.

"Saya bukan ibu bapa yang berminat melihat anak mendapat semua A pada peperiksaan mereka," kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau sebaliknya lebih percaya kepada kepentingan memahami kandungan subjek yang dipelajari dan memupuk nilai murni dalam diri anak supaya ia dapat dipraktiskan serta menjadi sebahagian daripada peribadi anak.

Katanya sikap ibu bapa yang mahu anak mereka mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan menyebabkan anak 'didewasakan' lebih awal daripada usianya.

"Saya percaya setiap anak perlu mendapat zaman kanak-kanak untuk dikenang semasa dewasa. Malangnya, ia tidak begitu dapat dicapai jika dari awal fokusnya telah ditetapkan hanya untuk mendapat A penuh (dalam peperiksaan)," katanya.

Sambil menyarankan supaya situasi itu diubah, Noor Aziah berkata keterbukaan dalam mendidik anak menyebabkan kanak-kanak itu lebih mudah mendapat kejayaan kerana mereka rasa perlu berusaha gigih bagi membalas kepercayaan ibu bapa.

Beliau turut menegur perbuatan segelintir ibu bapa yang cenderung memuji keputusan cemerlang anak rakan-rakan di hadapan anak dengan niat mahu memberikan motivasi kepada anak untuk lebih rajin belajar.

Tun M jangan tuduh Melayu malas dan tidak jujur kata Manivannan Rethinam

Pengerusi Majlis Gagasan Malaysia gesa Tun Mahathir menarik semula kenyataan mengenai orang Melayu kerana menganggap ia tidak adil untuk orang Melayu keseluruhannya.

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Gagasan Malaysia, Manivannan Rethinam membidas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan “Melayu malas” dan “Melayu tidak berfikir dua kali untuk mengambil wang yang bukan milik mereka”..
Menurutnya, kenyataan daripada Dr Mahathir itu tidak benar kerana ia seperti menuduh semua orang Melayu malas dan tidak amanah sedangkan hanya segelintir yang begitu.
MANIVANNAN_GAGASAN“Secara peribadi, saya mempunyai ramai kenalan dan rakan dari kalangan orang Melayu yang jujur dan mempunyai nilai etika yang boleh dipandang tinggi.
“Kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan kegagalannya untuk mengubah orang Melayu daripada bersikap malas dan tidak amanah setelah 22 tahun memerintah adalah salahnya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Tegasnya, beliau mengesa supaya Dr Mahathir tidak membuat kenyataan melulu yang seolah-olah ditujukan kepada semua orang yang berbangsa Melayu.
“Jangan menuduh orang Melayu pemalas dan tidak jujur. Kenyataan mantan perdana menteri ini tidak sesuai buat masa ini kerana boleh melemahkan bangsa Melayu,” ujarnya.
Semalam dalam ucapannya di majlis pelancaran Buku #WahaiMelayu karangan Anas Zubedy, Dr Mahathir menyatakan pandangannya yang menyentuh tentang orang Melayu pada masa ini kurang amanah.
Menurut Dr Mahathir, setelah 22 tahun, beliau masih gagal untuk mengubah persepsi yang mengatakan orang Melayu malas dan kurang amanah.
Di dalam ucapannya juga, beliau mengatakan yang orang Melayu tidak malu jika gagal dalam peperiksaan mahupun gagal dalam kehidupan.

Ibu bapa terkilan insiden UPSR 2014

UPSR BocorSHAH ALAM – Rata-rata ibu bapa terkilan dengan insiden kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dilaporkan bocor bagi dua mata pelajaran, Sains dan Bahasa Inggeris sehingga menyebabkan anak-anak mereka terpaksa menduduki kembali peperiksaan tersebut, hujung bulan ini.

Kejadian tersebut bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab malah tidak adil kerana membebankan murid-murid yang baru berusia 12 tahun.

Noor Huda Husien, 37 dari Batu Berendam, Melaka berpendapat, soalan UPSR yang didakwa bocor itu menyebabkan anak lelaki sulungnya antara yang menjadi mangsa keadaan.

“Sebagai ibu saya terkilan dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga berlaku kebocoran soalan ini. Anak-anak kita yang jadi mangsa keadaan.

“Mereka dah belajar dan buat persediaan tapi tiba-tiba ditangguh pula dan ini adalah peperiksaan pertama paling besar dalam hidup mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Sementara, Hairul Yahya, 34 dari Pengerang, Johor turut melahirkan kekesalan dengan kejadian itu dan mengharapkan tindakan segera daripada pihak berkaitan bagi mengelakkan perkara sama berulang kembali.

“Kecewa memang kecewa apabila dengar perkara seperti ini berlaku. Lihat anak sendiri pun kesian sebab sebelum ini setiap hari kita galak dia belajar untuk persediaan UPSR kan, tapi ini pula yang berlaku.

“Kementerian perlu ambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab bocorkan soalan ini. Ini perkara serius.

Ulama perlukan Superman

XIFU NASER
XIFU NASERNIK Abduh telah menulis bahawa punca ketidakstabilan Pas bermula dengan pengkhianatan dua Adun Pas. Nik Abduh memuji Presiden Pas kerana berjiwa besar. Wacana Nik Abduh adalah berdasarkan logik mencari kambing hitam di dalam Pas, dan letak beban krisis ke atas bahu mereka.

Dua insan begitu hebat sehingga mampu menggugat kestabilan satu parti yang begitu lama ditubuhkan. Presiden yang begitu berjiwa besar pun tidak mampu mengawal kestabilan parti! 'Akta Wala' yang sentiasa dilaungkan oleh ulama juga gagal menghentikan pemberontakan dalaman parti.

Andaiannya ialah Majlis Syura Ulama tak mungkin silap dalam keputusan yang mereka buat terlebih dahulu sebelum mesyuarat Pas Pusat. Apa-apa pun keputusan mesyuarat Pas Pusat nanti, keputusan Majlis Syura Ulama sahaja yang benar dan yang lain dari itu boleh diabaikan.

Gambaran tentang konsep syura dan Islam Untuk Semua yang diberi kepada rakyat Malaysia ialah Kamu Bukan Ulama. Dengar dan Patuh Sahaja! Ulama Pas memang hebat kitab tetapi mungkinkah ulama tidak cukup smart dalam dunia multiculturalisma?

Dunia bukan kitab kuning kerana dunia pelbagai warna! Abu Hurairah tidak mampu menjadi pemimpin negara walaupun Abu Hurairah meriwayatkan hadis jauh lebih banyak daripada Umar al-Khattab!

Seorang mualaf yang telah dijangkiti HIV tanya saya, “Xifu, apa guna saya peluk Islam jika masih tidak sembuh daripada HIV?” Saya jawab, “Jangan salahkan Islam kerana kamu kena HIV. Kamu bermasalah lama sebelum kenal Islam! Sekarang kamu peluk Islam dan kamu mahu Islam menjadi hamba kamu untuk selesaikan semua masalah-masalah kamu buat dulu!”

Punca ketidakstabilan Pas dan pengaruh yang semakin pudar sebenarnya sudah lama terpendam dan tidak adil untuk mengatakan ia bermula dengan dua Adun tersebut. Bila ulama pun mula mengkambinghitamkan parti-parti lain, individu-individu lain dan mempolitikkan isu-isu agama tanpa melihat cermin diri, ini adalah punca kejatuhan.

Bila kritikan dilontarkan kepada Akta Hasutan yang menghukum kebebasan bersuara, jangan lupa bahawa ‘Akta Wala’ menghukum sesiapa, walaupun majoriti, yang tidak taat pada syura ulama itu dosa! Bahkan Akta Wala’ lebih bahaya lagi kerana membawa kepada taksub ulama. Tak hairan kalau kubur ulama pun dijadikan keramat mengambil berkat!

Hadi setuju selesai kemelut politik dengan PKR, DAP - Suhaizan


Abdul Hadi Awang (tengah) mendengar penjelasan daripada Suhaizan (dua dari kanan) dalam pertemuan pertama di Pejabat Agung Pas Pusat di Kuala Lumpur pagi ini.
Abdul Hadi Awang (tengah) mendengar penjelasan daripada Suhaizan (dua dari kanan) dalam pertemuan pertama di Pejabat Agung Pas Pusat di Kuala Lumpur pagi ini.
 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada masalah untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden (MPP) Pakatan Rakyat, jika rakan gabungannya, PKR dan DAP juga bersedia berbuat demikian.
 
Malah beliau mengingatkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR), jika benar-benar mahu melihat pakatan pembangkang bersatu seperti sebelum ini, mereka mesti berusaha dan bekerja kuat bagi memastikan matlamat itu menjadi kenyataan.
 
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat ketika mendedahkan perkara itu berkata, jaminan dan pesanan itu dinyatakan Abdul Hadi dalam pertemuan beliau bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Malaysia, Teo Kok Seong.
 
Katanya, mereka mengunjungi Abdul Hadi di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur dan berbincang mengenai penyatuan itu selama 45 minit bermula jam 9 pagi.
 
"Datuk Seri Presiden kata, jika betul-betul mahu muafakat, bermuafakatlah betul-betul. Saya (Abdul Hadi) tak ada masalah nak jumpa (Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dalam MPP)," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini, hari ini.
 
Menurut Suhaizan, dalam pertemuan itu, Pemuda PR menyampaikan suara resah anak muda Malaysia mengenai hubungan pakatan pembangkang yang dilihat semakin renggang berikutan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor.
 
Katanya, mereka turut menyampaikan hasrat anak muda dan maklum balas rakyat serta beberapa pihak dari badan bukan kerajaan (NGO) kepada Abdul Hadi, yang mahu melihat perpaduan terjalin erat dalam pakatan pembangkang.
 

Bocor: Jangan kerana politik Umno, pelajar jadi mangsa

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan permainan politik di dalam Umno berhubung sabotaj membocorkan solan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga pelajar menjadi magsa.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar memberitahu kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menolak ada unsur sabotaj terhadap beliau membuktikan adalah sesuatu yang serius.

"Kita bersimpati dengan Muhyiddin dengan permainan yang berlaku di dalam Umno, cuba menjatuhkan beliau melalui sabotaj soalan peperiksaan.

"Namun kita kesal krisis politik dalaman Umno ini menyebabkan pelajar menjadi mangsa," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut merasakan kebocoran soalan peperiksaan ini mempunyai kaitan dengan kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak.

"Saya percaya ia ada kaitan, kita melihat bagaimana Mahathir kritik Najib dan selepas itu beliau menarik balik kritikan.

Bocor: Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak ekoran kebocoran kertas ujian Sains dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan  turut mengumumkan penggantungan tugas Timbalan Pengarah Operasinya Dr Wan Ilias Wan Salleh, lapor Bernama.

Penggantungan kedua-dua pegawai lembaga itu berkuatkuasa serta-merta.

Agensi berita itu menyebut, Muhyiddin berkata Dr Naimah perlu bertanggungjawab atas kejadian itu kerana ia menjejaskan integriti kementerian dan peperiksaan awam.

MB Selangor: PAS perlu dapatkan sokongan rakan, elak Pakatan dibubar - Mahfodz


Post Pic

SHAH ALAM: PAS dinasihatkan berunding dengan rakan kompenan Pakatan Rakyat (Pakatan) bagi mendapatkan sokongan majoriti ADUN Selangor sekiranya Sultan memberi pekenan untuk melantik Menteri Besar yang baharu dalam kalangan pemimpin parti Islam itu.
 
Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata saranan itu dibuat bagi mengelakkan masalah yang lebih buruk sekaligus boleh menyebabkan perikatan pakatan pembangkang itu dibubarkan.
 
"Oleh kerana kita masih dalam Pakatan saya nasihatkan PAS supaya berunding dengan rakan-rakan kompenan Pakatan minta sokongan daripada mereka takut nanti lebih membahayakan lagi dan pakatan itu dibubarkan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Katanya, jika pakatan pembangkang itu dibubarkan tiada siapa yang akan untung.
 
"Kalau dibubarkan nanti tidak ada siapa yang untung, baik PAS, PKR atau DAP akan lebih rugi. Maka sebab itulah jika ditakdirkan Tuanku menamakan ADUN PAS maka PAS kena berunding dengan rakan-rakan Pakatan untuk minta persetujuan dan sokongan," katanya.
 
Mengulas lanjut tindakan PAS menghantar tiga nama kepada Baginda berhubung colon menteri besar Selangor, Mahfodz berkata PAS ada peraturan sendiri serta enggan membuat baginda murka.
 
"Seperti yang telah disebutkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz bahawa PAS ada peraturan sendiri, PKR ada peraturan sendiri dan begitu juga DAP ada peraturan sendiri. Lagi pun kita belum ada satu parti sebab itu ahli PAS kena mengutamakan parti dahulu," ujarnya. 

'K'jaan tak tergesa-gesa mansuh Akta Hasutan' kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan bertindak tergesa-gesa dalam usaha menggantikan Akta Hasutan.

Katanya, kerajaan juga masih belum memutuskan sama ada akan memansuhkan atau meminda akta tersebut.

Tambahnya, akta baru itu perlu “lebih baik” berbanding Akta Hasutan dan bertindak “mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama dalam masyarakat”.

“Kerajaan juga tidak akan tergesa-gesa menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang baru tanpa meneliti semua aspek berkaitan termasuk kepentingan elemen pencegahan.

“Kerajaan tidak akan mengambil langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana dalam negara tidak tenteram,” katanya.

Kenyataan itu timbul susulan siasatan dan pendakwaan ke atasn ahli politik, aktivis dan ahli akademik mengikut Akta Hasutan sejak beberapa bulan lalu.

Najib pada tahun 2012 berjanji untuk memansuhkan akta tersebut.

Orang Melayu gagal

Anuar Mohd Nor


Sekali lagi dalam pusingan kedua - tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyapu keluar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuka lembaran ulangan kritikan beliau ke atas Melayu.
Sebelum ini, tindakan yang hampir sama dibuat untuk menendang keluar Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menceritakan dan menyerang kegagalan Abdullah maka cerita Melayu gagal terselit keluar daripada mulut Dr Mahathir.
Melayu malas dan Melayu tidak tahu malu merupakan kritikan pedas. Kalau dahulu kritikan ini boleh dikira sebagai cabaran kepada Melayu tetapi serangan berkali-kali seperti ini bukan boleh dianggap sebagai cabaran malah boleh dianggap sebagai membunuh moral orang Melayu.

Dalam nada yang sama Dr Mahathir akan turut mengatakan kegagalan beliau dalam usaha meningkatkan pencapaian Melayu, selama 22 tahun menerajui negara sebagai erdana menteri Malaysia. Dr Mahathir terus mengakui beliau gagal. Sejak meletak jawatan sebagai perdana menteri  Malaysia sehingga ke hari ini, melalui 2 perdana menteri, Dr Mahathir masih menyanyikan lagu yang serupa beliau gagal untuk Melayu dan kegagalan beliau untuk Melayu kerana Melayu itu sendiri iaitu sikap Melayu dan perangai Melayu.
Oleh itu sinopsis Dr Mahathir ialah beliau melakukan yang terbaik, membuka peluang luas untuk Melayu tetapi Melayu itu sendiri mungkin bangsat, tidak tahu malu, pemalas dan bersikap buruk maka Melayu itu terus mundur dan beliau tidak boleh dipersalahkan.
Dr Mahathir mahu mengatakan beliau dalam menerajui Melayu melakukan segala-galanya tetapi kerana Melayu itu Melayu maka semuanya gagal dan kegagalan itu adalah kerana Melayu dan bukan polisi dan tindakan beliau sewaktu memerintah.
Namun dalam kemelut kita berfikir mengenai apa yang Dr Mahathir katakan, mengenai Melayu dan kegagalan Melayu, sikap Melayu, kemalasan Melayu, kekurangan integriti serta kemunduran Melayu, beliau harus memecahkan Melayu itu kepada beberapa kategori - Melayu sampingan - yang dikatakan pelajar Melayu khususnya lelaki yang gagal ke universiti, Melayu rempit dengan Melayu yang diberi ruang dan peluang beliau olehnya dalam zaman pemerintahannya dengan Melayu elitis yang jadi ali baba dengan perolehan tender tanpa bida, memegang berpuluh syarikat daripada kelas F ke kelas A tetapi tidak tahu bekerja serta Melayu yang berkhidmat dalam kerajaan termasuk dalam bidang ketenteraan, kepolisan dan guru.

Sistem ‘mengarut’ punca guru bocor soalan untuk ‘ajar’ kementerian

UPSR1 SHAH ALAM 12 SEPT: Seorang guru tidak menolak kemungkinan dalam membocor soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dibuat rakan seprofesion bagi ‘mengajar’ Kementerian Pendidikan.
Hanya mahu dikenali sebagai Nurul, beliau berkata perbuatan itu mungkin dilakukan sebagai protes berikutan sistem pendidikan sedia ada membebankan guru dan ‘mengarut’.

“Mungkin ini jalan untuk sedarkan menteri agar menghentikan segala sistem mengarut yang membebankan guru.
“Guru diberi tekanan prestasi pelajar dan sekolah untuk kejar prestasi dan gred yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya pada perbualan di Facebook.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pandangannya yang tidak sehaluan dengan kementerian.

PRK Pengkalan Kubor: Penduduk tidak kenal calon BN

TUMPAT: Calon BN, Mat Razi Mat Ail pada peringkat awal tidak ada dalam senarai utama. Malah ia tidak mencerminkan kehendak awal Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu calon muda ditampilkan.

Kemunculan bekas penolong pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Tumpat itu mengenepikan pemimpin yang sudah lama menabur bakti dalam Umno.

Sedangkan senarai yang diketengahkan dalam kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendapat 35 peratus sokongan daripada 507 responden.

Turut disenaraikan Timbalan Ketua Umno Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz (29 peratus), Razidi Mohmad (16 peratus), Wan Johani Wan Hussin (9 peratus) dan Wan Hanafi Wan Yaacob (9 peratus).

Nama Mat Razi langsung tidak tersenarai dalam jangkaan ramai. Berbeza calon Pakatan Rakyat, Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat sokongan 28 peratus hasil kajian UMcedel.

Seorang penduduk di Kampung Geting, Abdullah Sabri (gambar) mengakui penduduk kurang mengenali Mat Razi biar pun beliau merupakan anak tempatan.

“Penduduk kampung tidak mengenalinya kecuali mereka yang sering berurusan di Pejabat Pelajaran Daerah. Sedangkan Wan Rosdi orang ramai sudah lama kenal hati budinya.

“Ini memberi kesan yang besar. Jauh berbeza di antara kedua-dua perwatakan itu. Biasanya penduduk kampung menilai kemampuan seseorang berpandu kepada jasa dengan hubungan dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini.

GST: Anwar jawab Najib

Najib dan Anwar
PUTRAJAYA - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa dipersetujui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1992 itu jelas mengelirukan.

Ketua Pembangkang itu menegaskan pelaksanaan GST perlu memenuhi prasyarat tertentu terlebih dahulu serta dilakukan dengan telus dan cekap sebelum ia boleh diperkenalkan tahun depan.

"Dalam Parlimen, saya juga telah menekankan bahawa GST harus bermula pada tahap yang rendah.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran serta mengelakkan daripada berlakunya amalan rasuah.

"Prasyarat ini tidak dipenuhi, sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan ketika saya menjadi Menteri Kewangan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Rabu lalu, Najib berkata, Anwar semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1992 telah menyokong pelaksanaan sistem cukai itu di negara ini.

Jelas Najib, pelaksanaan GST telah disokong oleh Anwar ketika usul itu dibentangkan dalam bajet tahunan negara ketika itu.

Najib ketika membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu berkata GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

YB Hasnul menjawab pertuduhan NIK ABDUH & orang PAS yang mengatakan mereka PENGKHIANAT

Khusus buat mereka dan Nik Abduh yg menggelar Hj Saari Sungib dan YB Hasnul Baharuddin sebagai pengkhianat amat ketara anda telah tidak memahami kedudukan TSKI dan sokongan Adun dlm matematik yg sgt mudah.
Anda kecam mereka....sekarang anda jawablah secara berfakta dan berhemah....

PasMa dan Luham kritik kuasa veto presiden

Menjelang forum kedua anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Ahad ini di Kangar, Perlis, badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat itu kini mempunyai rakan baru iaitu Lujnah (Biro) Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham). Luham mengkritik kuasa pemutus atau veto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama yang membuat tafsiran sedemikian. Setiausaha PasMa Taib Ahmad berkata kenyataan Luham tentang kuasa presiden dalam kenyataan mereka baru-baru ini perlu diperhalusi kerana ia bertentangan dengan kenyataan Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS dan berhak menafsir perlembagaan PAS. "Kita sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan Luham tentang kuasa presiden sebenarnya dan sedang menyusun pertemuan secepat mungkin," katanya. Kenyataan Luham sangat ketara bertentangan dengan kepimpinan ulama tidak disiarkan dalam media rasmi PAS iaitu Harakahdaily tetapi sebaliknya media PAS itu menyiarkan kenyataan Kluster Undang-undang Ilmuan, sebuah badan yang berpusat di Bangi yang banyak memberi nasihat kepada presiden PAS dalam tindakannya. Setiausaha Luham Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataannya semalam mempertikaikan presiden PAS mempunyai kuasa penuh sebagaimana ditafsirkan Majlis Syura. Katanya, presiden PAS didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Kardee berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat". Katanya, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dulu mengenai apa saja perkara. Beliau berkata, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi presiden, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung dan sebagainya perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan. Ini berikutan tindakan Hadi menamakan tiga exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS sebagai calon untuk dipilih Sultan Selangor sedangkan mesyuarat AJK Pusat PAS pada 17 Ogos memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Namun pada 3 September dalam satu surat yang lain,

Saya masih tak sokong Najib, kata Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih tidak menyokong Datuk Seri Najib Razak selepas beliau membuat pengumuman menarik sokongan terhadap perdana menteri itu bulan lalu.

"Saya masih tidak sokong dia (Najib), " katanya dipetik Astro Awani ketika ditanya pemberita tentang perhubungannya dengan Najib ketika ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku '#WahaiMelayu' karya Anas Zubedy, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan beliau sebagai berkata akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini.

Kenyataan itu dilihat sebagai sindiran sinis yang ditujukan kepada Najib selepas beberapa penulisan di blog beliau yang tegas mengkritik Najib sebagai lemah.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan perwakilan Umno di peringkat bahagian mencontohi beliau agar berani mengkritik pemimpin yang tidak melakukan perkara yang betul.

"Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur.

"Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir tsalah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah," katanya.

Air Selangor Sdn Bhd buka lembaran baharu industri air

Oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Kerajaan negeri Selangor mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan khusus kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan menterinya Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili atas kerjasama dan komitment mereka dalam menyelesaikan penstrukturan industri air Selangor.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Khusrin Munawi serta Ketua Setiausaha Kementerian Dato’ Loo Took Gee bagi Kementerian, pegawai dari Pejabat Peguam Negara, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pengurusan Air Negara dan semua yang telah bertungkus lumus bagi memastikan Perjanjian Utama (Master Agreement) hari ini dapat ditandatangi dengan sempurna.
Dengan termeterainya Perjanjian Utama di antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor, Air Selangor Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) maka tercapailah hasrat kerajaan negeri untuk menguruskan industri air seperti mana yang dihasratkan oleh Akta Industri dan Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.
Perjanjian Jual Beli Saham di antara Air Selangor Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) iaitu pemegang 70% saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan 100% saham Puncak Niaga Sdn Bhd akan ditemeterai dalam tempoh terdekat.
Majlis ini juga adalah kesinambungan bagi persefahaman yang telah dicapai diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui dua perjanjian yang telah di tandatangani sebelum ini iaitu Memorandum Persefahaman (MoU) pada 26 Februaru 2014 dan Perjanjian Mengenai Persefahaman (Heads of Agreement) pada 1 Ogos 2014.
Perjanjian ini juga telah membuka lembaran baharu bagi perkhidmatan industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dimana syarikat milik penuh rakyat Selangor iaitu Air Selangor Sdn Bhd akan membawa perkhidmatan bekalan air ke tahap yang lebih profesional dan efisien.
Air Selangor Sdn Bhd akan diurus oleh sekumpulan pasukan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam perkhidmaan air dan saya yakin mereka boleh menjayakan usaha-usaha menjadikan industri air Selangor lebih holistik dengan mengambil alih operasi dan penyelengaraan loji rawatan air serta perkhimatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan oleh empat syarikat konsesi yang berbeza.
Pengurusan tidak holistik sebelum ini menyumbang kepada pengurusan air tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi kepada lebih 5 juta pengguna di Selangor, KL dan Putrajaya.

Individu bocor soalan UPSR pengkhianat negara – Fuziah

SHAH ALAM, 12 SEPT: Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin didesak meletak jawatan ekoran kejadian soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata ia bukan sahaja memalukan, malah menghancurkan integriti institusi pendidikan negara yang diuar-uar sebagai terbaik dunia.
Sebagai menteri bertanggungjawab, beliau berkata Muhyiddin tidak boleh lari dan sekadar menuding jari kepada pihak lain.
“Akibat tangguh kertas peperiksaan ini, kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan, cetak semula, kos pengangkutan, bayaran kepada pemeriksa dan pengawas peperiksaan dan lain-lain kos.
“Juga, kesan kepada perkara lain seperti perancangan percutian keluarga terganggu, masa guru terpaksa masuk kelas dan mengajar lagi,” katanya dipetik dari Facebooknya.
Pada 10 Spetember lepas, soalan kertas Sains UPSR didapati bocor diikuti kertas Bahasa Inggeris yang diduduki calon pada pagi semalam yang juga terpaksa dibatalkan.
Kementerian Pendidikan mengumumkan kedua-dua kertas peperiksaan berkenaan akan ditangguhkan kepada 30 September ini.
Mengulas lanjut, Fuziah menggesa agar kerajaan dapat mengesan punca kejadian ini dan memastikan ia tidak akan berulang di masa hadapan.
“Orang yang membocorkan soalan ini adalah pengkianat negara, bangsa dan agama,” katanya.

Bocor: Sabotaj Muhyiddin, Umno ada masalah dalaman

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menolak kemungkinan beliau disabotaj ekoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor, menunjukkan Umno kini sedang dilanda masalah dalaman, demikian tegas Ajk PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurut Idris, tindakan sabotaj itu juga memberi gambaran masalah dalaman Umno kini semakin serius sehinggakan ungkapan itu sendiri terkeluar daripada Muhyiddin.

"Masalah dalaman Umno nampak semakin serius, tiba-tiba Muhyiddin sendiri yang keluarkan kenyataan menyebabkan beliau jadi seperti itu. Ertinya beratlah masalahnya," kata beliau kepada Harakaahdaily.

Malah Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku kerana perbuatan itu mengundang keresahan ibu bapa, guru apatah lagi murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut.

"Kasihan anak-anak mereka dah lama tunggu saat-saat 'merdeka' tiba-tiba terpaksa ambil peperiksaan sekali lagi akhir bulan ini, perancangan mereka rosak tambah lagi minggu depan cuti sekolah," katanya.

Justeru, semangat kejujuran dan integriti yang tinggi semakin terhakis bukan sahaja di peringkat atasan bahkan di peringkat bawahan.

Calon MB Selangor: AMK pro-Azmin enggan bergeser dengan istana

Pemimpin sayap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Selangor dan Perlis menuntut agar pemimpin tertinggi parti tersebut segera menyelesaikan krisis di Selangor dan mengelakkan pergeseran dengan istana.

Dalam dua kenyataan berasingan dengan kandungan hampir sama, dua kumpulan tersebut menyatakan kebimbangan bahawa tindakan melengah-lengahkan pelantikan menteri besar baru akan menimbulkan kemarahan rakyat.

“Kami pimpinan anak muda di peringkat akar umbi merasakan sudah tiba masanya satu keputusan muktamad dicapai bagi mengakhiri krisis politik yang telah berlanjutan untuk sekian lama ini.

“Kami khuatir sekiranya lebih lama krisis ini dibiarkan berpanjangan, ia bakal mengundang kemarahan rakyat yang semakin resah dan gusar dengan perkembangan mutakhir ini,” kenyataan mereka dipetik.

 Sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa timbalan presidennya, Azmin Ali kini melobi agar PKR memenuhi permintaan istana Selangor agar parti itu mengemukakan lebih dari dua nama untuk jawatan menteri besar.

Ini bagi mengelakkan persepsi bahawa PKR menentang sultan, menurut sumber tersebut yang menjangkakan lebih ramai pemimpin AMK mengeluarkan kenyataan sama.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan untuk mengemukakan hanya satu nama, presiden parti yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walau selepas teguran istana.

Senarai pemimpin AMK yang menyokong kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyertakan nama ketua pergerakan itu sendiri, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sebaliknya, kenyataan berasingan itu disokong oleh para naib pegerusi AMK Selangor Mohd Radzlan Jalaludin dan Sangetha Jayakumar, serta ketua AMK Perlis, Ammar Gazali.

Kos ambil alih air Selangor kurang RM2.2 bilion daripada jangkaan

Kos pengambilalihan penstrukturan semula industri air Selangor yang termeterai hari ini dengan Perjanjian Utama ditandatangani kerajaan pusat dan kerajaan negeri, kurang RM2.2 bilion daripada kos asal. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pada kos RM7.45 bilion, ia jauh lebih rendah daripada tawaran awal yang dilakukan kerajaan negeri iaitu RM9.65 bilion. "Perjanjian ini merupakan satu kejayaan bukan saja pada kerajaan negeri tetapi rakyat Selangor dan Malaysia yang selama ini menyokong penuh usaha mengembalikan semula hak air kepada rakyat. "Walaupun menerima banyak cabaran terhadap usaha, keputusan, malah niat kita dipersoalkan, namun dengan sokongan pelbagai pihak khusus di kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan, menguatkan iltizam kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian muktamad," katanya dalam satu kenyataan. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana kerajaan negeri berjaya mengurangkan kos itu.

Soalan UPSR Bocor : 4 lokasi 'Hotspot' Dikenalpasti


Suspek kes bocor kertas UPSR dikenalpasti


MP: Muhyiddin's sabotage claim on UPSR leak irresponsible


PasMa bukan tiket saya mahu 'naik' dalam Pas - Pahrolrazi


Pahrolrazi Zawawi
Datuk Pahrolrazi Zawawi hari ini menafikan dakwaan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) sebagai usahanya melonjakkan namanya kembali dalam hiraki kepimpinan Pas Pusat pada masa depan.
"Saya bukan political ambitious..saya pun dah rasa semua. Dah jadi ADUN, Pesuruhjaya, AJK Pas Pusat dan semua.. Ini (PasMA) semua untuk selamatkan PR (Pakatan Rakyat).
"Kalau belum jadi pun MB Kedah la kot," selorohnya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.
Sambil berseloroh lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kundor itu juga memberitahu tidak lagi berminat mendaki jawatan utama dalam Pas Pusat kerana jika ada sokongan pun mungkin dari Kedah sahaja tidak dari negeri-negeri lain.
Ketika ditanya kenapa namanya tidak disenaraikan ROS dalam kenyataan akhbar baru-baru ini, Pahrolrazi memberitahu, ia merupakan senarai ahli jawatankuasa (AJK) penaja dan beliau menjadi presiden NGO itu selepas mesyuarat agung PasMa pada 28 Ogos lalu.
Senarai baharu AJK PasMa sudah diserahkan kepada ROS, katanya tetapi pengwartaan mungkin memakan masa.
PasMa juga akan dilancarkan di negeri-negeri bermula di Perlis pada 14 September ini diikuti, Kedah dan Wilayah Persekutuan, katanya.
PasMA juga akan memperkenalkan dua skim keahlian iaitu ahli biasa dan ahli sukarelawan yang boleh didaftarkan melalui laman web selain mungkin memikirkan keahlian ahli bukan Melayu melalui ahli bersekutu.

Pas mahu kuburkan BN di Pengkalan Kubor

PAS menyifatkan peluangnya untuk menguburkan Barisan Nasional di Pengkalan Kubor bakal menjadi kenyataan walaupun mendapat saingan Barisan Nasional (BN).
Keyakinan itu dinyatakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang yakin bahawa calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mampu merampas kerusi Pengkalan Kubor berdasarkan rekod cemerlangnya menyelia DUN Pengkalan Kubor sejak 6 tahun lalu.
"Wan Rosdi adalah anak jati Tumpat dan dia amat disenangi penduduk di parlimen ini.
"Dalam politik, beliau adalah setiausaha Pas kawasan Tumpat dan sentiasa meluangkan masa bersama penduduk setempat," katanya semasa mengumumkan calon Pas bagi menentang calon BN, Mat Razi Mat Ali.

Pengarah Felda berkerjasama dengan penjenayah interpol?

Soal Nik Nazmi mengapakah Faizoull perlu melibatkan Rafat, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis dalam urusan ini?

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengecam tindakan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad kerana dilihat berurusan dengan Rafat Rizvi, seorang lelaki yang dikehendaki polis antarabangsa atas tuduhan rasuah, penipuan dan jenayah perbankan di Indonesia.
interpolNik Nazmi juga menekankan agar Faizoull memberi penjelasan tentang perkara ini kerana beliau sebagai Pengarah Besar Felda perlulah bertanggungjawab atas tindakannya.
Faizoull Ahmad yang juga menyandang jawatan Pengerusi Kelab Bola Sepak Liga Super Malaysia Felda United telah melawat kelab pasukan bola sepak Scotland Glasgow Rangers bersama Rafat beberapa hari lepas.
“Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat potensi untuk menjalankan program pembangunan anak muda bersama Felda United.
“Walau bagaimanapun, mengapakah beliau perlu melibatkan Rafat, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis dalam urusan ini? Apatah lagi melantik Rafat sebagai penasihat beliau,” soal beliau dalam satu kenyataan.
Tambah Nik Nazmi, beliau mempersoalkan adakah Faizoull tidak sedar bahawa Rafat telahpun didapati bersalah atas kesalahan penipuan yang bernilai jutaan dollar oleh Mahkamah Jakarta kerana terlibat dalam skandal kejatuhan Bank Century Indonesia?
“Tindakan Faizoull ini sangat mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan.
“Tambahan lagi, terdapat spekulasi bahawa beliau ingin membeli pasukan bola sepak Glasgow Rangers,” ujarnya.

Will the S’gor Aduns jump ship for money ?

There is real danger that a few assembly members now with Wan Azizah might switch camps given the right inducement.

By P.Ramakrishnan
No one can predict how the controversial Selangor Menteri Besar (MB) issue will be solved. It is very murky. There can be many possibilities but none will be satisfactory.
Most Malaysians are wondering whether PKR president Wan Azizah Wan Ismail will be appointed as the MB of Selangor.
jump ship300According to democratic norms and traditions, “the person who is likely to command the majority support of the assembly” will most certainly be the candidate for consideration. This is the prerequisite. This is the all important pre-condition for an appointment.
In the case of Wan Azizah, she is not only “the person who is likely to command the majority support of the state assembly”, she is indeed the person commanding the majority support of the Selangor State Assembly. She has in her possession 30 signed statutory declarations pledging absolute support for her as the next MB of Selangor.
In the event someone else is appointed as the MB – notwithstanding that as of now no one else besides Wan Azizah commands the majority support – there is nothing that can be done about this appointment until the Selangor State Assembly convenes in November.
Between now and November, many things can transpire with the tendency to subvert democracy. It is not entirely impossible for a few assembly members now with Wan Azizah to jump ship given the right inducement to switch camps. This is the real danger that is confronting Malaysians who are desperately hoping and praying that democracy will survive and prevail during this crisis.
Is it possible that some of the 30 assembly members who have pledged their support for Wan Azizah may be seduced by monetary gains to dishonour their solemn pledge? This is the crucial question that is haunting well-meaning citizens.
Will the Yang Berhormats remain as honourable men and women of integrity or will they dishonour themselves by forsaking their principles and breaking ranks with their comrades? Will they betray the trust placed in them by the electorate when they were voted in?
This is why it is important for the Pakatan party to organise a big gathering where all these 30 assembly members will publicly and solemnly take a pledge before the Malaysians who are present and promise to stick with Pakatan right to the end through thick and thin.